PENGENALAN Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan

dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang penyelidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan atau ribuan responden (Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format instrumen yang sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian serta ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006). Selain soal selidik, temu bual juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan. Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000). Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat. Beberapa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual; ciri-ciri soalan temu bual yang baik, aras bahasa dalam temu bual, penyusunan soalan temu bual dan tempoh sesi temu bual (Chua, 2006). Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka dan temu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai responden.

1

JENIS TINJAUAN Tinjauan deskriptif Tinjauan deskriptif pada asasnya bertujuan untuk memberikan gambaran yang tepat terhadap ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu populasi. Setiap penyelidikan harus boleh dibezakan antara pembolehubah bersandar. Sekiranya saiz sample terlalu kecil dan penyelidikan melibatkan pelbagai pemboleh ubah selalunya kajian ini adalah secara statistik. tak bersandar dan pembolehubah tidak terkawal. Diharapkan pembolehubah seperti ini yang mempunyai taburan secara rawak dapat menghadkan kesan yang mempengaruhi keputusan. Ia merupakan hasil yang diterima kesan daripada penyelidikan. Dengan itu deskriptifnya lebih banyak. Dalam keadaan ini tinjauan secara analitik akan memberi nilai yang kecil. Tinjauan Analitikal Seperti yang telah ditekankan. Pembolehubah bersandar ialah tumpuan utama dalam penyelidikan. 2 . tinjauan analitik lebih menekankan teori. Pembolehubah tak terkawal mengandungi pembolehubah yang ralat yang boleh mempengaruhi keputusan dalam kajian. umpamanya kajian etnografi. Daripada tinjauan deskriptif kepada analitikal Saiz sampel yang menentukan sama ada tinjauan itu adalah analitikal atau deskriptif. Kemudian diukur dengan menggunakan tinjauan analitik. Dengan merancang tinjauan secara teliti ia dapat membantu dalam mengawal pembolehubah yang lain. Penyelidik akan menjelaskan bagaimana rupa bentuk keadaan sosial yang hendak dikaji. Kebanyakan kajian kualitatif juga menggunakan pendekatan penjelasan. Oppenheim telah membuktikan tinjauan analitik mengambil kira ciri-ciri tipikal dalam kajian eksperimen apabila ia menghubungkan pelbagai pembolehubah. Tujuan utamanya ialah untuk meneroka dan mengkaji perkaitan tentang pembolehubah. Pembolehubah tak bersandar penyebab kepada perubahan terhadap pembolehubah bersandar yang akan dimanipulasi atau diperhatikan.

Responden juga diberikan masa untuk menjawab borang soal selidik. 3 . memberi amaran bahawa soalan soal selidik melalui pos mempunyai banyak kelemahan. mereka menetapkan bahawa terdapat 6 kaedah atau jenis soalan yang berbeza. Kerlinger (1986) cuba membahaskan bahawa hanya kadar pulangan soalan soal selidik yang mencapai kadar 80-90 peratus sahaja yang diterima dan digelarkan sebagai berjaya. (2000) memberi komen berkaitan reka bentuk soalan soal selidik akan bergantung kepada bagaimana ia ditadbirkan.  Soalan ditulis dalam bentuk tertutup. Kumpulan seperti ini lebih sesuai diuji dengan kaedah temubual dan temuduga kerana kaedah ini tidak memerlukan kemahiran membaca mereka. jenis soalan yang biasanya digunakan ialah postal. Pengumpulan data melalui soal selidik Soal selidik melalui pos Mangion (1995) mencadangkan bahawa kajian soal selidik melaui pos dipertimbangkan apabila :  Sample yang dikaji hanya boleh diedarkan borang soal selidik secara pos sahaja kerana masalah geografi.KAEDAH PENYELIDIKAN TINJAUAN Saunders et. Czaja dan Blair (1996) ada kalanya soalan aneka pilihan itu mengelirukan dan berat sebelah kerana soalan ini lebih sesuai untuk mereka yang ada pendidikan formal berbanding dengan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah. Sama ada ia akan menjadi self-administered atau temuduga-administered. di samping itu. Soalan soal selidik melalui pos dikatakan kosnya agak murah jika dibandingkan dengan saiz sampel yang serupa dengan lain-lain teknik pengumpulan. pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mencapai tahap ini. Berdasarkan kategori ini. Kerlinger memberi amaran bahawa kadar pulangan respons adalah serendah 40-50 peratus. Soalan berbentuk soal selidik melalui pos sesuai diaplikasikan bagi situasi di mana soalan yang tidak memerlukan jawapan yang panjang lebar dan hanya jawapan secara terus menjawab soalan. Daripada semua (bersemuka) temuramah dan jenis ini. soalan struktur telefon. Responden akan memberikan jawapan yang lebih jujur berbanding teknik lain lebih-lebih lagi jika ia melibatkan isu-isu sensitif. Kerlinger (1986) walaubagaimanapun. soalan secara online juga semakin meluas penggunaannya. Al. Langkah pertama bagi membuat pilihan jenis soalan yang hendak digunakan bagi sebarang penyelidikan ialah bergantung kepada tinjauan dan jenis penyelidikan serta jenis soalan yang diperlukan untuk disoal bagi kajian itu.. Oleh yang demikian. Kadar pulangan respon bagi kaedah ini mungkin rendah dan pengkaji tidak dapat memastikan dan memeriksa agar setiap responden memulangkan semula borang soal selidik yang dihantar kepada mereka.  Subjek kajian perlu diberi masa kerana mempunyai kepentingan dan minat yang tinggi terhadap subjek yang dikaji.

Melaui emel pengkaji perlu mengetahui alamat emel responden maka sampel boleh ditarget. Penyelidikan mereka tidak menyokong hasil tinjauan ini. Manakala jika laman web tersebut mempunyai kata laluan. bolehlah dianggap tinjauan secara online cenderung mendapat tindak balas keinginan secara social (SDR) dan mungkin mendapat keputusan yang berat sebelah. Terdapat dua cara kaedah soal selidik melaui online boleh dihantar sebagai dokumen dalam bentuk perisian word yang dilampirkan ke dalam emel atau melalui laman web. 4 . Ini bermakna penyelidik akan mendapat responden secara sukarela menjawab soal selidik. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana penyelidik mempunyai hubungan secara terus dengan responden maka responden mumpunyai ruang masa untuk melengkapkan borang soal selidik yang diedarkan. Tindak balas yang berat sebelah juga biasanya berkurangan kerana penolak-penolak biasanya terdiri daripada responden yang lebih kurang sama. Soalan-soalan kaedah temu bual secara asasnya boleh menjadi sukar dan mengambil masa yang lama dan kos menghasilkannya. Terutamanya jika sepucuk surat dihantar dengan kadar segera menjelaskan tentang tujuan temubual berstruktur itu. ini akan memberikan sekatan kepada responden dan boleh menyebabkan kadar responden berkurangan. Tetapi penyelidik tetap menghadapi masalah mengawal responden. Temu Bual Berstruktur Temu bual bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data yang lebih mahal kerana ia mengambil masa yang lama serta dapat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan responden. kaedah ini akan menentukan sejauh mana responden tertarik hati terhadap tinjauan tersebut. Melalui laman web jika laman tersebut tidak dilindungi dengan kata laluan maka tiada kawalan dan kuasa terhadap mana-mana responden yang melayari laman web itu dan mengisi borang soal selidik. Secara umumnya. Kadar respons biasanya adalah tinggi berbanding kaedah temu bual menggunakan telefon. Kelemahan yang patut dipertimbangkan jika menggunakan pendekatan ini ialah masa dan usaha yang digunakan bagi proses penghantaran dan pengumpulan soalan soal selidik tersebut. Hancock dan Flower (2001) walaubagaimanapun melaporkan bahawa sementara sesetengah kajian mencadangkan tindak balas komputer adalah lebih jujur dan kurang dipengaruhi oleh keinginan sosial daripada tindak balas yang disediakan pada kertas (seperti soalan melalui pos dan temubual berstruktur). Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan mendapatkan maklumat responden secara terperinci. Masalah keselamatan boleh diselesaikan jika pengkaji memfokuskan kepada satu-satu organisasi sahaja yang terlibat dalam jaringan internet dengan firewall akan menyekat kepada pelawat-pelawat luar. untuk membina soalan online. Soal Selidik Melalui Elektronik(Online) Soal selidik melalui online adalah merupakan kaedah yang baru tetapi semakin popular bagi kaedah tinjauan. Tinjauan melaui online sepatunya menjadi pilihan kerana ia melibatkan kos yang sedikit berbanding sebab pengurangan tindak balas yang berat sebelah. tinjauan berdasarkan online juga boleh diperolehi melalui perbincangan dalam berkumpulan. Seperti kaedah penyelidikan yang lain.Penghantaran Dan Pengumpulan Soalan-Soalan Penghantaran dan pengumpulan borang soal selidik melalui pos adalah lebih mudah dilakukan menggunakan tangan kepada setiap responden dan mengutipnya kemudian. Lebih-lebih lagi.

Sememangnya terdapat perbezaan antara apa yang mereka percaya. Berbeza dengan tinjauan melalui pos. soalan berstruktur membenarkan pengguna meyelesaikan masalah sama ada jawapan yang kurang jelas ataupun kurang lengkap. pendidikan. kadangkala pandangan dari perspektif yang baru ini boleh memberikan idea-idea asas dalam sebarang tinjauan. Kumpulan berfokus kebanyakkannya digunakan dalam arena politik dan juga biasanya digunakan sebagai alat pengukur dalam kajian pasaran. Ini biasanya ia digelarkan sebagai muka surat. status. Sama ada dalam perniagaan mahu pun oganisasi kaedah ini boleh digunakan untuk mengikat komitmen orang ramai. pandangan dan sikap terhadap produk atau perkhidmatan latar belakang responden atau tahap pendapatan. 5 . Temu Bual Kumpulan Berfokus Kegunaan kumpulan berfokus ini ialah membolehkan satu sampel responden ditemu bual dan diulang temu bual maka sikap dan tindakan boleh dikaji sepanjang masa temu bual tersebut. peningkatan ini bertambah sehingga 90 peratus dalam beberapa negara. Jika responden sukar dihubungi. Czaja dan Blair (1996) mencadangkan panggilan semula sebanyak 5-9 pada hari yang berbeza dalam seminggu dan pada waktu yang berbeza. Temu bual secara individu membantu dalam mendapatkan sebab-sebab seseorang membuat sesuatu atau mempercayai sesuatu. telefon bimbit juga menjadi medium perhubungan bagi tinjauan melalui telefon dalam usaha menarik minat golongan muda. Kadar respons bagi tinjauan telefon secara relatifnya adalah tinggi (60-90 peratus apabila panggilan semula dibuat sekali lagi) kerana kebanyakan orang ramai suka ditemu bual melalui telefon. berkemungkinan orang ramai boleh meyakinkan penyelidik kesignifikan terhadap kajian atau menjadual temu bual pada masa yang lebih sesuai. terutama pada sesetengah perkara misalnya jika terdapat unsur sinis atau permusuhan dalam tema kajian. Telefon bimbit kini sudah menjadi satu aksesori sosial. Satu kajian longitudinal kelebihan fokus berkumpulan ini ialah ia membenarkan untuk mengeluarkan pelbagai pandangan. Contohnya. mereka buat dan apa yang mereka fikirkan mereka buat dengan tindakan sebenar mereka semasa latihan. Kebanyakkan tinjauan dilakukan melalui telefon di rumah. Malahan.Temu bual melalui telefon tidak seperti soal selidik melalui pos. Salah satu sebab perkembangannya ialah apabila bilangan penggunaan telefon bagi isi rumah meningkat. dengan penularan penggunaan telefon bimbit ramai isi-isi rumah sekarang menggunakan pelbagai jenis telefon. tetapi dengan penularan penggunaan telefon bimbit dikalangan remaja. Tambahan pula. Sesi temu bual akan bermula dengan maklumat faktual iaitu jantina responden. Keduanya. pendapatan dan lain-lain lagi. sementara ahli-ahi kumpulan yang lain boleh menggalakkan pandangan dari perspektif yang lain. Dan ia vital untuk dua sebab iaitu membenarkan kajian-kajian seterusnya akan datang hubungan di antara variables. Tinjauan Telefon Tinjauan menggunakan telefon digunakan secara meluasnya berbanding kaedah yang lain. ia membenarkan beberapa sebab untuk dibina bersama-sama penemuramah pada permulaan temubual. Terdapat juga masalah apabila responden memberikan maklumat sikap terhadap keinginan sosial yang berlebihan daripada jawapan temu bual melalui pos.

Ayat perlu dihadkan kepada 20 patah perkataan sahaja atau kurang dan bahasa yang digunakan adalah ringkas dan boleh difahami. Soalan perlu pendek dan agak ringkas dan jenis pilihan jawapan mestilah pendek dan sedikit. Semua tinjauan mestilah dilakukan mengikut sepenuhnya perancangan yang dicadangkan.Satu daripada batas tinjauan melalui telefon ialah jenis soalan yang boleh disoal. 6 . Apapun subjek tinjauan bagi pendapat pekerja itu ia menerangkan bahawa keputusan tinjauan adalah maklum balas pekerja kebiasaannya siapa yang menyediakan maklumat melainkan kadar respons tersebut terhadap tinjauan masa depan akan menjadi rendah. Sebagai contoh. disebabkan mereka terlibat dalam perhubungan ramai orang dan bersama-sama organisasi. kepimpinan. struktur pengurusan. organisasi general dan hubungan pelanggan. (reka bentuk yang longitudinal) atau tinjauan yang dilakukan dalam organisasi yang sama atau dengan sumber yang lain sebagai penanda aras. termasuklah latihan bekerja. komunikasi. Malahan. Mengendalikan Pendapat Seorang Pekerja Tinjauan Hasil tinjauan yang utama bagi perniagaan ialah pendapat pekerjanya yang mana boleh menyediakan dan memberikan idea yang bernas dalam bentuk pelbagai elemen bagi operasi sesebuah organisasi. tinjauan seorang pekerja mungkin meliputi ujian terhadap sikap bagi sebarang permintaan atau untuk menjangkakan masalah sebelum berlaku. tinjauan terhadap pendapat pekerja adalah tidak diambilkira. Perkara ini juga sangat penting dalam membantu mengembalikan kadar yang tinggi ia sangat penting jika polisi organisasi adalah untuk dipengaruhi oleh keputusannya. Nilai tinjauan pekerja tersebut akan menjadi lebih baik jika dapat dibandingkan dengan kepimpinan pada masa sebelum ini. Jika politik jatuh ia bertujuan untuk mengelakkan mereka mestilah kelihatan profesional dan berkepimpinan. untuk memastikan apakah tindakan yang perlu diambil untuk meningkatkan moral pekerja. keyakinan dan kesetiaan. Jika penyelidik mempunyai responden yang tidak dapat bercakap menggunakan bahasa yang sama dengan penyelidik ataupun bahasa Inggeris maka bantuan jurubahasa perlu digunakan bagi membantu sebagai penterjemah. kebanyakkan pendapat adalah yang masa satu adalah yang sepatutnya sekarang menjadi kebiasaan. Kita akan melihat pada tahap tipikal melibatkan sekali tinjauan pendapat pekerja.

PERINGKAT TINJAUAN Langkah dalam proses tinjauan Sebelum tinjauan dilakukan. Persoalan kajian Tetapkan maklumat yang diperlukan Ulasan data yang ada dalam topik Penetapan pendekatan dan sample terhadap tindakan analisis Selidik sumber Tetapkan contoh Pilih kaedah kajian Pemilihan dan susunan Peringkat 1 Bentuk penyoalan Pilih proses kaedah mengumpul data Pra kajian …………………………………………………………………………. pengekodan dan penjadualan Analisis Tulis laporan penyelidikan 7 . anda perlu memahami fasa dan langkah yang terlibat. Peringkat 2……………………………………………………………… Peringkat 3 Perubahan persoalan dan susunan Aturkan temubual Peringkat 4 Tinjauan utama Hantar surat keterangan ………………………………………………………………………… Peringkat 5 Sunting. Tinjauan lebih banyak hanya proses rekabentuk penyoalan dan pengumpulan data.

ia akan diletakkan di dalam kategori yang lebih spesifik. Peringkat 5 : Pengekodan data.Peringkat 1: Meninjau rekabentuk dan persiapan rancangan Dalam strategi penyelidikan. Satu soalan penyelidikan mungkin berfokuskan kepada pendapat atau tingkahlaku seseorang. rangkaian dan perniagaan. Menulis persoalan penyelidikan untuk tinjauan penting bagi membuktikan rangka penyelidikan sebagai rujukan. Setiap satu kategori mepunyai implikasi yang berbeza kepada penyelidikan :  Bukan kenalan (cuba hubungi semula)  Menolak (cuba mencari sebab menolak)  Tidak layak () Jika temubual menjadi kaedah utama dalam penyelidikan. Bermakna setiap proses pengiraan markah perlu dilakukan dengan hati-hati dan perlu diperiksa dengan tepat dan teliti. pencapaian penemubual perlu diperiksa agar kadar kejayaan dalam mendapatkan kerjasama dan kualiti makumat dalam temuramah. analisis dan laporan. 8 . Mengenalpasti masalah dengan sampel yang mewakili kerangka kajian. Jika kaedah temubual digunakan. Hanya apabila instrumen kajian siap disediakan ia akan di pra-uji dalam satu kumpulan. langkah pertama yang terlibat ialah spesifikasi soalan penyelidikan utama tinjauan yang perlukan butir-butir. Setiap responden akan diberikan jumlah dan nombor identiti yang unik. Beberapa maklumat perlu diuji terlebih dahulu sebelum menentukan kebolehpercayaan sesuatu kajian. Sebelum data boleh dianalisis data-data tersebut perlu dibersihkan dahulu. (sasaran populasi). pengkaji perlu melalui latihan dan taklimat untuk memastikan latihan itu berjaya atau tidak. Peringkat 2 : Ujian awalan(pra-ujian) Melibatkan aktiviti ujian dan memplot elemen seperti kerangka sampel. Kemudinnya. Pengkaji perlu mempertimbangkan kesan terhadap kebolehpercayaan hasil kajian. Setiap satu maklumat responden akan dimasukkan ke dalam rekod maklumat termasuklah kesemua responden yang menjawab soalan soal selidik. Peringkat 4 : Pengumpulan data Peringkat ini merangkumi sebahagian daripada proses pengumpulan data dan peruses pengekodan. pada peringkat ini aktiviti yang terpenting ialah mengawal jumlah temu bual yang lengkap serta bilangan responden yang tidak memberikan respon. kumpulan organisasi. Pada peringkat mengekod nombor-nombor akan mewakili setiap respons yang diperoleh daripada soal selidik. Peringkat 3 : Reka bentuk tinjauan terakhir dan perancangan Hasil daripada ujian awalan tadi akan memberikan maklumat kepada kita tentang perubahan yang perlu dilakukan berdasarkan kepada pelbagai bentuk elemen. soalan tinjauan dan koleksi data.

masalah-masalah itu dapat didefinasikan dengan lebih baik supaya siasatan yang lebih sistematik dapat dijalankan. penyelidik memungut data pada suatu masa tertentu. setiap skor untuk satu pembolehubah. 1997). penyelidik memungut sekurang-kurangnya dua skor. tempat bertugas (bandar atau luar bandar. penyelidik boleh menggunakan pengalaman mengajat bagi menjelaskan kepuasan kerja guru. Zechmeister. matlamat penyelidikan tinjauan adalah penerokaan. maklumat deskriptif yang boleh dipungut termasuk kelulusan akedemik. & Zechmeister. Jika terdapat hubungan yang kuat. kepuasan kerja mereka dan sebagainya. Dalam erti kata lain. jantina. bangsa. Creswell (2005) menjelaskan penyelidikan korelasi bergantung kepada ciri-ciri seperti penyelidik mengkorelasikan dua atau lebih pembolehubah. bergantung kepada soalan kajian. Siasatan itu tidak semestinya menggunakan penyelidikan tinjauan lagi. Penerokaan (Explotory) Penyelidikan tinjauan boleh digunakan bagi mengenalpasti masalah yang memerlukan penyelidikan lanjut. Sekiranya penyelidikan tinjauan digunakan untuk tujuan ini. ia dipanggil penyelidikan tinjauan korelasi atau penyelidikan korelasi (Rosier. c. iaitu bagi mengetahui taburan pembolehubah yang diminati. 1997. Selepas dikenal pasti. agama. Krathwohl. penyelidik menganalisis semua peserta kajian sebagai satu kumpulan tunggal. Sebagai contoh. daripada setiap peserta kajian dalam kumpulan. jawatan yang dijawat. 2003 . Rosier. tahap yang diajar (rendah atau menengah). 9 . 2003). Penjelasan (Explanatory) Penjelasan adalah bergantung kepada persoalan kajian. Shaughnessy. Sebagai contoh. pengalaman mengajar. Digunakan dalam konteks ini. 1998 . populasi yang diminati adalah guru sekolah dan hubungan yang ingin disiasat adalah antara pembolehubah pengalaman mengajar dan juga kepuasan guru bekerja. pengalaman mengajar dapat digunakan bagi membuat ramalan berkenaan kepuasan kerja seseorang guru. Sekiranya penyelidikan tinjauan digunakan untuk tujuan ini.MATLAMAT KEGUNAAN PENYELIDIKAN TINJAUAN Penyelidikan tinjauan digunakan dalam merencana tiga matlamat yang paling penting iaitu deskriptif. b. a. ia dipanggil penyelidikan tinjauan deskriptif atau penyelidikan deskriptif (Gay & Airasian. Ini tidak bermaksud bilangan tahun mengajar menjadi penyebab kepada kepuasan kerja guru. penjelasan dan penerokaan. jenis sekolah). mata pelajaran yang diajar. sekiranya populasi yang diminati adalah guru sekolah. Deskriptif Penyelidikan tinjauan kerap digunakan bagi memperolehi maklumat deskriptif berkenaan sesuatu populasi.

2006). pensampelan berstrata (stratified sampling). soal selidik yang diposkan kepada responden. pandangan. penggunaan saiz sampel yang besar. 2002) dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti politik. Walau bagaimanapun pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian. Terdapat beberapa cara pemilihan sampel dalam kajian tinjauan iaitu melalui pensampelan rawak mudah (simple random sampling). sikap. Satu sebab kepopularan penyelidikan tinjauan adalah kos menjalankannya adalah rendah secara perbandingan dan pelbagai maklumat dapat dipungut daripada ramai individu dengan agak pantas. atau soal selidik yang dibaca oleh penemu bual kepada responden secara terus atau melalui telefon.PERBINCANGAN PENYELIDIKAN TINJAUAN Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Jackson. Justeru itu. Contohnya. Kerajaan di seluruh dunia juga menggunakan penyelidikan tinjauan untuk pelbagai tujuan seperti menggubal dasar. 2000). menaksir impak dasar. 85 peratus guru tidak bersetuju murid dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah). Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Pembolehubah yang disiasat ialah pembolehubah yang sedia ada dalam persekitaran semula jadi. ’standardization’ penting dalam penyelidikan tinjauan. perniagaan. ciri. Menurut Sapsford (1999). 2006). kepercayaan. ramai orang (yang dipanggil responden) disampel berkenaan perkara yang sama. tingkah laku lampau dan terkini. seorang ahli politik mungkin mengupah orang lain menjalankan tinjauan bagi menilai peluangnya memenangi pilihan raya atau sebuah firma mungkin menjalankan tinjauan bagi menaksir penerimaan produknya di kalangan pengguna. salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican. Oleh itu. maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian (Chua. Berikut disenaraikan ciri-ciri kajian tinjauan iaitu kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah. Bagi memperoleh sesuatu maklumat berkenaan populasi. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. sosiologi dan juga pendidikan. 10 . Penyelidikan tinjauan bertujuan memperoleh maklumat sebegini. tinjauan ialah huraian terperinci dalam bentuk kuantiti berkenaan suatu populasi (contohnya. Maklumat yang diminati boleh berbentuk pengetahuan. Ini bermakna tiada pembolehubah dimanipulasikan. 1990. kutipan data yang cepat. Ia tergolong bawah penyelidikan kuantitatif berbentuk bukan eksperimen dan popular di kalangan penyelidik. pensampelan sistematik (systematic sampling) dan pensampelan kelompok (cluster sampling). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Penyelidikan tinjauan mempunyai sejarah yang lama (Babbie. menaksir reaksi rakyat pada sesuatu projek dan sebagainya. sama ada melalui soal selidik yang dilengkapkan oleh responden secara kumpulan. Penyelidikan tinjauan melibatkan pungutan data secara sistematik.

temu bual semi struktur. pakaian dan penampilan yang sesuai. Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif (Merican. soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden. sikap. Beberapa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah menentukan jenis temu bual dalam kajian iaitu rancangan temu bual. 2000). Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. soalan ditanya secara semula jadi. kesahan dapatan penyelidikan tinjauan antara lain bergantung pada kejujuran mereka. melalui SMS. tempat yang selesa. pengalaman. soal selidik yang terlalu panjang. kepercayaan. ciri-ciri soalan temu bual yang baik. Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin. berwatak sebagai pendengar yang baik. kandungan dan susunan soalan temu bual. elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat. temu bual juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan. format instrumen yang sistematik. Panduan membentuk item-item soal selidik ialah penggunaan bahasa yang mudah. sentiasa sedar tentang tujuan temu bual. Penyelidikan tinjauan mengukur (mengkuantitikan) semua pembolehubah ini. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. 2000). skala Thurstone dan skala Gutman (Gay & Airasian. soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat. Berbilang pembolehubah boleh diukur dan berbilang hipotesis boleh diuji melalui tinjauan. Selain soal selidik. skala perbezaan semantik. elakkan soalan yang kabur. aras bahasa dalam temu bual. e-mail serta telefon. penyusunan soalan temu bual dan tempoh sesi temu bual (Chua. Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur. Penyelidikan tinjauan bergantung pada responden membuat laporan kendiri berkenaan pengetahuan. arahan yang jelas. Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan responden. berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai responden. temu bual tidak berstruktur. Kekuatan penggunaan kaedah tinjauan dapat ditunjukkan seperti cara yang sering digunakan bagi memperoleh maklumat masa lampau subjek salah satu daripada beberapa 11 . 2006). elakkan soalan yang sukar. selaras dengan responden. Maklumat yang diberitahu responden adalah pembolehubah. temu bual tidak bersemuka dan temu bual bantuan komputer. elakkan soalan dwi-maksud. Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat. stail. Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. pandangan dan tingkah laku mereka. Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian. Dengan itu. 2006). Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert. surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian serta ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian.persepsi keberkesanan sesuatu program dan sebagainya. 2006). Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil. menghormati responden.

sikap dan motivasi dapat digunakan ke atas populasi manusia normal kecuali pada kanak-kanak. mereka mungkin memberikan jawapan yang mencerminkan mereka sebagai individu yang adil. berdedikasi dan sebagainya. Antara had-had itu adalah penyelidikan tinjauan dapat menentukan sama ada terdapat hubungan antara dua pembolehubah tetapi tidak dapat menentukan sebabakibat. Strategi tinjauan menekankan data yang lengkap. sama ada disedari ataupun tidak disedari. oleh kerana responden tahu sebab mereka dikaji ataupun mempunyai sedikit idea mengenainya. bertimbang rasa. Contohnya. sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja (contohnya. kawalan tidak dapat dilakukan kecuali selepas data dikumpul iaitu melalui strategi statistik. strategi penyelidikan tinjauan sesuai untuk mendapatkan gambaran deskriptif atau menentukan perkaitan sebab-akibat dan bagi kajian untuk meneroka. Penyelidikan tinjauan juga terdedahkan kepada bias. Contohnya. mereka mungkin mengubah jawapan mereka. kaedah yang efisien bagi mengutip data dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah dalam tempoh yang singkat tinjauan yang berstruktur dan bersesuaian dengan analisis stastik. Fenomena ini dinamakan ’social desirability’. Ini sesuai untuk membuat keumuman tentang populasi tertentu menurut kriteria keumuman. bagi membuat penyelidik mendapat gambaran yang baik dan positif berkenaan mereka.teknik yang ada bagi mendapatkan maklumat berkaitan kepercayaan. katakan suatu tinjauan mendapati terdapat korelasi yang signifikan antara kekerapan pelajar berkelahi dengan tempoh masa mereka bermain permainan video (video games). Penyelidikan tinjauan mempunyai beberapa had yang harus disedari oleh penyelidik yang menggunakannya. penerokaan dan sebab-akibat. strategi penyelidikan tinjauan didapati lemah daripada segi kriteria kawalan dan sifat semula jadi. Walaubagaimanapun. Selain itu. Namun. Namun bukti ini tidak semestinya bermakna bermain permainan video menyebabkan tingkah laku agresif di kalangan pelajar kerana penjelasan berikut juga munasabah. tuntas dan meliputi tajuk penyelidikan yang diputuskan. Hal ini tidak semestinya berlaku kerana responden boleh memberikan jawapan yang tidak tepat. 12 . pandangan. keliru dan sebagainya). rajin. Contohnya. Penyelidikan yang menggunakan strategi penyelidikan tinjauan (survey) lebih sesuai sekiranya kajian itu untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang populasi melalui sample atau tinjauan yang melibatkan elemen yang tidak banyak. mereka lupa. kepercayaan. pengetahuan dan pengalaman mereka yang diminati penyelidik. iaitu pelajar yang agresif lebih berkemungkinan menggunakan masa lapang mereka untuk bermain permainan video. munasabah. penyelidikan tinjauan bergantung pada data laporan kendiri (self-report). semasa mengumpul data. walaupun sesuai bagi penyelidikan bersifat deskriptif. Sampel yang dikumpul perlu mempunyai kriteria atau sifat populasi tersebut. Perkara ini perlu agar maklumat yang dikumpul melalui sampelan yang kecil itu dapat memberi pernyataan dan gambaran umum tentang populasi secara keseluruhan. iaitu penyelidikan tinjauan bergantung pada kejujuran dan ketepatan responden melaporkan sikap. penyayang. Seterusnya.

Oleh itu. menjalankan penyelidikan tinjauan yang baik adalah tugas besar. pertimbangan dan penganalisisan pakar masih diperlukan. Contohnya. Namun ini tidak bermakna pandangan itu betul.Apabila dilaksanakan dengan baik. 13 . penyelidikan tinjauan berupaya mewakili dengan tepat sesuatu pandangan populasi individu yang dikaji. Ia memerlukan perancangan yang rapi dan memakan masa berbulan-bulan bagi merancang dan melaksanakannya. Ringkasnya data itu tidak boleh mengambil alih tempat pertimbangan dan penganalisisan pakar. Di samping itu. Begitu juga dengan menganalisis dan menginterpretasikan data. menggubal soal selidik yang baik memakan masa dan usaha. walaupun data penyelidikan tinjauan dapat membantu dalam membuat keputusan dan menggubal dasar awam.

Bagi kegunaan penyelidikan tinjauan pula mempunyai tiga kegunaan iaitu deskriptif. berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai responden. Salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. pakaian dan penampilan yang sesuai. soalan ditanya secara semula jadi. e-mail serta telefon.PENUTUP Kesimpulannya. melalui SMS. Tinjauan deskriptif pada asasnya bertujuan untuk memberikan gambaran yang tepat terhadap ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu populasi manakala tinjauan desktiptif lebih menekankan teori. Tujuan utamanya ialah untuk meneroka dan mengkaji perkaitan tentang pembolehubah. pengumpulan data dan pengekodan. penjelasan dan penerokaan. sentiasa sedar tentang tujuan temu bual. soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat. reka bentuk tinjauan terakhir dan perancangan. menghormati responden. Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil. terdapat lima peringkat tinjauan iaitu meninjau reka bentuk dan persiapan rancangan. cepat dan menyeluruh tetapi ia mempunyai kelemahan juga iaitu hanya mendapatkan maklumat berkenaan pandangan atau pendapat sahaja. terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin. kajian tinjauan atau penyelidikan tinjauan adalah kaedah kajian yang paling popular digunakan dalam kalangan penyelidik. Kelebihannya adalah mudah. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan temu bual. Selain itu. 14 . ujian awalan. Selain itu juga. Terdapat dua jenis tinjauan iaitu tinjauan deskriptif dan tinjauan analitikal. tempat yang selesa. berwatak sebagai pendengar yang baik.

al (2006). Proposal & Tesis. 15 .BIBLIOGRAFI Arabi Idid (1993).2010 dari World Wide Web: http://www. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Aziz Yahya & et. Lim Chong Hin.googleusercontent.miskphy. Bhd.multiply.com/attachment/0/ StfOUAoKCCYAAEfN7i01/TERJEMAHAN%2520BAB%25205. 2007.com/search? q=cache:5BzP5URhwOoJ:images. 30 . Bhd.multiplycontent. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan: Esei.net/AR3.al. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial.doc%3Fnmid %3D290452343+kaedah+penyelidikan+tinjauan&cd=8&hl=en&ct=clnk&gl=my Penyelidikan Tindakan: Proses Penyelidikan Tindakan [On-line ] Diperoleh Julai. Analisis & Interpretasi Data. Nadirah & et.Bhd. Tinjaun Deskriptif dan Analitikal [On-line ] Diperoleh Julai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. PENYELIDIKAN PENDIDIKAN: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. 30 .2010 dari World Wide Web: http://webcache.teachersrock.htm Sulaiman Masri (2005). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful