You are on page 1of 25

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran

(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

TUGASAN JANUARI 2013 SEMESTER
KOD KURSUS ECG 222

NAMA KURSUS

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAKKANAK

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

ROSELAWATI MUHAMMAD

NO. MATRIK

E 30203120298

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

TN....

PUSAT PEMBELAJARAN

AeU CAWANGAN KUANTAN SEMPURNA RESORT JALAN KUANTAN-PEKAN

Penghargaan

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran
(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Bersyukur kehadrat Allah SWT

kerana dengan

izinNya saya telah

berjaya

menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Encik Che Mohd Zamzuri, yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Sesungguhnya telah banyak yang dapat saya pelajari dan mendalami perkara-perkara yang saya kurang mahir sebelum ini. Sekaligus dapat digunakan untuk meningkatkan profesion sebagai seorang guru. Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Guru Besar dan semua guru di Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan tugasan ini berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih juga untuk rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbangkan idea-idea bernas untuk tugasan ini, Akhir sekali, ribuan terima kasih juga diucapkan buat suami yang dikasihi serta anakanak tersayang yang banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang pengajian hingga ke hari ini. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha dan pertolongan mereka semua. Amin... Roselawati bt Muhammad Sem March 2012 (PPG - AeU)

i

6 6 .3 3.1 2.5 3.7 8 9 10 11 12 13 Kesimpulan Bibliografi 1.3 Konsep Cabaran Cabaran Semasa Seorang Guru Sekolah Rendah 3.1 3.2 3.0 Konsep Kemahiran Profesional Keguruan i 1 .TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 .720618-03-5746 ) ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Penghargaan 1.0 3.0 Pengenalan .6 3.4 3.2 2 .0 Pengenalan 1.7 Inovasi Dalam Kurikulum Cabaran Revolusi Maklumat Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Cabaran Masalah Disiplin dan Masalah Sosial Cabaran Dengan Pihak Pentadbiran Cabaran Dengan Rakan Sejawat Cabaran Dengan Ibu Bapa / Penjaga 3 .4 5 .

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 .720618-03-5746 ) Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa. dan perubahan nyata. Menurut Ralph (1949). Tingkah laku ini bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran. inovasi. seorang ahli psikologi Switzerland yang telah banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu. menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan Negara. guru jga mestilah dididik terlebih dahulu. (Tajuk Ariffin dan Nor’Aini. bertanggungjawab serta bermodal tinggi. Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long.objektif pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya.1987) Teori Kognitif Jean Piaget Teori kognitif ini dipelopori oleh Jean Piaget (1869-1980). mahir. Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketerampilan. bayi memerlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan . Guru merupakan orang yang memainkan peranan untuk menentukan perkara-perkara yang akan dipelajari oleh pelajar. mereka juga mestilah orang yang berpengetahuan dalam perkara-perkara yang hendak diajar. berkebolehan.1992). Ini dapat dilakukan oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan (Abdul Rahman Aroff. Ia juga adalah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia. kreatif.berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan Negara. Di samping itu. perasaan. Menurut beliau. Perkara-perkara yang diajar oleh guru mungkin tidak dapat memenuhi kehendak dan minat pelajar. 1978).

Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah mengikut perubahan umur mereka. Peringkat pertama perkembangan kognitif kanak-kanak ialah peringkat sensorimotor iaitu dari sejak lahir hingga kanak-kanak berumur 2 tahun. Kanak-kanak belajar . bayi sudah mempunyai daya koordinasi antara penglihatan dan sentuhan. Jean Piaget juga cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 .720618-03-5746 ) pelbagai rangsangan. iaitu mereka percaya objek itu akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh. Beliau membahagikannya kepada peringkat sensori motor (0-2 tahun). Pada peringkat ini juga bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkah laku yang membolehkan mereka melakukan penerokaan tentang persekitaran mereka. Salah satu sifat lain ialah tindakan ulangan. Keadaan bayi tidak sama dengan orang dewasa. Melalui kajian pemerhatiannya. dan sosioemosi. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan kognitif ini adalah dipengaruhi dengan perkembangan potensi dari aspek lain. Pada awal peringkat ini juga bayi menggunakan deria dan pergerakkan fizikal untuk mempelajari dan berinteraksi dengan persekitarannya. Mereka juga akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk membayangkan atau menggambarkan sesuatu objek dalam memorinya. Mereka juga sudah mula boleh belajar bahasa dan lambang-lambang yang mudah. kanak-kanak sudah mula menggunakan imitasi. peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun). Di samping itu. Pada akhir peringkat sensorimotor. tiada persepsi yang berlaku pada diri kanak-kanak. memori dan pemikiran dalam kehidupan mereka sehari-harian. Pada akhir peringkat ini juga kanak-kanak sudah mampu untuk menggunakan skema-skema mudah iaitu struktur-struktur kognitif yang digunakan untuk mengadaptasikan persekitarannya bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. intelek. mereka sudah mula meniru tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Bayi mengetahui persekitarannya melalui sebutan atau pendengaran daripada orang lain. kanak-kanak sudah memperolehi kepercayaan tentang kekekalan objek. Pada umur 2 tahun juga. peringkat pra-operasi (27tahun). Pada peringkat selepas kelahiran iaitu semasa bayi. sama ada konkrit atau abstrak. kerana ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadapnya. Semasa berusia antara 4 hingga 8 bulan. Peringkat-peringkat juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep. misalnya fizikal. iaitu mengulangi sesuatu tingkah laku atau tabiat seperti menghisap ibu jari.

Salah satu aktiviti naluri dan pemikiran simbol ialah lakonan drama yang pelbagai pengalaman hidup. gambar dan sebagainya digunakan untuk menyatakan objek. Simbol yang digunakan ialah termasuklah bahasa. Menurut Piaget. Mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional. berlagak sebagai pemandu kereta mahupun doktor. Pada peringkat ini juga. Mereka meggunakan konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Ini kerana praoperasi bermakna kanakkanak sudah mula berfikir secara logik tetapi belum dapat menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik. kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula boleh menguasai konsep pengekalan ( conservation ) yang mana mempunyai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti yakni mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan. Piaget menamakan keadaan ini egosentrime atau egosentrik (memusatkan kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain). Mereka juga sudah memahami proses transformasi. Dari segi pendidikan. mereka semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa. Pada peringkat ini.Contohnya. kanak-kanak masih belum dapat membezakan antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup dan masih belum dapat membezakan pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain.720618-03-5746 ) daripada orang lain di sekelilingnya dan objek yang dapat dilihat atau disentuh. Pada tahap ini. Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti ‘lebih berat’. keterbalikan dan menaakul. ‘lebih tinggi’ dan sebagainya. kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik tetapi hanya dapat berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud iaitu objek yang dapat dilihat sahaja. kanak-kanak peringkat ini masih tidak dapat menguasai proses transformasi. kanak-kanak bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung kepada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. bilangan atau kauntiti objek .TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . Peringkat seterusnya ialah peringkat praoperasi iaitu pada peringkat kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun. Ciri ini dikatakan sebagai ‘centered’ atau pemusatan. main masak-masak. Pada tahap ini juga. kanak-kanak mula menonjolkan sifat naluri dan pemikiran simbolik. keterbalikan dan menaakul. Peringkat yang seterusnya ialah peringkat operasi konkrit iaitu kanak-kanak dari umur 7 tahun hingga 11 tahun. isyarat. Namun. membekalkan objek maujud adalah penting untuk proses pembelajaran kanakkanak dan perkembangan ke peringkat kefahaman yang abstrak. orang atau peristiwa. Oleh yang demikian.

Ia juga menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi pengetahuan. Mereka sudah boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama. Di sini remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka . egonsentrik remaja jugamuncul dalam peringkat ini. Oleh kerana pemikir operasi formal sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan. Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit. berat dan sebagainya. Dalam kemahiran ini. saiz. Seterusnya prinsip yang ketiga ialah prinsip keterbalikan iaitu kanak-kanak boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula. Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak yang terakhir ialah peringkat operasi formal iaitu dari umur 11 tahun dan ke atas. membaca dan berbincang. Pada peringkat ini. perkara berkaitan dengan masa depan.pada tahap ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkaraperkara yang abstrak yang tidak boleh dilihat umpamanya konsep ketuhanan. isi padu.ia telah sedia membuat eksperimen menguji idea. Selain itu juga mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara serentak dan ingatan mereka semakin bertambah. Pada peringkat ini juga. Daripada mempunyai pemikiran yang egosentrik. Bahkan mereka sudah dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti dan demokrasi. Walaubagaimanapun. Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan ”apa yang mungkin berlaku” daipada ”apa yang bakal berlaku”. membuat jangkaan atau andaian dan sanggup membuat hipotesis. kemudian melakukan latihan. kanak-kanak sebenarnya dapat berfikir secara logik. termasuk pemikiran abstrak. Prinsip kedua pula ialah prinsip ganti rugi ( compensation ) iaitu mereka tahu bahawa sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam sesuatu aspek yang lain.neraka dan syurga. kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri contohnya ialah pengelasan mengikut ciri. warna. kanak-kanak sudah boleh menguasai proses pengelasan.720618-03-5746 ) adalah sama walaupun bentuknya berubah. Ianya berlainan dengan egonsentrik pada peringkat praoperasi. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan sering mendengar. Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. pengalaman dan kemahiran. kanak-kanak telah berfikiran secara decenterd atau objektif.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. kebenaran dan pemikiran saintifik. Namun.

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . Gambar rajah adalah seperti berikut : . Untuk membuktikan teori perkembangan kognitif Jean Piaget. kedua-dua kanak-kanak tersebut akan disoal adakah bilangan duit syiling dalam kedua-dua baris tersebut adalah sama banyak. Setelah mereka menjawab soalan itu. 4.Bahan ujikaji yang digunakan ialah 10 keping duit syiling 50 sen. Kajian ini bertujuan untuk membandingbezakan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat-peringkat tertentu. saya telah melaksanakan satu kajian pemerhatian terhadap dua orang kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 12 tahun. Duit syiling tersebut disusun menjadi dua baris dan ditunjukkan kepada kanak-kanak seperti gambar di bawah : Kajian Pemerhatian Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Piaget’s Conservation Rajah 1 : Susunan duit syiling Kemudian. Saya telah memilih seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun yang bernama Nur Fasiha bt Hasni dan kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun bernama Syaidatul Azwa bt Muhd Fauzi . Ini juga adalah bertujuan untuk membuktikan teori kognitif yang dipertengahkan oleh Jean Piaget.2 Tasks. Golongan sasaran yang akan diuji ialah kanak-kanak yang berumur 5 dan 7 tahun.720618-03-5746 ) susah untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain dan mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling. susunan duit syiling diubah daripada sama panjang kepada salah satu baris dipanjangkan lagi dan soalan yang sama ditanya kepada mereka.

.Dia juga menjawab soalan yang kedua dengan betul. dia menjawab bilangan kedua-dua baris duit syiling adalah tidak sama.Namun apabila disoal soalan yang kedua. .720618-03-5746 ) Rajah 2 : Syazana Fatini menjawab soalan Rajah 3 : Haziq Zuhair menjawab soalan yang kedua soalan yang kedua 4. iaitu bilangan duit syiling di kedua-dua baris adalah masih lagi sama banyak walaupun bilangan kedua-dua baris duit syiling 50 sen adalah sama banyak. iaitu bilangan kedua-dua baris duit syiling 50 sen adalah sama banyak.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . .3 Aspek Dapatan Kajian Nur Fasiha bt Hasni ( 5 tahun ) Respon soalan ditujukan kepada yang Fasiha menjawab dengan betul soalan iaitu Wawa Syaidatul Azwa bt Muhd Fauzi ( 7 tahun ) juga menjawab pertama soalan pertama dengan betul.

Duit syiling yang lebih panjang itu adalah lebih banyak.Syazana menjawab duit syiling di baris yang kedua menjadi semakin sedikit. dia juga belum mencapai tahap keseimbagan iaitu proses individu situasi olehnya. Dia juga tidak dapat Wawa menjawab tiada penambahan berlaku ke atas duit syiling tersebut dan dia mengira jumlah duit syiling tersebut. dia agak raguragu dan malu. Namun begitu. Ini kerana bapanya Inspektor Polis dan ibunya pula seorang guru . Apabila mengapa jawapannya sebegitu. untuk yang mengadaptasi baru dialami sesuatu kerana situasi ini adalah Baka menjadi mempengaruhi bekerja sebagai Wawa.720618-03-5746 ) pada mulanya. prinsip ganti ini.Wawa sudah boleh berfikir secara pemikiran logik walaupun masih mereka terikat dengan situasi konkrit iaitu baris duit syiling. . Penerangan ditanya . . Melalui ujikaji menggunakan genetik faktor boleh yang pemikiran seorang prinsip keterbalikan.dia adalah . . Ini kerana di sekolah. Ini mungkin dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik.Syazana menumpukan kepada keadaan fizikal ataupun konkrit iaitu panjang baris bukannya bilangannya iaitu konsep yang lebih abstrak. Wawa atau dan prinsip keterbalikan.Dia juga sudah menguasai tiga prinsip asas dalam konkrit peringkat operasi melaksanakan transformasi kerana dia melihat pemanjangan baris sebagai baris baru dan bukan pemanjangan baris yang lama mengikut teori Jean Piaget iaitu prinsip identiti. boleh jadi juga faktor persekitaran mempengaruhi cara pemikiran Wawa. Selain itu juga. rugi.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . Faktor-faktor Proses pemikiran Fasiha belum mencapai tahap kematangan biologi yang tinggi lagi.

keterbalikan dan menaakul. Susunan isi pembelajaran hendaklah mengiktu peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. iaitu daripada konkrit kepada abstrak. pendekatan haruslah daripada konsep yang mudah kepada konsep yang luas dan kompleks. Berbeza dengan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit yang mana mereka dapat menguasai proses transformasi. Pendek kata. maka terbuktilah dengan jelas bahawa teori perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget boleh digunapakai dan diterima umum. daripada dekat kepada jauh. . operasi konkrit dan operasi formal. praoperasi. daripada kasar kepada halus dengan mengambil kira juga perkembangan fizikal individu. daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman yang baru.720618-03-5746 ) seorang pelajar yang pintar. Mereka belum mampu berfikir secara logik dan rasional. 5.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . Ini termasuklah cadangannya yang mengatakan bahawa kanak-kanak melalui perkembangan kognitif melalui empat peringkat iaitu peringkat sensorimotor. kanak-kanak bersifat intuitif iaitu pemahamannya mengenai objek bergantung kepada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. Kanak-kanak peringkat ini berupaya berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit. Rajah 4 : Bandingbeza hasil pemerhatian kajian Melalui kajian pemerhatian yang telah dijalankan. Melalui kajian yang dijalankan juga jelas terbukti bahawa pada peringkat praoperasi.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK KE ATAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) yang dijalankan oleh ibu bapa atau guru hendaklah berpandukan kepada perkemabagan kognitif kanak-kanak pada peringkatperingkat yang telah dibincangkan sebelum ini.

pada peringkat praoperasi. penggunaan contoh-contoh haruslah sesuai dan paling bagus. model. Pada peringkat seterusnya. Selain itu. . Satu eksperimen atau kajian boleh dijalankan melalui kaedah ini. Semasa pengajaran topik yang kompleks. pokok dan mainan harus diteruskan terutamanya untuk mempelajari kemahiran yang baru.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . Seterusnya. Arahan yang pendek dan disertai dengan contoh juga haruslah digunakan untuk mengajar kanak pada peringkat ini dan penjelasan tentang nilai atau nasihat harus diberikan dalam ayat yang mudah difahami kanak-kanak dan harus dipertimbang daripada sudut pandangan kanak-kanak. hendaklah berkaitan dengan pengalaman mereka seperti pengalaman seharian di rumah dan sebagainya untuk mempertingkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu perkara. Ini kerana mereka susah untuk memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain. Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka meningkatkan keyakinan diri dan memberi peluang mereka berdikari. carta. guru boleh memberi soalan-soalan yang berbentuk penyelesaian masalah dan tunjuklah jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang mudah dan sistematik. Guru juga boleh menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai seperti membawa mereka melawat tempat-tempat menarik misalnya zoo. Kanak-kanak peringkat ini juga haruslah diberi peluang untuk membuat pembentangan dan pembacaan secara ringkas dan tersusun. Selain daripada itu juga. penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit yang menarik contohnya seperti bahan tiga dimensi (3D) yang ada dipersekitarannya seperti daun. iaitu pada peringkat operasi konkrit. bahan bantu mengajar yang konkrit seperi menggunakan bahan maujud seperti batu dan guli untuk mengajar kemahiran menambah dan menolak. guru masih boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks sebagai contoh penggunaan bahan bantu mengajar tiga dimensi (3D).720618-03-5746 ) Sebagai contoh. untuk meningkatkan daya pemikiran yang logik dan analitik. Kanak-kanak juga harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. contohnya eksperimen mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan dalam subjek sains. Ini dapat meningkatkan keupayaan berbahasa dan kanak-kanak juga diberi peluang untuk memberikan pendapat dan idea mereka. kanak-kanak harus diberi peluang untuk melakukan aktivitinya sendiri atau ‘hands-on’ terhadap satu-satu kemahiran dengan kawalan dan bimbingan. bagi peringkat terakhir perkembangan kognitif kanak-kanak.muzium dan sebagainya.

0 RUMUSAN DAN CADANGAN Sebagai guru. dan pengalaman pelajar sendiri. guru harus mengemukakan konsep topik itu dengan lebih luas lagi dan tidak terikat dengan fakta-fakta. Paling berkesan untuk meningkatkan daya pemikiran mereka.720618-03-5746 ) graf. Ini menggalakkan mereka untuk berfikiran kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah tersebut. Bagi menggalakkan pelajar mengkaji dan meneroka sesuatu topik. 6. Mendalami ilmu ini secara menyeluruh juga dapat membantu kita mengenali setiap potensi murid-murid yang diajar serta mengembangkan lagi potensi tersebut sehingga akhirnya suatu masa nanti murid-murid yang dihasilkan adalah murid-murid berkualiti yang dikehendaki oleh negara. Dalam pada itu. Setiap objektif . minta mereka membentangkan ideaidea dan kritik idea yang dikemukakan.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . Guru juga hendaklah memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian dan membuat hipotesis. Guru harus terima pendapat pelajar dan bimbing mereka juga untuk menerima pendapat orang lain. Bahan-bahan ini boleh digunakan sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. Bimbing pelajar untuk membuat penyelesaian dan meneroka jalan penyelesaian dalam konteks yang lebih luas lagi berbanding pendedahan yang diberikan dalam peringkat yang seterusnya. Ini adalah selari dengan tuntutan negara yang ingin melahirkan modal insan yang cemerlang. mendalami ilmu psikologi perkembangan kanak-kanak ini adalah amat penting bagi membantu kita mengurus dan mengendalikan bilik darjah dengan baik. mereka haruslah diberi peluang dan ruang untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta menyatakan sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Menimba ilmu pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak juga memberi pelbagai manfaat yang berguna kepada guru. gemilang dan terbilang.

isi kandungannya hendaklah dirangka dan dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya agar mencapai matlamat P&P dapat dicapai dengan baik.720618-03-5746 ) pembelajaran akan tercapai sekiranya guru mengaplikasikan kemahiran mengenal perkembangan kanak-kanak ini dari pelbagai sudut. sama ada di tahap rendah. Ini memberi kesan kepada murid-murid kerana murid-murid dapat mempersiapkan diri dengan ilmu di dada dalam melangkah dan menghadapi arus pembelajaran pada masa akan datang. Selain daripada itu juga. Tuntasnya. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . Strategi P&P juga haruslah sesuai dengan aras dan mengikut tahap individu murid yang boleh membantu kepada perkembangan kanak-kanak daripada pelbagai aspek temasuklah jasmani. penyediaan pelajaran haruslah bermula daripada yang senang kepada yang susah. mengikut bab atau silibus subjek yang akan diajar kerana ini akan dapat membantu meningkatkan kefahaman. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri setiap murid berkenaan. daripada konkrit kepada yang abstrak. Guru sebagai tunggak utama berperanan penting membantu pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah. daripada konsep yang asas kepada konsep yang lebih luas dan daripada yang umum kepada yang lebih khusus. Untuk itu. Antara manfaatnya ialah ia dapat membantu dan membentuk pengajaran dan pemebelaran di dalam dan luar bilik dengan penyediaan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid-murid. penghafalan murid-murid dan memberi peluang kepada mereka mengamalkannya dalam kehidupan seharian. penghayatan. Ini adalah bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam setiap aktiviti yang dirancang sama ada di dalam atau di luar kelas. Proses pembelajaran hendaklah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Bantuan daripada guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan tentang apa yang diajar. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam kandungan P&P haruslah menarik minat kanak-kanak. peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan perkembangan . Isi pelajaran juga haruslah disusun dan dipertingkat agar mudah difahami dengan mengambil kira aras kefahaman murid-murid kerana mereka mempunyai tahap masing-masing. intelek dan sosial. sederhana dan tinggi. emosi rohani. Oleh yang demikian amatlah penting bagi guru membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam.

Selangor. Februari 02] Perkembangan Kanak-Kanak.blogspot. Sekolah dan Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur.html – [ 2010 Februari 10] diakses . Husin. Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur. (2009). Samuel. tetapi guru juga berperanan membimbing. (2005)./perkembangan-kanak-kanak-dari-aspek_23.. Dewan Bahasa dan Pustaka.(1996).com/. Pahang. [online]Diperolehi: ms. dengan penulisan tugasan kerja kursus Perkembangan KanakKanak EDU3102 ini dapatlah saya menimba banyak ilmu pengetahuan dan menambahkan kemahiran saya dalam mengenali perkembangan kognitif kanak-kanak. Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran . Utusan Publications. Kamaruddin Hj. impreschoolteacha.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . Mok Soon Sang.wikipedia.. Secara keseluruhannya. Semoga dengan ilmu yang ditimba pada waktu ini. dapatlah saya menggunakannya pada masa akan datang untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak atau murid-murid yang akan diajar. Psikologi Kanak-Kanak. Bhd. PTS Publications. BIBLIOGRAFI Haliza Hamzah dan Joy N. Kuala Lumpur. Mac 23. memberi motivasi kepada murid-murid dan membantu mereka mengenal potensi diri. (2006). Guru juga hendaklah sentiasa mengingatkan mereka bahawa betapa pentingnya pelajaran kepada diri dan kehidupan`mereka. Kamus Dewan Edisi Keempat.com/./konsep-dan-prinsip-perkembangan-kanak.org/wiki/Kanak-kanak [2010.. Bhd. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Penerbitan Multimedia Sdn. Mok Soon Sang. Kanak-kanak. Selangor.720618-03-5746 ) murid-murid. (2007). Mohd Sharani Ahmad. [online] Diperolehi: ms. Penerbitan Multimedia Sdn.org/wiki/Perkembangan_kanak-kanak [ 2010 Februari 02] perkembangan..html pada 2010. Tugas guru bukan hanya mengajar mereka isi pembelajaran.wikipedia. Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program Ijazah Sarjan Muda Perguruan.blogspot. (2008).

Latar belakang kanak-kanak yang diuji Kanak-kanak pertama Kanak-kanak kedua Nama : Syazana Fatini Insyirah bt Azmani Umur : 6 tahun Tempat tinggal : Ipoh.my/v4/..TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 .upm. Ramlah Jantan dan Mahani Razali. Perak Pekerjaan Ayah : Polis Nama : Haziq Zuhair b Ahmad Khir Muzamir Umur : 9 tahun Tempat tinggal : Ulu Kinta. Perak Pekerjaan Ayah : Pensyarah . Shah Alam./mas_psikologiperkembangan_kanak2 Februari 19. Malaysia. Selangor. www.720618-03-5746 ) Rahil Mahyuddin dan Habibah Alias (2001).edu. Karisma Publication. Psikologi Pendidikan : Pendekatan Kontemporari.eco1. Mc Graw Hill.. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. diakses pada 2010 LAMPIRAN Lampiran 1. (2002).

720618-03-5746 ) Pekerjaan Ibu : Suri Rumah Adik-beradik : 6 orang ( anak terakhir ) Hobi : Melukis dan mewarna Pekerjaan Ibu : Suri Rumah Adik Beradik : 4 orang ( anak pertama ) Hobi : Bermain badminton Gambar-gambar semasa ujikaji .TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 .

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 .720618-03-5746 ) .

Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses PdP. membuat keputusan untuk memilih BBB yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Mengawal disiplin pelajar semasa proses PdP sedang berlangsung.menarik perhatian. menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Penyampaian dan penerangan maklumat dapat dijalankan dengan lebih terperinci Dapat menarik dan memusatkan perhatian pelajar. Guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas. isi pengajaran. iii. . iv.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 .720618-03-5746 ) Kesimpulan Penggunaan BBB perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. vi. guru dan pelajar. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti. v. Ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan BBB kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Di antara kepentingan BBB yang dapat disebutkan di sini adalah seperti berikut : i. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran. vii. BBB dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan.1990) Guru dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaran yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran. ii. Ini kerana penggunaan BBB amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan.( Pusat Perkembangan Kurikulum.

Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber pengajaran. . Sememangnya BBB memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. xii. Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . Dapat member satu pengalaman baru kepada pelajar. Walau bagaimanapun. Penyebaran BBB boleh meluas kerana penggunaannya tidak terhad dan boleh digunakan oleh semua pelajar.720618-03-5746 ) viii. baik kepada guru mahupun pelajar. BBB memudahkan guru mentransmisikan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya. Di sekolah. Melahirkan interaksi dan kerjasama antara pelajaar dengan guru dan oelajar dengan pelajar. Kualiti sesuatu pengajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan BBB yang sesuai. x. xi. sesebuah sekolah yang mempunyai Pusat Sumber yang dilengkapi BBB tidak dapat membantu pelajarnya dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya. ix. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan. Bahan itu dapat melahirkan dorongan dayaa kreativiti. Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajran guru. Ia juga membantu interaksi social antara guru dan pelajarnya dalam proses PdP.

8. 12. BIL 1. 10. 13.720618-03-5746 ) BORANG SOAL-SELIDIK KEKERAPAN PENGGUNAAN BBM Arahan : Tandakan ( / ) didalam kotak yang berkenaan. 14. 7. 9. 5. 6. 2. 4. BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM ) Buku Teks Poster / Carta Lembaran Kerja Buku Kerja Kad Imbasan Majalah Peralatan sebenar/ Benda Maujud OHP dan Transpparensi Komputer dan LCD Projektor Model Gambar Foto Papan flannel / papan gulung Televisyen atau video Radio dan Kaset Sangat Kurang Digunakan Kurang Digunakan Kerap Digunakan .TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . 3. 11.

2. Kefahaman dan Kebolehan guru menggunakan BBM berasaskan Multimedia. Tidak Mahir Sederhana Mahir 2. KOMPUTER DAN INTERNET Pengetahuan dan Sikap Guru terhadap Teknologi Komputer Berasaskan Multimedia.720618-03-5746 ) BORANG SOAL-SELIDIK PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET Arahan : Tandakan ( / ) didalam kotak yang berkenaan. Tidak Pasti Tidak Bersedia Bersedia .TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . BIL 1. BIL 1. KOMPUTER DAN INTERNET Kesediaan Guru Menggunakan BBM berasaskan Multimedia Kefahaman dan Kebolehan guru menggunakan BBM berasaskan Multimedia.

6. 3. 5.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . 5. 4. 2. Kesediaan Guru Menggunakan BBM Berasaskan Multimedia / Masalah Tiada Komputer Tidak mahir menggunakan komputer Tidak mahir dengan perisian komputer Melambatkan proses Tiada kemudahan jalur lebar (internet) di rumah Biasa dengan kaedah tradisional. 3. Ya Tidak . BIL 1. PERISISAN MULTIMEDIA Microsoft Power Ponit Adobe Flash Adobe Director Adobe Photoshop Movie Maker Lain-lain Tidak Digunakan Kurang Digunakan Kerap Digunakan BIL 1.720618-03-5746 ) BORANG SOAL-SELIDIK PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET Arahan : Tandakan ( / ) didalam kotak yang berkenaan. 6. 2. 4.

KEKERAPAN PENGGUNAAN BBM DIKALANGAN Arahan : Tandakan ( / ) didalam kotak yang berkenaan.720618-03-5746 ) BORANG SOAL-SELIDIK GURU SEKOLAH RENDAH.org/wiki/Confucius http://www. Pahang : Jawatan Kuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang. http://ms. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Rahim Abd. Modul Falsafah Pendidikan .com/doc/53194686/CONFUCIUS http://www. Bhd. Bhd. BIBLIOGRAFI Abd. (2012). Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.scribd. Mok Soon Sang (2008) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI edisi ketiga . Guru Yang Efektif .wikipedia. Rashid (2000) Wawasan & Agenda Pendidikan.com?p=19 .TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 . Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.mudah belajar. Yaakub Isa ( 1994 ). Mok Soon Sang (Jan 2012) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia . Kuala Lumpur: Asia e University. Bhd.

wordpress.html http://ilmuankhalidy.com/tokoh/id9.720618-03-5746 ) http://bicarasejarah.tripod.html https://muhdhazrie.com/tag/ahli-falsafah-islam/ http://alhakelantan.blogspot.html .blogspot.TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran (ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 .com/2011/03/confucius.com/2008/05/al-farabi.