BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

SENARAI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 TAJUK KAJIAN

PERKARA SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 1.0 NAMA BANGUNAN 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 ASAL USUL 2.2 PENGASAS 2.3 TARIKH PEMBINAAN 2.4 LOKASI 2.5 TUJUAN PENUBUHAN BANGUNAN 2.6 KOS PEMBINAAN 2.7 PERASMIAN 3.0 KEISTIMEWAAN BANGUNAN 3.1 REKA BENTUK PELAN 3.2 BAHAN BINAAN 3.3 PENGUBAHSUAIAN 3.4 HIASAN DALAMAN 3.5 KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG 3.6 CARA PEMBINAAN 4.0 KEJAYAAN DAN KEPENTINGAN BANGUNAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

HALAMAN i ii

7 8 9

PENGHARGAAN

Saya Amirul Syafiq bin Ahmad Zulfikri, mengucapkan ribuan terima kepada guru Sejarah saya, Puan Rozainita binti Abdul Rahman, yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar hingga kerja kursus ini selesai.

Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya, Rakiah binti Abd Ghani dan Ahmad Zulfikri bin Muda, yang telah memberikan dorongan dan semangat sepanjang kerja kursus ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan saya, Abdul Hafiz bin Amri, Ahmad Izzat Fauzan bin Sahim dan Muhammad Zaki bin Zulfakar yang telah membantu saya dan memberikan garis panduan dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan murid mengenali dan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai bangunan bersejarah yang dipilih. Oleh yang demikian, murid dapat mengambil iktibar daripada catatan sejarah sekaligus mengenang jasa tokoh yang banyak berjasa untuk negara Malaysia yang berkaitan dengan bangunan tersebut.

Seterusnya, masyarakat tanah air juga akan lebih menyintai dan berbangga akan negara Malaysia setelah mempelajari tentang kepelbagaian sejarah yang tercatat di sebalik sebuah bangunan bersejarah, khususnya bangunan yang dipilih dalam kajian. Hal ini juga akan menyedarkan masyarakat untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan tokoh- tokoh tanah air. Seterusnya, akan memupuk minat masyarakat untuk mengkaji keindahan seni bina bangunan bersejarah yang unik dan tersendiri.

Oleh yang demikian, negara Malaysia akan mempunyai masyarakat yang benarbenar cinta akan bangsa dan tanah air. Hal ini akan menempatkan Malaysia di mata seluruh dunia. Negara Malaysia tidak akan dipandang rendah, sebaliknya disanjung tinggi oleh seisi dunia disebabkan keunggulannya dari segi kekayaan sejarah dan bilangan bangsa yang bersemangat kenegaraan.

KAEDAH KAJIAN

Sepanjang tempoh menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan beberapa maklumat dan perkara yang berkaitan. Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah rujukan dari internet. Saya melayari internet untuk memperoleh maklumat terperinci tentang bangunan yang dikaji serta mendapatkan pelan lokasi, pelan bangunan dan gambar bangunan tersebut. Saya telah melayari laman web Wikipedia, Scrbid dan Warisan Budaya Malaysia bagi mengetahui latar belakang bangunan yang dikaji secara terperinci. Bagi mendapatkan pelan dan gambar bangunan pula, saya telah melayari laman web Google Images, Flickr dan Warisan Budaya Malaysia.

Selain itu, saya juga telah menganalisis dokumen seperti buku- buku ilmiah, jurnal, majalah, dan akhbar. Sumber- sumber ini membolehkan saya memperoleh beberapa maklumat tambahan yang berkaitan dengan kajian ini.

Saya juga menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan. Saya telah mengunjungi Perpustakaan Raja Tun Uda yang terletak di Shah Alam. Melalui kunjungan tersebut, saya telah memperoleh beberapa bahan rujukan mengenai bangunan yang saya kaji.

HASIL KAJIAN
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian reka bentuknya.

Bangunan Sultan Abdul Samad

1.0 Nama Bangunan 1.1) Nama lain Nama bangunan ini diambil bersempena dengan nama Sultan Selangor yang memerintah pada masa itu, iaitu Sultan Abdul Samad pada tahun 1896.Pada asalnya bangunan ini hanya disebut ‘Bangunan’ sebelum ditukar nama kepada nama Sultan Abdul Samad.

Sultan Abdul Samad

2.0 Latar Belakang 2.1) Asal Usul Pada mula pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad dikenali sebagai “Bangunan Baru Kerajaan” , kemudian sebagai “Sekretariat Persekutuan”, diguna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang di dirikan di Kuala Lumpur pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program Bangunan Tersergam di bawah pengendaliaan Maxwell/Spooner sebagai perancang dan akitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu. 2.2) Pengasas Bangunan ini telah diasaskan oleh arkitek Inggeris yang bernama Anthony C.Norman sekitar tahun 1893-1897 untuk menempatkan beberapa jabatan kerajaan penting ketika zaman pemerintahan British. Norman menghabiskan masa di Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad.

2.3) Tarikh Pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun 1893. Walau bagaimana pun perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Tempoh pembinaan memakan masa selama 2 tahun 7 bulan. Bangunan Sultan Abdul Samad siap dibina pada tahun 1897. 2.4) Lokasi Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan dibahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.

2.5) Tujuan Penubuhan Bangunan Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri – Negeri Melayu Bersekutu di bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat menempatkan Sekretariat Kerajaan bilik mesyuarat Majlis Negeri Pejabat Pos Lembaga Kebersihan Pejabat Kehakiman Public Works Department Audit dan Perbendaharaan Pejabat Tanah Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya 2.6) Kos Pembinaan Kos binaan setelah siap pada April 1897 berjumlah RM 152,000 dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan. Antara faktor menarik disebalik sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

2.7) Perasmian Bangunan Sultan Abdul Samad siap dibina pada tahun 1897. Antara pegawai – pegawai yang bertanggungjawab membina bangunan Sultan Abdul Samad terdiri dari Arthur Charles Alfred Norman selaku Akitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku Jurutera Negeri dan Pengarah PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback yang menyediakan pelan, dan lukisan, sehingga membolehkan bangunan ini di rasmikan oleh Sir Frank Swettenham K.C.M.G. (Residen Jeneral) pada 4hb. April 1897. Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984 selepas kerja pengubahsuaian.

3.0 Keistimewaan Bangunan 3.1) Reka Bentuk Pelan Rekabentuk pelan bangunan Sultan Abdul Samad dibuat oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi.

Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.

Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini. Seni binanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini. Ia mempunyai dua tingkat di mana ketinggiannya setinggi 57 kaki berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.

3.2) Bahan Binaan Antara bahan binaan yang digunakan untuk membina Sultan Abdul Samad ialah 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Diperingkat awal, kubah Bangunan Sultan Abdul Samad diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam, namun kini ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut dengan tembaga.

3.3) Pengubahsuaian Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut.

3.4) Hiasan Dalaman Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik Mahkamah Agung. Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina tidak mempunyai pendingin udara. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini. 3.5) Kegunaan Dahulu dan Sekarang Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamahmahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

3.6) Cara Pembinaan Sebagai Bangunan yang menjadi ‘pemula’ dalam waktu pembinaanya 1894 hingga 1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri – ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti stail, ragam hias dan pemilihan unsur – unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong, kubah potong bawang dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Kesemua elemen – elemen tersebut menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh ikutan dan penentu aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan awam.

4.0 Kejayaan dan Kepentingan Bangunan

RUMUSAN

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang tempoh penyiapan tugasan ini, saya memperoleh banyak pengajaran, pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri saya.

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan suatu mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut, jelas dan terperinci tentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Saya juga berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Salah satu sebabnya ialah kerana Malaysia kaya dengan sejarahnya yang tersendiri, termasuklah dari segi kekayaan bangunan yang bersejarah, contohnya Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini masih tersergam indah di tengah- tengah ibu kota, walaupun usianya sudah mencecah lebih seratus tahun. Saya juga menghargai segala jasa dan perjuangan tokoh- tokoh tanah air yang telah berkorban demi mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Melalui kajian ini juga, saya menjadi lebih berdisiplin. Saya perlu melaksanakan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan seterusnya menyerahkan tugasan yang telah sempurna disiapkan pada tarikh yang ditetapkan. Bukan itu sahaja, saya juga sedar akan kepentingan untuk bersifat amanah dan jujur. Sebagai contoh, saya melaksanakan tugasan ini dengan berbincang dengan rakan sekelas untuk mendapatkan idea dan maklumat tambahan. Saya bersikap jujur dengan tidak hanya menyalin tugasan rakan saya.

Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman dari segi pencarian maklumat. Saya juga memperoleh pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan dan mewawancara bersama beberapa pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung. Dengan erti kata lain, sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan ini, telah terpupuknya semangat kekitaan dan semangat bekerjasama. Semangat ini jugalah yang sangat diperlukan bagi mengekalkan keunggulan dan keutuhan bangunan warisan bangsa yang masih wujud di negara kita ini.

Akhir sekali, kerja kursus ini juga menaikkan semangat patriotisme terhadap diri saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah saya dapat lebih menjiwai dan menyintai negara Malaysia yang makmur ini. Seperti yang disebut dalam peribahasa Melayu, "tak kenal maka tidak cinta". Kini dengan segala info dan pengetahuan yang saya ada mengenai sejarah negara, saya akan lebih bersemangat untuk berusaha menjaga dan memartabatkan maruah bangsa dan negara.

LAMPIRAN

Pelan Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat 1

Pelan Tingkat 2

Pelan Tingkat Mezanin

RUJUKAN

ELEMEN 3

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarahnya yang tersendiri. Bagi melahirkan generasi yang cintakan warisan bangsa, pelbagai usaha giat dilakukan termasuklah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini. Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat

menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful