You are on page 1of 4

JABATAN PERDAGANGAN

TUGASAN 1
Soalan 5

Terangkan perbezaan-perbezaan dari segi tanggungan pemegang-pemegang


saham syarikat-syarikat berikut:
i Syarikat berhad oleh saham
ii Syarikat berhad oleh jaminan
iii Syarikat berhad oleh jaminan dan saham
iv Syarikat tidak berhad

Jawapan....

i Syarikat berhad oleh saham

Seksyen 214(1)(d)
 Menjelaskan bahawa syarikat berhad oleh saham sebagai sebuah syarikat
yang ditubuhkan atas prinsip menghadkan segala tanggungan ahli-ahlinya
setakat jumlah saham yang belum dibayar (sekiranya ada)
 sekiranya berlaku pembubaran syarikat, ahli-ahli tidak boleh diminta untuk
membayar lebih daripada jumlah sahamnya yang belum dibayar.
 Contoh: ali beli 1000 unit saham syarikat ABC yang mempunyai nilai nominal
RM1 sesaham. Ali telah bayar sebanyak 800 unit saham yang bernilai
RM800. Apabila berlaku penggulungan syarikat. Ali tidak boleh diminta
memberi sumbangan melebihi dari jumlah saham yang belum dibayar iaitu
RM200.
ii Syarikat berhad oleh jaminan

Seksyen 18(1)(e)
 syarikat yang diperbadankan atas prinsip dimana tanggungan ahli-ahlinya
adalah dihadkan melalui memorandum persatuan setakat jumlah yang
dipersetujui oleh setiap ahli untuk menyumbang kepada aset syarikat jika
berlakunya pembubaran.
 Sekiranya berlaku penggulungan syarikat, ahli-ahli hanya perlu membayar
jumlah seperi yang dijanji dalam memorandum apabila syarikat mengalami
penggulungan [seksyen 214(1)(e)]
 Seperti yayasan dan kebajikan

iii Syarikat berhad oleh jaminan dan saham

Seksyen 214(4)
 Adalah syarikat yang ditubuhkan atas prinsip ahli-ahlinya mempunyai
tanggungan sebagai pemegang saham setakat bahagian sahamnya yang
belum dibayar (sekiranya ada) dan sebagai penjamin bagi jumlah didagang
memorandum yang beliau telah bersetuju membayar apabila berlakunya
pembubaran.
 Mengambilkira kedua-dua (a) dan (b) iaitu dihadkan oleh saham dan dihadkan
oleh jaminan.

iv Syarikat tidak berhad (ahli tidak terhad)

 Merupakan syarikat yang ditubuhkan atas prinsip tidak menghadkan


tanggungan ahli-ahlinya.
 Liabiliti ahli untuk menyumbang kepada syarikat bila berlaku penggulungan
tidak terhad
 Contoh : jika syarikat tidak cukup aset-aset, pemegang saham akan
menanggung liabiliti hutang syarikat.
 anggota-anggotanya adalah 'bertanggungan sendiri' ke atas hutang syarikat
dan oleh itu kurang sesuai dipilih sebagai struktur perniagaan untuk tujuan
menjalankan perniagaan.
 Tetapi jika syarikat yang dicadangkan untuk diperbadankan itu bertujuan untuk
memegang hak milik tanah atau pelaburan, status liabiliti tidak terhad itu
tidaklah penting, sebaliknya memberi beberapa kebaikan seperti boleh
memulangkan modal syer kepada anggota-anggota dan tidak perlu
mendedahkan kedudukan kewangan syarikat kepada awam. Dengan
ketiadaan liabiliti terhad juga, syarikat boleh diterima oleh pihak tertentu yang
berurusan dengan syarikat.