PENGHARGAAN Alhamdulillah hirabbila‟lamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke

hadrat ilahi dan dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus saya ini dengan jayanya. Saya menjulang setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah saya iaitu Ustaz Ismail b. Mat Ludin, pensyarah bagi matapelajaran Tilawah dan Tafsir yang telah memberikan tugasan ini kepada saya. Tambahan ,lagi, beliau telah banyak memberikan segala tunjuk ajar dan pedoman bagi menjelaskan kekeliruan kepada kami pada permulaannya. Segala didikan beliau amat berguna dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya ucapan terima kasih ditujukan khas buat kedua ibu bapa saya iaitu Jamaludin b. Ahmad bersama isteri, Normah bt. Hashim yang telah banyak menyumbangkan kerjasama dari segi kewangan mahupun bantuan dari segala

aspek yang diperlukan. Segala jasa mereka tidak dapat ditukar dengan wang ringgit. Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini kepada rakan-rakan saya dan masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan projek tugasan saya ini. Selain itu, tugasan ini telah banyak mendidik saya menjadi pelajar yang sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai kesusahan demi untuk mencapai kejayaan bak kata pepatah “Sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Sekian, terima kasih.

1

PENDAHULUAN

Tugasan ini mempunyai tiga bahagian iaitu penulisan esei, buku skrap dan penulisan refleksi. Bahagian penulisan esei memerlukan saya untuk mentafsir empat bahagian pengajian iaitu dari segi aqidah, fiqh, akhlak dan kisah para nabi. Kemudian, daripada ayat-ayat ini saya dikehendaki untuk menganalisis pengajaran ayat serta mengaitkannya dengan isu-isu semasa. Manakala, bagi bahgian kedua pula iaitu buku skrap, saya ditugaskan untuk mengkaji tentang Israiliyyat dan bahayanya terhadap Islam pada masa sekarang. Saya telah membahagikan Israiliyyat ini kepada pembahagiannya, contoh-contoh, hukum meriwayatkan dan kesannya terhadap ajaran Islam. Seterusnya ialah penulisan refleksi dimana saya dikehendaki untuk menganalisis pengalaman yang dilalui semasa menulis esei dan membuat buku skrap. Di dalam penulisan refleksi ini, saya juga perlu mengemukakan lima sebab bagaimana tugasan dapat meningkatkan kefahaman saya berkaitan dengan tajuk tugasan ini.

2

[3] Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Ibnu Abbas menerangkan bahawa ketiga huruf ini adalah isyarat kepada tiga nama iaitu Alif untuk nama Allah.BAHAGIAN AQIDAH: SURAH AL-BAQARAH AYAT 1-5 TERJEMAHAN AYAT [1] Alif. Golongan yang pertama ialah yang memberikan maksud sendiri daripada huruf-huruf tersebut iaitu terdiri daripada penafsir sahabat yang terkenal iaitu Abdullah bin Abbas. bahawa beliau perna h menyatakan bahawa hurufhuruf Alif-Lam-Mim itu adalah dari nama Allah. kebanyakan penafsir-penafsir di akhir zaman ini membicarakan tentang huruf-huruf seperti di permulaan surah al-Baqarah (‫ )آلم‬ini menurut cara mereka sendiri iaitu terdiri daripada dua golongan. TAFSIR DAN PENGAJARAN AYAT Mengikut tafsir al-Azhar. Miim. Alif adalah kunci dari namaNya Allah. Anas (sahabat Rasulullah) menagatakan bahawa Alif-Lam-Mim itu terdapat tiga kunci. tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya). serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Rabi‟ b. [4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu. [5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. malah dikatakannya bahawa itu adalah dari Ismullahi al-A‟zham iaitu nama Tuhan Yang Agung. Lam kunci dari namaNya Lathif dan Mim kunci 3 . Lam untuk Jibril dan Mim untuk Nabi Muhammad SAW. ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. [2] Kitab Al-Quran ini. Menurut riwayat dari al-Baihaqi dan Ibnu Jarir yang diterima dari sahabat Abdullah bin Mas‟ud. Laam.

Terdapat dua golongan manusia iaitu yang yang percaya kepada benda-benda yang nyata sahaja. melainkan di pangkal beberapa surah. Abu Hakim pula berkata. Mereka tidak mempercayai bahawa adanya Tuhan. “ Huruf potongan itu tertutup untuk ditafsirkan”. Maka. Golongan kedua ialah yang mempercayai perkara-perkara yang ghaib. tetapi dapat dirasai melalui akal seseorang manusia. asSuddi. as -Sya‟bi. Ayat yang kedua pula bermaksud inilah Al-Quran meskipun pada waktu tersebut ianya belum menjadi naskhah atau mashaf berupa buku. Seterusnya ialah ayat yang berkisarkan tentang kepercayaan kepada yang ghaib. Tafsir ini juga dipakai oleh Tabi‟in iaitu Ikramah. “ Di dalam Al-Quran kita tidak mendapat huruf-huruf. Riwayat ini diterima oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Ali bin Abu Thalib.dari namaNya Majid. Contohnya. dan tidaklah kita tahu apa yang dikehendaki Allah dengan dia”. bahawa menurut Umar bin al-Khattab. namun setiap ayat dan surah yang diturunkan telah menjadi hafalan oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW. dia dapat membantu kehidupan masyarakat dengan penyaluran zakat dan 4 . tetapi Allah lebih mengetahui maksudnya. Perkara yang ghaib yang dimaksudkan ialah yang tidak dapat disaksikan oleh pancaindera. dibawa oleh Jibril dan bukan dikarang oleh Rasul yang ummi. Perkara ini diertikan sebagai keimanan kepada perkara-perkara yang ghaib. Mujahid dan Hassan al-Bishri. Menurut riwayat Abul-Laits as-Samarqandi. termasuk ayat mutasyabih yang kita baca dan percaya. Apa yang dibaca oleh kita adalah daripada bacaan orang-orang Arab serta dipanjangkan. Golongan kedua pula mentafsirkan ayat ini sebagai rahsia Allah. Kesimpulan daripada ayat ini ialah kepercayaan kepada yang ghaib seterusnya dibuktikan dengan sembahyangnya. Uthman bin Affan dan Abdullah bin Mas‟ud berkata. Ianya adalah sebagai petunjuk kepada orang yang bertakwa. umat Rasulullah tetap mengikuti sunnah Rasulullah walaupun nabi telah wafat sekian lama. Ianya adalah wahyu dari Allah. Dengan itu. dia juga rajin untuk berkhidmat dengan masyarakat dengan menyalurkan zakat atau bersedekah kerana orang mukmin tidak mungkin dapat hidup secara berseorangan di dunia ini. Sembahyang pula didirikan apabila masuknya waktu solat dengan erti kata lain dia memelihara solatnya kepada Allah. Malaikat serta perkara-perkara yang ghaib. Qatadah. Keimanan ini akan sekaligus dituruti dengan mendirikan sembahyang.

Ayat terakhir pula menerangkan tentang penyempurnaan iman iaitu keyakinan bahawa hidup di dunia dan kehidupan di akhirat adalah yang abadi. Jika kita lihat kembali ayat yang pertama berbeza dengan kandungan ayat yang lain. mengeluarkan zakat dan mempercayai ajaran yang telah diwahyukan kepada Nabi dan Rasul. Ini adalah kerana Al_quran adalah kalam Allah yang kita wajib beriman dengannya dengan mempercayai segala isi kandungan yang telah diperintahkan di dalamnya. Disini. Justeru. diterangkan juga cara-cara untuk menjadi mukmin yang bertakwa seperti beriman kepada perkara yang ghaib. Sesungguhnya. Justeru. Dia lebih Mengetahui. Ayat seterusnya menjelaskan tentang kepercayaan kepada rasul utusan Allah iaitu Nabi Muhammad SAW tentang apa yang diwahyukan kepadanya sebagai iman dan ikutan manusia kepada Allah. Isa dan yang lainnya kerana mereka semua adalah Nabi utusan Allah. kita perlulah mencontohi para ilmuwan terdahulu melalui sikap berusaha mereka mengkaji makna-makna Al-quran kerana Allah sendiri memerintahkan manusia untuk mentadabbur dan merenungi makna-maknanya berlandaskan ilmu yang ada pada mereka. Sesungguhnya. kita hanya dapat menyerahkan segala makna-maknanya yang sebenar hanya kepada Allah. Musa. 5 . kita hendaklah menjadi orang yang bertakwa dengan mengikuti segala panduan daripada Al-Quran dalam proses mendapatkan gelaran sebagai seorang mukmin yang bertakwa. Seterusnya.sedekah hanya untuk mendapat keredhaan Allah. Begitu juga kepercayaan kepada ajaran yang telah diturunkan sebelum Nabi Muhammad iaitu kepada Nabi Nuh. mendirikan solat. Pengajaran yang boleh diambil daripada keseluruhan penceritaan ayat ini ialah kita hendaklah mengimani Al-Quran sebagai rujukan pertama kita dalam menjalani kehidupan di dunia. individu inilah yang berada di bawah limpahan kasih sayang Allah dan termasuk dalam orang-orang yang berjaya.

( Riwayat Abu Daud ).ISU SEMASA BERKAITAN AQIDAH Dalam menempuh zaman kemodenan ini. jika kerana terlupa. maka dia boleh jatuh kepada kekufuran. Hikmah mengeluarkan zakat fitrah ini adalah untuk membersihkan orangorang yang berpuasa daripada kelalaiannya. ( Riwayat Bukhari dan Muslim). Hal ini telah dibincangkan oleh Mohd Asri Silahuddin (2009) bahawa menunaikan zakat fitrah adalah wajib yang mutlak di dalam Islam dan mengabaikannya adalah haram dan berdosa di sisi Allah SWT. maka hendaklah segera dia menunaikannya walau sudah terlepas waktunya (menjadi qada) dan segeralah memohon keampunan kepada Allah SWT di atas kelalaiannya sebelum itu. Ulama fikah menyatakan. Namun. Seseorang telah bertanyakan soalan apakah hukum individu yang berpuasa tetapi mereka tidak menunaikan zakat fitrah. Ibnu Abbas menyatakan: "Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada bicara yang tiada manfaatnya dan kata-kata kotor".a meriwayatkan: Rasulullah telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Aidilfitri. 6 . Ibnu Umar r. kebanyakan individu sering melupakan tentang pembayarab zakat atau sengaja menangguhkannya hingga membawa kepada istilah terlupa dalam membayar zakat. orang yang enggan berzakat kerana kesengajaan dan mengingkari kewajipannya.

jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah.mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah. dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu. Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka. maka tidaklah mereka berdosa . Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa keduaduanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya). Dan (ingatlah). Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteriisteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteriisteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. [229] Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [230] Sesudah (diceraikan dua kali). diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain.BAHAGIAN FIQH: SURAH AL-BAQARAH AYAT 228-230 TERJEMAHAN AYAT [228] Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). lagi Maha Bijaksana. Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak). maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula). 7 . Allah Maha Kuasa.

Secara umumnya. Ini kerana persefahaman adalah penting pada waktu ini untuk mereka bersama-sama membina kembali hubungan yang telah diputuskan. Pada masa ini. kita juga hendaklah menghayati maksud Allah telah memberikan satu darjat ketinggian kepada suami untuk merujuk kembali isterinya walau tanpa persetujuan wanita tersebut. ayat 228 surah al-baqarah membawa maksud wanita yang diceraikan itu hendaklah menahan diri mereka daripada berkahwin dengan lelaki lain selama tiga kali suci daripada haid. Sebagai wanita. dalam keadaan haid ataupun tidak. Wanita hendaklah mengamalkan sikap toleransi dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan supaya 8 .TAFSIR DAN PENGAJARAN AYAT Menurut tafsir Al-Azhar. dalam keadaan haid ataupun tidak yang bertujuan untuk menjaga kemaslahatan bagi kedua-dua belah pihak. kuasa penceraian hanya diletakkan ke atas suami. Rasulullah SAW juga menyarankan untuk menjaga adab dalam proses menceraikan isteri dan melarang keras daripada mentalak isteri dalam keadaan haid. Ditafsirkan juga bahwa suami yang menyedari tentang tanggungjawabnya selepas dimaklumkan isterinya yang diceraikan ketika hamil. wanita tersebut hendaklah memaklumkan statusnya sama ada hamil. Oleh sebab itulah. Penahanan ini bertujuan untuk mengosongkan rahim wanita yang telah diceraikan daripada benih suaminya yang lama. Pengajaran yang boleh diambil daripada ayat 228 daripada surah Al-Baqarah ini ialah hikmah memaklumkan status wanita yang telah diceraikan oleh suaminya sama ada hamil. Ayat seterusnya pula menjelaskan tentang proses rujuk iaitu suami merujuk kembali isterinya dalam tempoh iddah jika mereka bertujuan untuk berdamai. wanita-wanita yang telah diceraikan itu juga mempunyai hak yang sama bermaksud wanita yang telah diceraikan mestilah menyedari tugasnya iaitu bersama-sama dengan suami untuk merujuk kembali jika suami mengkehendakinya. Selain itu. Dalam pada itu. berkemungkinan besar akan merujuk kembali isterinya dalam tempoh iddah tersebut yang bertujuan untuk perdamaian. Diceritakan bahawa Saidina Abdullah bin Umar pernah dicela oleh Rasulullah kerana menjatuhkan talak kepada isterinya dalam keadaan haid. kita hendaklah saling memberikan kerjasama kepada suami apabila ditimpa musibah penceraian ini. lelaki iaitu pihak suami lebih berfikiran matang dalam membuat keputusan.

suami yang pertama boleh merujuk kembali isterinya dengan syarat suami kedua tidak merujuk kembali setelah tamat tempoh iddah mereka. imam Ibnu Kathir telah menjelaskan bahawa talak bermaksud lepas sementara akad perkahwinan bermaksud ikatan. Peunoh Daly(1994) khulu‟ ialah sa tu sistem penceraian dengan cara tebusan. Apabila berlaku penceraian wanita tersebut dengan suami yang kedua. Maksud dua kali dalam ayat ini ialah berpisah yang boleh dirujuk hanya dua kali tetapi bukan bermaksud mengucapkan lafaz talak dua atau tiga dalam satu keadaan kerana ianya hanya akan menghasilkan penceraian sebanyak sekali sahaja. Jika tidak ada. tebusan adalah sebagai ganti rugi kepada penceraian. Jadi. Tafsir al-Azhar melalui ayat 230 menghuraikan maksud bahawa jika penceraian kali yang ketiga berlaku. Selepas itu. maka penceraian adalah tidak sah. Kaedah ini disebuat sebagai khulu‟ atau tebus talak. Seterusnya. Jadi. sebagai seorang suami hendaklah bertimbang rasa kepada bekas isterinya kecuali suami boleh menuntut harta sepencarian mereka semasa mereka bersama-sama bekerja dahulu. maka wanita tersebut adalah haram untuk suami itu merujuk kembali isterinya walaupun dalam tempoh iddah. tafsiran ini menjelaskan bahawa wanita yang telah diceraikan untuk kali yang ketiga boleh dirujuk kembali jika wanita tersebut berkahwin dengan lelaki lain dan mereka telah bersetubuh bersama. Menurut Dr.suami tidak berasa tercabar seterusnya melafazkan kalimah penceraian terhadap isterinya. Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah lelaki iaitu suami dilarang untuk meminta harta isterinya jika berlaku penceraian terhadap mereka. suami dilarang untuk meminta ganti rugi daripada isterinya kecuali jika penceraian berlaku atas kehendak isterinya sendiri. Mengikut tafsiran yang sama melalui ayat 229 dalam surah al-baqarah ini. dapat disimpulkan bahawa talak ialah melepaskan ikatan perkahwinan. Ini kerana harta tersebut adalah kepunyaan isterinya sendiri yang telah diberikannya sewaktu perkahwinan mereka masih aman. ayat ini menjelaskan jika telah merujuk isteri untuk kali yang kedua hendaklah mereka menjalankan kewajipan sebagai pasangan suami isteri mengikut syarak tetapi jika berlaku juga penceraian. Menurut Syaid Sabiq (1990) pula. Pengajaran yang boleh diambil daripada tafsiran ayat 230 ini ialah kita hendaklah mematuhi hukuman yang telah disyariatkan Allah apabila berlakunya 9 . (njnkjnknkkknk 2008).

Seperti yang telah ditetapkan oleh Allah dalam ayat ini jika berlaku penceraian iaitu dalam ayat: “ Maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula). ISU SEMASA BERKAITAN FIQH Salah satu isu tentang permasaalahan talak ialah seorang suami menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isteri ketika beliau dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak seperti berikut: “Selepas habis pantang. Maka. Mereka perlu mengadakan akad perkahwinan yang baru dengan syarat bekas isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain dan telah melakukan persetubuhan. pasangan tersebut akan terpisah daripada menjadi suami isteri buat selama-lamanya melainkan isteri tersebut mengadakan akd nikah yang baru dengan lelaki lain dan bercerai dengannya atau suaminya itu meninggal dunia. maka jatuh talak satu ke atas engkau!” 10 . diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya”. Kesan yang bakal berlaku sesudah penceraian juga perlu dititik beratkan oleh pasangan untuk menjamin kesejahteraan secara bersama. Disini. Allah juga menegaskan perkahwinan dengan akad baru boleh dilakukan jika mereka yakin perkahwinan mereka bermatlamatkan Allah dan ingin memperbetulkan kembali hubungan mereka yang gagal dahulu untuk mencapai keredhaan Allah.penceraian untuk kali yang ketiga. Jelas disini bahawa Allah menghalalkan perkahwinan suami dan isteri yang ingin berkahwin semula selepas talak ba‟in kubra berlaku mengikut aturan -aturan yang telah ditetapkan melalui Al-Quran. Talak ini dikategorikan sebagai talak ba‟in kubr a. Justeru itu. Maksud talak jenis ini ialah talak yang dijatuhkan sebanyak tiga kali oleh suami kepada isterinya. jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah. kita hendaklah mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku sebelumnya dan tidak boleh sewenang-wenangnya melafazkan talak mengikut emosi dan perasaan.

Menurut pendapat yang kuat bagi jumhur fuqaha‟. terpaksa. Orang yang mukallaf (bertanggungjawab terhadap tindakannya). wilayah (ada kekuasaan) dan ada qasad ( niat ). bercampur-campur dan tidak sedar apa diperkatakan ketika mabuk. Lagipun. Kejadian ini telah banyak dibincangkan dan majoriti pendapat jatuh talak melalui SMS jika pada SMS itu dibuat adanya lafaz dan niat yang jelas daripada suami seperti. “aku talak kau” atau “maka tertalaklah engkau”. juga kerana ijma‟ sahabat Nabi SAW menyatakan kata-kata yang dilafazkan ketika mabuk seperti menuduh perempuan suci berzina dan lain-lain akan dikenakan tindakan. Jadi. dia mengambil bahan yang memabukkan itu dengan pilihan sendiri tanpa ada paksaan dan tanpa darurat.Ketika kejadian tersebut . Maksud mabuk yang tidak diharamkan ialah seperti orang mabuk kerana darurat. mahal (isteri iaitu perempuan ditalak). maka jatuh talak yang dilafazkan olehnya dalam keadaan mabuk sebagai hukuman dan cegahan terhadapnya daripada melakukan perbuatan maksiat. Disyaratkan bahawa suami yang melafazkan talak adalah suami yang mukallaf (baligh dan berakal) dan tidak dipaksa. persoalannya ialah sama ada jatuh talak atau tidak melalui SMS dan sama ada jatuh talak oleh suami yang pada masa itu dikatakan tidak normal kerana mengambil ubat tidur berlebihan. kerana dipaksa atau kerana makan sejenis tumbuhan memabukkan walaupun bukan kerana sesuatu keperluan. bagi talak oleh pentalak yang mabuk atau tidak normal kerana mabuk itu sampai pada peringkat percakapan merepek dan tidak menentu. “aku ceraikan kau”. rukun talak ada lima iaitu pentalak. Menurut Dr Wahbah al Zuhaily dalam kitabnya al Fiqh Islami wa Adillatuhu. Menurut pendapat Imam Shafie. Persoalan ini lebih menjurus kepada sama ada jatuh talak jika lafaz dibuat ketika suami tidak normal iaitu kerana minum ubat batuk secara berlebihan. Bagi menjawab isu ini. maka fuqaha‟ sepakat berpendapat tidak jatuh talak daripadanya jika ia mabuk yang tidak diharamkan. jika seseorang mengambil atau menggunakan bahan memabukkan tanpa sesuatu keperluan atau darurat. talak yang dijatuhkan melalui penghantaran 11 . Berdasarkan pendapat jumhur fuqaha‟. sighah (lafaz). suami itu menyatakan bahawa beliau sedang keadaan dalam tidak normal kerana mengambil ubat tidur secara berlebihan. rujukan perlu dibuat terhadap rukun dan syarat sah rukun talak.

[8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.sia. boleh dikira sah kerana mencukupi rukun pentalak itu sendiri. HURAIAN AYAT Ayat 1 iaitu “ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman” iaitu orang-orang yang beriman yang tetap berjaya mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak ialah orang-orang yang mengerjakan 12 . BAHAGIAN AQIDAH: SURAH AL-MU’MINUN AYAT 1-11 TERJEMAHAN AYAT [1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman [2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang.SMS walau dalam keadaan boleh dikatakan tidak normal kerana tindakan sengaja mengambil ubat tidur secara berlebihan. [4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). [10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi[11] Yang akan mewarisi syurga Firdaus. [6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya. mereka kekal di dalamnya. sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian. [9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang. maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. [5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya. maka sesungguhnya mereka tidak tercela: [7] Kemudian. [3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia.

Malah mereka juga tidak lupa untuk membersihkan harta mereka dengan melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat. Ayat 9 – Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang .Yakni sesiapa yang mengadakan hubungan (bersetubuh) dengan yang bukan isterinya atau hamba sahayanya.sembahyang yang sempurna ialah yang dikerjakan dengan khusyuk yakni dengan sepenuh-penuh hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan dan hati. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya yakni hamba-hamba perempuan (gundik). Ayat 10 dan 11 . Ayat 3 dan 4 – Orang-orang yang beriman ini akan sentiasa menjauhkan diri mereka dari melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan dan mengeluarkan perkataan yang sia-sia. sebagaimana yang tersebut di dalam hadis-hadis Nabi (s.yakni orang-orang yang beriman yang berjaya itu ialah mereka yang apabila diberikan memegang amanah. mereka tidak mencabulinya.w). Ayat 5 dan 6 – Dan mereka yang menjaga kehormatannya yakni yang menjaga nafsu syahwatnya dari perbuatan zina dan sebagainya.suruhan Allah dan menjauhi larangannya yang diterangkan dalam ayat-ayat yang berikutnya. dan apabila mereka berjanji. yang berasal dari tawanan “Perang Sabil” yang berlaku di antara orang-orang islam dengan orangorang kafir yang menceroboh. lalu ditegaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang yang 13 .a. Ayat 2 – Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya . bahkan mereka akan menepatinya.Oleh kerana balasan di akhirat ialah natijah dari amal usaha yang dikerjakan di dunia. mereka tidak mengkhianatinya. kerana perbuatan khianat dan mencabuli janji itu ialah sifat orang-orang munafik.yakni yang tetap mengerjakannya pada waktunya dengan cara yang sempurna iaitu 5 waktu bagi orang yang tetap dan 3 waktu bagi orang musafir (berjalan) begitu juga bagi orang yang sakit. maka merekalah orang-orang yang melanggar larangan Allah. Ayat 8 – Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya . Ayat 7 . bahkan mereka akan menjaganya serta menyerahkannya kepada tuannya.

beriman yang bersifat dengan sifat-sifat yang mulia itulah yang akan beroleh sebaikbaik balasan di dalam syurga “Jannat‟ul-Firdaus”. Hal ini ditafsirkan dengan keadaan hati mereka yang tenang dan khusyuk sehingga menjalar perasaan tersebut ke seluruh tubuh badan mereka 14 . keselamatan. kebahagiaan. menurut tafsiran daripada tafsir Fi Zilalil Quran. maka solatnya tidak akan sempurna(kurang syarat-syaratnya)‟. Allah telah menjelaskan sifat-sifat orang tersebut selepas ayat pembukaan surah ini bermula dari ayat 2 hingga ayat 9. barangsiapa tidak melakukan seperti itu. Ia adalah sebagai satu peringatan kepada orang-orang yang tidak khusyuk dan lalai dalam melakukan ibadat solat kepada Allah bahawa mereka adalah golongan yang paling bawah dalam tingkatan yang paling bawah untuk menempa kejayaan. kerendahan diri dan permohonan jiwa dan kamu mengangkat kedua belah tanganmu dan berkata: „Ya Tuhanku! Ya Tuhanku!. Allah telah mengkategorikan khusyuk dalam solat sebagai tingkatan yang paling tinggi dalam mencapai kejayaan. dibangkitkn dengan beberapa persoalan seperti: 1) Siapakah para Mu‟minin yang dituliskan untuk mereka segala kebajikan. Mereka yang khusyuk di dalam solat akan berasa gementar apabila berdiri menghadap Allah. taufik dan kenikmatan hidup yang baik di muka bumi ini? 2) Siapakah para Mu‟minin yang dituliskan untuk mereka segala kemenangan. pahala dan keredhaan Allah di akhirat? 3) Apakah balasan-balasan lain sama ada di dunia dan di akhirat yang tidak diketahui sesiapa kecuali Allah? Bagi menjawab persoalan tersebut. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya solat itu adalah ketenangan hati. TAFSIR DAN PENGAJARAN AYAT Selepas meneliti huraian ayat 1-11 surah al-Mu‟minuun di atas. Ciri-ciri yang pertama ialah orang yang khusyuk dalam solat mereka.

ia dapat menanam sikap kepercayaan bahawa terdapatnya ganjaran dan balasan di sisi Allah tentang segala yang kita kerjakan. dapat mengatasi cinta terhadap diri sendiri. maka sesungguhnya mereka tidak tercela”. Hati mereka akan sentiasa dipenuhi dengan tugas-tugas akidah yang akan membersihkan hati dan jiwa mereka. dan juga dapat menolak bisikan syaitan yang menakut-nakutkan seseorang menjdi miskin apabila mengeluarkan zakat. Seterusnya ialah berkisarkan tentang zakat yang dapat membersihkan hati dari sifat bakhil. Tambahan lagi. Daya tenaga manusia adalah terbatas sama ada daya itu dihabiskan dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti mengislah. “Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya. Oleh itu.sehingga pergerakan mereka sekalipun. Melalui pemebrian zakat juga. Penjagaan ini bermaksud mengelakkan diri daripada melakukan zina. Ciri-ciri mu‟min yang berjaya seterusnya ialah orang yang menjaga kemaluan mereka. sesiapa yang mencari kenikmatan di luar daripada itu akan termasuk ke dalam kategori berbuat kepada benda yang haram dengan melakukan zina bersama dengan perempuan yang tidak halal baginya atau sebaliknya. 15 . Allah telah menggariskan sebaris ayat di dalam Al-Quran tentang perkara yang halal bagi mengelakkan zina di antara hubungan lelaki dan perempuan iaitu. membangunkan dan memajukan kehidupan atau daya tenaga tersebut dihabiskan dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah atau sia-sia. Ayat yang seterusnya ialah berkenaan dengan ciri ora ng mu‟min yang menjauhkan diri dari segala perkara yang sia-sia. Ia merupakan jaminan sosial untuk seluruh individu serta golongan yang lemah. Ingatan mereka hanta tertumpu kepada Allah sehingga jiwa mereka dipenuhi dengan keagungan terhadap kekuasaan Allah SWT. Pemberian zakat juga bermatlamatkan kepada pemeliharaan masyarakat Islam dari kemiskinan pada sebelah pihak dan kemewahan terhadap satu pihak yang lain. hati-hati mereka juga dibebani dengan tugas melakukan yang makruf dan meninggalkan segala perkara yang mungkar.

Ini kerana tujuan Allah menjadikan manusia untuk menghuni alam yang fana ini agar mereka mengabdikan diri kepadanya.Orang yang menjaga amanah pula bermaksud orang yang dapat menjaga fitrahnya. orang yang khusyuk dalam sembahyang hatinya akan meninggalkan segala lintasan dunia. Itulah sifat-sifat orang mukmin yang tetap pada setiap masa. Pada permulaan ayat yang ke-2.11. terdapat banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk menjadi muslim dan muslimah yang beriman yang tetap berjaya dan diredhai oleh Allah SWT. Allah telah memberi penekanan kepada solat iaitu menjaga kekhusyukan solat kemudian diakhiri dengan ayat yang ke-9 yang bererti “mereka yang tetap menjaga solat mereka”. Tambahan lagi. Tafsir al-Azhar juga menjelaskan ciri-ciri mukmin yang berjaya ialah orang yang menjaga solatnya. 16 . kita haruslah mengerjakan sembahyang pada waktunya dengan cara yang sempurna dan khusyuk. Segala perhatian dalam sembahyang hendaklah tertumpu kepada menunaikannya dengan baik. Sedangkan Allah mengkehendaki supaya orang mukmin yang terus mengikuti jalan hidayah Allah dan akan ditempatkan di dalam syurga Firdaus dan kekal di dalamnya. Kehidupan di muka bumi ini tidak akan sempurna walau dengan kekayaan. Ia mengakui kewujudan Allah sebagai pencipta dan mengakui wahdaniah-Nya iaitu kekuasaan Allah melalui perasaan dalamannya yang merasakan adanya persamaan undangundang yang mengendalikannya dan undang-undang yang mengendalikan alam ini. ciri-ciri orang mukmin ialah yang dapat menjaga amanat yang diberikan kepada mereka. kenikmatan dan kekuasaan manusia. Diantaranya ialah sebagai seorang muslim. Allah telah menjadikan fitrah itu selaras mengikut sunnatullah. Ia adalah untuk menunjukan darjat ketinggian solat dalam membentuk iman kerana solat merupakan satu bentuk ibadah dalam mengabdikan diri kepada Allah yang paling sempurna. Kehidupan sesebuah masyarakat pula tidak akan betul melainkan segala amanat yang dikurniakan dapat dijaga dengan sebaiknya. Sebagai pengajarannya. Orang yang memelihara solat dapat menunaikan solatnya tepat pada waktunya sama ada solat fardhu atau solat sunat mengikut aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak membenarkan kita meninggalkan sembahyang kerana Allah telah memberi jaminan bahawa sesiapa yang mendirikan sembahyang akan selamat di dunia dan di akhirat. Menerusi surah Al-Mu‟minuun ayat 1.

t. seramai 1. Kita juga diingatkan supaya menunaikan zakat kerana dengan berzakat ia boleh membersihkan harta benda yang diperolehi. tindakan-tindakan dan perkataan yang tidak berfaedah atau sia-sia kerana perbuatan seperti ini tidak akan mendatangkan manafaat kepada kita. 17 . Dari jumlah itu. Sebagai muslim kita mestilah menjaga kehormatan iaitu tidak melakukan perbuatan zina dan sebagainya kerana perbuatan ini akan menjadikan kita sebagai orang-orang yang tercela. melampaui batas dan melanggar larangan Allah s. kita harus menjadi orang yang beriman yang berjaya dan bersifat dengan sifat-sifat yang mulia dengan mematuhi perintah Allah s. kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.w. Sebagai seorang muslim kita dikehendaki menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan. kita harus menunaikan dan menepati janji tersebut.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam. Begitu juga jika kita berjanji. Setiap sesuatu yang diamanahkan. ISU SEMASA BERKAITAN AKHLAK Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB.1 peratus atau 3. remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun. Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook. jangan sesekali mengkhianati amanah tersebut dan haruslah menyerahkan kembali kepada tuannya. Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka. sebagai muslim kita mesti menjaganya dengan sebaik mungkin.Sembahyang dengan hati yang lalai atau tanpa khusyuk adalah tidak memberi apaapa manfaat.t dan menjauhi laranganNya.w. Untuk mewarisi syurga “jannat‟ul Firdaus. mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia. Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak.

Maklumat peribadi seperti gambar seharusnya tidak dimuatnaikkan dalam akaun facebook kerana pelbagai pihak lain boleh memanipulasikan gambar tersebut tanpa disedari. Facebook kebanyakan digunakan oleh setiap lapisan masyarakat termasuklah dikalangan remaja dan kanak-kanak. keadaan sekarang menepati seperti mana hadis Nabi Muhammad s. Malah ada yang menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah hak individu yang perlu diberi penghormatan sehingga dianggap perbuatan yang mulia dikalangan sesetengah pihak.a.”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaianpakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.w bahawa di akhir zaman perbuatan zina akan berleluasa dan perbuatan tersebut dilakukan secara terbuka tanpa segan silu.a Sudah jelas. Perbuatan penyebaran zina secara terbuka seperti promosi pelacuran di ruangan awam seperti facebook adalah tidak wajar kerana ia akan memberi kesan negatif kepada pelbagai pihak termasuklah budak-budak bawah umur. Penyalahgunaan facebook harus dikenakan tindakan oleh pihak berwajib dan bagi pihak pengguna pulak tidak seharusnya anda semua mendedahkan maklumat peribadi di ruangan siber tersebut kerana pelbagai kemungkinan fitnah yang lebih dasyat akan berlaku. Keadaan ini lah yang di kenali sebagai fitnah di akhir zaman yang kebanyakannya tidak disedari oleh kebanyakan pihak berwajib. 18 . Sekiranya promosi perbuatan zina berlaku di ruangan facebook ia adalah malapetaka yang besar ke atas umat manusia.” – Abu Hurairah r.

Mengikut tafsir Al-Azhar mengenai ayat 51 surah al-Anbiya‟ ini ialah tentang kecerdikan yang telah dianugerahi Allah kepada Ibrahim sejak zaman mudanya lagi iaitu sebelum Allah mengangkatnya menjadi seorang Nabi. dan Kami adalah mengetahui akan halnya. TAFSIR DAN PENGAJARAN AYAT Ayat 51 surah ini berkisarkan tentang kebenaran yang telah diberikan Allah kepada Ibrahim untuk membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah dalam urusanNya iaitu sebelum memberikan kitab Taurat kepada Musa dan Harun kerana baginda layak menerima kenabian tersebut dari Allah. [54] Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata". atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?" [56] Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi. Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid. ayat 52 memberi maksud tentang persoalan yang sengaja dipersoalkan oleh Nabi Ibrahim kepada ayah serta kaumnya kerana baginda telah mengetahui tentang hakikatnya sebagai batu atau kayu yang kemudian dijadikan 19 . Dia lah yang menciptanya. [55] Mereka bertanya: "Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul). Baginda telah diberi pengetahuan supaya dapat membezakan antara hak dan batil. dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu. [52] Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patungpatung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?" [53] Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya".BAHAGIAN KISAH NABI-NABI: AYAT 51-56 SURAH AL-ANBIYA’ TERJEMAHAN AYAT [51] Dan demi sesungguhnya. Seterusnya.

diakah yang berkuasa menjadikan kamu sekalian.sebagai sembahan. Ia adalah kerana mereka tidak pernah ditegur tentang perkara itu sebelumnya. Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Nabi Ibrahim menentang penyembahan berhala kaumnya ialah kita hendaklah berani menegakkan kebenaran bahawa Allah hanyalah satu. Kemudian. Nabi Ibrahim menegaskan secara terang-terangan bahawa perbuatan mereka iaitu membuat dan menyembah berhala merupakan perbuatan yang sesat sejak dari keturunan nenek moyang mereka lagi. Mereka mengharapkan pembelaan dari Nabi Ibrahim tetapi sebaliknya telah berlaku. Keadaan ini ditafsirkan bahawa mereka hanya mengikuti budaya nenek moyang mereka dan ianya dianggap sebagai amalan turun temurun. “ Jika dia (berhala)yang dikatakan sebagai Tuhan kamu. Kemudian ayat seterusnya menerangkan tentang jawapan mereka yang mengikuti sesembahan nenek moyang mereka. Nabi Ibrahim merupakan salah seorang dari saudara mereka dan anak kepada pembuat berhala. nabi Ibrahim dalam ayat seterusnya menjelaskan bahawa teguran itu bukan dalam keadaan main-main dan dijadikan sebagai bahan untuk senda gurau tetapi teguran tersebut bermaksud bahawa baginda menegaskan bahawa penyembahan berhala yang dilakukan oleh mereka adalah sia-sia kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa sebaliknya hanya Allah yang layak disembah kerana hanya Dia yang meciptakan alam ini. 20 . atau tangan kamu sendirikah yang membuatnya?”. Keberanian Nabi Ibrahim berhadapan dengan ayahnya sendiri yang menyembah berhala menunjukkan bahawa Islam menganjurkan taat kepada kedua ibu bapa asalkan ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Ditambah pula. Tidak ada yang patut disembah melainkan Allah sahaja. Nabi Ibrahim membangkang tentang penyembahan mereka kepada berhala dengan berkata. Lalu. ayah nabi Ibrahim bernama Azar iaitu seorang pembuat patung-patung berhala. Justeru. lalu pertanyaan seperti di dalam ayat 55 surah ini dibangkitkan. Setelah mendengar celaan yang tegas dari Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mengajak bapanya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan berani menegaskan bahawa berhala yang disembah oleh mereka hanyalah sia-sia dan tidak berkuasa dalam segala hal. Dalam hal ini. bapa Nabi Ibrahim adalah seorang pembuat berhala dan sering menyeru kepada agama nenek moyang mereka. Menurut tafsir ini lagi.

jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah. Perkataan dakwah amar makruf dan nahi mungkar ini selalu digunakan merujuk kepada mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Pertama. Berdasarkan hujah itu. kedua dengan perkataan. perkataan dakwah mencakupi perbuatan amar makruf dan nahi mungkar kerana amar makruf ialah ajakan melakukan amalan baik. keadaan ini akan mewujudkan satu keadaan yang mengharapkan pergantungan selain daripada Allah dan termasuk ke dalam golongan orang yang syirik. Justeru. kita sebagai orang yang beriman kepada Allah hendaklah sekurang-kurangnya mencegah kemungkaran walaupun dengan sekecil usaha supaya Allah tidak mempersoalkan kita sebab untuk kita tidak melakukannya sedangkan dengan hati juga sudah dikira sebagai percubaan mencegah kemungkaran. Ini dapat dikukuhkan dengan firman Allah yang bermaksud: 21 . jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati. dan yang demikian itu adalah selemahlemah iman. Hadis itu juga menunjukkan setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat." (Hadis Riwayat Muslim) Rasulullah SAW menggunakan istilah taghyir yang bermaksud kewajipan untuk mengubah perkara tidak baik kepada yang lebih baik dan mencegah sesuatu kemungkaran daripada berlaku.Kita juga hendaklah sentiasa mengamalkan amar makruf nahi mungkar pada setiap masa. Ini bermakna mereka menggunakan ramalan kepada sesuatu benda untuk mendapatkan keuntungan kepada dirinya. manakala nahi mungkar ajakan menjauhi perbuatan tidak baik. ketiga dengan hati. ialah dengan tindakan. Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud: "Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan. ISU SEMASA BERKAITAN PENGAJARAN KISAH NABI Isu semasa yang boleh dikaitkan dengan ayat 51-52 surah al-Anbiya‟ ini ialah tentang isu ramalan sotong Paul yang terjadi menjelang perlawanan bola sepak bertujuan untuk meramal kemenangan pasukan yang diminati oleh mereka.

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan. firman Allah yang bermaksud: Katakanlah. 22 . {QS Jin: 26 -27} Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahui hal-hal yang ghaib kecuali yang diberitahukan Allah kepadanya melalui wahyu.“Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib. maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang gaib itu. tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Yang Mengetahui yang gaib.Katakanlah:“Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang gaib. Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya. dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. kecuali Allah. tak ada yang mengetahuinya selain Dia sendiri.

Pensyarah juga banyak membimbing serta memberikan tunjuk ajar semasa di dalam kelas. fiqh. ia adalah salah satu sebab penting yang menyumbang kepada penambahan ilmu pengetahuan.REFLEKSI Saya telah mendapat tugasan kerja kursus ini pada 03 Mac 2013 dan diminta menghantarnya pada 07 April 2013. Kemudian. Jadi. Maklumat yang telah saya dapati daripada perpustakaan dan laman web ini saya kumpulkan dan dijadikan sebagai draf permulaan tugasan saya. melaui penafsiran ini saya telah membuat pengajaran yang terdapat dalam ayat yang dikaji dan mengaitkannya dengan satu isu semasa yang merangkumi keseluruhan objektif ayat. dalam proses mengumpulkan maklumat juga saya berpeluang untuk mengkaji serta mengamati sendiri pelbagi tafsiran untuk menjawab kehendak soalan tugasan. Disini. saya telah menggariskan lima sebab bagaimana tugasan kerja kursus ini dapat meningkatkan kefahaman saya sebagai seorang bakal pendidik kelak. Saya juga telah bergerak secara berkolaborasi dengan rakan. Antara tafsir yang menjadi rujukan saya ialah tafsir Al-Azhar dan Tafsir Fi Zilalil Quran. Pertamanya. Penjelasan secara musyafahah ini lebih jelas berbanding dengan rujukan buku yang 23 . Ini sekaligus dapat meningkatkan lagi kefahaman kami berkenaan dengan tajuk tugasan. akhlak dan kisah para nabi yang telah dipelajari dengan isu-isu semasa. Saya tidak menghadapi masalah untuk mencari bahan-bahan ini kerana pilihan tajuk tugasan yang telah diberikan banyak dan kami bebas untuk memilih mana-mana tajuk yang disukai. Selain itu. tugasan ini memerlukan saya untuk mencari pelbagai maklumat daripada sumber yang berlainan supaya isi yang bakal dilampirkan menepati kehendak soalan di samping dapat memperluaskan pengetahuan saya dalam bidang keagamaan ini. Tugasan ini adalah merupakan tugasan individu dimana ianya akan dapat memupuk semangat berdikari dalam mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan. saya juga ditugaskan untuk membuat buku skrap tentang Israiliyyat dan kesannya terhadap ajaran Islam pada masa sekarang. Tugasan ini memerlukan saya mengakaji tentang empat pengajaran ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan aqidah. Selain itu.rakan yang lain untuk bertanyakan tentang soalan-soalan yang tidak difahami.

Dengan cara tersebut. kita bukan sekadar membuat kerja kursus secara membuta tuli tetapi kita harus menggunakan semua bahan yang ada untuk mencapai objektif yang telah dirancangkan. Saya bersyukur dan ingin mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ismail bin Mat Ludin dan rakan-rakan yang lain kerana telah banyak membantu saya. Kemudian. saya dapat mengaitkan pengajaran daripada ayat dengan isu semasa yang berlaku sekarang. Tambahan juga. Tambahan lagi. Sebagai bakal guru. 24 . Tambahan juga. Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan kesusahan namun saya tetap bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini tepat seperti tarikh yang telah ditetapkan di dalam kertas pembahagian tugasan yang telah diberikan. tugasan ini sangat memberi kesan terhadap profesion saya dalam bidang pengajian agama. pengaplikasian segala nilai-nilai murni adalah sangat penting demi untuk merentasi kurikulum yang tersedia di hadapan kita. Bagi saya. saya banyak berbincang dengan rakan-rakan di dalam kelas sebagai satu inisiatif ke arah pemahaman yang lebih jelas. aqidah. Ini sekaligus dapat menambahkan kefahaman saya tentang tajuk-tajuk yang telah dipilh. saya dapat memecahkan persoalan saya tentang perkara yang tidak difahami terutamanya dalam membuat rujukan tafsiran daripada tafsir-tafsir yang telah dipilih. setelah pemilihan maklumat dibuat dan direka bentuk dalam penulisan draf. akhlak dan sirah nabi. Saya dapat mengkaji tentang ayat-ayat dari setiap aspek yang berlainan iaitu fiqh. rakan-rakan kelas saya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang ini.hanya merujuk idea penulisan penulis di dalam buku berbanding dengan idea seorang pensyarah yang menyampaikan maklumat secara berhadapan. Pemikiran juga haruslah maju ke hadapan tanpa berasa ragu-ragu lagi.

Fikih Sunnah ( Drs. 2013 di URL http://az-esei-jan2010. Bahagian Hal Ehwal Islam. Peunoh Daly(1994). INTERNET Kelahiran Nabi Ibrahim Dan Sumbangan Kepada Umat Islam. 2013 di URL http://www. Dr.facebook. Dilayari pada Mac 15.com/2010/04/kelahiran-nabi-ibrahim-s-dansumbangan. Bertajwid dan Disertai Makna. (1990).html Kajian Dan Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-5. Hukum Perkahwinan Islam. Sdn. Dilayari pada Mac 20. Tafsir Al-Azhar.html Pembahasan Talak Raj’ie Dan Ba’in. 1984. Jilid 6. 2013 di URL http://doaharian.BIBLIOGRAFI BUKU Ustaz Mahadi bin Dahlan dan Ustaz Azharuddin Sahil (2007). Selangor: Thinkers Library Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah.php?note_id=100114101314 25 . Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid.com/note.Bhd.blogspot. Moh Thalib). Kuala Lumpur: Victory Agencie. Indonesia: Yayasan Nurulislam. Syaid Sabiq. Dilayari pada Mac 15. Al—Quran Rasm Uthmani.blogspot.com/2005/12/pembahasan-talak-raji-dan-talak-bain. Jabatan Perdana Menteri. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran (1995) Cetakan keenam.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful