SISTEM EJAAN JAWI YANG DIKEMASKINI OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA: SATU TINJAUAN Oleh Sabariah Binti

Haji Bahrun Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah Emel: fatimahanim@yahoo.com

Abstrak Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, majoriti penduduk terdiri daripada golongan buta huruf dan tidak mempunyai tulisan sendiri. Sejak penyebaran agama Islam, tulisan Arab diperkenalkan dan akhirnya telah diterima sebagai tulisan umat Islam. Bagi bangsa yang belum memiliki tulisan sendiri seperti bangsa Melayu, mereka telah mengambil seratus peratus tulisan Arab menjadi tulisan jawi. Bahkan tulisan ini juga adalah sebahagian daripada warisan kebudayaan Melayu Lama. Sebelum penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, tulisan jawi menjadi tulisan rasmi dan sehingga kini ia telah mengalami pelbagai peringkat proses perubahan. Terkini, tulisan jawi telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini adalah berbentuk ujian bertulis bertujuan untuk menguji prestasi pelajar menulis jawi. Seramai 58 orang pelajar opsyen Pendidikan Islam IPG Kampus Kent telah terlibat dalam kajian ini. Data kuantitatif yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan SPSS. Selain membincangkan dapatan kajian, penulis turut menghalusi permasalahan mata pelajaran Jawi ejaan terkini seterusnya beberapa cadangan turut diketengahkan.

PENDAHULUAN

Perkembangan Penggunaan Tulisan Jawi Dalam Sistem Pendidikan Islam Tulisan jawi adalah antara tulisan yang terawal ditemui di Nusantara. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman kerajaan Islam Pasai sekitar kurun ke 13Masihi (Syed

1

1969). tetapi aspek-aspek budaya yang lain turut berubah. Dengan kedatangan Islam. Akibat daripada proses pengislaman ini. termasuk Thailand Selatan dan Kampuchea. bukan sahaja agama dan kepercayaan masyarakat di Kepulauan Melayu berubah. tulisan jawi telah menjadi tulisan orang Melayu sehingga sekarang. meskipun telah melalui pelbagai tahap perubahan sistem ejaan dan pasang surut penggunaannya dalam penulisan di alam Melayu amnya dan Malaysia khasnya. Syed Muhammad Naquib al-Attas berkata bahasa Melayu juga mengalami proses pengislaman. penemuan batu nisan yang bertulis angka dalam bahasa Arab di Kedah pada 651 Masihi. Di samping penggayaan istilah dengan kemasukan istilah Arab dan Parsi Islam. Penemuan Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303 Masihi membuktikan tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi yang hanya ditemui sekitar abad ke 19. 1997). dan wang dinar di Kelantan pada 1181 Masihi (Hasyim Musa. 2 . Oleh disebabkan itu.Muhammad Naquib al-Attas. penggunaan dan adaptasi skrip Arab telah menjadi skrip jawi untuk mengeja Bahasa Melayu. bahasa Melayu juga menjadi alat perantaraan penyampaian dan pengajaran Islam di seluruh Kepulauan Melayu. Begitu juga.

perjanjian-perjanjian antara raja Melayu dan pihak berkuasa Portugis. sebuah jawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dalam Kongres Persuratan Melayu se-Malaya Kedua di Seremban. 3 . Ia juga menjadi sebagai penghubung bagi kesatuan Islam di seluruh rantau Melayu. adat istiadat. Keadaan ini lahir dari sikap kita sendiri terhadap warisan bangsa. Pada tahun 1954. Angkatan Sasterawan 50 telah mengesyorkan: Sudah sepatutnya tulisan Rumi di rasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya. sebelas kelebihan tulisan Rumi berbanding dengan 12 kelemahan tulisan Jawi. telah membandingkan sistem ejaan tulisan Jawi dan Rumi. tulisan jawilah yang banyak memainkan peranan utama sebagai alat tulisan Melayu-Islam yang pertama dalam masyarakat Melayu. Perkembangan tulisan ini juga telah mengalami jatuh bangunnya sendiri. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 juga ditulis dalam tulisan Jawi. Tulisan jawi berfungsi sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran. Dalam proses penyebaran pendidikan agama Islam. tulisan jawi telah memainkan peranan penting di rantau Kepulauan Melayu. Belanda dan Inggeris. Hasil daripada penyiasatan itu maka disimpulkan dalam Memorondum Mengenai Tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu 1954. Hasilnya.Pernyataan masalah Berdasarkan kepada beberapa fakta sejarah.

Begitu juga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menyatakan: Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi dengan syarat bahasa itu tidak melarang penggunaan tulisan melayu yang lebih dikenal dengan tulisan jawi bagi bahasa kebangsaan. kedudukan tulisan jawi kian tergugat. Akhirnya. Banyak bahan penulisan telah disalurkan kepada masyarakat melalui penonjolan tulisan rumi.Seterusnya Penyata Razak tahun 1956 menyatakan: Kami telah menimbangkan dengan halus berkenaan perkara menggunakan tulisan rumi atau jawi dalam bahasa kebangsaan itu dan cadangan digunakan tulisan rumi dengan syarat diadakan pelajaran jawi bagi muridmurid Islam. Bila diteliti sejarah dunia. Rentetan itu berlaku kejatuhan kerajaan Turki dan seterusnya kejatuhan kerajaan Melayu dan berlakunya penjajahan Barat di Indonesia dan Tanah Melayu dan memberi kesan terhadap terpinggirnya penggunaan tulisan jawi sekitar tahun 40-an dan 50-an. Semasa Tanah Melayu berada di dalam kuasa penjajah Barat. Pada tahun 1950an. Indonesia dan Brunei. lanjutan daripada perang salib telah menyebabkan kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam di Eropah. 4 . Pengabaian ini bukan sahaja berlaku di kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. 1988). Demikianlah senario terpinggirnya tulisan jawi yang telah digunakan sejak beratus-ratus tahun di Malaysia termasuk di sekolah-sekolah. tulisan rumi pula mengambil tempat terutama dalam persuratan Melayu (Shukri Zain. bahkan turut dialami juga di kalangan masyarakat Melayu Islam di negara sekitar seperti Singapura. tulisan jawi menjadi tulisan yang kurang popular kerana keistimewaan tulisan rumi yang amat berpengaruh dalam masyarakat.

Hal ini mungkin disebabkan tempoh masa pelajaran Jawi di sekolah yang agak terhad dan meluasnya penggunaan tulisan Rumi dalam pelbagai aktiviti dalam kalangan masyarakat. Bahkan sesetengah masyarakat menganggap bahawa mengenal tulisan jawi samalah juga mengenal tulisan al-Quran (Faridah mohamed. Di Malaysia. Memudahkan pembelajaran al-Quran b. di antara kepentingan dan kelebihan tulisan jawi kepada masyarakat ialah. c. Memudahkan penghayatan ilmu pengetahuan Islam. Dalam masa yang sama penggunaan tulisan Jawi sudah tidak memberangsangkan dan kurang ditekankan dalam masyarakat dan negara. Di samping itu juga. Kajian ini dilakukan bagi menyingkap kembali akan kepentingan tulisan jawi dalam masyarakat Melayu Islam. bangsa Melayu amat sinonim dengan Islam (Perlembagaan Persekutuan). 1997). penyelidik ingin memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu amnya bahawa tulisan jawi merupakan tulisan asal bagi bahasa dan bangsa Melayu sebelum ini.Meskipun tulisan Jawi masih kekal diajar kepada murid-murid dalam pelajaran Agama Islam. Mendekatkan kepada agama Islam 5 . Tulisan jawilah yang menjadi jambatan ilmu untuk memudahkan penyebaran agama Islam di kalangan masyarakat Melayu dahulu. Menurut Faridah (1997). a. masyarakat patut didedahkan tentang keperluan mempelajari tulisan tersebut berasaskan kepentingan dan kelebihannya. kemerosotan prestasi murid-murid dalam membaca dan menulis Jawi semakin ketara. terutamanya dari segi mengenal al-Quran dan Sunnah sekaligus agama Islam itu sendiri. Dalam usaha meningkatkan kembali penggunaan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat.

d. Terkini. ejaan mengikut hukum. Beberapa buah kamus Jawi telah disusun dan dicetak iaitu pada tahun 2001 dan 2004. Meninjau prestasi pelajar menulis jawi ejaan terkini 2. OBEJEKTIF UMUM Secara umumnya. Mengenal pasti permasalahan dalam penggunaan ejaan jawi terkini Tinjauan Literatur Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengemas kini tulisan jawi dari masa ke semasa demi untuk memartabatkan kembali tulisan ini. ejaan tradisi. kajian ini bertujuan meninjau prestasi pelajar dalam menulis sistem ejaan jawi terkini yang telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Mengenal pasti aspek-aspek kelemahan pelajar dalam ejaan terkini 3. Kaedah pelengkap ejaan juga 6 . OBJEKTIF KAJIAN Secara khusus. kamus Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua (2008) telah diterbitkan dengan mengetengahkan lima kaedah utama ejaan jawi iaitu ejaan lazim. Memelihara keaslian perkataan Arab dalam bahasa Melayu. objektif kajian ini ialah untuk: 1. ejaan lampau hukum dan ejaan pinjaman serta serapan.

2% memperoleh gred C dan D. Boleh dikatakan bahawa kebanyakan hasil dapatan kajian berkenaan menunjukkan bahawa penguasaan tulisan jawi dalam kalangan murid Islam masih berada pada tahap sederhana dan lemah. Begitu juga kajian Nik Hassan (2006) terhadap pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah daerah Tuaran. 7 . membaca dan menulis perkataan mudah daripada suka kata tertutup adalah 57. penggunaan huruf hamzah dan ejaan imbuhan. Ini disokong oleh kajian Asmawati Suhid et al (2008) mendapati tahap penguasaan murid membaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 49.diketengahkan dalam kamus ini seperti ejaan gelinciran. Kajian tentang prestasi tulisan jawi telah banyak dijalankan. tahap penguasaan tulisan jawi murid adalah sederhana (67. Manakala kajian Sabariah (2011) mengetengahkan tentang perestasi menulis jawi 265 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran jawi (dalam pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam) di IPG Kampus Kent adalah sebanyak 57.8%).26. Misalnya. kajian Abdul Halim Tamuri et al (2004) dalam kajiannya tentang keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar mendapati bahawa.2%. Justeru penyelidik menganggap prestasi dan tahap penguasaan pelajar dalam tulisan jawi masih perlu dikaji dan diberi perhatian. Sabah mendapati bahawa skor min pelajar adalah 2.9% dalan jawi.

Penyelidik menggunakan metod convinience sampling iaitu penyelidik memilih kumpulan pelajar Kampus Kent sebagai sampel kajian. Ia bertujuan untuk mendapatkan data kuantitatif tentang prestasi pelajar opsyen Pendidikan Islam Kampus Kent menulis jawi menurut sistem ejaan terkini.METODOLOGI Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif iaitu secara ujian bertulis. “sample is a number of elements from a larger population of elements. Penulis akan membuat satu generalisasi berkaitan populasi ini. Oleh itu jumlah sampel penyelidik adalah menepati saranan tersebut. Menurut Krejcie et al. (1970) sekiranya jumlah populasi 60 orang. Kesahan instrumen kajian dilakukan dengan melantik sebuah panel terdiri daripada dua orang pakar daripada universiti tempatan untuk menilai dari segi format dan kejelasan maksud yang komprehensif tentang isi kandungan item yang dibentuk. 8 . dalam kajian ini penyelidik akan mengambil kesemua 58 orang menjadi sampel kajian. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan mengaplikasi kaedah statistikal bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS). Thomas.” Namun. J. sampel yang sesuai adalah 52 orang. Sullivan (1992) menyatakan.

9 30 – 39.9 75 – 79. 9 .89.7 3. Analisa dapatan turut mendapati 3 orang pelajar mendapat gred D (5. Jadual 1: Prestasi Pelajar Menulis Ejaan Jawi Terkini Julat Markah 90 .9 60 – 64.4 0 5.9 40 – 49.2%) mendapat gred B dan 38 orang (66.100 80 .9 70 – 74.2%).0 28.2 21.9 N = 58 Gred A+ A AB+ B BC+ C CD+ D F f 0 1 2 0 3 11 16 10 12 3 0 0 % 0 1.9 50 – 54.2 0 0 Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya. mereka telah diberi ujian bertulis untuk menguji tahap penguasaan mereka. 14 orang (24.2%) mendapat gred C.2 19.9 65 – 69.9 20 – 29.0 5. Sebanyak tiga orang (5.0 17. prestasi murid tidak seimbang dalam setiap gred.2%) sahaja mencapai gred A dalam ujian menulis jawi. Prestasi mereka dapat dilihat dalam Jadual 1.DAPATAN KAJIAN Prestasi Pelajar Menulis Jawi Ejaan Terkini Bagi mengenal pasti prestasi pelajar menulis jawi.9 0 – 19.9 55 – 59.

7 f 44 14 % 75. pendedahan sistem ejaan ini kurang diketahui 10 . Maklumat terperinci tentang hal ini ditunjukkan dalam Jadual 2.3 20. meskipun Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengemaskini ejaan jawi dari semasa ke semasa selama belasan tahun. Pertama. penyelidik menemui beberapa permasalahan dalam penggunaan ejaan jawi terkini yang telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.8%) menulis dengan betul kaedah ejaan tradisi dan 37 orang (64.0%) dapat menulis dengan betul kaedah ejaan mengikut hukum.2 Kaedah Ejaan Pinjaman f 38 20 % 65.2 Kaedah Ejaan Tradisi Kaedah Ejaan Ikut Hukum Kaedah Ejaan Lampau Hukum f 19 39 % 32. Jadual 2: Aspek-aspek kelemahan pelajar dalam ejaan terkini Kaedah Ejaan Lazim Ujian Menulis f Betul Salah N = 58 46 12 % 79. Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya. pelajar mencapai prestasi sederhana dan lemah dalam aspek kaedah ejaan jawi terkini.8 67.3%) menulis dengan betul kaedah ejaan lazim. Permasalahan Dalam Penggunaan Ejaan Jawi Terkini Sepanjang kajian ini dijalankan.8 24.5 34.5 Analisa Jadual 2 menunjukkan sebanyak 46 orang (79.Aspek-aspek Kelemahan Pelajar Dalam Ejaan Terkini Pelajar telah diberi ujian menulis jawi.8%).1 f 37 21 % 64. 44 orang (75. Analisa dapatan juga mendapati kelemahan pelajar menulis dengan betul ejaan lampau hukum iaitu 19 orang (32.0 36.

Mereka lebih selesa menggunakan ejaan lama yang telah sebati sekian lama dalam penulisan. papan tanda dan sebagainya yang menggunakan tulisan jawi. Dapatan ini selari dengan kajian Abdul Halim Tamuri et al. sekolah-sekolah dan institut pengajian. (2004) dan Asmawati Suhid et al. penggunaan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat dan negara semakin hambar. Jabatan Pelajaran dan sebagainya hanya mengendalikan kursus ejaan jawi pada peringkat permulaan sekitar tahun 2005 dan 2006 sahaja. Prestasi ini 11 .oleh kebanyakan guru dan pelajar. Sebahagian besar pelajar telah mendapat gred C. Terkini. Ketiga. Malahan golongan guru agama sendiri merasa agak asing dengan sistem ejaan terbaru ini sehingga menimbulkan masalah dalam proses pengajaran mereka di sekolah. (2008) yang mendapati kemahiran murid menulis adalah pada tahap kurang memuaskan. kurangnya kursus dan pendedahan sistem ejaan jawi baru dalam kalangan guru dan pelajar. terdapat kalangan guru dan pelajar mempertikaikan kaedah sistem ejaan baru kerana kesukaran penggunaannya. PERBINCANGAN DAN CADANGAN Berdasarkan pembentangan dapatan kajian di atas. Jika adapun. Pihak Kementerian Pelajaran. Keempat. secara umumnya boleh dikatakan bahawa prestasi pelajar menulis ejaan jawi terkini adalah berada pada tahap sederhana dan lemah. kaedah ejaan lama yang digunakan. surat khabar. Kedua. amat jarang kursus sebegini diadakan di jabatan-jabatan. surat-menyurat. Jarang kelihatan iklan-iklan.

Kajian ini mendapati kaedah lampau hukum agak mengelirukan. maka perlu diberi perhatian aspek-aspek tersebut. Kedua. Kaedah ini memerlukan seseorang menguasai perbendaharaan Bahasa Melayu dengan baik. Begitu juga kaedah ejaan serapan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris ada kalanya sukar dikuasai bagi sesetengah perkataan. Memandangkan tahap prestasi pelajar pada aspek-aspek kaedah ejaan tertentu adalah lemah. perhatian yang serius perlu diberikan terhadap sistem kaedah ejaan yang agak menyukarkan untuk dikuasai. Pertama. dan golongan guru dan pelajar khususnya.26 sahaja.agak membimbangkan walaupun pelajar-pelajar ini boleh dianggap mahir dalam menulis jawi kerana latar belakang pendidikan sekolah agama.8%) sahaja. kursus dan latihan perlu diperhebatkan ke semua peringkat di samping pemantauan dan penambahbaikan yang berterusan. 12 . Pelajar paling kurang kemahiran menulis dengan betul ejaan lampau hukum iaitu 19 orang (32. Berdasarkan perbincangan ini. Sebagai contoh terdapat perkataan hantar dan hentar. ejaan jawi terkini yang telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlu didedahkan kepada masyarakat umumnya. Peranan media massa perlu diperhebatkan dan peruntukan kewangan yang mencukupi hendaklah diberikan agar aktiviti-aktiviti memartabatkan tulisan jawi dapat dilaksanakan dengan jayanya. maka beberapa cadangan boleh diutarakan. Dapatan ini selari dengan kajian Nik Hassan (2006) yang mendapati skor min pelajar adalah 2. Kelas. Ketiga. semua guru Pendidikan Islam dan guru Bahasa Melayu perlu diberi pendedahan yang lebih kepada sistem ejaan yang terkini ini agar mereka boleh mengajar pelajar dengan betul dan yakin.

Namun secara umumnya masyarakat Malaysia. papan kenyataan. Penggunaan tulisan jawi terkini perlu disemarakkan lagi di samping usaha-usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran masyarakat terhadap sistem ini. yang mana roh dan syiar Islam jelas kelihatan dengan tersebarnya tulisan jawi. Urusan surat menyurat rasmi sebaiknya menggunakan tulisan jawi meskipun tidak secara keseluruhan. Penggunaan tulisan jawi perlu mendapat sokongan dari semua pihak bagi memastikan ia benar-benar berjaya dan mencapai objektif yang diharapkan. Penyelidik merasa bimbang sekiranya kurangnya penguasaan terhadap ejaan baru. 13 . kedai dan sebagainya hendaklah menggunakan tulisan jawi.kampung dan kempung. lantik dan lentik dan lain-lain. Sekiranya masyarakat lebih terdedah dan dapat menguasai sistem ejaan jawi. minat dan motivasi terhadap tulisan ini akan dapat dipertahankan dan diperkasakan. tanda jalan. namun yang utama. penggunaan tulisan jawi perlu diperluaskan dalam masyarakat dan negara. KESIMPULAN Sistem ejaan jawi yang dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah bertujuan untuk memartabatkan kembali tulisan ini agar ianya lebih kemas dan sistematik. papan tanda. nama bangunan. Begitu juga beberapa ejaan perkataan pinjaman dan serapan sama ada bahasa Arab atau bahasa Inggeris masih sukar untuk dikuasai. Tulisan jawi adalah warisan bangsa dan agama. akan melunturkan minat masyarakat terhadap tulisan jawi. dan khususnya umat Islam masih belum dapat menguasai ejaan terkini ini dengan sebaik mungkin. Para pensyarah. Iklan-iklan. guru dan pelajar perlu diberi pendedahan dan kursus-kursus yang berterusan agar hasrat memartabatkan sistem ejaan terkini dapat dicapai. Akhirnya.

Sumbangsih. Model Kelas Pemulihan Jawi: Satu Penilaian Umum. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Sabariah Binti Bahrun (2011). (2004). Fakulti Pendidikan. (1970). Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. Bahasa al-Quran dan Hubungannya dengan Tulisan Jawi: Suatu Kajian Terhadap Pelaksanaan Tulisan Jawi Di Sekolah-Sekolah Kota Baru Kelantan. Hashim Musa (1997). & Morgan.V. Kertas Kerja Seminar JPPG. Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) Edisi Kedua. Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Shukri Zain (1988).W. Rusli bin Abdul Ghani et al (2008).Seterusnya. R. Determining sample size for research activities. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Krejcie. “Pengaruh Motivasi dan Gaya Pembelajaran Pelajar Terhadap Kemahiran Menulis Jawi” (Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Mulawarman. Akademi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 14 . Universiti Kebangsaan Malaysia dan JAPIM. Indonesia. Laporan Penyelidikan. Educational and Psychological Measurement. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kang Kyoung Seock (1990). satu kajian lanjutan juga perlu dijalankan bagi mengenal pasti tahap prestasi dan masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan guru terhadap sistem ejaan jawi yang dikemaskini. Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu. Nik Hassan Bin Seman (2006). D. Universiti Malaya. Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu. Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkembangan Tulisan Jawi di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah). Rujukan Abdul Halim Tamuri et al. 30 (3). Prosiding Konferensi Antarabangsa Islam Borneo. Faridah binti Mohamed (1997).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Thomas. J. Sullivan (1992). Applied Sociology Research and Critical Thinking. New York: Macmillan Publishing Company. 15 .Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969). Preliminary Statement on a General Theory of The Islamization of the Malay Archipelago.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful