You are on page 1of 5

2.

0

IBNU SINA.

2.1

PENGENALAN

Nama penuh beliau ialah Abu Ali al-Hussain Ibnu Abdullah. Beliau dilahirkan di kampung Afsyara, Bukhara, Asia Tengah pada 980M. Beliau berketurunan Iran dan ayahnya berasal dari Balkh. Abu Abdullah Natali ialah antara guru beliau dalam bidang ilmu perubatan ketika masih berumur 17 tahun. Beliau lebih dikenali sebagai Avicenna di Barat. Ketokohannya memang terserlah semenjak kecil lagi. Ini terbukti sewaktu berusia 17 tahun, beliau telah berjaya menyembuhkan Putera Raja Bukhara, Nooh Ibn Mansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam usaha tersebut. Raja Mansoor amat terhutang budi dan telah menawarkan hadiah yang lumayan kepadanya. Namun begitu, beliau menolak dan hanya meminta kebenaran untuk menggunakan perpustakaan Di Raja sahaja. Sewaktu berumur 20 tahun iaitu selepas kematian ayahnya, beliau telah mengembara ke Juran dan bertemu dengan Abu Raihan Al-Biruni sebelum berhijrah ke Hamadan. Di Hamadan, beliau mengarang kitab al-Qanun fit Tibb untuk mengubati Raja Hamdan iaitu Shams al-Daulah. Dari Hamadan beliau menuju pula ke Ispahan (Iran) di mana beliau telah menyempurnakan penulisannya dalam pelbagai bidang. Beliau merancang untuk meneruskan pengembaraannya, namun terpaksa kembali semula ke Hamadan kerana faktor kesihatan.Ibn Sina telah menghembuskan nafas terakhirnya di sana pada tahun 1037M ketika berusia 56 tahun. Potret beliau telah digantungkan didinding Fakulti Perubatan Universiti Paris sebagai mengenang jasa beliau dalam bidang ilmu perubatan.

2.2

PENDIDIKAN

Beliau mendapat pendidikan awal di kampong halamannya. Beliau telah dapat menghafal Al-Quran dengan baik sewaktu berusia 10 tahun dan telah dilantik menjadi Doktor Di Raja pada umur 18 tahun. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain 2

96 ibid. masa antara denyutan.mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu. kandungan kelembapan di paras kulit dekat dengan denyutan tersebut dan sebagainya. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung tersebut seorang doktor dapat mengetahui dengan tepat penyakit yang dihadapi oleh pesakitnya. h. Afganistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. (2004). 1 2 3 Hj Ahmad Fauzi Hj Morad. Kuala Lumpur: Penerbitan UM. Tamadun Islam.94 3 . Diagnosis mengenai denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh doktor-doktor muslim di Pakistan. Kaedah ini bukan sahaja mengira berapa denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai merangkumi sama ada kuat atau tidak. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. (2008). Ibnu Sina juga telah memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenalpasti ketidakseimbangan3. Ibn Sina merupakan seorang yang bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang amat mementingkan pendidikan agama dan juga keduniaan walaupun beliau dilahirkan dalam keluarga seorang pemungut cukai. h. Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan telah membuatkan beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali sehingga hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatiks (psychosomatic medicine)2.133 Ali Mohamad. 2. Pernah suatu ketika beliau telah membaca buku "Metafizik Aristotle" sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi. beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku dan menjelaskan penyakit yang menyebabkan demam kuning (jaundice)1. Dalam bidang perubatan Ibnu Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis. Kuala Lumpur : Penerbitan UPM.3 SUMBANGAN Ibnu Sina telah memberi sumbangan besar dalam bidang perubatan dan dalam bidang penulisan. h. Ibn Sina merupakan seorang yang rajin membaca buku dan tidak mudah berputus asa.

info/ini-sejarah-kita/85-era-bani-abbas/360-tokoh-perubatan-islamAli Mohamad. (2004). yakni 4 http://annaziir. Sepanjang riwayat hidupnya. termasuklah 116 buah karya dalam bidang ilmu perubatan6. Apabila seseorang pesakit mengalami sakit jiwa kerana dipisahkan dengan kekasihnya.Selain itu. nama jalan. Dalam masa yang sama. keluarga dan alamat rumah disebutkan. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang penulisan juga amat besar. seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Caranya ialah menyebut banyak nama dan mengulanginya.dakwah. Karya beliau iaitu “Al-Qanun fit Tibb” merupakan karyanya yang terulung mengandungi 14 jilid dan kerap kali dicetak di Eropah pada zaman Renaisans dan telah menjadi bahan rujukan yang utama di Universitiuniversiti Eropah sehingga kurun ke 17.com/2009/11/29/ibnu-sina-–-tokoh-perubatan-islam/ 5 . http://www. Ibnu Sina pernah berkata bahawa perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh badan manusia. h. Hampir keseluruhan karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan terdapat juga yang ditulis dalam bahasa Parsi.(Terjemahan). maka beliau boleh mendapatkan nama dan alamat kekasihnya dengan satu cara. menurut peraturan syariah maka buatlah”. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbitan UM. kata Ibnu Sina “Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya . Selepas itu. Dengan cara yang sedemikian. Ibnu Sina telah menghasilkan sebanyak 250 buah karya yang masih kekal sehingga ke hari ini.96 6 4 . Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya5. Oleh itu tugas doktor ialah untuk pemulihan atau penjagaan keadaan keseimbangan yang disebut kesihatan.wordpress. jarinya diletakkan atas denyutan nadi (pulse) apabila denyutan itu menjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti. Ibnu Sina juga telah menyedari betapa pentingnya emosi dalam pemulihan seseorang pesakit4.

jantina. Selain itu. serta aktiviti fizikal dan mental. Tenaga badan yang akan mempertahankan dan memperbaiki keseimbangan serta menentukan kesihatan badan seseorang. hempedu kuning (panas dan kering) dan hempedu hitam (dingin dan kering). Selain itu Ibn Sina turut mencatatkan bahawa penyakit adalah disebabkan umur. Tokoh perubatan muslim menganggap bahawa tubuh badan manusia mengandungi empat unsur iaitu darah. maka penyakit akan menyerang. Setiap unsur badan mempunyai dua sifat iaitu darah (panas dan lembap). lendir. udara (hempedu kuning). Bagi setiap tumbuhan ini beliau akan menceritakan mengenai bentuk dan sifatnya dengan tepat serta membandingkannya antara satu sama lain di samping memberikan petikan-petikan berkenaan dengan tumbuhan tersebut daripada ahli 7 http://www. aktiviti fizikal dan mental. rehat dan sebagainya. air (lender) dan tanah (hempedu hitam). Ubat akan membantu pesakit tetapi badan sendiri yang akan melakukan proses ke arah kesihatan manakala tabii pula yang akan memulihkan sesuatu penyakit (Nature Cures not the medicine). makanan dan minuman. Manakala di bahagian kedua ia mengandungi beberapa lukisan dan peraturan. Ini bererti cara perubatan Ibn Sina adalah merangkumi bahan makanan. Selain itu pada jilid kedua di dalam buku yang sama “Al-Qanun fit Tibb” Ibn Sina ada menulis mengenai kajiannya terhadap tumbuh-tumbuhan. Keadaan tubuh atau temperamen setiap individu akan menentukan bahan makanan yang bermanfaat baginya.info/ini-sejarah-kita/85-era-bani-abbas/360-tokoh-perubatan-islam- 5 . Sekiranya keempat-empat unsur tersebut seimbang maka sihatlah tubuh badan dan sebaliknya jika keempat-empat unsur tersebut tidak seimbang. Selaras dengan patologi unsur-unsur Hiprocates (Yunani)7. hempedu kuning dan hempedu hitam. cuaca dan musim. Beliau telah membahagikan sesi pertama jilid ini kepada enam bab iaitu pengenalan campuran ubat dadah melalui percubaan dan kias.dakwah. lender (dingin dan lembap). Campuran keempat-empat unsur tersebut akan menentukan keadaan kesihatan. udara dan air. dunia alam dibahagikan kepada empat unsur juga iaitu api (darah).tugas doktor adalah pemulihan dan penjagaan kesihatan. tempat kediaman. udara. pekerjaan.

Bahagian yang terbaik baginya ialah senarai tumbuh-tumbuhan di mana beliau telah memberi pelbagai nama bagi setiap tumbuhan Yunani dan tempatan. rumpai-rumpai(algae) dan mengambil berat mengenai pelbagai jenis tumbuhan dari spesis yang berlainan bagi setiap genis. daunnya yang lebar atau sempit. 6 . iaitu sebahagian pokok-pokok yang memberikan hasil yang banyak dalam satu tahun dan hasil yang sedikit bagi tahun yang lain. di samping tanah yang sesuai bagi tumbuhan berkenaan sama ada bergaram atau tidak. Beliau juga membuat catatan berkenaan dengan tumbuhan yang sama dan tidak sama serta membincangkan mengenai kediaman asli(habitat) bagi setiap tumbuhan. sama ada keras atau kering. Selepas itu beliau akan membuat ujian bagi setiap tumbuhan sama ada dari segi tabii ataupun sifatnya. tanaman bunga. bergigi atau kesemuanya bertepi. Beliau telah merakamkan fenomena berbuah. Ibn Sina juga ada merujuk kepada kebolehan bau dan rasa bagi setiap tumbuhan dan ia telah mendahului Karl Metz pada tahun 1934 dengan menekan betapa pentingnya diagnosis melalui getah tumbuhan. atau berbuah satu tahun dan tidak berbuah sama sekali dalam tahun yang lain. Seterusnya Ibn Sina turut membuat kajian mengenai pelbagai tumbuh-tumbuhan herba. Selain itu beliau ada menceritakan mengenai warna-warna bunga dan buah-buahan.sains purba seperti Dioscorides dan Galen. selang-seli bagi tumbuh-tumbuhan dan palma. kulat(fungi).