Disediakan oleh NOR HAFIZAH BINTI MAT DESA, Moderator Zon Simpang Laman Web Pendidikan Khas Larut

Matang dan Selama

SELAMAT HARI GURU 2009

Guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema ” Guru Pembina Negara Bangsa” Sambutan Hari Guru 2009 di Sekolah Kebangsaan Batu Kurau telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 18 Mei 2009. Sambutan ini telah diadakan pada tepat jam 7.30

pagi di Dataran Sekolah Kebangsaan Batu Kurau (SKBK). Tema Hari Guru pada tahun ini ialah ”Guru Pembina Negara Bangsa”. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah. Kemudian, disusuli dengan bacaan doa, ucapan Pengerusi Majlis, bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Perak. Majlis diceriakan lagi dengan ucapan ketua murid, bacaan sajak oleh murid, persembahan guru dengan menyanyi Lagu Guru Malaysia dan lagu tema Hari Guru pada tahun ini. Akhir acara, penyampaian hadiah kepada guru-guru dan staf SKBK telah diadakan pada perhimpunan tersebut. Pada jam 9.00 pagi, pertandingan mewarna (Tahap 1) dan pertandingan membuat kad ucapan (Tahap 2) telah bermula dan jamuan bagi semua kakitangan SKBK telah diadakan di kantin sekolah. Sesi persekolahan tamat pada 1.20 tengahari.

Guru Besar membacakan perutusan sempena Hari Guru

Bacaan Sajak mengenai guru oleh pelajar

Majlis memotong kek oleh Guru Besar SK Batu Kurau

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful