LINGUISTIK UNTUK GURU BAHASA

Betulkah Guru Bahasa Malaysia Memerlukan Pengetahuan Linguistik? Perkara ini memang telah lama dan selalu dipersoalkan oleh guru dan orang ramai. Semenjak linguistik menjadi satu disiplin yang popular, ahli linguistik juga kerap bertanyakan hal yang sama. Hal ini berlaku bukan kerana mereka tidak tahu kegunaan linguistik. Memang betul ramai antara ahli linguistik yang jarang memikirkan tentang kegunaan linguistik. Mereka hanya kerap berkecimpung dengan teori dan analisis linguistik sahaja. Sebenarnya memang ramai ahli linguistik yang telah mencuba menggunakan linguistik dalam bidang lain. Ramai ahli linguistik yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengajaran bahasa. ada pula yang berusaha dalam bidang terjemahan, sosiolinguistik, psikolinguistik, dan sebagainya. Di samping itu banyak lagi kegunaan linguistik. Mungkin juga bukan ahli linguistik yang harus menentukan bahawa ilmu linguistik itu berguna dalam pendidikan, tetapi, terpulanglah kepada para pendidik untuk menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran. Walau bagaimanapun, linguistik ialah satu ilmu baharu yang berkembang pesat, walaupun sebenarnya ilmu ini telah mula dikenali sejak zaman kesarjanaan Yunani dahulu lagi. Tetapi ilmu ini tidak begitu mudah difahami. Tambahan pula, kebanyakan buku linguistik sukar untuk dibaca dan difahami. Perkembangan linguistik amat pesat berlaku dan ini menambahkan kesukaran untuk memahaminya. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat bilangan jabatan pengajian linguistik yang telah dibuka di universiti-universiti, dan banyak pula kajian dijalankan serta penerbitan dihasilkan tentang linguistik. Kesemua perkembangan ini telah menambahkan kebingungan orang ramai. Itulah sebabnya linguistik dilihat dengan penuh kesangsian dan sukar diterima, dan malah kadang-kadang ada pihak yang terus menolaknya. Sebenarnya, kalau linguistik ini ditolak, bukanlah kerana kegunaannya kurang, tetapi kerana linguistik itu tidak dimengertikan dan tidak digunakan dengan baik. Guna Linguistik dalam Pengajaran Bahasa Kegunaan linguistik itu memang menjadi soalan yang selalu dikemukakan oleh ramai orang. Apakah gunanya linguistik terhadap pengajaran bahasa moden? Jadi bersidanglah seramai lebih kurang 200 orang ahli linguistik di Stockholm pada tahun 1963. Persidangan ini telah melahirkan Persatuan Linguistik Gunaan Antarabangsa. Persidangannya yang pertama diadakan di Nancy dan Persatuan itu menumpukan seluruh perhatian terhadap pengajaran bahasa moden. Banyak daripada butir dan isu yang disebut dalam makalah ini dikutip daripada laporan persidangan tersebut, iaitu Linguistic Theories and Their Applications, AIDELA (1967). Seseorang penulis buku linguistik akan tentu dapat menyenaraikan banyak kegunaan ilmu linguistik. Kita boleh melihat kegunaan linguistik itu dalam bidang neurologi, matematik, sains maklumat, logik, falsafah, epistemologi, sejarah sosial, kesusasteraan,

fonologi. morfologi. 9-40) telah menunjukkan beberapa kejayaan sarjana Yunani. Linguistik Bermula daripada Tatabahasa Tradisional Memang selalu kita mendengar guru mengatakan mereka tidak memerlukan linguistik untuk mengajarkan bahasa Malaysia. Lihat sahaja butir-butir semua panduan kursus TESL/TEFL/TESOL yang ditawarkan oleh sebarang universiti atau maktab di manamana sahaja. Semuanya memasukkan fonetik.C.filologi. semantik. Ini menimbulkan persoalan. tetapi telah dapat mengajarkan bahasa Malaysia dengan baik. Baru-baru ini linguistik juga digunakan dalam terjemahan melalui komputer. sintaksis. linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. tatabahasa. Kita ketepikan semua soalan ini dan ambil satu sahaja. Linguistik telah lama digunakan oleh guru bahasa. Seseorang guru yang menggunakan sebuah buku tatabahasa lama untuk mengajarkan sebutan. iaitu linguistik tradisional. sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik. sosiologi. dan dilengkapi pula dengan segala macam alat dan kemudahan. Penggunaan linguistik dalam pengajaran selalunya dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik. dalam buku S. sintaksis. Ada ramai guru bahasa Malaysia. Ini juga linguistik dalam pengertian yang luas. Kajian ini berterusan hingga ke hari ini. Linguistik dalam Kursus Perguruan Kalau mahu mencari bukti lain bahawa linguistik itu berguna dalam pengajaran bahasa. Diller (1971). Tajuk-tajuk lain juga mungkin termasuk. D.Strevens (1977).A. Memanglah sarjana-sarjana Yunani ini memikirkan hal bahasa dan masalah-masalah yang timbul daripada penyelidikan bahasa. tidaklah bijak kalau kita hanya memandang sepi terhadap segala perkembangan ini dan masih meragui kegunaan linguistik dalam pengajaran bahasa. mereka menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pernyataan preskriptif dan normatif. Kita tidak harus berlagak seperti Pak Pandir dan menganggap linguistik baru sahaja ditemui. hal ini memulakan apa yang kita kenali sebagai ilmu linguistik dalam pengertian yang luas. Wilkins (1972). dan banyak lagi hasil karangan sarjana lain.H. Ini terkandung. Linguistik ini satu ilmu yang sudah lama dipelajari. kita tidak perlu pergi jauh. Hal ini boleh jadi benar. atau makna. dan kadang-kadang termasuk juga tajuk-tajuk lain seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik yang masing-masing memberi tumpuan kepada teori pemerolehan dan keadaan bahasa. tidak pun mendengar istilah linguistik. tetapi masih menghasilkan pelajar yang kadang-kadang tidak pun boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik dan sempurna. Dengan itu. dan semantik ke . psikologi. Corder (19730. K. Sudah banyak kajian dan pendebatan ditumpukan kepada implikasi pengajaran yang terkandung dalam ilmu linguistik. P.P. R. fonologi. bezanya hanyalah. tetapi. Robins (1967 hlm. antropologi. misalnya. Betulkah linguistik itu diperlukan oleh guru bahasa Malaysia? Ada satu perkara yang jelas. dan pedagogi. lebih-lebih lagi daripada generasi yang lalu. Hari ini guru bahasa diberi pengetahuan linguistik.

seperti: + animat. dan sebagainya. Ini ialah inti ilmu linguistik. Ia juga memberikan senarai struktur atau suatu sistem rumusan bagi sesuatu bahasa yang boleh digunakan dalam kursusnya. Sama ada secara langsung atau tidak. atau ciri-ciri nahuan kata. Tentulah tidak dapat kita sangkal asas teori bahawa sebarang pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran itu penting dalam pengajaran mata pelajaran tersebut. Hal ini mungkin memainkan peranan penting dalam menentukan tujuan. lebih-lebih lagi bagaimana kursuskursus bahasa diajarkan. dan semantik mana-mana bahasa itu berguna dalam pengajaran bahasa tersebut. bagaimanakah kita dapat mengatakan linguistik itu penting untuk pengajaran bahasa? Jawapannya akan dapat kita ketahui dengan melihat bagaimana fonetik. Roulet (1975: 65-75) memberikan enam kegunaan linguistik dalam pengajaran bahasa: Teori linguistik memberikan maklumat tentang struktur dan fungsi sistem bahasa itu secara umum kepada guru bahasa. Deskripsi bahasa juga memberi guru bahasa itu suatu pengetahuan tentang unit-unit unsur seperti fonem. Perkara-perkara ini tidak akan diajarkan kalau tidak penting dalam pengajaran bahasa. Frasa Kerja. isi. . fonologi. Ini ialah kesejagatan bentuk seperti jenis-jenis rumusan yang berlainan dalam tatabahasa transformasi generatif (rumus penyingkiran. tagmem. Deskripsi linguistik itu merupakan asas teori sesuatu bahasa. E. Teori linguistik juga memberikan suatu bahasa perantaraan kepada guru. morfem. begitu juga kursus perguruan untuk bakal pengajar bahasa Malaysia. Sebuah deskripsi bahasa akan menyedarkan guru tentang struktur bahasa yang akan diajarkan. teori linguistik tentang pemerolehan bahasa mempengaruhi perkaedahan pengajaran bahasa. dan pendekatan sesebuah kursus bahasa. morfologi. Tentu sekali pengetahuan ini berguna dalam pengajaran bahasa. Deskripsi linguistik memberi deskripsi bahasa: struktur dan fungsi bahasa itu. Ada banyak cara linguistik itu boleh menjadi berguna kepada seseorang guru bahasa. rumus transformasi. dan sebagainya) dan keseragaman kategori-kategori seperti Frasa Nama. sintaksis. + statif. semuanya mengandungi unsur-unsur linguistik.dalam kursusnya. Kalau demikian. Semua perkara ini boleh dipakai oleh guru dalam pengajaran bahasa. dan seterusnya. dan dengan itu dapat meningkatkan kualiti isi linguistik dalam kursus bahasa.

.Suatu deskripsi bahasa memberikan satu sistem rumusan yang berentetan. linguistik memang mempengaruhi pengajaran bahasa. ahli linguistik bukanlah memberikan teori atau deskripsi bahasa. Walau bagaimanapun. Ketiga. tetapi tidak memberikan cara mengajar yang paling baik. Oleh itu mereka hendaklah tahu hubungannya antara linguistik dengan pengajaran bahasa. Ada banyak sebab yang menimbulkan keadaan ini. sebarang perkembangan dalam bidang linguistik itu. tetapi biarlah dihadkan kepada keperluan semasa. nampaknya seolah-olah berbelit-belit sehingga menakutkan. Banyak daripada maklumat demikian yang akan dipakai untuk mengajarkan bahasa. Kadang-kadang rentetan itu tidaklah perlu dituruti secara rapi. walau bagaimanapun. Berapa Banyakkah Pengetahuan Linguistik yang Perlu Diketahui oleh Guru Bahasa? Mungkin ramai antara guru bahasa yang tidak begitu jelas mengetahui manfaat yang boleh mereka dapati daripada ilmu linguistik. janganlah disalahmengertikan sebagai suatu sebab untuk membuat perubahan. dan mungkin terus kecewa. Ini boleh digunakan untuk membentuk bahan mengajar. D. tetapi tidaklah pula selalunya begitu. Dengan kata lain mereka tidak mengetahui kegunaan linguistik di dalam bilik darjah. supaya mereka tidak berasa begitu gusar semasa menghadapi linguistik untuk pertama kalinya. Begitu jugalah dengan deskripsi tatabahasa transformasi. Guru bahasa memang memerlukan linguistik. Bagi ramai guru bahasa. seseorang guru bahasa harus akan menjadi gusar. Pertama. Ini bukalah kesalahan guru bahasa sahaja. Misalnya. Pertama. Kedua. Susah kita hendak menerima bagaimana sebuah bahasa itu boleh diajarkan tanpa sebuah deskripsi bahasa. linguistik memberikan deskripsi yang lengkap tentang bahasa. Pengajaran bahasa itu tentu sentiasa mempengaruhi deskripsi bahasa. dalam usaha mempelajari sistem bunyi bahasa Malaysia. Linguistik hanya memberikan teknik analisis. linguistik ini masih asing dan mereka kurang faham bagaimana tatabahasa menghubungkannya dengan tugas mengajar sehari-hari. tentu ada pula yang memerlukan penyesuaian untuk diajarkan. kalau dia diberikan bahan tertulis dalam bentuk ciri-ciri pembeza.A. tetapi seseorang guru bahasa itu hendaklah menyesuaikan maklumat tersebut untuk tujuan dan kepentingannya. sifat ilmu linguistik itu dan banyaknya bahan tentang linguistik itu harus akan membunuh sebarang minat seseorang guru bahasa yang kurang keyakinannya terhadap linguistik. Mereka ini perlulah diberi versi yang sudah dipermudah. Wilkins (1972) menyatakan ada tiga jenis hubungan tersebut. Kedua-dua ahli linguistik dan guru bahasa menggunakan bahasa yang sama lain. Selalunya deskripsi tersebut penuh pula dengan simbol-simbol matematik.

dan juga dalam usaha menentukan bidang linguistik yang diperlukan oleh guru bahasa. Linguistik hanya mengambil jalan lain untuk menuju tempat yang sama. misalnya: B Arthur (1973). Linguistik Adalah Bahan Mata Pelajaran Apa yang jelas ialah seseorang guru itu hendaklah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang mata pelajaran yang diajarkannya. Jadi. Linguistik Gunaan Oleh sebab kesukaran ini. maka terdapatlah beberapa buah buku yang dikarang oleh ahli linguistik bertujuan khusus untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kita haruslah dapat bergerak bersama-sama perkembangan. K. seperti kata Wilkins (1972). Sebenarnya. M. tetapi guru bahasa hanya terlibat dengan satu bahasa sahaja. P. tetapi tatabahasa tradisi juga mungkin dapat memberikan maklumat yang sama. untuk dimanfaatkan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. dan ahli linguistik mengharapkan guru menggunakan hasil deskripsi bahasa yang dibuatnya. Dia mungkin tidak akan mendapat satu pun pengetahuan hal yang sama dalam bentuk dan ungkapan baharu. linguistik memang mempunyai kegunaan positif yang banyak. Lim Keat Boey (1975). dan ini adalah satu daripada perkembangan yang menuntut penyertaan kita. kalau diambil kira bahasa kandung pelajar itu. bahawa seorang guru yang cukup matang dalam tatabahasa tradisi mungkin mendapati bahawa deskripsi bahasa yang dibuat oleh ahli linguistik moden itu mengecewakan. sebagai yang kita akan bincangkan kelak. Strevens (1977). Kehoe (1968). Perbezaanperbezaan ini seharusnya membawa perhubungan yang saling melengkapi antara guru dengan ahli linguistik.C. jadi. mungkin dua. bidang inilah yang dikenali sebagai linguistik gunaan. guru lebih rapat berhubung dengan aspek normatif bahasa itu daripada aspek deskripsinya. Guru bergantung pada ahli linguistik untuk mendapatkan bahannya.K. Memang kadang-kadang bahan tersebut tidak berbeza isinya daripada tatabahasa tradisi. Ahli linguistik cuba bersikap objektif dan saintifik dalam menganalisis data daripada sesuatu bahasa. gunanya linguistik itu ialah memberi maklumat dan analisis yang dihasilkan daripada deskripsi sesuatu bahasa tersebut. dan lain-lain lagi. M. Tetapi memang tidak boleh disangkal bahawa salah satu daripada sumbangan linguistik ialah memberi pandangan baharu terhadap pengajaran bahasa. Deskripsi sesuatu bahasa itu bolehlah menjadi bahan mengajar. Memang ada banyak hal baharu yang terdapat dalam linguistik.Guru Memerlukan Linguistik Normatif Memang perlu juga dimengertikan bahawa ada bezanya antara seorang guru bahasa dengan ahli linguistik. Diller (1971). dengan alasan . Halliday et al. Tetapi kita hendaklah juga sedar.A. Jadi. Seseorang ahli linguistik berhadapan dengan banyak bahasa. (1973). tetapi seseorang guru bahasa hanya mengajarkan bentuk dan norma baku bahasa itu. Seorang guru matematik mesti mengetahui matematik pada peringkat yang hendak diajarkannya. Ada banyak kegunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa.

yang sama. termasuklah sebarang penjelasan dan cara sistem bahasa itu berlaku untuk dijadikan bahan mengajar.. seperti bahasa Cina dan India. Mungkin inilah sikap yang paling mudah boleh dipegang oleh seseorang guru bahasa itu. Secara ringkas dapat saya katakan selain jenis deskripsi tradisional. Inilah yang dikatakan tatabahasa pedagogi. .. dan kita hendaklah mengetahui teori yang hendak diambil untuk pengajaran bahasa. perancang persidangan mengingatkan bahawa linguistik ini boleh dibahagi dengan senang kepada bahagian-bahagiannya seperti ulas-ulas sebuah limau‟. bukan ilmu linguistik sahaja yang perlu diketahui oleh seseorang guru bahasa itu. Ini perlu dijelaskan lagi. Juga tidaklah dapat ditentukan nisbah antara linguistik dengan perkaedahan. Kita hanya perlu mengambil yang baik sahaja daripada setiap buah itu. Mengajar bahasa sebagai bahasa kedua memerlukan guru mengetahui masalah pelajar. Misalnya. ada aspek lain yang juga penting bagi guru. Memang hal ini tidak semudah itu apabila kita berhadapan dengan linguistik. Ada banyak teori linguistik. Sebenarnya kita boleh juga menentukan pengetahuan linguistik yang diperlukan sekiranya kita tahu rancangan bahasa yang akan diajarkan itu. atau sebarang bahasa atau dialek yang berkenaan. di Malaysia. seorang guru bahasa itu perlu juga mengetahui deskripsi bahasa kandung pelajar itu. Kalau dia memilih buah lain sebagai bandingannya. Memang patut juga guru bahasa itu mengetahui seluruh deskripsi bahasa itu. Sesiapa yang mengajar pertuturan hendaklah mengetahui sistem bunyi bahasa tersebut. Apakah Jenis Linguistik yang Diperlukan? Soalan ini mengingatkan saya kepada suatu iktibar yang diberikan oleh seorang peserta dalam Persidangan Linguistik di Stockholm pada tahun 1963. dan jangan terlalu bimbang tentang apa teorinya. dalam bidang analisis dan deskripsi. dan tidak perlu berasa lemas kerana ada terlalu banyak teori linguistik itu. Apa yang jelas ialah bahawa linguistik itu adalah penting dalam melatih guru bahasa. Dia juga perlu tahu teori-teori linguistik yang akan berguna baginya semasa mengajar. Jadi. tetapi sebelum itu perlulah diberi sedikit definisi linguistik dan jenis-jenis teori yang wujud sekarang. „. kita tidak perlu bimbang tentang apa jenis buah yang kita makan. Linguistik sahaja tidak akan dapat membentuk guru bahasa yang baik. guru bahasa hanya perlu mendapatkan sesuatu faedah daripada teori itu. seorang guru bahasa memerlukan deskripsi bahasa tersebut. tidak banyak terdapat deskripsi dan penjelasan tentang mana-mana bahasa telah dijalankan dengan lengkap untuk diambil dan digunakan oleh guru. Kalau kita perluaskan iktibar yang sama. mungkin akan terdapat persidangan yang lain dengan perhubungan dan kesimpulan yang berlainan pula. Dia berkata. linguistik amat tidak memuaskan. Ini hanya boleh dicapai sekiranya guru mengetahui kebiasaan bahasa pelajar. Iktibar ini baik. Ada banyak teori linguistik tetapi bukan semuanya telah diterapkan sepenuhnya untuk kegunaan guru. Misalnya. Misalnya.

dan The Syntax of Interrogatives oleh Mashudi Kader (1981). dan objektif (F. Misalnya. F. R. Dalam mendefinisikan teori-teori linguistik ini. bidang linguistik tidaklah merupakan sesuatu yang hanya dihasilkan menurut agakan. Ini bermaksud bahawa linguistik itu adalah satu bidang ilmu yang lengkap dengan teori dan perkaedahannya. Walau bagaimanapun. Jadi.a. sintaksis. Di samping buku deskripsi tatabahasa bahasa Malaysia ini terdapat pula beberapa buah kamus seperti . Bahan bahasa yang sudah dianalisis ini bolehlah disifatkan sebagai menjadi bahan untuk mengajarkan bahasa. Kita akan melihat contoh yang dimaksudkan. Setakat ini sebenarnya mazhab inilah yang menghasilkan deskripsi bahasa yang agak lengkap dengan erti kata bahawa deskripsi itu meliputi semua aspek bahasa. dan ketepatan hasilnya boleh diuji. tekaan atau emosi seseorang penulis sahaja. Istilah „saintifik‟ itu bermaksud bahawa dia menggunakan eksperimen terkawal yang mengandungi faktor-faktor variabel yang telah ditentukan dengan secara objektif. Ini berlaku semasa membentuk gabungan bunyi-bunyi yang mungkin dan dalam membentuk gabungan unsur-unsur yang bermakna dalam sesuatu bahasa itu.F. Dinneen 1967:4). Mazhab ini dianggap sebagai mazhab struktur deskriptif. Guru bahasa memang telah lama bergantung pada deskripsi bahan yang demikian untuk menjalankan tugasnya sebagai guru di dalam bilik darjah.R. Perkaedahannya juga diterangkan supaya hasilnya dapat diberi verifikasi. Deskripsi bahasa itu dalam bentuk tatabahasa tradisi boleh juga digunakan. Bahasa Malaysia Syntax oleh Nik Safiah Karim (1978). ini termasuklah fonetik. C. Jadi. deskripsi demikian tidak boleh dikatakan sesuai dengan ilmu linguistik moden sahaja. Robinss. Z. dan leksikon. untuk bahasa Malaysia sudah terdapat kajian seperti The Malay Sound System oleh Yunus Maris (1980). Seorang ahli linguistik sahaja tidak mungkin berbuat demikian. Palmer. Mazhab ini telah banyak mengeluarkan deskripsi bahasa. dan lain-lain. kajian saintifik ini hendaklah empirikal. Bloomfield.Linguistik bolehlah didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa (J. Dia mengatakan bahawa deskripsi bahasa itu pada asasnya adalah bunyi-bunyi yang boleh dideskripsikan secara linear dan sistematis. Tidak ada guru yang akan dapat mengajarkan bahasa tanpa pengetahuan deskripsi linguistik bahasa itu. kita tidak bermaksud untuk hanya mengemukakan model-model deskripsi linguistik yang utarakan oleh beberapa mazhab linguistik sahaja. dan dipelopori oleh sarjana-sarjana seperti L. Gleason. The Morphology of Malay oleh Abdullah Hassan (1974).H. Guru Memerlukan Pendeskripsian Bahasa Ungkapan Dinneen (1967) dalam mendefinisikan bahasa. Hockett. Harris. Contoh deskripsi yang paling popular ialah deskripsi struktur yang dijalankan dalam tahun 50-an. Kita patut juga menerima deskripsi dan penjelasan yang diterbitkan oleh ilmu linguistik secara umumnya. sebagai yang telah lama berlaku. morfologi. h. fonologi. Lyons 1968: 1). bahan demikianlah yang dihasilkan oleh ramai sarjana linguistik. amatlah sesuai digunakan di sini. The Malay Phonology and Morphology oleh Farid Onn (1976). khusus.

dalam hal ini. . Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia oleh Abdullah Hassan (1986). Tatabahasa Tingkatan (S. mengajarkan sebutan dengan berpandukan ciri-ciri pembeza memang tidak akan memudahkan guru atau pelajar. Pike 1954. tetapi tidak ada antara model ini yang pernah mendeskripsikan keseluruhan bahasa. Glosematik (J. 1958 dan W. Tatabahasa Skala dan Kategori (M.M. Teori deskripsi yang baharu ini menunjukkan beberapa kebaikan berbanding dengan deskripsi lama bahasa-bahasa. Chomsky 1957. Tetapi malangnya kebanyakan teori baharu ini hanya membuat deskripsi tentang sebahagian atau aspek kecil sesuatu bahasa itu sahaja. untuk berbuat demikian tatabahasa itu bukan hanya sekadar mampu menunjukkan perbezaan-perbezaan antara struktur ayat ayang pada permukaannya nampak serupa. dan Tatabahasa Dewan Jilid I: Ayat oleh Nik Safiah Karim et al.L. tetapi juga menunjukkan persamaan struktur sintaksis yang pada permukaannya kelihatan berbeza. Omar (1980). Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. (1986). Uldall 1930). Baru-baru ini ada pula Tatabahasa Hubungan. Anderson 1971). memang benar antara mode ini. Tatabahasa transformasi generatif yang amat popular itu pun tidak pernah mendeskripsikan mana-mana bahasa dengan lengkap. 1964. Mungkin agak sesuai tatabahasa transformasi generatif dijadikan dasar kepada latihan mengajarkan struktur. Halliday juga ada menyusun bahan mengajarkan bahasa Inggeris berdasarkan teori mazhab Inggeris yang menunjukkan kemampuan yang tinggi. Rumus penerbitan ayat-ayatnya adalah tersusun. tatabahasa. tetapi masih belum diusahakan sepenuhnya. Tidak ada yang menghasilkan deskripsi yang lengkap tentang mana-mana bahasa.A. Tatabahasa Kasus (J. J. Cooks 1969). bunyi. Halliday 1961)..Kamus Dewan (1970/1981). seperti yang disebut di atas tadi. tatabahasa transformasi generatif. Walaupun demikian kemungkinan terapannya agak jelas juga daripada contoh-contoh terhad yang diberikan. Tatabahasa Jenis Lain Di samping jenis deskripsi ini ada banyak teori dan model deskripsi bahasa. Apa sahaja teori atau model deskripsi bahasa ini. dan makna seperti inilah yang dapat dianggap berguna dalam pengajaran bahasa. dan tatabahasa mazhab Inggeris itu menunjukkan kemungkinan kegunaan yang berlebih sedikit. dan lain-lain. hasil dua tiga orang ahli linguistik mungkin diperlukan untuk mendapatkan deskripsi yang lebih lengkap tentang sesuatu bahasa itu. seperti. Memang ada beberapa teori moden yang nampaknya banyak mempunyai kebaikan atau gunanya dalam pengajaran bahasa.K. ia mestilah mampu mendeskripsikan seluruh bahasa itu sebelum hasilnya dapat dianggap berguna untuk pengajaran bahasa. Kemungkinan kegunaannya memang baik. Lamb 1966). Katz & P. Postal 1964). Tagmemik (K. Walau bagaimanapun. Oleh yang demikian kita hanya berbincang tentang kemungkinan penggunaan bahan-bahan demikian sahaja.J. Hanya bahan yang meliputi semua aspek bahasa. Mengajar Tatabahasa oleh Arbak Othman (1985). dan Tatabahasa Generatif (N.M.A.

apa yang difikirkan dasar oleh seorang ahli linguistik. linguistik bolehlah mempengaruhi pengajaran bahasa. tetapi. sikap yang sihat.Dalam mencadangkan penggunaan linguistik dalam pengajaran bahasa. memang betul. tatabahasa. Pengetahuan linguistik bahasa Malaysia itu akan menjadi alat sahaja. yang jelas ialah. Deskripsi Tatabahasa Perlu Tuntas Agak sukar juga bagi seorang ahli linguistik yang bukannya seorang guru menentukan jenis model linguistik yang diperlukan oleh seseorang guru bahasa. masih belum terjamin yang dia akan menjadi guru bahasa Malaysia yang biak. Deskripsi yang hanya sebahagian tidaklah akan berguna sangat. dan sebagainya. dan struktur makna dalam bahasa Malaysia. Misalnya. tatabahasa skala-dan-kategori. seperti bahan mengajar. kalaulah seorang guru itu telah belajar atau didedahkan kepada sistem bunyi. Setiap satu hal ini sama pentingnya. sosiolinguistik. mungkin tidak menjadi dasar kepada guru bahasa. dan sebagainya (Roulet 1975). Wilkins (1972) dan Roulet (1975) telah menunjukkan bahawa hubungan ini hendaklah berlaku dalam dua arah. Dalam penerapannya banyaklah isu yang boleh dibangkitkan. pengajaran bahasa bolehlah memakai hasil deskripsi linguistik seperti suatu rumusan tatabahasa. teori pemerolehan bahasa. diperlukan banyak sifat dan pengetahuan yang lain. apa yang dihasilkan oleh ahli linguistik itu mungkin tidak merupakan apa yang diperlukan oleh guru bahasa. Kita tidaklah perlu mementingkan sangat sama ada kita mengatakan bentuk pasif dalam bahasa Malaysia itu ialah “Apabila objek penderita menjadi subjek penderita atau FN1 + me + KK + FN2  FN2 + di + KK + oleh + FN1. alat bantu. dan sebagainya. tatabahasa kasus. Deskripsi ini tidaklah pula selalunya boleh digunakan tanpa sebarang penyesuaian. Hasil Penyelidikan Perlu Disesuaikan untuk Pengajaran Walau bagaimanapun.” Yang pentingnya ialah Ali memukul anjing menjadi Anjing dipukul oleh Ali. Untuk menjadi seorang guru yang baik. tatabahasa transformasi. Kesimpulan Dalam bab ini kita telah meninjau sedikit tentang bagaimana teori dan deskripsi bahasa dapat membantu pengajaran bahasa. Agak mustahil bagi . Ini akan membolehkan kita memahami bahan yang diajarkannya itu. Yang jelas ialah guru itu terpaksa memilih deskripsi dan pernyataan tatabahasa yang paling lengkap. atau tatabahasa hubungan. begitu juga. tatabahasa tagmemik. motivasi pelajar. Dengan itu memang ada faedahnya jikalau seseorang guru bahasa itu mempunyai pengetahuan linguistik walaupun sedikit supaya dia dapat memilih apa yang baik antara model deskripsi bahasa tersebut. kita hendaklah faham tentang arah penerapan tersebut. hasil deskripsi linguistik itu hendaklah disesuaikan. dan sebaliknya pengajaran bahasa hendaklah juga mempengaruhi linguistik. persekitaran yang mendorong. Hal-hal ini juga amat penting dalam pengajaran bahasa. misalnya. kaedah. sama ada tatabahasa tradisi.

maka harus ada banyak sebabnya. kegagalan mengajarkan bahasa Malaysia di sekolah itu boleh disebabkan oleh banyak hal. Inilah sumbangan besar linguistik kepada pengajaran bahasa. iaitu memberi maklumat tentang bahasa itu. Guru-guru seperti ini tidak akan berjaya. Wilkins (1972) mengatakan kita jangan harus menerima sahaja hasil linguistik dan terus mencari kegunaannya. Guru yang tidak mahir dalam bahasa Malaysia ditugaskan mengajarkan bahasa Malaysia. Kekurangan pengetahuan linguistik memangnya menjadi satu sebab. Latihan guru bahasa Malaysia juga menjadi sebab. Kalau seorang guru bahasa itu gagal mencapai tujuan sesebuah rancangan mengajarkan bahasa itu. . Misalnya.kita memahami bagaimana seorang guru itu akan dapat mengajarkan bahasa Malaysia tanpa pengetahuan sistem dan bagaimana sistem itu berlaku. Ada banyak sebabnya dan kita tidak harus menyalahkan mana-mana satu pihak sahaja. Apa yang patut dilakukan ialah kita mengenali semua masalah pengajaran bahasa dan kemudian baru melihat jawapannya dalam linguistik. iaitu guru yang tidak terlatih mengajar bahasa Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful