2012

PANDUAN DIDIK ANAK - Pintar Dan Beriman

FAUZI AHMAD
http://cpintrass.com 2/3/2012

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 Mukadimah …………………………………………………………………………………………. 3 Takrifan Anak Pintar ………………………………………………………………………….. 5 Takrifan Anak Beriman (Soleh & Solehah) ………………………………………. 5 Kesilapan Dalam Mendidik Dan Memelihara Anak-Anak. ……………….. 7 Cara Mendidik Anak Soleh Dan Solehah …………………………………………. 10 5.1 Didik anak cara Luqmanul Hakim ………………………………………………. 10 5.2 Surah Amalan – Kisah Ibu Adi Putra …………………………………………. 13 5.3 Doa Yang Boleh Anda Amalkan ………………………………………………….. 16 Cara-Cara Mendidik Anak Mengikut Umur ……………………………………….. 19 Panduan Dapat Anak Pintar ………………………………………………………………. 22 7.1 Pemilihan Benih Pintar ……………………………………………………………….. 22 7.2 Contoh Dan Pentingnya Anak Pintar ………………………………………….. 24 7.3 Latihan Anak Pintar …………………………………………………………………….. 24 Rahsia Pemakanan Ulama Dahulu Dan Amalan Untuk Menjadi Sihat Dan Pintar …………………………………………………………………………………………………. 29 8.1 Apakah Rahsia Mereka ……………………………………………………………….. 29 8.2 Makanan kecerdasan otak ………………………………………………………….. 30 8.3 Khasiat Makanan di atas ialah ……………………………………………………. 30 Amalan Makanan Seimbang Untuk Kecergasan Otak ……………………… 36 Petua Belajar Cemerlang ………………………………………………………………….. 38 10.1 Teknik-Teknik Belajar ……………………………………………………………….. 38 10.2 Petua Belajar Matematik Cemerlang ………………………………………… 45 Teknik Hafalan Cemerlang ………………………………………………………………… 52 Teknik Mengajar Bayi Dan Anak ………………………………………………………. 52 PENUTUP ……………………………………………………………………………………………. 59

6.0 7.0

8.0

9.0 10.0

11.0 12.0 13.0
Nota:

Ebook ini di tulis dan di olah oleh Fauzi Ahmad, berdasarkan maklumat perbagai pihak dan sumber, IA BUKAN UNTUK DI JUAL. Boleh di edar tapi Jangan Di Jual. Boleh di jadikan Bonus atau Hadiah Percuma. Tujuan saya ialah mencambah ilmu bukan mendapat keuntungan. Sila baca dan praktikan. Semoga Umat Islam akan bertambah maju dan di rahmati Allah. Terima Kasih. Facebook Saya : http://facebook.com/fauzi2009

Update : Friday, February 03, 2012

1

2

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

1.0 Mukadimah

ْ‫ُﻢ‬ ‫َﯿْﻜ‬ ‫َﻠ‬ ‫ُﻋ‬ ‫َم‬ ‫ﱠﻼ‬ ‫اﻟﺴ‬
Saya mulakan Panduan ini dengan 3 kisah menarik, untuk anda renungkan maksudnya. Kisah Pertama : Saiyidina Umar Al Khattab RA sedang berjalan di satu lorong di tepi kota Madinah. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, di antaranya ialah Abdullah bin Zubair. Apabila melihat Saiyidina Umar, kanak-kanak lain bertempiaran lari, kecuali Abdullah. Dia tetap berdiri di tempatnya. Apabila Saiyidina Umar tiba di tempat itu, beliau pun bertanya, "Mengapakah engkau tidak lari seperti kanak-kanak lain?" Abdullah bin Zubair yang masih budak itu menjawab secara spontan; "Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mengapa aku mesti lari darimu?. Jalan ini pun sesungguhnya tidak sempit hingga aku terpaksa melapangkan ruangan untuk Amirul Mukminin berjalan". Kisah Kedua : Satu ketika yang lain, iaitu semasa pemerintahan Bani Abassiyah Khalifah Al Makmun, khalifah ketika itu, memasuki kutub khanah [perpustakaan] negara. Ia melihat ada seorang budak sedang membaca buku dan dicelah cuping telinganya terselit sebatang pena. Al Makmun bertanya ; "Siapakah engkau ini?" Budak itu menjawab; "Saya adalah tunas baru yang tumbuh dalam kerajaanmu yang sedang bersenang lenang dengan keadilan pemerintahanmu dan saya bersedia untuk berkhidmat kepadamu. Nama saya Al Hasan bin Raja'". Kisah Ketiga : *Sewaktu awal pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz RA, telah datang berbagai-bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijaz tiba, dan seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil kehadapan untuk bercakap. Umar Abdul Aziz berkata ; "Berundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap." Budak itu menjawab sopan dengan berani ; "Semoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin!. Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripada mu untuk memegang jawatan kahlifah." Umar Abdul Aziz sangat terharu dengan jawapan anak kecil itu.

1

3

000 tahun. hinggakan seorang professor dari Universiti Vienna.intelek agama. 2. Mukmin yang pintar sangat diperlukan di zaman kebangkitan Islam ini. Contoh Lain selain Nabi Muhammad s. Ali bin Abi Talib . Abdul Rahman bin Auf . 6. tetapi idea yang keluar dari kanak-kanak yang di asuh dan dididik dengan acuan Islam. Inilah yang akan saya bincang dalam ebook ini. bahasa Arab Abu Hurairah ."master mind" perang khandak. Mereka semuanya adalah manusia-manusia pintar yang telah menguatkan Islam melalui bidang masing-masing. Oleh itu kebijaksanaan adalah satu sifat yang wajib ada kepada sesiapa sahaja yang memimpin perjuangan Islam. Dunia tidak dapat diubah oleh tenaga ribuan manusia. sepertimana bijaksananya para Rasul menghadapi suasana dan karenah umatnya zaman dahulu.w ialah: 1. Hujah kanak kanak tersebut bukan idea biasa atau idea yang buruk. disalurkan untuk membangunkan Islam.penghafal hadis.penulis Al-Quran. menyusun dan bertindak dalam menghadapi suasana jahiliah moden ini. ketinggian dan kekuatan akal penting untuk perjuangan Islam. Chevrel berkata . 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . 5.PINTAR DAN BERIMAN Dari kisah di atas kita dapat lihat bahawa kanak bawah umur dapat mempengaruhi pemimpin yang berkuasa ketika itu dengan kepetahan bercakap dan mengeluarkan buah fikiran pendapat serta hujah yang hebat.ahli politik dan pentadbir negara. Zaid bin Tsabit. Contoh Yang Perlu Anda Ikut: Nabi Muhammad SAW. Fikiran mereka lebih daripada orang lain." Inilah kekuatan yang ada pada manusia pintar.February 3.pakar ekonomi. Bagaimana Melahir Dan Membentuk Anak Pintar Dan Beriman. Umar Ibnul Khattab . Kebangkitan Islam di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat di dukung oleh Mukmin yang pintar dan beriman. Salman Al Farisi . 3. 23 tahun adalah tempoh yang sangat pendek. Pejuang Islam perlu bijaksana dalam merancang. Ketajaman.dan kelebihan itu. "belum tentu Eropah dapat mencapai apa yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW walaupun terpaksa mengambil masa selama 2. 1 4 . Sebab itulah. seorang pintar dan berpengaruh luarbiasa. bukan untuk kepentingan diri. berakhlak dan bertamadun hanya dalam jangka masa 23 tahun. iaitu fatanah ertinya bijaksana. iaitu Dr.a. tetapi mungkin dapat diubah oleh fikiran seorang daripadanya. telah berjaya mengubah bangsa Arab menjadi satu bangsa yang gagah. 4. para Rasul wajib memiliki salah satu sifat.

2012 PANDUAN DIDIK ANAK . buta strategi dan lemah fikiran.0 Takrifan Anak Pintar Kanak-kanak pintar ialah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan melebihi rakan sebaya atau lebih tua darinya. Keyakinan diperkuatkan oleh daya fikiran. ia bukan genius tetapi berbakat dan bijak. kamu 1 5 . Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka.February 3. Tegasnya manusia pintar adalah harta terpenting dalam barisan pejuang Islam. ‘yakni kamu menyuruh mereka supaya mentaati Allah dan mencegah mereka dari memaksiatiNya serta kamu melaksanakan tanggungjawab kamu terhadap mereka dengan agama Allah. kerana kanak-kanak tiada pakar dalam sesuatu bidang atau menyelesai sesuatu masalah. Tugas memelihara anak kita supaya beriman adalah wajib. yang bermaksud. seperti mana Firman Allah Dalam Quran Surah At Tahrim ayat 6. yakni “kamu didiklah mereka serta ajarlah mereka”. Jika pun ia boleh hafal quran.PINTAR DAN BERIMAN PENTING : Islam tidak akan kuat selagi umatnya masih jahil. Saidina Ali berkata. Pakar bahasa Ainon Mohd telah member tafsiran anak pintar ialah anak-anak yang lebih kebolehan. saya akan bincang nanti. Berkata Imam Qatadah.0 Takrifan Anak Beriman (Soleh Solehah) Anak beriman ialah beriman pada Allah. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak" Fadzilah Kamsah Pakar motivasi Bagaimana menlahir dan membentuk anak yang pintar. 3. “ Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu…” Dalam menghuraikan maksud memelihara keluarga dari api neraka. Perjuangan memerlukan keyakinan. Jika pandai dalam matematik atau muzik. bukan boleh dipanggil genius tetapi prodigy. Beliau berkata perkataan Genius tak boleh diguna pada kanak-kanak. 2.

February 3. maka sesungguhnya ia berpegang dengan simpulan yang teguh. “Dan sesiapa mengingkari taghut dan beriman kepada Allah. Manhaj Islam perlu digali dan dijadikan asas didalam kehidupan berkeluarga. Suburkan persekitaran keluarga dengan kesuburan iman dan hindarkan jauh-jauh segala unsurunsur yang melalaikan.PINTAR DAN BERIMAN memerintahkan mereka dengannya dan membantu mereka untuk melaksanakannya. Oleh itu anak-anak soleh harus dilahirkan dengan asas utama iaitu menanamkan keimanan yang soheh melalui pengenalan dan penanaman aqidah yang sebenar terhadap Allah Ajjawajalla dan RasulNya. 1 6 . Menurut Imam Muqatil. yang tidak akan putus selama-lamanya. maknanya ialah ‘segala yang menyesatkan manusia’ sama ada Iblis.. yang dimaksudkan dengan ‘simpulan yang teguh’ dalam ayat di atas ialah kalimah.iaitu AL-Qur'an dan Sunnah. namun ada juga yang tidak mengerti apakah hakikat tuntutan solat sebagai mencegah fashya dan munkar? Bagi memungkinkan keberkesanan dalam didikan Iman dan Islam. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . tegahlah mereka”. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”. (Rujuk: Tafsir Ibu Kathir) Kelahiran anak-anak yang soleh tidak mungkin terhasil jika tidak bersumber manhaj Islam . sia-sia serta merosakkan iman dan amal. “Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. Bersyukurlah anak-anak yang ibu bapanya begitu perihatin dan tahu apakah yag baik untuk dibawa masuk kerumahnya. (al-Anfal: 24) Umumnya umat Islam mengetahui adanya tuhan dan menyembah seperti dalam solat. (al-Baqarah: 256) Adapun thagut. Syaitan dan sebagainya. “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap lelaki muslim untuk mengajar ahli-ahli keluarganya (isteri dan anakanaknya) apa yang difardhukan Allah ke atas mereka dan apa yang ditegah Allah dari mereka”. pengenalan yang jitu terhadap ALlah adalah suatu yang asas. Sesaorang yang beriman dan bersolat tetapi tidak menolak taghut tidak mempunyai kesempurnaan Iman. Menurut Imam Sa’id bin Jubair dan Imam ad-Dhahhak. Apabila kamu melihat mereka melakukan maksiat.

4.a. 2. Menegur anak secara negatif Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).PINTAR DAN BERIMAN Apa yang kita Cari ? Apa yang kita cari ialah Pintar dan Beriman. 1 7 . Kita perlu seimbang antara dunia dan akhirat. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. Memberi didikan yang tidak seimbang Tidak seimbang antara jasmani (physical). Ketika itu Aqra’ bin Habis AtTamimiy sedang berada di rumah baginda. Kita nak semua orang Islam pintar dan beriman. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . ia adalah anak yang taat pada perintah Allah. 4.0 Kesilapan Dalam Mendidik Dan Memelihara Anak-Anak.a. rohani (spiritual) dan minda (intelektual). : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r. Kalau pintar tak beriman pun tak lengkap.February 3. Diriwayatkan oleh Aisyah r. matematik) dari pendidikan rohani (keagamaan). 1. 3. Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda (misalnya sains. maknanya kita mahu lahir ilmuan dan pakar dalam semua bidang dan dalam masa sama. menyumbang ilmu pada masyarakat seterusnya mengembangkan agama Allah ini. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Taat pada Ibubapa.

baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.PINTAR DAN BERIMAN Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak. Dalam Islam. merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 7. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah. Bertengkar di depan anak-anak.February 3. kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 10. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik 1 8 . beribadah bersama-sama. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita. lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. makan bersama. Ini mengakibatkan anakanak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 12. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam. Dalam menjawab salam. kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. 9. 11. 6. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anakanak. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. solat berjemaah. dan sebagainya. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 5. 8. tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.

Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anakanak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anakanak ini.February 3. pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 1 9 . 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . 13.PINTAR DAN BERIMAN seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

February 3. bermaksud perintah Allah. mengingat secara ayat-ayat ini memang membincangkan secara khusus tentang pesan Luqman dalam teknik atau cara mendidik anak sesuai dengan pesan Al-Qur’an. janganlah kamu mempersekutukan Allah. Tentu pemahaman ini dapat diterima. terutama ayat 13-19 difahami sebagai surah yang harus dibaca saat prosesi aqiqah atau kesyukuran atas kelahiran seorang anak. di waktu ia memberi nasihat kepadanya: “Hai anakku.PINTAR DAN BERIMAN 5. dengan harapan bahawa bapa nantinya dapat mencontohi tokoh Luqman yang diabadikan wasiatnya dan si anak juga dapat mengikuti petua dan nasihat seperti anak Luqman tersebut.. lihat: “Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya. demikian juga 1 10 . terutama ayat 13-19 difahami sebagai surah yang harus dibaca saat prosesi aqiqah atau kesyukuran atas kelahiran seorang anak. pesan Luqman dalam bentuk perintah. Tentu pemahaman ini dapat diterima. Sesungguhnya seburukburuk suara ialah suara keledai”. mengingat secara gambaran ayat-ayat ini memang membincang secara khusus tentang pesan Luqman. cara mendidik anak sesuai dengan pesan Al-Qur’an. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Allah telah menceritakan dalam Quran Surah Luqman ayat 13-19.0 Cara Mendidik Anak Soleh Dan Solehah 5. dengan harapan bahwa bapa nantinya dapat mencontohi tokoh Luqman yang diabadikan wasiatnya dan si anak juga dapat mengikuti petua dan nasihat seperti halnya anak Luqman.1 Didik anak cara Luqmanul Hakim Surah Luqman secara umum. Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar …. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Apa Luqman kata. Apalagi pesan Luqman dalam surah ini sebenarnya adalah pesan Allah yang dibahasakan melalui lisan Luqman Al-Hakim . Apa lagi pesan Luqman dalam surah ini sebenarnya adalah pesan Allah yang dibahasakan melalui lisan Luqman Al-Hakim sehingga sifatnya mutlak dan mengikat. Apa yang perlu anda faham ? Surah Luqman secara umum.

pesan Luqman ini bukan sekadar pesan biasa umumnya seorang bapa kepada anaknya. namun merupakan pesan yang penuh dengan sentuhan kasih sayang dan penuh dengan muatan idealogi serta tersusun berdasarkan keutamaan. Mengesakan Allah b. Kedua jenis pesan dan nasehat tersebut ternyata tidak keluar dari dua prinsip utama dalam ajaran Islam iaitu ajaran tentang akidah dan akhlak. Sentiasa merasakan kehadiran dan pengawasan Allah dalam 1 11 . Ia adalah anak dari seorang bapak yang Tsaaran. Luqman yang dimaksud dalam ayat-ayat ini menurut Ibnu Katsir adalah Luqman bin Anqa’ bin Sadun. Bermula dari pesan agar: a.PINTAR DAN BERIMAN nasihatnya dalam bentuk larangan pada masa yang sama adalah juga larangan Allah yang harus dihindari. Menurut Sayid Quthb. Pengabadian kisah Luqman memang berbeda dengan pengabdian tokoh lain yang lebih komprehensif. Tidak menmpersekutukannya c.February 3. rangkaian ayat-ayat yang membincangkan tentang Luqman dan nasihatnya yang diawalkan dengan anugerah hikmah kepada Luqman di ayat 12 merupakan pembahasan kedua dari pembahasan surah Luqman yang masih sangat berkaitan dengan pembahasan episod pertama. di antaranya berbakti dan berbuat kebaikan kepada kedua orang tua sebagai bukti rasa syukur atas kasih sayang dan pengorbanan mereka merupakan tuntutan atas akidah yang benar kepada Allah swt. Ini konsep pendidikan Luqman yang paling penting dan perlu di contohi. Bersikap tawadu’ dan santun yang tercermin dalam cara berjalan dan berbicara. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Namun paling tidak. Pengabadian Luqman hanya berkisar seputar nasehat dan petuanya yang sangat layak dijadikan acuan dalam mendidik anak secara Islam. Tentu masih banyak lagi cara Islam dalam mendidik anak berdasarkan ayatayat atau hadits Rasulullah saw yang lain. iaitu persoalan akidah. Pesan Luqman sendiri pada asasnya adalah pesan akidah yang memiliki beberapa maksud.

Gelaran Al-Hakim di akhir nama Luqman tentu gelaran yang tepat untuknya sesuai dengan ucapannya. yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah.. hingga pada pesan untuk sentiasa bersikap tawaduk dan tidak sombong. baik dalam tingkah laku mau pun dalam bercakap. Semuanya tidak lepas dari ikatan dan tuntutan akidah yang benar. apakah ia seorang nabi atau ia hanya seorang lelaki soleh yang diberi ilmu dan hikmah. Hal ini terungkap dalam riwayat Ibnu Jarir bahwa seseorang yang berkulit hitam pernah mengadu kepada Sa’id bin Musayyib. Namun hikmah yang diterimanya menjadikan ucapannya dalam bentuk pesan dan nasihat layak untuk diikuti oleh seluruh orang tua tanpa terkecuali. (Luqman: 12) Yang menarik disini bahawa Luqman bukanlah seorang yang terkenal atau memiliki pengaruh. dan barangsiapa yang tidak bersyukur. Kemudian dari segi menjalankan kerja amar makruf dan nahi munkar yang disertai dengan sikap sabar dalam menghadapi segala rintangan dan tentangan merupakan bukti akan kekuatan iman yang bersemayam di dalam hati sanubari. “Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman. Siapa Luqman alhakim. Maka Sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri. Maka Sa’id menenangkannya 1 12 . Terdapat banyak pendapat siapa Luqman. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . perbuatan dan sikapnya yang memang menunjukkan sikap yang bijaksana. Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji“.PINTAR DAN BERIMAN setiap langkah dan perbuatan merupakan gambaran sebenar dari keyakinan akan sifat Allah Yang Mengetahui. dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah). Maha Mendengar dan Maha Mengawasi. Allah sendiri telah menganugerahnya hikmah seperti yang ditegaskan dalam ayat sebelumnya: Lihat ayat 12 . Ia hanya seorang hamba Habasyah yang berkulit hitam dan tidak punya kedudukan sosial yang tinggi di dalam masyarakat. bukan seorang nabi seperti yang diperkatakan oleh sebagian ulama. Pembahasan tentang akidah dalam surah ini memang wajar kerana surah Luqman termasuk surah Makkiyyah yang memberi fokus pada penanaman dan memperkuatkan akidah secara utama.February 3. yang jelas jumhur ulama lebih cenderung memilih pendapat yang mengatakan bahwa ia hanya seorang hamba yang soleh dan ahli hikmah.

Menjadi anak yang beriman pada Allah dengan sebaik-baik mungkin Menjadi anak yang hormat dan taat pada ibubapanya Berbuat baik pada masyarakat Memiliki anak bijak atau pintar suatu kelebihan Allahu a’lam. “Mengandungkannya tidak sama mengandungkan dua anak yang lain. terutama pada waktu lapang ketika mengandungkannya. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Serihana Elias 30 (ibu Adi Putra). Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali.6 (ketika berita ini ditulis) gemar membaca surah Maryam. hati-hati dan muraqabatuLlah dalam bersikap dan bertindak. Demikian nasihat dan pesan Luqman dalam mendidik anaknya yang didahului oleh pendidikan akidah tentang keEsaan Allah dan pengetahuanNya yang hebat yang akan melahirkan sikap hamba Allah. Mahja’ maula Umar bin Khattab dan Luqman Al-Hakim”. berkata. serta menjadikannya memiliki tingkat pertahanan dan pertahanan diri yang kukuh bagi menhadapi bermacam godaan kehidupan yang dirasa kian melalaikan dan menjerumuskan.2 Surah Amalan – Kisah Benar Ibu Adi Putra Ini merupakan kisah benar yang berlaku di Malaysia. 2. 4. keesokannya pula saya membaca 1 13 . Sungguh satu upaya yang serius dari seorang Luqman yang bijak untuk mendekatkan dan memperkenalkan seorang anak sejak dini dengan Penciptanya yang menampak pada kebaikan dan kesejahteraan lahir dan batin. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . 5. terutama sekali terhadap kedua orang tua. rendah diri. Kekuatan dan kemantapan akidah tersebut akan bertindak balas dalam berakhlak dan berperilaku kepada orang lain. hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar-sinar ketika berusia belasan tahun dan percaya ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra. Adi Putra Abdul Ghani.February 3. Ibu kepada kanak-kanak pintar. dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit. Sesungguhnya terdapat tiga orang pilihan yang kesemuanya berkulit hitam. 3.PINTAR DAN BERIMAN dengan mengatakan: “Janganlah engkau bersedih (berkecil hati) karena warna kulitmu hitam. Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian. Ringkasnya ialah: 1. yaitu Bilal.

selain mencipta formulanya sendiri. barulah saya sedar mungkin mimpi itu sebagai petunjuk kelahiran insan istimewa.” katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River. termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut. 10. sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran. Perak.” katanya. “Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Ezuan. 1 14 . 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengatakan kepintaran luar biasa Adi Putra dikesan ketika anak bongsunya itu dapat menghafal sifir Matematik sekali gus membetulkan kesilapan sifir yang diperdengarkan abang sulung. tetapi biasa saja. Trigonometri dan Indeks dan kepintarannya itu menyebabkan beberapa guru gemar merujuk kepadanya mengenai formula tertentu menyelesaikan soalan matematik. dia tidak dapat melupakan mimpi itu sampai bila-bila kerana bukan mimpi biasa sebagai mainan tidur. selepas berkahwin dan menimang cahaya mata bernama Adi Putra. ketika dilakukannya ketika mengandungkan anak bongsunya itu. menceritakan amalan Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani Abdul Wahid. 8. Dia mempunyai aura yang sama sekali tidak dimiliki kanak-kanak lain seusianya. selama lima tahun. saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja. dan Seri Amelia. ketika berusia 18 tahun. Dia sering menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan.PINTAR DAN BERIMAN surah Yusuf dan Luqman. “Mulanya saya sangka kehidupan menjadi semakin hebat sebelum berkahwin. Bagaimanapun. Matang dan Selama. berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya. “Mimpi itu penuh makna kerana saya melihat lima bintang membentuk sebutir permata yang bersinar-sinar di langit. Kepintarannya agak luar biasa sehingga mampu menyelesaikan masalah Matematik. Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah menjemputnya untuk memberikan motivasi.February 3. selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).” kata Serihana. “Adi Putra anak yang istimewa. Menurut Serihana. Adi Putra yang belajar sendiri di rumah bersama ibu bapanya dianggap pakar dalam menyelesaikan soalan Algebra.

Sambil berbangga dengan kepintaran anaknya. “Dua petua yang diamalkan abang yang sewajarnya diikuti ibu bapa. Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh. Difahamkan Adi Putra yang bertemankan sebuah komputer akan dapat menyelesaikan masalah Matematik atau menemui formula baru. Adi Putra pernah menunjukkan kepintaran luar biasanya dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . manakala soalan peringkat sekolah menengah dan asas universiti pula kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.. Lagipun dia tidak pernah mendapat pendidikan secara formal di sekolah ataupun mendalami subjek itu. tetapi bercita-cita untuk menjadi Profesor Matematik Islam berjaya sekali gus menyebarkan ilmu dimiliki kepada masyarakat.” katanya. semoga Adik Adi Putra akan mendapat ijazah Doktor Falsafah sebelum mencapai usia 17 1 15 ..” katanya. selepas mendapat ilham antara jam 12 tengah malam sehingga empat pagi. selepas dia mampu menghafal sifir dua. Kuala Kurau. Bagaimanapun saya tersentak. sebelum menghafal keseluruhan sifir terakhir iaitu dua belas.PINTAR DAN BERIMAN “Saya sama sekali tidak menduga Adi Putra mampu menghafal sifir. pertamanya mereka perlu memilih nama yang baik dan keduanya nama anak perlulah dipanggil dengan nama penuh kerana mempunyai kaitan dengan pintu rezeki mereka. “Pada mulanya Adi Putra sekadar menangis meminta untuk dia turut sama menghafal sifir seperti abangnya. Serihana berkata. Malah. Mustahil bagi seorang kanak-kanak berusia empat tahun dapat menghafal sifir berkenaan. Perak apabila memberi jawapan betul dan pantas mengalahkan 19 guru dan 230 murid Tahun Satu hingga Enam sekolah berkenaan.February 3. DRAGONIZER: Lahirnya tokoh terbilang Matematik berbangsa Malaysia. Sikap suaminya yang penyayang dan mengambil berat terhadap anak sedikit sebanyak menaikkan motivasi Adi Putra dan anak lain. Dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech. kanak-kanak itu hanya mengambil masa kurang satu minit menjawab soalan asas matematik. dia bukan saja seorang pintar.

PINTAR DAN BERIMAN tahun. lagi Maha Mengasihani. kalau tak jadi macam Adi Putra tak mengapa. SURAH ALI-IMRAN AYAT 38 1 16 .Doa Mendidik Anak Jadi Soleh / Solehah SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128 Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami..3 Doa Yang Boleh Anda Amalkan A. teringat kisah gadis pintar matematik suatu ketika dahulu.. Harapan kita. Selain itu Ibunya seorang yang baik dan rajin solat. Pengajaran dari kisah di atas ialah amalan ibu bapa Adi.. Ibunya seorang yang suka baca Quran terutama surah surah Maryam. Ia memanggil anak-anaknya dengan nama penuh. 5.February 3. Seterusnya hormat pada kita sebagai ibu bapa. Harian Metro Pengajaran : Sumber Adi ialah insan yang di kurnia Allah kepintaran luar biasa. sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat.. hormat guru dan masyarakat sekeliling. Ia ada hikmah di situ. dia akan panggil nama penuh Adi Putra. Yusuf dan Luqman ketika mengandung. bapanya tak panggil Di. tetapi biarlah anak kita jadi seorang yang cerdik dan mudah memahami apa yang kita ajar atau guru ajar. Bapanya seorang penyayang dan bertanggungjawap. atau Putra. misalnya ADI PUTRA. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . atau Adi.

PINTAR DAN BERIMAN Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik.February 3. kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orangorang yang soleh. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a. (Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT.s) B. Doa Agar Anak-Anak Mengerjakan Sembahyang SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40 1 17 . sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . SURAH AS-SAAFAT AYAT 100 Maksudnya: Wahai Tuhanku.

DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74 1 18 . perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami.PINTAR DAN BERIMAN Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Doa Melembutkan Hati Anak-Anak Yang Nakal / Tak dengar kata SURAH TAHA AYAT 1-6 D. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . C.February 3.

2012 PANDUAN DIDIK ANAK .PINTAR DAN BERIMAN Maksudnya: Wahai Tuhan kami. Bayi 1 19 . 0 .1. Mengajar Anak Doa Untuk Ibu Bapa SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41 Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman.5 tahun.0 Cara-Cara Mendidik Anak Mengikut Umur Kategori Umur Kanak-kanak a. pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. 6. E.February 3.

13 . antara pendekatan yang boleh di buat ialah: 1.February 3. 5. Beri perhatian terhadap perkembangan anak. Kehidupan keluarga perlu berpandukan peraturan agama dan nilainilai akhlak yang murni. f. 18 16 40 60 -25 tahun.5 – 4 tahun. Mengekalkan kestabilan perkahwinan dengan saling menghormati. Praremaja (atau peringkat akhir kanak-kanak). melihat keperluan dan didikan mereka mengikut tahap dan peringkat umur. 7.11 tahun. (lebih kurang) Prapubesens. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Jelaskan peraturan dan disiplin hidup dalam rumah dan keluarga. aman dan damai. di sini kita sebagai ibu bapa kena pandai memain peranan. 4. c. c. 3. d. e. Kedewasaan awal . 2. 1. Orang tua Sumber : http://ms. menyayangi dan bekerjasama tanpa dipaksa.org/wiki/Kanak-kanak Bermaksud menyesuaikan keadaan didikan dengan umur anak kita. Peringkat tengah kanak-kanak (budak sekolah rendah) 10 . Mewujudkan keadaan dan suasana rumah serta persekitaran yang harmoni. Separuh umur tahun ke atas. b. Wujudkan suasana dan kepimpinan keluarga yang demokrasi. 11 – 12 tahun. Remaja dan baligh Kategori Umur Dewasa a. 6.59 tahun. adil dan penyayang. 1 20 . Kanak-kanak bertatih 4 – 11 tahun. d. Ibu bapa juga kena lihat kemampuan dan penerimaan anak bagi setiap arahan atau tunjuk ajar yang di buat.wikipedia.20 tahun. Mewujudkan interaksi sosial secara dua hala dan harmoni dengan anak. Dewasa muda (umur minimum yang tepat berbeza-beza) – 39 tahun.PINTAR DAN BERIMAN b.

Bawa anak bersiar-siar atau melakukan aktiviti bersama-sama. Selalu menghayati detik-detik perkembangan dirinya. 3. pakaian. 7. Tunjukkan kasih sayang kepadanya.PINTAR DAN BERIMAN 8. Wujudkan keperluan sosial dan emosi anak seperti kasih sayang. Sentiasa bertenang dalam menangani karenah bayi. Didik anak agar makan dengan tangan kanan dan membaca doa makan serta bismillah 12. 5. Mendidik Peringkat Kanak-kanak 1. perlindungan dan pelbagai lagi. dihargai dan seumpamanya. kediaman selesa. 6. rasa dimiliki. Memberi anak anda susu ibu. Mendidik Peringkat Bayi 1. Tunjuk dan sentiasa pamerkan kasih sayang dengan belaian anda. 10. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . minum. Selalu membaca untuknya. Mengambil gambar sebagai kenangan apabila anda tertarik dengan gerak-geri atau senyumannya. 9. 2. Selalu membaca bersamanya. 4. 1 21 . 2. 11. Sediakan keperluan asas fizikal seperti makan. Membawa bersiar-siar untuk mengeratkan hubungan. Elakkan memaksa anak bertindak di luar kemampuan.February 3.

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

3. Belikan permainan yang tidak spesifik mengikut jantina. 4. Amalkan disiplin secara konsisten. 5. Didik anak-anak tentang peraturan yang betul dan salah dalam hidupnya.

Mendidik Peringkat Remaja 1. Teruskan bergambar bersama anak anda. 2. Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya. 3. Sertai kegiatan atau menyokong aktiviti yang anak anda lakukan. 4. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak anda. 5. Teruskan mengajar anak-anak tentang perkara-perkara yang betul dan salah dalam kehidupan. 6. Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak remaja kerana ini akan membantu menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka.

7.0 Panduan Dapat Anak Pintar
7.1 Pemilihan Benih Pintar Kelahiran anak pintar perlu dirancang. Walaupun kemampuan dan ketinggian akal fikiran merupakan sesuatu yang memang telah ditentukan oleh Allah, tetapi berusaha untuk mendapatkannya, tidak salah.

1

22

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Langkah inilah yang telah diambil oleh para Rasul dan Nabi pada zaman dahulu. Usaha mereka bermula lebih awal lagi, iaitu sebelum perkahwinan dijalankan. Rasulullah SAW telah menunjukkan panduan asas untuk mendapatkan anak pintar. Baginda bersabda, maksudnya ; ”Pilihlah tempat yang baik untuk air mani kamu keturunan kamu sesungguhnya urat itu [keturunan] mempengaruhi.” (Ibnu Majah dan Ad Dailami) Dalam riwayat Rasulullah SAW bersabda lagi ; maksudnya : “Carilah tempat yang sesuai (isteri) untuk air mani kamu , sebab sesungguhnya wanita-wanita itu melahirkan orang-orang yang menyerupai saudara lelaki mereka dan saudara perempuan mereka. (Ibnu ‘Ady dan Ibnu Asakir) Maksud hadis di atas menjelaskan bahawa keturunan sedikit sebanyak biasanya dipengaruhi oleh pihak ibu. Oleh sebab itu dalam perkahwinan, diberatkan pemilihan dibuat di pihak isteri dari segala sudut. Banyak sekali hadis-hadis yang membicarakan tentang sifatsifat wanita yang patut dijadikan pasangan untuk menjamin zuriat yang baik. Jarang bahkan kurang hadis membincangkan tentang sifat-sifat kaum lelaki yang dijadikan pilihan untuk melahirkan zuriat yang baik . Selain daripada pengaruh keturunan, wanita di antara golongan yang rapat hubungan dengan anak-anak. Oleh sebab itu betapa mereka amat ditekankan agar dipilih daripada keturunan yang baik (beragama). Selain daripada keturunan, Rasulullah SAW juga menggalakkan para sahabat berkahwin dengan pasangan yang jauh atau yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan. Perkahwinan campur sering terjadi di zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Safiyah, wanita keturunan Yahudi dan Mariah keturunan Qibti. Rasulullah SAW bersabda,

1

23

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

maksudnya ; “Pilihlah yang jauh dan jangan pilih kerabat yang dekat.” (Tarbiyyatul Aulad) Selain daripada itu, Islam juga telah mengariskan adab-adab sebelum dan semasa melakukan perhubungan jenis dalam usaha mendapatkan anak yang soleh dan pintar. Ibu bapa perlu membaca doa sebelum bersetubuh supaya anak yang bakal dilahirkan selamat daripada gangguan syaitan. Antara adab-adab yang lain, jangan bersetubuh sewaktu badan terlalu letih atau kenyang, mendahului persetubuhan dengan cumbu rayu (untuk menjamin kepuasan) dan lain-lain perkara yang boleh diketahui dengan membaca kitab-kitab karangan ulamaulama muktabar zaman dahulu. Hal ini membuktikan betapa seriusnya Islam merancang menyediakan panduan dan membimbing umatnya untuk mendapat zuriat yang baik. Hasil daripada jalan inilah, generasi salafussoleh dapat melahirkan ulama seperti Imam Shafie yang hafaz Al-Quran ketika berumur 9 tahun, hafaz ribuan hadis dan syair serta kitab-kitab besar seperti Al Muwatak. Ilmu yang dimiliki oleh ulama-ulama zaman itu lebih luas daripada apa yang dimiliki oleh ulama-ulama zaman ini. 7.2 Contoh Dan Pentingnya Anak Pintar Pengetahuan mereka merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Imam Ghazali misalnya, bukan sahaja pakar dalam bidang agama tetapi pakar juga dalam bidang falsafah, astronomi, ekonomi dan lain-lain. Jumlah umat Islam di dunia hari ini lebih 1,000 juta (hampir seperempat penduduk dunia). Dengan bilangan seramai itu, tentu ada anak-anak yang mempunyai akal bertaraf pintar. Mereka itu mesti dicari dan diberi kemudahan secukupnya untuk menjamin pertumbuhan akal yang sedia baik itu, agar terus berkembang sehingga dewasa. Didikan dan ilmu mesti diberikan secara kemas dan bersungguh-sungguh. Pusat-pusat penempatan dan persekolahan khusus mesti didirikan untuk memberi bantuan dari segi bahan pembelajaran jika mereka daripada anak-anak yang miskin.

1

24

Sabda Rasulullah SAW. Anak-anak orang Monggol misalnya. Mereka asalnya anak-anak orang Kristian yang telah kematian ibu bapa dalam peperangan dengan orang-orang Islam. Kita tidak peka kepada soal yang penting ini." (Ath-Thayalisi. maksudnya : "Manusia itu laksana barang galian dari segi baik dan buruknya. Ini menunjukkan benih-benih pintar yang diberi oleh Allah secara semulajadi dapat digunakan dua hala . Selama ini kita kurang menghargai anak-anak pintar. hal yang sebaliknya telah berlaku. yang baik antara mereka di zaman Jahiliah adalah yang baik juga pada zaman Islam. Akibatnya.PINTAR DAN BERIMAN Masyarakat Islam mesti menghargai benih-benih pintar ini justeru merekalah harapan kepada kebangkitan ummah Islam pada masa akan datang. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK .pintar di medan peperangan dan Amru Ibnu Ash .pintar di bidang politik dan diplomatik ke pihak Islam. anak orang Islam sendiri telah disambar oleh musuh-musuh Islam dan dilatih untuk menjahanamkan Islam. Baginda berjaya menarik Khalid Ibnul Walid .3 Latihan Anak Pintar Di zaman kegemilangan Islam. Ibnu Mani' dan Al Askari dan Abu Hurairah) 1 25 . jika mereka mempunyai pengetahuan. 7. telah dapat di Islamkan dan mereka kemudiannya telah muncul sebagai pejuang Islam yang berani. Di dalam bala tentera Empayar Turki Uthmaniah pula ada pasukan tentera yang perkasa bernama Janizari. Rasulullah SAW telah cuba sedaya upaya mengaut seberapa ramai orang-orang pintar daripada kelompok musuh untuk berjuang bersama-sama tentera Islam. Anak-anak orang kafir telah dapat dididik dan dilatih oleh umat Islam untuk memperjuangkan agama.February 3.untuk membangunkan Islam atau meruntuhkannya.

Arkitek-arkitek kristian dan para cendikiawannya datang bernaung di negara-negara Islam untuk melanjutkan pelajaran atau mencari rezeki. Faktor-faktor perjuangan dan pengaruh Islam tidak dipentingkan. Hampir-hampir tidak ada perancangan yang baik dalam mendirikan perkahwinan. Di zaman kebangkitan Islam kini. Dan apakah ada anak 1 26 . Mereka memandang tinggi apa yang ada pada orang-orang Barat dan bermati-matian mempertahankannya jika diserang. Siapakah pemuda Islam yang sanggup dikahwinkan dengan anak ketua suku kaum di pedalaman Sabah atau Sarawak misalnya?. dasar harta atau lain-lain alasan yang rendah nilainya. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Islam pada waktu itu bukan sahaja menguasai tanah-tanah di dunia tetapi turut menguasai akal dan jiwa manusia yang hidup di atasnya. Umat Islam telah menjadi tuan di dunia.PINTAR DAN BERIMAN Di zaman kegemilangan Islam anak-anak pintar Kristian dihantar ke Sepanyol atau Baghdad untuk menimba ilmu. Kalau dahulu. "anak-anak didik" penjajah inilah menjadi penentang utamanya. Kini …… Fikiran dan jiwa pintar Islam ini telah dijajah. di zaman Rasulullah SAW. Umat Islam zaman ini masih ketinggalan dalam usaha melahirkan anak-anak pintar. Ramai yang berkahwin atas dasar cinta. Pusat pendidikan Islam telah menjadi "jaring" menanam asas-asas tauhid dan kesempurnaan ajaran Islam di dalam apa juga kesempatan yang terbuka. Tidak ada "Grand-master" yang dapat merancang perkahwinan strategi untuk meningkatkan lagi kekuatan jemaah Islam. perkahwinan para sahabat dengan wanita-wanita dari suku kaum yang telah tewas dalam peperangan adalah biasa. Ini menunjukkan pentingnya orang yang bijak dalam suatu kerajaan yang menjadi tulang belakang pentadbiran serta pengurusan suatu Negara. tetapi kini perkahwinan yang mempunyai maksud politik seperti itu hampir-hampir tidak kedengaran lagi.February 3.

Lee Kuan Yew. anak-anak yang berpotensi menjadi anak pintar diberi kemudahan secukupnya dari segi bahan / alatan dan pelajaran. Kita tidak sedar bahawa anak-anak pintar umpama benih tumbuhan yang baik. para intelek hendaklah dikahwinkan sesama mereka. Malaysia. 1 27 . adalah penting demi "survival" rakyat Singapura di masa hadapan. Sewaktu ini orang-orang Barat dan komunis menyimpan otak genius tokoh mereka yang telah mati seperti otak kepunyaan Stalin. Negara-negara Arab. China dan lain-lain lagi. Einstein dan lain-lain lagi. Di Rusia dan Amerika pula. Membiayai semua keperluan ini dianggap satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Mengapa mereka terbiar atau dibiar?. Padanya untuk melahirkan generasi pintar pada masa hadapan. bekas Perdana Menteri Singapura telah mendahului pemimpin-pemimpin Islam dalam hal ini. Ini menurutnya.PINTAR DAN BERIMAN gadis Islam yang sanggup dikahwinkan dengan ketua orang asli di kawasan-kawasan pedalaman?. tanpa didikan dan pembelajaran yang baik dan terancang. Kerana kita umat Islam kurang menghargai anak-anak pintar kita yang berotak genius. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Ketika yang sama umat Islam masih membiarkan ratusan dan mungkin juga ribuan anak-anak genius yang sedang hidup di Indonesia.February 3. Lenin. Kononnya menurut mereka mampu dimanfaatkan semula. tidak dimanfaatkan otak mereka bagi merangka grand-design untuk kebangkitan Islam semula. Pakistan. Kenapa kita selaku umat Islam masih kabur dalam perkara seperti ini. Anak pintar akan menjadi anak yang bodoh jika ia terbiar. Ia memerlukan tanah yang subur dan penjagaan yang rapi untuk tumbuh sebagai sepohon pokok yang rendang dan dapat menghasilkan buah yang baik dan berharga. Turki. Nanti kelak mereka dapat berperanan mengembang dan mempengaruhi masyarakat pendalaman ke arah cara hidup Islam.

" (Ibnu Majah dan Ibnu Abi Dunya) Rahsia Kekuatan Islam… ? Itulah dua rahsia kekuatan Islam. Siapa yang menanam sedikit atau yang menanam yang tidak baik ia akan kerugian di akhirat. "Adalah amat mendukacitakan sekali bila kerajaan komunis telah berbelanja besar untuk mengindokrinasikan kanakkanak dan dunia amnya dengan falsafah Atheist dan Marxist. Kita sesungguhnya menunggu anak-anak pintar yang mempunyai sifat-sifat itu bagi menyambung perjuangan yang ditinggalkan oleh generasi salafussoleh dahulu.February 3. "Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati dan bersedia dengan bekalan untuk hari selepas mati. dunia adalah tempat menanam sebanyak-banyak.PINTAR DAN BERIMAN Inilah yang dikesalkan oleh Malik Ben Nabi. sementara hasilnya akan dipungut di akhirat. Sabda Rasulullah SAW maksudnya . Lahirkan Anak Pintar Dan Beriman Sekarang !! 1 28 . Orang yang sentiasa mengingati mati ia akan dinamik dan berusaha melahirkan kemajuan dan tamadun untuk dipungutnya pahala di akhirat.. Sedangkan negara-negara muslim tidak berbuat demikian untuk tujuan Islam. iaitu mengingati mati dan berusaha membuat persediaan untuk hari selepas mati. ? Pintar Islam ialah orang yang dapat kekuatan akal hasil mengingati mati untuk lebih gigih berjuang dalam hidup. seorang sarjana Islam dengan katanya . 2012 PANDUAN DIDIK ANAK ." Pintar Islam …. Kerana ia yakin dan faham. Itulah anak generasi dan tokoh pintar Islam mereka yang jiwanya penuh dengan keimanan dan akalnya bercahaya dengan suluhan wahyu dan anggotanya gagah dalam menegakkan "Kalimatullah".

PINTAR DAN BERIMAN Ketahuilah anak pintar tidak akan lahir begitu sahaja.February 3. tunjukilah orang yang minta petunjuk. beritahulah orang yang tidak tahu. 1 29 . amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit. kerana jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan tumbuh dalam sekejap. Dalam masa itu mereka perlu melalui proses pendidikan terus menerus secara Islam tanpa dicelah dan diganggu oleh elemenelemen yang membantutkan perkembangan dan pertumbuhan pintar dan akhlak mulia. salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang memerlukan. setelah lahir dan membesar hinggalah dewasa. Kembangkan Ilmu Dan Allah Akan Beri Ganjaran Pada Kamu… Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan. ketika mengandung. tapi ia lahir dengan perancangan sejak permulaan perkahwinan.

SEMUA pertanyaan di atas sudah ditemui rahsia makanan ulamak-ulamak terdahulu. Na'na (Daun Pudina) 10. Su'dun (Akar Tumbuhan) 5.2 Makanan kecerdasan otak 1.1 Apakah Rahsia Mereka … ? Mempunyai akal yang cerdas. Zanjabil (Halia) 8. Habbatus Sauda' (Bijirin) 11. kuat hafalan serta pintar? Sehingga mampu menghafal AlQuran . 8. mengingati beribu-ribu hadis Nabi SAW? Dapat menguasai pelbagai ilmu sejak kecil? Dapat berijtihad. 1. Lubban (Getah Pokok) 7. A'sal (Madu lebah) 1 30 .PINTAR DAN BERIMAN 8. Qaranful (Bunga) 6. hanya terangkan dengan ringkas 13 bahan kecerdasan minda seperti mana yang disebut dalam Kitab-Kitab Perubatan Islam.Zabib (Kismins) 13.3 Khasiat Makanan di atas ialah : Di sini. Laban (Susu kambing tulen) 8. A'sal (Madu lebah) 2. Khardal (Bijirin) 9.February 3.0 Rahsia Pemakanan Ulama Dahulu Dan Amalan Untuk Menjadi Sihat Dan Pintar 8. Karaps (Bijirin) 3. A'das (Bijirin) 12. Za'faran (Stigma Bunga) 4. menyelesaikan masalah umat? Dapat mengekalkan kesihatan akal serta tidak lupa dan nyanyuk disepanjang kehidupan mereka. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . kuat ingatan.

" Dalam kitab al-has a'lahafzailmu oleh Abdul Rahman Al-Juziah (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa "Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan. muka surat 47.. Nabi SAW sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda SAW: Maksudnya: "Makanlah oleh kamu karaps .s)" 1 31 . Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran. Maksudnya: ". kerana ianya menguatkan ingatan.PINTAR DAN BERIMAN Dalam Kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda sepertimana yang diterangkan nanti. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia.. Karaps (Bijirin) Dalam kitab Tibbun nabi . karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.dari perut lebah itu keluar minuman ( madu ) yang bermacam-macam warna." 2. surah Al-Nahl ayat 68-69 . 2012 PANDUAN DIDIK ANAK .February 3.

February 3. maka ianya adalah karaps.a).a). Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Za'faran (Stigma bunga) Stigma Bunga Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal. Za'faran dan Su'dun dikehendaki makan bersama madu pada setiap hari." 3.w) menyatakan: Maksudnya: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu). pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir iaitu: 1 32 . muka surat 381. diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari. Imam Ja'afar AlSodiq (r. Dalam kitab Tibbul Imama A'li . dikenali sebagai " King Of Spices ". jika sekiranya sesuatu dapat menambah akal.PINTAR DAN BERIMAN Sabda Baginda SAW lagi tentang kebaikan karaps: Maksudnya: "Hendaklah kamu mengambil karaps ." 4. maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . ( guru kepada Imam Abu Hanifah r. Su'dun (Akar tumbuhan) Kebaikan Su'dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 3 di atas. Saiyidina Ali (k. 5. lahir pada 80H. Qaranful (Bunga) Dalam kitab Tibbul Imamal Sodiq muka surat 381.

aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja'afar Al-Sodiq).PINTAR DAN BERIMAN Maksudnya: " Berkata Abi Basir. Lubban (Getah pokok) Lubban disebut juga sebagai kundur zikri seperti dalam kenyataan Imam Ja'far r. iaitu surah Al-Ihsan ayat 18 : Maksudnya: ". 2012 PANDUAN DIDIK ANAK ." Dalam kitan Tibbul . menyebutkan riwayat ulamak yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.February 3.h pada kenyataan bahan nombor 5 di atas.d. Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) Qaranful . Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. muka surat 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.w bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa..mereka dalam syurga itu. begitu juga kundur zikri ( lubban ) serta ditumbuk halus keduanya. Bagaimana kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja'afar Al-Sodiq berkata. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab Tibbun nabi .h (141-203H) menyatakan bahawa: Maksudnya: " Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (Sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari. diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil . lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari. Zanjabil (Ubi Tumbuhan/ halia) Zanjabil terdapat dalam Al-Quran.w menyuruh ia menggunakan lubban ." 7.w: Maksudnya: "Diriwayatkan dari Sayidina Ali k." 6.a dan Sayidina Ali k. Anas r. kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan. muka surat 388 dan kitab Tibbul Imama Ar-Ridho muka surat 121." 1 33 . Lalu Sayidina Ali k.

Khardal (Bijirin) Secara ringkas. salah seoarang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya Dalil al mua'lijinn bil quran nul karim muka surat 298."' 1 34 . selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak habbatus sauda' diminum suam-suam serta di baca ayat Al-Ruqayyah sebanyak 7 kali .PINTAR DAN BERIMAN 8. ayat Syifa' serta Surah Yassin.h (141-203H). menyuruh kita memasukkan daun na'na dan habbatus sauda' ke dalam madu untuk kecemerlangan minda. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Na'na (Daun pudina) Dr.February 3. menyuruh kita memakaan khardal dan zanjabil bersama madu pada setiap hari. kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Al-Ridho r. Riyad Muhammad . beliau menyatakan: Maksudnya: " Digoreng (dikeringkan) na'na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu. 9.

" 1 35 . makan yang manis-manis (seperti madu). Habbatus sauda' (Bijirin) Kegunaan habbatus sauda' bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan bahan nombor 9 di atas.February 3. A'das dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab Tibbul . Baginda SAW menyatakan: Maksudnya: "Daripada hadis Abi Salamah r. makan a'das . melainkan mati" 11. kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit. muka surat 389 menyebutkan: Maksudnya: "Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal). surah Al-Baqarah ayat 61 . Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda' terlalu banyak diantaranya sabda Rasullullah SAW dalam hadis sohih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. A'das (Bijirin) -keluarga kacang parpu A'das adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran.PINTAR DAN BERIMAN 10. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . makan roti dan membaca ayat Al-Kursi.d bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini.

muka surat 241 menyebutkan bahawa: Maksudnya: " Imam Al-Zuhri berkata: sesiapa yang ingin menghafal hadis. mudah diminum lagi sedap rasanya . b. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan ikhtibar.February 3.PINTAR DAN BERIMAN 12. maka dia hendaklah makan zabib (kismis) ". kami beri minuman kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perut. d. Meningggalkan cakap-cakap kosong Menggunakan siwak (kayu sugi) Duduk bersama majlis orang-orang soleh Duduk bersama majlis ulamak 1 36 ." Empat nasihat Imam Shafie r. Laban (Susu kambing tulen) Allah SWT berfirman dalam Al-Quran tentang kebaikan Laban dalam dua surah iaitu surah Al-Nahl ayat 66 dan Surah Muhammad ayat 15 . 13. yang lahir di antara hampas makanan dengan darah iaitu susu yang bersih . Zabib (Kismis) Dalam kitab Tibbun nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi . c. Dalam Surah Al-Nahl ayat 66 : Maksudnya: " Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu.h untuk menambahkan kecerdasaan akal: a.

Tee.PINTAR DAN BERIMAN 9..'' katanya ketika ditemui sempena pelancaran Bulan Pemakanan Sihat Malaysia di Sekolah Kebangsaan Bangsar. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . zaman kanak-kanak merupakan saat penting untuk membiasakan mereka mengambil makanan berkhasiat . Malah pemakanan yang seimbang bukan sahaja mampu melahirkan badan sihat dan cergas. tetapi juga minda yang cerdas.February 3.0 Amalan Makanan Seimbang Untuk Kecergasan Otak AMALAN pemakanan seimbang penting bagi membantu tumbesaran kanak-kanak dengan sempurna sekali gus dapat menyesuaikan diri dengan dunia orang dewasa. Alam kanak-kanak juga adalah tempoh yang kritikal kerana ini adalah masa di mana mereka memupuk tabiat suka kepada sesuatu makanan. penekanan dan pemahaman tentang kandungan nutrien yang ada pada setiap makanan perlu diterapkan sebelum mereka 1 37 . Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Bulan pemakanan Sihat Malaysia. "Hal ini penting kerana boleh membentuk tabiat pemakanan yang baik. Justeru pada tempoh ini mereka harus didedahkan dengan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Kuala Lumpur barubaru ini. Kata Dr. Tee E Siong memberitahu. Dr.

"Dengan cara ini. Justeru usaha perlu diteruskan untuk menggalakkan tumbesaran optimum kanak-kanak Malaysia. ibu bapa perlu menyedari keperluan pemakanan anak-anak mereka. "Perangkaan menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan umur 7-12 tahun adalah yang paling tinggi mengalami peningkatan berat badan. Sukan…. perangkaan tersebut adalah berdasarkan Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 dan kajian berbeza yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).'' ujarnya lagi. dalam kajian tersebut menunjukkan bahawa pemakanan tidak seimbang masih berlaku terutama di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Perangkaan menunjukkan bahawa bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah pemakanan adalah besar. 1 38 .PINTAR DAN BERIMAN mencecah usia setahun sebagai tanda ingatan sebelum peningkatan selera makan berlaku. Tee berkata." katanya. Dalam Islam aktiviti sukan dan pergerakan tubuh badan amat penting dan di tekan.February 3. Penting Selain menjaga amalan pemakanan yang sihat. Dr. Anak yang cerdas pintar juga yang mempunyai tubuh yang sihat dan kuat. ibu bapa juga harus mendidik anak-anak tentang amalan cara hidup yang lebih cergas dengan melakukan aktiviti riadah seperti bersukan dan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . perkembangan dan pembelajaran akan tercapai. Dalsam situasi tersebut. mereka dapat memastikan potensi tumbesaran. Jelasnya.

Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. 3. walaupun dia tak sekolah lagi. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan . ini memudahkan ia member garispanduan belajar kepada anak anak.html A. Susun fakta ( jika perlu ). c. TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Teknik-Teknik belajar yang mesti praktikkan ialah : a. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain. Umpamanya sajak. d. Belajar secara duduk tegak lebih baik daripada berbaring atau bersandar. Sila baca teknik di bawah. 8. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing : 1. pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius . Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .1 TEKNIK-TEKNIK BELAJAR Sumber : http://www. Bandingkan apa yang kamu tulis. 2. b. bukannya secara berperingkat-peringkat.kaunselingskbt2. 9. 6. Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. 10. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal . 7. Pilih satu tajuk dan baca nota. Baca dan garis fakta.0 Petua Belajar Cemerlang Ibu bapa pun perlu tahu. 1 39 . 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . esei dan lainlain. mungkin boleh membantu. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu . 4. Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca. Semasa membaca .PINTAR DAN BERIMAN 10. Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1 tahun. Semasa membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.February 3. B.com/artikel/18-teknik-belajar-berkesan. 5. Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk.

10. Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.30 petang 1 40 . masa tuisyen ( atau kelas tambahan ) dan lain-lain.00 petang . masa tidur. untuk memanfaatkan masa yang terluang.00 pagi 10.PINTAR DAN BERIMAN 10.00 petang 8. 11.30 petang .12. Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja. 12 .00 petang . Contohnya Hari Ahad : : : : : : 9.10. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek.4. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza. Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata.Ulang membaca fakta . Ia adalah satu ikatan atau disiplin diri. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon.30 petang .February 3. 13.Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.11. TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR JADUAL belajar amat perlu . 1 hingga no. Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu diberi perhatian.5. Ia merupakan satu aspek pengurusan masa.5. Setelah ditolak masa di sekolah. Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar. masa makan. Cara-caranya ialah :      Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.00 petang : 4. masa bersukan. 12.00 tengah hari 2.30 pagi .30 malam . 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.Ulang hingga kamu puas hati.30 petang 3. C. lengkap dan bernas.Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no.00 malam 10. jika ada masa.30 malam Hari Isnin : 2.00 pagi . Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.00 malam . Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.3.

kita sediakan 1 41 . Ia boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya . 2. Dari situ.4 kali dan seterusnya Langkah ketiga. Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai sumber untuk tujuan ulang kaji. pengajaran guru ataupun ceramah. buku rujukan. Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja.00 malam : 10. ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran.30 malam hingga 6 . berbeza mengikut hari . TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN SEBAGAI calon peperiksaan rasmi sama ada STPM. Matematik . Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku teks.yang kita tulis sendiri. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK .10. PMR mahupun UPSr. D. Kamu sepatutnya sudah mula membuat nota. 3. Persediaan awal perlu dibuat sebaik sahaja sekolah dibuka. Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11. kerana pelajar mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga.2 kali Sejarah . Pematuhan kepada jadual.00 malam . Iaitu setiap hari. Contohnya : 1. tidak semestinya 100%.PINTAR DAN BERIMAN : 8. PERINGATAN :     Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar . perbincangan berkumpulan.February 3. maka jadual belajar perlu dibuat berasingan.4 kali seminggu Bahasa Inggeris .30 petang . ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas. 4. kita mengambil isi-isi penting untuk diingat atau difahami.11. kamu tidak seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran.00 pagi. SPM. Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi? Bagaimana bentuk nota kamu? Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota .30 malam Langkah kedua. berdasarkan keentingan dan kelemahan diri.

tarikh penting . Mari ikut teknik Fazley.. New Zealand dalam bidang Perdagangan dan Pentadbiran. Gunakan pen yang berlainan warna. nama tokoh - 1 42 . Yang penting kamu faham. Tidak perlu baca banyak perkara. seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM. tidak semestinya menjelang peperiksaan saja.. ayuh . kamu boleh menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. dan kitalah pengarangnya. Contohnya. LANGKAH PERTAMA Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil.. Welllington. Membuat nota sendiri perlu dilakukan secara berterusan setiap hari. Bacalah mengikut bab atau topik. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain. jangan bertangguh . Jika kamu mahu mengikuti jejak langkahnya. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap ingatan.PINTAR DAN BERIMAN sendiri. kata kunci atau kata penting diwarnakan.warna merah. Terpulang kepada kemampuan dan keselesaan kamu. Tentu kamu tertanya-tanya . Cuba kamu ikut contoh Fazley. Sebenarnya. gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang penting. kemudian baru buat nota. LANGKAH KELIMA Setelah kata kunci ditulis. Dengan keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke Victoria University. jika warna kuning untuk isi-isi penting. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran kamu tidak keliru. Misalnya. Pada masa yang sama. fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca.February 3. bagaimana dia boleh skor A dalam setiap mata pelajaran yang telah diambilnya. Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum itu untuk satu bab sahaja. LANGKAH KETIGA Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum LANGKAH KEEMPAT Mula menulis nota mengikut kolum . maka gunakan warna yang sama untuk subjek lain pula. Sambil membaca. Fazley mula membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat lagi. LANGKAH KEDUA Mula membaca buku teks dan buku rujukan. mulakan dari sekarang.. kita susun sendiri.

February 3. dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Menurut Fazley. PETA MINDA Kaedah membuat nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota yang dibuat tanpa menunggu hari peperiksaan. Fazley menasihatkan pelajar agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan. dia tidak perlu membawa buku tebal. Melalui peta minda. Bawalah nota itu ke mana-mana . ada banyak lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik. Dengan cara ini kamu mempunyai stamina untuk mengulang kaji semua mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut kesesuaian kamu. Kemudian. kamu boleh menghafalnya. kamuberhubung secara aktif dengan maklumat dalam ingatan kamu seoalaholah kamu berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri. masukkan nota itu mengikut mata pelajaran. Sebenarnya. Jangan lupa untuk meninggalkan sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar. Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Fazley sendiri. Jalan penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan yang tepat dan mendapat markah yang baik. Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan kaedah biasa kerana kita dapat menyeimbangkan pengguanaan otak kiri dan otak kanan. silalah baca . 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Segala maklumat yang kamu 1 43 . Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Latihan perlu dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Belajar awal dan membuat nota pada peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin pada kebolehan diri dan kamu akan merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan ketika pelajar lain baru hendak membuat persediaan. Tuliskan mata pelajaran. Jika ada masa terluang . Fazley berpendapat bahawa subjek Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul secara sistematik. Misalnya. tetapi hanya membaca nota kecil itu.PINTAR DAN BERIMAN warna biru. LANGKAH KETUJUH Ambil sampul surat panjang. LANGKAH KEENAM Setelah nota disiap ditulis. Di samping itu. Kaedah ini lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci. ketika menunggu bas. peta minda merupakan kaedah yag berkesan untuk mendapatkan semuala makluat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat.

kamu gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini     NOTA ISTILAH Nota istilah digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) . Gunakan kertas keras dan pen berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama 1 44 . soalan / latihan . Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . atau formula di atas kad atau kertas . formula atau definisi-definisi yang penting Catatkan istilah . Jika boleh .February 3. kesimpulan . dan pernafasan biarlah betul Tingkatkan konsentrasi. duduk tegak.PINTAR DAN BERIMAN susun dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan secara tepat dan mudah difahami. PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA        Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH    Baca topik dengan teliti Tandakan istilah . formula atau definisi di atas kertas . Nota istilah ini boleh digunakan sebagai bahan untuk mengulang kaji tanpa mengira masa dan tempat . difinisi . subtajuk . terutama tajuk penting . Gunakan simbol Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. gambar rajah dan carta Baca keseluruhan teks dengan laju Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda Bina peta minda KAEDAH MEMBUaT PETA MINDA    Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih menarik Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut. pendahuluan . Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut . 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar Baca teks keseluruhan. Pastikan suasana tenang .

Kamu boleh guna ringkasan perkataan atau simbol seperti yg .tumbuhan liar Memburu binatang . duduk tegak .dimkn Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat Tinggal . 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Pastikan suasana tenang . gambar rajah dan carta . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) . Jadi . cth .diperbuat drp batu & tulang NOTA GAMBAR RAJAH Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu topik yang dipelajari . Lihat contoh Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4) Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1) 1 . bolehlah kamu salin daripada nota . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting yang erlu diberi penekanan dalam proses pembelajaran . hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising Baca teks keseluruhan . Gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota gambar rajah ini lebih menarik . dgn . Gambar rajah atau carta penting . kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham tentang sesuatu fakta . subtajuk . Jadi . & .dlm kelompok yg kecil Mencari sumber makanan . buku teks atau buku rujukan . dan pernafasan biarlah betul Tingkatkan konsentrasi .di bwh ranting-ranting yg ditutup dgn rumput-rampai Peralatan harian .February 3. kamu harus bertanya kepada guru . Kamu bebas untuk memilih bentuk gambar rajah KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH    Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga .di dlm gua . 1 45 . terutama tajuk penting . Cuba ingat nota-nota penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna merupakan pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan. Kaedah ini dapat membantu mengimbas kembali topik yang sedang diulang kaji . Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . pendahuluan . soalan/latihan . Zaman Paleolitik       Manusia hidup berpindah-randah . Guru yang prihatin biasanya akan cuba memberikan seberapa banyak bahan yang boleh selain buku teks .PINTAR DAN BERIMAN  Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang tidak perlu atau tidak penting . kesimpulan . Ketika mencatat nota .

Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Lihat mereka yang handal matematik. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain. 3. cuba kejar masa itu. Tetapi. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira. jika ia pandai matematik. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). catat masa yang anda ambil. Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Kena Buat Banyak latihan. 4. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Jika nak kursus sila ke web http://www. Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . 5. Maksud saya. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik. saya jadi semakin cekap. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. pasti mereka cekap juga dalam sifir. matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya.PINTAR DAN BERIMAN 10. mereka boleh guna mesin kira. Semakin banyak latihan saya buat. bukan membaca. Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar. anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik.rahsiapowermatematik. Alasan mereka. menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. maksud saya. Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai 2. mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah. Hafal Sifir. cuba latih menjawab dengan secepat mungkin. Jadi. Walaupun anda faham topik tertentu.February 3. hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Kena Displin. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan.2 Petua Belajar Matematik Cemerlang Teknik Belajar Matematik 1.com/ 1 46 . Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.

" 1 47 . Kegagalan pelajar dalam menghafal sifir dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh menyebabkan mereka menghadapi math phobia.bijaksifir. tidak mahu belajar.com/ Cara Mudah Hafal Sifir Pencapaian rendah di kalangan murid dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah berpunca dari kegagalan pelajar untuk menguasai sifir darab.PINTAR DAN BERIMAN Nak beli buku bijak sifir sila klik : http://www. tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis.February 3. tidak belajar melainkan di sekolah. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Pelajar-pelajar ini didapati tidak memahami konsep operasi darab.

2012 PANDUAN DIDIK ANAK .PINTAR DAN BERIMAN 1 48 .February 3.

2012 PANDUAN DIDIK ANAK .February 3.PINTAR DAN BERIMAN Teknik 1 Menggunakan Jari Anda 1 49 .

February 3. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK .PINTAR DAN BERIMAN Teknik 2 Menggunakan Rujukan 10 1 50 .

PINTAR DAN BERIMAN 1 51 .February 3. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK .

2012 PANDUAN DIDIK ANAK .PINTAR DAN BERIMAN 1 52 .February 3.

Rozana Ibu kepada Darwish Kaedah Mengajar Bayi Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. 12.PINTAR DAN BERIMAN 11. http://adikbijak. Jika sesiapa nak belajar kaedah ini boleh layari laman web kaedah Iqra. Saya mulakan 1 53 .0 Teknik Hafalan Cemerlang Saya pernah membaca ebook kaedah Iqra.February 3. untuk panduan anda. kaedah ini mengajar anda menghafal quran dengan mudah. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set.0 Teknik Mengajar Bayi Dan Anak Pengalaman seorang Ibu saya dedahkan.com/ref. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Kaedah ini amat menarik dan mudah. saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6.pl?MR00118 Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya. Habis set ni.

Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. saya ingin kongsikan pada semua kaedahnya ini. pada umur 2 tahun. Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al Quran sebelum umur 3 tahun. Mengikut kajian sains. saya tidak pernah mengajarnya A-Z dan kiraan 1-10. Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas di Malaysia ini. Maka.February 3. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut. Kaedah saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya telah melihat akan hasilnya. selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Kalau pusat jagaan kanakkanak memang ada merata untuk umur ini. Apapun saya yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari. Tetapi anak saya sudah boleh mengenal dan menghafalnya sendiri dengan bantuan mungkin dari CD kartunnya atau Barney n Friendsnya. si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan rumahlah menjadi sekolahnya.PINTAR DAN BERIMAN hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. mengira atau mengaji umur 4-5 tahun. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Kanak-kanak semuanya sama. bentuk dan warna dalam bahasa Inggeris secara khusus. Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda. Bagi saya ABC boleh belajar di tadika dan di sekolah nanti. Hingga umur anak saya hampir 3 tahun ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Saya dapati ramai yang tidak terdedah tentang mendidik anak dari 1 54 . Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula belajar samada membaca. Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya.

segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. 1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD (dalam RM30 untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik.30 malam dan paling lambat jam 9. anda juga boleh beli CD atau DVD lain. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad. d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca 1 55 . 3.PINTAR DAN BERIMAN bayi. c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji. Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya). Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran. Saya buat 5 hari seminggu. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. b) Jangan marah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Kalau anak orang lain. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.February 3. Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini : Nota : Ini hanya contoh. tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Kalau anda rasa nak marah. mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia. 2. coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. PANDUAN MENGAJAR a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Kalau kecil lagi tak perlu.30 malam setiap kali mengaji. Atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak tahu kaedahnya. Beli Flash Card Al Furqan dan latih setiap pagi. Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup.

Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Kalau tak hafal. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.February 3. Saya percaya kalau kita tak menghafal. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji. Melihat pada anak saya. Berdoalah di dalam dan diluar solat. kita pun boleh jadi hafal.. saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. 1 56 . g) Yang paling penting. e) SABAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Sebaliknya kanakkanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2. Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai.PINTAR DAN BERIMAN dengan betul. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman. tetapi nak mengajar anak menghafal. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi. bolehlah pasang CD mengaji. f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. kalau tak cepat.

Darwish berumur 1 tahun 8 bulan telah menghafal hujung2 hampir keseluruhan surah juzuk Amma.PINTAR DAN BERIMAN Mengajar Bayi Menghafal Mungkin bunyi tajuk saya ini terlalu ekstrem .30 malam dengan saya. 80% perkembangan otak berlaku pada usia bayi hingga 4 tahun. Sehinggalah dia bosan mengganggu dan duduk mendengar. Gangguan yang dibuat selalu menyebabkan kakaknya hilang tumpuan dan paling teruk hingga buku hafazan/mugaddam terkoyak."Bayi Boleh Menghafal Surah Al Quran Sebelum Bercakap". Mana mungkin seorang bayi boleh menghafal sebelum boleh bercakap. Bersyukur kerana kini saya dapat melihat 'hadiah' kesabaran saya itu. bukan? Inilah juga yang saya fikirkan sebelum ini. Kesabaran adalah paling penting dalam mendidik anak anak. Dia boleh melakukannya mungkin kerana selalu melihat dan mendengar kakaknya membuat hafazan dan iqra setiap pukul 8. Kali ini saya dapat merakam aksinya melakukan perkara tersebut. Namun tiada bukti. Jadi kena manafaat usia bayi Seperti yang saya maklumkan pada posting sebelum ini. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK .February 3. Dia selalu mengganggu ketika saya mengajar kakaknya. Otak bayi sibuk melakukan banyak sinapsis antara satu neuron dengan yang lain untuk melengkapkan keupayaannya bagi digunapakai kemudian. Lebih banyak stimulasi yang diterima semasa bayi maka lebih pesatlah perkembangannya. Saya sempat merakam aksi darwisya (dah masuk umur 3 tahun dua minggu lepas) 1 57 . namun saya jarang mengasingkannya ke bilik lain supaya dia tidak mengganggu kami.

Sekadar berkongsi. Darwisya membaca sampai yang agak hampir akhir ayat. kasrah dan dhammah (huruf hijaiyyah baris atas. hanya sebahagian sajalah yang boleh saya videokan. Apapun kena pindahkan sebahagian gambar dalam kamera tu dulu supaya ada available memory untuk digunakan. Saya pun ambil kesempatan memvideokan. Waktu tak sibuk dan waktu aksi berlangsung.alahai baiknya anak mak ni. jika dia mahu sesuatu jika tidak diberi dia akan menangis sekuat hati. saya kuatkan hati dan buat tidak nampak apa yang dia buat dan membiarkannya hingga dia senyap sendiri dan datang kepada saya sendiri. Jika tidak dan memang hanya dia boleh menghafal hanya hujung2 ayat sahaja.. Saya katakan padanya 'iqra surah al a'la with kak wisya'.. kini darwish sudah boleh membaca semua huruf fathah. bermakna jalan untuk menghafal setelah dia boleh bercakap nanti adalah sangat mudah. kamera pula buat hal. Cara ini saya pelajari dari buku berbahasa Inggeris tentang psychology kanakkanak. 1 58 . Saya mulakan setelah dia boleh memahami dan menerima arahan. Maka. InsyaAllah. Oleh kerana saya tidak mahu 'condition' anak saya bahawa jika dia melakukan aksi tersebut. Umurnya baru mencecah 1 tahun 8 bulan hari semalam.' berlaku setelah Darwish mahukan sebijik gula-gula dalam balang gula-gula saya. saya akan mengalah dan memberikan apa yang dimahukan. berbaring dilantai dan berpusing-pusing badannya tanda memberontak.. kanak-kanak akan mengalah dan berpendapat bahawa caranya mengugut adalah tidak berkesan. Jika di biarkan dan dibuat tidak tahu.. Malangnya ketika sedang menangkap aksi ini 'Memory Card Full'! Frust dibuatnya. Permulaannya. sedangkan aksi ini dilakukan sehingga dia dapat makan gula-gula tersebut. Jika saya berkesempatan. Kini anak saya tahu. Selepas melihat balik aksi rakaman.PINTAR DAN BERIMAN membacakan surah al a'la dan darwish (umur 1 tahun 8 bulan) akan menyambung hujungnya.. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Aksi '. baris bawah dan baris depan).. Selepas ini saya akan mengajar huruf bertanwin pula.. Untuk pengetahuan. Dia pun memandang kak wisya untuk di iqra' kan. berhenti untuk disambung pula oleh adiknya darwish bagi menghabiskan ayat dalam surah tersebut. saya akan memvideokan dia membaca iqra. jika dia mahu sesuatu dia tidak perlu membuat 'aksi amuk' nya. saya terfikir adakah sekiranya dia boleh bercakap pada umur ini dia sudah boleh menghafal sepenuhnya? Kalau betul bermakna dia telah menghafal lebih separuh dari juzuk Amma.February 3. saya nak membiasakan 'read and reward system' kepada anak lelaki saya bukan mudah.

Maka. contohnya telah menghafaz surah-surah dengan mudah kerana selalu diperdengarkan surah tersebut semasa dia bayi. Tidak perlu tunggu kanak-kanak tersebut pandai membaca quran/mengaji untuk mula menghafal. Dan mengikut pada tahap dia menghafal sekarang ini. Maka kita boleh simpulkan bahawa sumber makanan serta kehalalan makanan tersebut adalah sangat penting untuk penjagaan otak. ramai para huffaz (penghafal quran) dari kalangan orang buta. Ia boleh dijalankan serentak. Jika seorang hafiz tidak boleh menghafal surah baru pada hari itu. dia akan berfikir tentang makanan yang di makan semalam atau sebelumnya jika ia menjadi faktor. Melatih otak menjadi kuat adalah sama caranya dengan melatih otot-otot tubuh kita menjadi kuat.PINTAR DAN BERIMAN Cukup sekadar membacakan satu surah yang saya kehendaki dan dia boleh mendapatkan apa yang dia mahukan (jajan yang saya benarkan contohnya Mayfirst Colostrum. 1 59 . semasa kita nak membelikan jajan (makanan kudapan) kita mesti pastikan makanan tersebut adalah halal. Ada perlbagai makanan yang dimakan oleh anak-anak orang Melayu yang bila saya mahu belikan untuk anak saya sebagai mempelbagaikan jenis hadiah hafazan. Sebagai peringatan. Makanan yang terjamin HALAL adalah wajib untuk penghafaz quran. Sebagai bukti. kita sendirilah yang kena periksa kehalalannya. perlulah rajin ber'excercise'. Tiada had umur paling minima untuk memulakan latihan ini. Coklat Badam. tiada langsung tanda HALAL. Maka. Mereka rajin melakukan solat taubat dan solat sunat lain supaya tiada halangan dosa untuk menghafal surah baru. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . gula-gula dll).February 3. Pada umurnya 2 tahun 8 bulan. bermakna ianya HALAL. iaitu 4 bulan dari sekarang. setelah dibelek. saya yakin dia boleh menghafal sekurang-kurangnya 17 surah tiba umurnya 3 tahun nanti. Anak saya. Makanan yang tidak halal menggelapkan hati dan menumpulkan daya ingatan. Perlu di ingat bahawa membaca dan menghafal adalah 2 perkara yang berbeza. dia sudah menghafaz 8 surah pendek. Jika badan kita mahu kuat dan lebih stamina. Bermakna kalau seseorang itu buta huruf/tidak mengenal huruf juga boleh menghafal quran. jangan kita ingat kalau orang Melayu pegang. Begitu jugalah dengan otak kita. Kanak-kanak akan ingat lagu yang ibu mereka dodoikan sebelum mereka tidur pada waktu bayinya dan boleh menyanyikannya semula pada umur mereka 2 tahun keatas.

Lebih ramai lagi bagus supaya dapat memakmurkan bumi ini dengan Agama Allah.com/anak.com Sebarkan Ebook Ini. Guna kreativiti anda mengajar anak anda. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Lakukan sekarang.February 3. Terima Kasih Fauzi Ahmad http://cpintrass.html 1 60 . Link untuk anda beri pada kawan anda : http://cpintrass.0 PENUTUP Alhamdulillah. paling utama ialah kita sama-sama usaha melahir anak soleh dan pintar. syukur kerana saya dapat kumpul ilmu yang amat manafaat ini untuk kita sama-sama guna dan amalkan.PINTAR DAN BERIMAN 13. Sila ulang baca dan ambil nota dan cuba praktikan ilmu-ilmu yang saya dedahkan. Untuk Manafaat Semua Pihak.

PINTAR DAN BERIMAN IKLAN PENAJA EBOOK PANDUAN DIDIK ANAK Contoh vitamin minda . 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . Inilah yang membezakan homeopati dan perubatan moden. Ia mempercayai semua penyakit dapat dilawan oleh mekanisme pertahanan badan kecuali penyakit yang memerlukan pembedahan. Jika simptom ini disekat (seperti perubatan moden sekarang). halangan yang berterusan akan menyebabkan sistem ini tidak berkesan dan pesakit tidak dapat mengatasi penyakit tanpa ‘campur tangan’ luaran.February 3. Selain itu. Perubatan moden berasaskan penyakit.CPINTRAS – Makanan Dan Nutrien Untuk Kecergasan Minda Sistem Perubatan Homeopati mengutamakan sistem pertahanan semulajadi badan. Simptom dan tanda penyakit ini penting untuk ‘membuang’ penyakit. 1 61 . tubuh tidak dapat menggunakan sistem pengubatannya sendiri. Konsep yang digunakan dalam homeopati ialah Similia Similibus Curentur dan dos minimum.

1 BOTOL 60 TABLET TEMPAHAN DAN MAKLUMAT LANJUT KLIK --.com 1 62 .00)/492/2/1 dan diluluskan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (MAL NO 05092397TC) HARGA MURAH . Kajian lebih 10 tahun di buat oleh pengasas dan menghasilkan Makanan Minda yang bermutu dan berkesan membantu pengaliran darah dan oksigen dalam otak dan saraf. dari segi :1.February 3. 2012 PANDUAN DIDIK ANAK . 6. Cpintrass ini membantu saraf minda anak anda. 3. Meningkat kualiti pengaliran oksigen dalam otak dan tubuh Membaiki keadaan jantung pada tahap terbaik Membaiki dan mengekalkan kualiti pengaliran darah Membaiki dan mengekalkan kualiti kesihatan Melawan alahan-alahan biasa Meningkatkan kualiti sistem mata anda (agar lebih jelas) Pengeluaran Cpintrass adalah secara pengilangan GMP dan mendapat pengiktirafan Kementerian kesihatan dan mempunyai sijil Halal.PINTAR DAN BERIMAN Makanan Minda Cpintrass Berasaskan Homeopati.Rujukan Halal : JAKIM (22. 2. 4. 5.> http://cpintrass.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful