1.

0

Pendahuluan

1.1. Pengenalan 1.1.1. Pendidikan Pemulihan Khas Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.

Pemulihan khas merupakan satu langkah untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran terutamanya masalah membaca, menulis dan mengira di sekolah-sekolah. Ott (1997) (dalam Rajesvari a/p Ramasamy, 2008) menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira adalah penting untuk dikuasai oleh setiap individu dalam kurikulum pembelajaran di sekolah.

Program pemulihan khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960-an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Secara umumnya, murid-murid pemulihan bukanlah yang mempunyai kecacatan akal, tetapi mereka adalah murid-murid yang memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran mereka berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka (Kamaruddin Hj. Husin, 1988). Dalam era globalisasi ini, setiap individu bersaing untuk mencapai kejayaan. Namun begitu, masih lagi terdapat individu yang tertinggal di belakang.
1

Syed Abu Bakar Syed Akil (1997) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan khas amat penting dalam sistem pendidikan khas kerana terdapat hampir 20% daripada jumlah kanak-kanak terpaksa bersaing dengan kanak-kanak yang biasa atau cerdas untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang dicapai mengikut kehendak sukatan pelajaran yang sama. Dalam erti kata lain pendidikan pemulihan merupakan suatu usaha atau langkah khas untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.

Pengendalian dan pelaksanaan program pemulihan adalah sesuatu yang begitu mencabar terutamanya kepada para guru. Mereka menempuh pelbagai cabaran untuk mendidik murid-murid dalam program pemulihan mereka yang sering kali memiliki masalah pembelajaran yang berbeza. Justeru, guru pemulihan khas memainkan peranan yang amat penting dalam membantu serta membimbing murid-murid pemulihan khas untuk menguasai masalah 3M. Guru pemulihan Khas juga berperanan penting dalam usaha untuk membantu murid-murid dari segi kaedah, bahan bantu mengajar dan aktivitiaktivti yang kreatif dan inovasi yang amat bersesuaian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p).

1.1.2.

Kemahiran Menulis Bagi kemahiran menulis,pengajaran pada Tahap I (Tahun 1 hingga Tahun 3)

tertumpu pada kemahiran menulis asas,

iaitu mengenal dan menulis abjad,

mencantumkannya menjadi kata, frasa, dan ayat,sementara Tahap II (Tahun 4 hingga Tahun 6) menekankan kemahiran menulis fungsian, iaitu untuk melahirkan idea dan perasaan bagi memenuhi fungsi komunikasi. Penekanan pengajaran kemahiran menulis amat penting bukan sahaja untuk tujuan pencarian ilmupengetahuan, tetapi juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan harian.Bagi tujuan itu, murid sekolah haruslah mencapai suatu tahap literasi yang sesuai untuk memenuhi kedua-dua fungsi berkenaan.
2

Sementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaanpembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.

Kemahiran menulis merupakan sebahagian daripada kemahiran literasi yang menurut UNESCO (1980) merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Antara kemahiran literasi yang penting adalah kemahiran menyalin yang juga merupakan sub komponen dalam kemahiran menulis. Penguasaan kemahiran ini menjadi antara kunci kepada dunia ilmu dimana proses pembelajaran daripada pra sekolah hinggalah kepada intitusi pendidikan tinggi tidak akan terlepas daripada aktiviti menulis.

3

pengkaji mendapati murid-murid pemulihan lemah dalam menulis nombor dalam lingkungan 10 dengan betul. Murid dapat menulis nombor yang disebut dengan cara membilang semula dari 1 hingga 9 untuk mengenalpasti nombor yang ingin ditulis. Mungkin juga strategi pengkaji yang dugunakan oleh pengkaji tidak 4 . Murid kerap menulis nombor secara terbalik. Murid-murid belum dapat membezakan bentuk nombor. Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Murid bergantung kepada carta tersebut untuk menulis semula nombor yang disebut oleh guru. Pengkaji dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan ini semasa mengajar kemahiran nombor 1 hingga 9. murid asyik menoleh ke belakang kelas untuk melihat carta nombor yang tertampal di papan kenyataan. Murid-murid pemulihan didapati kerap menulis nombor secara terbalik walaupun kerap juga ditegur oleh guru (pengkaji) semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun semasa membuat lembaran kerja. Tambahan lagi. Pengkaji telah dapat mengenalpasti masalah ini semasa meminta murid menulis nombor berdasarkan nombor yang disebut oleh guru (pengkaji). Pengkaji berpendapat. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu Pengkaji adalah guru pelatih yang sedang menjalani praktikum fasa 3 di sekolah kajian iaitu SK Alor Lintah selama 12 minggu. murid masih menulis nombor secara terbalik walaupun mereka menyalin semula nombor tersebut daripada carta nombor. Murid hanya menghafal turutan nombor seperti menghafal huruf abc yang dinyanyikan tanpa mengencam bentuk nombor tersebut.2. Pengkaji mendapati. Pengkaji mengakui bahawa mungkin pengkaji tidak memberikan tunjuk ajar dengan baik semasa pengajaran. Tambahan lagi murid pemulihan ini bermasalah untuk menulis nombor dengan betul.1. hal ini berlaku kerana murid menghafal turutan nombor semata-mata.

sesuai dengan aras dan perkembangan murid-murid pemulihan tersebut. untuk mengatasi masalah ini. Kegagalan muridmurid pemulihan menulis nombor dengan betul memberi impak kepada pembelajaran murid pada kemahiran yang seterusnya. Tambahan pula. pengkaji perlu memainkan peranan penting untuk membantu murid pemulihan yang bermasalah ini menulis nombor dalam lingkungan 10 dengan betul. masalah murid-murid pemulihan ini perlu diatasi segera agar tidak berlanjutan sehingga menjadi kebiasaan kepada murid menulis nombor secara terbalik. 5 . Oleh itu. Jadi. Subjek Matematik merupakan subjek yang penting bagi murid-murid. Murid-murid terlalu bergantung kepda carta nombor yang tertampal di papan kenyataan kelas pemulihan. barulah murid pemulihan tersebut sedar dan membetulkan bentuk nombor yang ditulis. murid-murid pemulihan juga bergantung kepada teguran pengkaji semasa sesi pengajaran mahupun semasa menyiapkan lembaran kerja. Apabila pengkaji menegur murid supaya membetulkan semula nombor supaya ditulis dengan betul.

3. Namun. Hal ini kerana pengkaji sedar tentang keperluan murid dan kepentingan menyelesaikan masalah tersebut agar murid yang bermasalah tidak terus tercicir dalam pembelajaran. Sekecil-kecil masalah yang diselesaikan akan mengurangkan risiko masalah tersebut menjadi lebih kronik dan tidak dapat diselesaikan. pengkaji beranggapan bahawa masalah yang besar mungkin akan timbul sekiranya msalah sekecil ini tidak diselesaikan. Maka. guru dapat membantu murid daripada terus hanyut dengan pemahaman yang salah. Guru mesti peka dengan masalah murid walaupun murid hanya mengahadapi masalah kecil dan tidak serius. Sesetengah guru berpendapat masalah menulis nombor secara terbalik dalam kalangan murid-murid pemulihan adalah masalah biasa. Mungkin dengan pengesanan awal melalui masalah ini. 6 . Guru juga mungkin dapat mengesan murid yang berkemungkinan mempunyai masalah disleksia lebih awal dan cuba mencari intervensi yang sesuai. Refleksi Nilai Pendidikan Masalah yang dihadapi murid dalam menulis nombor dengan betul merupakan masalah yang tidak boleh dipandang mudah oleh guru kerana kegagalan murid menulis dengan betul adalah disebabkan kegagalan guru dalam menangani permasalahan murid. menjadi kewajipan dan amanah kepada pengkaji untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam penulisan nombor secara terbalik untuk memastikan murid-murid ini tidak berterusan melakukan kesilapan kelak. Seorang guru yang bertanggungjawab sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi oleh muridnya lebih-lebih murid pemulihan khas yang sangat memerlukan perhatian yang lebih daripada seorang guru. Oleh yang demikian.1. pengkaji berasa bertanggungjawab untuk membuat sesuatu bagi meningkatkan kemahiran dalam menulis nombor dalam lingkungan 10. murid-murid pasti akan berterusan melakukan kesalahan tersebut. Sekiranya masalah menulis nombor secara terbalik tidak diambil perhatian.

7 dan 9 ialah murid menggaru kepala dan melihat carta nombor di papan kenyataan. Berdasarkan pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku murid-murid yang dapat diperhatikan semasa guru menyebut nombor 5. 6.0 Fokus kajian Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran. murid didapati kerap menulis nombor secara terbalik. ekoran daripada masalah ini. pengkaji mahu memastikan murid-murid pemulihan dapat menulis nombor dengan betul dan tidak menterbalikkan bentuk nombor yang sebenar. 7 dan 9. visual nombor yang dihantar ke otak diterjemahkan secara terbalik semasa murid menulis nombor-nombor tersebut. Selain itu. Masalah ini melibatkan pengamatan penglihatan murid-murid pemulihan. masalah ini juga berlaku mungkin disebabkan oleh kecuaian murid pemulihan semasa melihat bentuk nombor 5. pengkaji telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan dalam subjek Matematik. Kesannya. 6. pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menjalankan penyelidikan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan iaitu 7 . Murid menulis nombor berdasarkan nombor yang disebut oleh guru. Murid tidak mengecam dengan tepat bentuk nombor-nombor tersebut. 6. Masalah ini berlaku di kalangan murid-murid pemulihan mungkin disebabkan murid pemulihan mempunyai daya ingatan yang lemah untuk mengingat semula bentuk nombor yang betul. pengkaji bimbang murid pemulihan ini mungkin tergolong dalam murid yang bermasalah pembelajaran iaitu mengalami disleksia. Namun pengkaji akan memfokuskan kajian ini kepada masalah menulis nombor secara terbalik. Pengkaji telah mengesan masalah ini semasa menjalankan aktiviti imlak.2. Selain itu. Justeru. Nombor yang kerap ditulis secara terbalik oleh murid-murid pemulihan ini menghadapi masalah menulis nombor terbalik iaitu nombor 5. Hal ini kerana. 7 dan 9.

Rajah 1: Contoh Kesalahan Murid Menulis Nombor Terbalik 8 . 7 dan 9 dalam kalangan murid-murid pemulihan.Trace” untuk meningkatkan kemahiran menulis nombor 5. Pengkaji telah menjalankan penyelidikan tindakan dengan menggunakan “No. 6.menulis nombor secara terbalik agar masalah ini dapat diatasi dengan segera.

Hal ini adalah sedemikian kerana ada dalam kalangan muridmurid normal yang sering membuat kesilapan dalam mengeja. Umumnya.2008). Murid pemulihan tidak lagi menulis nombor dan abjad secara terbalik. 3. Masalah ini berlaku kepada murid pemulihan yang dikaji oleh pengkaji di mana mereka bermasalah dalam menulis nombor secara terbalik. murid pemulihan menunjukkan perubahan yang positif selepas menggunakan kaedah “tracing” atau menekap. sorotan tinjauan literatur ini akan mengfokuskan kepada kajian-kajian yang lalu tentang masalah murid pemulihan. Oleh itu. guru dapat mengurangkan rasa bosan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan rasa 9 . disleksia adalah sukar untuk dikenal pasti oleh seseorang guru. 3.2.Kaedah Tekapan Menurut Sumiati (2009) dalam kajiannya yang bertajuk Nombor Dan Abjad Terbalik. membaca dan menulis huruf atau nombor yang tidak jauh bezanya dengan kesilapan murid-murid yang mengalami disleksia (Rajesvari a/p Ramasamy. Dengan menggunakan kaedah “tracing” juga. kaedah tekapan dan penggunaan bahan maujud atau “hands-on”.1.3.0 Tinjauan literatur Telah banyak kajian lepas yang berkaitan pengajaran dan kemahiran menulis secara terbalik telah dilaksanakan dan dianalisis . masalah murid-murid menulis nombor atau abjad terbalik sering dikaitkan dengan masalah disleksia.Masalah Murid Pemulihan Kebiasaannya. Kebanyakan kajian yang ditemui berfokus kepada masalah menulis abjad secara tebalik. Namun kajian yang mengfokuskan kepada kemahiran menulis nombor secara terbalik tidak banyak yang ditemui.

murid pemulihan diberi peluang untuk memegang. kedua pula adalah tahap gambar iaitu penggunaan gambar dan diagram. Dia akan sentiasa ingin memegang.seronok murid untuk menulis nombor. 2. penggunaan bahan-bahan konkrit dalam jangka masa yang panjang dapat membantu pencapaian murid-murid dalam Matematik dan 10 . urutan perkembangan pembelajaran Matematik di dalam komponen kognitif melalui tiga tahap iaitu yang pertama tahap konkrit dimana ia menggunakan bahan maujud dan objek. Semakin seronok murid belajar semakin cepat mereka memahami pembelajaran mereka.3. Menurut Varie (2007) pula. kanak-kanak mempelajari tentang dunia persekitarannya melalui tindakan atau pengalaman sensori mereka dengan persekitaran. murid dapat merasa sendiri bagaimana bentuk nombor tersebut dan cuba mengingat bentuk nombor yang telah dipegang dan ditekap. Menurut Piaget dalam Wardle (2003).Penggunaan bahan Maujud atau “hands-on” Menurut Rohani Abdullah et al (2004). Aktiviti ini akan membantu lagi murid untuk mengingat dan menulis nombor dengan betul. 3 dan seterusnya. murid pemulihan dapat mengecam bentuk nombor yang betul semasa memegang dan merasa bahan maujud tersebut dengan tangan mereka sendiri. merasa atau melakukan sesuatu (Salleh Daud dan Izzah Abdul Aziz. Maka ini jelas menunjukkan penguasaan tiga tahap ini penting dikuasai oleh kanak-kanak bagi menguasai konsep nombor seterusnya persediaan kepada pembelajaran Matematik yang lebih tinggi. 3. Hal ini amat membantu murid untuk mengenal bentuk nombor sekaligus mengelakkan murid daripada menulis nombor secara terbalik. Semasa melakukan aktiviti ini.1979). Pengkaji menggunakan bahan maujud iaitu “number foam blocks soft” untuk membantu murid pemulihan menekap nombor. merasa dan menekap semula “number foam blocks soft” secara individu. manakala tahap yang ketiga adalah tahap simbol iaitu penggunaan 1. Dalam kajian ini. Di samping itu.

terdapat beberapa istilah yang boleh digunakan untuk menggambarkan aktiviti “hands-on” iaitu aktiviti praktik. Aktiviti “hands-on” juga merujuk kepada sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan penggunaan peralatan dan bahan yang berlaku ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud murid membina pengetahuannya sendiri atau konsep baru berasaskan pengalaman. Murid akan memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudah serta kekal melalui pembelajaran yang bermakna. Dengan aktiviti “hands-on” iaitu menekap dan menulis semula nombor. Maka. 11 . melalui aktiviti “hands-on”. murid-murid akan mempelajari untuk memanipulasikan bahan atau objek.meningkatkan rasa gemar murid-murid terhadap Matematik. murid akan lebih mudah ingat dan mengecam bentuk nombor sekaligus membantu murid untuk menulis nombor dengan betul. Menurut Doran (1990) melalui Nurul Izzah (2011). Pembelajaran akan lebih berkesan jika murid berhadapan dengan masalah atau tugasan yang telah biasa ditemui. aktiviti manipulatif dan aktiviti berpusatkan bahan. Jerome Bruner (1966) telah menyatakan bahawa pembelajaran merupakan proses yang aktif.

Trace”. 6. 6. Trace” dapat meningkatkan kemahiran menulis nombor 5. 7 dan 9 dalam kalangan murid-murid pemulihan Tahun 2 Tekun menggunakan “No. Objektif khusus Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut: i. Objektif umum Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis nombor 5.1. 4. Trace” dalam kalangan murid-muird pemulihan. 7 dan 9 dalam kalangan murid-murid pemulihan? ii. Soalan kajian i. 7 dan 9 dalam kalangan murid-murid pemulihan? iii. Trace” dalam kalangan murid-murid pemulihan. Trace” dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis nombor 5. Sejauh manakah penggunaan “No. ii. 6. Adakah penggunaan “No. Trace” dapat meningkatkan pengamatan untuk menulis nombor 5. Meningkatkan kemahiran menulis nombor 5.0 Objektif kajian 4. iii. 7 dan 9 selepas menggunkaan “No. Meningkatkan pengamatan untuk menulis nombor 5. 6. 4. 6. Adakah penggunaan “No. 6. 7 dan 9 dengan betul menggunakan “No. Mengetahui tahap penguasaan kemahiran menulis nombor 5.2.3. Trace” dalam kalangan murid-murid pemulihan. 6.4. 7 dan 9 menggunakan “No. 7 dan 9 dalam kalangan murid-murid pemulihan? 12 .

Bilangan Sasaran 4 Orang Umur 8 Tahun (Tahun 2) Jantina 3 Orang Lelaki 1 Orang Perempuan Masalah Menulis Nombor Secara Terbalik Rajah 1: Kumpulan Sasaran 13 . Semua murid berbangsa Melayu. Berdasarkan tinjauan awal pengkaji. murid-murid pemulihan ini didapati bermasalah dalam menulis nombor secara terbalik. Kesemua murid pemulihan didapati tidak mempunyai masalah berkaitan latar belakang.5. Murid- murid tersebut berada di tahap 1 iaitu Tahun 2 Tekun ( 8 tahun). Murid-murid pemulihan dari sekolah ini terdiri daripada empat orang murid iaitu tiga orang lelaki dan seorang perempuan. Tahun 2 Tekun sebenarnya merupakan kelas yang terdiri daripada murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana. Seorang daripada murid lelaki merupakan murid yang pernah berada dalam kelas pendidikan khas. murid-murid sentiasa aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun.0 Kumpulan sasaran Kumpulan sasaran kajian melibatkan murid-murid pemulihan SK Alor Lintah.

1.Bil. Surat Beranak : BP71166 Tarikh Lahir Nama Ibu Bapa/ Penjaga Pekerjaan Alamat : Buruh : Kampung Gong Mak Som : 11 November 2005 : Mohammad Faizal Bin Dollah 3. Nama Murid Wan Kharunnisa „Izzati Binti Wan Ismadi Maklumat Murid No. Surat Beranak : BP34451 Tarikh Lahir Nama Ibu Bapa/ Penjaga Pekerjaan Alamat : Penolong Jurutera : Kampung Gong Mak Som : 24 Disember 2005 : Wan Ismadi Bin Wan Yahya 2. Muhammad Zulhilmi Bin Zahari No. Surat Beranak : BK78415 Tarikh Lahir Nama Ibu Bapa/ Penjaga Pekerjaan Alamat : Buruh : Kampung Pak Demalik : 22 Mac 2005 : Mamat Bin Jusoh 4. Muhammad Faris Najmi Bin Mohammad Faizal No. Muhammad Hakimie Bin Mamat No. Surat Beranak : BM90002 Tarikh Lahir Nama Ibu Bapa/ Penjaga Pekerjaan Alamat : Pembantu Perubatan : Kampung Gong Mak Som : 4 Julai 2005 : Zahari Bin Hamat Jadual 1: Senarai Sampel 14 .

0 Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan 6. mengesan atau menekap menurut Oxford Advanced Learner‟s Dictionary Edisi ke-7. Trace” membawa maksud menekap nombor atau mengesan nombor . pemerhatian. Trace”. Pelaksanaan Tindakan Dalam mencapai tiga objektif kajian di atas. aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelajaran yang membolehkan murid menggunakan semua derianya seperti latih tubi. kajian pengkaji iaitu “No. temu bual dan analisis dokumen Seterusnya.” adalah singkatan daripada perkataan “number” dalam bahasa Inggeris yang bermaksud nombor manakala “Trace” bermaksud mencari. selepas sampel yang mengalami masalah telah dikenalpasti. “No.1. perancangan dibuat secara tersusun dan rapi. Oleh itu. Selain itu. aktiviti menggunakan bahan maujud dan sebagainya. Sebelum memulakan kajian. pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data sebagai tinjauan awal masalah.6. Di samping itu. pengkaji perlu merancang dan menyusun aktiviti pengajaran pemulihan seperti pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid (Jamilah Ahmad. Kaedah pengumpulan data yang dipilih oleh adalah seperti ujian. 1999). Kaedah “No. Tinjauan awal amat penting untuk dilaksanakan untuk mengenal pasti sampel yang terlibat dalam kajian dan masalah yang dialami oleh sampel. Hal ini kerana pengkaji mahu mengumpulkan data-data awal dan mengesan masalah dan daerah kekuatan serta kelemhan sampel yang dikaji. Sebagai guru pemulihan khas. Trace” ini berteraskan konsep “hands-on” yang memerlukan sampel menekap sendiri nombor sambil mengecam bentuk nombor yang ditekap. kaedah ini juga menggunakan bahan-bahan maujud seperti “number foam blocks soft” dan 15 . Kaedah yang akan pengkaji gunakan dalam kajian ini adalah kaedah “No. maka tindakan perlu dilaksanakan bagi mencapai tujuan peningkatan pencapaian murid tersebut dalam kemahiran menulis nombor dengan betul.

dengan menggunakan bahan maujud. 16 . 6. Hasil daripada penggunaan bahan-bahan yang mempunyai ciri yang telah disebutkan. Tambahan pula. Pengkaji yakin kaedah ini mampu menarik minat murid untuk suka belajar sekaligus membantu mengatasi masalah menulis nombor terbalik dalam kalangan murid-murid pemulihan. bahan maujud juga diyakini dapat meningkatkan pengamatan deria murid pemulihan. Murid pemulihan menjalankan aktiviti sesama mereka dengan bimbingan daripada pengkaji. Hasil daripada menggunakan kaedah “No. mengingat bentuk nombor sekali gus meningkatkan kemahiran menulis nombor dengan betul. pembelajaran murid akan lebih menarik dan tidak membosankan. Pengkaji juga mengetengahkan teknik latih tubi dalam kaedah yang digunakan. Selain daripada itu. Bahan maujud yang disediakan oleh pengkaji terdiri daripada bahan yang mudah dipegang. pengkaji yakin pengamatan murid pemulihan utnuk mengecam bentuk nombor dapat ditingkatkan. Kaedah ini membantu sampel untuk meningkatkan pengamatan terhadap bentuk nombor. Di samping itu. dengan berbantukan bahan maujud. sesuatu pembelajaran itu akan lebih bermakna dan mudah diingat. 7 dan 9. mempunyai pelbagai warna dan bersaiz besar. Hal ini kerana kaedah ini memerlukan sampel untuk melakukan aktiviti berulang kali dan diikuti dengan latihan atau lembaran kerja. Kaedah yang dijalankan oleh pengkaji dijalankan secara berperingkat-peringkat berdasarkan keperluan murid. Kaedah ini amat membantu sampel yang mempunyai masalah kecelaruan nombor yang sering ditulis secara terbalik iaitu nombor 5. Hal ini kerana pengkaji berpendapat. Trace” ini akan membantu sampel untuk menulis nombor-nombor tersebut dengan betul tanpa mengalami masalah menulis nombor secara terbalik.tanah liat. kaedah ini juga berpusatkan murid dan bahan di mana pengkaji bertindak sebagai fasilitator sahaja.

6. Trace” Aktiviti Sampel menekap bentuk nombor 5. 3 1 2 2 1 3 1 1 2 2 17 .1. 7 dan 9 secara rawak menggunakan “number foam blocks soft” sampel. 6. 7 dan 9 menggunakan “number foam blocks soft” di kertas Dalam langkah ini. Sampel akan menyebut secara berterusan sehingga sampel selesai menekap. Pengkaji akan menunjukkan nombor 5. sampel akan bertukar nombor dengan rakan sebelah. 7 dan 9 di atas kertas sambil menyebut nombor tersebut. kepada Kemudian. 6. Langkah Langkah 1 Langkah Pelaksanaan Aktiviti Menggunakan Kaedah “No.6. Sampel akan menyebut nombor secara individu. sampel perlu menyebut terlebih dahulu nombor-nombor yang ditunjuk kepada mereka. Pengkaji akan membimbing sampel untuk menekap nombor mengikut urutan yang betul berdasarkan anak panah yang terdapat pada “number foam blocks soft” .1. Setelah selesai menekap satu nombor. sampel akan menekap bentuk nombor 5.

5 6 7 9 5 6 7 9 5 6 7 9 5 6 7 9 5 6 7 9 18 . 6.Langkah 2 Sampel mewarnakan nombor yang ditekap dengan warna yang disukai. pengkaji akan memerhati sama ada sampel menulis mengikut langkah menulis nombor yang betul atau pun tidak. Pengkaji memberi kebebasan kepada sampel untuk mewarnakan hasil kerja mereka dengan warna yang mereka sukai. Dalam langkah ini. Sampel menulis semula nomnor yang telah ditekap sebanyak lima kali sebagai latih tubi dan latihan menulis. Pengkaji akan memerhatikan sama ada sampel menulis nombor secara terbalik atau pun tidak. sampel akan lebih menghargai tekapan yang telah dihasilkan. sampel akan diperhatikan daripada aspek cara menulis nombor. Semasa sampel sedang mewarna. Hasil tekapan yang telah diwarnakan oleh sampel di tampal di papan putih. Pada waktu ini. Setiap sampel akan menyebut nombor yang ditekap secara individu. Setiap sampel diberi kertas bergaris satu. Di samping itu. Pengkaji memberi ruang kepada sampel untuk memilih warna kesukaan mereka agar mereka lebih ingat dengan hasil kerja yang dilakukan. Pengkaji akan memberi ganjaran kepada setiap sampel sebagau peneguhan. Langkah 3 Sampel menulis semula nombor 5. Selain itu. 7 dan 9 sebanyak 5 kali dalam kertas. pengkaji akan menemubual secara santai tentang kaedah yang digunakan secara tidak langsung kepada sampel. sampel akan mewarnakan hasil tekapan nombor yang telah dibuat menggunakan pensel warna.

sampel akan diuji untuk mengecam bentuk nombor. Semasa menjalankan aktiviti ini. Selepas itu. Dalam langkah ini. 6. pengkaji akan dapat mengesan sampel yang belum lagi menguasai kemahiran menulis nombor dengan betul. Sampel akan memegang doh dan merasa dengan tangan doh nombor yang disediakan. 7 dan 9 yang betul. Pengkaji akan menutup mata sampel. Di samping itu. pengkaji juga dapat mengesan jumlah nombor yang telah dikuasai oleh sampel. sampel akan memilih bentuk nombor 5. 19 . Pengkaji akan membuat doh tanah liat dan membuat bentuk nombor yang betul dan nombor yang terbalik.Langkah 4 Sampel merasa dengan tangan doh tanah liat yang berbentuk nombor (mata ditutup dengan kain).

Jadual 2: Langkah Pelaksanaan Aktiviti Menggunakan Kaedah “No. sampel akan menulis semula nombor yang dipilih di kertas kosong. Dalam langkah ini. sampel akan membetulkan semula bentuk nombor yang ditulis. Kemudian. 6. Setelah sampel selesai menulis semua nombor. Pemilik badan akan menulis semula nombor yang dirasa di belakang badan di papan putih kecil. 7 dan 9 secara rawak. Sampel akan menilai sendiri sama ada doh nombor yang dipilih dan nombor yang ditulis adalah nombor yang betul atau nombor yang terbalik. pengkaji akan membuka mata sampel. sampel akan melukis dengan jari bentuk nombor yang didengar di belakang badan pasangan masing-masing. Pengkaji akan berbisik dengan menyebut nombor 5. 7 Langkah 6 Melakar menekap nombor 5.Trace” 20 . 7 dan 9 di belakang badan. 6. Sampel akan meletak doh yang dipilih di atas kertas kosong dan menulis dengan meniru semula bentuk nombor yang dipilih di bawah doh tersebut dengan mata tertutup. Sekiranya nombor yang ditulis terbalik.Langkah 5 Sampel menulis semula nombor yang dirasa dengan tangan di atas kertas dengan mata tertutup. sampel akan menjalankan aktiviti secara berpasangan. Setelah memilih bentuk doh nombor.

Biasanya pengkaji akan menjalankan ujian ini bagi mengetahui kelamahan yang dihadapi. Ujian Ujian merupakan instrumen yang akan menunjukkan bukti yang boleh dipercayai dan berfungsi untuk menilai tahap pencapaian pelajar dalam kemahiran yang diajar guru serta garis panduan untuk memperbaiki pengajaran guru.1. 6. Trace”.2. murid-murid pemulihan ini mengalami masalah menulis nombor 5. 7 dan 9 secara terbalik.6. kaedah penyelidikan ialah cara mendapatkan maklumat yang boleh mencapai objektif sesuatu penyelidikan. cara mengumpul maklumat perlulah dipilih dengan teliti dan terbaik bagi mencapai sesuatu objektif penyelidikan yang telah dinyatakan.1. Oleh itu. Ujian Diagnostik Tujuan ujian ini diberi adalah untuk membolehkan pengkaji mendapatkan data khusus tentang kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran menulis nombor dengan betul. Oleh kerana kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif maka instrumen pengumpulan data mestilah terdiri daripada sesuatu yang boleh dilihat dan diukur. Menurut Mohd.2. mengulas kesalahan serta membentuk hipotesis berhubung dengan masalah murid. Ini bermakna. Berikut adalah jenis ujian yang akan diberi kepada kumpulan sasaran dan sampel kajian: 6. Pengumpulan Data Pengumpulan data merupakan satu proses yang kritikal dan penting dalam sesuatu kajian. 6. pengkaji telah merangka satu kaedah khas untuk mengatasi masalah yang dialami oleh murid-murid pemulihan iaitu kaedah “No. Hasil ujian membolehkan pengkaji merangka program pengajaran yang sesuai dengan murid.2. Hasil ujian diagnostik yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap murid-murid pemulihan mendapati. 21 . Majid konting (1990).1.

22 .1. 7 dan 9 secara terbalik.2. Kaedah ini digunakan untuk menjadi pengukur sama ada tindakan yang pengkaji gunakan bagi mengatasi masalah ini berkesan ataupun tidak. Ujian ini dilakukan selepas intervensi diberikan kepada subjek pada hari terakhir tindakan dijalankan.2. Hasil daripada ujian tersebut.2. Ujian Pra Pengkaji melaksanakan Ujian Pra terhadap masalah kepada subjek yang telah dikenal pasti mengalami masalah yang ingin dikaji. 6.3. Murid dapat membilang gambar dengan betul tetapi tidak dapat menulis nombor dengan betul. Ujian pra ini dilakukan sebelum intervensi dijalankan kepada subjek. Soalan yang diberikan mengandungi 20 soalan berbentuk soalan nombor dan gambar. 7 dan 9 dengan betul. Ujian Pos Pengkaji melaksanakan Ujian Pra kepada subjek yang telah di kenal pasti mengalami masalah yang ingin dikaji. Ujian yang dijalankan oleh pengkaji dijalankan selama 30 minit.1. 6. Kaedah ini digunakan untuk menjadi pengukur sama ada tindakan yang pengkaji gunakan bagi mengatasi masalah ini berkesan ataupun tidak.6. 6. pengkaji mendapati murid pemulihan menulis nombor 5. Ujian pra telah dijalankan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kemahiran murid dapat meningkatkan kemahiran menulis nombor 5. Tujuannya untuk melihat peningkatan kekerapan jawapan betul sebelum dan selepas intervensi diberikan.

6. 7 dan 9 dengan betul atau pun tidak. pengkaji dapat mengesan murid masih menulis nombor secara terbalik lagi atau pun tidak. Melalui pemerhatian juga. Melalui pemerhatian ini juga. Pemerhatian Pengkaji melaksanakan pemerhatian terhadap penguasaan subjek menulis nombor 5. 23 . Dari sini dapat dilihat samada murid tersebut melibatkan diri secara aktif atau sebaliknya serta adakah murid ceria dan memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru. 7 dan 9 dalam kalangan murid pemulihan. 6. Tujuan pemerhatian dilakukan adalah untuk melihat sama ada subjek dapat menulis nombor 5.Borang Markah Ujian Bertulis: Nombor Subjek Wan Khairunnisa Izzati Muhammad Faris Najmi Muhammad Zulhilmi Muhammad Hakimie Jadual 3: Contoh Borang Markah Ujian Bertulis /4 /4 /4 /4 5 6 7 9 Jumlah 6.2. 7 dan 9 dengan betul. Pemerhatian ini dijalankan ketika murid menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pemulihan. aspek utama yang telah dilihat adalah dari segi penglibatan diri murid semasa proses pembelajaran. pengkaji dapat melihat sejauh manakah respon ataupun tindak balas sampel yang dipilih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pemerhatian ini dijalankan untuk memerhati tahap penguasaan kemahiran menulis nombor 5. 6. sampel dinilai secara terus tanpa ada halangan dari guru untuk menilai dari semasa ke semasa sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Di samping itu.2. Pemerhatian dijalankan sepanjang hari semasa murid menjalani sesi pembelajaran termasuklah ketika murid membuat latihan atau lembaran kerja. Melalui kaedah ini.

Contoh borang senarai semak yang boleh dilaksanakan seperti ditunjukkan di bawah . Adakah murid menulis nombor 9 dengan betul? 5. Adakah murid tidak menulis nombor 8 secara tebalik? Jadual 4: Contoh Borang Senarai Semak Penilaian Murid YA TIDAK Wan Khairunnisa Izzati Pemerhatian 2 YA TIDAK Pemerhatian 3 YA TIDAK 24 . Pengkaji telah menyediakan borang senarai semak yang terdiri daripada beberapa pemerhatian iaitu pemerhatian 1. Adakah murid tidak menulis nombor 6 secara tebalik? 7. Pemerhatian 1 merujuk kepada penguasaan menulis nombor oleh sebelum diberi intervensi. Adakah murid menulis nombor 6 dengan betul? 3. Pemerhatian 2 pula merujuk kepada penguasaan menulis nombor selepas diberi intervensi (kitaran pertama) dan pemerhatian ketiga adalah penguasaan menulis selepas intervensi (kitaran kedua). Adakah murid tidak menulis nombor 7 secara tebalik? 8. Adakah murid tidak menulis nombor 5 secara tebalik? 6. Adakah murid menulis nombor 5 dengan betul? 2. Subjek Pemerhatian 1 Item 1.Instrumen yang diguna pakai bagi melaksanakan pemerhatian pengkaji ialah borang senarai semak. Borang Senarai Semak Penilaian Murid Bil. pemerhatian 2 dan pemerhatian 3. Adakah murid menulis nombor 7 dengan betul? 4.

temu bual merupakan soal selidik atau cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lisan dari seseorang responden melalui cara percakapan secara berhadapan muka dengan seseorang.2. pengkaji telah menyediakan soalan-soalan utama. Oleh itu. Temu Bual Menurut Best dan Kahn (2003) dan Ahmad Sunawari (2009). Melalui kaedah ini dapatan akan menjadi lebih telus dan tepat.dan di mana-mana dalam kawasan sekolah bagi memperolehi maklumat. semasa murid menyiapkan lembaran kerja dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapatan maklumat yang diperolehi adalah menerusi temubual secara formal di mana jika terdapat waktu senggang di antara proses pengajaran dan pembelajaran di mana sampel akan dipanggil untuk ditemubual. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan temu bual separa berstruktur. soalan susulan boleh dilakukan berdasarkan jawapan informal daripada sampel kajian. Temubual bersama sampel boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk. Melalui cara ini sampel lebih santai untuk berinteraksi tanpa ada tekanan mahupun desakan. maklumat yang diperolehi pengkaji adalah dari luahan hati muridmurid pemulihan sendiri dengan penggunaan bahasa yang lebih mudah seolah-olah interaksi dengan kawan-kawan mereka. Aktiviti temubual bersama sampel juga boleh dilakukan secara tidak formal iaitu sewaktu bertemu di kantin. Dengan kata lain. Dalam hal ini. dilaksanakan seperti di bawah: Contoh skrip temubual boleh 25 . Dengan menggunakan instrumen ini.6.3. pengkaji telah menjalankan sesi temu bual dengan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. padang . Setelah itu. perpustakaan. pengkaji berharap dapat menjawab persoalan kajian yang kedua.

................................................................................ Guru : Adakah anda minat dengan pelajaran Matematik? Murid : ............... 6.. Guru : Adakah kamu dapat menulis nombor tanpa menterbalikkannya selepas menggunakan kaedah ini? Mengapa? Murid : ....................................................................................... 3............................................. apakah yang anda akan lakukan? Murid : ....................................... Guru : Adakah kamu sudah biasa menjalankan aktiviti ini? Murid : ............. 8.......................... Guru : Secara jujur......................... 7................ 10............... Guru : Adakah kamu dapat meneliti bentuk nombor dengan baik? Murid : ....... 4................ Guru : Jika tidak faham......................... Guru : Adakah bahan ini membantu kamu mengamati bentuk nombor dengan betul? Murid : ................ Guru : Adakah anda sukarela melibatkan diri dengan aktiviti saya? Murid : ............... Guru : Adakah cara yang saya gunakan untuk mengajar kamu menyeronokkan? Murid : ................. 9...............................................................................................Item Temu Bual (Dialog) 1..................................................... 5............ Guru : Adakah anda gembira mengikuti kelas saya? Murid : .. adakah bahan ini membantu anda menulis nombor dengan betul? Murid : .. 2....... Rajah 2: Contoh Skrip Temubual 26 ...

buku latihan murid dalam matapelajaran matematik boleh disemak bagi melihat pergerakan pencapaian sampel.2. Pengkaji boleh mengesan peningkatan prestasi murid menulis nombor 5.4. Pengkaji menyemak bentuk nombor yang ditulis oleh murid pemulihan dalam setiap lembaran kerja yang diberi dalam kelas pemulihan. Adakah sampel masih melakukan kesalahan yang sama seperti kajian berlangsung atau telah berlaku perubahan dari segi bilangan kesalahan yang dilakukan oleh sampel . 6. Melalui semakan ini. pengkaji juga membuat semakan lembaran kerja murid-murid pemulihan. Analisis Dokumen Sepanjang tempoh kajian dilakukan . pengkaji dapat menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah yang digunakan kepada sampel. Maka segalanya terpulang kepada sampel untuk melakukan kecuaian dan kesalahan dalam kemahiran menyalin semasa menulis nombor. Buku tulis merupakan dapatan data yang agak jelas kerana murid menulis tanpa tekanan daripada pengkaji . 7 dan 9 dalam setiap lembaran kerja murid pemulihan. Di samping itu.6. 27 .

Jadual Pelaksanaan Minggu Minggu 1 (20 Jan – 24 Jan) Aktiviti Mencari isu/fokus kajian Minggu 2 (27 Jan – 31 Jan) Apa yang perlu saya kaji? Apakah fokus yang saya minati? Catatan/log/jurnal reflektif lepas Catatan Catatan/log/jurnal reflektif Mencari isu/fokus kajian Apakah latar belakang fokus? Apakah kandungan kerja berkaitan topik? Minggu 3 (3 Feb -7 Feb) Menulis pengenalan Membuat tinjauan literatur Bagaimana kaitan kajian saya Catatan/log/jurnal reflektif dengan titeratur profesional? Minggu 4 (12 Feb -14 Feb) Menentukan Minggu 5 (17 Feb – 21 Feb) Objektif kajian Soalan kajian Perbincangan bersama penyelia/ penyelaras PT Catatan/log/jurnal reflektif Menentukan Objektif kajian Soalan kajian Minggu 6 (24 Feb – 28 Feb) Menentukan Sampel / kumpulan sasaran Buat carta trigulasi yang Catatan/log/jurnal reflektif mengenalpasti sumber data yang akan digunakan dan langkah pengumpulan data Minggu 7 (3 Mac – 7 Mac) Instrumen Menentukan Sampel / kumpulan sasaran Buat carta trigulasi yang mengenalpasti sumber data yang akan digunakan 28 dan langkah .6.3.

pengumpulan data Minggu 8 (10 Mac – 14 Mac) Instrumen Perbincangan bersama penyelia/ Menyiapkan Draf proposal penyelaras PT Minggu 9 (17 Mac – 21 Mac) Cuti pertengahan semester .Menyiapkan draf proposal Catatan/log/jurnal reflektif Minggu 10 (31 Mac – 4 April) Melaksanakan Perancangan langkah tindakan Perancangan langkah pengumpulan data Minggu 11 (7 April – 11 April) Minggu 12 (14 April – 18 April) Jadual 5: Jadual Pelaksanaan Pelakasanaan kajian Kutip/kumpul data Perancangan cara menganalisis data Jadual pelaksanaan kajian tindakan kos Kutip/kumpul data Kutip/kumpul data Pelaksanaan kajian 29 .

Pahang. Dimuat turun daripada <http://eprints.(1999).net/huangzc/menulis-nombor-0-hingga-10 http://www. Jabatan Pendidikan Khas. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M).Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan Laporan.net/2012/05/06/number-play-dough/ http://preschoolipgkdri. Bhd.com/doc/36758984/4/Refleksi-Nilai-Pendidikan http://www. Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. (2008). http://www.slideshare. Pasukan P13enyelidik (2013). Bhd. Rajesvari a/p Ramasamy. Bhd.scribd. Kementerian Pendidikan Malaysia.my/9988/1 Sabri Ahmad dan Tengku Zawawi (2006). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.html http://www. Noraini Idris. Penduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR & KBSM. Kementerian Pendidikan Malaysia.com/2012/07/3104.blogspot.PTS Publications &Distributors Sdn. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. (2003). Teaching and Learning Of Mathematics: Making Sense and Developing Cognitives Abilities.Bhd.slideshare. Utusan Publications&Distributors Sdn. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributions Sdn. Kuala Lumpur. Isu-isu Dalam Pendidikan Matematik. (2006).Bibliografi Jamilah Ahmad.net/marshiza/kajian-tindakan-2012 30 . Pulau Pinang. Freemind Horizons Sdn. Sharani Ahmad (2004). Mohd. Masalah Disleksia dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan di Sekolah Rendah.learning4kids. Kuala Lumpur. Bhd.usm.

Lampiran 31 .

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.