You are on page 1of 2

Info ekstra

2 I deologi, Wawasan dan Dasar Pembangunan Negara


Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (20132025)
1 Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak pada 12 September 2012 adalah: (a) laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (b) kajian semula pendidikan negara (c) pelan yang turut melibatkan sumbangan pemikiran pakar pendidikan antarabangsa dan pelbagai pihak berkepentingan di Malaysia melalui Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara (d) titik tolak dalam menggubal perancangan strategik hala tuju sistem pendidikan negara yang bersifat futuristik untuk 13 tahun akan datang (20132025) 2 Hala tuju PPP adalah berlandaskan sembilan bidang keutamaan yang berikut: (a) Meningkatkan profesion perguruan (b) Meningkatkan kepimpinan sekolah (c) Meningkatkan kualiti sekolah (d) Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran (e) Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa (f) Pembabitan ibu bapa, swasta dan sosial sebagai rakan kongsi (g) Meningkatkan kesedaran murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja (h) Membaiki kecekapan dan keberkesanan sumber (i) Membina kemampuan dan keutamaan sistem penyampaian 3 Terdapat 11 anjakan transformasi pendidikan seperti yang berikut: (a) Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa (b) Memastikan murid fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (c) Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai khasnya nilai pengetahuan, teknologi dan inovasi (d) Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan (e) Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah (f) Mengupayakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran daerah dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan (g) Memanfaatkan teknologi ICT bagi meningkatkan kualiti pelajaran (h) Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan (i) Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas (j) Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan (k) Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam Sumber: Disesuaikan daripada akhbar harian yang dikeluarkan pada 12 September 2012

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 2 Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2013

Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia


100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 Negara dalam kelompak sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandarluar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020 Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, September 2012

Akses Kualiti Ekuiti Perpaduan

Kecekapan

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 2 Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2013