AHLI KUMPULAN : Phang Chin Nyap, Phang Jiew Leong, Sylvester Png, Iris Ung, Wong Chung Kai

FUNGSI OTOT Sebahagian besar daripada berat tubuh manusia adalah disumbangkan oleh otot. Kira-kira 40 hingga 50 peratus jumlah berat tubuh manusia terdiri daripada otot. Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran. Untuk membolehkan otot berfungsi ia disambungkan pada tulang, tulang rawan, ligamen dan kulit. Otot yang terletak di bawah permukaan kulit berbentuk mendatar, manakala otot pada anggota gerak adalah berbentuk lebih panjang.

1.4.1 Jenis-jenis Otot
Otot terbahagi kepada tiga jenis: (a) Otot Jantung Berbentuk segi empat tepat dan dibentuk oleh gentian otot jantung. Merupakan sejenis otot bebas yang istimewa kerana ia boleh bertindak tanpa rangsangan saraf. Oleh itu, jantung adalah dikategorikan sebagai otot tak voluntari (otot luar kawal). Ia tidak boleh dikawal secara sedar. Gentian-gentian otot jantung bercabang antara satu sama lain. Cabang-cabang ini membentuk seperti satu jaringan. Setiap gentian merupakan sel tunggal yang dikelilingi oleh membran sel. Semua gentian akan terangsang jika salah satu sahaja serat dalam jaringan tersebut dirangsang. (b) Otot Licin Ianya sama seperti otot jantung, di mana ia adalah otot tak voluntari. Perbezaannya dengan otot jantung adalah otot licin tidak berjalur. Gentian otot licin berbentuk fusiform (gelendong). Terdapat satu nukleus berbentuk bujur di tengahnya. Ukuran serat ini di antara 30-200 øm panjang dan bahagian yang terlebar berukuran antara 5-10 øm.

Dua jenis tisu yang dibentuk oleh otot licin ialah: (i) Tisu Otot Visera (Unit Tunggal) Selalu terdapat di dinding luar arteri dan vena kecil serta visera berongga seperti gaster, usus, uterus dan pundi kencing. Tisu otot ini terikat kuat antara satu sama lain untuk membentuk satu jaringan yang berterusan. Serat-serat akan terangsang apabila impuls dihantar melalui gelombang dalam bentuk kontraksi. (ii) Tisu Otot Licin (Berbilang Unit) Setiap satu tisu otot ini mempunyai akhiran saraf motor yang tersendiri. Oleh yang demikian, hanya otot yang terangsang sahaja yang akan berkontraksi. Tisu ini boleh didapati di dinding arteri besar, saluran udara besar paru-paru, otot arektor pili yang melekat pada folikel rambut dan iris mata.

Dikenali juga sebagai otot voluntari kerana ia boleh dikawal secara sedar. Otot rangka selalunya melekat pada tulang dan merentasi satu atau lebih sendi. bagi otot rangka di muka. ia melekat pada kulit pada satu hujungnya. Sfinkter pula adalah otot rangka yang berbentuk cecincin.23: Keratan melintang otot rangka . Pergerakan pada sendi akan terhasil apabila berlaku kontraksi. Kadangkala ia dipanggil juga otot berjalur kerana mempunyai jalur yang merentasinya. Rajah 1. Namun. Otot artikular pula adalah otot rangka yang mempunyai satu hujung melekat pada kapsul sendi.Rajah 1.22: Tisu otot licin Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005). Tugas otot ini adalah menarik kapsul sendi semasa berlaku pergerakan supaya kapsul tidak terperangkap dalam sendi yang bergerak. Konstriktor adalah otot rangka yang tersusun berbentuk tiub. bibir mulut dan anus. Keadaan ini membolehkan kita mengedut dan mengerutkan muka untuk menunjukkan emosi. (c) Otot Rangka Kebanyakan otot ini melekat pada rangka dan menghasilkan pergerakan rangka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Otot-otot ini lebih dikenali sebagai otot-otot ekspresi muka. Ia terdapat di sekeliling kelopak mata. Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Otot ini membentuk farinks dan bahagian atas esofagus.

Fasikulus adalah nama yang diberi kepada sekumpulan serat otot bersamasama endomisiumnya. berlari. Anatomi Umum. Gerakan luaran yang boleh dilihat adalah seperti berjalan. Manakala. Gerakan otot yang tidak boleh dilihat pula adalah seperti denyutan jantung. . ia dilitupi tisu perantara yang diberi nama perimisium. kuasa dan daya tahan. serat otot yang mempunyai kandungan mioglobin yang rendah dikenali sebagai serat otot putih. Bagi setiap fasikulus pula.100 øm lebar dan panjang sehingga mencapai 10cm.4. Maksud kontraksi isometrik adalah kontraksi otot tanpa perubahan panjang. Endomisium adalah otot perantara yang mengelilingi setiap serat otot. 1. (b) Fungsi Otot Rangka Otot melakukan beberapa fungsi penting melalui kontraksi seperti: (i) Gerakan Gerakan adalah apa-apa sahaja gerakan yang berlaku sama ada boleh dilihat atau tidak. pertukaran berat untuk senaman yang berbeza memakan masa dan ini menyebabkan masa latihan terbuang. fleksi dan ekstensi anggota dan tubuh. Sekumpulan fasikulus akan membentuk keseluruhan massa otot dan dikelilingi oleh epimisium. Kelemahan latihan ini ialah beban tidak dikekalkan sepanjang rangkaian pergerakan. Ukuran sel otot rangka adalah 50 . Sementara itu dalam latihan isotonik. gerakan gaster dan usus semasa proses pencernaan dan kontraksi otot pernafasan. Kebanyakan sel otot mempunyai nukleus di bahagian periferinya. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. beban yang digunakan adalah tetap sepanjang perlakuan pergerakan dan berasaskan set ulangan maksimum serta membangunkan tiga komponen kecergasan iaitu kekuatan. Aktiviti ini disebut sebagai kontraksi isometrik. Kelebihan latihan ini ialah ia menggunakan alat yang murah dan senang didapati contohnya berat bebas ataupun freeweights. Hulu Kelang. Kekuatan dibangunkan melalui rangkaian pergerakan. Kita boleh melihat sel otot rangka ini dengan menggunakan mata kasar. Sel otot rangka berbentuk silinder dan panjang. (ii) Penetapan Postur Fungsi tisu otot juga adalah untuk menetapkan postur tubuh melalui kontraksi otot dan penetapan tegangan otot tanpa memendekkan otot. Serat otot merah adalah kandungan mioglobin yang tinggi pada serat otot rangka. Setiap serat otot ini merupakan satu sel otot.1 Struktur dan Fungsi Otot Rangka (a) Struktur Internal Otot Rangka Setiap satu otot rangka dibentuk oleh banyak serat.Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Tambahan pula.

hujung otot yang melekat pada radius akan tetap.2 Lokasi dan Tindakan Otot Utama (a) Lokasi Otot kebanyakannya melekat secara langsung atau melalui tendon atau aponeurosis kepada tulang.(iii) Penghasilan Haba Untuk melakukan kontraksi. tetapi hujung yang melekat pada radius menarik lengan bawah dan bergerak. Contoh. Rajah 1. Manakala istilah penyelitan (pelekatan distal) pula diberikan kepada bahagian yang yang bergerak atau bergerak lebih. Anatomi Umum. Apabila fleksi dilakukan oleh sendi siku untuk mengangkat barang. tetapi salah satu tempat perlekatannya biasanya kekal. Adalah dianggarkan 85% daripada haba badan adalah terhasil dari kontraksi otot. bisep braki berkontraksi.4. haba akan dihasilkan. tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja. Hulu Kelang.24: Pergerakan fleksi sendi siku Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Sebaliknya. Istilah punca (pelekatan proksimal) otot diberikan kepada bahagian yang tidak bergerak atau bergerak sedikit. satu hujung otot bisep braki yang terletak di hadapan lengan atas melekat pada skapula dan hujungnya yang satu lagi melekat pada radius di lengan bawah. jika kita memegang batang besi tetap yang terletak di atas kita dan menaikkan tubuh ke atas. Haba yang dihasilkan ini berfungsi untuk menetapkan suhu tubuh badan. otot memerlukan tenaga. ligamen atau fasia. tetapi hujung yang melekat pada skapula menarik tubuh ke atas dan bergerak. Terdapat otot yang melekat pada organ dan ada juga yang melekat pada kulit. Hujung otot yang melekat pada skapula tetap dan tidak bergerak. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. . rawan. Otot yang berkontraksi akan menjadi pendek. Jadi apabila berlaku kontraksi otot. 1.

otot bisep braki di hadapan lengan atas menjadi penggerak utama dalam gerakan fleksi sendi siku. Otot antagonis perlu berada dalam keadaan relaksasi yang seimbang sebelum otot penggerak boleh berkontraksi. Contohnya. Tindakan tersebut adalah penggerak utama (prime mover). Manakala hujung otot yang terletak jauh dari tubuh badan atau hujung yang melekat pada organ dirujuk sebagai perlekatan distal.25: Otot biseps braki dan triseps (iii) Penetap Penetap adalah otot yang berkontraksi secara isometrik. Tindakan ini dikenali sebagai perencatan reflex saraf. (i) Penggerak Utama Sesuatu otot menjadi penggerak utama apabila otot tersebut bertindak sebagai otot yang utama atau sebahagian daripada sekumpulan otot yang bertanggungjawab terhadap sesuatu gerakan tertentu. otot yang melekatkan girdle pektoral pada badan. Otot ini berkontraksi sebagai penetap untuk membolehkan otot deltoid bertindak lebih berkesan pada sendi bahu. Contoh. Dengan ini. penetap (fixator) dan sinergistik. Istilah baru diperkenalkan untuk mengelakkan kekeliruan. antagonis. Istilah tersebut adalah perlekatan proksimal dan perlekatan distal. Tindakan penetapan dilakukan untuk menstabilkan perlekatan proksimal otot penggerak utama. Hujung otot yang terletak berhampiran dengan tubuh badan dirujuk sebagai perlekatan proksimal. Ini bermaksud otot mempunyai panjang yang tetap dan ketegangan meningkat. Contohnya otot fleksor dan ekstensor pergelangan tangan berkontraksi untuk menetapkan sendi pergelangan tangan. (ii) Antagonis Antagonis adalah otot yang pergerakannya berlawanan dengan penggerak utama. Sebangai contoh.Oleh yang demikian. Ini akan menghasilkan tindakan otot yang berkesan. otot trisep yang terletak di belakang lengan atas melawan tindakan otot biseps braki apabila sendi siku berada dalam keadaan fleksi. (iv) Sinergistik Berfungsi sebagai penstabil sendi intermediat dan menghalang sebarang gerakan yang tidak diperlukan. otot fleksor dan ekstensor . istilah punca dan penyelitan amat mengelirukan. (b) Tindakan Otot Utama Terdapat empat cara tindakan yang dilakukan oleh otot. Rajah 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful