JURNAL AISHITERU – AIMA CHAN

Bab 1
ERTEMUAN singkat bersama Khaleesya sebentar tadi benar-benar merobek hati dan perasaan Aidil. Setiap bait kata-kata Khaleesya masih terngiang-ngiang di telinganya. Kelu lidah jejaka itu untuk berkata walaupun sepatah kerana semangat di dalam dirinya kini bagaikan sudah tiada dek diragut oleh si gadis yang begitu anggun dalam mini dress merah jambunya. Kata-kata Khaleesya sepanjang pertemuan pendek mereka tadi masih segar bermain-main di minda Aidil. “I tak boleh nak lama-lama ni. Lepas ni I ada janji dengan Mel. Well, sebenarnya I ada perkara penting nak beritahu you malam ni, Aidil.” Khaleesya berpeluk tubuh sambil mula berpaling membelakangi Aidil. Membiarkan jejaka itu berteka-teki menanti apa yang ingin dinyatakan oleh gadis cantik di hadapannya. “So, straight to the point. I nak kita clash, Aidil. I rasa I tak dapat nak teruskan hubungan kita ni lagi. It’s useless for me. Lagipun, setahun I spent time dengan you rasanya dah cukup berbaloi kut untuk kita berdua. I tahu semua ni memang mendadak, tapi I memang dah tak ada perasaan pada you. I harap ini la penghujung kisah kita dan I harap you jangan cari I lagi lepas ni.” Tanpa rasa bersalah, Khaleesya men uturkan keinginan dan apa yang dirasakan terhadap Aidil. Khaleesya yang hanya memandang Aidil sekilas tanpa menunggu pertanyaan lanjut daripada jejaka itu terus melangkah pantas ke arah keretanya semula setelah apa yang dipendamnya sudah diutarakan. Gadis itu langsung tidak memberi peluang kepada Aidil untuk mendapatkan alasan munasabah mengapa dia membuat keputusan yang pasti merobek hati jejaka yang kini sah bergelar bekas kekasihnya. Aidil begitu terkejut. Bagai dihiris-hiris hatinya saat itu. Matanya sudah bergenang air jernih mendengar kata perpisahan daripada Khaleesya. Melihatkan langkah laju Khaleesya yang mula meninggalkannya yang masih terkejut, Aidil segera mengejar dan pantas lengan Khaleesya dipegangnya erat. “Kenapa you nak putus dengan I? Ap a salah I sayang? Kalau I salah, betulkan I. Tapi please Isya, jangan buat I macam ni. I sayangkan you lebih daripada nyawa I. I tak boleh hidup tanpa you, sayang. Please... sayang, jangan buat I macam ni. I betul-betul mohon maaf kalau I ada buat salah, tapi jangan tinggalkan I macam ni Isya. Please....” Aidil terus memegang kemas lengan Khaleesya walaupun gadis itu sudah mengamuk minta dilepaskan. Lengannya cuba dilepaskan daripada cengkaman erat Aidil namun, gagal. Saat itu, mata Khaleesya direnung oleh Aidil dengan penuh pengharapan dan sayu. Mengharapkan sedikit simpati masih bersisa dalam hati gadis itu untuk dirinya yang benar-benar bingung dan ketandusan alasan. Kenapa Khaleesya mahu berpisah dengannya setelah hampir setahun mereka berkongsi kasih dan cinta bersama? Sememangnya Aidil tahu akan kedinginan hubungan mereka sejak sebulan yang lalu namun, perpisahan mengejut malam ini langsung tidak pernah terlintas di benaknya. Malah, inilah perkara yang paling Aidil takutkan selama ini namun realitinya, ia telah berlaku jua malam itu bersaksikan rembulan dan kejora yang melihat segalanya dari atas sana. “Hoi! Lepaskan aku la Aidil. Suka hati aku la kalau aku nak putus dengan kau. Aku dah bosan dengan kau, tau tak! Bosan sangat. Enough Aidil! Cukup la setahun aku tahan dengan drama-drama kau yang selalu nak menangis tiap kali aku marah kau, selalu nak berkepit dengan aku sampai aku dah naik rimas. Kau juga selalu bergantung duit daripada abang kau aje. Manja sangat! Hei, kalau kau tak boleh hidup sangat tanpa aku, kau pergi mati la! Pergi jalan. Ada aku kisah?!” Begitu kejam ungkapan dan pengakuan yang keluar daripada bibir merah Sharifah Khaleesya Adni. Nada ungkapannya turut bertukar keras dan tiada lagi rengekan manja dan panggilan sayang yang selalu meniti di bibirnya setiap kali bersama lelaki itu. Gadis yang telah setahun berkongsi kasih dengan jejaka bernama Aidil Sadhi itu langsung tidak menghiraukan perasaan kecewa pasangannya. Hanya alasan bodoh dan tidak munasabah yang diberikan oleh Khaleesya buat si jejaka yang telah berkorban segalanya demi membahagiakannya. Selama setahun menyulam kasih dengan Khaleesya, segala kemahuan gadis itu dituruti oleh Aidil walau seberat mana pun kemahuan yang diingininya. Setiap apa yang Khaleesya ingini akan Aidil belikan walaupun dirinya

P

masih belum bekerja. Dia sanggup menebalkan muka meminta wang daripada abangnya demi membahagiakan gadis yang begitu Aidil sayangi. Selepas kejadian kemalangan ngeri yang meragut nyawa kedua-dua ibu bapa Aidil, Khaleesya merupakan satu-satunya kebahagiaan dan keceriaan hidup yang dimilikinya. Khaleesya telah membawa Aidil keluar daripada kepompong kesedihan, kemurungan dan gadis itu juga telah menambah warna dalam hidup Aidil selepas peristiwa hitam yang menimpanya sekeluarga. Bagi Aidil, tanpa Khaleesya hidupnya pasti sudah tiada maknanya lagi. Tiada makna seperti apa yang dirasainya semasa mendapat berita tentang kematian orang tuanya. Dan malam itu, bersama tiupan sayup bayu di Taman Tasik Puteri... sekali lagi hati Aidil terluka kembali. Berdarah dan kembali dirobek oleh tangan gadis yang amat dicintainya. “Sayang... jangan tinggalkan I, sayang. I betul-betul tak dapat hidup tanpa you. I terlalu sayangkan you, Isya. Terlalu sayangkan you! Hidup I takkan bererti lagi tanpa you, Isya. I sanggup lakukan apa saja sayang, asalkan kita dapat bersama kembali macam dulu. Tolong Isya, demi cinta I pada you. I mohon pada you, jangan tinggalkan I sayang. Please Isya....” Aidil sanggup membuang ego lelakinya dengan melutut dan memegang kaki Khaleesya semata-mata untuk memohon supaya gadis itu tidak meninggalkannya. Dia sanggup merayu, sanggup melakukan apa sahaja asalkan Khaleesya Adni tidak meninggalkannya. Air jernih yang sedari tadi berjuraian semakin lebat membasahi pipi jejaka itu. Sudah begitu terluka perasaannya saat itu dan tiada kata yang dapat menggambarkan kelukaan yang dirasai oleh Aidil. “Fine, Aidil! Kalau kau nak sangat aku balik semula dengan kau, aku nak kau mati! Pergi mati Aidil! Aku nak kau pergi mati sekarang jugak! Itu saja yang aku nak!” bentak Khaleesya dengan keras. Khaleesya sudah malas berfikir panjang. Kepalanya sudah mula serabut dengan tangisan dan pujuk rayu Aidil yang semakin menjadi-jadi. Keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aidil pada mulanya dirasakan mudah itu akhirnya mengusutkan kepalanya sendiri. Aidil tidak seperti lelaki-lelaki lain yang pernah ditinggalkannya sebelum ini. Jejaka itu terlalu berharap untuk hidup bersamanya sedangkan dia kini sudah menjumpai lelaki yang lebih baik berbanding Aidil. Dia memang tidak akan pernah menjadi pencinta yang setia. Khaleesya bingkas menarik kakinya untuk melepaskan genggaman kuat Aidil yang masih tidak mengerti dengan apa yang telah diberitahunya tadi. Tanpa mengendahkan rayuan pilu Aidil, Khaleesya terus melangkah laju memasuki keretanya. Sekelip mata sahaja, Suzuki Swift hitam milik Khaleesya memecut laju meninggalkan jejaka yang masih terkaku dalam tangisannya di atas rumput yang menghijau. Aidil sudah kehilangan segala semangat yang ada dalam dirinya. Sorotan matanya yang memandang pemergian Khaleesya semakin menambahkan kesedihan di jiwa. Khaleesya tidak pernah melukakan hatinya sebegini teruk. Malah, dia memang tidak menyangka bahawa kedinginan antara mereka hampir sebulan ini benar-benar melakar sejarah hitam dalam dirinya. Kini Aidil sedar, tiada lagi jalan perdamaian untuk mereka berdua kerana setiap keputusan yang dibuat oleh Khaleesya adalah muktamad. Cukuplah setahun Aidil mengenali dan mengasihi Khaleesya selama ini. Segala perangai buruk dan baik Khaleesya sudah sebati dalam dirinya. Aidil butakan sahaja matanya dengan kedegilan dan kekerasan hati milik buah hatinya itu kerana dia tidak sanggup kehilangan Khaleesya. Namun malam ini, keputusan muktamad Khaleesya benar-benar membunuhnya. “Sayang... kalau itu yang you nak, I sanggup lakukan. I sanggup mati demi you... Isya!” Tutur Aidil perlahan ketika menyoroti pemergian Khaleesya. Sayu hati Aidil saat menuturkan ayat keramat pada malam itu. Ayat yang mengakhiri pemergian kekasih hatinya tadi dan ayat yang bakal merubah kehidupannya dan juga kehidupan seorang insan yang tidak bersalah suatu hari nanti.

“ABANG... maafkan Aidil. Maafkan segala salah dan silap Aidil pada abang selama ni. Aidil tau Aidil dah banyak susahkan abang. Aidil sayang sangat pada abang, tapi Aidil tak sanggup nak teruskan hidup ni lagi tanpa Isya, bang. Aidil tak sanggup! Aidil sangat sayangkan Isya. Maafkan Aidil, abang. Maafkan Aidil kerana Aidil tak berpeluang untuk membalas segala jasa baik abang menjaga Aidil selama ini. Halalkan makan minum Aidil. Maafkan Aidil kerana Aidil bukan adik yang baik untuk abang.” Pesanan suara yang dititipkan oleh Aidil buat Adam sebentar tadi benar-benar meruntun jiwa si abang. Adam yang baru sahaja mengaktifkan semula telefonnya yang dimatikan tadi amat terkejut mendengar setiap bait kata daripada adiknya. Dia dapat merasakan bahawa ada perkara buruk yang bakal berlaku kepada adik kesayangannya itu. Adam terkedu. Kepalanya ligat memikirkan pelbagai kemungkinan yang berlaku kepada Aidil dan kenapa adiknya memberi pesanan berbau perpisahan sedemikian?

Tidak! Aidil takkan apa-apa. Aidil takkan apa-apa. Adam meyakinkan hatinya yang sudah gundah-gulana. Sepantas kilat, kunci kereta di atas almari segera dicapainya. Dia harus mencari adiknya saat itu juga. Hatinya semakin gelisah selagi tidak tahu keadaan Aidil yang sebenar. Sejak dari pagi lagi, Adam menghabiskan masanya di pejabat seperti biasa. Dia tidak menerima sebarang berita langsung daripada adiknya itu. Sangkanya, semuanya berjalan seperti hari-hari biasa. Kepulangannya selepas maghrib tadi juga hanya disambut dengan suasana yang sunyi di rumah besar itu. Adam sudah terbiasa dengan rutin adik kesayangannya itu. Pada waktu sebegini Aidil pasti akan keluar bersama rakan atau teman wanitanya dan kepulangan Aidil biasanya pada lewat malam nanti. Adam yang tidak mengesyaki apa-apa hanya menapak perlahan ke biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Telefonnya yang sudah seharian bekerja keras menyambut panggilan penting sudah kehabisan bateri. Adam terus mengecas smartphonenya itu sementara dia berehat seketika di atas katil. Namun, kesibukannya hari ini amat dikesali oleh Adam saat dia menerima pesanan suara daripada Aidil lewat jam sepuluh malam itu. Suara sayu Aidil begitu merunsingkan jiwa Adam. Sudah berkali-kali Adam cuba menghubungi Aidil namun, semuanya gagal. Ya Allah, jauhkanlah Aidil daripada perkara yang tidak diingini. Ya Allah, lindungilah adikku daripada kejadian buruk yang tidak diingini. Doa Adam dalam hati sambil memecut laju membelah kepekatan malam menuju ke destinasi yang sering dikunjungi oleh Aidil. Namun, hanya beberapa kilometer melepasi pagar rumah kediamannya, dia menerima panggilan daripada pemanggil yang tidak dikenali. Hati Adam bagai dirobek saat si pemanggil memaklumkan bahawa Aidil terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kini dalam perjalanan ke hospital. Begitu parah kejutan yang diterima oleh Adam saat itu. Air jernih sudah bergenang di tubir matanya. Hatinya tidak putus-putus berdoa supaya adiknya itu selamat. Adam memecut kereta selaju mungkin ke hospital. Hatinya sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Aidil. Dia mahu memeluk adiknya itu dan tidak akan meninggalkannya lagi. Setibanya di hadapan bilik kecemasan, hatinya diruntun hiba. Kakinya mula longlai dan tidak mampu untuk berdiri lagi. Hanya esak tangisnya yang tidak berhenti mulai kedengaran di segenap ruang kawasan bilik kecemasan itu. Adam begitu sedih. Inilah kesedihan yang sama dirasai saat mendapat berita kematian kedua-dua ibu bapanya tujuh tahun yang lalu. Dia tidak sanggup untuk menghadapi situasi itu sekali lagi dan tidak sanggup untuk kehilangan seorang lagi darah daging yang amat dikasihinya di dunia ini. Saat Adam hiba mendoakan keselamatan adiknya, bahunya ditepuk lembut oleh seseorang. Adam mendongak, berpaling memandang wajah seorang lelaki muda yang begitu dikenali. Lelaki itu membantu Adam untuk berdiri semula dan tanpa sempat dia bersuara, tubuh sasa Adam sudah memeluknya erat bersama tangisan yang begitu sayu. “Selamatkan Aidil, Man. Tolong selamatkan Aidil. Ini semua salah aku. Salah aku, Man. Aku tak dapat jaga Aidil dengan baik. Aku gagal. Aku abang yang tak guna, Man. Aku tak guna!” Adam meluahkan rasa sesalan dan sedihnya kepada Lukman. Jejaka muda yang merupakan pembantu perbadinya, merangkap sahabat karib Adam. Lukman cuba menenangkan Adam. Dia tahu, jiwa sahabatnya itu begitu tertekan dan terkejut dengan apa yang berlaku waktu ini. Dia turut sama terkejut apabila menerima berita tentang kemalangan yang menimpa Aidil tadi. Dia yang sedang menikmati hidangan makan malam bersama keluarganya pada masa itu segera bergegas ke hospital tanpa sempat menyudahkan hidangannya. Dia tahu, sahabatnya, Adam amat memerlukan sokongannya saat ini. Dia tahu, Aidil adalah segala-galanya bagi Adam. Dia amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Adam. Pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui oleh jejaka itu dalam usia yang masih muda. Kehidupan Adam penuh dengan liku yang menguji ketabahan hatinya. “Sabar, Dam. Banyakkan berdoa. Kau jangan salahkan diri kau. Semua ni dugaan daripada Allah untuk kau dan Aidil. Kau harus sabar, kuatkan semangat dan doakan keselamatan Aidil. Kau kena kuat, Adam.” Lukman memberi kata-kata perangsang buat sahabat karibnya itu. Esakan Adam semakin perlahan. Dia melonggarkan pelukannya pada Lukman. Lukman kemudiannya memimpin Adam supaya duduk di kerusi menunggu di tepi bilik kecemasan itu. “Sabar, Adam. Jangan berhenti berdoa kepada Allah, sebab Aidil sedang bertarung nyawa kat dalam sana. Kau tau, kan Aidil sayangkan kau. Dia akan berjuang demi abangnya. Dia takkan tinggalkan kau, Adam. ” Lukman terus menyuntik semangat buat Adam walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Sahabatnya itu kelihatan semakin lega dan reda walaupun matanya masih belum berhenti mengeluarkan air mata. “Terima kasih, Man. Aku yakin Aidil akan selamat. Aku yakin. Allah pasti akan tolong Aidil sebab aku perlukan Aidil dalam hidup aku, Man. Aku yakin Aidil akan selamat. Aku tak izinkan Aidil tinggalkan aku macam

papa dan mama. Aku takkan biarkan perkara tu berlaku lagi dalam hidup aku.” Ujar Adam de ngan penuh pengharapan. Adam memandang wajah Lukman sambil menghadiahkan senyuman pahit. Dia menarik nafas dalam. Cuba menenangkan gelodak dalam jiwanya saat itu. Dia beristighfar kepada Ilahi, mohon dikuatkan hatinya saat ini demi adiknya, Aidil. Nasib baik di sisinya masih ada Lukman yang sentiasa setia mengingatkannya tentang pertolongan Allah walaupun dalam keadaan susah dan senang. Tanpa sokongan daripada Lukman tadi, mungkin Adam tidak akan berhenti daripada terus bersedih dan menyalahkan dirinya sendiri selagi dia tidak tahu keadaan sebenar Aidil ketika ini. Selamatkan adikku, Ya Allah. Selamatkanlah Aidil. Sesungguhnya hanya Engkau tempat aku memohon dan mengadu. Hanya Engkau yang tentukan segalanya. Hati Adam membisikkan doa. Hanya itu yang mampu dilakukannya saat ini.

KEDATANGAN Lukman pagi itu telah mengejutkan Adam yang terlena di tepi katil Aidil. Sudah beberapa malam Adam berada di situ menunggu adiknya sedar. Keadaan adiknya yang telah koma itu begitu meruntun hati Adam. Sememangnya dia bersyukur kerana adiknya masih dipanjangkan usianya oleh Allah dan doanya itu dimakbulkan Ilahi. Namun, dia tidak menyangka yang Aidil akan koma kerana otaknya mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan yang menimpanya. Doktor Raymond yang merawat Aidil turut menyatakan bahawa peluang untuk adiknya sedar semula adalah amat tipis. Adam berjanji, dia tidak akan berhenti berharap dan berdoa supaya Aidil segera sedar. Adam juga berjanji, dia akan membalas segala perbuatan kejam yang telah dilakukan oleh teman wanita Aidil terhadap adiknya itu. Ya, gadis yang bermain dengan kehidupan seorang lelaki yang begitu setia menyayanginya selama ini. Gadis yang sentiasa meminta Aidil memenuhi segala kehendak dan keinginannya. Gadis yang begitu dicintai oleh Aidil sehingga dia sanggup mati kerana gadis tersebut. Entah apa hebatnya penangan gadis itu sehingga Aidil rela berkorban nyawa kerana terlalu kecewa dengan manusia yang bergelar wanita. Adam sememangnya tidak pernah bertemu dan mengenali kekasih adiknya itu. Dia hanya mengenalinya daripada cerita Aidil. Sebelum ini, dia tidak pernah mengesyaki teman wanita adiknya itu kerana dia yakin, Aidil bahagia dengan gadis tersebut setelah melihat perubahan positif dalam diri Aidil. Perubahan ketara selepas kejadian hitam dalam keluarganya selama ini. Tetapi, segalanya telah berakhir selepas kejadian kemalangan yang menimpa Aidil itu. Adam tekad mahu mencari bekas teman wanita Aidil. Dia mahu menuntut bela atas penderitaan dan kekecewaan yang dialami oleh Aidil. Hanya perasaan dendam yang bermain di hatinya ketika ini. Pertama kali Adam melihat wajah gadis itu adalah semasa dia membuka dompet milik Aidil yang diserahkan oleh pihak polis dan untuk pertama kalinya juga, wajah gadis itu melekat kemas dalam memori Adam. Kerana dendam yang begitu membara dalam dirinya, Adam meminta Lukman untuk mencari alamat kediaman gadis itu. Pada masa yang sama, Adam sebenarnya sudah mempunyai agenda tersendiri. Perancangan dendamnya demi menuntut bela. Lamunan Adam tiba-tiba terhenti saat Lukman menyentuh bahunya. “Dam... balik la dulu. Biar aku temankan Aidil pulak. Dah berapa hari kau tak rehat. Kalau ada apa-apa nanti, aku call kau. Balik, rehatkan diri kau tu dulu. Mandi, lepas tu tidur secukupnya. Nanti kalau kau sakit, macam mana kau nak jaga Aidil.” Lukman yang sudah mengambil tempat di sisi Aidil memandang Adam yang baru mula menapak ke bilik air. Adam tersenyum pahit. Penampilannya beberapa hari ini tidak begitu kemas dan serabai dengan rambutnya yang tidak bersikat rapi dan matanya yang bengkak akibat kekurangan tidur demi berjaga untuk menanti Aidil sedar. Selesai mencuci muka dan membetulkan rambut dan bajunya, Adam keluar dari bilik air dan menuju ke arah Lukman. Sahabatnya itu sedang leka membaca surah Yasin buat Aidil. Jiwa Adam begitu tersentuh dengan perlakuan Lukman yang sentiasa terpuji itu. Mujurlah dia punya teman sebaik Lukman. Adam dan Lukman sudah berkawan sejak mereka di bangku sekolah lagi. Sepanjang usia persahabatan mereka, Adam sememangnya mengenali Lukman sebagai seorang yang alim. Sahabatnya itu begitu terpelihara akhlaknya kerana terdidik dengan ilmu agama daripada kedua-dua ibu bapanya yang merupakan ustaz dan ustazah. Bangga Adam kerana mempunyai seorang sahabat yang begitu baik seperti Lukman. Sahabat dunia dan akhirat baginya.

Adam meminta diri untuk pulang ke rumah terlebih dahulu. Dia meminta pertolongan Lukman untuk menjaga adiknya sepanjang ketiadaannya nanti. Mungkin, ini adalah masa yang sesuai untuk dia mula bertindak. Dia harus selesaikan urusannya dengan segera kerana dia juga perlu meneliti beberapa dokumen penting syarikat yang dibawa oleh Lukman ke hospital tadi. Alamat rumah yang diberikan oleh Lukman tadi benar-benar menaikkan rasa amarah dan dendam dalam diri Adam. Adam sudah tekad. Dia harus mencari gadis itu dan membuat perhitungan dengannya secepat mungkin.

Bab 2
EAN dan T-shirt yang kemas terlipat di atas katil bercadar rona merah jambu itu dimasukkan ke dalam bagasi. Sudah separuh daripada bahagian bagasi itu dipenuhi dengan segala pakaian dan keperluan peribadi milik Khaleeda. Alatan solek yang merupakan keperluan wajib baginya setiap hari disusun kemas di dalam pouch khas sebelum dimasukkan ke dalam bagasi tersebut. Setelah memastikan tiada barang yang tertinggal, Khaleeda menutup bagasinya. Selesai mengemas, Khaleeda bangkit lalu duduk di atas katil. Terasa lenguh pula badannya kerana mengemas tadi. Dua hari lepas, dia tiba di bumi Malaysia setelah empat tahun berhempas-pulas demi segulung ijazah di negara matahari terbit itu. Setelah tamat menduduki kertas peperiksaan yang terakhir, Khaleeda tekad mahu terus pulang ke Malaysia. Dia sudah tidak sabar mahu melepaskan rindunya yang menggunung terhadap keluarganya yang sudah lama tidak dipeluk ciumnya. Walaupun rakan-rakannya yang lain teruja dengan perancangan mereka untuk melancong ke tempat-tempat menarik sebelum mereka meninggalkan negara maju itu, Khaleeda tetap tekad dengan keputusannya untuk terus pulang ke Malaysia. Dia mahu memberi kejutan buat insan-insan yang amat disayanginya, mama, Papa Zhar, Kak Isya dan juga adiknya. Keluarga yang sentiasa dirinduinya sepanjang empat tahun dia menjadi anak perantau selepas neneknya meninggal dunia. Galaxy Tab yang berada di atas meja belajar di sudut kanan bilik tidurnya itu dicapainya. Segera, akaun Facebook dibuka dan ikon chat di bahagian kanan bawah profilnya diklik. Tertera nama profil orang yang dicarinya sedang online saat itu lantas Khaleeda terus menyapa sambil tersenyum gembira. KhalKhaleeda: Salam Kak Isya.... IsyaVouge: Babe.... KhalKhaleeda: Ha ha ha... tak jawab salam ye. So, how’s holiday? IsyaVouge: Great dear. Tapi lagi best kalau Khal ada jugak. Bila nak balik sini? Mama tak habishabis tanya pasal Khal. KhalKhaleeda: Lol. Kirim salam kat mama, Papa Zhar dan adik. I’ll be back soon. IsyaVouge: Sure dear... can’t wait. Akak ada banyak story untuk Khal.... I go t new hot stuff here! KhalKhaleeda: Ha ha ha... ni mesti pasal buah hati akak, kan? Nanti story ye. Ok la, have to go now. Take care sissy!

J

IsyaVouge: Ahhh! Nanti la akak cerita. Khal pun sama. Take care... kirim salam akak pada mamat chaebol kat sana. KhalKhaleeda: Lol... chaebol in Korea la kak, not here. Ha ha ha.... IsyaVouge: Sama je la. Ok la Khal, bye.... KhalKhaleeda : Bye sis... take care. Setelah perbualan ringkas antara dia dan kakaknya tamat, Khaleeda segera menutup akaun Facebook dan terus Galaxy Tabnya dimatikan. Dia menyarungkan bekas baldu pada gadget kesayangannya itu dan terus dimasukkan ke dalam beg sandang yang akan dibawanya esok pagi. Khaleeda terus menarik comforter bercorak Hello Kitty kegemarannya lalu memeluk erat patung beruang yang bersaiz XXXL di sebelahnya itu. Kepalanya digesel lembut ke dada Mr. Bear sambil bibir mungil gadis itu tersenyum manis. Membayangkan kegembiraan yang sedang menantinya esok hari di kampung halamannya, Ipoh. Tidak sabar rasanya mahu bersama ahli keluarganya yang sedang bercuti di sana. Khaleeda mengetahui rancangan percutian keluarganya itu daripada kakaknya, Khaleesya. Ketibaannya di KLIA dua hari lepas juga tidak disambut oleh sesiapa. Dia sengaja tidak memberitahu keluarganya kerana dia mahu membuat kejutan. Dia merancang untuk pulang ke rumahnya di Bangsar terlebih dahulu sebelum berangkat ke Ipoh untuk menemui keluarga. Kedatangan mengejutnya esok pasti akan menggembirakan mama, Papa Zhar, Kak Isya dan juga adik. Khaleeda mula melabuhkan mimpi lenanya. Dia mahu tidur awal malam ini kerana esok pagi dia akan berangkat ke Ipoh. Tunggu Khal datang esok mama, Papa Zhar, Kak Isya dan adik. Khal tak sabar nak lepaskan rindu pada semua dan Khal tak sabar nak melawat pusara arwah datuk dan nenek. Khaleeda terus dibuai lena dalam mimpi yang cukup bahagia bersama keluarganya sambil bergelak ketawa di atas pangkin rumah arwah datuk dan nenek. Pangkin yang penuh dengan memori suka dan dukanya selama ini.

PAGI itu, Khaleeda hanya bersarapan ringkas. Segelas susu segar dan juga roti penuh serat menjadi pengalas perut si gadis yang sudah bersiap sedia mahu ke stesen bas. Sudah tiga hari Khaleeda keseorangan di banglo itu semata-mata mahu memberi kejutan buat papa dan mamanya. Nasib baiklah dia masih menyimpan kunci utama untuk masuk ke dalam rumahnya sendiri. Kalau tidak, mahu hancur rancangannya untuk membuat kejutan istimewa buat keluarga. Pagi itu, Khaleeda hanya mengenakan skinny jeans dan jaket kulit berwarna coklat gelap. Sandal Gladiator warna emas yang cantik bercahayakan kilauan permata di sekelilingnya melengkapkan lagi penampilan anak gadis kepada pasangan Ahmad Zharkuan dan Sharifah Aleya ini. Khaleeda menarik bagasinya yang agak berat keluar dari pagar banglo keluarganya di Taman SA itu. Dia menunggu ketibaan teksi yang telah ditempahnya semalam. Dia mengerling jam yang sudah empat tahun menemaninya di rantau orang, hasil ingatan ikhlas daripada arwah nenek. Sudah pukul sembilan pagi. Kelibat teksi berwarna biru yang dinantikan sedari tadi masih juga belum kelihatan. Khaleeda mula dilanda resah. Bimbang akan ketinggalan bas. Bukan boleh kira jalan di Kuala Lumpur ni. Kalau ada jammed di mana-mana, mahu sangkut perjalanannya nanti. Khaleeda merapikan rambutnya yang mula serabai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa itu. Dia mengeluh resah. Tanpa menunggu lama, telefon di dalam beg sandangnya dicapai. Dia ingin menelefon pemandu teksi yang dihubunginya semalam. Namun, belum sempat jari runcingnya menekan ikon call, sebuah BMW X5 berwarna hitam berhenti betulbetul di hadapannya. Entah bila masa kereta itu muncul pun Khaleeda sendiri tidak perasan. Terkejut besar Khaleeda apabila kereta mewah itu berhenti mengejut hanya beberapa inci sahaja dari hujung kakinya. Kerana terlalu terkejut, tubuhnya terdorong ke belakang untuk mengelak. Dia terus mencerlung, memandang ke arah si pemandu yang sudah keluar dari dalam kereta dan melangkah laju ke arahnya bagaikan singa mahu menerkam mangsanya. Tanpa sepatah kata, lengan Khaleeda ditarik dengan kasar untuk masuk ke dalam kereta milik lelaki yang berwajah ketat itu. Jeritan Khaleeda juga langsung tidak dipedulikannya.

“Lepas la! Hei... awak ni siapa, hah?! Kenapa tarik -tarik saya macam ni? Saya tak kenal awak la. Lepaskan saya!” jerit Khaleeda. Khaleeda masih berusaha menarik tangannya daripada cengkaman lelaki yang memang langsung tidak dikenalinya itu. Namun, usaha Khaleeda gagal kerana tangan sasa lelaki itu pantas menarik lengan Khaleeda dengan lebih kuat sehingga terdorong masuk ke dalam kereta mewahnya. Saat itu juga, kepala Khaleeda terhantuk pada dashboard kereta. Khaleeda mengaduh kesakitan sambil tangannya menggosok perlahan bahagian yang terhantuk tadi. Kepalanya mula berdenyut sakit. “Huh, padan muka! Siapa suruh kau degil sangat. Memang kau tak kenal aku. Tapi aku kenal muka jalang kau tu. Aku akan balas segala perbuatan jahat kau selama ini malah, berganda-ganda lebih jahat daripada apa yang kau dah buat. Aku nak ajar sikit perempuan yang kurang ajar macam kau ni, supaya kau sedar siapa diri kau tu. Perempuan jahat!” Tengking Adam. Tuduhan lelaki itu bagaikan panahan petir buat Khaleeda. Setiap patah kata yang keluar daripada mulut lelaki yang langsung tidak dikenalinya itu benar-benar merobek jiwanya sebagai seorang perempuan. Begitu kejam hinaan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Hati Khaleeda begitu terhiris kala itu. Saat Khaleeda masih terpempan dengan hinaan tadi, Khaleeda tidak sedar bahawa lelaki itu telah mengambil sehelai sapu tangan dari dalam poket seluarnya dan segera menekup muka Khaleeda tanpa rasa bersalah atau bimbang dengan perbuatannya menculik gadis itu. Ya. Pagi itu, Khaleeda diculik di hadapan rumahnya sendiri tanpa ada saksi yang melihat kejadian itu. Khaleeda meronta-ronta sambil berusaha sedaya upaya menolak tangan sasa yang telah menghalangnya untuk bernafas. Namun, usahanya tetap gagal kerana penangan chloroform yang dibasahkan pada sapu tangan itu telah membuatkan dunia Khaleeda menjadi gelap-gelita. Bukan setakat gelap akibat pengsan malah, sejak itu jugalah kehidupan Khaleeda mula bertukar corak dan diselubungi kegelapan.

“PAK MAT jaga perempuan ni elok-elok. Saya tak nak dia terlepas. Kalau dia melawan, Pak Mat lempang aje. Saya izinkan. Asalkan perempuan tak guna ni duduk diam-diam dalam bilik tu. Pagi esok, saya datang balik. Sekarang saya nak ke vila dulu, ada urusan sikit.” Adam terus berlalu meninggalkan pondok kecil milik Pak Mat, membiarkan orang tua itu kebingungan dengan arahan mengejut yang diterimanya. Pak Mat hanya mampu mengangguk, mendengar setiap arahan yang diberikan oleh majikannya itu. Dia tidak ada keberanian untuk bertanyakan mengapa gadis cantik itu dibawa ke pondok kecilnya yang terletak di dalam hutan ini? Selama ini pun, dia hanya menurut segala perintah yang diberikan oleh Adam. Segala persoalan yang timbul di hatinya saat itu hanya mampu disoal dalam hati. Lewat maghrib tadi, Pak Mat dikejutkan dengan kedatangan Adam yang sedang mengendong seorang gadis yang tidak sedarkan diri. Dengan tergesa-gesa, Adam masuk ke rumah Pak Mat lalu menuju ke bilik lelaki itu. Dia membaringkan gadis itu sebelum menggari kaki si gadis malang itu dengan rantai besi yang dibawanya. Terasa agak kejam tindakan yang dilakukan oleh pemuda berbadan sasa itu pada mata Pak Mat. Tetapi, Pak Mat percaya, pasti Adam mempunyai sebab yang tersendiri kenapa gadis itu diperlakukan sedemikian rupa. Namun, jauh di sudut hati kecil Pak Mat, dia berdoa agar tiada perkara yang tidak elok akan berlaku terhadap gadis itu walau apa pun kesalahan yang dilakukannya terhadap Adam. Sudah sembilan tahun Pak Mat berkhidmat dengan Adam dan tidak pernah sekali pun Pak Mat melihat majikannya itu melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Malah, Adam selama ini begitu mengambil berat akan soal kebajikan diri Pak Mat. Adam yang dikenali oleh Pak Mat merupakan seorang pemuda yang amat baik hati dan seorang yang begitu bertanggungjawab. Semenjak Adam berusia dua puluh tahun lagi, segala tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu dipikul oleh anak sulung ini demi menyara dan menjaga adiknya, Aidil. Perniagaan hasil peninggalan arwah ibu dan bapanya diteruskan dan dibangunkan oleh Adam sendiri semenjak kemalangan yang melakar sejarah hitam buat dia dan adiknya. Adam sanggup meninggalkan pengajiannya di Korea Selatan pada masa itu dan pulang ke tanah air demi menguruskan keluarga. Sepuluh tahun dia berhempas-pulas membina dan menaikkan nama perniagaan ibu bapanya demi memberi yang terbaik buat adik yang terlalu disayangi, Aidil Sadhi. Namun, sejak berita Aidil mengalami kemalangan beberapa hari yang lalu, Pak Mat dapat melihat kesedihan yang terpaksa dilalui oleh Adam. Dia tahu, Adam terlalu menyayangi adiknya itu. Segala kehendak Aidil selama ini pasti akan dipenuhi oleh Adam. Adam juga sanggup menyara Aidil setelah Aidil tamat pengajiannya di universiti

tempatan beberapa tahun yang lepas dan Adam juga tidak pernah memaksa adiknya untuk mula bekerja di syarikat mereka kerana Adam mahu memberi ruang buat Aidil merasai kehidupan pada usia mudanya. Adam tidak kisah jika dia terpaksa berpenat lelah mencari rezeki buat adiknya kerana dia tahu itu adalah tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh kedua-dua ibu bapanya semenjak pemergian mereka. Begitulah kasih seorang abang terhadap satu-satunya saudara yang dia ada di dunia ini dan kerana terlalu sayang itulah Adam sanggup melakukan sesuatu di luar kawalan rasionalnya.

Bab 3
EPALA Khaleeda terasa begitu berat dan berdenyut hebat. Dia membuka mata perlahan-lahan. Kerana silau cahaya yang memancar terus menikam ke wajahnya, tangan yang sedikit lenguh diangkat untuk menutup bahagian wajahnya daripada silauan cahaya tersebut. Dia mula membuka mata perlahan-lahan. Kelopak matanya dielus perlahan bagi mengurangkan perit akibat silau yang dirasai seketika tadi. Khaleeda memicit kepalanya yang semakin berdenyut. Dia berusaha untuk bangun dan menegakkan badan. Keadaan di sekeliling dipandang dan diamati perlahan. Dia kini seperti berada di dalam sebuah bilik kecil yang berdindingkan buluh. Tingkap buluh di bilik itu terbuka luas di hadapannya. Silauan cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap itulah yang telah memeritkan matanya seketika tadi. Lantas, dia cuba menyusun memori tentang apa yang telah berlaku kepada dirinya semalam. Khaleeda berpaling ke kiri dan kanan, dia kini berada di atas lantai yang beralaskan tikar mengkuang. Di sebelah kirinya tersedia sebuah katil lama yang diperbuat daripada kayu. Hanya tikar mengkuang yang menjadi alas katil yang tidak bertilam itu. Khaleeda mula dilanda rasa kurang enak. Dia mengeluh kecil. Rambut hadapannya yang sudah menutupi sebahagian mata dibetulkan seketika. Dia melihat pakaian di tubuhnya yang sudah serabai dan comot. Ya Allah, kat mana aku sekarang ni? Apa yang dah berlaku kepada aku semalam, Ya Allah! Bisik Khaleeda sambil meraba kembali kepalanya yang semakin berdenyut. Dia memandang sekeliling. Mencari kelibat barangbarang miliknya, namun tiada. Malah tiada langsung petunjuk yang boleh membantu ingatannya tentang apa yang telah berlaku semalam. Kemudian, Khaleeda merenung kakinya. Sandal kesayangannya yang dipakai semalam juga telah tiada, malah sudah berganti dengan gari besi yang terikat kukuh di kedua-dua belah kakinya. Khaleeda cuba membuka gari tersebut, namun gagal. Kepalanya bertambah pening dan berdenyut. Dia mula menangis melihatkan keadaan dirinya yang sebegitu dan kepalanya ketika ini ligat memikirkan apa yang telah berlaku sebenarnya. Hatinya dirundung pilu dan resah. Perlahan-lahan, Khaleeda mula mengingati setiap apa yang dilaluinya semalam sebelum dia dipengsankan oleh lelaki tak guna yang langsung tidak dikenalinya itu. Kenapa dia culik aku? Apa yang dia nak daripada aku? Siapa dia? Ya Allah, dia nak buat apa dengan aku sampai gari aku macam ni sekali. Mama... papa... tolong Khal. Khal takut sangat. Khaleeda menyoal dan merintih dalam hati. Dia sudah mula menangis. Tangisannya semakin kuat kedengaran dan beberapa minit kemudian, muncul seorang lelaki yang turut tidak dikenalinya di muka pintu bilik tersebut. Ya Allah. Selamatkanlah hambaMu ini, Ya Allah. Jauhilah aku daripada perkara yang tidak elok. Rintih hati Khaleeda yang sudah berdebar-debar memandang lelaki yang seusia Papa Zharnya itu. Lelaki itu memandang tepat ke arahnya yang masih menangis teresak-esak. Lelaki itu menapak menghampirinya perlahan-lahan. “Kenapa nak? Ada apa-apa yang mengganggu anak ke?” Pak Mat segera duduk menghadap wajah Khaleeda. Mencari-cari apa yang mungkin telah mengganggu gadis itu sehingga dia menangis sebegitu rupa. Maklumlah, pondok kecilnya ini selalu juga dikunjungi oleh tetamu yang tidak dijemput seperti ular atau kala jengking. Pak Mat bimbang jika binatang-binatang berbisa itu yang mengganggu gadis di hadapannya ini sehingga gadis tersebut menangis sebegitu rupa. Namun, Khaleeda yang sudah ketakutan melihat wajah lelaki tua yang tidak dikenalinya itu segera mengundur ke belakang. Dia amat takut saat lelaki itu menghampirinya dan hampir menyentuh lengannya. Khaleeda

K

cuba untuk berhenti menangis walaupun sisa tangisannya masih kedengaran. Dia tidak mahu orang asing di depannya itu menganggap dirinya lemah kerana tangisannya yang teruk tadi. Khaleeda tidak mahu mengalah dengan begitu mudah kerana dia pasti akan melawan keinginan jahat mereka yang telah menculiknya itu. “Siapa pak cik? Apa pak cik nak daripada saya, hah? Saya tak kenal pun pak cik. Apa niat pak cik culik saya ni? Pak cik jahat! Mentang-mentang saya ni perempuan, pak cik ingat pak cik boleh ambil kesempatan macam ni pada saya, hah! Pak cik tau tak pak cik dah culik saya? Nanti keluarga saya akan cari saya. Saya takkan lepaskan pak cik dan kawan pak cik yang tak guna tu!” Dengan penuh berani, Khaleeda menghambur segal a kemarahan yang dipendamnya dari semalam kepada pak cik tua yang mula terkebil-kebil memandangnya. Lagaknya seperti begitu terkejut dan tidak bersalah tapi bagi Khaleeda, pak cik di depannya itu sama sahaja seperti lelaki yang menculiknya semalam. Mereka pasti sudah bersubahat. Manusia berhati binatang... kejam! Tak guna! Teriak Khaleeda menyumpah dalam hati. Dadanya mula berombak deras, menahan rasa amarah dengan perbuatan keji si penculik, terutamanya apabila dia digari sebegitu rupa dan ia sungguh tidak berperikemanusiaan. Kata-kata fitnah yang dihamburkan oleh lelaki semalam juga kembali terngiang-ngiang di kepalanya. Marah, pedih dan benci membuak-buak di dadanya saat itu dan kalau dia punyai kudrat dan senjata, pasti akan dibalunnya kedua-dua orang penculik itu seteruk-teruknya. “Amboi... amboi... amboi. Sedap betul mulut engkau mengutuk ya! Hoi, perempuan tak sedar diri! Engkau sebenarnya tak layak nak menghina Pak Mat yang lagi mulia daripada kau tu. Dasar perempuan jahat! Kau ingat mak bapak kau nak cari kau ke, hah? Anak tak guna macam kau ni sepatutnya diorang dah tanam hidup-hidup dari kecil lagi. Tak ada la nak menghancurkan hidup orang lain pulak bila dah besar ni.” Kedatangan lelaki yang telah menculiknya semalam amat memeranjatkan Khaleeda. Mana tidaknya, bagaikan halilintar jejaka itu menerobos masuk ke dalam bilik kecil itu dan terus dia menarik kejap rambut Khaleeda yang panjang itu dan mula menolak tubuh kecil Khaleeda rapat ke dinding. Tanpa belas, lelaki itu merenung tepat menikam mata hitam Khaleeda sambil menghambur segala kata-kata hinaan buat gadis itu. Bagaikan sembilu menggores hatinya mendengar setiap kata yang dihamburkan oleh lelaki itu. Geraham Khaleeda diketap kemas. Menahan tangis dan marah yang begitu membuak-buak saat itu. Matanya sudah mula bergenang dengan air mata. Bila-bila masa sahaja empangan air matanya itu akan pecah berderai sekali lagi. Namun Khaleeda tahankan juga, kerana dia tidak mahu dipandang lemah oleh lelaki yang tidak putus-putus menghina dan menabur fitnah kepadanya. “Apa awak nak dari saya, hah? Apa salah saya sampai sesuka hati awak cakap saya jahat? Apa dosa saya pada awak? Saya tak pernah kenal awak pun. Nikan pulak nak buat jahat pada orang yang tak pernah saya jumpa. Hei, awak sedar tak awak dah culik saya, hah! Bila papa dan mama saya dapat cari saya, saya akan humban awak ke penjara!” Khaleeda masih belum puas. Dengan berani, dia membalas pandangan mata jejaka di depannya itu. Dia mahu tahu dengan alasan apa dia diseret ke tempat asing dan diperlakukan sebegitu rupa. Khaleeda sendiri langsung tidak tahu kenapa dia diperlakukan sebegitu oleh lelaki yang kelihatan amat membenci dirinya padahal Khaleeda langsung tidak pernah kenal dengan pemuda itu. Dadanya makin berombak kencang. Nak kata musuh keluarganya, Khaleeda tahu mama dan Papa Zhar tak pernah bermusuh dengan sesiapa. Arwah nenek juga begitu. Keluarganya bukan keluarga pincang yang suka bermusuh di sana sini. Khaleeda benar-benar buntu. Atau mungkin lelaki ini mahu meminta wang tebusan daripada Papa Zhar dan mama? Hati Khaleeda semakin berkecamuk memikirkan pelbagai kemungkinan dan alasan kenapa dia diculik. “Ha ha ha... memang kau tak kenal aku pun wahai perempuan jahat. Tak pernah kenal pun aku dan aku sendiri tak teringin pun nak kenal dengan perempuan macam kau ni. Tapi, orang yang paling aku sayang dalam dunia ni kenal dengan kau dan sebab terlebih kenal kau la dia dah tinggalkan aku. Sebab perempuan tak guna macam kau ni la, dia sanggup buat kerja paling bodoh dalam hidup dia tanpa fikir tentang diri aku sebab dalam kepala dan hati dia dah penuh dan sarat dengan pengaruh jahat kau tu. Sebab kau! Sebab kau, tau tak!” Adam sudah membentak marah. Rambut Khaleeda ditariknya kuat dan terus kepala gadis itu dihantuknya berkali-kali ke dinding. Bagai dirasuk, perlakuan drastiknya itu sememangnya berlandaskan rasa amarahnya yang sangat memuncak saat itu tanpa dia fikirkan kemungkinan yang akan berlaku. Bergenang air mata lelakinya tatkala mengingati wajah adiknya yang terkulai layu tidak bergerak. Terlalu pedih hatinya untuk menggambarkan betapa sedih dirasakan apabila adik kesayangan yang dijaga selama ini sudah tidak dapat melihat dan mendengar bicaranya lagi. Bagaikan mati di depan matanya sendiri.

Pak Mat yang dari tadi memerhatikan tindakan amarah majikannya itu terhadap Khaleeda segera menghalang perbuatan Adam. Pak Mat cuba menenangkan Adam yang begitu rakus menghentak kepala Khaleeda ke dinding membuatkan gadis itu sudah terkulai pengsan kembali. “Encik Adam... sabar encik. Jangan jadi pembunuh pulak. Budak tu dah teruk cederanya tu. Sabar Encik Adam. Bawa mengucap. Ingat Allah,” pujuk Pak Mat. Pak Mat menggosok perlahan-lahan belakang badan Adam yang sudah tercungap-cungap menahan marah. Perbuatan Adam terhenti. Dia kemudian meraup wajahnya dan beristighfar beberapa kali. Nafasnya ditarik berkali-kali untuk menenangkan perasaan marahnya itu supaya akal warasnya dapat berfikir dengan rasional. Ya Allah, apa yang dah aku lakukan ni, Ya Allah.Adam merenung wajah Khaleeda yang sudah terkulai tidak bergerak di hadapannya itu. Darah merah mengalir di bahagian kepala Khaleeda yang telah dihantuknya tadi. Tanpa berfikir panjang, Adam terus mendukung tubuh kecil Khaleeda dan terus dibaringkan di atas katil Pak Mat. Pak Mat membantu Adam meleraikan gari yang mengikat kemas kaki Khaleeda sejak malam tadi. “Pak Mat, ambilkan first aid di dalam bilik saya. Bawa sekali kain bersih dengan besen air ya. Cepat sikit Pak Mat.” Arah Adam. Pak Mat yang mengangguk setelah menerima arahan Adam terus bergegas ke kediaman Adam yang terletak tidak jauh dari pondok itu. Adam begitu cuak tatkala melihat luka teruk di bahagian dahi gadis di depannya itu. Dia menguak perlahan rambut hadapan Khaleeda yang sudah menutup sebahagian wajah dan luka di kepalanya. Pertama kali Adam menyentuh seorang perempuan dan pertama kali juga Adam berkasar dengan seorang perempuan. Walaupun dia amat bencikan gadis itu, namun rasa simpati dan bersalah tiba-tiba muncul menggunung dalam hatinya. Tetapi ia tidak lama kerana rasa amarah dan dendamnya yang sudah lama ditanam sebelum ini datang kembali. She deserves it Adam. She deserves it! Bisikan halus itu kedengaran dalam hatinya. Perasaan benci yang hadir mula mengaburi hati Adam kembali.

LEWAT petang itu, Khaleeda mula sedar. Wajahnya berkerut seribu menahan sakit dan perit akibat luka yang dialami. Tangan kanannya diangkat dan menyentuh lembut balutan di kepalanya yang sedang berdenyut. Luka di kepalanya terasa amat sakit dan badannya juga dirasakan begitu lemah setelah hampir dua hari tidak makan dan minum walau setitik air pun. Khaleeda begitu lemah saat ini. Dadanya berombak halus. Jauh di sudut hatinya, dia mengagak ajal bakal menjemputnya tidak lama lagi. Hanya mati yang dapat digambarkan oleh gadis malang itu pada saat ini. Dan itulah gambaran perasaan yang sama dirasai semasa neneknya meninggal dunia empat tahun yang lalu. Nenek yang terlalu dikasihi dan dirinduinya itu. Khaleeda hanya mampu membuka sedikit matanya sahaja waktu itu dan dia dapat melihat sesusuk tubuh sasa yang telah menzalimi dirinya pagi tadi. Andai kudratnya masih ada, mahu sahaja ditikam tubuh sasa yang berada di hadapannya itu berkali-kali. Tapi, apakan daya Khaleeda. Dia langsung tidak ada keupayaan kini, malah untuk mengangkat tangannya sendiri pun dia sudah tidak larat lagi. Nyawanya dirasakan bagaikan berada di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja dunianya akan kembali gelap. Melihatkan Khaleeda yang sudah mulai sedar, Adam terus menghampiri gadis itu. Tangannya dengan selamba menyentuh balutan luka di kepala Khaleeda. Memeriksa jika balutan itu masih baik atau sudah harus ditukar. Okey lagi. Bisik Adam. Wajah pucat Khaleeda dipandangnya seketika. Sememangnya rasa benci di dalam dirinya membuak-buak terhadap gadis itu, namun masih ada rasa perikemanusiaan dalam jiwa Adam. Tubuh Khaleeda dibangunkan lalu disandarkan pada kepala katil. Adam memerah kain bersih yang direndam di dalam besen yang dipenuhi dengan air suam diperah sebelum dielus lembut ke wajah pucat milik Khaleeda. Khaleeda mula rasa marah. Begitu berani lelaki itu menyentuhnya tanpa keizinan. Malah memang itulah yang telah dilakukan oleh Adam sejak dua hari lepas. Melakukan apa sahaja terhadap tubuhnya tanpa meminta kerelaan daripadanya. Berani betul Adam memperlakukannya sebegitu. Jika diikutkan hati yang marah, mahu sahaja Khaleeda meraung dan menerajang kuat lelaki itu biar jatuh terlentang ke bawah, tapi dia begitu tidak berdaya kini. Hanya rembesan air mata yang mengalir daripada birai matanya yang dapat menggambarkan perasaan marah dalam hatinya itu. Adam mengelap seluruh wajah Khaleeda bagi menambahkan kesegaran buat diri gadis itu yang sememangnya sudah begitu lemah. Jaket kulit yang dipakai oleh Khaleeda ditanggalkan sehingga mendedahkan

lengan putih gebu milik gadis tersebut. Matanya terpanar seketika. Namun, perasaan gementar yang hadir dengan tibatiba itu diusirnya laju. Adam segera mengulangi perbuatannya mengelap tubuh Khaleeda. Dia tahu, Khaleeda sedang memberontak marah dengan tindakannya ini. Dia memang sengaja mahu mendera perasaan gadis itu yang sememangnya sudah tidak berdaya untuk melawan. Lantak kau la kalau nak marah. Aku tak nak kau mati cepat. Aku belum puas nak seksa kau lagi. Bisik hati jahat Adam. Kain bersih tadi diambil kembali dan dielus lembut di seluruh lengan Khaleeda yang terdedah. Dapat dilihat, wajah gadis itu sedikit segar berbanding tadi setelah dibasahkan dengan air bersih. Kedatangan Pak Mat ke bilik itu menghentikan perbuatan Adam. Dia terus menyambut mangkuk bubur yang dibawa oleh Pak Mat bersama segelas air putih. Segera, Adam mengisyaratkan Pak Mat supaya meninggalkan mereka. Orang tua yang patuh itu hanya menurut sahaja. Langsung tidak berani bersuara. Adam meniup perlahan bubur nasi yang telah disediakan oleh Pak Mat sebelum menyuapnya ke mulut Khaleeda. Namun, gadis yang dari tadi hanya memandang tajam ke arahnya itu langsung tidak membuka mulut malah Khaleeda terus merenungnya tajam. Adam mencuba sekali lagi, namun reaksi yang sama dibalas oleh Khaleeda. Kemarahan Adam mula memuncak dengan kedegilan yang ditunjukkan oleh Khaleeda. “Berani kau tak nak makan ya. Kau nak tunjuk protes dengan aku ke, hah! Dah sakit nak mati masih nak berlagak dengan aku. Aku cakap makan... makan la!” sergah Adam. Sudah tiada layanan sebaik tadi. Segera bubur tadi disuapkan lagi. Namun, Khaleeda tetap tidak membuka mulutnya. Baginya, biarlah dia mati kebuluran daripada mengikut kehendak lelaki dayus di depannya itu. Adam yang sudah bertambah geram dan marah itu terus memaksa Khaleeda supaya membuka mulutnya. Kedua-dua belah pipi Khaleeda dipegangnya erat dengan tangan sasanya, memaksa gadis itu membuka mulutnya. Bersama tangisan, Khaleeda terpaksa juga menelan setiap suapan bubur yang sudah tidak disejukkan oleh jejaka itu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa perit tekaknya menelan saat itu. Setiap suapan bagi Khaleeda seperti menelan lahar panas yang rakus melalui tekaknya. Adam yang mula menggila marah itu berjaya menyuapkan kesemua isi bubur di dalam mangkuk itu. Terbatuk-batuk Khaleeda menelan segalanya. Air putih segera disuakan ke mulut Khaleeda. Dengan rakusnya, Khaleeda meneguk kesemua air dalam sekelip mata. Khaleeda berasa sedikit lega. Pipinya kelihatan sedikit kemerahan kerana dipegang kuat oleh Adam sebentar tadi. “Tau pun makan. Aku nak kau cepat-cepat sembuh. Jangan nak manja sangat. Kau kan perempuan hebat. Takkan sakit macam ni pun dah nak mengalah. Aku nak kau sembuh cepat sebab aku dah tak sabar nak uji kehebatan kau tu. Kalau sakit macam ni, apa benda pun aku tak boleh buat... huh!” Dengus Adam sebelum berl alu keluar dari bilik itu sambil membawa mangkuk dan gelas yang sudah kosong. Dia berasa puas. Puas kerana tawanannya akan kembali bertenaga untuk terus menerima hukuman daripadanya. Kata-kata Adam tadi benar-benar menambah luka di hati Khaleeda. Matanya sudah mula berair kembali. Pilu dengan nasib yang melanda dirinya. Khaleeda cuba mengurut lembut lehernya dan masih menahan rasa perit di tekak walaupun badannya kini sudah terasa sedikit bertenaga. Tabahkan hati hambaMu ini Ya Allah. Kenapa dia melayan aku sebegini? Siapakah dia Ya Allah? Apakah dosaku kepadanya? Kenapa dia berdendam dengan aku? Apa yang aku dah lakukan Ya Allah? Khaleeda memejamkan mata dengan rapat. Kepiluan semakin menyelubungi dirinya. Ya Allah... selamatkanlah aku. Lindungilah aku daripada mereka yang tidak berhati perut ini, Ya Allah. Lindungi diriku daripada perkara yang buruk Ya Allah. Hanya doa yang mampu gadis itu utuskan. Walaupun tiada siapa yang mendengar, Khaleeda yakin Allah akan melindunginya dan doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah. Andai ini ketentuan yang telah tercatat buat dirinya, Khaleeda reda dan dia yakin akan ada hikmah di sebalik segalanya. Titisan jernih yang sering menemaninya selama dua hari ini kembali semula. Beberapa minit kemudian, Khaleeda lena kembali kerana kepenatan sambil terkenang nasib malang dirinya.

Bab 4

EDINGINAN hembusan angin yang tidak jemu menyapa tubuh tua Pak Mat tidak menghalang dirinya untuk terus memetik kacang buncis yang ranum. Pelbagai jenis sayur-sayuran lain turut sama dipetik oleh penjaga vila milik keluarga Adam Daniel itu yang mempunyai kebun sendiri berhampiran pondok kecil yang didiaminya selama ini. Kebun sayur itulah yang menjadi pengisi masa Pak Mat yang sememangnya tinggal sendirian di kawasan peranginan peribadi milik keluarga Adam. Vila yang terletak di hutan kecil di kawasan Bentong ini telah dijaga oleh Pak Mat sejak mula berkhidmat dengan keluarga Adam. Vila persinggahan ini amat selesa dan sememangnya digemari oleh Adam. Jika ada kelapangan masa, pasti Adam mahupun Aidil akan datang ke vila ini untuk berehat dan menghirup udara segar. Petang itu, Pak Mat mahu menyediakan makan malam buat Khaleeda. Gadis itu telah diamanahkan oleh majikannya untuk dijaga sehinggalah kesihatan badan Khaleeda pulih sepenuhnya sebelum Adam pulang semula ke vila itu. Ketiadaan Adam selama seminggu memberi ruang buat Khaleeda untuk berehat sepenuhnya dan segera pulih daripada kecederaan yang dialaminya. Tempoh masa itu juga telah memberi ruang buat Khaleeda untuk mengubah tanggapan negatifnya terhadap Pak Mat yang disangkanya bersubahat dengan Adam. Keihklasan hati Pak Mat telah mengubah tafsiran buruk Khaleeda terhadapnya. Pada hari pertama ketiadaan Adam di hutan itu, segala kemarahan Khaleeda terhadap jejaka itu dilepaskannya kepada Pak Mat. Pak Mat yang tidak pernah meninggikan suara terhadap Khaleeda itu hanya diam menerima segala cemuhan dan amarah daripada gadis yang masih terlantar sakit saat itu. “Pergi! Jangan kacau saya. Saya tak nak apa-apa pun daripada pak cik. Saya benci pak cik dengan bos pak cik tu. Jahat! Hati binatang! Apa salah saya pada korang semua, hah? Kenapa pak cik sorokkan saya kat sini? Saya nak balik! Saya nak balik la!” Khaleeda menolak kasar mangkuk bubur yang disediakan oleh Pak Mat buatnya. Jika lelaki itu yang datang membawa makanan untuknya, sudah tentu dia tidak mampu untuk berbuat sebegitu. Dia sudah masak dengan baran lelaki itu yang akan membalas balik kedegilan Khaleeda berkali ganda daripada apa yang dilakukan oleh gadis itu. Tetapi, dengan Pak Mat, Khaleeda berani bertindak agresif kerana dia tahu, orang tua itu tidak akan melawan malah hanya diam menerima amarahnya. Pak Mat yang masih berdiam diri mendengar amukan Khaleeda itu terus membersihkan makanan yang sudah tumpah di atas lantai. Dia hanya tersenyum sambil memandang Khaleeda yang sudah reda sedikit kemarahannya. Pak Mat mengambil segelas air dan terus dihulurkan buat Khaleeda. “Minum air ni. Biar tenang sikit. Anak kena makan. Nanti nak makan ubat pulak. Pak Mat tak nak anak makin sakit. Pak Mat sediakan makanan lain ya. Anak nak makan apa? Biar Pak Mat sediakan .” Begitu tulus hati orang tua itu menutur kata, memujuk dan bertanya. Wajahnya sentiasa tersenyum ikhlas. Pak Mat masih memandang wajah suram Khaleeda. Menunggu jawapan daripada bibir pucat gadis itu. “Kenapa pak cik nak buat baik sangat? Kenapa tak biarkan saya mati kebulur aje. Kan itu yang pak cik nak!” Khaleeda kembali mengamuk. Walaupun sebentar tadi hatinya mula tersentuh dengan pujukan lembut Pak Mat, namun dia tidak mahu terpedaya. Dia masih belum mempercayai keikhlasan Pak Mat yang sentiasa tenang dan tersenyum di hadapannya. “Jangan cakap macam tu nak. Pak Mat tak ada niat nak sakitkan anak. Maafkan Pak Mat atas apa yang berlaku. Anak makan ya. Pak Mat ambilkan makanan.” Segera Pak Mat berlalu keluar daripada bilik itu. Dia tahu, Khaleeda masih mahu menghambur kemarahan buat dirinya. Namun, dia harus pandai memujuk gadis malang yang sudah terluka dengan perbuatan kejam Adam. Pak Mat membawa semangkuk bubur lagi buat Khaleeda. Dia tersenyum sambil melabuhkan punggung di sisi katil Khaleeda. Wajah Khaleeda yang masih mencerlung tepat ke arahnya itu dibiarkan saja oleh Pak Mat. Pak Mat menyuapkan bubur ke mulut Khaleeda. Senyuman ikhlas yang terpamer di wajahnya dihadiahkan buat gadis yang masih terlantar itu. Dan tanpa banyak bicara, Khaleeda mengunyah setiap suapan yang disuakan oleh Pak Mat buatnya. Khaleeda turut hairan kenapa hatinya begitu senang lembut dengan tindakan pak cik yang seusia Papa Zhar itu. Lelaki tua yang sentiasa membahasakan dirinya sebagai Pak Mat itu begitu murah dengan senyuman. Mungkin itu yang membuatkan Khaleeda sedar akan keikhlasan hati Pak Mat yang ingin membantunya. Khaleeda cuba menghabiskan bubur itu walaupun jelas kelihatan wajahnya agak terdesak untuk menelan setiap suapan. Ubat pun dimakan dan itu menambahkan lagi kelegaan hati Pak Mat. Harapannya cuma mahu Khaleeda segera sembuh dan kembali bermaya semula.

K

“Kalau anak nak bersihkan badan, Pak Mat boleh bawa ke tandas. Kalau anak perlukan apa -apa lagi, panggil Pak Mat, ya? Pak Mat ada kat depan sana. Anak berehat du lu ya.” Pesan Pak Mat sebelum melangkah keluar daripada bilik kecil itu. Khaleeda menyoroti langkah orang tua itu sambil hatinya berbisik kelegaan. Lega, kerana tidak ada perkara buruk yang berlaku terhadapnya hari ini dan layanan baik Pak Mat terhadapnya telah mengubat hatinya yang lara.

SEMINGGU menjaga Khaleeda, segala keperluan gadis itu diuruskan dengan baik. Cuma permintaan Khaleeda yang meminta telekung sembahyang sahaja tak dapat Pak Mat sediakan. Segala pakaian Khaleeda sebenarnya telah disediakan oleh Adam. Baju kurung Kedah dan kain sarung batik yang disediakan oleh Adam untuk gadis itu sudah menjadi pakaian harian Khaleeda. Pak Mat masih ingat lagi wajah berang gadis itu saat pakaian itu dihulurkan kepadanya. “Baju-baju saya mana? Kenapa saya kena pakai baju ni? Barang-barang saya yang lain mana pak cik?” Wajah Khaleeda sudah berkerut seribu saat sehelai baju kurung kedah dan kain sarung batik dihulurkan kepadanya sebelum dia melangkah ke bilik mandi yang terletak di luar pondok. “Maafkan Pak Mat, nak. Pak Mat tak tau. Encik minta Pak Mat bagi anak pakaian ni aje. Emmm... baju-baju kecil anak Pak Mat ada simpan dalam almari depan bilik tu.” Jawapan Pak Mat itu terus mengundang dengusan marah dan malu Khaleeda. Sudah beberapa hari dia tidak melihat kelibat lelaki yang mula dibencinya itu. Panggilan „encik‟ yang selalu dipanggil oleh Pak Mat itu sentiasa mengundang rasa marah dan benci dalam diri Khaleeda. Pakaian yang dihulur oleh Pak Mat itu disambut oleh Khaleeda dan segera dia menapak ke bilik mandi yang terletak di luar pondok. Kau ingat aku tak boleh pakai pakaian macam ni? Silaplah kau. Ini Khal la, aku boleh hidup walau aku dicampak kat mana-mana pun. Bisik Khaleeda dalam geram. Sesungguhnya dia tahu, lelaki itu sebenarnya sengaja mahu menyakitkan hati dan menyusahkan hidupnya dengan mencabarnya memakai pakaian tersebut. Tapi Khaleeda tekad, dia tidak akan gentar dengan cabaran lelaki itu selagi dia masih di dalam hutan ini. Khaleeda menapak masuk ke dalam bilik mandi yang hanya berdindingkan zink dan tidak berbumbung itu. Bilik mandi itu terletak di sebelah pondok kecil yang didiaminya. Tidak pernah sepanjang hidupnya dia menggunakan bilik mandi yang sebegitu daif rupanya. Lihat secara real pun tak pernah. Di dalam bilik mandi tersebut, hanya ada sebuah tempayan besar bersama gayung. Tiada botol-botol barangan mandi, malah berus gigi serta ubat gigi juga turut tiada. Khaleeda mula berasa tidak selesa. Macam mana dia mahu mandi jika tidak memberus gigi, mencuci muka dan bersabun? Tidak ada gunanya mandi jika tidak bersih. Khaleeda mula mengamuk dalam hati. Dia kemudian segera keluar mendapatkan Pak Mat. “Pak cik... ubat gigi dengan berus gigi untuk saya ada tak? Saya tak selesa kalau tak berus gigi. Lagipun dah berhari-hari saya tak berus gigi.” Sepanjang dia terlantar di atas katil, dia langsung tidak menggosok gigi. Entah-entah sudah bermacammacam jenis bakteria bermaharajalela dalam mulutnya saat ini. Mungkin, sudah berbatang-batang giginya yang telah digerudi oleh makhluk mikro ini. “Ya Allah... Pak Mat terlupa, nak. Nanti Pak Mat bawakan untuk anak ya. Anak mandi la dulu. Pak Mat pergi ambil berus dengan ubat gigi dulu.” Pak Mat terus berhenti daripada mengupas ubi kentang yang sedang dilakukannya sedari tadi. Dia dengan laju menapak ke arah hutan meninggalkan Khaleeda yang masih terpinga-pinga. “Dia nak pergi beli ubat gigi kat mana tu? Dalam hutan ni ada kedai ke?” Gumam Khaleed a sambil masih menyoroti langkah Pak Mat yang semakin menghilang di sebalik pokok-pokok besar. Malas mahu memikirkannya, Khaleeda kemudian masuk semula ke bilik mandi dan hari itu, pertama kali dia menyegarkan badannya yang sudah lama tidak mandi itu dengan air sejuk dalam tempayan. Walaupun sedang seronok menikmati air sejuk yang menyapa segar seluruh tubuhnya yang mula menggeletar, mata Khaleeda sentiasa melilau, memerhati sekeliling. Bimbang jika ada yang mengintipnya. Rasanya, mata bulatnya itu tidak berhenti berpusing 360 darjah kerana terlalu bimbang. Manalah tahu, jika si penculik gila itu ada menyembunyikan kamera di dalam bilik mandi ni.

“PANGGIL saya Khal, Pak Mat. Pak Mat dah sediakan air untuk Khal ke? Khal nak mandi.” Khaleeda yang sedang menapak keluar daripada bilik yang sudah seminggu didiaminya itu segera menjawab sapaan daripada Pak Mat yang sentiasa memanggilnya „anak‟. Pak Mat yang sedang memarut kelapa itu tersenyum memandang Khaleeda. Selama seminggu dia menjaga Khaleeda, gadis itu sudah jarang melepaskan amarahnya. Khaleeda lebih gemar menjawab pertanyaan dan sapaan Pak Mat dengan anggukan, gelengan atau hanya dengan senyuman pahit sahaja. Tetapi hari ini, gadis itu membalas sapaannya dengan kata-kata lembut dan baru hari ini juga Pak Mat mengetahui nama gadis cantik itu. Khaleeda dilihatnya sudah mengambil tempat di atas pangkin bersebelahan dengannya. Balutan luka di kepala gadis itu sudah dibukanya semalam. “Comelnya nama Khal. Macam tuan punya nama. Tapi, jarang Pak Mat dengar nama perempuan Khal. Kalau lelaki, nama Khalid tu pernah la juga Pak Mat dengar. Khal pergi la mandi dulu. Pak Mat dah sediakan air dalam tempayan tu. Pakaian Khal semalam pun Pak Mat dah basuhkan. Ada dalam almari luar bilik tu. Nanti Khal boleh guna.” Pak Mat kembali tersenyum. Dia kemudian kembali meneruskan tugasnya memarut kelapa tadi. Pak Mat mahu menyediakan sarapan pulut kelapa buat Khaleeda hari ini. Khaleeda tersenyum mendengar jawapan dan gurauan Pak Mat itu. Entah kenapa, setiap bicara Pak Mat amat disenangi. Terkenang akan kenangannya bersama arwah nenek di kampung. “Terima kasih Pak Mat. Nanti Khal ambil pakaian tu. Isy... Pak Mat ni, bukan orang lelaki aje tau boleh ada nama Khal ni. Khal pun boleh jugak sebab Khal memang comel macam yang Pak Mat cakap tadi. Hi hi hi....” Khaleeda sudah mula tersengih seperti kerang busuk. Pak Mat tergelak seketika. Entah kenapa, wujud juga kemesraan antara mereka hari ini. Dia bersyukur melihat keceriaan dan senyuman Khaleeda pagi itu. Sememangnya dia sendiri tidak tahu kenapa gadis itu dihantar ke sini, tetapi Pak Mat yakin Khaleeda bukan gadis jahat seperti apa yang didengari daripada mulut majikannya sebelum ini. “Memang comel pun Khal ni. Kalau senyum macam tu lagi comel Pak Mat tengok. Tapi Pak Mat t eringin juga nak tau, apa nama betul Khal. Memang Khalid ke?” Pak Mat memuji Khaleeda. Sememangnya gadis itu sangat cantik orangnya. Matanya yang bulat, dengan hidung mancung yang kecil cukup melengkapkan wajah comel gadis itu. Rambutnya yang berwarna coklat gelap dengan potongan fringe di hadapan yang hampir menutupi matanya menampakkan lagi wajah manja gadis itu. “Isy... Pak Mat ni, tukan nama lelaki. Ada ke patut nama Khalid. Nama sebenar Khal, Khaleeda Adni la. Tapi, sejak kecil lagi mama dengan papa dah panggil Khal. Khal sendiri pun tak tau kenapa. Mungkin dia nak anak lelaki kut, sebab tu panggil Khal macam lelaki, kan? Jadi, sampai sekarang la semua orang panggil Khal. Tak apa la Pak Mat, Khal pergi mandi dulu ya.” Khaleeda mula melangkah menuju ke bilik mandi sambil tergelak kecil. Dia selesa dapat berbual dengan Pak Mat. Dapat juga menghilangkan rasa rindunya kepada keluarga tercinta yang masih tiada khabar berita datang mencarinya yang tersorok di hutan ini.

Bab 5

ETUKAN yang bertalu-talu di pintu kamar Ahmad Zharkuan dan Sharifah Aleya benar-benar mengganggu lena mereka pagi itu. Mana tidaknya, pada jam satu pagi begini, semua penghuni banglo itu sepatutnya sedang lena diulit mimpi indah setelah seharian penat berteleku di dalam kereta dalam perjalanan pulang daripada percutian mereka. Sharifah Aleya terjaga daripada lenanya yang sudah terganggu. Dia mengiring ke kanan. Berpaling, memandang suaminya yang mendengus kecil tapi masih lagi lena dalam mimpinya sendiri. Kepenatan sangat agaknya. Tidak mahu mengganggu suaminya, Sharifah Aleya segera menuruni katil dan menapak ke arah pintu masuk kamarnya yang masih diketuk bertalu-talu. Rambutnya yang sedikit kusut itu dibetulkan seketika. Tombol pintu dipulasnya. Terpacul wajah Khaleesya di muka pintu yang sudah mempamerkan muncung itiknya. Mungkin geram kerana mamanya lambat membuka pintu. Wajah yang sudah bertempek dengan solekan tebal itu segera meraih lengan Sharifah Aleya yang masih mamai dan terpinga-pinga.

K

Khaleesya menarik tangan mamanya ke bilik paling hujung di tingkat atas banglo itu. Pintu bilik milik adiknya itu dibuka dengan segera. Lampu bilik yang sudah terpasang terang memperlihatkan setiap inci sudut di dalam kamar tidur itu. “Mama, Khal dah balik, ma. Tengok tu, semua barang-barang Khal dah ada. Almari dia pun penuh dengan baju-baju dia, ma. Khal tak bagitau kita pun dia dah balik Malaysia, ma.” Khaleesya yang agak seksi dalam gaun hitam sendatnya itu segera memandang wajah Sharifah Aleya sambil jari runcingnya menunjuk ke arah longgokan kotak-kotak dan beg milik Khaleeda. Dia yang kebetulan masuk ke bilik Khaleeda untuk meminjam clutch milik adiknya itu tadi amat terkejut tatkala melihat barang-barang Khaleeda yang sudah tersusun rapi di atas katil dan di dalam almari. Sememangnya Khaleesya tahu barang-barang yang dilihatnya itu adalah milik Khaleeda, terutama sekali Mr. Bear yang terlentok kaku di atas katil adiknya saat itu. Patung beruang itu merupakan teman setia dan teman tidur Khaleeda sejak dia berangkat ke Jepun empat tahun yang lalu. “Ya Allah, Khal dah balik Isya. Alhamdulillah. Gembiranya hati mama. Tapi kenapa dia langsung tak bagitau mama. Mama ingat dia ikut kawan-kawan dia pergi bercuti dulu. Bertuah betul budak Khal ni. Balik tak beritahu mama. Tapi... mana Khal, Isya? Tak ada pun dia masa kita sampai petang tadi.” Sharifah Aleya melahirkan rasa terkejut dan kelirunya. Dia masih ingat lagi, kepulangan mereka lewat petang tadi. Suasana di banglo mewah itu senyap sunyi. Sememangnya tiada tanda-tanda rumah itu berpenghuni. Sharifah Aleya mula berkerut bimbang. “Isya pun hairan, ma. Dah la balik senyap -senyap. Padahal Isya baru aje chat dengan Khal beberapa hari lepas. Tak ada pula dia beritahu Isya yang dia dah nak balik. Isy...buat saspens orang betul la budak Khal ni. Dah la tak nampak batang hidung lagi ni.” Khaleesya mula membebel. Dia kemudian mengerling Tag Heuer, pemberian bekas kekasih hatinya yang melekat cantik di pergelangan tangannya. Angka yang ditunjukkan oleh jarum jam itu mengundang resah dalam hatinya. Melihatkan dia yang sudah kelewatan, Khaleesya segera menapak ke arah drawer yang terletak di sudut kiri bilik itu. Khaleesya terus mengambil clutch Khaleeda yang ingin dipinjamnya. Dia kemudian mendapatkan mamanya yang masih keliru memikirkan ke mana Khaleeda berada saat ini. “Mama... Isya dah lewat ni. Isya nak keluar dulu ya. Isya rasa Khal nak surprisekan kita la, ma. Nanti dia balik la tu, ma. Mama jangan bimbang sangat la ya. Takkan la mama tak kenal perangai Khal tu. Selalu tak nak susahkan mama dengan Papa Zhar.” Khaleesya terus membuat kesimpulan sendiri. Malas pula dia mahu memikirkan hal adiknya itu lama-lama walaupun pada awalnya dia agak bimbang juga. Janji temunya pada malam itu lebih utama bagi gadis itu. Janji temu dengan kenalan yang baru dikenali dan mula menambat hatinya. Khaleesya segera menghadiahkan senyuman manis buat mama yang masih terpinga-pinga memandang kosong ke arah bilik Khaleeda. Pipi mama dikucup dan segera keluar dari bilik Khaleeda. Khal is back. Yes! Tak sabar nak cerita semua hal kepada Khal. Hati Khaleesya berbunga riang. Langsung tiada tanggapan negatif yang difikirkan sedang berlaku ke atas adiknya itu. Baginya, Khaleeda mungkin sedang bercuti dengan teman-temannya kerana itulah perancangan yang diberitahu oleh adiknya itu. Kepulangan Khaleeda yang langsung tidak diberitahu itu mungkin kerana adiknya itu tidak mahu mengganggu mereka yang sedang leka bercuti di Ipoh tempoh hari. Itu adalah alasan yang paling logik dapat Khaleesya fikirkan ketika ini. Sharifah Aleya yang baru tersedar daripada angannya yang leka memikirkan tentang Khaleeda segera menoleh mencari kelibat Khaleesya yang sudah menghilang. Sebenarnya Sharifah Aleya ingin bertanyakan anak sulungnya itu ke mana dia mahu pergi pada waktu sebegini dan kenapa pakaian Khaleesya agak menjolok mata? Namun, semua persoalan itu hanya mampu disoalnya di dalam hati apabila bunyi deruman kereta milik anaknya itu sudah meninggalkan halaman rumah. Keluhan kecil kedengaran daripada bibir si ibu. Sharifah Aleya kemudian mematikan suis lampu dan menutup kembali pintu bilik Khaleeda. Dia kemudian menapak perlahan kembali ke biliknya semula. Penat badannya dirasakan lebih berat berbanding memikirkan ke mana Khaleeda berada saat ini. Seperti Khaleesya, Sharifah Aleya turut beranggapan bahawa Khaleeda sedang bercuti bersama rakan-rakannya. Sharifah Aleya yakin, Khaleeda mampu membawa diri dan pengalaman gadis itu yang sudah hidup di tempat orang sejak menuntut di sekolah menengah lagi menguatkan lagi keyakinan Sharifah Aleya dan Ahmad Zharkuan terhadap Khaleeda. Tambahan pula, anak gadisnya itu memang tidak suka menyusahkan mereka dan lebih selesa melakukan semua perkara sendiri. Itulah yang arwah neneknya ajarkan selama ini, membuatkan Khaleeda begitu matang dalam usia mudanya.

Bab 6

HHH... sejuk!” Jeritan nyaring Khaleeda menerobos di sekeliling pondok kecil itu. Bagai mahu hilang nyawanya terkejut dengan jirusan air sejuk ke seluruh batang tubuhnya. Habis basah kuyup satu tubuhnya yang masih terpinga-pinga bersama dada yang sudah berombak deras. Adam yang bercekak pinggang bersama baldi kosong di tangannya sudah ketawa terbahak-bahak melihat keadaan Khaleeda yang begitu terkejut bagai terkena renjatan elektrik dek disimbah air sejuk tatkala dia sedang lena dibuai mimpi. Puas hati Adam dapat mengenakan gadis yang dibiarkan bersenang-lenang selama dua minggu itu. “Ha ha ha... padan muka kau. Siapa suruh kau terlentang tidur lagi. Kau ingat kau dah jadi tuan puteri nak bangun lewat macam ni, hah? Mentang-mentang aku tinggalkan kau dua minggu, kau dah mula „naik tocang‟ kat sini ya. Hei... mulai hari ni, aku takkan biarkan kau hidup senang lenang macam ni lagi tau! Kalau tak sebab kau cedera parah hari tu, dah lama aku bantai kau, tau tak?” Bagai ketua platun PLKN yang mengamuk sakan dengan pelatihnya pula lagak Si Adam pagi ini. Bertalutalu sindiran diberikan kepada Khaleeda sebagai sapaan selama dua minggu mereka tidak berjumpa. Khaleeda meraup wajahnya yang sudah basah kuyup itu. Giginya sudah mula berlaga, tanda dia kesejukan dek air yang sudah membasahi katilnya. Bebelan dan sindiran Adam tadi benar-benar menaikkan amarah dan geram Khaleeda. Namun, entah kenapa mulutnya pagi itu kelu untuk membalas. Hanya matanya sahaja yang berani memainkan serangan balas. Dua minggu tidak melihat wajah Adam, dia sebenarnya amat terkejut bila kelibat jejaka itu kini berdiri di hadapannya. Mata Khaleeda masih tajam merenung Adam yang turut sama mencerlung bagai mahu tembus wajahnya saat itu. Kenapalah aku tak lari dari sini hari tu. Sakit jiwa aku dengan Hitler gila ni. Isy, menyesalnya aku tak lari dari sini. Tapi, kalau aku lari pun, nak ke mana dalam hutan tebal ni? Mahu sesat aku. Nanti, lari daripada Hitler depan ni, terjumpa Hitler harimau pula. Aish... kusutnya kepala. Khaleeda membebel sambil mengetap bibir. Walaupun matanya masih memandang tajam ke arah Adam, dia tetap berkira-kira memikirkan perasaan sesal yang dirasainya ketika ini. Adam tidak mahu kalah. Mata Khaleeda tetap dicerlung juga. Kemudian, dia mula menghampiri gadis itu perlahan-lahan. Mendekatkan jarak antara mereka. Khaleeda mula mengundur ke belakang. Namun, dia masih teguh membalas pandangan mata Adam. Tidak sesekali mahu mengalah kerana itu sahaja senjata yang dia ada untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan lelaki itu. “Kau nak lawan aku, kan? Bagus... bagus.... Aku nak tengok, selama mana kau boleh lawan dan tahan dengan aku. Aku nak tau jugak apa kehebatan yang kau ada sampai ada yang sanggup mati sebab perempuan macam kau ni?” Sinis lontaran kata daripada Adam. Mata Adam yang dijegilkan tepat di hadapan Khaleeda itu membuatkan gadis itu mula menunduk sedikit dan mengalah. Entah kenapa, setiap bait kata yang dihamburkan oleh lelaki itu bagaikan fitnah yang begitu keterlaluan baginya. Bagaikan begitu besar dosa yang dilakukannya kepada seseorang padahal dia tidak pernah melakukan perkara sebegitu. Khaleeda buntu. Dia harus tahu, kenapa lelaki ini mahu menghukumnya terhadap kesalahan yang tidak pernah dilakukan. Khaleeda perlu tahu, apakah kesalahan yang dimaksudkan oleh lelaki itu dan siapakah insan yang dimaksudkan oleh lelaki itu sebagai mangsanya? “Apa lagi yang kau menungkan tu, hah? Nak meratapi nasib malang kau lagi ke? Kau patut sedar yang nasib kau kat sini aku yang akan tentukan. Jadi sekarang, aku bagi masa pada kau lima minit saja untuk kau pergi mandi. Lepas tu, aku ada kerja untuk kau buat. Gerak la cepat!”

“A

Tengkingan Adam membuatkan Khaleeda mula kecut perut. Kerja apakah yang dimaksudkan oleh lelaki itu? Dia mula dilanda resah. Khaleeda membiarkan persoalan itu tergantung begitu sahaja. Kalau diikutkan hatinya, dia tidak sanggup mengikut setiap kehendak lelaki itu, tetapi memikirkan tindakan ganas pemuda itu yang pernah menghantuk kepalanya dahulu, Khaleeda makin berjaga-jaga. Manalah tahu jika selepas ini mamat ni akan menikamnya pula jika dia melawan kata. Siapa tahu, kan? Khaleeda tidak mahu nyawanya berakhir di tangan lelaki kejam itu. Kemudian, Khaleeda segera bangkit dan bergegas mengambil tuala serta pakaiannya di dalam almari. Khaleeda menapak segera ke bilik mandi dan pada masa yang sama, Khaleeda sedar setiap perlakuannya itu disoroti anak mata tajam milik Hitler gila yang masih tidak melepaskannya hingga pintu bilik mandi ditutup rapat. Naik meremang bulu romanya mengingatkan pandangan tajam mata itu yang mengekori langkahnya tadi. Lelaki tak guna. Dahlah dayus sebab pukul aku. Huh! Harap muka aje hensem, tapi hati hodoh. Khaleeda mula menyumpah dalam hati. Entah kenapa, makin lama, makin banyak kutukan dan sumpahan lahir daripada mulutnya buat Adam. Kadang-kadang terfikir juga sikapnya itu tidak ubah seperti lelaki itu juga yang sesuka hati menghina orang. Entahlah, dia sendiri buntu memikirkannya. Khaleeda segera membersihkan tubuhnya sambil dadanya berdebar kencang meneka tugasan apakah yang akan diberikan kepadanya selepas ini?

“MULAI hari ni, aku nak kau sediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam untuk aku setiap kali aku suruh. Bukan setakat bab masak-memasak aje, aku nak kau buat segala kerja yang selalu dibuat oleh Pak Mat. Cuci baju, mengemas dan macam-macam lagi. Dah tiba masanya aku bagi Pak Mat bersara daripada kerja dia. Dia pun dah tua dan mulai hari ni, kau akan gantikan tempat Pak Mat.” Adam tersengih bagai kerang busuk. Dia yang begitu selesa bersilang kaki di atas pangkin pondok memandang tepat wajah Khaleeda yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Tubuh gadis itu ditatapnya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Pandangan yang menjadi kegemaran kaumnya. Entah kenapa, rambut Khaleeda yang masih basah kerana tidak sempat dikeringkan itu mengundang getar di jiwa Adam. Ditambah pula dengan baju kurung Kedah yang dikenakan oleh gadis itu kelihatan begitu padan dengan Khaleeda yang lengkap berkain sarung batik . Adam menelan liur. Perempuan Melayu Terakhir. Bisik hati nakal Adam tiba-tiba bersama senyuman penuh makna. Sakit hati Khaleeda mendengar arahan yang diberikan oleh Adam kepadanya. Mana tidaknya, dia yang berkelulusan kejuruteraan dari luar negara boleh pula diminta untuk menjadi pembantu rumah di dalam hutan ini. Agak melampau lelaki di hadapannya ini. Sudahlah dia diculik tanpa tahu apa sebabnya. Boleh pula diarah itu ini. Saat itu, mahu sahaja ditarik-tariknya rambut cacak lelaki itu, biar botak macam kawan sekolahnya dahulu, Botak. Barulah padan dengan muka lelaki itu. Tetapi, semuanya itu hanya mampu Khaleeda ungkitkan dalam hatinya sahaja. Mahu haru dia dikerjakan oleh Adam kalau dia melakukan seperti apa yang difikirkannya tadi. Nafasnya ditarik dalam. Khaleeda menahan rasa amarahnya. Dia tahu, bagi lelaki itu, lebih teruk dia dapat mengenakan diri Khaleeda, pasti dia akan lebih seronok dan puas. Mamat psiko! Bentak hati Khaleeda sebelum menambah kutukan dalam hatinya. Tapi kau silap wahai Daniel Shaw jahat. Aku takkan merayu untuk meminta belas kasihan daripada engkau. Walau apa pun yang kau paksa aku lakukan, aku tetap takkan tunjukkan kelemahan diri aku. Aku akan buktikan yang kau takkan dapat kenakan aku dan segala kata-kata fitnah yang kau lemparkan kepada aku semuanya adalah salah. Aku akan buktikan Daniel Shaw. Azam hati Khaleeda yang masih memandang tepat wajah Adam. Khaleeda yang masih tidak tahu nama lelaki yang sentiasa menyusahkan hidupnya itu spontan sudah memberi nama jolokan baru buat Adam yang dilihatnya agak mirip dengan wajah Agent Daniel Shaw dalam drama bersiri kegemarannya, Chuck yang dilakonkan oleh Brandon Routh. Khaleeda yang masih membisu itu hanya mendengar setiap penerangan Adam mengenai kerja-kerja yang bakal dilakukannya nanti. Dia hanya mampu bermonolog untuk membina semangat supaya dirinya lebih kuat menghadapi dugaan selepas ini. Khaleeda tidak akan gentar untuk menerima segala cabaran daripada lelaki itu walaupun segala apa yang harus dilakukannya selepas ini adalah penderaan semata-mata. Khaleeda tekad, dia akan mengikut rentak lelaki itu dan pada masa yang sama Khaleeda akan fikirkan cara bagaimana untuk lari daripada cengkaman lelaki itu jika tiada pihak berkuasa yang datang mencarinya di hutan ini. “Kau tahu kan, semua kerja yang Pak Mat buat kat d alam hutan ni adalah secara manual. Maksud aku, kat sini tak ada supermarket atau pasar untuk kau beli segala barang-barang dapur yang kau perlukan untuk memasak. Aku pun takkan supply apa-apa bahan masakan. Jadi, semuanya kau kena usahakan sendiri. Pandai-pandai la kau cari semua tu dalam hutan ni. Dan satu lagi aku nak ingatkan, kat sini tak ada saliran air paip. Air yang kau guna untuk

bermandi-manda sakan tu sebenarnya diambil dari jeram hujung sana. So, memandangkan kau dah ambil alih tugas Pak Mat, mulai hari ni kau kena penuhkan semua tempayan dalam bilik mandi dan dapur tu sendiri tanpa bantuan Pak Mat lagi. Kau faham tak?” soal Adam lalu menyengetkan sedikit kepalanya sambil matanya dijegilkan kepada Khaleeda. Khaleeda yang leka berangan itu sudah terkejut beruk mendengar kerja-kerja berat yang bakal dilakukannya lagi. Ya Allah, biar betul mamat gila ni. Boleh ke aku angkut air. Tak guna punya lelaki. Buli perempuan macam tu aje. Kalau aku kat Bangsar ni, dah lama aku repot kes penderaan ke atas wanita pada pihak berkuasa. Tak pun aku telefon teledera yang selalu diiklankan di televisyen setiap hari. Huh! Harap muka aje macam pelakon favourite aku, tapi perangai kau... harem. KO! Bebel Khaleeda dalam hati. Nafas marahnya ditahan supaya ledak marahnya tidak tercetus nanti. Dia kemudian memandang ke bawah. Memandang kakinya menguis habuk kayu yang berterabur di atas lantai. Sudah berdesing telinganya mendengar bebelan daripada lelaki itu pagi-pagi begini dan hanya Tuhan saja yang tahu betapa tidak sabarnya Khaleeda menanti pengakhiran semua ini. Selesai bebelan lelaki itu berakhir, Khaleeda sudah diheret menuju ke belakang pondok. Terkial-kial Khaleeda menyarungkan selipar jepun yang sudah menjadi sepatu rasminya di dalam hutan itu untuk membuntuti langkah itu. Adam menarik lengan Khaleeda dan diarah mengikutnya menuju ke arah deretan reban ayam yang berada di belakang pondok. “Setiap pagi, aku nak kau kutip telur ayam dari reban ni. Aku nak makan omelette. Jadi, kau wajib sediakan sarapan special ni untuk aku.” Arah Adam kepada Khaleeda. Dia tersengih memandang Khaleeda yang semestinya sudah terpinga-pinga terkejut dengan apa yang dikatakannya tadi. “Gila apa dia ni. Dia nak makan omelette, aku pulak yang susah-susah nak kena buat. Suka-suka hati anggap aku ni balaci dia. Ahhh... macam mana nak ambik telur dalam reban tu. Hish... tak pasal-pasal aku kena kejar dengan ibu ayam tu nanti. Tak pun, dengan bapak ayam tu sekali kejar aku. Ahhh... kusutnya macam ni.” Khaleeda membebel perlahan. Bibirnya sudah diketap rapat, tanda dia mula tidak selesa dengan apa yang bakal dilakukannya nanti. Matanya mula memandang tajam ke arah lelaki yang sudah tersengih-sengih bagai meraikan penderitaan yang bakal dihadapinya nanti. “Kau membebel apa tu? Tak puas hati dengan apa yang aku suruh ke? Ada aku kisah kalau kau tak suka? Kalau kau nak keluar cepat daripada hutan ni, baik kau dengar cakap aku. Buat apa yang aku suruh. Ada faham?! Jangan nak tunjuk protes dengan aku pulak. Nanti tak pasal-pasal aku hantuk kepala batu kau tu sekali lagi.” Sekali lagi Adam menjegilkan matanya sedikit, cuba menakutkan Khaleeda bersama ugutannya yang sememangnya pasti akan menggerunkan gadis itu. Kemudian, lengan Khaleeda yang masih belum dilepaskannya itu terus ditarik lagi untuk mengikut langkahnya menyusuri denai jalan yang merentasi hutan itu. Khaleeda terus terpingapinga mengikut langkah lelaki itu. Isy... berapa banyak dosa dah aku dapat dengan mamat ni. Selamba badak dia aje tarik-tarik aku, pegangpegang aku. Macamlah aku ni adik dia ke, mak dia ke, isteri dia ke.... Hati Khaleeda mula memprotes. Isy... simpang malaikat kalau aku jadi isteri dia. Tak sanggup! Kain sarung batik yang dipakai benar-benar membantutkan langkah Khaleeda untuk menyaingi langkah besar lelaki yang mengheretnya itu. Beberapa minit kemudian, Khaleeda dapat melihat satu ruangan padang yang terang dan lapang. Dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman yang hidup menyubur dan menghijau segar. Tatkala melihat pemandangan di depannya itu, Khaleeda begitu teruja. Lengannya yang sudah dilepaskan oleh lelaki itu membolehkan dia menapak laju menghampiri kebun sayur yang menyubur di hadapannya itu. Khaleeda menyentuh juraian kacang panjang yang sudah boleh dipetik dan tidak semena, senyuman manis terukir di bibir pucatnya. Hilang seketika amarahnya yang membuak-buak tadi. Sudah empat tahun dia tidak menyentuh sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang menyubur di hadapannya itu. Entah kenapa, rasa rindu pada arwah nenek membuak-buak di sanubari. Di kampung, nenek selalu menyajikan hidangan yang enak bersama dengan pelbagai ulam-ulaman kampung seperti ini untuknya. Ulam-ulaman inilah yang menjadi kegemaran Khaleeda selama ini dan selama empat tahun berada di Jepun, inilah kali pertama Khaleeda dapat melihatnya semula walaupun belum lagi dapat merasa. Adam yang sudah memerhati dari tadi agak terkejut melihat senyuman yang terukir di bibir gadis comel itu. Pertama kali Adam melihat wajah ceria gadis itu. Rasa gentar yang hadir di jiwanya saat melihat senyuman itu cepatcepat dihalaunya. Adam tidak mahu pendiriannya terganggu kerana dia sudah terpesona dengan Khaleeda.

Isy... sawan ke apa budak ni. Tengok sayur pun excited semacam. Macam tak pernah makan sayur aje. Dia ni hidup kat planet mana sebenarnya? Gumam Adam tatkala matanya tidak lepas daripada memerhati gadis yang dibawanya ke hutan itu yang begitu teruja melihat kebun sayur yang diusahakan oleh Pak Mat. “Amboi... amboi... amboi... dah excited nak bercucuk tanam ke? Kau ni tak pernah nampak sayur ke, hah? Nampak sayur macam nampak sandwich Subway aje.” Sindiran Adam itu langsung tidak mengundang reaksi Khaleeda. “Hurm... sebab kau dah excited sangat, kan... mulai hari ni kau kena ambil tugas Pak Mat menyiram semua tanaman di kebun sayur ni. Sayur-sayur yang dah matang tu kau boleh petik untuk masak. Ini aje sumber makanan yang ada dalam hutan ni selain telur ayam tadi. Jadi, kau kena la masak apa-apa lauk yang berasaskan sayur-sayur ni atau apa yang ada saja. Tapi, kalau perut mat salih celup kau tu tak boleh nak telan semua ulam ni, aku tak bertanggungjawab. Cuma apa yang boleh aku cakapkan... padan muka kau!” Adam ketawa dengan gembiranya saat dia melihat wajah Khaleeda yang berubah menjelingnya. Begitu seronok dirasakan kerana dapat mengenakan Khaleeda. Adam terus menyambung bebelan tugasan yang akan dilakukan oleh Khaleeda. Memang tidak penat mulut jejaka itu membebel sedari tadi asalkan dia dapat menyakitkan hati gadis itu. “Hah! Sebelum aku terlupa. Aku nak ingatkan kau, apa yang kau masak mesti sedap dan aku suka. Kalau masakan kau hancus, aku akan denda kau. Kau kena ingat tu. Dan denda tu nanti... confirm dahsyat. Lebih dahsyat daripada pengsan kena hantuk kepala hari tu.” Senyuman sinis dilemparkan buat gadis bermata bulat di hadapannya. Mendengarkan ugutan itu, Khaleeda sudah mengerutkan wajahnya tanda tidak berpuas hati dengan katakata itu. Namun, apalah daya gadis itu. Khaleeda hanya mampu berdecit perlahan melepaskan rasa marah yang dirasainya. Dia bimbang, jika dia melawan lelaki ini, mahu nyawanya melayang begitu sahaja. Khaleeda takkan sekali-kali mati di tangan pemuda itu. Menyampah punya lelaki. Dahlah nak aku masak-masak untuk dia. Demand nak mati pulak tu. Huh! Kau ingat perut aku ni tak boleh telan semua tu. Silap besarlah kau. Aku ni Khal la, penggemar ulam nombor satu kalau kau nak tahu. Untuk kau pulak, aku nak aje taruk ubat julap dalam makanan kau tu, supaya mulut laser kau tu boleh diam dan hormat sikit pada perempuan. Khaleeda mengomel sendiri. Membayangkan wajah Adam yang sedang menahan sakit perut akibat ubat julap imaginasinya itu. Dia ketawa kecil sambil menyoroti langkah Adam yang sudah menuju ke arah hutan. Setelah beberapa minit berjalan, kelihatan jeram yang begitu indah tersergam di hadapannya. Airnya bersih dan jernih mengalir dan suasana damai itu membuatkan Khaleeda benar-benar terpaku. Tidak diduga, kawasan hutan yang disangkanya penjara menakutkan itu mempunyai pelbagai keindahan semula jadi yang tersembunyi. Tanpa menghiraukan Adam, Khaleeda menapak menghampiri gigi air. Dia mula mencangkung. Dengan penuh senyuman, Khaleeda menyenduk sedikit air dingin jeram itu dengan telapak tangannya. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya saat itu. Adam hanya memerhati. Dia tahu, Khaleeda sedang mengagumi keindahan jeram itu dan itulah juga perasaan yang dirasainya semasa pertama kali ke sini. Adam turut tersenyum. Mengingati memori lama bersama kedua-dua ibu bapanya. Kemudian, adiknya Aidil. Tetapi, ukiran senyuman itu mati saat mengingati wajah lesu Aidil yang terbaring di katil hospital saat ini. Adam memandang Khaleeda yang masih leka di gigi air. Kalau diikutkan rasa amarahnya pada gadis itu, sudah ditolaknya Khaleeda ke dalam sungai itu, biar mati lemas. Tapi, Adam harus bersabar. Dia tidak akan mengambil langkah pendek sebegitu saja. Adam mahu memberi pengajaran buat perempuan itu tentang derita kehilangan orang yang disayangi. Dia sudah mempunyai perancangan yang panjang untuk Khaleeda, gadis yang disangkanya teman wanita Aidil.

Bab 7

I

NGATAN pada arwah nenek, mama, Papa Zhar, Kak Isya dan adik datang mengetuk pintu hati Khaleeda yang sudah lama merindui peluk cium mereka. Mata bulat milik gadis itu

mula bergenang dengan air mata. Khaleeda menghentikan seketika tugasannya menumbuk cili padi yang dipetiknya tadi. Lengan baju kurung Kedah yang dipakainya didekatkan pada mata yang sudah hampir pecah empangan air jernihnya. Hati Khaleeda sayu mengenangkan nasib dirinya saat ini. Terpaksa merindui keluarga tercinta di dalam hutan terasing yang entah di mana letaknya dalam peta Malaysia. Mungkin juga bukan di Malaysia. Khaleeda sendiri tidak tahu. Wajah Khaleeda murung penuh kesayuan. Apa khabar mama, Papa Zhar, Kak Isya dan adik? Khal rindu pada korang semua. Khal rindu sangat. Khal nak balik. Mama dan papa tahu, kan Khal dah balik Malaysia? Cepatlah datang cari Khal mama... Papa Zhar. Khal derita kat sini. Khaleeda menarik nafas sedalamnya. Dia tahu rindunya ini tidak dapat ditahan lagi, namun Khaleeda harus bersabar. Dia harus berusaha untuk keluar daripada hutan dan Hitler gila yang selalu menyusahkan hidupnya itu. Khaleeda percaya, dia akan dapat bertemu keluarganya semula tidak lama lagi. Khaleeda kemudian meneruskan tugasannya tadi. Meneruskan tugasan pertama yang harus dilaksanakan segera sebelum Hitler yang mirip Brandon Routh itu datang ke pondok tersebut untuk menikmati makan tengah hari pertama yang harus disediakan oleh Khaleeda. Menu masakan yang Khaleeda sediakan tengah hari itu adalah masak lemak pucuk ubi, ikan cencaru bakar dan juga air asam. Pertama kali Khaleeda memasak lauk kampung kegemaran arwah neneknya itu setelah hampir empat tahun dia tidak makan atau melihat lauk tersebut. Khaleeda yang sudah lupa dengan resipi lauk tersebut hampir berputus asa pada awalnya tadi. Fikirnya, dia bakal dimarahi dengan teruk oleh Adam dan pasti dia gagal membuktikan kelebihannya memasak kepada Adam. Tetapi, kedatangan Pak Mat ke pondok seketika tadi benar-benar menyelamatkan Khaleeda daripada menjadi mangsa Hitler Brandon Routh lagi. Pak Mat benar-benar membantunya. “Khal betul ke tau masak lauk ni? Encik nak Khal masakkan lauk masak lemak ni ke?” Pertanyaan Pak Mat yang begitu meragui bakat kulinari Khaleeda hanya mengundang senyuman manis di bibir mungil gadis itu. Dia faham jika Pak Mat tidak yakin dengan keupayaannya, tapi Khaleeda mahu membuktikan kepada lelaki yang selalu memandang rendah akan keupayaan dirinya itu bahawa dia bukan calang-calang gadis seperti apa yang difitnahnya dari awal dulu. Khaleeda mahu membuktikan kepada Adam bahawa dia bukanlah gadis yang sepatutnya diculik oleh jejaka itu dan dia mahu keluar segera daripada hutan tebal ini. “Dulu, Khal selalu masak lauk ni untuk nen ek. Ini lauk kegemaran nenek Khal tau Pak Mat. Cuma Khal ingat-ingat lupa sikit sekarang ni. Empat tahun kebelakangan ni Khal masuk juga dapur, tapi tak masak masakan kampung la. Biasanya Khal masak western food. Tu yang dah lupa sikit resipinya. Dah namanya tinggal merantau kat tempat orang Pak Mat, terpaksa la Khal masak apa yang ada kat sana. Takkan la Khal nak import pucuk ubi pulak kan Pak Mat semata-mata nak makan sayur lemak ni.” Khaleeda ketawa kecil sambil memandang wajah Pak Mat yang sudah keliru. Kemesraannya dengan Pak Mat semakin hari semakin bertambah. Kehadiran Pak Mat di hutan ini sedikit sebanyak dapat juga menghilangkan rasa rindu Khaleeda pada Papa Zhar. Tidaklah dia tertekan 24 jam kerana terpaksa menghadap Si Hitler itu. “Merantau ke mana Khal? Khal tak tinggal di Malaysia ke?” Pak Mat yang mula berasa ingin tahu itu segera bertanya. “Jepun Pak Mat. Khal belajar kat sana empat tahun. Sekarang ni baru dapat balik Malaysia semula.” Pak Mat mengangguk faham. Ringkas sahaja jawapan Khaleeda yang sudah mula leka mengacau masak lemak pucuk ubinya. Ajaran daripada Pak Mat sebentar tadi benar-benar membantu Khaleeda mengingati semula langkah-langkah untuk dia memasak. “Khal... Pak Mat pergi dulu ya. Nanti marah pulak encik. Khal masak sedap-sedap tau. Biar encik suka. Nanti tak ada la dia marahkan Khal lagi.” Pak Mat menghadiahkan senyuman manis buat gadis yang leka dengan tugasannya itu. Khaleeda turut membalas senyuman itu sambil tangannya menguak sedikit rambut hadapannya yang sudah menutupi mata. Hurm... Khal tak rasa marah dia akan hilang senang-senang macam tu aje Pak Mat. Spesies cold blood macam dia tu susah nak makan pujuk Pak Mat oi! Bisik hati Khaleeda seperti berbicara dengan orang tua yang sudah menghilang di sebalik pokok-pokok besar. Kadang-kadang, timbul juga rasa ingin tahu di hati Khaleeda tentang ke mana Pak Mat selalu pergi di sebalik hutan tebal ini. Tapi, malas pula Khaleeda bertanya lebih-lebih kerana bimbang jika orang tua itu menyangkakan dia ingin lari dari sini pula. Dan semuanya akan menjadi bertambah teruk jika Si Hitler majikannya itu turut sama berfikiran sebegitu. Mahu sahaja dia dibunuh di hutan ini tanpa sempat Khaleeda bertemu keluarganya. “Yes! Kuah dah siap. Sekarang giliran ikan pulak. Hai ikan-ikan, nasib baik la Si Hitler tu kasi engkau tadi. Kalau tak... tak pasal-pasal aku kena jadi nelayan tak bertauliah untuk cari lauk tengah hari ni.”

Khaleeda mengomel perlahan. Masih diingati wajahnya yang begitu teruja saat Adam menyerahkan plastik yang mengandungi berapa ekor ikan cencaru pagi tadi. “Aku nak kau masak untuk tengah hari ni. Ikan ni aku nak kau panggang aje. Jangan nak masak kicap ke... merah ke... atau lain-lain. Aku tak suka. Apa yang ada kat dapur tu, kau pakai aje. Jangan pandai-pandai nak minta apa yang tak ada. Lagi satu aku nak pesan. Masak tu biar ikhlas. Jangan nak pedajal aku pulak. Kalau aku tau nanti, siap la kau!” Sempat Adam memberi amaran sebelum dia segera bergegas meninggalkan Khaleeda keseorangan di pondok itu. Khaleeda membalut ikan cencaru sederhana besar itu dengan daun pisang yang diambilnya di kebun tadi sebelum dibakar. Walaupun pertama kali Khaleeda memasak dengan kaedah ala-ala camping ini, dia amat berpuas hati. Ia pengalaman bermakna buat Khaleeda dan pengalaman inilah yang selalu diceritakan oleh teman karibnya semasa di sekolah menengah dahulu. Daripada penceritaan Akimi itulah, Khaleeda dapat membayangkan bagaimana cara hendak memanggang ikan cencaru ini. Sedang Khaleeda menyendukkan kuah masak lemak pucuk ubi ke dalam mangkuk, dia terdengar deheman seseorang. Pantas, gadis itu berpaling. Alamak... Hitler Brandon Routh dah datang. Bisik Khaleeda. Adam kelihatan agak santai dengan T-shirt berwarna putih. Dia kemudian menapak ke arah pangkin pondok itu dan terus duduk bertentangan dengan Khaleeda yang sudah menapak ke arahnya bersama mangkuk yang masih berasap-asap di tangannya. Biar betul minah ni boleh masak masakan kampung. Hish! Seingat aku, Aidil cakap awek dia alahan dengan masakan kampung ni. Perempuan tu layan western aje. Adam mula keliru. Dia menyangka kedatangannya tengah hari itu ke pangkin akan disambut dengan wajah bengkak gadis itu yang sudah menangis takut dan akan memujuk rayu di kakinya kerana tak tahu memasak. Tetapi, apa yang berlaku di depan matanya kini adalah seratus peratus bercanggah dengan jangkaannya. Ingatannya mula mengulang tayang peristiwa yang sudah beberapa bulan berlalu. Peristiwa di mana adiknya Aidil tidak mahu menikmati lauk ikan patin masak lemak tempoyak yang disediakan oleh Pak Mat walaupun itu merupakan makanan kegemaran adiknya itu. “Abang... lain kali abang tak payah suruh Pak Mat masakkan lauk-lauk kampung ni semua. Aidil dah tak nak makan dah semua ni sebab girlfriend Aidil alahan dengan lauk kampung ni. Aidil nak makan western food aje. Nanti kalau selalu makan masakan kampung ni, Aidil jadi tak berselera nak menikmati makanan dengan girlfriend Aidil pulak.” Pinta Aidil. Walaupun permintaan Aidil sebenarnya agak keterlaluan, Adam mengiakan juga. Entah kenapa, hatinya sentiasa terpujuk dengan apa yang diminta oleh Aidil walaupun kadang-kadang semuanya agak keterlaluan. Itulah sayangnya yang melampaui batas terhadap Aidil telah mendorongnya melakukan perkara yang salah seperti ini terhadap Khaleeda.

SETELAH mangkuk berisi sayur lemak pucuk ubi tadi dihidangakan di hadapan Adam, Khaleeda menapak ke dapur semula, mengambil nasi dan lauk-pauk yang lain. Sebekas jug plastik yang dipenuhi air putih diletakkan di sisi kanan Adam. Sebiji gelas kosong diambil dan dituang air tersebut lalu dihidangkan. Sudah begitu tertib dan tersusun hidangan yang disediakan oleh Khaleeda tengah hari itu walaupun tidak terdiri daripada pelbagai lauk yang mewah. Selesai menghidangkan segala lauk yang dimasaknya tadi kepada Adam, Khaleeda kemudian berpaling semula ke dapur. Dia mahu ke dapur kerana tugasannya tengah hari itu sudah selesai setakat itu sahaja. Namun, belum sempat kakinya mengatur langkah ke destinasi yang dihajati, Adam bersuara setelah sedari tadi dia hanya menjadi pemerhati kepada setiap perlakuan Khaleeda. “Kau nak ke mana tu? Ada aku suruh kau pergi dari sini?” Suara Adam kedengaran lebih lembut daripada kebiasaan. Khaleeda mula berpaling menghadap Adam semula. Dahinya sudah mula berkerut tidak puas hati. Ada aje yang tak kena... hish. Kerek betul mangkuk tingkat ni. Bebel hati Khaleeda sambil sempat mengutuk Adam. “Awak nak saya buat apa lagi? Kan saya dah masak apa yang awak suruh. Saya nak ke dap ur dulu, awak makan la.” Entah kenapa, ringan sahaja mulut Khaleeda menjawab. Dari pagi tadi, mulutnya itu langsung tidak bersuara di hadapan Adam. Rasa menyampahnya terhadap Adam membuatkan Khaleeda sebenarnya malas mahu bertekak dengan lelaki yang dirasakan tidak faham bahasa itu. Lebih kurang dua minggu Adam tidak mendengar suara gadis comel itu. Suara gadis yang pernah menjawab kata-katanya dua minggu lepas hingga membuatkan tangan sasanya pantas mencederakan gadis itu. Tetapi entah

kenapa kali ini, tanpa berfikir panjang ringan sahaja bibir mungil gadis itu mengeluarkan rasa protes. Mungkin sudah tidak tahan mendengar bebelan Adam sepanjang hari ini. “Boleh bercakap rupanya kau ni. Aku ingatkan kau dah bertukar jadi burung belatuk. Terangguk -angguk dari siang tadi. Amboi... amboi... amboi! Baru suruh buat satu kerja, dah berani nak buka mulut ya. Kenapa? Tak puas hati? Dah hilang ke kesabaran dalam diri kau tu? Kau, kan hebat. Takkan la dah nak mengalah bila aku bagi test kecil macam ni. Hei, aku nak ingatkan kau sekali lagi. Selagi aku masih tak puas hati dengan kau, jangan mimpi kau nak keluar dari hutan ni dengan selamat. Kau faham tak?!” Adam sudah mendidih marah. Dia langsung tidak menyangka gadis di hadapannya itu berani menjawab segala kata-katanya. Adam menyangka Khaleeda sudah mula mengalah apabila mulutnya terkunci sejak pagi tadi. Masih belum serikkah perempuan ini dengan hantukan gila tempoh hari? Adam semakin marah apabila egonya dirasakan makin tercabar. “Duduk sini!” Jejaka itu sudah menyinga. Lengan Khaleeda ditarik dengan kasar sehingga membuatkan gadis itu terduduk bertentangan dengannya di atas pangkin. Kemudian, Adam mengambil pinggan yang sudah berisi nasi di dalamnya. Dia mencedok setiap lauk-pauk yang ada di depannya dengan cepat dan secara kasar, diletakkannya pinggan itu di hadapan Khaleeda. Beberapa butir nasi kelihatan berteraburan di atas pangkin akibat tindakan kasarnya itu. “Makan ni. Aku nak kau makan semua yang kau masak ni. Habiskan semua ni cepat sikit!” Dengan kasar, Adam menengking Khaleeda. Wajah gadis itu sudah kemerahan. Menahan rasa sebak yang hadir tatkala ditengking begitu, malah di hadapan rezeki yang dimasaknya tadi. Khaleeda tidak mahu menangis di depan lelaki itu. Dia tidak mahu kalah dalam permainan kejam lelaki yang langsung tidak dikenalinya itu. Tanpa banyak bicara, Khaleeda menyuap perlahan nasi yang dihidangkan untuknya. Dia hanya membisu sambil kepalanya tunduk menghadap pinggan nasi. Tidak sanggup lagi baginya untuk melawan panahan mata dan mendengar hinaan kasar daripada mulut lelaki di hadapannya ini. “Aku takut kau masukkan racun dalam makanan ni semua. Engkau pun mesti dah boleh plan apa-apa saja kan sebab kau ingatkan aku akan makan nasi yang kau masak untuk aku ni. Kalau la ada apa-apa yang kau taruk dalam makanan ni, alamatnya nanti tak pasal-pasal la bertambah lagi seorang mangsa kezaliman kau. Kau tu bukannya tau nilai sebenar nyawa yang Allah kurniakan pada setiap manusia ni. Kalaupun kau nak khianati aku, aku nak kau rasa sendiri apa yang kau nak buat pada aku tu. Biar padan dengan muka tak sedar diri kau tu.” Pedas sindiran Adam buat Khaleeda. Terlalu pedas dan pedih untuk didengari lagi. Adam tersenyum puas kerana dapat menyakitkan hati gadis di hadapannya itu sepuas-puasnya. Sememangnya dia tidak pernah mempercayai gadis itu, malah sengaja meminta Khaleeda untuk menyediakan makan tengah hari untuknya semata-mata demi menyusahkan dan menyakitkan hati gadis itu. Melihatkan Khaleeda yang masih menunduk dan tidak memberi sebarang reaksi, Adam bingkas bangun dari pangkin yang didudukinya. Dia kemudian berpaling menghadap ke luar pondok dan terus kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Lagaknya begitu santai dan tiada langsung riak bersalah atau kasihan dengan apa yang telah dilakukan terhadap Khaleeda sekejap tadi. “Selera aku nak makan dah hilang. Kau melantak la sorang-sorang sampai licin. Aku bagi masa lima belas minit aje untuk kau habiskan semua makanan tu. Lepas tu, aku nak kau refill balik semua air dalam tempayan yang kau guna untuk memasak tadi. Bawa baldi dalam bilik mandi tu untuk angkut air. Aku tunggu kau dekat jeram. Siap kau kalau kau lambat!” Adam memberi amaran. Tanpa menunggu respons daripada Khaleeda, Adam terus mengatur langkah menuju ke arah jeram sambil bersiul kecil tanda keriangan. Khaleeda yang sudah mengangkat wajahnya yang sedari tadi menunduk dapat melihat kelibat belakang badan jejaka itu yang mula menghilang dan tanpa sempat ditahan, air jernih sudah merembes membasahi pipi gebu Khaleeda. Teresak-esak dia menangis di hadapan hidangan lauk tengah hari yang dimasaknya dengan bersungguhsungguh tadi. Hatinya begitu pilu diperlakukan sebegitu. Dirasakan dirinya tak ubah seperti melukut di tepi gantang yang amat jijik di mata lelaki berhati Hitler itu. Seperti watak kasihan yang selalu dilihatnya dalam sinetron-sinetron Indonesia. Malah, tuduhan pedas lelaki itu tadi benar-benar membuatkan hatinya terluka. Setiap sindiran yang dilafazkan kepada dirinya seperti menganggapnya salah seorang daripada Rejim Zionis yang tak layak hidup di muka dunia ini kerana tindakan zalim mereka. Ya Allah... tabahkan hati hambaMu ini untuk menempuhi dugaan yang menimpaku. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha memahami keadaanku ini. Aku mohon Ya Allah, cepatlah keluarkan aku daripada cengkaman lelaki ini. Aku sudah tidak kuat untuk menahan tuduhan dan hinaan yang melampau daripadanya, Ya Allah. Doa Khaleeda dengan begitu sayu sambil terus menyapu lembut air mata di pipinya.

Bab 8
ERGESA-GESA Khaleeda berlari menyusuri denai jalan menuju ke arah jeram sambil tangan kirinya menyelak tinggi sedikit kain sarung batik yang dipakainya untuk memudahkan dia melangkah dengan lebih besar. Tangan kanannya pula membimbit kemas sebuah baldi sederhana besar berwarna merah. Khaleeda tidak dapat mengagak sudah berapa lama dia mengambil masa untuk menghabiskan makan tengah harinya tadi. Walaupun hatinya begitu kecewa dengan perlakuan Adam di pondok sebentar tadi, Khaleeda masih berusaha untuk menelan beberapa suap nasi bagi mengisi perutnya yang sememangnya belum menjamah apa-apa lagi sepanjang hari. Tambahan pula, lauk-pauk yang dimasaknya tadi membuka sedikit seleranya yang sudah terlalu rindu untuk merasai masakan kegemarannya itu. Setelah empat tahun tidak menyentuh lauk kampung kegemarannya, hari ini tercapai juga hajat perut kecil Khaleeda untuk merasa walaupun cuma sedikit. Sesampainya Khaleeda di jeram, wajah mencuka Adam yang sudah tercongok duduk di atas sebuah batu besar sudah dapat dijangkanya. Jika difikirkan logik akal, masakan Khaleeda dapat menghabiskan makan tengah harinya tadi dalam masa lima belas minit sahaja. Sudahlah dia terpaksa menahan sebak tangisnya, dia juga perlu mengemaskan hidangan yang dimakannya tadi supaya tidak dimarahi oleh Adam kemudian nanti. “Apesal kau lambat, hah? Kan tadi aku dah cakap dalam masa lima belas minit aku nak kau dah ada kat sini. Kau tak pernah nak dengar cakap aku, kan? Kau ingat kau tu mem besar ke sampai aku kena tercongok tunggu kau kat sini?!” Bedilan laser Adam sudah bermula. Dia sudah mula turun daripada batu yang menjadi alas duduknya sedari tadi. Adam mula menapak perlahan menghampiri Khaleeda yang sudah mengetap bibir menahan pedih mendengar hamburan kata-kata Adam. Mata Khaleeda dihala memandang ke bawah. Malas mahu menatap wajah jejaka yang tak habis-habis mahu menyakitkan hatinya sahaja. Namun, kedatangan Adam yang semakin menghampirinya itu benar-benar mengejutkan Khaleeda. Tanpa belas, rambut Khaleeda yang bebas ditiup angin itu ditarik kuat oleh Adam sambil wajahnya didekatkan ke wajah gadis itu yang sudah menjerit kesakitan. Perlakuan yang sama pernah dilakukannya semasa di pondok dahulu. “Hei, perempuan! Aku nak kau dengar sini baik-baik. Sepanjang kaki kau berpijak di tempat aku ni, aku nak kau dengar segala arahan aku. Kalau kau degil jugak, aku tak jamin kau akan selamat. Aku akan bantai kau lebih teruk dari aku hantuk kau ke dinding macam hari tu. Kau ingat tu!” Habis saja bicara terakhir daripada mulutnya, rambut Khaleeda dilepaskan dengan kasar. Terundur gadis itu ke belakang sambil tangannya masih menggosok lembut kulit kepalanya yang agak perit akibat ditarik. Mata Khaleeda mula bergenang dengan air mata lagi. Mama... Khal nak balik. Cepatlah cari Khal, ma. Khal nak balik sangat-sangat. Khaleeda cuba menahan sebak dalam dirinya. Namun, rasa sedih, sakit dan rindu yang sudah lama dipendamnya itu akhirnya tumpas dek air mata yang sudah mengalir deras membasahi pipi gebunya. Lengan baju kurungnya sekali lagi menjadi pengalas dia menyeka air mata yang masih belum ada tanda mahu berhenti itu. “Huh! Itu aje la modal kau, kan? Menangis... menangis... menangis. Kau ingat, dengan air mata p alsu kau tu aku boleh tertipu. Dengan orang lain mungkin kau boleh nak kelentong, tapi dengan aku jangan harap aku akan tertipu. Hei, lebih baik kau pergi angkut air sekarang jugak sebelum aku balun kau lagi dahsyat. Pergi la cepat!” Adam yang sudah menyinga itu mengherdik Khaleeda sambil bercekak pinggang. Gerahamnya diketap kemas menampakkan rahangnya, menahan amarah di dada. Walaupun dia dapat melihat dengan jelas mata merah gadis di hadapannya itu, hatinya tetap membara marah tanpa ada sekelumit rasa kasihan dan bersalah. Baginya, itu semua hanya sandiwara perempuan itu. Adam tidak mahu tertipu seperti mana Aidil boleh tertipu dengan lakonan perempuan yang disangkanya Khaleesya.

T

Tanpa berlengah lagi, Khaleeda terus melangkah ke arah jeram yang mengalir tenang airnya. Kakinya sudah menapak menyentuh air sejuk di hadapannya itu. Segera, baldi yang dibawanya dari pondok tadi dipenuhkan dengan air jernih jeram tersebut. Khaleeda kemudian melangkah naik semula ke tebing dengan langkah berhati-hati. Namun, pandangan mata Adam yang mencerlung tajam ke arahnya itu membuatkan langkahnya terbantut seketika. “Hoi! Air apa yang kau cedok tu. Kau nampak tak air yang kat tepi tebing ni keruh. Aku tak nak air ni. Tu... Pergi cedok air yang kat tengah jeram tu!” Herdik Adam kepada Khaleeda sambil jari telunjuknya menghala ke arah tengah jeram. Khaleeda berpaling memandang hala jari telunjuk Adam itu. Sememangnya air di tengah jeram itu lebih jernih berbanding di bahagian tepi tebing ini, namun untuk ke tengah sana, Khaleeda agak gusar kerana dia harus melalui batu-batu besar yang akan menyukarkan langkahnya nanti. “Cepat la pergi. Kau dengar tak cakap aku tadi? Atau kau nak aku ajar kau macam mana nak ke sana, hah?!” Herdikan Adam menyapa halwa telinga Khaleeda sekali lagi. Dia lantas mengosongkan baldi di tangannya dan perlahan-lahan menapak ke tengah jeram sambil tubuh langsingnya terkial-kial ke kiri dan kadang-kadang ke kanan kerana cuba mengimbangkan badannya semasa melalui batu-batu licin di jeram itu. Akhirnya Khaleeda tiba di tengah jeram dengan baik dan selamat. Dia mengukir senyuman tanda gembira kerana berjaya melalui batu-batu yang licin tadi. Mana tak licinnya, Khaleeda memakai selipar jepunnya sepanjang dia masuk ke dalam jeram tadi. Dia kemudian memenuhkan baldi kosong yang dibawa tadi dengan air jeram yang mengalir jernih dan terus mula melangkah perlahan untuk balik ke tebing semula. Khaleeda sudah tidak menghiraukan pandangan mata Adam yang dari tadi menyoroti setiap langkahnya. Namun, saat dia cuba mengimbangkan badannya dengan berat baldi yang dibawa, Khaleeda akhirnya terpelecok jatuh. Habis baldinya tertonggeng di dalam air dan badannya turut sama lencun di dalam kesejukan air jeram itu. Khaleeda mengadu sakit apabila dia cuba untuk berdiri semula. Setitis air jernih gugur di pipinya saat itu juga. Kaki Khaleeda terseliuh akibat jatuh tadi. Namun, seliuh di kakinya mungkin tidak sesakit hatinya yang kecewa kerana baldinya yang sudah kosong semula. Dengan agak terincut-incut, Khaleeda melangkah semula ke tengah jeram untuk mengambil air. Langkah diatur semula dengan perlahan-lahan dan lebih berhati-hati saat dia mahu naik semula ke tebing bersama kakinya yang sudah mencucuk kesakitan. Adam yang dari awal lagi tidak lepas memerhatikan gerak laku Khaleeda agak terkejut melihat gadis itu yang sudah terpelecok jatuh di dalam jeram. Melihatkan tubuh Khaleeda yang sudah lencun itu, hati Adam tiba-tiba diserang rasa berdebar. Entah kenapa, setiap kali melihat rambut coklat gelap milik Khaleeda yang basah itu, ada debaran di hati Adam. Ditambah pula dengan baju kurung Khaleeda yang nipis itu telah menampakkan bayang pakaian dalam dan susuk tubuh langsing milik gadis itu. Debaran ini pernah dirasainya semasa pertama kali dia menyentuh pakaian dalam milik Khaleeda yang diambilnya dari dalam bagasi milik gadis tersebut semasa awal kedatangan Khaleeda ke hutan itu. Adam meraup wajahnya beberapa kali. Pandangan matanya dialihkan ke tempat lain. Dia cuba mengusir perasaan yang mengganggu jiwanya itu. Isy... apa kena dengan aku ni. Bukan cantik sangat pun perempuan tu. Lagipun, dia perempuan kejam! Aidil takkan koma kalau bukan disebabkan dia. Bisik Adam cuba menghilangkan rasa gemuruh di hatinya. Walaupun punya rupa dan harta, Adam bukanlah antara jejaka bujang terhangat yang sering berdampingan dengan mana-mana perempuan. Sikapnya yang terlalu kuat bekerja dan sentiasa menumpukan perhatian kepada keluarga itu menyebabkan Adam tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal mencari pasangan hidup. Dan Khaleeda adalah perempuan pertama yang ada dalam kamus hidupnya. Cuma dalam kes mereka, Adam langsung tidak menganggap Khaleeda seperti seorang perempuan sejati. Saat Khaleeda cuba memanjat tebing di hadapannya, tanpa berfikir panjang Adam terus menghulurkan tangannya untuk mambantu Khaleeda naik. Baldi di tangan Khaleeda disambut dan segera tubuh kecil Khaleeda itu ditarik naik ke tebing dengan mudah. Khaleeda pada mulanya agak waswas dengan bantuan yang dihulurkan oleh Adam itu. Tetapi, memikirkan dia tidak mahu tergelincir sekali lagi saat naik ke tebing dan menumpahkan air di dalam baldi itu, Khaleeda menerima huluran tangan Adam. Khaleeda hanya menunduk saat tangannya digenggam erat oleh tangan sasa milik lelaki itu. Setelah berjaya naik, Khaleeda segera menarik tangannya kembali. Rasa tidak selesa berlama-lama dalam keadaan sebegitu. Namun, genggaman yang makin dieratkan oleh tangan sasa Adam itu mula merimaskan Khaleeda yang gagal untuk menarik balik tangannya. “Saya nak angkat air ni. Lepaskan la tangan saya.” Khaleeda memb eranikan diri bersuara. Khaleeda memandang tajam ke wajah lelaki itu. Namun, saat mata mereka bertentangan, Khaleeda dapat melihat pandangan mata lelaki itu lain daripada yang pernah dilihatnya selama ini. Bukan lagi pandangan maut yang selalu memanah

matanya bagaikan mahu menelan dirinya hidup-hidup. Pandangan mata itu ketika ini berupa pandangan mata nakal seorang lelaki. Tubuh Khaleeda bagaikan ditelanjangi hingga Khaleeda sudah berundur ke belakang. Tangan kanannya yang masih erat digenggam oleh lelaki itu disentap kuat oleh Khaleeda. Pergelangan tangannya itu kemudian diusap perlahan kerana perit dicengkam kuat tadi. Khaleeda kemudian menyilangkan kedua-dua belah tangan pada bahagian bajunya yang basah dan menampakkan kesan pakaian dalamnya. Khaleeda bertambah panik. Namun, Adam yang semakin pantas mendekatkan dirinya kepada Khaleeda terus mahu menghimpit tubuh kecil di depannya itu. Khaleeda terus berundur sehinggalah kakinya sekali lagi tergelincir ke belakang. Tubuh langsingnya itu hampir terjatuh ke dalam jeram sekali lagi tetapi tangan sasa Adam sempat memaut pinggang gadis itu untuk menyelamatkan Khaleeda. Pandangan mata mereka berdua bertaut. Masing-masing terpanar seketika. Apabila tersedar, Adam segera membantu Khaleeda berdiri semula dan kemudian menapak laju meninggalkan gadis itu yang masih terpinga-pinga. Sepanjang perjalanannya menuju ke vila, Adam tidak berhenti memarahi kealpaan dirinya yang hampir tergoda dengan Khaleeda sebentar tadi. Ahhh... kenapa aku bodoh sangat tadi? Perempuan tu memang saja nak goda aku. Aku yang bodoh sebab hampir jatuh dalam perangkap dia. Tak guna punya perempuan. Sesal Adam dalam hati. Selepas peristiwa tadi, Adam sudah tidak ke pondok Pak Mat untuk hari itu. Khaleeda pula begitu bingung memikirkan kelakuan Adam yang berubah-ubah sepanjang mereka berada di jeram tadi. Sekejap garang, sekejap baik. Entah apa yang difikirkan oleh jejaka itu. Khaleeda mengeluh kecil. Buntu dengan persoalan hatinya yang tiada jawapan. Tanpa memikirkannya lagi, Khaleeda lantas mengangkut baldi yang dipenuhi air jeram tadi. Dia harus menyiapkan tugasnya dengan segera sebelum jejaka yang membuatkan hatinya bingung itu kembali semula. Walaupun dalam keadaan terincut-incut, Khaleeda tetap meneruskan perjalanannya ke arah pondok tempat tinggalnya. Entah berapa kali lagi yang harus diulanginya untuk memenuhi tempayan besar itu. Sabar Khal. Kau kena sabar menempuhi dugaan ni. Allah sentiasa mendengar doa orang yang bersabar. Nanti doa aku untuk keluar dari sini akan tercapai... insya-Allah. Mama, Papa Zhar, Kak Isya... adik, tunggu Khal balik ya. Khal rindukan korang semua. Khaleeda membakar semangat dalam dirinya. Masih lagi diingatinya dalam sebuah hadis Qudsi, Allah telah berfirman: Apabila telah Aku berikan musibah kepada salah seorang hambaKu pada badannya, hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku berasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya. (HR. Dailami, Al Hakim dan Tarmizi) Senyuman nipis terukir di bibir mungil Khaleeda sambil meneruskan perjalanan ke jeram untuk mengambil air sekali lagi.

Bab 9
NTAH kenapa, hati Sharifah Aleya benar-benar gusar memikirkan anak gadisnya, Sharifah Khaleeda Adni yang masih belum pulang ke rumah. Langsung tiada khabar berita yang dititipkan oleh anaknya itu buatnya atau kakaknya Khaleesya. Setiap kali Sharifah Aleya menelefon Khaleeda, hanya mesin peti suara yang menjawab, meminta dia meninggalkan pesanan. Akaun Facebook Khaleeda turut tidak aktif dan tiada berita tentang kegiatannya pada masa ini dipostkan di wall profilnya. Walaupun anaknya Khaleesya dan suaminya, Ahmad Zharkuan selalu meyakinkannya bahawa Khaleeda sedang bercuti bersama rakan-rakannya, Sharifah Aleya masih berasa waswas dan bimbang. Entah kenapa, jauh di sudut hatinya, dia dapat merasakan Khaleeda sedang ditimpa kesusahan saat ini.

E

Setiap kali dia menyuarakan rasa hatinya itu kepada suaminya, Ahmad Zharkuan tidak mengambil serius. Malah, suaminya itu pasti akan memujuknya supaya tidak terlalu bimbang tentang Khaleeda. “Leya... awak jangan la fikir yang bukan -bukan. Khal tu pergi bercuti dengan kawan-kawan dia la tu. Khal, kan dah bagitau awak sebelum ni yang dia nak bercuti. Cuma dia tak cakap yang dia dah balik ke Malaysia aje. Ha, mungkin dia sedang seronok dengan kawan-kawan dia pusing satu Malaysia ni. Awak pun tau, kan dah empat tahun Khal tak balik sini. Awak jangan la fikir yang bukan-bukan. Khal, kan dah biasa hidup berdikari, tau la dia jaga diri. Awak sebagai ibu kena yakin dengan Khal, bukannya fikir yang bukan-bukan macam ni Leya.” Ahmad Zharkuan yang menghentikan pembacaannya pada akhbar itu memandang wajah manis isterinya yang masih lagi murung. Bagi Ahmad Zharkuan, kedua-dua anak tirinya itu sudah disayanginya seperti anak kandungnya sendiri. Bukan dia tidak bimbang dengan keselamatan Khaleeda, tetapi dia percaya anak gadis isterinya itu selamat bercuti bersama rakan-rakannya yang lain. Kalaupun ada perkara buruk yang telah menimpa Khaleeda, pasti Ahmad Zharkuan sudah mendapat berita daripada kenalannya yang ramai dan berpengaruh. “Entah la bang... hati Leya tak berapa sedap tiap kali teringatkan Khal. Entah kat mana la dia sekarang, bang. Budak tu memang selalu buat hal sendiri. Sejak arwah mak meninggal dunia, Khal dah banyak berubah. Apa yang dia buat, bukannya dia nak bagitau saya. Katanya tak nak bagi saya bimbang, tapi sebenarnya dia makin buat saya bimbang ada la.” Sharifah Aleya memandang sayu foto Khaleeda yang tersenyum manja memeluknya semasa Hari Raya Aidilfitri empat tahun lalu. Helaian demi helaian foto Khaleeda itu ditatap oleh Sharifah Aleya. Rindunya kepada Khaleeda semakin menggebu memandangkan anak gadisnya itu sentiasa jauh dengannya sejak Khaleeda tinggal bersama neneknya lagi. Elusan lembut Ahmad Zharkuan di bahunya dibalas dengan senyuman manis. Sharifah Aleya amat bersyukur kerana dia dijodohkan dengan lelaki sebaik Ahmad Zharkuan. Suaminya itu begitu ikhlas menerima janda beranak dua seperti dirinya yang kematian suami semasa anak-anaknya masih kecil lagi. Kematian Syed Alwi selepas dia melahirkan anak kembar mereka benar-benar memberi kesan dalam hidup Sharifah Aleya. Dia yang masih belum sempat berasa kasih sayang sang suami sepenuhnya terpaksa menerima suratan takdir bahawa suaminya pergi menghadap Ilahi begitu awal. Dalam mengharungi liku-liku kesedihan dan kepayahan membesarkan anak-anaknya, Ahmad Zharkuan, jejaka yang dikenalinya sebagai salah seorang teman perniagaan suaminya itu telah hadir memberikan dorongan dan semangat buatnya tanpa henti. Kerana keikhlasan hati jejaka yang berasal dari ibu kota itulah, Sharifah Aleya sudi menyerahkan hatinya sekali lagi kepada insan yang bergelar lelaki. Dan Alhamdulillah... jodoh yang ditentukan-Nya ini telah memberi sinar kebahagiaan buat dirinya dan anak-anak mereka kini. Perkahwinannya bersama Ahmad Zharkuan telah dikurniakan seorang lagi puteri yang diberi nama Kamilia Adni yang kini sudah berusia dua belas tahun.

Bab 10

“K

HAL.... Khal dah makan ke nak? Kalau Khal nak makan, Pak Mat boleh siapkan.”

Memandangkan ketukannya yang dari tadi tidak mengundang reaksi daripada gadis di dalam bilik kecil itu, Pak Mat terus bertanya. Khaleeda masih membisu tidak memberikan reaksi walaupun Pak Mat sudah bertanya beberapa kali. “Dah tidur kut Khaleeda ni,” bisik Pak Mat perlahan sambil membuat kesimpulan sendiri setelah usahanya gagal. Dia kemudian berpaling dan melangkah meninggalkan pintu bilik yang sudah menjadi kamar tetap Khaleeda sejak datang ke pondok ini. Sebenarnya Pak Mat baru sahaja tiba ke pondok agak lewat malam itu. Siang tadi, dia seharian mengikut Adam ke hospital untuk melawat Aidil dan membantu Adam menguruskan adiknya itu. Adam pada mulanya mahu bermalam di hospital untuk menemani Aidil, tetapi permintaan

Pak Mat yang mahu pulang semula ke pondok di Bentong kerana bimbang akan keselamatan Khaleeda yang ditinggalkan sendirian di sana membuatkan Adam mengubah keputusannya. Terlintas juga di hati Adam saat itu jika Pak Mat tidak pulang menjaga Khaleeda, mungkin gadis itu akan mengambil peluang ini untuk lari dari hutan itu. Adam tidak mahu perkara itu berlaku kerana dia masih belum mahu melepaskan Khaleeda lagi. Pak Mat melabuhkan punggung di atas pangkin. Nafasnya ditarik dalam sambil matanya dipejam seketika. Entah kenapa, sejak dua menjak ini, badannya cepat berasa letih walaupun selama ini semua kerja-kerja yang dilakukannya setiap hari adalah kerja-kerja ringan belaka. Entah kenapa hari ini, kunjungannya ke hospital untuk melawat Aidil membuatkan tubuh tuanya benar-benar keletihan. Pak Mat menyandar seketika di tiang pangkin. Matanya yang dipejam rapat cuba mencari ketenangan bagi mengurangkan rasa penat tubuh badannya. “Pak Mat dah balik ya. Maaf la, tadi Khal tengah solat, Pak Mat. Kenapa lewat sangat Pak Mat balik hari ni? Seharian Khal tak nampak muka Pak Mat. Hurm... Pak Mat ke mana?” Kedatangan Khaleeda beberapa minit kemudian mengejutkan Pak Mat yang hampir saja terlelap. Wajah mulus gadis itu dipandangnya dengan senyuman. Khaleeda kelihatan begitu suci dalam pakaian solatnya yang masih belum dibuka. Gadis itu terus mengambil tempat di sebelah Pak Mat sambil menyinsing kain telekungnya yang hampir mencecah lantai itu. Persoalan Khaleeda tadi masih tergantung dengan kebisuan Pak Mat yang mula mengundang kekeliruan di hatinya. “Pak Mat nampak penat aje. Pak Mat okey tak ni?” Khaleeda mula risau tatkala melihat wajah lesu orang tua di sebelahnya itu. “Pak Mat okey, Khal. Cuma penat sikit aje. Maklum la, bila dah makin tua ni Khal, semua jenis penyakit senang nak dapat. Pak Mat temankan encik uruskan hal penting sikit hari ni. Maaf la, Pak Mat lupa nak bagitau Khal pagi tadi. Mesti Khal risau, kan? Haaa... sebenarnya tadi Pak Mat nak tanya, Khal dah makan ke belum ni? Kalau belum, Pak Mat nak sediakan makan malam untuk Khal.” Senyuman ikhlas Pak Mat amat menyenangkan Khaleeda. Bibir mungilnya membalas senyuman manis orang tua itu. “Dah Pak Mat. Lauk tengah hari tadi Khal j adikan makan malam Khal. Khal makan tadi pun banyak sangat sampai full tank perut Khal ni. Pak Mat ni, dah penat macam ni pun nak susah-susah sediakan makan malam untuk Khal. Pak Mat jangan la bimbangkan Khal sangat ya. Khal okey dah Pak Mat. Dah tiga minggu pun Khal tinggal kat sini.” Khaleeda tersengih bagai kerang busuk sambil menggosok perutnya. “Khal kalau boleh, kan Pak Mat... Khal nak sangat tengok Pak Mat berehat aje. Tak sanggup Khal nak tengok Pak Mat susah payah kerja lagi. Pak Mat rehat ya. Kalau Pak Mat perlukan apa-apa Pak Mat bagitau Khal aje. Nanti Khal akan buatkan. Khal dah biasa buat semua kerja-kerja yang Pak Mat buat tu.” Khaleeda tersenyum memandang wajah tua Pak Mat. Entah kenapa, rasa rindu akan keluarganya benarbenar terubat setiap kali menatap wajah tua Pak Mat. “Alhamdulillah... terima kasih Khal. Pak Mat sebenarnya nak belikan buah tangan untuk Khal tadi, tapi Pak Mat lupa sebab kalut sangat nak balik ke pondok. Encik pun macam tergesa-gesa sangat nak hantar Pak Mat. Ada urusan penting agaknya. Hurm... malam ni Pak Mat fikir nak baring dan berehat awal la Khal. Rasa lenguh-lenguh sikit badan Pak Mat hari ni.” Pak Mat berkata jujur. “Kesian Pak Mat. Pak Mat rehat la dulu ya. Khal pun nak sambung solat hajat sekejap sebelum tidur. Kalau ada apa-apa, Pak Mat panggil Khal, ya. Pak Mat banyak-banyakkan berehat tau. Khal tak nak Pak Mat sakit nanti.” Khaleeda tersenyum manis. Baru sahaja dia hendak bangun, Pak Mat memanggilnya. “Khaleeda....” Khaleeda berpaling. Dia tersenyum dan duduk kembali. Dia tahu Pak Mat pasti ada perkara yang ingin diperkatakannya. Khaleeda terus menumpukan tumpuan dan pendengarannya kepada Pak Mat. “Jauh di sudut hati Pak Mat, Pak Mat yakin Khal anak yang baik. Pak Mat sendiri tak tau kenapa Khal dibawa ke sini oleh encik. Pak Mat faham perasaan Khal setiap kali encik lakukan perkara yang tak patut pada Khal. Tapi, walau apa pun alasan dan dugaan yang bakal Khal hadapi di sini kelak, Pak Mat harap Khal reda ya nak. Mungkin ini ujian daripada Allah buat Khal supaya Khal rela terhadap ketentuan , kehendak dan kekuasaan Allah.” Mendatar suara Pak Mat menutur ayatnya. Kata-kata yang sudah lama dipendamnya sejak melihat dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Khaleeda dan ketabahan gadis itu mengharungi segalanya sepanjang berada di hutan ini. Nasihatnya itu diharap dapat membantu Khaleeda supaya lebih tabah dan tidak menjadikan apa yang berlaku ke atas dirinya ini sebagai satu dendam dalam diri gadis yang cukup baik di matanya itu. “Khal bersyukur Pak Mat jika Khal terpilih untuk diuji sebegini rupa. Cu ma hati Khal tak dapat menafikan rasa marah dalam hati Khal pada bos Pak Mat tu. Khal langsung tak kenal dia, malah Khal sendiri tak tau apa dosa

Khal pada dia sehingga Khal dihukum sebegini, Pak Mat. Tapi, Khal tetap bersyukur kepada Allah kerana Khal tetap diuji walaupun Khal tau Khal tak begitu sempurna sebab Khal tau dan dapat rasa apa maknanya dilukai.” Entah kenapa kata-kata Pak Mat itu benar-benar mengusik naluri dan perasaan Khaleeda yang selama ini dipendamnya sendiri. Terasa pekung di dada berkurangan sedikit dan kelegaan dalam dirinya hadir tanpa dijangka. “Pak Mat faham, Khal. Sememangnya kita tak begitu sempurna dan tabah. Tapi, percaya la Khal, encik ada alasannya sendiri dan sama-sama la kita berdoa supaya dia sedar akan apa yang dilakukannya ini adalah salah. Sesungguhnya tiada yang lebih mulia jika kita dapat memaafkan seseorang itu Khal.” Pak Mat menghadiahkan senyuman manis buat Khaleeda. Anak gadis itu yang sudah bergenang tubir matanya dipandang dengan penuh kasih. Khaleeda sudah dianggapnya seperti anaknya sendiri dan Pak Mat tidak mahu anak gadis itu tertekan menghadapi segalanya sendirian dan mungkin boleh menyebabkan Khaleeda lupa akan qadak dan qadar Allah. “Terima kasih Pak Mat. Khal faham niat baik Pak Mat tu. Khal masih waras Pak M at dan Khal masih sedar akan status Khal di muka bumi Allah ini. Pak Mat jangan bimbang ya. Khal yakin, Allah menentukan sesuatu itu dengan hikmahnya tersendiri.” Khaleeda tersenyum. Matanya yang berair diseka perlahan. Dia kemudian meminta diri dan terus menapak memasuki biliknya, meninggalkan Pak Mat yang masih menyoroti langkahnya. Baik betul budak ni. Ya Allah... tabahkanlah hati Khaleeda dan tamatkanlah sengketa antara Adam dan gadis ini Ya Allah. Sesungguhnya mereka berdua mempunyai pekerti yang baik Ya Allah. Doa hati Pak Mat. Tapi, kenapa Encik Adam benci sangat dengan Khal? Macam Khal dah lakukan dosa yang begitu besar kepadanya. Adakah Khal ada kaitan dengan kemalangan yang menimpa Encik Aidil? Entahlah.... Soal hati Pak Mat lagi tanpa ada jawapan kukuh untuk setiap soalannya itu. Sejak permintaan Khaleeda yang meminta telekung solat dipenuhinya, gadis itu semakin kerap bersujud kepada-Nya. Gadis itu begitu tabah menghadapi dugaan yang diberikan oleh Adam buatnya dan kadang-kadang tidak disangka dia masih dapat bertahan dengan kerenah Adam sehingga ke hari ini. Sesungguhnya, gadis yang bernama Khaleeda itu tidak sewajarnya diperlakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh Adam. Namun, Pak Mat tidak mahu mencampuri urusan sebenar majikannya itu dengan Khaleeda. Dia percaya, Adam mempunyai alasannya yang tersendiri dan insya-Allah, Adam akan membebaskan Khaleeda suatu hari nanti. Pak Mat memandang kepekatan malam itu. Sudah tiga minggu Khaleeda bersama mereka di hutan ini. Tiada siapa yang mencari gadis itu, malah berita berkaitan kehilangannya juga tidak dihebahkan. Tiadakah saudara yang mencarinya? Walaupun kehadiran gadis itu memberi seri dalam kehidupannya yang selama ini sentiasa sendirian, namun Pak Mat tetap bersimpati dengan nasib malang yang menimpa gadis comel itu.

KEHADIRAN Adam di pondok pada petang itu mengganggu keamanan Khaleeda yang pada awalnya leka bersiarsiar mengelilingi kebun sayur Pak Mat. Entah bila masa pula jejaka yang sentiasa santai pakaiannya itu berada di situ? “Aku hairan betul la dengan kau ni. Kenapa kau excited semacam dengan kebun sayur ni, hah? Dari hari pertama kau tengok kebun ni lagi aku dah perasan muka excited kau tu melebih-lebih aje bila tengok sayur-sayur ni semua. Kenapa? Kau tak pernah tengok sayur ke?” Adam memulakan bicara. Sememangnya dia sudah lama ingin menyuarakan persoalan di mindanya itu, tetapi baru hari ini dia dapat menyampaikannya. Dia kemudian menapak perlahan menghampiri Khaleeda yang sedang memetik pucuk ulam raja. “Bukan tak pernah tengok, tapi dah lama tak tengok. Bila berada dalam kebun yang penuh dengan sayur sayur segar macam ni, saya happy sangat. Macam berada kat kampung nenek aje. Nyaman dan segar.” Khaleeda menjawab perlahan sambil bibirnya menghadiahkan senyuman. Kata-kata Pak Mat beberapa hari lepas sebenarnya meninggalkan kesan mendalam buat diri Khaleeda. Semalaman dia memikirkan kata-kata Pak Mat dan akhirnya Khaleeda mengambil keputusan untuk cuba menghadapi segala dugaan daripada Adam sebagai ujian daripada Allah. Khaleeda mahu menghadapinya dengan reda seperti redanya Rabiatul Adawiyah menerima hukuman daripada majikannya kerana dia tetap setia kepada agama Allah. Khaleeda tidak mahu keterpaksaannya di dalam hutan ini akan menimbulkan rasa dendam di hatinya. Dendam itu kudis. Sememangnya sudah menjadi prinsip hidup Khaleeda untuk tidak mencari musuh dan Khaleeda amat pantang jika dia tidak bertegur sapa dengan seseorang apabila berlaku sebarang salah faham. Khaleeda lebih selesa meminta maaf walaupun pada hakikatnya dia berada di pihak yang betul. Baginya, hidup ini bukan untuk bermusuh-musuhan kerana bermusuh itu dapat menyakitkan hati yang sihat.

“Kalau kita bergaduh dan tak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, putus la hubungan saudara Islam kita. Khal jangan buat macam tu tau. Walau marah macam mana pun kita pada seseorang tu, kita kena belajar untuk maafkan dia tau, sayang.” Salah satu pesanan arwah nenek yang sentiasa Khaleeda ingati. Malah, setiap nasihat dan teguran nenek sudah sebati dalam dirinya. Tetapi, semasa di awal dia diculik beberapa minggu yang lalu, semua nasihat yang menjadi pendorongnya itu bagaikan hilang daripada ingatannya. Malah, akalnya bagai tidak dapat berfikir dengan rasional. Khaleeda akui, semua itu disebabkan dia mungkin terlalu emosi kerana trauma diculik dan berada di tempat terasing seperti hutan ini. Tapi kini, nasihat-nasihat daripada Pak Mat benar-benar mengembalikan semula diri Khaleeda. Setiap hari, segala nasihat yang nenek berikan dahulu diingati dan itulah penawar paling bermakna buat Khaleeda sepanjang menghadapi hari-hari mendatangnya di sini. Melihatkan kebun sayur di hadapannya, Khaleeda mengingati kegembiraan dirinya bergurau senda dengan arwah nenek sambil memetik ulam-ulaman kegemaran mereka. Setiap kali memori indah itu diulang tayang, air mata Khaleeda pasti akan bergenang di tubir matanya. Rindunya kepada arwah nenek menggebu kembali. Nek, kenapa nenek tinggalkan Khal sendirian macam ni? Khal terlalu rindukan nenek. Bisik hati pilunya. Walaupun perlahan tutur yang keluar daripada bibir mungil gadis di hadapannya itu, Adam masih dapat menangkap setiap butir katanya. Dia mula berasa hairan. Entah kenapa, hatinya mula keliru. Perwatakan dan tingkah gadis di hadapannya itu tidak seperti jangkaannya selama ini. Persoalan demi persoalan mula bermain di fikirannya. Tapi kenapa wajah mereka sama kalau budak ini bukan awek Aidil? Kalau pelanduk dua serupa pun, takkanlah sama sebiji. Alamat yang Lukman kasi pun sama dengan tempat tinggal awek Aidil. Kelirunya aku. Adam mula menganalisa sendiri. Cuma warna rambut saja lain. Kalau budak yang bergambar dengan Aidil tu, rambut dia blonde semacam. Tapi yang depan aku ni, warna rambutnya coklat gelap dan nampak asli, bukannya dye. Wajah dia pun lebih comel berbanding dalam gambar. Salah orangkah aku? Adam bertambah keliru. Kepalanya digaru perlahan. Dengusan kecil kedengaran. Khaleeda mula berpaling menghadap wajah jejaka yang hanya sedepa di hadapannya. Jejaka itu seperti terpaku memandang wajahnya saat ini dan ia membuatkan Khaleeda berasa hairan. Wajahnya mula berona kemerahan kerana malu dengan pandangan mata Adam yang sudah menatap setiap inci wajahnya seperti kebiasaan yang dilakukan oleh jejaka itu. “A... awak ada nak suruh saya buat apa-apa ke?” Dengan sedikit gugup, Khaleeda bertanya kepada Adam. Dia melarikan wajahnya dengan segera, memandang ke arah bertentangan kerana takut jejaka di hadapannya itu menengkingnya lagi. Adam yang sebentar tadi terpaku melihat wajah Khaleeda segera kembali ke alam nyata. Dia meraup wajahnya beberapa kali sebelum menjawab persoalan yang dititipkan oleh Khaleeda buatnya sebentar tadi. “ Emmm... kau suka kebun nikan? Jadi kau kena la pandai jaga kebun ni macam yang Pak Mat jaga. Aku nak kau siram semua sayur-sayur kat sini. Angkut air dari jeram sana untuk menyiram.” Pendek saja jawapan yang diberikan oleh Adam. Malah, suaranya juga turut berubah nada. Tiada lagi tengkingan atau jeritan kasar daripadanya. Dia kemudian berlalu ke arah bangsal kecil yang terletak di tepi kebun sayur itu. Bekas penyiram air berwarna merah diambilnya dan terus diserahkan kepada Khaleeda. Tanpa bicara, Adam menapak perlahan meninggalkan Khaleeda yang sebenarnya agak terpinga-pinga dengan perubahan sikapnya itu. Hari ini, buat pertama kali dalam hidup Khaleeda, lelaki itu tidak menengkingnya. Ya, Hitler tidak menengking Khaleeda hari ini seperti hari-hari sebelum ini. Khaleeda tersenyum puas. Entah kenapa, hatinya sedikit gembira kerana lelaki itu tidak memarahinya. Khaleeda kemudian melangkah menuju ke arah jeram untuk memulakan tugasannya menyiram sayur-sayuran di kebun. “Subhanallah... Ya Allah... cantik betul ciptaanMu. Semoga jeram ini dapat membantu aku melepaskan kerinduan pada keluargaku Ya Allah. Semoga jeram ini dapat menghiburkan aku setiap kali aku rindukan keluargaku dan semoga dia dapat lepaskan aku dengan tenang, setenang aliran air di jeram ini Ya Allah.” Khaleeda berbisik kecil sambil mula memenuhkan air ke dalam bekas penyiram. Dia kemudian segera menapak ke kebun untuk mula menyiram. Setibanya di kebun sayur itu, Khaleeda dapat melihat kelibat lelaki itu yang sedang enak menikmati buah epalnya sambil terbaring selesa di atas kerusi malas yang diletakkan di bawah pohon rambutan berdekatan kebun yang agak rendang pohonnya. Siap pakai shades lagi mamat ni. Lagak macam tengah berjemur santai di pinggir pantai pulak.

Apa la masalah mamat ni? Dah buang tabiat kut piknik tengah-tengah hutan belantara ni. Khaleeda membebel dalam hati. Sangkanya tadi, lelaki itu sudah pergi dari situ selepas kelibatnya menghilang. Namun, sangkaannya itu meleset. Nasiblah kau Khal, mesti mamat ni ada agenda nak kenakan kau lagi ni. Insya-Allah aku dapat harunginya. Khaleeda sudah dapat mengagak. Sangkaannya bahawa lelaki itu sudah berubah tidak tepat sama sekali. Sememangnya dia mempunyai banyak personaliti. Tanpa menghiraukan pandangan mata lelaki yang sudah menyorotinya, Khaleeda meneruskan tugasannya menyiram segala tanaman. Habis sahaja air di dalam bekas penyiram di tangannya, Khaleeda mengalih langkah menuju ke arah jeram sekali lagi. Khaleeda harus segera menyiapkan tugasannya itu kerana dia ingin menyegarkan tubuhnya dengan air segar jeram itu petang nanti. Khaleeda mahu mandi dan membasuh pakaiannya di jeram petang nanti. Dia mahu ke tempat istimewa yang diberitahu oleh Pak Mat beberapa hari lepas. Kata Pak Mat, lokasi tersebut memang best untuk bermandi-manda dan penuh dengan privasi. “Wah... sedapnya air tembikai ni. Dapat minum waktu panas macam ni lagi la heaven, kan?” Suara Adam yang tiba-tiba menyapa halwa telinga Khaleeda saat dia leka memasang angan mahu bermandimanda petang nanti terus membunuh cita-citanya itu. Hampir terjatuh bekas penyiram air di tangannya dek terkejut dengan kedatangan Adam yang begitu hampir di sebelahnya. Entah bila mamat itu datang pun Khaleeda tak perasan. Adam tersenyum sinis melihat tingkah Khaleeda yang sudah gugup melakukan kerjanya tatkala dia menegur. Shadesnya dibuka dan dikepitkan di celah poket baju. Gelas sederhana besar yang masih separuh dipenuhi air tembikai itu didekatkan kepada Khaleeda. Disuakan pada wajah comel gadis di depannya yang masih meneruskan siraman pada sayur-sayuran menghijau di hadapan mereka. Menjengkelkan betul mamat Hitler ni. Kalau sekadar nak tunjuk aje baik tak payah. Saja nak sakitkan hati aku. Aku boleh buat air yang lagi sedap daripada ni tau. Khaleeda mula membentak. Tangannya memegang kejap pemegang bekas penyiram air itu sebagai tempat dia melepaskan rasa geram terhadap mamat di sebelahnya itu. Peluh yang mula menitik di dahinya dilap perlahan. “Kesian kau, kan. Dah dekat sebulan tak rasa air best yang sejuk dan nikmat macam ni. Haish... dah la kena kerja tengah panas terik macam ni. Kesian... kesian....” Adam terus menambahkan kemarahan Khaleeda. Dia meneguk rakus baki air tembikai di dalam gelas tersebut di hadapan Khaleeda. Saja mahu menunjuk-nunjuk. Khaleeda masih dapat bersabar. Namun, bibir mungilnya itu tanpa dapat disekat terus menjawab sindiran Adam. “Tak apa. Lagipun minum ais ni tak elok sangat untuk kesihatan. Nanti perut cepat buncit, kulit cepat berkedut dan usia kita pun mungkin akan semakin pendek. Jadi, walau sedap mana pun air awak tu, saya tak teringin langsung nak minum walaupun lagi setahun saya terpaksa duduk dalam hutan ni dan kena kerja bawah panas terik macam ni.” Pantas, Khaleeda bergegas melangkah laju menuju ke arah jeram tanpa menunggu reaksi daripada jejaka yang semestinya sudah bengang dengan kata-kata Khaleeda itu. Khaleeda tersenyum puas saat tiba di jeram. Seronok dapat mengenakan jejaka yang masih belum diketahui namanya itu. Khaleeda pernah bertanya kepada Pak Mat tentang nama majikannya itu, namun Pak Mat hanya menjawab dengan senyuman. “Encik tak benarkan Pak Mat bagitau apa-apa pun pasal diri dia pada Khal. Maafkan Pak Mat ya, Khal.” Begitulah jawapan yang diberikan oleh Pak Mat setiap kali Khaleeda bertanya tentang diri Adam. Kata-kata Pak Mat beberapa hari lepas pun agak berkias dan masih mendalam maksudnya. Satu hari nanti, pasti aku akan dapat tahu juga siapa kau Hitler. Bisik hati Khaleeda sambil melangkah pulang ke pondok untuk mengambil pakaian dan keperluan mandinya. Dia mahu segera lari dari penjara buatan lelaki itu untuk sementara waktu dan bermandi-manda di jeram seorang diri. Mahu menenangkan fikiran dengan menikmati air sejuk di jeram sendirian.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful