ISU PENDIDIKAN SENI Ulasan dan kupasan hubungan antara Dasar Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan seni sejagat

dengan Kurikulum Pendidikan Seni di Malaysia – Isu Perpaduan.

1.

Pengenalan Sejak selepas Perang Dunia Kedua dan yang lebih mendesak semasa kita

mencapai kemerdekaan ialah: Bagaimanakah sebaik-baik cara untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni satu masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang paling penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pelajaran. Menurut Ho Seng Ong (1998) dalam bukunya yang berjudul Education for unity in Malaya telah mencatat: “It is accepted that educations is not the only means available in the taks of achieving national unity and solidarity in the plural community of Malaya, but it remains the most important single factor for integration in the racial, religious and cultural complexof Malaya.” Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

1

Dari segi individu, perpaduan mempunyai ciri-ciri yang meliputi perasaan, emosi, sentimen sikap dan nilai. Dalam persekolahan, apa yang diusahakan ialah supaya muridmurid dibimbing dan dididik untuk memupuk sifat-sifat yang sihat dan membina yang boleh membawa ke arah perpaduan negara.

2.

Definisi masyarakat majmuk Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan

bermasyarakat. Ibrahim Ahmad Bajunid (2000) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Perubahan dan Perkembangan Kurikulum ke Arah Pembinaan Negara telah mencatat bahawa J.S. Furnivall mentakrifkan masyarakat majmuk sebagai masyarakat di mana: Mereka bergaul tetapi tidak bersatu. Setiap kumpulan berpegang kepada agamanya, budayanya, bahasanya idea-idea dan cara-cara hidupnya. Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar, membeli dan menjual. Inilah masyarakat majmuk, di mana seksi-seksi yang berlainan dalam masyarakat hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan………(terjemahan) Dalam Ensiklopedia Dunia Melayu (hlm 145-146) telah mencatat beberapa pandangan penyelidik terhadap masyarakat majmuk antaranya: M.G. Smith menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Van den Bergue juga menyenaraikan beberapa ciri masyarakat majmuk seperti ketiadaan konsensus nilai, kepelbagaian kebudayaan, wujudnya konflik di antara kelompok yang berlainan…..

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

2

Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. sistem pendidikan diberi tugas untuk pembinaan negara. 3. India. Serani. Menjelang kemerdekaan. “pejal” dan “padat”. “kehancuran” dan “perpecahan”. Murut. Bajau. Definisi perpaduan Perkataan “perpaduan” ini asalnya dari perkataan “padu” iaitu “mampat”. Kadazan. Kata lawan bagi “perpaduan” ialah “permusuhan”. kita terdiri daripada Melayu. Secara langsung dan tidak langsung. Dari suku bangsa. matlamat yang terpenting adalah mencapai perpaduan di kalangan kelompok-kelompok yang berlainan. Dalam al-Qur’an Allah mengingatkan umat Islam dengan Firman-Nya yang bermaksud: Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik.Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (hlm 865). Melanau dan Iban dengan pelbagai bahasa dan dialeknya. perkataan ‘masyarakat majmuk’ memberi maksud: masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa. Cina. serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya. Kadayan. Orang Asli. Perpaduan dilihat dari tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu “ma’rof” manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu “mungkar”. “Perpaduan” ialah “penggabungan”. Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa dan agama. Masyarakat majmuk ini bersatu di atas ikatan kerakyatan di bawah pemerintah demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu hidup yang telah dipersetujui bersama. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 3 .

berbaik-baik dan berkerjasama dalam perkara yang membawa kepada kebaikan. 1957. UIA dalam satu forum perpaduan kaum berkata “kita juga berpandu kepada ayat Al-Quran yang menyeru semua orang yang beriman. Dasar Pendidikan Kebangsan dalam isu perpaduan Dalam meninjau sejarah perkembangan pendidikan. Kamal Hasan. kebajikan dan ketaqwaan kepada Tuhan. yang bermaksud: Hendaklah kamu bertolong menolong. Timbalan Rektor.(Surah Ali Imran : 104) Prof. Melalui Penyataan Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran. Dan jangan kamu berkerjasama. Mohd.” Jadi di situ kita dapat lihat penekanan agama Islam itu kepada kenyataan kepelbagaian kaum dan diseru umat Islam mencari kesempatan untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang membawa kebaikan bersama. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran. 1961. Pada tahun 1974. sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula dan memperbaiki pelaksanaannya dalam mencapai matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 4 . tolong menolong dalam perkara yang mengikut dosa dan permusuhan. Dasar Pendidikan dibentuk atas kesedaran pemimpin dan rakyat Malaysia yang sensitif terhadap keperluan pembinaan negara. Dasar Pendidikan telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. 4.

Syed Othman Alhabshi yang berjudul ‘Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan’ telah mencatat dapatan seorang penyelidik terkemuka Howard D. corak dan kaedah pendidikan secara kasar. Mehlinger (1995) dalam bukunya School Reform in the Information Age mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan dasar memberi dua bentuk kesukaran iaitu pendidikan guru dan pembaharuan pendidikan. walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan sera-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. Justeru. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita.yang terlatih bagi pembangunan negara. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbit dalam tahun 1979. Jelas dilihat Dasar Pendidikan merupakan tunggak utama dalam pembentukan sistem pendidikan kebangsaan. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada kini lebih menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan semua kaum: Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ialah bermaksud hendak menyatupadukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama. sudah tentu sistem dan pelaksanaannya juga tidak sistematik dan tidak mempunyai hala tuju yang tetap. Tanpa dasar yang jelas. ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang merangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri. Perenggan 12) Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 5 . Ia mengandungi matlamat. Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah. Ia amat penting dalam memberi panduan untuk melaksanakan sistem yang dirancangkan. (Penyata Razak. Dalam kertas kerja Datuk Dr.

belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be). namun pengaruh teori ilmiah serta penyelidikan baru akan memaksa mereka berfikir semula bagi menserasi idea sendiri dengan fungsi seni dalam bentuk-bentuk pendidikan baru yang muncul. Ini kerana usaha kurikulum bermula dengan ramalan (Ornstein and Hunkins. MacFee (1977) Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 6 . ‘pendidikan pelbagai budaya’.5. dinamik. walaupun terdapat golongan pendidik seni yang berpendapat seni lebih kepada ekspresi individu. Dalam Dasar pendidikan kebangsaan semua pelajar berhak menikmati pendidikan yang kaya dari seni tanpa mengira latar belakang dan kebolehan. 2003) Perancangan perlu bersifat strategik. 2003) Kurikulum Pendidikan Seni telah direncana dan selaras dengan keadaan semasa dan akan datang bagi mencapai matlamat pendidikan berdasarkan kehendak FPK. Kurikulum Pendidikan Seni dalam tujuan perpaduan Dalam usaha menyediakan generasi abad ke-21. Menurut Chapman (1997). 1993 dalam Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. kesesuaian kurikulum pendidikan seni berasaskan konsep four pillars of learning umpamanya perlu diteruskan iaitu belajar untuk menguasai ilmu (learning to know). mudah lentur dan futuristik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa seterusnya. belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do). belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together). (dalam Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. Kurikulum seni visual juga dikenali sebagai ‘pendidikan kemanusian’. Smith (1982) mendapati bahawa telah pun muncul sekarang seperti apa yang dikatakan sebagai satu kecenderungan yang menuntut kepada pemikiran baru dari kalangan pendidik seni.

halatuju masyarakat. Seni dapat menyediakan benih cabaran yang membawa perubahan seperti menuntut kita melihat Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 7 . Perpaduan negara wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing sempurna dari segi perkembangan JERIS. Hamid. seseorang pelajar bukan sahaja dididik dan dibimbing dalam kesempurnaan dari segi JERIS tetapi juga dilatih memperolehi keyakinan diri dalam berkomunikasi melalui seni. Felman (1970) pula menegaskan budaya. seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan diri. penglibatan. telah banyak menulis tentang Kurikulum Pendidikan Seni dalam buku yang berjudul Pendidikan Seni dan Muzik. Shukor Hashim (1998). Seni berupaya menghubung satu generasi ke satu generasi yang lain. 2001) memikirkan seni sebagai penyalur kesinambungan kemanusian. pembangunan dan intergrasi sosial menyalurkan budaya dan warisan negara. memahami warisan bangsa dan identiti bangsa. (dalam Mohd Johari Ab. tetapi bersetuju bahawa pendidikan seni perlu pendidikan yang lebih liberal. Seni diperlukan dalam tugas mempersiapkan ahli baru menghadapi hidup dalam usaha mencari erti tentang diri. Iberahim Hassan (2000). (1967) (dalam Abu Talib Putih. seni dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. iaitu sekurang-kurangnya dapat mengurus kehidupan harian dengan sempurna dan menjadi penghayat seni. Menurut Abd. keluarga. 2000) Pendidikan Seni sewajarnya menepati objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan individu.menganggap seni dalam budaya sebagai topik pembelajaran. Melalui aktiviti-aktiviti seni. masyarakat dan negara. Schiller. Walaupun pendekatan mereka berbeza. Matlamat dan kepentingan Pendidikan Seni jelas digubah untuk melahirkan individu yang berbudaya.

Begitu juga dalam soal perpaduan masyarakat di negara kita. sifat benci dan syak wasangka dapat dielakan. membuat persepsi.sesuatu yang lama dari sudut pandangan atau perspektif yang baru. imagianasi dan kemahiran dalam berekspresi dan berkomunikasi. Dengan adanya unsur kegembiraan dalam sanubari semua rakyat Malaysia. menjulang keberanian. Pendidikan seni berfaedah kepada pelajar kerana ia memufuk peribadi yang lengkap. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 8 . memasyurkan keraian. takulan. tragedi 13 Mei 1969 menyedari semua warga Malaysia betapa pentingnya sifat memahami antara satu sama lain. ia merupakan satu anugerah kepada masyarakat kerana ciri kesediaannya yang boleh mengkaitkan harapan kepada ingatan. sejarah telah mencatatkan bahawa dengan adanya kerjasama dan keberanian semua kaum negara yang aman dan merdeka dapat diperolehi dan dinikmati bersama. yang beransur membina berbagai bentuk literasi bagi menajamkan intuisi. Seni membenarkan manusia berfikir dan berikhtiar dalam cara yang tersendiri. ia perlu satu perubahan paradigma tentang budaya ke Malaysiaan. Pelajar dibimbing pelbagai cara. Dalam menuju ke arah masyarakat aman damai. Seni adalah nadi dalam hayat perjalanan ke arah melengkapkan sifat kemanusiaan kita walaupun sekadar sebagai penghayat seni tetapi perkembangan minda dan rohaniah turut dibina dengan sempurna. menyatakan pemikiran dan menyelesaikan masalah antara rakan sekelas atau kerja kursus yang diberi. Seni sebagai disiplin. atau juga membendung tragedi hidup manusia. Seni merupakan sumber kegembiraan dan kecerian.

hlm. Nilai-nilai asas perpaduan yang dapat dipupuk melalui pendidikan … usaha membina satu semangat identiti bersama dan berkongsi tujuan di kalangan semua rakyat Malaysia sangatlah penting dalam pembangunan nusa bangsa dan membentuk bangsa Malaysia. cara berkerja dan berekspresi yang berbeza. Pendekatan kemanusiaan seperti yang dicadangkan oleh Micheal (1983) dan Feldman (1970) (dalam Iberahim Hassan. Bagi mencapai hasrat tersebut perlulah dipupuk perasaan bangga terhadap warisan. e. d. Seni berperanan untuk mengstabilkan sesuatu budaya dalam menghadapi arus perubahan. 6. kejayaan. Seni sebagai alat untuk perkembangan sesuatu budaya. c. 1996. (1993) (dalam Iberahim Hassan.31) Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 9 .Seni membantu pelajar memahami pengalaman manusia. Belajar untuk menyesuai dan menghormati orang lain dari segi cara berfikir. MacFee. dari yang lampau hingga masa kini. dan potensi negara bagi menyemai semangat kekitaan… (Malaysia. Seni sebagai alat komunikasi yang merakam. 2001) membolehkan pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. b. menyimpan dan menjana idea. Berfungsi sebagai indeks untuk membezakan sesuatu identiti. Seni untuk memperkayaan kualiti sesuatu perayaan atau upacara ritual bagi sesuatu peristiwa. 2000) menyatakan bahawa objektif seni bersandar kepada fungsi seni dalam masyarakat yang perlu disemai kepada pelajar iaitu: a.

Kebudayaan Kebangsaan telah dirangka pada tahun 1971 yang bertujuan kebangsaan. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar Pendidikan. Maka. Dasar Kebudayaan Kebangsaan. kita telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. terdapat petikan yang diberi oleh Datuk Seri Dr.” Kerajaan Malaysia mengenalpasti budaya dan kesenian sebagai elemen sama penting dengan perkembangan ekonomi. Kemudian dasar dan program ini boleh menyumbang ke arah hubungan sosial yang sihat di kalangann masyarakat majumuk. Mahathir Mohamad iaitu: “Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Dasar Bahasa Kebangsaan. 1991. Usaha-usaha kerajaan dalam menangani isu perpaduan Bagi mencapai hasrat membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Dato Seri Dr.Berhubung dengan petikan di atas. Sebanyak 16 nilai disenaraikan dan secara khusus terkandung dalam mata pelajaran pendidikan Islam dan pendidikan Moral (Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Shukur Abduulah mengatakan kepentingan seni visual dapat Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 10 .6) 7. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai merentasi kurikulum. perkongsian nilai dan persepsi. Perpaduan negara dan sebagainya adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan. persamaan identiti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan yang mengekalkan warisan bangsa. menjalankan mempromosi program integrasi kebudayaan kebangsaan yang dan mengembangkan identiti keharmonian pelbagai kaum dan budaya Melayu sebagai asas budaya kebangsaan. penerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan menyeluruh dalam semua mata pelajaran KBSM. hlm.

Lain kata matlamat negara perlu dikongsi bersama oleh setiap orang. Musa Hitam dalam ucapan di Perasmian Himpunan Tetap Balai Seni Lukis Negara pada 29hb Januari 1985 pernah mengata: “Kesenian mencerminkan kematangan Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 11 . Ianya dikenali sebagai “Wawasan 2020” Dalam sembilan cabaran wawasan. sosial dan pendidikan di nagara. semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Melalui pendidikan seni visual. Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Malaysia – Melangkah ke Hadapan” yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.menyumbangkan pertumbuhan ekonomi. Selain daripada itu. Tun Dr. kita akan bergerak ke arah mencapai satu warisan bangsa yuang unggul. Setiap rakyat dengan rasa bangsa mengidentifikasikan diri mereka sebagai warga Malaysia. Bangsa Malaysia yang bersatupadu bermakna setiap rakyat perlu komited untuk menjayakan cita-cita negara. isu perpaduan dalam pembentukan bangsa Malaysia menduduki tempat pertama yang secara tidak langsung telah mengambarkan kepentingannya dalam usaha mencapai matlamat sebagai negara maju yang tercatat seperti berikut: Membangunkan bangsa Malaysia yang bersatupadu dengan matlamat yang sama bagi membentuk bangsa Malaysia yang setia dan taat kepada negara. Strategi dan kaedah pengajaran Pendidikan seni Visual dalam usaha mencapai perpaduan.

” Jelaslah bahawa kedudukan fungsi dan peranan Pendidikan Seni Visual di sekolah dalam menangani Wawasan 2020 khasnya dalam cabaran pertama yang berkait dengan perpaduan haruslah dilihat dengan keperihatinan yang serius terutama oleh golongan intelektual pendidikan juga oleh masyarakat keseluruhannya. beliau telah meminta pelajar mengkaji sejarah Pasir Salak. Sejarah. secara tak langsung pelajar dapat berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Sebagai contoh guru seni ingin mengajar catan atau arca. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 12 . Tambahan pula. Pelajar menjalankan penyelidikan mengumpul.perasaan dan pemikiran sesuatu bangsa atau masyarakat” keesahan kenyataan ini tidak dapat dipastikan tetapi apa yang boleh dipastinya ialah sesuatu bangsa atau masyarakat yang tidak mempunyai kesenian diibaratkan sebagai golongan orang-orang yang kurang sempurna hidupnya. Ini merupakan salahsatu langkah penting dalam isu perpaduan kaum. kehidupan mereka tak ubah seperti lagu tanpa irama. geografi dan lain-lain dapat meningkatkan nilai kewarganegaraan. I. mentafsir dan membuat hubungkait antara catatan dengan gambar lukisan atau fotografi sejarah. Kes-kes pergaduhan antara pelajar berlainan bangsa yang disebabkan perselisihan faham dapat dielakkan dan dikurangkan. Pengabungjalinan mata pelajaran Pengabungjalinan mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia. Masyarakat yang sebegini adalah masyarakat yang kurang lengkap. dengan satu bahasa yang dapat difahami oleh semua pelajar. Melalui apresiasi seni segala dokumentasi dan mencatat sejarah detik perjuangan kemerdekaan akan mendidik pelajar perlu wujudnya nilai cintakan negara.

pengajian Linguistik Visual. analitis dan futuristik (objektif ke-3).II Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni dalam tujuan perpaduan Bagi menghadapi cabaran yang datang secara bertalu-talu. Tujuan kurikulum beliau adalah meningkatkan kualiti individu dan mengenali individu yang lain. Dalam usaha menuju perpaduan. Pengajian Media dan Pengajian Kritikan Seni. barang hiasan gangsa melambangkan identiti budaya di Malaysia. Barangan kraf seperti barangan anyaman. Semangat patriotik dan nasionalisme penting bagi membolehkan Malaysia lebih bersifat kompetitif di peringkat antarabangsa. (dalam Iberahim Hassan. inovasi . mempunyai semangat jati diri (objektif Ke-10). Dalam kurikulum pendidikan seni visual selain mementingkan proses penghasilan atau proses artistik. kritis. Pelajar perlu disedari kepentingan dalam memahami serta wujud perasaan hormat budaya orang lain. jaya diri dan keusahawaan yang tinggi. termasuk dalam bidang sains dan teknologi (objektif ke-6). 2000) Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 13 . tembikar. 7 dan 9) boleh dipupuk dengan meningkatkan rasa kebanggaan rakyat terhadap barangan Malaysia dan seterusnya mencapai perpaduan di kalangan rakyat majmuk. pendidik mesti memahami kandungan seni visual dengan sebenar-benarnya. perabut ukiran. Feldman (1972) mencadangkan pendekatan humanistik dalam pencapaian pengajian kognitif. mempunyai ketrampilan yang tinggi. Nilai patriotik (objektif 1. kaya dengan maklumat. produk juga diminta mencapai tahap persembahan yang memuaskan. generasi yang hidup dalam abad ke-21 perlu memperoleh nilai-nilai murni dan luhur yang bersifat sarwajagat. dan mempunyai kekuatan minda yang kreatif. Budaya Malaysia yang dibentuk merupakan identiti yang dapat mengeratkan lagi hubungan kesemua kaum melalui transformasi soaial melalui aktiviti pendidikan seni.

Pelajar dapat bertukar-tukar fikiran. “Bersatu padu kita teguh. “Bagai aur dengan tebing. Menurut Ee Ah Meng (1988) dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih mengatakan amalan seperti ini akan menjauhkan perasaan benci dan iri hati Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 14 . sesi perbincangan diadakan agar semua pelajar benar-benar faham matlamat.:122-124 telah menyarankan bahawa aktiviti kumpulan merupakan satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar yang berbilang kaum. Apabila menjalankan aktiviti-aktiviti seni dalam kumpulan. III. bercerai berai kita runtuh. Michael Day dalam buku mereka yang berjudul Children and Their Art methods for the Elementacy School dalam issues Multi-Cultural.Dalam melaksanakan kandungan kurikulum. “Tak kenal maka tak cinta”. saling penuh memenuhi”. objektif dan kehendak tema yang berkaitan dengan perpaduan. pandangan dan pengalaman serta bercerita tentang budaya sendiri. pendidik merancang aktiviti seperti pertandingan melukis poster selain bertujuan mencungkil potensi pelajar. Sebelum menentukan tema pertandingan. Aktiviti kumpulan Al Huswitz. Pelajar diminta memberi pandangan bagaimana hendak mengambarkan perasaan cinta kepada negara melalui seni visual. tujuan. Aktiviti pertandingan melukis poster dapat memupuk semangat perpaduan dan menyedari kepentingan perpaduan di peringkat awal sebelum pelajar menunjukkan kemahiran melukis masingmasing. Rakyat bersatu padu. slogan-slogan seperti. hlm. guru hendaklah memastikan pelajar yang mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai kaum. negara gemilang” dan lain-lain telah digunakan sebagai tajuk.” . “Perpaduan pemangkin kemajuan negara”.

” 4. Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru bagi membantu meningkatkan hubungan dan kemahiran sosial pelajar di samping mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. ia dapat mengeratkan lagi persahabatan antara pelajar yang berbilang kaum. menetukan matlamat. Pelajar akan bekerjasama dalam satu kumpulan kecil. Kaedah pembelajaran secara koperatif penting dalam pembentukan perpaduan kaum dapat dibuktikan melalui pendapat yang dikemukakan oleh William Ragan and C. B. Kata Mumama: “Jiran dan rakan-rakan bersepakat ke arah kemasyarakatan akan membawa kebajikan dan keberkatan. membantu satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan sebagai yang diminta oleh guru melalui perhubungan yang saling bergantung secara positif. Secara tidak langsung. bertanggungjawab. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 15 . Stendler dalam penulisan mereka yang bertajuk The Social Dimension telah mengatakan strategi pengajaran melalui koperatif dapat mengalakkan pelajar menetapkan perancangan bersama.dikalangan pelajar berbilang kaum. interaksi bersemuka yang sihat dan penglibatan yanga saksama. membahagikan tanggungjawab dalam melaksanakan segala aktiviti seni yang diminta. semangat kekitaan dan persefahaman dapat dipupuk dalam situasi yang mesra. Semasa menyiapkan sesuatu projek seni.

Tindakan diskriminasi perlu dielakkan agar pelajar merasa seronok dan selesa belajar. Pelajar juga mempelajari menerima pendapat dan kritikan dari bangsa yang berlainan. sebagai seorang pendidik yang profesiohal. Penyusunan meja kerusi yang berasingan seolah-olah mengasingkan dan mengelakkan setiap individu berinteraksi antara satu sama lain. sifat rasional dan mempunyai hati terbuka turut menyumbang dalam usaha memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar. VI. Suasana bilik darjah yang ceria mencerminkan sikap tanggungjawab dan kerjasama antara pelajar yang menuju ke arah perpaduan. Dalam sesi kritikan seni. Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek penting dalam memberi daya tarikan dan menjadi sumber ilham kepada pelajar. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 16 . Ia memudahkan pelajar berbincang dan menjalankan aktiviti kumpulan. objektif pengajaran perlu sejajar dengan kehendak FPK yang bermatlamat mewujudkan sebuah negara yang maju dengan cara yang tersendiri. segala bimbingan dan bantuan yang diberi kepada pelajar hendaklah menunjukkan keadilan dan kesaksamaan. Maka. Pengurusan bilik darjah Penyusunan meja kerusi dalam bilik atau studio seni seharusnya dalam bentuk kumpulan. Semasa Pengajaran dan pembelajaran Dalam tugas melaksanakan isi kandungan yang telah dirancang. selain melatih dalam penggunaan bahasa tampak.V. Sesi ini membolehkan pelajar bertukar-tukar pendapat dan memberi pandangan yang membina. selain daripada memberi ilmu pengetahuan.

Kesimpulan Dalam menangani masalah perpaduan antara kaum. Nasir Iberahim dan Prof. jelaslah Kurikulum Pendidikan Seni yang ada sekarang dapat memberi sumbangan yang mengalakkan berdasarkan ciri-ciri pendidikan seni yang telah dinyatakan di atas. Menurut Md. ilmu kandungan kurikulum harus dikuasai dan dilaksanakan. Walaupun budaya orang Melayu lebih diutamakan dalam kurikulum pendidikan seni tetapi guru seni perlu memperkenalkan budaya bangsa lain kepada pelajar agar mereka memahami dan menghormati serta boleh berkomunikasi dengan orang lain. Sejarah seni Bidang Sejarah Seni yang ada dalam kandungan kurikulum pendidikan seni juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sikap perpaduan. tetapi apa yang penting ialah peranan guru sebagai pembudaya. Sebagai contoh komplas sekolah wawasan pertama di USJ15 Subang Jaya merupakan sekolah wawasan pertama bagi mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 17 . Sebagai seorang pendidik. Perkembangan dunia kian semakin pesat. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidik merupakan agen yang penting sekali dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran yang menjurus ke arah perpaduan. Madya Iberahim Hassan (2003) dalam buku mereka yang berjudul Pendidikan Seni Daripada Sudut Sosial mengatakan wujudnya pelbagai kontroversi dalam memperkenalkan ‘multikulturisme’.VII. Seni bersifat sejagat. Bidang pendidikan perlu sentiasa membuat “enviromental scanning” bagi mengenalpasti keperluan-keperluan negara semasa.

wawasan 2020 akan menghadapi risiko yang berat dan mungkin gagal. kita harus ingat bahawa perpaduan nasional harus diutamakan. tetapi tidak membenci kepada bangsa-bangsa yang lain. Dato’ Onn Jaafar pernah berkata: “Saya ini pro Islam dan pro Melayu. rasional dan langkah-langkah tindakan yang dimajukan. Perluasan pelaksanaan konsep sekolah wawasan ke seluruh negara pada abad ke-21 akan dapat memastikan perpaduan kaum yang terdapat di negara terjamin. Jadi.kita. Namun dengan adanya kefahaman. memupuk perpaduan adalah satu usaha yang begitu komplaks yang boleh membangkitkan perasaan dan emosi. tanamkan pada jiwa anak-anak muda kita dan tiupkan semangat perpaduan nasional. penjelasan. Tanpa perpaduan nasional. dan persetujuan semua pihak terhadap konsep. “Satu Negara Satu Bangsa (Malaysia)” bukan sesuatu impian yang mustahir.” Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 18 . Sesungguhpun.

Tanjong Malim. Perak: Quantum Books. Curriculum. Bhd. Pendidikan Ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. 4.Biliografi --------. United States of America. Hernandez. Freedman & Feenam d. (2001). (2001). (1998). Perpaduan Kearah Pengukuhan Kepimpinan Ummah. Ee Ah Meng. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Culture and Art Education Comparative Perspectives. [On-line] file:///A/perpaduan. --------. Haji Mohd. Kuala Lumpur: Piramid Perdanan Sdn. Michael Day. Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. Ensiklopedia Dunia Melayu. Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. (2000). Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. (1980). [On-line] file:///A/db08fokf. (2003). UPSI. UPSI. Tanjong Malim. State University of New York: Press Albary. Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Abd Rahim Abd Rashid. Dasar Kebudayaan Kebangsaan: Satu Persoalan. Soal Pemikiran Dalam Pendidikan Seni: Asas Pertimbangan Untuk Praktis Pengajaran Di Sekolah-sekolah dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Al Hurwitz. Abu Talib Putih (2001). Children and their art: Methods for Elementary School. Shahir B. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. (2000). Selangor: Fajar Bakti. Abd Rahim Abd Rashid. (1995). Haji Abdu. Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Selangor: Fajar Bakti. Wawasan Pembangunan: Isu dan Cabaran. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 19 .html Iberahim Hassan. Perak: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian UPSI. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1991). (1998).html Awang Had Salleh. Alias Aliana.

UK Limited England: Longman Group. Wan Abdul Kader & Yap Beng Liang. Selangor: Fajar Bakti. Ke Arah Negara Maju Berdasarkan Sistem Nilai. Nasir Iberahim. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Isu Pendidikan Di Malaysia: Sorotan dan Cabaran. (2000). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Malaysia. Bhd. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise. Syed Othman Alhabshi.Jakob Sumardjo. Rancangan Malaysia Ketujuh. Mohd. 1996 – 2000. Manshur B. [On-line] Tajul Ariffin Noordin. Malaysia. Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 20 . Selangor: Perniagaan Al Wathaniyah. Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. (1999). Siti Fatimah Abdul Rahman. Seni Dan Pendidikan Insan Madani. Hashim. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991 – 2000. Kassim Ahmad. (1998). Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. (1996). Madya Iberahim Hassan. penyunting (1993). Shahril @ Charil Marzuki. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Musa Hitam. (2000). (1986). Educating For Art: Critical Response and Development. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala lumpur: Percetakan Negara. Kiyai Masyhadi. Omar Mohd. (2001). Wawasan Pemangkin Negara Maju. (1999). Rod Taylor. Jasiman Bin Ahmad & Nora Binti Samat. Filsafat Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Esei-esei Politik. (1993). Kuala lumpur: Percetakan Negara. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1990). Prof. Bandung: ITB. (1991). Sumbangan Kami Terhadap Wawasan 2020. Nasionalisme Krisis dan Kematangan. Habib Mat Som. (1997). (1990). Md. (2003). Falsafah Pendidikan Negara. Selangor: Pelanduk Publications. (1986). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful