You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

KOD KURSUS

: OUMM 3203

TAJUK KURSUS : ETIKA PROFESIONAL SEMESTER : MEI 2012

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

661220-12-5285-002 661220-12-5285 012-8034452 linjonchin@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

:

INSTITUT PERGURUAN KENINGAU

0 3.2 5.OUMM3203 SENARAI ISI KANDUNGAN NO TAJUK MUKA SURAT 1.4 5.0 5.0 4.1 4.1 5.4 PENGENALAN DEFINISI ETIKA LATAR BELAKANG DILEMA YANG DIHADAPI CIRI-CIRI MASALAH ETIKA Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kesan Yang Berlarutan Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kepelbagaian Alternatif Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Yang Pelbagai Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Tidak Menentu 2 2-3 3-4 4-5 5 5-6 6 6-7 4.0 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi TEORI ETIKA Ciri Taakulan Etika Teori Hukum Alam Teori Etika teologikal Klasik (Utilitarianism) Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism) Teori Kebebasan Diri MASALAH MENURUT UNDANG-UNDANG PENYELESAIAN MASALAH RUJUKAN 7 7-8 8 8-9 10 10-11 12 12 13 14 1 .0 2.3 4.5 6.2 4.0 7.0 4.5 5.3 5.

Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak. membincangkan tentang bagaimana masalah etika dapat di selesaikan menggunakan 5 teori etika iaitu teori Hukum Alam. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.R. bertanggungjawab. 2 . ikhlas dan nilai-nilai murni. keputusan etika mempunyai hasil yang pelbagai. adat atau tingkah laku atau kesusilaan. seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin. amanah. Ciri yang kedua. keputusan etika yang mempunyai pelbagai alternatif.0 PENGENALAN Di dalam Etika Profesional.OUMM3203 1. Teori Utilitarianism. Menurut pandangan ahli falsafah pula. 2.L. Teori Pengagihan Keadilan dan Teori Kebebasan Individu serta bagaimana menggunakan teori ini sebagai salah satu cara penyelesaian masalah etika. adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Ciri yang ketiga pula. Licey dan W. Menurut pengertian dari sudut Islam pula . kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. keputusan etika yang di buat mempunayi kesan yang tidak menentu. etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Teori Universalism. Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku. Menurut A. Menurut sarjana barat J. Istilah Etika atau ethic adalah berasal daripada perkataan greek „ethos„ yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Apa yang dimaksudkan dengan etika?. dan yang terakhir. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut.0 DEFINISI ETIKA Dalam era globalisasi masa kini. Ciri yang keempat. etika adalah akhlak. Selain itu di bincangkan juga tentang ciri-ciri masalah iaitu ciri yang pertama ia mempunyai kesan yang berlarutan.L.

OUMM3203 Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh diterima dari segi moral. Walaubagaimanapun. peranan nilai. pihak universiti iaitu di bahagian kemasukan universiti menerima banyak surat rayuan dari pelajar yang ingin memasuki universiti ini. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat. Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam masyarakat dalam apa jua perkara yang dilakukan. 3. Disebabkan dengan tempat yang terhad bagi sesi pengambilan kali ini. profesional dan nilai. hanya 100 pelajar sahaja yang bakal diterima masuk bagi sesi pengambilan kali ini berbanding ribuan surat rayuan yang kami terima.0 LATAR BELAKANG DILEMA YANG DIHADAPI Dilema yang saya hadapi ialah ketika sesi pengambilan kedua untuk pelajar baru salah sebuah universiti awam di Malaysia. Ketidakseimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya. bahagian kemasukan dan rekod akan mengurangkan permohonan yang diterima sehingga kira-kira 200 permohonan sahaja sebelum pemilihan pelajar yang terakhir seramai 100 orang dibuat. produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran. Sebagai permulaan di dalam proses pemilihan bagi pelajar untuk sesi kedua ini. Bagi 3 . Sesi pengambilan kedua ini adalah terhad kepada 100 orang pelajar sahaja berbanding dengan sesi pengambilan pertama yang yang mengambil lebih dari 2000 orang pelajar. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti. Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang yang profesional. serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

kami mendapati bahawa baki 10 rayuan tersebut terdiri daripada saudara-mara penyelia kami. kami telah mengambil risiko atas kerjaya kami di universiti ini dengan melaporkan kepada pihak atasan universiti mengenai tindakan yang telah dilakukan oleh pengawai kami yang tersebut. saya dan rakan sejawat telah diberi tugasan bagi membantu pegawai tersebut untuk mengurangkan permohonan dari pelajar tersebut. Walaubagaimanapun. Walaubagaimanapun. Kami mendapati bahawa terdapat banyak permohonan yang telah diserahkan kepada pegawai tersebut tidak diproses dan dipertimbangkan dengan sewajarnya kerana beliau hanya menyenaraipendekkan rayuan yang diterima dari saudara-mara beliau sahaja walaupun terdapat ramai calon yang didapati memiliki kelayakan yang tinggi dari syarat minima kemasukan bagi sesi kali ini. kami berasa serba salah sekiranya kami melaporkan tindakan pengawai kami kepada pihak atasan kerana kami bimbang jika dengan kami melaporkan tindakan beliau tersebut akan menyebabkan peluang kerjaya kami di universiti akan terjejas. semua surat rayuan akan diberikan kepada seorang pegawai atasan saya yang juga bertindak sebagai penyelia .OUMM3203 mengurangkan permohonan ini. Tugasan ini akan mengupas mengenai persoalan etika terhadap keputusan yang di ambil di dalam situasi dilemma ini. Setelah 200 rayuan telah disenaraipendekkan. Walaubagaimanapun. Disebabkan dengan kesuntukan masa yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA Kebanyakan keputusan yang dibuat selalunya memberi kesan yang berlarutan sama ada kepada pihak yang membuat keputusan atau pihak yang menerima sesuatu keputusan tersebut. Ini kerana keputusan dan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan ataupun individu tersebut tidak hanya memberi kesan kepada satu pihak ataupun pada satu tahap sahaja. kami telah diberi arahan supaya hanya untuk memilih 190 rayuan sahaja manakala baki 10 lagi rayuan akan dipilih oleh beliau. 4. kami terperangkap di dalam dilemma sama ada harus atau tidak untuk kami melaporkan tindakan yang telah dilakukan oleh pegawai tersebut kepada pihak atasan. Sebagai contoh melalui 4 . Sebagai salah seorang kakitangan bawahan pegawai tersebut. Kesan-kesan ini juga boleh memberi kesan ke atas sesebuah masyarakat setempat sekiranya keputusan yang diambil melibatkan sesuatu tindakan untuk masyarakat itu sendiri.

Ia juga boleh menyebabkan pemohon yang tidak berjaya ini merasa kurang bermotivasi untuk melanjutkan pelajaran mereka dan setersunya ini boleh merugikan negara. 4.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kepelbagaian Alternatif Banyak keputusan yang dibuat dilihat sebagai keputusan yang dibuat tanpa melihat segala alternatif yang ada. 4. Ini kerana dengan tindakan beliau yang lebih mengutamakan pemohon yang mempunyai hubung kait dengan beliau sendiri secara tidak langsung menafikan pemohon yang benar-benar layak untuk belajar di universiti. Keputusan yang baik hendaklah dibuat dengan menilai segala alternatif yang ada. sesetengah pihak merasakan bahawa dengan memberi rasuah proses kerja yang dilakukan dapat dipercepatkan. Disebabkan kegagalan beliau untuk melihat segala alternatif yang yang ada bagi menyelesaikan masalah 5 . Penilaian terhadap setiap alternatif tersebut hendaklah dinilai dan alternatif yang terbaik hendaklah diambil sebagai keputusan yang dibuat. Masalah yang dihadapi hendaklah dikaji dengan teliti terlebih dahulu.OUMM3203 pemberian rasuah. Keputusan untuk tidak bersikap adil ini juga boleh menyumbang kepada masalah pengganguran kepada negara.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kesan Yang Berlarutan Seperti masalah yang saya hadapi di universiti saya ini. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada organisasi tersebut dan juga masyarakat kerana percaya hanya dengan memberi rasuah sesuatu pekerjaan itu dapat dilaksanakan atau diproses dengan cepat. saya rasakan bahawa tindakan tersebut telah memberi kesan yang berpanjangan kepada masyarakat. Ini juga akan menyebabkan amalan rasuah menular di kalangan masyarakat tersebut dan tiada ketelusan di dalam sesebuah organisasi. Pegawai kami hendaklah terlebih dahulu melihat segala alternatif yang ada sebelum membuat keputusan untuk menyenaraipendekkan 10 nama saudara-mara beliau. Keputusan yang dibuat oleh beliau dilihat sebagai satu keputusan yang tidak mempunyai alternatif lain terutamanya ketika keputusan yang dibuat melibatkan saudara-mara beliau. Setelah punca masalah dikenalpasti. segala alternatif bagi menangani masalah tersebut hendaklah dikenalpasti.

Walaupun pada pandangan di pihak saudara-mara beliau yang meyifatkan beliau sebagai seorang yang mengutamakan semangat kekeluargaan. akan tetapi dengan tindakan beliau itu sekiranya diketahui umum akan menyebabkan integriti universiti khususnya jabatan saya iaitu jabatan yang bertanggungjawab mengenai kemasukan pelajar akan tercalar. tetapi hasil yang berbeza didapati oleh syarikat berkenaan dari segi imejnya akibat dari kebocoran yang sering dihadapi oleh bangunan mahkamah berkenaan. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan nama elit universiti akan tercemar disebabkan dengan tindakan beliau yang menafikan hak awam untuk masuk ke universiti. Sebagai contoh bangunan kompleks mahkamah baru yang bocor ini adalah akibat dari sikap pemaju yang hanya memikirkan keuntungan sahaja. Sikap tamak pemaju yang ingin memaksimakan keuntungan dengan menggunakan bahan binaan yang tidak berkualiti ini telah menjejaskan imej syarikat itu sendiri. Walaupun pada hakikatnya syarikat berkenaan untung daripada projek pembinaan komplek mahkamah itu. Kebanyakan keputusan yang dibuat tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan oleh sesetengah pihak dan ini secara tidak langsung memberi kesan yang negatif terhadap organisasi itu sendiri.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Yang Pelbagai Banyak keputusan yang dibuat pada hari ini akan memberi hasil yang berbeza pada masa hadapan. 4. Hasil yang sama juga berlaku terhadap keputusan yang dibuat oleh pegawai di universiti yang menyenaraipendekkan nama saudara-mara beliau pada sesi pengambilan kedua universiti. tindakan ini diambil atas 6 . Ini kerana keputusan diambil setelah segala alternatif yang ada telah dinilai sesebelum sesuatu keputusan itu dibuat.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Tidak Menentu Kebanyakan keputusan yang diambil dilihat sebagai keputusan yang mempunyai risiko yang minima. 4. keputusan yang diambil didapati tidak beretika.OUMM3203 kemasukan pelajar ke universiti terutamanya yang melibatkan saudara-mara beliau. Sebagai contoh tindakan untuk sebuah kilang yang telah memasang alat penapis asap untuk mengurangkan pencemaran udara.

Beliau langsung tidak mengambilkira kelayakan yang ada pada pemohon yang lain. Walaubagaimanapun. Nama-nama ini akan melalui pelbagai tapisan yang akan dilakukan oleh fakulti-fakulti yang terlibat dengan sesi pengambilan pelajar kali ini. 4.OUMM3203 dasar untuk mengurangkan kadar pencemaran udara akibat dari penggunaan mesin di dalam kilang. Tindakan ini secara tidak langsung akan menyebabkan tahap intergriti beliau berkurangan terutama di kalangan kakitangan bawahan beliau. Keputusan pegawai saya untuk memasukkan nama saudara beliau di 10 tempat terakhir senarai pendek calon tersebut adalah bersifat peribadi.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi Pendapat yang mengatakan kebanyakan keputusan korporat adalah dibuat tanpa mengambilkira kepentingan peribadi adalah tidak benar. Sama seperti dengan tindakan pegawai saya yang telah memasukkan 10 nama saudara beliau di dalam senarai pendek pemohon bagi pengambilan kedua universiti. ini tidak bermakna nama-nama tersebut akan terus dapat diterima untuk melanjutkan di universiti ini. demi untuk menjaga kepentingan peribadi kepentingan pihak atasan keputusan untuk membayar bonus ini tetap dibuat. Ini kerana kebanyakan keputusan yang dibuat sebenarnya sedikit sebanyak mengira kepentingan peribadi terutamanya pihak atasan.0 TEORI ETIKA Etika bermaksud prinsip -prinsip dan peraturan moral yang dapat di terima umum sebagai cara untuk mengawal seseorang individu supaya berkelakuakn baik. 5. Walaubagaimanapun. dengan kegunaan alat penapisan asap ini kadar pencemaran udara tidak berkurangan kerana alat yang digunakan berkualiti rendah. Walaupun nama-nama saudara beliau telah disenaraipendekkan. Sebagai contoh walaupun keuntungan sesebuah syarikat itu adalah rendah disebabkan kos jualan yang meningkat. Faktor-faktor yang 7 . ini tidak mempengaruhi keputusan syarikat yang ingin bayaran bonus sebanyak 2 bulan kepada kakitangan dibuat. Keputusan yang diambil akan menjejaskan kedudukan kewangan syarikat.

Teori berkenaan adalah teori hukum alam. Sebagai contoh. ia di terima oleh semua golongan yang berpegang pada agama dan ia di terima sepanjang zaman. saya percaya bahawa pegawai saya telah berlaku tidak adil pada pelajar tersebut. Namun apa yang menjadikan teori ini tidak sempurna ialah. agama Islam melarang umatnya untuk minum minuman keras. pemahaman dan kepercayaan masing-masing. 5.2 Teori Hukum Alam Hukum alam ialah hukum atau etika yang berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Kelebihan yang ada pada teori hukum ini ialah . Walaubagaimana pun terdapat 5 cara atau teori yang boleh di jadikan sebagai panduan dalam membuat keputusan beretika. Dengan menidakkan hak pelajar-pelajar itu. ia tidak universal kerana setiap agama mempunyai pegangan. Ini bermakna. 5. teori etika teleologikal klasik (Utilitarianism). pengaruh rakan sebaya. Namun ada perkara yang menjadi satu kesalahan pada sesuatu masyarakat tidak menjadi kesalahan pada masyarakat yang lain.1 Ciri Taakulan Etika Secara universal.OUMM3203 mempengaruhi eitika seseorang individu ialah pengaruh keluarga. dan faktor-faktor situasi (kerana tiada pilihan lain). (tidak adil dalam konteks Islam ialah tidak meletakkan sesuatu pada haknya). jadi mereka mempunyai moral. Teori pengagihah keadilan dan teori kebebasan diri sendiri. namun ada agama yang tidak menghalang pengikutnya dari mengambil minuman berkenaan. Teori etika Deontologikal klasik (Universalism). Sebagai seorang yang beragama Islam. Apa yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat atau kaum . jelas menunjukkan pegawai itu 8 .etika dan nilai murni yang berbeza. tidak ada satu pun cara pun yang sempurna untuk di jadikan piawaian peraturan etika. pengalaman seseorang. Setiap satu agama telah menetapkan hukum untuk kaumnya dan mereka harus mematuhi hukum itu . semua masyarakat di dunia perlu suatu cara analitikal yang konsistan untuk mengklasifikasikan sesuatu perbuatan yang di lakukan salah atau tidak. nilai moral diri seseorang individu.

surah An-Nisa‟: ayat 135)”. menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu .com/msg00322. dan perasaan benci itu tidak mencegah dia dari berbuat adil dan memberikan kebenaran kepada yang berhak. Jika ia tidak berkesan. apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan.W dari riwayat Muslim dan Ibn Majah:“Barang siapa diantara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya.html Allah SWT berfirman: “Hai orang-orang yang beriman. (Dr. dan itulah selemah-lemah iman” (http://www. terdapat cara yang kedua iaitu dengan menggunakan orang yang di hormati oleh si pembuat salah untuk menegurnya dan jika cara ini juga tidak berhasil barulah cara lebih keras boleh di lakukan. orang lain yang menyedari kesalahannya itu wajib memberitahu atau membetulkan kesalahannya. “ (Dr.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Adil. iaitu keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dicintai. Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007) http://media. “Islam memerintahkan kepada kita agar kita berlaku adil kepada semua manusia. dimana orang yang melakukan kesalahan tadi akan dapat berfikir tentang kesalahan dan dosanya dan pada masa yang sama dia tidak akan berasa hati dengan orang yang menegur. kita seharusnya menasihatinya secara berhikmah.OUMM3203 melakukan perbuatan yang haram di sisi Islam dengan . Menurut agama Islam.” (Al Quran . dan keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dibenci. iaitu dengan cara membawa perkara ini ke muka pengadilan.com/mencintai-islam@yahoogroups. Langkah yang pertama. Sehingga perasaan cinta itu tidak bersekongkol dengan kebathilan.A.mail- archive.isnet. 9 . dan di dalam Islam ada beberapa tahap yang boleh di ikuti. Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007). jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan. Sesuai dengan hadis Rasulullah S. dan jika ia tak mampu maka dengan lisannya. saya seharusnya menasihati pegawai atasan saya dan jika tidak berjaya barulah saya boleh melakukan cara yang lain seperti yang telah di bincangkan.html : 24 June 2007) Jadi dengan menggunakan teori hukum alam ini. dan jika ia tak mampu juga maka dengan hatinya.

Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu dan bukannya bergantung kepada hasil dari tindakan. dan begitu juga sebaliknya.4 Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism) Pendekatan deontologi adalah membawa maksud tugas dan komitmen terhadap seseorang individu di dalam bahasa Greek. Teori ini bergantung kepada kesan hasil daripada tindakan seseorang. Tetapi jika pegawai itu memberikan peluang kepada orang lain. Dalam teori ini. Dengan penggunaan teori ini . Jika saudara maranya di pilih. pegawai pemilihan itu tidak harus mengambil saudara maranya menjadii calon yang layak mendapat tempat di universiti ini kerana ia tidak membawa apa-apa faedah kepada masyarakat tetapi faedah hanya pada dirinya sendiri. Tidak ada keseimbangan faedah yang terima oleh minoriti berbanding majoriti. maka kesan hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik. Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism. Teori ini juga menganggap bahawa semua manusia tidak terpengaruh antara satu sama lain dan tidak kelam – kabut serta dengan menggunakan teori ini semua orang akan di beri layanan yang sama rata. maka ia akan membawa faedah dan jika tidak ia membawa kepada keburukan kepada ramai orang. Jika tindakan seseorang atau sesebuah masyarakat itu betul. dia telah membantu masyarakat dengan menaikkan taraf sosio ekonomi keluarga orang lain dengan peluangnya memberikan pelajar itu tempat dalam universiti. Oleh yang demikian teori ini menganggap bahawa jika seseorang itu berniat baik selalunya akan 10 . jelas keputusan yang patut di ambil ialah memberikan tempat dalam universiti kepada orang yang memang berkelayakan tanpa mengira status perhubungan yang terjalin antara pegawai pemilihan. dan mengabaikan serta mengekploitasi suara minoriti . Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang berbanding niat seseorang individu.OUMM3203 5. dan dia telah menyekat peluang orang lain untuk menimba ilmu.3 Teori Etika teologikal Klasik (Utilitarianism) Teologikal adalah terma yang wujud dalam bahasa Greek yang bermaksud hasil keputusan atau kesan. Pengagihan kesaksamaan dalam teori ini menggunakan suara majoriti. jika niat seseorang itu baik. pegawai itu akan di senangi oleh kaum keluarganya sahaja. Berdasarkan kepaada teori ini. Namun teori ini masih kurang sempurna kerana ia hanya mengutamakan suara majoriti. 5.

11 . berdasarkan teori ini jelas menunjukkan bahawa pegawai saya itu tidak membuat keputusan yang tepat. pegawai tersebut tidak patut mengambil calon-calon pilihannya kerana masih lagi terdapat calon yang layak untuk mendapatkan tempat di universiti ini. 5. Selain itu. Berdasarkan kepada teori ini. Seperti juga masalah dilema yang saya hadapi ini. kebolehan dan sumbangan seseorang.OUMM3203 membawa kepada hasil yang baik dan jika seseorang itu berniat baik. Ini kerana menurut teori ini semua manusia harus menerima layanan yang sama. dan bagimana mahu menginterprestasinya. maka ia semestinya untuk kebaikan semua pihak. Pengagihan keadilan ini adalah berdasarkan kepada kesamarataan. Sebagai contoh walaupun seseorang itu tidak banyak menyumbang untuk sesuatu perkara itu. Ia mementingkan kerjasama antara satu institusi atau masyarakat. tetapi dia mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi. keperluan.5 Teori Pengagihan Keadilan Teori ini menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua manusia dan ia berdasarkan kepada keadilan dan nilai murni sesebuah masyarakat. Jadi. pegawai atasan saya tidak mengagihkan kesamarataan. moral dan pemikiran yang berbeza. berbanding pada seseorang yang banyak menyumbang tetapi tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan. dan tidak melihat kebolehan calon sebelum membuat keputusan. Jadi pengagihan yang adil tidak dapat di lakukan. adalah mustahil untuk memberikan layanan yang sama rata kerana setiap orang mempunyai perasaan. nilai. Namun ada kekurangan terhadap teori ini kerana kita sebagai manusia tidak tahu menilai sejauh manakah niat baik seseorang. Namun teori ini masih kurang berkesan kerana teori ini menidakkan kelebihan seseorang individu. Jadi semua pelajar yang merayu akan mendapat pertimbangan yang sama dan ini akan menyebabkan calon persendirian yang di pilih tersingkir dari senarai penganbilan pelajar rayuan.

Ini kerana undang-undang tidak dapat membuktikan seseorang itu jujur atau tidak. eloklah di nyatakan definisi tentang undang-undang. iaitu dengan memperdagangkan masa depan orang lain. Jadi terdapat percanggahan antara undang-undang dan etika. 4 daripada 5 etika yang di bincangkan menyatakan bahawa perbuatan pegawaiitu adalah salah. ia adalah berdasarkan kepada kebebasan atau hak seseorang individu. selagi tiada bukti yang konkrit yang menyatakan pegawai itu bersalah . walaupun impak negatifnya sanagt besar. dari segi etika. Namun. Jadi . Tujuannya adalah untuk mengawal tingkah laku seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat. pegawai pemilih patut di beri hak untuk memilih calon yang di kehendaki. mengikut undang-undang. Undang-undang bermaksud satu set dokumen bertulis yang mengandungi peraturan dan telah di di wartakan di dalam sesebuah masyarakat.0 MASALAH MENURUT UNDANG-UNDANG Sebelum penyelesaian masalah menurut undang-undang di huraikan. secara keseimpulannya apa yang di lakuakan oleh pegawai itu adalah tidak salah dari segi undang-undang. Menurut Norzick undang-undang –undang atau nilai sesebuah masyarakat yang menyekat kebebasan individu patut di tolak. Menurutnya lagi seseorang itu mempunyai hak untuk memegang kekayaan atau pun apa sahaja yang di miliki tanpa berkongsi dengan orang lain tetapi mereka juga mempunyai hak untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja yang di sukainya. maka beliau tidak akan bersalah..OUMM3203 5. Seseorang individu di benarkan untuk memilih salah satu alternatif pilihannya sendiri mengikut kehendaknya. 6. Mengikut teori ini.6 Teori Kebebasan Diri Menurut teori yang di cadangkan oleh Robert Norzick ini. Berdasarkan kepada masalah tentang ketidakadilan pemilihan pelajar rayuan. 12 . yang mana cara yang di lakukan oleh pegawai pemilihan ini tidak bertentangan dengan etika dalam teori ini. Teori ini juga mempunyai kelemahan iatu ia mempunyai definisi yang sempit tentang kebebasan yang mana akan memberikan impak yang negatif kepada orang lain.

0 PENYELESAIAN MASALAH Kesimpulan yang dapat di buat setelah meneliti kelima-lima teori etika dan hukum mengikut undang-undang dapatlah disimpulkan bahawa apa yang dilakukan oleh pegawai itu adalah suatu perbuatan yang salah. Saya berbuat demikian kerana saya merasakan tidak ada keadilan kepada pelajar yang layak dan saya harus menegakkan keadilan bagi mereka. tidak beretika dan bermoral kerana teori hukum alam. teori utilitarians dan teori pengagihan keadilan jelas menunjukkan apa yang dilakukan itu bertentangan dengan teori tersebut walaupun teori hak kebebasan diri dan undangundang menyatakan ia tidak salah. Oleh itu saya membuat keputusan untuk memberitahu pihak atasan walaupun saya tahu saya akan merosak serta menjejas laluan kerjaya saya . Selain itu saya berpegang kepada teori utilitarian yang mana jika saya tidak menyekat kegiatan pegawai saya itu.OUMM3203 7.348 PATAH PERKATAAN 13 . teori universalism. Saya juga percaya kepada konsep teori pengagihan keadilan. ia akan menjadikan ramai golongan yang keciciran dari arus pendidikan dan ini seterusnya akan menyebabkan kerugian yang besar kepada negara kerana kehilangan banyak cerdik pandai di negara ini. Justeru walaupun saya terpaksa menghadapi risiko pada kerjaya. saya tetap megambil keputusan itu kerana saya mengetahui apa yang saya lakukan adalah suatu keputusan yang terbaik. JUMLAH PATAH PERKATAAN JAWAPAN: 3.

Saddle River. Wan Sabri Wan Hussin (2004). E.html Dr Mohammad Diah Jurini. Etika Dan Amalan Perniagaan. Mohd Janib Johari (2001). Profesional Ethics. Citra karya: falsafah. (1994).2008) 14 . Open University. Open University Malaysia: OUMM3203 – Professional Ethics.J. Dr Ansary Ahmad et. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Ethics: Theory And Practice . Kuala Lumpur www.bpr. Bhd.OUMM3203 RUJUKAN Dr Yusuf Qardhawi (2007)..gov. (2003). Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Brill. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Majid Fakhry (1994). Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.isnet. nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. OUMM 3203 Professional Ethics. (2007). (2007). Sistem Masyarakat Islam Dalam Al-Quran dan Sunnah Melalui http://media. MeteorDoc Sdn. Ethical Theories In Islam. Institut Tadbiran Awam Negara. Skudai. Jacques P (2001). Prentice Hall.11. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4 Prof.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Adil. MALAYSIA. Etika Profesional.my (14. New York. al. Kuala Lumpur: INTAN. Bahagian Pembangunan Dan Kompetensi Penilaian KPM. Bhd Nota PTK Etika Kerja. Thiroux.