SENARAI KANDUNGAN

Bil 1 2 3 4 5 6

Perkara Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian 6.1. Maklumat Asas Produk 6.2. Latar Belakang 6.3.Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat 6.4. Prospek

7 8 9

Rumusan Lampiran Rujukan

sekalung penghargaan juga diberikan kepada kepada guru Sejarah saya iaitu Pn Rajesvary A/P Ramaya kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya semasa saya membuat kerja kursus ini. ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ayahanda En Roslee bin Shafie dan bonda Pn Haslina bt Harun yang amat saya hormati dan kasihi.Penghargaan Pertama sekali.galakan dan tunjuk ajar sepanjang saya melakukan kerja kursus ini sehinggalah selesai. Selain itu. Mereka sentiasa memberi dorongan. saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya. saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang . . Akhir sekali .sokongan. Di samping itu. Tambahan lagi. Encik Masri bin Abdullah kerana sokongan dan galakan yang diberikan sepanjang saya melakukan kerja kursus ini. Badrul Amin bin Ismail dan Muhamad Izan bin Muhammad yang sudi membantu saya semasa saya mengalami masalah dalam prosess menyipakan kerja kursus ini. pengharagaan juga diberikan kepada semua responden yang sudi menjawab soalan-soalan kami dan memberi banyak maklumat kepada kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini.

Dengan kajian ini. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. 3. 2. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Malah. Secara tidak langsung. secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah. . Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini.Objektif Kajian 1. saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. akan masyarakat akan lebih menghargai institusi pentadbiran tempatan yang banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat.

.Kaedah Kajian Terdapat 5 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2013 . Banyak maklumat berguna dapat diperolehi berdasarkan pemerhatian saya di sini. membaca beberapa majalah ilmiah seperti Majalah Wanita dan Muslimah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Saya juga membuat lawatan ke permis yang memasarkan bahulu ini iaitui Zana Baulu iaitu pada 7 April 2013 pada pukul 6.00 petang. Maklumat adalah seperti di bawah. Saya merujuk beberapa buku di perpustakaan. Selain itu beberapa keratan akhbar berkaitan tajuk kajian seperti Harian Metro dan Berita Harian. Kaedah lawatan dan pemerhatian Saya telah melawat kilang perusahaan pengeluaran bahulu tersebut iaitu Wawasan Ilham Enterprise untuk mengkaji sejarah institusi berkenaan . Majalah ilmiah. Muat turun internet Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

. Dengan ini. saya telah menemu bual En Zahari bin Md Akhir dari Zana Baulu untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini. penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.Kaedah temu bual Melalui kaedah temu ramah. Kaedah analisis dokumen Saya juga turut merujuk dokumen dari Pendaftaran Perniagaan (SSM) dan proposal syarikat terlibat untuk memastikan kesahihan fakta yang ada.

00 dan cara pembuatannya menggunakan kaedah tradisional iaitu telur dipukul dengan penumbuk tangan dan dibakar dengan sabut. Bagi menampung permintaan yang kian meningkat. b) Sejarah /asal usul kegiatan ekonomi Asalnya diusahakan dalam skala keci-kecilan di rumah oleh arwah bapa mertua En Zahari iaitu Hj. sambutan daripada pelanggan agak menggalakkan dan pasaran dikembangkan di merata tempat. Pengusaha ini mengeluarkan baulu cermai. Setelah kematian bapa mertua beliau. En Zahari telah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab sebagai pengurus pengeluaran baulu tersebut. Mulanya oven yang kecil digunakan dan jumlahnya ditambah secara berperingkat. Modal permulaanya hanyalah RM12. Selepas itu. ikan emas kecil dan besar.HASIL KAJIAN 1. Mohamaed Noor dan ibu mertuanya Hjh. . Hasil baulu tersebut dipasarkan di kedai-kedai kopi dan kedai runcit sekitar kampung berhampiran. Maklumat asas a) Nama / jenis kegiatan ekonomi Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah makanan tradisional iaitu baulu.dalam beberapa jangka masa . Che Som bt Man. kaedah peralatan pemprosesan yang lebih moden digunakan.

Perniagaan yang dijalankan adalah atas nama Wawasan Ilham Enterprise dengan Nombor Pendaftaran PG0083920-P. Ianya terletak kira-kira 9 kilometer daripada Bandar Bukit Mertajam . Perusahaan beliau telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Perniagaan pada 27 Julai 2011 di Seberang Jaya. Premis jualan hasil produk pengusaha iaitu Zana Baulu pula terletak di kawasan perumahan Taman Seri Mengkuang. . Pulau Pinang.c) Lokasi/tempat kajian Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 2007. d) Pihak yang mengusahakan/individu/kelompok masyarakat yang mengusahakan Produk makanan tradisinal bahulu ini telah diusahakan oleh En Zahari bin Md Akhir. Mukim 19 Mengkuang Titi. Bukit Mertajam Puau Pinang . Beliau menubuhkan perusahaan makanan tradisional bahulu ini mulai tahun 1985 sehingga sekarang. (Rujuk Lampiran). Lokasi tempat kajian ini boleh dikatakan berada di kawasan luar bandar.

Kedai tersebut terletak di deretan permis perniagaan di Taman Sri Mengkuang. Beliau juga telah membuka kedai sendiri untuk menjual baulu keluaran perusahaannya disamping makanan tradisional yang lain seperti kuih kapit. Satu kotak bahulu cermai dijual dengan harga RM10. Hal ini demikian telur yang dibeli di kedai atau pasar raya kadang-kadang masih terdapat kekotoran pada lapisan luar telur itu terutama najis ayam dan bulunya. putu kacang dan sebagainya. pertama sekali telur perlulah dibasuh sehingga bersih. Pegusaha membekalkan bahulu ini dalam jumlah 6000 biji dalam sehari dan meningkat hingga ke 35000 biji pada musim perayaan..00 dan baulu ikan emas pula RM11. Nama kedai tersebut ialah Zana Baulu Enterprise sempena jenama baulu keluaran beliau. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan terutamanya baulu ikan emas besar.2. b) Proses / cara pelaksanaan Bagi menghasilkan kuih bahulu ini. Selepas itu telur akan dipecahkan sebiji-sebiji dan telur tersebut perlulah dipukul atau digoncang menggunakan peralatan tertentu sehingga .00 sekotak. Latar Belakang a) Tujuan dijalankan Bahulu ini dijual oleh En. Keadaan ini akan menjejaskan tahap kebersihan bagi proses pembuatan makanan. Azahari di beberapa kawasan di sekitar daerah Seberang Perai dan Pulau Pinang. Selain itu biasanya ia dijadikan juga sebagai cenderamata semasa majlis perkahwinan. Perusahaan baulu ini dengan jenama ‘Zana’(Rujuk laporan akhbar Berita Harian Selasa 9 Ogos 2003) terus berkembang hingga ke peringkat antarabangsa di mana Kampung Mengkuang merupakan tumpuan pelancong asing yang sering ke kampung itu yang turut terkenal dengan Program Inap Desa.

kembang dan pekat bersama gula. letakkan sedikit minyak di dalam pencetak kuih supaya adunan tidak melekat. Apabila ketuhar telah panas. c) Peralatan/kaedah yang digunakan Bagi menghasilkan produk di atas. pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah : a) Pemanas tepung b) Pengayak tepung c) Mesin pemukul telur (mixer) d) Ketuhar (oven ) e) Acuan bahulu Ketuhar dan acuan baulu . campurkan kesemua bahan tersebut. Kacau acuan tersebut dalam beberapa minit. Seterusnya. Lidi ini digunakan kerana ia mamudahkan kerja tersebut dan tidak menyebabkan bahulu rosak . Tepung pula perlulah diayak dahulu menggunakan mesin khas. Selepas 10 minit bekas bahulu tersebut bolehlah dikeluarkan daripada ketuhar. ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. masukkan acuan tersebut ke dalam pencetak dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit. Kemudian. Bagi mengeluarkan bahulu daripada bekasnya kita hanya memerlukan sebatang lidi yang bersih. Sementara itu.

Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat. Beliau juga ada menerima bantuan peralatan seperti ‘oven’ dan ‘mixer’ sebagai penambahan. Azahari serta keluarga telah memberi impak yang positif kepada masyarakat sekeliling. Azahari. Antara agensi kerajaan yang menyumbang kearah perkembangan perusahaannya ialah seperti Pejabat Daerah. Zahari menggunakan modal sendiri untuk membeli peralatan memproses baulu seperti ketuhar dan pemukul telur serta bahan-bahan membuat baulu. a) Hubungan kemasyarakatan Perlaksanaan perundustrian yang diusahakan oleh En. 3.d) Kos Pengendalian En. Masyarakat kampung akan bergotong royong menyediakan makanan bagi meraikan tetamu yang hadir. Hubungan kemasyarakatan sekeliling nampak lebih harmoni dimana mereka akan saling membantu apabila menerima kunjungan dari pihak luar seperti pelancong asing dan orang-orang kenamaan yang datang melawat ke bengkel En. Pihak Perda ada menyumbang berbentuk kewangan lebih kurang RM30. Perda dan Jabatan Pertanian. pihak masyarakat akan memberi sokongan penuh atas penglibatan En Azahari seperti memberi kemudahan pengangkutan untuk mengangkut peralatan kecil memproses baulu serta tenaga kerja secara sukarela.000 untuk mengubahsuaikan bengkelnya agar lebih sesuai dan kondusif. Jika terdapat ekspo seperti Ekspo Usahawan Bumuputera Pulau Pinang. Secara tidak langsung ianya telah mendidik masyarakat setempat menyemai .

c) Pelancongan Kampung Mengkuang merupakan salah sebuah kampung yang diangkat martabatnya sebagai Kampung Perlancongan Desa iaitu melalui Program Inap Desa. saling membantu dan sentiasa menjaga keharmonian setempat. Maka dengan itu produk beliau telah tersebar di merata tempat terutama kawasan utara dan Pulau Pinangj Dengan jumlah jualan yang mula bertambah kepada ribuan biji sehari menyebabkan pendapatan bulanan beliau semakin bertambah hingga mampu mencecah hingga RM2000 sehari dan RM9000 pada hari perayaan. Selepas itu. b) Prasarana/rangkaian perniagaan Keluarga EN Zahari pada awalnya hanya membuat bahulu ini apabila ada tempahan daripada kawan-kawan saja dan sebagai sumber pendapatan sampingan. sambutan agak menggalakkan dan beliau menerima tempahan daripada pelbagai pihak dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan. Singapura.nilai-nilai murni seperti menghormati dan menyanyangi orang lain. termasuk kunjungan orang kenamaan dari Jabatan Kementerian Luar Bandar. Banyak promosi telah dibuat. Jepun dan sebagainya datang berkunjung di kampung tersebut. Pengiktiran SDSI oleh pihak Perda juga telah menaikkan nama Zana Baulu. Beliau juga pada awalnya hanya menghantar produk beliau di kedai runcit dam kedai kopi sekitar Mengkuang TiTi sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Maka dengan itu ramai pelancong datang dari pelbagai negara seperti Indonesia. Secara tidak langsung bengkel perusahaan baulu En .

Pekerja dikedai pula ialah seramai 2 orang dan waktu operasi ialah dari 10. Kebanyakan pengunjung yang datang ke bengkel pasti akan tertarik dengan aroma dan merasai keenakan baulu panas yang baru dihasilkan dan yang pergi pasti akan kembali semula untuk menikmati keenakkan baulu Zana Mengkuang Titi. Kesemua pekerja adalah terdiri daripada penduduk setempat. . Mohamaed Noor. Mereka juga bekerja tidak mengikut masa. Mereka juga bekerja mengikut permintaan pelanggan produk mereka.00 malam.00 pagi hingga 10. Secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat terutama golongan muda atau penganggur kawasan setempat.Zahari menjadi salah satu lokasi utama singgahan para pelancong yang hadir. d) Peluang Pekerjaan En Zahari bin Md Akhir menjalankan perniagaan ini bersama isterinya iaitu Norhana bt Mohd Noor setelah kematian bapa mertuanya iaitu Hj. Beliau mempunyai tenaga pekerja seramai 6 hingga 8 orang pada hari biasa dan bertambah 11 orang pada hari perayaan serta cuti persekolahan.

b) Penglibatan pihak luar/ galakan kerajaan atau swasta Kunjungan beberapa pihak agensi kerajaan membuktikan sokongan mereka terhadap perindustrian kampung ini.4. c) Reaksi/penerimaan masyarakat Produk makanan tradisional kuih bahulu keluaran En. Antara faktornya adalah. Selain itu. pengusaha tidak boleh mengurangkan jumlah telur bagi mengurangkan kos pembuatan bahulu tersebut. Zahari sangat berpotensi untuk dimajukan dan dikembangkan. apabila oven besar telah dibeli mereka terpaksa mencari sendiri manual penggunaannya kerana tiada pihak berkemahiran dapat membantu. Contohnya bantuan berupa peralatan pembuatan yang lebih moden telah disumbangkan oleh pihak PERDA seperti ketuhar dan bahan pembungkusan baulu yang bernilai RM65. Selain itu pihak Jabatan Pertanian juga ada menyumbang peralatan berbentuk ketuhar kepada pengusaha. beliau sering mendapat permintaan yang memberangsangkan dari masyarakat setempat dan luar. Jika telur dikurangkan ia akan menyebabkan mutu bahulu yang dihasilkan akan menjadi kurang .230. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim . Dengan telur sebagai bahan utama . Prospek a) Cabaran / kekangan yang dihadapi Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah bahan-bahan yang diperlukan seperti masalah harga telur yang mula meningkat. Berkat kesabaran akhirnya masalah tersebut dapat diatasi dan penggunaanya berjalan dengan lancar sehingga sekarang. Contohnya kegebuan dan warna bahulu tersebut. Pada awal penggunaan penghasilan buah baulu kurang memuaskan sehingga membawa kepada kerugian.

Mereka juga berhasrat untuk mendapatkan sijil halal daripada pihak JAKIM supaya produk mereka betul-betul dijamin halal dan tiada keraguan bagi pembeli untuk membeli. Zahari. d) Saranan dan harapan En Azahari bersama isteri.perkahwinan. Selain itu. Selain itu promosi besar besaran akan dibuat dimana sebelum ini perusahaan mereka banyak disiarkan di dada akhbar seperti Harian Metro. blog dan sebagainya. Melalui jalur lebar promosi akan dibuat menerusi facebook. Harapan En Azahari ialah agar suatu hari nanti perusahaan baulu kaluaran Zana ini dapat menembusi pasaran luar negara. . Ini membuktikan bahawa sokongan dan penerimaan masyarakat setempat berkaitan perusahaan baulu beliau amat baik. Promosi dari masyarakat setempat kepada orang luar atau saudara luar mereka tentang keenakan baulu keluaran Zana Baulu. Di tambah pula peluang pekerjaan yang dibuka sekurang-kurang dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi setempat. bercadang untuk meluaskan lagi produk mereka di merata tempat. Ini membuktikan bahawa penerimaan positif masyarakat setempat terhadap produk keuaran En. Berita Harian dan The New Straits Time. mereka juga ingin memperbesarkan perusahaan mereka ini dan lebih dikenali.

tetapi kerajaan sentiasa berusaha membantu memajukan ekonomi rakyat . Walaupun merupakan sebuah kawasan yang terpecil atau jauh daripada kesibukan kota . Sebagai pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan . telah melahirkan satu perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Ini dapat dibuktikan dengan perkembangan yang ditunjukkan dalam Kampung Mengkuang Titi. Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian.Hasil kajian yang dilakukan ini juga telah menemukan saya beberapa unsur patriotisme di dalamnya. .Rumusan Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan . Melalui kajian yang saya lakukan . Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu padu. Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan. penyelia . Akhir kata. hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. salah satu daerah Bukit Mertajam iaitu kawasan kajian penulis. bekerjasama. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai dan pesat membangun. salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini adalah kerana nilainilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada para pengurus . Sikap mementingkan diri boleh dikatakan tiada dalam diri setiap mereka. bertolak ansur. staf sokongan dan juga para pekerja. Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka. Berdasarkan pemerhatian secara tidak langsung.

icu.http://www.my/eDirektori/?page=papar&cat_id=0&subcat_id=0&sid=720 .gov.bpp.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful