1.0 PENGENALAN Lari berganti-ganti merupakan satu-satunya acara berpasukan atau berkumpulan dalam sukan olahraga.

Ada acara untuk peserta lelaki dan ada juga acara untuk peserta wanita. Dalam sesuatu perjumpaan olahraga, acara lari berganti-ganti sering menjadi tumpuan ramai sama ada pada pihak peserta ataupun penonton. Lari berganti-ganti juga adalah satu acara yang paling menarik dalam bidang trek dan padang. Biasanya, acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter disusun pada akhir program sebagai kemuncak di mana penonton dapat menikmati kehandalan pasukan-pasukan yang bertanding dalam suatu pertentangan hebat dan segi kederasan dan kemahiran penukaran baton. Pasukan yang menang dalam acara ini hanya dapat dikesan selepas keputusan terakhir disebarkan sebab ada kemungkinan baton terjatuh, pelari-pelari menerima baton luar daripada zon terhad untuk penukaran baton atau pembatalan yang lain. Dalam keadaan ini, pasukan ynag mempunyai keempatempat pelari yang pantas dengan hantaran yang tidak baik akan ditewaskan oleh pasukan lain di mana pelari-pelarinya mempunyai kepantasan sederhana sahaja tetapi hantaran mereka licin dan baik. Oleh kerana teknik larian telah dipelajari, maka pelari-pelari perlu diajar kemahiran-kemahiran ansur maju dalam teknik menerima dan memberi baton. Susunan pelari-pelari mengikut kualiti masing-masing perlu diambil kira “ Synchronisation” antara keempat-empat atlet sangat penting sebab ini akan memastikan kelicinan dalam teknik penukaran baton yang baik bila mereka sampai ke peringkat pertandingan. Atlet juga perlu mengetahui aspek-aspek kognitif dan psikomotor supaya latihan menjadi lebih bermakna kepada mereka. Mereka juga mesti teguh dan berlatih bersungguh-sungguh sebab acara ini perlu penyelarasan keempat-empat pelari untuk mencapai kejayaan.

1

2.0 SEJARAH LARI BERGANTI-GANTI Menurut sejarah, kali pertama lari berganti-ganti diadakan ialah pada akhir abad ke-19 di Amerika Syarikat dan dihasilkan oleh dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennysylavania, iaitu Frank Ellis dan Laussat Geyelin. Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh (402.34) iaitu suku batu dengan membawa baton untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berlari pada jarak yang sama. Terdapat dua pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1893. Sejak itu lari berganti-ganti terus menjadi pertandingan yang menarik dan mendapat sambutan ramai. Dalam tahun kemudian wujud pula’ Pennysylvania relay Carnival’ yang merupakan acara tahunan di Bandar Amerika Syarikat. Dari situ, acara lari berganti-ganti ini dikembangkan ke bandar-bandar lain di Amerika danm terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dari Amerika Syarikat, acara lari berganti-ganti tersebar pula ke negara-negara lain. Terdapat pelbagai acara lari berganti-ganti, walaupun kebanyakan peminat sukan olahraga didedahkan dengan acara 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter sahaj. Antaranya termasuk sebagai acara dalam beberapa kejohanan olahraga ialah 4 x 200 meter, 4 x 800 meter, 4 x 1500 meter dan lari bergantiganti jarak jauh, selain dua acara dinyatakan terdahulu. Selain dari itu, terdapat pula lari berganti-ganti campuran atau gabungan seperti 100 x 200 x400 x 800 meter. 100 x 100 x 200 x 400 meter dan 200 x 200 x 400 meter. Menurut sejarah, hanya acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter sahaja diadakan pada tahun 1893 di Pennysylvania. Ini bermakna 4 x 400 meter adalah cabang daripada 4 x 100 meter. Kini lari berganti-ganti 4 x 400 meter menjadi acara tetap dalam setiap perjumpaan olahraga dari peringkat yang paling rendah sehingga ke peringkat antarabangsa seperti Sukan Olimpik. Kepopularan acara 2

ini setanding dengan acara 4 x 100 meter sama ada dari segi penyertaan ataupun sambutan orang ramai. Dalam acara lari berganti-ganti 4 x 400 meter, terdapat empat orang pelari yang akan berlari sejauh 400 meter atau satu pusingan balapan menjadikan keseluruhan jarak yang dilalui oleh keempat-empat orang pelari ini 1600 meter. Cara larian adalah sama dengan acara lari berganti-ganti yang lain iaitu peserta pertama akan berlari sejauh satu pusingan dengan membawa baton untuk diberi kepada pelari kedua yang akan berlari satu pusingan balapan untuk diberi pelari kedua, yang akan berlari satu pusingan balapan untuk diberi pelari ketiga dan seterusnya pelari terakhir yang akan menamatkan keseluruhan larian. Pelari terakhir dalam sesebuah pasukan lari berganti-ganti termasuk 4 x 400 meter ini akan berlari sepantas mungkin untuk menamatkan larian. Pada pelari ini terletak keputusan dalam sesuatu larian. Pelari yang mencecah tali atau pita penamat terlebih dahulu dikira sebagai pemenang, diikuti pelari yang kedua tiba dan begitulah seterusnya.

Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga, acara 4 x 400 meter diletak sebagai acara terakhir, yang kadang-kadang merupakan penentu kepada pencapaian sesebuah pasukan dalam menentukan jumlah keseluruhan pungutan pingat. Acara 4 x 400 meter wanita dan diikuti dengan 4 x 400 meter lelaki menjadi acara penutup kejohanan itu. Oleh kerana 400 meter dianggap sebagai acara pecut, maka acara berganti-ganti 4 x 400 meter ini juga adalah tergolong sebagai acara pecut. Pertukaran baton walaupun tidak sepantas 4 x 100 meter, tetapi sebarang kesilapan atau kelambatan akan memberi kelebihan kepada pihak lawan untuk menguasai perlawanan itu.

3

3.1 Kasut Kasut atau spikes merupakan peralatan penting bagi para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain. Tapak dan tumit kasut yang dibenarkan ialah untuk 11 tempat paku. Lingkaran kelilingnya antara 120 hingga 130 mm (4. 3.75 inci) dan beratnya tidak kurang daripada 50 gram. Ukurannya tidak melebihi 150 mm x 25 mm dan gubahan nombor-nombor peserta yang mengambil bahagian hendaklah sama.3 Pakaian Di dalam semua acara. Baton seeloknya berwarna terang supaya mudah dilihat pada masa perlumbaan. Walau bagaimanapun penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini terutama acara lari pecut. Bagaimana pun biarlah daripada jenis yang ringan. Bahagian paku yang teranjur dari tapak atau tumit tidak meelebihi 25 mm panjangnya. Pakaian mestilah dibuat daripada bahan 4 . Ianya dibuat daripada kayu. termasuk acara lari berganti-ganti.2 Nombor peserta Setiap peserta hendaklah memakai nombor yang dipakai di belakang dan di dada supaya jelas kelihatan. Atlit tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat sama ada di dalam atau di luar kasut yang boleh menambah tebal kasut atau yang boleh memberi bantuan kepada pemakainya.0 Peralatan Baton mestilah tiub kosong. Jenis kasut bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan individu. licin dan bulat. 3. 3. Nombor-nombor itu mestilah sama dengan nombor dalam buku aturcara. Panjangnya tidak lebih daripada 30 cm dan daripada 28 cm. peserta-peserta mestilah memakai pakaian bersih dan digubah supaya tidak menjolok mata. logam atau benda yang kejor/tegar dalam satu pecahan.

32 m lebarnya dan jika boleh sebelah dalam berbendul simen atau lain-lain benda yang sesuai.50m tinggi di kedua-dua belah balapan. Jika di atas balapan rumput. 3. 3. Bendera berukuran 0. Lebar lorong ialah antara 1. bendera hendaklah dipacakkan di atas garisan pada setiap 5 meter untuk menghindarkan peserta-peserta daripada berlari di atasnya. Biasanya. Bendera-bendera itu dicondongkan 60 darjah dengan bumi ke sebelah dalam.3 Blok permulaan Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para pelari pecut dan pelari pertama acara lari berganti-ganti 4 x 100 m dan 4 x 400 m membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian.22m hingga 1.yang tidak nipis dan menampakkan susuk badan pemakai walaupun basah dan boleh mengganggu keputusan hakim. pelari kedua dan pelari ketiga 5 . blok ini amat diperlukan termasuk di peringkat sekolah. para pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini tetapi kebanyakan atlit. Balapan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 6 lorong dan seberapa boleh 8 lorong.25m. pelari pertama akan berlari sejauh 106m.25m x 0. Bagi acara 4 x 100m. lebih kurang 50 mm tinggi dan 50 mm lebarnya. Balapan mestilah tidak kurang daripada 7. pelari pertama hingga pelari keempat mestilah berlari di lorong masing-masing. Dalam acara 4 x 400m pula.2m.4 Ukuran Balapan Panjang balapan bagi acara balapan termasuk acara lari berganti-ganti 4 x 100 m dan 4 x 400 m ialah tidak kurang daripada 400 m. Blok permulaan hendaklah dibuat seluruhnya dengan benda yang kejur/tegar dan tidak boleh memberi sebarang bantuan tambahan kepada peserta. pusingan pertama dan sebahagian pusingan kedua hingga akhir lengkungan pertama hendaklah berlari dalam lorong masing-masing. Bagi acara 4 x 100m. Peserta-peserta dibenarkan memotong akan ditandakan dengan bendera bertiang 1.

sintisis dan penggunaan berjenis-jenis aspek pergerakan. 1. Lari berganti-ganti adalah acara pecut (sprint event) kerana kebanyakan prinsip-prinsip mekanik dan saintifik adalah berkaitan dengan lari pecut.3 Hukum tindak balas Untuk sesuatu tindakan ada sesuatu tindak balas yang sama dan berlawanan. Zon pertukaran baton dalam acara 4 x 100m ialah pada jarak 20m.1 Hukum Inertia Segala-galanya akan bergerak terus dan hanya menghala ke lain sekiranya ada sesuatu kuasa yang menghalakannya.2 Hukum Halaju Kelajuan badan terpulang kepada kekuatan daya tekanan yang bertindak. peserta akan berlari pada jarak yang sama. 6 . Bagi acara 4 x 400 m pula. 1.sejauh 126m dan pelari keempat sejauh 120m. 4.0 PRINSIP-PRINSIP MEKANIK DALAM LARI BERGANTI-GANTI Komponen kognitif dalam pergerakan melibatkan pengertian tanggapan analisa. Pembentukan konsep prinsip-prinsip mekanik dan saintifik dalam lari berganti-ganti membolehkan murid memahami kenapa dan bagaimana badan mereka bergerak apabila mereka melakukan sesuatu supaya ianya dapat memberi kesan yang baik pada peserta. Hukum pergerakan Newton 1. 1.

Kelajuan dan langkah Jika kelajuan bertambah maka langkah menjadi lebih panjang 6.1 daya sentrifugal 4.1 Pergerakan terus . Daya tekanan Pergerakan berlaku jika ada tekanan 4. tubuh badan diangkat ke udara dalam masa yang singkat sekali.2 Pergerakan paksi – yang mempunyai satu paksi Contoh : Pergerakan kaki yang berpaksi di bahagian punggung di mana pelari bergerak lebih laju ke depan Domain psikomotor Domain ini merangkumi semua pengalaman pembelajaran berdasarkan membaiki kualiti tindak balas pergerakan.2 daya sentripetal 5.yang bergerak dari satu tanda ke satu tanda. 6.2. Pergerakan 6. Semasa pecut. Domain Afektif Perasaan dan sensitiviti 7 . 4. Gerakan badan yang dijatuhkan ( falling body ) Pelari-pelari perlu menjarakkan pusat gravitinya semasa membuat permulaan seberapa ke hadapan yang boleh sehingga ia mula melangkah untuk berlari. Pusat graviti Pusat graviti adalah pusat perimbangan badan 3.

Selepas mencapai kelajuan. 0 Permulaan Dalam Lari Berganti-ganti Dalam acara lari berganti-ganti permulaannya adalah pada selekoh balapan. Pelari pertama dikehendaki memasang bloknya pada sebelah kanan lorong itu mengikut garisan lurus ke lengkungan bahagian dalam lorong itu. pelari itu mestilah berlari seberapa dekat dengan garisan dalam lorong itu dan dekam badan ke depan serta condong kesebelah kiri mengikut selekoh itu. Badan dicondongkan untuk imbangan daya tarikan sentrifugal dan setripetal. Ini kerana : i) boleh mendapat kelajuan yang maksima mengikut pergerakan lurus (linear selekoh ii) dapat mengurangkan sedikit jarak larian. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat adalah seperti untuk berlari untuk lari pecut hanya perbezaan pada landasan larian. Jika daya tarikan sentrifugal melebihi daya tarikan sentripetal maka kita akan dicampakkan keluar daripada trek. Butir-butir kognitifnya adalah kerana dapat mengurangkan jarak larian jika mengambil selekoh kecil daripada mengambil selekoh yang besar. motion ) jika dibandingkan dengan permulaan berlari dari Bentuk balapan 4 X 100 m 8 Bentuk balapan 4 X 400 m .5. Dekamkan badan adalah untuk keseimbangan.

6. Pelari keempat – Posisi berdiri dan aksi adalah sama dengan pelari kedua. Pelari ini perlu mempunyai kepantasan dan daya berjuang dan ianya juga digelar ‘Anchor Man’. lutut dan sendi pinggang ditolak sepenuhnya. 4. Fasa pemulihan (recovery) Kaki belakang ditarik tinggi ke hadapan Fasa hayunan (swing) Lutut kaki depan ditinggikan ke depan Kedudukan Pelari 4 x 100 meter Pelari pertama – boleh bermula dan berlari lencong dengan pantas. 3. Penukaran baton mesti dilakukan dalam zon penukaran baton. Fasa tolakan (drive) Pergelangan kaki. Pelari ketiga – Berdiri di sebelah lorong seperti pelari kedua dan aksi adalah sama. Fasa sokongan (support ) Pelari berada di garisan permulaan dengan baton berada di tangan kanan. Pelari kedua mesti mempunyaikepantasan dan daya tahan. Berdiri di sebelah kanan dan berada dalam keadaan bersedia dan berlari dengan pantas apabila pelari pertama sampai ke tanda yang telah ditetapkan. 9 . Bermula dengan gaya dekam dengan baton di tangan kanan mengikut lorong dalam lari mula hingga habis. Mendarat atas bola bebola kaki pada masa permulaan fasa ini. elari ini merupakan seorang yang mahir dalam lari di lencongan. Pelari kedua – menunggu di zon kederasan di tempat sesah (check mark).0 FASA-FASA LARI BERGANTI-GANTI 1. 2.

Pelari ini akan memotong masuk lorong pertama selepas lencongan pertama.pelari ini akan menunggu di zon pertukaran baton lorong sendiri dan akan menerima baton dengan tangan kiri. ( Ini adalah untuk pertandingan antara lebih daripada tiga pasukan ) 10 . Pelari pertama akan berlari dalam lorong sendiri dari mula hingga akhir.Semua pelari mesti berlari mengikut lorong masing-masing dari mula hingga akhir. Kedudukan Pelari 4 x 400 meter Pelari pertama – bermula gaya dekam dengan baton berada di tangan kanan. Pelari ketiga dan keempat – menunggu dan menerima baton 10 meter dari belakang garisan penamat. Pelari kedua.

1 2 11 . Guru meminta pelajar agar dapat membiasakan menggunakan kedua-dua belah tangan.0 LANGKAH-LANGKAH ANSUR MAJU DALAM LARI BERGANTI-GANTI Secara umumnya. Para pelajar perlu diterangkan rasional memegang baton bagi mewujudkan ruang menerima baton yang maksimum bagi pelari yang akan menerima baton. fasa pegangan dan hayunan baton 2. terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih merancang pengajaran berkesan dalam latihan ansur maju bagi acara lari berganti-ganti ini. Fasa-fasa tersebut adalah : 1. fasa memberi dan menerima baton 3. Fasa permulaan pegangan dan hayunan baton Setiap pelajar diminta untuk memegang baton seperti ditunjukkan di dalam gambarajah sepanjang larian mereka. Seterusnya pelajar diminta untuk membiasakan diri berlari dengan membawa baton dengan cara yang betul.7. fasa larian dalam zon pertukaran baton 4. fasa penamat 1.

Oleh itu. Fasa memberi dan menerima baton Dalam acara ini perkara penting untuk memastikan kejayaan sesebuah pasukan ialah kelancaran hantaran baton. teknik yang sering digunakan semasa hantaran baton ialah teknik pandang dan teknik tanpa pandang. Teknik pandang Teknik ini khusus digunakan dalam acara 4 x 400 meter di mana penerima baton akan memandang ke arah penghantar baton sehingga menerima baton itu.3 4 5 5 cara pegang baton 2. Teknik tanpa pandang Teknik ini digunakan untuk acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter di mana penerima baton menunggu di tempat yang sesuai dalam zon kederasan 12 .

Teknik pandang Cara peretukaran baton Teknik tanpa pandang 3. Hantaran berterusan 13 .

Selepas peserta nombor lima menerima baton dalam tangan kanan. Hantaran berterusan –(sembilan pelari sepasukan) Semua pelari pergi ke lapan-lapan stesen seperti aktiviti lapan berpasukan. Seperti biasa.4 Tiap-tiap pelari menggunakan tangan yang sama sepanjang latihan ini. Tiap-tiap pelari berbuat demikian sehingga baton kembali semula ke peserta pertama daripada pelari nombor lapan 4. kemudian menghantar baton pada perta stesen tiga yang menerima dengan tangan kanan. berlari anak balik ke tempat asalnya. Jumlah stesen adalah lapan. 5. Jarak diantara peserta adalah dua puluh hingga tiga puluh meter. Pelari nombor satu memegang baton dengan tangan kanan dan dia akan menerima kembali dengan tangan kiri. 4. Demikian juga dengan pelari-pelari seterusnya. 14 . Aktiviti ini memerlukan kebolehan semua pelari menerima baton dengan tanagn kanan dan tangan kiri. Pelari nombor satu dan pelari nombor sembilan menunggu di stesen nombor satu. 6.2 Pelari pada stesen satu bermula membawa baton dengan tangan kiri. Latihan ini bermula dengan lima pelari dalam satu pasukan .Bilangan pelari terdiri daripada angka yang genap. semua pelari berpusing dan jarak seperti pada awal aktiviti di mana peserta nombor lima menjadi pelari pertama pada kali ini. Keperluan : Trek 400 meter dan bertanda dengan bendera pada tiaptiap 50m di trek.3 Selepas menghantar baton.1 Pada tiap-tiap stesen diletakkan pelari 4. peserta pertama tiba ke stesen pertama. Organisasi 4. peserta kedua menghulurkan tangannya ke belakang bila peserta pertama memberi isyarat. Jangka masa latihan terpulang kepada jurulatih.

Semua atlit perlu didedahkan tentang zon tersebut di mana kedudukan sebelum dan semasa menerima baton. 15 . Fasa Larian Dalam Zon Pertukaran Baton Setiap pertukaran baton mestilah dilakukan di kawasan atau zon larian yang telah ditetapkan. Penerima baton perlu berada di luar pertengahan lorong jika menerima dengan tangan kanan dan lari dalam separuh bahagian lorong bertujuan untuk memberi kawasan lari bagi pelari yang akan menerima baton. Sebagai seorang penerima. larian perlu dilakukan daripada garisan awal sepanjang zon dan jangan memandang ke belakang. Sebagai pemberi atau orang yang akan memberikan baton dan hantar dalam kawasan terhad. Baton harus diterima dengan cepat semasa pelari yang menghantar baton tiba ke tanda yang telah dibuat.2 1 3 Cara menghantar baton 4 4. Jarak bagi zon pertukaran baton bagi acara 4 x 100 meter ialah 20 meter. Baton juga perlu diserahkan sepanjang 1/3 kepada penerima dan pastikan hantaran itu dalam tangan penerima.

Zon pertukaran baton 16 .

Garisan atau kawasan tersebut dibuat dengan menggunakan skital 17 .Pergerakan dalam pertukaran baton Langkah Ansur Maju 1. Berlari anak di dalam kawasan atau garisan yang telah disediakan.

2. Fasa Penamat Apabila peserta hendak melintasi garisan penamat. Lakukan aktiviti ini berulang-kali dan menggunakan satu zon yang dipilih di dalam padang yang sebenar bagi memastikan baton dihantar dengan kemas dalam zon tersebut. Seterusnya lakukan seperti keadaan yang sebenar bagi membiasakan pelajar melakukan pertukaran baton di dalam zon yang telah ditetapkan dengan kemas dan betul. Seorang akan menjadi pemberi dan seorang lagi sebagai penerima. Peserta yang dadanya dahulu menyentuh garisan penamat dianggap pemenang. peserta mebuat larian anak . Apabila pemberi berlari menuju ke arah zon pertukaran baton. Aktiviti ini dilakukan seperti 2 tetapi menggunakan padang yang sebenar. Buat permulaan. 18 . Aktiviti secara berempat iaitu melibatkan 4 orang dalam satu kumpulan. Lakukan aktiviti berulangkali.sebagai penanda. pastikan rentak larian tidak berubah.Pelari atau peserta dikehendaki berlari anak dari kawasan permulaan hingga kawasan akhir penanda. 3. penerima akan berlari anak hingga ke garisan yang telah ditandakan sesuai untuk menerima baton. Lakukan aktiviti ini secara berpasangan. Pemberi akan berada di luar zon dan penerima akan berada di permulaan garisan yang telah ditetapkan. Peserta akan mengambil tempat sebagaimana yang telah ditetapkan. Dada peserta hendaklah ke hadapan dan mencecah dahulu ke garisan penamat. 4.

Apabila sampai di garisan penamat 19 .Teknik penamat Langkah Ansur Maju 1. Guru melatih murid berlari dalam kumpulan untuk menamatkan satusatu larian dengan jarak 20 meter.

o Apabila berlaku keadaan di mana baton jatuh di luar daripada kawasan hantaran maka pelari yang menjatuhkan baton tesebut mestilah memungut atau mendapatkannya semula. Latihan ini di ulang berkali-kali. setiap pelari yang memberi atau menghantar baton itu dikehendaki mengambilnya semula.masing sehingga semua peserta telah melintasi zon terhad.0 UNDANG-UNDANG DALAM LARI BERGANTI-GANTI Dalam acara lari berganti-ganti.murid mendepankan dada dahulu supaya dada melintasi garisan penamat. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari adalah seperti berikut : o Setiap peserta tidak dibenarkan masuk ke dalam lorong pasukan lain sebaik sahaja baton telah diberikan kepada peserta kedua dan seterusnya. o Setiap baton yang dihantar atau diberikan kepada rakan sepasukan mestilah di zon pertukaran yang ditetapkan. Pasukan-pasukan yang bertanding dinasihatkan berlari mengikut lorong masing. terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam setiap pasukan. Zon bagi jarak pertukaran baton sejauh 20 meter. o Jika terjadi sesuatu perkara seperi baton terjatuh semasa sesi pertukaran. 20 . 8. o Peserta-peserta daripada setiap pasukan tidak dibenarkan berlari lebih dari satu’leg’.

Pergerakan bahu semasa melakukan larian mestilah seimbang bagi memastikan larian dapat dilakukan dengan kemas. 9. 3. Antara kesalahan-kesalahan yang ketara : 1. 4. 2. Ketika melakukan permulaan larian. Semasa larian. genggaman tangan pada baton perlulah erat agar baton tersebut tidak terjatuh dan akan mengakibatkan kelewatan serta ketinggalan 5.0 KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN Pelari-pelari bagi acara lari berganti-ganti sering melakukan beberapa kesalahan yang disedari atau sebaliknya. lurus dan tegan semasa memecut dengan kepantasan. Semasa melakukan larian atau memecut seperti acara pecut yang lain. Ayunan tangan semasa melakukan larian mestilah betul. Pergerakan bahu semasa melakukan larian.1 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 21 . Kesalahan-kesalahan ini akan memberikan gangguan kepada pelari-pelari tersebut dalam membuat larian. sering pelari-pelari berlari dalam keadaan biasa agar pergerakan kepala dapat dilakukan dengan sempurna.9. Kedudukan tangan ke tepi. Seringkali pelaripelari yang terlibat dalam acara ini melakukan kesilapan seperti yang dinyatakan. kedudukan atau lonjakan keluar daripada belok sering membuatkan seseorang pelari tertinggal disebabkan permulaan yang tidak sempurna.

Kesemua faktor ini ditentukan oleh : 22 . rohani. 10. Ini secara keseluruhannya melibatkan kecergasan sosial. pelari tersebut perlulah melihat ke belakang sebelum keluar dari trek balapan. o Dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter terutamanya. Kecergasan boleh diibaratkan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap daripada segi jasmani. pelaripelari perlulah melihat ke belakang dan ke kanan iaitu arah larian sebelum keluar dari trek balapan. o Setelah pelari-pelari menyerahkan baton kepada rakan-rakan pasukan. Ini bagi memastikan tidak berlaku perlanggaran. beberapa langkah keselamatan perlu dielakkan. emosi dan sosial. Ini akan memudahkan pelaripelari lain dapat melakukan larian tanpa gangguan. Setiap pelari juga perlu diingatkan tentang beberapa perkara agar acara tersebut dapat dijalankan dengan baik. menghadang pasukan lain atau mengganggu larian pelari lain. Ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang perlanggaran dan akan mengakibatkan kelewatan atau ketinggalan. Diantaranya : o Setiap pelari dalam sesuatu pasukan hendaklah berlari di dalam lorong masing-masing. Perkara seperti ini menjadikan bahan bantahan. kecergasan psikologi dan kecergasan fisiologi.Bagi mengelakkan berlaku sesuatu kejadian atau perkara yang tidak diingini.0 KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL DAN LATIHAN Ahli fisiologi mengatakan bahawa kecergasan merupakan keadaan di mana seseorang itu mempunyai keupayaan melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan menggunakan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di masa kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan.

keluarga. kecergasan sosial akan dapat merapatkan masyarakat dan seterusnya menjadi alat yang berkesan ke arah perpaduan negara. ii) Kecergasan Mental 23 . Rakyat yang cergas akan menjadi sumber yang kaya kepada negara.i) ii) iii) faktor persekitaran faktor keturunan faktor corak hidup Komponen Kecergasan Konsep kecergasan merangkumi lima aspek iaitu : i) ii) iii) iv) v) Konsep kecergasan sosial kecergasan mental kecergasan fizikal kecergasan emosi kecergasan rohani di atas adalah syumul atau komprehensif yang kecergasan membolehkan sesorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. ia perlulah cergas melibatkan diri di dalam aktiviti social agar ia dapat memberikan sumbangan yang positif kepada diri sendiri. i) Kecergasan sosial Seseorang individu itu adalah ahli keluarga dan masyarakatnya. Oleh itu. masyarakat dan negara.

ii. Daya tahan kardiovaskular Kekuatan otot Daya tahan otot Kelenturan dan Kecergasan Komposisi tubuh badan Manakala aspek kecergasan yang berlandaskan perlakuan ialah : i. iii) Koordinasi Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa tindak balas Kepantasan Kecergasan Emosi 24 . vi. Aspek kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi lima komponen dengan melibatkan kecergasan kardiovaskular menjadi tumpuan utama. iv. Kecergasan mental ini juga membolehkan seseorang individu itu melakukan tanggungjawab yang positif terhadap diri dan masyarakatnya dengan menggunakan daya kerja setimpal. v. ii) Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua sapek terbesar seperti mana pendapat Corbin dan Lindsey (1979) serta Hockey (1981) iaitu aspek kesihatan dan aspek perlakuan. iii. masyarakat dan negaranya serta dapat membuat penilaian dan pengukuran yang adil tanpa dipengaruhi oleh pihakpihak tertentu. iii.Kecergasan mental merupakan kesedaran seseorang individu itu terhadap dirinya. ii. v. Lima komponen tersebut ialah: i. iv.

penanaman nilai-nilai. kualiti kehidupan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang berat. teguh menghadapi cabaran dan mudah diterima oleh masyarakat. kepuasan diri (self satification. disiplin diri. pengetahuan mengenainya perlulah ada agar seseorang itu tidak bertindak mengikut perasaan. Oleh itu. Untuk itu. berdikari dan ketuanan diri. self astualisation). pembentukan watak. mental. keperibadian bangsa. Kecergasan rohani merupakan kecergasan jangka panjang yang boleh membawa kesihatan dan peningkatan kualiti kemanusiaan. Kecergasan emosi membolehkan seseorang itu melakukan integrasi perpaduan. emosi dan sosial. kecergasan sosial dan kecergasan mental ialah pengawalan emosi. produktiviti. kepimpinan.Keperluan pembinaan asas kecergasan jasmani/fizikal. pengetahuan psikologi. iv) Kecergasan Rohani Kecergasan rohani ialah keupayaan dalaman seseorang itu seperti teguh. KECERGASAN FIZIKAL Akademi PJ Amerika Syarikat (1979) menyatakan kecergasan fizikal ialah 25 . hormat menghormati. disiplin diri. kuat daripada segi fizikal. bagi pembinaan asas kecergasan emosi. keeratan dalam kumpulan (team work).

Fall (1980). Selain daripada itu. daya kuasa. memberikan pendapatnya tentang kecergasan fizikal daripada dua aspek iaitu kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu dalam aktiviti sukan terutamanya daripada sistem tenaga. kekuatan. 0 PROGRAM LATIHAN 26 . seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul. 11. daya tahan dan sebagainya.keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga ynag mencukupi untuk riadah. Walau bagaimanapun semua kaum dan semua peringkat mempunyai tahap kecergasan fizikal optima masing-masing.

seseorang jurulatih harus mengambil kira empat aspek persediaan utama iaitu persediaan fizikal. jurulatih mampu membimbing dan memperkembangkan keupayaan prestasi atlit ke tahap optimum supaya dapat mencapai kecemerlangan serta memperoleh kemenangan dalam sesuatu pertandingan yang dijadikan matlamat kejayaan. Perancangan program latihan yang berkesan melibatkan empat faktor pertimbangan utama yang harus dilaksanakan menurut turutan yang khusus. Tentukan pertandingan atau kejohanan yang akan disertai sepanjang tahun sehingga pertandingan utama yang menjadi sasaran kemenangan dalam program latihan. Senaraikan tarikh untuk sepanjang tahun program latihan akan dikelolakan c. Mengenalpasti tarikh pertandingan utama yang menjadi sasaran kepada atlet untuk mencapai puncak prestasi b.1 Pendahuluan Perancangan yang teliti. Dalam hubungan ini. d. Deskripsi grafik di bawah menunjukkan keempat-empat pertimbangan penting tersebut. Hanya dengan adanya program latihan yang terancang. Bahagikan tempoh latihan kepada 3 fasa utama berasaskan konsep periodisasi program latihan dilaksanakan mengikut 27 . Langkah-langkah Dalam Perancangan Program Latihan Perancangan latihan yang sistematik dan saintifik serta berkesan perlu langkah-langkah berikut : a. persediaan teknik. persediaan taktik dan persediaan mental dalam program latihan yang dikelolakan. sistematik dan saintifik adalah kriteria bagi menjamin keberkesanan program yang dikelolakan.11.

Kajian terhadap latihan ini telah membuktikan bahawa latihan jeda merupakan satu siri ulangan yang berintensiti tinggi berbanding latihan yang lain seperti latihan litar. semasa musim persediaan atlit lari berpagar akan cuba membina asas yang kukuh dalam usaha meninggikan dan meningkatkan kecergasan sehingga ke musim pertandingan. rasional pemilihan latihan jeda adalah kerana latihan ini merupakan satu-satunya jenis latihan yang 28 . Latihan ini juga sebagai satu persediaan untuk menyertai acara lari berpagar. cara ini adalah yang paling baik dan efisien untuk meningkatkan tahap ambang anaerobik seseorang atlit. latihan beban dan juga latihan fartlek. Hal ini kerana latihan jeda mempunyai masa rehat yang tertentu di antara siri tersebut. Peningkatan daya tahan kardiovaskular boleh dicapai melalui latihan Jeda.Fasa Persediaan Fasa Pertandingan Fasa Transisi Transisi Aktif Transisi Pasif Pra-Pertandingan Pertandingan Persediaan Umum Persediaan Spesifik 11. Menurut Fox dan Mathew (1981). Latihan jeda digunakan untuk meningkatkan kecergasan fizikal para atlit.1 Latihan Jeda Latihan jeda adalah satu kaedah latihan yang dipilih untuk mencapai kecergasan fizikal dalam larian berpagar terutamanya. Ini dibuktikan oleh Annarino (1976). Latihan ini merupakan satu sistem latihan yang diselang-selikan dengan kerja dan masa rehat. Oleh itu.

Setiap jurulatih dapat memanipulasikan kadar kerja. Meningkatkan keupayaan anaerobik 3. Latihan jeda adalah pendekatan harian yang sistematik yang membolehkan seseorang itu memerhatikan kemajuan dengan mudah 3. kelembutan. jenis aktiviti semasa rehat dan kekerapan latihan dalam seminggu. 29 . ulangan.1. latihan Jeda sesuai untuk acara lari berpagar 110 meter yang menggunakan 98% sistem tenaga ATP – PC dan 2% sistem Asid Laktik. Untuk meningkatkan sistem tenaga anaerobik para atlit maka penggunaan cara latihan ini adalah perlu.dapat memperbaiki dan meningkatkan potensi tenaga berbanding dengan jenis-jenis latihan suaian fizikal yang lain.1. Oleh yang demikia.kekuatan dan koordinasi.3 Prinsip Latihan Jeda: • Latihan dengan berintensiti jangka tinggi atau sub-maksima pendek akan masa yang menggunakan system tenaga ATP – PC.1. Cara ini akan meningkatkan lagi sistem tenaga aerobik atlit.2 Sistem Tenaga : • • ATP – PC dan asid laktik(lebihan dominan) Asid Laktik dan Oksigen 3. • Latihan berintensiti rendah dengan jangka masa yang panjang akan menggunakan sistem tenaga asid laktik dan oksigen.1 Objektif Latihan Jeda: • • • • • • Meningkatkan daya tahan kardiovaskular Meningkatkan tahap ambang anaerobik Meningkatkan daya tahan otot Meningkatkan kemahiran atlit Meningkatkan ketangkasan.

Fox dan Mathews berpendapat bahawa masa pemulihan boleh ditentukan dengan cara: • • Degupan masa jantung sasaran semasa latihan (KNL) Degupan jantung sasaran semasa rehat (KNR) 30 . • Latihan Jeda menggunakan unsur-unsur yang berikut ini :  Kadar dan jarak intensiti kerja yang digunakan  Bilangan ulangan setiap waktu latihan  Masa pemulihan di antara setiap waktu latihan  Masa pemulihan di antara setiap jeda kerja  Kekerapan jeda kerja  Kemampuan latihan jeda dan keperluan individu diberikan perhatian bila merancang program 3.4 Kaedah Perlaksanaan: Latihan Jeda boleh dijalankan denagan mengambil kira unsur berikut : • • • • Menentukan kadar dan jarak kerja Bilangan ulangan untuk setiap waktu latihan Menentukan masa rehat Kekerapan latihan Latihan yang berintensiti tinggi dan dilakukan dalam masa yang singkat memerlukan masa rehat yang berlainan dengan latihan yang berintensiti rendah atau sederhana.1. Latihan yang digunakan perlu ada penetapan kecepatan pergerakan yang meliputi masa untuk menyudahkan jarak.• • Intensiti latihan untuk setiap atlit diberikan mengikut keupayaan individu.jauh jarak yang akan disudahi dan jangkamasa untuk pemulihan.

2 Melompat Kon Hurdles • • • • Kon hurdles disusun sejauh 30 meter. (10 set) Atlit melakukan larian dan melompat melepasi kon hurdles sepantas yang mungkin. (10 set) 31 .2. Atlit melakukan larian dan melompat melepasi kon hurdles dengan kelajuan sederhana.2. Atlit dikehendaki menggunakan kaki yang digunakan untuk melakukan fasa lonjakan semasa melakukan aktiviti ini.2 Aktiviti Latihan Jeda ( Latihan Ansur Maju) 3.1 Ketinting Mini Hurdles • • Mini hurdles disusun sejauh 10 meter. Atlit dikehendaki menggunakan teknik yang betul. (5 set) Atlit melakukan aktiviti ketinting melepasi mini hurdles dengan kelajuan sederhana. (5 set) 3. (5 set) Atlit melakukan aktiviti ketinting melepasi mini hurdles sepantas yang mungkin. • • • Atlit melakukan aktiviti ketinting melepasi mini hurdles dengan perlahan.• Nisbah kerja dan rehat 3.

persediaan mental. (10 set) Latihan ini diulang dengan melaraskan ketinggian hurdles pada ketinggian peringkat kejohanan.etapkan peratus masa latihan untuk melatih setiap aspek komponen latihan utama yang dipilih. (10 set) Atlit melakukan larian dan melompat melepasi hurdles sepantas yang mungkin. Jadualkan setiap komponen keupayaan atlit yang ingin dipertingkat mengikut fasa-fasa latihan yang dikenalpasti.2. Aspek-aspek utama dalam komponen keupayaan atlet yang ingin diperkembangkan termasuklah persediaan fizikal.3. 3.3 Melompat Hurdles Sebenar • • • • • Hurdles disusun sejauh 30 meter dengan ketinggian yang normal. Atlit melakukan larian dan melompat melepasi hurdles dengan kelajuan sederhana. persediaan teknik dan persediaan taktik. Latihan ini diulang sebanyak 10 set. 32 . Atlit dikehendaki menggunakan teknik yang betul.4 Teknik pecutan • • Atlit melakukan larian dengan masa 6 saat ke bawah.2.

2 Program Latihan Tahunan Program latihan ialah satu dokumen bertulis yang memperincikan perancangan yang bersistematik dan saintifik untuk membantu atlit dalam persediaannya dari segi fizikal. 33 . Jadual 1 : Penilaian Program Latihan Tahunan Nisbah Agihan Masa Untuk Aspek Latihan (Persediaan Fizikal. taktik dan psikologi bagi menghasilkan program yang seimbang dan bersesuaian dengan keperluan atlet seiring dengan matlamat program tersebut. program latihan tahunan meliputi beberapa kitaran makro. Masukkan maklumat-maklumat lain yang perlu seperti tarikh ujian. mental. penjadualan latihan pusat dan tarikh pertandingan utama yang bakal dihadapi ke dalam program latihan. pemeriksaan doktor. Taktik & Psikologi) Dalam perancangan program latihan. teknik dan taktik dalam menuju matlamat kejayaan dan kecemerlangan prestasi dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan yang akan disertai.Nyatakan beban latihan (intensiti dan isipadu) untuk setiap fasa latihan yang dirancang. 11. Secara umum. kitaran mikro serta sesi latihan harian yang dikelolakan oleh jurulatih untuk memperkembangkan potensi atlet ke tahap optimum. Teknik. teknik. jurulatih perlu memberi perhatian yang sewajarnya penetapan nisbah agihan masa untuk setiap aspek persediaan iaitu persediaan fizikal.

3. pelbagai kaedah latihan yang sistematik dan saintifik serta mengandungi variasi aktiviti perlu diserap ke dalam program latihan untuk mengekalkan minat.Berikut adalah cadangan nisbah agihan masa untuk keempat-empat aspek persediaan untuk satu program latihan acara lari berganti-ganti.3 Kaedah Latihan Pencapaian kecergasan fizikal optimum pemain menjadi tumpuan utama jurulatih untuk menyediakan asas yang mantap untuk menghasilkan prestasi yang cemerlang dalam pertandingan yang bakal disertai. Di antara kaedah latihan yang sesuai dilaksanakan untuk menghasilkan persediaan fizikal yang mantap adalah termasuk : 1. Nisbah Agihan Masa Untuk Aspek Latihan Persediaan Fasa Persediaan Umum Persediaan Khusus Pra Pertandingan Pertandingan Transisi Persediaan Fizikal 70% 60% 45% 25% 50% Persediaan Teknik 30% 25% 25% 20% Persediaan Taktik 10% 20% 40% Persediaan Psikologi 5% 10% 20% - 11. 2. Untuk tujuan ini. mengembangkan tahap prestasi seiring dengan matlamat yang ingin dicapai. Latihan Jeda Latihan Litar Latihan Bebanan 34 .

Latihan Pliometrik 12. Manakala teknik larian. Persefahaman dalam memberi dan menerima baton dianggap penting.4. Latihan adalah amat penting terutama dalam teknik penukaran baton kerana di sinilah penentu kejayaan sesebuah pasukan itu.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa acara lari berganti-ganti adalah acara balapan yang memerlukan kerjasama dalam pasukan di samping program latihan yang sistematik untuk membentuk pasukan yang mantap. Teknik yang digunakan juga adalah penting bagi mendapatkan sebuah pasukan yang mantap di mana aspek biomekanik dapat diaplikasikan sepenuhnya. Peserta haruslah mengelak daripada melakukan kesilapan dalam pertandingan kerana ianya akan mempengaruhi keputusan pertandingan. 35 . hantaran baton dan kedudukan pelari dalam sesuatu pertandingan perlu ditekankan bagi menentukan kejayaan sesebuah pasukan.

saya berharap kerja kursus ini menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan. Bersamasama tugasan ini disertakan juga video yang menjelaskan lagi keadaan latihan ansur maju tersebut. Kami berjaya membuat satu latihan ansur maju yang amat bersesuaian untuk kemahiran lari berpagar ini.13. Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi input kepada saya untuk bergiat dalam acara ini di samping dapat menambah ilmu pengetahuan saya untuk menjadi seorang guru Pendidikan Jasmani pada masa akan datang. Dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga berharap kerja kursus ini boleh menjadi rujukan kepada guru-guru pelatih pada masa hadapan. Saya dengan rasa berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Kokurikulum (Olahraga) iaitu Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa yang telah banyak memberi tunjuk ajar. Dalam pelaksanaan tugasan ini. bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan dalam masa yang telah ditetapkan. terima kasih Disediakan oleh: NUR SUHAILAWATI BT.0 REFLEKSI Alhamdulillah. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang lain terutama Encik Wan Mohamad Zil atas ilmu mengenai acara lari berpagar. saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kemahiran acara lari berpagar. Akhir kata. Melalui tugasan yang diberikan secara berkumpulan ini. Bak pepatah melayu mengatakan. MOHAMMAD SAFEI No. Selain itu. saya dan rakan sekumpulan saling berkerjasama dan memberi komitmen yang baik. KP : 720802-03-5594 36 . ‘kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’. Sekian. kami telah memilih kemahiran lari berpagar. teknik bermain dan latihan dengan betul. saya juga dapat mengenalpasti tentang peraturan.

Sekian terima kasih.kami diminta untuk menyatakan secara tidak langsung otot.Bersyukur kehadrat illahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat jua saya dan rakan saya menyiapkan tugasan kerja kursus Olahraga (WAJ 3112) dengan baik sekali.Walaupun kami sibuk dengan menguruskan sekolah serta tugaasan mengajar tetapi tugasan ini dapat dilaksanakan dan dapat dihantar tepat pada waktunya.saya juga dapat mengkaji beberapa program latihan untuk dilaksanakan terhadap murid-murid serta latihan ansur maju yang berkesan bagi memastikan setiap murid dapat melaksanakan kemahiran lari berpagar teknik yang betul. Akhir sekali. Salah satu ilmu yang saya dapat ialah bagaimana untuk mengurus kerja saya pada waktu sibuk dengan bermacam-macam program lain. Acara lari berpagar memerlukan satu kepantasan. tulang dan sendi yang terlibat. Melalui tugasan ini juga.saya dapat memahirkan diri dalam salah satu sukan olahraga iaitu acara lari berpagar. Melalui tugasan kerja kursus ini juga. Selain itu. Setelah melaksanakan tugasan ini.tulang dan sendi yang terlibat semasa proses untuk melakukan acara lari berpagar.Saya perlulah membahagikan masa dengan baik bagi membolehkan saya melaksanakan tugasan ini. Sebelum ini.saya dapat melengkapkan diri menenai acara ini dengan begitu arif sekali. saya telah melakukan kajian yang terperinci dari segi anatomi dan fisiologi bagi memastikan setiap pergerakan yang terdapat dalam acara lari berpagar dapat dinyatakan bahagian-bahagian otot. Melalui tugasan kerja kursus Olahraga (WAJ 3112) saya memperoleh banyak ilmu pengetahuan yang baru dalam melengkapkan diri menjadi seorang guru yang berkaliber kelak. Oleh itu. ISMAIL 37 . pengiraan masa yang tepat dan penuh dengan taktikal. saya berasa amat bertuah sekali kerana dapat malaksanakan tugasan ini kerana sebelum ini saya tidak begitu mahir dalam sukan ini. Disediakan oleh: dengan baik dan menggunakan NORHASHIMAH BT.saya sangat cetek ilmu pengetahun dalam lari berpagar.

Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. yang mana inginkan tugasan mereka di hantar dalam tempoh yang lebih singkat. Pada akhir coretan refleksi ini. Disediakan oleh: ROHIZA BT. Pertama sekali saya panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. analisis. kekurangan dan kelemahan dalam folio kerja kursus ini. Alhamdulliah. sentisis dan aplikasi. saya juga telah merancang dan membina program latihan ansur maju bagi acara olahraga lari berpagar ini. masalah ketidaksempatan masa dapat kami atasi sebaiknya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan kerja kursus ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. kiranya ada terdapat salah silap. maka inilah yang dapat saya sembahkan dalam folio kerja kursus projek ini. saya dapat menganalisis kemahiran dalam acara olahraga lari berpagar dengan menggunakan aplikasi sains seperti anatomi dan fisiologi serta lakuan motor. ABIDIN 38 . saya dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam mengukuhkan pengetahuan dalam membina program latihan dalam acara lari berpagar ini. Selain itu.Dari segi pemerolehan ilmu. KP Bismillahirahmanirahim. dengan adanya jadual kerja yang tersusun. saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Akhir sekali. Kesempitan masa juga turut memeningkan saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini. saya telah menghasilkan penulisan ilmiah dan power point pembentangan yang mempunyai cirri-ciri pengetahuan.Tugasan ini juga dapat saya siapkan hasil daripada dorongan para pensyarah dan bantuan daripada rakan-rakan pelatih semester lima PISMP. : 710126-03-5134 Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. namun kerja kursus dari pensyarah bagi mata pelajaran berbeza. Setelah bertungkus-lumus dalam proses menghasilkan folio kerja kursus. Seterusnya. Walaupun tempoh yang diberikan selama empat minggu. saya terpaksa menghadapi beberapa masalah yang sedikit menggangu proses penghasilan folio kerja kursus ini.No.

Physiology of Sport and Exercise. Fajar Bakti.0 BIBILIOGRAFI Jack H. Rujukan Internet http:// www. Internet.com/doc/38073798/Pengenalan-Olahraga-NOTA 1 MAC 2013 Panduan Pengajaran Lari Berpagar. http://www. Wilmore \ David L. McGraw-Hill Companies: United States of America.html 1 MAC 2013 Pengenalan Olahraga (NOTA).html http// www.com/ ASB4000X. Costill ( 1994). Shah Alam.com/track/index.blogspot. Edisi Kedua. Sportfair.No.com/2011/02/latihan-ansur-maju-lariberpagar. Howley .html http// www. Latihan Ansur Maju Lari Berganti-ganti.html http// www. http://futurepjteacher. Marsacademy.com/plomot.scribd.measco. KP : 710125-03-5060 14. Internet.slideshare. Wee Eng Hoe (1995) Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Exercise Physiology : Theory and Application to Fitness and Performance.all-americansports. Internet.html 39 .com/ormect/orblesl. Powers & Edward T.net/gtabbas/lariberpagar 1 MAC 2013 Scott K. http://www. Human Kinetics: United States of America.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful