You are on page 1of 23

Senarai Kandungan

 

Isi Kandungan

Muka Surat

Objektif Programa Sambutan Hari Guru

1

Kumpulan Sasaran

1

Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Guru

2

Aturcara Majlis Sambutan Hari Guru

3

Sekalung Penghargaan

4

Pengesahan

5

Lampiran Aktiviti

6

  • - Teks Ucapan Pengerusi Majlis

7- 8

  • - Teks Ucapan Guru Besar dan Perasmian

9 -12

  • - Aktiviti aktiviti Semasa Hari Guru

13 17

  • - Lirik Persembahan Koir

18

  • - Lirik Deklamasi Sajak

19

  • - Lirik Sajak Guru o Guru

20 21

  • - Buku Program Majlis Sambutan Hari Guru

22

Objektif Program Sambutan Hari Guru

  • 1. Menitikberatkan Peranan guru dalam pembinaan kebangsaan ( termasuk perpaduan dan integrasi ), pembangunan Negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

  • 2. Menarik perhatian ibu bapa murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam msyarakat Malaysia.

  • 3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

  • 4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

  • 5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar seminar, persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

  • 6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar belakangkan Malaysia dan mengambil langkah langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Kumpulan Sasaran

Semua Warga Sekolah SKNB

Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Guru

Penasihat Pengerusi Setiausaha Bendahari Penyelaras Program Juru Acara Buku Program Hiasan Pentas

Makanan dan Minuman

“ P.A system “

: En. Joseph William ( GB ) : En. George Unggat ( GPK KO ) : En. Muhamad Rizal Bin Saad : En. Saidi Azhar : Cik Norliyana Bint Roslan : Pn. Nur Sabrina : En. Muahamad Rizal Bin Saad : En. Wong Ting Wee, En. Saidi Azhar dan En. Osman Aen : En. Saidi dan En. Mohs Ismaili : En. Wong Ting Wee, En. Saidi Azhar dan En. Osman Aen

Kebersihan dan Keselamatan : Semua Guru

Persembahan Cenderahati dan Hadiah Peralatan

: Pn. Ida, Pn. Huluyah dan Cik Penny : Pn. Serimah dan Pn. Enderiah : Cik Jacinta dan Pn. Lucy ( GPK 1 )

Aturcara Majlis Sambutan Hari Guru

7 : 30 pagi

: Perhimpunan Pagi

-

Nyayian Lagu Negaraku, Ibu pertiwiku

-

Kata Kata aluan pengerusi majlis

8

: 00 pagi

: Ucapan Guru Besar dan Perasmian

8

: 30 Pagi

: Nyayian Kami Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Kenyalang ( semua guru ) dan Bacaan Ikrar ( diketuai oleh En. Goerge

 

( dan semua guru )

8

: 45 pagi

: Memotong Kek Disempurnakan Oleh GB dan Semua Guru

9

: 00 pagi

: Persembahan Daripada Murid Murid

 

-

Persembahan Koir Murid murid SKNB

-

Deklamasi Sajak wakil murid tahun 4

-

Pantun Wakil Murid Tahun 6

-

Deklamasi Sajak Wakil Murid Tahun 6

-

Deklamasi Sajak Oleh Guru Besar

10 : 00 pagi

: Penyampaian Cenderahati Kepada Semua Guru dan Nyayian Lagu Sekolah

10

: 15 pagi

: Jamuan

10

: 50 pagi

: Sukaneka

 

-

Makan epal, Baling bola dalam bakul, Tikam belun, Isi air dalam botol, Mami ( toilet paper “ ), Baling dan sambut telur, Tiup gula gula dalam tepung.

12

: 15 pagi

: Penyampaian Hadiah

12

: 30 pagi

: Jamuan

1 : 00 petang

 

: Bersurai

Sekalung Penghargaan

Ucapan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru 2013.

dalam

Encik Joseph William

Guru Besar SK Nanga Bon, Sibu

Guru Guru

Anggota Kakitangan Sokongan

Serta

Murid murid SK Nanga Bon, Sibu

Penghargaan ini juga ditujukan kepada mareka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru ini.

Laporan disediakan oleh,

……………………………………………….

(EN. MUHAMAD RIZAL BIN SAAD ) Setiausaha Majlis Sambutan Hari Guru SK Nanga Bon, Sibu

Tarikh :…………………………………… ..

Disahkan oleh,

……………………………………………… ...

( EN. JOSEPH WILLIAM ) Guru Besar SK Nanga Bon, Sibu

Tarikh :……………………………………….

LAMPIRAN AKTIVITI MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 22 MEI 2013 7:30 PAGI 1.00 PETANG

Teks Ucapan Pengerusi Majlis Terima kasih Pengerusi Majlis, selamat pagi dan salam sejahtera kepada Guru Besar Sk Nanga Bon, En. Joseph William, guru penolong kanan, rakan rakan guru, staf sokongan dan murid murid yang saya kasihi sekalain.

Bersyukur kita kepada tuhan kerana pada pagi ini kita sama- sama dapat berkumpul di sini untuk menyambut Majlis Sambutan Hari Guru. Pertamanya saya sangat berterima kasih kepada semua rakan rakan guru kerana telah bersusah payah menyediakan segala keperluan bagi menjayakan majlis pada hari ini. Saya berpuas hati dengan kerjasama yang telah ditunjukan oleh semua guru dan semua kakitangan dalam penyediaan dan kelengkapan seperti yang kita lihat pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama semua dan berharap majlis kita akan berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancangkan.

Sempena sambutan hari guru pada tahun ini yang bertemakan “ Guru Malaysia:

1Aspirasi 1Agenda marilah sama- sama kita menghayati maksud ini, walaupun ayatnya ringkas namun pengertiannya sangat mendalam. 1 aspirasi membawa maksud semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013-2025. Jadi jelaslah pada kita tanggungjawab kita cukup besar bagi melahirkan murid yang mempunyai aspirasi iaitu berpengetahuan, berkemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. Manakala 1 agenda membawa maksud Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda

atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Kepada murid- murid, profesion keguruan ini boleh dijadikan sebagai salah satu cita- cita anda kerana pada masa kini, profesion keguruan jugak merupakan salah satu profesion yang dipandang tinggi dan menjadi rebutan pada masa kini. Saya boleh sarankan kepada murid- murid bahawa profesion ini boleh dijadikan salah satu cita- cita anda. Dikesempatan pada hari yang mulia ini saya mendokan semoga murid- murid semua akan terus lebih berjaya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua warga sekolah dan sekali lagi berterima kasih kepada semua atas kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Akhir kata daripada saya selamat Hari Guru dan selamat Hari Gawai.

Sekian, terima kasih

Teks Ucapan Guru Besar dan Perasmian

Selamat pagi dan salam sejahtera para guru penolong kanan, rakan- rakan guru, staf-staf sokongan , murid murid yang dikasihi, hadirin hadirat yang saya hormati sekalian.

Bersykur kita kepada tuhan , karana dengan izin, kasih sayang dan limpah rezekinya kita warga sekolah pada hari ini dapat menjayakan hari yang bersejarah, iaitu sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan rasa penuh persaudaraan dan

semangat pasukan kerja pendidikan menerusi “ Agenda Guru Penyayang ; Murid Berkualiti “. Terima kasih Cikgu kepada sahabat guru yang penuh dedikasi menabur khidmat bakti sempena Majlis Sambutan Hari Guru 2013 yang bertemakan “ Guru Malaysia: 1Aspirasi 1 Agenda “.

Sambutan Hari Guru 2013 dengan sejarahnya tersendiri kerana ianya disambut di tahun pertama fasa pertama pelaksanaan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 dam juga berada di fasa terakhir Malaysia menuju Negara maju menjelang 2020. Marilah kita warga guru dengan penuh tekad berganding bahu sebagai satu pasukan yang mantap merentas sekolah menerusi pendekatan rakan strategik menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 dan dasar dasar Baru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi menjayakan hasrat Negara, saya mengajak dan menyeru seluruh warga sekolah sama sama mewujudkan kesepakatan, kebersamaan dan kesepaduan yang kental untuk terus kita dengan penuh setia member Khidmat Bakti yang tidak berbelah bahagi membina masa depan pendidikan dan memastikan murid murid kita mendapat

tempat dalam dunia Malaysia Negara maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai hasrat murni ini, marilah kita melakukan perubahan minda, lonjakan berganda dan menerokai dimensi baru pendidikan abad ke 21 negara maju untuk kemajuan dan pembangunan pendidikan generasi pelajar di bumi bertuah ini. Terima kasih atas budi dan Khidmat Bakti, syabas dan tahniah atas kejayaan dan didoakan segala usaha yang diabadikan selama ini dan pada masa akan dating diberkati dan menjadi amalan.

Tarikh 16 Mei merupakan hari yang begitu istimewa buat setiap insane bergelar guru dan terima kasih kerajaan Malaysia. Hari ini memberi peluang kepada kita semua untuk menyatakan penghargaan dan penghormatan terhadap jasa bakti guru kita. Tidak kira sama ada guru yang bertugas di tadika, di sekolah, di kolej atau university, guru adalah insan istimewa yang membimbing anak bangsa sehingga mareka menjadi warganegara yang Berjaya.

Tidak dapat kita nafikan, kesejahteraan dan kehidupan selesa yang kita nimmati dan kita miliki pada hari ini adalah hasil sumbangan dan berkat kegigihan serta pengorbanan guru kita terdahulu dalam bidang pendidikan. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insane seimbang dan holistic tidak akan tercapai tanpa peranan besar yang dimainkan oleh para guru. Segala dasar dan pelan pendidikan yang terbaik tidak dapat direalisasikan tanpa komitmen dan didikasi para guru. Segala cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh generasi masa kini memerlukan bimbingan para guru. Bahkan, tugas guru pada alaf ini menjadi semakin penting kerana bidang pendidikan merupakan penentuan kejayaan sesebuah Negara. Cabaran besar untuk mendidik murid agar menghargai nilai keinsanan, menghormati

perbezaan adat dan budaya serta memperkukuhkan perpaduan dan jati diri memerlukan guru yang bukan hanya mahir mengajar tetapi juga bijak membimbing.

Pendidikan di Negara kita bukanlah semata mata alat untuk melahirkan modal insane yang Berjaya memacu kemajuan Negara, tetapi juga melahirkan insane mulia dalam sesebuah masyarakat majmuk yang menghayati sejarah, menghormati perbezaan agama, adat dan budaya serta menghargai nilai nilai kemanusian sejagat. Tugas penting ini tergalas di bahu para guru. Mudah mudahan jasa dan bakti guru yang lebih bersepadu.

Pendeta Za’aba pernah menegaskan bahawa ilmu pengetahuan adalah asas

terpenting yang menyelamatkan manusia daripada belnggu kemunduran. Justeru, pendidikan dan penghayatan ilmu perlu sentiasa dimantapkan agar kita kekal relevan

dalam pesaingan menuju Negara maju.

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih cikgu. Marilah kita bersama sama menjayakan tranformasi pendidikan bagi memenuhi hasrat dan aspirasi Negara kita. Seiring dengan tema hari guru tahun ini, iaitu Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda, saya mengajak warga sekolah untuk bekerja bersama sama bagi memastikan sekolah kita menjadi antara yang terbaik.

Kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli jawatankuasa pengelola sambutan hari guru peringkat sekolah kerana telag bersusah payah berusaha, menghulurkan sumbangan samada secara langsung atau tidak bagi menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada kali ini. Saya juga

ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga sekolah semoga bergembira selalu bersama keluarga.

Akhir sekali Selamat Gawai Dayak, Gayu Ko sentuku, Gerai ko sepandai, lantang senang nguan menua ko petara, kepada semua yang merayakan Gawai Dayak. Denagn rasa teruja dan sukacitanya saya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SKNB 2013.

Sekian, terima kasih

Aktiviti aktiviti Semasa Hari Guru

Persembahan murid murid terdiri daripada persembahan Koir SKNB, Deklamasi sajak wakil murid tahun 4, pantun wakil murid tahun 6, deklamasi sajak murid tahun 6 dan deklamasi sajak oleh Guru Besar.

Gambar semasa aktiviti Hari Guru

Aktiviti – aktiviti Semasa Hari Guru Persembahan murid – murid terdiri daripada persembahan Koir SKNB, Deklamasi

Ucapan Guru Besar

Aktiviti – aktiviti Semasa Hari Guru Persembahan murid – murid terdiri daripada persembahan Koir SKNB, Deklamasi

Bacaan Ikrar

Nyanyian Kami Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Gemilang Memotong Kek

Nyanyian Kami Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Gemilang

Nyanyian Kami Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Gemilang Memotong Kek

Memotong Kek

Persembahan Koir SKNB Deklamasi Sajak Murid

Persembahan Koir SKNB

Persembahan Koir SKNB Deklamasi Sajak Murid

Deklamasi Sajak Murid

Persembahan Pantun Deklamasi Sajak Guru Besar

Persembahan Pantun

Persembahan Pantun Deklamasi Sajak Guru Besar

Deklamasi Sajak Guru Besar

Sukaneka

Acara sukaneka adalah makan epal, baling bola dalam bakul, tikam belon, Isi air dalam botol, mami “ toilet paper “, baling dan sambut telur dan tiup gula dalam tepung.

Johan keseluruhan dalam pertandingan sukaneka ini telah dimenangi oleh Rumah Perdana. Naib johan Rumah Wira dan tempat ketiga dimenangi Rumah Waja.

Antara Gambar Sukaneka

Sukaneka Acara sukaneka adalah makan epal, baling bola dalam bakul, tikam belon, Isi air dalam botol,

Acara Mami “ diikat dengan toilet paper

Sukaneka Acara sukaneka adalah makan epal, baling bola dalam bakul, tikam belon, Isi air dalam botol,

Tiup Gula Dalam Tepung

Lirik Persembahan Koir

Pagiku cerahku Matahari bersinar Ku gendong tas Merah ku di punda Selamat pagi Semua, kunantikan dirimu Di depan kelasmu

Guruku tersayang…

Guru tercinta, tanpamu apa jadinya aku Tak bias baca tulis mengerti banyak

Hal guruku terima kasihku Nyatanya diriku kadang buatmu marah Namun segala maaf kau berikan

Lirik Deklamasi sajak Tahun 4

Cikgu…

Selamat Hari Guru

Segala budi dan jasamu Akan sentiasa bermain Di ingantanku

Cikgu…

Aku masih ingat lagi Cikgu selalu bersama samaku Setiap kali aku menjadi keliru Cikgu... Sungguh besar jasamu Tidak terbalas segalanya olehku Hanya doa kuutuskan buatmu Bersama rindu yang teramat sarat Buatmu

Cikgu…

Sempena Hari Guru ini Aku ucapkan Selamat Hari Guru

Tanpa belaian dan didikanmu

Siapalah aku… Terima kasih, cikgu…

Lirik Sajak “ Guru o Guru “ Disampaikan oleh Guru Besar

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang Kaki Berburu Kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah Sekolah mewah Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terangganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada Negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “ cikgu “ kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Buku Program Majlis Sambutan Hari Guru