You are on page 1of 7

Demam kuning - Jaundis Pada Bayi Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong Penyakit demam kuning di kalangan bayi

adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan. Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut -

Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek. Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.


Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.


Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)

Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes) Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran. Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap). Keturunan.

Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam kelahiran, yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Selsius (100 darjah Fahrenheit), atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Bagi bayi bawah 5 tahun, suhu dalam dan luar badan perlu diperiksa. Doktor juga perlu dirujuk sekiranya warna kuning semakin ketara selepas 7 hari, demam kuning masih kekal selepas 15 hari, bayi tidak bertambah berat badan, atau anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi.

Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Antara faktor lain yang meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah.

Jenis-jenis Demam Kuning

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

Demam kuning normal (physiological jaundice).

Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan

kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.

Demam kuning pra-matang.

Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.

Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice).

Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak.

Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.

Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lainlain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.

Pada bayi yang mengalami demam kuning atau jaundis biasa rawatan fototerapi akan diberikan bergantung kepada

faktor-faktor seperti umur bayi, berat badan bayi, paras bilirubin dalam darah, dan lain-lain. Rawatan fototerapi menggunakan cahaya lampau ungu (ultraviolet) atau selimut yang menghasilkan cahaya untuk membantu tubuh bayi menghapuskan bilirubin dengan mengubah bilirubin kepada bentuk yang lebih mudah bagi bayi menyingkirkannya daripada tubuhnya.

Tujuan rawatan fototerapi ialah untuk mengawal kenaikan bilirubin agar ia tidak mencapai pada tahap merbahaya dan menjejaskan otak bayi. Jangka masa rawatan fototerapi bergantung kepada paras bilirubin dalam darah bayi. Sekiranya paras bilirubin dalam darah terlalu tinggi, darah bayi mungkin perlu ditukar dengan darah penderma yang bersesuaian (exchange transfusion). Ketika rawatan fototerapi bayi akan ditanggalkan pakaiannya dan mata bayi akan ditutup bagi melindungi mata bayi daripada cahaya yang berlebihan.

Sepanjang masa bayi mendapat rawatan untuk demam kuning, adalah penting bayi diberi susu sebanyak mungkin untuk mengelakkan kekeringan dan juga untuk menurunkan paras bilirubin dalam darah. Lebih kerap bayi menyusu lebih cepat bilirubin dikeluarkan daripada badan bayi melalui najis. Rawatan traditional seperti menjemur bayi dibawah sinar matahari pagi tidak lagi sesuai. Ini disebabkan perbuatan ini boleh menyebabkan bayi kekeringan dan dengan itu meningkatkan lagi kadar bilirubin dalam darah bayi. Selain itu cahaya yang terik boleh memberi kesan kepada mata bayi yang masih kecil itu.

Ibu bapa digalakkan membawa bayi mereka berjumpa doktor sekiranya bayi kelihatan kekuning-kuningan pada hari pertama walaupun hanya pada bahagian muka. Pemeriksaan juga perlu dilakukan sekiranya bayi masih menunjukkan tanda-tanda demam kuning selepas 10 hari dilahirkan atau sekiranya terdapat mereka yang menghadapi G6PD dalam keturunan mereka. Selepas bayi sembuh daripada demam kuning, amat jarang-jarang sekali demam kuning berulang Posted by norazenaat 6:07 AMNo comments:

Demam Kuning Dewasa


Demam kuning dewasa

PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda. Penyakit demam kuning dikalangan orang dewasa mungkin disebabkan oleh serangan virus dalam kumpulan "keluarga Flaviviradae". Virus ini biasanya disebarkan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti oleh viruspenyebab penyakit Demam Kuning.

Diantara pembawa atau vektor kepada virus penyebab demam kuningadalah nyamuk Aedes aegyti (pembawa kepada virus Denggi punca kepada penyakit Demam Denggi dan penyakit Demam Denggi Berdarah).

Demam kuning (juga dikenali sebagai muntah hitam ( black vomit ) atau kadang kala (The American Plague) adalah penyakit virus biologi. Ia masih merupakan sebab utama penyakit berdarah (hemorhage) di beberapa negara Afrika dan Amerika Selatan walaupun terdapat vaksinyang berkesan. Pada masa dahulu, ia merupakan penyebab beberapa wabak yang membawa bencana.

1940 - beribu-ribu orang mati di Sudan 1960-62 - 15,000 - 30,000 mati di Ethiopia 1965 - beribu-ribu kes yang menyebabkan beratus kematian di Senegal 1978 - 91 kematian dilapurkan di Bolivia, Ecuador, Brazil, Colombia, Perudan Venezuela 1978 - 63 kematian di The Gambia 1978 - 40 kematian di Ghana

Penyakit ini disebabkan oleh arbovirus dari famili Flaviviridae, dan adalah virus RNA terkecil diasingkan dari manusia.

Nyamuk adalah vektor penyakit utama dalam penyebaran penyakit dari monyet hutan kepada manusia dan dalam penyebaran manusia ke manusia. Nyamuk yang terbabit adalah Aedes simpsoni, Aedes africanus, dan Aedes aegypti di Afrika; dan genera Haemagogus dan Sabethes. Kitaran penyakit berbeza daripada jangkitan tidak kelihatan kepada penyakit demam kuat dangan kadar kematian yang tinggi. Terdapat perbezaan antara wabak di kawasan luar bandar dengan dalam bandar. Penyakit di dalam bandar dan orang bukan tempatan adalah lebih serious.

Selepas 3 hingga 6 hari tempoh pengeraman simptom biasa yang kelihatan adalah demam, sakit otot, sakit kepala, dan sakit belakang. Simptom lain lidah merah, muka kemerahan, dan mata menjadi merah juga merupakan simptom penyakit demam kuning. Dalam sebahagian kes terdapat juga penglibatan organ dalaman - hati, ginjal dan jantung. Terdapat juga pendarahan dari usus penghadaman (muntah darah). Kemudian penyakit ini sering dirumitkan lagi dengan jaundise dengan kegagalan hati dan/atau kegagalan ginjal dengan proteinuria. Jika penyakit bertambah buruk, meracau, sawan dan koma menurut.Hypotension dan kekeringan ( dehydration ) juga biasa. Kadar kematian sekitar 5%. Pesakit yang mati biasanya berlaku dalam tempoh enam hingga tujuh hari selepas mula menunjukkan tanda-tanda.

Jadual isi kandungan[sorok] 1 Kesihatan umum 2 Pencegahan 3 Rawatan 4 Lihat juga 5 Pautan luar //

[Sunting] Kesihatan umum

Demam kuning adalah salah satu penyakit di dunia yang sesetengah negara mewajibkan vaksin untuk orang yang mengembara ke tempat berjangkit. Negara-negara ini juga biasanya mempunyai peraturan memerlukan kuarantin untuk mereka yang tiba dari kawasan semulajadi ( endemic ) demam kuning yang tidak mempunyai bukti mereka mempunyai vaksin terhadap penyakit demam kuning. Ini disebabkan vektor penyebaran demam kuning, nyamuk Aedes, wujud di kawasan tropika lain dunia yang tidak dijangkiti demam kuning dan wabak mungkin merebak sekiranya penyakit ini di bawa masuk tanpa sengaja.

[Sunting] Pencegahan Vaksin untuk penyakit demam kuning telah dimajukan yang memberikan 10 tahun ketahanan dari penyakit demam kuning dan melindungi mereka yang mengembara ke kawasan dijangkiti dan sebagai langkah mengawal penyakit pada masa yang sama. Racun serangga dan pakaian pelindung, dan skrin rumah boleh membantu tetapi tidak selalunya mencukupi Di kawasan terbabit, kaedah kawalan nyamuk ternyata berkesan untuk mengurangkan jumlah kes. Di kebanyakan negara, pelawat yang pernah pergi ke kawasan asal demam kuning dalam tempoh enam bulan dan tidak mempunyai bukti vaksin terhadap penyakit demam kuning boleh di kuarantin sehingga mereka disahkan bebas daripada demam kuning.

[Sunting] Rawatan Tidak terdapat rawatan khusus bagi penyakit demam kuning; oleh itu pevaksinan adalah penting. Rawatan hanya kepada tanda-tanda dan hanya sebagai sokongan. Penggantian cecair, melawan hypotension danpemindahan hasil darah hanya dijalankan pada kes yang teruk. Bagi kegagalan ginja - dialysis.