You are on page 1of 15

1

INPUT
i. Konsep dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK);

ii. Faktor-faktor pembentukan FPK;

iii. Elemen-elemen dalam FPK;

iv. Peranan sekolah dalam merealisasikan FPK;

v. Implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara; dan

vi. Rumusan/cadangan.

Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. iaitu. masyarakat dan negara. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara. 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999).0 PENGENALAN Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. berakhlak mulia. FPK digambarkan sebagai medium penghasilan produk (anak-anak murid) yang menepati citarasa masyarakat dan hasrat negara seperti berikut : . emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Rukun Negara. rohani. Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu. 1. berketerampilan.

3 2. kemanisan dan kepahitan”. Leksikal “falsafah” berasal daripada dua perkataan Yunani. dan tingkah laku. jasmani. Definisi pemajmukan leksikal “Falsafah Pendidikan” diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai “Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal. terminologi (istilah) dan praktikal.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama. dan diterima umum. etimologi (bahasa). Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia. iaitu falsafah. pendidikan dan kebangsaan. iaitu. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting. Asal usul leksikal “pendidikan” adalah daripada morfem bebas Latin. hati. sistematik. . akhlak. rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik. iaitu teologi dan sains (Russel.0 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 2. dan rohani.1 Konsep Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas. iaitu. Kesimpulannya. E. 1946). falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar. educare yang bermaksud “memelihara atau mengasuh”. philos dan Sophia.

2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) FPK menggariskan kesemua leksikon. jelas dan logik. dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya..”. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia. 1982). 2. Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun.”.ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi. Misalnya. Misalnya. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan. barisan sintaksis “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah... Kedua. dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah). Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat. FPK menjelaskan norma-norma kedinamikan pendidikan terkini secara rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkataan “berterusan” menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja. 4 “Kebangsaan” secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal. aksiologi (teori nilai). “. yakni metafizik/ontologi (teori kejadian).. epistomologi (teori ilmu) dan logik.. malahan berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikan .. pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan di Malaysia.

Ketiga. asas dan sumber inspirasi kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan.”. Barisan morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuan kurikulum. .. berakhlak mulia.. FPK menjadi rujukan para guru.. FPK bertindak sebagai medium perealisasian misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Negara dengan merujuk FPK tersebut. Variasi usaha pendidikan yang sedia ada. . berketerampilan. 5 pendidikan berdasarkan keperluan individu. Misalnya. iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita. FPK menentukan arah haluan. “. Keempat.bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. ko-kurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan. masyarakat dan negara dari semasa ke semasa.. lanjutan penghasilan falsafah baharu umpamanya Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang dihasratkan dan sebagainya. para penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.

0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 3. Deretan kepercayaan lain dianuti secara bebas berdasarkan akta dan undang-undang negara. sosial. Keharmonian masyarakat sekeliling bergantung . Satu keselarasan entiti perlu dirancang secara teliti oleh pakar-pakar pendidikan agar tidak muncul perbalahan dan kekangan yang muncul di kemudian hari.. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Agama Islam diklasifikasi sebagai agama rasmi di negara ini. 3.mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek.2... ekonomi. individu dan sejagat.2 Faktor sosial Kedua ialah faktor sosial yang meliputi hierarki dan struktur masyarakat setempat serta kebudayaannya.”.1 Faktor agama Pertama ialah faktor agama yang dianuti oleh para manusia di Malaysia.. 3.1 Pengenalan Pembentukan FPK merujuk variasi faktor yang perlu dipertimbang memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang majmuk bangsanya. politik.2. Agama Islam menjadi rujukan kepada pertimbangan asas dalam FPK. Terminologi syumul berkenaan keenam- enam faktor tersebut dipaparkan jalinannya seperti berikut. 3. 6 3. Unsur agama tersebut dapat dihayati di dalam pernyataan “.2 Faktor-faktor penyumbang kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Faktor pembentukan FPK terdiri daripada enam faktor. iaitu agama. rohani.

iaitu “. Maka. ialah faktor politik yang menentukan ideologi negara lantas mempengaruhi dasar pendidikan.. Matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi asas pembentukan FPK yang berlandaskan Rukun Negara.2.3 Faktor politik Ketiga.2. 3. ialah faktor ekonomi yang mempengaruhi pembangunan dan kemajuan negara. Potensi individu diperkembang menerusi pendidikan yang meliputi aspek-aspek J-E-R-I (jasmani. ialah faktor individu yang dikaitkan dengan keperluan-keperluan individual seperti keselamatan. Rakyat Malaysia terlatih dalam variasi kemahiran yang dapat membantu negara memperkembang ekonomi menerusi peningkatan daya pengeluarannya.5 Faktor individu Kelima. Pernyataan ini jelas terpampang di dalam ayat pertama FPK . bekerjasama. rohani dan intelek). Tujuan ini jelas terpancar di dalam pernyataan falsafah berkenaan.memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara”... 3. sekolah teknik dan vokasional turut diwujudkan demi penghasilan masyarakat yang beridentiti tinggi seiring pembangunan negara. perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.2.4 Faktor ekonomi Keempat. 3. 7 kepada variasi amalan mahmudah (mulia) umpamanya toleransi.. iaitu “. Kenyataan ini dijelaskan secara luaran tetapi mendukung hasrat yang tinggi. hormat menghormati dan sebagainya demi penghasilan keadaaan sosial yang stabil. emosi.

pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO yang dirancang pada tahun 1980 telah dimanifestasikan dalam pernyataan FPK sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan. ialah faktor sejagat yang menitik berat pandangan dan visi sedunia..2. 8 3. .” Keenam-enam faktor pembentukan FPK ini menjadi disiplin ke arah pembentukan peraturan yang menjadi prinsip yang seharusnya diamalkan para pendidik dan sebagainya. program pendemokrasian pendidikan..6 Faktor sejagat Keenam. Pengenalan idea-idea pendidikan tika seminar pendidikan antarabangsa turut mempengaruhi falsafah pendidikan di negara ini. Misalnya. perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.

2 metafizik perkembangan potensi a. b.1 Pengenalan Barisan elemen dalam FPK merujuk ketiga-tiga ideologi negara. potensi dan kebolehan . 9 4. iaitu. DEB dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999) dan keempat-empat cabang falsafah pendidikan. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat. epistomologi dan logik. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam dan perlu dicungkil. Bakat. Cabang Elemen-elemen Implikasi Falsafah 1 epistomologi pendidikan suatu usaha a. 3 metafizik perkembangan individu a. iaitu Rukun Negara. FPK mendukung 17 elemen yang diklasifikan sebagai satu aspek yang dipandang serius. Pendidikan adalah suatu berterusan proses pemerolehan dan pemindahan ilmu. 4. kemahiran dan nilai murni. metafizik. Setiap individu telah diberkati individu Tuhan dengan bakat. b.2 Elemen-elemen FPK dan cabang rujukan falsafah Berikut merupakan elemen-elemen dalam FPK dan rujukan dalam cabang falsafah : Jadual 1 : Jaduan elemen FPK dan rujukan cabang falsafah Bil.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 4. potensi dan kebolehan mereka menerusi interaksi sosial dengan orang lain dan pragmatik. aksiologi.

sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif dan senantiasa berusaha memperoleh dan mengembang ilmu yang betul. 4 epistomologi insan yang seimbang dan a. Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Menyedari dan insaf bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya. manipulatif dan sosial. b. Keimbangan antara keempat- harmonis empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain. Sangup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu). 10 secara menyeluruh dan tidak boleh dikembangkan bersepadu secara berasingan. Mempunyai emosi yang matang dan stabil. b. iaitu J-E-R-I. b. Menyedari bahawa hukum dan kepada Tuhan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. Mengamalkan segala ajaran . c. 9 aksiologi kepercayaan dan kepatuhan a. 8 logik unsur jasmani a. 6 epistomologi unsur rohani a. Menyedari dan percaya kepada Tuhan dan sentiasa bersyukur. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek. b. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal. b. 7 aksiologi unsur emosi a. b. b. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. 5 metafizik unsur intelek a.

profesion agama. b. bertimbang rasa. agama. masyarakat dan negara . Berusaha memupuk perpaduan memberi sumbangan rakyat bermediumkan sifat terhadap keharmonian dan toleransi. sebagai amalan hidup. Berdaya tahan fizikal dan kesejahteraan diri mental yang mantap. masyarakat. bangsa dan negara. Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. kesejahteraan diri b. Menjalankan tugas dengan amanah. Berpandangan jauh dan berinisiatif. 14 aksiologi rakyat Malaysia yang a. c. 17 logik sumbangan terhadap a. pengetahuan b. 15 logik rakyat Malaysia yang dapat a. 11 agama yang dianuti. bangsa dan negara. kemakmuran masyarakat dan kekitaan. b. Mempunyai perwatakan diri berakhlak mulia yang baik. Mempunyai kecekapan dan berketerampilan kompetensi diri. 13 logik rakyat Malaysia yang a. Berkebolehan mengharungi liku- liku hidup yang kian mencabar dari masa ke semasa. keharmonian dan b. c. 11 logik rakyat Malaysia yang a. Berusaha untuk meningkatkan diri. b. bersih dan cekap. Mempertahankan maruah diri. bertanggungjawab b. 12 aksiologi rakyat Malaysia yang a. 10 epistomologi rakyat Malaysia yang berilmu a. c. Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Berfikiran waras dan berjiwa berkeupayaan mencapai tenang. Bersemangat patriotik. keluarga. Memupuk pembawaan diri yang baik. Menjadikan Rukun Negara kemakmuran keluarga. b. Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Boleh dipercayai. Cintai ilmu pengetahuan. Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. hormat-menghormati negara dan sebagainya. 16 logik berkeupayaan mencapai a.

12 Deduktifnya. yakni peranan pihak pengurusan dan organisasi. Sekolah bertindak sebagai sarana penghasilan produk (anak murid) seperti yang dihasratkan oleh variasi pihak memandangkan mereka merupakan pemandu generasi pada masa yang bakal tiba suatu hari nanti. pendidikan ditafsirkan di dalam FPK sebagai suatu sistem yang berterusan demi perkembangan potensi para murid yang harmoni daripada variasi aspek tetapi masih berpandukan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seperti yang tercatit jelas di dalam Rukun Negara. 5. pengurusan prasarana – kemudahan yang disediakan di sekolah dan amalan keceriaan. Pendidikan sebegini (berdasarkan FPK) demi melahirkan sekelompok masyarakat yang disemai nilai-nilai murni dan sivik yang mahmudah dan senantiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri seperti yang dirukuni fitrah semulajadi insan. Pendidikan yang dihasilkan adalah menyeluruh dan bersepadu demi peangplikasian ilmu yang diterima di sekolah ke dalam rutin seharian dapat dipraktik para murid. pelaksanaan aktivti kurikulum dan kokurikulum serta lampiran program dan aktiviti yang disediakan di setiap sarana FPK. Penilaian pengamalan falsafah ini diperspektif menerusi variasi penjuru. Rentetan kronologi ini bermotif pemberian sumbangan terhadap kemakmuran variasi pihak. Tambahan lagi. penyediaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di medium yang dinamakan ”sekolah”. para guru. . sistem pembelajaran dan pendidikan di Malaysia adalah berpandukan keempat-empat cabang falsafah memandangkan kesemua aspek yang dipandang serius sewajarnya diberi penekanan.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASISKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Pelaksanaan FPK dipaparkan secara jelas menerusi paparan tanggungjawab para pentadbir sekolah.

dan borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel guru secara rawak. manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). pemerhatian menerusi senarai semak. 13 Penilaian sebegini mengimpak pelbagai kajian dilakukan di sekolah kajian demi menilai peranan sekolah berkenaan merealisasikan hasrat yang terkandung di dalam FPK menerusi beberapa pendekatan kajian.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA 6. pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia. Maka. Analisis para respondan dibuat menerusi kaedah statisitik deskriptif dengan total pendapatan frekuensi dan peratusan. semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK. . umpamanya kurikulum. Ini memerulan penghayatan.1 Pengenalan FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. kajian yang terlibat adalah berasaskan temu bual sama ada berstruktur atau sebaliknya. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini. Umumnya. 6.

perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis. sejauh manakah pelasanaan FPK diaplikasi terhadap pembangunan dan perjalanan sesebuah sekolah? . Ketiga. gemilang dan terbilang. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang. reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Kedua. FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni. FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. 14 Pertama. Namun. FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara Malaysia. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar). Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu.

. Maka. perealisasian hasrat sedemikian perlu ditekan dan diketengahkan ke dalam seantro aktiviti yang dipertanggungjawabkan ke sekolah tersebut. Pelaksanaan FPK di sekolah kajian adalah di tahap optimum dan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. 15 7. FPK merupakan dokumen rasmi dan menjadi rujukan variasi pihak khususnya sekelompok insan yang terlibat dalam bidang pendidikan.0 RUMUSAN Kolektifnya. pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah bermediumkan sekolah.