Praktikal 1 Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Siratan Makanan Topik Objektif • : Penilaian Makrofauna

:

Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang berbeza.

Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam tanah.

Pengenalan

:

Ekosistem terdiri daripada tumbuhan. haiwan (biodiversiti) dan faktor abiotik yang bekerjasama untuk menyimpan dan memindahkan tenaga nutrien dan air. Contohnya tumbuhan mendapatkan tenaga melalui fotosintesis dan tenaga disimpan sebagai karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protein dalam haiwan selepas mereka makan tumbuhan tersebut. Organisma tanah menguraikan tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga antara mereka, sambil nutrien dikembalikan ke tanah untuk digunakan tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem menjalani fungsi ekosistem, dan semakin pelbagai sesbuah ekosistem, fungsinya juga akan bertambah. Tanah menyediakan satu contoh baik ekosistem dan mudah dipelajari. Alat dan bahan • :

Besen, serampang tiga mata, sudip tanah, bikar, dulang, corong Tulgren, beg plastik, air, etanol.

Prosedur

:

1. Dua lokasi yang berbeza dipilih. 2. Lokasi pertama ialah di bawah teduhan atau redup manakala lokasi kedua ialah di tempat yang terbuka. 3. Sampel tanah di setiap lokasi diambil dan di masukkan ke dalam beg plastik. 1

4. Beg plastik ditutup dan dilabel dengn nama kumpulan dan lokasi. 5. Ciri-ciri tanah dan jenis tumbuhan yang terdapat di setiap lokasi direkodkan. 6. Masukkan sejumlah isipadu tanah ke dalam corong Tulgren. Sampel tanah ditinggalkan selama dua hari. 7. Makrofauna yang dijumpai diasingkan ke dalam ‘petri dish’ untuk

pengenalpastian dengan menggunakan kanta pembesar atau mikroskop. 8. Mereka dikelaskan kepada kumpulan mengikut ciri-ciri yang berbeza. 9. Bilangan makrofauna yang dijumpai disusun mengikut hierarki taksonomi spesies. Dapatan/ Pemerhatian Lokasi : Kawasan Penanaman Pokok Belimbing Kawasan Penanaman Pokok Kelapa Sawit

Jenis makrofauna

Cacing tanah

Cacing tanah

2

tanaman pokok kelapa sawit Redup (Terlindung dari cahaya matahari) Lembab Kurang padat Tanah gambut Penanaman kelapa sawit 3 .Kerengga Semut Jadual 1 : Dapatan jenis makrofauna di kedua-dua lokasi Ciri-ciri Jenis tumbuhtumbuhan Tahap keredupan Panas (Terdedah kepada cahaya matahari) Kelembapan tanah Kepadatan tanah Tesktur tanah Habitat Agak lembab Lebih padat Tanah lembung Penanaman pokok belimbing Lokasi 1 Rumput. pokok berkayu Lokasi 2 Rumput.

Jadual 2 : Ciri-ciri sampel tanah Lokasi 1 Makrofauna besar Isipadu tanah = 72 g Cacing tanah Kerengga 1 5 Lokasi 2 Isipadu tanah = 72 g 4 - Jadual 3 : Bilangan makrofauna besar yang dijumpai di kedua-dua lokasi Lokasi 1 Makrofauna kecil Isipadu tanah = 72 g Semut Isipadu tanah = 72 g 2 Lokasi 2 Jadual 4 : Bilangan makrofauna kecil yang dijumpai di kedua-dua lokasi Kumpulan Lokasi 1 Isipadu tanah = 72 g A (berkaki) B (tidak berkaki) Kerengga Cacing tanah Lokasi 2 Isipadu tanah = 72 g Semut Cacing tanah Jadual 5 : Pengelasan makrofauna berdasarkan ciri-ciri fizikal Makrofauna Kingdom Phylum Class Cacing tanah Animalia Annelida Clitellata Kerangga Animalia Arthropoda Insecta Semut Animalia Arthropoda Insecta 4 .

kami mendapati lokasi yang dipilih terdiri daripada ekosistem tanah yang terbahagi kepada dua komponen utama iaitu kompenen abiotik dan komponen biotik. saliran kurang baik serta sukar digembur. kepadatan dan tekstur tanah yang berbeza. kepadatan tanah. Lokasi pertama adalah di kawasan penanaman pokok belimbing manakala lokasi kedua pula di kawasan penanaman pokok kelapa sawit. Manakala kepadatan tanah di lokasi pertama (kawasan penanaman pokok belimbing) adalah lebih padat berbanding lokasi kedua (kawasan penanaman pokok kelapa sawit). tekstur tanah. 2. 3. 4. Di lokasi kedua pula adalah berjenis tanah gambut yang mempunyai kandungan organik yang sangat 5 . Kedua-dua sampel tanah yang diambil dari lokasi berbeza menunjukkan kelembapan tanah. Seterusnya tekstur tanah yang diambil di lokasi pertama adalah berjenis tanah lempung iaitu tanah yang mempunyai kandungan liat tinggi. Berdasarkan eksperimen yang dijalankan ini.Order Family Genus Spesies Haplotaxida Lumbricidae Lumbricus Terrestris Hymenoptera Formicidae Solenopsis Texana Hymenoptera Formicidae Monomarium Minimum (little black ant) Jadual 6 : Pengelasan makrofauna mengikut hierarki taksonomi spesies Perbincangan : 1. Kelembapan tanah di lokasi kedua (kawasan penanaman pokok kelapa sawit) adalah lebih tinggi berbanding di lokasi pertama (kawasan penanaman pokok belimbing). Komponen abiotik tanah terbahagi kepada kelembapan tanah. Manakala komponen biotik tanah ialah makrofauna yang dapat dikenalpasti melalui eksperimen corong Tullgren.

6 . Jumlah keseluruhan makrofauna tanah yang dijumpai ialah 12 ekor. Makrofauna dapat dikelaskan kepada dua kelompok iaitu besar dan kecil. Makrofauna dalam kelompok besar iaitu cacing tanah sebanyak 5 ekor dan kerengga 5 ekor. 5.tinggi kerana tanah jenis ini terbentuk daripada sisa tumbuhan yang mati dan telah mengalami proses separuh reput. Manakala makrofauna dalam kelompok kecil yang telah dijumpai ialah sebanyak 2 ekor.

Bagaimana kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna daripada tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan mengapa mungkin ada perbezaan. organisme (termasuk manusia). dan juga bentuk permukaan muka bumi atau topografi. 2. kelembapan. Manakala dikawasan tanah gambut mempunyai kandungan organik yang lebih tinggi.Soalan : 1. Apakah parameter tanah yang boleh diukur untuk menerangkan perbezaan tersebut? Tanah mempunyai sifat yang berbeza-beza pada pelbagai tempat menunjukkan ianya dipengaruhi oleh banyak faktor iaitu iklim. Contohnya. nutrien dan keadaan saliran juga boleh menyumbang kepada perbezaan tanah. mudah digembur dan mempunyai saliran yang baik yang lebih sesuai didiami oleh lebih banyak mikrofauna seperti yang dibuktikan melalui dapatan kajian. maka terbentuklah pelbagai jenis tanah yang berbeza kepadatan. tekstur dan kadar pendedahan tanah kepada cahaya matahari. dikawasan tanah lempung mempunyai kandungan tanah liat yang tinggi menyebabkan ia hanya sesuai sebagai habitat makrofauna tertentu seperti kerengga dan cacing tanah. Berdasarkan dengan faktor-faktor tersebut. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah? 7 . Kandungan tanah liat.

magnesium. potassium dan lain-lain. Makrofauna menghuraikan bahan organik kepada saiz yang lebih kecil dan mencampurkan bahan organik dengan tanah. Fungsi utama makrofauna dalam tanah adalah untuk memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal tanah. fosforus. Sebagai contoh. Proses ini membekalkan beberapa nutrien tanah yang penting seperti kalsium. Semuanya ini dibantu oleh makrofauna yang terdapat pada tanah termasuklah bakteria dan juga fungi. Dengan ini. Pada rangkaian makanan yang disediakan. semut merupakan makrofauna yang berperanan dalam penguraian bahan organik. nutrien dapat dikembalikan ke dalam tanah dan memelihara keseimbangan ekosistem tanah di dalamnya. Makrofauna berperanan besar dalam mengekalkan kesuburan tanah. 3. 8 . Dimana tenaga itu dikumpulkan dan dimanakah tenaga itu berakhir? Apa yang terjadi kepada tenaga dan nutrient apabila organisma yang utama dalam rantaian makanan mati. Selain itu. Semut juga berperanan sebagai pemangsa dan hama tanaman. Proses penguraian dalam tanah menjadi perlahan tanpa kehadiran makrofauna. nitrogen. Semut juga penting sebagai ‘ecosystem engineers’ yang membantu memperbaiki struktur tanah. Kehadiran makrofauna tanah juga membantu dalam proses aliran karbon dan agregasi tanah. Apa yang mereka lakukan dan terangkan bagaimana cara tenaga disalurkan.Makrofauna tanah terdiri daripada pelbagai jenis. makrofauna juga berperanan dalam memperbaiki struktur tanah dan juga proses pembentukan tanah. Semut akan memakan sisa-sisa organisma yang mati dan mereput. labelkan jenis biota.

Tumbuhan merupakan bahan organik dimana akar tumbuhan akan dimakan oleh nematode seperti cacing tanah.1. pengeluar pertama (primary producer) merupakan rumput. Konsumer (consumers) merupakan organisma yang bergantung kepada pengeluar (producers) dalam memperoleh tenaga. Ia termasuklah haiwan. hanya 1% hingga 5% tenaga solar ditukarkan kepada biomas dalam proses penghasilan. Pada peringkat 9 . Dalam rajah rantaian makanan di atas.Cacing tanah (nematod) Cahaya matahari Shredders (arthropod) Predator (arthropod) Burung (pemangsa ) Rumput Fungi Nematode (makan bakteria dan fungi) Nematode (pemangsa) Bahan-bahan organik Bakteria Protozoa (amoeba. pengurai (decomposer) dan detritivores. Untuk tujuan tersebut. Rumput memerangkap tenaga daripada cahaya matahari dan menggunakannya untuk proses fotosintesis. pada peringkat pertama tenaga dialirkan daripada tumbuhan kepada pengurai. ’grazers’ dan arthropod pemangsa. Bahan organik yang terhasil dari tumbuhan dan haiwan yang telah mati pula dihuraikan oleh fungi dan bacteria. Pada peringkat kedua tenaga dipindahkan dari pengurai kepada arthropod iaitu ‘shredder’. flagella. cilllia) Tikus (pemangsa) Dengan merujuk kepada rajah jaringan makanan di atas. ianya merupakan kombinasi daripada jaringan makanan parasitik dan jaringan makanan pemangsa. Seperti jaringan makanan seperti yang terdapat pada rajah 1.

Dalam situasi ini. Dalam tanah mikrofauna boleh dijumpai dalam bilangan yang banyak iaitu beberapa ribu per gram. Sepanjang proses pemindahan tenaga dari satu tahap ke tahap yang lain 90% daripadanya terbebas ke persekitaran dalam bentuk haba. dan tardigrades. nematod. Contoh haiwan mikrofauna ialah protozoa. Mesofauna dan mikrofauna juga 10 . Contoh organisma yang membentuk mesofauna termasuklah achipteriaa. yang berperanan untuk mengurai bahan-bahan organik yang terdapat dalam tanah. Mesofauna adalah organisma yang bersaiz sederhana dalam komponen biota tanah iaitu 0. collembola dan springtale. Terdapat mesofauna dan mikrofauna yang memakan mikroorganisma. bdellozoniuml. rotifers. Manakala mikrofauna pula terdiri daripada haiwan-haiwan bersaiz mikroskopik iaitu bersaiz lebih kecil dari 0. 4. arthropod. ulat-ulat memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi.1mm dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop. fungi dan juga alga. Apabila organisma yang berada pada bahagian atas mati iaitu burung dan tikus.terakhir tenaga dipindahkan dari arthropods kepada pemangsa kecil seperti burung dan tikus. nutrien dan tenaga tidak akan hilang tetapi ia akan kembali semula ke tanah sebagai sumber nutrien tanah itu sendiri. Kumpulan organisma mana yang membentuk mesofauna? Kumpulan mana yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan ini.1 mm hingga 2 mm. bakteria. Organisma seperti ulat memainkan peranan sebagai pengurai semulajadi mereka dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang mati.

Rantaian makanan boleh menunjukkan biologikal yang kompleks dan juga kesuburan tanah. Bagi meningkatkan kesuburan tanah yang berbeza ini. sebarang pembangunan tanah hendaklah mengambil kira langkah-langkah untuk pembaikan tanah. pihak pengurusan perlulah mengenal pasti jenis tanah yang digunakan. Manakala bagi tanah yang berasid (pH < 5. Ianya penting bagi menjamin kesuburan tanah secara jangka panjang dan juga dapat meningkatkan penghasilan tanaman. dan tanah BRIS dan bekas lombong. Mereka juga menyatakan. Tanah sedentari/ bukit adalah jenis tanah yang padat dan bagi meningkatkan kesuburan tanah ini perlulah dibajak dengan bajak piring dan diikuti dengan bajak putar sehingga tanah menjadi gembur. sebelum melakukan sesuatu penanaman. pihak pengurusan hendaklah memastikan penanaman dilakukan di atas kawasan tanah yang sesuai dengan keperluan tanaman berasaskan jenis tanah dan topografinya. 5. tanah asid sulfat. mengekalkan dan meningkatkan kesuburan tanah iaitu menjalankan pembinaan perparitan terutamanya bagi tanah yang kurang salir. Jabatan Pertanian menyenaraikan empat jenis tanah yang berbeza iaitu tanah sedentary/ bukit. 11 . Terangkan bagaimana pihak pengurusan tanah meningkatkan kesuburan tanah? Merujuk kepada polisi pengurusan tanah dan tanaman oleh Jabatan Pertanian.berfungsi untuk menstimulasikan mikroorganisma dan pemendapan najis yang mana ianya baik untuk meningkatkan kesuburan tanah.5) perlulah dikapur dengan kadar 1 sehingga 3 tan sehektar dan kemudiaanya dibajak putar dan dibiarkan sekurangkurangnya seminggu sebelum memulakan penanaman yang seterusnya. tanah gambut.

pembajakan secara minimum. bagi tanah ini kaedah pengapuran hendaklah dijalankan untuk meningkatkan pH ke tahap yang sesuai dengan keperluan tanaman. pihak pengurusan tanah juga harus melaksanakan amalan penanaman baik. Seterusnya bagi tanah asid sulfat pula. Ianya adalah bagi mengekalkan struktur tanah dan mengelakkan kemampatan tanah. air disalirkan supaya proses pencucian (flushing) keasidan berlaku. Selain itu. Bagi tanah BRIS dan bekas lombong pula. Antara langkah yang boleh dilakukan adalah menggemburkan tanah. tanaman penutup bumi. Selain pengurusan tanah mengikut keperluan jenis tanah yang berbeza. penambahan bahan organik. proses saliran secara terkawal dan berperingkat-peringkat boleh dilakukan bagi mengelakan berlakunya fenomena pengeringan kekal (irreversible drying) serta pengecutan gambut secara mengejut. tanaman pusingan atau 12 . Kawalan kadar pengaliran air buangan juga perlu dilakukan bagi tanah jenis ini iaitu pada paras 30 hingga 50 cm dari permukaan tanah. Paras air juga perlu dikekalkan di atas paras pyrite (FeS2) atau sekurang-kurangnya 60 cm dari permukaan tanah pada musim kering. Pihak pengurusan juga boleh mengambil kira penambahan pembajaan unsurunsur mikro seperti zink (Zn). kesuburan tanah dapat ditingkatkan menggunakan bahan organik dan sungkapan bagi meningkatkan keupayaan pegangan nutrient dan air di samping memperbaiki struktur tanah.Jenis tanah kedua pula ialah tanah gambut. kaedah yang sama turut digunakan bagi tanah gambut iaitu kaedah pengapuran hendaklah dijalankan untuk meningkatkan pH ke tahap yang sesuai dengan keperluan tanaman bergantung kepada analisis keperluan kapur. sungkupan. Manakala pada musim hujan. kuprum (Cu) dan boron (B) mengikut keperluan tanaman bagi tanah gambut.

pemulihan tanah dan penyerapan nutrien oleh tumbuhan dan proses biodegrasi. Vermikompos ini mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahanbahan organic yang mereput seperti jerami padi. tanaman selingan. pengurangan sisa merbahaya dan juga sebagai pengawal haiwan perosak melalui kaedah kawalan biologi secara semula jadi. biota tanah mengekalkan proses-proses penting seperti penyimpanan karbon. rumput dan lain-lain sisa bahan tanaman. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem tanah. penambahan top soil.secara giliran. biota tanah juga memainkan peranan dalam menambah kesuburan tanah. Kaedah ini menghasilkan pelbagai unsur nutrien yang sangat sesuai untuk tanah dan tanahman dan juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman. 6. Biota tanah juga meningkatkan produktiviti dan penghasilan tanaman melalui: (1) proses kitar semula nutrient asas yang diperlukan oleh 13 . Apakah servis ekosistem yang dijalankan? Antara peranan biota tanah kepada ekosistem adalah pertama. kaedah pembajaan vermikompos boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kesuburan tanah yang akan seterusnya meningkatkan penghasilan tanaman. Seterusnya. kitaran nutrient dan diversiti spesis tumbuhan. Menurut Harizamrry (2008) pula. Vermikompos adalah baja kompos yang terbentuk hasil dari pemeliharaan cacing di dalam kompos. penanaman berjalur dan penanaman mengikut kontor.

pengurangan biota tanah yang berlebihan dalam biodersiti tanah.keseluruhan ekosistem termasuklah nitrogen. dan (3) peningkatan ketirisan tanah dan mengalakkan penyusupan air yang seterusnya akan mengurangkan pengaliran air di permukaan serta mengurangkan hakisan. dapatlah dirumuskan bahawa ekosistem tanah yang baik dapat dikenal pasti melalui tahap kelembapan. Merujuk dapatan dan pemerhatian yang diperolehi daripada eksperimen ini. kepadatan dan tesktur tanah serta kandungan dan bilangan makrofauna yang terdapat di lokasi yang dipilih. terutamanya kehilangan spesis “keystone’/ spesis yang mempunyai fungsi yang unik mungkin akan memberi kesan ekologi yang membawa kepada kemerosotan jangka panjang dalam kesuburan tanah dan penurunan dalam produktiviti pertanian. Kesemua faktor ini mempunyai pengaruh secara langsung dalam memastikan kelangsungan hidupan yang terdapat dalam ekosistem tersebut. Kesimpulan : Melalui eksperimen yang telah dijalankan. (2) pemecahan bahan organik kepada humus yang menggalakkan dan meningkatkan pengekalan dalam kelembapan tanah dan mengurangkan “leaching” nutrient. 14 . fosforus. dan kalsium. Selain itu. kalium. biota tanah bertanggungjawab dalam pengurusan beberapa fungsi penting dalam tanah. tanah di kawasan penanaman pokok kelapa sawit telah dapat mewujudkan satu ekosistem tanah yang sangat baik berbanding dengan kawasan penanaman pokok belimbing untuk tujuan penilaian makrofauna.

REFLEKSI 15 .

Mereka juga berperanan penting dalam proses perpindahan tenaga dalam rantaian makanan kerana menjadi pengurai dan membekalkan semula nutrien kepada tanah dan organism-organisma lain dalam tanah. Selain itu. Kumpulan kami sepakat memilih kawasan tanah di bawah pokok belimbing dan tanaman kelapa sawit. pengetahuan saya dalam pengekelasan haiwan dalam 16 . Saya telah dapat menerangkan dan mengenalpasti jenis makrofauna dan makrofauna yang terdapat dalam tanah dan menerangkan kesan kehadiran organism tersebut ke atas ekosistem tanah. Praktikal ini melibatkan aktiviti di luar makmal di mana kami dikehendaki mengambil sampel tanah dari dua lokasi berbeza secara berkumpulan seramai tiga orang. Kami telah membahagikan tugas supaya praktikal dan laporan dapat dibuat dengan sistematik dan terancang. kami dikehendaki Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang berbeza dan mengkaji kesan kehadiran mereka ke atas ekosistem di dalam tanah yang terlibat di bawah topik Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Siratan Makanan. Melalui eksperimen ini juga. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang saya perolehi semasa menjalankan amali ini.Refleksi 1 (Ainil Husna binti Muhamad Muis) Bagi praktikal pertama untuk subjek Ekosistem dan Biodiversiti. pengetahuan dan kefahaman mengenai topik Ekosistem Tanah iaitu biota tanah dan siratan makanan semakin mendalam. Saya memahami bahawa makrofauna dan mikrofauna memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem dalam tanah dan membantu dalam mengekalkan kesuburan tanah. Antaranya ialah ini merupakan pertama kali untuk saya mengendalikan corong Tulgren begitu juga dengan rakan-rakan yang lain menyebabkan kami mengalami sedikit kesulitan namun segera diatasi dengan bimbingan pensyarah dan bantuan rakan-rakan. Saya juga dapat mengatasi rasa geli dan takut ketikan mengendalikan cacing dan serangga yang diperolehi dari sampel tanah yang kami ambil.

Kemahiran ICT juga sangat membantu dalam menyiapkan laporan dan mencari maklumat yang biasanya memakan masa yang lama dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. 17 . Segala pengetahuan dan pengalaman yang telah saya kutip ini diharap dapat membantu saya untuk menjalani praktikal akan datang dengan lebih baik dan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan dengan lebih efektif. Kemahiran menguruskan masa dengan baik dan mengendalikan bahan hidup dan radas dapat saya tingkatkan melalui praktikal ini. terima kasih. Sekian.taksonomi terutamanya organisma-organisma yang kami jumpai dalam sampel tanah seperti semut. dan kerengga juga telah bertambah. cacing. Nilai-nilai kerjasama dan perbincangan sama ada dengan rakan sekumpulan mahupun dengan rakan-rakan sekelas banyak diterapkan dalam mengatasi kesulitan-kesulitan kecil yang timbul.

organisma tanah yang terkumpul dalam tanah diperiksa dengan kanta pembesar atau mikroskop bagi tujuan pengenalpastian. Peranan yang dibawa oleh makrofauna ini sangat penting dalam mengekalkan keseimbangan langsung dalam sesuatu ekosistem. Tambahan pula.Refleksi 2 (Nurhidayatul Asyikin binti Mat Refin) Praktikal 1 ini adalah eksperimen yang dijalankan adalah bagi mengkaji makrofauna yang terdapat dalam ekosistem tanah di lokasi yang dipilih di sekeliling kawasan maktab. kami juga dapat mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam tanah. Dalam kaedah ini. eksperimen yang dijalankan ini juga turut memberi pendedahan kepada saya terutamanya mengenai pengurusan tanah dalam meningkatkan 18 . Secara umumnya. saya dan ahli kumpulan juga dapat memahami dan mengetahui peranan makrofauna dalam tanah yang berfungsi dalam memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal tanah serta mengekalkan kesuburan tanah melalui proses penguraian dalam tanah. saya dan ahli kumpulan dapat mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang berbeza iaitu di lokasi pertama (kawasan penanaman pokok belimbing) terdapat makrofauna cacing tanah dan kerengga manakala di lokasi kedua (kawasan penanaman pokok kelapa sawit) terdapat makrofauna cacing tanah dan semut. Selain itu. Eksperimen yang dijalankan secara berkumpulan tiga orang ini memberi pendedahan kepada kami mengenai kaedah pengumpulan makrofauna menggunakan corong Tullgren. Daripada eksperimen yang dijalankan ini. Selain dapat mencapai objektif yang ditetapkan. ekosistem merupakan satu unit ekologi yang berfungsi di mana komuniti biotik (hidup) berhubungan dengan persekitaran bukan hidup (abiotik) dan ekosistem ini meliputi kedua-dua yang saling berhubungan dan tidak dapat dipisahkan.

pengetahuan melalui kajian luar seperti eksperimen ini banyak memberi pendedahan secara langsung dan terus kepada saya mengenai sumbangan. Secara rumusnya. Sekian. saya dan rakan-rakan di minta untuk mengenalpasti makrofauna yang terdapat dalam tanah. Setelah menjalankan eksperimen barulah saya tahu bahawa makrofauna menjadi salah satu komponen pengurai yang membantu dalam meningkatkan serta menyeimbangkan kesuburan tanah. 19 . peranan. Pada praktikal ini saya perlu mencari sampel tanah di dua lokasi yang berlainan. terima kasih.kesuburan tanah serta memperjelaskan sumbangan dan peranan biota tanah kepada fungsi ekosistem tanah. Pada mulanya saya agak tertanya-tanya apakah kepentingan dan fungsi makrofauna itu sendiri? Itulah perkara yang perlu saya dan rakan-rakan kaji melalui praktikal yang dijalankan. fungsi yang berlaku dalam ekosistem kita dan saya percaya maklumat yang saya perolehi ini amat membantu saya dalam memahami Sains secara lebih mendalam di persekitaran kita dan turut membantu saya bersedia untuk berkongsi ilmu kepada para pelajar saya kelak. Refleksi 3 (Rashidatul Kamilah binti Samsury) Pada tugasan praktikal pada kali ini. Makrofauna berfungsi sebagai pengurai bahan organik kepada saiz-saiz yang lebih kecik dan kemudian bahan-bahan tersebut bergabung dan bercampur dengan tanah dan meningkatkan kesuburan tanah. Saya dan rakan memilih tanah dari lokasi penanaman pokok belimbing dan penanaman kelapa sawit untuk mengkaji jenis makrofauna yang mendiami lokasi tersebut.

Kawasan kelapa sawit yang mempunyai kandungan bahan organik yang lebih tinggi. Melalui rujukan yang dibaca saya dapat mengaitkan perkaitan antara makrofauna dan ekosistem. 20 . saliran yang lebih baik dan mudah di gembur mempunyai jumlah makfofauna yang lebih banyak berbanding tanah di kawasan pokok belimbing yang lebih liat mempunyai makrofauna yang lebih sedikit. terdapat beberapa soalan yang menguji pemahaman saya berkaitan aliran tenaga dalam rantai makanan. air. Hasilnya saya dapat mengetahui bahawa tenaga diperolehi daripada cahaya matahari. mineral (komponen abiotik) untuk menjalani proses kehidupan seharian. Ekosistem juga terdiri daripada komponen biotik dan abiotik yang saling berkaitan dan bekerjasama antara satu sama lain. Beberapa persoalan yang timbul ialah adakah pemindahan tenaga berlaku dari satu pengguna ke pengguna yang lain? Dan adakah jumlah tenaga yang dipindahkan tetap. Setelah membuat rujukan dan mencari informasi daripada buku-buku barulah saya tahu jumlah makrofauna di sesuatu lokasi bergantung kepada beberapa faktor keadaan tanah seperti kepadatan tanah. udara . bertambah atau berkurang? Untuk menyelesaikan persoalan ini saya dan rakan mencari maklumat tambahan berkaitan aliran tenaga dalam rantai makanan. Ekosistem merupakan satu sistem yang melibatkan interaksi antara satu komuniti yang bernyawa. Ini menimbulkan persoalan kepada saya kerana kenapa jumlah makrofauna di lokasi penanaman kelapa sawit lebih banyak ditemui daripada lokasi penanaman belimbing. Selain daripada itu. Makrofauna pula berperanan melengkapkan siratan makanan tersebut sebagai pengurai dan akhirnya segalanya nutrient akan kembali ke tanah. pengguna dan pengurai (komponen biotik) yang menggunakan cahaya matahari. Kerjasama dan perkaitan yang dibentuk ialah rantai makanan yang terdiri daripada pengeluar . kemudian tumbuhan akan menyerap cahaya matahari tersebut untuk melakukan proses fotosintesis dan tumbuhan pula akan dimakan oleh pengguna primer. haiwan dan tumbuhan dengan alam sekitar yang tidak bernyawa. sekunder.Melalui kajian ini juga. saya mendapati jumlah makrofauna yang ditemui di sesuatu kawasan adalah berbeza. semasa menjawab soalan saya dapat memperolehi dan memahami konsep ekosistem dan fungsinya dalam kehidupan seharian. Di samping itu. kelembapan tanah dan tekstur tanah di lokasi.

Asas Ekologi Bahagian Satu Konsep dan Prinsip Ekologi Asas. Edisi Ketiga.J. Selain daripada dapat memperolehi pelbagai maklumat dan meningkatkan pemahaman saya dalam tajuk ini. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka Herbert dan Schraer. Harapan saya ialah saya dapat mengaplikasi semua ilmu yang diperolehi dalam pembelajaran sains yang bakal saya ajar di masa hadapan dan seterusnya . (1994). 21 . saya berasa seronok dapat menyiapkan praktikal ini. Miller G. Jika sebelum ini. 8th Edition. (1996)..T. UK: Prentice Hall. Factors of Soil Formation: A System of Quantitative Petrology . saya tidak pernah menggunakan corong tulgren pada kajian kali ini saya dapat menggunakan corong tulgren dengan cara yang betul dan dapat mengetahui fungsi corong tulgren ini. Wolff W. saya juga dapat meningkatkan kemahiran saintik saya. Biological Surveys of Estuaries and Coast. (1993).tertier dan akhirnya oleh pengurai. Sekian Terima Kasih. Rujukan Buku : Baker M. Environmental Science. Semasa proses rantai makanan ini berlaku tenaga akan dipindahkan ke pengguna seterusnya tetapi jumlah tenaga yang berpindah akan berkurangan dalam setiap peringkat dan akhirnya tenaga tidak akan hilang tetapi ia akan terbentuk dalam bentuk haba. Biology: The Study of Life. (1987). Odum. (2001). Jenny H. UK: Dover Publications. Kanada: Brooks/Cole Thompson Learning. Cambridge : Cambridge University Press. Eugene P. Secara keseluruhannya.

htm Soil Net. 3rd edition. Soil Science Society of America.wisegeek. Polisi Pengurusan Tanah dan Tanaman. Serangga.my/c/document_library/get_file?uuid=77c35cc4-a6e64eaa-a7e6-9f96f2d57227&groupId=138964 Michael Anissimov. Vermikompos Meningkatkan Kesuburan Tanah. Whalen J.K. Bronwyn Harris. Essentials of Conservation Biology.com/dev/page. Retrieved from http://ms. (2009). Soil Ecology and Management. Microfauna. (20 Julai 2012).org/wiki/Serangga 22 . Laman Sesawang Harizamrry.com/2008/02/27/vermikomposmeningkatkan-kesuburan-tanah/ Jabatan Pertanian. Retrieved from http://www. R. Cambridge: Cambridge University Press. (2003). Sunderland: Sinauer Associates. Glossary of Soil Science Terms. (27 Februari 2008). US: Soil Science Society of America Inc.cfm? pageid=secondary_intro_livingbeing_b&loginas=anon_secondary Wikipedia.doa. B. Secondary Macrofauna and Mesofauna.soilnet.com/what-are-microfauna. Retrieved from http://www. Retrieved from http://www.Primack. Sampedroc L.wikipedia. (2002)..gov. Retrieved from http://harizamrry. (2008).

Lampiran : Gambar 1: Lokasi 1 (Kawasan Penanaman Pokok Belimbing) Gambar 2: Lokasi 2 (Kawasan Penanaman Pokok Kelapa Sawit) 23 .

Gambar 3: Eksperimen Corong Tulgren 24 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful