You are on page 1of 24

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 129

UNIT 9

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DILUAR NEGARA

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Meneliti model-model pendidikan awal kanak-kanak luar negara 2. Memahami kurikulum dan pelaksanaan program-programnya di pusat pendidikan awal kanakkanak.

PENGENALAN
Bagaimanakah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di luar negara mempengaruhi program pengasuhan di Malaysia? Fikirkan.

P

endidikan awal kanak-kanak telah berkembang maju bermula peringkat pusat asuhan hingga prasekolah. Pendidikan prasekolah di Asean bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900-an, prasekolah ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Pendidikan awal kanak-kanak di luar Negara iaitu, bermula di Amerika Syarikat. Prasekolah pertama

didirikan pada tahun 1850 tetapi tumpuan diberi kepada kanak-kanak daripada golongan berada. Kanakkanak miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal kanak-kanak. Namun, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Model-model yang diperkenalkan di luar negara telah memberi keseimbangan terhadap penyelesaian masalah yang ada seterusnya meningkatkan mutu pendidikan awal kanak-kanak.Oleh yang demikian, bab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 130

dengan program-program yang dilaksanakan di luar negara menggunakan model-model pendidikan awal kanak-kanak.

ISI KANDUNGAN
Anda biasa dengan falsafah pendidikan awal kanak-kanak di luar negara? Apakah kandungan program yang boleh disesuaikan dan dilaksanakan di Malaysia? Dalam topik ini perbincangan akan berkisar kepada model pendidikan awal kanak-kanak di luar negara yang berkaitan dengan falsafah, latar belakang, kurikulum dan keberkesanan model.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI LUAR NEGARA
Pendidikan prasekolah mula berkembang di Amerika pada abad ke 20. Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori merupakan orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837. Manakala di United Kingdom, prasekolah pertama didirikan adalah pada tahun 1816 di Daerah Scotland oleh Robert Own dan diberi nama “ The Infant School” .

MODEL SURE START
Falsafah

S

ure Start adalah satu program yang menyediakan pendidikan prasekolah yang berkualiti. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi aspek pendidikan, kesihatan, sosial, dan penglibatan ibu bapa. Hubungan rapat dan kerjasama antara keluarga, sekolah dan komuniti merupakan faktor yang amat dititikberatkan dalam program ini. Sure Start diasaskan kepada

prinsip amalan bersesuaian dengan kanak-kanak yang berasaskan kepada teori Piaget, Erikson, Vygotsky dan Gadner. Program ini bertujuan membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan juga keluarga.Dengan ini kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran sosial dan bakat mereka supaya lebih produktif.

dengan penambahan sebanyak £669 milion untuk tahun 2007-08. Kerajaan British telah menambahkan peruntukkan lebih daripada £1. kanak-kanak. remaja dan keluarga menjadi fokus penting kepada Sure Start dan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan dan Kemahiran (Department for Education and Skills). ahli profesional dalam penjagaan kanak-kanak dan kumpulan sukarelawan dan komuniti. Matlamatnya adalah untuk mencapai hasil yang terbaik bagi kanak-kanak.5 billion dalam masa 2005-06. Unit ini bekerja dengan Kerajaan Tempatan. Kemudahan-kemudahan yang disediakan termasuklah drop-in centres untuk ibu bapa datang berbincang dengan kakitangan sure start. Primary Care Trusts. Ini termasuklah 100. Perkembangan bahasa kanak-kanak menjadi punca kejayaan Sure Start. Setiap program dikelolakan dengan kerjasama badan-badan kerajaan (termasuk ahli profesional dalam kesihatan dan pendidikan). pendidikan dan perkembangan emosi. Dengan ini kerajaan dapat mensasarkan untuk mengurangkan sebanyak 5% perbelanjaan untuk menggunakan pakar bahasa dan pertuturan untuk kanak-kanak berumur empat tahun dalam tahun 2004. Sure Start dijalankan melalui program tempatan di kawasan yang kurang bernasib baik (deprived region) dalam negeri. agensi mencari kerja Jobcentre Plus. komuniti tempatan dan organisasi sukarela dan sektor swasta. . Memberi fokus kepada keluarga-keluarga yang mempunyai anak di bawah umur 4 tahun dan meliputi lebih kurang 800 kanak-kanak di setiap kawasan. program-program dijalankan di Scotland. Konsep perkongsian ini merupakan faktor yang unik yang menjayakan program program Sure Start. Wales dan Ireland Utara.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 131 Latar Belakang S ure Start adalah satu usaha kerajaan British untuk mengatasi masalah kanak-kanak miskin dan masalah sosial (social exclusion). mempertingkatkan kesihatan kanak-kanak.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k .000 pusat penjagaan kanak-kanak yang sebahagiannya di tempatkan di sekolah. begitu juga ibu bapa bekerjasama untuk memberi perkhidmatan kepada keluarga. Program ini menyediakan pengalaman pembelajaran yang berkualiti tinggi. Terdapat 520 program tempatan. . ibu bapa dan komuniti dengan mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak untuk semua kanak-kanak. Dilancarkan dalam tahun 1998. pusat penjagaan dan klinik kesihatan bergerak. dan membantu ibu bapa dalam peranannya dan mempertingkatkan aspirasi pekerjaan.

Sure Start juga menganggap pendapatan keluarga sebagai faktor penting – tetapi selain daripada pendapatan faktor lain juga diambilkira. Head Start memperuntukkan minimum 10% bilik darjah untuk untuk kanakkanak berkeperluan khas.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 132 Sure Start berasaskan program Head Start yang dilaksanakan di Amerika Syarikat yang dilancarkan pada tahun 1965 bertujuan membantu komuniti memenuhi keperluan kanak-kanak yang tidak beruntung. Semua program berasaskan amalan yang bersesuaian dengan kanak-kanak  Penglibatan ibu bapa dalam Sure Start merupakan bahagian yang penting dalam program . .  Penglibatan keluarga yang aktif.pendidikan. Kajian mendapati pencapaian peperiksaan kanak-kanak yang mengikuti program Head Start lebih baik daripada rakan mereka yang tidak mengikuti program ini.  memperuntukkan kadar 2 dewasa bagi setiap 18-20 murid.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . dan penilaian berterusan  Makanan tengahari yang berkhasiat dan minuman dan makanan ringan.  Program sepanjang hari Sistem yang merangkumi . Apakah Perbezaan Antara Model Head Start dan Sure Start Model Head Start Sure Start cuba menggabungkan beberapa ciri Head Start yang dianggap berkualiti tinggi     Keunikan Sure Start Sure Start berasaskan DoDEA.  Pemeriksaan perubatan. kesihatan. Sure Start tidak mengambilkira kanak-kanak keperluan khas sebagai kriteria pendaftaran . Dan program ini juga telah mengurangkan kadar jenayah. dan penglibatan ibu bapa. pergigian. perkhidmatan social.  menggunakan DoDEA sebagai asas kurikulum. Head Start menggunakan pendapatan sebagai kriteria kelayakan pendaftaran kanak-kanak. Guru dan pembantu program diberi latihan dalam melaksanakan program untuk menjamin ketekalan.

Mereka berbincang dengan keluarga dan memperkenalkan pelbagai alat permainan. kemahiran dan keyakinan diri semasa bercakap dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa. buku-buku. masakan yang mudah.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . Pada asalnya diperuntukkan kepada kanak-kanak berumur empat tahun.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 133 Keberkesanan Program Sure Start Ibu bapa yang mengikuti program ini mengakui mereka merasa lebih seronok dan lebih bersemangat untuk melakukan pekerjaan. Kanak-kanak yang layak untuk memasuki program ini berdasarkan kepada keluarga yang berkemungkinan menjadikan anak-anak mereka "at risk":  Berasaskan ranking tajaan (sponsor) (E-1-E-4 first priority) . Projek ini merupakan usahasama antara pendidikan program kesihatan yang dilaksanakan di Utara Sussex dan Brighton. Pengkaji juga mendapati program ini berjaya mengumpulkan pelbagai komuniti termasuklah mereka yang sebelum ini tidak pernah bercakap antara satu sama lain. Projek ini juga untuk memperkukuhkan kehidupan kekeluargaan dan menghalang perceraian. kemahiran sosial dan aktiviti bebas. Lebih kurang tujuh puluh orang ibu bapa termasuk bapa-bapa dari pelbagai komuniti menghadiri perjumpaan. Contoh Program Sure Start Playlink Satu projek yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa. Mereka juga telah menunjukkan kebolehan yang tinggi. lukisan. Terdapat juga perbincangan yang diadakan di dewan orang ramai dan di tempat-tempat lain untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang bertujuan untuk bertemu dan berkongsi akt iviti termasuk membantu keluarga dalam penjagaan anak-anak. Ibu bapa merasa bangga dengan perjumpaan ini. Sasaran Sure Start adalah program yang mendapat pembiayaan kerajaan. Kajian mendapati 16 kanak-kanak yang terlibat dalam playlink menunjukkan penumpuan yang lebih baik semasa permainan table play dan kurang menghadapi masalah percakapan dan bahasa semasa mula mendaftar di pusat jagaan kanak-kanak.penumpuan. mainan messy dan lain-lain .Projek ini melibatkan lawatan mingguan (oleh pelawat yang dilatih termasuk ibu bapa yang mendapat latihan dan berpengalaman) ke rumah-rumah.

Perkembangan Sahsiah. Keluarga yang mempunyai empat atau lebih yang kelahiran mereka rapat . Salah seorang ibu bapa bercakap bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama vi. main. Ibu bapa tidak berpendidikan menengah atas iv. . ix. Ibu bapa bukan di kalangan pemegang ijazah iii. bersesuaian dan memberi motivasi kepada setiap orang kanak-kanak. Perkembangan Fizikal 6.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 134 i.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . viii. Bidang Kurikulum 1. Perkembangan Estetika Dan Daya Kreatif Strategi Pembelajaran menggunakan program Sure Start haruslah dirancang dengan baik dan berstruktur dengan memberi penekanan kepada keseronokan. Komunikasi Dan Literasi Awal 3. Kanak-kanak yang mempunyai kakak atau abang yang berkeperluan khas yang serius. Sosio-Emosi Dan Kerohanian 2. Kanak-kanak kurang berat badan. Ibu bapa dari kalangan remaja semasa anak pertama dilahirkan v. Perkembangan Bahasa. vii. Ibu bapa bertugas di luar daerah selama tiga bulan atau lebih. Kanak-kanak daripada ibu tunggal ii. Perkembangan Matematik Dan Pemikiran Logik 4. Perkembangan Pengetahuan Dan Pemahaman Alam Persekitaran 5.

Kawasan yang luas membolehkan kanak-kanak bergerak dengan bebas. Persekitarannya menarik dan menyeronokkan. Program ini merujuk kepada bagaimana kanakkanak membesar.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k .k a n a k d i L u a r N e g a r a | 135 MODEL MONTESSORI M • • • • • • • • • • • • odel ini banyak digunakan di Amerika Syarikat. Dilengkapkan dengan taman permainan dan juga kebun bunga. bunga-bungaan dan alat-alat yang menarik. Terdapat tanam-tanaman. . Matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut: Penumpuan Kemahiran membuat pemerhatian Kesedaran dari segi susunan dan urutan Koodinasi Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali Konsep matematik Kemahiran bahasa Kemahiran menulis dan membaca Kebiasaan dari segi seni kreatif Kefahaman tentang alam semula jadi Pengalaman dalam memahami sains sosial Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah Persekitaran Pusat Prasekolah M ontessori mementingkan kawasan yang luas bagi sesebuah pusat pendidikan awal kanakkanak.

Jika perlu Montessori mencadangkan supaya disediakan almari kecil bagi tiap-tiap orang kanak-kanak supaya mereka dapat menyimpan sabun mereka. Meja yang disediakan untuk kanak-kanak adalah berbentuk tiga segi yang boleh digunakan untuk dua orang kanak-kanak atau tiga orang kanak-kanak jika mereka duduk berdekatan. Kerusi dan meja ini perlu ringan supaya kanak-kanak yang berumur dua dan empat tahun boleh mengangkat kerusi dan meja tersebut. Penjagaan bahan-bahan ini dipertanggungjawabkan kepada kanak-kanak. boleh digunakan oleh kanak-kanak yang berumur tiga tahun. Kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain dengan barang-barang ini. Pintu almari ini mudah dibuka.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . tuala dan lain-lain keperluan kanak-kanak. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik. sistematik dan .k a n a k d i L u a r N e g a r a | 136 Peralatan seperti kerusi meja perlu dibuat dalam saiz kanak-kanak. akuirium kecil. Bahan-bahan disusun di dalam almari yang boleh dicapai oleh kanak-kanak. berus gigi dan lain-lain keperluan mereka. Di sediakan juga rak untuk meletak sabun. Dalam setiap bilik disediakan almari yang rendah untuk menyimpan bahan-bahan pembelajaran. Terdapat ruang-ruang yang dilengkapkan dengan bahan-bahan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran-kemahiran yang tertentu. berus kuku. Di pusat pendidikan Montessori disediakan juga tempat membasuh tangan yang rendah. teratur. Terdapat juga meja yang kecil yang hanya boleh digunakan oleh seorang kanak-kanak jika ia bekerja berseorangan. Bilik darjah juga dilengkapkan dengan papan hitam yang digantung rendah supaya boleh digunakan oleh kanak-kanak. Papan hitam ini juga dilengkapkan dengan tempat meletak kapur dan kain putih untuk kegunaan menyapu papan hitam. indah. pelbagai barang-barang permainan. berus kuku. Di atas almari ini dihiasi dengan pokok bunga yang ditanam dalam pasu. Di atas papan hitam dihiasi pula dengan gambar-gambar yang boleh menarik perhatian kanak-kanak.

Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 137 Kanak-Kanak A Guru ktiviti pembelajaran adalah berdasarkan kepada aktiviti individu. . ii. selalunya dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti kayu yang telah divarnis. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus yang intensif di peringkat ijazah Bahan i. Kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti yang berbentuk individual. dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu. iii. Mempunyai ciri-ciri yang khusus. Guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat ‘self rewarding’. Berbentuk (self correcting). Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh atau melibatkan diri hanya semasa membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana mengguna alat-alat/bahan yang baru. Kanak-kanak diberi cabaran untuk menyelesaikan konsep-konsep yang lebih susah secara progresif. v. Program Montessori dibentuk untuk kanak-kanak yang berumur 3-6 tahun. Bahannya didaktik. Dalam program Montessori kawalan orang dewasa adalah sangat minimum. Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan-bahan tersebut. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka suka. Bahan-bahan dibina dengan cermat.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . iv. motivasi intrinsik.

aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria dan aktiviti yang bercorak akademik.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . Montessori mencipta berbagai alat . tetapi juga untuk melatih disiplin diri. sentuhan. memasang tali kasut. Kuib yang ukurannya . menggilap kasut. menyiram pokok. Melalui mengerjakan aktiviti tersebut dengan memberi penumpuan sepenuhnya. Untuk mengembangkan kemahiran kanak-kanak dalam aspek di atas. a) Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living) Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti: • • • • • • mengenakan butang baju. bau dan rasa. Semuanya berwarna merah jambu. Di antaranya adalah seperti berikut: • Pink Tower . Di antaranya ialah: • • • aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian. Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran fizikal kanak-kanak. teksture. mencuci tingkap dan menyapu sampah dan melap meja. berdikari dan penghargaan kendiri. meluas dan menghalusi persepsi deria dari segi penglihatan. menyikat rambut. dan warna yang sama.mengandungi 10 kiub yang diperbuat daripada kayu yang mempunyai bentuk.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 138 Aktiviti Terdapat beberapa set aktiviti. menyusun. pendengaran. b) Bahan Deria (Sensorial Material) • Aktiviti ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak memperkembang.

biru. berbeza dari segi ketebalannya.set kepingan kayu yang berbentuk tiga segi. Keenam-enam papan warna ini diletakkan di hadapan kanak-kanak. ditambah dengan 1cm bagi tiap-tiap kiub. Yang paling tebal berukuran 10 cm.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 139 bermula daripada 1cm. Guru meletakkan dua benda yang mempunyai persamaan bau dengan bauan yang terdapat di dalam botol. Blok-blok yang lain akan berkurangan ukuran ketebalannya bagi tiap-tiap satu sebanyak 1 cm • Red Rods-10 batang kayu. dan kuning secara pasangan. • Cylinder Block –Terdapat blok yang berlubang bulat dan selinder-selinder kecil yang disediakan mempunyai saiz yang sesuai dengan lubang-lubang yang terdapat pada blok tersebut. Kanak-kanak menyusun kayu-kayu ini daripada yang paling panjang kepada yang paling pendek.sederhana ringan dan berat. • Baric Tablets . Kanak-kanak dikehendaki mengeluarkan selinder daripada blok tersebut dan masukkan selinder itu ke dalam lubang-lubang yang sesuai dengan saiz selinder tersebut. Kanak-kanak ditunjukkan dengan satu keping papan yang berwarna kemudian mereka disuruh mencari satu lagi papan yang mempunyai warna yang sama. Akhirnya kanak-kanak disuruh menyusun warna-warna dalam satu ruang mengikut pasangan masing-masing. • Smelling Jar –Menggunakan dua botol yang sama warna tetapi dimasukkan bauan yang berbeza. Kuib yang yang terbesar berukuran 10cm. Kanak-kanak dikehendaki memadankan kepingan-kepingan tersebut mengikut berat. Iaitu warna merah.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . Terdapat tiga set.Pada peringkat awal Montessori memilih tiga papan yang mempunyai warna yang sangat terang.ringan. Kanak-kanak menyusun blok-blok ini daripada yang paling tebal kepada yang paling nipis. Kanak-kanak di minta mencium benda-benda tadi dan memadankan benda-benda tersebut dengan bauan yang terdapat di dalam botol tersebut. Semuanya berwarna coklat. Kiub ini disusun secara menegak daripada yang terbesar kepada yang terkecil. . • Latihan Mengecam Warna (Color Tablets) . semuanya berwarna merah mempunyai saiz yang sama tetapi berbeza dari segi panjang iaitu bermula daripada 10 cm kepada 1 cm. Tower yang berwarna merah ini sangat menarik kanak-kanak kecil yang berumur kurang dari lima tahun kerana mereka boleh meruntuhakan tower ini dan kemudian membina semula berkali-berkali mengikut kesukaan mereka • Brown Stairs– mengandungi 10 blok yang dibuat daripada kayu. mempunyai berat yang berbeza.

Kanak-kanak yang berumur empat tahun sudah mempunyai kesediaan untuk bermain dengan permainan ini. manis. bulu. • Montessori juga mengajar kanak-kanak merasa dengan lidah untuk mengetahui rasa pahit. Setelah kanakkanak dapat menguasai warna yang terang diteruskan pula dengan menambah warna yang lebih muda. Kemudian ditambah lagi dengan beberapa keping papan yang mempunyai warna yang sama tatapi berbeza dari segi tonnya. • Temperature jugs– Bertujuan untuk membezakan suhu. Kanak-kanak disuruh menyusun kepingan papan ini mengikut tone warna • Sound Boxes . Jug yang diperbuat daripada besi. Dimasukkan ke dalamnya air yang berbeza dari segi suhu. atau enam belas keping. masam. dimasukkan ke dalamnya dengan benda-benda yang berlainan.Montessori menggunakan pelbagai jenis kain untuk dikenalpasti oleh kanak-kanak. (Lihat gambar di bawah) c) Bahan-Bahan Konsep dan Akademik • Geometric Insets of Wood and Frame. Kanak-kanak diminta menggoncangkan kotak-kotak tersebut dan memadankan dengan kotak yang mempunyai bunyi yang sama. Kanak-kanak diminta memadankan jug yang sama suhunya. masin dan sebagainya. • Pelbagai Jenis Kain.Terdapat berbagai bentuk geometri yang digunakan untuk mengajar bentuk (Lihat Rajah di bawah). kain linen yang halus.Dua kotak yang serupa dari segi saiz dan warna. Misalnya satu dimasukkan pasir yang halus dan satu lagi dengan batu-batu kasar. sutera. kain linen yang kasar. Terdapat tujuh jenis contoh kain iaitu baldu. Dalam set ini kanak-kanak dikehendaki memadankan bentuk yang sama.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . Montessori berpendapat permainan ini bukan sahaja boleh mengajar kanak-kanak pelbagai bau dan rasa malah juga mengajar mereka memberisihkan mulut setelah mersai apa-apa makanan.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 140 • Bilangan papan akan ditambah menjadi lapan warna. Mereka dikehendaki memasang kedua-dua bentuk yang sama dengan memasang kedua-duanya ke dalam frame yang telah dibentuk dengan bentuk- . Selepas kanak-kanak merasa makanan-makanan mereka dikehendaki mencuci mulut dengan air bersih. kain kapas yang halus dan kain kapas yang kasar.

Kanak-kanak juga dikehendaki menggunakan jari untuk menyentuh dan menggerakkan jarinya mengikut bentuk geometri yang terdapat dikepingan papan tersebut • Kertas Pasir. • Artistic or cultural material and exercice. kanak-kanak diajar mengenai garisan dan warna sebelum lukisan diperkenalkan (Brewer 1998). . gambar-gambar binatang dan tumbuh-tumbuhan untuk kanak-kanak mengenalpasti dan membuat klasifikasi. Kanak-kanak dikehendaki menyusun huruf-huruf ini supaya menjadi perkataan.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 141 bentuk yang tertentu. harmony dan melodi. Montessori juga mencipta kabinet untuk menyimpan alat-alat geometri tersebut. Kanak-kanak dikehendaki memilih bentuk-bentuk yang sama dan padankan bentuk-bentuk itu ke dalam frame atau talam. 100 dan 1000 untuk mendedahkan konsep menghitung kepada kanak-kanak.Kanak-kanak diberi frame atau talam yang dipenuhi dengan kepingan kayu dalam pelbagai bentuk.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . Keluarkan semua bentuk itu dan campurkan semuanya. Kedua-dua kepingan papan itu diskrew supaya ia tidak bertaburan. Kanak-kanak diajar bagaimana menggunakan alat-alat muzik dan mengecam bunyi muzik melalui latihan deria. • Latihan Pengecaman Bentuk . Sungguhpun lukisan tidak diajar secara langsung. • Aktiviti lain yang boleh mempertingkatkan persefahaman kanak-kanak dari segi budaya ialah seperti peta.dicipta untuk membantu kanak-kanak menyukai dan menikmati muzik dan belajar mengawal pergerakan kaki dan tangan mereka dalam penyediaan untuk menari.Di kelas Montessori dilengkapkan dengan huruf-huruf abjad. Montessori juga memperkenalkan rhythm. • Huruf Abjad . Montessori menganggap permainan ini sangat berkesan untuk melatih kanak-kanak mengenali bentuk geometri. • Manik-Di Tadika Montessori dibekalkan dengan manik daripada unit 10.Kanak-kanak dilatih menggunakan jari untuk merasakan (trace) huruf-huruf yang dipotong daripada kertas pasir.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . mengambil gambar aktiviti-aktiviti mereka. membuat transkripsi daripada perbincangan kanak-kanak. penyelesaian masalah dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pemilihan. Atelier • Model ini menyediakan studio khas atau bengkel di mana kanak-kanak dan guru-guru boleh menggunakan pelbagai bahan untuk melahirkan pengalaman mereka. bahan-bahan dan aktiviti disusun untuk menggalakkan penerokaan. . Ruang-ruang digunakan untuk menggalakkan komunikasi. • Atelier ini digunakan untuk mendokumentasikan kerja kanak-kanak. dan hasil kerja rakan mereka.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 142 MODEL REGGIO EMILIA M • • • • Odel ini diasaskan di Reggio Emilia yang terletak di Utara Itali di bawah bimbingan Loris Malaguzzi . membuat dokumen terhadap proses pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai projek. kumpulan besar. Peralatan. penemuan. bekerja dengan hanya seorang guru. atau bekerja sendiri. • Dokumen ini memberi makna kepada kanak-kanak kerana mereka akan dapat menilai sendiri hasil kerja mereka. • Melalui projek ini guru dan ibu bapa boleh menilai dan membuat pertimbangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Persekitaran Menarik dan menyeronokkan Boleh mewujudkan hubungan kemanusiaan dan menggalakkan pembelajaran. Model ini dibina adalah berdasarkan kepada teori Piaget dan Vygotsky. Penyusunan ruang boleh menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan kecil.

atau sesuatu tajuk dengan lebih mendalam. membandingkan kerja masing-masing dan membincang beberapa perkara yang terdapat di ladang popi. membanding dan memikirkan semula soalan-soalan yang pernah mereka kemukakan sebelum ini. Selalunya ia mengambil masa dalam jangka masa sebulan. bermula dengan memikirkan bagaimana rupa bunga popi. di sana mereka membuat pemerhatian. • • • Contoh Forman (1993) dalam (Eva Essa 1996). • Projek ini boleh dijalankan dalam masa yang singkat atau lama. Ia juga mungkin berdasarkan idea yang dikemukakan oleh guru. Guru dan kanak-kanak berkomunikasi : Mereka bersoal jawab. Oleh kerana program Reggio Emilia tidak menetapkan masa-masa yang tertentu di sekolah maka kanak-kanak boleh membuat kerja dengan keadaan yang tenang (tidak terburu-buru) Tajuk atau Tema Projek • Model ini mementingkan minat dan kecenderungan kanak. Dalam projek ini kanak-kanak biasanya bekerja dalam kumpulan kecil untuk menerokai sesuatu konsep. Kemudian mereka membuat lawatan ke ladang popi. Kebiasaannya tajuk projek adalah berdasarkan pengalaman harian kanak-kanak. mengemukakan sebuah projek di mana kanak-kanak mengkaji keadaan persekitaran mereka dalam musim bunga yang berkaitan dengan bunga popi. Apabila mereka balik semula ke sekolah. mereka dapat melukis bunga popi dalam keadaan yang lebih tepat dan sempurna. Kanak-kanak memulakan projek dengan aktiviti melukis.kanak. .U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k .k a n a k d i L u a r N e g a r a | 143 Kurikulum • Kurikulum Reggio Emilia berasaskan kepada projek. Mereka berada di ladang popi selama beberapa hari. Oleh sebab itu tajuk projek yang akan dilaksanakan oleh kanak-kanak mungkin hasil daripada soalan yang mereka kemukakan kepada guru. Projek boleh dilakukan dalam berbagai topik. atau dengan kata lain ianya berdasarkan idea kanak-kanak.

PENDEKATAN BANK STREET ‘DEVELOPMENT INTERACTION’ P • • • endekatan ini ditubuhkan untuk Head Start dan program ‘Follow Through’ oleh Elizabeth Gilkeson & associates. autonomi (hak atau kuasa sendiri) dan hubungan dengan orang lain.kanak-kanak. keyakinan diri. Guru mendapat bantuan daripada penyelaras pedagogi dan seorang guru lukisan . • Guru-guru di Reggio Emilia bekerja sebagai pasangan kepada kanak-kanak. • Kedua-dua program ini dapat mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan profesionalisme. kecekapan kendiri. produktiviti. sejak lahir hingga tiga tahun. Kurikulumnya berdasarkan kepada individu mengikut peringkat perkembangan individu Kesan pembelajaran secara berinteraksi Dari segi interaksi dengan orang lain program ini mempercayai bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan lebih berkesan melalui interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa dalam persekitaran yang dibentuk untuk menyediakan pelbagai kegiatan. Penekanan diberi kepada kemahiran kognitif. • Peranan guru adalah sebagai sumber kepada kanak-kanak dan pasangan dalam pembelajaran kanak-kanak. • Program-program yang lain yang terdapat di Reggio Emilia ialah mesyuarat mingguan bagi kakitangan dan program kemajuan staf. penghargaan kendiri. Ianya berdasarkan falsafah Kolej Pendidikan Bank Street. . reka cipta.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 144 Guru • Mengikut Malaguzzi (1993) pendidikan mesti melibatkan tiga unsur. kawalan impulsif (desakan hati). guru dan keluarga. Mereka akan duduk bersama sekumpulan kanak-kanak yang berumur tiga tahun. Program ini berdasarkan kepada falsafah dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memupuk perkembangan intelek dan sosioemosi. tiga tahun hingga enam tahun. identiti (sifat-sifat dan lain-lain yang terdapat pada seseorang).U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . di New York.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . Kanak-kanak mendapat keseronokan semasa menjalankan aktiviti. . o Dapat membantu perkembangan pembelajaran konsep idea yang lebih luas o Sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak o Mempunyai potensi terhadap pembelajaran sendiri. • Apabila tema telah dipilih. Pemilihan tema adalah berasaskan kriteria berikut: o Perkara-perkara yang diminati oleh kanak. Kemesraan guru. • Pelbagai bahan pembelajaran disediakan untuk kanak-kanak. sifat penyayang dan hubungan yang menyokong (supportive) dengan kanak-kanak menggalakkan mereka memberi kerjasama kepada guru. guru-guru perlu menentukan apakah konsep yang boleh dibina dengan tema tersebut. Pembelajaran berdasarkan tema dijalankan dengan menyepadukan aspek kurikulum.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 145 Penilaian • Guru membuat penilaian yang berterusan terhadap kemajuan kanak-kanak dan menyediakan aktiviti yang selari dengan penilaian. Pendekatan Tematik • • • Model ini mencadangkan strategi pengajaran pembelajaran menggunakan kaedah tematik.kanak o Berdasarkan sumber yang ada o Yang membawa kepada aktiviti dan perbincangan o Ada kaitan dengan kanak-kanak dan boleh difahami oleh mereka. • Hubungan guru-kanak-kanak menjadi asas dalam pelaksanaan program ini.

viii. vii. . ix. Persekitaran Kanak-kanak boleh memilih pelbagai bahan yang disediakan. sudut-sudut untuk binaan.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . Sudut dalam bilik darjah mengandungi : i. Ia merupakan satu percubaan untuk menterjemahkan teori perkembangan Piaget ke dalam program pendidikan. Bilik darjah dibahagikan kepada sudut-sudut. v. sudut untuk urusan rumah tangga. sudut permainan pasir dan air dan. iii. sudut senyap dan sudut yang luas. dibina dalam tahun 1960 untuk membantu kanak-kanak yang tidak beruntung. Michigan. sudut binatang dan tanaman. Pada asalnya ia dikenali sebagai Perry Preschool. vi. Tiap-tiap sudut dilengkapkan dengan peralatan tertentu. bagaimana kanak-kanak mengurus masa dan menginterpretasikan hubungan di antara objek dan peristiwa dalam persekitaran. sudut lukisan. iv. terdapat juga tempat penyimpanan barang-barang yang disediakan untuk mengajar kanak-kanak dari segi kebersihan dan peraturan. sudut blok. Program ini memberi penekanan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 146 MODEL COGNITIVELY ORIENTED M • • odel ini pula diasaskan oleh David Weikart and Associates di Institute High/Scope di Ypsilanti. ii. sudut muzik dan gerakan.

Kurikulum Terdapat lapan bidang i. melukis dan mengecat. meniru pergerakan dan suara. mengasing . main peranan. Guru menulis dan mengadakan permainan bahasa. Ini bukan masa mengajar. manipulatif.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . Menggambarkan pengalaman dan idea dengan mengecam objek melalui deria. ii. iii. Guru membantu kanak-kanak dalam perancangan tersebut dan mencatat rancangan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak digalakkan menggambarkan ciri-ciri sesuatu benda. memilih sendiri aktiviti dan bahan-bahan dan belajar menggunakan alat dan perkakas. Masa untuk Mengingat Semula (Recall Time) • Kanak-kanak menyemak semula kerja-kerja mereka. Pembelajaran Aktif. Masa ini memberi peluang kepada guru untuk membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak dan memperkenalkan bahan-bahan untuk diterokai oleh kanak-kanak. mencantum bahan untuk mengetahui hubungan. Masa Bekerja • Kanak-kanak bekerja sendiri. menggambarkan sesuatu dan melahirkan perasaan.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 147 Masa Merancang • Kanak-kanak memulakan aktiviti dengan membuat perancangan tentang apakah aktiviti yang hendak dilakukan.Kanak-kanak sendiri menjalankan aktiviti mereka. Untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa kanak-kanak digalakkan bercakap dengan orang lain mengenai pengalaman yang bermakna kepada mereka. Selalunya dijalankan dalam kumpulan kecil. iv. Kanak-kanak mungkin diberi plastisin atau pun bahan-bahan lain untuk diterokai dan memanipulasi. termasuk belajar melalui deria. Membuat klasifikasi bermula dengan pra operasi di mana kanak-kanak mengenali persamaan dan perbezaan objek.

Bermain dengan benda-benda yang berbagai bentuk.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . mengalami dengan anggota tubuh badan sendiri dan menggambarkan anggota badan sendiri. membincang tentang ciriciri yang tidak dimiliki oleh sesuatu dan membezakan di antara sedikit. Berkebolehan menyusun benda-benda. Memerhati dan menggambarkan bendabenda mengikut perspektif yang berbeza. malah juga memerlukan program yang boleh mempercepatkan kadar pembelajaran mereka. Membuat seriasi. Mereka bukan sahaja memerlukan pengayaan. menyusun objek mengikut susunan dan mencantumkan objek. Ia bertujuan untuk membantu kanak-kanak daripada latar belakang yang miskin supaya mereka berjaya apabila berada di sekolah rendah. Untuk mempertingkatkan konsep ini pengalaman disediakan supaya kanak-kanak dapat membuat perbandingan. vi. v. . Ia diasaskan oleh Carl Bereiter dan Siegfried Engelmann dalam tahun 1960. MODEL THE BEREITER-ENGLEMANN Dikenali sebagai The Direct Instruction iaitu Prasekolah Akademik atau DISTAR M odel ini dibina berdasarkan teori tingkah laku. menyusun semula dan membentuk semula objek. dilakukan dengan membuat perbandingan. Kanak-kanak tidak beruntung sudah sedia ketinggalan daripada rakan-rakan mereka dari golongan kelas menengah. Model ini berbeza daripada model-model lain kerana ia dibentuk untuk memenuhi matlamat-matlamat tertentu yang telah ditetapkan oleh guru (bukan untuk memenuhi perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh). vii. Memahami unit-unit masa dan menyusun urutan peristiwa mengikut masa. Konsep nombor. dan membilang. Hubungan yang berkaitan dengan ruang – Digalakkan melalui memasang dan mengasingkan benda.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 148 dan mencantumkan benda.Merupakan asas kepada kefahaman matematik yang dilakukan berasaskan kepada pengalaman konkrit. setengah dan semua. menggambarkan jarak dan kedudukan. menggunakan benda dalam berbagai cara.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . Matlamatnya ialah untuk membolehkan kanak-kanak mencantumkan huruf-huruf untuk membentuk perkataan. mengenal huruf.Dopyera & Dopyera (1993). melengkapkan ayat. Guru merancang pengajaran. berkebolehan untuk mengeluarkan kata-kata irama. dalam aspek bacaan. • Dalam aspek bahasa. mereka juga dilatih untuk membilang dengan mencampur atau menolak/membuang di samping pengajaran simbol-simbol +. dan. • Matlamat lain berkaitan dengan warna dan nama. dalam mata pelajaran matematik kanak-kanak bukan sahaja diajar untuk membilang sehingga 20.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 149 Kurikulum • • Model ini menggunakan pendekatan pengajaran secara langsung. dikaitkan dengan penggunaan dikaitkan dengan penggunaan kata majmuk. . Mengikut Lay. dan =. • Contoh. -. ayat kalau. atas/bawah). • • Muzik diajar secara langsung bertujuan untuk memperkukuhkan bahasa . Guru memberi peneguhan yang berterusan dalam bentuk pujian dan makanan. bilangan sehingga 20. • Terdapat tiga mata pelajaran yang diberi penekanan iaitu bahasa. matematik dan bacaan. Kanak-kanak dikehendaki membuat latih tubi dan latihan-latihan tertentu. Matlamatnya ialah untuk memberi kemahiran kepada kanak-kanak dalam tiga aspek yang disebut di atas. • Setiap pelajaran dibentuk untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran-kemahiran yang tertentu . dan dikehendaki menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan simbol-simbol tersebut. kanak-kanak dikehendaki melihat huruf dan menyebut huruf dari kiri ke kanan. ayat positif dan negatif dan perkataan berlawan (besar/kecil.

atau tiga hingga lapan orang. • Begitu juga dengan peringkat sifat ingin tahu dan reka cipta yang terdapat di kalangan kanakkanak dari program Bereiter-Engelmann didapati lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak daripada program lain . Bilik darjah yang luas untuk aktiviti yang kurang berstruktur untuk kumpulan yang lebih besar . Pengumpulan dilakukan mengikut kebolehan. Kajian Tentang Keberkesanan Program • • Beberapa kajian telah dibuat untuk melihat keberkesanan program ini. Guru • Program ini mencadangkan bahawa guru sekolah rendah lebih layak dan sesuai mengajar program ini berbanding dengan guru yang dilatih untuk awal kanak-kanak. Semua bilik dilengkapkan dengan lima kerusi yang menghadapi papan hitam.bilik matematik. kertas dan krayon tetapi tidak ada bahan untuk kreativiti kerana perkembangan kreatif bukan menjadi matlamat dalam program ini. Tiap satu mengandungi 5 orang kanak-kanak. bilik bacaan dan bilik bahasa. dan seorang guru. bahan-bahan untuk menekap. • Tetapi kemajuan ini nampaknya menurun dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak yang mengikut program yang lain. Jadual • Ketiga-tiga pelajaran (bahasa. Dijalankan dalam masa 20 minit.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . Hasilnya didapati kanak-kanak telah menunjukkan kemajuan yang signifikan dalam ujian IQ dan ujian pencapaian berbanding dengan kumpulan kanak-kanak lain yang dikaji. matematik dan bacaan) diajar secara intensif. • Pelan lantai terdiri daripada tiga bilik darjah yang kecil. • Terdapat bahan-bahan seperti puzzel.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 150 Persekitaran • Pengajaran berdasarkan kepada bilik darjah yang kecil di mana guru mengajar secara langsung. buku-buku.

Terdapat model luar negara telah diadaptasi dan digunapakai di negara kita seperti Head Start dan Montessori. kelemahan dan kekurangannya telah dinilai semula. 2. Ia memberi banyak kesan yang positif terhadap perkembangan kanakkanak itu sendiri.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . KATA KUNCI 1. RUMUSAN Pendidikan prasekolah di luar negara telah bermula lebih awal berbanding di Malaysia. 5. 4. Pelbagai model telah diperkenalkan dan dilaksanakan. Semua yang dilakukan untuk memastikan kanak-kanak mengalami pengalaman pembelajaran yang menarik sekaligus meningkatkan mutu diri dan perkembangannya ke tahap yang baik. Sure Start Head start Montessori Model The Bereiter-Englemann Model Reggio Emilia . Kurikulumnya memberi perhatian kepada keseronokan dan minat kanak-kanak itu. Kajian juga mendapati remaja yang mengikuti program pengajaran secara langsung semasa di peringkat prasekolah menunjukkan kadar delinkuen remaja yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang mengikuti program yang menekankan kepada pemilihan sendiri semasa di tadika. Model yang digunakan mengambil kira isu-isu masyarakat dan menjadi satu jalan penyelesaian masyarakat sekitarnya.k a n a k d i L u a r N e g a r a | 151 • Keadaan ini mungkin kerana terlalu banyak pengukuhan dibuat yang berkemungkinan boleh mengurangkan minat intrinsik yang terdapat dalam diri kanak-kanak dalam pembelajaran mereka • • Apabila motivasi luaran dihapuskan motivasi untuk belajar hilang. Berdasarkan kajian keberkesanan yang dilakukan pada model ini. 3.

. (. M.Ed. 2) Nyatakan kekuatan dan kekurangan bagi model berikut: a. (2005).Bank Street c. (2004). Planning and Administering Early Childhood Programs (8th ed). Beecher. J. K.). A & Decker J. & Browne. Portland. D. E. A. Maine: Stenhouse Publishers. Beginnings & Beyond Foundations in Early Childhood Education (6th ed. NJ: Prentice Hall.Reggio Emilia b.). Sobel.). NY: Thompson Delmar Learning. NJ: Merill Prentice Hall.Sure Start RUJUKAN Gordon. Programming and Planning in Early Childhood Settings. R.2008. . Decker C. (2004)..k a n a k d i L u a r N e g a r a | 152 PENILAIAN KENDIRI 1) Pilih salah satu model dan rancang aktiviti berdasarkan kurikulum yang digunakannya. W. Approaches to Early Childhood Education (4th. Childhood and Nature. (2008). Johnson. A.U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k . Australia: Thomson.