You are on page 1of 12

5.0 JAWAPAN 5.

1 PENGENALAN Berdasarkan Amir Hasan Dawi (2006), profesion perguruan merupakan antara pilihan kerjaya yang diminati ramai serta disanjung tinggi oleh kebanyakkan pihak. Sebaliknya, ada juga golongan yang membangkitkan persoalan keraguan terhadap keprofesionalan kerjaya perguruan ini. Hal ini demikian kerana terdapat golongan yang berpendapat bahawa profesion perguruan dikategorikan sebagai profesion yang profesional. Malah, juga terdapat pihak yang menafikan hal ini. Antara perkara-perkara yang dikaji adalah ciri-ciri yang diperlukan untuk mencapai tahap profesion yang profesional dan faktor-faktor yang menyokong profesion perguruan sebagai satu profesion yang profesional. Menurut Kamus Dewan (2005), ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Musgrave (1972), pula mengatakan bahawa tugas yang dianggap ‘profesion’ ialah tugas yang hanya menggunakan ilmunya untuk faedah pelanggannya. Di samping itu, Hedderdoft (1971), mengatakan bahawa professionalisme pada asasnya dianggap sebagai suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan nilai diri atau suka memilih pekerjaan. Manakala Hoyle (1980), pula berpendapat bahawa professionalisme adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti halhal tentang syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan sebagainya. Antara ciri-ciri profesion yang diutamakan oleh Sufean Hussin (1996) adalah kewajiban mempunyai perkhidmatan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara, menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas, harus ada kuasa autonomi semasa bertugas,

mementingkan mutu pendidikan dan dedikasi dengan tidak mementingkan keuntungan wang semasa menjalankan tugas dan mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan profesion itu.

6

merupakan organisasi profesional di mana terdapat badan yang mengawal ahli-ahlinya. mempunyai kawalan kemasukkan seperti memerlukan lesen khusus untuk mengamal. mempunyai autonomi untuk membuat keputusan. terdapat kod etika profesion. Seterusnya adalah kajian terperinci akan keprofesionalan profesion perguruan. Secara jelasnya. kita dapat menyimpulkan bahawa tahap profesion yang profesional boleh dicapai dengan ciri-ciri yang dinyatakan diatas. mempunyai kawalan khas. dengan membandingkan pendapat-pendapat para sarjana. diiktiraf oleh awam sebagai profesion dan seringkali dikaitkan dengan ganjaran material.Menurut Amir Hasan Dawi (2006) pula. keadaan perkhidmatan yang ditetapkan. mempunyai kebebasan untuk mengamal. 7 . kriteria-kriteria yang diperlukan untuk mencapai tahap profesion ialah ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam sesuatu bidang mempunyai latihan yang khas.

para guru akan terperangkap dalam arus reformasi yang begitu kencang melanda profesion perguruan. Hal ini dibuktikan dengan kajian Mohd. Trozer (1998) pula berpendapat bahawa kualiti dan latar belakang kelayakan akedemik calon bakal guru dikatakan lebih rendah berbanding profesion-profesion yang lain maka ia mendorong kepada penghasilan kualiti bakal guru yang tidak cekap. mengatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya perlu bagi seorang guru untuk menyampaikan pengajaran. Tetapi. iaitu masyarakat menggangap perkhidmatan guru adalah terlalu pendek masanya dalam satu hari dan terlalu mudah pekerjaannya.2 HALANGAN DALAM MENCAPAI STATUS PROFESIONAL Pada masa kini.5. Berdasarkan statistik bilangan guru yang diambil daripada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dalam tinjauan yang telah dibuat oleh Sharina Binti Salleh Sarjana (2007). Angka guru yang tinggi ini melahirkan suatu pandangan negatif dalam kalangan masyarakat. Dengan jumlah guru yang terlalu ramai maka agar sukar untuk memastikan semua guru menjalankan tugas dengan sepenuhnya. Selain itu. Di samping itu. Salleh Lebar (1998). terdapat juga faktor-faktor yang menjadi penghalang bagi profesion ini untuk mencapai status profesional. Perkara ini dibuktikan dengan sikap segelintir guru yang berpuashati dengan pencapaian akademik yang dimilikinya dan tidak meneruskan pelajaranya ke 8 . Seterusnya. taraf pendidikan yang tidak seragam dalam kalangan guru juga menjadi penghalang untuk mencapai status profesional bagi profesion perguruan. Jumlah keseluruhanya adalah seramai 4 08 764 orang dimana suatu angka pekerja yang tinggi jikalau dibandingkan dengan profesion profesional yang lain. mengatakan bahawa kemerosotan pendidikan bukan diakibatkan oleh kurikulum tetapi oleh kurangnya kemampuan profesionalisme guru dan keengganan belajar siswa. (data pada 31 Januari 2011) jumlah bilangan guru lelaki adalah seramai 1 26 450 orang dan jumlah bilangan guru perempuan adalah seramai 2 82 314 orang. Sarjana Stone (1992). Ani M Hasan (2003). Tanpa ilmu pengetahuan yang mencukupi. profesion perguruan boleh dikatakan sebagai profesion yang diminati ramai.

perkara ini boleh mengakibatkan para murid untuk mengikut jejak langkah guru sebegini dan melahirkan generasi yang tidak beretika pada masa hadapan. Secara ringkasnya. rakan sejawat. perbezaan pencapaian tahap pendidikan golongan guru akan membawa kemusykilan dalam menetapkan status profesion perguruan. kualiti program latihan pendidikan guru yang tidak seketat program profesion lain boleh mengakibatkan kualiti hasilan guru yang tidak mantap. Selain itu. 9 . Maka. jurang skim gaji perkhidmatan yang berbeza dalam kalangan guru juga menjadi penghalang untuk profesion perguruan bagi mencapai status profesional. Menurut perspektif Tozer dan rakanrakanya (1998) pula. Seterusnya. ibu bapa. Doktor Falsafah dan sebagainya. Hal ini turut disokong oleh. mengatakan bahawa golongan guru berkelakuan tidak sopan dan ada juga yang dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar etika perguruan. pelajar. kualiti program latihan yang kurang diberikan kepada para guru di Malaysia berbanding dengan profesion yang lain.peringkat yang lebih tinggi. Mohd. Salleh Lebar (1998). sedangkan gaji pekerja profesion lain seperti doktor dan peguam adalah setaraf dan tidak jauh bezanya. Salleh Lebar (1998). Sebaliknya. Faktor ini turut disokong oleh Mohd. Ijazah Sarjana. Manakala terdapat juga kalangan guru yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi seperti Ijazah. dimana beliau mengatakan bahawa latihan yang terdapat dalam profesion perguruan adalah tidak mencukupi. Jadi kewibawaan seseorang guru mulai diragui oleh masyarakat. etika perguruan ialah suatu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara. Mengikut Esah Sulaiman (2003). dimana status profesion perguruan agak meragukan kerana jumlah pembayaran pendapatan adalah berbeza. Salleh Lebar (1998). Faktor penghalang yang seterusnya adalah guru pada zaman kini sering dikatakan melanggar etika perguruan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. dan pelajar. Mohd. Beliau turut menegaskan bahawa walaupun guru diberikan latihan mengajar yang lengkap. kebanyakan mereka kurang mempraktikkannya semasa mengajar dengan sepenuhnya.

mereka tidak memberikan perkhidmatan yang setia dan efektif. Oleh itu. Kerja guru bukan setakat mengajar sahaja malah guru juga perlu berkerja sebagai kerani membuat segala urusan kewangan dan merekod butiran peribadi murid-murid. doktor dan juga arkitek profesion mereka jelas kelihatan dalam masa yang begitu singkat sedangkan profesion perguruan hasilnya mengambil masa yang panjang.Sarjana Esah (2002). Salleh Lebar (1998). Hal ini tidak bermakna pembayaran gaji tidak penting kepada guru. Contohnya seorang guru yang mengkhusus dalam mata pelajaran bahasa 10 . Salleh Lebar (1998). Beban kerja yang banyak diberikan kepada guru juga menjadi penghalang kepada profesion perguruan untuk mencapai status profesional. guru mengajar mata pelajaran yang tidak mengkhusus olehnya. gaji yang tinggi dapat meningkatkan motivasi guru untuk meningkatkan prestasi mereka dalam profesionnya. Contohnya seorang guru terpaksa memberikan didikan dan motivasi yang kukuh bagi seorang murid dari tahun satu hingga tahun enam supaya anak murid itu mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan dimana hasilnya hanya dapat dilihat selepas enam tahun. guru kokurikulum. Lantaran itu. guru sukan. Perkara ini turut disokong oleh Mohd. Malah. Keupayaan pengajar bukanlah sesuatu perkara mudah dicapai sebaliknya seorang guru didapati meluangkan satu jangka masa yang panjang dalam usaha mencapai hasilnya menerusi pelajar. beban kerja yang banyak menyebabkan tumpuan seseorang guru dalam profesionnya khasnya dalam menyampaikan ilmu pengajaran agak terbatas. guru mata pelajaran dan guru kelas. Namun jurang gaji yang jauh berbeza ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru kerana mereka tidak mendapat gaji berdasarkan perkhidmatan yang disampaikan. Akibatnya. dimana beliau berkata bagi profesion lain seperti jurutera. Menurut Mohd. Faktor terakhir ialah. masa yang ditumpukan terhadap persediaan pengajaran tidak mencukupi dan guru gagal menjalankan tanggungjawab utamanya. menerangkan guru sebagai seorang yang profesional dan kerjayanya seharusnya tidak mengutamakan gaji manakala mengutamakan tanggungjawab terhadap pelajar dan masyarakat. kerana guru terpaksa berkerja keras bagi tempoh masa yang lama untuk melihat kejayaan anak muridnya.

Tambahan pula. Beliau juga menyarankan bahawa guru-guru sandaran ataupun sementara dan guruguru sekolah persendirian yang tidak menerima sebarang latihan dan kelayakan perguruan telah meruncingkan lagi profesion perguruan ini. Keadaan ini menjadi lebih kritikal apabila guru tersebut mengajar mata pelajaran bahasa Melayu pada waktu pendidikan jasmani. anak-anak murid yang mungkin berbakat dan berkelayakan untuk menjadi atlet negara menjadi tidak kenyataan. Menurut Amir Hasan Dawi (2006). Secara tidak langusung. guru tersebut langsung tidak mahir dan tiada pengalaman dalam sesuatu mata pelajaran diminta mengajar murid-murid di sekolah. Beliau juga memberikan contoh bahawa seseorang guru penasihat ataupun jurulatih kegiatan kokurikulum tidak menguasai kemahiran-kemahiran yang sepatutnya sebelum mengajar anak-anak murid mereka. 11 . murid-murid tidak menjadi mahir dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Akibatnya. guru tidak memiliki kemahiran yang sepatutnya sebelum mengajar murid-murid.Melayu mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani kepada anak muridnya.

boleh merumuskan bahawa seorang guru arif dalam kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan aktiviti sukan dan badan beruniform. Profesion perguruan mungkin gagal mencapai status profesion yang profesional jika berbanding dengan profesion-profesion seperti doktor. Selain itu. Menurut Amir Hasan Dawi (2006). Maka. maka guru boleh diterima sebagai profesion yang profesional Faktor pertama ialah guru kaya dengan ilmu pengetahuan berbanding dengan profesion-profesion yang lain. guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka. doktor dan sebagainya harus dilihat dalam konteks masing-masing tanpa banyak membandingkan antara satu sama lain. statistik bagi bilangan permohonan profesion perguruan menunjukkan angka yang menakjubkan dimana keperluan kekosongan tempat sebanyak 2. pencetak dan ‘scanner’ tanpa bantuan orang lain demi menjadikan mereka sebagai ‘role model’ kepada anak-anak murid.3 PROFESION PERGURUAN SEBAGAI PROFESION YANG PROFESIONAL.000 orang pemohon. Oleh itu. melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu. berdasarkan perspektif guru sebagai profesion yang tersendiri. guru mengajar cara menjahit dan memasak sebagai salah satu aktiviti kokurikulum kepada murid-murid. guru-guru juga melibatkan diri dalam aktiviti luar kelas seperti menjawat jawatan sebagai guru kokurikulum dan guru penasihat badan beruniform. peguam dan jurutera. peguam. jurutera. Menurut Sharil et al. Contohnya. Contohnya. Oleh yang demikian guru pada zaman sekarang mulai menguasai segala pengetahuan yang berkaitan dengan pendidikan supaya dapat menjadi teladan kepada para anak murid mereka. (1999). arkitek. guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di institusi pendidikan. di samping mengajar para murid.5. Namun pekerjaan guru ini tidak semudah seperti jangkaan masyarakat tetapi ia juga dianggap satu profesion yang bertaraf profesional. guru boleh mengendalikan komputer. Hal ini membuktikan profesion perguruan masih diminati dan disanjungi tinggi di kalangan masyarakat.000 sedia diisi oleh 80. Menurut Mok Soon Sang (1996). Sebelum mengajar kemahiran-kemahiran 12 . Menjelang tahun 2011. semua profesion sama ada guru.

guru lebih peka terhadap keadaan dan 13 . Moore (1995). Secara tidak langsung. Tambahan pula. pendengaran dan anggota badan. guru sentiasa diberikan pendedahan tentang pembaruan yang dilakukan dalam bidang pendidikan. guru pada zaman sekarang mempunyai keterampilan yang kukuh dan padat dimana mereka diberikan latihan yang khas untuk mempertingkatkan potensi keterampilan mereka. mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran. guru juga dikatakan sebagai ibu bapa kedua bagi anak-anak murid di sekolah. mengajar adalah bukan sekadar proses penyampaian atau penerusan pengetahuan. pertuturan. Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja berhenti setakat mengajar sahaja malah guru juga menguruskan murid-murid yang bermasalah seperti masalah disiplin.tersebut guru akan diberikan latihan yang secukupnya untuk mahir dalam bidang tersebut. iaitu orang yang merancang. Jelasnya. Mengajar merupakan suatu proses yang kompleks dimana guru perlu menggunakan keterampilan seperti yang disenaraikan di atas untuk menyampaikan pesan atau mesaj kepada para murid. memilih strategi pengajaran dan pembelajaran. kemahiran generik serta kemahiran kaunseling. meransang pengajaran dan pembelajaran. Faktor seterusnya yang menyokong profesion perguruan sebagai profesion yang profesional ialah berketrampilan guru. kanak-kanak istimewa seperti ‘autism’. mempunyai kemahiran teknologi. kanak kanak yang kurang upaya seperti cacat penglihatan. mengurus pengajaran dan pembelajaran. dan ‘down sindrom’. memandu dan menilai pembelajaran. Maka jelaslah bahawa guru boleh dikategorikan sebagai profesional kerana mereka bukan lagi menggunakan cara-cara yang sama untuk mengajar tetapi berubah mengikut peredaran masa bagi membina insan yang berkaliber untuk negara. Oleh yang demikian. ‘disleksia’. Profesion perguruan boleh juga dikategorikan sebagai profesion yang profesional berdasarkan faktor guru prihatin terhadap kehendak murid atau tanggungjawab guru terhadap murid. Menurut Mohammad Sani (1998). Secara amnya. beliau berkata seorang guru atribut akan merancang pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran adalah melalui peniruan. bersikap positif. Biasanya. Faktor seterusnya ialah sahsiah guru. Secara amnya. bersopan santun. guru melahirkan generasi yang unggul dan berguna iaitu bebas daripada gejala negatif bagi pembanggunaan negara. yang membawa maksud segala perlakuan yang dilakukan oleh guru akan menjadi ikutan kepada para anak muridnya. beliau telah membuat analisis yang menyatakan bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Ekoran daripada itu. Menurut pe patah ‘guru kencing berdiri. murid kencing berlari’.kemampuan anak-anak murid mereka. Contohnya. Contohnya. berkebolehan memimpin dan mengamalkan budaya ilmu. guru juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan masalah disiplin serta masalah peribadi para murid di sekolah. setiap individu terutama kanak-kanak akan menilai sesuatu perkara berasaskan kepada perkara yang pernah dilihat oleh mereka daripada orang yang signifikan dan persekitaran. Ini kerana. Mengikut pandangan Mohammad Sani (1998). beliau berkata contoh sahsiah yang terdapat pada guru yang profesional ialah bertakwa. Lantaran itu. berperibadi mulia. ibu bapa tidak berpeluang untuk mengenali setiap gerak geri anak mereka. Secara tidak langsung guru juga berkhidmat sebagai agen yang menyelesaikan masalah murid-murid dan menghalang masalah daripada berlaku. berakhlak. pada zaman sekarang guru lebih meluangkan masa dengan murid-murid berbanding dengan para ibu bapa akibat kesibukan kerja. Guru bertindak sebagai agen bimbingan dan kaunseling sekiranya murid menghadapi sebarang masalah. Sekiranya murid tersebut menulis huruf ‘a’ secara terbalik maka guru dapat mengenali bahawa murid tersebut menghadapi masalah disleksia. Akibatnya. guru boleh mengenali murid-murid yang bermasalah dengan lebih mudah dan tepat berbanding dengan para ibu bapa. guru dapat memberikan motivasi dan sokongan moral kepada pelajar yang bermasalah. Selain itu. mengajuk dan memadan. guru pada zaman sekarang mempunyai sahsiah yang tinggi maka secara tidak langsung anak-anak murid menjadikan guru 14 . Contohnya semasa pembelajaran akan tetapi guru dapat mengenal pasti kelemahan murid dengan jelas menerusi latihan yang diberi kepada murid. Perkara ini turut disokong oleh Bandura (1977). guru menyuruh murid untuk menulis ‘a’.

Maka. beliau berkata di negara Malaysia kualiti calon guru adalah semakin baik dan proses latihan pula adalah begitu sistematik. Lantaran itu. Menurut Syafaruddin (2001). Menurut Amir Hasan Dawi (2006).sebagai garis panduan hidup mereka. Sehubungan itu. Faktor seterusnya yang menyokong profesion perguruan sebagai suatu profesion yang profesional ialah program yang dijalankan atau latihan yang diberikan oleh kerajaan kepada para guru untuk meningkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa. guru juga dihantar ke khursus dan taklimat untuk mengenali program-program yang diperkenalkan secara lebih mendalam. Pada masa itu. negara kita tidak perlu risau akan peningkatan gejala jenayah kerana guru mampu menukar keadaan ini dengan melahirkan generasi yang penuh sahsiah. faktor yang menyebabkan mutu pendidikan rendah terletak pada unsur-unsur kurikulum. kerajaan Malaysia sering memperkenalkan program-program yang baru seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). guru terpaksa mengorbankan cuti ataupun masa rehat mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan oleh pihak kerajaan. Ini membuktikan profesion perguruan boleh dikatakan sebagai satu profesion yang mampu menentukan takdir negara kita pada masa yang akan datang. kualiti hasilan adalah secara optimum sesuai untuk kegunaan sekolah-sekolah di Malaysia. Oleh itu. Selain itu. Maka guru terpaksa bersikap fleksibel dan mempelajari ilmu yang baru supaya dapat menerapkan kepada murid-murid. Beliau juga mengutarakan bahawa negara Malaysia mempunyai proses tapisan untuk menerima bakal guru dan latihannya pula dijalankan secara terancang di institusi-institusi pendidikan guru. sikap guru yang fleksibel dan mudah mengadaptasi mengikut perubahan dan peredaran masa juga mengekalkan status profesion yang profesional. Perubahan-perubahan ini sering berlaku secara tiba-tiba tanpa diberitahu awal. 15 . Taklimat tentang perubahan hanya diberikan selepas pelaksanaan program-program ini. Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan baru-baru ini adalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk meningkatkan kualiti akademik di negara Malaysia.

masyarakat dan negara. Menurut Amir Hasan Dawi (2006). Faktor yang terakhir ialah. adakalanya guru yang sanggup berpisah dengan pasangan mereka dan berkerja di kawasan pedalaman demi menjaga tanggungjawab yang diberi. guru-guru bersikap positif untuk berkhidmat di Sarawak. juga memberikan sokongan beliau dalam bukunya dengan mengatakan guru telah mencapai status profesion yang profesional kerana guru mempunyai kod etika yang tersendiri. profesion perguruan mempunyai kod etika keguruan yang tersendiri.Guru juga mampu mengadaptasikan diri mereka kepada perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Mengikut pandangan Omar (1991). Selain itu.Tambahan pula. Ini kerana guru-guru merasakan tugas tersebut adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik dan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh faktor kepentingan diri yang tinggi. 16 . menerusi kajian yang dilakukan oleh Jemien (1993). beliau mengatakan guru boleh dikatakan sebagai suatu profesion kerana bidang keguruan di Malaysia mempunyai kod etika perguruan dimana ia menggariskan ikrar guru dan tanggungjawab-tanggungjawab mereka terhadap pelajar. walaupun guru dihantar ke kawasan pedalaman seperti negeri Sabah dan Sarawak. mereka mampu menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana persekitaran kawasan tersebut. Mohd. Salleh Lebar (2007). guru pada zaman dahulu juga sanggup berhijrah dan merantau ke negeri lain untuk menyampaikan ilmu ke seluruh negara. ibubapa. Contohnya. rakan sejawat dan profesion perguruan.

berdasarkan perspektif guru sebagai profesion yang tersendiri. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti. mental dan fizikal setiap insan. Oleh itu. saya berpendapat bahawa profesion ini merupakan suatu profesion yang profesional. 17 . Oleh itu kualiti hasilan adalah secara optimum sesuai dengan kegunaan sekolah-sekolah di Malaysia. Perbandingan hanya perlu dbuat dengan tujuan untuk memperbaiki kelemahankelemahan yang ada dalam sesuatu profesion. Saya lebih bersetuju dengan pandangan yang melihat profesion perguruan dalam konteks dan ciri-cirinya yang tersendiri. dalam kajian mereka mengatakan bahawa. profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik. pada zaman sekarang peningkatan kualiti perguruan menyebabkan profesion ini mencapai status profesion yang profesional di medan dunia. doktor. Tambahan pula di negara kita kualiti calon guru adalah semakin baik dan proses latihan pula adalah begitu sistematik. tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Kita mempunyai proses tapisan untuk menerima bakal guru dan latihannya pula dijalankan secara terancang di institusi-institusi pendidikan guru. Apabila kita membandingkan profesion perguruan dengan profesion-profesion yang profesional seperti jurutera. maka kita boleh menerima guru sebagai suatu profesion yang profesional. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Ini kerana. Namun adakah kita boleh membandingkan profesion guru sebegitu mudah dengan profesion lain atau adakah kita harus melihat profesion perguruan dalam konteks dan kriteria-kriterianya tersendiri.5. peguam dan arkitek mungkin profesion perguruan gagal menepati aspek asas utntuk status profesion. Menurut Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan (1993).4 Penutup Walaupun terdapat pihak yang tidak menyokong profesion perguruan sebagai profesion yang profesional.