Kaedah Fiqh dalam Pasaran Modal Islam Malaysia KAEDAH FIQH DALAM PEMBANGUNAN PASARAN MODAL ISLAM DI MALAYSIA

Oleh: Ustaz Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh B.A Syariah (Fiqh dan Usul) (U.M), M.A Syariah (Muamalat) (U.K.M) Dip Pendidikan (Pend. Islam & B.Arab) (I.P.G.I.K) 1.1 Pengertian Bahasa Kaedah fiqh menurut pengertian bahasa ia mengandungi dua kalimah; kalimah pertama berasal daripada bahasa Arab iaitu qa’idah yang membawa maksud asas sesuatu dan asalnya. Manakala kalimah kedua ialah perkataan fiqhiyyah berasal daripada perkataan fiqh yang mana ia membawa maksud al-fahmu iaitu suatu kefahaman (Md. Saleh bin Hj. Ahmad 1998: hlm. 1). 1.2 Pengertian Istilah Para ulama’ mentakrifkan kaedah fiqh dengan pelbagai takrif namun para penyelidik mendapati bahawa ia mengandungi maksud yang sama namun diungkapkan dalam pelbagai susunan bahasa.Antara takrif yang kerap diutarakan dalam memahami kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang berbentuk hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya (Muhammad al-Ruki 1998: hlm. 106). Selain daripada itu, kaedah fiqh juga ditakrifkan sebagai asas-asas atau prinsip-prinsip fiqh yang bersifat menyeluruh dalam bentuk nas-nas dan teks-teks perundangan yang ringkas yang merangkumi hukum-hukum yang disyariatkan secara umum mengenai atau tentang perkara-perkara yang tergolong di dalam lingkungannya.

Sebahagian ulama’ pula mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang mana ia menjadi asas kepada kaedah-kaedah yang sekaligus dapat disesuaikan dengan banyak juziyyah atau cabang-cabang perbahasan dalam ilmu fiqh. Sebagai kesimpulannya, kaedah fiqh ialah suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama’ untuk menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hukum (Muhammad al-Ruki 1998: hlm. 107). Dalam istilah undang-undang, kaedah fiqh ini dikenali sebagai principal. Keistimewaan kaedah fiqh ini ialah teksnya dibentuk dalam beberapa kalimah yang ringkas dan padat

kebanyakan perbahasannya ialah berkaitan dengan kaedah-kaedah hukum yang timbul daripada lafaz-lafaz seperti al-Amr yang menunjuk kepada wajib dan al-nahyu yang menunjuk ke atas larangan. tetapi maknanya luas dan mencakupi cabang-cabang masalah yang terperinci. Usul itu ada dua bahagian. yang menerangkan alasan-alasan konkrit. Atas dasar itulah. lafaz-lafaz khusus dan umum dan yang berkaitan dengan demikian itu seperti nasakh dan mansukh serta tarjih.dalam bentuk lafaz yang umum. ini kerana kaedah fiqh ini walaubagaimana bernilai dan diambil pakai dalam perlaksanaan hukum sekalipun. Justeru itu. yang menentukan arah perundangan dan menyediakan cara-cara mengukur dan membandingkannya. seterusnya kaedah fiqh ini memantapkan hukum-hukum cabang yang amali dengan beberapa kaedah yang menjelaskan kesatuan al-manat (illah / sebab hukum) pada setiap kelompok hukum furu’ ini. Walaubagaimanapun. sama ada ia dibolehkan atau tidak (alDariy 1997: hlm. pertama Usul al-Fiqh. 1. kaedah fiqh tidak merangkumi semua masalah. para fuqaha’ tidak mengharuskan para hakim ketika membuat penghakiman bergantung atau berpegang sepenuhnya kepada kaedahkaedah yang dinyatakan tanpa merujuk kepada nas lain yang bersifat khas atau ‘am yang mencakupi kes itu.w mengandungi usul dan furu’.a. Imam al-Qarafi menyatakan dengan tegas dalam pendahuluan kitabnya.3 Kedudukan Kaedah Fiqh dalam Perundangan Islam Sungguhpun kaedah fiqh ini sifatnya tidak menyeluruh. para ulama’ mentakrifkan kaedah fiqh ini sebagai kaedah yang bersifat majoriti atau aglabiyyah. ia tetap mempunyai masalah-masalah yang dikecualikan. Kalau tidak wujud kaedah ini. kerana dengan ini dia dapat memahami . Seorang faqih dapat diukur kemampuannya melalui sejauh mana penguasaannya ke atas qawaid fiqhiyyah ini. kaedah fiqh ini mestilah disokong dengan nasnas lain bagi menentukan sesuatu perkara itu. maka hukum-hukum fiqh akan merupakan hukum-hukum furu’ yang terpisah-pisah dan kadang-kadang pada zahirnya boleh menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar yang dipegang dalam pemikiran. al-Furuq: “Sesungguhnya syariat Muhammad s. Sementara kedua pula ialah qawaid al-fiqhiyyah yang mempunyai hukum-hukum furu’ yang banyak. Dalam erti kata lain. Oleh kerana itu. dalam situasi tertentu kaedah fiqh ini tidak sesuai dipakai.81). namun ia tidak bererti akan mengurangkan nilai ilmiyahnya. Kaedah-kaedah ini sangat penting dalam pengajian ilmu fiqh dan besar manfaatnya. Ini kerana terdapat di dalam kaedah-kaedah itu suatu gambaran-gambaran yang menarik berkaitan prinsip-prinsip fiqh yang umum yang membuka landasan-landasan prinsip itu daripada segi teorinya. Kaedah ini juga mengumpulkan hukum-hukum cabang di bawah satu kaedah walaupun berlainan tajuk dan babnya.

14). ( ‫ )الضرر يزال‬yang bermaksud: kemudaratan mesti dihapuskan. (‫ )الومور بمقاصدها‬yang bermaksud: segala urusan berdasarkan niat. Saleh bin Hj. 5.5 Kaedah Asas dan Pecahan dalam Kaedah Fiqh Terdapat lima kaedah asas yang terdapat dalam penulisan-penulisan fuqaha’ silam. Membantu untuk mengetahui hukum-hukum terperinci serta menjelaskan berkaitan fiqh Islam. 3. 1. (‫ )وما ل يشترط التعرض له جملة وتفصيل اذا عينه وأخطأ لم يضر‬iaitu sesuatu amalan yang tidak disyaratkan ta’arrud baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci.metodologi atau cara mengeluarkan fatwa. Disebabkan keterbatasan ruang perbahasan. 4. Kaedah fiqh merupakan suatu ilmu yang penting sebagai panduan dan dasar untuk mengeluarkan hukum-hukum pecahan atau cabang. (‫ )عدم اشتراط النية في عبادة ل تكون عادة او ل تتلبس‬iaitu tidak disyaratkan niat dalam mana-mana ibadah yang ia bukan jenis adat atau ia tidak akan ada kesamaran dengan yang lain. ( ‫ )المشقة تجلب التيسير‬yang bermaksud: kesukaran memberi ruang kepada kemudahan. Ilmu kaedah fiqh menjadikan seseorang itu lebih faham terhadap penghayatan fiqh dan mampu menghbungkan dan mengeluarkan hukum-hukum dan mengetahui hukum daripada masalah-masalah yang tidak termaktub serta hukum masalah yang sentiasa wujud sepanjang masa. Saleh bin Hj. 107). penulisan ini hanya menyenaraikan lima kaedah asas dan beberapa kaedah pecahan sahaja. ( ‫ )اليقين ل يزال بالشك‬yang bermaksud: keyakinan tidak akan dihilangkan dengan keraguan. 3. 5. ( ‫ )العادة ومحكمة‬yang bermaksud: adat digunapakai dalam memutuskan hukum (dalam kes yang tiada hukum asal) (Muhammad al-Ruki 1998: hlm. Para fuqaha’ tidak perlu menghafal masalah-masalah fiqh yang banyak jumlahnya kerana masalah juz’iyyah tercangkup dalam kaedah-kaedah kulliyyah (Md.4 Kepentingan Kaedah Fiqh Para fuqaha’ menyenaraikan beberapa kaedah fiqh antaranya ialah: 1. 2. Pecahan dan cabang masalah fiqh akan dapat dikuasai dan diketahui melalui kaedah fiqh sahaja. 2. Lima kaedah asas itu ialah: 1. Antara kaedah pecahan daripada kaedah asas yang pertama iaitu ( ‫ )الومور بمقاصدها‬ialah: 1. pasti akan timbul pertentangan antara furu’ dan memerlukan dia menghafaz masalah-masalah furu’ secara terperinci yang terlalu banyak” (Md. 1. Daripada setiap lima kaedah asas ini dipecahkan menjadi kaedah kecil yang banyak. 10). 2. Ahmad 1998: hlm. apabila . Sesiapa yang hanya merujuk kepada furu’ juziyyah sahaja tanpa berpandu kepada kaedah fiqh. 4. Ahmad 1998: hlm.

5. (‫ )الصل العدم‬iaitu asal segala sesuatu ialah tiada. 5. (‫ )الحقيقة تترك بدللة العادة‬iaitu hakikat ditinggalkan dengan adanya petunjuk adat. 3. (‫ )الصل في الصفات أو الومور العارضة العدم‬iaitu asal pada sifat atau perkara baru mendatang ialah tiada. (‫ )الومر إذا ضاق إتسع‬iaitu sesuatu perkara jika menjadi sempit (susah). 37). (‫ )العلم بالرضا ينفي الحرومة‬iaitu Pengetahuan dengan keredaan menafikan pengharaman. (‫ )وما جاز لعذربطل بزواله‬iaitu apa yang diharuskan kepada orang yang uzur terbatal dengan hilang keuzuran tersebut. Kaedah pecahan bagi kaedah asas ( ‫ )اليقين ل يزال بالشك‬ialah: 1. 3.dita’yinkan itu. 3. (‫ )الضرر يدفع بقدر الومكان‬iaitu kemudaratan dibendung semungkin yang dapat. (‫ )يختار أهون الشرين‬iaitu dipilih yang paling ringan antara dua keburukan. (‫ )الضطرار ليبطل حق الغير‬iaitu keadaan terdesak tidak membatalkan hak orang lain Kaedah pecahan bagi kaedah asas ( ‫ )الضرر يزال‬ialah: 1. 4. 4. . 4. (‫ )الصل براءة الذومة‬iaitu asal seseorang adalah bebas daripada tanggungjawab. (‫ )كل وما شهد به العاده قضى به‬iaitu apa yang telah diktiraf adat (sebagai harus atau haram) dihukum dengannya. 2. 4. 5. (‫ )الشتغال بغير ومقصود إعراض عن المقصود‬iaitu melakukan apa yang tidak dimaksudkan bererti berpaling daripada yang dimaksudkan. (‫ )الضرورات تبيح المحظورات‬iaitu kemudaratan membolehkan tegahan. (‫ )درء المفاسد ومقدم علي جلب المصالح‬iaitu membendung kerosakan lebih utama daripada menarik kebaikan 5. (‫ )الضرورات تقدر بقدرها‬iaitu perkara-perkara darurat ditentukan mengikut kadarnya. Latif Muda 2000: hlm. Kaedah pecahan bagi kaedah asas ( ‫ )العادة ومحكمة‬ialah: 1. (‫ ) الصل بقاء وما كان على وماكان‬iaitu asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya. 2. (‫ )انما تعتبر العادة إذا إطردت او غلبت‬iaitu sesungguhnya adat yang diterima pakai ialah apabila ia berlaku berterusan atau secara kebiasaan. ( ‫ )القديم يترك على قدومه‬iaitu apa yang ada semenjak dulu dibiarkan atas kedahuluannya. namun tidak mengumumkan lafaz umum. (‫ )الضرر الشد يزال بالضرر الخف‬iaitu kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan yang lebih ringan. maka ia tidak memudaratkan (tidak batal). hukumnya menjadi luas. 4. 2. (‫ )النية في اليمين تخصص اللفظ العام ول تعمم الخاص‬iaitu niat berkaitan dengan sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum. (‫ )الضرر ليزال بالضرر‬iaitu kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan. 2. 3. (‫ )ومقاصد اللفظ علي نية اللفظ‬iaitu sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang mengucapkannya (Ab. 3. Kaedah pecahan bagi kaedah asas ( ‫ )المشقة تجلب التيسير‬ialah: 1.

1 Penggunaan Prinsip al-Mashaqqah Tajlib al-Taysir. dalam mesyuarat kedua pada 21 Ogos 1996. ketika membincangkan isu ukur rujuk elemen haram dalam syarikat bercampur. al-Amr Idha Daqa Ittasa ʿa dan Ma ʿAmmat Baliyyatuh Khaffat Qadiyyatuh dalam persoalan ʿUmum Balwa Keputusan MPS SS. kajian ini mendapati bahawa sangat sukar untuk mendapat keputusan-keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah industri perbankan lain kerana kebiasaannya keputusan-keputusan ini adalah sulit dan tidak didedahkan kepada umum. Latif Muda 2000: hlm. 37-44).6. Tujuan kemaafan tersebut adalah untuk memberi kemudahan kepada mereka dalam menjalankan aktiviti harian. Penggunaan ini keputusan MPS SS berdasarkan kepada dua sebab. Kedua. Antara kaedah fikah yang menyentuh situasi ‘umum balwa adalah seperti berikut: ‫المشقة تجلب التيسير‬ Maksudnya: Kesusahan mengharuskan kemudahan ‫وما عمت بليته خفت قضيته‬ . 1. pertama.6 Aplikasi Semasa Kaedah Fiqh dalam Mu’amalat Kajian ini telah menggunakan keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SS) sebagai rujukan utama dalam mendedahkan penggunaan kaedah fiqh yang telah digunapakai bagi mengharuskan instrumen-instrumen Pasaran Modal Islam di Malaysia. Kemaafan Syarak Dalam Situasi Umum Balwa Terdapat beberapa kaedah fikah yang memberi kemaafan kepada orang Islam bagi situasi ‘umum balwa. Berlainan dengan keputusan MPS SS yang boleh didapati dalam bentuk buku dan kertas kerja yang diedarkan untuk tujuan kefahaman orang ramai. Sekiranya kemudahan tidak diberi maka maslahat umum akan terjejas terutamanya dalam bidang ekonomi yang melibatkan penguasaan mal dan perdagangan serta pemantapan umat. sukar untuk mencari penggunaan kaedah fiqh dalam pengharusan instrumen sama ada di Malaysia atau di dunia Islam yang lain kerana kaedah fiqh ini hanya akan digunakan sebagai sumber sokongan kepada pengharusan instrumen kerana sifat kaedah fiqh ialah aglabiyyah atau kaedah yang hanya terpakai secara majoriti dan bukan keseluruhan.5. 1. (‫ )الممتنع عادة كالممتنع حقيقة‬iaitu perkara yang dilarang adat hukumnya diterima pakai (Ab. telah memutuskan bahawa situasi ‘umum balwa perlu diambil kira dalam menentukan status syarikat bercampur.

Kaedah-kaedah ini pada dasarnya mengandungi maksud yang hampir sama dan menyokong antara satu sama lain. Dalam mengharuskan syarikat bercampur dimasukkan dalam senarai Sekuriti Yang Diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Berasaskan kepada situasi sedia ada. Dalam kes syarikat bercampur yang aktiviti utamanya halal. bagi memastikan perkembangan Pasaran Modal Islam Malaysia setanding dengan Pasaran Modal Konvensional yang sedia ada. telah memasukkan perkara ‘umum balwa dalam perkara yang membolehkan prinsip “taisir” iaitu keringanan diaplikasikan. 109 ). MPS SS memutuskan beberapa kriteria dan ukur rujuk sebelum memasukkannya dalam senarai Lulus Syariah. al-Amr Idha Daqa Ittasaʿa dan Ma ʿAmmat Baliyyatuh Khaffat Qadiyyatuh . Justeru. ghabn fahish dan beberapa lagi unsur yang diharamkan oleh Syariah wujud dan tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Kaedah Fiqh yang digunakan ialah al-Mashaqqah Tajlib al-Taysir. Analisis Keputusan MPS SS Syarikat bercampur didefinisikan oleh MPS SS sebagai sebuah syarikat yang aktiviti utamanya terdiri daripada aktiviti yang dibenarkan Syariah. kaedah-kaedah fiqh tersebut digunakan sebagai pengukuh kepada prinsip . Syarak memberikan keringanan supaya tidak menimbulkan kesusahan kepada umat Islam (MPS SS 2002: hlm. MPS SS menyifatkannya perkara tersebut sebagai ʿumum balwa iaitu situasi yang tidak baik yang meluas yang terkena pada kebanyakan orang yang sukar untuk menghindarkan diri. Ini bermakna jika sesuatu perkara dikategorikan sebagai ‘umum balwa. Sudah semestinya unsur-unsur riba.Maksudnya: Sesuatu perkara yang dilarang berlaku secara meluas (dan sukar dielakkan) Syarak mengizinkan keringanan kepada yang terkena. maslahah dan berasaskan kepada pandangan fuqaha’ silam dan semasa. gharar. Perlu disedari bahawa Pasaran Modal dan Kewangan Islam yang ada di Malaysia pada hari ini dibangunkan dalam kerangka Sistem Konvensional yang berasaskan riba yang telah menapak kukuh lebih daripada 500 tahun lalu. ‫الومر إذا ضاق اتسع‬ Maksudnya: Sesuatu perkara apabila ada kesukaran maka Syarak mengizinkan kelapangan sebagai jalan keluar. namun terdapat juga aktiviti sampingan yang haram tetapi nisbahnya kecil. Imam al-Suyuti dalam menghuraikan kaedah fikah ( ‫)المشقة تجلب التيسير‬. MPS SS memutuskan beberapa kaedah fiqh sebagai sumber sokongan kepada beberapa penghujahan lain seperti ʿurf.

Dengan penguasaan ekonomi. Hal ini perlu dielakkan supaya urusniaga yang berjalan memenuhi prinsip istiqrar ta’amul iaitu kelancaran perjalanan pasaran. kemudaratan yang ditanggung oleh pemiutang mesti dihilangkan dengan menyediakan pendekatan yang sesuai bagi menanggung kemudaratan yang dialami oleh pemiutang dan menggalakkan penghutang untuk menjelaskan bayaran mengikut jadual yang ditetapkan (MPS SS 2002: hlm.6. Hujah Mengharuskan Ta’widh Kaedah Perundangan Islam Terdapat kaedah perundangan Islam yang menyentuh hal ini iaitu: ‫ل ضرر ول ضرار‬ Maksudnya: Tiada mudharat dan memudaratkan (dalam Islam) Berdasarkan Kaedah ini. Tindakan MPS SS membolehkan kemasukan syarikat bercampur dalam senarai sekuriti Lulus Syariah adalah satu tindakan yang baik untuk terus mengembangkan lagi Pasaran Modal Islam dan seterusnya dapat meningkatkan pegangan ekuiti di kalangan bumiputera Islam dan menjana pertumbuhan ekonomi di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Ia disokong oleh kaedah perundangan Islam yang lain iaitu: ‫الضرر يزال‬ Maksudnya: Sebarang kemudaratan hendaklah dihilangkan. Analisis Keputusan MPS SS Dua kaedah fiqh iaitu La Darar wa La Dirar dan al-Darar Yuzal digunakan sebagai .ʿumum balwa yang membuktikan bahawa Syari ʿat Islam adalah Syariʿat yang bersifat anjal dan mudah yang tidak menyusahkan umatnya dalam kehidupan seharian. umat Islam akan mampu meningkatkan pengamalan Islam di Malaysia (Muhammad Yusri bin Yusof 2006: hlm. Keputusan MPS SS dalam mesyuarat ke 20 pada 14 Julai 1999. Dalam konteks perbincangan ini. 1. tindakan penghutang melewatkan bayaran adalah sesuatu yang memudaratkan pemiutang. 111 ).2 Penggunaan Prinsip La Darar wa La Dirar dan al-Darar Yuzal sebagai Sumber Sokongan Pengharusan Taʿwid. 133 ). telah bersetuju untuk mengharuskan pengenaan bayaran ta’widh (ganti rugi) atas kelewatan membayar balik sesuatu pembiayaan Islam.

6. Selain faktor masa. Dalam konteks taʿwid. Ini kerana Islam merupakan agama yang sesuai untuk memenuhi keperluan manusia pada setiap masa dan tempat.Azman Sebagai Sumber Sokongan Dalam Rasional Mengharuskan Kemasukan Syarikat Bercampur Dalam Senarai Sekuriti Yang Diluluskan Syariah. Dalam perniagaan dan pelaburan. Berdasarkan sejarah perundangan Islam. 1. Ini kerana setiap hukum yang disyariatkan mempunyai tujuannya yang tersendiri bagi memenuhi tuntutan keadilan. Dengan sebab itu perundangan Islam telah menyatakan satu kaedah fikah: . Bagi memenuhi tuntutan tersebut maka berlakulah perubahan hukum. Kaedah kedua pula menyatakan bahawa kemudaratan mestilah dihilangkan selaras dengan matlamat Syariah yang mementingkan kemaslahatan hambanya. Perubahan Hukum kerana Perubahan Tabie Manusia Perubahan suasana dan tempat memberi kesan besar kepada ketetapan hukum sepanjang masa. pengenaan taʿwid ini dapat menggalakkan pelunasan hutang mengikut jadual yang ditetapkan dan seterusnya dapat menjamin kelancaran Pasaran Modal Islam di Malaysia dan menggalakkan pengamal industri untuk terus memberikan pembiayaan berteraskan prinsip-prinsip Syariah kerana yakin dan optimis dengan pengawalseliaan yang baik Pasaran Modal Islam yang memastikan bahawa golongan pemiutang terhindar daripada kesusahan yang terhasil daripada penyertaan mereka dalam Pasaran Modal Islam (Muhammad Yusri bin Yusof 2006: hlm. tempat dan suasana. tempat dan suasana. Kaedah pertama menerangkan Islam tidak membenarkan umatnya melakukan perkara yang boleh membawa mudarat dan memudaratkan orang lain. iaitu sejenis denda yang telah dipersetujui bersama oleh pihak yang melakukan akad sebagai ganti rugi yang layak dituntut oleh pemiutang akibat kegagalan atau kelewatan penghutang membayar balik hutangnya. maslahat dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan. Pihak pemiutang akan kehilangan peluang menggunakan dana yang dipinjam untuk melakukan pelaburan dan perniagaan lain.3 Penggunaan Prinsip La Yunkar Taghayyur Al-Ahkam Bi Taghayyur Al. Sesebuah syarikat mungkin akan kehilangan peluang pelaburan atau perniagaan akibat kelewatan melunaskan hutangnya.sumber ketiga selepas al-Sunnah dan al-Qiyas dalam pengharusan ta ʿwid. perubahan hukum juga berkaitan dengan perubahan akhlak umat. terdapat banyak hukum yang telah berubah kerana berlaku perubahan masa. 136 ). aspek ketepatan masa cukup penting. Selain itu. Justeru pengenaan denda seperti ini dapat menghilangkan kemudaratan yang ditanggung oleh pemiutang. Kedua-dua kaedah ini memfokuskan kepada prinsip darar. darar atau kemudaratan pastinya wujud dengan kegagalan penghutang membayar balik hutang tepat pada masa perjanjian.

dengan mengemukakan kaedah ini dan beberapa sumber lagi. ini akan menjadikan Syariah itu seolah-olah statik dan jumud kerana tidak dapat menangani keperluan semasa. hukum juga boleh bertukar dengan berlakunya perubahan sistem ekonomi atau dikenali sebagai asalib iqtisadiyyah kerana jika hukum tidak berubah selaras dengan keperluan semasa maka ia dianggap tidak praktikal lagi. penggunaan kaedah ini adalah sebagai lanjutan daripada perbahasan fuqaha’ silam berkaitan dengan syarikat mufawadah. Analisis Keputusan MPS SS Pada hakikatnya. Dalam menyokong pendapat mengharuskan syarikat jenis ini. perubahan itu terhenti setakat hukum yang bersifat ijtihadi. MPS SS mengemukakan kaedah La Yunkar Taghayyur al-Ahkam bi Taghayyur al-Azman sebagai sumber sokongan di samping sumber-sumber lain seperti ʿumum balwa. pendapat-pendapat fuqaha’ dan prinsip al-daruriyyah al-khamsah. disebabkan perubahan masa Sungguhpun begitu. 138 ). MPS SS mengharuskan syarikat bercampur dalam senarai sekuriti Lulus Syariah (Muhammad Yusri bin Yusof 2006: hlm. Justeru. sedangkan menurut Imam alSyatibi tiada yang sia-sia dalam Syariah (MPS SS 2002: hlm. Sesuatu hukum itu boleh berubah akibat berkurangnya sifat warak dan lemahnya pematuhan terhadap suruhan agama secara menyeluruh pada sesuatu tempat yang dikenali sebagai fasaduz zaman.6.‫لينكر تغير الحكام بتغير الزومان‬ Maksudnya: Tidak dinafikan perubahan hukum. Dalam keadaan ekonomi yang ada sekarang pendapat minoriti fuqaha’ yang tidak mengharuskan syarikat bercampur jika digunapakai akan menyebabkan pertumbuhan Pasaran Modal Islam terhalang. Kaedah ini dikemukakan bagi membuktikan bahawa hukum ijtihadi boleh berubah dengan berlalunya zaman. Selain itu. Implikasinya. Ditambah pula dengan hukum tersebut terbina atas asas suasana dan realiti silam. MPS SS dalam kes syarikat bercampur dilihat menyokong pendapat fuqaha’ yang mengharuskan syarikat mufawadah.4 Penggunaan Prinsip Al-Haram La Yuharrim Al-Halal Dalam Jawapan Terhadap Pandangan Yang Mempertikaikan Keharusan Syarikat Bercampur Terdapat pihak yang mempertikaikan kemasukan syarikat bercampur dalam senarai Lulus Syariah sedangkan ia bertentangan dengan kaedah ( ‫) إذا اجتمع الحلل و الحرام غلب الحرام‬ . 1. 116 ).

Menurut al-Hafiz Abu al-Fadl al-‘Iraqi. Namun perlu difahami bahawa terdapat hujah-hujah yang kuat untuk menolak hujah tersebut seperti berikut: i. ii. Hadis yang menjadi sandaran kaedah fiqh al-Haram La Yuharrim al-Halal ialah: . Namun ulama’ telah membahaskan status hadith ini. Manakala al-Subki menukilkan daripada alBayhaqi. Justeru itu. Wujudnya kaedah berlawanan Terdapat kaedah berlawanan bagi kaedah tersebut yang disebutkan dalam al-Asybah pada akhir perbincangan kaedah ‫إذا اجتمع الحلل والحرام غلب الحرام‬. MPS SS dalam soal ini lebih selesa menggunakan kaedah al-Haram La Yuharrim al-Halal. Kelemahan kaedah ( ‫) إذا اجتمع الحلل و غلب الحرام‬ Kaedah yang disebutkan di atas juga dipertikaikan kesahihannya. Al-Suyuti menyebut bahawa kaedah tersebut adalah berdasarkan satu hadis Rasulullah s. Tidak dinafikan bahawa kaedah ini sesuai bagi kes-kes tertentu seperti percampuran sembelihan orang Islam dan Majusi. hadith ini tidak diketahui asalnya. namun ia tidak sesuai untuk kes syarikat bercampur.yang bermaksud sekiranya bercampur sesuatu yang halal dan haram. Kaedah Idha Ijtamaʿa al-Halal wa al-Haram Ghulliba al-Haram menurut MPS SS bersandarkan kepada hadis yang tidak jelas kesahihannya. Mereka beranggapan bahawa syarikat ini tidak sepatutnya dimasukkan sama sekali di dalam senarai sekuriti yang diluluskan Syariah. Kaedah tersebut adalah ‫ الحرام ل يحرم الحلل‬yang bermaksud : “ perkara haram tidak mengharamkan yang halal”. Analisis Keputusan MPS SS MPS SS dalam mengemukakan hujah kepada pihak yang mengemukakan kaedah fiqh Idha Ijtamaʿa al-Halal wa al-Haram Ghulliba al-Haram sebagai mempertikaikan tindakan MPS SS mengharuskan syarikat bercampur telah mengemukakan kaedah fiqh yang lain yang disifatkan oleh MPS SS bersandarkan hadis iaitu al-Haram La Yuharrim alHalal.a. Kaedah ini terbentuk berdasarkan hadis warid yang terdapat dalam Sunan Ibn Majah dan al-Dar al-Qutni yang meriwayatkan daripada Ibn Majah (MPS SS 2002: hlm. bahawa hadith tersebut diriwayatkan oleh Jabir al-Ja’fiy seorang yang bertaraf lemah dan telah meriwayatkan daripada al-Sya’biy daripada Ibn Mas ʿud dalam bentuk munqati’ (hadis yang terputus sanadnya). kaedah ini berasaskan hadis warid yang terdapat dalam Sunan Ibn Majah dan Dar al-Qutni yang diriwayatkan daripada Ibn ʿUmar. maka ia dihukumkan sebagai haram.w: ‫وما اجتمع الحلل و الحرام إل غلب الحرام الحلل‬ Maksudnya: Apabila bercampur perkara halal dan haram maka perkara tersebut dihukumkan sebagai haram. Ini kerana menurut MPS SS. 122 ).

1. masih ada ruang yang luas untuk MPS SS sebagai badan yang bertanggungjawab memastikan kelancaran Pasaran Modal Islam di Malaysia untuk menggunakan sumber-sumber yang lebih berautoriti daripada kaedah fiqh dalam mengharuskan syarikat bercampur. walaupun pada hakikatnya kedua-dua kaedah yang bersandarkan kepada hadith ini kelihatan bertentangan tetapi mengikut Ibn Subki kedua-dua kaedah tersebut tidak bertentangan kerana apa yang dimaksudkan dengan kaedah fiqh Idha Ijtamaʿa al-Halal wa al-Haram Ghulliba al-Haram. MPS SS telah memutuskan untuk mengharuskan syarikat bercampur bersandarkan kepada sumbersumber lain seperti maslahah. ia dijual beli dan bayaran ganti rugi akan dikenakan kepada sesiapa yang merosakkannya (MPS SS 2002: hlm. Prinsip ini menguatkan lagi pemberian status waran panggilan sebagai mal menurut perspektif perundangan Islam sebagaimana yang digariskan oleh Imam al-Suyuti: ‫ل يقع اسم المال إل على وما له قيمة يباع بها ويلزم ومتلفه‬ Maksudnya: Sesuatu itu dikategorikan sebagai mal jika ia mempunyai nilai. al-Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa dia termasuk dalam kategori salih. 142 ). sesuatu itu dapat diiktiraf sebagai mal apabila ia boleh dikuasai dan dimanfaatkan: ‫كل وما يمكن حيازته والنتفاع على وجه المعتاد‬ Mazhab Shafie turut menggariskan bentuk yang dapat diiktiraf sebagai harta bagi sesuatu perkara baru sebagai satu garis panduan umum. banyak pendapat di kalangan ulama’ hadith berkaitan dengan taraf ʿAbd. Walaupun begitu. Yaʿqub bin Shaybah menyatakannya dalam kategori thiqah sabit.6. asalib iqtisadiyyah dan hak-hak orang Islam yang diiktiraf oleh Islam (Muhammad Yusri bin Yusof 2006: hlm. ʿurf. Nafiʿ Mawla Ibn ʿUmar (thiqah sabit) dan Ibn ʿUmar (sahabah) kecuali ʿAbd.‫حدثنا يحي بن ومعلى بن ومنصور حدثنا اسحاق بن ومحمد الفروي حدثنا عبد ال بن عمر عن نافع ابن عمر أن النبى صلى ال‬ ‫عليه وسلم قال ل يحرم الحرام الحلل‬ Hadis ini jika ditinjau daripada sudut sanad diriwayatkan daripada perawi-perawi yang bertaraf thiqah iaitu Yahya bin Muʿlla bin Mansur (saduq sahib al-hadith). Ibn ʿAdi dalam kategori saduq dan ʿAli bin al-Madinah dalam kategori daʿif. Allah bin ʿUmar yang berada dalam kategori daʿif. Allah bin ʿUmar. Dengan sebab itu. bukanlah mengharamkan yang halal tetapi sebagai langkah ihtiyat. Ishaq bin Muhammad bin Ismaʿil bin ʿAbd Allah (saduq). Kesimpulannya.5 Penggunaan Prinsip La Yaqaʿ Ism Al-Mal Illa ʿAla Ma Lahu Al-Qiymah Yubaʿ Biha Wa Yulzam Mutlifuh Sebagai Sumber Sokongan Dalam Mengharuskan Waran Panggilan Prinsip Mal Menurut sebahagian besar fuqaha’. Oleh yang demikian. ʿumum balwa. 42). . Dalam hal ini.

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. 1998. Bayaran yang dilunaskan itu menunjukkan bahawa waran panggilan juga memerlukan proses jual beli untuk memilikinya.145 ). Daripada kaedah fiqh tersebut. Ini kerana prinsip harta yang digariskan oleh al-Suyuti dilihat lebih merangkumi maksud harta dan bersifat menyeluruh(Muhammad Yusri bin Yusof 2006: hlm. 2002. Rujukan Md. ternyata Waran Panggilan mempunyai ciri-ciri yang digariskan oleh alSuyuti dan juga memenuhi definisi yang digariskan oleh sebahagian besar fuqaha’ apabila ia boleh dikuasai dan dimanfaatkan. Saleh bin Hj. Keputusan Majlis Penasihat . Kesimpulannya. Pada dasarnya kaedah ini menjadi panduan bagi MPS SS untuk menetapkan sesuatu produk dan instrumen pasaran modal sama ada ia termasuk dalam kategori harta atau tidak. tindakan MPS SS menggariskan teori harta menerusi kaedah fiqh yang digariskan oleh al-Suyuti memudahkan penentuan adakah sesuatu instrumen pasaran modal termasuk dalam kategori harta atau tidak. Manakala ciri yang menunjukkan bahawa Waran Panggilan ini boleh dijual beli ialah ia mempunyai harga guna hak iaitu apabila pemilik waran tersebut ingin menggunakan hak yang terkandung dalam waran tersebut ia perlu melunaskan bayaran tertentu (yang telah ditetapkan pada masa waran tersebut diterbitkan) sebelum beliau layak untuk membeli saham pendasar syarikat yang mengeluarkan waran tersebut. Antara ciri Waran Panggilan yang membuktikan bahawa ia bernilai dan bermanfaat ialah waran ini memberi pemegangnya hak untuk membeli sebilangan saham tertentu dalam syarikat pendasar dengan harga yang dipersetujui. Ahmad. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. Pandangan fuqaha’ silam dan Prinsip haq mali selain daripada menggunakan kaedah fiqh yang berkaitan dengan teori harta yang digariskan oleh alSuyuti iaitu La Yaqaʿ Ism al-Mal Illa ʿAla Ma Lahu al-Qiymah Yubaʿ Biha wa Yulzam Mutlifuh.Analisis Keputusan MPS SS MPS SS dalam mengharuskan Waran Panggilan menggunakan beberapa sumber antaranya Qawl Sahabi. Oleh itu. Qawaid al-Fiqhiyyah. kita dapati bahawa setiap sesuatu yang mempunyai nilai yang boleh dijual beli dan dikenakan bayaran ganti rugi boleh disifatkan sebagai harta.

1999.Syariah Suruhanjaya Sekuriti. . Muhammad al-Ruki. 2006. 2000. UKM: Bangi. Suruhanjaya Sekuriti:Kuala Lumpur. Latif bin Muda. Pengantar Syariat Islam. Qawaid al-fiqh al-islami. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. Damshiq: Dar al-Qalam Mohd Saleh bin Hj. Ahmad. Kuala Lumpur: Ilham Abati Enterprise. 1998. Ab. Aplikasi Usul dan Kaedah Fiqh dalam Pembangunan Pasaran Modal Islam di Malaysia. Muhammad Yusri bin Yusof. Disertasi Sarjana. Kaedah-kaedah Fiqh.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful