9.

0 REFLEKSI

Tugasan projek BMM 3110 Sintaksis Bahasa Melayu adalah tugasan yang telah diwajibkan ke atas semua guru pelatih pengajian Melayu semester 5. Tugasan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman seseorang guru pelatih dalam bidang Sintaksis bahasa Melayu. Di samping itu, tugasan ini juga dapat membantu para guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugas dan menganalisa maklumat untuk dipersembahkan sebagai satu hasil kerja yang berkualiti. Sewaktu menjalankan proses mencari maklumat, terdapat pelbagai masalah yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses untuk menyempurnakan tugasan ini. Antara masalah yang dihadapi adalah kesukaran untuk mencari maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan soalan tugasan yang diberikan serta sumber maklumat yang terhad terutamanya buku. Saya telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mencari maklumat di laman sesawang dan bertukartukar maklumat dengan rakan-rakan saya. Saya telah melayari internet untuk mencari maklumat tentang pembentukan kata, namun setelah mencari dan berkolaborasi dengan rakan, didapati bahan yg diperolehi adalah sama di antara saya dan rakan. Justeru itu, saya telah mencuba untuk mencari sumber-sumber maklumat melalui laman sesawang yang lain. Namun, maklumat di dalam laman sesawang amat la terhad, saya mengambil inisiatif untuk membuat rujukan menggunakan buku dan digabungkan dengan maklumat yang diperolehi di laman sesawang.setelah semua maklumat diperolehi, proses pengumpulan maklumat dibuat sebelum di edit dan dimasukkan sebagai bahan kerja kursus. Disamping itu, masalah untuk membahagikan masa untuk tugasan ini dan komitmen terhadap perkara yang lain juga menggusarkan saya terutamanya ketika tarikh untuk menghantar tugasan semakin hampir. Situasi ini telah mengajar saya bagaimana untuk menguruskan masa dengan betul dan menyedarkan saya untuk menggunakan peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin.

Sekian. syukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini juga telah membantu saya untuk mengetahui jenis-jenis ayat dan cara pengunaannya dengan tepat dan betul. in sha Allah.Namun begitu. ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD 900930-11-5773 . Saya berharap segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan ketika bergelar sebagai seorang guru kelak.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful