BAB 6 : SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA. TAJUK: ATURCARA/ PROSIDING MAHKAMAH.

PENGENALAN 1. Kes-kes yang dibicarakan di mahkamah ialah kes-kes Sivil dan kes-kes Jenayah. 2. Seorang tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah dengan pemberian,  Saman – dokumen mempunyai kandungan kesalahan dan meminta hadir di mahkamah pada masa dan tarikh yang dinyatakan  Penangkapan tanpa waran – cara polis menangkap seorang dianggap mengancam keselamatan awam dan Negara. Cth perhimpunan haram, merusuh, mengamuk dll.  Waran – dokumen kuasa kepada pihak polis oleh mahkamah untuk menangkap seseorang atau menggeledah bagi mencari bukti. 3. Aturcara/ Prosiding mahkamah boleh dibahagikan kepada  Aturcara/ prosiding sivil  Aturcara/ prosiding jenayah ATURCARA/ PROSIDING SIVIL 1. Undang-undang yang menyentuh hak dan t/jawab melibatkan hubungan antara individu dengan individu, individu dengan badan lain tanpa melibatkan kesalahan Negara 2. Bentuk kes - harta pusaka, wasiat, penjagaan anak, tuntutan, keluarga, syarikat, tanah, kontrak dll 3. Pihak terlibat – Plaintif melawan Defendan / Pemohon melawan Penentang 4. Hasil perbicaraan – diterima atau ditolak permohonan plaintif. 5. Hukuman – ganti rugi, injuksi, perlaksanaan spesifik 6. Aturcara/ prosiding Kes Sivil;  Writ diperoleh dari mahkamah  Defendan boleh menuntut perbicaraan atau sebaliknya  Pihak Defendan membela diri – surat guaman “penemuan dokumen”  Perbicaraan diadakan. Cara terbuka / penyelesaian di luar mahkamah jika dipersetujui kedua pihak.  Pihak kalah akan membayar kos perbicaraan ATURCARA/ PROSIDING JENAYAH 1. Undang-undang melibatkan kesalahan dengan niat / tanpa niat. Pelaku boleh dijatuhkan hukuman mati, penjara, sebatan, denda dsb. 2. Bentuk kes – culik, bunuh, rogol mencuri, menghasut, bocorkan rahsia rasmi dll 3. Pendakwa raya melawan tertuduh. 4. Hasil perbicaraan – dijatuhi hukuman jika bersalah Bebas jika terlepas hukuman 5. Hukuman – gantung sampai mati, penjara, sebatan, denda dan jaminan berkelakuan baik. 6. Aturcara/ prosiding Kes Jenayah o Pendakwa membawa tertuduh utk didakwa o Peguam bela membantu tertuduh bila dihadapakan di mahkamah o Pembela/ tertuduh disoal bahas saksi-saksi o Penghujahan hujah pedakwa dan pembela o Hakim teliti jika terdapat prima facie – tertuduh diarah bela diri. Jika hakim dapati bukti dikemukakan lemah, tertuduh akan dibebaskan. o Tertuduh boleh membela diri dengan cara;

com/2011/03/aturcara-prosiding-mahkamah. Jika mengaku bersalah – pendakwa umumkan fakta kes hukuman yang dijatuhkan mahkamah.Memberi keterangan di kandang salah o Hakim menjatuhkan hukuman ATURCARA/ PROSIDING DI MAHKAMAH 1.Terdapat bukti kukuh – dihukum mengikut undang2 Rayuan boleh dibuat di mahkamah – Tinggi Rayuan Persekutuan (rayuan akhir) 5.Memberi keterangan affidavit/ bersumpah . Hukuman Read more: Sistem Kehakiman Malaysia (Aturcara/ Prosiding Mahkamah) ~ Cikgu Zainal http://cikguzainal. 4. .Jika mengaku tidak bersalah – pendakwa dan tertuduh (bersendirian/ melalui peguam) memeriksa balas semua saksi masing2 3.html#ixzz2Z70d6uWt ..Mendiamkan diri di mahkamah . Tertuduh dibaca dan diterangkan pertuduhannya – mengaku bersalah/ tidak 2.blogspot. Ketiadaan bukti – pihak tertuduh dibebaskan . Hujahan penutup kedua pihak – hakim membuat keputusan berdasarkan bukti dan keterangan saksi.

Pengesahan tuntutan oleh pihak plaintif terdapat dalam writ. kecuaian dan tuntutan pampasan. writ boleh ditampalkan di bangunan kediaman pihak defendan atau diiklankan dalam akhbar tempatan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. 2. Kes sivil merangkumi tindakan undang-undang yang diambil oleh seseorang individu (plaintif) untuk mendakwa orang lain (defendan) yang telah melanggar hak-haknya. Writ – dokumen rasmi yang digunakan oleh Hakim Besar untuk meminta defendan menghadirkan diri di mahkamah. 11. Jika didapati bersalah. kegagalan membayar balik hutang atau menepati janji. 10. hakim lazimnya juga memerintahkan pihak defendan membayar kos perbicaraan. 7. Sekiranya pihak defendan tidak menuntut perbicaraan. Pihak defendan boleh juga membuat tuntutan balasan. 6. 5. Dalam writ.Atur Cara Kes Sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah 1. . 4. Pihak defendan boleh melawan writ tersebut dengan menghadirkan diri ke mahkamah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Contoh-contoh kes sivil ialah pencerobohan. Sekiranya kedua-dua cara tersebut tidak dapat dilaksanakan. 3. keputusan mungkin dibuat tanpa kehadirannya. 9. dia perlu menyakinkan mahkamah bahawa terdapat alasan belaan terdiri terhadap sesuatu tuntutan. 12. 8. Setiap keputusan yang dibuat oleh hakim mestilah dipatuhi oleh pihak defendan. perbicaraan di Mahkamah Tinggi dimulakan apabila pihak plaintif berjaya mendapat writ. dinyatakan siapakah pihak plaintif dan pihak defendan. writ diserahkan kepada pihak defendan secara langsung atau kepada peguamnya. Lazimnya. pihak plaintif boleh menuntut keputusan segera daripada mahkamah. Dia boleh memilih sama ada untuk menuntut perbicaraan atau tidak menuntut perbicaraan. Sekiranya pihak defendan gagal menghadirkan diri. fitnah. Seterusnya. Sekiranya pihak defendan menuntut perbicaraan.

Contoh tuntutan sivil: ☼ Gantirugi untuk kecederaan diri ☼ Kemalangan jalanraya ☼ Pelanggaran kontrak ☼ Pertikaian mengenai harta ☼ Pertikaian di antara tuan tanah dan penyewa (3) Adakah saya boleh mewakili diri sendiri tanpa peguam? 3. (2) Apa itu tuntutan sivil? 2.1. anda masih mempunyai pilihan untuk melantik peguam. Kenal pasti dan ketahui undang-undang dan prosedur yang terpakai kepada kes. Tuntutan sivil adalah pertikaian di antara dua atau lebih pihak yang melibatkan isu perundangan. 3. Perbicaraan ialah satu proses pengumpulan fakta sebelum sesuatu keputusan dibuat oleh Majistret atau Hakim.2.5. Walau bagaimanapun.6. 3.1. MEWAKILI DIRI SENDIRI DALAM PERBICARAAN KES SIVIL 3. anda diwajibkan mewakili diri sendiri.Mewakili Diri Sendiri Dalam Perbicaraan Kes Sivil PERSEDIAAN UNTUK PERBICARAAN DI MAHKAMAH RENDAH (1) Apakah itu perbicaraan? 1.4. setiap orang mempunyai hak untuk mewakili diri sendiri di Mahkamah. 3. Sekiranya anda mengalami kesukaran apabila mewakili diri sendiri ketika kes sedang berjalan.2. Badan-badan korporat hanya boleh memulakan atau membela diri dalam tindakan sivil melalui peguam.1. 3.3. Ya. 2. Kerumitan isu-isu khusus dan risiko yang ada perlu dipertimbangkan jika anda ingin meneruskan kes tanpa peguam. bagi nilai tuntutan berjumlah di bawah RM5000 (Kes Tuntutan Kecil). .

anda perlu menyerahkannya kepada pihak yang satu lagi dalam tempoh masa yang ditetapkan.3. Saksi ini akan disoal dalam pemeriksaan balas oleh Defendan dan kemudiannya akan disoal semula oleh Plaintif di dalam pemeriksaan semula.☼ Plaintif akan memanggil saksi untuk memberi keterangan semasa pemeriksaan utama.1. Defendan perlu menimbulkan dan membuktikan pembelaan terhadap apa yang dituntut oleh Plaintif. tuntutan balas (jika ada) dan jawapan dan Ikatan Dokumen ☼ Pihak-pihak hendaklah saling bertukar ikatan dokumen tersebut sekurang-kurangnya 14 hari sebelum perbicaraan. Patuhi tempoh masa untuk pemfailan dan penyerahan dokumen. .8. 3.7. SEMASA PERBICARAAN DI MAHKAMAH RENDAH (6) Apakah yang berlaku semasa perbicaraan? ☼ Plaintif – Pihak menuntut ☼ Defendan – Pihak dituntut ☼ Plaintif mesti membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. ☼ Defendan pula akan memanggil saksinya. Jumlah fi tertentu hendaklah dibayar.1. Sentiasa bersedia untuk perbicaraan. (5) Apakah tindakan saya yang seterusnya? 5. hujahan akan diberikan. SELEPAS PERBICARAAN DI MAHKAMAH RENDAH Selepas pihak-pihak menggulung kes masing-masing di akhir perbicaraan keputusan akan diberikan. ☼ Selepas kedua-dua belah pihak menutup kes masing-masing. Tuntutan hendaklah difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah yang berkaitan. SEBELUM PERBICARAAN DI MAHKAMAH RENDAH (4) Di mana saya hendak memfailkan tuntutan sivil? 4. ☼ Pihak-pihak hendaklah memfailkan Ikatan Pliding yang mengandungi penyataan tuntutan. Setelah tuntutan difailkan. penyataan pembelaan.

Ia akan diberikan sertamerta selepas penutupan perbicaraan ataupun pada hari yang lain. Apa akan berlaku jika salah satu pihak tidak melaksanakan keputusan Mahkamah? Perintah pelaksanaan hendaklah dipohon oleh pihak yang terkilan. . Bagaimana jika saya tidak berpuashati dengan penghakiman? Rayuan boleh difailkan.Apakah itu keputusan? Keputusan adalah penghakiman atau perintah Mahkamah. Bagi rayuan ke Mahkamah Tinggi. pihak-pihak akan dimaklumkan untuk hadir pada tarikh tersebut. Jika anda memerlukan nasihat undang-undang. Ia akan diberikan pada hari yang lain. ******************************************************************* PENAFIAN: Maklumat yang dipaparkan ini bukan merupakan nasihat undang-undang dan hanya merupakan panduan sahaja. anda dinasihatkan merujuk kepada peguam. Notis Rayuan mesti difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman diberikan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah di mana keputusan tersebut dibuat.

riba.Mahkamah Syariah Tujuan & Peranan[sunting]              Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s. talak. Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam. kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil. kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka. Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama. Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga. Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah Syariah[sunting] Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi(dahulunya sebelum pemisahan antara dua agensi ini berlaku) telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia.pengurusan masjid dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia.Jabatan Mufti. Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi(pembuat dasar) dan diikuti Majlis Agama & Istiadat. Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga.Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Agama Islam. penceraian. Mahkamah Syariah menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat.w. khalwat. pendidikan. minum arak. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Baitulmal. Pada masa kini semua Mahkamah Syariah telah terpisah pentadbiranya dengan Jabatan Agama Islam. Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi. penceraian. Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah[sunting] Mahkamah Rendah Syariah[sunting] . dan sebagainya.Mahkamah Syariah telah ditukar identitinya menjadi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri. dan lain-lain perkara mungkar Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan. Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin. fasakh. dakwah.

    Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah bicarakan kes-kes di peringkat daerah. menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan [1][2] dianggap setaraf. . Bidang kuasa[sunting] Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Mahkamah Tinggi Syariah[sunting]      Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid Menguruskan kes-kes rayuan Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri) Mahkamah Rayuan Syariah[sunting]       Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Mengurangkan hukuman Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan Setiap rayuan akan didengar sekurang-kurangnya oleh tiga orang panel(hakim) rayuan daripada Panel(hakim) Rayuan Syariah yang dilantik dan ditaulaiha oleh KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan Syariah)Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.

Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut ugama Islam. Mahkamah Syariah mengalami perkembangan yang positif dan lebih baik dari aspek status kakitangan. Disebabkan perundangan di Malaysia mengamalkan sistem dualisme. Dalam konteks Mahkamah Syariah. maka mahkamah tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana perbicaraan. yakni hak dan juga kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes. mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut ugama Islam. Fitrah dan Baitulmal atau hasil ugama yang seumpamanya. sumber bidang kuasanya adalah berdasarkan kepada Senarai 2. pentadbiran. tetapi tidak mermpunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan. maka dengan adanya bidang kuasa ini secara dasarnya kita tidak mengalami konflik dalam menentukan kuasa mendengar dan memutus sebarang kes. Jadual Sembilan memberikan kuasa perundangan kepada negeri melainkan dalam soal-soal jenayah. 1. Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama. penjagaan anak. pertunangan. perkahwinan. yayasan. Badan Perundangan Negeri yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan mentadbirkan Undang-Undang Islam dan semua hal-ehwal Islam di negeri masing-masing kecuali Wilayah Persekutuan.Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Di Malaysia: Satu Pengenalan Ringkas Ditulis oleh Siti Shamsiah Binti Md Supi. Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah. penyusunan dan cara bagi mahkamah-mahkamah Syariah. keanggotaan. perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam dan Khairat. Zakat. perceraian. Secara umumnya. yakni Senarai Negeri. Masyarakat Islam di negara ini khususnya perlu menghargai dan melihatnya sebagai suatu perkara yang positif sekalipun ia bukanlah perubahan yang sangat ketara. mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam. pemberian. Posted in Artikel Di dalam sistem perundangan Islam. nafkah. bidang kuasa yang dimiliki oleh Mahkamah Syariah di Malaysia tidaklah berbeza jika hendak dibandingkan ketika zaman kemerdekaan lagi. pengambilan anak angkat. Jadual Kesembilan. termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat. bidang kuasa Mahkamah Syariah disebut sebagai 'al-wilayah'. Sumber Bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan Jadual Sembilan memperuntukkan Senarai 1 kepada bidang kuasa Persekutuan. masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam. Senarai 2 ' Senarai Negeri. Senarai 2 kepada bidang kuasa negeri dan Senarai 3 kepada bidang kuasa bersama. pembahagian harta dan amanah bukan khairat. Bidang kuasa yang tertentu juga dapat menentukan kes-kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Rendah. amanah. di bawah enakmen inilah diperuntukkan bidang kuasa dan juga pegawai-pegawai mahkamah yang akan mengendalikannya. adat istiadat Melayu. Walau bagaimanapun. taraf anak. dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan. Pentadbiran mahkamah ini juga telah diasingkan daripada pentadbiran agama Islam negeri. yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini. Sekiranya Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ini. pihak berkuasa negeri mewujudkan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri. Serentak dengan ini juga. Di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan ini juga. penaikan taraf mahkamah itu sendiri dan infrastrukturnya. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang ditubuhkan adalah sebahagian daripada perkembangan yang positif ini. kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan. khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam Negeri. yang diletakkan di bawah Persekutuan. mas kahwin. Oleh sebab itu terdapat . dan di bawah enakmen inilah Mahkamah Syariah ditubuhkan. menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.

Bidang kuasa Mal Istilah 'mal' sebenarnya merujuk kepada harta tetapi dalam konteks perundangan. menjual atau memberi anak kepada bukan Islam. hubungan jenis. ingkar perintah mahkamah. khalwat. qazaf (menuduh zina). 2) Kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen/Ordinan/Akta Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri. Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mal yang hampir menyeluruh dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam: . Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor telah membentuk beberapa kategori jenayah yang tertentu. Bidang kuasa mal bagi Mahkamah Syariah terpakai kepada semua orang Islam yang tinggal pemastautin negeri-negeri. berjudi.00 denda. Bidang kuasa Jenayah Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil. ini sebenarnya ruang yang amat besar kepada kerajaan negeri untuk mentadbirkan Undang-Undang Islam dengan secara lebih cekap dan berdaya saing berbanding pada ketika struktur pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Agama Islam bersama dengan lain-lain pentadbiran di bawah jabatan ini. mengutip zakat tanpa kebenaran dan menyalahgunakan tanda halal. menghalang pasangan yang telah bernikah daripada menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Pada pengamatan penulis. ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan. diwujudkan mahkamah-mahkamah yang diketuai oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri masing-masing. Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia. fatwa. iaitu: 1) Kesalahan berkaitan akidah seperti menyebarkan doktrin palsu dan takfir. pelacuran. menghasut suami isteri supaya bercerai atau meninggalkan kewajipan. 4) Kesalahan pelbagai seperti membawa lari wanita yang sudah bersuami. Kesalahan-kesalahan yang berada di tempat yang ketiga ini juga turut melibatkan kesalahan jenayah syariah matrimoni seperti poligami tanpa izin mahkamah dan perceraian dilakukan di luar mahkamah. tidak menunaikan solat Jumaat dan tidak membayar zakat atau fitrah. Dan sebenarnya. Sehubungan dengan ini. tidak menghormati bulan Ramadan. Iai memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000. dan 3) Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah yang secara khususnya memberikan peruntukan berkaitan dengan jenayah berkenaan. ia merujuk kepada kes-kes bukan jenayah. Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah. minum arak dan minuman yang memabukkan.Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri dan di bawah jabatan ini. bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah "dikurniakan" oleh Perlembagaan Persekutuan. pihak berkuasa agama. 2) Berhubung dengan kesucian agama Islam dan institusinya seperti menghina perkara-perkara yang berkait dengan agama. lelaki berlagak seperti pondan dan perlakuan tidak sopan di khalayak awam. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984).kesalahan-kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukannya di dalam tiga tempat: 1) Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-negeri. 3) Berhubung dengan kesusilaan seperti sumbang mahram.

maka di situlah wujudnya pengiktirafan di kalangan masyarakat. Mahkamah Syariah di Malaysia telahpun diberi pengiktirafan oleh masyarakat. Dalam sepanjang tempoh berkenaan. Dalam keadaan mereka boleh mengharapkan . 2) Berkaitan dengan persoalan semasa perkahwinan. Umpamanya. kerana terlalu banyak isu yang perlu diselesaikan. akan menyebabkan ketidakadilan dan aniaya kepada pihak-pihak yang terlibat. 6) Permohonan-permohonan mengenai wasiat. Oleh yang demikian. Seperti permohonan mengesahkan perkahwinan. Maka. Ini berlaku apabila keputusan yang dikeluarkan tidak diikuti oleh pihak yang kena tanggungan. nafkah tertunggak dan juga soal hadanah (penjagaan anak). mensabitkan isteri nusyuz. efisien dan sebagainya. banyak perkara yang timbul yang perlu diselesaikan oleh pihak mahkamah. fasakh. Begitu juga memohon perintah larangan agar harta yang dimiliki secara bersama tidak dibenarkan untuk dilibatkan dalam sebarang urusan. Dan inilah sebenarnya yang diharapkan oleh masyarakat. permohonan kebenaran untuk berkahwin dan permohonan untuk berpoligami. 7) Permohonan penguatkuasaan perintah mahkamah. permohonan nafkah diri. perintah larangan terhadap harta dan gangguan. Mahkamah Syariah di Malaysia telahpun mengendalikan kes-kes jenayah syariah. Bagi perkara ini. pihak-pihak yang satu lagi boleh menuntut supaya perintah-perintah yang dikeluarkan itu dikuatkuasakan oleh pihak mahkamah. Permohonan cerai khulu�. permohonan membatalkan perkahwinan yang tidak sah. talak. membawa masalah mereka itu ke hadapan mahkamah. ta�liq.1) Berkaitan dengan isu-isu sebelum perkahwinan. perceraian dengan perintah. 4) Sebarang permohonan di dalam sesuatu kes sedang berjalan (interlocutory order) Contohnya. Perkara-perkara ini boleh dirujuk di mahkamah yang ada bidang kuasanya. Sekiranya tidak diselesaikan. Umpamanya. 5) Isu-isu yang berbangkit selepas perceraian. iaitu selepas perceraian berlaku. Rumusan Mahkamah Syariah telahpun mengalami banyak perubahan terutama dari sudut pentadbiran yang lebih cekap. bukanlah sesuatu yang luar biasa satu-satu kes perbicaraan mengambil masa yang lama. nafkah anak. sagu hati (mutaah) selepas perceraian. undang-undang memberikan ruang supaya pihak-pihak yang terlibat ketika menanti keputusan yang jelas dari pihak mahkamah dibenarkan untuk membuat permohonan sementara. Pada hemat penulis. adalah sangat wajar bagi seorang wanita memohon larangan (injunksi) terhadap bekas suaminya untuk tidak mengganggunya. persoalannya bagaimana hendak memaksimumkan pemahaman masyarakat mengenai bidang kuasa mahkamah? Ini kerana disebabkan pemahaman inilah yang menyebabkan mereka yang menghadapi masalah. hadanah. Apabila masyarakat merasakan Mahkamah Syariah boleh diharapkan. Begitu juga dalam soal jenayah syariah. permohonan isteri supaya suami hidup bersama semula dan sebagainya. sementara perbicaraan dijalankan. 3) Berkaitan dengan persoalan pembubaran perkahwinan. Ini adalah kerana. kerana murtad dan juga secara anggapan mati. Ini adalah kerana salah satu prinsip pemakaian undang-undang yang agak penting ialah soal pengiktirafan (recognition) masyarakat. diberi kepercayaan dan boleh menyelesaikan masalah-masalah masyarakat. wakaf dan harta pusaka. Walau bagaimanapun. nafkah iddah. nafkah anak. Seperti putus tunang.li�an. permohonan sementara nafkah sama ada diri dan anak. kita sama-sama dapat melihat mahkamah telahpun menangani banyak kes kekeluargaan di kalangan masyarakat Islam. harta sepencarian.

khususnya masyarakat Islam di Malaysia memahami bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia. maklumat sebegini amatlah diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat awam. memberikan hak yang dituntut dan boleh menghukum mana-mana pihak yang mengabaikan tanggungjawab mereka ataupun bagi mereka yang telah melakukan kesalahan. .Mahkamah Syariah memberikan keadilan kepada mereka. Maka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful