INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN 2 PISMP RBT 2 AMBILAN JANUARI 2010

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN
(TANAMAN SAYURAN)
NAMA : EVA MAY GEMINA EDMOND GOYONG MOHD ADIZAN SHAH B. ABD KHANIS MOHD REZAQ FARIZ B. KHAIRULANUR KUMPULAN/UNIT PENSYARAH : 2 PISMP RBT 2 : PUAN ROSMARINA AHMAD KHARIRI

IC KUMPULAN/UNIT PENSYARAH : EVA MAY GEMINA : 7908 : 900505-12-5516 : 2 PISMP RBT 2 : PUAN ROSMARINA AHMAD KHARIRI . MATRIK NO.INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN 2 PISMP RBT 2 AMBILAN JANUARI 2010 RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN (TANAMAN SAYURAN) NAMA NO.

keladi Pemilihan Tapak Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya termasuklah. cili. petola.PENANAMAN SAYUR-SAYURAN Pengenalan Sayur-sayuran sering ditanam di kawasan rumah atau secara komersial. kobis dan kangkung Kacang botor/kelisa. sawi putih. lobak merah. Jadual Jenis Sayur-Sayuran Bil 1 2 3 3 Jenis sayuran Daun Kekacang Buah Akar / Umbisi Contoh Bayam. ubi sengkuang. Berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran. protein. karbohidrat dan lemak. timun. lobak putih. kacang buncis. sawi bunga. kacang tanah dan kacang panjang Bendi. kundur. ubi keledek. terung. Jenis Sayur-sayuran Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagianbahagian makanan. . tomato Halia. i. Sayuran sangat penting kepada manusia kerana ianya membekalkan vitamin. Sayuran yang ditanam sendiri lebih selamat dimakan berbanding dengan sayuran yang ditanam secara komersial kerana bebas daripada racun. garam mineral.

iii. Mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Kesuburan tanah adalah satu konsep umum dan ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. . zink. Oleh iitu pemuliharaan tanah perlu untuk kesuburan tanah. mangan. Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrient. Berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian.ii. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut: Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi. iv. vi. Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan. Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium. ferum dan mangan. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit. Mempunyai kemudahan infrastruktur. vii. v.0 Penyediaan tapak Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum. 1. molibdenum dan boron. Teres digunakan jika tanah bercerun. ferum.

v. Abunya boleh digunakan sebagai baja. iii. Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak. Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman. Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah. Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai sungkupan.8. menyimpan nutrient.Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai. mempunyai saliran yang baik. Membuang rumpai dan batu batan. Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan berketul bila kering. Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi. 2. iv.Tanah ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.0 Penyediaan batas Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayursayuran seperti : i.3 hingga 5. kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu berasid. Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal berketinggian 20 – 25 cm. ii. . Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah.

0 Pemilihan biji benih . Bertindak sebagai baja organan apabila ia reput. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit. iv. v. daun.0 Sungkupan Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong. Mengurangkan suhu tanah: – suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna. iii. Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk.tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat. vi. 4. ii.air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan hidupan tanah. Menjaga tanah supaya sentiasa lembab: . pelepah dan kompos.3. Mengelakkan tumbesaran rumpai Mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak benih. i. Mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:.

0 Penyemaian biji benih. iii. ii. • • • Labelkan biji benih supaya mudah dikenali. iv. Ciri-ciri biji benih yang baik • • • Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi. Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan menjadi tinggi. Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi : Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan Tanam sebiji atau dua biji selubang . Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi. • Tidak rosak atau cacat. Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu. Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak. Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan 5. Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran • • Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit. Terdapat tiga cara penyemaian: Semaian terus biji benih besar i.

terus dan lainlain boleh menggunakan dua cara: Semaian terus ke batas tetap. ii. iii. Menyemai cara semai tabur Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut. i. cili tomato. Semaian terus biji benih kecil Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun. Kaedah alur . ii. tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis. Beri perlindungan (sungkupan) dan air. Selepas percambahan. anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang sama. ii. semaian biji benih halus di dalam kotak semaian Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian semaian i. lakukan penjarangan. iv.v. beri perlindungan (sungkupan) dan air. Ini memastikan hasil yang bertambah. Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian. Selepas bercambah. i. penjagaan anak benih lebih mudah anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. iii. . jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu. iv.buat alur yang cetek dengan jarak tertentu Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.

Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap.iii.0 Menyulam Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak pokok. mati. . Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam penanaman sayuran. 6. Disamping itu untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi. 7. i. Mengubah Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. terbantut tumbesaran atau tidak sihat.0 Penjarangan Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu sama lain. anak benih ini perlu dibuang dan diganti. akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya. diserang perosak. Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau yang tajam. Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah. 8. air dan nutrien. selepas percambahan.0 Penanaman Panaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan kerja penjagaan. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih. jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari ii. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih. Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh masuk .Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut . kertas plastik dan jaring. Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa. • • Bekalkan perlindungan dan air. • • • Segarkan anak benih sebelum diubah Lakukan waktu pagi atau petang Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah. Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat. • Dengan menggunakan sudip. cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar. Naungan Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. lalang/rumput yang dipotong. • • • Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.

Jika saiz ladang luas. Menyiram Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. cahaya dan ruang. ii. 9. Rumpai besar atau terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan.menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Merumput adalah untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayursayuran dalam mendapatkan nutrien. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat pembiakan perosak dan agen penyakit.0 Penjagaan tanaman sayuran Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut: i. air. Membaja Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. rumpai boleh dikawal secara kimia. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina makanan. Merumput Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai lubang siraman yang halus. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. . Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas. iii.

iv. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Kalsium. koya. Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. teritip dan bari-bari. Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. membaja. Membuat sokongan Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. kumbang. siput babi. sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat. kutu daun. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang.0 Mengawal Perosak dan penyakit Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayur-sayuran. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas. fosforus dan kalium (NPK). ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput. 10. Ada yang menjalar. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu tinggi Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya bertompok-tompok kehitaman. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran . Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah.Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen. melilit atau mempunyai batang yang lemah. pianggang. Selain itu.

bintik daun dan layu bakteria. Pokok akan layu dan mati Daun yang diserang layu dan mati. Sebagai contoh.Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih. Ini bertujuan untuk mendapat hasil yang segar dan memuaskan. hasilnya adalah rendah. hasilnya banyak tetapi mutunya rendah kerana mengandungi serat kasar. Sebaliknya jika lewat dipungut. Panduan Memungkut Hasil Sayuran . jika sayuran jenis daun dipungut terlalu awal. kuning/perang batang/ Kulat atau daun yang dijangkiti akan 11. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran Penyakit Agen Melecur anak Kulat benih Reput akar Bintik daun Layu bakteria Kulapok Karat daun lengai Kulat bakteria Kulat Bakteria Bakteria Simptom Anak benih layu dan mati atauPokok layu dan mati Daun dengan bintik perang atau hitam Urat daun menjadi hitam. Tompok jatuh. Masa memungut hasil Masa yang sesuai untuk memungut sayur-sayuran adalah pada waktu pagi atau lewat petang.0 Memungut hasil Hasil sayur-sayuran boleh dipungut mengikut kehendak pengguna. Oleh itu memungut hasil pada masa yang sesuai adalah penting. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia.

vii.com/2008/05/panduan-penanaman-sayur.html .sayuran jenis daun. iii. v. i.com/kursus_tanaman_sayur. vi.sayuran kekacang. timun.Sayursayuran Sawi Timun Tempoh mula memungutPanduan Cukup besar tetapi tetapi hasil 4 hingga 6 minggu 4 hingga 6 minggu belum berbunga Buahnya muda warna belum bertukar menjadi kekuningmudah di kuningan Lengai Kacang panjang Sengkuang 6 hingga 8 minggu patahkan tetapi bijinya 20 hingga 24 minggu belum terbunjul keluar Daun mula menjadi kuning dan gugur. tomato dan lain-lain. cili. peria. sayuran jenis akar atau umbisi.sayuran jenis akar / umbisi seperti keledek. petola. labu mencabut contoh . menggali dengan cangkul/serampang contoh . iv. keladi. kundur. ii. Cara memungut yang betul .bendi. sengkuang dan lain-lain.html http://yuzamri. RUJUKAN http://institutskilltech. memotong dengan pisau / sekatur contoh . memetik contoh . terung.blogspot.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful