You are on page 1of 14

PEDAGOGI RASULULLAH S.A.W.

DALAM PENGAJARAN1

Noornajihan Jaafar, Pelajar Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, UKM noornajihan@usim.edu.my Ab. Halim Tamuri, Pensyarah, Fakulti Pendidikan, UKM tamuri67@gmail.com

Abstrak: Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti pedagogi yang digunakan Rasulullah s.a.w. dalam pengajaran Baginda s.a.w. kepada para sahabat r.a. Kemahiran-kemahiran pedagogi tersebut akan disokong dengan hadis-hadis sahih yang berkaitan. Kertas kerja ini terbahagi kepada lima bahagian, iaitu: (1) Rasulullah s.a.w. sebagai pendidik terulung; (1) kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kuliah; (3) kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam bercerita; (4) kemahiran Raulullah s.a.w. dalam bersoal jawab; dan (5) kemahiran Rasulullah s.a.w. dalam menjalankan aktiviti.

Kata kunci: pedagogi, kaedah syarahan, kaaedah bercerita, kaedah soal jawab, kaaedah menjalankan aktiviti.

Pengenalan

Pedagogi merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kaedah pengajaran murid. Esah Sulaiman (2004) menjelaskan bahawa perkataan pedagogi berasal daripada perkataan Greek pedagogue yang bermaksud guru yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugastugas pengajaran secara berkesan. Pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah
1

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012 pada 3-6 Julai 2012 bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, anjuran IPG Kampus Pendidikan Islam Zon Tengah.

1

).a.w.t. Nabi Muhammad s. 2009).a. Rasulullah Sebagai Pendidik Terulung Kehebatan tamadun Islam 1432 tahun yang lepas dalam menangani kejahilan di kalangan masyarakat Arab jahiliyyah.t.a.w.a. telah menyaksikan kehebatan Nabi Muhammad s.a. Baginda Rasul s. Rasu1ullah s.w. Maka demi Allah s. 2001).mengajar merangkumi proses pengajaran yang optimum (Mak Moon Song.a. mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya sehingga melahirkan satu generasi yang berilmu. Baginda s. sebagai khair al-ummah sepertimana firman Allah s.w. dan para sahabatnya. juga pendidik kepada ahli keluarga baginda s.t. hadis 1277).w.a.t. 2005). merujuk kepada kaedah pengajaran yang telah dipraktikkan oleh Raulullah s.w. malah.a. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh sahabat Nabi s.a. beramal dan bertakwa sehingga mendapat pengiktirafan dari Allah s.t. yang bernama al-SulamÊ dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1984.w.a. dalam menyampaikan sesuatu ilmu kepada para sahabat r. no. telah berupaya dengan izin Allah s. juga telah diiktiraf oleh golongan bukan Islam dengan dinobatkan sebagai orang pertama yang berpengaruh dalam sejarah dunia (Hart M. bahawa al-Sulami telah berkata yang bermaksud: Maka demi bapa dan ibu ku.a.w.a.) sebelum dan selepasNya (Rasulullah s.w. H. membentuk umat Islam dari kalangan para sahabat r. Ketika itu.w. beriman.w. Suruhlah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran dan beriman kepada Allah s.w.a. Nabi s. Manakala Pedagogi Rasulullah s.w. sesungguhnya aku tidak pernah melihat guru yang terbaik cara pengajaranNya (Rasulullah s.w. antara guru terhebat dalam lembaran 2 . tidak pernah memarahi ku. dalam surah Óli-‘ImrÉn 3:110 yang bermaksud:Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. bukan sahaja bertindak sebagai seorang rasul.w. memukul ku dan mencela ku.w.w. (Abd al-Fattah Abu Ghuddah.a.

adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s. itu contoh ikutan yang baik. Kesan pengajaran dan dakwah baginda terbukti telah dapat membentuk generasi yang bertakwa.t.t. Dalam masa yang sama Rasulullah s. Dengan itu.w. juga berperanan sebagai murabbi atau pembimbing yang menggunakan pendekatan modeling sebagai metode dalam mentarbiyyah jiwa-jiwa manusia amnya dan bangsa Arab jahiliyyah ketika zaman itu khususnya ('Abd al-Fattah Abu Ghuddah 2001. sejak awal Islam hingga ke hari kiamat.w. Said Hawa.a.w. Hal ini seperti yang diriwayatkan oleh Muslim (1984.w.a. bukan sahaja bertindak sebagai penyampai ilmu atau dikenali sebagai muÑallim.w.w.a. Abdullah NÉÎih ‘AlwÉn 1968.t.w. banyak-banyak (dalam masa susah dan senang.sejarah Islam. al-×afiz al-SuwÉid 1988. Ini bertepatan dengan firman Allah s.a.t.w.a. dan (balasan baik) hari akhirat.w. menjadi model utama di dalam dunia pendidikan (Abd al-Fattah Abu Ghuddah. tidak mengutuskan Aku (Muhammad) untuk menyusahkan umat ku dan bukan pula untuk aku menyusahkan diri ku. Razali Saaran. 1990).t. Kamarul Aazmi 2010). 3 . dalam surah al-AÍzab (33: 21) yang bermaksud: Demi sesungguhnya. 2001. sebagai pendidik serta pembimbing yang memudahkan urusan orang lain. diutuskan oleh Allah s. Dalam aspek pendidikan. tetapi aku diutuskan sebagai pendidik yang memudahkan.a. no. hadis 1478) yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s. Rasu1ullah s. sendiri membuat pengakuan bahawa Baginda s.w.w. iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah s. 2010. serta ia pula menyebut dan mengingati Allah s. bahkan Baginda Rasulullah s. Baginda Rasulullah s.

kemahiran bersoal jawab dan kemahiran menjalankan aktiviti ('Abd alFattah Abu Ghuddah 2001. Salleh 2001).a. juga menggunakan kaedah ini ketika mana Baginda s. Halim Tamuri 2007.15 mencakupi kemahiran menyampaikan kuliah. Rasulullah s. al-×afÊz SuwÉid 1988. inilah yang perlu dihayati oleh GPI agar menjadi murabbi yang berupaya membimbing murid menjadi insan berguna dunia dan akhirat. Kemahiran Rasulullah s. al-×ammÉdÊ 1987. Pembelajaran dengan kaedah ini bukan sahaja menampakkan lebih banyak pergantungan murid kepada guru bahkan boleh mencetuskan perasaan hormat murid terhadap guru (Ahmad Mohd. Kemahiran pedagogi Rasulullah s.a.w. menyampaikan khutbahnya yang terakhir di 4 . Begitu juga ketika Rasulullah s. dalam Menyampaikan Kuliah Kaedah kuliah atau syarahan merupakan salah satu corak penyampaian yang berbentuk penerangan sesuatu isi pengajaran secara lisan oleh guru dalam kumpulan yang ramai (Atan Long 1983). untuk berdakwah secara terang-terangan.w.a. telah meminta kaum Quraish untuk berkumpul di Bukit Safa dan di situlah Rasulullah s.w. berdakwah dalam bentuk kuliah yan ringkas.a.w.w.t.w. Dalam konteks PI kaedah ini sesuai digunakan bagi pengajaran akidah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. al-NaÍlÉwÊ 1979. ÑAbdullah NÉÎih ÑAlwÉn 1968.w.a. sebagi pendidik unggul telah mengimplementasikan kemahiran pedagogi dalam dakwah dan pengajaran Baginda s.w.a. kepada para sahabat r. Razali Saaran 2010). Rasulullah s. Kemahiran pedagogi dalam KM seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Kamarul Azmi Jasmi & Ab.w.a.w.a.a. diarahkan oleh Allah s. kemahiran bercerita.Rasulullah s.a. Halim Tamuri 2007).

kisah Nabi Ayyub a. Penggunaan ayat al-Quran dan hadis Nabi s. kuliah yang disampaikan adalah tepat. 2003).a.w. (al-Nahlawi 1979). Sebahagian daripada ayat al-Quran yang menggunakan kaedah penceritaan seperti kisah Nabi Yusuf a.Lembah Uranah di Gunung Arafah. Dalam konteks PI. kisah Nabi LËÏ dan kaumnya (surah al-Naml 27:54-58). kisah Maryam (surah al-Maryam 19:1-34). apabila menyampaikan kuliah atau syarahan umum.a. (surah al-Anbiya’ 21:83). dalam Bercerita Kaedah bercerita merupakan salah satu daripada cara menyampaikan kandungan pengajaran yang bertujuan memberi i’tibar dan melibatkan intonasi suara. (surah Yusuf 12:7-48). (surah al-Kahfi 18:7-27). GPI perlulah mahir dalam merujuk dalil al-Quran dan hadis apabila bercakap tentang sesuatu isu. kisah Nabi Musa a. kisah zu al-karnaian dan ya’juj dan ma’juj 5 . tidak mengambil masa yang panjang dan hanya bercakap perkara agenda sahaja (al-Buti 2002). Lazimnya Rasulullah s.s. Sebagai guru yang mengajar PI. kisah Nabi Sulayman a.w.s.a.s. dan Nabi KhaiÌir a. gaya tubuh. padat dan tidak menyimpang dari tajuk yang ditetapkan (Razali Saaran 2010). Dengan demikian. kuliah atau syarahan yang diberikan kepada murid perlulah didasari dengan sumber daripada al-Quran dan hadis Nabi s.w.a.s.w. imaginasi dan peralatan tambahan (Shahabuddin Hashim et al. Baginda s. kaedah bercerita boleh digunakan bagi pengajaran sirah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.a. Kemahiran Rasulullah s. Halim Tamuri 2007).s. dan burung hud-hud (surah al-Naml 27:20-21). mimik muka. Al-Quran banyak menggunakan kaedah cerita dalam memberi pengajaran kepada umat Islam (alNufal 2002). dalam kuliah harus diberikan penjelasan makna dan dikaitkan dengan tajuk dan isu semasa.w.

no. kerana perbuatannya memberikan air kepada anjing yang sedang kehausan. tiba-tiba seorang penzina dari bani Israil datang dan meletakkan air pada kasutnya lalu memberi minum kepada anjing tersebut. telah menceritakan kepada para sahabat r. menggunakan intonasi yang sesuai dengan jalan cerita dan watak yang terlibat.(surah al-Kahfi 18:83). GPI perlulah menggunakan kaedah bercerita bagi menyampaikan kandungan PI yang bercorak sejarah dan bertujuan memberi pengajaran agar murid berasa tertarik dengan pengajaran tersebut. melibatkan murid semasa sesi bercerita. Menurut Mak Moon Song (2009) beberapa kemahiran perlu dihayati oleh guru apabila menggunakan kaedah bercerita dalam mengajar.w.w. Kemahiran tersebut seperti memilih cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran. bercerita dengan penuh emosi. hadis 3280) yang bermaksud: Tatkala seekor anjing mengelilingi perigi dan hampir mati kerana dahaga. Menurut Sulaiman Ngah Razali (2001) kaedah menyoal bukan sahaja untuk menilai kefahaman murid terhadap kandungan pengajaran. Sebagai contoh Rasulullah s.a.a. dalam Soal Jawab Kaedah soal jawab merupakan salah satu kaedah dalam pengajaran yang melibatkan interaksi antara guru dan murid.w. membuat rumusan pada akhir sesi bercerita Kemahiran Rasulullah s.aw. (Abdullah NÉÎiÍ 'AlwÉn 1968). kisah ashab al-kahfi (surah al-Kahfi 18:9-26) dan banyak lagi. Rasulullah s. tentang seorang penzina wanita yang telah diampunkan Allah s. juga kadang kala menggunakan kaedah bercerita dalam mengajar para sahabat r. menggunakan perkataan yang mudah. menggunakan alat-alat sokongan. bahkan terdapat beberapa 6 . Cerita tersebut telah digambarkan dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari (1987.a.t.a. bercerita dengan bersahaja tanpa melihat nota.

telah bertanya kepada para sahabat r. merentas kandungan pembelajaran. membalas: begitulah dengan solat lima waktu. mengaitkan dengan tajuk sebelumya dan memberi kesedaran.a. yang bermaksud: Apakah pandangan kalian sekiranya terdapat sebatang anak sungai di depan pintu rumah kamu dan kamu mandi di sungai tersebut lima kali sehari. 2010)di 1987). Nabi s. mengerakan interaksi menyelesaikan masalah. no. GPI perlulah menggunakan kaedah soal jawab dalam menyampai dan mengukuhkan kandungan PI. 2011). surah Óli ÑImrÉn 3:25 dan beberapa tempat lain dalam al-Quran.w.. Kaedah bersoal jawab juga pernah digunakan pakai oleh Rasulullah s. kaifa (bagaimana). Sebagai contoh hadis yang diriwayatkan al-Bukhari (1987. menggalakkan mutu pemikiran yang tinggi.a.a. Kaedah ini boleh digunakan kepada semua komponen dalam PI (al-×ammÉ(Mohammad Shatar Sabran et al. membetukan kesilapan murid. hadis 1554) bahawa Rasulluh s. aina (di mana). satu soalan bagi membuka minda mereka. Kata tanya seperti ma. Halim Tamuri 2007). akan terhapus segala dosa kalian. tidak menjawab soalan yanhg diajukan malah bertanya semula soalan 7 . Kaedah yang melibatkan penglibatan murid ini juga berupaya membina rasa percaya dan yakin pada diri murid (Zawawi Ismail et al. Terdapat beberapa kemahiran dalam soal jawab yang boleh dipraktikkan oleh guru seperti meminta murid mengulang soalan dan guru menjawab semula bagi pengembangan idea. Akan adakah kekotoran pada badan kamu? Sahabat menjawab: tidak akan ada kekotoran sedikit pun. ketika menyampaikan ilmu kepada para sahabat r. a. ai (apakah). hal (adakah). Kaedah menyoal juga digunakan dalam al-Quran seperti pada surah al-´AnÑaÉm 6:19.a. mengekalkan perhatian murid.w.a. dan kam (berapa) digunakan bertujuan menggalakkan pembaca berfikir dan bertadabbur (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.w. surah alIsrÉ´ 17:17.tujuan lain seperti menggerakkan minda.

kerja berpasukan. Razali Saaran 2010).lain kepada murid yang bertanya bertujuan membuka minda. pemikiran kritis. mengajukan soalan kepada murid yang telah mengetahui jawapannya bagi mewujudkan daya saing antara mereka.a. guru juga boleh menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti. Di samping mencipta suasana pembelajaran yang baru. lukisan.w.w. melakukan penyelidikan. adab dan pembelajaran sepanjang hayat (Mohammad Shatar Sabran et al. perbincangan dan debat.a. dalam menyampaikan pengajaran dan ilmu kepada para sahabat r.a.w.a.w. Kemahiran Rasulullah s.w. bercerita dan bersoal jawab. 2009 & 2010). Antara aktiviti yang dilakukan Nabi s.a.a.a. menunjukkan bahawa Rasulullah s. dan melewatkan memberi jawapan kepada soalan yang diajukan sekiranya jawapan tidak pasti ('Abd al-Fattah Abu Ghuddah 2001. meminta murid lain yang menjawab soalan yang diajukan kepada guru bertujuan memberi motivasi. melalui aktiviti. Hadis Nabi s. telah menunjukkan kepada para sahabat r. demonstrasi. Sahabat r. seorang pemuda ahli syurga tanpa menjelaskan ciri-ciri ahli syurga. seperti kemahiran komunikasi.th. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh GPI bagi menyampaikan kandungan PI ialah melalui aktiviti penyelidikan. kepada para sahabat r. dalam Menjalankan Aktiviti Selain daripada kaedah menyampaikan kuliah. no. yang diriwayatkan oleh Ahmad (t.a.a. mengabaikan soalan yang difikirkan bertujuan mengenakan guru atau rakan lain. kepimpinan.a.a. ialah menggalakkan sahabat r. pelbagai kemahiran generik murid dapat dipupuk. permaianan dan lawatan.w. Hadis-hadis Nabi s. memberi jawapan lebih daripada yang disoal. hadis 12697) menceritakan bagaimana Rasulullah s.w.a. melakukan aktiviti dalam pengajaran Baginda s. yang tertanya- 8 .

Ini seperti yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad (t. meluahkan perasaaan yang tersimpan dan mengurangkan tekanan (al-SyÉs 2006).w.w. Lalu Baginda s.a.a. Nabi s. no. Justeru GPI bolehlah menjalankan aktiviti melukis pada topik-topik yang dianggap berat agar pengajaran dapat dilaksanakan dengan lebih santai dan memberikan kefahaman yang lebih kepada murid.t.w. pun bersabda: Semulia-mulia wanita dalam syurga kelak ada empat orang: iaitu Sayyidah Khadijah binti Khuwaylid. hadis 2668) yang bermaksud: Rasulullah membuat empat garisan di atas tanah dan Baginda s. bertanya: Adakah kalian tahu mengapa aku melakarkan empat garisan ini? Sahabat menjawab: Allah s. dan RasulNya yang mengetahui. Garis panduan penyediaan kertas projek perlu disediakan dan GPI perlu memantau dan membimbing kajian murid dari masa ke semasa (Mohd Azam Mahat 2009). 9 . Selain daripada menggalakkan para sahabat melakukan penyelidikan. GPI berperanan menyediakan tajuk dan memberi kebebasan kepada murid untuk memilih tajuk. Aktiviti melukis bukan sahaja membantu murid dalam memahami kandungan pengajaran bahkan mampu mengembangkan daya imaginasi murid.a.tanya lalu menyelidik sendiri perihal pemuda tersebut dan mendapati bahawa pemuda tersebut tidak pernah berbohong dan berhasad dengki dengan orang lain.w.a. Aktiviti ini boleh dilakukan dalam bentuk kertas projek bagi meningkatkan penglibatan murid dengan idea-idea dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin diperoleh melalui aktiviti pengajran yang lain. Sayyidah Maryam binti Imran dan Sayyidah Asiah binti Muhazzim isteri Firaun. melakukan teknik lakaran ataupun lukisan bagi memberikan kefahaman kepada sahabat r.th. Sayyidah Fatimah binti Muhammad.

a.w. membentuk keyakinan diri dan mengajar sifat toleransi (Basri bin Ibrahim 2009).w. Nabi bersabda lagi: Aku tidak pernah melihat kaum wanita yang kurang akal dan agamanya yang mampu menewaskan golongan lelaki yang bijak di kalangan kamu. Selain daripada aktiviti perbincangan dan perdebatan.? Jawab Baginda s. aktiviti sebegini mampu membina kreativiti murid.? Sabda Baginda s.a. Ini seperti yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud (1980. Justeru GPI digalakkan melakukan aktiviti perbincangan dan perdebatan dalam sesetengah silibus PI seperti akhlak. Aktiviti perbincangan dan perdebatan memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka. syariah dan sirah. hadis 109 ) bahwa Sayyina Uthman bin Affan r.a.: kalian banyak melaknat dan mengingkari suami.a.a.a.w.aw.a. jelas Baginda s.w. Rasulullah s. Hal ini seperti yang digambarkan dalam dialog Nabi s. hadis 298) yang bermaksud: Wahai wanita! Hendaklah kalian bersedekah.Selain daripada aktiviti melukis. Mereka bertanya lagi: apakah kurang agama dan akal kami wahai Rasulullah s. telah 10 .t. dalam menyampaikan pengajaran iailah aktiviti demonstrasi. bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas terhadap sesuatu perkara. Di samping mengasah ketajaman berfikir. no.w.w. aktiviti lain yang dilakukan Rasulullah s.w. Para wanita bertanya: Mengapakah wahai Rasulullah s. seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1987.a. bersama para wanita. no.a. juga mengadakan aktiviti perbincangan dan perdebatan dengan para sahabat r.: bukankah penyaksian perempuan itu cuma menyamai setengah penyaksian seorang lelaki? Mereka menjawab: benar! Itulah bukti kurangnya akal mereka. kerana Aku telah diperlihatkan oleh Allah s.w. bahawa golongan wanita adalah teramai di neraka.

daunnya tidak gugur dan tidak bertaburan dan ia mengeluarkan buah sepanjang musim dengan izin Allah s.a. hadis 1735) bahawa Rasulluh s.w.w. sosial dan jasmani di samping mengukuhkan kemahirankemahiran lain yang baru dipelajari (Abdul al-Jabbar & al-NabÉbah 1988. telah memberikan satu teka teki kepada para sahabat dan meminta para sahabat berfikir akan jawapannya.a. Rasulullah s. yang lain dan memberitahu bahawa begitulah cara Rasulullah s. 11 . model simbolik (arahan guru secara bertulis atau lisan serta gambar) dan model persepsi (tayangan video. silang kata dan lain-lain. no.w. Rasulullah s. Aktiviti ini sesuai digunakan bagi kurikulum ibadah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. Hadis tersebut yang bermaksud: Bagitahu daku apakah pokok yang bewarna hijau dan mempunyai keberkatan seperti seorang muslim. juga kadangkala melakukan aktiviti permainan yang diselitkan pengajaran di dalamnya.a. berwuduk. Aktiviti pembelajaran melalui permainan memberi peluang kepada murid mengembangkan potensi intelek.menunjukkan cara berwuduk kepada para sahabat r. bermain teka teki dengan para sahabat bagi menyampaikan maksud pengajaran yang tersirat. Sebagai contoh hadis yang diriwayatkan al-Bukhari (1987.w. rohani. Mohd Azam Mahat 2009).w. cantum perkataan. Antara bentuk permainan pembelajaran yang boleh dilakukan GPI ialah kotak beracun. 2007).t. Jabir & al-Dib 1971. al-ÑIsÉwÊ 2003. emosi. Selain daripada aktiviti yang telah dinyatakan. Menurut Mohd Azam Mahat (2009) aktiviti ini boleh dilakukan samada menggunakan model hidup (guru atau rakan murid).a. bahan maujud bahan alam). teka-teka.a.

12 . Fakulti Pendidikan. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada murid meneroka dan mengambil pengajaran daripadanya. (Ab. berkaitan kemahiran pedagogi Baginda s.w.w.a.a. (2004). GPPI juga boleh mempelbagaikan aktiviti pengajaran dengan menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersesuaian dengan isi kandungan pengajaran. beberapa perkara semasa pengembaraan Baginda s. 2004).a. Laporan Penyelidikan.w. & Khadijah Abdul Razak. Pengajaran terbesar dalam peristiwa tersebut ialah tanggungjawab menunaikan solat lima waktu sehari semalam dan kepentingan menjaga kemuliaan masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam (Abdul Halim Mahmud 1977).a. Rujukan Ab. Allah s.a.w. Shahrin Awaluddin. Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam ke atas Diri Pelajar. telah mengajar Rasulullah s. Zamri Abdul Rahim.Selain itu. Halim Tamuri.w. Justeru. Rasulullah s. Universiti Kebangsaan Malaysia.w. Kamisah Osman. Halim Tamuri et al. Penutup Demikianlah paparan hadis-hadis Nabi s.a. menguatkan lagi ingatan dan menambahkan keyakinan Nabi s. Adnan Yusopp.t. dalam pengajaran mereka.a.a.w. Bangi.w. GPI bolehlah memanfaatkan pedagogi yang diaplikasikan Rasulullah s. juga telah menerima kewajipan menunaikan solat lima waktu sehari semalam melalui aktivi pengembaraan israk dan mikraj. Gambaran-gambaran yang dipaparkan kepada Nabi Muhammad s.w. Justeru. sekaligus beramal dengan amalan-amalan sunnah dalam pengajaran. dalam pengajaran.

w. (1983). Samir Muazzab Amin. Aidi Ali. Selangor: Fajar Bakti Sdn. (2009). & Azali Mohamed. Ke-3 ed. dalam Berinteraksi dengan Masyarakat. (t. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. (1971). (2003). (2009). & Mohd Ala-Uddin Othman. & al-Dib Amirah Abdul Aziz. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. Selangor: al-Hidayah Publisher. al-Jami' al-Sahih. Sulaiman Ngah Razali. al-Syas Hidayatullah Ahmad. (2001). Esah Sulaiman. Salleh. GEMA Online™ Journal of Language Studies. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Beirut: Dar al-Fikir. (2001) Nabi Muhammad Guru dan Pendidik Terunggul. & Mohd Zohir Ahmad. Nordin Jusoh. Kaherah: Muassasah Qurtuba. Zulhamri Abdullah. (1984). Pendidikan Islam: Falsafah. Abdul al-Jabbar. al-Musnad. (2009). & Mohd Nur Adzam Rasdi. Kaherah: Dar al-Salam. Beirut: Dar Ihya' Turas al-Arabi. Bhd. Sahih al-Bukhari (Ed. Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian Kes. Riyard: Maktabah al-Safahat al-Zahbiyyah.). (1987). (1980). Jabir Isa Abdull. Perak: Multimedia Sdn. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Abd al-Fattah Abu Ghuddah. Mak Moon Song. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah. Bhd. Pengajar atau Pendakwah. al-Usus al-Nafsiyah li al-La`b Marhalah al-Tufulah.a. Basri Ibrahim. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bangi. California: Carol Publishing Group. Kamarul Azmi Jasmi. Beirut: Dar Ibn Kathir. Hart M. (1977). Mohammad Shatar Sabran. Muhammad Mahmud. (2010). Bhd. (2010). Muslim Ibn al-Hujjaj Abu al-husayn al-Kushayri al-Naisaburi. Shahabuddin Hashim. Pedagogi: Kaedah Am Mengajar. Kaherah: Dar al-Salam. Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohammad Shatar Sabran. (1996). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. The 100: a Ranking of the most Influential Person in History. Zawawi Ismail. Shahzool Hazimin Azizzam. Samir Muhazzib. (2005). Abdul Halim Mahmud. Wan Mahzom Ahmad Shah. Al-Bukhari Muhammad bin Ismail Abu Abdullah. Ahmad Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal. Kemahiran Insaniah Pelajar. Pelajar Holistik. Bhd. Mohd Azam Mahat. al-Sunan. Isra' wa al-Mi'raj. (1988). Pengenalan Pedagogi. Paramasivam. Psikologiah al-La'b wa al-Tarwih. (1990). al-Isawi Abdul Fatah. (2009). Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. & al-Nababah Muhammad Saleh. (2006). Psikologi Rasulullah s. Abu Daud Sulayman bin al-Ash`at.th). Bhd. 67-82. Rohizan Yaakob. Kuwait: Zat al-Salasul. Ahmad Mohd. Atan Long. Said Hawa. Kuala Lumpur: ZH Publishing House. Hebatnya Cara Rasululluh Mendidik. (2010). al-Azhar: Majma' Buhus Islamiyyah. Kuala Lumpur: Wavelenght Publishing. (2011). Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. 11(2). H. al-Rasul. Mausu`at al-Tarbiyyat al-Amaliyyah li al-Tifl. Seremban: al-Azhar Media Ent. 13 . (2003). Falsafah fi Tarbiyyat al-tifl wa Hill al-Mushkilah. Ab Halim Tamuri. Guru Pendidik. eknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA. Sejarah dan Kaeah P&P. Razali Saaran. (2004).

14 .