FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

TUGASAN : T1A1 : KAJIAN DOKUMEN (PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA)

SEMESTER : MEI 2013

NAMA NO. MATRIK

: MAIMANAH BINTI MURAD : 830617015812001

NO. KAD PENGENALAN : 830617015812 NO. TELEFON EMEL NAMA EOS : 019-5405384 : maimanah_murad@oum.edu.my : DR. MOHANARAJU A/L ANNAMALAI

PUSAT PEMBELAJARAN : PP GREENHILL TARIKH HANTAR SEMESTER : 5 JULAI 2013 :5 Muka surat | 1

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0 3.0 4.0

Pengenalan Definisi Adat Perkahwinan Sejarah Kedatangan Kaum India Di Malaysia Perkahwinan Masyarakat India 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Adat Merisik Adat Kunjungan Ke Rumah Pengantin Adat Ikat Janji Adat Parisam (Pertunangan) Sebelum Majlis Perkahwinan 4.5.1 4.5.2 4.5.3 4.5.4 Kad Jemputan Penyediaan Thaali (Tjirumaanggalyam) Adat Mukuurtta Kaal (Berinai) Menanam Pokok Pisang

3 3 4 4 4 5 6 9 13 13 13 14 21 23 23 23 24 24 25 26 26 27

5.0 6.0

Pantang Larang Yang Diamalkan Juadah dan Kuih Muih Utama 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 Nasi Daun Pisang Maruku Putu Mayam Nasi Beriyani Kuih Vadai

7.0 8.0

Kesimpulan Rujukan

Muka surat | 2

Seperti masyarakat lain. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita.PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA 1. masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.0 PENGENALAN Malaysia kaya dengan seni. Seperti juga masyarakat lain. adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun sejak dahulu kala di dalam masyarakat sehingga dijadikan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan. Muka surat | 3 . Masakan tidak. masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum. Akomodasi yang wujud antara etnik juga mewujudkan rasa hormat antara budaya dengan perbezaan yang ditonjolkan. Perkahwinan pula adalah sesuatu hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah. 2. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu.0 DEFINISI ADAT PERKAHWINAN Menurut Kamus Dewan. justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. adat dan budaya yang terhasil daripada gabungan masyarakat pelbagai kaum dan etnik. malahan sesetengahnya mencedok adat resam dan budaya itu dalam acara tertentu seperti perkahwinan. terdapat sesetengah adat resam diamalkan masyarakat India mempunyai persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu dan boleh dilihat dalam aspek perkahwinan. Mereke didedahkan dengan keunikan itu.

Oleh itu. Golongan etnik Tamil merupakan etnik yang terbesar di Malaysia.0 SEJARAH KEDATANGAN KAUM INDIA DI MALAYSIA Kaum India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. eliyat tirumanam. orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia iaitu sekitar 1. Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu vaitiikat tirumanam. dapat disimpulkan di sini bahawa adat perkahwinan ialah peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan untuk menyambut sesuatu peristiwa seperti perkahwinan. Selain itu. 3. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi Muka surat | 4 . Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan. Mutaliyar. Telugu dan sub etnik iaitu Chetti. faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur.0 PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. tamil tirumanam. beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik. sub etnik.8 juta rakyat. Terdapat beberapa adat yang dilaksanakan sebelum majlis perkahwinan sebenar dijalankan. tahap pendidikan. Gurukkal. jenis pekerjaan. kasta dan agama. Perkahwinan masyarakat India biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil. Teevar dan sebagainya serta status ekonomi. 4. etika dan moral. Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Pada tahun 2005. pedanda iaitu Brahmin Gurukkal. Kaum India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu. Pandaaram dan sebagainya.1 Adat Merisik Dalam peringkat merisik. rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Malayalam. Veelaalar. Antara adat tersebut ialah : 4.

Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Muka surat | 5 . Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Di antara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam. Yooni poruttam. Racau poruttam dan Veetai poruttam. 4. Jika tidak. Mahentira poruttam. buah-buahan. sirih. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Raasi poruttam. Buah tangan seperti kelapa. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar. adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri.sahabat-handai dan saudara mara. Raasiyaati paati poruttam. bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Dalam masyarakat India. mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Vaiya poruttam.2 Adat Kunjungan Ke Rumah Pengantin Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Kana poruttam. pinang. Pentiikka poruttam. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. cendana.

sirih pinang. buahbuahan. cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.3 Adat Ikat Janji Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. bunga-bungaan. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa. Rombongan pengantin lelaki dengan hantaran Muka surat | 6 .4.

bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. mereka akan mengikat janji. Muka surat | 7 . perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara.Hantaran disusun Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia.

Hantaran utama seperti emas dan sari Bakal pengantin perempuan Muka surat | 8 .

Persetujuan ibu bapa Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga. kad jemputan dan sebagainya. parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan. Dalam masyarakat India. kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Muka surat | 9 . Sebagai tanda ikatan. 4.4 Adat Parisam (Pertunangan) Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam.

Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pada hari tersebut. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Bakal pengantin perempuan dengan sari tunang Muka surat | 10 . Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu.Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Bagi memulakan adat tersebut.

Sesi tukar cincin antara bakal pengantin perempuan dan bakal pengantin lelaki Acara minta restu Muka surat | 11 .

Kebiasaannya makanan vegetarian akan dihidangkan. jamuan makan pula diadakan.Sesi bergambar antara bakal pengantin di hari pertunangan Usai selesai majlis. Jamuan makan Muka surat | 12 .

Sekiranya terdapat kesilapan.2 Penyediaan Thaali (Tjirumaanggalyam) Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. tennant thaali dan sebagainya. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali.5. terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu. 4. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali. Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih. thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan.Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal). Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali. cendana.1 Kad Jemputan Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. 4. Antaranya ialah : 4. Pihak lelaki akan membawa emas. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.5 Sebelum Majlis Perkahwinan Sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. sirih pinang. kelapa.5. kumkum. wang ringgit. pottut thaali. Muka surat | 13 .

Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.3 Adat Mukuurtta Kaal (Berinai) Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Muka surat | 14 . Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas.5.Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Thaali yang disediakan 4. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal.

Kayu kuning Kayu ditanam Muka surat | 15 .

Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan.Atas kayu Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. kunyit dan sebagainya disediakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. kum kum. Selepas adat ini dilakukan. Muka surat | 16 . Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan.

Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan Muka surat | 17 .

Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan Muka surat | 18 .

Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan Muka surat | 19 .

Upacara Mukuurtta Kaal di pihak lelaki Upacara Mukuurtta Kaal di pihak lelaki Muka surat | 20 .

Apabila pasangan mendirikan rumah tangga. buah. Pohon berkenaan berguna semasa upacara yang menggembirakan seperti majlis perkahwinan mahupun semasa upacara yang menyedihkan seperti kematian. Perbandingan seumpama ini digunakan kerana pohon pisang memang subur dan mampu “melahirkan zuriat” secara produktif dan berterusan. lazimnya sepasang pohon pisang subur ditempatkan di pintu masuk ke tempat upacara dan amalan ini adalah suatu kemestian. daun dan batang pohon pisang ada cerita tersendiri. Pohon pisang yang dipilih pula mestilah yang sedang berbuah dan masih ada jantung pisang. Jantung.5. generasi tua kaum India selalunya akan merestui mereka supaya hidup beranak-pinak seperti pohon pisang. Pohon pisang itu akan dipasang beberapa hari sebelum majlis perkahwinan dan biasanya dibiarkan menghiasi tempat berkenaan selama beberapa hari. maka orang ramai akan sedia maklum bahawa suatu majlis atau upacara yang menggembirakan sedang berlangsung.4 Menanam Pokok Pisang Pohon pisang mendapat tempat istimewa dalam kehidupan seharian masyarakat India. Sekiranya pohon pisang Muka surat | 21 .4. Pada majlis perkahwinan kaum India beragama Hindu. Sebaik sahaja melihat sepasang pohon pisang diletakkan menegak (sebenarnya diikat ke tiang atau kayu).

Maka “mati”lah isteri pertama pemuda berkenaan. Maka sempurnalah majlis perkahwinan pertama bagi pemuda berkenaan. khususnya dalam soal perkahwinan yang dianggap “tuaian seribu tahun”. Namun begitu. Muka surat | 22 . Walaupun generasi muda kaum India dikatakan semakin berfikiran “moden” serta tidak mahu terpengaruh dengan amalan dan budaya tradisional. rata-rata generasi muda kaum India masih percaya pada tilik dan rasi dalam soal perkahwinan. isteri kedua hanya diambil jika isteri pertama meninggal dunia. Bezanya.tersebut tumbang (akibat angin kencang atau kerana tidak diikat dengan baik. Selepas itu. Katakanlah. Pengantin lelaki akan mengikat taali ke “leher” pohon pisang tadi yang diibaratkan sebagai pengantin wanita. Perlu diingat bahawa dalam konsep perkahwinan kaum India-Hindu. Memanglah amalan monogami yang dinyatakan di atas boleh dipertikaikan pada masa kini. Apatah lagi dengan adanya konsep bercerai yang sah di sisi undang-undang. Kaum India pada dasarnya terus berpegang teguh pada tilik dan rasi. Si pemuda akan berpakaian lengkap seperti pengantin. Wanita ini dianggap sebagai isteri kedua bagi pemuda berkenaan. Sejurus selepas itu. kepercayaan dan pantang-larang berkaitan pohon pisang terus menjadi ikutan. mengikut tilikan. tempat pengantin wanita akan diganti dengan pohon pisang. Secara tradisi. akan diadakan upacara perkahwinan antara pemuda tadi yang sudah menjadi “duda” dengan pengantin wanita yang sebenar. Pohon pisang turut mempunyai peranan utama dalam membuang sial bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Apabila seorang pemuda dirasikan akan beristeri dua. misalnya) maka generasi tua beranggapan kejadian itu membawa alamat buruk. sami yang menyempurnakan upacara perkahwinan itu tadi akan mencantas pohon pisang berkenaan menggunakan parang. maka suatu upacara perkahwinan khas akan diatur. seorang pemuda didapati akan beristeri dua. monogami menjadi pegangan.

maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu. ia dimakan dengan menggunakan tangan. masala udang.Memandangkan tilikan dan rasi menyebut bahawa pemuda terbabit akan ada dua isteri. mangkuk lauk yang terdiri daripada sayur-sayuran akan dibawa dan ditawarkan kepada pelanggan. kerana agama Hindu melarang makan daging lembu. sebelum majlis perkahwinan berlangsung. tidak akan timbul soal pemuda itu menduakan isterinya.0 PANTANG LARANG YANG DIAMALKAN Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan . Daun pisang digunakan kerana apabila nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang. mangkuk lauk pilihan yang berisi rendang kambing (“mutton varuval”). Selain itu. mengikut kepercayaan kaum India.1 JUADAH DAN KUIH MUIH UTAMA Nasi Daun Pisang Nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan. ia akan melepaskan wap lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman. Selain itu.0 6. 6. kari sotong. Di dalam nasi daun pisang. ikan atau ayam akan ditawarkan. kari daging atau ikan jeruk dan papadum. bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan. Muka surat | 23 . Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil. Nasi daun pisang ini mendapat nama kerana meggunakan daun pisang sebagai alas nasi. “isteri baru” itu tidak perlu risau kerana “isteri pertama” (pohon pisang) sudah “mati”. nasi dihidangkan di atas daun pisang bersamasama dengan aneka sayur-sayuran. Hidangan ini berasal dari Tamil Nadu di India. 5.jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar . Secara tradisionalnya. Selepas itu. Maka. Nasi daun pisang selalunya diletakkan di hadapan pelanggan dan nasi yang masih panas serta berwap akan ditimbunkan di atas daun pisang.

2 Maruku Murukku merupakan sejenis makanan yang dihidangkan bagi tujuan perayaan bagi kaum India termasuklah perkahwinan.6.3 Putu Mayam Makanan ini biasanya dikhaskan untuk majlis keramaian atau pun sebagai sarapan pagi atau petang. orang India akan memakan Putu Mayam ini dengan kari tetapi di Malaysia ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang (Gula Merah). 6. Muka surat | 24 . Biasanya.

Muka surat | 25 .4 Nasi Beriani Nasi beriyani juga antara hidangan utama semasa majlis perkahwinan India.Putu Mayam dimakan dengan gula merah dan kelapa parut. Putu Mayam dimakan dengan kari. 6. Di samping itu. ianya boleh di makan dengan pelbagai jenis aneka lauk mengikut kesesuaian sendiri. Nasi beriyani boleh di masak secara mengukus dan nasi beriyani yang di masak secara mengukus kurang berminyak berbanding nasi yang lain.

Vadai kacang dhal Vadai kentang 7. pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .5 Kuih Vadai Antara kuih muih utama yang dihidangkan. daun kari dan bawang merah. Muka surat | 26 .6. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari kacang dal dan kentang.0 KESIMPULAN Kesimpulannya. Terdapat juga campuran hirisan cili hijau.

Berita Harian. Muka surat | 27 .penerangan.html 6) http://eportfolio.com/2011/12/adat-resam-dalam-perkahwinan-kaumindia. 2) http://www.com/print/opinion/pohon-pisang-dalam-suka-dan-duka/ 3) http://jeyadanielz.0 RUJUKAN 1) Fatin Hafizah Mohd Shahar.gov.themalaysianinsider.8.com/2012/10/perkawinan-india-tamil. (2013).php?file=39658&view=4566.blogspot.my/index. Adat Perkahwinan India : Kepesatan Dunia Moden Tidak Gugat Adat Resam Majlis.php/budaya/3244-perkahwinan-masyarakat-india.blogspot. BH Famili 28 Jun 2013 (4-5).html 4)http://pmr.my/artefact/file/download.utm.html 5)http://budayakaumindia. Kuala Lumpur.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful