2.

0

KONSEP AYAT TERBITAN

Penerbitan sesuatu ayat sebagai struktur permukaan itu berpunca daripada sesuatu ayat yang lain, kecuali ayat itu memang sama dengan ayat dasar. Ayat yang sedemikian wujud pada peringkat struktur dalaman atau struktur dasar, dan wujud dalam bentuk yang menyerupai pada peringkat struktur permukaan. Penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan perlaksaan rumus transformasi, yang befungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Proses penerbitan dilakukan melalui proses transformasi yang terjadinya pengguguran, penyusunan semula, atau perluasan kepada unsurunsur struktur dalaman.

2.1

Proses Pengguguran

Proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan sesuatu ayat merupakan proses pengguguran ayat. Dalam bahasa melayu, terdapat tiga jenis pengguguran utama iaitu pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, dan pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.

2.1.1 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek. Pengguguran frasa nama sebagai subjek terdiri daripada dua jenis iaitu pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah, dan pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

(i)

Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.

Dalam ayat suruhan, iaitu sejenis ayat perintah, kata ganti nama diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan. Lihat seperti contoh dibawah: 1. Kamu keluar – Keluar! 2. Awak semua pergi dari sini – Pergi dari sini! 3. Anda boleh masuk sekarang – Boleh masuk sekarang. Proses pengguguran frasa nama boleh diterangkan secara rajah pohon dibawah. Subjek + Prediket 
Kata ganti nama orang kedua.

+ Predikat A

S

P

FN

FK

KN

KK

kamu
transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek.

keluar

Rajah pohon dibawah . iaitu kamu. yang diberi tanda “i” dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk dibawah. Sebagai contoh: Dia sangat pandai + Dia rajin belajar. maka subjek frasa nama yang sama itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang diawal ayat majmuk tersebut. (ii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. anda. menjelaskan lagi proses pengguguran itu terjadi. dia dalam ayat digugurkan oleh sebab dia dalam kedua-dua ayat merujuk orang yang sama. tuan. dan awak. engkau.  Dia sangat pandai kerana rajin belajar. Jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa.  Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar.A S P FN FK KN KK keluar Frasa nama yang digugurkan terdiri daripada kata ganti nama diri orang kedua. Dalam situasi ini.

A Aı S FN dia P FA sangat pandai kerana KH S FN dia A² P FA rajin belajar transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek yang serupa. A Aı S FN dia P FA sangat pandai kerana KH S FN A² P FA rajin belajar .

Ayat 1 = Bendera Malaysia lambang negara. . maka kesemua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan. (a) Frasa kerja yang serupa. Ayat 2 = Lagu kebangsaan lambang negara. Pengguguran = Adik Ali dan sepupunya belajar di England. Ayat 2 = Sepupunya belajar di England. Ayat 1 = Adik Ali belajar di England. Frasa adjektif terdiri daripada salah satu yang berikut: (a) (b) (c) (d) Frasa Kerja Frasa Nama Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama Jika ada penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan. (b) Frasa nama yang serupa.1. Contohnya dapat kita lihat di bawah.2. Ayat majmuk gabungan = Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England.2 Pengguguran Frasa Predikat Seluruh bahagian frasa predikat boleh digugurkan sepertimana yang berikut: (i) Pengguguran Seluruh Frasa Predikat.

Ayat majmuk gabungan = Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara. (c) Frasa adjektif yang serupa. Ayat 2 = Adik Ali sangat rajin. `Pengguguran = Dia dan isterinya masih di kampung. Ayat 2 = Isterinya masih di kampung. Ayat majmuk gabungan = Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung. Pengguguran = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara. (d) Frasa sendi nama yang serupa. . Ayat 1 = Adik saya sangat rajin. Pengguguran = Adik saya dan adik Ali sangat rajin. Ayat 1 = Dia masih di kampung. Ayat majmuk gabungan = Adik saya sangat rajin dan adik Ali sangat rajin.

bahagian frasa predikat boleh juga mengalami proses Beberapa pengguguran. FN sebagai objek yang serupa FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif. Dalam binaan ayat pasif. (b) Pengguguran kata bantu yang serupa. Pengguguran = Dia dipukul. Ayat 2 = Dia boleh menari. Kata-kata bantu yang sama hadir dalam predikat frasa kerja dan predikat frasa adjektif boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja. dalam ayat-ayat yang digabungkan. (a) Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif. iaitu yang pertama. Antaranya: (a) (b) (c) (d) oleh + FN dalam ayat pasif. Contohnya: Ayat = Dia dipukul oleh bapanya.(ii) Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat. Kata bantu yang serupa. Ayat majmuk = Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari. struktur oleh + FN yang mengikuti kata kerja boleh digugurkan. Ayat 1 = Dia boleh menyanyi. Pengguguran = Dia boleh menyanyi dan menari. .

Contoh yang dapat kita lihat ialah: Ayat 1 = Daud memukul penjahat itu. Ayat 2 = Daud menumbuk penjahat itu. . Objek frasa nama ini boleh digugurkan sekiranya terdiri daripada kata ganti nama orang pertama. Contohnya: Ayat = Kejadian itu sungguh menakjubkan kami. (d) Pengguguran frasa nama sebagai frasa objek kata kerja yang membawa makna adjektif. iaitu objek yang di belakang atau yang terakhir. objek itu digugurkan sehingga tinggal satu sahaja. Antara kata-kata kerja yang dimaksudkan ialah: mempesonakan menakjubkan menggembirakan mendukacitakan menghairankan menghampakan memilukan mengghairahkan Kesemua kata kerja diatas menggambarkan perasaan tertentu yang boleh didahului oleh kata penguat seperti amat.(c) Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa. dan sebagainya. sangat. Ayat majmuk = Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu. sungguh. Apabila terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa dalam ayat yang digabungkan. Pengguguran = Daud memukul dan menumbuk penjahat itu. Frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif. Pengguguran = Kejadian itu sungguh menakjubkan.

4 Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif. frasa nama yang serupa mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. KNinti + Penerang. yang munbkin bukan daripada kelas kata nama. Ayat Majmuk = Adiknya memilih beg yang biru itu. Contohnya: Ayat 1 = Adiknya memilih beg itu. Contohnya. kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang mengandungi kata nama kegiatan sebagai inti dalam frasa nama tersebut. Sebagai contoh: . Ayat 2 = Orang tua itu memakai serban. Pengguguran = Adiknya memilih yang biru itu.3 Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif. Ayat Majmuk = Orang tua yang memakai serban itu bapa saya. Contohnya: Ayat 1 = Orang tua itu bapa saya.2. boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya sahaja. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif diatas berlaku dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek. dan kata kerja bersenam sebagai penerang. Apabila dua ayat digabungkan bersama. Ayat 2 = Beg itu biru. Kata nama kegiatan dalam ayat tersebut boleh digugurkan.1. Proses yang sama seperti itu berlaku juga terhadap frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam kedudukannya sebagai objek.1. 2. Kata nama yang ada dalam binaan frasa nama. Pengguguran = Yang memakai serban itu bapa saya.

sementara subjek asalnya “Ali” dalam ayat (a) telah berpindah kepada kedudukan selepas kata kerja. iaitu: a. Bola itu ditendang oleh Ali. Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula.2 Proses Penyusunan Semula Proses penyusunan semula merupakan satu lagi proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu. Pengguguran = Bersenam boleh menyihatkan badan. Ayat (a) ialah ayat aktif. proses ini tidak membawa perubahan makna ayat. Proses penyusunan semula ini mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran kata-kata tertentu. Sebaliknya ayat (b) ialah ayat yang telah dipasifkan. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek. Selepas itu.1 Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Subjek. dan penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. . Imbuhan kata kerja juga berubah menjadi meN. c. Penyusunan semula melalui ayat songsang.dan kata sendi nama oleh mendahului frasa nama Ali. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek berlaku melalui proses transformasi pasif. yang terjadinya frasa nama “bola” itu berfungsi sebagai objek dalam ayat aktif dikedepankan untuk menjadi subjek yang baharu kepada ayat pasif.Ayat 1 = Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. 2. Subjeknya “Ali” dan objeknya “bola”. Namun demikian. 2.2. Sebagai contoh: (a) (b) Ali menendang bola itu. diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini bermaksud bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya. b.digantikan dengan di.

  Ahmad – objek tepat. Sebuah buku – objek sipi. digantikan dengan imbuhan –kan jika kata dasar kata kerja tersebut adalah kata kerja. jika ada. ii.2. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek. iaitu dari imbuhan –i pada kata kerja. frasa nama yang berkedudukan secara langsung selepas kata kerja dianggap sebagai objek tepat. dan meletakkan frasa nama objek sipi pada kedudukan selepas kata kerja untuk menjadikannya objek tepat yang baharu. Ayat asal / ayat aktif: Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku. Ayat Pasif Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad.2 Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Objek. Dalam ayat diatas. iaitu objek tepat dan objek sipi. Kata kerja berubah juga bentuknya. . Proses ini memindahkan kedudukan objek tepat dalam ayat asal ke bahagian akhir dengan didahului kata sendi nama kepada. manakala frasa nama yang mengikuti objek tepat tersebut ialah objek sipi. Namun ayat ini boleh disusun semula melalui proses transformasi. Dibawah merupakan contoh ayat diatas tadi yang sudah melalui proses penyusunan semula frasa nama sebagai objek: i.2. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek boleh terjadi pada ayat-ayat yang mengandungi dua jenis objek. Sebagai contoh: (a) Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.

berlakulah proses penyusunan semula. keterangan masa. keterangan musabab. iaitu proses perncangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada . Peluasan dengan kata hubung. b) Ke sungai orang tua itu pergi. Begitu juga jika kata kerja ingin difokuskan.2. Peluasan frasa nama sebagai subjek.3 Proses Peluasan Satu lagi proses penerbitan ayat iaitu jenis yang menambahkan unsur-unsur dalam ayat yang baharu. iii. ii. maka kata kerja dalam ayat diatas dikedepankan. dan proses ini biasanya disebut peluasan ayat.3 Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang. dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak ditekankan atau difokuskan. Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi.2. Keterangan dalam ayat tersebut di hadapankan seperti yang terdapat dalam ayat diatas. 2. Peluasan frasa predikat. Peluasan melalui proses komplementasi. Ayat yang mengandungi keterangan tempat. Sebagai contoh: c) Pergi ke sungai orang tua itu. keterangan syarat. 2. Jadi. Sebagai contoh: a) Orang tua itu pergi ke sungai.3.1 Peluasan Frasa Nama Sebagai Subjek. Proses penyusunan semula berlaku juga dalam ayat songsang. Terdapat beberapa jenis peluasan dalam bahasa Melayu. Keterangan tempat ke sungai ingin difokuskan dalam ayat diatas. iv. iaitu: i.

2. Ayat 2 = Budak itu membaca buku. Begitu juga keadaannya bagi peluasan yang melibatkan frasa predikat. Ayat 1 = Lelaki itu sudah pulih. Dalam peluasan yang melibatkan subjek.3. Frasa nama yang akan mengalami relativisasi mestilah berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang akan dipancangkan. Ayat 2 = Ibu itu sakit. frasa nama yang hendak direlativisasikan mestilah berfungsi sebagai subjek. Ayat 2 = Orang itu sakit.subjek ayat yang menerima pancangan. Contohnya: .2 Peluasan Frasa Predikat. Harus diingat bahawa proses relativisasi hanya boleh berlaku apabila kedua-dua subjek frasa nama itu serupa. Contoh lain: Ayat 1 = Orang itu sudah pulih. Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan kata relati yang.  Orang yang sakit itu sudah pulih.  Budak yang membaca buku itu adik saya. Contohnya: Ayat 1 = Budak itu adik saya.  *Lelaki yang ibu itu sakit sudah pulih. Berikut merupakan contoh ayat yang tidak mempunyai subjek frasa nama yang serupa tetapi melalui proses relativisasi.

Ali mengusik budak itu. (relativisasi) Kami membeli rumah yang besar itu. seperti contoh dibawah: Mereka menaiki kereta itu. (relativisasi) . (relativisasi) Ali mengusik budak yang cantik itu. frasa nama dalam ayat yang dipancangkan hendaklah berfungsi sebagai subjek kepada ayat pancangan tersebut untuk memungkinkan proses relativisasi terlaksana. Budak itu cantik. Rumah itu besar. Sebagaimana yang diperjelaskan. Ali membeli kereta itu. Ali membeli kereta itu. Hanya sesudah ayat yang kedua atau ayat yang akan dipancangkan itu mengalami proses pasif. (relativisasi) *Mereka menaiki kereta yang Ali membeli itu. Contoh lain: Kami membeli rumah itu. Mereka menaiki kereta yang dibeli oleh Ali. barulah pembentukan ayat relatif melalui transformasi relativisasi menjadi gramatis. (pasif) Kereta itu dibeli oleh Ali. Perhatikan contoh yang berikut: Mereka menaiki kereta itu.

 Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat. dan sebagainya. Ayat “Ali sakit tenat” berubah fungsinya menjadi frasa nama dan dipancangkan kepada binaan “Dia melaporkan sesuatu.3. Ali sakit tenat. Contohnya: Ayat 1 = Ali berbasikal ke sekolah. walaupun. Peluasan boleh juga terjadi melalui proses komplementasi. Peluasan boleh juga berlaku melalui proses penggabungan ayat yang melibatkan dua konstituen yang sama dengan menggunakan kata hubung seperti dan. Ayat 2 = Osman berbasikal ke sekolah. Ayat 2 = Lucy tidak mahu ke bandar. tetapi.3 Peluasan dengan Kata Hubung. Contoh lain: Ayat 1 = Fatimah hendak pergi ke bandar. 2. Perhatikan ayat dibawah.”.4 Peluasan melalui Proses Komplementasi... jika.2. Setiap kata hubung ini boleh digunakan bagi menggabungkan dua ayat atau lebih untuk menghasilkan ayat terbitan yang bersifat peluasan. Perkataan bahawa dimaksudkan sebagai tanda berlakunya proses komplementasi. .  Ali dan Osman berbasikal ke sekolah. iaitu proses yang mengubah sesuatu ayat menjadi satu frasa nama.3. Dia melaporkan sesuatu.  Fatimah mahu pergi ke bandar tetapi Lucy tidak mahu pergi. kerana. dan memancangkannya pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat tersebut.

1 Analisis ayat pertama. Pada suatu hari Fatihah pergi ke pasar minggu. Doktor dan jururawat merawat Fatihah. Dia hendak membeli buahbuahan dan kuih-muih. 3. iv. pada = Kata sendi nama suatu = Kata bilangan hari = Kata nama a) pergi ke pasar minggu = Frasa Kerja i. Jururawat pula memberi ubat kepada Fatihah supaya lekas sembuh. ii. pada suatu hari = Keterangan ii. Frasa sendi nama iaitu “pada suatu hari” telah mengalami proses pendepanan iaitu dalam susunan ayat songsang. Kakinya yang patah itu disimen. Pada suatu hari Fatihah pergi ke pasar minggu. .0 PENGANALISIAN JENIS FRASA DALAM AYAT. Ketika dia berjalan. Fatihah merupakan kata nama dan menjadi inti dalam frasa nama.3. Doktor memeriksa kesihatan Fatihah. Kaki kirinya patah. Manakala predikat bagi ayat ini ialah “pergi ke pasar minggu pada suatu hari”. dia dilanggar oleh sebuah lori kecil. iii. pergi = Kata kerja ke = Kata sendi nama pasar minggu = Kata nama b) Fatihah = Frasa nama Frasa Nama + Frasa Kerja Subjek bagi ayat ini ialah Fatihah. Subjek Predikat Pada suatu hari Fatihah pergi ke pasar minggu a) Pada suatu hari Fatihah = Frasa nama i. iii.

membeli = Kata kerja b) buah-buahan dan kuih-muih = Frasa nama iii.2 Analisis ayat kedua. iv.3. . Perkatan “membeli” yang hadir selepas kata bantu ragam “hendak” merupakan kata kerja. a) Dia = Frasa nama a) hendak membeli = Frasa kerja i. hendak = Kata bantu ragam ii. buah-buahan = Kata nama kuih-muih = Kata nama Frasa Nama + Frasa Kerja Subjek bagi ayat ini ialah “dia” yang merupakan kata nama dan menjadi inti di dalam frasa nama. Manakala predikatnya pula ialah “hendak membeli buah -buahan dan kuih-muih” yang merupakan frasa kerja. Dia hendak membeli buah-buahan dan kuih-muih. Subjek Predikat Dia hendak membeli buah-buahan dan kuihmuih.

Manakala predikat bagi ayat ini pula ialah “dilanggar oleh sebuah lori kecil” yang merupakan frasa kerja.3. dia = Kata nama berjalan = Kata kerja a) dilanggar oleh sebuah lori kecil = Frasa kerja i. iii. Subjek Predikat Ketika dia berjalan. iv. Inti dalam frasa nama ini ialah kata nama “dia”. Perkataan “dilanggar” merupakan kata kerja dan “lori kecil” merupakan kata nama yang berperanan sebagai objek bagi kata kerja tersebut. ketika = Kata hubung pancangan iii. ii. dia” yang merupakan frasa nama bagi ayat ini. Ketika dia berjalan. ketika dia berjalan = Keterangan ii. . iv. a) ketika dia berjalan. Objek ini berfungsi sebagai penerang kepada perkataan dilanggar. dia dilanggar oleh sebuah lori kecil.3 Analisis ayat ketiga. dilanggar = Kata kerja oleh = Kata sendi nama sebuah = Kata bilangan lori kecil = Kata nama b) dia = Kata nama Frasa Nama + Frasa Kerja Subjek bagi ayat ini ialah “ketika dia berjalan. dia dilanggar oleh sebuah lori kecil. dia = Frasa nama i.

a) kaki kirinya = Frasa nama i. Manakala predikatnya pula ialah “patah” yang merupakan frasa adjektif dalam ayat ini.3. Subjek Predikat Kaki kirinya patah. kaki = Kata nama kirinya = Penerang adjektif a) patah = Frasa adjektif i. patah = Kata adjektif Frasa Nama + Frasa Adjektif Subjek bagi ayat keempat ini ialah “kaki kirinya” yang merupakan frasa nama dalam ayat tersebut. ii. Perkataan “patah” merupakan kata adjektif dalam frasa adjektif. . “kaki” merupakan kata nama dan menjadi inti dalam frasa nama tersebut.4 Analisis ayat keempat. Kaki kirinya patah.

doktor = Kata nama dan = Kata hubung jururawat = Kata nama a) merawat Fatihah = Frasa kerja i. Manakala predikat bagi ayat ini ialah “merawat Fatihah” yang merupakan frasa kerja bagi ayat ini. Apabila dihubungkan dengan kata hubung „dan‟ maka terbentuklah frasa nama bagi subjek. a) doktor dan jururawat = Frasa nama i. ii. . Perkataan “merawat Fatihah” ini merupakan frasa kerja transitif dengan objek dimana kata kerja disusuli dengan kata nama sebagai objek. Subjek Predikat Doktor dan jururawat merawat Fatihah. ii.3. Terdapat dua inti bagi frasa nama ini iaitu doktor dan jururawat. iii. merawat = Kata kerja Fatihah = Kata nama Frasa Nama + Frasa Kerja Subjek bagi ayat ini ialah “doktor dan jururawat” yang merupakan frasa nama dalam ayat ini.5 Analisis ayat kelima. Doktor dan jururawat merawat Fatihah.

Dalam bahagian subjek ini ada juga frasa adjektif dimana boleh dilihat dalam ayat “yang patah itu”. Frasa nama “kaki” ialah kata nama dan mempunyai unsur keterangan iaitu kata pembenda “–nya”. Kakinya yang patah itu disimen. Subjek Predikat Kakinya yang patah itu disimen a) kakinya yang patah itu = Frasa nama i. v. iv. Melihat pula dalam bahagian predikat dimana perkataan “disimen” merupakan frasa kerja. iii.3. kaki = Kata nama nya = Unsur keterangan yang = Kata hubung relatif patah = Kata adjektif itu = Penentu belakang a) disimen = Frasa kerja i. . disimen = Kata kerja Frasa Nama + Frasa Kerja Subjek bagi ayat ini ialah “kakinya yang patah itu” yang merupakan frasa nama bagi ayat ini.6 Analisis ayat keenam. ii. Perkataan “yang” merupakan kata hubung relatif bagi bersambung dengan kata adjektif “patah” dan disusuli pula dengan penentu belakang “itu”.

7 Analisis ayat ketujuh. Doktor memeriksa kesihatan Fatihah. doktor = Kata nama a) memeriksa = Frasa kerja i. “kesihatan Fatihah” dipecahkan kepada dua bahagian dimana “Fatihah” merupakan penerang kepada kata nama inti “kesihatan” dalam bahagian predikat.3. Subjek Predikat Doktor memeriksa kesihatan Fatihah. Fatihah = Kata nama (penerang) Frasa Nama + Frasa Kerja Subjek bagi ayat ini ialah “doktor” yang merupakan frasa nama bagi ayat ini. a) doktor = Frasa nama i. Perkataan ini merupakan inti bagi frasa nama dalam bahagian subjek. . memeriksa = Kata kerja b) kesihatan Fatihah = Frasa nama ii. kesihatan = Kata nama (inti) iii. Predikat bagi ayat ini ialah “memeriksa kesihatan Fatihah” yang merupakan frasa kerja dimana kata kerja “memeriksa” itu kata dasarnya daripada perkataan “periksa” dan disus uli pula dengan kata nama “kesihatan Fatihah”.

ii. ii. Frasa kerja ini pula terbahagi kepada dua iaitu frasa kerja dan frasa sendi nama. Inti bagi frasa ini ialah “jururawat” manakala “pula” merupakan penerang kepada inti tersebut.3. pula = Penerang a) memberi ubat = Frasa kerja i. Perkataan “memberi” merupakan kata kerja dan menjadi inti bagi frasa kerja dan “ubat” ialah kata nama yang berfungsi sebagai objek kerana frasa ini merupakan frasa kerja dengan objek. a) jururawat pula = Frasa nama i. Frasa utama bagi predikat ini ialah frasa kerja. kepada = Kata sendi Fatihah = Kata nama c) supaya lekas sembuh = Frasa keterangan Frasa Nama + Frasa Kerja Subjek bagi ayat ini ialah “jururawat pula” yang merupakan frasa nama dalam bahagian subjek ayat ini. Subjek Predikat Jururawat pula memberi ubat kepada Fatihah supaya lekas sembuh. Jururawat pula memberi ubat kepada Fatihah supaya lekas sembuh. memberi = Kata kerja ubat = Kata nama (objek) b) kepada Fatihah = Frasa sendi nama i.8 Analisis ayat kelapan. Bagi frasa kedua. “kepada” . jururawat = Kata nama (inti) ii. Predikatnya pula ialah “memberi ubat kepada Fatihah supaya lekas sembuh” yang merupakan frasa kerja dalam bahagian predikat ayat ini. Frasa kerjanya ialah “memberi ubat” dan frasa sendi nama ialah “kepada Fatihah supaya lekas sembuh”.

.ialah kata sendi nama manakala “supaya lekas sembuh” merupakan frasa keterangan sahaja dimana ia boleh hadir ataupun tidak. ia tidak menggangu makna yang ingin disampaikan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful