Nama: _____________________________

Kelas : ____________

Sekolah: _____________________________________________

SULIT BAHASA MELAYU Ramalan 1/2009 PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN

PMR BAHASA MELAYU
(Soalan Ramalan ) Arahan Am:
1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu.
Untuk Soalan 1 hingga 60, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan.

Bacalah petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Manusia yang tidak tahu menilai masa akan membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Mereka tidak sedar bahawa " Masa itu seperti emas". Golongan yang tahu menilai masa akan menghargai masa dan menggunakan masa untuk membuat kerja-kerja yang mendatangkan kebaikan. Mereka merasakan masa 24 jam sehari itu seperti tidak mencukupi, malah ada yang sanggup mengorbankan masa tidur mereka.
Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

1

Pujangga Arab menyatakan "Masa itu ibarat pedang- jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu ". Kebelakangan ini kita sering mendengar para remaja 'melepak' di kompleks beli-belah atau di tepi pantai kerana mereka tidak tahu menilai betapa berharganya masa. Dalam dunia yang serba canggih ini pula remaja lebih suka menghabiskan masa bersembang di internet untuk menyampaikan pelbagai maklumat kepada sahabat handai atau mengunjungi kafe siber. Kebanyakan mereka lebih suka'bersidai' di lokasi-lokasi tersebut dengan alasan mencari ketenangan atau menghilangkan kerisauan dan kebosanan. Apakah faedah yang boleh mereka perolehi selain daripada menjamu selera mata dan nafsu? Yang jelasnya, mereka hanya dapat berangan-angan kosong dan membebankan fikiran apabila yang direnungkan hilang dari pandangan dan apa yang difikirkan tidak tercapai. Sebenarnya manusia ini semuanya akan kerugian jika dibandingkan dengan masa-masa yang berlalu kecuali bagi orang yang tahu menilai erti hidup, umur dan masa. Hal ini terjadi kerana masa hidup di dunia ini agak terhad berbanding masa yang akan datang. Oleh itu, hanya mereka yang melakukan amalan kebajikan, mengingatkan sahabat handainya tentang perkara kebaikan, dan melakukan pekerjaan yang baik dengan kesabaran tanpa membuang masa yang akan mendapat hasil yang positif suatu hari nanti. Setiap pergerakan masa menghampirkan kita kepada penghujung usia. Setiap detik yang berlalu berkaitan dengan usia kita yang semakin meningkat. Sesiapa yang membiarkan usianya berlalu tanpa membuat sesuatu yang berfaedah untuk dirinya maka dialah yang akan rugi sendiri. Masa memainkan peranan penting kepada manusia. Sedetik masa yang digunakan untuk berbakti kepada tanah akan menghasilkan tanaman yang menghijau dan menjadi sumber kehidupan kita. Sesaat masa digunakan untuk berbakti kepada manusia, maka pahala adalah ganjarannya. Masa begitu penting kepada kita, tetapi mengapakah masih banyak yang membiarkan masa berlalu dengan mudik ke hulu ke hilir tanpa tujuan, bersandar di bahu-bahu jalan, di warung-warung atau di kompleks beli-belah? Gunakan masa sebaik-baiknya dengan membuat amalan yang berfaedah seperti menceriakan kawasan rumah, bertanam sayuran, membantu orang susah, membuat kerja kebajikan di rumah orang tua-tua atau melakukan hobi yang berfaedah. Bagi pelajar, mereka sepatutnya menggunakan ruang masa menerokai dunia internet dengan mencari maklumatyang berfaedah untuk pendidikan. Para belia pula gunakanlah masa perayauan di dunia siber untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik atau mencari peluang berniaga untuk mempertingkatkan taraf hidup, bukannya berfoya-foya dengan membuang masa.

Soalan 1: A. B. C. D.

Bagaimanakah golongan yang tidak tahu menilai masa menggunakan masa mereka? Mereka membiarkan masa berlalu begitu sahaja Masa diibaratkannya sebagai sesuatu yang sangat berharga Mereka tidak mempunyai jam yang tepat Golongan ini mencari masa yang terluang untuk membuat kerja yang Berfaedah

Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

2

Soalan 2:

Apakah perbandingan tentang masa yang di gambarkan oleh pujangga Arab? Masa itu ibarat pedang Masa itu emas Masa itu ibarat unta di padang pasir Masa ialah sesuatu yang membahayakan Apakah yang dimaksudkan dengan bersembang di internet dalam petikan? Menghabiskan masa di gerai siber Mereka membuat ulangkaji melalui internet Remaja berbual-bual dengan rakan-rakan Mereka berutus-utus maklumat melalui internet Pernyataan berikut tidak terdapat dalam petikan, kecuali banyak remaja yang membuang masa dengan melepak di kompleks belibelah atau di pinggir-pinggir jalan masa diumpamakan emas tidak ada manusia yang tidak rugi jika membuang masa banyak remaja menghabiskan masa di perputakaan Mengapakah pergerakan masa yang berlalu itu mendekatkan kita kepada penghujung usia? Kerana kita akan mati bila-bila masa sahaja Masa remaja berlalu dengan begitu lama sekali Pergerakan masa yang menentukan usia kita lama atau tidaknya Kerana umur kita di dunia ini amat terhad Bagaimanakah cara menggunakan masa yang di katakana berfaedah? Melakukan hobi yang menguntungkan atau membersihkan kawasan rumah Bermain internet dan merancang segala aktivi yang hendak dilakukan Bersembang di tepi pantai sebagai hobi yang berfaedah Membantu orang susah dan mengunjungi kompleks beli- belah Apakah cadangan yang dapat diberikan kepada pelajar yang suka menggunakan internet? Pelajar perlu sedar betapa bahayanya menggunakan internet Para pelajar perlu pendedahan yang lebih tentang dunia siber dewasa ini. mencari syarikat pembekal talian internet yan murah Galakkan mereka mencari maklumat yang berfaedah untuk pendidikan

A. B. C. D. Soalan 3: A. B. C. D. Soalan 4: A. B. C. D. Soalan 5:

A. B. C. D. Soalan 6: A. B. C. D. Soalan 7:

A. B. C. D.

Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

3

Bacalah petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KURSUS PIDATO UMUM Sebuah syarikat yang sedang berkembang maju kini menawarkan peluang untuk anda menjadi seorang pemidato terbaik. Tunggu apa lagi, peluang ini jarang-jarang ditemui. Rebutlah peluang keemasan ini tanpa ketinggalan. Sangat relevan untuk pelajar, guru, pensyarah, ahli politik, jurujual, jurunding, pegawai pemasaran, pegawai perhubungan, bahkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan orang ramai. Lebih khusus kepada mereka yang berhubung dengan pelanggan. Pengetahuan komputer sahaja tidak mencukupi, anda terpaksa berhubung dengan orang ramai juga. Walau secanggih mana pun teknologi masa kini anda pasti memerlukan kemahiran berkomunikasi secara lisan. Tiada kata secantik bahasa. Kursus yang meliputi ceramah, motivasi, latihan dalam kumpulan, dan individu. Membentuk daya saing yang positif. Menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Membina keyakinan diri berhadapan dengan khalayak umum. Dikendalikan oleh seorang pakar motivasi tidak asing lagi. Dr. Raja Kamaruzzaman Raja Ali Haji Tempat dan tarikh: Dewan Ceramah Hotel Kencana Melaka: 3-5 Oktober 1998 Dewan Nirwana Hotel Vista Angkasa Kluang: 7-9 Oktober 1998 Masa: 9.00 pagi- 10 malam Pertanyaan: Cik Liza/Harlina/Tamyis Tel: 07-4259331 Faks: 07-4244753 Bayaran termasuk makan minum dan penginapan: Individu : RM 350 Kumpulan 4 orang: RM 1,200 Hantar penyertaan: Pidato Umum, peti Surat 257, Jln Damai 5, 83100 Batu Pahat, Johor. Soalan 8: A. B. C. D. Soalan 9: A. B. C. D. Siapakah yang mengendalikan kursus sebagaimana yang terdapat dalam iklan? Pakar motivasi dari sebuah syarikat perundingan pidato Seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi Dr. Raja Kamaruzzaman Raja Ali Haji Cik Liza, Harlina dan Tamyis Siapakah yang sepatutnya mengikuti kursus tersebut? Pengurus dan ahli perniagaan. Jurujual dan pegawai swasta Pelajar dan mereka yang berhubung dengan pelanggan Pelajar dan guru-guru
Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

4

Soalan 10:

Ungkapan tiada kata secantik bahasa yang terdapat dalam iklan tersebut Bermaksud kemahiran berbahasa lebih berkesan daripada penggunaan teknologi dalam perhubungan bahasa dapat dijadikan satu karangan yang cantk komunikasi lisan lebih penting kata-kata manis dapat menambat hati Apakah tujuan utama kursus itu diadakan? Membina kemahiran dan keyakinan diri untuk berhubung dengan orang ramai Membina kemahiran dan keyakinan untuk menjadi pemimpin yang berjaya Melatih berbahasa dengan cara yang betul semasa di khalayak ramai Mempunyai kemahiran berkomunikasi Pernyataan berikut tidak benar tentang iklan tersebut kecuali peserta akan di beri juga pendedahan tentang cara-cara berjalan perbelanjaan kursus tersebut sebanyak RM 350 untuk saty kumpulan 5 orang perbelanjaan kursus tersebut sebanyak RM 350 untuk individu bayaran kursus meliputi kos pengangkutan sahaja Apakah kandungan kursus yang akan disampaikan kepada para peserta? Meliputi ceramah, motivasi, latihan dalam kumpulan, dan individu Mengandungi ceramah dan latihan dalam kumpulan Mengandungi ceramah dan kemahiran berfikir Sesi soal jawab selepas beberapa siri ceramah Apakah nilai positif yang terbentuk pada seseorang jika beliau mengikuti kursus tersebut? Boleh berkomunikasi dengan baik Berpelajaran. Mempunyai keyakinan diri, daya saing yang positif, berfikiran kreatif dan kritis Megah.

A. B. C. D. Soalan 11: A. B. C. D. Soalan 12: A. B. C. D. Soalan 13: A. B. C. D. Soalan 14:

A. B. C. D.

Bacalah petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

5

Usia
Telah kususun letakmu di sisian tenang ruang kukecilkan lagi dengan keinginan sederhana kulepaskan kupu-kupu semalam melalui jendela diiringi segaris cahaya pagi selamatlah datangmu. Atas kecintaan diri hidup didewasakan menjadi kristal padu memancarkan cahaya berpenjuru seharusnya kita berhati-hati memantulkan kembali ke hala yang satu. Tanpa keizinan-Mu pagi tidak lagi berbau tanah pagi tidak lagi berbau tanah atau tiba-tiba lorong kecilku menjadi ungu. Siti Zainon Ismail (Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3. DBP.) Soalan 15: A. B. C. D. Soalan 16: Perkara utama yang dicadangkan oleh penyajak dalam rangkap kedua sajak ini ialah menunaikan janji yang diucapkan. jangan melukakan hati orang lain. menjaga hati orang lain. mementingkan kebaikan dalam hidup. “melentur mimpi kehidupan” Maksud frasa di atas ialah membina harapan dalam hidup. Sentiasa mengira kebaikan yang dibuat mimpi yang tidak menjadi kenyataan. sering bermimpi atau berangan Dalam rangkap ketiga, bagaimanakah sikap pemimpin yang diharapkan dapat menjaga rakyat yang dipimpin? Pemimpin yang berpegang kepada keimanan. Pemimpin yang tidak mengabaikan tanggunjawab. keluhan hati anak yang tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya Pemimpin yang mengutamakan kerjasama.

A. B. C. D. Soalan 17: A. B. C. D.

Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

6

Soalan 18: A. B. C. D. Soalan 19:

Ciri-ciri utama seorang ketua yang mesti dipilih seperti yang terdapat dalam rangkap pertama ialah ketua yang mahu bersatu padu. ketua yang mementingkan keimanan. ketua yang mengutamakan budi. ketua yang mementingkan sejarah. Antara berikut, frasa manakah dalam sajak ini merupakan gaya bahasa metafora? pilihlah ketuamu peganglah kebaikan di persada iman di persada rimba Satu pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah pemimpin yang bersatu-padu menjamin kesejahteraan hidup. ketua atau pemimpin yang berbudi akan disanjung. kita mestilah berhati-hati memilih ketua. ketua atau pemimpin dari kalangan ahli sejarah sangat penting untuk kesejahteraan rakyat.

A. B. C. D. Soalan 20: A. B. C. D.

Pilihlah kata yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayatayat yang berikut.
Soalan 21: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. Sepasang suami isteri telah dijumpai mati dalam keadaan rentung Oleh penduduk kampung pada pagi tadi. A. B. C. D. Pada pagi tadi penduduk kampung telah menemui mayat suami isteri yang rentung. Pada pagi tadi penduduk kampung telah menemui mayat suami isteri yang rentung. Pagi semalam sepasang suami isteri telah mati dalam keadaan rentung oleh penduduk kampung. Sepasang suami isteri telah dijumpai mati rentung oleh penduduk kampung pagi tadi. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai. Lembing yang di rejam oleh pelajar itu tidak ______ ke dalam tanah. A. B. C. D. tertanam tercacak terpacak tercucuh
Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

Soalan 22:

7

Soalan 23: Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. I II III IV Fasha disah memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan di dalam perutnya. Kegemaran Aceng suka minum minuman bergas sejak bertahun-tahun lamanya, telah mengganggu kesihatannya. Segala yang berlaku ke atas dirinya, hanya sebagai penyebab. Pertumbuhan pesat ekonomi sesebuah negara hanya dapat dikekalkan dengan berjimat-cermat.

A. B. C. D. Soalan 24: A. B. C. D. Soalan 25: A. B. C. D. Soalan 26:

II, III, dan IV sahaja II dan III sahaja I, II, dan III sahaja II dan III sahaja Bendara ___________ ialah isyarat menyerah diri. besar Malaysia koyak putih Orang ramai __________ ketika menaiki kereta api . terasak-asak mengasak-asak mengasak berasak-asak Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

Penduduk negara ini terutamanya golongan remaja dan pelajar perlu diberi lebih banyak pendedahan tentang budaya dan kepentingan membaca sebagai salah satu cara untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. A. Penduduk Malaysia khususnya golongan remaja dan pelajar harus diberi lebih banyak pengetahuan tentang kepentingan membaca sebagai salah satu usaha un B. Golongan remaja dan pelajar perlu didedahkan tentang dan kepentingan budaya membaca supaya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. C. Untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, penduduk Malaysia khususnya golongan remaja dan pelajar-pelajar harus diberikan lebih banyak D. Untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, penduduk Malaysia khususnya golongan remaja dan pelajar-pelajar harus diberikan lebih banyak

Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

8

Soalan 27:

Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. Saya tidak mengerti mengapa dia bersikap demikian. Begitulah keluhan Ah Meng setelah memerhatikan perubahan pada diri adiknya. Ibu bapa saya berdua sentiasa berada di dalam keadaan sihat, kata Shah kepada pakciknya. Wah! Bukan main lantang mulutmu. kata Emma, memarahi adiknya yang menjawab percakapannya. Dia belum menyerahkan borang permohonan, kata Harris kepada pegawai atasannya. II dan III sahaja I dan IV sahaja I dan IV sahaja I, II, dan III sahaja Pilih ayat yang betul penggunaan kata tanya. Di mana kamu letak telefon bimbit saya ? Siapa guru kelas kamu? Kenapakah kamu suka membuat bising ? Mana adik kamu ? Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih kata nama yang paling sesuai. Setiap hari sebelum ke sekolah, Fatin akan ______________ pokok bunga di halaman rumah.

I II III IV

A. B. C. D. Soalan 28: A. B. C. D. Soalan 29:

A. B. C. D. Soalan 30:

menyiram membasuh menyiram menjirus Polis telah ___________ bahawa pekerja Indonesia itu telah dipukul sebelum dibunuh . mengiakan mengakui membuktikan mengesahkan

A. B. C. D.

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B atau C. Tandakanlah sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan. Tandakanlah D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenalan.
Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

9

Soalan 31: A. B. C. D. Soalan 32:

Jangan lepaskan (A) peluang yang baik ini kerana ia (B) tidak akan Menjelma (C) lagi. Tiada kesalahan (D)

Selain pendidikan, pengalaman juga(A) merupakan satu unsur penting yang dapat(B) mengajar seseorang itu berfikir secara matang(C) dan rasional. Tiada kesalahan(D)

A. B. C. D. Soalan 33: A. B. C. D. Soalan 34: A. B. C. D. Soalan 35: A. B. C. D. Soalan 36: A. B. C. D. Soalan 37: Kak Long kehairanan(A) mengapa cikgu tak suruh tulis jawapan di papan hitam(B) sedangkan pelajar-pelajar lain semuanya diarah(C) untuk berbuat demikian.. Tiada kesalahan(D) Saya belum menerima akan(A) hadiah kemenangan(B) itu daripada(C) Pengetua. Tiada kesalahan(D) "Bagaimanakah(A) engkau akan masuk(B) ke universiti setempat, Awang?" soal(C) Pak Leman. Tiada kesalahan(D) Kebanyakan pekerja-pekerja(A) di sini terdiri(B) daripada(C) suri rumah yang bekerja separuh masa. Tiada kesalahan(D) "Telah(A) sejam saya bersiap(B) tetapi Rahim masih(C) belum tiba," kata kakak kepada ibu. Tiada kesalahan(D)

A. B. C. D.

Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

10

Soalan 38: A. B. C. D. Soalan 39:

"Pelajar yang perlu(A) bantuan(B) sila angkat(C) tangan," kata Cikgu Rosham. Tiada kesalahan(D)

Berbagai-bagai kerja(A) dapat dilakukan oleh seseorang itu buat dapatkan rezeki(B) yang halal dan tidak menyalahi undang-undang.(C) Tiada kesalahan(D)

A. B. C. D. Soalan 40: A. B. C. D. Seseorang yang berilmu dan beriman(A) biasanya tidak mahu bercakap sombong(B) dan meninggi diri.(C) Tiada kesalahan(D)

Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan, tandakanlah D.
Soalan 41: A. B. C. D. Soalan 42: Dalam perjalanan, kami berhenti untuk menjamu selera di Restoran Aminah. berjamu selera di Restoran Aminah menjamukan selera di Restoran Aminah menjamu selera di Aminah Restoran menjamu selera di Restoran Aminah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berharap dengan mengisytiharkan tahun 1993 sebagai Tahun Komunikasi Sedunia akan pasti bisa dapat membasmikan masalah kebuluran, kemunduran, buta huruf dan keamanan. akan mengatasi masalah pasti dapat melupuskan masalah akan dapat menyelesaikan masalah akan pasti bisa dapat membasmikan masalah Kilang elektronik yang baru didirikan di kawasan perindustrian Larkin itu telah memulakan pengoperasian sejak 24 jam yang lalu. memulai pengoperasian pada 24 jam yang lalu mula beroperasi sejak 24 jam yang lalu dimulakan operasinya pada 24 jam yang lalu memulakan pengoperasian sejak 24 jam yang lalu
Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

A. B. C. D. Soalan 43:

A. B. C. D.

11

Soalan 44:

Latihan kawad kaki dalam pasukan kadet sekolah itu dapat membentuk disiplin diri selain memberi hidup sihat kepada ahli-ahlinya. meningkatkan taraf kesihatan ahli-ahlinya memastikan penjagaan kesihatan ahlinya menjaga kesihatan ahli-ahlinya memberi hidup sihat kepada ahli-ahlinya "Saya amat rindu akan keluarga di kampung," kata Laila. Saya amat rindu akan Saya amat merindui akan Saya amat dirindui akan Saya amat rindu akan Saya telah menunggunya selama satu setengah jam. selama satu jam setengah selama satu jam setengah selama waktu satu jam setengah selama satu setengah jam Kesahihan berita itu yang saya dengar masih dipertikaikan oleh guru-guru. Kesahihan berita yang itu saya dengar Kesahihan berita yang saya dengar itu Berita sahih yang saya dengar itu Kesahihan berita itu yang saya dengar Sonia menerima sepucuk surat dari ayahnya di kampung. daripada ayahnya di kampung daripada ayahnya ke kampung dari ayahnya ke kampung dari ayahnya di kampung Untuk menghadapi peperiksaan itu, dia terpaksa memeras otak. dia terpaksa memeras akan otak dia terpaksa memerasi otak dia terpaksa berperas otak dia terpaksa memeras otak Yang sering ditegur ialah mereka kerana malas dan gagal menghabiskan kerja pada masa yang ditetapkan. Yang sering ditegur ialah mereka yang malas dan gagal menghabiskan kerja Yang ditegur ialah sering malas dan gagal menghabiskan kerja mereka Mereka ditegur kerana malas dan yang gagal menghabiskan kerja Yang sering ditegur ialah mereka kerana malas dan gagal menghabiskan kerja
Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

A. B. C. D. Soalan 45: A. B. C. D. Soalan 46: A. B. C. D. Soalan 47: A. B. C. D. Soalan 48: A. B. C. D. Soalan 49: A. B. C. D. Soalan 50:

A. B. C. D.

12

Pilihlah ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang hampir dengan ayat dalam soalan.
Soalan 51: Penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangan awam patut dihapuskan sama sekali untuk mewujudkan pentadbiran yang bersih. Pentadbiran yang bersih tidak akan mewujudkan penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangan awam. Untuk mewujudkan pentadbiran yang jujur dan bersih, penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangan awam patut dihapuskan sekali-sekala. Dalam usaha mewujudkan pentadbiran yang bersih kerajaan harus menghapuskan sikap kakitangan yang menyalahgunakan kuasa. Sikap menyalahgunakan kuasa telah menular dikalangan kakitangan awam Sebanyak 160 premis makanan di negeri ini telah dikenakan tindakan tutup sementara kerana tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan. Premis makanan di negeri ini telah banyak yang dikenakan tindakan tutup sementara. Sebanyak 160 premis makanan telah ditutup sementara di negeri ini. 160 premis makanan di negeri ini tidak mencapai tahap kebersihan. Sebanyak 160 premis makanan yang kotor telah dikenakan tindakan tutup sementara.

A. B. C. D. Soalan 52:

A. B. C. D.

Soalan 53:

Tahap kemiskinan di luar bandar lebih jelas jika dibandingkan dengan tahap kemiskinan di bandar. Keadaan bandar menyebabkan kemiskinannya tidak jelas berbanding luar bandar Bilangan orang miskin di luar bandar amat ketara jka dibandingkan dengan bilangan orang miskin di bandar. Kebanyakan penduduk di luar bandar hidup dalam keadaan miskin seperti kehidupan orang di bandar. Orang di luar bandar lebih jelas kemiskinan mereka daripada orang di bandar. Orang ramai digalakkan supaya mengamalkan sikap berjimat cermat dalam keadaan ekonomi meleset ini. Dalam kemelesetan ekonomi ini, orang ramai harus sedar akan tanggungjawab untuk berjimat cermat. Sikap berjimat cermat amat perlu bagi orang ramai apabila negara mengalami kemelesetan ekonomi. Dalam keadaan ekonomi yang meleset, orang ramai dipaksa mengamalkan sikap berjimat cermat. Ekonomi meleset memaksa orang ramai supaya berjimat cermat.
Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

A. B. C. D.

Soalan 54:

A. B. C. D.

13

Pilihlah ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong atau ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.
Soalan 55: I II III IV A. B. C. D. Soalan 56: I II III IV Razali menghadiahkan kepada Ramlah sebentuk cincin berlian. Abang saya mempunyai sebuah impian yang amat tinggi. Abang kamu hendak ke manakah? Para pelajar diseru agar mementingkan disiplin masing-masing. IV saja I dan II saja II dan III saja III dan IV saja Seluruh badannya gatal-gatal sebagai akibat gigitan serangga. Kerajaan sudah menghantar para anggota tentera ke Kampuchea. Dia menerangkan yang gadis yang dilanggar kereta itu sahabat baiknya. Kata Robert, "Jika sekiranya saya tidak dapat datang, maafkanlah saya." II, III, dan IV saja I dan III saja I dan II saja I, II, dan III saja Lantikan Shalin sebagai pengerusi persatuan telah disokong oleh semua ahli jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat agung itu. P. Ramlee adalah seniman agung yang tiada tolok bandingmya. Penyatupaduan rakyat yang pelbagai kaum memerlukan kerjasama semua pihak. Perjalanan daripada asrama ke Kuala Lumpur memakan masa selama enam jam. II dan III saja I dan III saja II, III, dan IV saja I dan III saja Rahman mengeluarkan kotak rokok dari dalam poket seluarnya. Encik Gan mengeluarkan wang yang banyak untuk membina rumah banglonya. Ketika marah, ia mengeluarkan kata-kata yang kurang manis idengar. Syarikat ini banyak mengeluarkan buku kerja dan buku rujukan bagi para pelajar. I, II, dan III saja I, II, II, dan IV I dan IV saja III dan IV saja
Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

A. B. C. D. Soalan 57: I II III IV

A. B. C. D. Soalan 58: I II III IV

A. B. C. D.

14

Soalan 59:

I II III IV

Kita harus tabah mengharung hidup yang penuh cabaran ini. Lalat mengharung makanan yang tidak ditutup di atas meja itu. Untuk sampai ke tempat itu, kami terpaksa mengharung sungai yang berliku itu. Setelah seminggu mengharung ombak dan gelombang, akhirnya mereka sampai di pulau itu. II, III, dan IV saja I, II, dan IV saja I dan III saja I, III, dan IV saja Suffian tiada di rumah agaknya. Ayub barangkali ke sekolah. Mereka itu tidak pengawas. Saya bukan ke perpustakaan. I dan II II, III dan IV Semua di atas. III dan IV

A. B. C. D. Soalan 60: I II III IV A. B. C. D.

SOALAN TAMAT

Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

15

PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN ONLINE PMR – BM ( Jawapan )
Soalan 1: A. Soalan 2: A. Soalan 3: D. Soalan 4: A. Bagaimanakah golongan yang tidak tahu menilai masa menggunakan masa mereka? Mereka membiarkan masa berlalu begitu sahaja Apakah perbandingan tentang masa yang di gambarkan oleh pujangga Arab? Masa itu ibarat pedang Apakah yang dimaksudkan dengan bersembang di internet dalam petikan? Mereka berutus-utus maklumat melalui internet Pernyataan berikut tidak terdapat dalam petikan, kecuali banyak remaja yang membuang masa dengan melepak di kompleks beli-belah atau di pinggir-pinggir jalan Mengapakah pergerakan masa yang berlalu itu mendekatkan kita kepada penghujung usia? Kerana umur kita di dunia ini amat terhad Bagaimanakah cara menggunakan masa yang di katakan berfaedah? Melakukan hobi yang menguntungkan atau membersihkan kawasan rumah Apakah cadangan yang dapat diberikan kepada pelajar yang suka menggunakan internet? Galakkan mereka mencari maklumat yang berfaedah untuk pendidikan Siapakah yang mengendalikan kursus sebagaimana yang terdapat dalam iklan? Dr. Raja Kamaruzzaman Raja Ali Haji Siapakah yang sepatutnya mengikuti kursus tersebut? Pelajar dan mereka yang berhubung dengan pelanggan Ungkapan tiada kata secantik bahasa yang terdapat dalam iklan tersebut bermaksud kemahiran berbahasa lebih berkesan daripada penggunaan teknologi dalam perhubungan Apakah tujuan utama kursus itu diadakan? Membina kemahiran dan keyakinan diri untuk berhubung dengan orang ramai Pernyataan berikut tidak benar tentang iklan tersebut kecuali perbelanjaan kursus tersebut sebanyak RM 350 untuk individu Apakah kandungan kursus yang akan disampaikan kepada para peserta? Meliputi ceramah, motivasi, latihan dalam kumpulan, dan individu Apakah nilai positif yang terbentuk pada seseorang jika beliau mengikuti kursus tersebut? Mempunyai keyakinan diri, daya saing yang positif, berfikiran kreatif dan kritis Perkara utama yang dicadangkan oleh penyajak dalam rangkap kedua sajak ini ialah mementingkan kebaikan dalam hidup. melentur mimpi kehidupan Maksud frasa di atas ialah membina harapan dalam hidup. Dalam rangkap ketiga, bagaimanakah sikap pemimpin yang diharapkan dapat menjaga rakyat yang dipimpin? Pemimpin yang berpegang kepada keimanan. Ciri-ciri utama seorang ketua yang mesti dipilih seperti yang terdapat dalam rangkap pertama ialah ketua yang mahu bersatu padu. Antara berikut, frasa manakah dalam sajak ini merupakan gaya bahasa metafora? di persada iman Satu pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah

Reason
Soalan 5: D.

Reason
Soalan 6: A.

Reason
Soalan 7: D.

Reason
Soalan 8: C.

Reason
Soalan 9: C.

Reason
Soalan 10: A.

Reason
Soalan 11: A.

Reason
Soalan 12: C.

Reason
Soalan 13: A.

Reason
Soalan 14: C.

Reason
Soalan 15: D.

Reason
Soalan 16: A.

Reason
Soalan 17: A.

Reason
Soalan 18: A.

Reason
Soalan 19: C.

Reason
Soalan 20:

Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

16

Soalan 21: A.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hamper dengan ayat yang dicetak tebal. Sepasang suami isteri telah dijumpai mati dalam keadaan rentung oleh penduduk kampung pada pagi tadi. Pada pagi tadi penduduk kampung telah menemui mayat suami isteri yang rentung. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai. Lembing yang di rejam oleh pelajar itu tidak ______ ke dalam tanah. tercacak Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. II dan III sahaja Bendara ___________ ialah isyarat menyerah diri. putih Orang ramai __________ ketika menaiki kereta api . berasak-asak Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hamper dengan ayat yang dicetak tebal. Untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, penduduk Malaysia khususnya golongan remaja dan pelajar-pelajar harus diberikan lebih bany Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. I dan IV sahaja Pilih ayat yang betul penggunaan kata tanya. Kenapakah kamu suka membuat bising ? Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih kata nama yang paling sesuai. Setiap hari sebelum ke sekolah, Fatin akan ______________ pokok bunga di halaman rumah. menyiram Polis telah ___________ bahawa pekerja Indonesia itu telah dipukul sebelum dibunuh . mengesahkan Jangan lepaskan(A) peluang yang baik ini kerana ia(B) tidak akan menjelma(C) lagi. Tiada kesalahan(D)

Reason
Soalan 22: B.

Reason
Soalan 23: B.

Reason
Soalan 24: D.

Reason
Soalan 25: D.

Reason
Soalan 26: D.

Reason
Soalan 27: B.

Reason
Soalan 28: C.

Reason
Soalan 29: A.

Reason
Soalan 30: D.

Reason
Soalan 31: B.

Reason
Soalan 32: D. Selain pendidikan, pengalaman juga(A) merupakan satu unsur penting yang dapat(B) mengajar seseorang itu berfikir secara matang(C) dan rasional. Tiada kesalahan(D)

Reason
Soalan 33: " D. Telah(A) sejam saya bersiap(B) tetapi Rahim masih(C) belum tiba," kata kakak kepada ibu. Tiada kesalahan(D)

Reason
Soalan 34: A. Kebanyakan pekerja-pekerja(A) di sini terdiri(B) daripada(C) suri rumah yang bekerja separuh masa. Tiada kesalahan(D)

Reason
Soalan 35: A. "Bagaimanakah(A) engkau akan masuk(B) ke universiti setempat, Awang?" soal(C) Pak Leman. Tiada kesalahan(D)

Reason
Soalan 36: A. Saya belum menerima akan(A) hadiah kemenangan(B) itu daripada(C) Pengetua. Tiada kesalahan(D)

Reason
Soalan 37: B. Kak Long kehairanan(A) mengapa cikgu tak suruh tulis jawapan di papan hitam(B) sedangkan pelajarpelajar lain semuanya diarah(C) untuk berbuat demikian.. Tiada kesalahan(D)

Reason
Soalan 38: A. "Pelajar yang perlu(A) bantuan(B) sila angkat(C) tangan," kata Cikgu Rosham. Tiada kesalahan(D)

Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

17

Reason
Soalan 39: B. Berbagai-bagai kerja(A) dapat dilakukan oleh seseorang itu buat dapatkan rezeki(B) yang halal dan tidak menyalahi undang-undang.(C) Tiada kesalahan(D)

Reason
Soalan 40: B. Seseorang yang berilmu dan beriman(A) biasanya tidak mahu bercakap sombong(B) dan meninggi diri.(C) Tiada kesalahan(D)

Reason
Soalan 41: D. Dalam perjalanan, kami berhenti untuk menjamu selera di Restoran Aminah. menjamu selera di Restoran Aminah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berharap dengan mengisytiharkan tahun 1993 sebagai Tahun Komunikasi Sedunia akan pasti bisa dapat membasmikan masalah kebuluran, kemunduran, buta huruf dan keamanan. akan dapat menyelesaikan masalah Kilang elektronik yang baru didirikan di kawasan perindustrian Larkin itu telah memulakan pengoperasian sejak 24 jam yang lalu. mula beroperasi sejak 24 jam yang lalu Latihan kawad kaki dalam pasukan kadet sekolah itu dapat membentuk disiplin diri selain memberi hidup sihat kepada ahli-ahlinya. meningkatkan taraf kesihatan ahli-ahlinya "Saya amat rindu akan keluarga di kampung," kata Laila. Saya amat rindu akan Saya telah menunggunya selama satu setengah jam. selama satu jam setengah Kesahihan berita itu yang saya dengar masih dipertikaikan oleh guru-guru. Kesahihan berita yang saya dengar itu Sonia menerima sepucuk surat dari ayahnya di kampung. daripada ayahnya di kampung Untuk menghadapi peperiksaan itu, dia terpaksa memeras otak. dia terpaksa memeras otak Yang sering ditegur ialah mereka kerana malas dan gagal menghabiskan kerja pada masa yang ditetapkan. Yang sering ditegur ialah mereka yang malas dan gagal menghabiskan kerja Penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangan awam patut dihapuskan sama sekali untuk mewujudkan pentadbiran yang bersih. Dalam usaha mewujudkan pentadbiran yang bersih kerajaan harus menghapuskan sikap kakitangan yang menyalahgunakan kuasa. Sebanyak 160 premis makanan di negeri ini telah dikenakan tindakan tutup sementara kerana tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan. Sebanyak 160 premis makanan yang kotor telah dikenakan tindakan tutup sementara. Tahap kemiskinan di luar bandar lebih jelas jika dibandingkan dengan tahap kemiskinan di bandar. Bilangan orang miskin di luar bandar amat ketara jka dibandingkan dengan bilangan orang miskin di bandar. Orang ramai digalakkan supaya mengamalkan sikap berjimat cermat dalam keadaan ekonomi meleset ini. Dalam kemelesetan ekonomi ini, orang ramai harus sedar akan tanggungjawab untuk berjimat cermat. I Razali menghadiahkan kepada Ramlah sebentuk cincin berlian. II Abang saya mempunyai sebuah impian yang amat tinggi. III Abang kamu hendak ke manakah? IV Para pelajar diseru agar mementingkan disiplin masing-masing. IV saja Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

Reason
Soalan 42: C.

Reason
Soalan 43: B.

Reason
Soalan 44: A.

Reason
Soalan 45: D.

Reason
Soalan 46: B.

Reason
Soalan 47: B.

Reason
Soalan 48: A.

Reason
Soalan 49: D.

Reason
Soalan 50: A.

Reason
Soalan 51: C.

Reason
Soalan 52: D.

Reason
Soalan 53: B.

Reason
Soalan 54: A.

Reason
Soalan 55:

A.

18

Reason
Soalan 56: I Seluruh badannya gatal-gatal sebagai akibat gigitan serangga. II Kerajaan sudah menghantar para anggota tentera ke Kampuchea. III Dia menerangkan yang gadis yang dilanggar kereta itu sahabat baiknya. IV Kata Robert, "Jika sekiranya saya tidak dapat datang, maafkanlah saya." I dan II saja I Lantikan Shalin sebagai pengerusi persatuan telah disokong oleh semua ahli jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat agung itu. II P. Ramlee adalah seniman agung yang tiada tolok bandingmya. III Penyatupaduan rakyat yang pelbagai kaum memerlukan kerjasama semua pihak. IV Perjalanan daripada asrama ke Kuala Lumpur memakan masa selama enam jam. II dan III saja I Rahman mengeluarkan kotak rokok dari dalam poket seluarnya. II Encik Gan mengeluarkan wang yang banyak untuk membina rumah banglonya. III Ketika marah, ia mengeluarkan kata-kata yang kurang manis didengar. IV Syarikat ini banyak mengeluarkan buku kerja dan buku rujukan bagi para pelajar. I, II, II, dan IV I Kita harus tabah mengharung hidup yang penuh cabaran ini. II Lalat mengharung makanan yang tidak ditutup di atas meja itu. III Untuk sampai ke tempat itu, kami terpaksa mengharung sungai yang berliku itu. IV Setelah seminggu mengharung ombak dan gelombang, akhirnya mereka sampai di pulau itu. I, III, dan IV saja I Suffian tiada di rumah agaknya. II Ayub barangkali ke sekolah. III Mereka itu tidak pengawas. IV Saya bukan ke perpustakaan. I dan II

C.

Reason
Soalan 57:

A.

Reason
Soalan 58:

B.

Reason
Soalan 59:

D.

Reason
Soalan 60:

A.

Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

19

PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN ONLINE Online Assessment PMR BM

Topic
Pemahaman Tatabahasa Kesalahan Ayat Kesalahan Ayat II Maksud Ayat Aneka Pilihan

Analisa Pencapaian
17 / 20 7 / 10 I 5 / 10 8 / 10 4/4 2/6 ( ( ( ( ( ( %) %) %) %) %) %)

Muhammad Aqil Hafiz SMKS7,Shah Alam 2009

20

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful