PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

TAJUK 3

KAJIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN PERANAN GURU

1.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus, pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga akan diperkenalkan dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, Surat Pekeliling KPM dan pengalaman tokoh-tokoh guru.

1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 1.2.2 Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV. Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing, pemudahcara, motivator dan inisiator. 1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

1

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

1.4 Kandungan

PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGURUS

PEMBIMBING

PEMUDAHCARA

MOTIVATOR

INISIATOR

2

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan mereka dengan berkesan ? 1.5 Situasi Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Jacko mengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salah seorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur. Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat Cikgu Lim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah. Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa.

Cuba anda senaraikan sebab-sebab mengapa keadaan ini berlaku. Sila bandingkan keadaan ini dengan keadaan di sekolah anda. Catatkan bagaimana anda akan menghadapi keadaan seperti ini. Aktiviti 1

Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus? Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:

3

Proaktif dan Bersifat Pencegahan. boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah. guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi antara guru-murid. • Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. mungkin anda akan 4 . mentelaah.bersemangat untuk mengajar. Merujuk contoh tadi. Berunsurkan pengajaran. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran. iaitu: Positif. Choong 2009. guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek. kebolehan memotivasi murid. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca. sederhana. merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka. Intelektual. Proaktif. berunsurkan pengajaran. Untuk tujuan itu. “Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar. Pencegahan. ruang dinding dan lantai). guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti. mentaksir serta menilai hasil pembelajaran. lemah. Menurut Mc Ewan (2001). dan intelektual. dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong. anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid. serasi dengan norma masyarakat. guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. meneroka sesuatu. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi. Sebaliknya. Selain itu. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya. • • • Peribadi. dan murid-murid). iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama. anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut. sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. budaya dan subbudaya. Oleh demikian. dan prihatin terhadap kebajikan murid. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya muridmurid akan belajar. mengikut jantina yang sama. dan sebagainya. • • • Positif.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR • Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran. rakan sejawat. terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Mencegah lebih baik daripada merawat. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah. 2009). ibu bapa. Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan. dan cekap mengajar. Dengan kata lain. ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut?” “Adakah wujud perbezaan dari segi jantina?” Berpandukan maklumat yang diperoleh. tingkahlaku dan masa.

adil. motivasi dan personaliti seseorang (INTAN. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap. bersifat kecindan. rasa rendah diri. guru berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. 2009). dan (iii) penghayatan dan amalan nilai. Untuk tujuan itu. Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi. jelas. mudah didampingi. Dengan kata lain. pemikiran reflektif. berupaya menyesuaikan diri. ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong. komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan. bersemangat. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar “mengajar demi pembelajaran yang berkualiti”. Dalam konteks guruguru di negara ini. guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. persepsi. ceria. peka. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. sifat keterbukaan terhadap maklum balas. luwes. terurus. tegas.1993). Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya. penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan 5 • . (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran. • • Kualiti Peribadi. guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri. bersistematik. dan sebagainya. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi. Penghayatan Dan Amalan Nilai. menegakkan prinsip dan keadilan sosial. dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid. ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. Untuk itu. bersikap positif. Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid. berempati. Dengan berpandukan pengalaman lalu. bermotivasi. mempunyai kesedaran. pemindahan pembelajaran. dan melayan murid-murid sebagai individu. Perekabentuk kebolehan murid-murid. Berani menghadapi cabaran. berilmu. fasih.

apakah hujah anda terhadap sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing? • Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL. Tonggak Dua Belas. (ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Dalam konteks pendidikan Islam. Di samping itu. fasilitator dan kaunselor. Bagi memudahkan penghayatan. rakan dan jurulatih. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya. Atas hakikat ini. kewibawaan dan komitmen guru merancang. (iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi membimbing seperti guru. mengurus. 1978) yang bererti budi pekerti dan akhlak yang baik. Berdasarkan petikan di atas. juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. (iv) Cuba membuat analisis masalah yang berkaitan dengan peranan guru Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah: 6 . melaksana. Rumusan: Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. amalan dan penerapan nilai-nilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR kualiti pengurusan murid. menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan. penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. ia dikaitkan dengan peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib.5 Latihan A (i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan Seni Visual yang cemerlang. 2. Keterampilan.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Peranan Guru Pengurus Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Pembimbing Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Pemudahcara Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Motivator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Inisiator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: 7 .

Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi. ”Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. jadi masalahnya sekarang ialah adakah anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang cukup untuk atasi masalah isi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Dengan demikian.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 di bawah dan sempurnakan tugasan yang diberikan. Menyedari hakikat ini. sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar. guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran. guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Carta Organisasi Panitia Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan. Adakah anda mempunyai kawalan yang cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di dalam kelas ? 8 . pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Seterusnya. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama ini. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama. saling membantu dan berkongsi fikiran. Anda boleh berbincang dengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam menyelesaikan permasalahan berikut. mari kita selesaikan masalah di bawah ini. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.” Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut.

Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut merupakan penghalang kepada anda untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. pandangan. a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas ) b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas c) Alat dan bahan yang terhad d) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah • E-melkan dapatan. hujahan. 9 . kritikan dan idea anda kepada pensyarah dalam tempoh dua minggu selepas anda menerima modul ini. Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru Pendidikan Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan Seni Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini? Seterusnya.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR TAJUK 2 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR 2.2 Menghasilkan bahan bantú yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif.2. prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan. 2. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang asas dalam pemilihan.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.2. pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. 2. 2.2. 2.2 Hasil Pembelajaran 2. panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 10 .4 Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan bahan bantú secara beretika dan bertanggungjawab.1 Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. penyimpanan dan rekod stok. membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif.3 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan bantú serta rekod stok. 2. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti.2.

cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang ada didalamnya.4 KANDUNGAN Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Berdasarkan gambar di bawah.com/fr?q=art+studio&desturi Alat : Bahan Bantu: 11 .PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 2. http://images.ask.

meluaskan pengalaman Menarik minat dan perhatian. Menjelaskan konsep. menghilangkan kebosanan. menjimatkan masa Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan 12 .memudahkan pemahaman. Mari kita amati dan membuat penaakulan kepada butiran di bawah. melibatkan murid secara aktif Menggerakkan murid untuk berfikir. a) Bahan bantu mengajar – semua bahan yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid.ask. merangsangkan pelbagai deria Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru Menjana idea.com/pictures C Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. b) Bahan bantu belajar – semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. membina suasana belajar. menyediakan environment belajar. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan. A B http://images.

Kemasan ii) Penggunaan bahan bantu. Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan Menentukan bahan dan teknik Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan. Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip. relevan serta mudah difahami. Menghasilkan bahan bantu. MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT.Dapat menjelaskan konsep dengan tepat. Mudah dikendalikan dan mesra pengguna. Persembahan menarik dan kemas. 13 . i) Prosedur penyediaan bahan bantu. Kekukuhan dan boleh diguna selalu. ilustrasi/gambar dan maklumat yang jelas. Set induksi: Input utama: Pengayaan: Pemulihan: BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama rakan-rakan anda.

disandarkan atau diedarkan. Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa membuat pemilihan bahan bantu. Cuba lakukan latihan ini.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR - Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber perlu digantung. Mengambil langkah-langkah keselamatan Mengambil kira bilangan yang mencukupi Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip. berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. dilekatkan. Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan penggunaan bahan bantu. Jenis pertama adalah alat dan 14 . 1 2 3 4 5 6 Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual.

kek harijadi.kotak ubat gigi. Anda boleh rujuk daripada buku atau layari website.botol.tiket.beg.sikat. jam. Bincang bersama rakan anda.kerusi.kasut. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran.meja. bekas air.rumpu. Contohnya : Bola.. kertas kartrij…….rambutan. kertas surat khabar sebagai alas meja……. 15 .. B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: (ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid.bakul sampah.almari raket. Bahan: warna air atau warna poster. Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf tradisional Batik.roda.daun.bata.tiang.…. kain lap. Keduadua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut: A) Alat dan bahan untuk penghasilan Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan: Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat…….bunga.penyapu. Peralatan lain: palet.baju.kacang.cawan.batu.gula-gula.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR bahan yang digunakan untuk penghasilan.cermin.kotak tisu.

kad sisipan. (iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya Sila senaraikan di sini : Koleksi Khas 16 .kad huruf dan angka.kad perkataan dank ad ayat.papan tulis.kad separuh bulatan.papan gulung. Contohnya: Jadual.papan flannel. gambar rajah.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.petikan rencana………….carta.senarai.penyusunan grafik.

com/pictures B C http://images. A http://images.ask.ask.com/pictures D Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ? 17 .PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.

3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian. 4.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 2 Dimensi 3 Dimensi Seterusnya. Nama Pengkarya : Tajuk Media Teknik Tahun : : : : Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah seperti berikut:1. cuba anda membuat kapsyen sebagai langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan. Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. berdasarkan gambar di atas. 2. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni reka. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka. Bahan tersebut boleh disimpan di dalam folio. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan 18 .

Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber Sekolah. 7. 5. 6. Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan.ask. Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan keselamatannya. Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka.com/fr?q=art+studio&desturi 19 . http://images. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti P&P dijalankan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan perasaan ingintahu murid. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.

ask.ask.com/fr?q=art+studio&desturi http://images.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR http://images.com/fr?q=art+studio&desturi http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan 20 .

Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna. Penyimpanan dan rekod stok Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.:Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah Membuat penerimaan alat dan bahan. pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak. menyemak dan mengesahkan Membuat inventori dalam buku stok Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan Dua buku stok boleh digunakan. Dengan demikian. Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti membuat tembikar dengan tanah liat. Sebagai contoh. ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan. alat seperti berus. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. 21 . Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan dan rekod stok.

Peralatan kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan kekal Bil Item ( Peralatan Kekal ) Meja guru Meja guru Bil.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja. Beri komen anda dengan hujah yang relevan. 2 2 13/09/2009 13/09/2010 15/10/2010 Jumlah Item Catatan 22 . Umpamanya . Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah keselamatan adalah penting. Sebarang kerosakan. 2. Jika terdapat penambahan stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus 1. kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.

Minyak turpentine Cat air kertas lukisan pisau NT kain linen batik fabric dye kertas warna Carta PSV berus lukisan pisau ukir cecair tinner tanah liat 23 . Panduan Keselamatan Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak langsung. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus 1. 200 dozen 22/09/2009 100 dozen 10/10/2010 Jumlah Item Catatan Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat. 2.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Peralatan tidak kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan tidak kekal Bil Item ( Peralatan tidak Kekal) Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior ) Bil.

Bil 1 Kenyataan Guru perlu membaca label bahan Huraian sebab dan akibat 2 Kenalpasti murid yang bermasalah kesihatan 3 Guru perlu sediakan panduan keselamatan 4 Murid menjalankan aktiviti menghasilkan ukiran kayu 5 Memberi taklimat atau penerangan cara-cara menghasilkan batik lukis dan keselamatan fizikal Etika dan tanggungjawab Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :- 24 . Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang dan membuat analisis. langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.

etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam mempertabatkan profesion perguruan. Rumusan: Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum. mengetahui dan memahami rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti 2.semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran diutamakan. alat dan bahan bantu untuk tujuan di atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod stok.1 25 . Cuba anda membuat analisis. Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh sekolah. Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid. Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.

Alat dan bahan bantu rekabentuk dan proses menyediakan bahan prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan penyimpanan dan rekod stok Carta organisasi panitia Pendidikan Seni Visual Salinan karya agung di dalam dan luar Negara Contoh-contoh kraf tradisional Kertas lukisan dan warna air Alat-alat membuat ukiran Mesin pembakar seramik Rak-rak kayu Aktiviti 2.2 26 . prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan rekod stok.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan bahan.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan menggunakan teknik kolaj dan capan. TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 27 .

3. inventori dan penyimpanan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 3. inventori dan penyimpanan.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 3.4 Kandungan 28 . 3.2. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV. anda seharusnya boleh memahami dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian berkaitan dengan hasil kerja murid. etika dan tanggungjawab.etika dan tanggungjawab. panduan keselamatan.2 Hasil Pembelajaran 3. panduan keselamatan.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID Susun Atur Bilik PSV 29 .

Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran. pengorganisasi prosedur dan sumber. tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan.penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum. mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual. mengurus pergerakan pelajar didalam kelas. 30 .penyusun persekitaran kelas yang efisyen.mewujudkan suasana bilik yang kondusif.guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. menghadapi tingkahlaku pembelajaran yang efektif.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan murid serta menarik perhatian murid strategi guru untuk mengekalkan bagi memastikan pengajaran dan peraturan bilik. Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar.ia merupakan persekitaran murid. mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Zon / Bengkel Mencanting Batik Alat Pemadam Kebakaran Sudut Pameran Hasil Peti Kecemasan Kerja MuridSinki Kabinet Berpintu Peralatan PSV Dapur Gas Pintu 2 Meja 6 Meja 5 Sudut Buku Rujukan Tingkap Meja 4 Meja 3 Pusat Akses Sudut ICT Meja 2 LCD Meja 1 Pintu 1 Meja Gambar 2 : RajahGuru di bawah adalah contoh pelan bilik seni visual / Dekstop Stor Papan Putih Sudut Pameran skrin Hasil Kraf Tangan Papan Info 31 Tingkap .

Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini.2 Sudut-sudut pameran berkaitan 1. Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat presentasi dalam bentuk folio. Selain hasil kerja pelajar. Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Ambil gambar-gambar berikut: 1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan 1.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Berdasarkan pelan di atas. cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan 1. guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.3 Zon-zon kerja tertentu 1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan 32 .1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut 1.

papan bulletin. Oleh itu.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada tanggungjawab mengajar. zon kerja dan stor penyimpanan. Justeru. Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster. Antara perkaraperkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding. kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. bahan pameran khas. pencahayaan. 33 . Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula jadi dari luar. 2001). Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.

Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan Selain mempamerkan hasil karya pelajar. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan setelah selesai kelas. Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang yang lebih luas. Di samping itu. Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. guru-guru seni visual boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil. Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan. Guru juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja. Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid 34 .

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 35 .

5 Situasi Pada awal tahun. diikuti dengan carta proses dan contoh terbaik sebanyak 12 undi.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV dan hasil kerja murid? 3. saya fikir adalah menarik jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Seni Visual. satu undian pun berlangsung. “Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat kegiatan berserta contoh. Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Ekoran itu. Jawatankuasa tersebut diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. 36 . Hari ini.” Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual memperolehi tiga undi sahaja.” Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga murid tadi. Peta minda berserta contoh didapati paling popular menang dengan 30 undi. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa mereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. jawatankuasa papan pamer mengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk mengagihkan tugas berkaitan. Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahanbahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer. “Saya syorkan kita sediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja yang terbaik. Fong tampil ke depan kelas lalu berkata. jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan idea mereka dalam kelas.” Jali bentangkan idea kedua.

Merangkumi maklumat mengenai guru dan murid-murid termasuk minat.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Menurut Steele (1973). melayari internet atau alat multi-media yang lain. dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agar setiap murid berpeluang untuk duduk di depan. Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. Misalnya. Bagi memaksimunkan kontek sosial dengan murid-murid anda. Kontek Sosial. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yang paling berkesan sekali. kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal. (ii) adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian belakang dan di sisi. Guru mengajar mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan muridmurid dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu sama lain. 37 . memerhati. keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan. • • • • • • Keselamatan dan perlindungan. Ia bukan sahaja menjadikan bilik darjah lebih menarik. Keseronokan. kegemaran. di samping pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual. Namun. dan latar belakang mereka. puzzle. sediakan buku-buku bacaan yang biasa. interaktif dan sebagainya. kontek sosial. buku kerja. Merujuk kepada pelbagai tugas dan aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau kumpulan. Pertumbuhan dan perkembangan. kamus dan buku istilah. menguji dan menemui sesuatu yang baru. persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan. bahan manipulatif. identifikasi simbolik. Rumusan: Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penyempurnaan tugas. Identifikasi simbolik. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapi mesra. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu menarik bagi guru dan murid-murid. Bilikdarjah merupakan satu tempat di mana murid-murid berpeluang untuk meneroka. ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis. mengkaji. anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i) elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran. dan kebisingan yang keterlaluan. tetapi juga mengiktirafkan pencapaian murid-murid yang berkenaan. Merujuk kepada keadaan bangunan sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan muridmurid daripada cuaca buruk. Oleh itu. pencapaian. penyempurnaan tugas. aktiviti mengikut stesen atau litar. cat dinding dengan warna yang dingin atau sejuk.

• Kemukakan pandangan ruangan forum OLL. anda dalam 38 . (ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan bilik Pendidikan Seni Visual.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 3.6 Latihan B (i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik PendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna.

Jemaah Nazir 0 8 9 21 11 6 8 1 2 1 1 4 6 5 1 0 1 1 7 16 1 Skor 3 4 % 2 4 3 5 4 1 1 5.55 4 24.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (iii) Rujuk jadual di bawah. • E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam tempoh tiga minggu selepas anda menerima modul ini. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia. Item Item 109 110 111 112 113 114 Bilik Seni Kondusif Stor PSV diuruskan dengan baik Mempunyai prosedur senggara BBM Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif Penggunaan bengkel secara optimum Standard kualiti pendidikan Malaysia.74 2 11. (2004).5 1. 39 .35 0. Sekolah: Pernyataan standard.1 1.3 2 11. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006) terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih.5 0. No.1 Pur 0. buat rumusan tentang kualiti pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Sekolah.55 0 2. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan. (iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi. Anda juga boleh kaitkan cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik PSV.92 1.66 1 25.9 * Pur = purata (v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan menyediakan sebuah pelan lantai cadangan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful