LALUAN KERJAYA DALAM PROFESION KEGURUAN 1.

0 Pendahuluan Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru, dengan pelaksanaan berbagaibagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar. Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan profesion keguruan dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan profesion keguruan yang menarik. Malah tidak dinafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga( Abdul Shukor, 1996). Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan agak pasti suasana pengajaran-pembelajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan akan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Persepsi seperti ini sudah tentulah akan menjejaskan reputasi profesion keguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia. 2.0 Keguruan Sebagai Satu Profesion “Mengajar ialah pekerjaan profesional. Tugas yang dilakukan oleh guru adalah bersifat intelektual, memerlukan amalan pertimbangan yang konsisten, tidak boleh disamarata atau dirutinkan, dan menuntut persediaan yang berpanjangan melalui pendidikan.” Janet A. Weiss (1989,2) Penyataan seperti yang dikemukakan oleh Weiss (1989) di atas memperlihatkan antara ciri profesion keguruan. Ciri utama sebuah profesion ialah yang melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan pengetahuan formal yang diperoleh daripada pendidikan dan amalan yang menyeluruh. Secara ringkasnya, ciri utama sebuah profesion ialah mempunyai asas pengetahuan yang kukuh berkaitan dengan tugas (Bowman,1989). Berdasarkan asas pengetahuan ini, individu profesional adalah seorang pakar dalam bidang yang khusus dan terhad serta melaksanakan tugas berdasarkan kompleksiti dan penyesuaian. Golongan profesional turut mempunyai kebebasan untuk melaksanakan tugas berlandaskan pertimbangan bijak (educated judgment) yang tidak dimiliki oleh individu lain yang tidak mempunyai pengetahuan atau kelayakan berkaitan (Freidson, 1986, 141). Seorang profesional ialah individu yang bersifat objektif, adil dan tidak mementingkan diri sendiri. Perhubungan dengan klien adalah dibatasi oleh tugas secara teknikal dan mengelakkan penglibatan secara emosi. Ciri ini membolehkan seorang profesional membuat keputusan yang munasabah dan rasional bagi pihak klien. Ciri seterusnya bagi seorang profesional ialah berkenaan dengan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada klien. Individu profesional diharapkan sentiasa memberikan keutamaan kepada klien dan melakukan tindakan yang sewajarnya demi kepentingan klien. Hal ini demikian kerana klien menaruh keyakinan yang tinggi terhadap individu profesional tersebut untuk membantunya.

dan mempunyai kod etika tersendiri berdasarkan pengetahuan. Kod etika ini digubal untuk melindungi profesion dan klien atau kepentingan awam (Benvineste. 3. Dalam masa yang sama juga. tanda aras dan pendapat rakan sejawat.0 Ciri Profesionalisme Guru Guru yang profesional ditakrifkan sebagai seorang guru yang tahu cara menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dalam bidangnya. Guru yang profesional sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya dengan profesional lain dalm bidang keguruan. 2003). Tugas guru yang berbentuk “meningkatkan tahap pembelajaran. ciri sesuatu profesion merangkumi pengetahuan teknikal yang diperoleh daripada latihan berjangka panjang. Matlamat kerjaya seorang guru yang profesional ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan(continuous development) (Wan Mohd Zahid Noordin. 40). 1987.Ciri lain bagi profesion ialah mempunyai struktur kawalan yang jelas(distinctive control structure) di mana kepakaran mereka adalah berdasarkan pengetahuan teoritikal dan kemahiran yang diperoleh melalui latihan yang panjang. prestasi 2 golongan profesional ini tertakluk kepada kawalan dan kehendak organisasi mereka yang mengurangkan tahap profesional mereka. pengetahuan dan pencapaian” melayakkan guru digelar sebagai seorang profesional dengan kemahiran dan kompetensi yang dimiliki untuk melaksanakan tugas tersebut. Golongan profesional ini menitikberatkan integriti profesion dan perkhidmatan yang diberikan kepada klien mereka.0 Teori Perkembangan Guru . mempunyai autonomi dalam membuat keputusan profesional. 3 4. Ciri-ciri yang disenaraikan di atas merupakan ciri-ciri yang melayakkan bidang keguruan sebagai satu profesion. golongan profesional mengharapkan autonomi dalam melaksanakan kepakaran mereka dan berpandangan bahawa mereka layak untuk membuat sebarang keputusan dalam ruang lingkup bidang kepakaran mereka. Dalam hal ini. Kumpulan yang penting bagi golongan ini ialah teridiri daripada rakan sejawat yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang yang sama dan berguna dalam proses membuat keputusan. Golongan profesional mengawal klien mereka dan responsif terhadap keperluan klien mereka. tidak mementingkan diri dan tidak berat sebelah. Kesimpulannya. Danisiewicz (1985) menyatakan terdapat dua bentuk autonomi – klien dan organisasi. Impak daripada tugas profesional yang dilaksanakan oleh guru ternyata memberikan sumbangan yang amat signifikan terhadap ekonomi dan masa depan negara khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. akur kepada norma profesional yang meliputi keobjektifan profesion.Orientasi berasaskan kumpulan (reference-group orientation) merupakan salah satu ciri yang penting bagi individu profesional. Ciri terakhir profesional ialah golongan ini mempunyai suatu kod etika yang memandu aktiviti mereka. berorientasi berasaskan kumpulan. Guru yang profesional sentiasa terbuka untuk belajar tentang cara meningkatkan mutu amalannya serta sentiasa berusaha memperbaiki dirinya.

2 Peringkat 2 – Peringkat lebih maju atau advanced beginner Guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun. guru bukan sahaja memberikan ilmu kepada masyarakat malah menjadi panduan dan rujukan. kemahiran mengajar masih lagi kaku dan tidak fleksibel.5 Peringkat 5 – Peringkat pakar atauexpert Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini. guru dianggap insan yang terpilih yang didatangkan untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat.1 Peringkat 1 – Peringkat permulaan ataunovice Guru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman serta diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks. guru menjadi lebih peka terhadap perkara yang penting ataurem eh .4 Peringkat 4 – Peringkat mahir atauprofi cient Terdiri daripada guru yang berpengalaman mengajar selama lima tahun. 218). Namun.Berliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan guru yang memberi fokus terhadap pemikiran guru berdasarkan tingkah laku guru dalam bilik darjah. menanam dan menyemarakkan semangat nasionalisme. Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai “satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan” (Sani dan Norzaini. 4. seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum ia dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan. Peringkat perkembangan dalam Model Berliner adalah seperti berikut: 4. dan 4. 4. membuat keutamaan dan membuat perancangan. Pada masa ini. Guru boleh mengesan maklumat yang wujud dalam semua konteks dan situasi serta mampu membuat ramalan tentang sesuatu kejadian dengan cepat. Guru mengajar masyarakat Melayu berorganisasi dalam bidang sosial dan arena politik. Menurut model ini. Berdasarkan pengalaman yang diperoleh. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Guru-guru sekolah Melayu juga meniup. Melalui tulisan yang banyak diterbitkan . Pengalaman dan konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkah laku guru. 4. Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah. 4 5.3 Peringkat 3 – Peringkat cekap ataucom pet ent Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang tindakan.0 Sorotan Isu Dalam Profesion Perguruan Pada awal tahun 60an. 2007.

1.dalam majalah-majalah yang terhad bilangannya.1. mendapati bahawa ada beberapa sebab mengapa bidang keguruan ini kurang mendapat tempat pada pandangan masyarakat dan remaja yang memilih kerjaya seperti berikut: 5.1 Profesion keguruan adalah profesion yang statik.1% 5. Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru sandaran atau sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada.5 Pegawai Pertanian . suara guru dibaca sehingga menimbulkan kesedaran tentang untung nasib dan ‘survival’ bangsanya yang ketinggalan dalam bidang ekonomi dan politik. Kini profesion keguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion profesional yang lain seperti doktor. mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf. 5.1. jurutera. Dahulu masyarakat memandang mulia kepada guru tetapi kini profesion keguruan seakan-akan terpinggir dan sudah berada dalam kategori terakhir pemilihan kerja. temubual dan pengalaman.5% 5. Bakhtiar Mansor (1993) mengambil beberapa statistik mengenai perbandingan peluang kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama antaranya. bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya (Shuib & Johari. Adakalanya juga seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku kepincangan dalam masyarakat.4 Polis 18. Ini kerana masyarakat kini adalah masyarakat yang bersifat dinamik dan progresif serta mula menyedari bahawa pendidikan adalah alat yang penting untuk menjamin kesejahteraan hidup di masa hadapan.6% 5.1.3 Pegawai Perubatan 15. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu. Tetapi persoalannya kenapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya telah berubah. tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celif huruf. berilmu pengetahuan dan berdaya saing. kurang masa dan peluang terlalu kecil. tentang kesedaran betapa pentingnya pendidikan sebagai satu jaminan masa depan yang lebih cerah.1 Pendidikan 3. kini dan selamanya adalah sama. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu.1% 5. 2001). peguam dan arkitek.1. iaitu untuk mengajar.2 Jurutera Awam (Kerja Raya) 7. Dapatan yang dibuat oleh Shuib dan Johari (2001) melalui pemerhatian. Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar.

5 Beban kerja dan kurang insentif yang diterima oleh para guru. dan 5.2 Berhadapan dengan berbagai karenah pelajar yang begitu ramai yang datang dari pelbagai keturunan. masa kerja yang pendek dan banyak cuti.0 Cabaran Dalam Profesion Keguruan Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik masa kini menuntut guru membuat anjakan paradigma yang menyeluruh. peringkat umur dan masalah disiplin yang perlu ditangani. . sosioekonomi. 5. 6. masyarakat.4% 5.6 Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 38. Malah guru juga perlu melayani karenah ibu bapa. Di samping melaksanakan tanggungjawab mengajar murid. kerajaan.4% 5. Kompleksiti tugas dalam profesion keguruan sering disalahtafsir oleh ahli masyarakat yang beranggapan bahawa jadual tugas guru amat mudah dan guru hanya perlu bekerja setengah hari sahaja dan mempunyai cuti yang banyak.1. Kerja lebih masanya (overtime) tidak dihargai. Pada hakikatnya. Pejabat Pelajaran Daerah ataupun di Jabatan Pelajaran Negeri.4 Wujud profesion lain yang lebih baik hasil dari sistem pendidikan dan kerja keras guru yang mengajar. pihak atasan. pertubuhan dan masalah peribadi. Pandangan dan persepsi yang berbeza menyebabkan segelintir guru kecewa. 5.13. Justeru. adat resam. guru turut berperanan melaksanakan tugas berdasarkan arahan dan keperluan tugas yang lain.3 Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru sehingga ada cadangan meletakkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di bahagian pengurusan samada di sekolah. Guru pula merasa beban kerja terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Masyarakat melihat kerja guru mudah. Pergolakan dalam bidang pendidikan memerlukan guru meneliti setiap aspek pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan perubahan yang dilakukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap ahli masyarakat dalam sesebuah institusi pendidikan. permasalahan yang diutarakan ini perlu ditangani agar profesion keguruan akan kekal relevan dan dapat mengembalikan reputasi profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia dan amat dihormati oleh semua pihak. tugas guru adalah melangkaui waktu persekolahan.

masyarakat dan negara agar murid akan dapat mengharungi cabaran era globalisasi dengan penuh yakin dan menyumbang kepada pembangunan negara. Justeru.1 Cabaran Daripada Pihak Sekolah Cabaran daripada pihak sekolah merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh guru. menyedia persediaan mengajar serta kertas soalan dan menanda kertas peperiksaan. bilik darjah atau murid tetapi merangkumi harapan dan ekspektasi daripada masyarakat dan negara. mengendalikan rekod murid. guru juga turut menjalankan tugas tambahan seperti menjadi guru penasihat persatuan. Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan boleh dikategorikan seperti berikut: 6. Pelaksanaan tugas tambahan ini menuntut guru untuk datang ke sekolah selepas waktu persekolahan termasuklah pada hujung minggu dan semasa cuti persekolahan. Hal ini menyebabkan guru terpaksa mengorbankan masa rehatnya untuk membuat persediaan rapi dengan merujuk kepada bahan pembelajaran mata pelajaran yang bukan opsyennya. menghadapi konflik dengan pihak pentadbiran. kekurangan prasarana dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengah sekolah turut memberikan tekanan kepada guru. Hal ini memberikan tekanan kepada guru serta menambahkan lagi beban tugas mereka.Noriah (1994) menyatakan bahawa profesion keguruan merupakan profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas. Kekurangan tenaga guru menyebabkan guru sedia ada terpaksa memikul tanggungjawab tambahan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya. Selain daripada itu. . Selain daripada itu. kekangan sumber dan sebagainya. menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) (Faridah dan Zubaidah 1999). Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan melihat kejayaan sekolah berdasarkan prestasi peperiksaan yang dicapai oleh muridnya. kritikan masyarakat. Guru masa kini perlu menjalankan tugas yang diamanahkan untuk mendidik generasi muda menjadi warganegara seperti yang diaspirasikan oleh masyarakat dan negara. Fenomena ini mencetuskan persaingan akademik dalam kalangan pentadbir sekolah untuk mendapatkan pengiktirafan umum dengan mengarahkan guru mengadakan program akademik seperti kelas tambahan termasuk dalam masa cuti dan menambah bilangan buku rujukan serta menjalankan aktiviti bercorak motivasi untuk menjana kecemerlangan murid dalam peperiksaan. profesion keguruan yang semakin mencabar dalam era globalisasi ini menuntut guru untuk mempersiapkan diri secara fizikal dan emosi untuk memastikan proses mendidik anak bangsa berjalan lancar di samping memenuhi tuntutan dan harapan ibu bapa. Perkembangan dunia tanpa sempadan menuntut guru untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran dalam konteks yang lebih luas dan bukannya dalam konteks tradisional lagi. masalah kekurangan guru. Guru perlu mengendalikan murid bermasalah. Cabaran yang dihadapi guru pada masa kini bukan sahaja datang daripada pihak sekolah. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini. jurulatih permainan dan sukan. memeriksa kerja murid. guru turut berhadapan dengan masalah yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan tugas hakiki sebagai pendidik. Bebanan kerja guru bukan sahaja mengajar tetapi juga melaksanakan kerja perkeranian dan pentadbiran. Sekiranya peratusan kelulusan yang disasarkan tidak dicapai maka guru akan dianggap sebagai guru yang tidak komited dan kurang berjaya.

6. Guru juga terbeban dengan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan murid. Justeru. Pelbagai karenah yang dijelmakan oleh murid daripada pelbagai latar belakang.Di samping itu. tahap pencapaian dan kebolehan merupakan situasi yang sering dihadapi oleh guru. implikasi terhadap murid bermasalah dan murid lain akan menjadi lebih serius. guru akan memilih kaedah tradisional untuk melaksanakan tugasnya. Selain itu. Justeru. sebagai jalan pintas untuk menangani cabaran tersebut. Keadaan yang sesak ditambah pula dengan pelbagai karenah murid memberikan cabaran kepada guru untuk memastikan pengajarannya benar-benar berkesan dan berkualiti. sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat adalah amat diperlukan bagi menangani masalah yang timbul ekoran daripada kekurangan prasarana sekolah. Hal ini menyebabkan guru terpaksa mengorbankan masa rehatnya untuk membuat persediaan rapi dengan merujuk kepada bahan pembelajaran mata pelajaran yang bukan opsyennya. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan berkesan. . bilangan murid yang ramai dalam sebuah bilik darjah turut memberikan cabaran dan tekanan kepada guru. Kewujudan keperluan yang berbeza dalam kalangan murid merupakan cabaran kepada guru yang menuntut usaha yang lebih daripada pihak guru untuk memahami serta memenuhi kepelbagaian murid serta keperluan mereka. Dalam hal ini. sikap dan tingkah laku pelajar. masalah murid yang tidak mempunyai minat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang perlu ditangani oleh guru. Pelbagai karenah yang dijelmakan oleh murid daripada pelbagai latar belakang. Dalam hal ini. bilangan murid yang ramai dalam sebuah bilik darjah turut memberikan cabaran dan tekanan kepada guru.2 Cabaran Daripada Murid Pengurusan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah merupakan cabaran kepada guru. Masyarakat dapat membantu dari aspek penyediaan prasarana sekolah manakala ibu bapa dapat membantu dari aspek pemantauan terpaksa memikul tanggungjawab tambahan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya. tahap pencapaian dan kebolehan merupakan situasi yang sering dihadapi oleh guru.2 Cabaran Daripada Murid Pengurusan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah merupakan cabaran kepada guru. sebagai jalan pintas untuk menangani cabaran tersebut. guru perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam aspek memahami keperluan murid serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Keadaan yang sesak ditambah pula dengan pelbagai karenah murid memberikan cabaran kepada guru untuk memastikan pengajarannya benar-benar berkesan dan berkualiti. Di samping itu. guru akan memilih kaedah tradisional untuk melaksanakan tugasnya. guru perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam aspek memahami keperluan murid serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kewujudan keperluan yang berbeza dalam kalangan murid merupakan cabaran kepada guru yang menuntut usaha yang lebih daripada pihak guru untuk memahami serta memenuhi kepelbagaian murid serta keperluan mereka. 6. Dalam hal ini.

4 Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Negara Guru ialah golongan yang menjadi harapan negara dalam proses pembentukan modal insan demi kemajuan negara di masa hadapan. Sehubungan itu. Kehendak ibu bapa yang mahukan guru mendidik anak mereka dan membentuk sahsiah dan keperibadian serta kebolehan intelektual anak mereka merupakan tanggungjawab dan cabaran yang amat berat bagi guru. jasmani. Selain itu. Dalam hal ini. Kolaborasi antara pihak sekolah. . Masyarakat dapat membantu dari aspek penyediaan prasarana sekolah manakala ibu bapa dapat membantu dari aspek pemantauan aktiviti anak-anak mereka di rumah. 6. Cabaran yang dihadapi oleh guru melalui perubahan kurikulum yang bersifat dinamik selaras dengan keperluan semasa menuntut guru untuk melakukan penyesuaian agar segala objektif yang disasarkan melalui perubahan kurikulum akan dapat dicapai. implikasi terhadap murid bermasalah dan murid lain akan menjadi lebih serius. Perubahan secara mendadak boleh memberi tekanan kepada guru. Peranan guru dalam merealisasikan misi dan visi negara tertakluk kepada bentuk warga yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara.3 Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Ibu bapa Profesion keguruan sentiasa terdedah kepada kritikan masyarakat. Tanggungjawab mendidik seringkali diserahkan sepenuhnya oleh ibu bapa kepada guru. guru perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan psikologi serta meningkatkan pengetahuan mereka bagi melaksanakan perubahan yang diharapkan. guru perlu memahami aspirasi masyarakat dan negara terhadap golongan guru. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan berkesan. masyarakat dan ibu bapa sudah tentu akan dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh guru dalam memberikan pendidikan yang berkualiti. sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat adalah amat diperlukan bagi menangani masalah yang timbul ekoran daripada kekurangan prasarana sekolah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Negara merupakan antara dokumen yang perlu difahami dan dihayati oleh guru dalam usaha untuk merealisasikan hasrat negara melalui proses pembinaan modal insan. Dalam konteks ini. 6. Selain itu. Sehubungan itu. perkongsian dan jaringan pintar serta hubungan yang baik antara ibu bapa dan sekolah perlu dimantapkan supaya proses pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan kurang memberikan tekanan kepada guru. Penghasilan modal insan yang seimbang dari aspek intelek. Dasar Pendidikan Kebangsaan. matlamat dan aspirasi ibu bapa terhadap anak mereka bagi membolehkan guru menjalankan tugas mereka dengan lancar dan penuh keyakinan. rohani dan emosi yang menjadi tunjang pendidikan di bawah Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dengan penuh tanggungjawab. Ibu bapa juga cepat mempersalah dan mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka. adalah amat penting bagi guru untuk mengetahui latar belakang murid dan keluarga. sikap dan tingkah laku pelajar. masalah murid yang tidak mempunyai minat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang perlu ditangani oleh guru.Guru juga terbeban dengan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan murid.

Ciri dan nilai positif yang perlu ada pada setiap guru meliputi ketrampilan diri. Dalam hal ini. Tekanan beban kerja. Hal ini menyebabkan masa hadapan dan kemakmuran negara bergantung kepada kemahiran tenaga kerjanya(kworker ) yang meliputi aspek menterjemahkan idea yang kompleks.0 Teori Motivasi Dan Keperluan .5 Cabaran Untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan Semasa Masa kini. Namun demikian. telah wujud usaha oleh pihak kerajaan untuk menangani isu ini dengan mempelbagaikan peluang kenaikan pangkat dan penyediaan struktur gaji yang lebih menarik serta penyediaan persekitaran kerja yang lebih kondusif demi kebajikan guru di samping untuk menarik lebih ramai individu menyertai profesion keguruan. Masyarakat yang berpengetahuan merujuk kepada sistem ekonomi yang dijana melalui aspek kreativiti dan keaslian. Justeru. masyarakat dan negara. pengetahuan. Hal ini turut dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) di bawah teras strategik Memartabatkan Profesion Keguruan.worker ini diharapkan akan dapat memberikan nilai tambah kepada sebarang bentuk produk dan perkhidmatan yang dihasilkan. guru harus mempunyai ciri dan nilai yang boleh diteladani oleh murid. Penyesuaian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik menuntut guru melakukan penyesuaian supaya selari dengan norma yang diamalkan oleh masyarakat setempat. imbuhan kerja yang kurang menarik dan kekurangan peluang kenaikan pangkat menjadi faktor penolak kepada guru untuk terus kekal dalam profesion yang mulia ini. bidang pendidikan dan guru adalah diharapkan berfungsi sebagai penyelamat masyarakat. Tambahan pula. 6. sekolah dan guru adalah diharapkan dapat memainkan peranan penting dengan sebaiknya dalam menyediakan murid dengan kualiti tersebut dan memperkembangkan pengajaran tentang kreativiti dan keaslian. akhlak dan keperibadian yang tinggi serta pengamalan nilai murni di dalam dan di luar bilik darjah. Sehubungan itu. guru dan sekolah adlah diharapkan akan dapat melahirkan modal insan yang berfungsi untuk kesejahteraan diri dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Faktor bebanan tugas yang boleh menimbulkan fenomena burn out dalam kalangan guru. dan 3) menjadi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memenuhi jangkaan dari segi pendidikan dengan menggunakan kos yang minima. 2) menjadi pengimbang kepada masyarakat dari ancaman yang dibawa oleh era k-ekonomi.6 Cabaran Dalam Diri Guru Terhadap Profesion Keguruan Cabaran terbesar yang dihadapi oleh guru ialah untuk memotivasikan diri menjadi pendidik selaras dengan harapan ibu bapa. cabaran utama guru adalah berkaitan dengan keperluan masyarakat dan negara dalam menghadapi era globalisasi dan k-ekonomi. Hargreaves (2003) menyenaraikan tiga cabaran utama guru dlam era k-ekonomi iaitu: 1) menjadi pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan (knowledge society) untuk merealisasikan peluang yang dibawa bersamanya. 6. golongank.Selaku role model kepada murid. guru perlu menunjukkan kewibawaan dan keterampilan yang boleh diteladani oleh muridnya. mengambil peluang daripada perkembangan sains dan teknologi serta menyelesaikan masalah yang belum pernah dihadapi. 7. penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan yang agak hambar serta imbuhan pendapatan yang tidak setanding dengan golongan profesional lain boleh dikaitkan dengan tahap motivasi dalaman guru. Justeru.

tekanan ataupre s s ure yang menggerakkan dan meneruskan usaha di tempat kerja. maka pekerja akan berasa kurang puas dan tidak berasa seronok untuk bekerja. syarat-syarat kerja. ii. Pekerja memerlukan keadaan persekitaran yang sesuai dan selesa bagi mendatangkan rasa kepuasan bekerja. pertalian antara ketua dengan pihak atasan. faktor penggerak yang terdiri daripada keperluan atauneeds. Herzberg (1987) telah mengemukakan Teori Motivator Hygiene yang turut dikenali sebagai teori dua faktor atau dual-factor theory. Kombinasi atau gabungan kedua-dua set faktor motivator danhygiene akan menentukan motivasi dan kepuasan seseorang pekerja. Teori ini berpegang kepada beberapa andaian seperti berikut: i. ii. ii. Antara faktor motivator tersebut adalah seperti berikut: i. pengiktirafan yang diberikan. Herzberg (1987) menyatakan terdapat dua set faktor dalam pengurusan sesebuah organisasi. Apabila faktor motivator tiada atau tidak dipenuhi. tanggungjawab yang dipegang. Set faktor motivator pula berfungsi sebagai penggerak atau pendorong kepada pekerja untuk meningkatkan usaha dan menghasilkan kerja yang lebih baik. cabaran dan kesan terhadap minat seseorang. Set faktor asas yang dikenali sebagaihygiene yang perlu ada bagi membolehkan seseorang pekerja untuk berfungsi adalah seperti berikut: i.Motivasi kerja merupakan aspek penting dalam bidang pentadbiran dan boleh didefinisikan sebagai kuasa. . polisi dan peraturan pentadbiran. Hal ini dapat dikesani menerusi pelbagai tingkah laku yang ditunjukkan dalam persekitaran organisasi. peluang kenaikan pangkat. pengawasan kerja. dan v. iv. pertalian antara ketua dengan orang bawahan. iii. iv. faktor pendorong. pencapaian yang diperolehi. dan v. iii.

Manusia didorong bertindak jika ia berpendapat tindakannya akan menghasilkan sesuatu yang diingini. Abraham Maslow (1954) telah cuba menerangkan tingkah laku manusia berasaskan keperluan individu yang berbentuk konsep hirarki seperti Jadual 1 berikut: Jadual 1 Hirarki Keperluan Manusia Keperluan dan Tahap Petunjuk jenis fisiologi dan psikologi Keperluan di tahap tinggi Tahap 5: Pencapaian kendiri/Self actualization . Motivasi ialah penggerak bagi individu untuk bertindak. rajin. seseorang pekerja memerlukan faktor tertentu untuk memotivasikannya bekerja dengan lebih baik. Tindakan yang dibuat adalah berasaskan motif tertentu. iii. cermat dan produktif. iv.Apabila kepuasan persekitaran kerja dicapai. dan v. Manusia bertindak membuat sesuatu kerana didorong oleh sesuatu kehendak.

Tahap 4: Keperluan untuk dihargai Harga diri – bukti pencapaian. penghargaan dan penghayatan Tahap 3: Keperluan keanggitaan. terdapat lima tahap keperluan dalam diri manusia apabila bekerja. Tahap kreativiti dan perasaan sendiri. Keperluan terhadap struktur. Keperluan di tahap rendah Tahap 2: Keperluan keselamatan dan ketenteraman Perlindungan dari bahaya dan ancaman. Pertama. Menganggotai kumpulan tertentu. keperluan berbentuk fisiologi. sempadan dan kekukuhan. keperluan untuk . Boleh dihargai oleh orang lain – diberi pangkat. runsing dan kacau bilau. kecekapan dan keyakinan. kedua. kebebasan dari perasaan takut. berbentuk keperluan keselamatan dan ketenteraman. dikasihi dan aktiviti sosial Perhubungan yang memuaskan dengan yang lain. ketiga.Pencapaian perkembangan individu yang tertinggi. Memberi dan menerima kasih sayang. peraturan undang-undang. Tahap 1: Berbentuk fisiologi Memenuhi keperluan fisiologi seperti berikut: Rasa dahaga Rasa tidur Rasa lapar Bau yang selesa Keperluan seks Sentuhan Menurut Maslow (1954) lagi.

Keperluan asas fisiologi seperti makan dan minum adalah tahap keperluan yang terendah manakala keperluan untuk memenuhi kehendak seumur hidup. keperluan untuk dihargai. persekitaran kerja yang selesa dan kondusif. bagi kebanyakan manusia. dihargai dan akhirnya keperluan untuk mencapaiself. Mengikut Maslow lagi. Motivasi yang lahir daripada hubungan yang baik dengan pentadbir dan rakan sejawat. kedua-dua teori yang dinyatakan mempunyai hubungkait dalam menentukan tahap kualiti guru. Dalam konteks profesion keguruan. pengiktirafan dan penghargaan yang diterima akan mendatangkan kepuasan kepada guru. dan kelima. berakhlak mulia dan berkemahiran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha untuk memenuhi keperluan di tahap yang lebih tinggi adalah agak sukar untuk dicapai sekiranya keperluan di tahap yang rendah tidak dipenuhi sepenuhnya. Gabungan faktorhygi ene dan motivator mengikut teori dua faktor Herzberg dan tahap keperluan yang dipenuhi mengikut teori keperluan Maslow akan mendorong guru untuk memajukan dirinya dalam profesion serta dapat menghasilkan murid yang cemerlang. seterusnya keperluan untuk disayangi.dikasihi dan dipunyai. kehendak yang diasaskan oleh personaliti sendiri atauself-actua lization merupakan tahap tertinggi dalam hirarki tersebut. keempat.actualization. Apabila individu memenuhi keperluan fisiologi. hubungan serta penghargaan yang diterima mengikut teori dua faktor Herzberg) Pelaksaanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan Pencapaian murid yang cemerlang. Jika keperluan di tahap yang rendah itu tidak dipenuhi dan ditinggalkan. keperluan di tiga tahap pertama memang selalu dicapai dan tidak dianggap sebagai penggerak (motivator) manakala keperluan di tahap keempat dan kelima adalah jarang-jarang dipenuhi. keperluan untuk memperoleh kebebasan mengembangkan diri mengikut acuan dan dorongan sendiri. ia mempunyai keperluan di tahap keselamatan. Guru yang bermotivasi akan dapat melaksanakan tugas dengan lancar dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri dan pengetahuannya untuk menjadi guru yang berkualiti. ia akan timbul semula dan mengawal tingkah laku individu. Model analisis input-output mengenai tahap motivasi guru dan pencapaian murid boleh digambarkan seperti Rajah 1 berikut: Input Proses Output Guru yang bermotivasi (hasil daripada pemenuhan tahap teori keperluan Maslow dan persekitaran. .

ii. iii. Di bawah teras ini. Selain daripada meneruskan usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti. Memantapkan kerjaya guru dengan menambah baik perjawatan guru dan . b) mereka bentuk serta menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. ii. Menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru. dan v. KPM telah menggariskan beberapa strategi berdasarkan fokus yang ditetapkan seperti berikut: i. KPM telah menggubal dasar untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru.0 Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) Dalam usaha untuk memotivasikan guru serta meletakkan profesion keguruan setanding dengan golongan profesional lain.Rajah 1 Model Analisis Input – Output 8. fokus untuk memartabatkan profesion keguruan adalah: i. memantapkan latihan perguruan. menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. Memantapkan latihan perguruan dengan: a) menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. KPM turut berhasrat untuk memastikan guru yang berkualiti akan kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. telah menggariskan teras strategik khas berkaitan dengan profesion keguruan iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan. memantapkan kerjaya guru. dan d) memperluas dan meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) iii. Kementerian Pelajaran melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP). kerjaya guru dan kebajikan guru. memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. c) meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. Bagi merealisasikan hasrat tersebut. iv. Bagi mencapai matlamat dan dasar tersebut. menambah baik sistem pemilihan calon guru.

amalan tersebut telah diubah bagi meningkatkan lagi kualiti guru dan kualiti pendidikan yang diberikan kepada murid. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia dengan penyediaan mekanisme bekalan guru. Antara insentif dan peluang kenaikan pangkat adalah seperti berikut: 9.055 buah sekolah menengah.0 Skim Perkhidmatan Profesion Keguruan Terdapat dua kategori skim perkhidmatan profesion keguruan iaitu skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dan skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).988 orang guru yang berkhidmat di 2. dan bukan hanya berdasarkan kekananan semata-mata.621 buah sekolah rendah manakala terdapat seramai 140.0 Pewujudan Perjawatan dan Peluang Kenaikan Pangkat Dalam Profesion Keguruan Kementerian Pelajaran menyedari akan keluhan dan rintihan yang disuarakan oleh golongan guru mengenai peluang kenaikan pangkat yang amat terhad dalam profesion keguruan. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan. guru di bawah skim PPPLD akan ditugaskan untuk mengajar di sekolah rendah manakala guru di bawah skim PPPS akan ditugaskan di sekolah menengah.menambah perjawatan dan peluasan kenaikan pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G. Sehubungan itu beberapa insentif dan perjawatan baru telah diperkenalkan bagi memperluas peluang guru untuk menikmati kenaikan pangkat berdasarkan prestasi dan merit. Gred perkhidmatan di bawah skim PPPBS dan PPPS adalah seperti dalam rajah 2 berikut: PPP Lepasan Diploma PPP SiswazahRajah 2 Gred Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Menurut amalan sebelum ini. 9. Amalan yang diguna pakai tentang peluang kenaikan pangkat adalah berdasarkan kekananan atauseniority dalam perkhidmatan. Sehingga 31 Januari 2007. 9.1 Kenaikan pangkat secaratime-based Khas Untuk Penyandang (KUP) . v.894 orang guru yang berkhidmat di 7. iv. di bawah inisiatif dan dasar pensiswazahan guru dan selaras dengan hasrat KPM untuk menempatkan 50% guru siswazah di sekolah rendah dan 100% guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2010. Namun demikian. terdapat seramai 198.

Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing. iii. Dalam tempoh lima tahun disasarkan sebanyak 1700 jawatan DGA38 akan diisi. 200 jawatan untuk gred DG54 dan 400 jawatan untuk gred DG52. ii.based pada gred DG44 9. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Sehingga bulan Jun 2007. Menyedari hakikat tersebut. Pemilihan dilakukan oleh Panel Penilai di peringkat KPM berdasarkan pencalonan dan perakuan yang dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri mengikut syarat yang telah ditetapkan. profesion keguruan akan kehilangan guru pakar yang berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat. Meningkatkan motivasi guru. . kuota yang diluluskan bagi jawatan Pengetua Cemerlang ialah sebanyak 10 jawatan diperuntukkan untuk gred JUSA C. Secara tidak langsung. bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang adalah seperti berikut: i. Guru Besar dan Pegawai Pendidikan merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam profesion keguruan. Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah meluluskan lapisan gred baru DGA38 bagi jawatan Guru Besar Cemerlang. 9.3 Memperluas Konsep Guru Cemerlang Gred Khas C di Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi Serta Menambah Kuota Guru Cemerlang DGA32 dan DGA34 “Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan. guru akan diberi kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka. Seorang guru yang berada pada gred DGA29 akan menikmati kenaikan pangkat ke gred DGA32 setelah berkhidmat bagi tempoh 10 tahun.Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa pada tahun 2002. Begitu juga dengan guru yang berada pada gred DG41 dan telah berkhidmat selama 10 tahun akan menerima kenaikan pangkat secaratime.” (Petikan daripada Buku Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang) Jawatan Pengetua. Kenaikan pangkat dalam profesion keguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah. Penolong Pengetua.2 Memperluas Konsep Pengetua Kanan Gred DG52 (KUP) dan Pengetua Cemerlang Gred DG54(KUP) serta Pengetua Cemerlang Gred Jusa C Jawatan Pengetua Kanan Gred DG52(KUP) dan Pengetua Cemerlang DG54(KUP) serta Pengetua Cemerlang Gred Jusa C diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada pengetua sekolah yang menunjukkan prestasi yang tinggi dalam aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Menjadikan Guru Cemerlang sebagai role model kepada guru lain. kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik. kemahiran. iv. dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

keterampilan. x. Mengkaji cuti rehat dan waktu bekerja guru. v. Menetapkan pemberian elaun kepada guru tugas-tugas khas. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam . dan viii. peluang kenaikan pangkat serta insentif lain merupakan satu inisiatif mulia yang mengambilkira keperluan profesion serta pembelaan hak dan nasib guru yang sudah sekian lama dipinggirkan jika dibandingkan dengan golongan profesional lain. Sehingga bulan Jun 2007. kelayakan. 100 jawatan untuk gred DG54. viii. Adalah diyakini. Menetapkan sekurang-kurang seorang Guru Cemerlang bagi setiap sekolah menengah pada gred DG44. Mewujudkan pelan pembangunan staf. golongan guru akan beroleh kepuasan bekerja dan bermotivasi tinggi apabila segala perancangan ini dapat direalisasikan melalui PIPP. Menyediakan kaedah kenaikan pangkat untuk mempercepatkan KUP pegawai di KPM/JPN memegang jawatan hakiki (dalam tempoh 2 tahun). kewibawaan. vii. Mewujudkan dasar yang lebih jelas bagi program pensiswazahan.v. 10. Mewujudkan gred baru Guru Besar Cemerlang DG41. peruntukan kuota bagi guru cemerlang ialah sebanyak 24 jawatan untuk gred Khas C. iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. guru cemerlang dan staf sokongan. ix. Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.0 Penutup Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. iii. minat.7 menjelang tahun 2010. Menyediakan laluan fast track untuk guru berasaskan merit dan prestasi. Mewujudkan gred kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia/Jabatan Pelajaran Negeri. vi. vi. Pelan tindakan KPM di bawah fokus memantapkan kerjaya guru turut mengandungi perancangan berikut: i. Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran. Menyediakan unjuran jangka panjang bagi program sarjana dan PhD. Manakala bagi Guru Lepasan Diploma pula 800 jawatan untuk gred DGA34 dan 3200 jawatan untuk gred DGA32. ii. dan xi. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang. vii. Hanya mereka yang mempunyai kualiti. 250 jawatan untuk gred DG52. iv. 1000 jawatan untuk gred DG48 dan 4000 jawatan untuk gred DG44. Perancangan yang komprehensif yang digariskan oleh KPM dalam usaha memartabatkan profesion keguruan melalui pewujudan jawatan. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track) Khas Untuk Penyandang (KUP). bukan hanya menggunakan kekananan sebagai asas utama. Menambah baik norma perjawatan guru iaitu norma baru 1:1.

menarik minat individu lain untuk menyertai profesion ini serta akan dapat melahir dan mengekalkan guru-guru berkualiti dan sekali gus memartabatkan profesion keguruan yang mulia ini. Norzaini Azman & Mohammed Sani Ibrahim. hlm 15 – 33. Skim perkhidmatan keguruan perlu terus diperbaiki bermula daripada aspek pengambilan. pemantapan kebajikan dan kerjaya harus terus diberi penekanan oleh pihak kerajaan. Profesyen Keguruan Di Malaysia: Sejauh Manakah Martabatnya Kini? dalam Bestari Koleksi Guru Johor. Research & Practice. 23 . hlm 40 – 48. Yazid Abdul Manap. 2006. JPN Johor.W. JPN Johor.(ed. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan Di Malaysia. 2001. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010. 1993. Pendekatan yang 21 mewujudkan laluan kerjaya profesion keguruan yang lebih menarik akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan. Shuib Dirwan & Johari Seman. 2007. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Aminuddin Baki. 2005. latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan profesional yang lain. 4) New York: McGraw Hill Inc. K. Educational Administration: Theory. Risalah Maklumat Asas Pendidikan. G. Profesion Perguruan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hoy. Robiah Sidin. “Perguruan: Satu Perspektif Perkembangan Kerjaya” dalam Jurnal Pengurusan Pendidikan. RUJUKAN 22 Bakhtiar Mansor. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. “Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama” dalam Bestari Koleksi Guru Johor.C. Kementerian Pelajaran Malaysia. Teori Pentadbiran Pendidikan:Satu Pengenalan. 2001. & Miskel. 1991. 2003. Kementerian Pelajaran Malaysia.mengharungi cabaran di era globalisasi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful