You are on page 1of 4

Pusat Persuratan bahasa melayu Apakah maksud 'jati diri'?

Makna Jati diri menurut Kamus Dewan Edisi 4 ialah sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb. Jati diri juga merupakan perkataan lain bagi identiti. Oleh itu terjemahan bagi jati diri atau identiti ialah identity. Manakala 'self-reliance' merupakan salah satu karek-teristik penting dalam pembangunan sesebuah negara. Jati diri bangsa adalah akar umbi dan tunjang keutuhan hidup berbangsa dan bernegara. Goyah kriteria ini, bermakna akan goyahlah keutuhan pembangunan bangsa itu sendiri. Bermaksud berdikari atau kebergantungan diri. Sebenarnya, dalam keadaan kita mengenal pasti jati diri bangsa, ada orang mudah lupa akan jati diri murni umat Islam. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sejak lebih seribu empat ratus tahun yang lalu telah menggariskan jati diri yang unggul yang mesti menjadi ikutan kita sebagai umatnya. Apakah jati diri umat Islam itu? Salah satunya ialah budi pekerti dan akhlak yang mulia. Ajaran inilah yang menjadikan umat Islam menjadi umat, masyarakat dan bangsa yang bermoral tinggi dan maju. Sabda Nabi yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” (Hadis riwayat Malik). Ini menegaskan lagi betapa besarnya peranan akhlak, budi pekerti atau bermoral tinggi itu di dalam diri seseorang yang menjadi personaliti wajib atau jati diri individu.

my 2011/04/28 Nilai. seni muzik. norma budaya berbeza harus diketepi bagi mewujudkan suasana terbaik semangat kebangsaan APA maksud jati diri? Kamus Dewan (2005) memberi pengertian sebagai sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat. Jati diri itu akan menunjukkan citra identiti sesebuah bangsa. A Aziz Deraman. perundangan.” katanya sebagai panel Forum Jati Diri 1Malaysia bertajuk Jati Diri Pembinaan Negara Bangsa di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu di Durian Daun. A Aziz yang mewakili GAPENA dalam forum itu menjelaskan betapa kehidupan berbangsa itu ditunjukkan sifat jati diri menerusi persamaan lambang. “Kedangkalan ilmu sedemikian mungkin saja terjadi merentasi generasi disebabkan tidak ada celik budaya dan buta sejarah. bahasa.Membentuk citra jati diri unggul bangsa Malaysia Oleh Amirullah Andi Nur dan Nur Aishah Zainal rencanabh@bharian. seni teater atau persembahan seni. serta daya saing. ia mendukung matlamat ke arah menegakkan keperibadian bangsa dan kejatidirian dalam konteks pembangunan negara. “Jati diri itu banyak berkaitan dengan kebudayaan. tangkas dan dinamis. etika yang kukuh. elemen nilai akhlak. Sebaliknya. moral. Berita Harian. liberal bertoleransi dalam konteks penerimaan. nilai kebangsaan yang dikongsi bersama. Melaka. Datuk Wira Othman Muhammad dan dianjurkan bersama Jabatan Penerangan. baru-baru ini. Program dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. progresif dan makmur. daya tahan. kesetiaan politik dan rasa keyakinan diri sebagai satu bangsa. hatta istilah kesenian yang sudah luas cakupan bidangnya pun digunakan sebagai merujuk kepada seni tari. . demokratis. berkata persoalan bahawa jati diri Malaysia tidak boleh dilakukan secara caca-marba. institusi nasional. Seorang lagi panel ialah Dr Bazrul Bahaman dari PERSKOM. berasaskan kepada kesamarataan semua bidang termasuk ke arah kewujudan budaya bangsa. Ia menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa. Di Malaysia isu dan masalah kebudayaan timbul lazimnya disebabkan persepsi dan perspektifnya yang diletakkan dalam kerangka yang begitu sempit dan terhad. jarang terdapat di negara lain. budaya dan agama. adil dan saksama yang bermakna tidak semesti kesamarataan. Budayawan. “Tafsiran luasnya tidak dirujuk dan ada kedangkalan faham sehingga disamakan dengan seni semata-mata.com. Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Sarjana Komunikasi (PERSKOM). Keunikan situasi kepelbagaian di Malaysia ini katanya lagi. Selain itu. beliau berkata.

Oleh sebab itu. Beliau berkata. . satu masalah besar dalam pembinaan jati diri bangsa di Malaysia ialah kekurangan respons di kalangan bukan Bumiputera yang menunjukkan masih adanya batas budaya. modal intelek. raja dan kerajaan. adat resam. secara langsung 1Malaysia ini diperkaya bersandarkan Perlembagaan dan Rukun Negara. Model Baru Ekonomi (MBE) dan transformasi ekonomi. kemahiran. Polarisasi budaya berasaskan kaum dan suku bangsa jelas wujud. Dalam pada itu. “Perancangan kebudayaan akan menentukan sifat yang terbaik. terutama ilmu sejarah. pengetahuan sains dan teknologi. rakyat khususnya generasi muda seharusnya diberi didikan dan pengetahuan mengenai aspek kenegaraan.” katanya. A Aziz menyimpulkan betapa Malaysia memerlukan pembangunan modal insan secara holistik dari segi ilmu pengetahuan. amalan nilai positif. Program Transformasi Kerajaan (GTP). Katanya. Kurikulum dan kokurikulum pendidikan formal dan bukan formal patut menangani isu ini. ilmu bahasa sastera. budaya." katanya. lebihlebih lagi pengaruh corak demografi (kependudukan) yang ada.” katanya. “Jadi aspek nilai dan norma dalam konteks warisan budaya akan memancarkan amalan prinsip kebersamaan dan kekitaan sebagai keluarga besar dalam konteks realiti kemajmukan kaum dan agama yang semuanya itu menjadi warisan budaya pada zaman baru. hak negara berbanding hak kaum dan sebagainya ketika mereka masih muda. Menurut A Aziz. hubungan kaum. pendidikan dalam erti formal dan tidak formal patut digandingkan sehingga pendidikan seumur hidup terus menjadi amalan. “Jati diri terserlah apabila warga sesebuah bangsa itu cetek kefahaman sejarah. “Ikatan persamaan dalam konteks geopolitik itu sudah diikat dalam Perlembagaan negara yang keluhurannya menjadi undang-udang tertinggi negara. Katanya. pembangunan dan perancangan strategik program jati diri berkait rapat dengan pembangunan kebudayaan dan menjadi sangat penting bagi sesebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum. Rancangan Malaysia Kesepuluh yang dinaungi gagasan 1Malaysia akan menjadi lebih sempurna dengan keseimbangan pembangunan fizikal dengan kerohanian.Katanya. bahasa sastera agama. mulia dan tapak bagi pembinaan bangsa kerana sebuah negara bangsa hanya muncul dan tegak atas landasan jati diri kebangsaan masing-masing. Dr Bazrul turut mengakui bahasa Melayu yang menjadi pertuturan seharian adalah lambang bangsa dan jati diri 1Malaysia. keusahawanan. “Rakyat dilihat masih terikat dan mempunyai nilai serta norma budaya yang berbeza.” katanya. mengenali sosio-budaya. ketatanegaraan. latar belakang kaum dan suku kaum. Malaysia memerlukan sebuah citra jati diri bangsa selaras dengan konsep negara bangsa Malaysia. Katanya. tetapi kekal kesinambungannya.

selain memahami Perlembagaan Persekutuan dan menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cintakan negara. katanya. Bazrul berkata. di samping terpelihara kesuciannya. mesej 1Malaysia perlu dihayati oleh semua masyarakat khususnya generasi muda di samping memahami maksud yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. di mana bumi dipijak.” katanya. “Ini dapat kita lihat apabila sejak kecil ibu bapa sudah menghantar anak mereka ke tadika dan sekolah agama untuk memupuk jati diri yang teguh. “Kesedaran kepada betapa berharganya jati diri sesebuah negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bak kata pepatah. di samping mempelajari selok belok dalam hal keagamaan. . Agama Islam pula adalah jati diri bangsa Melayu kerana sejak lahir lagi unsur ini sudah diterapkan ke dalam jiwa mereka. Katanya. golongan muda perlu kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara. di situ langit dijunjung. “Rakyat Malaysia khususnya generasi muda seharusnya berasa bangga dengan tanah air sendiri kerana keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.Begitu juga. “Apa yang kita amalkan dalam rutin seharian seperti bertutur dalam bahasa Melayu adalah asal usul jati diri Malaysia dan ia perlu dikekalkan daripada dicemari unsur bahasa lain.” katanya. aspek agama Islam yang menjadi identiti masyarakat Melayu perlu dipelihara.