PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR

)
MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (BMM3110)

( SINTAKSIS BAHASA MELAYU)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

.

KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Rektor Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk Pembelajaran i i v vi viii ix xi Tajuk 1 Sintaksis Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi  Struktur Binaan Ayat    Pembahagian Subjek dan Predikat Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Susunan dalam Ayat 6 1 Tajuk 2 Sintaksis Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk Kandungan Isi    Urutan Kata. Perpindahan Ayat Ragam Ayat. Jenis Ayat Sintaksis dan Aspek Tatabahasa Tajuk 3 Frasa Nama Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk Kandungan Isi  Konstituen Frasa Nama 14 .

Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. dan masa anda. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. sumber-sumber pembelajaran. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. 2. 1. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. . Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. anda boleh berbincang dengan pensyarah. Walau bagaimanapun. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran.

PENGENALAN Kursus BMM3110 (Sintaksis Bahasa Melayu) melibatkan aspek teori tatabahasa dalam binaan ayat Bahasa Melayu. tajuk 9 : frasa sendi nama bahasa Melayu dan tajuk 10: ayat bahasa Melayu. unsur keterangan dan ayat komplemen. dan Tajuk 5 dan 6 – frasa kerja bahasa Melayu. Tajuk 5 dan 6 membincangkan binaan frasa kerja dalam Bahasa Melayu. Tajuk 7 dan 8 berkaitan frasa adjektif bahasa Melayu. pembahagian subjek dan predikat. klausa.Agihan Tajuk). . Tajuk 3 – frasa nama bahasa Melayu. Tajuk ini membincangkan konstituen frasa nama dan binaan frasa nama. perkataan.susunan konstituen frasa nama bahasa Melayu. tajuk 7 dan 8: frasa adjektif bahasa Melayu. kedudukan frasa sendi nama dalam ayat. Tajuk 9 berkaitan frasa sendi nama. Tajuk 10 ialah ayat bahasa Melayu. dan penggunaan kata sendi nama. Tajuk ini berkaitan dengan ayat.sintaksis. Tajuk 3 membincangkan frasa nama bahasa Melayu. kekecualian hukum D-M serta kata bilangan dan kata panggilan. dan ayat tunggal. ayat dasar dan ayat terbitan serta elemen yang berkaitan dalam binaan ayat. binaan ayat dalam bahasa Melayu. Tajuk 4 adalah khusus menyentuh peraturan D-M. Modul ini mengandungi 10 tajuk terpilih daripada 15 tajuk keseluruhan. Tajuk 4 . frasa. (Sila rujuk .tajuk tersebut adalah seperti yang berikut: Tajuk 1 dan 2 mengenai konsep sintaksis. ayat dasar. Hal yang dibincangkan ialah binaan frasa sendi nama. Secara umumnya tajuk. Sepuluh tajuk yang terlibat dalam modul ini ialah Tajuk 1 dan 2 . susunan frasa adjektif.

AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jenis Ayat  Sintaksis dan Aspek Tatabahasa yang Lain Frasa Nama Bahasa Melayu  Konstituen Frasa Nama  Binaan Frasa Nama Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan Frasa Kerja Bahasa Melayu  Binaan Frasa Kerja  Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek  Binaan Frasa Kerja dengan Objek Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja Kuliah (jam) Modul (jam) Jumlah (jam) 3 3 2 3 3 3 3 3 4 3 3 5 3 3 6 3 3 . Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. Tajuk 1 Kandungan Sintaksis: Bidang Kajian  Struktur Binaan Ayat  Pembahagian Subjek dan Predikat  Ayat Dasar dan Ayat Terbitan  Susunan dalam Ayat Sintaksis: Bidang Kajian  Urutan Kata. Perpindahan Ayat  Ragam Ayat.

Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. ayat terbitan. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. Selain itu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. klausa dan frasa. binaan ayat dasar. Susunan dalam ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat. klausa.TAJUK 1 Sintaksis SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:     Struktur binaan ayat Pembahagian subjek dan predikat. iaitu klausa dan frasa. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Hasil dari binaan perkataan. anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan definisi ayat. Sehubungan itu. iaitu ayat. frasa. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat. . frasa kerja (FK). perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis. Menganalisis binaan ayat. struktur binaan ayat. binaan subjek dan predikat 2. Ayat dasar dan ayat terbitan . ialah satu ayat. ayat dasar. iaitu frasa nama (FN).

1.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya. 2006). Ali (FN) (2). iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain. 2008). Seterusnya. perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat. Pemburu itu (FN) (3). Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti . Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat. => Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi. 1.1 Definisi Ayat (Sintaksis) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.KERANGKA TAJUK-TAJUK => => Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. => Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran.al. serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et. Rumah itu (FN) Predikat peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS) . penyusunan semula dan peluasan.struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Contoh binaan ayat: Subjek (1). Bajunya (FN) (4).

yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran. amat cekap. Subjek (8). (14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama. iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj. Amin (6). Sedang berehat di bilik sebelah (10). Guru besar di sekolah baru itu (9). . sedang berehat di bilik sebelah. Contoh : Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan) (11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar. Abang kandungku (7).2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan. 1. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti . abang kandungku. Amat cekap Predikat Amin.1987). Contoh: Subjek (5). penyusunan semula atau peluasan.1. (12) Ah Meng berlari (FN+FK) (13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas. Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang. Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. Pegawai kastam itu Predikat guru besar di sekolah baru itu.Sabran. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. pegawai kastam itu. => Pak Cik membaca surat khabar. Rahim Syam .

(15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.Rahim Syam (1987). Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru bahasa. Raminah Hj. LATIHAN (i). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. (ii). AKTIVITI (i). Tatabahasa Dewan. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.al (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu BAHAN BACAAN Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. .Sabran. Nik Safiah Karim et. Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan.

.TAJUK 2 Sintaksis:   Urutan Kata. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. jenis ayat Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat.1997). (Marzukhi Nyak Abdullah. Ragam ayat . konsep ragam ayat. anda seharusnya dapat: 1. Selain itu. Perpindahan Ayat Ragam Ayat. Jenis Ayat SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat. 2. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Menjelaskan jenis-jenis ayat. jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini.

al 2008). Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. kata kerja.KERANGKA TAJUK Sintaksis Konsep kata dan perpindahan ayat Ragam Ayat. Jenis Ayat Aspek Tatabahasa 2. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama. Maniam itu baik sungguh. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa. (Lutfi Abas . perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah: a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) . Sebagai contoh. (3). jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat.0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda.adjektif atau kata sendi nama. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et. Kek lapis itu enak sekali. Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. 2. Ramli sangat pandai bermain skuasy. terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut: (1). ragam ayat. Sebagai contoh.1975). (2).

2 Ragam Ayat Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. (ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat aktif) . Oleh itu. Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut. akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? Oleh itu . Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. (ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. 2. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan. Seterusnya.Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihat Dalam hubungan tersebut. dalam bahasa Melayu. ayat Melihat Paul. Dengan perkataan lain. Contoh: (4) Amar menendang bola itu.perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan. Sebaliknya. ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang tertentu. b) Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari aina = mana anta = kamu (lelaki) Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut.

membaiki membeli membasahi Predikat Objek jalan itu. Air mata b) Ayat Aktif Tak Transitif Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif (12). (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat) 2. di pantai Damai. (ayat pasif) (8) Saya tendang bola itu. Pekerja (10). 2. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut.2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Budin (11).2.1 Ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. .(7) Bola itu saya tendang. Diana sedang mandi memutih menangis Objek di kolam itu.2. Contoh : a) Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif (9). Kanak-kanak (13). pipinya. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. sepanjang malam. buah durian. Ombak (14).

Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. . Saya sudah memiliki kereta baru. Kereta itu (18). 3. iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Subjek (19). oleh anjing. i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan a) Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Rusa itu (20). (22).Semak samun sudah dibeli dibersihkan oleh Amin oleh pekerja minggu lepas setiap bulan. (23). Dia pandai mengawal emosinya. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. lagi. Dunia ini penuh dengan dugaan.i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama (15). Kuih itu pagi tadi. Budak itu Kena kena kena Kata Kerja Dasar tembak kejar Oleh+Frasa Nama oleh pemburu. Jenis Ayat Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis. Contoh: (21). Kereta itu (16). Keterangan ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua sudah saya bersihkan belum awak makan Keterangan (17).

b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.

c) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya. d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

AKTIVITI

1.

Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh

yang sesuai.

LATIHAN

1. 2. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

TAJUK 3

Frasa Nama Bahasa Melayu

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  

Konsep Frasa Nama; Binaan Frasa Nama bahasa Melayu; Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama yang

menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa, maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna.

Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan definisi frasa nama dan; 2. menjelaskan binaan frasa nama.

atau sebelum dan sesudah frasa nama. peniaga sayur. Putrajaya (4). (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya. . Emak Wan Seng (3).0 KANDUNGAN ISI + inti inti + penerang Anda perlu mengetahui bahawa. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Bandar Putrajaya Predikat Frasa Nama peniaga. 3. disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj. bandar selamat. bandar selamat. Emak (2). Seterusnya.Omar.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et. Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama. perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Nama inti 3. 1986) Contoh : Subjek Frasa Nama (1).al.

Kucing Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu Predikat meraih pingat emas. Frasa digunakan bagi membina ayat. . Dalam struktur binaan ayat. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Anak (11).1983). Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: Binaan Nama Penerang keturunan Suku bangsa Penerang Inti + Penerang Nama jenis bunga nama kucing nama askar Frasa Penerang Inti Penerang British. Jawa. menggigit makanan.al. menduduki ujian. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. 2006). untuk pekerja sahaja. Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti (7).Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti (5). parsi.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. Pelajar (9). baik akhlaknya. Atlet (8). Ibu (6). Pegawai (10). 3. frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. namun perbincangan dalam topik 3 ini frasa nama. memberi ceramah. (Abdullah menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan Hassan. Keluar Inti bapa masuk Predikat saling bantu-membantu.

pantai Penerang penyambut nama pemutar penjaga Penerang kelamin Penerang tempat nama pelakon guru nama pinggiran Penerang (Penentu Binaan Frasa Nama Hadapan) Inti (Bilangan+penjodoh bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang Penerang (Inti) guru kereta nasi minyak. Penerang kegunaan nama serbuk minyak kari pelincir skru pintu lelaki. wanita.mawar. Penerang Penerang (Penentu belakang) Inti orang rumah Penerang kata kerja Penerang kata adjektif Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal mesin bilik pengemis kereta baju banglo tempat tingkat itu ini kira menunggu muda antik di jemuran di desa. kedua ketiga .

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd. 2. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat? BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Nik Safiah Karim et. . Asmah Hj. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. atau akhbar tempatan. Abdullah Hassan et.Bhd. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama.al (2008). LATIHAN 1.Omar (1986) Pustaka.al (2006) Sintaksis.Inti + inti dengan maksud sama erti Inti + inti Inti + inti dengan maksud berlawanan tubuh bukit tuan atas hidup badan bukau puan bawah mati AKTIVITI 1. Nahu Melayu Mutakhir. Tatabahasa Dewan.

TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan 4.0 Konstituen Frasa Nama Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :    Peraturan D-M (Hukum D-M) Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan panggilan Peraturan D – M (Hukum D .sos cili (bukan cili sos) . Contoh : Frasa Nama Diterangkan (Inti) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Menerangkan (Penerang) Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar Contoh-contoh lain: .Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) . Dalam peraturan ini. D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.M) 4.1 Dalam tatabahasa bahasa Melayu.

Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri .. Contoh: Penerang (M) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras Diterangkan (D) . Lama-kelamaan. Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.M.sup kambing ( bukan kambing sup) .cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) .nasi goreng (bukan goreng nasi) 4.pisang goreng (bukan goreng pisang) .Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) .kentang goreng ( bukan goreng kentang) . seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa.2 Kekecualian Hukum D . terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan. Selain itu. keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D . kekecualian hukum D .M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan.M Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa.

Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. (22). Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. (Abdullah Hassan. (21).Namun. dan seumpamanya. . hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar. Contoh : lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja Contoh ayat: (19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian. Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa. menteri kanan. 4. (15).Ali. (13). (16). Contoh penggunaan dalam ayat: (12). (18). (14). menteri pengangkutan. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. (17). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. imam besar. 2006) Dalam konteks ini. (20). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan.3 Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. Mohd. Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman.

beberapa. (32). Contoh: Segala. semua . banyak . Kata bilangan tentu ii. Secara lebih khusus. (24). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai. Contoh: satu = 1 dua = 2 Contoh ayat: (26). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.Musa. dan vi. Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam.sedikit. Shakira mempunyai empat ekor anak kucing.Kata bilangan pecahan. kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj. Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. Contoh ayat: (31). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. i. (27). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. . (33).Kata bilangan himpunan iv. (30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . sekelompok. Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia.(23). (28).Kata bilangan tingkatan Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad. sekalian. (29).Kata bilangan tak tentu iii. 1993). (25). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. Kata Bilangan Tak Tentu empat = IV sepuluh = X Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus .Kata bilangan pisahan v.

setiap. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. (42). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. ketiga . (35).dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. kesemua. beribu-ribu. (39). Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses berbelas-belas. Contoh ayat: (34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. segelintir. kedua. separuh. keseribu. sepertiga. Contoh: berpuluh-puluh. Contoh: masing-masing. Contoh: setengah. contoh: pertama. Sabar itu adalah separuh daripada iman. (36). kedua-dua. Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. . Kedua. beratus-ratus. Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan. tiap-tiap Contoh ayat: (37).Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. sebahagian Contoh ayat: (40). Kata Bilangan Tingkatan Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan. (41). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir. Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. kelima-lima. Kata Bilangan Pecahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. (38).

Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia.4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu. (44). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan. (48). Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan. 2008). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak. (47). Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas. Tunku. 4. Contoh: Datuk Maharaja Lela Datuk Sagor Haji Abdul Rahman Limbong Tuan Adam Puan Mastura Chong Contoh ayat : (46). Profesor Ungku Aziz Tunku Kamalia Syed Zain Barakbah Sharifah Mona Alsagoff Tan Sri Malik Kamal . Tun. Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut.contoh ayat: (43). pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. Haji. Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan. konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan. Puan . (45).

Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M.AKTIVITI 1. Tatabahasa Dewan. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Hashim Hj.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu II. PTS Professional Publishing Sdn. e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo.Bhd. Kuala Lumpur. LATIHAN 1. c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan. Abdullah Hassan et. anda boleh bayar bil awal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.M. b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market. Tulis semula ayat. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D. Nik Safiah Karim et. g) Sport rim kereta itu milik Romli.al (2006) Sintaksis. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal.Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Apakah maksud hukum D-M? 2.Bhd.al (2008). f) Lain masa. .

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Binaan Frasa Kerja  Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek  Binaan Frasa Kerja Dengan Objek SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja Menganalisis binaan frasa kerja. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1. Sehubungan itu. frasa kerja (FK). Malah. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu. terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama.1) Menganalisis binaan frasa kerja. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama.6) . iaitu frasa nama (FN).

.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja(Predikat) Frasa kerja (tanpa objek) Frasa Kerja (dengan objek) 5. frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Menurut Abdullah Hassan et. frasa kerja berfungsi sebagai predikat. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam susunan ayat biasa.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa. 5. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya.al (2006). kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa.

ayat (91) . terjatuh dan bergaduh. Faisal tidur lena. Contoh: (8). dan (96). kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang.2. 5. (95). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah. (6). Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. meniup saksofon. Emak (2). (7).1 Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat. Faisal tidur lena di bilik tidur. Emak Ahmad (3).Contoh : Ayat Subjek (1).2 Binaan Frasa Kerja Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Budak nakal itu terjatuh lagi. 5. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Dalam ayat (94). . Pemuzik itu (4). Dia selalu bergaduh. menjual sayur di pasar. Berdasarkan contoh ayat di atas. (9). P. mencipta lagu itu. Biarpun begitu. (10). Contoh : (5).Ramlee Predikat Frasa Kerja menjemur kain. ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut.

Hal yang demikian berlaku membina sesuatu ayat.3 Frasa Kerja Dengan Objek Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. (15). Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Dalam ayat (11). (19). Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. (12) dan (13). Mahmud membaiki radio yang telah rosak. Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif.Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba.5. (17). (18). (12). Dalam konteks ini . Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek. frasa adjektif dan frasa sendi nama. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama. kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Ibu menganyam tikar setiap hari. (13). Contoh: Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Menaikkan menganyam membaiki Penyambut bendera tikar radio Contoh ayat lengkap: (11). dalam proses Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19). (16).Halijah menggenggam erat tangan suaminya. Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring. frasa kerja. Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu. frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan. .

. (23). (22). ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif. Catatan: kejadian’. Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba. (24). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) (20). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. ‘produk ’. ‘tangan’. Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang.

Bhd.Bhd. . Abdullah Hassan et. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.AKTIVITI 1. atau akhbar tempatan. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.al (2006) Sintaksis. Bahasa Melayu II. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek LATIHAN 1.

aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu. Selain itu. Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat.1) . Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  frasa kerja dengan kata bantu. kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat. anda seharusnya dapat:  Menghurai frasa kerja dengan kata bantu. Dalam perbincangan ini.

Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. belum) . diberikan contoh ayat berkaitan. Dalam susunan ayat biasa. dan kata bantu ragam) Frasa kerja (dengan ayat komplemen) 6. Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas.pernah) (1). Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. (5). Dalam hal ini. Wan Malini akan memetik bunga di taman. frasa kerja berfungsi sebagai predikat.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. 6. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja (Predikat) Frasa kerja (didahului kata bantu aspek. Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah . Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa. Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah. (3). telah . Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota. (2). frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau. Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan (4). Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. ini atau masa hadapan. Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang.

Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. belum Kata Bantu Ragam Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Contoh : telah. kini. Menurut Nik Safiah Karim et. mesti. supaya. boleh menerima ayat komplemen. (11).3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. (13). Contoh: hendak. . frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa.2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. mahu. akan. (8). masih. Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur. (9). (7). boleh. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. sedang. Contoh ayat: (6). Dia harus pulang ke kampung segera. Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando. semoga dan untuk.Kata Bantu Kata Bantu Aspek Memerihalkan masa lampau. dan dapat 6. harus. Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara. (10). Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. Apabila keadaan sedemikian berlaku. Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda. demi. sudah. Dalam binaan predikat.al (2008). atau masa hadapan. 6. maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk Contoh : (i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen (12). frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif. Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru.

frasa adjektif. Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. dan (17). (16).ke. (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur. unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis: (i) Keterangan tempat atau arah (ii) Keterangan waktu (iii) Keterangan cara (iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat (vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal (viii) Keterangan bagai Huraian: (i) Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama. ayat (12) . Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk.pada jelas terdapat dalam .dari. Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi.daripada. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. (16). Yang pasti. Dalam ayat (15). dan frasa nama. terjatuh dan bergaduh. Bagi kata kerja transitif. (ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen (15). Berdasarkan contoh ayat di atas. Biarpun begitu.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang Unsur keterangan dalam frasa kerja memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk. nama di.kepada . Penggunaan kata sendi unsur keterangan ini. frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen.(14). 6. unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja. unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa. (17).

(20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan. untuk dan bagi. (23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi. bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada. (25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya. (24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. tahun lepas. (27) Menteri berjalan megah. (ii) Keterangan waktu Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu   Contoh : (22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. dalam . (27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya. (19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah. (iii) Keterangan cara   Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. (21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar.Contoh: (18) Dia belajar di universiti. (iv) Keterangan tujuan atau harapan   Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup. Contoh : (25) Air sungai mengalir deras. Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya. (26) Azman berlari pantas. sejak dan hingga bentuk frasa nama seperti semalam. . Contoh : (28) (29) (30) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. (26) (a) Azman berlari dengan pantasnya.

(v) Keterangan alat  Unsur yang menerangkan peralatan. (35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau. (41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . terhadap. Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. (42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. (38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. Contoh: (34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya. sebagai. bak.kesamaan atau hampir sama. . Contoh: (31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api (32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau. (33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki. (39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut. perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. ikut bersama-sama atau melibatkan diri. (vi) Keterangan penyertaan   Unsur yang menerangkan maksud ikut serta. (viii) Keterangan bagai   Unsur yang menerangkan keserupaan. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. bagai. mengenai. (43) Hidungnya mancung bak seludang. Contoh : (40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi . (vii) Keterangan hal   keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan kata sendi nama yang digunakan ialah tentang. (36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya. Contoh: (37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu.

Berdasarkan perkataan di bawah. Nik Safiah Karim et. LATIHAN 1. bina ayat yang menggunakan predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur.Bhd.al (2006) Sintaksis. mengalami ix. memancing iv. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja. Hashim Hj. . Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. bersedia vii. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). mendirikan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. bertolak iii. i. berupaya vi.5 Kesimpulan Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsurunsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya.al (2008) Tatabahasa Dewan. berjumpa x. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Musa (1993). AKTIVITI 1.Bhd. memutuskan viii. Bahasa Melayu II. memikirkan ii.6. Abdullah Hassan et. Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap. melagukan v.

Sementara.2) . (1.Kata Bantu dalam Frasa Adjektif SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif Penguat Kata bantu dalam frasa adjektif Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa. kata penguat dan kata bantu dalam frasa.Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif .TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu . unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini. Dalam perbincangan ini. kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. Selain itu. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa adjektif.Penguat . Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. (1.1) Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi. penguat dan kata bantu. Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan.

0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. 7. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Dalam susunan ayat biasa. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif Penguat Kata Bantu dalam Frasa Adjektif 7. . Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Frasa Frasa adjektif adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. Dalam hal ini.

Contoh: (2) . (5) . Tanamannya subur. (3) . penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. 7. Penglihatannya kabur.Contoh : (1) . Guru pelatih itu cergas (4) . Namun. .1. Salim sangat rajin. Dia kelihatan ceria. Wak Samad sudah terlalu tua Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Dalam binaan predikat.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan. (6) . [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + penguat + kata adjektif] Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu sudah belum masih Penguat terlalu sangat terlalu amat Kata Adjektif tua prihatin masak awal baik Penguat benar - Dalam contoh-contoh di atas. kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif.

Lukisan itu paling cantik. benar.1. berdasarkan jenis-jenisnya. . Kereta lembu itu lambat benar.7. (10) .2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: (i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh : letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah (i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung 7. iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh. Taman Bunga di istana itu indah nian. Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. Pakaian puteri itu cantik sekali. Contoh: (7) . (11) .  Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas.2 Penguat  Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif Terdapat tiga jenis penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas  Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.  Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali. Rumahnya terlalu besar. nian (9) . (8) .

Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah. Pekerja baru itu belum sangat cekap. (18). Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Anaknya sudah besar. (17). Pekerja yang berkualiti harus cekap. (21). Anak sulungnya itu sungguh masih muda. (13) . Contoh: (16). belum terlalu lewat. masih. (22). Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . belum sangat cekap. Contoh : sungguh amat. misalnya: masih amat jauh. Kubah masjid itu amat besar. AKTIVITI 1. (20). Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai.(12) . Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat. sungguh telah pandai Contoh: (19). (23). sungguh masih muda. Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. 7. . Perangai anaknya terlalu amat sopan. Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. seperti dalam ayat-ayat berikut: (14). Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. terlalu amat. Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. (15). belum. harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. Kedudukan khemah itu masih amat jauh.

SAJAK : SEBUAH PERSOALAN Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih dan jatuh kembali. menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh. Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru. bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana kautidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram. Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis. jatuh bangunnya. injak. letih lesunya. penat lelahnya dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat. sepak.LATIHAN 1. di bumi Gaza ini. hingga akhirnya kau terpijak kakimu sendiri dan jatuh tersungkur menyembah bumi. . Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah. dan pijak lantaran amarah yang membakar hati lantas kau tegar menyusun langkah pantas. Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimu hingga kau mudah keliru antara langkah. untuk memijak sesiapa jua dengan mata yang merah menyinga. hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas.

Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).al (2008) Tatabahasa Dewan.Musa (1993).Bhd.BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan et. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. . Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.al (2006) Sintaksis. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Nik Safiah Karim et. Bahasa Melayu II. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.Bhd. Hashim Hj. PTS Professional Publishing Sdn.

TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu  Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat  Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu dalam binaan frasa dan ayat. boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan. unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk.(1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.(1. Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. penguat dan kata bantu.2) Menghuraikan ayat komplemen. kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen. anda seharusnya dapat:   Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi.2) . Dalam perbincangan ini. Selain itu.

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. 8. Dalam hal ini. . kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen 8. Frasa Frasa adjektif adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Dalam susunan ayat biasa. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.

Kucing itu berenang berpidato mengalir beraksi berlari sangat pantas. [predikat + subjek] Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Dalam hal ini.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. . Contoh: Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) (4). Kulitnya putih bersih. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja. Stadium itu sudah usang. frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.Contoh : 8. laju. lancar sekali. Pemuzik (8). Dalam binaan predikat. Contoh-contoh lain: (2).1. hebat sekali. Contoh: (1) . Pelajar itu (6). [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsurunsur berikut : [kata bantu + kata adjektif] Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: (1) (a) Sudah usang stadium itu. Amira (5). Warna bola itu merah tua. (susunan songsang) [predikat + subjek] 8. (susunan biasa) (2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek] (3).1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Air sungai itu (7). (susunan biasa ) (3) (a) Merah tua warna bola itu. deras sekali.1.

Kesannya.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. ayat tersebut akan menjadi ayat komplemen.8. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama. Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. . (12). Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya. Contoh: (9). (11). Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling.1. (10). Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu. Frasa Nama Kata Nama kereta warna baju madu pangkat kain benang kelapa pinang kitab besar merah kelabu asli tinggi licin kasar muda masak tebal Kata Adjektif 8.

Abdullah Hassan et. . Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.AKTIVITI 1. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd.al (2006) Sintaksis. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat. Predikat Subjek Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Kuala Lumpur.al (2008) Tatabahasa Dewan. LATIHAN 1. Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini. Nik Safiah Karim et.Bhd.

anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1.TAJUK 9 Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu  Binaan Frasa Sendi Nama  Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat  Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Sendi Nama    Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat.6) . Selain itu.(1.1) Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat. unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini. Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama). HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat . Dalam perbincangan ini.

(Abdullah Hassan et. pada. akan bagi.oleh. tentang.2008) Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.al. hingga. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu terdiri daripada beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif sebagai unsur binaan frasanya. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam ayat.kepada . daripada . 9. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek. dan sebagainya. untuk. terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.1 Binaan Frasa Sendi Nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh Frasa sendi nama Frasa sendi nama bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. .al 2006). sampai.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Sendi Nama Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama 9. (Nik Safiah Karim et. dari. dengan. ke.

frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah. Dalam hal ini.1.1.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) .Contoh : 9. kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah). Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama (i) di (i) di (ii) ke (ii) ke (iii) dari (iii) dari dalam dalam belakang - takungan takungan kolam kolam pentas pentas 9.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN).1. Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke dari daripada kepada untuk dengan sejak tentang sampai bagi Frasa Nama gimnasium sekolah pusat tuisyen aluminium Tuan Jana Khatib ibu kemewahan semalam klorofil siang ayah 9. Selain itu.

(6). Dalam sesetengah ayat lain. 9. Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan. Yushiro dari bandar raya Tokyo. frasa sendi nama hadir selepas subjek.2. Kerusi itu daripada kayu jati. (3). frasa adjektif dan frasa nama. (keterangan bandingan) . Hadiah ini untuk ibu Zarina. dengan bergaya dengan kayu - 9. (5).Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. (2). Contoh: (1). Contoh: (i) Keterangan bagi frasa kerja Contoh: (7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa. (4). Kolam ikan di tepi taman. 9. Bahaman daripada keluarga seni. Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah (i) di di (ii) ke ke (iii) dari dari atas luar bawah Frasa Nama pentas pentas garisan garisan rumah rumah Keterangan pada saat itu.1 Predikat Frasa sendi Nama Dalam susunan ayat biasa. Ahmad ke sekolah setiap hari.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Namun.2.

(26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria.(keterangan penyertaan) (12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri. (28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? .(keterangan cara) (ii) Keterangan bagi frasa adjektif Contoh : (14) John segak seperti model. tetapi.Hang Tuah menikam lanun dengan keris. frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua. atau. terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan.(keterangan tempat) (10). Dalam ayat (23).(8) Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan tempat) (19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) (20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut. (keterangan tujuan) (iii) Keterangan bagi frasa nama Contoh: (18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat.(keterangan tujuan) (13).Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.mandir di dalam dan luar bangunan. (keterangan hal) (16) Dia rabun pada waktu malam.(keterangan hal) (11). (keterangan masa) (9) Marini berehat di tepi pantai.(keterangan tujuan) (21) Keris itu diperbuat daripada besi. (24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? (25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam. Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: (27) Dia mundar. (keterangan bandingan) (15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan sumber) (22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya.Ayah berbincang tentang hal pertunangan. (keterangan pembuat) 9. (keterangan masa) (17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. Contoh: (23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu.

Ini berlaku pada perkataan ’akan’. terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. (akan sebagai kata bantu aspek) (32) Diana sayang akan kucingnya. perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. dalam perbincangan ini. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. (30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria. Contoh : (31) Diana akan ke Kuala Lumpur.(29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. Pada asasnya. AKTIVITI (Aktiviti kumpulan) 1. Namun dalam beberapa keadaan. (akan sebagai kata sendi) Namun. . frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama.

Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di bawah. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd. Nik Safiah Karim et. Abdullah Hassan et.LATIHAN (Aktiviti individu) 1. Bahasa Melayu II.al (2006) Sintaksis. . Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.al (2008) Tatabahasa Dewan.Bhd. Kuala Lumpur. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.

(Nik Safiah Karim et.dan perkataan. Dalam perbincangan ini. frasa. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal Ayat Bahasa Melayu Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Klausa. ayat dasar dan ayat tunggal (1. Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa. frasa . Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya. dan perkataan dalam ayat . ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa. Perkataan  Ayat Dasar  Ayat Tunggal Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Ayat.6) . perintah dan seruan dan sebagainya.(1. ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata. Klausa. Selain itu. Ayat terdiri daripada binaan klausa. frasa dan perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat. 2008). serta mengandungi intonasi yang sempurna. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi klausa.al. Frasa.TAJUK 10 SINOPSIS Ayat Bahasa Melayu  Ayat. kita akan melihat pola-pola ayat dasar. frasa. Frasa.1) Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal.

Menurut Abdullah Hassan et. ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap.al (2006). kereta dan seumpamanya. Frasa. Klausa.1 Ayat Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. 2008). frasa dan perkataan. sekolah ialah komponen subjek ayat. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal 10. Dalam kumpulan . Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. kereta dan seumpamanya. klausa.KERANGKA TAJUK-TAJUK Ayat Bahasa Melayu Ayat. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal. serta mengandungi intonasi yang sempurna.al.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. Contoh : (1). (Nik Safiah Karim et. seperti rumah. Malah sebenarnya. Sekolah di tepi laut. 10. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat. baju. Subjek menyebut sesuatu perkara. baju.

menceritakan tentang subjek ayat. Sementara. Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: (i) Klausa bebas (ii) Klausa tak bebas Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna.al. yang menjadi konstituen dalam ayat. 10. (2) Rumah langsir biru.al. di tepi laut. (Nik Safiah Karim et.perkataan kedua. langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut. (Nik Safiah karim. Frasa kerana cekap menguruskan perniagaan.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna. et. Contoh : klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) Ayat sempurna: klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.al 2006).2 Klausa Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat . Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. 10. [ klausa tak bebas] . ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Berdasarkan contoh : Majid kaya [klausa bebas] [klausa utama] Oleh itu. (2006). Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut.3 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan.

Contoh: kata nama: pelajar. tidur. ke kedai. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. baju kurung. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama. Dalam struktur binaan ayat. kata kerja. Jadi.4 Perkataan Perkataan ialah konstituen kepada frasa. sebagainya. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et. 10. dan sebagainya. kata hubung. pucat. Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. 2008) Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah. Frasa baju sehelai baju baju kurung sehelai baju kurung Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju. dari Johor. kata sendi nama.ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. daripada besi 10. frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung. kata tugas dan . kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Seremban. tampan kata sendi nama : di rumah.5 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. kata adjektif. ayah. gempal. Frasa digunakan bagi membina ayat. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa. baju. menendang Kata adjektif : kurus. taman kata kerja : makan. orang. sehelai baju kurung. melukis. frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.al .

Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat. sedang berehat di bilik sungguh pandai di Pusat Islam Kuala Lumpur. yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya. Contoh: Subjek (1). ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. ke kedai runcit. Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Sementara. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. membaca kitab jawi.Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: Pola 1 : FN + FN Pola 2 : FN + FK Pola 3 : FN + FA Pola 4 : FN + FS Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Marlina Muzium Predikat pesilat amatur. Predikat . Contoh: Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Adik Marlina Muzium warisan Predikat pesilat amatur negara. ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa. sedang berehat. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. sangat tangkas. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun. 10. Namun. sungguh pandai di Pusat Islam.6 Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. (2) (3) (4) Bapa saudara Ali Peninju itu Darwis Wahab pensyarah.

Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. AKTIVITI 1. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif LATIHAN 1. (6) (a) Baju itu di dalam almari. (b) Di dalam almari baju itu. Contoh: (5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. (7) (a) Kuih itu dimakannya. Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut. . (8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya. proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa. (b) Ditebangnya pokok kayu itu. terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.Dalam proses binaan ayat tunggal ini . 2. Jelas. (b) Ke pasar raya Mariam hari ini. jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. (b) Dimakannya kuih itu. Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Bhd. Abdullah Hassan et. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur.Bhd.al (2006) Sintaksis. PTS Professional Publishing Sdn.al (2008) Tatabahasa Dewan. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Melayu II.BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). .Bhd. Nik Safiah Karim et.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful