You are on page 1of 10

PESAN AYAH

Alkisah seorang ayah yang menjelang ajalnya berpesan 2 perkara kepada 2 orang anaknya di hadapan si isteri.

Pesanan pertama Jangan menagih hutang dari orang yang berhutang kepada mu

Pesanan kedua Jika pergi ke kedai berniaga jangan sampai muka kamu terkena sinar matahari

Maka tiba waktunya ayah yang mereka dikasihi meninggal dunia, disaat sianak masih perlukan bimbingan

Beberapa tahun kemudian, anak yang sulung berjaya menguruskan perniagaan dan menjadi seorang jutawan berjaya

Manakala anak yang bongsu tidak berjaya dalam peniagaan dan hidup dalam kesusahan

Monitoring Pada satu hari si ibu bertanya hal kepada anak-anak tentang bagaimana pencapaian hidup mereka

Jawab Anak Bongsu Ibu !, saya kurang berjaya, kerana saya mengikut pesan ayah. Ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepada ku, akibatnya modal perniagaan ku susut, kerana orang yang berhutang tidak membayar hutang dan aku pula tidak menagih hutang

Ayah juga berpesan jika pergi dan balik kedai tidak boleh terkena cahaya matahari. Yang demikian aku menaiki teksi, menyebabkan aku terpaksa berbelanja dan memakan masa & guna wang yang banyak, sedangkan rumah dengan kedai boleh sahaja berjalan kaki

Kepada yang Sulung yang bertambah kaya, ibu menanyakan hal yang sama

Jawab si Sulong, ini semua kerana saya mentaati pesan ayah Ayah menyuruh saya tidak menagih hutang kepada orang yang berhutang kepada saya. Untuk itu saya tidak memberi hutang kepada orang, biasanya orang sukar bayar hutang, yang demikian saya boleh mengumpul modal lebih banyak dan memajukan lagi perniagaan

Ayah juga berpesan agar saya pergi ke kedai dan balik jangan terkena cahaya matahari. Maka saya pergi ke kedai sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari jatuh. Saya punya kesempatan waktu niaga lebih, menjadikan untungnya berganda

MORAL CERITA Bagaimana sebuah pesanan difahami dan ditanggapi dengan berbeza

Jika kita berfikiran positif kita akan melihat kesempatan dalam setiap rintangan/halangan
Sebaliknya jika kita berfikiran negatif, kesempitan akan betul-betul menjadi halangan

Berusahalah melakukan yang biasabiasa dengan cara yang luarbiasa dan ini akan membezakan kita dengan orang lain.