You are on page 1of 66

Rafina Mimi Abdullah

Bab 1
Menyampah!

ANDAI-PANDAI aje nak tentukan jodoh aku. Apa... ingat aku ni terdesak sangat ke?

Aku melepaskan geram kepada diri sendiri di saat kedua orang tuaku sibuk memikirkan jodoh untuk aku. Aku merupakan anak tunggal dalam keluarga dan segala gerakgeriku selalu saja diambil berat oleh mereka. Rin bukannya muda lagi. Dah dua puluh lima tahun. Sepatutnya usia macam ni, Rin dah ada anak sorang tau. Takkan la Rin tak ada teman lelaki kut? nasihat emak dengan bersungguh-sungguh. Alaaa... mak ni. Rin baru aje dua puluh lima tahun. Belum lagi tiga puluh. Lagipun, Rin tak suka la nak bercintacinta ni. Kalau boleh Rin nak terus kahwin aje. He he he. Aku melentokkan kepala di bahu emak. Merepek. Kalau tak kenal, takkan terus nak kahwin jugak? Jangan nak ikut sangat kepala tak betul Rin tu, tegas emak.

Dia Yang Aku Pilih

Perasaanku sedikit berubah. Aku mencebikkan bibir lalu berdiri. Mak ni, serius ke nak suruh Rin kahwin? Aku menunjukkan sikap tidak senang hati kepada emak. Mesti la, Rin. Mak nak tengok Rin bahagia. Mak dengan ayah teringin jugak nak timang cucu. Rin satusatunya anak yang mak dan ayah ada. Lagipun, usia Rin dah dua puluh lima tahun. Nak jadi anak dara tua ke? Emak terus menasihati dengan bernada keras sedikit. Aku bingkas dari sofa dan terus menuju ke bilik kerana tidak sanggup lagi hendak mendengar leteran emak.

KENAPA emak dan ayah susah sangat nak fahami aku? Bagi aku, biarlah jodoh itu datang dengan sendiri. Tak perlu nak dicari-cari. Macamlah umur dua puluh lima tahun ni sudah tua benar. Lagipun, aku sudah serik nak bercinta. Buat apa aku bercinta bertahun-tahun hanya semata-mata untuk ditipu? Nazri. Dasar lelaki penipu. Sudah ada isteri tetapi, mengaku belum berkahwin. Sia-sia aje aku mencintai lelaki itu dengan sepenuh hati selama dua tahun ini. Tetapi, Allah itu Maha Mengetahui. Segala rahsianya aku dapat ketahui daripada mulut isterinya sendiri. Agaknya memang begitu sikap lelaki. Dasar hidung belang macam kuda belang, huh! Selepas ini, aku tidak akan percaya mana-mana lelaki sekalipun. Kalau ada jodoh aku dengan sesiapa, aku terima aje. Aku tak mahu bercinta. Aku sudah serik. Walaupun hanya sekali saja kekecewaan yang kualami, namun sudah cukup untuk beri pengajaran kepada

Rafina Mimi Abdullah

aku supaya jangan mudah mempercayai lelaki. Itu prinsip yang aku pegang sekarang. Jangan haraplah mana-mana lelaki cuba nak mengayat aku. Memang aku takkan percaya. Seratus peratus takkan. Hish... terlebih emosi pulak aku malam ni. You ni tak malu ke kalau jiran-jiran kita dengar?! Lamunanku terhenti seketika apabila terdengar bunyi bising dari rumah sebelah. Jiranku, Encik Izudin dan isterinya, Kak Dila acap kali bertengkar fasal masalah rumah tangga yang dihadapi oleh mereka. Si isteri kuat cemburu. Si suami pula yang jadi mangsa keadaan. Kalau sudah cemburu sangat, lebih baik ikat ajelah kaki suami tu, Kak Dila oi! Ha ha ha.... Isy, kenapa aku ni jahat sangat? Sibuk aje nak ambil tahu urusan rumah tangga orang. Tanpa menghiraukan pergaduhan yang aku dengar dari rumah sebelah, aku terus menutup suis lampu. Sekarang adalah masa untuk aku tidur. Bukannya sibuk-sibuk nak dengar jiranku bertekak.

PAGI ini seperti biasa, aku sudah bersiap-siap hendak pergi bekerja. Dengan lajunya aku menuju ke perhentian bas yang terletak berhampiran dengan tempat kediamanku. Sebuah kereta Proton Wira hitam tiba-tiba sahaja berhenti betul-betul di hadapanku. Eh, Encik Izudin? Kenapa pulak dia berhentikan keretanya dekat sini? Boleh jadi kes naya aje kalau Kak Dila nampak. Adoi, dia ni! Cermin tingkap kereta terbuka luas. Rin nak pergi kerja ke?

Dia Yang Aku Pilih

Encik Izudin menyapaku yang sedang berada dalam kegelisahan. Nak pergi kerjalah Encik Izudin, oi! Takkan nak pergi buat konsert pulak? Apalah dia ni. Huh, menyampah aku! Kalau sudah kahwin tu, tak perlulah sibuk-sibuk nak berhentikan kereta kat depan aku. Isy, macam sengaja pulak dia nak cari nahas dengan isteri dia. Ya, nak pergi kerja. Aku jawab acuh tak acuh. Encik Izudin tersenyum nipis di dalam kereta. Seperti tahu keadaanku yang tidak selesa apabila dia memberhentikan keretanya di sini. Mungkin disebabkan aku tahu sikap isterinya yang kuat cemburu. Masuk la. Saya tolong hantarkan, pelawa Encik Izudin. Bunyi macam ikhlas aje. Tak perlu la, Encik Iz. Saya boleh naik teksi. Aku bukan tidak sudi tapi aku malas nak cari masalah di kemudian hari. Manalah tahu kalau aku boleh terjatuh hati pula dengan suami orang buat kali kedua. Ops! Silap ya. Kali pertama dulu aku tak tau pun Si Nazri itu suami orang. Lagipun, Encik Izudin ini boleh tahan juga kacaknya. Nanti tak pasal-pasal pulak hati aku cair. Isy, minta dijauhkanlah. Patutlah Kak Dila itu selalu sangat cemburu tak bertempat. Dengan orang gaji pun dia cemburu. Kalau tak silap sudah hampir lima kali mereka asyik tukar orang gaji. Eh, aku cakap apa tadi? Encik Izudin kacak? Isy, gediknya. Tak suka! Masuk la. Kita, kan jiran. Tak salah kalau saya tolong. Cepat masuk. Nanti isteri saya nampak baru tau, pelawanya lagi bersama usikan. Aku tersenyum. Entah kenapa aku terasa lucu dengan kata-katanya itu. Tanpa berlengah, aku terus meluru masuk ke dalam perut kereta sebaik sahaja pintu kereta

Rafina Mimi Abdullah

dibuka. Daripada aku terus berdiri dekat perhentian bas itu, lebih baik aku terus naik saja kereta ini. Lebih selamat daripada aku berdiri lama-lama sambil Encik Izudin ini pula bertalu-talu asyik suruh aku naik kereta dia. Memang betul, nanti tak pasal-pasal isteri dia nampak pula. Siapa tahu? Fuh, selamat. Nanti balik kerja dengan teksi ke? Encik Izudin memulakan bicara apabila dia melihat aku yang masih lagi dalam keadaan gelisah. Tak. Balik nanti saya naik lori kicap, jawabku bersahaja. Padan muka. Jangan mimpilah nak mengayat aku. Isy, teruk aku ni. Perasan betul dan suka buruk sangka. Macamlah Encik Izudin ini syok dekat aku. Isteri dia lagi lawa. Sekali pandang macam keturunan mat saleh. Dua kali pandang macam Barbie Doll pun ada. Bukan macam aku ni, comot. Langsung tak pandai nak menghias diri. Eh, tibatiba buat perbandingan pula. Rin ni lucu jugak, ya? Encik Izudin tersenyum apabila mendengar jawapan yang entah apa-apa keluar daripada mulutku. Saya mintak maaf. Jawapan saya tak sopan sedangkan Encik Iz dah tolong hantar saya pergi kerja. Tak apa la. Ringkas saja Encik Izudin membalas. Riak di wajahnya juga berubah. Hmmm... Encik Izudin berkecil hati dengan aku agaknya. Pendek aje dia jawab. Tiba-tiba aku berasa tak sedap hati, seolah-olah dia terasa apabila aku jawab begitu. Manakan tidak, dia tanya elok-elok, boleh pula aku buat lawak. Encik Iz dah ada anak ke belum? Adoi! Kenapa pula soalan ini yang terpacul daripada mulut aku? Dah sah-

Dia Yang Aku Pilih

sah dia belum ada anak walaupun sudah lama berkahwin. Tapi, kenapa aku tanya soalan sensitif macam itu? Bukannya nak menyejukkan hati orang itu, tambah panas lagi adalah. Saya tak ada anak. Belum ada rezeki, jawab Encik Izudin sambil menjeling dan memerhatikan aku yang sudah tidak keruan setelah soalan itu yang terpacul keluar. Aku bukannya sengaja. Errr... saya tak ada niat nak tanya soalan macam tu. Maaf, Encik Iz. Saya tak sepatutnya tanya macam tu pada Encik Iz. Errr... Encik Iz marah? Aku mula memulas-mulas tali handbag, menandakan aku sedang gelisah dan diselubungi dengan rasa bersalah yang amat. Ya. Saya marah. Teramat marah. Boleh tak jangan panggil saya, Encik Iz? Naik berbulu telinga saya dengar. Encik Izudin membuat isyarat pada telinga kirinya. Amboi, kasarnya bahasa. Isy, menyesal aku naik kereta dia. Rasa macam nak terjun sekarang ini jugak. Tak apa, aku kena bersabar. Lagipun, sekarang aku berada di dalam keretanya. Kalau aku bergaduh dalam kereta ni, tak pasal-pasal pula dia bawa aku lari. Lepas itu, dirogolnya aku. Baru padan dengan muka aku. Mak aih, kenapa sejauh itu aku berburuk sangka pada dia? Mustahil lelaki sebaik ini boleh buat perkara sekeji itu? Tak mungkin! Aku aje yang terlebih berkhayal. Dah tu nak panggil apa? Aku mula menarik muka masam setelah mendengar perkataan tidak enak yang keluar daripada mulut Encik Izudin. Berbulu telinga saya dengar. Huh! Panggil aje saya abang. Itu lebih berhemah memandangkan usia awak jauh lebih muda daripada saya. Encik Izudin senyum lalu menekan brek kereta.

Rafina Mimi Abdullah

Rupanya aku sudah sampai di tempat kerja. Aku hairan, bagaimana agaknya dia tahu tempat aku bekerja? Tetapi aku malas nak bertanya. Biarkan ajelah. Maaf, Encik Iz. Saya rasa panggilan itu tak sesuai. Lagipun, bukan jauh sangat beza umur kita. Saya dua puluh lima, Encik Iz, tiga puluh satu. Tak jauh sangat. Aku membuka pintu kereta setelah mengucapkan terima kasih kepadanya.

Dia Yang Aku Pilih

Bab 2
ARI ini Jumaat, merupakan hari cuti. Aku masih bermalasmalasan di atas katil dan merasakan kedua-dua biji mataku seperti mahu tercabut. Malam tadi aku langsung tidak dapat melelapkan mata kerana tidurku terganggu dek bunyi bising dari rumah Encik Izudin. Macam-macam bunyi yang aku dengar. Bunyi orang bertikam lidah, bunyi barang-barang jatuh dan bunyi macam periuk melayang. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Alamak! Agaknya Kak Dila tahu ke yang aku ada naik kereta suami dia semalam? Matilah aku macam ni. Adoi! Aku dah kata dah. Mesti akan jadi kes punyalah. Aku terus bingkas dari katil dan berjalan mundarmandir di dalam bilik sambil menggigit ibu jari. Perasaanku jadi tidak menentu kerana memikirkan kemungkinan besar Kak Dila sudah tahu mengenai suaminya yang menumpangkan aku pergi kerja semalam. Aduh, apa aku nak buat sekarang ni? Mesti kejap

Rafina Mimi Abdullah

lagi Kak Dila datang ketuk pintu rumah dan menyerangku. Aku boleh bayangkan macam mana rupa Kak Dila yang macam Barbie Doll itu boleh bertukar kepada rupa seekor makhluk yang paling ganas. Aku mengurut dada sambil beristighfar. Tanpa berfikir panjang, aku terus meluru keluar dari bilik. Meninjau keadaan di luar rumah. Ibu jari masih kugigit. Mataku meliar seperti menghendap ke bahagian rumah sebelah. Isy, sudah lagak seperti pencuri pulak. Assalamualaikum, tegur Encik Izudin yang tibatiba keluar dari rumahnya dan memandangku dengan satu pandangan pelik. Eh, Encik Iz. Waalaikumussalam. He he he. Aku tersengih-sengih sambil melambaikan tangan. Rin, kenapa? Macam cari sesuatu aje? Ada apa-apa yang hilang ke? soal Encik Izudin apabila melihat aku seperti terbongkok-bongkok mencari barang yang hilang. Adoi, Encik Izudin ni. Tiba-tiba aje keluar. Aku nak menyiasat pun tak boleh. Tidur ajelah dalam rumah tu. Masih awal pagi lagi ni. Sibuk aje dia nak keluar. Aku keluar, dia pun keluar. Macam tahu-tahu aje aku ada di luar rumah. Tiba-tiba aku terperasankan sesuatu di muka Encik Izudin. Aik, kenapa dahi dia berplaster? Seingat aku semalam plaster itu tak ada lagi. Kak Dila dera dia ke apa? Hish, bukan urusan aku. Jangan gatal-gatal nak masuk campur dan tanya macam-macam. Tak. Eh, ya. Errr... saya cari contact lens. Rasanya jatuh kat sini tadi. Aku tersengih lagi. Kenapalah dengan aku ni, asyik tersengih aje? Sudah macam badut pula. Alahai... ini semua Encik Izudinlah punya pasal. Tiba-tiba aje muncul. Terperanjat aku dibuatnya. Sudahlah

Dia Yang Aku Pilih

aku ini ada darah gemuruh. Mandi pun belum. Pakai baju tidur pula tu. Adoi, malunya aku. Nasib baik jugalah ada tuala kecil kat atas kepala aku ni. Kalau tak, malu besar aku. Nak abang menawarkan bantuan. tolong carikan? Encik Izudin

Isy, Encik Izudin... berabang-abang pula. Kalau Kak Dila dengar, mahu dipulasnya telinga Encik Izudin ni. Ha ha ha! Eh, gelak pula aku. Hati tengah risau sebenarnya, tapi sempat lagi aku gelak dalam hati. Eh, tak apa la Encik Iz. Saya rasa contact lens saya tu mungkin dah rosak kalau saya jumpa. Lebih baik saya tak payah cari. Emmm... Kak Dila mana? Senyap aje. Tidur lagi ke? Aku cuba menduga Encik Izudin dan menantikan jawapan daripadanya. Ooo... dia tak ada. Air mukanya berubah tiba-tiba. Aku dapat mengagak apa yang sedang bermain di minda lelaki itu. Namun, perasaanku masih lagi belum puas selagi aku tidak tahu cerita sebenar. Aku bukanlah hendak mencampuri urusan orang lain tetapi, apa yang aku risaukan adalah kalau pergaduhan antara suami isteri itu malam tadi berpunca daripada aku. Dia pergi mana? Aku masih cuba mencari jawapan satu per satu daripada Encik Izudin yang aku lihat semakin berubah riak wajahnya. Dia ke Kuala Lumpur subuh tadi. Balik rumah mak ayah dia. Encik Izudin menjawab dengan nada perlahan. Lama ke dia kat sana? Aku masih lagi menyoal tanpa rasa bersalah walaupun aku sudah melihat air mukanya berubah.

10

Rafina Mimi Abdullah

Tak pasti pula. Mungkin lama. Katanya, rindu kat mak ayah dia. Encik Izudin cuba menyembunyikan perasaannya. Dia kemudian meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Aku tahu ada sesuatu yang sedang bergolak dalam jiwanya. Melihat pada wajahnya pun aku sudah tahu. Aku masih lagi di luar. Berfikir. Perasaan kasihan kepada Encik Izudin tiba-tiba saja datang menerjah. Entah kenapa dengan tidak semena-mena pula aku merasakan begini? Simpati dan kasihan. Aku melepaskan satu keluhan panjang sambil mengorak langkah masuk ke dalam rumah.

TENGAH HARI ini, aku ingin ke rumah rakan baikku, Marlini untuk menghantar sedikit juadah makanan. Aku berjalan kaki hampir seratus meter untuk sampai ke rumah Marlini. Sepanjang perjalanan ke rumah Marlini, aku langsung tidak menyedari kereta Encik Izudin mengekoriku dari belakang. Aku terasa seperti diperhatikan dan mendengar deruman enjin kereta perlahan-lahan semakin menghampiriku. Aku menjeling dengan ekor mata dan sudah mengagak bahawa itu adalah kereta Encik Izudin. Adoi, dia ni lagi. Dia memang sengaja nak cari nahas dengan isteri dia agaknya? Dahi tu sudahlah berplaster, masih nak cari penyakit lagi. Aku memusingkan badan sambil bercekak sebelah pinggang lalu menarik muka dengan seketat-ketatnya. Aku menunggu tingkap cermin keretanya dibuka. Rin nak pergi mana panas-panas ni? Encik Izudin keluar dari kereta dan menuju ke

11

Dia Yang Aku Pilih

arahku. Alahai, Encik Izudin... semakin berani pula. Semalam duduk dalam kereta saja tak berani nak keluar. Mentangmentanglah hari ini isteri dia tak ada, sudah berani pula dia keluar dari kereta. Maklumlah, isteri tak nampak. Hish! Encik Iz ikut saya kenapa? soalku sedikit garang. Pelik perangai aku ni. Pagi tadi aku berasa kasihan, tengah hari ini pula aku seperti hendak marah. Laaa... siapa ikut Rin? Kebetulan aje abang lalu dekat sini nak pergi solat Jumaat. Abang nampak Rin tengah jalan kaki tengah-tengah panas ni, abang berhentikan la kereta nak tumpangkan Rin kalau Rin nak ke mana-mana. Ha... nak ke mana? Mari abang tolong hantarkan, jelasnya panjang lebar. Tak perlu la, Encik Iz. Saya cuma nak pergi rumah kawan saya aje kat depan tu. Nak hantar lauk ni kat dia. Aku mengerutkan dahi sambil menunjukkan mangkuk tingkat yang berada di tangan. Aku memang tidak selesa apabila Encik Izudin memberhentikan keretanya di sini. Betul-betul di hadapan rumah orang. Aku takut nanti jadi buah mulut orang-orang di sini. Maklumlah, tinggal di kawasan taman perumahan. Kalau dekat pun, apa salahnya abang tolong hantarkan? Panas ni. Kita, kan jiran. Encik Izudin tersenyum lebar. Hmmm... itu ajelah alasannya. Kita, kan jiran. Buat aku lemah semangat ajelah. Please la, Encik Iz. Saya tak mau timbulkan masalah dengan Kak Dila. Encik Iz tau la perangai isteri Encik Iz tu macam mana. Lagi satu saya nak cakap, tolong jangan berabang-abang dengan saya. Encik Iz tu suami orang. Rasanya tak elok guna panggilan tu untuk perempuan

12

Rafina Mimi Abdullah

lain. Aku sudah tidak dapat menahan perasaan dan perlu berterus terang sebelum lebih melarat. Nampaknya, Rin dah salah faham dengan niat abang. Hmmm... tak apa la. Abang pergi dulu. Encik Izudin masuk semula ke dalam kereta dan bersama deruman enjin keretanya, dia meninggalkanku yang masih lagi berdiri tercegat seperti patung di situ.

13

Dia Yang Aku Pilih

Bab 3
ETANG ini, aku mengambil keputusan untuk bersiar-siar di tepi pantai. Di tengah-tengah persisiran pantai ini, aku duduk bersila menghadap ke arah laut. Rumahku berada tidak jauh dari sini. Kebiasaannya, boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan datang ke pantai ini untuk menghirup udara petang. Aku menoleh ke sebelah kiri. Beberapa orang kanak-kanak dari kampung ini sedang bermandi-manda sambil bermain dengan tiub pelampung yang ditinggalkan oleh para nelayan. Sedang asyik aku memerhatikan gelagat mereka, tiba-tiba saja pandanganku terhenti pada satu pasangan yang sedang mesra mandi bersama-sama tidak jauh daripada kanak-kanak itu. Aku seakan-akan mengenali mereka berdua. Pandanganku semakin tajam dan mendapati kelibat dua orang itu adalah Encik Izudin bersama isterinya. Kak Dila sudah balik rupanya. Mesranya mereka berdua. Aku tersenyum sendiri. Nampaknya, aku saja yang

14

Rafina Mimi Abdullah

perasan selama ini. Aku fikirkan Encik Izudin yang nak mengurat aku, padahal tidak. Dia masih setia dengan isterinya. Baguslah kalau begitu. Mungkin selepas ini tak ada lagi bunyi bising dekat rumah dia itu. Aku pun bolehlah tidur dengan lena. Tapi, belum tentu lagi mereka berdua itu dapat hidup dengan aman damai selepas ini. Maklum ajelah, selalu sangat bergaduh. Baik, bergaduh, lepas itu baik kemudian bergaduh lagi. Macam budak-budak. Aku menoleh ke arah lain. Rasanya aku tidak sanggup melihat kemesraan itu lama-lama. Eh, kenapa pula? Kenapa aku berasa begitu? Pelik. Aku keliru. Keliru dengan perasaan sendiri. Kenapa perasaan ini boleh pula timbul secara tiba-tiba? Apa punca dan apa sebab? Aku berdiri dan mula melangkah kerana ingin segera pulang ke rumah. Aku tidak mahu lama-lama berada di sini. Lagipun, hari sudah semakin senja. Betulkah alasan ini? Atau aku cemburu? Kenapa pula aku mesti cemburu? Aku bukannya siapa-siapa kepada Encik Izudin.

AKU melakukan tugas dengan baik hari ini di tempat kerja sehingga mendapat pujian daripada majikanku yang baru saja bertukar ke sini. Walaupun aku cuma seorang setiausaha, namun segala kerja yang aku buat melebihi tugas sebagai seorang setiausaha. Kalau bos tidak ada di pejabat, akulah yang terpaksa mengambil alih hampir semua tanggungjawabnya di pejabat ini. Awak memang bagus, Ariana. Seorang setiausaha yang cekap bekerja. Saya kagum dengan cara kerja awak. Hasil kerja yang awak tunjukkan pun saya sangat berpuas hati.

15

Dia Yang Aku Pilih

Haji Fahmi memuji kecekapanku bekerja. Aku kembang semangkuk sambil tersipu dek pujian itu. Haji terlalu memuji. Selama ni saya buat kerja macam biasa aje. Macam orang lain jugak. Tak. Selama sepuluh tahun saya jadi bos di tempat lain, belum pernah lagi saya jumpa pekerja macam awak, Ariana. Cepat, cekap dan profesional. Haji Fahmi mengukir senyuman manis. Ah... aku tidak akan terpedaya dengan senyuman manis seperti itu. Ini lagi sorang lelaki yang jenis suka mengayat perempuan. Tak padan dengan gelaran haji. Menyampah aku! Aku menoleh ke arah lain dan mencebik. Kemudian aku menoleh semula ke arah Haji Fahmi sambil mengukir senyuman semula. Hipokrit betul aku... he he he. Errr... kalau tak ada apa-apa lagi yang haji nak suruh saya buat, boleh saya keluar sekarang? Ada banyak lagi kerja yang perlu saya selesaikan di luar. Aku meminta diri. Haji Fahmi mengangguk dan senyuman manis itu masih lagi tidak lekang daripada bibirnya. Aku memusingkan badan untuk melangkah keluar sambil menjelirkan sedikit lidah menandakan aku muak dengan kata-kata Haji Fahmi sebentar tadi. Nak puji aku tak agak-agak. Macamlah aku ini mudah sangat tergoda dengan senyuman manis dia itu. Manis ke? Eee... tolonglah! Ariana. Haji Fahmi memanggil. Langkah kakiku terhenti dan jantungku sedikit berdebar. Hah sudah! Kantoi aku. Agaknya dia ternampak aku jelirkan lidah tak?

16

Rafina Mimi Abdullah

Aku memusingkan badan dalam keadaan teragakagak sambil menelan liur. Ada apa, haji? Tengah hari ni makan dengan saya, boleh? Aku terkedu. Isy, ajak aku keluar makan pulak dah tuan haji ni. Ajaklah isteri sendiri keluar makan. Buat apa ajak aku? Haji tak balik makan kat rumah ke? Isteri haji tentu masak sedap-sedap, kan? Aku cuba menduga dan menanti jawapannya. Haji Fahmi tergelak besar. Aku terlopong. Kenapa ketawa pula? Lucu sangat ke soalan aku? Peliklah Haji Fahmi ni. Entah-entah psiko. Mak... tolong! Saya tak kahwin lagi. Macam mana saya nak rasa masakan isteri? Haji Fahmi ketawa kecil. Aku menunjukkan rasa sangsi. Mustahil umur sudah tiga puluh tujuh tahun masih lagi bujang? Ini mesti nak mengurat aku. Selepas itu mengaku bujanglah kononnya. Tak perlu nak berlakon depan akulah wahai tuan haji. Aku sudah masak benar dengan perangai lelaki macam ini. Ooo... belum kahwin. Saya fikirkan haji dah ada tiga, empat orang anak memandangkan usia haji dah hampir empat puluh tahun. Aku mengetap bibir dan mula berasa geram. Geram apabila mengenangkan nasib diriku yang pernah ditipu oleh Nazri suatu ketika dulu.

AKHIRNYA aku menerima juga pelawaan Haji Fahmi untuk makan bersama pada tengah hari ini memandangkan majikanku itu seolah-olah berharap benar aku menerima

17

Dia Yang Aku Pilih

pelawaannya. Aku berasa rimas dengan ajakan yang bertalutalu sehingga memaksa aku untuk menerimanya juga. Haji Fahmi membawaku makan di sebuah restoran yang hanya berhampiran dengan pejabat kami. Sambil makan, kami berbual-bual tentang kerja. Tidak terlepas juga berbual mengenai soal kehidupan masing-masing. Hasil daripada perbualan kami, barulah aku betul-betul yakin bahawa Haji Fahmi ini masih lagi belum mendirikan rumah tangga. Lebih menguatkan keyakinanku apabila seorang kenalan Haji Fahmi datang menyapa kami berdua. Assalamualaikum, haji. Calon isteri ke ni? Tibatiba muncul seorang lelaki yang agak sebaya dengan Haji Fahmi datang ke meja kami lalu menegur. Waalaikumussalam. setiausaha saya. Eh, bukan. Ini Ariana

Haji Fahmi memperkenalkan aku kepada rakannya. Aku tersenyum sambil mengangguk. Rakan Haji Fahmi berbual sebentar dengan kami sebelum meminta diri. Aku tersenyum puas sebaik sahaja rakannya itu berlalu pergi. Terdetik di hatiku satu perasaan mula mempercayai status sebenar majikanku ini. Alhamdulillah, dia bukan suami orang seperti Nazri. Tiba-tiba muncul pula kelibat Encik Izudin dan isterinya melangkah masuk ke dalam restoran ini. Encik Izudin memandangku tanpa memberikan walau secalit senyuman pun. Huh, berlagak sombong pula dengan aku. Mentang-mentang ada isterinya di sebelah. Kalau Kak Dila tak ada, mahunya dia datang meluru depan aku. Tegur aku, pelawa aku. Macam-macam.

18

Rafina Mimi Abdullah

Ah, lelaki! Baik suami orang ke, bujang ke, duda ke, bagi aku semuanya sama aje.

19

Dia Yang Aku Pilih

Bab 4
AGI ini aku tiba-tiba saja rajin mahu mencuci kereta ayah. Sekali-sekala tolong ayah cuci kereta apalah salahnya. Lagipun, aku ini anak yang baik apa? Ewah! Hai, Rin. Eh, itu suara Kak Dila. Hatiku jadi tidak sedap. Lantas aku menoleh dan memberikan senyuman yang paling lebar khas untuknya. Wah, rajinnya Rin cuci kereta ayah. Bila nak beli kereta sendiri? soalnya mesra. Fuh, aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya aku tahu pergaduhan mereka suami isteri malam itu bukanlah disebabkan oleh aku. Selamat aku. Tapi, soalan Kak Dila itu seakan-akan menyindir aku pun ada. Bila nak beli kereta sendiri? Amboi, mentangmentanglah aku tumpang kereta suami dia tempoh hari. Hish! Hari ni tiba-tiba aje saya rasa rajin, kak. Emmm...

20

Rafina Mimi Abdullah

Kak Dila tak kerja ke hari ni? soalku mesra tetapi dalam hati sudah berperang dengan seribu pertanyaan. Kalau boleh, macam-macam benda aku nak tanyakan kepadanya dan soalan yang paling penting, Hari tu Kak Dila nampak ke saya naik kereta suami Kak Dila? Huh, gila ke?! Takkan aku nak jerat diri sendiri? Oh, tidak! Masih awal ni. Baru pukul tujuh. Manis Kak Dila menjawab. Maklumlah, orang pun cantik macam anak patung walaupun tidak mengenakan sebarang solekan. Aku seolah-olah mati kutu tidak tahu soalan apa lagi yang aku hendak tanyakan kepadanya. Aku diam sambil tangan sibuk memberus tayar kereta. Akak masuk dulu la, Rin. Nanti kita berbual lagi, ya? Akak nak siapkan sarapan untuk suami. Kak Dila senyum dan melangkah masuk ke dalam rumah. Emmm... nak siapkan sarapan untuk suami? Nampak macam okey aje. Tak ada masalah apa pun tapi, hampir setiap malam aku dengar diorang bergaduh itu kenapa pula? Apa yang tidak kena? Pelik aku. Jangan-jangan mereka berdua itu psiko tak?

ADOI... sakitnya kaki aku lama-lama berdiri dekat perhentian bas ini. Kenapa hari ini teksi lambat betul menampakkan bayang? Aku sudah lambat. Satu bayang teksi pun tidak nampak. Emmm... nampaknya aku kena beli kereta sendirilah. Betul juga cakap Kak Dila tadi. Tetapi aku masih baru lagi mula bekerja. Manalah aku mampu nak beli kereta. Tunggulah apabila sudah cukup duit nanti. Jangan kata kereta, bas pun aku boleh beli. He he he.

21

Dia Yang Aku Pilih

Alamak, sudah jam lapan tiga puluh minit pagi! Aku masuk kerja jam sembilan pagi. Adoi, macam mana ni? Satu teksi pun tak melintas. Teksi mogok ke apa? Penat! Hendak duduk atas bangku itu pun aku sudah tak ada selera. Kotor betul. Isy, ini mesti kerja budak-budak. Asyik melepak aje dekat sini malam-malam. Lepas itu buat kotor. Langsung tak ada kesedaran sivik! Vrommm!!! Oi, mak kau ikan haruan!!! Terperanjat aku. Huh, Encik Izudin macam sengaja aje tekan pedal minyak kereta apabila ternampak aku berdiri dekat sini. Entah apalah yang tak kena dengan mamat tu. Pelik aku. Hari itu bukan main beria-ia lagi dengan aku. Sejak berbaikbaik dengan isteri dia, bukan main tunjuk samseng lagi depan aku. Tak mengapa, siaplah dia! Kalau selepas ini dia cuba nak tegur aku, jangan haraplah aku nak layan dia dengan baik. Sorrylah! Macam mana dengan aku ni? Sudah pukul lapan empat puluh lima minit pagi. Aku masih lagi dekat sini macam tunggul kayu. Nak call ayah ke? Tak mahulah aku ganggu ayah. Lagipun, tentu ayah sibuk di sekolah waktuwaktu pagi begini. Maklumlah, selaku pengetua sekolah, pagi-pagi macam ini tentu dia sibuk. Habis tu macam mana? Nak call siapa? Marlini? Adoi... aku terlupa pula Marlini pergi ke Kuantan malam tadi untuk menziarahi ibu saudaranya yang sakit. Kalau macam ni, aku balik ajelah. Kalau ada bas, boleh juga aku naik bas. Ini tak... bas pun sudah terlepas semasa aku keluar dari rumah tadi. Arghhh... tension! Sudah hampir berpeluh aku dibuatnya. Ah, malaslah aku nak pergi kerja hari ini. Tapi, kasihan pula Haji Fahmi. Hari ini dia ada mesyuarat. Sudah tentu aku kena ada

22

Rafina Mimi Abdullah

sama. Nampaknya, aku terpaksa menghubungi Haji Fahmi. Tetapi untuk apa? Nak beritahu aku sakit ke? Alahai... aku tak biasa menipu. Atau hendak suruh dia ambil aku dekat sini? Hish... susah betullah. Sah! Esok aku mesti beli kereta. Aku mula mendail nombor telefon bimbit Haji Fahmi. Helo, assalamualaikum, haji. Errr... saya ni Ariana. Waalaikumussalam, hah... Ariana. Kenapa tak sampai lagi? Dah pukul sembilan ni. Tenang saja suara Haji Fahmi di hujung talian. Saya mintak maaf. Saya tak dapat teksi la. Tak tahu la kenapa hari ni teksi tak ada. Awak tinggal kat mana? Nanti saya pergi ambil kalau awak mahu. Tak menyusahkan ke? Tak mengapa. Rumah Ariana kat mana? Taman Permint Jaya. Kalau Haji nak ambil saya, saya ada dekat bus stop depan taman ni aje. Okey. Ariana tunggu kat situ, nanti saya datang. Mungkin dalam masa lima belas minit lagi saya sampai. Ariana jangan ke mana-mana pulak. Okey. Terima kasih, tuan haji. Fuh, lega aku. Baik sungguh majikan aku. Tak macam Encik Izudin. Menyampah betul aku dengan dia sekarang ini. Kalau tadi, apalah salahnya dia tolong hantarkan aku pergi kerja? Ini tidak, saja aje nak buat aku terperanjat pagi-pagi ni. Eh? Tak baik betul aku ni. Dia, kan suami orang? Buat apa dia acap kali nak tolong hantar aku pergi kerja? Jangan nak perasanlah Ariana oi!

23

Dia Yang Aku Pilih

ARIANA tak ada kereta ke? soal Haji Fahmi memecah kesunyian antara kami berdua. Memang daripada tadi lagi aku hanya diam membisu. Hanya tahu ucap terima kasih saja kepada Haji Fahmi kerana sudi mengambil aku. Dia sanggup keluar semula dari pejabat semata-mata nak datang ambil aku sedangkan aku ini hanya setiausahanya saja. Bukan adik, bukan kakak dan bukan juga saudara-maranya. Saya baru kerja, haji. Belum mampu lagi nak beli kereta. Tapi, memandangkan kesusahan yang saya dah alami hari ni, mungkin esok juga saya nak beli kereta walaupun terpaksa pinjam duit ayah saya untuk bayar deposit, ujarku dengan selamba. Errr... kalau Ariana tak keberatan, saya boleh bagi Ariana pakai kereta syarikat. Ariana ada lesen? Sebenarnya, memang dah lama saya ada lesen tapi rasanya tak elok kut kalau saya guna kereta syarikat. Nanti apa staf lain akan cakap. Lagipun saya rasa kereta syarikat tu hanya kegunaan haji aje. Its okay. Saya pun lebih selesa guna kereta sendiri. Memang saya langsung tak perlukan kereta syarikat tu. Daripada terbiar macam tu aje, lebih baik kalau digunakan. Tak gitu? Haji Fahmi senyum. Aku membalas senyumannya. Tak apa la, haji. Saya... saya segan. Panggil saya Fahmi, boleh? Ariana panggil saya haji saya rasa diri saya ni macam dah tua sangat. Haji Fahmi berseloroh. Aku tergelak kecil. Segan saya nak panggil macam tu. Haji, kan bos saya, majikan saya.

24

Rafina Mimi Abdullah

Kalau kat pejabat, panggil la Encik Fahmi ke. Jangan panggil haji. Kalau kat luar macam ni, panggil nama pun dah cukup. Haji Fahmi tersenyum lagi. Aku sudah berasa lain macam dengan tuan haji seorang ini. Kenapa agaknya aku selalu berburuk sangka kepada orang? Tak kira siapa. Encik Izudin, Kak Dila... dengan diorang berdua pun aku berburuk sangka. Mungkin hatiku tak bersih. Astaghfirullahalazim.... Baik la, Encik Fahmi. Errr... Fahmi. Hish... macam tak kena aje bunyinya. Aku mengetap bibir. Haji Fahmi tersenyum lebar. Agaknya dia senang hati apabila aku memanggilnya begitu. Pasal kereta syarikat yang saya cakap tu, petang nanti saya minta tolong Hafizul hantarkan ke rumah Ariana. Errr... atau Ariana nak drive sendiri? Saya tak mahu la, haji, errr... Encik Fahmi. Kenapa pula Ariana tak mahu? Haji Fahmi mengerutkan dahi. Kan saya dah kata saya nak beli kereta esok. Aku menjawab sedikit geram. Aku bukannya suka orang paksa walaupun niatnya baik. Kalau Ariana beli kereta esok, belum tentu dapat bawa balik masa tu juga. Mungkin ambil masa juga, sebulan dua. Sementara tu, boleh la Ariana guna kereta syarikat. Macam mana? Haji Fahmi seakan-akan mendesak. Tak apa, Encik Fahmi. Sementara tu, saya boleh naik teksi. Selamba aku menjawab. Haji Fahmi menggelengkan kepalanya sambil mengeluh. Hai, susah Ariana ni. Boleh tahan juga keras kepala, ya.

25

Dia Yang Aku Pilih

Prinsip saya. Jangan mudah terhutang budi. Aku menunduk. Okey la. Kalau itu pendirian Ariana, saya tak boleh nak paksa.

26

Rafina Mimi Abdullah

Bab 5
balik agaknya.

DUH... sakitnya kepalaku hari ini. Nak bangun pun tak larat. Mungkin migrain aku datang

Melilau aku mencari Panadol di dalam laci meja di sebelah katil. Isy, mana pulak ni? Aduh. Kedua-dua belah mata kupejam rapat dan mula memicit bahagian tepi kepala dengan jari. Panadol sudahku temui dan kini berada di tangan. Aku mencapai bekas air yang sentiasa berada di atas meja. Dua biji Panadol kutelan dengan paksa. Aku memang tidak suka makan ubat. Pahit, kelat dan payau. Semua cukup lengkap. Nampaknya aku terpaksa ambil M.C hari ini. Bagaimana aku nak pergi kerja dalam keadaan aku macam ini? Terasa seluruh sudut bilik ini seperti berpusing-pusing. Aku cuba bangun untuk mencapai tuala mandi. Perlahanlahan kakiku melangkah menuju ke bilik air. Selesai mandi, barulah terasa lega sedikit. Sakit kepalaku mulai reda.

27

Dia Yang Aku Pilih

Rin, kenapa tak turun sarapan? Ayah menyelak daun pintu bilikku perlahan. Rin tak sihat, ayah. Kepala Rin sakit. Ayah menghampiriku. Kepalaku disentuh. Telapak tangan kanannya dilekapkan ke dahiku. Rin demam ni. Nak pergi klinik? Tak apa la, ayah. Ayah pergi la sekolah. Nanti Rin pergi sendiri, ujarku perlahan dalam keadaan lemah. Boleh ke Rin nak pergi sendiri? Kalau pengsan tengah jalan nanti macam mana? Isy, ayah ni. Takkan boleh pengsan kut? Rin demam aje la. Hmmm... okey. Nanti kalau ada apa-apa hal, cepatcepat call ayah. Okey. Emmm... ayah. Errr... Rin nak beli kereta. Tapi Rin tak cukup duit la nak bayar deposit. Boleh tak kalau Rin pinjam duit ayah dulu? Rin bayar balik la nanti secara ansuran. Boleh, kan ayah? Akhirnya, terluah juga hasrat di hati. Ayah senyum. Insya-Allah, boleh. Rin satu-satunya anak ayah. Dah tentu aje boleh. Terima kasih, ayah. Aku tersenyum puas. Ayah beredar sejurus saja aku mencium tangannya. Sudah memang kebiasaanku mencium tangan ayah terlebih dahulu sebelum dia pergi ke sekolah. Kepalaku terasa kurang sakitnya tetapi aku mesti juga pergi ke klinik untuk mendapatkan M.C. Aku terlupa akan sesuatu. Haji Fahmi! Ya, aku mesti maklumkan kepada dia terlebih dahulu. Assalamualaikum.

28

Rafina Mimi Abdullah

Waalaikumussalam. Ariana, ya? Aik? Dia kenal suara aku? Bagaimana dia boleh agak aku yang menelefon sedangkan aku buat panggilan dari telefon rumah? Kuat betul instinct Haji Fahmi ni. Ehem, ya. Saya ni, Ariana. Suaraku serak dan tersekat-sekat. Siapa? soal Haji Fahmi lagi. Laaa... Haji Fahmi ni tak dengar ke? Atau suara aku ini yang perlahan? Ariana! Aku sedikit menjerit. Saya dah agak Ariana yang telefon, tapi suara kurang jelas. Tak sihat ke? Wah, memang kuat betul instinct Haji Fahmi ni. Macam tahu-tahu aje aku tidak sihat. Saya terpaksa ambil M.C hari ni. Saya kurang sihat. Demam, sakit kepala. Errr... Encik Fahmi tak kisah ke? Okey. Tak ada masalah. Ariana dah pergi klinik? Kalau belum, nak saya tolong hantarkan? Amboi, bos aku ini bukan main lagi. Semalam sudah tolong ambil aku. Hari ini dia nak tolong hantar pergi ke klinik pula? Agaknya kalau aku ini hodoh, mungkin tak ada sesiapa yang sudi nak ambil berat pasal aku. Isy, perasan cantik! Its okay. Saya sebenarnya dah ada kat klinik dan nak balik dah pun. Aik? Aku menipu?! Kalau macam tu tak mengapa la. Ambil la M.C beberapa hari. Selagi tak sihat, tak payah datang kerja. Awak rehat aje. Okey? Lembut suara Haji Fahmi menasihati. Terima Assalamualaikum. kasih banyak, Encik Fahmi.

29

Dia Yang Aku Pilih

Waalaikumussalam.... Balas Haji Fahmi sedikit mesra. Klik! Talian dimatikan.

SETIBANYA aku di perhentian bas, kelihatan ramai pula kelibat manusia yang menunggu teksi dan bas hari ini. Bukan seperti selalu, kebiasaannya cuma aku seorang saja yang jadi penunggu setia di sini. Kalau sudah ramai macam ini, memang aku berasa kurang selesa dan merimaskan. Aku berjalan beberapa langkah dari perhentian bas dan berdiri di bawah sebatang pokok ru yang agak rendang. Sambil menunggu teksi, aku membelek-belek kuku dan sesekali pula mataku meliar memerhati keadaan sekeliling. Cuaca agak panas pada hari ini dan tidak mendung seperti selalu kalau di waktu pagi. Tiba-tiba kepalaku terasa sakit. Teramat sakit. Terasa seperti mahu meletup. Ya Allah!

MENGANTUKNYA.... Kat mana ni? Aku cuba membuka mata. Walaupun terasa berat, aku gagahi juga. Pandanganku kabur dan kelam. Terasa seluruh tubuhku kedinginan. Rin.... Satu suara yang aku kenal menyapaku. Siapa? soalku lemah. Abang ni.

30

Rafina Mimi Abdullah

Encik Iz?! Sepasang mataku membulat. Aku menelan liur berkali-kali. Aku kini berada di dalam keretanya. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Aku mengumpul kekuatan untuk membetulkan posisi tubuh tetapi dihalang olehnya. Jangan. Rin tak sihat ni. Nak abang bawa pergi klinik tak? Wajahnya bimbang. Kenapa saya boleh ada dalam kereta Encik Iz ni? Aku masih lagi tergamam dan terkejut. Hmmm... orang lain pun bercinta juga. Tapi tak adalah sampai pengsan-pengsan. Encik Izudin tersengih seolah-olah memerli aku. Bila masa pula aku bercinta? Dengan siapa? Merepek! Terangkan dulu kenapa saya boleh ada dalam kereta Encik Iz ni? Aku geram. Rasa macam nak ketuk aje kepala Encik Izudin di sebelah ni. Biadab! Abang nampak Rin pengsan kat bawah pokok sebelah perhentian bas tu. Takkan abang nak biarkan jiran sebelah rumah abang terbaring kat situ? ujarnya dengan nada sedikit keras. Meluat betul aku, berabang-abang. Hish! Siapa yang bagi kebenaran untuk Encik Iz angkat saya masuk dalam kereta ni? Semakin geram aku dibuatnya. Jangan nak perasan boleh tak? Bukan abang yang angkat Rin pun. Habis tu siapa? Semakin menjadi-jadi aku punya geram. Ada la beberapa orang budak perempuan kat perhentian bas tu tadi yang abang minta tolong angkatkan Rin. Puas hati? jelasnya sambil mengeluh panjang. Aku masih lagi tidak berpuas hati sebenarnya.

31

Dia Yang Aku Pilih

Habis tu, kenapa tak hantar saya pergi klinik aje? Kenapa mesti bawa saya ke sini? Baru aku perasan Encik Izudin telah membawa aku jauh dari daerah tempat kami tinggal. Aku keluar dari kereta sambil memandang keadaan sekeliling. Aku berpusing membelakangi pantai. Itu bangunan UiTM. Memang sah! Dia bawa aku sampai ke pantai Teluk Lipat. Ini Daerah Dungun. Berani betul dia. Hatiku sebak dan air mataku sudah mula mengalir. Aku berasa takut. Takut dengan tingkah laku Encik Izudin yang membawa aku sampai ke sini. Tiba-tiba dia datang menghampiriku. Aku mengundur beberapa langkah ke belakang. Aku memang takut. Aku tidak punya sesiapa di sini melainkan dia yang aku kenal. Kenapa Rin takut dengan abang? Abang sikit pun tak berniat jahat. Abang cuma nak tolong. Rin pengsan. Orang ramai kat perhentian bas tu langsung tak tolong. Kebetulan abang memang lalu kat situ nak pergi kerja macam biasa. Abang nampak Rin terbaring kat bawah pokok tu. Abang berhentikan kereta. Ya. Memang silap abang tak bawa Rin ke klinik. Abang terbawa Rin ke sini, jelasnya panjang lebar. Huh! Boleh pula dia buat alasan terbawa. Langsung tak logik. Tak masuk akal! Aku rasa Encik Izudin ni sudah mereng barangkali. Lihat sajalah di dahinya itu. Masih lagi berplaster. Saya nak balik sekarang, pintaku lemah. Okey. Kita pergi klinik dulu. Lepas tu abang hantar Rin balik. Saya tak nak. Saya nak balik! Aku bertegas. Tapi Rin tak sihat. Encik Izudin juga bertegas.

32

Rafina Mimi Abdullah

Aku mengetap bibir. Kalau dah tau saya tak sihat, kenapa Encik Iz tak hantar aje saya ke klinik tadi? Aku menarik nafas dalamdalam. Memang aku geram sangat. Pandai-pandai aje bawa aku ke sini tanpa pengetahuan aku. Ini mesti jenis lelaki yang suka ambil kesempatan. Benci! Encik Izudin masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan aku yang masih lagi tercegat di sini. Dia menghidupkan enjin kereta dan menekan minyak beberapa kali. Bingit telinga aku! Tingkap kereta dibukanya. Nak balik ke tidak?! Suara Encik Izudin separuh menjerit dari dalam kereta. Aku masih lagi tercegat kaku. Perasaan marahku masih lagi meluap-luap. Kalau diikutkan hati, mahu aje aku cekik-cekik batang lehernya. Disebabkan terlalu marah, hilang semua sakit kepala yang aku alami sebentar tadi. Dengan perasaan sebal, perlahan-lahan aku membuka pintu keretanya. Encik Izudin tersengih macam kerang busuk. Alahai... dia pasang lagu metal macam ni pulak dah. Datang balik sakit kepala aku. Grrr!!!

33

Dia Yang Aku Pilih

Bab 6
AM sudah menunjukkan pukul satu pagi. Sepasang mataku masih lagi terkebil-kebil memandang siling. Sejak seminggu dua ini, kenapa susah benar mataku mahu lelap? Macam-macam perkara yang aku fikirkan. Lebihlebih lagi apabila terkenangkan kata-kata emak. Nak jadi anak dara tua ke? Alahai, emak. Tua sangat ke usia anakmu yang baru aje dua puluh lima tahun ini? Hish... boleh stres kalau aku banyak fikir pasal perkara ini. Aku mencapai telefon bimbit di kepala katil lalu kusumbatkan earphone pada telinga. Dengar radio lagi bagus daripada aku fikir perkara yang bukanbukan. Aku bangun dari katil lalu duduk menghadap cermin. Dengan mata kuyu, kutilik seluruh wajah. Emmm... kurniaan Ilahi semuanya cukup sempurna, alhamdulillah. Kupanjatkan kesyukuran kepada-Nya tetapi, kenapa sampai sekarang tiada lelaki yang betul-betul sesuai hadir dalam hidupku dan cuba ingin berkawan secara serius dengan aku?

34

Rafina Mimi Abdullah

Hanya Encik Izudin saja yang nampaknya bersungguh-sungguh hendak bersahabat. Itu pun sudah bergelar suami orang. Emmm... Haji Fahmi? Dia nampaknya begitu baik dan ikhlas berkawan. Walaupun dia seorang majikan, aku perhatikan dia ni jenis yang tidak memilih kawan. Tetapi usianya sudah tiga puluh tujuh tahun dan aku pula baru aje dua puluh lima. Aku tidak suka lelaki yang terlalu jauh beza usianya dengan aku. Hish... tak suka! Tiba-tiba aku terkenangkan kejadian yang berlaku pada siang hari tadi. Beraninya Encik Izudin bawa aku sejauh itu. Apabila aku meminta penjelasan, katanya dia terpaksa buat begitu sebab itu aje caranya untuk dia berbual-bual dengan aku. Boleh pula macam tu? Alasan yang tak masuk dek akal! Katanya lagi, sekarang ini aku sudah sombong. Eh, biarlah aku sombong. Buat apa nak layan baik-baik dengan suami orang? Lagipun, sekarang ini dia sudah banyak eksyen dengan aku sebaik saja dia berbaik-baik dengan Kak Dila. Baguslah... biarlah kekal begitu. Tapi, apa yang aku tidak suka apabila Encik Izudin itu nampak seperti hendak mempergunakan aku pun ada. Kalau dia bergaduh dengan Kak Dila, haaa... masa itulah dia buat baik dengan aku, tegur aku, senyum apabila nampak aku, tumpangkan aku pergi kerja. Tapi, apabila dia sudah berdamai dengan isteri dia, bukan main berlagak lagi. Buat-buat muka masam, tekan pedal minyak kereta berkali-kali apabila nampak aku. Alahai, Encik Izudin. Sebab itulah aku kata Encik Izudin itu mereng. Perangainya sentiasa berubah-ubah.

35

Dia Yang Aku Pilih

APABILA mendapat M.C, aku menghabiskan banyak masa dengan berehat di rumah. Dalam beberapa minggu lagi, emak dan ayah akan berangkat ke tanah suci Mekah. Tentu aku sunyi nanti apabila ketiadaan mereka berdua. Maklum sajalah, aku ini anak tunggal. Tiada adik-beradik yang lain. Hanya aku saja yang menjadi penyeri kepada emak dan ayah. Aku melangkah dengan berat menuju ke dapur. Seperti biasa kalau pagi-pagi begini, emak sudah ke pasar membeli lauk-lauk mentah untuk dimasak tengah hari nanti. Kalau emak yang masak, memang sedap. Bukan macam aku. Masak pun kurang pandai. Memang patutlah sampai sekarang masih lagi tidak bertemu jodoh. Memang padan dengan muka aku. Harap muka aje lawa tapi, lemah dalam bidang masakmemasak. Lelaki mana yang nak? Ewah.... Sedang aku ralit termenung di dapur, kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar rumah. Siapa pula yang datang awal-awal pagi begini? Mengganggu konsentrasi lamunan aku ajelah. Aku bangun dari kerusi dengan gaya orang malas sambil berlenggang menuju ke ruang tamu. Pintu rumah kubuka perlahan. Aik? Tiada sesiapa pun di luar. Lama aku perhatikan keadaan sekeliling. Memang betul tiada sesiapa. Aku mula berasa seram. Kisah-kisah cerita rumah berhantu tiba-tiba saja bermain di minda. Hish, kuat betul aku berkhayal. Inilah akibatnya kalau suka sangat tonton cerita-cerita hantu. Aku mengurut dada lalu memusingkan badan untuk masuk semula ke dalam rumah. Tetapi, saat itu pandangan mataku terhenti seketika setelah mendapati ada satu bungkusan plastik tergantung pada tombol pintu. Aku mengambil bungkusan plastik itu dan memerhatikannya berkali-kali. Nampak seperti ada makanan

36

Rafina Mimi Abdullah

dan minuman di dalamnya. Aku membawanya masuk ke dalam rumah dan membuka ikatan simpul pada bungkusan plastik itu. Wah, ada bungkusan makanan dan air Nescafe panas. Aku mencium aroma yang keluar daripada bungkusan itu. Baunya seperti aroma nasi lemak kegemaranku. Aku teruja seketika, namun kemudiannya dahiku berkerut memikirkan siapa yang meletakkan bungkusan ini di hadapan pintu. Baru aku perasan ada terselit satu nota kecil yang terdapat pada getah pengikat bungkusan nasi lemak itu. Aku mengambil nota kecil itu dan membukanya dengan penuh tanda tanya. Nasi lemak dan air Nescafe sarapan untuk Rin. Ikhlas: Jiran sebelah rumah Hi hi hi.... Aku berasa lucu tiba-tiba. Mahunya tidak lucu, apa yang aku fikirkan sekarang ini sama ada jiran sebelah kanan atau sebelah kiri? Kalau sebelah kanan sudah tentulah Encik Izudin dengan isterinya, Kak Dila. Sebelah kiri pula, jiranku yang berbangsa Cina. Siapa agaknya, ya? Bisikku dalam hati. Kak Dila ke? Isy, mustahil. Sudah bertahun-tahun mereka tinggal di sini, tidak pernah langsung menghantar apa-apa juadah. Berkemungkinan besar Encik Izudin yang menghantarnya. Ya, aku pasti. Sudah tentu dia. Berani betul dia buat begini sedangkan isterinya masih lagi belum pergi kerja. Ooo... patutlah dia tulis nota. Memang dia tidak berani nak berbual dengan aku tatkala isterinya masih lagi berada di rumah.

37

Dia Yang Aku Pilih

Ah... malaslah aku hendak fikir. Sudah memang rezeki aku agaknya. Makan ajelah. Tak payah banyak soal. Perutku juga sudah berbunyi menandakan kelaparan di waktu pagi. Lagipun, sudah memang tertulis pada nota itu makanan ini untuk aku. Bedal ajelah.

38

Rafina Mimi Abdullah

Bab 7
EBAIK sahaja aku selesai menunaikan solat asar, hajat di hati mahu pergi ke rumah sahabat baikku, Marlini. Kalau seharian aku tidak bekerja, memang aku terasa bosan apabila berada di rumah. Bertalu-talu aku mengetuk pintu rumah Marlini dan memberi salam namun sorang pun tidak membuka pintu. Aik, takkan Marlini masih lagi belum pulang dari Kuantan? Pelik. Aku berjalan mundar-mandir di hadapan rumah Marlini. Tidak berpuas hati, aku mengorak langkah dan mengelilingi pula di sekitar rumahnya. Sudah seperti orang melakukan tawaf saja. Sesekali aku menjenguk dan mengintai dari luar tingkap. Sah! Tak ada orang. Aku berasa sedikit hampa. Lebih baik aku pergi ke pantai ajelah. Aku berharap Encik Izudin dan Kak Dila tidak ada di pantai mandi bersamasama seperti tempoh hari. Aku malas nak melihat sikap pelik Encik Izudin di hadapanku. Apabila dia berdua-duaan dengan

39

Dia Yang Aku Pilih

isterinya, pasti wajah mencukanya dilemparkan ke arahku. Memang sikapnya pelik. Aku sendiri pun tak faham. Buat apa kat sini sorang-sorang? Satu suara lelaki yang aku tidak kenal datang menegur. Aku menoleh ke arahnya. Ya. Memang aku tidak mengenali langsung lelaki ini. Tiba-tiba pula datang menegur. Hendak apa agaknya? Aku memang tidak suka kalau ada sesiapa yang datang mengganggu ketenanganku di saat-saat begini. Awak siapa? Aku menyoalnya dengan perasaan ragu-ragu. Wajah lelaki itu agak selekeh, tetapi di sebalik wajah yang selekeh itu kelihatan dia masih muda. Agaknya lebih muda daripada aku. Ooo... dia datang dengan motosikal rupanya. Saya tinggal dekat sini juga, jawab lelaki itu dan dia mula duduk di sebelahku agak rapat. Aku cuba menjarakkan diri tetapi dia semakin mendekati. Aku berasa tidak selesa lalu cepat-cepat saja aku berdiri. Awak ni kenapa, hah?! Saya langsung tak kenal awak. Pantas saja hatiku membara. Dengan tiba-tiba juga, lelaki itu merentap kasar tangan kiriku. Comel la awak ni. Dia tersenyum dan ketawa kecil. Ketawa seperti samseng. Aku cuba melepaskan tangan kiriku tetapi tarikan tangan lelaki ini lebih kuat. Tolong lepaskan tangan saya! Aku cuba menarik kembali tangan kiriku tetapi tidak berjaya. Jom naik motor dengan saya?

40

Rafina Mimi Abdullah

Wah, ini sudah melampau. Saya tak mau. Saya tak kenal pun awak ni siapa. Lepaskan tangan saya! Aku masih lagi mencuba sedaya upaya untuk menarik kembali tanganku. Hoi! Hoi mak kau, hang! Terperanjat aku. Encik Izudin?! Encik Izudin muncul secara tiba-tiba. Entah dari mana pula dia datang. Riak wajahnya kelihatan seperti hendak menelan seekor gajah. Aku menelan liur. Tangan kiriku masih lagi belum dilepaskan oleh lelaki itu. Encik Iz. Tolong saya, Encik Iz. Saya tak kenal pun orang ni. Aku sedikit merayu. Ha ha ha! Ada hero datang rupanya. Sinis lelaki itu menyapa Encik Izudin. Kau tukan lelaki, kenapa berkasar dengan perempuan? Itu bacul namanya, balas Encik Izudin. Ha ha ha! Kau ni siapa, bro? Abang dia ke? Abang bukan, adik bukan, ayah pun bukan. Aku hanya saudara seIslam yang kebetulan lalu kat sini. Secara tak sengaja, aku telah menonton satu kekasaran seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang lemah. Hatiku terusik dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Encik Izudin. Kepalaku sedikit menunduk. Menahan perasaan yang tiba-tiba saja diselubungi rasa bersalah. Selama ini, aku banyak berburuk sangka kepada Encik Izudin. Perlahan-lahan tangan kiriku dilepaskan oleh lelaki itu. Aku menarik nafas lega. Kau tak payah nak tunjuk hero kat sini la, bro.

41

Dia Yang Aku Pilih

Pergi balik la! Jangan masuk campur urusan orang lain! sergah lelaki itu pula. Lelaki itu masih lagi tidak mahu berganjak. Dia merapati Encik Izudin dengan lagak samsengnya. Aku terkedu dan tidak tahu hendak berbuat apa. Nampaknya, keadaan menjadi semakin tegang. Memang akan jadi urusan aku kalau saudara seIslam aku sedang menghadapi kesusahan. Tidak terkecuali kau. Kalau kau pun dalam kesusahan dan semuanya itu berlaku di depan mata aku, sudah pasti aku akan tolong kau juga. Apabila mendengar jawapan daripada mulut Encik Izudin, lelaki itu mengundur beberapa langkah ke belakang. Mulutnya terkunci rapat. Sekilas lelaki itu menoleh dan memandang ke arahku tetapi aku cepat-cepat pula menoleh ke arah lain. Tanpa bercakap apa-apa, lelaki itu terus beredar lantas memecut motornya lalu meninggalkan kami. Encik Izudin menghampiri. Sakit tak? Sakit juga. Aku menggosok tangan kiriku yang terasa sedikit kebas dek rentapan kasar daripada lelaki itu tadi. Jangan duduk lama-lama kat sini. Nanti banyak gangguan, nasihat Encik Izudin sambil melemparkan senyuman nipis. Baru sekejap aje saya duduk kat sini, tiba-tiba pulak orang tu datang. Kenapa datang sini sorang-sorang? Biasanya Rin selalu datang dengan Marlini. Marlini tak ada kat rumah. Hari tu dia pergi

42

Rafina Mimi Abdullah

Kuantan, ziarah ibu saudara dia sakit. Tak balik-balik lagi sampai sekarang. Pergilah balik. Dah nak senja ni. Tak elok anak dara ada kat luar rumah senja-senja macam ni. Nanti kena sorok dengan orang bunian. Lepas tu dijadikan isteri. Berbulan-bulan la nampaknya Rin tak dapat balik ke dunia nyata ni lagi. Wah, Encik Izudin juga kuat berkhayal rupanya, getus hatiku. Jangan memandangnya. nak merepek la. Aku senyum

Dia membalas mesra. Rin dah betul-betul sihat ke? Esok dah boleh pergi kerja tak? Alhamdulillah. Dah sihat. Abang nak minta maaf pasal semalam. Tak apa la. Saya maafkan. Errr... terima kasih. Terima kasih? Untuk apa? Alahai dia ni. Buat-buat tanya pulak. Untuk nasi lemak dan air Nescafe pagi tadi dan juga sebab dah tolong saya. Aku senyum dan terus berlalu. Rin. Encik Izudin memanggil. Langkah kakiku terhenti seketika. Aku menoleh. Memandang ke arahnya tetapi dia hanya tersenyum. Ada apa? Aku menyoal dan menunggu bicara selanjutnya. Errr... tak ada apa. Encik Izudin menunduk merenung pasir. Lama aku perhatikannya. Selepas tiada apa-apa lagi yang keluar daripada mulutnya, aku meneruskan langkah.

43

Dia Yang Aku Pilih

Bab 8
NTAH apa cerita agaknya dengan akaun Facebook aku. Sudah berkurun rasanya aku tidak meninjau laman Facebook yang menjadi kegilaan ramai itu. Zaman ini sudah jadi satu trend pula apabila setiap orang mesti mempunyai satu akaun Facebook. Alasan mereka, untuk mencari rakan-rakan lama. Emmm... itu sudah pasti ada betulnya. Seperti aku juga. Tetapi tidak kurang juga ada yang menyalahgunakan laman sosial itu. Menipu usia yang sebenar, menyamar sebagai lelaki atau perempuan malah ada yang menipu tentang status diri. Tanpa berlengah, aku menaip e-mel dan kata laluan. Wah, banyaknya mesej peribadi yang aku dapat. Aku membelek satu per satu. Dalam banyak-banyak mesej peribadi itu, aku tertarik dengan satu nickname. Niduzi_donut13? Apa ke pelik? Aku mengerutkan dahi. Siapa pulak ni? Gambar profil pula hanya berhiaskan muka itik. Isy! Aku membuka mesej itu lalu membacanya.

44

Rafina Mimi Abdullah

Fahamilah cinta sesama manusia itu tak mengenal keadaan dan situasi seseorang. Remaja, dewasa, tidak dapat melihat, tidak dapat mendengar, sudah berkahwin, duda, janda, andartu. Aku tersenyum. Dalam hati bertanya siapakah agaknya gerangan insan yang berselindung di sebalik nickname Niduzi_donut13 ini? Nickname pun bunyi seakanakan pelik. Aku membaca lagi satu per satu mesej-mesej lain yang ada. Sedang asyik aku membaca sebahagian daripada mesej itu, tiba-tiba chatting online aku berbunyi. Niduzi_donut13: Selamat malam Ariana. Aik. Panjang pulak umur Si Niduzi_donut13 ni. Baru aje aku membaca mesej peribadi daripadanya, dia muncul pula pada paparan chatting online. Ariana: Selamat malam juga Niduzi. Apa ke pelik betul bunyinya. Tak mengapalah, layan ajelah Si Niduzi_donut13 ni. Selagi dia chatting elok-elok dengan aku, pasti aku juga akan membalasnya baik-baik. Niduzi_donut13: Dah dapat private message dari saya? Ariana: Dah. Niduzi_donut13: Faham maksudnya?

45

Dia Yang Aku Pilih

Ariana: Faham. Ayatnya maksudnya dalam.

ringkas

tapi

Niduzi_donut13: Baguslah kalau Ariana dah faham. Awak kenal saya ke? Ariana: Eh, tak. Niduzi_donut13: Awak pasti? Ariana: Dah tentu, kenapa? Tapi cara awak buat ayat tu macam kenal saya je. Awak sentuh soal cinta. Awak macam tau-tau aje keadaan saya. Niduzi_donut13: Ariana, saya tak boleh lamalama. Saya kena logout sekarang. Laaa... menyampah betul aku. Baru aje nak siasat. Ini yang aku tak suka ni. Beria-ia hantar mesej, tegur aku kat chatting, lepas tu nak blah macam tu aje. Apalah dia ni. Adoi!

PAGI ini aku berasa lebih segar berbanding semalam. Kepalaku juga sudah terasa ringan. Aku terkenangkan kejadian yang menimpaku semalam di pantai. Mujurlah ada Encik Izudin. Kalau Encik Izudin tak muncul, tak tahulah apa yang bakal aku hadapi. Memang sangat kurang ajar, kurang asam dan kurang segala mak nenek si mamat samseng itu semalam. Rin dah sihat ke, nak? Tiba-tiba saja wajah emakku muncul di sebalik pintu. Dah, mak. Aku tersenyum memandang emak. Nak pergi kerja tak? Kalau nak, mak boleh tolong siapkan sarapan untuk Rin.

46

Rafina Mimi Abdullah

Mesti la nak pergi, mak. Dah dua hari Rin cuti. Lagipun Rin dapat M.C dua hari aje. Aku bingkas dari katil lalu mencapai tuala mandi dan terus menuju ke bilik air. Cepat sikit ya, Rin... nanti sejuk pulak sarapan tu. Okey, mak. Aku sedikit menjerit dari dalam bilik air. Aku bersiap ringkas untuk ke pejabat. Sepasang baju kurung biru lembut berhiaskan bunga-bunga kecil berwarna putih kusarungkan ke tubuh. Dengan mengenakan secalit lip gloss sudah memadai bagiku. Sedang aku sibuk bersiap-siap, terdengar bunyi alunan muzik yang sungguh rancak sekali dari rumah Auntie Florence. Sudah pasti Auntie Florence sedang melakukan aerobik pada waktu awal pagi begini. Amboi, Auntie Florence bukan main lagi dengar lagu macam tu. Touch by touch, skin to skin.... Geli-geleman aku. Ha ha ha!

SAMPAI sahaja di pejabat, aku memerhati jam di dinding. Baru pukul lapan setengah pagi. Masih awal lagi rupanya. Sejurus kemudian, kelibat Haji Fahmi muncul. Dia datang ke arahku. Emmm... agak kemas penampilannya hari ini. Sekali pandang kelihatan macam biasa-biasa aje raut wajahnya. Dua kali pandang, barulah nampak manisnya. Manis? Tolonglah!

47

Dia Yang Aku Pilih

Assalamualaikum. Ariana dah betul-betul sihat? sapanya mesra sambil menghadiahkan senyuman yang penuh seri. Waalaikumussalam, Encik Fahmi. Alhamdulillah saya dah sihat. Aku berdiri dengan kadar segera. Seorang bos yang mesti dihormati. Ooo... alhamdulillah. Eh, duduk la. Buat apa berdiri? Saja berdiri, buat senaman sikit. Laju saja aku menjawab tanpa menghiraukan orang yang berdiri di hadapanku sekarang ini pangkatnya jauh lebih besar daripada aku. Isy! Haji Fahmi tersenyum kepalanya beberapa kali. dan menggelengkan

Awak ni lucu la, Ariana. Haji Fahmi tersenyum lebar sambil melangkah terus masuk ke dalam pejabatnya. Aku kembali duduk. Macam tu pun lucu ke? Aku jongket bahu sambil mencebikkan bibir. Tanpa kusedari, Hafizul tiba-tiba saja datang menghampiri. Hai, Rihanna Malaysia. Hafizul merupakan salah seorang rakan sekerjaku yang baik. Tapi aku agak rimas dengan perilakunya. Ala-ala nyah gitu. Kau ni, Fiz. Boleh tak jangan buat perangai macam sotong tu? Meluat aku tau. Alaaa... kau ni, Rin. Aku nak bergurau sikit pun tak boleh. Huh, menyampah mak! Hafizul meliuk-lentokkan tubuhnya sambil menggerak-gerakkan tangan seperti pelakon Usop Wilcha. Kau nak buat apa ganggu aku pagi-pagi ni, Fiz? Aku nak buat kerja la.

48

Rafina Mimi Abdullah

Aku datang nak berbual aje, takkan tu pun salah? Memang la salah. Aku tak nak makan duit haram. Aku membulatkan mata memandangnya. Coi! Kenapa kau cakap macam tu, Rin? Terkejut mak tau. Ya la. Kita masuk kerja pukul sembilan pagi. Cuba kau tengok pukul berapa sekarang? Dah pukul sembilan lima minit, kan? Dalam masa lima minit tu kalau kita tak buat kerja, tangan kita tak bergerak, mulut asyik pot pet-pot pet, kau fikir gaji kita tiap-tiap bulan tu berkat ke? Hafizul terkedu. Dia menggigit ibu jari lalu tersengih seperti kerang.

49

Dia Yang Aku Pilih

Bab 9
Helo, Mar. Kau pergi mana? Kau tau tak aku ni dah rasa macam tak betul bila kau tak ada. Kenapa? Aku dah bagitau, kan aku pergi ke Kuantan. Kau tak ingat ke? Aku ingat... tapi kenapa lama sangat? Mak saudara aku yang sakit tu dah meninggal Rin, suara Marlini perlahan. Aku minta maaf, aku tak tau. Kau tak telefon bagitau aku. Habis tu, kau kat mana sekarang? Aku masih lagi kat Kuantan. Mungkin esok aku balik. Emmm... kau kat sana macam mana? Aku baik-baik aje. Cuma... Suaraku terhenti. Kenapa Rin? Mak kau masih berleter lagi ke pasal kau masih tak ada boyfriend tu? Marlini tergelak kecil di hujung talian.

ELO, Rin. Marlini? Baru sekarang dia hubungi aku?

50

Rafina Mimi Abdullah

Eh, dia ni. Mak saudara baru aje meninggal, boleh pulak dia gelak-gelak. Macam ni la, kau balik dulu nanti aku story. Alaaa... kau ni, Rin... selalu macam tu. Nak cerita tapi selalu terbengkalai. Hmmm... okey la. Kau tunggu aku balik, ya. Nanti aku nak tau cerita kau tu dari A sampai Z. Okey. Bye. Bye Mar, take care. Fuh! Aku menarik nafas lega apabila mendapat panggilan daripada sahabat baikku, Marlini. Aku sangat rindu kepadanya. Kami berdua boleh diibaratkan seperti belangkas. Ke sana ke sini sentiasa berdua. Susah senang sentiasa bersama. Sakit dia, sakit jugalah aku. Tapi, Marlini lebih beruntung. Dia mempunyai adik-beradik yang ramai. Hidupnya sentiasa tidak pernah berdepan dengan kesunyian. Bukan macam aku. Terkebil-kebil seorang diri. Rin! Aku tersentak. Panggilan membuatkan aku sedikit terperanjat. ayah dari bawah

Ya! Aku menyahut panggilan ayah dan terus meluru menuruni anak-anak tangga. Sampai sahaja aku di ruang tamu, aku menghampiri ayah yang sedang mengira duit. Ada apa ayah? soalku dengan perasaan teruja kerana aku tahu duit itu adalah untuk aku. Lima ribu. Cukup? Sepasang mataku membulat. Untuk apa pulak duit ni ayah? Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu aku

51

Dia Yang Aku Pilih

bertanya pula. He he he. Saja aje nak bagi saspens sikit kepada ayahku. Rin kata nak beli kereta, kan? Ini duit untuk bayar deposit. Wang berjumlah lima ribu itu dihulurkan kepadaku. Perlahan-lahan aku mengambilnya daripada tangan ayah. Risau duit itu terkoyak. Ah, over pulak! Terima kasih banyak, ayah. Insya-Allah, nanti Rin akan bayar balik, ucapku dengan gembira. Tak perlu bayar balik pun tak apa la, Rin. Memang itu duit Rin. Ayah simpan untuk Rin dah lama. Wah, ayah simpan duit untuk aku sudah sekian lama rupanya. Tentu banyak duit aku. Isy, teruknya cara aku berfikir. Kasihan ayah. Dia yang bekerja untuk semua simpanan itu. Terima kasih, Cikgu Ahmad. Aku mencium tangan ayah dengan hati yang berbunga-bunga. Tidak sabar untuk memiliki sebuah kereta. Kereta kecil pun tak mengapa asalkan aku tak lagi menghadapi masalah apa-apa dengan sistem pengangkutan awam dan juga dengan Encik Izudin. Selepas ini, jangan haraplah dia nak tumpangkan aku pergi kerja. Peluang untuk dia menekan pedal minyak menderam-derum di hadapanku pasti sudah tidak ada lagi. Kali ini, peluang aku pula yang akan menekan pedal minyak kereta berkali-kali di hadapan Encik Izudin. Ha ha ha... jahat aku!

MALAM ini, sekali lagi aku tidak dapat melelapkan mata. Bunyi suara orang bergaduh dari arah rumah Encik Izudin mengganggu tidurku.

52

Rafina Mimi Abdullah

Aku pasti, bukan aku seorang sahaja yang mendengarnya. Berkemungkinan besar juga emak dan ayah pun ada mendengarnya sama. Aku bingkas dan duduk di birai katil sambil menongkat dagu. Kasihan mereka berdua. Selalu sangat bergaduh. Agaknya, apa masalah yang sebenar? Ini juga salah satu faktor kenapa aku fobia nak mendirikan rumah tangga. Risau kalau berlaku pergaduhan seperti apa yang dialami oleh Encik Izudin dengan Kak Dila. Tidak kira siang, malam, pagi, petang. Asyik bergaduh aje. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu kereta dihempas kuat. Aku berlari menuju ke tingkap. Kain langsir kuselak. Enjin kereta Encik Izudin menderam kuat. Memecah kesunyian malam dan berlalu pergi meninggalkan kawasan halaman rumahnya. Aku mengundur beberapa langkah dari tingkap dan otak pula mula ligat berfikir. Aku dapat merasakan Encik Izudin tidak bahagia dengan perkahwinannya. Aku dapat melihat daripada tingkah lakunya dan cara dia bercakap di depan aku. Aku yakin ada sesuatu yang dia pendam, ada perkara yang dia simpan. Di pihak Kak Dila pula aku tidak pasti kerana kami jarang berbual. Isy, kenapa aku sibuk-sibuk nak ambil tahu semua itu? Ariana, kau sepatutnya ambil tahu. Encik Izudin sudah banyak tolong kau. Inilah masanya untuk kau membalas jasa, bisikku dalam hati. Perlahan-lahan sepasang kakiku melangkah menuju ke katil. Aku merebahkan badan lalu cuba memejamkan mata. Tidak mahu lagi berfikir tentang apa-apa.

HARI Khamis, aku bekerja setengah hari pada hari ini. Peluang

53

Dia Yang Aku Pilih

ini aku ambil untuk pergi membeli-belah memandangkan duit gaji baru sahaja aku keluarkan semalam. Proton Waja milik ayah, aku pinjam sebaik sahaja dia pulang dari sekolah. Banyak benda yang aku hendak beli. Hampir semua barang-barang keperluan peribadiku sudah habis. Syampu, ubat gigi, mandian. Semuanyalah. Sedang asyik aku memilih barang, Seorang pekerja Bangla datang menghampiriku. Adik manis, apa barang mau cari? Tak apa, saya boleh cari sendiri. Hish, tak sukalah macam ni. Tengah syok-syok cari barang, ada aje yang datang mengganggu. Walaupun Si Bangla itu bekerja di sini, aku berasa tidak selesa untuk memilih barang. Suka hati akulah nak cari barang apa sekalipun. Sibuk aje! Jangan sombong, adik manis. Mari-mari, saya tolong cari apa barang adik manis mau. Isy, Bangla ni. Tak faham bahasa! Saya boleh cari sendiri la. Jangan ganggu saya! Aku memarahi Bangla itu sambil bercekak pinggang. Wah, angin aku agak tidak berapa baik pada hari ini. Beberapa mata menoleh ke arahku. Mereka berbisik sesama sendiri. Ah, peduli apa aku. Aiyaaa... jangan ganggu dia maaa. Auntie Florence! Fuh, lega sedikit kemarahanku. Auntie Florence, jiranku kebetulan pula berada di sini. Dia menghampiriku sambil menolak troli. Pekerja Bangla itu tadi sudah beransur pergi setelah aku memarahinya. Tahu pun dia takut. Auntie, shopping ya? tegurku mesra.

54

Rafina Mimi Abdullah

Ya, Ayin mau pigi mana? Sini la, auntie. Nak beli barang sikit. Kami berbual sekejap sebelum Auntie Florence meminta diri untuk pulang. Sebaik sahaja aku habis membuat bayaran di kaunter, dengan pantas beg-beg plastik kucapai dan berlalu dari situ. Cuaca hari ini agak panas terik. Tidak sabar rasanya mahu pulang ke rumah. Hendak mandi dengan mandian baru, nak gosok gigi dengan ubat gigi jenama baru, nak bersyampu lama-lama. Ceh.... Alahai, lambat betul kenderaan di depan ini bergerak. Sudahlah panas, badan pula melekit-lekit. Tak sabar rasanya aku nak balik mandi. Nak jadi puteri berendam dalam tab mandi. Kenapa lambat sangat ni? Adoi, Ada polis buat roadblock ke apa? Ooo... ada kemalangan rupanya. Segera aku buka cermin kereta sambil menjeling ke luar. Sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam berlanggar dengan sebuah van pengawal. Hmmm... itulah, siapa suruh pandu laju-laju? Kan dah kena. Sekilas pandang memang agak teruk juga keadaan kereta itu. Bagaimana agaknya dengan nasib si pemandu? Tiba-tiba aku terpandang pada nombor plat kereta Proton Wira tersebut. TAC 272? Itu kereta Encik Izudin!

55

Dia Yang Aku Pilih

Bab 10
EGERA aku memberhentikan kereta dan memarkir kereta di bahu jalan. Aku tergamam apabila melihat orang ramai mula berkerumun di kereta Encik Izudin yang agak remuk. Perasaan ingin tahu bagaimana nasib Encik Izudin semakin meluap-luap. Kalau diikutkan, aku memang takut untuk mendekati tempat berlakunya kemalangan jalan raya. Aku takut tengok darah. Ya Allah, selamatkanlah dia. Hatiku semakin berdebar. Jantungku mula berdegup kencang. Aku memboloskan diri di celah-celah orang ramai. Aku perhatikan hanya Encik Izudin seorang saja yang berada di dalam kereta. Mataku meliar ke arah tempat duduk belakang. Melihat kalau-kalau Kak Dila ada bersama. Tetapi dia memang tiada. Hanya Encik Izudin seorang saja. Apa yang perlu aku buat sekarang? Dia jiran aku. Takkan aku nak biarkan dia begitu aje? Aku perlu buat sesuatu, tapi apa? Nak hubungi Kak Dila, aku tak tahu nombor telefon bimbitnya. Ya Allah, tunjukkan aku jalan.

56

Rafina Mimi Abdullah

Dalam keadaan jariku yang terketar-ketar, aku mula mendail nombor telefon rumah. Sementara itu, kedengaran siren ambulans semakin menghampiri. Aku menarik nafas lega dan mengurut dada. Tiba-tiba kedengaran suara emak di hujung talian menjawab panggilanku. Helo, mak. Rin ni! Kenapa Rin? Mak tolong tengok kat rumah Encik Izudin tu, Kak Dila ada tak? Kenapa ni Rin? Cemas aje bunyinya? Rin tak ada masa nak jelaskan sekarang. Cepat la mak! Ya. Tunggu! Alahai mak ni lamanya. Dia tak ada Rin. Hah? Tak ada orang kat rumah. Pintu terkunci rapat. Aku memejamkan mata dengan rapat, mencari ketenangan barang seminit dua. Encik Izudin kemalangan, mak. Aku menjelaskan keadaan sebenar kepada emak yang masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Apa, Rin?! Encik Izudin kemalangan kat depan Giant. Mak tolong tengok-tengok rumah dia tu. Kalau Kak Dila balik, mak cepat-cepat bagitau dia. Baiklah.

57

Dia Yang Aku Pilih

DENGAN seberapa segera aku sudah sampai di rumah. Mataku menjeling ke arah kawasan rumah Encik Izudin. Memang betul cakap emak. Rumahnya berkunci rapat. Kak Dila memang tiada di rumah. Aku pelik. Ke mana agaknya dia pergi? Sudah hampir maghrib. Kasihan Encik Izudin. Di saat dia kemalangan dan dibawa ke hospital, isterinya tiada di sisi. Hmmm... kenapa aku suka sangat ambil tahu hal dia? Biarlah dia! Isy, kenapa aku ni kejam sangat? Dia sudah banyak kali tolong aku. Sempat aku bermonolog dalam hati. Aku bergegas masuk ke dalam rumah. Segera aku mendapatkan emak di dapur yang sedang memasak untuk hidangan makan malam. Izudin macam mana, Rin? Entah. Aku menjongket bahu. Eh, budak ni.... Emak hampir-hampir mengetuk kepalaku dengan sudu yang sedang dipegangnya. Aku sedikit mengelak. Manalah Rin tau, mak. Aku menjawab dengan selamba sambil tangan kananku membuka tudung saji di atas meja. Mustahil Rin tak tau. Rin yang nampak dia kemalangan tadi, kan? Emak menyoalku dengan bersungguh-sungguh. Dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan denganku. Ya. Betul. Rin nampak dia kemalangan tadi. Dah tu macam mana keadaan dia sekarang? Rin tak tau la, mak. Rin berdiri kat situ kejap aje. Kereta dia teruk ke?

58

Rafina Mimi Abdullah

Teruk la jugak. Remuk kat bahagian tepi. Cermin kat bahagian kiri hadapan kereta pecah. Bunyi macam teruk juga tu. Emak melepaskan keluhan panjang. Mungkin dia bersimpati di atas kemalangan yang menimpa Encik Izudin. Kak Dila tak balik lagi ke, mak? Aku berpura-pura menyoal sedangkan aku sendiri sudah tahu jawapannya. Belum, Rin. Mak pun tak tau ke mana dia pergi. Rin faham-faham aje la. Sudah lama mereka berdua tu pindah ke sini tapi jarang sangat nak tegur kita. Emak menggelengkan kepalanya. Errr... mak. Emmm... malam tadi mak ada dengar apa-apa tak dari rumah Kak Dila? Aku cuba menduga emak. Apakah emak juga selalu mendengar pergaduhan antara Kak Dila dengan Encik Izudin seperti apa yang aku dengar selama ini? Hmmm... dengar.... Emak menjawab sekadar acuh tak acuh saja. Seperti tidak mahu berbicara lebih tentang perkara itu. Mengumpat namanya. Aku meminta diri untuk naik ke atas. Azan maghrib sudah berkumandang.

KELIHATAN ayah dan emak sedang sibuk bersiap-siap. Hendak ke manakah mereka? Nak pergi mana, ayah? Aku menyoal. Dahiku berkerut. Hari ini Jumaat. Mungkin emak dan ayah mendapat jemputan kenduri kahwin agaknya. Tinggal aku seorang ajelah jawabnya petang ini. Aku mendengus kecil. Nak pergi ke hospital, jawab ayah sambil

59

Dia Yang Aku Pilih

mencapai kunci kereta yang aku gantung pada dinding semalam. Hospital? Siapa sakit? Aku menyoal kehairanan. Izudin kemalangan. Buat-buat tanya pulak. Bukan ke Rin yang nampak dia kemalangan semalam? Emak tibatiba menyampuk. Tunggu kejap, Rin nak ikut. Pantas aku berlari menaiki anak tangga. Cepat sikit. Kita dah lambat ni! Pekik emak dari bawah.

SEBAIK sahaja sampai di hospital, kami mula mencari nama Encik Izudin pada whiteboard. Wandi Izudin. Terkial-kial aku mencari namanya. Mana ni? Hish, susah betul nak cari. Ada, Rin? Ayah turut sama mencari. Rasanya tak ada la, ayah. Bukan kat wad ni kut. Ayah rasa dia ditempatkan di wad kelas satu atau dua. Ini kelas tiga. Isy, ayah ni. Macam tau sangat. Jangan-jangan Encik Izudin dah mati. Astaghfirullahalazim... jahatnya mulut aku. Kami bertiga mula berjalan ke arah wad kelas satu seperti yang dicadangkan oleh seorang jururawat di situ selepas meneliti biodata Encik Izudin yang dimasukkan ke hospital semalam. Tiba-tiba saja perasaanku jadi tidak tenteram. Ayah menyelak daun pintu. Ramainya yang datang

60

Rafina Mimi Abdullah

melawat Encik Izudin. Sepasang mataku liar mencari kelibat Kak Dila tetapi, tiada. Aku menyusun langkah perlahan-lahan masuk ke dalam bilik wad di mana Encik Izudin ditempatkan. Agak rimas juga apabila aku berada di dalam wad ini kerana ramai yang datang melawatnya. Jelas kelihatan raut wajah sugul pada setiap wajah di hadapanku kini. Di satu sudut aku melihat seorang gadis yang sedang bersedih. Di sebelah katil Encik Izudin pula terdapat beberapa orang pelawat yang lain. Barangkali saudara-mara atau emak bapanya. Ayah dan emak bersalaman dengan mereka. Aku hanya melihat Encik Izudin dari jauh. Rupanya keadaan Encik Izudin tidak serius. Encik Izudin perasan dengan kedatanganku. Dia memerhatikan aku tetapi aku pura-pura beralih pandangan ke tempat lain. Biarlah dia berehat dahulu. Lagipun, terlalu ramai orang yang berdiri berhampiran dengan katilnya itu. Aku menghampiri gadis yang kulihat sebentar tadi. Wajahnya ada iras Encik Izudin. Mungkin adik perempuannya. Ya, aku pasti itu adik perempuan Encik Izudin. Aku berjalan perlahan menuju ke arah gadis itu yang kelihatannya masih lagi bersedih. Adik. Aku tidak tahu namanya. Main belasah aje aku panggil dia adik. Jangan-jangan dia lebih tua daripada aku. Ya. Dia mengangkat Wajahnya kelihatan sugul. muka dan memandangku.

Itu abang adik ke? soalku ramah. Ya, kak. Dia mengesat air matanya.

61

Dia Yang Aku Pilih

Abang adik tu keadaannya tak serius. Jangan risau sangat. Aku cuba menenangkannya. Kakak ni siapa? Jiran sebelah rumah Tergagap-gagap aku menjawab. En... Abang Izudin.

Ooo.... Dia menundukkan wajahnya kembali. Sisasisa air matanya masih lagi ada. Kenapa agaknya adik Encik Izudin ini nampaknya terlalu bersedih? Aku lihat, keadaan Encik Izudin itu tidaklah parah sangat. Errr... isteri Abang Izudin mana? Akak tak nampak dari semalam lagi. Dengan pantas adik Encik Izudin mengangkat mukanya dan merenung tajam ke arahku. Eh, apa pula yang tidak kena? Salahkah soalan yang aku tujukan itu? Pantas gadis itu berdiri dan meluru keluar dari bilik wad. Aku tidak sedap hati. Tanpa berlengah, aku juga menurutinya dari belakang. Aku nampak langkah kakinya terhenti di ruangan lobi. Dia menyandarkan badannya. Aku menghampirinya dengan penuh tanda tanya. Tak payah sebut la nama perempuan tu, kak. Tiba-tiba dia bersuara setelah melihat aku datang. Kenapa? Bukan ke Kak Dila tu kakak ipar, adik? Kakak ipar? Saya tak ada kakak ipar macam perempuan tu! Kenapa pula adik Encik Izudin berbicara seperti ini? Pelik aku. Perasaan ingin tahu mula menerjah. Kenapa adik cakap macam tu?

62

Rafina Mimi Abdullah

Perlu ke saya ceritakan semuanya kepada akak? Dia memandang dengan genangan air mata. Kakak bukan siapa-siapa. Tapi kalau adik nak cerita atau luahkan sesuatu, kakak boleh jadi pendengar setia. Aku tersenyum pahit. Dia tertunduk menunjukkan kepiluan yang sedang ditanggung. Kerana perempuan tu, abang long lupakan kami sekeluarga. Kakak tau tak perempuan tu siapa? Dia bekas G.R.O! Aku terkedu. Menelan liur berkali-kali.

63

No. ISBN:- 978-967-0448-37-4 Jumlah muka surat:- 624 Harga Runcit:- S/M: RM22, S/S: RM25 Harga Ahli:- S/M: RM18, S/S: RM21 Sinopsis:Disebabkan pernah kecewa, Ariana berjiwa keras terhadap lelaki. Izudin dan Haji Fahmi, dua lelaki berlainan karektor menaruh perasaan terhadap Ariana. Tersepit di antara kekasih dan majikan, timbul pelbagai konflik hati dan perasaan. Haji Fahmi, bujang terlajak yang kaya dan alim. Majikan Ariana ini sangat taat pada agama, sentiasa tenang dan bersahaja. Selain menunjukkan sikap mengambil berat, Haji Fahmi selalu memberikannya hadiah. Kebaikan Haji Fahmi ternyata tidak membuka hati Ariana untuk menerima jejaka itu.

Sebenarnya, Ariana lebih tertarik pada jirannya, Izudin. Seorang duda memiliki seraut wajah yang tampan, suka mengusik, bergurau dan menyakat. Boleh dikatakan, Izudin mempunyai pakej lengkap seorang lelaki yang menjadi idaman setiap wanita. Pelbagai insiden romantik, salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu mengiringi perhubungan Ariana dan Izudin. Hampir-hampir sahaja kisah mereka berakhir dengan kegembiraan, timbul satu salah faham besar sehingga membuatkan Ariana mengambil satu keputusan. Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana? Dia, penuh dengan sifat cemburu tetapi kebaikan dan romantisnya dia mampu mengatasi segala-galanya. Kerana itulah, dia yang aku pilih. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan DIA YANG AKU PILIH di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:-

Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337 / 6337 Faks:- 03-4149 7337

You might also like

  • Menantu VS Mertua
    Menantu VS Mertua
    Document139 pages
    Menantu VS Mertua
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (4)
  • Kuli
    Kuli
    Document109 pages
    Kuli
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet
  • Akadku Yang Terakhir
    Akadku Yang Terakhir
    Document126 pages
    Akadku Yang Terakhir
    Penerbitan Kaki Novel
    96% (23)
  • Guy Next Door
    Guy Next Door
    Document84 pages
    Guy Next Door
    Penerbitan Kaki Novel
    95% (21)
  • Awek Skuter
    Awek Skuter
    Document52 pages
    Awek Skuter
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Document103 pages
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Document38 pages
    Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Penerbitan Kaki Novel
    71% (7)
  • Menantu Vs Mentua 1-10
    Menantu Vs Mentua 1-10
    Document52 pages
    Menantu Vs Mentua 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (3)
  • Mungkinkah?
    Mungkinkah?
    Document97 pages
    Mungkinkah?
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (5)
  • Kuli
    Kuli
    Document109 pages
    Kuli
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet
  • Actually
    Actually
    Document62 pages
    Actually
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Document104 pages
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Document64 pages
    Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Document103 pages
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • Awek Skuter
    Awek Skuter
    Document52 pages
    Awek Skuter
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Document103 pages
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • 3 BLN 1-10
    3 BLN 1-10
    Document34 pages
    3 BLN 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Document108 pages
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    No ratings yet
  • Jurnal 1-10
    Jurnal 1-10
    Document30 pages
    Jurnal 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet
  • TKC
    TKC
    Document85 pages
    TKC
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet
  • Miss XL
    Miss XL
    Document110 pages
    Miss XL
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (4)
  • L&M 1-10
    L&M 1-10
    Document32 pages
    L&M 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet
  • CMM
    CMM
    Document114 pages
    CMM
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • Cari
    Cari
    Document94 pages
    Cari
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet
  • Tomboy
    Tomboy
    Document165 pages
    Tomboy
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • Penunggu
    Penunggu
    Document111 pages
    Penunggu
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (3)
  • Cari
    Cari
    Document94 pages
    Cari
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet
  • Pelang I
    Pelang I
    Document121 pages
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet
  • Pelang I
    Pelang I
    Document121 pages
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    No ratings yet