1.

0

PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang berhadapan

dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak diingini. Menurut G. Miltenberger (2001) tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap persekitaran. Dalam erti kata yang lain, tingkah laku boleh didefinisikan sebagai apa yang seseorang perkatakan atau ucapkan. Keadaan ini boleh diukur dalam satu dimensi atau pun lebih. Berlakunya sesuatu tingkah laku adalah disebabkan oleh peristiwa dan pengaruh persekitaran. Keadaan tingkah laku juga mungkin overt atau covert. Umumnya, tingkah laku mencabar terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku mencabar dalaman dan tingkah laku mencabar luaran. Tingkah laku mencabar dalaman ini biasanya datang daripada dalaman. Tingkah laku ini biasanya tidak ditunjukkan sepenuhnya di hadapan individu sebaliknya bergantung kepada kesesuaian ianya untuk dilakukan.(Berdine). Selain itu pengurusan yang sistematik dan terancang perlulah dilakukan untuk mewujudkan tingkah laku yang diingini oleh kanak-kanak ini.Tidak seperti kanak-kanak yang normal, tingkah laku kanak-kanak bekeperluan khas memerlukan pengurusan tingkah laku yang baik. Oleh itu pengurusan tingkah laku penting dalam mewujudkan tingkah laku yang diingini dan mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini. Pengurusan tingkah laku dikenali sebagai satu bidang psikologi yang menekankan kepada menganalisis dan mengubahsuai tingkah laku manusia. Analisis merujuk kepada mengenalpasti hubungan persekitaran dengan sesuatu tingkah laku. Mengubahsuai pula merujuk kepada membina dan mengimplementasikan prosedur intervensi behavioral untuk membantu seseorang individu membantu mengubah tingkah laku mereka.

Pengurusan

ini

juga

adalah

merupakan

sesuatu

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran akedemik mahupun sosial. Hal ini bermakna tanpa perubahan tingkah laku , pembelajaran tidak akan berlaku. Dalam hal pembelajaran , perubahan tingkah laku ini menjadi kayu ukur bagi menentukan samaada individu telah mempelajari sesuatu yang baru atau pun tidak. Dalam pengurusan tingkah laku aspek utama yang dititikberatkan adalah mengukur sasaran tingkah laku yang ingin perubahan. Pengukuran sasaran tingkah laku ini juga dikenali sebagai penaksiran tingkah laku. Bagi menaksir tingkah laku ini, penaksiran hendaklah dilakukan dengan cara secara langsung mahupun tidak langsung. Untuk tujuan pemerhatian sasaran tingkah laku, pemerhati hendaklah merancang jenis perekodan data yang sesuai. Apa yang penting pemerhati mesti mempunyai definisi sasaran tingkah laku yang tepat supaya kejadian tingkah laku itu dapat dibezakan daripada yang lain.

membaca. merangkap seorang pakar perubatan dan „ophalomotologist‟ telah memperkenalkan perkataan „Disleksia‟ (Hammond dan Hugges. kesukaran menggunakan perkataan. mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak. diantaranya ialah: Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik   Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf. . jantina atau bangsa. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya.0 JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN) UTAMA KES YANG DIPERHATIKAN 1) Disleksia Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain.2. Istilah „buta huruf‟ juga digunakan untuk kategori ini. Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur. menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology. bacaan. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanakkanak. 1996:3)“Disleksia ialah satu „Disorder‟ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa. menulis. tidak memperolehi kemahiran bahasa.

1996. 1997.  Keturunan atau genetic Kebanyakan kes. Hammond dan Hughes.Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :  Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. antara punca-punca disleksia ialah. 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun . Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik  Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalahmasalah yang sama. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15. menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan.Punca Disleksia Mengikut Mercer. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori  Disleksia visual-auditori Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio . 1996 dan Spaafford dan Grosser.

2. kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan. Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri pada sesuatu perkataan. 7. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat dewasa. kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding perempuan. Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan. Perhatian dan tumpuan senang terganggu dan gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga selesai. Kebiasaannya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia Di antara beberapa ciri-ciri penghidap disleksia adalah seperti berikut : 1. 5. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. 3. Sering mengalami kekeliruan dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu seperti “p” dianggap “q” dan huruf “b” dianggap “d”. 6. kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan kanakkanak. 8. . Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanakkanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum  Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. 4. Kekerapan penghidap disleksia selalu terjadi di kalangan pasangan kembar.

Disebabkan kegagalan ini. Trisomi 21 Trisomi 21 berlaku disebabkan oleh keadaan kegagalan meiosis.kegagalan ini telah menghasilkan gamete yang mempunyai 24 kromosom. Jenis-Jenis Sindrom Down 1. Cenderung menjadi seseorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. Kes sindrom down yang paling kerap terjadi adalah disebabkan oleh pertambahan kromosom 21 iaitu sebanyak 3 kromosom 21 yang menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 47. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Kromosom pula ialah adalah serat-serat khusus yang terdapat dalam setiap sel di dalam badan manusia di mana tedapat bahanbahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Trisomi 21 ini merupakan penyumbang terbesar kepada kes sindrom down iaitu sebanyak 94% dengan 88% daripadanya disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.9. Apabila bergabung dengan gamete normal daripada pasangannya maka embrio kini mempunyai 47 kromosom iaitu lebih satu kromosom berbanding kromosom yang normal iaitu 46. . 2) Sindrom Down Sindrom down ialah kelainan kromosom yang disebabkan oleh ciri-ciri fizikal yang boleh dikenalpasti dan biasanya disebabkan perkembangan fizikal dan intelektual yang berkembang secara perlahan. berfikir dan sosial. Disleksia hanya boleh dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit dengan pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. gamete (sel sperma atau telur) dihasilkan dengan pertambahan salinan kromosom 21. Bayi yang normal hanya mempunyai 2 kromosam 21 iaitu menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 46. Penghidap disleksia biasanya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik.

ibu bapa bukanlah pembawa dan berkemungkinan mereka untuk melahirkan seorang lagi anak yang mempunyai sindrom down tidaklah besar daripada ibu bapa. apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trimosi 21 maka ia dikenali sebagai sindrom down jenis Mosaicism. Ianya hanya melibatkan 2% daripada kes sindrom down yang berlaku. Walaubagaimanapun. Sel-sel yang sempurna dan yang tidak terus berlipat ganda dan keadaan bercampuran lalu tejadinya mosaic.2. Hal ini boleh berlaku di mana keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21 atau embrio sindrom down melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal.Jenis sindrom down ini melibatkan 4% daripada kes yang berlaku. Pertambahan kromosom ini disebabkan oleh proses pembentukan sel yang tidak berlaku dengan sempurna sehingga . Mosaicism Trisomi 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan dan kesemua sel dalam badan terjejas. Punca-Punca Sindrom Down  Faktor Genetik Kanak-kanak sindrom down mempunyai bilangan kromoson 47 berbanding 46 kromosom pada sel yang normal. 3. Pada kebiasanya 2 daripada 2 daripada kes ini. Disini sebahagian sel-sel berpecah dan mempunyai bilangan kromosom yang sempurna iaitu (46 kromosom) dan sebahagian lagi sel-sel mempunyai bilangan yang tidak sempurna (47 kromosom).Sindrom down jenis ini boleh diturunkan oleh ibu atau bapa. Translokasi robertsonian disebabkan oleh sebahagian kromosom 21 terpecah dan bahagian yang ketinggalan pula terlekat kepada pasangan kromosom yang lain dan biasanya pada kromosom 14. Translokasi Robertsonian Sindrom down jenis „Translokasi Robertsonian‟ merupakan jenis yang paling kurang menyumbang kepada kes sindrom down.

Faktor keturunan juga turut menyumbang kepada kes sindrom down. Mosaicism dan Translokasi Robertsonian. Dianggarkan 95% daripada kes sindrom down adalah disebabkan masalah ini. Faktor ini disebabkan masalah kelewatan mendirikan rumah tangga yang berlaku di dunia dan tidak berkecuali kepada Negara kita sendiri. Terdapat 3 jenis sindrom down yang disebabkan oleh faktor genetik iaitu Trisomi 21. Ciri-Ciri Kanak-Kanak Sindrom Down Sifat pada kepala.2 hari bayi mengalami masalah menelan air liur.  Faktor Persekitaran 1) Ibu mengandung yang berumur 35 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak yang mengalami sindrom down. 2) Ibu yang terdedah kepada kepada radiasi (sinar x) khususnya di tempat kerja juga mempunyai risiko yang tinggi mendapat anak sindrom down. Jika terdapat sejarah kes-kes sindrom down pada pihak keluarga sebelah ibu dan bapa maka risiko untuk mendapatkan anak sindrom down adalah lebih tinggi. Patent Ductus Ateriosis (PDA) – salur ateriosis yang berkekalan. Sifat pada tangan dan lengan jari jemari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke bawah. 3) Pengambilan dadah juga dapat mengundang kepada kes sindrom down.menyebabkan berlakunya terlebih sel. Masalah-masalah kesihatan yang berkaitan:     Masalah Jantung Masalah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) – Masalah jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan. muka dan leher Iras muka hampir sama seperti orang mongol Pangkal hidung kemek Jarak antara mata jauh dan berlebihan. Tapak kaki biasanya leper. Tapak tangan biasanya terdapat satu garisan urat yang dinamakan “simian crease”. Masalah usus salur esofagus yang tidak terbuka – semasa berumur 1. . Sifat pada otot biasanya otot lemah menyebabkan mereka menjadi lembik yang mana lewat dalam perkembangan motor kasar. Salur usus kecil duodenum tidak terbuka(duodenal atresia) – bayi mengalami masalah muntah selepas menyusu dan perut kelihatan buncit sedikit. Sifat pada kaki Jari-jari kaki agak pendek dan jarak antara ibu kaki dan jari kaki agak jauh terpisah.

Diakhir 3 bulan bayi boleh memegang objek yang diletakkan di dalam tangan sekejap dan kemudian melepaskannya. Latihan kawalan kepala boleh dilakukan dengan memangku bayi dalam keadaan separuh duduk dan galakkan bayi menegakkan kepalanya. Manakala perkembangan motor halus dan rangsangan perkembangan dilakukan semasa dilahirkan jari jemari menggenggam dan apabila umur meningkat bayi mula membuka jari-jari dan membawa tangannya ke mulut.  Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir(dubur) tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan “Hirsprung Disease” Masalah perubatan yang lain Hypothyrodism – kurang hormon tiroid Ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher menyebabkan penyakit lumpuh(Atlantoaxial instability) 60-80% bermasalah pendengaran. Rangsangan boleh dibuat dengan bercakap-cakap dengan bayi dari arah kiri dan kanan.bayi berumur 6 minggu ke atas mula mengeluarkan bunyi yang perlahan apabila seseoraoran menegurnya.  Sebahagian kecil leukimia Peringkat Perkembangan 0 -3 bulan perkembangan motor kasar dan rangsangan boleh menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan.Bunyi akan bertambah jelas menjelang umur 3 bulan ke atas rangsangan yang mana kita akan bercakap-cakap dan memberi senyuman kepada bayi. Sebagai rangsangan kita harus mengusap belakang telapak tangan bayi dengan jari kita Perkembangan pertuturan dan bahasa serta rangsangan Perkembangan . . Jika bayi tidak menunjukkan tindak balas perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada masalah pendengaran.Bayi mula mengeluarkan suara dengan tangisan.

Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. m – w y –g – j u – n m – n c–ep–qh–nb–d Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti:  t–hf–v ii) Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. i) Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:   Batu – tuba Gula . Contohnya seperti berikut:  pada masa yang sama – dapa masa yang masa .3.0 MASALAH-MASALAH SAMPINGAN 1) DISLEKSIA Kebanyakan masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak Disleksia ialah masalah dalam proses pembelajaran.lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada.

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. pengurusan diri dan sosial  Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik iv) Bercakap dan mendengar Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. . Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. v) Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. kidal dan pandai mengikat tali kasut. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Contohnya seperti berikut : Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam – jem cat – cat iii) Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Contohnya seperti berikut : 3–5–8 9–6 vi) Masalah fizikal.

belakang. Terdapat juga di kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur di mana mereka kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan.  Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh. belakang. kiri. kidal dan pandai mengikat tali kasut sendiri. bawah serta pengamatan yang lemah  Gambar menunjukkan antara perkataan yang sering diterbalikkan oleh penghidap disleksia. Mereka turut kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dianggap pemalas dan kelihatan bodoh. atas. atas. bawah serta pengamatan yang lemah. Penghidap disleksia juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas dan mengalami kesukaran untuk memegang pensel serta tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. . kanan. Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan. Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Mereka juga tidak menjalankan atau menyusun sesuatu mengikut abjad. pandai membutangkan baju.. kiri. Kanak-kanak ini juga. Mereka juga berpakaian tidak kemas tetapi tidak kotor. Skop penglihatan mereka yang terhad di mana kekeliruan berlaku di antara depan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. kanan. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol serta suka menterbalikkan nombor yang sama. cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.

biasanya dikesan semasa 1 hingga 2 hari di mana bayi mengalami kesukaran untuk menelan air liurnya atau dikesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub menyedut air perut semasa baru lahir. Selain itu. ii) Masalah Usus Masalah usus yang dihidapi ialah kanak . Masalah jantung yang dihadapi ialah jantung berlubang.kanak tersebut. Masalah ini perlu dirawat melalui perubatan atau pembedahan. Saluran usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyepitan yang dinamakan “ Hirshprung Disease” keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum.2) SINDROM DOWN Masalah Organ Bagi Sindrom Down i) Masalah Jantung Kanak-kanak keperluan khas sindrom down mengalami pelbagai masalah kesihatan terutamanya masalah yang berkaitan dengan organ dalaman seperti jantung dan usus. Kebiasaannya. Selain itu. jenis jantung berlubang yang lain adalah Aptrial Septal Defect ( ASD) dimana ada lubang di antara atria kiri dan kanan. kanak-kanak ini berkemungkinan menghadapi masalah tiada lubang dubur. Selain itu. bayi akan mengalami masalah ini pada hari kedua atau seterusnya selepas kelahiran di mana perutnya akan membuncit dan susah untuk membuang air besar. Di antaranya ialah saluran esofogus yang tidak terbuka (atresia). masalah yang di hadapi berkaitan jantung ialah saluran ateriosis berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA) dan juga masalah jantung berlubang kebiruan (cynotic spell) iaitu turut menyebabkan kanak–kanak sindrom down itu sukar untuk bernafas.kanak sindrom down biasanya di kesan semasa bayi lagi. Ini memberi kesan yang sakit kepada jantung kanak. . Masalah jantung berlubang ini ada beberapa jenis iaitu Ventricular Septec Defect (VSD) iaitu ada lubang yang kecil di antara jantung kiri dan kanan. Masalah jantung ini akan menyebabkan darah tidak dapat mengalir mengikut arahnya kerana darah di bahagian kiri dapat memasuki di bahagian kanan jantung.

melukis dan lain-lain juga amat lambat berkembang. pemikiran. Namun perkembangan sosial mereka amat menggalakkan kerana kanak-kanak keperluan khas ini sangat periang. Namun perkembangan motor halus dan kasar akan berkembang mengikut tahap umur dan persekitaran mereka. Terutama dari aspek pembelajaran. Contohnya mereka ini lambat dalam berlari berbanding kanak-kanak biasa. ini menyumbangkan kanak-kanak itu lambat dari pelbagai aspek. Ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih baik. kanak –kanak sindrom down kurang mempunyai kemahiran dalam menggunakan bahasa. Pada peringkat awal pembesaran. Pekembangan kognitif pula. keupayaan motor halus mereka seperti menulis. iv) Masalah Perkembangan Pelajaran Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai perkembangan yang amat perlahan. Kebarangkalian ia mungkin berlaku dalam 10% dari kanak–kanak sindrom down. Oleh itu. Ini disebabkan perkembangan mereka tidak sama dengan kanak-kanak biasa atau normal. Selain itu. Secara keseluruhannya.iii) Masalah Hipotairoidism dan Kanser Masalah Hipotairoidism juga boleh berlaku terhadap kanak-kanak sindrom down iaitu kanak –kanak kekurangan hormon tairod. kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal dan kelewatan perkembangan. pembentukan konsep serta ingatan. . mereka mengalami masalah kelewatan dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat bercakap. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan di tulang-tulang kecil bahagian leher yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (Atlantoaxial Instability). Sebahagian mereka juga mempunyai risiko kanser sel darah putih iaitu leukemia. Bagi kanak-kanak ini mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual ( IQ) yang tidak melebihi 70. berjalan dan lambat dalam perkembangan motor halus dan kasar. penaalukan. angka. Hal ini menjadikan mereka amat digemari oleh ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun menurutnya. penggunaan duit. tetapi minda dan akal mereka seperti anak berumur tiga tahun. Misalnya. Ini menyebabkan kebanyakan daripada mereka lebih terarah mendapatkan rawatan secara tradisional. Masalah berkenaan tidak mempunyai rawatan tertentu yang mujarab. Beliau juga turut mengatakan bahawa ibu bapa perlu memahami kanak-kanak seperti keperluan khas ini yang mana tidak suka melakukan sesuatu di luar bidang kemampuan mereka. Dr Subash Pillay. kebiasaannya mereka memerlukan bantuan dari pelbagai segi terutama terapi kerja dan pertuturan. tetapi memiliki minda dan akal seperti kanak-kanak yang lebih muda. Keadaan ini mungkin disebabkan pelbagai masalah terutama ketika berada dalam kandungan seperti kekurangan darah dan bersalin pramatang. minda dan tumbesaran tubuh yang tidak serupa atau setimpal dengan kanak kanak lain yang seusia dengan mereka. bagaimanapun ia hanya akan melambatkan proses rawatan kanak-kanak berkenaan. Di samping itu.4.0 PAKAR-PAKAR YANG TERLIBAT TERHADAP KANAK-KANAK KEPRLUAN KHAS 1) Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja Global Developmental Delay merujuk kepada masalah kanak-kanak yang yang mempunyai perkembangan akal. Kanak-kanak berkenaan mungkin mempunyai sifat fizikal seperti budak lain. Menurut Pensyarah Kanan dan Perunding Psikiatri Kanak-Kanak. Remaja dan Dewasa. kanak-kanak itu akan mengambil mudah mengenai sesuatu perkara. mereka juga mungkin tidak memahami secara mendalam mengenai tahap kesihatan diri sendiri dan tidak boleh berdikari. Universiti Malaya. ketegasan dalam mendidik mereka penting kerana sekiranya berlembut. kanak-kanak terbabit berusia lapan tahun. kekurangan pengetahuan am dan masalah mengenali perkara yang betul atau salah. Menurutnya. Justeru. . namun rawatan awal mungkin dapat mengubah masa depan kanak-kanak berkenaan. masalah genetik atau chromosomal atau penyakit pada ibu. Malah. kebanyakan ibu bapa takut mendapatkan rawatan pakar psikiatri kerana bimbang pandangan masyarakat. berkata bahawa kanak-kanak berkenaan mungkin akan mempunyai masalah pembelajaran. penting untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal supaya pakar terbabit boleh mengenali masalah dihadapi serta memberikan rawatan sewajarnya.

KLINIK-KLINIK Pesakit Dalam :  Wad Pediatrik dan Jagaan Khas Bayi (SCN) Pesakit Luar :      Klinik Pakar Pediatrik termasuk Klinik HIV Klinik kanak-kanak keperluan khas Klinik ekokardiografi Klinik nefrologi Klinik diabetes dan .bermutu tinggi dan berkesan dengan sumber yang sedia ada. dewasa dan orang tua yang mempunyai gangguan psikiatrik. 2) Pakar Pediatrik Misi jabatan Pediatrik adalah untuk memberikan perkhidmatan dan rawatan yang cemerlang serta menyeluruh kepada bayi-bayi dan kanak-kanak dalam rawatan kami. remaja. Memantau pesakit psikiatrik dalam komuniti melalui Perkhidmatan Kesihatan Mental Komuniti.Fungsi Utama:  Meniliai dan mendiagnosa (pesakit luar dan pesakit dalam) sama ada kanak-kanak. Psikiatri Geriatrik Perkhidmatan Kesihatan Mental Komuniti. Perkhidmatan Yang Disediakan:       Psikiatri Dewasa Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja. Pusat Penjagaan Harian dan Pemulihan. Jabatan ini mengutamakan perawatan yang cekap.   Merawat dan mengurus gangguan psikiatrik kepada pesakit luar dan pesakit dalam Memulih pesakit yang kronik di Pusat Jagaan Harian.

Contoh Kes 1. Selepas pembedahan itu. Jantung anak tidak berfungsi secara normal. Klinik rawatan paliatif dan „Bereavement Counselling‟ Statistik global menunjukkan secara purata setiap satu daripada 800 bayi dilahirkan dengan masalah genetik Sindrom Down. Cabaran besar baginya bermula kerana anaknya bernama Azfar mempunyai tiga „kecacatan atau anomali‟ jantung selain masalah pernafasan disebabkan paru-paru yang lemah. Pakar pediatrik memberitahu ibu bahawa anak yang baru dilahirkannya mempunyai masalah genetik Sindrom Down dan nasihatkannya menyiapkan diri secara psikologi untuk menghadapi cabaran yang dijangka mengiringi anak istimewa ini. ibu dan anak kecilnya terpaksa „tinggal‟ di hospital hampir dua tahun kerana anak itu menghadapi pelbagai masalah dan komplikasi akibat daripada masalah genetik. . kebarangkalian masalah genetik ini adalah satu dalam 950 kelahiran. Jadi bagi mengelak kejadian seperti itu. Anak itu juga mudah dapat jangkitan pada paru-paru yang mengganggu pernafasannya. Kemudian anak itu dibedah oleh pakar di Institut Jantung Negara (IJN) pada umur tiga bulan dalam satu pembedahan yang mengambil masa lapan jam. Di Malaysia. ibu bapa harus membuat rawatan terhadap anak-anak mereka yang mengalami masalah kesihatan dari sejak kecil lagi supaya penyakit tersebut dapat diubati dengan segera dan pihak perubatan dapat mengenalpasti penyakit yang dialami oleh seseorang kanak-kanak.

rumah.0 PELAN TINDAKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID KEPERLUAN KHAS Tajuk : Sikap Bersih dari Segi Fizikal dan Mental Objektif : Membolehkan murid menjaga kebersihan diri.5. bilik air. ruang tamu dan persekitaran rumah) -menunjukkan kebersihan rumah cara-cara menjaga -peralatan penjagaan kebersihan rumah -latihan amali menjaga kebersihan . kebersihan rumah( bilik tidur. sekolah dan persekitaran Kandungan : Amalan menjaga kebersihan dari aspek fizikal dan mental AKTIVITI  BAHAN BANTU MENGAJAR / CATATAN Kebersihan dan kesihatan diri meningkatkan ketrampilan murid -menerangkan perlunya menjaga -Tayangan VCD/CD Interaktif kebersihan anggota badan -menunjukkan cara-cara menjaga -kad gambar bersiri kebersihan anggota badan -peralatan/bahan penjagaan kebersihan diri -latihan amali kebersihan anggota badan -kad gambar ruang-ruang di dalam rumah -menerangkan kebersihan perlunya menjaga di pakaian.

sekolaj. kantin dan kawasan sekolah -peralatan/bahan penjagaan kebersihan -menunjukkan cara-cara penjagaan sekolah kebersihan sekolah -mewarnakan gambar alatan kebersihan diri -memadankan perkataan gambar dengan -kad gambar bilik darjah dan kawasan -memadankan gambar dengan ayat sekolah -melawat ke tempat sekolah -kad perkataan / kad gambar / kad ayat / lembaran kerja Tajuk : Sikap Berterima Kasih dan Menghargai Objektif : Membolehkan murid mengamalkan sikap berterima kasih dan menghargai dalam kehidupan Kandungan : Sikap berterima kasih dan menghargai dalam kehidupan seharian AKTIVITI  Sikap berterima kasih BAHAN BANTU MENGAJAR / CATATAN mengharmonikan kehidupan -kad imbasan terima kasih -latih tubi sebut ungkapan terima -hadiah kasih -carta bergambar . bilik darjah atau stesen P&P. tandas.

sikap berterima kasih (irama lagu Selamat Hari Jadi) .membuat buku skrap -majalah / surat khabar . Contoh: orang yang berbudi bahasa akan dihormati oleh orang lain -kad gambar bersiri -menyesuaikan gambar dengan ayat -kad ayat mudah yang diberikan -kad ucapan -membuat latihan menulis perkataan „terima kasih‟ secara menyambung titik / warnakan perkataan -membuat kad ucapan seperti Hari Guru. Terima kasih cikgu. Hari Ibu dan Hari Perayaan -senikata lagu: Terima kasih -menyanyikan lagu bertemakan Terima kasih cikgu (2x) Terima kasih cikgu Ana.-melakonkan suasana yang bertemakan ungkapan terima kasih -menyatakan mengamalkan faedah-faedah sikap berterima kasih. Hari Raya.

Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial. Sharani 2004).0 PENUTUP Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang berlaku di muka bumi ini. emosi dan sosial.6. Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu. mental. pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna. masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat. Pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal. mental dan emosi. pertuturan. Justeru. fizikal. . terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria lihat dan dengar. ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd.

(2011). Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-kanak Disleksia. Jamila K. Kementerian Pendidikan Malaysia. L & Hughes. Leicester: BPS. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas Hammond. (1994). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. (1998).BIBLIOGRAFI British Psychological Society (BPS). Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia. Abnormal Psychology Mental illness Types. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa.Rouke.A Mohamed. Dyslexia. Australia: Simon and Schuster. Simptom Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah. Ronaldi Saleh Bin Umar. (1999). . (2005). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M).Costello and Fabian L. Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd. New York: Barnes & Noble. Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Manisah Mohd Ali dan Norani Salleh. Pembinaan dan Pengesahan Ujian Membaca Perkataan dan Ujian Mengeja untuk Tujuan Mengenalpasti Disleksia: Satu Kajian Rintis. Causes. Jurnal Pendidikan. Timothy W. Fadilahwati Abdul Rahman. (2008). INC. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Bhd. Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias. 1: ms 28-38. 30: ms 3-19. Nor. (2008). literacy and psychological assessment: Report by a Working Party of the Division of Educational and Child Psychology. P. Lee Lay Wah. Buku Panduan Pendidikan Moral Pendidikan Khas Bermaslah Pembelajaran Sekolah Rendan & Menengah. When bright kids fail: how to help children overcome specific learning difficulties. Walter J. and Treatment. (1990). 23: ms 151-162. Coville.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful