PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK 1

PEMILIHAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT BIDANG.

 SINOPSIS

Bahagian ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama mendedahkan Kategori Bahan Sumber Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam . Tajuk kedua memberi fokus kepada Keberkesanan Bahan Sumber Pendidikan Islam Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.  HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)

1. memahami dan menghuraikan kategori bahan sumber. 2. mengolah keberkesanan bahan sumber.  KERANGKA TAJUK

Sumber Pengajaran Pendidikan Islam

Kategori Bahan

Keberkesanan Bahan

Bahan Teknoligi Maklumat

Bahan Bercetak

Bahan Maujud

1

PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

1.1

KATEGORI BAHAN SUMBER

1.1.1: PENGENALAN Pelajar-pelajar yang dirahmati Allah sekalian ! Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahanbahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis- jenis alat tersebut ialah bahan bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan selain daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah untuk merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan

intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor. Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian muridmurid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan.
2

Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. buku rujukan. Terdapat banyak sumber. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya. bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. 1989. Molenda dan Russel.bahan yang boleh digunakan ialah buku teks. Dale (1974) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang mana disebut sebagai ‘Cone of Experience’. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. 1. Antara bahan. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak. Dale memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah.2: KATEGORI BAHAN SUMBER Terdapat beberapa kategori sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. buku latihan dan lampiran nota. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta mengikut kreativiti sendiri. Untuk memberi 3 . Teori Dale ini telah mengubah persepsi ahli pendidikan seluruh dunia tentang pentingnya penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Konsep ini disokong oleh Heinich.1.

kad katalog. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD. majalah. Menerusi penggunaan bahan-bahan ini. jurnal. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada proses P&P. objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. surat khabar. Bahan bercetak meliputi buku. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. peta. murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan. Dengan cara ini juga. buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. 4 .1. gambar rajah dan televisyen. Selain itu ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.2. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. 1. kamus. komputer. ensiklopedia. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing.1: BAHAN BERCETAK Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai tulisan dan wujud secara fizikal.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO.

2: BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid.1. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. 5 . Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Ini kerana bukubuku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana bukubuku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan. 1.2.

3: BAHAN MAUJUD Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud.1. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam.2. mereka boleh menggunakan portal pendidikan. Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini. alat tulis dan perkakas sains. rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. internet dan intranet. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer. 1. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat.perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. OHP.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah menarik perhatian mereka. 6 . Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.

1. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi. slaid. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. gambaran atau kenyataan sebenar. CD dan filem Lukisan. Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. kartun. rasa. pendengaran. 3. Media/ bahan tayang kaku Transparensi. sentuhan dan bauan muridmurid 1. Media / bahantayang bergerak Bahan grafik Pita video. 7 . Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. realia awet dan spesimen. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan. Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. mikrofilem 2. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli.3: BAHAN MEDIA Bahan media juga termasuk sebahagian daripada kategori bahan sumber dan ianya boleh dirumuskan seperti gambar rajah di bawah : Bil Jenis Media/ Bahan Contoh 1. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. poster.

majalah dan risalah. membina. buku teks. papan putih. Beberapa langkah boleh digunakan. Papan pameran Papan kapur. Media cetak Modul. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya. kad imbasan dan poskad 5 Bahan pameran 3 dimensi Model. Papan pameran Papan kapur.1. Proses ini 8 . mengolah. boneka.4: PROSES PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. menggunakan dan menilai. Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran itu. surat khabar. 6. umpamanya proses memilih. papan flanel dan papan buletin 7. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM carta dan graf 4. guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya digunakan.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. papan flanel dan papan buletin 1. papan putih. diorama dan pupet 6. CD dan komputer 8. Gambar Kaku Gambar foto. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Media audio Pita kaset.

1. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.5. dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. rohani. selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran. berakhlak mulia.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. Ini bermakna. 9 . MAKRO PENDIDIKAN ISLAM merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan.1.5.2 Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Proses penyedian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran itu. Objektif harus ditentukan dahulu.5: PRINSIP-PRINSIP PEMILIHAN BAHAN 1. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para pelajar. secara ringkas Seperti gambarajah berikut: 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.1.1: Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.1. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya. bahanbahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. bahasa perpaduan. Dalam latihan ini. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi. apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa. dan bahasa untuk berkomunikasi.5. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. berdialog atau main peranan di satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan. iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pada akhir pembelajaran nanti. Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM 1. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. 10 . pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu. aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar.1.3: Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Oleh itu.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.

Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas.5: Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa. tetapi bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual. Namun begitu 11 . Pelajar-pelajar memerlukan galakan. termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin. digred dan dipersembahkan serta diamalkan. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. proses pembelajaran dan pelajar. motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. tetapi ianya disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana. unit-unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain. Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi. Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari sebagaimana ia dipilih. 1.1.1. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru. berkumpulan dan individu. para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu.4: pelajar. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM 1. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit. pelajarpelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor.5. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata.5. kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.

Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka. kerap menukar strategi dari semasa ke semasa. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Namun begitu. Buat catatan isi secara grafik peta minda 12 . MAKRO PENDIDIKAN ISLAM patutlah diketahui. walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. 1. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Bincang dengan rakan anda tentang kategori bahan . tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihanlatihan pembelajaran bahasa. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira.5. proses pembelajaran. guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada. Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan individu.1.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan.6: Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka. Oleh sebab itu. Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya. iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran.

1: PENDAHULUAN Bahan sumber merupakan salah satu komponen pengajaran dan pembelajaran. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum … Selepas ini bolehlah anda meneruskan pembacaan untuk tajuk berikutnya 1. Bahan Pameran 3 Dimensi. 1. faktor pelajar faktor kaedah dan faktor praktikal semasa membuat. Papan Pameran.2 : KEBERKESANAN BAHAN 1. Media Audio dan Media Cetak dapat memberi suatu pengalaman yang konkrit malahan dapat membantu murid menyatukan pengalaman yang ada pada mereka. seseorang pengajar perlu peka kepada faktor objektif. Justeru bahan sumber menjadi elimen perantaraan dan pemindah maklumat kepada pelajar dan pengguna. Media Tayang Bergerak. Gambar Kaku.2.2: KERANGKA TAJUK 13 . menyediakan bahan dan mengaplikasi bahan. Ia bukan sahaja Dapatkan maklumat tambahan ulasan tentang Media Tayang Kaku. Bahan Grafik.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. Bahan sumber yang baik akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan.2.

3.selaras dengan falsafah pendidikan negara .tidak bercanggah dengan nilai masyarakat .2.1: KRITERIA PEMILIHAN BAHAN SUMBER .releven dengan kurikulum . MAKRO PENDIDIKAN ISLAM • KRITERIA PEMILIHAN BAHAN SUMBER • PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN • CIRI-CIRI BAHAN SUMBER • KEUPAYAAN PEMILIHAN BAHAN SUMBER 1.2.selaras dengan prinsip pedagogi .memberi maklumat terkini 14 .PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO.3: KEBERKESANAN BAHAN Penggunaan bahan akan menjadi lebih berkesan apabila aplikasi penggunaannya terlebih dahulu mengambil kira beberapa elimen berikut : 1.

mudah diperolehi . malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO.3.2: PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN a)  Ketahanan Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.  Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.2. c) Aspek-aspek Teknikal 15 . Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan.cost effective . b) Kos   Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM .fleksibel 1.mudah digunakan .dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan .pelbagai rangsangan .mudah senggara .mudah alih .

 Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran. 16 . MAKRO PENDIDIKAN ISLAM  Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya d) Ketepatan Maklumat  Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada pelajar. f)    Saiz/Pengelolaan Kelas Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan. sama ada untuk kuliah umum di dewan. poster.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. atau untuk pengajaran berkumpulan. Misalnya warna hijau untuk daun. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. atau dalam keadaan tertentu. biru untuk langit dan lain-lain. atauun pengajaran individu g) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan  Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. rakaman. misalnya akhbar. e)  Mudah Alih Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak. rancangan radio/tv dan sebagainya. atau bahagian tertentu sahaja. atau pengajaran biasa di bilik darjah.

para pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri.3: CIRI-CIRI BAHAN SUMBER Tidak ada satu bahan sumber yang unggul dan sesuai untuk digunakan dalam semua keadaan dan semua bidang mata pelajaran. Pengunaan bahan sumber dapat membantu proses pembelajaran dan kelas dengan tumpuan diberikan kepada bahagian yang sukar difahami.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. c) Besar dan jelas Bahan sumber yang digunakan dalam proses P&P mestilah besar dan jelas mengikut keadaan kelas jumlah pelajar. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM  Melalui strategi ini. fakta atau idea yang kabur dapat disampaikan dan dijelaskan dengan lebih efisyen dan terperinci. masyarakat dan negara. Di samping itu bahan sumber juga dapat menerangkan hubungan antara idea dengan isi pelajaran. Sekurang-kurang kadar bahan sumber mestilah boleh dilihat dengan jelas oleh pelajar yang berada dalam pandangan yang paling jauh daripada bahan sumber. maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan. 2006).  Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat. 17 . b) Menjelaskan bahagian yang sukar difahami Dalam setiap pelajaran. Untuk mempastikan keberkesanan bahan sumber yang digunakan seseorang guru perlu mengetahui cirinya seperti berikut : a) Menjelaskan idea yang kabur Adanya bahan sumber.3. 1.2. tedapat bahagian yang senang dan sukar difahami oleh pelajar (Wifa’ al-Tajl dan Rana al-Fau’ri. Contohnya penggunaan grafik banding beza.

f) Paling memberi kesan Pelajar biasanya suka kepada permainan.2. warna juga dapat menonjolkan fakta penting. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM d) Warna yang menarik dan saiz yang tepat Pelajar lebih suka kepada bahan (objek. dihitamkan (gelap) dan kedudukannya hendaklah di tengah-tengah.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. g) Murah Bahan yang digunakan hendaklah tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi dan seelok-eloknya boleh dibuat sendirisupaya tidak membebankan guru dan juga pihak sekolah 1. Contohnya permainan berbentuk teka silang kata.4: KEUPAYAAN PEMILIHAN BAHAN SUMBER Tujuan pemilihan bahan sumber adalah agar objektif P&P dalam satu-satu sesi dapat dicapai dengan maksimum. Oleh itu. Oleh itu. kalau boleh pilih bahan sumber yang berbentuk permainan tetapi pada masa yang sama pelajar mendapat input yang berfaedah hasil daripada permainan tersebut. guru perlu mengikut prinsip 18 . Manakala saiz sesuatu bahan sumber juga penting semasa proses pembelajaran.3. 1997). e) Tahan lama Bahan sumber yang hendak dipilih juga hendaklah jenis yang tidak membebankan guru. Bagi kalangan pelajar sekolah rendah warna menarik minat mereka dan sekaligus menggalakan pembelajaran. kuiz dan sebagainya. tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana saja sama ada dari bilik guru ke dalam kelas. Sebagai contohnya saiz tajuk hendaklah lebih besar daripada isi kandungan. teks dan lain-lain) berwarna berbanding dengan hitam putih. dari kelas ke perpustakaan dan sebagainya (Ahmad. Selain itu. Contohnya slaid.

b) Bersesuaian dengan latar belakan pelajar Guru perlu membuat analisis mengenai sifat pelajar seperti umur murid. tahap pencapaian murid dan pengalaman murid belajar berbantukan bahan sumber. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM asas pemilihan bahan sumber dalam pengajaran mereka (Wifa’ al-Tajl dan Rana al-Fau’ri. d) Berteknologi rendah dan sederhana 19 . gaya pembelajaran murid. 2003). Bahan yang dipilih itu mestilah sesuai dengan tahap kebolehan dan perkembangan murid dalam penguasaan bahasa. Guru perlu memastikan keadaan fizikal di mana bahan sumber yang akan digunakan boleh memberi kesan sampingan kepada matlamat yang hendak dicapai. Langkah seterusnya ialah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai pada akhir proses P&P menggunakan bahan sumber. guru juga patut memberi perhatian mengenai tempat bahan yang bakal digunakan. Ini bermaksud. tahap kefahaman serta pendengaran. Antara asas pemilihan ialah : a) Besesuaian dengan tajuk Guru perlu menentukan tajuk dan isi kandungan yang akan diajar. Oleh sebab itu. isi kandungan dan objektif pembelajaran pelajar. Contohnya sumber visual seharusnya tidak digunakan apabila pelajar mempunyai latar belakang pengalaman yang cukup untuk menginterpretasikan dan mengimaginasikan sesuatu yang berkaitan dengan pembelajaran (Kamarudin. c) Bersesuaian dengan tempat digunakan. alat dan bahan yang hendak digunakan mestilah sesuai dengan tajuk.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. 2006).

Mereka yang kurang berkebolehan mempunyai peluang merujuk kembali kepada bahan yang digunakan dengan mengikut kadar keupayaannya sendiri tanpa melibatkan kemajuan murid lain yang lebih cekap. Bahan tidak memerlukan kelengkapan tambahan yang banyal apabila hendak digunakan dan tidak mudah ketinggalan zaman. Bahan tersebut seelok-eloknya mudah disimpan dan tidak mudah rosak. Bagi seseorang guru. Sebaik-baiknya guru perlu belajar untuk menggunakan alat dan bahan serta membuat latihan yang sewajarnya sebelum sesi pengajaran yang sebenar. mereka tidak boleh mengambil sikap ambil mudah dengan mengangap pelajar akan memahami apa yang dipaparkan pada kali pertama (Kamarudin. f) Bersesuaian dengan jumlah pelajar Pemilihan bahan hanya akan lengkap sekiranya jumlah murid yang diajar dapat diaturkan dengan jenis bahan yang sesuai. e) Tidak berbahaya Sesuatu bahan yang digunakan hendaklah tidak berbahaya dan menggunakan kuasa tenaga elektrik yang tidak terlalu tinggi. peluang harus diberi kepada pelajar bagi menentukan sendiri kadar kelajuan peembelajarannya. g) Sesuai dengan tahap IQ Apabila sesuatu bahan itu hendak digunakan dalam sesuatu pengajaran. 20 . Ini sekaligus bertujuan untuk mengelakkan kesilapan atau kelamahan semasa persembahan.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. terutama jika alat itu melibatkan penggunaan oleh murid. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Bahan yang dipili h mestilah mudah dan tidak melibatkan kemahiran teknikal yang terlalu tinggi. 2003).

Halim Tamuri... http://www.PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.sumber pengajaran an pembelajaran 21 .. 2007. “ “Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran” . MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Sila rujuk .... Kamarudin Azmi Jasmi dan Ab.. Layari internet .

22 .PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO. Janakan idea anda. lengkapkan grafik di bawah. apakah elimen-elimen yang perlu diambil kira bagi mempastikan satu-satu bahan itu cukup berkesan apabila ia di guna pakai dalam orientasi pengajaran dan pembelajaran. ii. Berpandukan kepada modul yang diberi dan tambahan bacaan dan setelah melayari laman web. MAKRO PENDIDIKAN ISLAM LATIHAN i.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful