You are on page 1of 5

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPM

KERTAS KERJA

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK SELANGOR

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPM

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan oleh Panitia Pendidikan Islam, SMK SELANGOR untuk memohon kelulusan dan peruntukan kewangan daripada Tuan Pengetua bagi mengadakan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat sekolah. LATAR BELAKANG Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Mesyuarat Khas Pembentangan Kertas Cadangan Operasi Dakwah telah bersetuju memperuntukkan RM 1520.00 ke sekolah menengah yang terpilih untuk melaksanakan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat sekolah. Tujuan kem ini ialah untuk mengurangkan gejala sosial di kalangan murid-murid Islam masa kini, supaya pelajar berisiko dididik ke arah kemenjadian yang baik, diberi tunjuk ajar serta dibimbing sehingga mampu melakukan perubahan tingkahlaku yang baik. OBJEKTIF UMUM Menyediakan program permulaan kepada perubahan kendiri, pembentukan jati diri seiring dengan keperluan syariat dengan menekankan pembangunan kendiri, kesedaran yang tinggi, pengurusan dan tanggungjawab sebenar sebagai manusia, anak dan pelajar. Selain itu, ia juga sebagai proses membangunkan kemahiran-kemahiran tersebut yang sudah ada dalam diri pelajar supaya dapat direalisasikan dengan lebih bermakna, efektif, memberi ruang dan peluang melalui aktiviti yang disediakan secara terpimpin. Seterusnya akan mampu meninggalkan impak positif kepada sekolah, masyarakat dan negara OBJEKTIF KHUSUS Selepas kursus ini pelajar dapat: 1. Menganalisis potensi diri sebagai seorang insan yang diciptakan oleh Allah sebagai sebaik-baik kejadian 2. Memahami bahawa kemenjadian diri adalah terbit dari sahsiah, tingkahlaku dan asas agama. 3. Memahami konsep-konsep seperti jati diri, semangat berpasukan, pengurusan ibadah dan kesedaran untuk merubah tingkahlaku yang tidak betul. 4. Mendorong kesedaran dan keinginan melakukan perubahan yang baik terhadap diri sendiri. 5. Membentuk rangka tindakan untuk menerbitkan sikap yang betul dalam proses mendorong pelajar ke arah kecemerlangan sahsiah. NAMA PROGRAM Kem Pemantapan Sahsiah Murid TARIKH/MASA/TEMPAT Tarikh Tempat : : 00 Oktober 2010 hingga 00 Oktober 2010 SMK SELANGOR

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPM

SASARAN Pelajar tingkatan 3 yang telah selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang terdiri daripada pelajar berisiko yang mempunyai rekod disiplin, sahsiah, tingkahlaku dan bermasalah. Kem ini mensasarkan pelajar lelaki dan perempuan seramai 40 orang. (atau lebih) TENTATIF PROGRAM HARI PERTAMA 2.30-3.30 : 3.30-4.30 : 4.30-5.30 : 5.30-6.30 : 6.30-7.00 : 7.00 8.30 : 8.30 9.00 : 9.00 10.30 : 10.30 11.00 : HARI KEDUA 5.30 7.30 7.30 -8.30 8.30-10.30 10.30-11.00 11.00-12.30 12.30-1.00 1.00 -2.00 : : : : : : : Pendaftaran Taklimat & Pembahagian Kumpulan Minum & Solat Asar Pecah Bendungan Makan Malam Solat Maghrib / Tazkirah / Solat Isya Rehat Slot 1 Minum Malam Solat Subuh dan Kuliah Sarapan dan khidmat diri Slot 2 Minum Slot 3 Majlis Penutupan Solat Zohor & Bersurai

AHLI JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Pengetua Penolong Kanan Ketua Bidang Kemanusiaan Ketua Panitia

Naib Pengerusi : Penyelaras Setiausaha : :

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPM

JAWATANKUASA PELAKSANA :

Kem Komandan Ketua Jurulatih Ketua Disiplin JK Aktiviti JK Jamuan Buku Program Unit Pendaftaran Peserta Unit Fotografi & Dokumentasi Fasilitator

: : : : : : : : :

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPM

ANGGARAN BELANJAWAN BIL 1. 2. 3. PERKARA Makanan Penceramah Jemputan Lain-lain perbelanjaan luar jangka JUMLAH ANGGARAN 40 orang x RM 21.00 3 orang x RM100.00 JUMLAH RM 840.00 RM 300.00 RM 380.00 RM 1520.00

PERUNTUKAN KEWANGAN A. Peruntukkan Operasi Dakwah B. Sumbangan PIBG PENUTUP Usaha murni secara berterusan yang serius serta sokongan padu amatlah diperlukan bagi menentukan bahawa program yang akan dilaksanakan ini berkualiti dan benar-benar memberi manfaat besar kepada individu pelajar golongan sasar. Ini adalah selaras dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah peribadi mantap yang mampu membuat perubahan seterusnya memberi kesan yang besar kepada diri sendiri, warga sekolah, masyarakat dan agama.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

You might also like