Permainan Bola Sepak.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti perbezaan di antara undang-undang dan peraturan permainan bola sepak; 2. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan bola sepak; 3. Mengaplikasikan strategi dan latihan permainan bola sepak; dan 4. Mempraktikkan ilmu pengurusan, pengendalian dan pengelolaan dalam sesuatu kejohanan dan pertandingan.

PENGENALAN Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.

TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK AKTIVITI 1.1

Sebelum kita meneruskan topik ini, cuba nyatakan apa yang anda tahu tentang sejarah permainan bola sepak dan perkembangannya di Malaysia. Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang akan dibincangkan seterusnya di bawah.

1.1 SEJARAH 1.1.1 Sejarah Permainan Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan tangan.

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan ÂTsu ChuÊ.

Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan Greek „episkyros‰ mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan ialah dengan dimulai dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun.

Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan "football" yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FFIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak.

Rajah..1.1:..Permainan..bola..sepak.. tanpa..peraturan..dimainkan..secara.. meluas..di..Eropah..ketika..Zaman.. Pertengahan..

TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemainpemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembang menjadi U

Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini.

Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi. Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah

Impiannya menjadi kenyataan apabila .2: Bola yang digunakan pada Piala Dunia pertama di Uruguay 1930 Buat pertama kalinya. pada 18 Julai 1930. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir. kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden.memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929 Rajah 1.

Menjelang tahun 1954. Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan yang paling popular di dunia. ahli gabungan FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselangseli di benua Eropah dan Amerika Selatan.TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. ia selalunya digelar sebagai PPilihan Kenangan Dunia Lalu. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.1 (a) Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola sepak. (b) Siapakah tokoh yang berjaya menganjurkan Piala Dunia Bola . Oleh kerana itu. Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. SEMAK KENDIRI 1. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954.

. Johor dan Negeri Sembilan.Sepak yang pertama? (c) Nyatakan apakah peranan FIFA dalam pembangunan bola sepak? 1.3: Tajuk .2 Perkembangan Bola Sepak di Malaysia Awal 1920-an Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Begini perkembangannya. Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921. Permainan bola sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor. Rajah 1. Perak. Gambarsejarah perkembangan di negara .1. Kuala Lumpur.

Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism Yang Teramat Mulia Sultan Pahang. Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh . Webster. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein.TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK • Pada tahun 1926. Bryson dan Dr C. R. King. satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Rawson. Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Ia juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). Presiden FAM ialah J. diikuti dengan H. Selepas tamat perang. Pada tahun 1976. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Dr J. Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984 Pada tahun 1951 pula. Williamson dan Adrian Clark. S. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British. Shelley. Scott. jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus.

yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama SEMAK KENDIRI 1. Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah. Pada tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian. FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. (b) Siapakah tokoh tempatan pertama yang memegang jawatan sebagai presiden FAM? .2 (a) Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola sepak di Malaysia. perkembangan permainan bola sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997.

Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal usul bola sepak dan sejarah perkembangannya di negara kita. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak.• TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK 1. iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola .4 berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola sepak Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Football Association of Malaysia (FAM).1.2. Rajah 1. 1.4: Struktur Organisasi FAM 1. Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini.3 Struktur Organisasi Persatuan Rajah 1. undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan dan undang-undang bola sepak.1 Undang-undang Permainan Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi.

terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. . saiz dan berat bola. Namun begitu. saiz gawang. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang.sepak antarabangsa.

5 ): Panjang : Minimum 90m (100 ela) Maksimum 120m (130 ela) Lebar : Minimum 45m (50 ela) Maksimum 90m (100 ela) .TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK • bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. (b) U UUkuran padang Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini. Undang-undang 1: Padang Permainan (a) P PPermukaan Padang Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan.

15m (10 ela). Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Rajah 1.Ukuran padang pertandingan antarabangsa: Panjang : Minimum 100m (110 ela) Maksimum 110m (120 ela) Lebar : Minimum 64m (70 ela) Maksimum 75m (80 ela) (c) K KKawasan padang Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan.5: Ukuran kawasan padang bola sepak .

Dalam setiap kawasan penalti.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.• TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK (d) K KKawasan gol Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang. (e) K KKawasan penalti Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16. tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru padang. Rajah 1.6: Ukuran kawasan penalti (f) T TTiang bendera Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (18 ela) dari tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol. (g) L .

32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2. . Jarak antara tiang gol ialah 7.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).LLengkungan sudut Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan. (h) T TTiang gol Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol.

8: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak Undang-undang 3: Bilangan Pemain (a) P PPemain Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol.TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK • Rajah 1. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan. Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 .7 : Ukuran tiang gol bola sepak Undang-undang 2: Bola Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Rajah 1.

orang pemain. .

(c) N NNama pemain gantian Dalam setiap perlawanan. (d) P PPeraturan pemain gantian Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenangwenangnya.10 • TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK Rajah 1. nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. . (b) P PPerlawanan Rasmi Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuanpersatuan di bawah gabungannya. hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain). Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.9: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain (a) K KKeselamatan Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain.Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Sebagai contoh cincin. gelang atau jam tangan. (e) P PPertukaran Penjaga Gol Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut. .

Pelindung kaki .10: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak (a) P PPelindung kaki (shin guards) Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: • Jersi • Kasut bola • Seluar pendek • Stoking • Pelindung kaki Rajah 1.TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK • 11 (b) P PPeralatan asas Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian.

(b) P PPenjaga Gol Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain. Undang-undang 5: Pengadil (a) K KKuasa pengadil Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak . Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. pengadil dan pembantu pengadil. (c) P PPelanggaran Peraturan Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan.

Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat. Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar. Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil.12 • TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK Rajah 1. . Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.11: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil (b) T TTugas Pengadil Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil: Melaksanakan undang-undang perlawanan.

.Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan. Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang. Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya. Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan.

TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK • 13 (c) K KKeputusan pengadil Keputusan pengadil adalah muktamad. Antara tugastugas pembantu pengadil ialah: Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan. Memastikan arah tendangan sudut. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil. Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan (a) T TTugas Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid. tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. .

Rajah 1. (b) P PPembantu Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak.Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama. . Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan (a) T TTempoh permainan Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit. kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan keduadua pasukan.12: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas semasa pertukaran dilakukan.

.

tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan. (c) M MMasa tambahan Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain. rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapakan rawatan.14 • TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK Rajah 1. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit. .13: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama 45 minit setiap separuh masa (b) M MMasa Rehat Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. (d) T TTendangan penalti Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula.

(e) P PPemberhentian perlawanan Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya. Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan (a) P PPermulaan perlawanan Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan. . sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.

sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa. pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. (c) P PProsedur Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9. semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.15m (10 ela) daripada bola.14: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan (b) S SSepak mula Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua.TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK • 15 Rajah 1. Selain itu. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya .

Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol. sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan: (a) Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar. sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan. Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi. (c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang. . (b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan.disentuh oleh pemain lain.

dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar. Manakala perlawanan akan dikira ÂseriÊ sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan.15: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar Undang-undang 10: Jaringan Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol.16 • TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK Rajah 1. membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Rajah 1. Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol. Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan.16: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol .

Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku. Rajah 1. Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan.17: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Sebagai hukuman. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma .TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK • 17 Undang-undang 11: Ofsaid Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum.

. (g) menyadung pemain pihak lawan. (b) memegang pemain pihak lawan. (c) melompat ke atas pemain pihak lawan. (d) menolak pemain pihak lawan. (e) mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola.ialah: (a) menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan. (f) sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan.

Dalam situasi tersebut. pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku. (i) membawa. Undang-undang 13: Tendangan Percuma Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung.18 • TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK (h) mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9. menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya). Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. .15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.

15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka.Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurangkurangnya 9.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi . Rajah 1. secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil.

. x Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol.TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK • 19 Undang-undang 14: Sepakan Penalti Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti. Prosedur: x Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang. x Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9. x Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

20) x Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan. Prosedur: x Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala. . Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar. sama ada bola meleret di atas padang atau di udara.Rajah 1.19: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan Undang-undang 15: Balingan Masuk Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi. (Rajah 1.

terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara. Prosedur: x Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol.20: Seorang pemain yang membuat cara balingan masuk yang betul Undang-undang 16: Tendangan Gol Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran. x .20 • TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK x Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain. x Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira. Rajah 1.

Prosedur: x Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera. Undang-undang 17: Tendangan Sudut Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol.Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya. . x Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan. x Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol. x Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. x Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti.

.

(b) Apakah prosedur yang diperlukan untuk membuat tendangan mula? (c) Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan .21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol SEMAK KENDIRI 1.3 (a) Nyatakan apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan atau diberhentikan permainannya. x Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil.TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK • 21 x Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9. Rajah 1.

tendangan percuma langsung dan tidak langsung? (d) Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang pemain itu dikira ofsaid? x Sukan bola sepak ialah sukan yang paling popular di dunia amnya dan Malaysia khususnya. . x FIFA adalah satu badan yang mengendalikan bola sepak antarabangsa dan diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak peringkat antarabangsa.

Soccer: Steps to Success. Luxbacher. Soccer: The Skill of the Game. (1996).22 • TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK x FAM adalah badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala hal ehwal yang berkaitan bola sepak di Malaysia. United States of America: Human Kinetics Publisher. (2nd ed. (1989). x J. Britain: The Crowood Press Ltd. x Teng Boon Tong. Panduan Pengajian Kemahiran Asas Permainan. x Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA. Book. Kuala Lumpur: Longman. (2001).). x . A. x T.

history.http://www.org x http://www.org.com .my x http://ms.wikipedia.fam.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful