FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2013

HBEF3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: 830112115666001 : 830112115666 : 0169594886 : sitinoorzaihasramuhamad@oum.edu.my : PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH KELANTAN

HBEF3503

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Biodata Sekapur Sireh 1.0 Pendahuluan

Isi Kandungan

Halaman 2 3 4 5 5 6 7 8–9

2.0 Latar belakang 3.0 Rasional 4.0 Matlamat / Penyataan Masalah (Senario) 5.0 Objektif Penubuhan 6.0 Sasaran 7.0 Pengurusan Pendidikan Khas yang dijalankan oleh Badan Kerajaan 7.1 Keperluan Kesamarataan Hak Asasi 7.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti 7.3 Keperluan Sosial 8.0 Pengurusan Pendidikan Khas yang diuruskan oleh Badan Bukan Kerajaan 9.0 Polisi Kementerian Pelajaran Malaysia 10.0 11.0 12.0 13.0 Keperluan Logistik Sokongan Kesimpulan Apendiks

10 – 11 11 – 12 12 13

10.

11. 12. 13. 14. 15.

14 - 17 18 19 20 21

1

830112115666001

KELANTAN NO.TEL : 0169594886 2 830112115666001 . PASIR PUTEH. SELISING. 16810. 16800. JALAN JERTEH. KG PADANG PAK OMAR.HBEF3503 NAMA I/C T/LAHIR STATUS PENGKHUSUSAN : SITI NOORZAIHASRA BINTI MUHAMAD : 830112-11-5666 : 12 JANUARI 1983 : BERKAHWIN : PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PERKHIDMATAN : 8 TAHUN ALAMAT MAJIKAN : SEKOLAH KEBANGSAAN GAAL. PASIR PUTEH. KELANTAN ALAMAT RUMAH : LOT 592.

t yang Maha Besar lagi Maha Pemurah serta selawat dan salam ke atas Rasul pilihan Allah. yang telah banyak memberikan dorongan dan sentiasa menyokong dari belakang untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga buat kedua ibubapa. SAHABAT…. Terima kasih saya ucapkan buat keluarga tersayang. keluarga dan para sahabatnya. masa yang diperuntukkan telah digunakan sebaik mungkin untuk menimba ilmu yang boleh diaplikasikan dalam menyiapkan tugasan dan mendidik anak-anak bangsa.. Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah s.HBEF3503 Assalamualaikum w. 3 830112115666001 . Sokongan dan dorongan yang kalian berikan amat dihargai. beliau banyak memberikan tunjuk ajar dan input yang berguna.t……. Sekian. Akhir sekali. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerana sepanjang menyiapkan tugasan ini. kedua mertua dan adik-beradik yang sentiasa memberikan sokongan moral untuk menyiapkan tugasan untuk semester ini. Dengan berkat dan izin dariNya dapat saya menyiapkan tugasan bagi subjek Pendidikan Inklusif (HBEF3503) dengan bimbingan tutor atau EOS iaitu Encik Ros‟Haimi bin Mohd Yusoff. Walaupun hanya berinteraksi secara maya hanya beberapa kali. terima kasih. Banyak suka duka yang dilalui sepanjang menyiapkan tugasan ini.b. Tidak lupa juga buat rakan-rakan sekerja dan seperjuangan yang banyak membantu dan berkongsi pandangan. jutaan terima kasih diucapkan buat mereka yang memberikan sokongan dan dorongan secara langsung atau tidak langsung.w. TERIMA KASIH.

PENDAHULUAN Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Inklusif separa pula ialah murid ini berada di aliran perdana pada waktu mata pelajaran tertentu berdasarkan kemampuan pencapaian mereka. Inklusif bukan sahaja difokuskan kepada mata pelajaran teras malahan boleh dilaksanakan pada mata pelajaran bukan teras. Inklusif penuh membawa erti murid berkeperluan khas berada sepenuh masa di aliran perdana mengikuti semua kurikulum di sana. (Kamariah Jarji.HBEF3503 KERTAS KONSEP PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH 1. 4 830112115666001 . Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum perdana dengan tenaga pengajarnya juga adalah terdiri daripada guru-guru di aliran perdana. 1994). Bowe (1995):“ an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities”. Abraham. Inklusif terdiri daripada dua jenis iaitu inklusif penuh dan inklusif separa. INKLUSIF dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah menempatkan murid-murid bekeperluan khas di aliran perdana semasa pembelajaran samada di luar atau dalam bilik darjah.0. Morris and Wald (1993): “one in which children with and without disabilities learn and play together”.

berhaluan. ( Mohd Najib. jasmani. mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara” (Sabilah. Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan Ikrar masyarakat dunia di Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua 1990. peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. berdikari. nilai-nilai moral dan estetika. 2006). sosial. RASIONAL Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek. emosi. * * * * pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. rohani. 5 830112115666001 .HBEF3503 2. Program inklusif akan dapat memastikan: * * perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. beriman. taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara.0. pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kankakanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan pelbagai aspek seperti intelek. LATAR BELAKANG Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Negara iaitu “ Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran.0. berupaya. Oleh yang demikian. peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain. 2006) 3. bakat. menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

Dalam kelas yang sama. Dengan ini. MATLAMAT / PENYATAAN MASALAH (SENARIO) Pendidikan insklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Penyokong pendidikan inklusif berpendapat bahawa pengintegrasian pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa dalam satu kelas adalah lebih berfaedah untuk semua pelajar. 1995. Sailor. mampu berdikari dan berkeyakinan. Isu pendidikan inklusif adalah topik yang penuh kontroversi. guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dan ini menghasilkan pendidikan yang lebih baik untuk semua pelajar. Mereka menegaskan bahawa mengasingkan pelajar kurang upaya dan menepatkan mereka dalam kelas khas atau sekolah khas adalah tidak berkesan (Skrtic.HBEF3503 4. peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya. 6 830112115666001 .0. 1991).

Mereka juga dapat belajar memahami rakan. Ini kerana pertambahan peluangpeluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model).rakan „Khas‟ ini tanpa mengira perbeza. * Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama. kekurangan dan kecacatan. * Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan „Khas‟ sekelas mereka.0. 7 830112115666001 . * Pendidkan insklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan. mereka dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama. OBJEKTIF PENUBUHAN Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah.HBEF3503 5.

Rahman : Norazmanirah bt Othman : Kg Gong Genor. Surat Beranak Tarikh Lahir No. Kelantan 2. Pasir Puteh. menulis dan mengira). Mereka terdiri daripada kategori „Slow Learner‟ ataupun Lembam. Nama No Surat Beranak Tarikh Lahir No. Kesemua murid yang telah dikenalpasti iaitu seramai 3 orang merupakan murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang mempunyai potensi untuk terus maju dalam pelajaran. Nama No.HBEF3503 6. SASARAN Terdapat beberapa orang murid yang telah dikenalpasti untuk mengikuti Program Pendidikan Inklusif ini. Pasir Puteh. Kad OKU Kategori Nama Bapa Nama Ibu Alamat : Muhammad Amirul Ashraf bin Isaha : AY36876 : 08 April 2002 : LD000134 : Slow Learner : Isaha bin Ab. Murid-murid ini talah dapat menguasai kemahiran 3M (membaca. Berikut merupakan maklumat murid yang akan diserapkan ke Program Pendidikan Inklusif: 1. Kad OKU Kategori Nama Bapa Nama Ibu Alamat :Mohd Azrul Afendi bin Idris : BD15421 : 10 Ogos 2003 : PH000044 : Fizikal / Slow Learner : Idris bin Hassan : Rakiah bt Zakaria : Kg Sungai Gali. Kelantan 8 830112115666001 .0.

Pasir Puteh.HBEF3503 3. Nama No. Kad OKU Kategori Nama Bapa Nama Ibu Alamat : Nabila bt Mohamad : BB07672 : 14 Oktober 2002 : LD000029 : Slow Learner : Mohamad bin Said : Zuraidah bt Ibrahim : Kg Gaal Hilir. Surat Beranak Tarikh Lahir No. Kelantan 9 830112115666001 .

PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN KERAJAAN Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas.kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Ini kerana semua kanak. Dengan termaterai dua dasar tersebut. pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas.1. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi. dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar „Pendidikan Wajib‟ dan „Pendidikan untuk Semua‟ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Seksyen 41).0.kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi.masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing. Dalam Akta Pendidikan 1996. keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.HBEF3503 7. Keperluan Kesamarataan hak asasi Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. 7. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa 10 830112115666001 . Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak. pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H. Malahan mengasingkan kanak.

2. dan kekuatan rohani. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama. ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu. 7. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. demokratik. sosial. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya.HBEF3503 pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara. Keperluan Pendidikan Berkualiti Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi. Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Kajian menunjukkan bahawa kanakkanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. liberal dan dinamik. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas . moral dan etika. keadilan sosial.sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan 11 830112115666001 .

HBEF3503 pusat.3. takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. 12 830112115666001 . guru. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan. tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti pelajar. sekolah dan kerajaan. keluarga. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. 7. rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis. Bagi tujuan jangka masa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa. Keperluan Sosial Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak.

3. 2. pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non Government Organisations).0. 13 830112115666001 . Pusat Bimbingan Sinar Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas berkaitan dengan kemahiran hidup serta kemahiran sosial. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN Selain Kementerian Pelajaran Malaysia.HBEF3503 8. Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa yang terlibat dengan intevensi awal bagi kanak-kanak di antara 0 – 6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6 – 16 tahun. Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara 2 – 16 tahun. yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia. Kini. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah : 1. persatuan dan badan-badan sukarelawan. 4. ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.

iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program inklusif. POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITAN DENGAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.HBEF3503 9. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah pendidikan khas. dan ▪ Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Di Malaysia. kesukaran bertutur.0. murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut: ▪ Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain). hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Di Malaysia. Selaras dengan dasar sedia ada. kurang upaya fizikal. 14 830112115666001 . Hanya segelintir murid berkeperluan khas. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan khas. kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-mana agensi. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). dan disleksia. masalah pendengaran. kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan. kurang upaya pelbagai. dan masalah pembelajaran seperti autisme. Sindrom Down. ▪ Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas.

Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini. kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran). murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana.HBEF3503 Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan. mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas. Kedua. Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif. dan penambahan jumlah pakar bagi menangani 15 830112115666001 . Pertama. Kedua. kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif. kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi. Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994). Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada. dan masyarakat inklusif. tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian. iaitu pertama. Gelombang 1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya.

meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas. 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif. meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana. dan 16 830112115666001 . Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Dalam melaksanakan inisiatif ini. kepada 88.HBEF3503 pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50. Berdasarkan usaha ini. Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas.000 murid pada tahun 2011. Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of Education
 Organisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN). Daripada 88. menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar). menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA.000 murid.000 menjelang 2015.

membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid. 17 830112115666001 . Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO. dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan. dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. organisasi antarabangsa. dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi. sektor swasta. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka. dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025. guruguru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas. yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikan
 khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini. Dalam Gelombang Ketiga. KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi. Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif.HBEF3503 mengarah kepada pendidikan inklusif.

10. secara tidak langsung mereka dapat membantu untuk melaksanakan program tersebut.2 Bahan Bantu Mengajar / BBM Untuk memastikan keberkesanan sesuatu pembelajaran. perpustakaan atau Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan sebagainya. Bagi melaksanakan program Pendidikan Inklusif ini. KEPERLUAN LOGISTIK 10.1 Tenaga Pengajar / Guru Guru merupakan satu aset yang penting dalam melaksanakan sesuatu pendidikan. Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. terdapat beberapa orang guru yang mempunyai pengalaman dan terlatih yang agak lama dalam bidang pendidikan khas. Selain itu. LCD. terdapat juga guru-guru yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang atau matapelajaran tertentu seperti subjek MAtematik. 18 830112115666001 . bagi menjayakan program Pendidikan Inklusif ini.0. Antara bahan atau kemudahan yang telah sedia ada di sekolah ialah laptop. Namun begitu. terutamanya murid pendidikan khas. makmal komputer. Mereka juga perlu bekerjasama dengan guru kelas arus perdana untuk memperlihatkan hasil yang baik. Bahan Bantu Mengajar amat diperlukan supaya murid dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru. guru boleh memilih dan menggunakan bahan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid supaya murid tidak merasa bosan.HBEF3503 10. Oleh itu.

ibu bapa dapat bertukar-tukar fikiran sesame mereka bagi menyelesaikan masalah anak mereka. tenaga dan sebagainya.0. 19 830112115666001 .  Ibu bapa Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak terutamanya anak-anak istimewa.  PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah usaha bagi menggabungkan semua ibu bapa dan guru yang mengajar pendidikan khas. SOKONGAN  Pentadbir Dalam sebuah organisasi sesbuah sekolah.HBEF3503 11. Mereka dapat menyumbang dan berkongsi idea bagi saling membantu antara satu sama lain. Begitu juga dengan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif. pihak pentadbir perlu memainkan peranan yang utama dalam memberikan sokongan samada menyokong dari segi kewangan. Melalui persatuan ini. pihak pentadbir memainkan peranan yang penting sebagai tunggak kepimpinan organisasi. ibu bapa perlu memberikan sokongan yang padu dengan memberikan semangat untuk anak-anak istimewa ini terus berjaya dalam hidup mereka. Melalui usaha ini. semua ibu bapa dapat kenal lebih rapat lagi antara satu sama lain. Dengan itu.

Di samping itu juga. Program Pendidikan Inklusif. guru kelas biasa dan guru kelas pendidikan khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Disediakan oleh: _______________________ (SITI NOORZAIHASRA BINTI MUHAMAD) Setiausaha . murid-murid pendidikan khas belajar bersama-sama dengan murid normal dalam satu kelas yang sama dan diajar oleh guru yang biasadengan dibantu oleh guru sumber pendidikan khas. Ia bertujuan menggalakkan interaksi antara murid khas dengan murid normal di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanakkanak tanpa mengira perbezaan individu. Untuk kelas inklusif yang komunikasi semua yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancang. KESIMPULAN Program inklusif di Malaysia adalah mirip kepada konsep integrasi berfungsi yang dilaksanakan dalam dua cara iaitu inklusif penuh dan inklusif separa. Sekolah Kebangsaan Gaal 20 830112115666001 . Melalui program ini.HBEF3503 12.0. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan berkeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia di persada dunia. Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan diakui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak pendidikan khas.

Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Bahagian Sekolah. (1999). (1997). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan.Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Seaview Hotel Langkawi Ang Huat Bin.HBEF3503 13. Azrina Abdul Majid. (1996). ( 1994 ). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.0 APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI Abdul Mutalib Mohd Zain. Abdul Rahim Selamat. 21. Zaleha Tambi Adam. (1994). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Rohaty Mohd Majzub. 21 830112115666001 . Jurnal Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif di sekolah rendah. Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. (1997). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif.33-50 Saravanan A/L Veeramuthu. (2000).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful