HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Abstrak

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sek. Keb. Batu 29, Setiu, Terengganu. Istimewanya program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran akan disertasi oleh seorang guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan badan pendidikan khas yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC). Jangkaan dapatan daripada pelaksanaan program ini ialah guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari badan yang lain untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid bermasalah

pembelajaran. Murid-murid ini akan mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. PPI ini akan berkesan jika dirancang dengan rapi oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan pemantauan berterusan dari KPM dan dijangka akan dapat diimplimentasikan dengan berkesan dan sistematik.

Kata kunci: pendidikan inklusif, murid bermasalah pembelajaran, sekolah rendah

1.0

Pendahuluan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran. down syndrome dan lain-lain. bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Keb. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk member peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. hanya segelintir murid berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan. Oleh yang demikian. Batu 29 supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif . Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas.Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif.0 Pernyataan Masalah Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu. 2. cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam pelaksanaan PPI di Sek. ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

0 Kepentingan cadangan/ garis panduan Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan . Ini kerana pertambahan peluangpeluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model). 3. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas . Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan 4. kekurangan dan kecacatan. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan.kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khas dengan murid di aliran perdana. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka.0 Objektif Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

Penyediaan tempat yang sesuai akan membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi murid–murid tersebut. 5. KPM. Dalam erti kata lain.0 Tinjauan Literatur 5. pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil. 2002).2 Pendidikan Inklusif di Malaysia .1 Definisi Pendidikan Inklusif Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal. 1995). Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan PPI yang berkesan bukan sahaja kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. 5.Inklusif (PPI) murid-murid berkeperluan khas seperti Jabatan Pendidikan Khas. (Farell et al. 1994). Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri. di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat.

kesukaran bertutur. 5. Yang baru hanyalah istilahnya. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan. masalah pendengaran. Murid yang mempunyai masalah penglihatan.2. mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing). masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas.2. Keluarga dan Masyarakat. 5. 1997).2. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam. Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. .1 Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pembangunan Wanita.1 Inklusif Penuh Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif.2 Program Pendidikan Inklusif (PPI) Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa. murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas. 5. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Di Malaysia.2.Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia.

2 Inklusif Separa Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.2. persatuan dan badan-badan sukarelawaan. bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah. Selepas tahun tersebut. 5. ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations).3 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas Selain Kementerian Pendidikan. pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi.2. Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. .5. yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

. Di Australia dan New Zealand.Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun. dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undangundang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward. dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka. 2000). UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975. perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.Di Great Britain. 5. Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan.4 Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI) Pertubuhan Pendidikan. Di Amerika Syarikat. dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid. tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia. kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990. perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat.

0 Strategi Pelaksanaan Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid. tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas.6."Slow Learner" Autistik Down Syndrome Terencat akal ringan.M. guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. 6. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo. murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran.1 Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran Lemah dalam pelajaran . Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya. R. maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut. 2006). yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan khas. Hyperaktif Cerebral Palsy .

Layanan dan bimbingan yang adil.perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling. 6.3 Kemudahan asas untuk pelajar khas Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.2 Tenaga pengajar Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah: Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif Merancang dan melaksanakan penilaian. Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.4 Pengurusan Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik . berpakaian dan ke tandas sendiri. Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah. Dedikasi dan komitmen yang tinggi. Bilik resos . Bahan rujukan/peralatan tambahan . 6.atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah. 6.* Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan.

pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat. Batu 29 adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) supaya ia dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan. Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah. .5 Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan 7. Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah. Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah. Keb. Membimbing komunikasi.0 Syor Pihak pentadbiran Sek. 6.

(Ed. .0 Rumusan Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Abdul Rahim Selamat. Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. London: SAGE Publications Inc. Terengganu. Farrell. Primula Beach Resort. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. A. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Rujukan Kamariah Jalil. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Kejayaan pelaksanaan program yang bakal dijalankan di sekolah ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Seaview Hotel Langkawi. Dyson. (1995). A.). P. Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion. (2000). Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanakkanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. & Millward. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. London: David Fulton Publisher. & Ainscow. (1997). M. Making Special Education Inclusive.8. Kita dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada Negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti. (2002). Zaleha Tambi Adam. ( 1994 ).

M.Garguilo. Disediakan oleh: Nor Azmani Ismail. R. Open University Malaysia . Special Education In Contemparary Society. USA : Thomson Wadsworth . ( 2nd Ed ). ( 2006 ).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful