UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI

)

KBC3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

TUGASAN TAMBAHAN: TEORI RENZULLI

BIL NAMA P 1. SHAHFINAS BINTI SHAHMURI 2. NIK HAZIRAH BINTI NIK MAT DIN

NO I/C 891101045390 900220035146

NO. MATRIKS D20091034736 D20091034780

POGRAM FAKULTI PENSYARAH KUMPULAN

: PENDIDIKAN KHAS (PINTAR CERDAS) : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA : DR. NASIR BIN MASRAN :A

1

0 Rumusan Rujukan 14 2 .0 3.0 ISI KANDUNGAN Joseph Renzulli : Satu Pengenalan Definisi pintar cerdas menurut Renzulli Teori Renzulli : Three-Ring Theory 3.2 Modul Pengayaan Triad 8 10 10 12 6.BIL 1.1 Modul Pengayaan Schoolwide 5.1 Kebolehan yang tinggi (Above-average ability) 3.0 2.0 5.3 Komitmen dalam tugas (Task Commitment) HALAMAN 2 5 6 7 8 8 4.0 Proses pembelajaran Pelajar Pintar Cerdas Model Renzulli 5.2 Kreativiti (Creativity) 3.

RENZULLI’S THREE RING DALAM PINTAR CERDAS NIK HAZIRAH BINTI NIK MAT DIN SHAHFINAS BINTI SHAHMURI ABSTRAK: Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk mengembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani. 3 . emosi. Berdasarkan konsep Teori Renzulli. 1. rohani dan intelek. sistem pendidikan mestilah mengambil kira setiap potensi dan keperluan setiap individu pelajar selaras dengan tahap perkembangan akal pelajar. beliau juga merupakan Fellow di dalam American Psycological Association dan merupakan seorang Konsultan di White House Task Force on Education of the Gifted and Talented di bahagian Unit Tugas Pendidikan Anak Berbakat.0 JOSEPH RENZULLI: SATU PENGENALAN Rajah 1: Joseph Renzulli Joseph Renzulli merupakan seorang professor di University of Connecticut. Tennenbaum. Priito dan lain-lain lagi masih terdapat lagi satu teori yang juga membincangkan tentang pintar cerdas ini iaitu Teori yang dikemukaan oleh Renzulli. Selain daripada itu. Neag Center yang ditubuhkan khas untuk Gifted Education and Talent Development yang merupakan National Research Center untuk Gifted and Talented. Feldhusen. Selain daripada teori pintar cerdas yang hebat diperkatakan oleh Gadner.

beliau telah berjaya di dalam pogram yang dibuatnya iaitu pogram untuk pelajar muda berbakat yang lebih dikenali sebagai The UConn Mentor Connection Program. Hasil pemfokusan yang telah dibuat oleh Renzulli ini telah diterapkan juga dengan strategi pendidikan berbakat untuk peningkatan pembelajaran bagi semua pelajar. Model ini bertujuan untuk mengembangkan bakat-bakat kreatif yang ada padi diri kanak-kanak di sekolah. penglibatan dalam tugas (task commitment) dan kreativiti (creativity). Baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai Board of Trustees Distinguished Professor di University of Connecticut. Selain itu. Pogram ini telah diadakan pada musim panas di UConn dan bermula pada tahun 1978 dan beliau berjaya melayani ribuan guru dan pentadbir di seluruh dunia. Selain itu. Renzulli (1986) mengemukakan modelnya yang tersendiri didalam kajian yang dibuatnya. beliau juga membuat penelitian terhadap model organisasi dan strategi kurikulum untuk memperbaiki keseluruhan sekolah di sana. Model tersebut dikenali sebagai Renzulli’s Three-Ring Model yang mengemukakan tentang tiga traits iaitu kebolehan yang tinggi (Above-average ability). Beliau adalah warganegara Amerika. 4 . beliau juga mengembangkan model keberbakatan yang dikenali sebagai “Schoolwide Enrichment Model". Joseph Renzulli merupakan salah seorang tokoh yang mempercayai dan melihan bakat yang ada pada diri seseorang itu menjadikan mereka pintar cerdas. Beliau juga adalah seorang saintis yang terkenal dan merupakan juga seorang penulis dalam bidang yang diambilnya.Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1936 dan kini beliau mungkin berumur 74 tahun. Walaupun hanya mendapat lebih daripada 20 juta dalam bentuk geran pendidikan. Dalam mengklasifikasikan seseorang itu adalah gifted and talented. Renzulli lebih memfokuskan kajiannya kepada pengenalan dan pembangunan kreativiti dan keberbakatan yang ada pada golongan muda.

model Renzulli yang diperkenal menjelaskan bakat individu boleh dikembangkan. Tetapi. Selain itu. Renzulli menerangkan aspek motivasi dan kreativiti berdasarkan Feldhusen dan Hoover berpendapat hasil dari persekitaran menyumbangkan kepada rasa diri (sense of self).0 DEFINISI PINTAR CERDAS MENURUT RENZULLI Dalam buku Conception Giftedness. Berbeza dengan Feldhusen dan Hoover (1996) menyatakan bahawa kebolehan biasa. Menurut Gagne (1991) menyatakan model Renzulli tidak mengambarkan tahap pencapaian kanak-kanak pintar cerdas dan juga penyokong perkhidmatan hanya untuk anak-anak yang sudah berjaya akademik (Gross 1993a). Mereka berpendapat bahawa. Tiga ciri dalam model Renzulli iaitu komitmen kerja. merujuk kepada Abraham dan Tannenbaum (1983. Model Renzulli bukan model kecerdasan tetapi merupakan model kepada kemampuan untuk mengembangkan bakat yang ada.2. Renzulli (1986) menyatakan kanak-kanak tidak perlu menunjukkan ketiga-tiga ciri iaitu keupayaan tinggi. bakat spesifik merupakan salah satu pencapaian yang tinggi kepada potensi kecerdasan. Renzulli menyatakan sejarah tidak mengingati mereka yang mendapat markah tertinggi dalam ujian IQ ataupun mereka yang belajar dengan sempurna. 5 . 1997) menerangkan bakat dan produktiviti merupakan hasil daripada pengaruh dalaman dan luaran kanak-kanak. Hal ini dibuktikan seperti Albert Einstein bukan seorang yang bijak semasa di sekolah. Terdapat kritikan terhadap model Renzulli kerana ciri-ciri bakat disebabkan ciri dalaman individu. kreativiti dan kebolehan purata. Mereka percaya bahawa rasa diri (sense of self) akan mencipta motivasi untuk belajar dan meningkatkan potensi. ini tidak menyebabkan kecerdasan atau bakat dan kerana itu tidak perlu mendefinisikannya. Menurut Renzulli (1978) mencadangkan tiga faktor utama untuk mengenalpasti tahap keupayaan kanak-kanak. walaupun motivasi dan kreativiti adalah tujuan pendidikan yang bermanfaat. Manakala. kreativiti dan komitmen tugasan tetapi masih dikenalpasti sebagai pintar cerdas jika mereka mempunyai potensi menunjukkan perkembangan ketiga-tiga ciri utama.

Daniel dan Boston (1985) menyatakan bahawa teori Renzulli melihat kepada ucapan yang telah dibuat oleh Whitehead bahawa pendidikan haruslah mempunyai irama “roman. kreativiti dan komitmen kepada tugasan.3. kreativiti dan mempunyai komitmen dalam tugas. Cox. Jika ciri tersebut digabungkan akan membentuk tingkah laku yang berbakat. yang berpendapat bahawa seseorang yang berbakat mempunyai jumlah kecerdasan yang lebih tinggi. telah memegang kepada teori yang telah dikemukaan oleh Renzulli dan model yang berkaitan tentang pengayaan Schoowide.0 TEORI RENZULLI Sumber : Davis & Rimm (1998: 19) di dalam buku Gifted Rajah 2: Konsep Renzulli’s Three-Ring Young Children. Teori yang dikemukakan oleh Renzulli menunjukkan diagram Venn. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pencapaian seseorang iaitu kebolehan purata. ketelitian dan generalisasi”. Renzulli telah membuat andaian bahawa kepandaian merupakan multi-dimensi dan ia boleh diletakkan di setiap kawasan kemampuan manusia. Oleh itu. 6 . satu langkah kecerdasan yang tinggi dalam intelektual dan kreativiti untuk sekolah telah dianjurkan tetapi menggunakan instrumen seperti senarai semak dan ujian kreativiti. Hal ini menunjukkan ketiga-tiga ciri tersebut adalah berkait-rapat untuk menjadikan seseorang itu berbakat kreatif. Model oleh Joseph Renzulli iaitu berkonsep tiga ciri pintar cerdas dan berbakat telah terkenal tiga puluh tahun yang lalu. Henry Levin.

intelektual atau kehidupan umat manusia.1 KEBOLEHAN YANG LEBIH TINGGI (Above-average ability) Faktor pertama ialah kebolehan purata mempunyai perbezaan antara keupayaan biasa dengan keupayaan spesifik. kebolehan spesifik ialah kemapuan menyimpan pengetahuan dan menunujukkan dalam aktiviti. beliau menyarankan kecerdasan atau ujian potensi akademik digunakan hanya untuk pengesan awalan atau untuk menetapkan tahap prestasi minimum. Contoh kebolehan biasa ialah memproses maklumat. Oleh itu. Menurut teori ini. Sesungguhnya definisi yang diberikan ini berdasarkan teori iaitu mereka yang melihat dari segi kedudukan falsafah tentang sifat seseorang yang berbakat. Memandangkan bahawa bakat yang dibangunkan hanya dilihat pada orang dewasa. pemikiran abstrak dan pengalaman bersepadu. definisi bakat yang dicadangkan kepada kanak-kanak ialah sesuatu potensi yang dilihat di dalam dirinya dalam kegiatannya sebagai seorang yang kritis dalam sesuatu bidang yang mampu meningkatkan moral. 3. Beliau menganggap individu yang paling produktif tidak selalu mempunyai skor di atas lima peratus dari ujian kemampuan umum. Individu seperti ini juga mampu mengembangkan sifat yang ada pada dirinya dan menerapkannya keseluruh kawasan yang berpotensi meningkatkan prestasi seseorang manusia itu. 7 . beliau menolak ujian kemampuan intelektual umum untuk menentukan kebolehan purata. individu tidak dinilai berdasarkan keupayaan yang tinggi atau hebat. emosi. perilaku seseorang yang berbakat mencerminkan interaksi dasar antara tiga dasar kumpulan yang terdapat pada diri seseorang manusia itu iaitu mereka yang mempunyai kecerdasan yang tinggi secara umum ataupun khusus dalam sesuatu perkara. sosial.Menurut Renzulli dan Reis (1989). Walau bagaimanapun. mempunyai komitmen tugas yang tinggi dan mempunyai tahap kreativiti yang tinggi. Manakala. Hal yang demikian. fizikal. kebolehan purata tidak harus disamakan dengan kecerdasan intelektual yang tinggi.

daya tahan dan bekerja keras. Menurut pengkaji menggambarkan kategori kecerdasan iaitu kreativiti.3 KOMITMEN DALAM TUGAS (Task commitment) Dalam komitmen tugas. keperibadian dan faktor persekitaran akan mengembangkan tiga ciri yang terdapat dalam model ini. Keempat ialah penghuraian iaitu kemampuan untuk mengolah idea. Oleh itu.3. serta kesan dan akibatnya. perkembangan bakat amat dititik beratkan. Setiap individu adalah unik. Renzulli menjelaskan motivasi berubah menjadi tindakan seperti ketekunan. (Khatena dan Sawyers 1987. Kedua ialah fleksibiliti iaitu membenarkan perubahan. minat dan cara pembelajaran individu itu sendiri. Di samping itu. Faktor keperibadian menurut 8 . . Merujuk kepada Khatena (1992) dan Renzulli (1986) menerangkan kemampuan untuk berfikif kreatif yang membezakan kanak-kanak pintar cerdas dengan kanak-kanak normal. cara untuk membantu kanak-kanak seperti memberi tugasan yang berguna akan meningkat bakat sedia ada. peluang pembelajaran harus diberikan mengikut tahap keupayaan. Di samping itu. Renzulli (1986) dan Runco (1993). Beliau berpendapat bahawa tanpa komitmen tugas prestasi tinggi sangatlah tidak mustahil. Taylor 1978). pengalaman pembelajaran perlu di bina dan dinilai untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.terdapat empat cirri kreatif yang dikemukan oleh Guilford dan Torrance (Wallace 1986b). Menurut teori ini.2 KREATIVITI (Creativity) Faktor kedua ialah kreativiti. produk dan proses pemikiran. 4. Menurut Cropley (1997) dan Ebert (1994) menjelaskan kreativiti digunakan pelbagai untuk ditafsirkan seperti siapa kreatif. Pengkaji percaya bahawa kreativiti merupakan ciri-ciri kecerdasan (Albert dan Runco 1986). Ketiga ialah keaslian iaitu kemampuan mencipta dan menghasilkan idea yang luar biasa. Oleh itu. Hal ini kerana tugasan yang diberi kepada mereka akan mencipta beberapa kreativiti. Namun. 3. kurang persetujuan dengan istilah kreativiti. komitmen tugas juga berkait rapat antara ciri-ciri lain untuk mencapai ciri berbakat.0 PROSES PEMBELAJARAN PELAJAR PINTAR CERDAS Menurut Renzulli (1978). Oleh itu. Manakala. proses pembelajaran lebih berkesan jika pelajar seronok melakukan kerja yang diberikan. Pertama ialah ciri kelancaran iaitu kemampuan untuk menjana pelbagai idea.

Ketiga ialah bilik darjah (classroom)iaitu matlamat guru dengan menambahbaikan kumpulan yang selesa dan persekitaran fizikal yang kondusif kepada pelajar. keprihatinan kepada manusia. Menurut model Renzulli (1997) telah mengembangkan lima demensi model yang berkait rapat matlamat di dalam bilik darjah. keberanian. pendidikan berbakat mempunyai dua tujuan. Kedua ialah proses (process) iaitu matlamat guru dengan menggunakan pelbagai cara atau kaedah dan bahanbahan untuk meningkatkan motivasi dalam cara belajar pelajar. hobi dan isu-isu persekitaran di luar bilik darjah. Keduanya ialah pendidikan berbakat bertujuan intuk meningkatkan jumlah orang yang dapat memajukan measyarakat melalui penyelesaian masalah dan dapat menghasilkan sumbangan atau idea baru dan bernas. Pembezaan ( differentiation) merujuk kepada kaedah pengajaran dan cara untuk mewujudkan kaedah pembelajaran yang berlainan kepada pelajar yang mempunyai pelbagai tahap IQ (Farmer 1996).Renzulli ialah faktor co-kognitif yang membantu mengembangkan sosial dan intelektual. Ciri-ciri keperibadian seperti ini berinteraksi dengan ciri-ciri kognitif untuk mengembangkan potensi pelajar. Manakala. Pertama ialah pendidikan berbakat merupakan salah satu usaha untuk memaksimumkan peluang untuk mengembangkan potensi dalam diri pelajar. displin. Keempat ialah guru (teacher) iaitu matlamat guru dengan menggunakan modifikasi artistik iaitu berkongsi pengetahuan peribadi yang berkaitan dengan kurikulum seperti minat. 9 . Kandungan merupakan matlamat kepada guru untuk meletakkan kurikulum yang mendalam berdasarkan konsep organisasi kurikulum dan pengetahuan sedia ada. Faktor ini meliputi optisme. Berdasarkan pandangan ini. Terdapat banyak model pembezaan kurikulum yang fleksibiliti dan sesuai menjadi pilihan kepada pelajar yang berbeza di dalam bilik darjah. Antaranya ialah kandungan (content). bagi pelajar pintar cerdas melibatkan keberkasanan pembezaan model termasuklah mengembangkan dan mengubah suai kurikulum yang lebih menyeronokkan dan mencabar untuk meneroka minat masing-masing serta menyediakan peluang dan menggalakkan pembelajaran kepada pelajar pecutan kurikulum.

ribuan guru telah melaksanakan teorites yang diperkenalkan oleh Dr. Whitehead. Model dan 10 .5. Selain itu. sebagai contoh. Renzulli ke dalam kelas.1 MODEL PENGAYAAN SCHOOLWIDE Rajah 2: Model Pengayaan Schoolwide. Phenix. dengan menggunakan model pendidikannya. Renzulli membawa satu konsep kecerdasan iaitu yang berkaitan dengan Above-average ability.0 MODEL RENZULLI 5. Disebabkan pengaruh yang dibawa oleh Dewey. Hal yang demikian akhirnya menjadikan model tersebut sangat popular dan berpengaruh. Sesungguhnya. Model Pengayaan Schoolwide ini. pogram ini telah menjadi salah satu program yang paling popular untuk mengembangkan bakat anak-anak. creativity dan task-commitmen menjadi satu model yang telah merubah pandangan pendidik terhadap kecerdasan intelektual. dan yang lain-lain telah mendorong Dr. Model Pengayaan Schoolwide merupakan salah satu model cetusan idea oleh Renzulli yang merupakan satu pogram yang dirancang untuk anak-anak pintar cerdas.

dan Jenis III (projek khas individu dan kumpulan). minat. dapat di lihat di sini bahawa model pengayaan Schoolwide ataupun Schoolwide Enrichment Model (SEM) dapat berfungsi sebagai struktur bagi sekolah yang cuba mengembangkan bakat pelajar (Renzulli. Melalui model ini. dan integrasi kegiatan pengayaan. Renzulli memperkenalkan tiga jenis tingkatan yang dianjurkan untuk digunakan sebagai salah satu struktur di dalam sekolah. para pelajar yang terpilih menyertai aktiviti ini akan diarahkan membuat sesuatu projek pada sesuatu masa dan akan membuat projek yang lain juga pada waktu yang lain. Di dalam Model Pengayaan Schoolwide ini dikatakan sebagai salah satu model yang terbaik yang banyak digunakan di sekolah-sekolah (Renzulli & Reis 1989). Walaupun terdapat sedikit kontravasi yang berlaku antara Renzulli dengan Paul George tentang kumpulan peserta yang harus dibuat secara heterogen namun Renzulli mempunyai hujahnya yang tersendiri ketika sidang Persatuan Sekolah Kebanggsaan (1997) berkaitan penyajian Model Pengayaan Schoolwide (Beach. 1997). penyediaan pengalaman belajar yang lebih mendalam. Antara jenis-jenis tingkatan yang ada ialah Jenis I (pengayaan Schoolwide). Kegiatan ini yang diperkenalkan ini akan memberi penekanan kepada pengelompokkan pelajar secara heterogen. Pelajar di pilih untuk memasuki pogram ini melalui tatacara yang dikenali sebagai “Revolving Door”. 11 . Di dalam model yang diperkenalkan oleh Renzulli ini. Melalui pogram “Revolving Door” ini. 1995). beliau telah menulis di dalam sebuah rencananya tentang tiga komponen perkhidmatan yang terdapat di dalam model tersebut. psikometri kesatuan ke konsep yang lebih sesuai untuk membentuk pelbagai maklumat dan penilaian. Yang pertama adalah The Total Talend Portfolio yang merupakan cara yang sistematik untuk mengumpul dan merakamkan maklumat tentang kemampuan pelajar. Yang ketiga pula adalah pengayaan dalam belajar dan mengajar secara cluster kepada pelajar multi-usia di dalam kumpulan heterogen. Jenis II (pengajaran langsung dari strategi untuk berfikir lebih kreatif dan kritis). Oleh hal yang demikian. Yang kedua pula adalah Curriculum Modification Techniques termasuklah curriculum differention.konsep yang diperkenalkan oleh Renzulli ini begitu signifikan kerana melalui konsep yang diperkenalkan oleh Renzulli ini secara tidak langsung mendorong orang ramai menjauhi konsep yang dibawa oleh Spearman tentang kecerdasan. dan keutamaan gaya belajar.

bidang yang diminati. Setiap sekolah yang menggunakkan model Renzulli ini akan ditubuhkan sebuah pasukan pengayaan yang terdiri dari orang tua. Model Pengayaan Triad direka untuk menggalakkan produktiviti kreatif pada bahagian golongan muda untuk mereka menonjolkan topik. Pengayaan Jenis I direka khusus untuk menonjolkan diri pelajar dalam pelbagai disiplin ilmu. guru. hobi.5. menempah dan mengedar filem. orang. tempat.2 MODEL PENGAYAAN TRIAD Rajah 3: Model Pengayaan Traid. memberi proses latihan kemahiran dan memberi mereka latihan metodologi ke arah minat mereka. 12 . dan peristiwa yang tidak terdapat dalam kurikulum biasa. dan pelajar dan diberi tugasan dalam menghasilkan satu organisasi dan rancangan untuk aktiviti yang dibuat di dalam pengayaan jenis I. gambar dan keset yang boleh dilakukan sama ada melalui cetakan atau media. menetapkan minicourse. topik. Mereka sendiri yang perlu menghubungi penceramah. demonstrasi atau persembahan. Renzulli telah memasukkan tiga jenis pengayaan di dalam modelnya ini.bidang pengajian dan model ini juga bertujuan untuk melatih mereka melaksanakan kandungan yang telah dipelajari. Oleh hal yang demikian. pekerjaan.

Di dalam pengayaan Jenis II pula. selepas menjalani pengayaan Jenis I. pelajar yang minat dalam botani. dan proses yang afektif. kawasan kajian seni ekspresi dan disiplin. Tujuan pengayaan Jenis III adalah seperti memberikan kesempatan untuk kepentingan pelaksanaan. Pengayan Jenis II yang lainnya adalah lebih khusus kerana tidak dirancang terlebih dahulu dan biasanya melibatkan arahan metodologi di dalam bidang yang dipilih oleh pelajar. idea-idea kreatif dan menjadi lebih komitmen dalam tugas untuk masalah yang dipilihnya sendiri atau bidang kajian yang dipilihnya. pemanfaatan sumber daya. terdiri daripada bahan dan kaedah yang dirancang untuk mempromosikan pembangunan proses berfikir dan merasa. akan menjalani latihan tambahan dalam bidang yang dipilihnya dengan melakukan pembacaan tentang bidang botani. menyusun strategi dan melaksanakan percubaan tanaman dan mencari kaedah yang lebih maju seterusnya mereka harus menjalani latihan sekiranya ingin pergi lebih jauh lagi. 13 . Selain itu. yang ketiga adalah kemahiran dalam penggunaan bahan rujukan lanjutan tingkatan yang tepat dan akhir sekali adalah lisan dan kemahiran komunikasi visual. pengetahuan. adalah untuk memperoleh tahap pemahaman yang lebih baik dari segi pengetahuan (isi) dan metodologi (proses) yang digunakan dalam disiplin ilmu tertentu. pengurusan masa serta membuat keputusan dan penilaian diri. Pengayaan Jenis III melibatkan pelajar yang tertarik untuk menjalani latihan di kawasan yang menjadi pilihannya sendiri dan bersedia untuk mengambil alih lajutan kandungan dan menjalani proses latihan dimana mereka berperanan sebagai seorang pendidik.as dan di dalam pogram pengayaan. organisasi. Tujuan lainnya juga adalah untuk membagunkan produk-produk yang otentik yang dikatakan untuk memberikan kesan dikehendaki kepada khalayak yang tertentu. Beberapa latihan pengayaan Jenis II adalah umum dan biasanya dilakukan sama ada di dalam ke. Yang kedua adalah belajar bagaimana untuk mempelajari kemahiran tertentu. berfikiran kritis. Ia juga bertujuan untuk membentuk komitmen tugas yang tinggi di dalam diri peserta selain membentuk kepercayaan diri dan prestasi yang lebih kreatif. Kegiatan latihan yang dijalankan merangkumi pembangunan iaitu berfikiran kreatif dan penyelesaian masalah. Pengayaan Jenis III berujuan untuk mengembangkan kemahiran self-directed learning dalam bidang perancangan. Seterusnya. Sebagi contoh.

Sejak dari zaman Plato lagi. Fenomena tidak mencapat tahap (TMT) atau underachievement amat merugikan semua pihak terbabit seperti kerajaan dan ibu bapa. Cabaran kepada pendidik dalam bidang pintar cerdas dan berbakat bukan lagi untuk menentukan pelajar pintar cerdas berbakat berlandaskan ukuran darjah kecerdasan atau IQ. falsafah tentang sebuah masyarakat yang ideal ialah sebuah masyarakat di mana setiap ahlinya memberi khidmat masyarakatnya berdasarkan kemampuan dan potensi yang ada dalam diri masing-masing. sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini menuju kea rah pembentukan peluang pendidikan yang sama bagi semua pelajar dan sekolah menjadi institusi pertama yang memberi perhatian terhadap potensi intelek pelajar (Rosadah. Menurut Baum.0 RUMUSAN Pelajar pintar cerdas berbakat kreatif merupakan salah satu aset negara yang sangat bernilai dan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya. Menurut Renzulli (2000) menyatakan setiap individu yang dikenalpasti berpotensi tinggi atau berbakat wajar perlu diberi peluang untuk memaksimumkan perkembangan kognitif dan perkembangan kendirinya sehingga mereka cemerlang dan pintar cerdas dalam bidang-bidang atau domain bakat tersebut. 14 . pendidikan di sekolah sewajarnya tidak terlalu mementingkan sukatan pelajaran yang diajar sehingga kepentingan dan keperluan unik pelajar terabai (siva Subramaniam 2005). Noriah dan Zalizan 2005). pendidik pintar cerdas berbakat berperanan untuk mengenalpasti potensi serta bakat-bakat tertentu yang ada pada diri setiap pelajar. literasi komputer dan penguasaan bahasa. matematik. Sebaliknya. sukan. muzik. Namun begitu. drama. Renzulli dan Herbert (1999) memberi pendapat pihak ibu bapa dan pendidik amat rugi jika mengabaikan bakat dan kecerdasan pelajar dan seolah-olah mereka dibaziri. Selain itu. kepimpinan. Antaranya ialah domain akademik. penulisan kreatif. Bakat-bakat tersebut terdapat dalam pelbagai domain yang bermanfaat dan bernilai kepada masyarakat.6. Menurut Ng dan Sandiyao (2005) merumuskan pelajar pintar cerdas berbakat kreatif merupakan golongan pelajar yang dikategorikan mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus. mereka juga dilihat sebagai kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Menurut Feldhusen (2000) menyatakan bahawa sehingga hari ini berlaku perubahan besar dalam bidang pendidikan untuk pelajar pintar cerdas dan berbakat kreatif.

Manakala. perkhidmatan berdasarkan Model Penggayaan Triad dibentuk daripada dimensi SEM yang merangkumi pelbagai pilihan program tambahan.Menurut Renzulli (1997) menyatakan pelajar berkeperluan khas yang lain disediakan program khas bagi menghadapi kesukaran pelajar tetapi tiada program untuk pelajar pintar cerdas. prestasi mereka. program yang diperlukan oleh kumpulan pelajar pintar cerdas perlu meliputi strategi bagi menghubungkan tahap pengalaman pembelajaran dan kemahiran berfikir yang tinggi dalam kokurikulum. pendedahan kepada bentuk kokurikulum baru yang akan memberi manfaat kepada mereka. Oleh itu. Model Penggayaan Seluruh Sekolah (MPSS) atau School Wide Enrichment Model (SEM) menerapkan ilmu-ilmu tentang pendidikan pintar cerdas bagi sebuah perancangan yang sistematik untuk penambaikan keseluruhan warga sekolah. Akhir sekali. model ini dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dalam bidang pengkhususan yang mereka minati. Menurut Roznowski dan Reith (2000) menyatakan strategi program dapat membantu meningkatkan keupayaan. Oleh yang demikian. Kemahiran yang diperoleh semasa pelaksanaan program membantu mereka menggunakan bakat yang sedia ada dengan sebaik mungkin. minat. 15 .

8. J. no.. J.A. The enrichment triad/revolving door model : A schoolwide plan for the development of creative productivity. Renzulli J. Porter (1999). S.A. Is it acceleration or simply appreciate instruction for precocious youth?. S.. J. S. New York: Cambridge University Press. 20. (1986). 2010 daripada www.P. J. Gifted Child Quarterly. Austin :University of Texas Press. Renzulli. In R. D. Teaching exceptional children. Diperoleh pada September 27.pdf. Reis (Eds. Conception of giftedness (pp. J. dan Rimm. Renzulli. S. CT: The University of Connecticut.ca/. dan Echle. (1996).F.on. CT: Creative Learning Press. Renzulli. (1976). Guilford. Nasional Research Center on the Gifted and Talented Talent Development Researchbased Decision Making Series 9502. Building a bright between gifted education and total school improvement. pp 4851. & Resi. (1999). Renzulli & S./Final_-_Literature_Review_password_pat.peel. B. Davidson (Eds. J. Masalah Sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas.). L. Gifted Education Program Review (2009). MA. Peacocok./Renzulli. In J. 28. Systems and models in gifted education (pp. Sternberg & J. Strrs. Education of the gifted and talented edn: Allyn & Bacon. Cox. Gifted: challenge and response for education F. M (1989).edu. vol.de/paedagogik/Seminare/. G. Chicago.uni-bielefeld. Van Winkle. E. & Boston... Khatena. The three-ring conception of giftedness: a development model for promoting creative productivity. The three-ring conception of giftedness: A developmental model for creative productivity. no 3. 53-92). IL Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005). pp 469479. 2010 daripada www. 14. S. J. Masalah Pendidikan : 5-12. Daniel. Gifted young children: a guide for teachers and parents. 217-275). Baston. (1992).). (1998). (2005).html. 16 . J. Davis.E.. Diperoleh pada September 27. (1985)..RUJUKAN An Influential Model of Giftedness (2005). (1959). Renzulli. Manfield Center. Three faces of intellect American psychologist vol.. S.B. Feldhusen. J. Educating able learnes: Pograms and promising practices. N.S. O. The enrichment triad model: A guide for developing defensible programs for the gifted and talented. 303-326. Buckingham: Open University Press..

no. Economically disadvantaged children on the young gifted chid: potential and promise.dukegiftedletter. no.2. M.2. Smutny. Davis. E. J. (1993). 1. The meaning and making og giftedness. Siva Subramaniam a/l Nagaratnam (2003). creativity and giftedness Gifted Children Quarterly vol. Majid.N (1988). Sawyer. A.com/movabletype/mt-tb. The Three-Ring Conception of Giftedness (2010). Education for all: is commitment enough? Kertas kerja An International Conference on Reaching and Nutruring children with high potential (CHiP) in Malaysia. Noriah mohd Ishak dan Zalizan mohd Jelas (2005). 68-73. Cresskill. M.J. NJ. dan Reith. eds N. HELP Institut Kuala Kumpur. Intelligence 28(2): 87-113. 16-17 Ogos. Colangelo & G. Boston. performances and behavior. Profil pemprosesan kognitif pelajar pintar cerdas akademik di sekolah menengah.cgi/345. interest. Hampton Press. Divergent thinking. R. A.Gifted Education International vol. 37. journal for the education of the gifted vol 11.F. no. an anthology ed. Wallance (1986). pp. Torrance. In handbook of gifted education 2nd edn.P (1998). A further look at youth intellectual giftedness and its correlates: values. Jurnal pendidikan 30: 35-49. Roznowski. J.Runco. Rosadah Abd. 2010 daripada http://www. 4. Creativity some definitions: the creative process and the creative classroom. pp 5-19. Tannenbaum. (2000). In defense of academis figor . MA. Diperoleh pada September 27. pp 16-22. Allyn & Bacon. 17 . (1997).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful