1.0 PENGENALAN Perkataan “kecuaian” atau “negligence” itu sendiri mempunyai pelbagai makna.

Makna biasa yang dikaitkan dengan kecuaian adalah kelalaian atau “ careless behaviour”. Contoh kelalaian adalah sikap terburu-buru atau tidak berhati-hati hingga mengakibatkan orang lain tercedera dan mengalami kerugian. (Ismail N, 2011)”. “Menurut Rogers,W.V.H (1994), dalam buku ditulis oleh Mohd Ismail Othman (2008), kecuaian sebagai tort adalah pelanggaran kewajipan berjagajaga oleh defendan yang mengakibatkan kerosakan yang tidak diinginkan kepada plaintif. Unsurunsur kecuaian adalah seperti kewajipan undang-undang di pihak A ke atas B untuk berhati-hati dalam segala perbuatan, kedua pelanggaran kewajipan tersebut dan kerosakan berbangkit kepada B. Tort menetapkan tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas yang melakukan perbuatan atau kecuaian bagi mendapatkan ganti rugi, tidak tertentu jumlahnya (Mohd Ismail Othman, 2008)”. Di sini, perbincangan kes dibuat dalam dua kecuaian iaitu kecuaian guru dan kecuaian dalam pentadbiran.
2.0 KECUAIAN GURU

“Menurut Tie Fatt Hee (2002), aspek kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru.

Keseluruahnnya terdapat empat elemen yang perlu dibuktikan oleh plaintif sebelum defendan (guru) boleh disabitkan kesalahan iaitu wujud elemen kewajipan berjaga-jaga, seterusnya kewajipan berjaga-jaga itu dimungkiri. Akibatnya, plaintif mengalami kerugian dan yang keempat terdapat perkaitan antara tingkahlaku defendan dengan kecederaan yang dialami plaintif.

1

Akibatnya. Kelas itu diajar oleh Puan Kenny. defendan (Kerajaan Malaysia) telah membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.J. Hakim memihak kepada perayu dengan alasan : 1.1 KES KECUAIAN 1 : GOVERNMENT OF MALAYSIA & ORS ( defendan) LAWAN JUMAT BIN MAHMUD & ANOR ( plaintif) Huraian Kes Satu kes kecuaian yang berkaitan dengan penyeliaan bilik darjah ialah kes “pensil”. Planitif dan bapanya menuntut ganti rugi di bawah tort kecuaian atas kecederaan parah yang dialami plaintif.J. Alasan Penghakiman Dalam kes ini. plaintif kehilangan mata kanannya. Yang Arif Suffian L. Raja Shah. Murid ini berada dalam darjah lima tercedera kerana tercucuk pensil yang dipegang oleh kawannya bernama Azmi. 2 . plaintif telah berjaya dalam pendakwaannya dan guru tingkatan didapati tidak menyediakan penyeliaan yang mencukupi atau munasabah. Ini diakibatkan oleh kecuaian (negligence) dari pihak guru sekolah yang tidak mengambil langkah berjaga jaga (duty of care) sehingga mengakibatkan kecederaan tersebut. Mata itu terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan yang serius. dan Wan Suleiman F. Dalam kes ini seorang pelajar berumur 11 tahun bersekolah di Sekolah Dato’ Kelana Maarof Seremban.P.2. F. Guru tidak mendedahkan plaintif kepada kecederaan yang boleh dijangkakan. Azmi seorang murid yang nakal dan sering mengganggu rakan-rakan di kelasnya. telah menerima rayuan tersebut. Sebatang pensil bukanlah benda yang merbahaya dan semua murid menggunakan pensil di dalam kelas. Azmi telah mencucuk pin di paha plantif menyebabkannya bertindakbalas dengan berpusing ke belakang lalu mata kanannya bertembung dengan bahagian pensil yang tajam. Seterusnya. Di Mahkamah Tinggi.

apabila murid nakal menyebabkan kecederaan. guru matapelajaran 3 . Keduanya. GOVERNMENT OF MALAYSIA & ORS ( defendan) Huraian Kes Dalam kes ini seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Port Dickson mengalami kecederaan di kepala kerana terkena cangkul yang digunakan oleh rakannya semasa kelas Amali Sains pertanian. Justeru. ini tidak beerti pengurusan pada pihak guru tidak wujud sama sekali dan ketiga. Hubungan kurangnya pengawasan dan kecederaan yang dilakukan ke atas murid bukanlah beerti kemungkinan tetapi perkara itu adalah andaian semata-mata Bukti yang didapati menunjukkan bahawa kecederaan yang menimpa plaintif dapat diramalkan. (plaintif) V. anggapan bahawa guru telah mendedahkan plaintif kepada kecederaan adalah tidak benar. Tuntutan plaintif juga ditolak tanpa kos.2 KES KECUAIAN 2 : MOHAMED RAIHAN BIN IBRAHIM & ANOR. Ia tidak boleh dikatakan guru sekolah tersebut telah mendedahkan plaintif kepada satu kelas kecederaan yang boleh diramalkan secara munasabah. Akhirnya. Andaian yang menyatakan kecuaian guru mengawasi kelas menyebabkan kecederaan pelajar tidak boleh diterima kerana pengawasan guru belum pasti dapat mengelakkan kecederaan. Beliau mendakwa kecederaan berlaku kerana responden. Jadi.2. Kesimpulan tidak boleh dibuat bahawa dengan merujuk pada bukti bukti bahawa jika penjagaan yang lebih teliti kepada kelas tersebut. 2. ini akan mengelakkan si plaintif daripada mengalami kecederaan tersebut. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa defendan (perayu) tidak perlu bayar ganti rugi kerana kecederaan yang tidak dapat diramalkan.

Raja Aminuddin membuat kerja yang sama di batas sebelah dengan menggunakan cangkul yang pemegangnya sepanjang 5 kaki. Plaintif meninggikan batasnya dengan menggunakan penyodok dan rakannya. Seterusnya plaintif membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan diberikan satu batas. plaintif memberitahu Raja Aminudin supaya jangan menggunakan cangkul sehingga beliau selesai kerjanya. Selepas berbaris bagi mengambil peralatan pertanian dari stor.Sains Pertanian gagal membuat penyeliaan ke atas pelajar yang mengikuti kelas perkebunan dan gagal memberi penerangan berkenaan penggunaan cangkul. Alasan Penghakiman Tuntutan beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi. cangkul itu terkena kepala plaintif dengan luka 2 ½ inci dan retak pada tulang tengkoraknya kanan. Di sini. Dalam hal ini. guru tidak memeriksa alatan perkebunan dan tidak menyediakan sistem keselamatan semasa kelas pertanian. Raja Aminudin terus mengangkat cangkul tanpa menghiraukan kata-kata plaintif. Guru pula mempercayai pelajar dan tidak menguruskan peralatan perkebunan dengan baik. Akhirnya. Guru juga tidak 4 . Ukuran batas adalah 15 kaki panjang dan 3 kaki lebar. hujah dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan telah memutuskan terdapat kecuaian dan defendan gagal mengambil tindakan munasabah dan langkah-langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan perayu yang di bawah jagaan beliau daripada menanggung kecederaan. guru sedang berehat di bawah pokok beberapa ela dari batas pertanian. Kuala Lumpur. Kejadian berlaku apabila pelajar-pelajar tingkatan satu yang terdiri daripada 37 atau 38 orang mengikuti kelas amali pertanian di bawah pengawasan guru perempuan Mrs. Tetapi. mereka terus ke kebun. Semasa berlaku. Oleh sebab jarak mereka terlalu dekat. Hau Kan Yong.

Tindakan Undang-undang tort bagi kes ini.J menegaskan. Jika guru tahu bahawa murid-murid terlibat dalam melakukan perbuatan yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada satu sama lain. Pentadbir pendidikan di sekolah khasnya pengetua dan guru besar tidak peka peraturan-peraturan yang sedia ada dan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas pelajar-pelajar. pengetua. Tahap penyeliaan bergantung pada keadaan setiap kes. sama ada di dalam kelas atau taman permainan. bagi mengelak berlakunya kecederaan. Hakim Salleh Abas F. para pendidik. atau tidak tahu tentang adanya peraturan dan undang-undang dalam pendidikan. guru besar dan pegawai perkhidmatan pendidikan yang lain sentiasa terdedah kepada keadaan yang boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan dan undang-undang pendidikan. Kejahilan pentadbir dan pengurus sekolah adalah antara faktor yang dikenal pasti 5 . adalah diterima kerana terdapat kecuaian dan gagal mengambil tindakan munasabah dan langkah-langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan perayu di bawah jagaan plaintif daripada menanggung kecederaan. Kadangkadang mereka terperangkap dengan arahan-arahan yang bertentangan dengan undang-undang pendidikan.memberi peringatan dan tidak mengambil langkah –langkah keselamatan mengikut keadaan pelajar termasuk jarak antara mereka. Ini adalah disebabkan mereka tidak faham. seperti umur murid dan apa yang mereka lakukan pada masa yang material. 3. guru adalah berkewajipan untuk mengambil langkah-langkah untuk memastikan keselamatan”.0 KECUAIAN PENTADBIRAN DAN UNDANG-UNDANG KEADILAN ASASI (Law Of Natural Justice) “Menurut Mohd Ismail Othman (2008). “Undang-undang menjelaskan bahawa seorang guru sekolah adalah di bawah kewajipan untuk menjalankan pengawasan ke atas murid-murid beliau apabila mereka berada dalam premis sekolah.

Mereka mendakwa telah dibuang sekolah kerana memakai serban di sekolah di samping memakai pakaian seragam sekolah.. Defendan1 ialah Guru besar sekolah itu.1 KES PENTADBIRAN 1 : MEOR ATIQURRAHMAN BIN ISHAK & 0RS (plaintif) LAWAN FATIMAH SIHI & ORS ( defendan) Huraian Kes Satu kes yang dibawa ke Mahkamah berkenaan pakaian seragam. Akhirnya mereka dibuang sekolah kerana degil memakai serban bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah. Plaintif 1 sepupu mereka dan belajar di darjah lima. Dalam pernyata tuntutannya mereka mendakwa telah dihalau dari sekolah kerana memakai serban. Oleh itu. larangan membeza-bezakan kerana ugama. Pelantar tindakan ini ialah:mereka dibuang sekolah bertentangan dengan kebebasan berugama. Negeri Sembilan. 3. kaum. Plaintif terdiri daripada 2 orang adik-beradik berusia lapan dan sembilan tahun dan sepupu mereka. keturunan dan tempat lahir. beliau tidak boleh mengadili kes tersebut.sebagai punca sekolah sering didakwa oleh ibu bapa. diketuk di kepala. ditumbuk dan diaibkan oleh Guru besar perempuan sekolah itu. Hak keadilan asasi perlu mematuhi dua prinsip utama iaitu prinsip audi alteram partem iaitu orang yang berkenaan diberi peluang yang mencukupi unuk menyatakan kesnya semasa perbicaraan dan kedua prinsip nemo judex in causa sua” iaitu tidak berat sebelah bererti seseorang yang ada kepentingan dalam sesuatu kes yang dikendalikan . Mereka juga dibuang sekolah tanpa diberi peluang untuk didengar yang bertentangan dengan prinsip keadilan semulajadi dan dengan demikian dinafikan peluang untuk merayu. mereka dibuang sekolah kerana didorong oleh niat jahat “mala fide” tanpa menimbangkan hukuman yang lebih ringan 6 . bekas penuntut darjah tiga dan darjah dua di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir (FELDA) Bandar Baru Serting.Mereka mengambil tindakan undangundang ini melalui bapa / bapa saudara mereka.

Oleh yang demikian. Mereka telah diberi peluang secukupnya untuk didengar walaupun tiada prosiding dijalankan yang memerlukan plaintif-plaintif diberi hak untuk didengar. Ini menjadikan larangan itu tidak sah.3/1983. Kementerian tidak melarang pakaian itu dalam Peraturan Pakaian Seragam Bil. (v) Peraturan Sekolah 1997 dan sebagai Guru besar yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin sekolah beliau telah bertindak membuang mereka dari sekolah selaras dengan kuasa yang diberi oleh undang-undang. Guru besar sudah melampaui kuasanya dengan menentukan dasar yang haknya terletak pada Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. Mahkamah mengarahkan defenden membayar ganti rugi dan kos. terbatal dan tidak berkesan dan mereka hendaklah diterima semula belajar di sekolah itu. pertama oleh Jawatankuasa Persatuan Ibubapa Guru Sekolah dan kedua oleh Guru besar Defendan-defendan dalam pembelaannya menegaskan bahawa plaintif-plaintif dengan memakai serban di sekolah telah melanggar peraturan 3(f). Keputusan Mahkamah Tinggi Seremban di ketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 22 November 2004. Plaintif-plaintif juga tidak mendapat keadilan kerana tidak diberi peluang untuk didengar melalui penjaganya.seperti menggantung sekolah. Pada tahun 2006. Di sini. Alasan Penghakiman Pada 10 November 1997 Mahkamah Tinggi Malaya Seremban membatalkan keputusan Guru besar yang mengambil tindakan membuang sekolah tiga orang muridnya kerana memakai serban ke sekolah. persoalan yang timbul ialah 7 . Guru besar tiada bidang kuasa melarang semua murid memakai serban. keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan. plaintif-plaintif memohon perintah mahkamah supaya mengisytiharkan pembuangan sekolah itu tidak sah. terbatal dan tidak berkesan. Mereka dibuang sekolah atas dua perintah yang dikeluarkan. Hakim Abdul Hamid berkata.

melanggar atau tidak Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.00 sahaja. Laporan berkenaan perangai pelajar itu juga diberikan oleh ketua pengawas dan Pengerusi Kelab Interact. Laporan itu juga menyebut. dia ketawa dan meninggalkan pertunjukan itu beberapa kali 8 . ANANDARAJAN & ORS (defendan) 5 September 1969 Huraian Kes Dalam kes ini. seorang pengetua sekolah dalam keterangannya menyatakan seorang pelajar dibuang sekolah kerana terdapat laporan daripada guru berkenaan tingkah laku pelajar itu pada masa pertunjukan talentime yang diadakan pada 1 April 1968.pelajar itu dilarang memakai serban sebagai sebahagian daripada pakaian pakaian seragam sekolah. Hakim Datuk Abd. Mereka tidak dilarang memakainya pada masa yang lain. Selain daripada itu.00 walaupun hanya membayar RM2.” “Pelajar.2 KES PENTADBIRAN 2 : MAHADEVAN (plaintif) V. pelajar itu menduduki tempat duduk berharga RM3. mahkamah perlu memberinya lebih perhatian dan jika tidak. Malahan di sekolah mereka tidak dilarang memakai serban ketika bersolat” “Mengambil kira semua faktor ini. serta berdasarkan tahap pentingnya. Hamid Mohamed menyatakan : “ Jika amalan itu berbentuk wajib atau menjadi sebahagian penting agama. saya dapati Peraturan-peraturan sekolah 1997 tidak melanggar Perkara 11 (1) Perlembagaan” 3. mahkamah tidak perlu sangat mengambil kira.samada Peraturan-peraturan Sekolah 1997 yang melarang pemakaian serban oleh pelajar sebagai sebahagian pakaian seragam sekolah.

1968 dia bertekad membuang pelajar itu. pengetua menyampaikan keputusannya pada 6 Mei 1968. Apabila disoal.bagi mengganggu pertunjukan. Dalam pengakuannya. Pelajar itu menyangkal beberapa tuduhan tetapi mengaku kesalahan yang lain. Mahkamah Tinggi mendengar keterangan yang diberikan dan berpuas hati bahawa pelajar itu tidak diberi peluang yang mencukupi untuk didengar. Pengetua memanggil pelajar itu juga secara bersendirian pada hari itu dan memberitahu perangainya yang kurang sopan pada masa yang lepas. Bapanya merayu kepada Lembaga Pengurus Sekolah tetapi rayuannya ditolak. Pengetua membincang berkenaan perkara itu dengan rakan sejawatnya dan pada 10 April. Oleh sebab ketika itu sekolah akan tutup. pengetua berpuas hati dan merasakan pelajar itu patut diambil tindakan buang sekolah bagi menjaga disiplin di sekolahnya. dia menyalakan mancis api dan berperangai tidak senonoh dalam kumpulannya. ia menyatakan tuduhan yang dibuat ke atasnya tanpa memberi peluang yang mencukupi untuk dia menjawab pertuduhan yang dibuat. dia menyatakan dia tidak datang bagi aktiviti sekolah tetapi sakitnya itu tidak teruk bagi membolehkan dia bermain badminton. pelajar itu membawa surat sakit daripada doktor tetapi pada petang itu dia bermain badminton. Pada masa yang lain. Alasan Penghakiman Pelajar itu bersama bapanya membawa kes itu ke Mahkamah bagi membatalkan tindakan pengetua agar dia disekolahkan semula. Beliau memberi amaran kepada mereka. Pengetua memanggil pelajar itu bersama dua orang rakannya yang lain ke dalam pejabatnya pada 2 April 1968. Mahkamah menyatakan dengan 9 . Selepas menemui pelajar itu. Laporan juga menyebut. Dan pertuduhan dibuat dengan cara yang tidak tepat dan tidak mengikut undang-undang keadilan asasi atau natural justice.

10 . adalah tidak sama kesnya dengan kes jenayah. Apa yang adil bergantung kepada keadaan dan mengikut pemikiran biasa Majlis Privy tidak ada sebarang ketidakadilan dalam tindakan yang diambil oleh pengetua sekolah. rayuan ini telah ditolak. Majlis Privy menyatakan. bagi menjaga disiplin di sekolah.memberi amaran yang pelajar akan dibuang tidak memadai untuk menerima sebagai keadilan asasi. pelajar itu merayu kesnya ke Majlis Privy atau Privy Council. pengetua tidak memberi notis yang secukupnya kepada pelajar untuk dia menikmati kehendak keadilan asasi. Mahkamah berpendapat. Mahkamah mendapati terdapat pelanggaran aspek tersebut dan keputusan yang diambil oleh pengetua sebagai batal dan tak sah iaitu null and void dan pelajar itu diterima bersekolah semula. Tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Federal . Majlis Privy menolak rayuan itu. Pengetua merayu kes ini ke Mahkamah Federal. pengetua tidak perlu mengadakan sesi pertemuan yang panjang lebar sebelum bertindak. dalam hal pentadbiran seperti penyingkiran pelajar. Mahkamah Federal mendapati tindakan yang diambil oleh pengetua adalah mengikut peraturan dan menepati keadilan asasi. Sekolah tidak tertakluk kepada alteram partem atau the right to be heard. Mahkamah Federal berpuas hati dengan tindakan pengetua yang sudah memberi peluang yang mencukupi kepada pelajar itu dan pelajar itu dibuang dari sekolah. Maka. Mahkamah menetapkan. Keadilan asasi itu adalah mengambil tindakan secara yang adil dan saksama.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful