1 - Konsep Tamadun Islam

KONSEP TAMADUN 1.0 Pendahuluan Perbincangan tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana tamadun banyak bertitik tolak daripada perbincangan istilah. Terdapat beberapa istilah yang dikaitkan dengan tamadun. Antara istilah yang sering digunakan ialah ‘civilization’ dalam bahasa Inggeris, tamadun dan peradaban dalam bahasa Melayu, maddana, umran dan hadarah dalam bahasa Arab. Setiap istilah ini mempunyai maksud dan tafsirannya tersendiri. Peristilahan ini memberi kesan kepada definisi tamadun. Selain ini, definisi tamadun juga berbeza antara seorang sarjana dengan sarjana yang lain kerana mereka memberi tafsiran tamadun berdasarkan disiplin ilmu masingmasing. Ini menghasilkan definisi tamadun yang pelbagai berdasarkan dimensi yang berbeza. Bagi ahli antropologi, tamadun dikaitkan dengan kebudayaan. Ahli arkeologi pula menegaskan, tamadun dihubungkan dengan peninggalan bahan-bahan bukti (artifak) yang boleh digunakan oleh sejarawan dalam menyusun kisah sejarah masyarakat lampau. Bagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabi dan rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia adalah tujuan utama perutusan mereka. Para nabi dan rasul diberi amanat untuk meluruskan jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang bertamadun. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memiliki seluruh tingkat kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material. Islam telah membekalkan asas-asas yang

kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia membina tamadun. Menurut Islam, tamadun sesebuah bangsa itu akan terbina apabila wujudnya nilai-nilai baik dan mulia dalam sesebuah masyarakat. Seandainya sesebuah masyarakat mengabaikan nilai-nilai baik atau menyalahi matlamat utama pembinaan tamadun, maka masyarakat tersebut akan mengalami zaman keruntuhan. 1.1 Peristilahan Tamadun Peristilahan tamadun yang sering memenuhi diskusi para sarjana ketamadunan terdiri daripada istilah-istilah berikut: • ‘Umran • Hadharah • Madaniyah • Tamadun • Civilization • Peradaban 1.1.1 Istilah Umran dan Hadarah Istilah umran dan hadarah diperkenalkan oleh Ibn Khaldun (14M) dalam karya beliau yang terkenal berjudul Muqaddimah. Beliau menggunakan dua istilah ini untuk menggambarkan masyarakat yang bertamadun. Istilah umran digunakan untuk menerangkan sifat-sifat fizikal tamadun; iaitu kawasan tanah yang didiami secara tetap dan aspek-aspek pembangunan yang wujud di satu-satu kawasan. Manakala hadarah pula merujuk kepada kehidupan yang menetap (M.A.J. Beg, 1982a, , 1982b). Oleh itu, istilah umran digunakan untuk maksud pembangunan dan kuantiti

penduduk sebagai hasil daripada kewujudan tamadun. Ini bermakna apabila organisasi sosial terbentuk maka bilangan penduduk bertambah besar. Sehubungan itu, tamadun akan terhasil. Ibn Khaldun juga menentukan beberapa kriteria utama masyarakat yang bertamadun. Antaranya seperti berikut: • Aspek keagamaan • Organisasi sosial • Sistem perhubungan • Sistem perundangan • Bandar • Aspek kesenian – senibina, seni khat dll. Ibn Khaldun tidak meninggalkan peranan agama dalam pembentukan masyarakat bertamadun. Malah bagi beliau, agama memainkan peranan penting. Demikian juga peranan penting yang dimainkan oleh sistem perundangan kerana sistem ini mampu menghasilkan keadilan. Nilai keadilan amat besar pengaruhnya dalam menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun. Bandar juga merupakan salah satu asas yang penting dalam pembinaan masyarakat yang bertamadun kerana kota atau bandar merupakan pusat pemerintahan dan kekuasaan. Oleh itu, pembangunan bandar mestilah menggunakan perancangan yang baik dan rapi. Antara faktor penting yang mesti diambilkira dalam perancangan sesebuah bandar adalah seperti berikut: • Udara yang bersih • Kemudahan asas yang lengkap seperti terusan sebagai jalan perhubungan • Sumber makanan asasi • Berhampiran dengan sumber binaan • Kawasan penternakan (M.A.J. Beg, 1982a; 1995)

. 1.1.2 Istilah Madaniyah Istilah madaniyah diperkenalkan oleh Muhammad Farid Wajdi (19M) dan Syeikh Muhammad Abduh (20M) (M.A.J. Beg, 1982b). Istilah ini juga merujuk kepada makna tamadun. Perkataan madaniyah diambil daripada perkataan madinah yang bermaksud bandar, kota atau city. Kota merupakan pusat peradaban atau tamadun. Ini jelas menunjukkan kaitan yang rapat antara keempat-empat perkataan ini. Keempat-empat perkataan ini juga sama dengan maksud perkataan civitas dalam bahasa Latin. Oleh itu, civitas dan madinah menjadi pusat dan lambang kemunculan tamadun. 1.1.3 Istilah Tamaddun Istilah tamaddun yang mempunyai maksud yang sama dengan civilization telah diperkenalkan oleh Jurji Zaydan, seorang penulis Arab (M.A.J. Beg, 1982b). 1.1.4 Istilah Civilization Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunapakai untuk menggambarkan masyarakat yang bertamadun ialah civilization. Istilah ini diambil daripada perkataan Latin civitas yang bermaksud kota, di mana kota merupakan salah satu faktor penting kewujudan sesebuah tamadun (Beg, 1982). Civilization juga dihubungkan dengan perkataan civil yang bermaksud keadaan masyarakat yang mempunyai tahap kehidupan yang tinggi (Azhar Hj Mad Aros dll, 2003). Para sarjana barat pula telah memberi beberapa gambaran berikut bagi masyarakat yang bertamadun. i. Collingwood: Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang

mencapai tahap kehidupan civil iaitu kehidupan sopan. Masyarakat civil ini akan melahirkan masyarakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan budi. ii. Samuel Johnson: Masyarakat yang bertamadun ialah suatu keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadab (barbaric). Masyarakat ini telah mencapai tahap kesopanan yang tinggi. iii. Gordon Childe (sejarawan): Pencapaian material adalah lambang ketamadunan. Civilization mempunyai persamaan dengan revolusi perbandaran. Pengukuran tamadun adalah berdasarkan kepada kewujudan bandar. Beliau menyamakan erti tamadun dengan revolusi bandar kerana apabila berlakunya revolusi bandar di satu-satu kawasan, maka akan lahirlah satu tamadun baru di kawasan berkenaan. iv. Edward L. Farmer: Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang memiliki unit kebudayaan yang besar yang mengandungi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi. Beliau juga memasukkan beberapa ciri berikut bagi menggambarkan masyarakat yang bertamadun iaitu: • Penempatan kekal • Revolusi pertanian • Stratifikasi sosial • Kewujudan agama • Urbanisasi • Pengkhususan kerja • Sistem tulisan.

Darcy Riberio (Ahli antropologi): Proses kehidupan bertamadun melibatkan aspek-aspek berikut: • Penyebaran teknologi pertanian – berakhirnya corak kehidupan nomad. • Wujudnya sistem tulisan.1. • Penggunaan peralatan tembaga dan gangsa. moral. seni. Taylor (ahli antropologi): Tamadun merangkumi keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan. E. 1982b). 1. kepercayaan. • Revolusi bandar – pertumbuhan bandar dan negara. angka. adat dan keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang diusahakan oleh manusia sebagai anggota masyarakat.5 Istilah Peradaban Peradaban merupakan istilah dalam bahasa Melayu yang sering dikaitkan dengan masyarakat yang bertamadun. 2003. vii. wujud stratifikasi sosial. Albert Schwetzer (ahli falsafah Jerman): Tamadun merupakan keseluruhan kemajuan hasil daripada tindakan dan pemikiran manusia yang membawa kepada penyempurnaan kerohanian seseorang individu (Azhar Hj Mad Aros dll.v.A.J. • Revolusi pengairan • Revolusi penghasilan inovasi teknologi berasaskan besi • Revolusi penternakan • Revolusi perdagangan • Revolusi teknologi • Revolusi industri vi. undangundang. M. • Wujud aktiviti perternakan dan pengkhususan kerja berasaskan kelompok kemahiran. kalendar dan lain-lain. .B. Beg.

.Kemunculan dan perkembangan ilmu dan kemahiran. Antara pencapaian tersebut ialah seperti berikut: • Kehidupan beragama . masyarakat yang beradab atau bertamadun ialah masyarakat yang memiliki tingkat kemajuan dalam kehidupan jasmani dan rohani. . Pada dasarnya. istilah-istilah di atas merujuk kepada satu keadaan yang memiliki dua aspek pencapaian iaitu material dan spiritual dalam kehidupan. 1. . Masyarakat maju diertikan sebagai masyarakat yang mempunyai tahap kemajuan sains dan teknologi serta ekonomi yang berasaskan perindustrian. 2002).Pembentukan kota sebagai pusat pemerintahan atau pembinaan tamadun. muncul beberapa istilah khusus untuk menggambarkan tahap kemajuan sesebuah negara yang diukur dari aspek . Tamadun dinyatakan sebagai satu keadaan masyarakat yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran sama ada aspek sosial. politik dan lain-lain yang tinggi (Kamus Dewan.Tahap kehidupan yang tinggi iaitu kehidupan hadarah bukannya badawah.Kemajuan rohani dan jasmani. Justeru itu.Menurut Kamus Dewan.Kehidupan menetap. Kedua-dua pencapaian ini membentuk pencapaian asas dalam kehidupan masyarakat bertamadun.2 Masyarakat Maju Pada masa kini. penggunaan istilah masyarakat maju lebih dominan daripada istilah masyarakat bertamadun. . budaya.

India .Jepun * Negara-negara yang mempunyai ekonomi yang stabil dan pembangunan yang pesat dalam jangka masa yang agak lama seperti: .Amerika Tengah .Malaysia . Oleh sebab itulah negara–negara ini disebut juga sebagai negara . * Negara-negara yang mempunyai rekod pembangunan yang kurang pesat.Wilayah-wilayah Caribbean (kecuali Jamaica dalam kategori kedua) . Malaysia.Britain . Brunai dan Thailand – kategori kedua).Thailand.Asia Tenggara (kecuali Singapura – kategori pertama. Pencapaian ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu: * Negara-negara maju (yang telah membangun).Perancis . 76% negara-negara dunia termasuk dalam kategori ini.Benua Afrika . Antara negara-negara yang termasuk dalam kategori ini ialah: .Australia .New Zealand . Filipina. iaitu: .Amerika Syarikat .Mexico .Kanada .pembangunan.Republik Rakyat China .Arab .

Sudan .daripada negara-negara dunia termasuk dalam kategori ini iaitu negara yang tidak membangun. seperti berikut: . Antara negara-negara tersebut ialah : .Negara-negara Dunia Kedua .(Wikipedia) * Negara-negara yang tidak membangun atau negara yang sentiasa berhadapan dengan siri peperangan yang panjang atau suasana politik yang tidak stabil.Burma . Negara-negara ini di sebut juga sebagai ‘failed states’.Tahap kehidupan .Negara-negara perindustrian .Negara-negara Dunia Kelima Negara-negara Dunia Pertama disebut juga negara yang telah membangun (Developed countries) seperti negaranegara Liberal Barat. Negara-negara Dunia Pertama ialah negara yang mempunya pencapaian yang tinggi dalam semua aspek.Negara-negara Dunia Ketiga .Kemudahan infrastruktur yang moden (fizikal dan institusi) .Somalia .Most Economically Developed Countries (MEDCs) .Negara-negara Dunia Pertama . Selain itu.Pendapatan per kapita . pembahagian negara juga dibuat berdasarkan pengkelasan dunia iaitu: .Haiti .‘Two-Thirds World’ kerana .Korae Utara (Wikipedia).Negara-negara Dunia Keempat .

Least Economically Developed Countries (LEDCs) . Pakistan . Indonesia iii. Malaysia iv.Non-Industrialized Nations Or Not Technologically Advanced As OECD Countries (Organisation for Economic Co-operation and Development) .Tahap kehidupan yang rendah .. Negara-negara ini disebut juga sebagai negara yang sedang membangun (Developing Countries).Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang sederhana ke rendah Negara-negara yang sedang membangun meliputi 8 buah negara Islam yang disebut Developing 8 (D-8 atau Developing Eight) iaitu: i. Walau bagaimanapun istilah ini sudah tidak digunakan lagi sejak tahun 1991 apabila USSR runtuh dan negara-negara dibawah kesatuannya berjaya mendapat kuasa otonomi masing-masing.Human Development Index (HDI) .Less Developed Countries (LDCs) . (Wikipedia). Kebanyakan negara yang termasuk dalam kategori ini ialah negara-negara yang mendapat kemerdekaan daripada penjajah. Istilah Negara-negara Dunia Ketiga mula digunakan oleh seorang ahli demografi bernama Alfred Sauvy yang merujuk kepada Third Estate. Negara-negara yang termasuk dalam kategori ini ialah negara yang mempunyai kriteria berikut: . Iran ii. The South.Gross Domestic Product (GDP) per kapita Negara-negara Dunia Kedua ialah negara-negara Kesatuan Soviet (USSR).Undeveloped Nations .

. pembangunan manusia. . Bangladesh vi. Kerjasama utama termasuklah dalam pengurusan kewangan.Tahap pembangunan ekonomi yang rendah. . persekitaran dan kesihatan. dll. Dominasi istilah “negara atau masyarakat maju” .Perkembangan sektor perindustrian yang tidak setara dengan perkembangan penduduk.Tahap hidup yang rendah – Dari segi pencapaian pendidikan. (Wikipedia) Ukuran klasifikasi negara-negara ini kepada beberapa blok adalah berdasarkan beberapa pencapaian berikut: .Pertumbuhan penduduk yang tinggi (Wikipedia). Nigeria Antara objektif pengenalan D-8 ialah untuk meletakkan negara-negara dalam ekonomi dunia. sains dan teknologi. perbankan. menaikkan taraf hidup dan memberi peluang untuk membuat keputusan di peringkat antarabangsa. sumber tenaga.v.Indeks Pembangunan Manusia yang rendah (Human Development Index – HDI) . Turki vii. Walaupun terdapat beberapa istilah yang digunapakai. pertanian. Mesir viii. pembangunan luarbandar.Negara yang tidak berasaskan perindustrian tetapi berasaskan pertanian dan penternakan. tetapi istilah yang signifikan dari segi penggunaannya ialah “negara membangun” dan “negara yang sedang membangun” atau Third World.Pendapatan per kapita yang rendah . membuka ruang untuk hubungan dagang. . penjagaan kesihatan.

1. Semua negara dan masyarakat di dunia enggan di kategorikan sebagai sebagai masyarakat mundur. revolusi pertanian. Penempatan kekal akan dipilih berdasarkan lokasi yang mempunyai ciri-ciri berikut: . organisasi politik dan pengkhususan kerja. stratifikasi sosial. Selain itu. Penempatan kekal memungkinkan pembinaan kota dan bandar.3.3 CIRI-CIRI TAMADUN Masyarakat yang bertamadun memiliki beberapa ciri yang menggambarkan masyarakat maju. Antaranya ialah penempatan kekal. urbanisasi. Hal ini bertambah kukuh dengan adanya teknologi canggih ciptaan barat seperti teknologi komputer yang menjadi tunggak asas pelebaran teknologi maklumat ke seluruh dunia. sebaliknya mereka lebih bersedia diberi sandaran sebagai masyarakat maju apatah lagi masyarakat moden. Bermula dari kota dan bandar muncul pula unsur-unsur pembentukan tamadun yang lain. kehidupan beragama. sistem tulisan. matlamat hidup hari ini yang bertumpu pada aspek ekonomi dan keselesan hidup mengukuhkan penggunaan istilah masyarakat maju.1 Penempatan kekal Penempatan kekal merupakan salah satu perkara asas dalam mewujudkan masyarakat bertamadun.berbanding istilah “tamadun” amat berkait rapat dengan kejayaan barat mendominasi kemajuan dunia keseluruhannya dari pelbagai aspek. 1.

pengkelasan masyarakat bermula dengan pemilikan tanah pertanian yang . • Revolusi pertanian adalah pra syarat penting mewujudkan peluang pekerjaan bagi menambah produktiviti dan melahirkan revolusi perdagangan. Tamadun India di Lembah Indus. • Tanah yang subur bagi mewujudkan revolusi pertanian. 1. Tamadun Sumeria di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.3. Revolusi ini juga mampu meningkatkan taraf kehidupan melalui kegiatan berikut: • Pengumpulan kekayaan daripada hasil perkembangan industri pertanian dan penternakan. 1.2 Revolusi Pertanian Revolusi pertanian merubah pertanian sebagai satu sumber sara hidup kepada pertanian bentuk komersil.• Kemudahan perhubungan seperti lembah sungai dan pesisir pantai atau telok.3 Stratifikasi Sosial Stratifikasi sosial turut menjadi aspek penting dalam kehidupan masyarakat bertamadun. Kewujudan stratifikasi sosial dalam masyarakat bertamadun berdasarkan pembahagian tugas dan tanggungjawab secara tidak langsung. Revolusi ini merupakan salah satu bentuk peningkatan dalam tamadun. Sebagai contohnya. • Kawasan yang selamat untuk penternakan. Contoh penempatan kekal pada sejarah awal masyarakat bertamadun ialah Tamadun Mesir yang bertempat di Lembah Sungai Nil.3. Tamadun Cina di Lembah Sungai Kuning dan Tamadun Melayu di pesisir Selat Melaka dan Selat Sunda.

Rakyat berkerja untuk negara.mewujudkan penempatan kekal dan seterusnya dapat mengumpul kekayaan. Stratifikasi sosial baru yang muncul di Barat telah memberi satu pergolakan dalam masyarakat yang mendorong kepada pemikiran baru Karl Marx yang berusaha untuk mencorakkan satu stratifikasi sosial yang tidak memberi kebebesan hak individu. Stratifikasi sosial baru yang dianjurkan oleh Karl Marx memberi kuasa kepada negara. Stratifikasi sosial dalam bentuk ini dapat mengatasi pergolakan masyarakat yang dicetuskan oleh tuan-tuan kilang. golongan atasan merupakan golongan minoriti. sementara golongan bawahan merupakan golongan majoriti. Semua rakyat adalah sama. tuan-tuan kilang merupakan golongan atasan yang mempergunakan sepenuhnya buruh atau pekerja kilang. stratifikasi sosial bentuk ini masih tetap melahirkan pergolakan yang lebih dahsyat. Pengkelasan masyarakat seperti ini telah melahirkan satu sistem kelas masyarakat yang di kenali dengan feudalisme. Pemikiran Karl Marx dikenali dengan komunisma. Dalam masyarakat perindustrian hal ini tetap berlaku. Dalam lembaran sejarah Barat. Dalam sistem ini. Aktiviti tuan-tuan kilang bertambah rancak apabila wujudnya sistem kapitalisma di Barat yang memberi hak kebebesan individu. bukan individu . Pemilikan tanah melahirkan golongan pemilik atau tuan tanah yang kuat berusaha dan berpengaruh. Kini Soviet Union bukan lagi satu kesatuan negara. Namun dalam pengalaman Soviet Union. sementara buruh sebagai golongan pekerja atau hamba yang membentuk golongan bawahan. sebaliknya negara-negara kecil yang telah mempunyai kuasa otonomi masing-masing. Dengan . bukan untuk tuan-tuan tanah atau tuan-tuan kilang. Beberapa tuan tanah telah membentuk satu kelompok golongan atasan.

5 Urbanisasi . Hal ini bukan sahaja wujud semasa lahirnya Tamadun Islam yang menjadikan agama sebagai teras masyarakat bertamadun. stratifikasi soisal komunisma yang dianjurkan oleh Karl Marx menemui jalan buntu. 1. Ini dapat dilihat dengan adanya perkara berikut: • Kepercayaan • Pemikiran tentang kuasa ghaib yang mengawal kehidupan • Peninggalan bangunan keagamaan 1.A. hanya bentuk dan hak dalam masyarakat yang berbeza. Perkembangan ekonomi selanjutnya yang banyak berkaitrapat dengan teori kapitalisma melahirkan golongan pedagang yang mempengaruhi perubahan sosial masyarakat kerana mereka merupakan golongan yang boleh mencorak masyararakat ke arah masyarakat maju. Walau apapun bentuk kelas dalam masyarakat. Buchanan pula menyebut wujudnya upacara agama yang kompleks adalah ciri-ciri kerahiban (Azhar Hj Mad Aros dll. Ibn Khaldun menetapkan aspek ini sebagai perkara asas. Manakala sarjana Barat yang turut memasukkan aspek agama sebagai salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah Edward L. Farmer manakala R.4 Kehidupan beragama Kehidupan beragama merupakan salah satu ciri masyarakat bertamadun.3.3. Dalam tamadun Islam. namun tamadun silam juga banyak membuktikan aspek agama wujud dalam pembinaan tamadun. 2003).kata lain. stratifikasi sosial pasti wujud.

muncul juga kerajaan yang berbentuk “negara kota” atau city-state. Kemunculan kota telah mewujudkan beberapa aspek dan institusi penting dalam pembinaan tamadun seperti berikut: • Penempatan kekal • Pembentukan pusat pemerintahan iaitu kota. urbanisasi merupakan salah satu ciri tamadun kerana bandar bertindak sebagai pusat pertemuan dan kegiatan masyarakat.6 Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi Peningkatan dalam kehidupan memberi kesan kepada peningkatan keperluan untuk memenuhi kehidupan.3. • Institusi keagamaan • Institusi pendidikan • Institusi pemerintahan • Institusi ekonomi. Justeru itu. 1. Revolusi bandar merupakan salah satu proses yang amat penting dalam meningkatkan taraf kehidupan masyarakat bertamadun. Maka dengan ini akan wujudlah pelbagai aktiviti berdasarkan bidang khusus. lahirlah inovasi dan daya kreativiti serta pengkhususan kerja. kerajaan dan pertumbuhan tamadun. Antara bidang yang muncul pada tahap awal masyarakat bertamadun adalah seperti berikut: • Perekonomian • Pertukangan • Seni bina • Teknologi logam . Dalam tamadun silam.Kewujudan bandar atau kota yang menjadi pusat tamadun mencetuskan proses pembandaran atau urbanisasi. Kelahiran kota dan negara adalah hasil daripada revolusi bandar. Oleh itu.

8 Organisasi Politik Dan Pemerintahan Kewujudan sistem politik dan pemerintahan merupakan ciri . sistem tulisan adalah dalam bentuk simbol. muncul juga perkembangan yang meningkatkan daya kreativiti dan karyakarya estetika seperti berikut: • Seni lukis • Seni ukiran • Seni hiasan • Seni tenunan dan anyaman • Seni seramik 1. Sistem tulisan lahir dan berkembang berdasarkan perkembangan sesebuah tamadun. lembaran kertas.Perkembangan ini melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang.3. Sistem tulisan dapat dilihat pada tugutugu peringatan. bangunan keagamaan. Pada peringkat awal. 1. dan seterusnya berkembang membentuk sistem nombor dan tulisan. makam.7 Sistem Tulisan Tulisan merupakan salah satu bukti penting kewujudan sesebuah tamadun yang dapat dipelajari dan disaksikan oleh genarasi kemudian. Antara bidang yang muncul pada tahap awal adalah seperti berikut: • Perkapalan • Pembinaan pelabuhan dagang • Penyediaan mata wang • Penciptaan alat pengangkutan Selain mencetuskan kemahiran teknologi. wang syiling dan lain-lain.3.

Contohnya. 2003).yang perlu ada dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun. Kuasa pemerintah dalam bentuk ini tidak dipersoal oleh rakyat. Antara bentuk pemerintahan yang wujud dalam tamadun ialah: • Homogeneous (serba sama). Aspek-aspek tersebut adalah seperti berikut: 1. pemerintahan Firaun di Mesir dan Kerajaan Byzantine. • Heterogeneous (pelbagai bangsa). Demokrasi memberi ruang kepada sekumpulan yang memegang kuasa seperti sami dan cerdik pandai agama (Azhar Hj Mad Aros dll.4. • Monarchy atau beraja. bangsa dan budaya. Raja menjadi lambang ketamadunan kerana raja dikaitkan pada sesuatu kekuatan seperti pada Tamadun Mesir. Begitu juga Tamadun Islam yang mempunyai pelbagai bahasa. • Oligarchy atau demokrasi. Penetapan aspek ini menjadi pembeza wajah antara Tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain. 1. iaitu tamadun yang mempunyai banyak pemerintahan seperti tamadun Mesopotamia dan Greek yang mempunyai beberapa buah pemerintahan dan negara-kota (city-states). Kesatuan politik dan budaya mewujudkan keutuhan tamadun.4 KONSEP TAMADUN ISLAM Konsep Tamadun Islam menyentuh beberapa aspek yang menetapkan world view Tamadun Islam. raja berkonsep Tuhan dan Tamadun Melayu pula.1 Definisi Tamadun Islam: Berikut dikemukakan pelbagai definisi tamadun yang . raja mempunyai konsep daulat.

Ahmad Shalaby Tamadun Islam terbahagi kepada dua.diutarakan oleh para sarjana Tamadun Islam. astrologi. (1975:26) vi. perubatan. M. muzik dan lain-lain. Beliau mengambil contoh pencapaian tamadun yang telah di . pemerintahan. Tamadun Islam tidak boleh lari dari sibghatu’Llah atau acuan Allah (Ibid: 129). serta bercirikan nilai-nilai moral Islam (1989:112). ii. Syed Qutb Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat dalam seluruh dimensi kehidupan seperti dalam sistem sosial. politik. Prof. i. Beg Beliau membuat kesimpulan bahawa tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kata-kata. kesenian. J. senibina. ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah. Professor Syed Naquib Al-Attas Beliau telah mentafsirkan Tamadun Islam sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Dr. v. Kedua ialah peradaban yang dibangunkan oleh kaum muslimin dalam pelbagai bidang ilmu seperti matematik. A. Menurut beliau. skrip. agama. peradaban Islam tulen yang menjadikan Islam sebagai sumber. Pertama. Ibn Khaldun Beliau menjelaskan Tamadun Islam sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asas kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. iii. undang-undang dan politik.

Lain-lain.2 Aspek-aspek Penting Tamadun Islam . kemajuan (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. vii. vi. peradaban. Tamadun Islam meliputi seluruh pencapaian dalam kehidupan manusia. Said Hawa Melalui karyanya al-Islam beliau menyatakan bahawa tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori sahaja iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Jahiliyah. Ringkasnya. Pencapaian-pencapaian dan kemajuan-kemajuan yang dibangunkan oleh manusia berjalan selaras dengan konsep Islam sebagai al-Din. 1. Manusia tidak akan dapat mencari satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Seterusnya. Ahmad Fauzi Haji Morad. mereka menyatakan bahawa Tamadun Islam ialah meletakkan al-Din sebagai pembentukan tamadun manusia.4. Malah ia merupakan kemajuan yang berjalan serentak dengan kerohanian. Aimini Amir Abdullah dan Zarina Mohammad menyatakan bahawa tamadun merangkumi kebudayaan. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya juga relevan dengan kebudayaan Islam. Manakala Tamadun jahiliyah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan tanpa mengambil kira aspek kerohanian dan moral. Tamadun Islam telah mencapai kemuncak keagungan dan terus berkembangan pada zaman kemudiannya.asaskan oleh Rasulullah SAW. Ahmad Tarmizi Talib. Kemajuan Tamadun Islam tidak terbatas hanya kepada kemajuan kebudayaan semata-mata.

Aspek manusia berkisar dalam tiga persoalan pokok. Kisah Nabi Musa dengan Firaun. Jawapan kepada persoalan-persoalan ini akan menentukan hala tuju dan pembentukan Tamadun Islam. iaitu: i) Aspek manusia. Surah Maryam menceritakan kisah Maryam yang merupakan ibu kepada Nabi Isa AS. ii) Aspek masyarakat. beragama dan mengeluarkan pendapat.Terdapat tiga aspek penting dalam Tamadun Islam. Pengajaran dari fakta sejarah akan mendorongkan seseorang melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan. Aspek sejarah dalam Tamadun Islam merupakan satu mekanisma panduan. Nabi Ayob dtimpa . iaitu dari mana kita berasal. iii) Aspek sejarah. (e) Keadilan dan kehakiman. namun tidak terbakar. Surah Ibrahim memaparkan kisah Nabi Ibrahim AS termasuk kisahnya dibakar oleh Namrud. (c) Maruah dan hak peribadi. kenapa kita diwujudkan dan ke mana kita akan pergi. Nabi Nuh dilanda banjir besar. teladan dan sempadan. Aspek masyarakat melibatkan perkara-perkara berikut:(a) Hak untuk hidup. Kepentingan aspek ini terbukti pada sebahagian kandungan al-Qur’an yang memaparkan sejarah umat yang silam dan juga sejarah para nabi (anbiya’). Demikian juga surah Ali Imran menceritakan kisah keluarga Imran yang juga salasilah keluarga Nabi Isa AS. Nabi Lut dengan umatnya. (d) Hak berfikir. Sebagai contohnya. (b) Hak untuk bebas.

* Akidah Akidah merupakan satu konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah SWT. semangat kejiranan. Aspek-aspek manusia. Hari Akhirat dan Qada’ Qadar Allah. Kitab-kitab.penyakit. Keyakinan kepada konsep tauhid kepada Allah memberi kesan dalam kehidupan manusia. syariah. Semua kisah sejarah ini bukan sekadar dipaparkan untuk memenuhkan al-Qur’an tetapi untuk dijadikan iktibar dan teladan perjalanan manusia hari ini dan akan datang. masyarakat dan sejarah akan melahirkan tamadun agung. Antaranya ialah akidah. Nabi Syuib dengan tanamannya. Nabi Harun menjadi teman Nabi Musa.4. Asas-asas ini menjadikan Tamadun Islam tetap unggul walaupun tidak terbina di atas tapak sejarah awal Islam iaitu di Semenajung Tanah Arab. 1.3 Asas Tamadun Islam Tamadun Islam terikat dengan beberapa perkara penting yang menjadi asas pembinaan tamadun. Tauhid merupakan falsafah kehidupan dalam Islam dan menjadi asas kepada kelahiran .Yahya :1998:15). (Mahyudin Hj. akhlak dan ilmu. menghormati hak-hak asasi manusia dan menjadikan peristiwa silam sebagai dorongan ke arah penciptaan tamadun yang lebih dinamik. Empat asas ini dikuti dengan asas keadilan. khususnya di bumi Mekah al-Mukarramah dan Madinah alMunawwarah. Nabi Khaidir dan nabi-nabi yang lain termasuk yang tidak dinyatakan namanya dengan jelas. para Malaikat. iaitu tamadun yang menepati matlamat penciptaan manusia. para rasul. toleransi dan kebebasan beragama sebagai pra-syarat Tamadun Islam.

tamadun. Keimanan kepada Allah SWT akan mengubah dan membentuk pandangan manusia terhadap Tuhan. Ibadah ialah peraturan-peraturan untuk melakukan peribadatan dan ketaatan kepada Allah SWT. iaitu suatu sistem yang mengawal sifat dan bentuk ketamadunan. Pelaksanaan keadilan merupakan asas bagi setiap penyusunan masyarakat dan negara. Oleh itu. 2000: 129) * Akhlak . Aspek syariah dalam Tamadun Islam dilihat sebagai pemangkin kepada keutuhan dan kecemerlangan tamadun. Zaman Nabi Muhammad SAW merupakan zaman kegemilangan Tamadun Islam. pentadbiran mahupun ekonomi. syariah pula adalah sebagai penunjuk jalan. (Azhar. Ia juga meliputi perilaku melaksanakan kebaikan kepada sesama manusia dan alam. Ia juga menjadi pembeza antara Tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain. ekonomi dan kemasyarakatan. sama ada dalam aspek politik. Umat Islam telah berjaya membentuk sebuah kerajaan Islam yang kukuh di Kota Madinah dengan berasaskan akidah. Melaksanakan keadilan pula adalah prinsip penting dalam perlaksanaan syariat Islam. penentu kaedah dan perlaksanaan Tamadun Islam. sesama manusia dan alam semesta. jika akidah boleh diibaratkan sebagai sumber inspirasi dalam menggerakkan tamadun. politik. * Syariah Syariah merangkumi ibadah dan muamalah. Akidah yang mantap telah membentuk sistem nilai. Ia menjadi lambang kesucian agama Islam. Muamalah pula ialah peraturan perhubungan sesama manusia yang meliputi aspek akhlak.

Nilai yang diketengahkan oleh ajaran Islam terbukti lebih sesuai dengan fitrah manusia. Walau bagaimanapun. dalam ajaran Islam. nilai-nilai murni dalam nilai akhlak disempurnakan oleh Nabi Muhamad SAW. Sekiranya tingkah laku seseorang itu indah dan terpuji ia dinamakan akhlak yang baik (akhlak mahmudah). sebaliknya oleh wahyu Allah SWT dan sunnah Rasul-Nya. Tamadun Islam yang dibina tidak mempunyai sebarang erti. tetapi jika perbuatan atau tingkah laku itu keji ia dinamakan akhlak yang buruk (akhlak mazmumah). (Aboebakar Atjeh. Imam al-Ghazali menjelaskan akhlak merupakan suatu kebiasaan yang terdapat dalam diri manusia. Nilai paling utama dalam kehidupan manusia ialah nilai baik yang akan membentuk akhlak seseorang dan ia tidak ditentukan oleh akal manusia. Akhlak Islam amat berperanan membantu keutuhan sesebuah tamadun dalam rangka manusia melaksanakan amanah sebagai khalifah di dunia. Tanpa akhlak. akhlak merupakan pelengkap kepada akidah dan syariah. Oleh itu. Ini berdasarkan satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”. Seseorang akan melakukan dengan mudah dan tidak perlu berfikir untuk menghasilkan perbuatan dan tingkah laku. masa dan geografi. 1985:13) Nilai akhlak sebagai satu unsur pembinaan tamadun sudah ada dalam tamadun-tamadun silam seperti Tamadun Yunani atau lain-lain tamadun. Oleh kerana itu. nilai dalam akhlak Islam mampu merentasi sempadan.Akhlak merupakan mekanisma yang menggerakkan umat Islam menjadi umat yang bertamadun tinggi. Segala bentuk perlakuan yang berasaskan ajaran Islam membawa penganutnya mengamalkan akhlak yang .

Imam Maliki. Penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan menjadikan masyarakat Islam mampu melakukan penelitian. Penekanan kepada ilmu pengetahuan yang bermula dari peringkat awal telah membangkitkan kesedaran pentingnya pembinaan tamadun berasaskan pengetahuan. al-Khawarizmi. Ibnu Maskawayh. al-Farabi. al-Kindi. Ilmu merupakan elemen penting yang menjadi pemangkin pergerakan manusia. Contohnya. Ibnu Khaldun. Sejarah kegemilangan Tamadun Islam telah berjaya dicipta kerana penghayatan ummah terhadap budaya ilmu dalam kehidupan seharian. Kejayaan . Hanafi dan Hambali. pemikiran yang tinggi dan akhlak yang luhur. para ulama Islam turut berkembang kerana pemilikan ilmu. Selain daripada kejayaan melahirkan tenaga-tenaga mahir dan professional dalam pelbagai bidang. Mereka semua adalah intelektual Islam yang menjadikan al-Qur’an dan alSunnah sebagai sumber utama ilmu mereka. Selain itu. alBiruni dan al-Battani. Antara contoh intelektual Islam yang menjadi pemangkin budaya ilmu pengetahuan dalam masyarakat seperti Ibnu Sina. Imam Shafie. Ibn Batutah. Ia merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. pengkajian dan menghasilkan penemuan baru atau teknologi. al-Ghazali.mulia. masyarakat Islam juga mempunyai pegangan agama yang teguh. Pelbagai pencapaian yang berjaya dihasilkan merupakan puncak kemampuan akal dan kejayaan manusia. * Ilmu Kelahiran Tamadun Islam juga berasaskan ilmu pengetahuan yang disarankan oleh firman Allah SWT dalam surah al-‘Alaq (ayat Iqra’). Ibnu Rushd.

Keteguhan kepada pelaksanan agama menjadi faktor kepada peningkatan dan kemusnahan sesebuah tamadun. Kepakaran ilmu dunia akan menyebabkan umat Islam disanjung dan dijadikan rujukan. Oleh itu. Sebaliknya. Umat Islam . tamadun yang mula menyeleweng dari dasar agama akan mempercepatkan keruntuhan sesebuah tamadun. sementara kepakaran ilmu agama akan menjadikan umat Islam umat yang teguh dengan dasar agamanya yang menganjurkan keseimbangan antara kebahagiaan dunia dan akhirat. Penjagaan dari Allah SWT menjadikan Tamadun Islam mampu bertahan lama sehingga kini.ini menjadi dasar untuk membentuk sesuatu tamadun bagi memenuhi keperluan kehidupan manusia dan makhlukmakhluk lain. sama ada kepakaran ilmu agama yang terus berkembang dan berubah. dalam menangani era teknologi dan globalisasi hari ini. Berbeza dengan Islam sebagai din yang dipelihara oleh Allah melalui cara yang dapat dikaji mahupun tidak. Hanya. mahupun kepakaran ilmu dunia yang berbentuk kemahiran dan daya cipta. umat Islam harus bersedia untuk memiliki segala kepakaran yang diperlukan demi mempertingkatkan martabat umat Islam dan mengelak dari bergantung dengan pihak lain. Kebanyakan tamadun dunia lain juga terbina dengan berasaskan kepercayaan agama. Oleh itu. pada masa kini umat Islam kurang menghayati konsep Tamadun Islam sehingga mereka leka dengan kepalsuan Tamadun Barat yang hanya menumpukan kepada kemegahan dunia tanpa menggabungkan dengan kebahagian akhirat. Umat Islam wajib berusaha memiliki pelbagai kepakaran. dapat ditegaskan bahawa semua yang terkandung dalam ajaran Islam menjadi asas pembinaan tamadun kerana peningkatan dari aspek spiritual (ma’nawi) akan mendorong kebangkitan fizikal.

ketinggalan dalam menguasai ilmu dan teknologi hari ini. sistem perundangan. Al-Qur’an sebagai sumber yang dapat disaksikan hingga ke hari ini sentiasa menyeru umat Islam melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan serta membangunkan alam untuk kebaikan bersama. Kesungguhan menghayati Islam. tamadun dan dunia. 1. fakta-fakta sains.4 Sumber Tamadun Islam Sumber Tamadun Islam terbahagi dua. al-Qur’an al-Karim mengandungi asas-asas yang kukuh dan sistem yang teguh bagi pendirian agama. alam ghaib. Al-Qur’an sebagai mukjizat tetap terpelihara daripada sebarang bentuk usaha penyelewengan dan penambahan. kurang menghayati agama.hari ini dibelenggu pelbagai masalah. iaitu sumber wahyu dan sumber sekunder. nilai moral. al-Qur’an menekankan aspek keadilan dan segala prinsip-prinsip sosial. Selain itu. Al-Qur’an mrupakan mukjizat yang diwahyukan oleh Allah SWT melalui Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW dan membacanya dikira sebagai ibadah. sejarah dan lain-lain lagi. berdisiplin tinggi serta menguasai pelbagai ilmu khususnya sains dan teknologi boleh memberi kekuatan kepada umat Islam untuk menandingi Tamadun Barat hari ini. Sumber wahyu terkandung dalam alQur’an dan al-Sunnah. Ahmad Shalaby (1997:95) menegaskan. Beliau menegaskan: “Andainya kita dapat mentafsirkan asas-asas ini dengan sebaiknya nescaya terbentuklah suatu sistem yang sempurna . Al-Qur’an mengandungi keseluruhan ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan.4. * Al-Qur’an.

* Al-Sunnah. perbuatan dan pengakuan serta sifat atau akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi Rasul. Sumber ini diterima sebagai sumber yang benar dan berautoriti dalam Tamadun Islam. Sunnah dalam bentuk ini sahaja yang boleh diterima pakai sebagai sumber.dan sesuai untuk manusia seluruhnya di pelbagai zaman dan tempat”. (Azhar 2000:103) Untuk mempastikan Sunnah yang sahih dan sebaliknya. Hadis atau Sunnah menjadi sumber penting kerana ia bukan sahaja menggambarkan keseluruhan agama Islam. Sunnah bukan sekadar bertindak sebagai penafsir dan pengulas yang paling sahih walaupun kesahihannya mengambil tempat kedua selepas alQu’ran. sumber kedua yang menjadi sumber Tamadun Islam ialah sunnah atau hadis Nabi Muhammad SAW. sementara Sunnah yang sebaliknya tidak diterima. adalah tidak mungkin untuk melihat agama Islam sebagai sesuatu yang sempurna tanpa bantuan dan penjelasan al-Sunnah. * Sumber-sumber sekunder Selain daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Walau bagaimanapun. haruslah diingat bahawa sunnah yang diterima sebagai sumber autoriti ini hanyalah sunnah yang sahih sahaja. malah dari sudut lain. terdapat sumber . Selain al-Qur’an. Al-Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan. para ulama hadith telah berjaya membentuk satu ilmu khusus yang dikenali dengan ilmu Mustalah al-Hadith. namun turut memaparkan secara jelas kandungan al-Qur’an yang menjadi pegangan orang Islam.

monumen-monumen indah yang melambangkan keagongan Islam dan ketinggian ilmu-ilmu Islam sehingga menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun lain. seni tampak dan sebagainya turut menarik perhatian dan minat masyarakat dunia. ijmak ulama’. ‘Apakah kamu tidak berfikir’ dan lain-lain lagi. Tamadun . Contohnya. Di samping itu. Pemikiran intelek dan ulama Islam yang melahirkan pelbagai kaedah Islam tetap berdasarkan firman Allah dalam al-Qur’an dan hadith Nabi SAW. terdapat juga mekanisma lain yang kewujudannya merupakan manifestasi kepada sumbersumber ini seperti pembentukan pentadbiran yang berkesan selari dengan ajaran Islam. Antaranya ialah ijtihad.lain yang berperanan sebagai pengukuh kepada penjanaan Tamadun Islam. Ayat-ayat ini mengandungi maksud supaya umat Islam menggunakan akal untuk memerhati dan mempelajari alam sekeliling. alQias. Elemen ini membolehkan Tamadun Islam berkembang tanpa sempadan masa dan geografi serta bertoleransi terhadap agama dan budaya lain. seni bunyi. Kesemua sumber ini dihasilkan oleh pemikir Islam yang berusaha mencernakan Islam dalam kehidupan seharian umat Islam yang semakin kompleks. Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an dan al-Hadis yang mendorong manusia belajar dan menggunakan akalnya atau memperkembangkan semangat intelektualisma. Tidak dinafikan juga keindahan seni Islam seperti seni kaligrafi. ialah ayat-ayat yang disudahi dengan ungkapan yang bermaksud ‘Apakah kamu tidak menggunakan akal’. Masalih al-Musalah dan al-Istihsan. * Tamadun lain Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun dan tidak menolak segala kebaikan yang dihasilkan oleh tamaduntamadun lain.

Ciri-ciri khusus Tamadun Islam yang akan dipaparkan di bawah menggambarkan keistimewaan dan nilai tersendiri dan nilai sebenar Tamadun Islam. turut terkandung dalam masyarakat Islam yang menjadi penunjang Tamadun Islam. penyelidikan dan penambahbaikan dengan memasukkan unsur-unsur Islam. bahkan diperkembangkan lagi melalui aktiviti penterjemahan. ilmu astronomi.4. Ringkasnya. Alam Melayu dan Tanah Besar Cina. aljebra dan perubatan daripada tamadun Yunani. wujudnya organisasi.5 Ciri-Ciri Khusus Tamadun Islam Ciri-ciri tamadun yang dikemukakan oleh para sarjana Barat seperti wujudnya penempatan. Ketamadunan yang telah dicapai oleh bangsa-bangsa di luar Semenanjung Tanah Arab ini tetap dipelihara oleh Tamadun Islam. Bahkan ciri-ciri Tamadun Islam lebih luas daripada yang dinyatakan. Sebagai contohnya. peningkatan kualiti hidup. semua bentuk pembangunan atau kemajuan dalam sesebuah masyarakat yang berteras Tamadun Islam hendaklah dibentuk dalam acuan sumber-sumber tersebut. Ciri-ciri ini menjadi penentu sebab Tamadun Islam diterima oleh semua bangsa yang ada di dunia. 1. bahasa dan penggunaan tulisan dan adanya daya reka cipta. Namun ciri-ciri khusus Tamadun Islam tersebut jarang diketengahkan. kemunculan kota atau bandar.Islam telah berkembang ke luar dari Semananjung Tanah Arab sampai ke Eropah. Cina dan India disesuaikan dengan ajaran Islam dan telah dikembangkan oleh para sarjana muslim. Tamadun Islam diterima oleh masyarakat India sehingga melahirkan era Kesultanan Delhi di India yang berjaya dimantapkan oleh oleh Dinasti Babur sehingga . walaupun pada asalnya Tamadun Islam bermula pada bangsa Arab.

terbinanya Taj Mahal yang menjadi mercu tanda Islam di India. Sumber. umat Islam sedar hakikat keberadaannya di dunia ini adalah sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk membangunkan setiap wilayah yang diduduki. Tamadun Islam diterima oleh masyarakat Cina pada zaman Dinasti Ming. pangkat. kebanyakan bangsa di dunia boleh menerima Tamadun Islam kerana ciri-ciri khusus ini. Tamadun Islam diterima oleh masayrakat Eropah seperti di Sepanyol sahingga terbinanya Istana al-Hamra’ di Granada. ciri ini merupakan tunggak utama Tamadun Islam dan asas perbezaan Tamadun Islam dengan tamadun lain. (lihat surah al-Taubah: 24. keturunan dan kekayaan. matlamat dan tujuan kehidupan manusia berteraskan ketetapan Allah SWT yang terkandung dalam al-Qur’an. bukan warna kulit. al-Zukhruf: 59) Ciri ini juga menjadi bukti semua bangsa adalah sama dalam masyarakat Islam. Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut: * Rabbani Ciri rabbani menunjukkan Tamadun Islam di dasari oleh nilainilai ketuhanan dan keagamaan. Kesimbangan bermaksud seimbang antara dua keadaan yang . Menerusi ciri ini. Tamadun Islam diterima oleh masayrakat Melayu di pelbagai pulau dan daratannya. Oleh itu. Pembezanya hanyalah iman dan takwa. Sementara perhubungan manusia sesama manusia dan alam lainnya adalah pelengkap hubungan dengan Maha Pencipta. Perhubungan manusia dengan Allah SWT merupakan matlamat tertinggi dalam Tamadun Islam. Ringkasnya. ciri ini juga menjadikan umat Islam sedar bahawa tujuan penciptaan manusia adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT. * Keseimbangan dan kesederhanaan. Selain itu.

Islam .bertentangan. Dengan ciri ini terbukalah ruang kepada semua bangsa di dunia untuk membentuk masyarakat Islam dan membina tamadun sejagat. Ini bermakna Tamadun Islam sesuai dengan segala bangsa dan situasi. Ciri realistik mengambil kira kehidupan manusia di alam sejagat dengan kepercayaan bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata. tempat dan tempoh tertentu. tanggungjawab ibadat kepada Allah dan urusan kehidupan dunia. * Universal Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu. Ia juga menepati keperluan dan peredaran zaman. * Tetap dan anjal Tamadun Islam mempunyai prinsip yang tetap dan tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan tamadun. tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaanya. Konsep keseimbangan dalam Tamadun Islam merangkumi kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material). kepentingan individu dengan masyarakat dan keseimbangan nilai spiritual dengan material. * Ideal dan realistik Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai dengan memberi landasan kukuh kepada seluruh kegiatan agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah SWT. Tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan tertentu. Dunia nyata adalah antara bukti kewujudan Allah SWT yang Maha Pencipta. bahkan Tamadun Islam milik seluruh manusia yang berpegang kepada Din al-Islam.

Tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang empunya. * Menyeluruh Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk aspek akidah. Dari aspek kehakiman. akidah yang lurus dan pengabdian kepada Allah SWT semata-mata seperti yang terkandung dalam konsep tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah.6 Matlamat Tamadun Islam Para sarjana Tamadun Islam telah merumuskan matlamat Tamadun Islam seperti berikut : * Menjaga hubungan baik antara makhluk dengan Khaliq Penjagaan hubungan baik dalam Tamadun Islam terbentuk melalui keimanan yang mantap. bukan kemajuan dari sudut kebendaan semata-mata.memberi kebebasan dari sudut merealisasikan tamadun pada setiap bangsa yang berbeza dengan mengambil kira matlamat yang harus di capai. Tamadun Islam juga menyentuh aspek kenegaraan yang meliputi hubungan dalam negara mahupun antarabangsa. syariat (undang-undang) dan akhlak.4. sama ada Islam atau bukan Islam. Hubungan dengan Allah merupakan hubungan ubudiyyah dan sama sekali tidak menyamai dengan sebarang . Demikian juga hubungan manusia dengan Allah SWT. Ia juga merupakan satu seruan keadilan untuk semua manusia. musuh atau lawan dan mempunyai hubungan keluarga ataupun tidak. sebagaimana yang berlaku dalam sejarah Islam. 1. hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam.

mencuri dan lain-lain. mengumpat. Sifat universal ini memerlukan wujudnya masyarakat yang saling berkomunikasi dengan baik dan berdisiplin seperti pada surah surah al-Hujurat:13. Antara penentuan garisan yang telah ditentukan oleh al-Qur’an .1991:4). hubungan dengan manusia dan alam lainnya akan kembali kepada perhubungan yang kudus dengan Pencipta Alam.hubungan lain.Rahman. Selain itu. Sebagai contohnya. Masyarakat Islam ialah masyarakat yang universal. mengeji. Justeru itu Islam menggariskan peraturan dalam membina hubungan tersebut dengan menghayati segala sifat terpuji dan menjauhi sifat tercela. . * Menjaga hubungan antara makhluk dan alam Dalam membina tamadun. lebih-lebih lagi dalam membina tamadun dan kemajuan. Menjaga hubungan dengan Allah merupakan matlamat terakhir dan kemuncak hubungan-hubungan yang lain. Tamadun Islam menjaga kesejahteraan sesama manusia dengan mengharamkan tuduh menuduh. Islam mengharamkan pembunuhan binatang tanpa sebab yang diharuskan atau membunuh haiwan dengan cara yang zalim dan kejam. (Amir A.Sifat yang dituntut oleh Islam antaranya saling membantu pada perkara takwa dan kebaikan dan tidak membantu pada perkara dosa dan keburukan seperti yang terakam pada surah al-Maidah: 2. * Menjaga hubungan baik sesama manusia. Manusia tidak dapat hidup bersendirian. iaitu Allah SWT seperti yang dapat difaham pada surah at-Taubah:24. Pada hakikatnya. Ia terbuka kepada seluruh umat manusia. Islam membentuk manusia supaya menjaga hubungan yang baik dengan makhluk lain.

* Menjaga kewarasan akal Akal merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia. dalam membina tamadun dan kemajuan. c) Hubungan dengan laut. surah Ibrahim: 32 . 2002:127) . surah an-Nahl:14.33. akal yang waras mestilah dijaga dan diarahkan untuk tujuan yang murni dan baik. * Menjaga diri dan nyawa Nyawa merupakan kurnia Allah SWT untuk memberi peluang dan bekalan kepada manusia mengabdikan diri kepada-Nya. d) Hubungan dengan cakerawala.sebagai sumber utama Tamadun Islam dalam menjalin hubungan harmoni antara makhluk dengan alam dapat dilihat pada firman Allah seperti berikut: a) Hubungan dengan binatang. Justeru itu. Terdapat hampir 500 ayat al-Qur’an yang menyentuh persoalan alam sekitar dan tanggungjawab mengurusnya. Islam mengharamkan segala perbuatan merosakkan akal seperti mengambil minuman yang memabukkan. bukan untuk membawa kemusnahan kepada diri sendiri dan manusia lain. surah Yasin:72. b) Hubungan dengan tumbuh-tumbuhan. surah an-Nahl:10 -11. ajaran Islam menekankan penjagaan nyawa manusia. Justeru jiwa . Demikian juga Sunnah Rasulullah SAW banyak memberi petunjuk yang menekankan kepentingan memulihara alam sekitar (Mohd Zuhdi. penagihan dadah dan seumpamanya seperti yang terakam dalam surah al-Maidah: 32. Keistimewaan manusia berbanding makhluk lain terletak pada akal yang sempurna dan waras. Dalam membina kemajuan dan peradaban. Lantaran itu.

Sehubungan itu. * Menjaga zuriat dan keturunan Islam mengambil berat aspek penerusan zuriat dan keturunan dengan menekankan perkembangan keturunan yang baik selaras dengan kemajuan. Penekanan ini menyebabkan Islam mengharam membunuh diri dan melakukan pembunuhan kepada orang lain seperti dalam surah an-Nisa’:29. Islam juga mengharamkan tujuan kemajuan adalah untuk kemusnahan seperti pembinaan senjata nuklear dan kimia untuk membunuh orang lain atau membawa kehancuran. maka mereka mestilah memelihara nyawa sendiri dan orang lain. Islam juga mensyariatkan undang-undang yang tegas bagi kesalahan zina. Islam tidak membenarkan sebarang bentuk . Keturunan yang baik mestilah melalui perkahwinan. Dalam membina tamadun. dalam membina kemajuan dan peradaban. Islam mengharamkan segala bentuk pergaulan bebas dan perbuatan zina.dan nyawa manusia milik mutlak Allah SWT. Namun Islam menekankan matlamat dan usaha tersebut mestilah selari dengan kehendak Islam. seperti mencari hasil yang halal dan membelanjakan harta untuk tujuan yang baik dan diharuskan oleh syarak. Justeru itu. Sehubungan itu. Syariat ini bertujuan untuk memastikan zuriat dan keturunan manusia terpelihara sesuai dengan kemuliaan manusia sebagai khalifah Allah seperti yang dapat difaham pada surah al-Isra’:31 dan surah anNur:2. Islam menekankan keselamatan harta. sedangkan manusia adalah pemilik secara nisbi sahaja. * Menjaga keselamatan harta Islam tidak menegah pengumpulan harta dan usaha untuk mencari kekayaan.

manakala Tamadun Islam mengimbangi antara pembangunan material dan spiritual. Kesyumulan Tamadun Islam diinspirasikan dari sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bukanlah kebaikan kepada kamu orang-orang yang meninggalkan kepentingan duniawi untuk akhirat. Daripada perbincangan di atas. Dan tidak ada kebaikan bagi kamu orang-orang yang meninggalkan kepentingan akhirat untuk dunia. akal. Oleh itu. akan tetapi paling baik bagi kamu yang mengambil dari ini dan ini” (kedua-duanya secara sepadu). merompak atau urus niaga yang berasaskan riba seperti yang dapat dilihat pada surah al-Qashash:77 dan surah al-Maidah:38. . Semua objektif ini hanyalah untuk memperoleh keredaan Allah SWT dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Selain itu. Tamadun Barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material sebagai ukuran bagi menentukan sesebuah masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya. tubuh badan.penindasan dan pencerobohan terhadap harta orang lain seperti mencuri. sesama manusia dan alam sekitar. harta dan keturunan. Tamadun Islam juga bermatlamat menjamin keselamatan nyawa. dapatlah disimpulkan bahawa konsep tamadun menurut perspektif Islam ialah paduan antara pembangunan material dan spiritual atau antara kebendaan dan kerohanian dan antara memenuhi tuntutan fitrah manusia yang bersifat jasad dan roh. Inilah yang melayakkan Tamadun Islam menjadi tamadun yang universal. selain bermatlamat menjaga hubungan manusia dengan Pencipta. kita akan dapat melihat perbezaan yang ketara antara Tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain seperti Tamadun Barat.

M. Tokoh utama dalam zaman ini adalah Socrates. Pemikir dan golongan intelektual Yunani telah mencorakkan masyarakat Yunani ke arah pemisahan agama dari kehidupan keduniaan. iaitu keseronokan pancaindera dan memenuhi runtunan hawa nafsu dan syahwat kehaiwanan.(Riwayat Bukhari) Kesepaduan dalam Tamadun Islam berlaku tanpa pengabaian mana-mana aspek. Kedua-dua tamadun ia banyak memberi inspirasi kepada kemunculan dan kekuatan Tamadun Barat. Ini menjadikan Tamadun Barat tegak atas landasan idealisme sekular yang mementingkan pemikiran logik sebagaimana Tamadun Yunani yang lebih menekankan keagungan manusia dari faktor ketuhanan. Socrates dalam dialognya telah menegaskan bahawa “pada hakikatnya tidak ada nilai moral dan spiritual yang mutlak”. Inilah matlamat utama kehidupan manusia. Abu Hassan Ali anNadawi (1984) telah menjelaskan ciri-ciri khusus Tamadun .5 KONSEP TAMADUN BARAT Tamadun Barat diasaskan kepada pemikiran yang bersumberkan Tamadun Greek Yunani dan Rom purba yang muncul pada tahun 2000 S. Oleh itu. 1. Plato dan Aristotale. Mereka bergantung sepenuhnya kepada pemikiran akal tanpa merujuk atau dibantu oleh ajaran ketuhanan. Sehubungan ini. jika berlaku pengabaian akan membawa kepada kepincangan dan kecacatan. manusia hendaklah bergembira sepenuhnya dalam kehidupan dunia. Malah pada pandangan Islam ia tidak memenuhi maksud Tamadun Islam yang sebenarnya.

rujukan dan matlamat utama dalam pembangunan dan pembinaan tamadun Barat. para pemikir dan pemimpin revolusi muncul dengan slogan baru yang berbunyi Give it to Ceaser what it is and give it to God what everythings belongs to God. muncul aliran baru dalam agama kristian iaitu Protestan. Percaya kepada apa sahaja yang dapat dicapai oleh panca indera.5.Yunani seperti berikut: i. Akibatnya. Kurang rasa keagamaan dan kecintaan melampau kepada kehidupan dunia. mengongkong dan menzalimi rakyat yang inginkan perubahan.1 Sejarah Tamadun Barat Kemunculan Tamadun Barat bermula dengan kebangkitan masyarakat Eropah yang tidak senang dengan pemerintahan golongan gereja Katolik yang menindas. Sementara itu. Pergerakan para pemikir bertitik tolak dari fenomena ini yang membentuk satu corak baru dalam masyarakat Barat iaitu kehidupan berasaskan kepada alam nyata yang ada di dunia. pemikiran dan keinginan manusia menjadi sumber. Fanatisme kebangsaan yang melampau. Oleh itu. 1. Golongan gereja tidak menerima sebarang bentuk perubahan kecuali suatu idea dan kehendak yang muncul daripada golongan gereja sendiri. Idealisme sekular merupakan tema yang dominan dalam Tamadun Barat. iii. Penafian hak gereja dalam seluruh sistem pemerintahan bermula apabila gereja diketepikan dan dianggap sebagai hak peribadi dan bukan lagi hak masyarakat dan negara. ii. .

Asas masyarakat baru ini adalah pemikiran materialistik. Kesedaran yang timbul telah mencetuskan “Zaman Peralihan” dan kemudiannya Zaman Renaissance di Barat. terutama dalam soal-soal hidup seharian dan perkembangan ilmu pengetahuan termasuk penyelidikan sains dan teknologi. . Sekularisma menjadi titik tolak kepada zaman peralihan di barat daripada zaman gelap kepada zaman Renaissance. rasionalistik dan fizikal masyarakat Yunani dan Romawi purba. Mereka datang untuk menimba ilmu pengetahuan yang dipelopori oleh para sarjana Islam. Pengaliran Tamadun Islam ke Eropah sejak abad ke-9 hingga abad ke-12 M menjadi faktor utama pembukaan minda masyarakat Barat yang datang ke Sepanyol dan Pulau Sicily yang berada di bawah kekuasaan Tamadun Islam di Eropah. Zaman ini telah menyebabkan pemikiran masyarakat terbuka luas dan secara tidak langsung menimbulkan permusuhan terhadap gereja yang berakhir dengan kejatuhan golongan gereja.Corak ini termaksud dalam istilah sekularisma. Gerakan Renaissance di Barat atau dikenal juga gerakan pencerahan selepas melalui zaman kegelapan hakikatnya adalah suatu gerakan untuk melepas diri dari unsur-unsur kerohanian dan cengkaman pihak gereja kerana ajarannya tidak lagi mampu menangani dan menyelesaikan masalah masyarakat. Zaman Renaissance yang bererti zaman “menghidupkan kembali Tamadun Yunani” menunjukkan pembinaan masyarakat baru Barat adalah berasaskan sejarah Tamadun Yunani yang berlandaskan logik akal. Akhirnya lahir fahaman sekular yang memisahkan urusan kehidupan harian dengan persoalan agama.

Keadaan ini menyebabkan masyarakat mula mengagungkan sains moden barat.Sejurus berlakunya Renaissance. muncul Revolusi Perindustrian di Perancis yang membangkitkan pemikiran masyarakat Barat untuk maju dalam bidang sains dan teknologi. Penciptaan demi penciptaan telah diterokai oleh saintis Barat. Kejayaan menjawab segala masalah ini mendorong ke arah pemikiran yang lebih ke hadapan yang akhirnya saintis Barat berjaya mencipta roket untuk membawa angkasawan mereka menjelajah angkasa lepas dan akhirnya mendarat di bulan. teknologi perindustrian. kereta. telefon dan lain-lain. kapalterbang. Antara perbezaan tersebut adalah seperti berikut : Tamadun Islam Tamadun Barat Asas: . Pengetahuan dalam sains dan teknologi memberi jawapan kepada segala permasalahan dunia yang sebelum zaman ini hanya disandarkan kepada gereja.2 Perbezaan Tamadun dan Tamadun Islam Latarbelakang di atas membuktikan terdapat perbezaan yang jelas antara Tamadun Barat dan Tamadun Islam yang bertitik tolak dari perbezaan latar belakang kemunculan tamadun dan asas yang menggerakkan dua tamadun penting dunia. Antaranya. Kilang-kilang yang menggerakkan perindustrian tumbuh bagai cendawan selepas hujan.5. 1.

Materialisma merupakan kesan pemikiran yang berjaya menghasilkan sesuatu dalam bentuk barang atau benda. Wahyu dari Allah dikenal sebagai al-Qur’an yang kemudiannya ditulis dan dikumpulkan dalam satu naskhah. Aqidah ialah keyakinan kepada Allah dan lain-nya yang terangkum dalam Rukun Iman. Logik bersumber kepada akal manusia. Karl Marx.Berasaskan tauhid yang tegak pada aqidah. tanpa kepercayaan kepada agama dan kuasa ghaib Cendikiawan dan intelektual memainkan peranan yang besar. Syariah ialah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah yang meliputi segala aspek kedihupan. Matlamat: Keampunan dan keredaan Allah di samping kebahagiaan . undang-undang. Pancaindera manusia yang lima memberi maklumat kepada akal untuk ditafsirkan. panca indera dan materialisme. Darwin. iaitu Nabi Muhammad SAW. Isacc Newton dan lain-lain. Akhlak pula ialah perlakuan yang berasaskan kepada akhlak Rasulullah SAW. seperti politik. Sumber ini telah ditafsirkan oleh Rasulullah untuk direalitikan dalam kehidupan masyarakat manusia. Ini melahirkan ramai tokoh pemikir Barat seperti Herbert Spencer. Sumber asasi: Mutlak kerana ia bersumber wahyu dari Allah yang disampaikan kepada manusia pilihan lagi maksum yang akan menerima utusan-Nya. pendidikan dan sosial. Berasaskan logik. C. ekonomi. syariah dan akhlak. Pemikiran manusia semata-mata yang sentiasa berubahubah.

Kemajuan dalam Islam bersifat lengkap. Kedudukan agama: Islam satu cara hidup yang menyeliputi segala aspek kehidupan. Kerohanian dicapai melalui pengamalan perintah Allah sementara kebendaan di capai melalui penggunaan akal yang berteraskan kepada Firman Allah.dunia dan akhirat. Pembangunan dan kemajuan adalah alat dan matlamat pembangunan dalam Islam adalah manusia. Tamadun ini juga menitikberatkan aspek kebendaan dengan . Keseronokan hidup dunia semata-mata dan kepuasan segelintir manusia. Konsep kemajuan: Islam menekankan kedua-dua aspek kerohanian dan kebendaan. Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan dan agama juga dicorak oleh perubahan dan pembaharuan. Pembaharuan dalam Islam berlaku berdasarkan agama dan bukan agama mengikut perubahan. Segala urusan tidak ada kaitan dengan agama. Walaupun begitu Islam berprisip tetap dan fleksibel dan tidak rigid. Agama sebahagian daripada kebudayaan dan tertakluk kepada kebudayaan. Islam menolak konsep matlamat menghalalkan cara. Tamadun Barat melihat perkara-perkara keduniaan hanya kehidupan dunia semata-mata.

politik dan sosial. Kemajuan berdasarkan keuntungan semata-mata dan berpegang kepada konsep “matlamat menghalalkan cara”. intelektual dan ketiadaan pimpinan yang berwibawa menjadi tanda awal dan mempercepatkan keruntuhan sesebuah tamadun yang . Pragmatisme. Kapitalisme. ia mengabaikan aspek kemajuan dari sudut kerohaniaan atau spiritual. kedatangan Islam telah memisahkan masyarakat Arab daripada amalan jahiliah kepada amalan bijaksana berlandaskan Islam. 1. Kolonialisme dan Materialisme. Tidak dinafikan semasa perutusan Rasulullah SAW. Demikian juga kelahiran sesebuah tamadun berpunca daripada Islam sebagai agama yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Islam telah memberi sinar kepada masyarakat untuk menyempurnakan tamadun yang dibina. Justeru. Masyarakat Eropah melakukan perubahan dalam kehidupan dengan berasaskan fahaman ini. Rasionalisme.6 JATUH BANGUN TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM Islam menganggap tamadun bertitik tolak dari ajaran agama. Oleh itu. Ideologi ini begitu berkembang dalam pelbagai aspek kehidupan mereka terutamanya ekonomi. masyarakat Arab sudah mencapai beberapa kemajuan. Fahaman Barat yang berteraskan sekularisme telah melahirkan pelbagai ideologi di Barat seperti Modenisme. Ringkasnya. Akhirnya fahaman ini telah mendominasi pemikiran dan kehidupan Barat. Pengabaian nilai-nilai agama. kejayaan renaissance di Eropah telah menyebabkan berkembangnya fahaman sekular secara meluas. Liberialisme.mengenepikan aspek kerohanian.

1 Keagamaan Faktor agama yang bertunjang kepada tauhid merupakan aspek teras dalam pembinaan Tamadun Islam. Rasulullah S. hanya mengharapkan mati syahid apabila berada di medan juang.W. Islam memaparkan kisah-kisah sejarah silam sebagai iktibar. walaupun bangunan kukuh yang didirikan masih tersergam indah. 1. Dalam pembinaan tamadun. Sebagai pemimpin yang berwawasan dan berjiwa besar baginda telah berjaya membina satu generasi yang memiliki iman yang kental dan sanggup berjuang berhabis-habisan demi mempertahankan Islam.6. Hal ini terjadi kerana pembangunan fizikal semata-mata yang bersifat material tidak dapat menjamin keabadian sesebuah tamadun. Walaupun jumlah mereka kecil berbanding pihak lawan. Generasi ini tidak gentar dengan sebarang kemungkinan.A. Dalam usaha membina sebuah masyarakat bertamadun melalui penyampaian dakwah. Ketinggian nilai-nilai keimanan telah memberi kesan besar pada kejayaan pembinaan Tamadun Islam yang berpusat di kota Madinah. Islam dan ihsan serta mempraktikkan unsur ini dalam kehidupan masyarakat Islam. Kesemua kisah yang diulang kembali oleh al-Qur’an memaparkan kesan buruk dan kemusnahan tamadun akibat sesebuah masyarakat cuba menyalahi landasan agama tauhid yang telah disampaikan kepada mereka. Selain ini mereka juga mengingkari ajaran . menekankan aspek iman.dibina. Kota Makkah juga dapat dikuasai sepenuhnya dan dibersihkan dari unsur-unsur tamadun yang bercanggah dengan Islam.

Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan yang berdaya . Prinsip dan nilai murni yang dipaparkan dalam kepimpinan Rasulullah SAW dapat menjadi pedoman kepada generasi berikutnya untuk membina satu tamadun bangsa yang gemilang. memomokkan kenabian Nabi Luth dan memaparkan akhlak buruk yang menyalahi tabie manusia. Sebagai contohnya.6. Akhlak memainkan peranan yang sama penting dalam pembinaan dan keutuhan sesebuah tamadun. tamadun sesuatu bangsa akan menemui kehancuran sebagaimana yang berlaku ke atas umat Nabi Luth. Politik yang stabil dan kepimpinan yang berwibawa akan dapat mengekalkan sesebuah tamadun.6. Sebaliknya. kepincangan dan kelemahan kepimpinan akan mempercepatkan berakhir sesebuah kerajaan yang dibina oleh tamadun sesebuah bangsa. 1. Dengan penuh gaya mencabar kaum Nabi Luth. 1.yang disampaikan oleh para nabi.3 Politik dan pemerintahan Politik dan pemerintahan turut memainkan peranan yang penting dalam menentukan bangun jatuh sesebuah kerajaan dan ketamadunan sesuatu bangsa. kaum ‘Ad dan kaum Thamud telah mengalami kehancuran kerana keingkaran kepada Allah Yang Maha Esa.2 Nilai-nilai akhlak Ketinggian nilai-nilai akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW merupakan kunci kejayaan dalam pembentukan Tamadun Islam. ketinggian tamadun yang didirikan oleh Firaun. Apabila nilainilai akhlak diabaikan.

W. Sejarah juga memaparkan bahawa keadaan politik yang kacau bilau. kelemahan pentadbiran. apabila pemimpin mementingkan diri sendiri. Kegiatan keilmuan yang aktif di Baitul Hikmah telah menghidupkan peranan perpustakaan. Demikian juga. di Madinah menjadi titik tolak kepada pembinaan tamadun Islam seterusnya.maju. rasuah berleluasa di kalangan para pegawai kerajaan. Sebaliknya. keruntuhan akhlak dan moral akan melemahkan pemerintahan dan benteng pertahanan negara mudah dimusnah. Ini merupakan mutiara yang amat bernilai dalam sejarah tamadun Islam. yang merupakan sebuah perpustakaan besar. berfoya-foya. gandingan mantap Sultan Mansor Syah dan Bendahara Tun Perak dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka telah menjadikan Melaka sebagai pusat Tamadun Islam di Asia Tenggara yang terunggul. pemerintahan yang adil dan perpaduan dalam politik telah meninggikan tamadun sesuatu bangsa. Sumbangan mereka yang terpenting ialah pembentukan Baitul Hikmah. Tamadun Islam yang dibina oleh Rasulullah S. Para khalifah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah berjaya membina tamadun Islam dengan wujudnya pelbagai bidang kemajuan. Kemajuan yang dapat dicapai dalam pelbagai bidang terutamanya bidang keilmuan adalah hasil daripada usaha pemimpin yang amat berwibawa. Khalifah Harun alRashid dan al-Makmun adalah antara pemerintah Abbasiyyah yang sangat menekankan aspek keilmuan.A. pergolakan dalaman . melakukan penyelewengan. Pembentukan Kerajaan Islam Madinah menjadi bukti bahawa Islam dapat dipraktikkan secara menyeluruh dalam kehidupan harian.

Gambaran masyarakat sebegini dapat dilihat pada kom uniti Muhajirin dan Ansar yang berpusat di Madinah. 1.6. terutamanya di zaman Rasulullah S. Kesultanan Melayu Melaka.W.A. Suasana ini dapat dilihat pada kejatuhan Kerajaan Bani Umayah. kerajaan-kerajaan Islam di Andalus dan Kerajaan Uthmaniyah di Turki. Sebaliknya. kemajuan dan minda yang mempunyai gagasan boleh meningkatkan martabat bangsa dan meninggikan tamadun yang dibina.6. namun mereka mampu membina masyarakat yang berkualiti. Hal inilah yang dapat kita saksikan semasa pemerintahan awal Islam. Walaupun kuantiti umat Islam kecil berbanding dengan orang bukan Islam.4 Sosial Kestabilan sosial antara individu dan masyarakat dengan berteraskan ilmu.menjadi faktor keruntuhan sesebuah kerajaan. 1. Pembinaan Tamadun Islam yang ditunjangi oleh sosial secara harmoni antara dua kelompok ini mampu mengembangkan tamadun ke seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab. Pergolakan dalaman dan kelemahan pemerintahan menyebabkan tamadun yang dibina penuh gemilang menemui titik penamat.5 Ekonomi . sistem sosial yang longgar kerana kerapuhan jatidiri sehingga masyarakat dibuai dengan kelekaan kerana kemewahan dan gemar kepada hiburan yang berlebihan dan bebas (budaya hedonistik) mengundang keruntuhan sosial dan memberi pengaruh besar kepada keruntuhan sesebuah tamadun. malah terus berkembang ke seluruh dunia timur dan barat.

Cina dan bangsa Eropah. walaupun mereka bermula dari kegiatan ekonomi sara diri. Walaupun kemudiannya.6 Penguasaan bidang keilmuan Penguasaan pelbagai bidang ilmu-ilmu dan kemunculan sains dan teknologi memantapkan lagi pembinaan dan penerusan sesebuah tamadun. kegiatan perdagangan import eksport yang rancak di Pelabuhan Melaka telah beralih ke Singapura setelah keutuhan Tamadun Melayu Melaka mengalami keretakan. Sejarah membuktikan masyarakat yang bertamadun tinggi mengamalkan ekonomi perdagangan. Sejajar itu juga terbina pula kerajaan baru ditempat perletakan pusat intelaktual yang dipindahkan. Kelahiran para sarjana dan kepelbagain kegiatan keilmuan mendorong ke arah pembinaan pusatpusat intelektual. Sebagai contoh.6. Andalus. pertanian. Lembaran sejarah mencatatkan Baghdad. Apabila penguasaan politik sesebuah kerajaan mula runtuh. penternakan bertaraf antara bangsa. Melaka dan Patani adalah antara pusat intelektual yang terkenal. tetapi sebaliknya ia akan berpindah ke wilayah lain yang aman. pusat-pusat intelektual yang diwujud pada sesebuah kerajaan tidak akan runtuh. Sejarah di Alam Melayu dapat .Faktor ekonomi juga adalah antara faktor yang membantu mengembangkan lagi sesebuah tamadun. Pelabuhan ini berjaya menjadi pusat persinggahan para pedagang Arab. 1. masyarakat Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berjaya membina satu pusat perdagangan bertaraf antara bangsa di Pelabuhan Melaka. India.

maka peranan ini telah diambil alih oleh Kerajaan Acheh Darussalam. Apabila peranan Melaka sebagai pusat intelektual telah berakhir. P O ST ED B Y ‫ املمسملم مم عملميمكممم ومرمحمممةم امل م‬A T RA B U . 2009 . Demikian juga dengan penguasaan bidang sains dan teknologi. D IS EMB ER 16. Situasi masa kini menunjukkan bidang ini amat penting dalam penerusan tamadun bangsa. Perkembangan dewasa kini membuktikan penguasaan Barat terhadap tamadun dunia ialah kerana kemajuan yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi.disaksikan sebagai contoh.

Konsep Kemajuan Islam juga menganbil kira aspekkem ajuan dan perubahan tetapai dengan menegaskan bagaimana cara ia dicap aidan apakah matlamatnya.Pembaharuan dalam Islam adalah mengiku tagama bukan agama mengikut pembaharua n. . Kemajua ndalam Islam bersifat lengkap. Terikat dengan undang-undang tetapipengw alannya terlalu longgar.Tamadun Islam Kedudukan Agama Tamadun Barat Kedudukan Agama . Segala urusan t idakterlepas daripada mengikut prins ip-prinsip akidah. samada Agama adalah sebahagian daripadakebudayaan. Segala bentuk pembangunan kebendaan berkait rap atdengan kerohanian. udayaan sentiasa mengalamiperubahan dan akhirnya agama juga dicorak olehperubahan. Berpegang dengan konsep ‘ matlamatmeng halalkan cara ‘. Islam menolak konsep ‘ matlamatme nghalalkan cara ‘. Segala urusan tidak ada kaitan denganagama . syariah dan akhlak . - Penekanan Sudut Kemajuan Islam menekankan kedua-dua aspek kerohanian dan kebendaan.Walaupun begitu ia tetap ‘ flexible ‘ dan tidak rigid.Islam menjadi cara hidup yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia. Mereka menghadapi krisis nilai yangteruk a . Konsep Kesepaduan Dan Pengawalan Tamadun Barat melihat perkaraperkarakeduniaan hanya untuk kehidupan du niasemata-mata. Konsep Kemajuan Kamajuan berdasarkan keuntungansematamata. Bentuk pengawalan tidak didasarkankepada iman yang kukuh. Keb keduniaan atau keagamaan. - Penekanan Sudut Kemajuan Menitikberatkan aspek kebendaandengan m engenepikan aspek kerohanian. Konsep Kesepaduan Dan Pengawalan Terdapat konsep kesepaduan danpen gawalan dalam Islam.

Fokus utama pembangunan dalam Is lamadalah manusia itu sendiri. Rajah 2 : Perbezaan Tamadun Islam dan Tamadun Barat .- Pembangunan dan kemajuan dalam I slamadalah alat untuk mencapaikese mpurnaan zaman. kibat mengabaikan aspekkemajuan dari sudu t kerohanian atauspiritual.