1.0 Pengenalan Pencapaian akademik merupakan seseorang murid melalui ujian di dalam peperiksaan.

Pengukuran ini adalah suatu pencapaian dalam penguasaan pembelajaran yang diperoleh pada peringkat tertentu dalam pelbagai lingkungan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pengukuran ini boleh berasaskan umur, proses pembelajaran yang telah diperolehi serta kebolehan individu dalam pelbagai aspek dan seharusnya melibatkan ruang yang lebih luas agar murid mempunyai tahap pencapaian yang rendah . Di samping itu, mampu menjadikan seseorang murid terus berdikari untuk memperbaiki diri dan kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengannya. Malah bukannya semua tahap pelajar adalah dalam tahap perkembangan yang sejajar. Setiap individu mempunyai perbezaan dari pelbagai segi dan aspek. Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli satu kumpulan daripada ciri-ciri tertentu seperti temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak(Borich dan Tombari, 1997). Bagi Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching, pula menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah. Oleh itu, dua orang murid sekolah rendah dipilih dengan seorang murid berpencapaian akademik baik dan seorang murid berpencapaian akademik lemah untuk dikaji mengenai perbezaan individu di antara dua orang murid yang perbezaan tahapnya walaupun umur mereka adalah setaraf. Justeru, kejayaan murid dan kegagalan murid dalam pencapaian akademik adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Maka, perbincangan tentang pelbagai faktor berdasarkan sudut kajian yang telah dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran pelajar-pelajar tersebut.

1

2.0 Biodata Murid Perkara Nama Tarikh Lahir Tempat Lahir Umur Jantina Bangsa Sekolah Agama Hobi Cita-cita Nama Bapa Pekerjaan Bapa Nama Ibu Pekerjaan Ibu Bilangan Adik-Beradik

Akademik Murid Baik Lam Hooi Zhee 21.04.2002 Kedah 10 tahun Perempuan Cina SJKC Poay Chai, Singkir Buddha Menyanyi, menari Peguam Lam Kwong Nam Peniaga Chun Gei Yong Pegawai bank 3 orang (anak bongsu)

Akademik Murid Lemah Siti Nurarina Bt Shuib 20.11.2002 Kedah 10 tahun Perempuan Melayu SJKC Poay Chai, Singkir Islam Bermain badminton Doktor Shuib bin Bahaarom Nelayan Siti Hawa Binti Said Suri rumah tangga 11 orang (anak bongsu)

3.0 Faktor – Faktor Menpengaruhi Aspek Pencapaian Akademik Pencapaian akademik seseorang murid amat dipengaruhi oleh pelbagaai faktor. Faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang murid berpencapaian akademik baik ataupun berpencapaian akademik lemah berkait rapat dengan budaya belajar murid tersebut. Budaya belajar ini boleh diterangkan berdasarkan kerangka konsep yang menunjukkan pertalian antara empat faktor yang dikenal pasti dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang murid iaitu keluarga, pelajar itu sendiri, sekolah dan persekitaran. 3.1 Faktor Keluarga Faktor keluarga memainkan peranan penting dalam pencapaian akademik anakanak mereka (Mitchells dan Tyreman, 1996) dalam mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak mereka adalah suatu tanggungjawab yang sangat penting. Berdasarkan maklumat dua orang murid yang disediakan, didapati murid yang berpencapaian akademik baik berasal dari sebuah keluarga yang kecil dengan hanya mempunyai lima orang ahli keluarga dengan stautus ekonomi yang kukuh. Di sebaliknya, didapati murid yang berpencapaian akademik lemah berasal dari sebuah keluarga yang mempunyai

2

bilangan ahli keluarga yang ramai dengan mempunyai tiga belas orang ahli keluarga. Didapati status ekonomi keluarganya berada dalam keadaan kurang berkemampuan. Menurut Marimuthu (1985), taraf sosio ekonomi ada perkaitan dengan pencapaian akademik. Status ekonomi keluarga yang kukuh bersedia dan berkemampuan untuk memberikan pelbagai kemudahan dan bahan pembelajaran mengikut perkembangan semasa dunia bagi menentukan kebolehan akademik serta memperkembangkan kemahiran berfikir anak-anaknya. Di samping itu, ibu bapa juga menghantar anakanaknya ke kelas tambahan untuk mengukuhkan lagi pelajarannya. Robiah dan Zaiton (1989) dalam Siti Rahimah, menyatakan bahawa pelajar yang berjaya boleh dikenali melalui kemewahan kebendaan yang terdapat di rumah mereka. Sosio ekonomi keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk membeli peralatan dan bahan pembelajaran, membayar yuran sekolah, tambang bas dan membeli cermin mata (BPPDP,1996). Keluarga yang miskin tidak mampu untuk menampung kos pendidikan sekolah. Ibu bapa yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan mempunyai pendapatan yang rendah menjadi punca murid lemah dalam akademik (Suntzi Jr, 2002). Kemiskinan sesebuah keluarga juga tidak dapat membekalkan keselesaan tempat tinggal serta memenuhi kelengkapan yang diperlukan dalam proses pembelajaran menyebabkan suasana tidak kondusif untuk menjadi tempat belajar. Dapatan kajian ini disokong oleh Kajian factors Influencing the Academic of Students in Malaysian Schools oleh Universiti Malaya (Leong Yin Ching dan lainlain,1990) tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar mendapati bahawa status sosioekonomi merupakan faktor terpenting dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar pada peringkat sekolah rendah(UPSR). Menurut Suntzi Jr (2002), ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan meluangkan lebih masa untuk anak-anak dalam membantu menangani masalah yang dihadapinya. Tanggapan positif ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan akan mendorong ibu bapa sentiasa menjalankan aktiviti bersama-sama anak dalam mengajar, memeriksa kerja sekolah dan mengawasi kemajuan pelajarannya. Menurut Kajian Drop-out & Low Achievement – Case Studies in Selected Primary Schools in Malaysia (EPRD, 1994) mendapati bahawa murid berpencapaian 3

lemah adalah daripada faktor keluarga yang kurang memberi junjungan terhadap pendidikan anak. Kekurangan pengawasan kemajuan pelajaran dan penyemakan kerja sekolah oleh ibu bapa telah menghad pembelajaran sehingga ketinggalan daripada sukatan pelajaran. 3.2 Faktor Personaliti Menurut Abdul Majid (1997), personaliti adalah perhubungan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Menurut Gordon Allport (1980), personality adalah tingkah laku individu yang dinamis iaitu perubahan dan penyesuaian diri mengikut keadaan dan persekitaran. Maka, menurut ahli psikologi, personality meliputi pemikiran, persepsi, nilai, tingkah laku, sifat, kebolehan, kepercayaan, kecerdasan, semangat, kebiasaan dan sebagainya. Murid sekolah rendah didapati lebih ekstrovert dan bersedia memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot, 1972; Anthony 1977 dan Riding 1979). Keupayaan dan kecerdasan kognitif di kalangan murid berpencapaian baik lebih mempunyai personaliti ekstrovert. Ini disebabkan golongan murid ini suka bergaul, mudah bermesra, bersikap terbuka, cepat mengeluarkan pendapat dan kreatif. Menurut Kajian Johnson (1997), didapati bahawa korelasi yang signifikan antara factor personality dengan pencapaian akademik dan kajian Eysenck dan Cookson (1961) yang dibuat di kalangan murid sekolah rendah di Staffordshine juga mendapati murid yang berpencapaian baik dan mempunyai kecerdasan yang tinggi mempunyai sahsiah ekstrovert. Murid sekolah rendah yang berpencapaian lemah sering dikaitkan dengan personaliti introvert. Didapati ciri-ciri murid yang pesonaliti introvert mempunyai sikap pendiam, pasif, pemalu, gemar perseorangan, tidak suka bertutur di depan umun, kurang keyakinan dan tidak suka bergaul dan belajar dalam kumpulan. Menurut Rita Dunn et al (1989), menunjukkan bahawa yang mempunyai personaliti introvert lebih gemar belajar bersendiri daripada belajar kumpulan. Menurut teori psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Freud, umumnya personaliti manusia atau tingkah laku manusia merupakan hasilan dari bentuk di antara bentuk komponen personaliti.Ia juga dipengaruhi oleh kesan kesedaran dalam diri

4

individu. Teori struktur personaliti manusia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Id, Ego dan Superego. Id Id adalah bahagian akal fikiran berkaitan dengan nafsu dan dorongan bawah sedar. Teori psikoanalisis menerangkan bahawa semua tingkah laku atau gejala manusia yang neutral dalam pemikiran manusia itu adalah Id. Ciri Id seseorang individu sudah diperolehi semasa dilahirkan. Id merupakan satu elemen rangka yang semulajadi, satu elemen yang terdapat dalam diri individu serta dianggap satu elemen yang diwarisi. Justeru, Id adalah gejala bawah sedar tetapi tidak tersusun, tidak logik dan penuh dengan orientasi berkehendakkan naluri. Ego Ego pula berbeza dengan Id kerana ego tidak wujud atau diwarisi apabila dilahirkan. Ego diperkembangkan secara berperingkat dan berada dalam keadaan yang sedar. Ego memainkan peranan dalam cuba mengawal dorongan dan desakan yang primitif supaya mengikut perubahan kehendak persekitaran. Ego dipenuhi dengan persepsi. Ego diperkembangkan melalui hubungan atau pertalian secara sosial dan identifikasinya dengan orang lain atau prsekitaran. Super Ego Super Ego adalah sumber awal suara hati ( conscience) yang membolehkan kita membuat perbandingan antara baik dan buruk. Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah laku psikoanalisis. Super ego adalah penetapan kepada pengukuhan moral yang baik. Perihal super ego berdasarkan nilai moral yang dipelajari melalui didikan ibu bapa, dipelajari daripada masyarakat atau persekitaran dan pengalaman, dan seterusnya kepada penerapan moral sehingga sebati dalam diri. 3.3 Faktor Sekolah Sekolah memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek terutamanya aspek pencapaian akademik. Peranan guru sentiasa menekankan kepada pencapaian akademik, berusaha menarik perhatian murid untuk mempelajari kemahiran dan meningkatkan kemajuan serta sikap. Oleh itu, faktor sekolah merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi pencapaian murid. Faktor sekolah ini melibatkan pelbagai aspek seperti kemudahan sekolah, iklim sekolah, guru, 5

persekitaran sekolah, kemudahan sekolah, saiz sekolah, sistem pendidikan, pembiayaan pendidikan, cara penyampaian pendidikan, program sokongan dan hubungan sekolah dengan komuniti. Didapati murid berpencapaian baik ini dapat menguasai kemahiran pelajaran dengan mudah dan kefahaman yang cepat terhadap pengajaran guru. Ini disebabkan berdasarkan maklumat yang disediakan di bahagian 2.0 murid yang cerdas ini berketurunan Cina dan bahan pelajaran juga melibatkan bahasa ibunda. Maka, ini telah merupakan kunci keutamaan dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam proses pembelajaran. Namun, murid yang lemah ini berketurunan Melayu dan belajar di sekolah Cina. Sukatan pelajaran yang disampaikan juga dalam bahasa Cina. Bahan pembelajaran juga berada dalam Bahasa Cina. Oleh itu, keadaan ini telah memberi kesusahan kepada seorang pelajar Melayu untuk memahami isi pelajarannya yang bukan dalam bahasa ibunda. Ini telah menyebabkan murid tersebut tercicir dari aspek pencapaian akademik. Namun perkembangan murid-murid di sekolah tersebut kekurangan daya bersaing jika dibanding dengan murid yang belajar di sekolah berkedudukan bandar. Ini disebabkan bilangan murid dalam kelas terlalu kecil dengan empat orang murid sahaja di dalam kelas. Persekitaran sekolah yang kurang selesa seperti ruang bilik darjah yang kecil dan tidak lengkap hanya diasingkan dengan beberapa papan kenyataan, tiada bilik komputer, bilik seni, bilik kemahiran hidup dan makmal sains. Ini telah menjejaskan perkembangan yang ketidakseimbangan dan kekurangan pengalaman dari pelbagai aspek. 3.4 Faktor Persekitaran Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui dan kejadian yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Faktor persekitaran ini melihat kepada keadaan apabila proses perkembangan murid. Ini termasuklah pengalaman seseorang individu dialami seperti keadaan harian di rumah, bergaul dengan jiran, persekolahan dan masyarakat di mana individu berada. Persekiataran selepas kelahiran seseorang individu merangkumi cara pemakanan, taraf sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, peranan rakan sebaya, tempat ibadat, media dan persekiataran dunia merupakan pemyumbang kepada pengalaman. Lokasi tempat tinggal seseorang individu, masyarakat di sekelilingnya dan rumah ibadat juga diliputi dalam faktor persekitaran. 6

Menurut kepada teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), mengasaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem ekologi ini yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek pencapaian akademik. Mikrosistem adalah persekitaran di mana murid-murid banyak menghabiskan masa dalam aktiviti dan interaksi yang hubungannya berlaku secara langsung. Dalam mikrosistem ini, pertalian yang langsung ini berlaku di kalangan murid dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan , jiran dan sebagainya. Bagi Bronfenbrenner, murid adalah penerima yang aktif kepada pengalaman persekitaran. Di samping itu, murid juga merupakan seorang yang saling berinteraksi dengan orang lain. Mesosistem melibatkan hubungan yang rapat dengan mikrosistem. Keadaan ini mentakrifkan bahawa satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi yang rapat dengan mikrosistem. Contohnya kejadian yang berlaku di rumah dapat mempengaruhi sikap atau sahsiah individu di sekolah dan sebaliknya. Bagi Bronfenbrenner, murid-murid diberikan dorongan untuk berinteraksi dan bergaul dalam mesosistem dapat memaparkan prestasi yang baik daripada murid-murid yang kekurangan peluang. Ekosistem merupakan kekurangan penglibatan murid-murid secara langsung kepada pengalaman dengan persekitaran. Namun keputusan yang dijalankan dalam persekitaran tersebut memberi implikasi kepada murid-murid. Penguatkuasa peraturan, kaedah pengurusan dan kemudahan oleh sesebuah sekolah secara tidak langsung telah mempengaruhi perkembangan sosial murid-murid. Makrosistem pula adalah pembangunan individu yang melibatkan budaya, nilai dan amalan masyarakat. Contohnya peranan jantina dititikberatkan dalam segelintir masyarakat. Kaum lelaki diberi keutamanan dan peranan yang lebih dominan dengan diberi peluang untuk berpendidikan di sesebuah Negara. Kronosistem pula merujuk kepada penglibatan perkembangan yang beubah pada suatu jangka masa. Misalnya perubahan berlaku dalam sesebuah keluarga apabila kehadiran anak baru akan member kesan kepada perkembangan murid-murid.

7

4.0 Langkah – Langkah Guru Menangani Proses Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Aspek Pencapaian Akademik Murid yang Berbeza Guru memainkan peranan yang penting dalam alam pendidikan. Peranan ini adalah melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan semangat patriotism. Oleh itu, peranan utama guru di sekolah adalah menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid. Maka, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru perlu merangkumi pelbagai masalah yang melibatkan murid dalam perbezaan pencapaian akademik. 4.1 Penetapan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Perbezaan tahap kecerdasan di kalangan murid dalam satu kelas bermakna penguasaan kemahiran sesuatu pelajaran murid juga adalah berbeza. Maka guru perlu lebih berwaspada semasa merancangkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran harus dirancang mengikut tahap perkembangan murid dan perlu bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid. Walaupun murid di dalam satu kelas adalah berbeza-beza tahapnya, murid masih dapat menguasai objektif kemahiran pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu, penyediaan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan juga merupakan aspek yang penting. Ini disebabkan dapat menjaga murid yang lambat supaya golongan murid ini tidak tertinggal. Di samping itu, guru juga dapat mengawasi dan mengukuhkan lagi penguasaan golongan murid yang baik supaya golongan murid tahap ini tidak merasa bosan. 4.2 Program Pengayaan dan Pemulihan Setelah guru memahami perbezaan murid dari segi fizikal, mental dan emosi, maka guru perlu merancang dan mengadakan program pengayaan dan program pemulihan dengan mengagihkan murid kepada kumpulan mengikut tahap perkembangan. Program pengayaan ini lebih menekankan kepada murid dalam kumpulan cerdas. Program ini dijalankan apabila golongan murid ini telah pun menyiapkan latihan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Guru bolehlah menyediakan bahan pengayaan seperti bahan bacaan tambahan, permainan, dan bahan-bahan aktiviti yang murid telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam tempoh masa yang ditetapkan 8

atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Bahan yang berbeza ini memerlukan murid melakukan secara bersendirian ataupun atas bimbingan guru supaya golongan ini menguasai kemahiran berfikir. Program pemulihan pula disediakan untuk murid kumpulan yang lemah atau lambat. Program pemulihan ini dapat menolong murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat diguasai pada jangka masa yang ditetapkan. Program ini dilaksanakan mengikut status keupayaan murid menguasai sesuatu kemahiran. Pelbagai bahan seperti carta, bahan maujud, kad-kad , alat permainan dan lain-lain yang boleh disediakan oleh guru. Bahan ini digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. 4.3 Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif ditakrifkan sebagai keadaan belajar dalam bilik darjah yang melibatkan murid daripada pelbagai tahap pencapaian akademik bekerjasama dalam kumpulan yang berstruktur untuk mancapai matlamat yang dikongsi bersama. Pembelajaran koperatif menitikberatkan kepentingan mencapai kejayaan bagi setiap ahli kumpulan dalam pembelajaran akademik. Bentuk kumpulan pembelajaran ini adalah heterogenius yang memerlukan murid pintar membantu atau membimbing murid lembap dalam aktiviti pembelajaran. Apabila kumpulan ini dikehendaki bersaing dengan kumpulan yang lain dengan secara tidak langsung telah meningkatkan semangat bekerjasama di kalangan murid. Maka melalui pembelajaran koperatif ini dapat mengurangkan jurang perbezaan tahap pencapaian akademik di kalangan murid. Di samping itu, golongan murid yang lemah tidak akan tertinggal daripada penguasaan kemahiran pembelajaran malah dapat meningkatkan kemajuan akademik. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, zon perkembangan proksimal adalah melibatkan murid yang pintar membantu murid yang lemah. Didapati pengajaran dari rakan sebaya lebih berkesan daripada guru. Ini disebabkan murid yang lebih mahir menggunakan pemikiran lateral. 4.4 Peneguhan Positif dan Negatif Guru perlu memberi peneguhan yang bersesuaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Peneguhan ini memainkan peranan yang penting untuk 9

membentuk perlakuan, sahsiah, atau minat seseorang murid supaya murid mengikut pengajarannya. Selain itu, peneguhan juga menjejaskan perkembangan individu dari segi fizikal dan mental. Peneguhan adalah satu perkara yang digunakan bagi menggalakkan sesuatu perlakuan. Menurut Teori Pelaziman Operan Skinner bahawa peneguhan dibahagikan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan suatu ganjaran yang memberikan dorongan kepada individu setelah perlakuan yang ditunjukkan itu diulangi. Peneguhan positif merupakan salah satu bentuk motivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan memuji murid-murid yang telah menjawab soalan atau melakukan sesuatu yang boleh dicontohi oleh murid lain. Terdapat pelbagai jenis peneguhan positif dan tidak semestinya dalam pemujian kata-kata sahaja. Contohnya, peneguran positif boleh diberikan dalam jenis tepukan bahu, pemberian cendera mata atau hadiah, pemberian tepukan murid-murid dan sebagainya. Di samping itu, guru memberi peneguhan positif untuk mendorong murid menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi haruslah terang dan sistematik. Selain itu, perbuatan yang spesifik sahaja diberi peneguhan. Maka, peneguhan positif ini harus kerap digunakan kepada golongan murid yang lemah yang telah mencuba sedaya dalam melibatkan diri di sesi proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan memberi kesan terhadap murid supaya tidak berasa rendah diri malah dapat membina keyakinan diri dan tidak putus asa dalam pembelajarannya. Peneguhan negatif merupakan suatu rangsangan serta merta yang kurang selesa mahupun perasaan menyakitkan selepas sesuatu perbuatan dilakukan. Misalnya, guru menegur murid kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Peneguhan ini akan memberi rangsangan secara langsung kepada murid tersebut untuk meningatkan murid tentang sahsiah yang tidak baik dan harus diperbetulkan. Dengan ini, murid akan menyiapkan kerja rumah pada masa hadapan. Menurut Skinner, peneguhan negatif meliputi beberapa peringkat seperti peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala bisbah berubah. Peringkat-peringkat ini akan mewujudkan pelbagai gerak balas yang berbeza. 5.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, guru harus mengetahui bahawa manusia adalah berbeza tahapnya dalam perkembangan secara keseluruhan. Begitu juga perkembangan murid10

murid yang belajar di sekolah. Guru perlu memahami tingkah laku setiap murid untuk membantu murid dari segi perbezaan pencapaian akademik. Untuk mengetahui perkembangan murid dengan lebih lanjut , guru perlu mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhinya dari pelbagai aspek terutamanya murid yang berpencapaian akademik lemah. Melalui kajian yang dibuat ke atas dua orang murid yang berbeza pencapaian akademiknya, faktor keluarga merupakan faktor yang terpenting dalam mempengaruhi budaya belajar murid di sepanjang pembelajaran kerana pelbagaai apsek latar belakang keluarga sudah terjalin dalam pembentukan pembangunan fizikal dan mental. Faktor personaliti, faktor sekolah dan juga faktor persekitaran juga merupakan faktor yang menentukan budaya belajar murid kea rah mencapai kejayaan atau kegagalan dalam pelbagai bidang mahupun kehidupan. Setelah mengkaji tentang pertumbuhan dan perkembangan murid, guru lebih mengetaahui tahap perkembangan murid daripada segi fizikal, emosi, mental dan jasmani. Oleh itu, ini telah menolong guru dalam merancang objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelbagai tahap murid. Di samping itu, pengetahuan yang diprolehi oleh guru dapat menolong merancang peneguhan yang sesuai dan berusaha mengawasi perbuatan serta memotivikasikan murid. Selain itu, guru boleh merancang program pengayaan dan pemulihan bagi tahap murid yang cerdas dan lemah supaya suasana pembelajaran di kelas dapat diselaraskan. Penyerapan pembelajaran koperatif dapat menerapkan tanggungjawab di kalangan murid serta membantu murid yang lemah. (3000 perkataan)

11

Rujukan Suntzi Jr (2002), Faktor yang membawa kepada sikap rajin tiong hua. [Online]. Available: http://idealis-mahasiswa.tripod.com/artikel-harian/feb2002/14feb03.html Pahrol Radzi Mat Ali (1996). Kesan factor pekerjaan, pendidikan dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian. Tesis sarjana muda. Universiti teknologi Malaysia: tidak diterbitkan. Marimuthu (1990). Pengenalan sosiologi pendidikan. Petaling jaya. Fajar bakti sdn bhd Azizi yahaya dan Mohamad Hasan Omar (2010). Permasalahan Keluarga. [online]. Available: http://eprints.utm.my/10402/1/30.9_Permasalahan_Keluarga.pdf [ 2012, march 28] Punca kelemahan pencapaian akademik pelajar melayu (2009). [online]. Available: http://msgsabah.blogspot.com/2009/04/punca-kelemahan-pencapaianakademik.html [2012, March 28] Nurulhaslin Zainol ( 2010). “Baka atau Persekitaran: Yang manakah lebih mempengaruhi ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia?” [online]. Available: http://lynnbretta.blogspot.com/2010/03/baka-atau-persekitaran-yangmanakah.html. [2012, March 28] Skinner, C. E.(1970). Educational Psychology. Prentice Hall of India, New Delhi. Ariedrifke (n.d). PKK Faktor Perkembangan Kanak-Kanak. [online]. Available : http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/pkk-faktor-faktor-perkembangankanak.html# Kulanz (2010). Perbezaan Individu.[online]. Available: http://kulanzsalleh.com/perbezaan-individu/ Tingkah laku bermasalah. [online]. Available: http://mysalawati.21classes.com/pub/mysalawati/tingkahlaku_bermasalah.doc. Pengaruh Ibu bapa terhadap pembelajaran.[online]. Available: http://ilmu.edublogs.org/files/2011/11/Pengaruh-ibubapa-terhadap-pembelajaran13ffd7p.doc.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful