You are on page 1of 2

PJM 3106

KUMARAJEEVAN A/L DARMALINGAM


901123-05-5369

REFLEKSI SEBELUM, SEMASA & SELEPAS PJM 3106


Tugasan PJM 3106 telah membangkitkan pelbagai perasaan sewaktu saya mula-mula mendapat tugasan ini. Saya telah menghadapi banyak kemusyikilan mengenai bagaimana saya harus mengorak langkah dalam melaksanakan tugasan ini. Saya bersama seorang ahli kumpulan saya iaiti Redhwan Ariff telah meneliti helaian soalan yang diedarkan dan cuba memahami dan mentafsir aspek yang perlu dipenuhi dalam tugasan ini. Dalam tugasan ini kami dikehendaki membuat RPH, pengajaran mikro dan refleksi tugasan. Kami telah diberi masa selama lebih kurang sebulan setengah untuk menjalankan tugasan projek ini. Oleh itu, saya bersama dengan d rakan saya telah membuat perancangan awal dan pembahagian tugas secara saksama.

Kami juga seringkali berbincang bersama-sama jika timbul sebarang kemusykilan dalam menyempurnakan tugas masing-masing.

Semasa melaksanakan tugasan projek ini, saya menyedari bahawa tugasan projek ini berbeza daripada tugasan projek yang pernah dibuat sebelum ini. Tugasan projek ini lebih mencabar dan memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Sebagai langkah permulaan, aya telah berbincang bersama-sama dengan rakan dalam merancang RPH mengikut sukatan pelajaran yang diberikan. Kami juga telah mendapatkan bimbingan daripada pensyarah pembimbing berkenaan cara melaksanakan RPH dengan betul dan tepat. Beliau telah banyak memberi penerangan, tunjuk ajar dan menunjukkan contoh RPH yang betul dalam membimbing kami. Setelah menyiapkan RPH, saya telah melaksanakan pengajaran mikro di kelas. Pengajaran ini mengambil masa selama 30 minit dan merupakan suatu pengalaman yang baru bagi diri saya. Pengajaran mikro adalah sukar daripada pengajaran mikro kerana pelbagai kekangan yang dihadapi semasa melaksanakanya. Antaranya ialah jadual kelas kami yang sangat padat yang menyebabkan kelas ganti bagi pelaksanaan pengajaran mikro terpaksa ditunda beberapa kali. Akhirnya tiba giliran kami, saya dan rakan saya telah berjaya

PJM 3106

melaksanakan pengajaran mikro di kelas dengan penuh keyakinan dan motivasi diri yang tinggi.

Setelah selesai menjalankan tugasan ini, saya merasakan terdapat perubahan dalam diri saya. Perubahan-perubahan tersebut merupakan titik tolak untuk saya menjadi pendidik yang baik . Di samping itu, terdapat pelbagai pengalaman yang telah diperolehi yang telah memberi pengajaran dan meningkatkan ilmu saya. Tugasan ini juga telah memberikan saya pendedahan mengenai cara penulisan RPH dengan betul mengikut huraian sukatan pelajaran dan pelbagai teknik pengajaran. Tugasan ini juga telah memberi pendedahan kepada saya mengenai kepelbagaian situasi kelas semasa guru mengajar. Dalam pelaksanaan pengajaran mikro; pembahagian masa, kawalan kelas serta kesediaan diri merupakan aspek yang paling utama. Saya berasa sangat bangga dan gembira akan diri saya ini kerana dapat melaksanakan pengajaran mikro dengan baik walaupun terdapat sedikit kelemahan yang perlu dibaiki.

Akhir kata, tugasan ini banyak memberi diri saya pendedahan kepada situasi sebenar dalam melaksanakan pengajaran aktiviti pendidikan jasmani. Saya rasa selepas ini saya akan dapat melaksanakan pengajaran mikro untuk subjek yang lain dengan lebih cemerlang kerana pengalaman yang telah diterima ini akan saya jadikan pedoman. Pada masa akan datang, saya berharap gaya dan teknik pengajaran saya akan bertambah lebih baik dan ciri-ciri guru cemerlang dalam diri saya akan terserlah. Sebelum berundur,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu En. Azhar B. Ariffin, ahli kumpulan saya dan rakan-rakan yang lain.

Sekian, terima kasih.