1

1. Tamadun Dunia 2. Tamadun Islam 3. Sejarah Malaysia 4. Sejarah Asia Timur dan Tenggara 5. Soalan Contoh Jacky Li Chun Leung

2
TAKRIF PRA SEJARAH

Sejarah Dunia

Mengikut Frank Hole dan Robert F. Heizer, pra sejarah bermaksud sebahagian masa silam manusia yang tidak direkodkan secara bertulis. Sejarah hanya mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3,500 SM. Pra sejarah boleh juga dikatakan zaman sebelum 3,500 SM. Zaman pra sejarah ini boleh dikesan melalui bukti terawal yang dijumpai oleh ahli-ahli arkeologi seperti bangunan, tembikar dan sebagainya. Selain itu, fosil-fosil manusia zaman pra sejarah juga ditemui di Palestin, Eropah Tengah, Ethopia di Afrika dan China. Orang Neanderthal dan orang Cro-Magnon merupakan dua jenis fosil manusia yang telah ditemui. Orang Neanderthal ini hidup lebih kurang 50,000 tahun dahulu. Orang Neanderthal ini lebih tinggi daripada manusia Peking dan manusia Jawa. Mereka hidup menetap di dalam gua. Selain itu, mereka juga tahu menggunakan api dan membuat pakaian daripada kulit binatang. Orang Cro-Magnon pula muncul menjelang tahun 20,000 SM. Mereka mempunyai tahap intelektualisme yang lebih tinggi daripada manusia terawal dan manuisa Neanderthal. Waris-waris bagi orang Cro-Magnon didapati tinggal di Wales, Perancis, Sepanyol dan Afrika Utara. ZAMAN PALEOLITIK Pengenalan Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Zaman ini berlangsung dari 50,000 SM hingga 10,000 SM. Manusia Peking dan manusia Jawa wujud pada zaman ini. Menjelang 50,000 SM, orang Neanderthal mula hidup di Eropah, Asia dan Afrika. Selepas itu, menjelang tahun 20,000 SM, orang Cro-Magnon tinggal di Eropah dan mengasaskan kebudayaan moden di Eropah dan Afrika Utara. Orang pada zaman ini melukis gambar-gambar di dinding gua untuk melahirkan perasaan dan idea-idea mereka. Ciri-ciri Tempat Tinggal Orang Paleolitik sudah mula belajar untuk mengadakan tempat tinggal. Mereka tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Mereka tinggal di kawasan ini kerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh atau binatang liar dan tiupan angin dan sebagainya. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat rehat bagi mereka yang telah penat selepas melakukan aktiviti harian seperti memburu. Sebagai contoh, Gua Niah di Sarawak dan Gua Badak di Perak. Cara Hidup Orang Paleolitik hidup secara nomad, iaitu berpindah-randah dalam kelompok kecil. faktor utama yang mendorong mereka hidup secara nomad adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan. Sudahpun diketahui oleh kita semua, manusia zaman ini tidak tahu menternak binatang dan menanam tanaman, mereka mendapatkan bekalan makanan secara memburu dan sebagainya. Apabila sumber makanan di suatu tempat didapati berkurangan atau habis, mereka akan pindah ke tempat lain yang dapat membekalkan makanan yang diperlukan. Maka, tempat kediaman mereka juga tidak tetap. Kegiatan Seharian Aktiviti yang dijalankan oleh orang Paleolitik setiap hari ialah memburu, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya. Semua aktiviti yang dijalankan kebanyakannya berkaita dengan mencari bekalan makanan harian. Pada zaman ini, mereka tidak mempunyai apa-apa hiburan. Selepas memburu, mereka akan berehat, makan kemudian tidur, tiada perkara lain yang akan dilakukan. Binatang yang biasa dicuru adalah seperti harimau, rusa dan sebagainya. Hasil hutan yang dikutip pula adalah seperti sayuran liar, buah-buahan dan sebagainya. Peralatan Peralatan yang digunakan oleh orang Paleolitik dibuat daripada kayu, batu dan tulang. Bentuk peralatannya tidak berapa kemas. Bentuknya boleh dikatakan kasar. Peralatan ini digunakan untuk memburu, menumbuk, menetak, memotong dan mempertahankan diri daripada musuh dan binatang liar. Sebagai contoh, kapak dibuat daripada seketul batu berbentuk bujur yang hujungnya ditajamkan dan tanduk rusa dijadikan sebagai cangkul untuk meluaskan gua-gua tempat tinggal mereka. Kepercayaan Orang Paleolitik mempunyai kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di dunia ini mempunyai roh. Mereka percaya bahawa unsur alam semesta telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, mereka memuja unsur alam semesta untuk mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Unsur alam semesta yang dipuja termasuk bulan, matahari dan sebagainya. Pakaian Orang Paleolitik sudahpun tahu berpakaian. Pakaian mereka dibuat daripada kulit binatang, contohnya kulit rusa, harimau, beruang dan sebagainya. Semasa rusa berhijrah ke Selatan, mereka telah menangkap rusa tersebut. Daging rusa telah dijadikan sebgai makanan dan kulitnya digunakan untuk dijadikan pakaian. Kulit ini kemudiannya disambung dengan tali kulit. Penggunaan Api Orang Paleolitik tahu menggunakan api untuk memanaskan badan, menakutkan binatang liar dan memasak daging. Mereka mendapat pengetahuan penggunaan api daripada fenomena kebakaran hutan yang dihasilkan akibat pokok-pokok disambar kilat. Pada permulaan, mereka tidak tahu membuat api. Lama-kelamaan, mereka mengetahui bahawa api boleh dihasilkan dengan kaedah geseran

3
batu. Selain itu, ada kemungkinan juga api dihasilkan secara tidak langsung, iaitu hasil daripada usaha seseorang yang bersungguhsungguh memperbaiki alat kayunya sehingga keluar bunga api disebabkan panas. Di Australia, api dihasilkan dengan mengumpulkan daun-daun dan lumut-lumut ke dalam sebatang kayu yang berlubang dan kemudiannya pusing sebatang kayu tajam ke atasnya sehingga ia terbakar. ZAMAN MESOLITIK Pengenalan Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian. Ciri-ciri Tempat Kediaman Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka. Kegiatan Seharian Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buahbuahan. Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka akan kelaparan. Peralatan Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggup menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu menggunakan panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk menangkap ikan. ZAMAN NEOLITIK Pengenalan Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya. Ciri-ciri Tempat Tinggal Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan. Cara Hidup Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak. Kegiatan Harian Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar. Peralatan Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin,

4
mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan. Kepercayaan Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya. Pakaian Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentian-gentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit binatang. Aktiviti Perdagangan Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan. Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter. Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini, wang memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai di antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya. Organisasi Sosial Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara. Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung. Teknologi Baru Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh, roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal layar membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar ialah perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing. ZAMAN LOGAM Pengenalan Zaman logam dianggarkan bermula kira-kira 2,500 tahun dahulu di dunia. Zaman ini boleh dibahagikan kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Masyarakat logam ini mengamalkan cara hidup yang berlainan daripada masyarakat sebelumnya. segala aspek terus mencapai perkembangan. Pada zaman ini, terdapat beberapa masyarakat yang bertamadun telah wujud di lembangan sungai utama. Sebagai contoh, Tamadun Shang (Hwang-Ho), Tamadun Sumeria (Mesopotamia) dan Tamadun Mesir. Ciri-ciri Peralatan Penduduk pada zaman ini mula menggunakan peralatan yang dibuat daripada logam seperti gangsa dan besi. Sebabnya mereka berasa alat-alat gangsa ini adalah lebih tahan lasak daripada alat-alat yang dibuat daripada batu. Bukti penggunaan alat gangsa adalah seperti gendang dan loceng gangsa yang ditemui di Batu Buruk di Terengganu dan Sungai Lang di Selangor. Gendang gangsa ini dipercayai berasal dari Dongson, Vietnam. Sebabnya, Dongson di Vietnam dan Ban Chiang di Thailand adalah pengeluar alat gangsa utama pada zaman itu. Kegiatan Seharian Masyarakat ini terus bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, berburu dan berdagang. Selain itu, mereka juga mula melombong bijih timah. Mereka melombong bijih timah dengan menggunakan tulang mawas. Dengan adanya alat yang dibuat daripada besi, manusia zaman ini dapat menggali, menebang dan menebas sesuatu benda dengan mudah. Adat dan Upacara Manusia kini mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju daripada penduduk zaman batu. Sebagai contoh, mereka menanam mayat dalam kubur batu kepingan dan kubur jenis ini telah ditemui di Batu Ubin, Perak. Selain itu, mereka meletakkan mayat di dalam keranda kayu yang berbentuk perahu. Buktinya, keranda sebegini dijumpai di Sungai Lang, Selangor. Contoh di atas merupakan adat pengebumian bagi masyarakat zaman ini. Selain adat ini, upacara lain seperti perkahwinan juga dimulakan pada zaman ini. TAKRIF TAMADUN Daripada catatan Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun, bermakna bangsa yang beradab, bersopan-santun dan berkemajuan. Kalau ditinjau dari segi aspek bahasa, perkataan tamadun berasal

5
daripada kata dasar Bahasa Arab Tamaddana atau Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Dari perepektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. Dari perspektif Islam pula, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan tamadun itu ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan sebagainya. CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA Pembentukan Bandar Setelah manusia mengetahui cara bercucuk tanam dan menternak, mereka mula membentuk penempatan menetap. Perkampunganperkampungan ini lama-kelamaan akan membentuk bandar-bandar kerajaan atau negara kota. Proses perubahan ini juga dikenali sebagai urbanisasi. Negara kota ini akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi manusia, pusat perdagangan bagi petempatanpetempatan yang ada di sekitarnya. Contoh negara kota yang terdapat pada zaman ini ialah negara kota Ur, Urech dan Kish di Lembah Tigris-Eupharates di Sumeria dan Mohenjo DAro dan Harappa di Lembah Indus di India. Pembentukan Kerajaan Perkembangan bandar ini seterusnya mewujudkan satu sistem kerajaan atau pentadbiran yang teratur. Ketua-ketua masyarakat bertanggungjawab mentadbir bandar-bandar ini. Sebab itulah munculnya golongan pemerintah dan golongan diperintah pada zaman ini. Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. Sebagai contoh, Kod Hammurabi yang diamalkan di Tamadun Sumeria telah merangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan. Wujudnya Organisasi Sosial Perkembangan bandar atau negara kota melahirkan satu masyarakat yang mempunyai organisasi sosial yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu lapisan masyarakat yang tersusun dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi diikuti oleh golongan pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintah ini diikuti oleh golongan yang diperintah seperti rakyat bebas, petani dan artisan. Golongan yang mempunyai kedudukan yang paling rendah ialah hamba abdi. Perkembangan Teknologi Perkembangan sains dan teknologi telah tercapai dalam bidang pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Dalam bidang pertanian, terusan dibina untuk mengairi sawah. Roda dicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan peroda untuk membuat tembikar. Penemuan-penemuan baru ini telah berlaku dalam beberapa bidang sains seperti astronomi, matematik dan perubatan. Wujudnya penciptaan layar kapal, kalendar, alat menyukat dan penimbang pada zaman ini juga. Sebagai contoh, rakyat Mesir membina piramid dan orang Mesopotamia membina Ziggurat. Pengkhususan Kerja Kemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan pertambahan kegiatan ekonomi dalam masyarakat susun lapis yang diurbanisasikan sehingga wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan. Pengkhususan telah melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti pertukangan kayu, barang-barang kemas, kain dan sebagainya. Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi. Secara tidak langsung, pengkhususan telah meningkatkan kecekapan seseorang. Wujudnya Kepercayaan Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam masyarakat bertamadun. Penduduk awal ini percaya kepada semangat roh yang ada pada alam semula jadi seperti pokok, binatang, sungai yang dikatakan mempunyai semangat yang tersendiri yang dikenali sebagai kepercayaan animisme. Selain itu, mereka juga mengamalkan pemujaan nenek moyang. Amalan ini dapat dilihat di Tamadun HwangHo. Kepercayaan mereka berkait rapat dengan kepercayaan Politeisme atau kepercayaan kepada banyak tuhan. Dengan itu, mereka telah menyembah dewa-dewi dan patung atau tuhan tertentu serta pemujaan alam semesta dan kehidupan selepas mati. Wujudnya Bahasa dan Tulisan Perkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan dalam sistem tulisan dan bahasa. Sistem tulisan ini diperlukan untuk mencatatkan semua urusan yang berkaitan dengan agama dan perdagangan supaya dapat diperturunkan kepada generasi yang lain. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudahkan dan menggalakkan lagi perniagaan dan interaksi antara masyarakat negara kota yang berlainan. Tulisan yang terawal merupakan tulisan lukisan (piktograf), terutama di Tamadun Sumeria dan Mesir. CIRI-CIRI TAMADUN SUMERIA Latar Belakang Tamadun Sumeria merupakan salah satu tamadun terawal di dunia. Tamadun ini juga dikenali sebagai Tamadun Mesopotamia. Tamadun ini terletak di Teluk Parsi. Ia dipercayai bermula kira-kira tahun 6,000 SM. Perkataan Mesopotamia bererti tanah di antara dua sungai, di mana tamadun ini berkembang di antara Lembah Sungai Tigris dan Lembah Sungai Eupharates. Pada tahun kira-kira 4,500 SM, orang-orang Sumer menetap di Dataran Shinar. Mereka melakukan kegiatan pertanian. Pada tahun 3,000 SM pula, perkampungan Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates berkembang menjadi beberapa buah negara kota yang makmur.

6
Ciri-ciri Pemebntukan Bandar Kira-kira pada tahun 4,500 SM, orang-orang Sumer menetap di Dataran Shinar. Tanah di dataran ini amat sesuai untuk kegiatan pertanian. Dengan adanya kegiatan pertanian, satu perkampungan Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates mula wujud. Beberapa buah negara kota yang makmur dibina, antaranya Ur, Urech dan Kish. Setiap negara kota mempunyai sebuah bandaraya dan tanah yang luas di sekelilingnya. Setiap negara kota diperintah oleh seseorang pemerintahnya sendiri atau seorang paderi yang dikenali sebagai patesi. Katanya terletak di tebing terusan dan sungai berhadapan dengan hutan yang mempunyai banyak hasil hutan. Setiap negara kota ini juga mempunyai peraturan dan undang-undangnya yang tersendiri. Pemerintahnya juga membina dan memelihara terusan dan benteng untuk menjaga ladang-ladang di sekelilingnya. Pemerintah ini juga membina tembok pertahanan untuk mencegah pencerobohan musuh luar dan untuk memberi perlindungan kepada penduduknya. Pembentukan Kerajaan Peperangan sering berlaku di antara negara kota menyebabkan sentiasa berlakunya penukaran pemerintah, kemusnahan negara kota dan keruntuhan Tamadun Sumeria. Kira-kira pada tahun 2,750 SM, Raja Sargon dan Akadia menguasai tamadun ini. Baginda meluaskan wilayahnya sehingga Elam di Timur dan Laut Mediterranean. Kira-kira tahun 2,200 SM, sekumpulan orang Amorotes menyerang Mesopotamia dan menawan Babylon. Babylon ini kemudian berkembang menjadi sebuah negara kota yang indah, kuat dan termasyhur di bawah pemerintahan Hammurabi. Selepas kemangkatan Hammurabi, kerajaan ini diserang oleh Kerajaan Assyria. Nebuchadnezzar dari puak Chaldea menjadi raja Babylon (625 SM) dan Babylon dibina semula menjadi sebuah negara kota yang kuat dan pusat empayar yang baru. Selepas itu, orang Parsi (Raja Cyprus) menyerang dan menawan negara-negara kota Mesopotamia. Wujudnya Organisasi Sosial Golongan pendeta dan raja mempunyai kedudukan yang tertinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai Amelu. Golongan saudagar dan peniaga atau dikenali sebagai Mushkinu pula mewakili kelas pertengahan. Seterusnya, golongan petani dan artisan pula menduduki lapisan yang ketiga di mana amalan pengkhususan kerja paling jelas dilihat. Golongan yang dibawah sekali ialah golongan hamba. Golongan ini terdiri daripada tawanan perang serta orang tempatan yang dijual sebagai hamba. Mereka boleh menjadi bebas jika mereka patuh dan setia kepada tuannya tetapi mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam pentadbiran. Kadang-kala, hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka juga lebih berat iaitu dua kali ganda daripada hukuman biasa atas bangsawan. Perkembangan Teknologi Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Sistem pengairan yang maju dibina untuk mengelakkan banjir dan kemarau. Pokok-pokok pula ditanam sebagai penghalang angin. Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan, kincir dalam sistem pengairan dan membuat tembikar dengan peroda. Dalam bidang pertanian, penciptaan bajak dan alat menabur mempercepatkan kerja pertanian. Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Seperti orang Mesir, mereka tahu mengira keluasan sesuatu kawasan dan isipadu. Pengkhususan Kerja Kewujudan organisasi sosial mendorong kepada kewujudan pengkhususan kerja. Raja berperanan sebagai ketua kerajaan. Baginda berkuasa mutlak dalam pengurusan segala hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga merupakan ketua tentera dan sebagainya. Golongan pendeta pula bertugas menguruskan hal-ehwal agama. Beliau secara tidak langsung terlibat dalam penciptaan kalendar. Golongan petani bertugas melakukan aktiviti bercucuk tanam, penternakan binatang dan sebagainya. Golongan artisan pula bertugas membuat roda, tembikar, mengukir dan sebagainya. Yang akhir sekali, iaitu hamba abdi bertugas untuk melakukan kerja-kerja berat tanpa menerima gaji. Wujudnya Kepercayaan Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan. Mereka menyembah Tuhan yang turun ke bumi dari langit untuk melindungi negara kota mereka. Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 67 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhut ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin). Orang Sumeria menganggap dewadewi menentukan kejadian bencana alam dan melapetaka. Apabila berlaku bencana ini, berertilah dewa-dewi telah menjatuhkan hukuman ke atas rakyat. Walau bagaimanapun, orang Sumeria tidak percaya kepada konsep kehidupan selepas mati. Wujudnya Bahasa dan Tulisan Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar untuk merekodkan urusan perdagangan dan pentadbiran. Kemudian, tulisan ini dipermudahkan ke dalam bentuk simbol. Simbol-simbol ini ditulis si atas tanah liat. Orang Sumeria kemudian membentuk sistem penulisan berbentuk pepaku. Bentuk tulisan pepaku ini dipanggil cuneiform atau tulisan berbaji. Dengan menggunakan tulisan cuneiform, orang Sumeria telah membuat rekod-rekod di atas tanah liat yang menjadi sumber sejarah Tamadun Sumeria. CIRI-CIRI TAMADUN MESIR Latar Belakang Mengikut Herodotus, negeri Mesir ialah anugerah dari Sungai Nil. Sungai ini mengalir di kawasan tandus yang berbatu-bata membawa bersama-samanya lumpur-lumpur yang mendak di tebingnya. Kejadian banjir telah menyuburkan kedua-dua tebing sungai.

7
Selain itu, Sungai Nil telah membekalkan air untuk tanaman yang ditanam dan bekalan makanan laut serta menjadi alat pengangkutan bagi penduduk. Adalah dipercayai orang Mesir datang ke kawasan Sungai Nil dari Timur melalui Aden pada kira-kira 5000 SM. Apabila mereka mendapati delta Sungai Nil ini sangat subur, mereka mula membentuk perkampungan di sini. Adalah dipercayai juga, kewujudan kerajaan di Lembah Nil ini bermula sebelum tahun 3100 SM. Ciri-ciri Pembentukan Bandar Dipercayai orang Mesir datang ke kawasan Sungai Nil pada kira-kira 5000 SM. Orang ini bergerak merata-rata di kawasan ini pada permulaan. Apabila mereka sedar betapa suburnya delta di sebelah Utara Sungai Nil, mereka pun menetap di sini. Di sini, mereka menjalankan aktiviti pertanian. Suatu perkampungan kecil dibentuk. Perkampungan ini kemudian mengalami urbanisasi dan membentuk negara kota yang mempunyai ramai penduduk, merupakan pusat perdagangan dan sebagainya. Memphis dan Thebes merupakan contoh negara kota yang terkenal di Tamadun Mesir ini. Pembentukan Kerajaan Di sepanjang zaman lampau ini, perkelahian sering berlaku di antara penduduk yang tinggal di sepanjang Lembah Sungai Nil. Setelah mereka menjadi lebih mahir membuat senjata, mereka ini dapat mengatasi jiran-jiran mereka. Apabila satu-satu puak berjaya mengatasi puak lain, puak-puak yang dikalahkan itu akan dipaksa mengiktiraf totem (simbol) puak pemenang itu sebagai tuhan yang maha berkuasa. Lebih kurang dalam 4300 SM, dua puak telah menghapus puak-puak yang lain dan masing-masing membentuk kerajaan di sebelah Utara dan Selatan Lembah Nil. Lama-kelamaan, Kerajaan Hulu dan Hilir bercantum menjadi satu dan diperintah oleh seorang raja. Wujudnya Organisasi Sosial Kedudukan sosial seseorang individu dalam organisasi sosial Tamadun Mesir tidak berubah beribu-ribu tahun lamanya. Firaun atau Pharoah dianggap sebagai anak tuhan matahari Amon-Re. Baginda mempunyai kedudukan yang tertinggi. Selepas Firaun, golongan pemerintah yang terdiri daripada pendeta dan bangsawan menduduki tempat kedua. Mereka berkuasa sebagai pentadbir di negara kota. Seterusnya, peniaga, artisan dan tabib menduduki tempat yang ketiga. Mereka merupakan kelas pertengahan yang mempunyai bilangan yang amat terhad. Selepas kelas pertengahan ialah golongan petani yang hidup secara sederhana. Hamba berada di tempat yang paling bawah yang terdiri daripada orang tawanan perang. Mereka hidup dengan amat menderita. Golongan wanita juga mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat Mesir sekiranya dia melahirkan banyak orang anak. Perkembangan Teknologi Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar) dan matematik. Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain. Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai. Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid. Dalam bidang kejuruteraan, kebolehan mereka dapat dilihat melalui pembinaan piramid. Alat-alat mudah seperti pahat, tembaga, baji dan tukul batu digunakan. Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan. Pengkhususan Kerja Kewujudan organisasi sosial telah mewujudkan pengkhususan kerja bagi setiap lapisan masyarakat. Firaun bertugas memerintah negara Mesir dan berkuasa mutlak serta mempunyai kuasa penuh ke atas tanah air di Mesir. Baginda memerintah dengan dasar kuku besi. Dasar kuku besi bermaksud rakyat dipaksa patuh kepada Firaun dan rakyat dipaksa membayar cukai. Golongan pendeta bertanggungjawab menjalankan upacara untuk mententeramkan tuhan mereka. Golongan bangsawan pula menjadi gabenor daerah, pegawai istana atau pemungut cukai. Kelas pertengahan pula menjadi peniaga, tabib ataupun artisan. Golongan petani bertugas untuk menanam tanaman seperti gandum dan barli. Mereka dikehendaki menyerahkan 2/3 daripada hasil tanaman kepada kerajaan sebagai cukai. Hamba pula bekerja sebagai petani atau bekerja di kuil atau di projek pengairan. Wujudnya Kepercayaan Agama dan kepercayaan memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Mesir. Masyarakat di Mesir percaya bahawa alam semesta dikuasai oleh tuhan atau dewa-dewi yang menentukan hidup atau mati segala-gala benda dalam alam semesta. Mereka memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing untuk mendapatkan kebahagiaan kepada mereka. Tuhan yang disembah oleh orang Mesir termasuk Amon-Re (matahari), Osiris (Sungai Nil), Isis (Bulan), Nut (langit), dan Shu (udara). Orang Mesir juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Mereka percaya orang yang mati akan hidup dengan penuh kebahagiaan di akhirat, maka roh mesti dibekalkan dengan segala keperluan dan barang kemas. Mereka memumiakan mayat dan mayat itu disemadikan bersama-sama dengan segala keperluan dan barang kemas. Dalam proses memumiakan mayat, mayat disumbat dengan garam dan kemudiannya dibalut dengan kain. Golongan pemerintah pula membina piramid untuk menyimpan mumia dan dijadikan sebagai tempat roh bersemadi. Piramid juga digunakan untuk menyimpan harta Firaun yang mati. Piramid yang terkenal ialah Piramid Agung yang dibina di Giza untuk Firaun Khufu. Wujudnya Bahasa dan Tulisan Pada tamadun awal Mesir, tulisan digunakan untuk menyimpan rekod tentang upacara keagamaan dan harta yang ada di kuil-kuil. Bentuk tulisan yang dicipta oleh para pendeta ini dikenali sebagai hieroglif. Tulisan hieroglif berbentuk gambar dan diukir pada batu atau kayu. Setelah membuat kertas daripada pokok papyrus, orang Mesir menulis dengan menggunakan dakwat dan berus.

8
CIRI-CIRI TAMADUN HWANG-HO Latar Belakang Tamadun awal China telah wujud di Lembah Sungai Hwang-Ho atau Lembah Sungai Kuning pada tahun kira-kira 5000 SM. Lembah Sungai Hwang-Ho ini mempunyai tanah loes yang subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Bukti yang menunjukkan kewujudan Tamadun Hwang-Ho ini ialah perjumpaan manusia homo sapien Cina di Sze-Chuan dan Yang-Tze. Selain itu, manusia Peking juga ditemui dan dipercayai bahawa manusia ini hidup hampir 500,000 tahun dahulu. Kerajaan Shang wujud pada zaman ini tetapi asalusulnya kabur. Namun begitu, Kerajaan Shang ini dipercayai bermula antara tahun 1700-1600 SM dan berakhir pada tahun 1122-1100 SM. Ciri-ciri Pembentukan Bandar Penduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho sesuai untuk pertanian. Mereka mendirikan perkampungan tetap di sana. Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Contoh bandar atau negara kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Changgan dan sebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan tembok telah dibina untuk melindungi bandar tersebut. Pembentukan Kerajaan Pada permulaan, setiap negara kota itu merupakan satu kerajaan. Terdapat satu daripada negara kota itu telah berjaya memperluaskan wilayahnya dengan menawan negara kota yang lain. Negara kota itu ialah Shang. Juga dipercayai bahawa sebelum Shang, terdapat satu dinasti yang bernama Hsia. Raja Shang ini kemudian memperkuatkan kekuatan tenteranya dan negara kota yang lemah pun secara sukarela menunduk terhadap kekuasaan Shang. Maka akhirnya Kerajaan Shang pun ditubuhkan. Kerajaan Shang ini diketuai oleh seorang raja dan setiap orang bangsawan pula akan diberikan sesuatu wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun. Kerajaan Shang ini beribu kota di Anyang. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu Wang dari Kerajaan Chou kerana kezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin. Wujudnya Organisasi Sosial Dalam organisasi sosial Tamadun Hwang-Ho, Raja menduduki hierarki yang tertinggi dalam masyarakat Cina. Di bawahnya, terdapat golongan bangsawan, mereka merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas bangsawan, golongan petani menjadi golongan yang penting. Namun begitu, ramai daripada mereka menjadi hamba berhutang pada zaman Dinasti Chou kerana tidak dapat mengeluarkan hasil yang mencukupi. Artisan, peniaga dan askar menduduki tempat yang paling rendah dalam hierarki masyarakat China. Selain itu, terdapat ahli-ahli sihir yang mentafsirkan mimpi raja dan pawang yang menjalankan upacara-upacara di istana Shang. Perkembangan Teknologi Sains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju sejak Dinasti Shang dan bertambah maju pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan. Pengkhususan Kerja Raja dianggap sebagai anak tuhan iaitu Tian Zhi, maka baginda berkuasa memerintah negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga merupakan "Tuan Tanah" dan bangsawan pula merupakan "Penyewa Tanah". Golongan bangsawan akan dianugerahkan sebuah wilayah untuk ditadbir secara mutlak dan sebahagian hasil yang diperolehi akan diserah kepada raja. Golongan bangsawan ini juga mewujudkan sistem pemerintahan birokrasi di bahagian pusat di mana jabatan-jabatan seperti kewangan, pasukan bersenjata, undangundnag diwujudkan. Di antara kurun ke-8-3 SM, golongan ini menjadi terlalu kuat dan kerajaan pusat tidak lagi berupaya mengawal kuasa mereka. Golongan petani pula bekerja sebagai pencucuk tanam ataupun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan diserahkan sebahagian kepada bangsawan sebagai cukai. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masing-masing menjalankan kewajipan mereka mengikut kemahirannya. Wujudnya Kepercayaan Mengenai Tamadun Hwang-Ho, mereka mengamalkan pemujaan terhadap nenek moyang. Mereka percaya nenek moyang mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka. Apabila mereka hendak mendapat mertolongan daripada nenek moyang, mereka akan menggunakan tulang nujum. Tulang nujum ini akan diukir dengan beberapa soalan dan kemudian dihempaskan. Berdasarkan retak-retak atas tulang, mereka akan membuat ramalan. Selain daripada pemujaan nenek moyang, mereka juga menyembah Tuhan Shang Ti, tuhan matahari, tuhan bulan, tuhan angin dan sebagainya. Wujudnya Bahasa dan Tulisan Sejak zaman Dinasti Shang, sistem tulisan dalam bentuk gambar yang melambangkan sesuatu perkara atau benda telah wujud. Tulisan ini menggunakan idea abstrak. Terdapat lebih kurang 3,000 simbol ini kekal selama 3,500 tahun sehingga masa kini. Bentuk tulisan ini dipanggil ideogram. Ia ditulis secara menegak dalam lajur-lajur kecil. Jurutulis yang mahir menulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu dan sebagainya. Contoh bentuk tulisan ideogram ialah 山 yang mewakili bukit dan 日 yang mewakili matahari.

CIRI-CIRI TAMADUN MOHENJO-DARO DAN HARAPPA Latar Belakang Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa juga dikenali sebagai Tamadun Indus. Tamadun ini wujud kira-kira dari tahun 2500-500 SM di sekitar Sungai Indus. Tamadun ini terdiri daripada 70 buah bandar di dataran-dataran yang direntasi oleh Sungai Indus dan Sungai Ganges di Barat Laut India. Walau bagaimanapun, hanya dua tempat sahaja mempunyai kebudayaan rumit dan jelas iaitu MohenjoDaro dan Harappa. Kedua-dua bandar ini juga merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah manusia.

9

Ciri-ciri Pembentukan Bandar (klik sini untuk keterangan selanjutnya) Seperti dengan tamadun yang lain, bandar negara kota ini terbentuk apabila satu perkampungan ini mengalami urbanisasi. Pembentukan ini menunjukkan corak kehidupan manusia yang semakin berorganisasi dan berkebijaksanaan. Antara negara kota ini, Harappa dan Mohenjo-Daro mempunyai struktur yang teratur.Kedua-dua bandaraya terbahagi kepada petak-petak perumahan berdasarkan corak checker-board. Jalan raya utama amat luas dan terbentang dari Utara ke Selatan dan dari Barat ke Timur. Rumahrumah dibina dengan batu-bata dan terletak di kedua-dua belah jalan raya. Setiap rumah ini mempunyai bilik mandi, tandas, dapur dan telaga. Selain itu, bandaraya ini mempunyai jelapang-jelapang, dewan orang ramai, kedai-kedai, sistem saluran najis di bawah tanah dan citadel yang dibina untuk didiami oleh golongan pemerintah. Seterusnya, kubu-kubu telah dibina untuk melindungi bandar-bandar ini daripada serangan musuh. Pembentukan Kerajaan Secara amnya, setiap negara kota ini merupakan satu kerajaan. Ia diperintah oleh pendeta atau paderi dengan kuasa mutlak. sistem pemerintahannya adalah teratur dan bersistematik. Tamadun ini telah mengalami kemerosotan dan terus lenyap kira-kira 1500 SM. Organisasi Sosial Organisasi sosial bagi tamadun ini tidak berapa jelas. Tapi, apa yang dapat dilihat ialah para pendeta menjadi ketua kerajaan dan selepasnya terdapat satu golongan petani yang bilangannya agak ramai. Selain itu, terdapat juga golongan peniaga yang dipercayai menjalankan kegiatan perdagangan dengan bandar Ur di Mesopotamia. Perkembangan Teknologi Perkembangan teknologi tamadun ini tidak berapa jelas juga. Tetapi apa yang diketahui ialah roda telah dicipta dan digunakan sebagai alat pengangkutan. Pengkhususan Kerja Para pendeta bertanggungjawab mengawal pembinaan bangunan baru, menetapkan piawai timbangan dan ukuran dan mengawal ketat sistem tulisan, bentuk bangunan, pelan jalan dan saiz batu-bata yang digunakan dalam pembinaan. Golongan petani pula bertanggungjawab menanam tanaman seperti gandum, barli, padi dan kapas dan menternak binatang seperti lembu, biri-biri, kambing, babi dan ayam. Selain itu, terdapat orang yang mengamalkan pekerjaan berniaga, pengukir batu, pembuat barang kemas, tukang besi dan pembuat tembikar. Wujudnya Kepercayaan Menurut sumber arkeologi, masyarakat Indus mengamalkan kepercayaan animisme. Oleh itu, penduduknya menyembah binatang, pokok dan batu. Berdasarkan kepercayaan ini juga, lembu jantan dianggap sebagai binatang suci. Masyarakat Indus juga menyembah Dewa Siva dan Dewi Shakti yang bermuka tiga. Namun demikian, kuil-kuil tidak dibina untuk tuhan-tuhan ini. Masyarakat rakyat Indus mengamalkan upacara pengebumian dan pembakaran mayat. Habuk mayat biasanya dibuang ke dalam sungai. Kira-kira pada tahun 1500 SM, orang Aryan menyebarkan agama polytheistic, hasilnya mereka mula menyembah tuhan matahari, langit, petir dan api. Walaupun begitu, orang Aryan ini sebenarnya menyembah kepada satu tuhan sahaja (monotheistic) dan percaya kepada konsep hidup semula dalam jasad lain. Wujudnya Bahasa dan Tulisan Sistem tulisan yang wujud di Tamadun Indus adalah berbentuk gambar. Terdapat hampir 400 simbol keseluruhannya. Arah tulisannya bermula dari kiri dan menuju ke arah kanan. CIRI-CIRI PERBANDARAN TAMADUN MOHENJO-DARO DAN HARAPPA Pengenalan Menurut Kamus Dewan, tamadun ditakrifkan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu bangsa yang bersopan-santun dan berkemajuan. Merujuk perspektif Barat, tamadun ialah kemajuan seimbang dari aspek kerohanian dan kebendaan ke atas individu dan masyarakat. Manakala, menurut sarjana Islam, 'Umar 'Audah al-Khatib, tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan dalam sesuatu sejarah. Secara umum, tamadun ditakrifkan sebagai sesuatu masyarakat peringkat kemajuan dalam kehidupan manusia (merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial) melalui pembentukan organisasi sosial, bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan, pengkhususan kerja, pertumbuhan bandar serta sistem pentadbiran yang sistematik. Tamadun manusia merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur. Perkataan "tamadun" berasal daripada perkataan Latin "citivas" yang bermaksud kota. Ciri-ciri Penempatan Tetap Penempatan tetap mula berkembang apabila perkampungan-perkampungan dengan bilangan penduduk yang kecil mula

10
menjalankan kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan. Proses perubahan dan kemajuan ini dikenali sebagai proses perbandaran atau urbanisasi. Misalnya, pertanian dan perdagangan merupakan kegiatan ekonomi Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa yang utama. Bekalan air yang mencukupi dan kekayaan tanaman menyebabkan pelbagai jenis tanaman dapat dihasilkan seperti gandum dan barli disamping betik, tembikai, dan kacang. Kejayaan paling memberangsangkan ialah penanaman kapas. Dengan penanaman kapas, mereka telah menjalankan perusahaan ekonomi yang melibatkan kain kapas. Selain itu, penternakan turut dijalankan. Orang Harappa juga membela anjing, lembu dan kerbau. Unta, gajah, kuda dan keldai digunakan sebagai alat pengangkutan terutama bagi kafilah. Perdagangan Perdagangan yang dijalankan juga merupakan salah satu ciri perbandaran. Apabila penduduk menjalankan aktiviti perdagangan, penempatan tetap akan mula mengalami perkembangan. Sebagai contoh, perdagangan merupakan ekonomi Tamadun MohenjoDaro dan Harappa yang penting. Barangan utama yang diperdagangkan ialah kapas yang merupakan salah satu bahan eksport utama bagi Tamadun Indus. Selain itu, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan barang-barang keluaran Indus telah sampai ke Mesopotamia kira-kira antara tahun 2300 dan 2000 SM. Di samping itu, orang Barat dikatakan pernah tiba di Harappa. Kapak yang diperbuat daripada tembaga atau gangsa dijumpai di kawasan Indus menunjukkan adanya hubungan dengan Asia Barat. Dengan kehadiran benda-benda di kawasan Indus seperti lapis lazuli, jed, turquoise dan sebagainya membuktikan perdagangan yang dilakukan antara Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa dengan Iran, Iraq, Afghanistan Pertengahan Asia. Selain itu, Tamadun Indus juga mengamalkan industri kecil-kecilan seperti menenun kain serta pertukangan tangan. Perancangan Bandar Salah satu ciri perbandaran lagi ialah perancangan bandar. Bandar dirancang supaya menjadi lebih sistematik. Misalnya, bandar Harappa dan Mohenjo-Daro merupakan perancangan bandar (town planning). Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bandar Benar (city proper) dan pusat benteng atau kubu (citadel) di Timur yang lebih kecil dan tinggi. Terdapat juga sebuah citadel yang didiami oleh golongan pemerintah. Kesimpulannya, Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa memperlihatkan perancangan bandar yang sempurna. Pembinaan Jalanraya Pembinaan jalanraya yang sistematik dan lurus juga merupakan satu ciri perbandaran. Jalanraya dibina untuk menghubungkan satu kawasan dengan satu kawasan yang lain. Di kota Mohenjo-Daro dan Harappa, jalan utama dibina berturut-turut dari Utara ke Selatan dan ke arah Timur serta Barat. Di Kalibangan antara jalan Utara-Selatan mempunyai 7.2 meter lebar, sedangkan jalan Utara-Selatan yang lain adalah tiga suku daripada lebarnya. Jadi, boleh dikatakan pembinaan sistem jalanraya yang lurus dan sistematik adalah ciri perbandaran yang amat penting. Kemudahan Maju Bandar raya yang dilengkapi kemudahan maju adalah ciri perbandaran yang ketara. Kemudahan yang sempurna memperlihatkan taraf hidup rakyat yang tinggi. Contohnya, Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa yang memiliki kemudahan yang maju. Di pusat bandar, mereka membina rumah kedai dan rumah tinggal. Rumah-rumah diperbuat daripada batu-bata dan beratan serta mempunyai bilik mandi, dapur, tandas dan longkang. Bandar raya terbahagi kepada petak-petak perumabahn berdasarkan corak checker board. Terdapat juga jelapang-jelapang, dewan orang ramai dan kedai-kedai. Bandar raya tersebut mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah. Dengan itu, kemudahan yang ada pada Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa adalah agak maju. Tumpuan Pelbagai Kegiatan Setelah perkampungan-perkampungan berkembang menjadi sebuah bandar utama, maka bandar tersebut akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi, tempat pembinaan kota, istana dan tempat ibadat. Dari segi penduduk, Mohenjo-Daro dan Harappa mempunyai 40,000 orang penduduk. Dewan orang ramai dibina supaya para penduduk dapat berhimpun bersama. Jelapang-jelapang dan kedaikedai dibina di pusat bandar Mohenjo-Daro dan Harappa menjadikan bandar setelah tumpuan kegiatan ekonomi. Kubu-kubu Harappa menjadikan bandar sebuah tumpuan kegiatan ekonomi. Kubu-kubu dan menara-menara turut dibina untuk melindungi bandar-bandar itu daripada serangan musuh. Citadel di bandar pula merupakan tempat kediaman golongan paderi atau pendeta. Kesimpulannya, Kota Mohenjo-Daro dan Harappa menjadi tempat pertemuan rakyat dan tempat mereka untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian. Penutup Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah manusia. Pembentukan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa jelas memperlihatkan corak kehidupan manusia yang berorganisasi dan kebijaksanaan penduduk dalam proses perbandaran. TAMADUN ARAB Latar Belakang Arab merujuk kepada kawasan yang terletak di antara Asia dan Afrika. Terdapat banyak tamadun di kawasan Arab, di antaranya termasuklah Anbat, Palmyra, Ghassan, Hirah, Main, Qatban dan Himyar. Di antara tamadun ini, Anbat ialah tamadun yang terkenal. Ia merupakan tamadun yang teragung di Arab dan berkembang sebelum zaman Jahiliah. Tamadun Sabak pula bersifat tulen - kurang menerima pengaruh dari tamadun asing. Ia melambangkan keemasan zaman Arab Purba. Ia terletak di bahagian Selatan Semenanjung Arab, iaitu di negeri Yaman dan diasaskan oleh Sabak Bin Tasyjab. Kerajaan Sabak boleh terbahagi kepada 2 zaman: Sarwah (sebelum 950 SM - 650 SM) dan Maarib (650 SM - 115SM). Pemerintahnya yang cekap ialah Balqis

11
Ciri-ciri Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Arab berbentuk ala demokrasi. Terdapat beberapa majlis dalam sistem pemerintahannya, iaitu Majlis Diraja dan Majlis Perwakilan. Majlis Perwakilan diwakili oleh orang kecuali hamba yang bekerja di ladang. Majlis ini akan diadakan persidangan 2 kali setahun. Bukti amalan demokrasi: Puteri Balqis memanggil menteri-menteri untuk membincangkan kandungan surat yang diterima daripada Nabi Sulaiman. Organisasi Sosial Tamadun Arab mempunyai susun lapis masyarakat yang jelas. Pemerintah yang dikenali sebagai Malik, Mulak atau Ratu menduduki tempat yang tertinggi. Ia diikuti oleh golongan bangsawan yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dan mempunyai ladang yang luas. Golongan pertengahan yang terdiri daripada peniaga dan tentera menduduki tempat ketiga. Di tempat yang bawah sekali ialah hamba yang bekerja di ladang. Teknologi Teknologi Tamadun Arab adalah tinggi. Buktinya, Empangan Maarib yang berfungsi mengawal banjir, membekalkan air pada musim kemarau. Banyak istana telah dibina, antaranya Istana Salihim, Ghuradan dan Bainun. Benteng-benteng pertahanan juga dibina. Tamadun Arab menghasilkan barang-barang ukiran pada dinding rumah ibadat dan istana, contohnya patung Puteri Balqis yang diampit oleh 2 orang dayang. Selain itu, tempat-tempat penyembahan juga banyak dibina. Pengkhususan Kerja Raja berkuasa mutlak dalam memerintah negara. Golongan bangsawan pula membant raja dalam pentadbiran, memegang jawatan penting kerajaan dan mempunyai ladang yang luas. Seterusnya, peniaga melibatkan diri dalam perniagaan dan tentera menjaga pertahanan dan keselamatan negara. Akhir sekali, golongan hamba bekerja berat di ladang dan kehidupan mereka adalah susah. Agama Agama yang diamalkan oleh Tamadun Arab ialah agama kosmologi (alam semesta) pada peringkat awal. Agama yang menyembah matahari dan bulan (cakrawala) yang dikenali sebagai animisme turut diamalkan. Terdapat banyak tempat penyembahan untuk dewi bulan dan matahari di Arab. Selepas itu, agama ini telah bertukar menjadi agama Tauhid (monoteisme) iaitu apabila Puteri Balqis menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Allah Sulaiman. Bahasa dan Tulisan Orang Arab merupakan orang pertama yang merekodkan tamadun mereka. Mereka merekodkan pembangunan yang dibuat, kemenangan dari peperangan, penjenayah, perkembangan pemikiran dan sebagainya. Bahasa Arab digunakan. Banyak istilah bahasa digunakan secara meluas terutamanya di Hijaz. Contoh: al-Rahman, al-Rahis, Syirik dan Kutur. Ekonomi Aktiviti ekonomi yang diamalkan oleh Tamadun Arab ialah perdagangan. Mereka aktif berniaga sehingga ke peringkat antarabangsa. Mereka mengeksport emas, batu permata ke Haspa, Mesir, India, China dan Kepulauan Melayu. Pelabuhan yang penting ketika itu ialah Pelabuhan Adana. Mereka turut memonopoli aktiviti perdagangan di kawasan Lautan Hindi dan Lautan Merah. Pertanian turut dilaksanakan dan Empangan Maarib amat membantukan mereka dalam aktiviti ini. Empangan Maarib menakung air semasa musim hujan dan digunakan semasa musim kemarau. Hasil pertanian yang diperolehi bukan sekadar untuk memenuhi keperluan mereka malah boleh dijual di kawasan berhampiran. TAMADUN INCA Latar Belakang Tamadun Inca juga dikenali sebagai Tamadun Andean. Tamadun Inca ini merujuk kepada masyarakat pribumi Hindia Barat yang telah mula berkembang di kawasan tanah tinggi Barat Laut Amerika Selatan untuk beberapa ribu tahun sebelum Masihi sehinggalah kedatangan Sepanyol pada tahun 1532 di kawasan tersebut. Unsur asas ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat ini masih terdapat di kalangan penduduk kaum India di Peru, Bolivia, Ecuador dan Colombia. Frasa "Andean" ini juga termasuk penduduk yang tinggal di tepa pantai Peruvian. Di tepi pantai, ikan dan makanan laut merupakan makanan penting manakala di kawasan tanah tinggi, kegiatan memburu merupakan kegiatan yang penting bagi mendapatkan bekalan makanan. Seperti tamadun yang lain, Tamadun Inca juga terlibat dalam kegiatan pertanian dan dipercayai kegiatan pertanian ini mula berkembang sejak 4,000 tahun dahulu. Mereka tinggal di rumah yang dibina dengan separuhnya di bawah tanah. Mereka tahu sedikit tentang penanaman jagung dan pembuatan tembikar tetapi mahir dalam penanaman cili, lada dan kapas dan membuat pakaian dan bakul. Ciri-ciri Pembentukan Kerajaan Maharaja Inca bertanggungjawab mentadbir empayar. Baginda suka berperang. Baginda menjalankan pentadbiran secara pecah dan perintah: pembesar dan etnik terdapat di merata tempat dalam empayar; cuba sedaya upaya agar kumpulan etnik tidak berkeyakinan; menyukarkan segala yang dilakukan oleh kumpulan etnik supaya mereka tidak berjaya. Baginda sering berperang demi agama. Kaum lelaki dibahagikan kepada berbagai unit: 100, 500, 1,000, 5,000, 10,000 untuk menjadi tenaga buruh atau tentera. Wanita yang cantgik pula dipilih untuk dijadikan gundik kepada pembesar dan raja. Gadis yang tidak cantik dijadikan "virgin of the sun" serta diarah menenun kain.

12
Organisasi Sosial Maharaja (emperor) dianggap sebagai "Tuhan Matahari" selagi masih hidup, berkuasa penuh. Selepas Maharaja, apo yang mentadbir 4 tentori dalam empayar (dengan itu mempunyai 4 orang apo). Mereka merupakan saudara mara Maharaja. T'oqrikq pula merupakan gabenor wilayah. Beliau menduduki tempat selepas apo dan memerintah wilayah yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik. Kurakas pula merupakan ketua etnik yang bertanggungjawab memungut cukai daripada kalangan penduduk dalam unit manusia. Sebagai balasan kepada kurakas, dia tidak perlu membayar cukai. Formen pula bertanggungjawab mentadbir 10 buah rumat. Akhir sekali ialah rakyat. Perkembangan Teknologi Masyarakat Inca mula menggunakan dacing untuk menimbang. Selain itu, mereka juga mempunyai sistem pengaliran yang maju. Sistem pengairan ini telah membantu meningkatkan hasil pertanian. Mereka juga membina jambatan yang tergantung merentasi lurah. Masyarakat Inca juga tahu membina jalanraya. Jalanraya mereka dibina melalui gunung-ganang dan pantai. Sistem sukatan telah mula wujud pada zaman ini iaitu ukuran tangan Inca (8 inchi/20 cm) dan ukuran tubuh badan (160 cm). Mereka juga mempunyai sistem kalendar iaitu setahun mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan 30 hari (mula dengan Disember). Setiap bulan pula mempunyai 3 minggu dengan seminggu mempunyai 10 hari. Wujudnya Kepercayaan Masyarakat Inca memuja nenek moyang sendiri. Selain itu, tuhan pencipta (Virococha) juga disembah oleh seluruh empayar. Penyembahan Virococha akan dijalankan di kuil-kuil yang dibina oleh paderi. Penduduk tempatan dibenarkan menjalankan penyembahan sendiri tetapi dengan syarat menyembah Tuhan Inca. Selain daripada penyembahan Virococha, tuhan matahari juga disembah. Dalam penyembahan-Nya, upacara pengorbanan manusia akan dilaksanakan. Wujudnya Bahasa dan Tulisan Tulisan masyarakat Inca adalah berbentuk gambar. Selain itu, rekod yang melibatkan nombor dibuat di atas ikatan tali yang dipanggil quipu. TAMADUN MAYA Latar Belakang Maya merujuk kepada bangsa India Amerika yang tingga di Mexico. Tamadun ini dianggar muncul pada tahun 300-900 Masihi. Dua buah negara kota yang terkenal ialah Tical dan Kalakmul. Negara kota ini dianggarkan mempunyai 40,000 orang penduduk. Ciri-ciri Pembentukan Bandar Masyarakat Maya membentuk satu perkampungan pada permulaannya. Lama-kelamaan, satu bandar diwujudkan. Bandar ini merupakan satu kawasan kosong pada hari-hari biasa. Bandar ini hanya didiami oleh golongan pemerintah, iaitu paderi dan pembesar. Pada hari perayaan, suasana bandar akan menjadi riuh-rendah. Bagi rakyat biasa, mereka tinggal di luar bandar. Rumah mereka hanya dibina dengan tiang biasa, beratap daun dan lantai ditambun. Pembentukan Kerajaan Corak pemerintahan teokrasi diamalkan di Tamadun Maya. Frasa "teokrasi" ini bermakna semua keputusan yang diambil berlandaskan unsur agama, khususnya agama matahari. Raja menjadi ketua kerajaan. Baginda memerintah dengan mengikut kata-kata paderi dan kitab-kitab. Organisasi Sosial Raja menduduki tempat yang paling tinggi dalam hierarki organisasi sosial. Selepas baginda ialah golongan pendeta dan pembesar. Rakyat pula menduduki tempat yang paling rendah. Perkembangan Teknologi Tamadun Maya mahir dalam bidang senibina. Buktinya, kuil piramid telah dibina dengan mempunyai 3,000 tiang, keluasannya mencapai 16 km persegi, dan piramid ini mempunyai 200 tingkat (tingkat teratas ialah kawasan lapang yang digunakan sempena perayaan agama) dengan setiap tingkat mempunyai bilik-bilik yang berpintu tetapi tiada tingkap. Selain itu, terdapat 10 buah empangan telah dibina di seluruh Kerajaan Maya. Dari segi astronomi, mereka mengkaji tentang planet Venus. Mereka menghasilkan jadual luna (bintang) dan jangka masa bagi kejadian gerhana matahari. Mereka juga menghasilkan 2 jenis kalendar. Dalam bidang matematik, mereka mengkaji tentang sistem nombor, sifar. Mereka menganggap nombor 13 mempunyai kuasa magis. Pengkhususan Kerja Raja merupakan ketua kerejaan dan baginda sentiasa menurut kata pendeta. Pendeta pula merupakan orang yang berilmu tinggi. Golongan pendeta ini boleh dibahagikan kepada 3 jens mengikut kerja yang dilakukan: membelah dada dan mengambil hati; memegang kaki dan tangan mangsa korban; mentafsir kitab agama. Wujudnya Kepercayaan Masyarakat Maya percaya bahawa dunia ini mempunyai 4 arah dan diwakili oleh warna, warnanya bersama-sama pokok dan ada burung diatasnya. Bukti kepercayaan ini ialah 4 arah dunia yang ditemui di kuil penyembahan mereka sempena hari perayaan. Mereka juga percaya bahawa kedudukan bumi adalah di antara 13 lapis syurga dan 9 lapis "underworld" dan dunia ini terletak di tengahtengahnya.

13
Wujudnya Bahasa dan Tulisan Tulisan masyarakat Maya berbentuk hieroglif: piktografik (gambar) dan logografik (fenotik, akhirnya menjadi huruf). TAMADUN AZTEC Latar Belakang Masyarakat Tamadun Aztec merupakan sekumpulan atau puak memburu. Mereka tinggal di Mexico (Amerika Selatan). Tamadun ini eujud pada tahun 1325 M. Ciri-ciri Pembentukan Bandar Tamadun Aztec pada zaman kegemilangannya meliputi kawasan seluas 13 km persegi dengan penduduknya seramai 140,000 orang. Kawasan ini dikatakan paling padat pada ketika Tamadun Amerika Pertengahan. Pembentukan Kerajaan Raja Tamadun Aztec sangat zalim. Baginda memerintah secara "sistem kuku besi". Baginda menggunakan kuasa tentera atau kaedah peperangan untuk meluaskan wilayahnya. Organisasi Sosial Raja menduduki tempat yang paling tinggi dalam hierarki organisasi sosial. Raja yang terkenal ialah Itzcoatl (1428-1440). Selepas raja, paderi menduduki tempat yang kedua. Dia bertanggungjawab dalam upacara agama. Kelas birokrasi yang mengendalikan hal ehwal pentadbiran menduduki tempat yang seterusnya dan golongan serf yang terdiri daripada pekerja dan hamba menduduki tempat yang paling rendah. Perkembangan Teknologi Masyarakat Aztec menjalankan aktiviti pertanian secara intensif iaitu semua tanah yang ada digunakan sepenuhnya. Mereka membina sistem pengairan yang maju. Kawasan paya pula dibaikpulihkan untuk dijadikan kawasan pertanian. Dalam penciptaan kalendar, paderi telah menghasilkan 2 jenis: berasaskan upacara ritual; berkaitan dengan ketuhanan. Kalendar yang berasaskan upacara ritual mengandungi 365 hari (18 bulan dengan setiap bulan mempunyai 20 hari dan 5 hari malang lagi). Kalendar yang berkaitan dengan ketuhanan pula mempunyai 290 hari setahun dengan salah setahun adalah Tahun Tuhan. Wujudnya Kepercayaan Masyarakat Aztec menganut kepercayaan kosmologi., iaitu menyembah alam semesta. Mereka percaya bahawa bumi adalah ciptaan terakhir dalam siri alam semesta. Mereka juga menganggap kedudukan bumi adalah di antara 13 lapis syurga dan 9 lapis "underworld". Banyak tuhan yang telah disembah oleh tamadun ini, antaranya tuhan perang, tuhan matahari dan tuhan hujan. Upacara pengorbanan mesti diadakan untuk menyembah tuhan matahari. Manusia ditores hatinya di hadapan tuhan dan membiarkan darahnya mengalir. Wujudnya Bahasa dan Tulisan Sistem tulisan mereka merupakan campuran dari piktograf, ideogram dan simbol fenotik. Sistem tulisan ini berkaitan dengan kalendar ritual yang menandakan spekulasi terhadap tuhan-tuhan dan universal yang dikenali sebagai codices/codex. Bahasa yang mereka gunakan pula dikenali sebagai Nahua. FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada tanah lanar yang rata dan mempunyai tanih yang subur yang amat sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan. Penduduk-penduduk pra sejarah hidup semata-mata bergantung kepada keadaan alam sekitar. Oleh itu, bentuk muka bumi yang strategik dan terdiri daripada tanih yang subur telah banyak membantu mereka untuk menghasilkan makanan daripada sumber alam dan kemudian berkembang sehingga mereka mengetahui cara bercucuk tanam yang dapat menghasilkan makanan untuk sara diri dan kemudian berkembang ke arah yang bertamadun. Penghasilan makanan yang banyak dalam sesuatu tempat tertentu telah menyebabkan pertambahan penduduk dan menyebabkan tempat itu berkembang menjadi sebuah bandar kecil. Sebagai contoh, tanah loes di Lembah Hwang-Ho dan tanah lanar di Lembah Sungai Nil yang amat subur untuk menjalankan kegiatan pertanian telah berkembang menjadi perkampungan yang kecil. Lembah Sungai Sungai adalah salah satu faktor yang penting bagi kemunculan tamadun awal. Orang pra sejarah biasanya bertumpu di kawasan yang berhampiran dengan sungai yang mempunyai sumber perairan yang baik. Hal ini adalah kerana kehidupan seharian manusia sejak awal lagi adalah tidak dapat berpisah dengan air. Oleh itu, kawasan tepi sungai telah menjadi tumpuan penduduk pra sejarah awal. Sungai menyediakan air untuk tanaman khususnya kepada mereka yang mengetahui cara bercucuk tanam. Sungai juga menjadi sumber makanan yang utama kerana di dalam sungai terdapat habitat ikan dan mereka dapat menjalankan kegiatan penangkapan ikan di ditu. Sungai juga menjadi alat perhubungan bagi penduduk pra sejarah dengan menggunakan perahu yang diperbuat daripada batang-batang kayu yang berongga untuk dijadikan sebagai pengangkutan air dan mereka yang mengamalkan sistem barter dapat berhubung antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti pertukaran barang.

14
Iklim Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan mempunyai iklim yang sesuai. Dengan adanya iklim yang sesuai, alam sekitar dapat menghasilkan sumber makanan khususnya pertumbuhan tumbuhan. Iklim yang sesuai menggalakkan tumbuhan dapat bertumbuh dengan subur dan haiwan juga dapat melakukan pembiakan dalam keadaan yang baik. Dengan itu, habitat haiwan tidak akan menjadi pupus dan manusia dapat memperolehi sumber makanan yang banyak daripada binatang dan tumbuhan liar. Tamadun awal bermula di kawasan iklim yang berhawa sederhana, contohnya seperti di Asia Barat yang beriklim kering telah menyebabkan hutan terbakar dan tidak terdapat tamadun dan kehidupan angin kering di Mesir telah menyebabkan tumbuhan bertumbuh dengan cepat. Pertambahan Penduduk Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur. Pada peringkat awal, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan. Manusia semakin bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan besar dan penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak, membuat alat-alat senjata dan sebagainya. Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami proses urbanisasi dan berkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seorang ketua dengan sistem pentadbiran dna perundangan yang tersusun serta sistem sosial yang teratur. Dengan pertambahan penduduk yang pesat wujud sebuah masyarakat yang lebih dinamik atau berdaya maju. Penduduk-penduduk dapat melahirkan idea-idea dan ciptaan baru dengan menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dan cepat. Mereka mula mengamalkan pengkhususan kerja dengan menunjukkan kemahiran dalam menenun kain daripada bulu binatang dan gentian tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Mereka juga pandai menganyam bakul dan membuat barang-barang tembikar. Kemajuan Perlindungan Menurut ahli-ahli sejarah tamadun manusia yang terawal muncul di lembah-lembah sungai kerana ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan. Kedudukan lembah-lembah sungai yang dikelilingi oleh laut dan kawasan tinggi menjadikan ia selamat kerana kawasan-kawasan tersebut boleh mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar. Empat tamadun terawal yang wujud di lembah-lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Sungai Tigris-Eupharates, Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus dan Tamadun Hwang-Ho di Lembah Sungai Kuning. Tamaduntamadun ini bermula sebagai perkampungan kecil kemudian berkembang dengan pesat menjadi negara-negara kota yang lebih besar dan kompleks. Kemajuan Teknologi Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan adanya kemajuan teknologi seperti penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar. Mereka pandai membuat barang-barang tembikar daripada tanah-tanih yang kering. Alat-alat tembikar digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Mereka menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dan cepat. Baka-baka baru tanaman yang dicipta membolehkan lebih banyak tanaman dihasilkan. Kewujudan sistem pengairan yang maju turut membantu kegiatan pertanian dapat menghasilkan hasil yang berlipat ganda. Roda telah dicipta untuk mempercepatkan perjalanan dan memudahkan pergerakan. Di Sungai Hwang Ho, tembok telah dibina untuk menghalang banjir. Perkembangan Agama dan Kepercayaan Agama dan kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Ia adalah penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan juga bertindak sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan. Perkembangan agama dan kepercayaan kebanyakannya terpengaruh dengan kepercayaan animisme dan yang berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai bahawa setiap benda mempunyai roh. Mereka menyembah unsur-unsur alam semesta dan roh si mati agar tidak ditimpa malapetaka dan bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telah menjadi satu amalan yang penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Kepercayaan yang sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhala untuk mendapatkan perlindungan. SEBAB-SEBAB TAMADUN AWAL WUJUD DI LEMBAH-LEMBAH SUNGAI Sejarah mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3,000 SM. Tarikh ini menandakan bermulanya tamadun manusia di dunia. Mengikut ahli sejarah pembentukan tamadun manusia yang terawal bermula di lembah sungai. Empat tamadun terawal yang wujud di lembah sungai ialah Tamadun Sumeria atau Mesopotamia (kira-kira tahun 3,500 SM) di Lembah Sungai Tigris-Eupharates, Tamadun Mesir (kira-kira tahun 3,100 SM) di Lembah Nil, Tamadun Indus (kira-kira tahun 3,500 SM) di Lembah Indus dan Tamadun Shang (kira-kira tahun 1,800 SM) di Lembah Sungai Hwang Ho. Secara umumnya, tanah di lembah sungai adalah lebih subur. Setiap tahun sungai-sungai ini akan mengaliri daratan-daratan di sekitarnya dan membentukan satu lapisan tanah yang kaya dengan galian. Misalnya, Lembah Tigris-Eupharates dan Lembah Sungai Nil memiliki tanah lanar. Pembentukan tanah subur di Lembah Hwang Ho berbeza sedikit, tanah subur serta halus yang dipanggil "loess" yang dimendapkan oleh angin-angin yang kencang. Kawasan-kawasan sedemikian amat sesuai untuk bercucuk tanam. Lebihan makanan turut wujud disebabkan teknologi yang bertambah maju. Keadaan ini mendorong pertambahan penduduk seterusnya menggalakkan pengkhususan di dalam bidang teknikal dan vokasional. Tumpuan penduduk di satu-satu kawasan terus menggalakkan kewujudan masyarakat yang lebih dinamik. Idea-idea serta ciptaan-ciptaan baru dapat berkembang dengan mudah. Sementara itu, kawasan lembah sungai juga mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata. Keadaan ini sesuai untuk membina petempatan dan telah menarik ramai orang berhijrah ke kawasan lembah. Misalnya, dikatakan orang Sumeria datang ke Lembah Tigris-Eupharates dari kawasan pergunungan yang berdekatan. Sistem pengairan yang maju juga merupakan sebab penting yang menggalakkan kebangkitan sesebuah tamadun di kawasan lembah. Sungai boleh membekalkan air untuk pengairan tanam-tanaman. Terusan dan empangan yang telah dibina sejak kira-kira 5,000 tahun

15
dahulu turut memainkan peranan dalam konteks ini dan meningkatkan daya pengeluaran. Kemudahan-kemudahan ini dapat menghasilkan makanan yang lebih banyak untuk menampung pertambahan penduduk yang pesat. Selain itu, lembah sungai juga mempunyai bekalan sumber-sumber semula jadi yang kaya. Misalnya, sungai kaya dengan sumber makanan yang penting seperti ikan. Lembah Sungai Tigris dan Eupharates pula membekalkan mensiang (sejenis rumput panjang) dan tanah liat yang sesuai untuk pembinaan. Keadaan iklim juga merupakan salah satu sebab yang penting. Keadaan iklim di kawasan lembah adalah sederhana, iaitu tidak terlalu panas atau sejuk. Hal ini membolehkan aktiviti penanaman dijalankan tanpa banyak masalah. Malah, manusia tidak perlu menghabiskan banyak untuk mengatasi cabaran alam seperti iklim yang terlalu sejuk. Keadaan ini memang menggalakkan kebangkitan sesebuah tamadun. Sungai-sungai yang menjadi asas kepadatan tamadun-tamadun awal ini pula menjadi alat perhubungan yang penting. Sungai yang menghubungkan petempatan di kawasan hilir dengan kawasan hulu merupakan satu cara pengangkutan yang mudah. Pedagangpedagang menggunakannya untuk menghantar barang-barang ke kawasan-kawasan lain. Hal ini telah menggalakkan perdagangan dan perkembangan tamadun di kawasan lembah. Akhirnya lembah-lembah yang dalam akibat hakisan sungai turut bertindak melindungi tamadun-tamadun awal ini daripada seranganserangan luar. Oleh itu, didapati kebanyakan tamadun awal wujud di lembah sungai Memandangkan pelbagai kemudahan dan kebaikan telah dibekalkan di kawasan lembah sungai, memang tidak hairanlah kebanyakan tamadun awal manusia bermula di situ. Tamadun-tamadun lain yang tidak wujud di lembah sungai seperti Tamadun Hattites, Tamadun Greek, Tamadun Kush dan Tamadun Olimecs turut memilih tapak yang berhampiran dengan punca air seperti tepi laut dan tepi sungai. TAKRIF NEGARA KOTA Mengikut Kamus Dewan, negara kota ditakrifkan sebagai negara yang berautonomi atau memerintah sendiri yang terdiri daripada ketua dan wilayah di sekelilinginya. Mengikut Encyclopedia Britania pula, negara kota ditakrifkan sebagai satu komuniti urbanisasi yang saling bergantung antara bandar dan kawasan pedalaman. Dalam Bahasa Greek pula, negara kota disebut sebagai polis yang bermaksud sekumpulan penduduk bergabung menjadi satu komuniti politik dan sama-sama menjalankan pemerintahan. Negara kota biasanya terdiri daripada sebuah kota kecil yang dikelilingi oleh satu kawasan kecil pertanian. Sebagai contoh, Sparta, Athens, Corinth dan Argos di Yunani; Rom di Rom; Mekah, Madinah dan Taif di Arab dan Langkasuka dan Kedah di Tanah Melayu. Penubuhan negara kota ini didorong oleh perubahan corak kehidupan nomad kepada tetap. CIRI-CIRI NEGARA KOTA Kedudukan Strategik Kedudukan sesuatu negara kota dikatakan strategik hendaklah dilihat berdasarkan bandar itu sendiri dan kedudukannya. Sebagai contoh: Rom terletak di Lembah Latin yang mempunyai satu bandar yang dipanggil Bandar Tujuh Bukit; Langkasuka terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara China dan India; Kedah terletak di Lembah Bujang yang menjadi tempat tumpuan pedagang; Mekah terletak di tengah jalan perdagangan antara Syam di Utara dengan Yaman di Selatan. Ekonomi yang Kukuh Sebagai contoh, Athens semasa pemerintahannya dikuasai oleh golongan aristikrat berlaku perkembangan pesat dalam kegiatan perdagangan laut dan wujudnya pembinaan kapal; Langkasuka telah menjadi pusat perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang dari China, Funan dan Asia Barat; Kedah menjadi sebuah pelabuhan antarabangsa yang dikunjungi oleh pedagang dari India, China dan Asia Barat; Mekah merupakan pusat perdagangan penting kerana adanya sumber air dan kaabah (pusat beribadat). Unir Bebas/Kerajaan Setiap negara kota merupakan satu unit bebas. Ia mempunyai kedaulatan sendiri, cara pentadbirannya berbeza di antara satu sama lain. Kerajaan telah dibentuk untuk mengarah, mengatur dan mengawal aktiviti manusia bagi membolehkan mereka hidup secara aman. Sebagai contoh, Sparta diperintah oleh 2 orang raja dan dibantu oleh 3 orang ephor yang dilantik oleh Majlis Perhimpunan yang dianggotai oleh semua rakyat lelaki Sparta; Rom pula mengamalkan sistem pemerintahan republik, ekoran daripada kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah Tarquim; Mekah sejurus sebelum kedatangan Islam, menjalankan pemerintahan bercorak aristokrasi di mana golongan Bangsawan Quraisy mendominasikan pemerintahan; Langkasuka pula diperintah oleh raja-raja yang beragama Hindu dan Buddha. Pasukan Tentera Setiap negara kota mempunyai tenteranya yang tersendiri. Sebagai contoh, Sparta merupakan negara kota di Yunani di mana militari (tentera) merupakan elemen paling penting. Pasukan tenteranya terdiri daripada tentera darat dan laut. Kanak-kanak Sparta akan

16
menerima latihan tentera sejak berumur 7 tahun dan akan memasuki tentera apabila berusia 20 tahun dan terpaksa tinggal di berak (kem) sehingga 30 tahun. Di Mekah, ia mempunyai tentera yang kemas dan tersusun. Urusan ketenteraannya terletak di bawah Majlis Unnah (Jabatan Urusan Peperangan). Jabatan ini bertanggungjawab memanggil dna mengendalikan hal-ehwal ketenteraan serta menyiapkan senjata perang. Jabatan ini dipegang oleh Bani Makhzum. Kewujudan pasukan tentera membolehkan Mekah mempertahankan kedaulatan sepanjang masa walaupun ketika Rom dan Parsi begitu giat melakukan usaha untuk menguasai Semenanjung Tanah Arab. Agama Di Yunani, mereka mempercayai tuhan seperti Zeus, Apolo, Athana dan lain-lain. Semua tuhan-tuhan ini dipercayai tinggal di Gunung Olympus. Kota-kota yang mempunyai agama yang sama akan membentuk sebuah majlis agama. Majlis ini akan mewujudkan pertalian di antara negara-negara kota tersebut. Di Alam Melayu, kebanyakannya terpengaruh dengan Agama Hindu dan Buddha. Di Mekah, terdapat pelbagai agama yang dianuti tetapi majoritinya menganut agama berhala. Selain itu, terdapat juga penganut Agama Yahudi, NAsrani, Majusi dan lain-lain lagi. Tidak Ada Perpaduan Keadaan ini berlaku disebabkan oleh keadaan geografi berbukit-bukau yang menyulitkan mereka berhubung. Ia juga disebabkan oleh kepercayaan yang berbeza, di samping keinginan setiap negara kota untuk menyimpan kekayaan dan perdagangan masing-masing. Prasarana Di Yunani, setiap kota mempunyai tembok pertahanan, kuil, kawasan kediaman dan pasar. Di Alam Melayu, terdapat kemudahan pelabuhan dan kuil-kuil untuk tempat ibadat disediakan. Di Mekah, pasar-pasar disediakan sebagai tempat untuk berniaga seperti pasar Ukaz, Zulmajaz dan Zulmajinnah. Bekalan-bekalan dan minuman juga disediakan untuk para pengunjung. Penduduk Apabila disebut negara, Sudah pasti ia diwakili oleh sejumlah penduduk. Setiap negara kota mempunyai penduduk yang berbeza. Di Yunani, negara kota yang mempunyai penduduk yang paling ramai ialah Athens iaitu seramai 40,000 orang. Negara kota yang paling sedikit ialah 2,000 orang. Menurut Plato, jumlah yang ideal ialah seramai 5,040 orang. Keluasan Keluasan di antara sebuah negara kota dengan yang lain juga berbeza. Sparta luasnya ialah 8,400 km persegi. Ada juga sebuah negara kota yang paling kecil iaitu seluas 22 km persegi. Sebuah negara kota yang luas tidak semestinya mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan begitulah sebaliknya. KOTA MEKAH Latar Belakang Mekah juga dikenali sebagai Bakkah dan terletak di daerah Hijaz. Ia dipercayai didirikan dalam pertengahan kurun ke-5 SM. Mulamulanya, suku Jurhum menguasainya kemudian suku Khuzaah datang dan menaklukinya dan akhirnya suku Quraisy mengusainya. Sejarah kota Mekah ini bermula dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isterinya dan puteranya di lembah yang keringkontang. Baginda merupakan bangsa Kaldani (di Iraq) dan bertutur dalam Bahasa Ibrani (Hebrew). Kota Mekah ini juga dikenali sebagai Jantung Hati Semenanjung Tanah Arab memandangkan ia merupakan kota terpenting di Arab. Ciri-ciri Kedudukan yang Strategik Walaupun ia dikelilingi oleh banjaran-banjaran gunung, namun masih terdapat jalan-jalan keluar menuju ke kawasan-kawasan utama di Yaman (Selatan), Palestine dan Syam (Utara) dan Pelabuhan Jeddah (Barat). Kedudukan Mekah adalah di tengah-tengah perjalanan ke wilayah-wilayah ini. Ia seolah-olah menjadi sendi perhubungan di antara kawasan-kawasan utama ini. Hal ini menyebabkan ia sering dikunjungi oleh pedagang-pedagang Arab sama ada dari Utara atau dari Selatan. Ekonomi Kukuh Mekah merupakan pusat perdagangan di kawasan tengah yang bertaraf antarabangsa. Sebabnya, ia mempunyai bekalan air dari Telaga Zam-zam yang terkenal. Semasa telaga tersebut belum ditimbus oleh suku Khuzaah yang dihalau oleh kabilah Quraisy, terdapat satu Majlis Siqayah yang diketuai oleh Abdul Mutalib yang bertugas untuk memberikan air percuma kepada pengunjungpengunjung Haji. Hal ini terbukti bahawa bekalan air tidak pernah putus di Mekah. Selain itu, kedudukannya yang strategik juga menjadikannya tumpuan kepada kafilah perdagangan dari Utara ke Selatan. Seterusnya, kehandalan kabilah Quraisy sendiri dalam bidang perniagaan juga memperkukuhkan ekonomi di Mekah. Unit Bebas/Kerajaan Qusai Bin Kilab telah menubuhkan Dewan Nadwah yang menjadi tempat perbincangan pemimpin-pemimpin Mekah mengenai masalah-masalah yang mereka hadapi. Kewujudannya telah menyatupadukan masyarakat Quraisy yang telah berpecah kepada satu kabilah yang besar dan mulia. Semasa pemerintahan Abdul Manaf pula, 15 buah majlis telahpun dibentuk di bawah Darun Nadwah ini yang berfungsi untuk menjamin keamanan kota Mekah dan melindungi jemaah Haji. Di antaranya ialah Majlis Siqayah (air), Majlis Rifadah (makanan), Majlis Sidanah (kaabah), Majlis Asynaq (mahkamah) dan sebagainya. Terdapat satu perkara yang juga penting ialah Mekah bebas daripada pengaruh asing dan tidak ada raja.

17
Pasukan Tentera Majlis Unnah (urusan perang) telah ditubuhkan di bawah Dewan Darun Nadwah dan ia bertanggungjawab memanggil dan mengendalikan hal ketenteraan serta menyiapkan senjata perang. Jabatan ini dipegang oleh Bani Makhzum. Kewujudan majlis ini membolehkan Mekah mempertahankan kedaulatan sepanjang masa walaupun ketika itu Rom dan Parsi begitu giat melakukan usaha untuk menguasai Semenanjung Tanah Arab. Di Mekah, semua lelaki dijadikan tentera. Pahlawan yang terkenal ialah al-Walid, Saad Bin Ali Qaqas. Agama Pada permulaan, agama yang dianuti oleh masyarakat Mekah merupakan agama Allah (kemudiannya digelar Hanif). Agama ini dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s.. Baginda menyeru masyarakat supaya menganuti-Nya dan mengerjakan Haji. Kaabah telah dibina atas perintah Allah. Apabila suku Khuzaah yang berasal dari Yaman mengambilalih pemerintahan Mekah, agama penyembahan berhala diperkenalkan. Buktinya, di sekitar Kaabah sahaja terdapat 360 berhala. Berhala-berhala ini kekal sehinggalah dihancurkan oleh umat Islam pada tahun 8 Hijrah. Selain itu, terdapat juga agama Yahudi, majlis dan sebagianya. Prasarana Di Mekah, terdapat Pasar Ukadz (Suq-Ukaz) yang terkenal dengan kegiatan pesta-pesta perdagangan dan kesusasteraannya. Selain itu, terdapat juga Pasar Zul Majaz dan al-Majinah yang mempunyai fungsi yang sama. Majlis Siqayah dan Majlis Rifadah juga ditubuhkan untuk membekalkan air dan makanan secara percuma kepada para pengunjung. Selain itu, Kaabah yang telah dibina di tengah kota Mekah juga menjadi tempat tumpuan bangsa Arab. Sekitar Kaabah merupakan kawasan haram perang sepanjang masa. Bangunan ini telah menjadi pusat ibadat dan pusat kebudayaan bagi mereka. ATHENS Latar Belakang Negara kota telah wujud antara tahun 800-500 SM. Kebanyakan negara kota di dunia ini telah wujud di kawasan lembah sungai tetapi keadaan ini sangat berbeza dengan negara kota di Yunani. Kebanyakan negara kota di Yunani telah muncul di kawasan bergunungganang dan berhampiran dengan laut. Di Yunani, terdapat lebih kurang 150 buah negara kota. Antara negara kota yang sangat terkenal di Yunani adalah negara kota Athens dan negara kota Sparta. Kedua-duanya merupakan negara kota penting yang menjadi asas kepada Tamadun Yunani. Athens ialah negara kota di Yunani yang berkembang pesat dengan cepat sehingga terdapat negara kota lain iri hati, terutamanya negara kota Sparta. Ciri-ciri Kedudukan Kedudukan negara kota Athens yang terletak di Utara Semenanjung Peloponnesus adalah sangat strategik kerana ianya wujud di kawasan yang bergunung-ganang serta berhampiran dengan laut. Kedudukan ini adalah sangat sesuai dari segi pertahanan kerana terlindung daripada serangan musuh yang mungkin menyerang dari arah darat atau laut. Keadaan ini juga bersesuaian dengan perkembangan komuniti-komuniti kecil dalam sesebuah kota. Selain itu, kedudukannya yang berhampiran dengan laut sangat strategik bagi mereka kerana dapat memperolehi sumber makanan seperti ikan, dan lain-lain makanan laut dengan mudah. Di samping itu, mereka juga dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan perdagangan. Kebanyakan lembah-lembah Greek berbentuk piring terbalik iaitu berbonggol-bonggol dan kawasannya sangat subur untuk pertanian. Apabila tiba musim menuai iaitu dalam bulan Mei dan awal bulan Jun, hasil tanaman seperti jagung dan anggur sudah boleh dituai. Kawasan-kawasan belukar pula mereka akan gunakan untuk memelihara kambing biri-biri. Ekonomi Athens juga sangat terkenal dalam kegiatan ekonominya. Mereka menjalankan kegiatan perdagangan seperti import dan eksport. Menjelang abad ke-4, Athens terpaksa mengimport 75% daripada gandum dan ternakan dari Thrace dan kawasan Laut Hitam. Athens juga turut mengimport ikan, daging bergaram, buah-buahan dan arak. Selain itu, bahan mentah seperti galian, kain-kain bulu, pakal iaitu dibuat daripada damar untuk menutup celah-celah papan dan fleks. Namun begitu, eksport Athens pula terdiri daripada minyak zaitun, perak, batu marmar, bahan buatan dan lukisan. Athens juga terkenal dan termasyhur dalam perdagangan kerana mereka mengamalkan cukai import dan eksport yang rendah. Sebahagian besar kegiatan perdagangan Athens dilakkan melalui jalan laut kerana jalan darat ketika itu amat mundur dan terancam daripada serangan musuh. Negara kota yang terkenal dengan sektor perdagangan di Yunani antaranya ialah Athens, Corinth dan Aegina. Perjalanan perdagangan dapat berjalan lancar dengan adanya pengawalan laut yang cekap dan ketika itu kemajuan dalam bidang pelayaran juga telah mula berkembangan. Tempat-tempat membaiki dan membuat kapal atau limbungan kapal juga telah meningkatkan nama Athens dalam sektor perdagangan. Unit Bebas Negara kota Athens merupakan sebuah negara kota yang bebas iaitu tidak dijajah atau berdaulat. Athens menguruskan pentadbiran dengan membentuk kerajaan yang ditadbir oleh menteri. Ianya bertujuan untuk mengawal aktiviti rakyat supaya dapat hidup dengan aman. Melalui unit yang bebas ini telah diperkenalkan sistem demokrasi iaitu suatu konsep penyertaan rakyat dalam politik. Rakyat berperanan memilih wakil mereka sebagai pemerintah melalui pilihanraya. Warganegara lelaki bermesyuarat memutuskan perkaraperkara tertentu. Sistem pentadbiran terdiri daripada tiga buah institut iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis Majistret dan Juri. Mesyuarat awam atau Dewan Perhimpunan membincang dan meluluskan tindakan pemerintah. Majlis Majistret dan Juri pula berhak meluluskan undang-undang serta melantik wakil-wakil untuk mentadbir hal-ehwal negara. Sementara itu, Mahkamah Undang-undang berjuri ditubuhkan untuk membicarakan tentang orang yang melanggar undang-undang. Terdapat juga 10 orang jeneral yang dipilih daripada warganegara untuk menjaga keselamatan negara.

18
Agama Kepercayaan masyarakat Athens berasaskan Polytheism iaitu kepercayaan terhadap banyak tuhan. Masyarakat Greek percaya bahawa dunia tuhan adalah sama dengan dunia manusia. Mereka juga mempercayai bahawa tuhan-tuhan mereka menetap di Gunung Olympus yang berada di Utara Greek. Tuhan-tuhan yang utama ialah Zeus, tuhan kilat dan tuhan langit. Tuhan-tuhan lain antaranya ialah Poseidon (tuhan laut), Aphrodite adalah tuhan kasih dan kecantikan, Artemis ialah tuhan pemburuan, Ares pula adalah tuhan peperangan, Demeter pula merupakan tuhan bumi dan kesuburan serta Athena merupakan tuhan kebijaksanaan dan perang. Ketika mengadakan penyembahan tuhan Apollo, ia diiringi oleh muzik, tarian dan nyanyian. Di dalam rumah berhala ini jugalah akan diadakan mesyuarat majlis perwakilan negeri-negeri. Sukan Olimpik diadakan untuk memperingati tuhan Zeus. Sekiranya mereka memperolehi kecemerlangan dalam permainan, mereka dianggap sebagai penghormatan kepada tuhan Zeus. Ketenteraan Sesebuah kerajaan perlu mempunyai pasukan tenteranya yang kuat untuk mengekalkan kedaulatannya daripada musuh. Bagi masyarakat Athens, berkhidmat dalam tentera merupakan perkara biasa dalam kehidupan. Masyarakat Athens menerima latihan daripada umur 18 hingga 20 tahun. Setelah 20 tahun, mereka dihantar ke kubu-kubu pertahanan sempadan di Attica. Dalam umur 20 hingga 60 tahun, dikerah berkhidmat bila-bila masa. Askar-askar dilengkapi dengan senjata berat dan berdiri rapat-rapat dalam barisan. Mereka juga mempunyai angkatan laut yang handal dan telah ditubuhkan oleh Themispocles. Angkatan laut ini telah berjaya menyelamatkan Greek di Salamis dan Mycale. Tentera Athens diberi kuasa memimpin bagi kuasa-kuasa laut Greek yang dikenali sebagai "Gabungan Delos". Kapal laut yang terkenal ialah Trireme. Penduduk Sesebuah kerajaan yang aman memerlukan penduduk yang ramai untuk memerintah dan mempertahankan negara. Negara kota Athens mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di Yunani iaitu seramai 40 ribu orang. Seorang ahli falsafah yang terkenal iaitu Plato menyatakan bahawa sesebuah negara kota perlulah mempunyai penduduk lebih kurang 5,040 orang. Tiada Perpaduan Negara kota Yunani wujud di kawasan yang bergunung-ganang dan hampir dengan laut. Keadaan ini sesuai untuk perkembangan komuniti-komuniti kecil tetapi amat sukar untuk mengadakan perpaduan. Mereka berhubung hanya melalui jalan laut. Selain itu, persaingan antara negara-negara kota untuk menguasai pemerintahan oligarki orang Athens menyebabkan mereka memberontak. Prasarana Negara kota Athens terkenal dalam kegiatan perdagangan import dan eksport. Di antara prasarana yang terdapat di negara kota Athens adalah pengawalan laut yang cekap. Selain itu, Kerajaan Athens juga mengadakan tempat-tempat membaiki dan membuat kapal atau limbungan kapal. Di Athens juga terdapat pelabuhan-pelabuhan yang indah dan kubu di Piraeus. Menyediakan buruh-buruh untuk memunggah dan memuatkan barang ke dalam kapal. Menyediakan pasar-pasar dan jimnasium. Di pasar, masyarakat Athens akan bertemu dan berhimpun dan di jinnasium pula akan digunakan untuk bersenam. SPARTA Latar Belakang Negara Kota dalam Bahasa Greek disebut sebagai polis menulis Kamus Dewan, ia ditakrifkan sebagai negara berautonomi yang memerintah sendiri dan terdiri daripada kota dan wilayah sekelilingnya. Secara umumnya, negara kota bolehlah dianggap sebagai kumpulan penduduk yang bergabung menjadi satu komuniti dan sama-sama menjalankan pemerintahan. Terdapat banyak negara kota di seluruh dunia contohnya di Yunani, Arab, Alam Melayu dan Rom. Sparta merupakan salah sebuah negara kota yang terdapat di Yunani. Ia terletak di Selatan Yunani iaitu di Semenanjung Peloponnesus dalam daerah Laconia. Seperti negara kota yang lain, Sparta mempunyai beberapa ciri yang menunjukkan ia adalah sebuah negara kota. Ciri-ciri Unit yang Bebas Sebagai sebuah negara kota Sparta merupakan sebuah unit yang bebas. Sparta mengamalkan sistem pemerintahan bercorak monarki terhad. Pemerintahannya diperintah oleh 2 orang keluarga raja iaitu Agiadae dan Eurypontidea yang selalu selisih atau bertelingkah. Selain itu, urusan pentadbiran dibantu oleh sebuah majlis yang mempunyai 28 orang yang kebanyakan anggotanya berketurunan bangsawan. Perkhidmatan bangsawan adalah untuk seumur hidup. Ahli-ahli majlis dipilih oleh warganegara Sparta dalam Dewan Perhimpunan yang kesemua ahlinya terdiri daripada lelaki. Bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan, Dewan Perhimpunan melantik 5 orang pegawai yang dikenali sebagai Ephors. Mereka berperanan untuk memastikan tidak berlaku pemerintahan mutlak di kalangan raja. Lama-kelamaan, kuasa mereka mengatasi kuasa raja sehingga raja boleh dihukum buang negeri atau dibunuh. Oleh itu, kebanyakan rakyat berasa tidak puas hati dengan kuasa golongan ini. Kedudukan yang Strategik Sparta mempunyai kedudukan yang strategik iaitu terletak dalam daerah Laconia (Selatan Greek, Semenanjung Peloponesia) sehingga membolehkan Sparta berpotensi menjadi sebuah negara kota yang kuat. Kedudukannya dilindungi oleh laut dan kawasan tanah tinggi telah melindungi Sparta daripada serangan luar. Serangan musuh dapat diputuskan kerana terdapat lindungan daripada perairan sungai. Walaupun mempunyai bumi yang subur dan persisiran pantai yang terteluk-teluk telah mewujudkan pelabuhan-pelabuhan yang baik, tetapi keistimewaan semula jadi ini tidak menggalakkan perdagangan dan perniagaan di Sparta. Sparta turut membuka tanah jajahan di Tarontum (Barat) sehingga ke Croton Paestum. Penduduk Sebuah negara perlu diwakili oleh sejumlah penduduk. Masyarakat Sparta diwakili oleh 3 golongan iaitu peer, helot dan perioeci. Peer terdiri daripada golongan pemerintah dan pemilik tanah. Hamba abdi dan petani yang mengerjakan tanah golongan peer dikenali sebagai helot. Golongan helot ini sebahagiannya diwakili oleh penduduk yang ditawan. Ia merupakan majoriti penduduk Sparta.

19
Perioeci pula ialah orang bebas yang menjalankan kegiatan pertanian dan perdagangan. Di dalamnya termasuk para pekerja tukang dan pedagang yang dengan rela hati tunduk kepada pemerintah. Mereka memiliki kebebasan dan mengekalkan cara hidup mereka. Ekonomi Ciri-ciri lain bagi negara kota Sparta adalah berdasarkan dari segi ekonomi. Sebenarnya, negara kota Sparta merupakan sebuah negara kota yang tidak menggalakkan kegiatan perdagangan dan perniagaan walaupun terdapat pelbagai bentuk muka bumi yang subur dan mempunyai deposit bahan galian seperti bijih besi. Kesemua ini dilakukan semata-mata untuk memastikan masyarakat yang ingin dilahirkan dan dibesarkan adalah masyarakat militer. Pasukan Tentera Pasukan tentera merupakan salah satu ciri yang amat penting dalam pembentukan sesebuah negara kota. Kewujudan pasukan tentera ini bertujuan untuk menjamin keamanan dan keselamatan negara kota serta mempertahankan sesebuah negara kota daripada serangan musuh. Kerajaan Sparta adalah sebuah negara kota yang terkenal dengan pasukan tentera yang kuat. Militari ialah elemen yang paling penting di Sparta. Tenteranya terdiri daripada 2 komponen iaitu tentera darat dan tentera laut. Kanak-kanak Sparta akan menjalani latihan ketenteraan bila mereka mencapai usia 7 tahun di mana mereka diajar menulis, membaca, berperang dan menggunakan senjata. Mereka dilatih secara kuku besi: sepasang pakaian sepanjang tahun, berjalan tanpa kasut dan tidur atas bantal yang dipintal sendiri. Hal ini adalah wajib bagi golongan peer. Mereka akan memasuki tentera pada usia 20 tahun sehingga berusia 30 tahun dan terpaksa tinggal di berek tentera di bawah penyeliaan warganegara yang lebih tua dan pemuda-pemuda Sparta yang diberi nama "Tukang Sebat". Sistem ini menyebabkan bayi-bayi yang lemah dibunuh sebaik sahaja dilahirkan tanpa perasaan belas kasihan. Kemudahan Infrastruktur Prasarana merupakan salah satu ciri penting bagi sesebuah negara kota. Di Yunani, negara kota Sparta mempunyai tembok pertahanan yang kuat dan bertujuan untuk mempertahankan negara dari serangan musuh. Dalam masyarakat Sparta di Yunani juga menyediakan kemudahan kuil bagi penduduk tempatan untuk menyembah tuhan-tuhan mereka dan antara seni bina kuil-kuil yang teragung di Yunani adalah Temple of the Virgin dan Erechtheum. Kawasan kediaman dan pasar juga disediakan dan pelan bagi tempat kediaman penduduk adalah lebih teratur dan bersistematik. Penduduk Sparta dapat tinggal di dalam tempat kediaman yang lebih selesa dan dapat memberi perlindungan kepada mereka. Selain itu, kemudahan pasar yang disediakan telah menyenangkan penduduk Sparta untuk menjalani kegiatan perdagangan di dalam kawasan pasar dan hasil jualan yang diperolehi dapat membiayai kehidupan mereka. Agama dan Kepercayaan Agama juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang-orang di Yunani begitu juga dengan penduduk-penduduk di Sparta. Mereka menyembah beberapa orang dewa dan dewi, setiap orang mempunyai gelarannya serta sifat-sifatnya yang tertentu dan menjalankan sesuatu tugas yang telah dikhaskan baginya. Dewa-dewi ini dipercayai serupa orang lelaki dan perempuan tetapi hidup kekal abadi. Mereka mempunyai cara pemikiran dan hawa nafsu seperti manusia, tetapi kuasa mereka lebih daripada manusia. Mereka tinggal di bahagian tinggi Gunung Olympus yang lengang dan diliputi salji. Di sinilah mereka tinggal sebagai satu keluarga di bawah seorang dewa utama, Zeus, "bapa dewa-dewi dan manusia". Dewa utama Zeus yang menguasai guruh kilat dan taufan. Orang Sparta percaya dewa-dewi ini pada keseluruhannya mementingkan keadilan dan belas kasihan sungguhpun mereka tersinggung jika diketepikan. Mereka marah hanya terdapat orang yang mengeji penyembahan dan pemujaan mereka yang menyakitkan hati orang lemah dan tidak berdosa dan berbangga di atas kezalimannya itu. Upacara keagamaan utama dalam penyembahan mereka ialah pengorbanan lembu dan kambing biri-biri. Korban ini bukanlah merupakan pemberian rasuah tetapi lebih merupakan satu perhimpunan suci dan mesra dan dapat merapatkan lagi hubungan manusia dengan dewa-dewi. Di samping itu, sukan olimpik diadakan untuk memperingati tuhan-tuhan mereka. Kecemerlangan yang dicapai dalam permainan dianggap sebagai penghormatan kepada tuhan Zeus. Tiada Perpaduan Di Sparta, sentiasa berlaku perang dengan negara kota lain seperti Athens, Corinth, Olympia dan Argos. Persaingan ini berlaku kerana ingin meluaskan tanah jajahan mereka. Selain itu, kekayaan dan kekuasaan juga mendorong mereka berperang. Biasanya, peperangan dan permusuhan berlaku apabila idea baru menentang fikiran lama mereka dan menggancang tapak pendirian hidup mereka. Kepercayaan yang berbeza turut mengakibatkan peperangan dan pertelingkahan. Keluasan Sparta mempunyai tanah jajahan seluas 8,400 km persegi. Ia merupakan negara kota yang paling luas berbanding dengan negara kota yang lain. ROM Latar Belakang Kerajaan Rom diasaskan pada tahun 753 SM oleh Romulus. Ia bermula sebagai sebuah negara kota seperti negara kota Greek. Negara kota Rom terletak di Lembah Latium. Penduduknya adalah berbangsa Latin (dominan). Ciri-ciri Kedudukan yang Strategik Rom terletak di Lembah Latium yang luas juga dikenali sebagai Bandar Tujuh Bukit. Kawasan ini adalah terletak di tengah jalan Selatan ke Utara dan di tebing sungai Tibet. Di kawasan pantai Barat pula, kuasa sungai telah dijadikan pelabuhan. Kawasan ini merupakan tempat tumpuan bagi pedagang-pedagang dari merata dunia seperti Mesopotamia, Arab dan Sepanyol. Mereka telah merentasi Laut Mediterannean dan sampai ke pelabuhan tersebut kerana kawasan ini adalah selamat (tiada lanun).

20
Ekonomi yang Kukuh Ekonomi negara kota Rom adalah berasaskan pertanian dan perdagangan. Mereka turut mengendalikan perdagangan import dan eksport. Oleh sebab kedudukan yang strategik, Rom menjadi pusat tumpuan pedagang-pedagang dari Syria, Sepanyol, Afrika dan India. Rom juga menjalankan kegiatan interport selain daripada import dan eksport. Mereka turut menggunakan wang syiling dalam perdagangan. Sumber utama yang diperdagangkan di Rom adalah seperti gandum, anggur dan biri-biri. Unit yang Bebas/Kerajaan Pada permulaannya, Rom diperintah oleh seorang raja yang juga menjadi paderi besar, jeneral dan penggubal undang-undang. Baginda bertanggungjawab menentukan peraturan-peraturan dalam perhubungan mereka dengan dewa-dewi. Selepas tahun 509 SM, raja-raja ini digulingkan dan sebuah kerajaan republik ditubuhkan. Kerajaan republik tidak mempunyai raja tetapi mengamalkan prinsip demokrasi. Rakyat memerintah negara menerusi wakil-wakil yang dipilih. Republik Rom diperintah oleh 2 orang Konsul yang dilantik dengan tujuan untuk menjamin kedaulatan dan kebajikan rakyat dan untuk mengelakkan salahs eorang daripada Konsul itu mempunyai pengaruh yang lebih kuat atau menjadi diktator. Konsul ini dibantu oleh Dewan Senat yang dianggotai oleh golongan bangsawan yang dinamakan Ningrat dan orang kebanyakan (Marchaen). Dewan Senat ini dibantu oleh Dewan Perhimpunan atau Dewan Orang Ramai. Dewan ini dianggotai oleh orang ramai. Tentera Penduduk Rom pula pada hakikatnya adalah bersifat ketenteraan dan semua institusi mereka mencerminkan kelakuan mereka yang suka berperang, sementara bakat mereka ditunjukkan dengan sepenuhnya dalam usaha ketenteraan. Mereka telah menyusun semula angkatan tentera, membesarkannya dan membahagikan warganegara mengikut kekayaan mereka. Hal ini adalah perlu kerana askarnya terpaksa membeli kelengkapan mereka sendiri, dan juga perlu untuk menyelenggarakannya dengan licin. Penduduk Rom terdiri daripada 3 golongan penduduk, iaitu raja, golongan patrician dan golongan plebeian. Raja merupakan pemerintah dna tarafnya adalah tertinggi. Golongan patrician pula merupakan golongan bangsawan. Mereka berasal daripada keluarga yang telah lama tinggal di Rom. Mereka memegang jawatan tinggi dalam angkatan perang dan kerajaan. Mereka juga boleh memegang jawatan paderi dan majistret. Golongan plebeian pula merupakan golongan rakyat biasa yang terdiri daripada orang yang lebih miskin. Selain itu, saudagar-saudagar kaya dan tukang-tukang mahir juga termasuk dalam golongan ini. Mereka tidak boleh menjadi pegawaipegawai kerajaan dan sentiasa bertelingkah dengan golongan bangsawan. Penduduk di Rom ini juga boleh dibahagikan kepada 3 jenis kaum iaitu Latin, Sabines dan Etruscan. Prasarana Prasarana amat diperlukan bagi negara kota bagi mempertingkatkan martabat negara kota. Di Rom, tembok dibina untuk mempertahankan negara kota. Seseorang yang mula-mula melengkungi semua komuniti dengan satu tembok boleh dianggap sebagai pengasas bandar itu. Bangunan Colleseum telah dibina di Rom dan ia menjadi tempat untuk menjalankan pelbagai jenis permainan. Bangunan ini boleh memuat kira-kira 45 ribu orang penonton dan dibina dalam bentuk lengkung. Jalanraya juga dibina supaya angkatan tentera dapat bergerak dengan mudah ke seluruh empayarnya. Pada masa yang sama, ia juga digunakan oleh pedagangpedagang. Di Rom, terdapat sistem saliran yang dinamakan aqueduct telah dibina untuk membekalkan air minuman. Antara 10 aqueduct, Aqua Claudia ialah aqueduct yang termasyhur. Orang Rom juga pandai membina empangan dan kolam air, pelabuhan serta sistem pengaliran najis. Terdapat juga tempat mandi awam, air pancuran dan kolam renang. Salah satu kolam mandi raksasa dibina di Caracalla. Kolamnya seluas 11 hektar dan boleh memuatkan seramai 1,500 orang sekali mandi. Agama Orang Rom amat cepat mempelajari sesuatu dari orang asing. Kesederhanaan yang ada pada agama mereka pada awalnya telah lenyap dalam sekejap mata. Mereka selalu sedia menyembah tuhan jiran mereka sekiranya tuhan yang disembah masa itu rupa-rupanya tidak sanggup mengendalikan permintaan mereka. Hal ini bukanlah menghina tuhan asal mereka tetapi mempunyai maksud yang tertentu. Sebagai contoh, wabak hawar di Rom menyebabkan penyembahan tuhan penyembuh Greek dimulakan. Mereka menganggap tuhan itu adalah makhluk ghaib. Bukti yang menunjukkan adanya agama di Rom ialah terdapat obor suci di kuil Vestal. Tiada Perpaduan Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kaum iaitu Latin, Sabines dan Etruscan. Setiap suku kaum ini mempunyai 10 curiae. Setiap curiae ini mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai curio. Di antara 3 kaum ini selalu berlaku peperangan kerana wujudnya jurang perbezaan antara kepercayaan, kaya dan miskin. Selain disebabkan oleh suku kaum yang berbeza, bentuk muka bumi juga mempengaruhi Rom kurang mengadakan perhubungan dengan dunia lain atau negara kota yang lain menyebabkan perpaduan tidak wujud. LANGKASUKA Latar Belakang Langkasuka merupakan kerajaan terawal di Tanah Melayu. Ia wujud sejak tahun 100 M. Ia merupakan sebuah kerajaan maritim, iaitu kerajaan yang terletak di persisiran pantai dna berasaskan kegiatan ekonomi perdagangan. Ia merupakan sebuah kerajaan berunsur keindiaan dan terletak di Timur Laut Semenanjung Tanah Melayu berhampiran dengan Pattani. Langkasuka diasakan oleh putera Raja Mahadewa Mahawangsa yang berasal dari India. Pemerintah yang termasyhur ialah Bhagadatta. Ciri-ciri Kedudukan yang Strategik

21
Langkasuka dikatakan mempunyai kedudukan yang strategik iaitu terletak di Timur Laut Semenanjung Tanah Melayu berhampiran dengan Pattani yang merupakan tengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa. Ia telah menjadi tumpuan bagi pedagang-pedagang sama ada dari China, India ataupun Alam Melayu. Unit Bebas/Kerajaan Langkasuka mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja-rajanya beragama Hindu atau Buddha dan mempunyai hubungan yang rapat dengan Kerajaan India. Raja yang menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh golongan pembesar. Langkasuka tidak pernah dikuasai oleh orang lain. Pemerintah yang masyhur adalah seperti Mahawangsa dan Bhagadatta. Ekonomi yang Kukuh Langkasuka merupakan sebuah pusat perdagangan entreport. Ia menjalankan kegiatan perdagangannya menerusi jalan laut. Ia juga menjadi pusat persinggahan yang utama bagi pedagang-pedagang dari Arab, China dan negeri-negeri Kepulauan Melayu. Kemasyhurannya dapat dilihat dalam catatan Sejarah China dimana ia dikenali sebagai Lang Ya-Hsiu. Bagi India, ia dikenali sebagai Langasoka, manakala bagi Arab ia dikenali sebagai Langashuka. Tentera Langkasuka mempunyai tenteranya yang sendiri. Pasukan tentera ini diwujudkan dengan tujuan mempertahankan tanah air daripada diserang oleh musuh yang lain. Semasa perang, gajah digunakan sebagai kenderaan utama bagi golongan raja, manakala askar-askar lain terpaksa berjalan kaki. Badan gajah yang kuat membantu tentera mengalahkan musuh. Agama Langkasuka mengamalkan agama Hindu dan Buddha. Kerajaan ini dapat dibuktikan menerusi Hikayat Merong Mahawangsa: Kerajaan Langkasuka diasaskan oleh Mahadewa atau Mahawangsa Mahadewa yang berasal dari India. Baginda telah membawa pengaruh Hindu yang kuat ke atas Langkasuka. Langkasuka mempunyai hubungan yang rapat dengan India. Agama Hindu telah dibawa masuk oleh peniaga. Tidak Ada Perpaduan Walaupun Langkasuka terletak di tempat yang berhampiran dengan Kerajaan Kedah Tua iaitu di bahagian Utara Kedah Tua, tetapi tidak ada perpaduan yang wujud antara mereka. Kadang-kala berlaku peperangan antara mereka. Penduduk Penduduk di negara kota Langkasuka terdiri daripada 2 golongan utama. Salah satu golongan penduduk ini tinggal di dalam kota dan satu golongan penduduk lagi tinggal di luar bandar. Penduduk yang tinggal di dalam kota terdiri daripada raja, tukang dan sami, manakala penduduk yang tinggal di luar kota merupakan rakyat jelata. Penduduk di sini juga terdiri daripada pelbagai ras iaitu Melayu, Cina, India, Arab dan sebagainya, tetapi yang dominan ialah Melayu. Prasarana Bandar Langkasuka ini dikelilingi oleh kota-kota yang mempunyai 2 pintu besar yang bertujuan menjamin keselamatan yang baik. Selain itu, kerajaan ini juga mempunyai pelabuhannya di mana ia menjadi tempat bagi pedagang menjalankan kegiatan jual beli mereka, membaiki kapal mereka dan sebagainya. Sebagai sebuah kerajaan yang beragama Hindu-Buddha, Langkasuka turut mempunyai kuil-kuil yang dibina untuk tujuan penyembahan tuhan. Yang penting sekali ialah Langkasuka mempunyai bekalan makanan dan miniman yang mencukupi. KEDAH TUA Latar Belakang Kerajaan Kedah Tua muncul lebih awal daripada Kerajaan Melayu Melaka iaitu di antara abad ke-5 hingga abad ke-14 M. Bukti yang menunjukkan kewujudan Kedah Tua dapat dilihat apabila kuil, candi, patung dewa-dewi Hindu, barang tembikar serta peralatan yang digunakan pada masa itu dijumpai di Lembah Bujang. Ciri-ciri Kedudukan Strategik Kerajaan Kedah Tua terletak di Lembah Bujang. Kawasan ini merupakan tempat yang strategik di mana ia merupakan pintu keluar dari atau masuk ke Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan yang penting pada masa itu. Kedudukannya ini membolehkan Kedah Tua menjadi sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan bagi kapal yang melalui Selat Melaka yang penting. Kerajaan ini berpusat di Kampung Sungai Emas dari abad ke-5 hingga abad ke-10 M dan pada abad ke-10 hingga ke-14M, kerajaan ini berpusat di Pangkalan Bujang. Unit Bebas/Kerajaan Mengikut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang dikarang oleh Muhammad Hassan Bin Dato' Kerani Muhammad Arshad, raja merupakan ketua kerajaan. Baginda dibantu oleh segolongan pembesar. Pembesar ini pula dibahagikan mengikut pangkat masingmasing iaitu Menteri Berempat, Menteri Delapan dan Menteri Enam Belas. Raja Kedah telah menerima pengaruh daripada India terutamanya dari segi kebudayaan dan pentadbiran. Ekonomi yang Kukuh Kedah terkenal sebagai pusat perdagangan. Hasil utamanya ialah bijih timah dan padi. Ia merupakan pelabuhan antarabangsa bagi kapal-kapal dagang dari India, Asia Barat dan China. Peranannya ini berlangxung sehingga abad ke-18. Selain itu, ia juga merupakan

22
pelabuhan persinggahan bagi pedagang-pedagang Arab, China dan India. Kedah mempunyai sistem mata wang dan sukat yang sendiri. Sistem ini telah memudahkan lagi kegiatan perdagangan yang dijalankan. Sistem sukat yang mula digunakan termasuk kapal, kal, cupak, gantang, bahara, kunca dan naleh. Wang yang digunakan oleh Kedah dipanggil Tra (wang timah) dan wang lembu (wang emas). Wang timahnya berbentuk ayam jantan dan diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa manakala wang emasnya berbentuk lembu yang melambangkan pengaruh Hindu. Agama Sebelum kedatangan Islam, penduduk Kedah beragama Hindu dan Buddha. Bukti Kerajaan Kedah Tua ini menganut agama Hindu adalah dengan jumpaan arkeologi berbentuk kuil Hindu. Ia dipercayai dibina dalam kurun ke-9 M dan dipersembahkan kepada bijih Dewa, iaitu Raja Kedah. Apabila agama Islam berjaya bertapak di Tanah Arab, ia mula disebar ke merata dunia. Kini Kedah telah diislamkan oleh Sheikh Abdullah. Raja Kedah yang bernama Pra'Ong Mahawangsa (mengikut Hikayat Merong Mahawangsa) telah memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah. Prasarana Kerajaan Kedah Tua mempunyai kuil-kuil yang dibina untuk menyembah dewa-dewi agama Hindu. Selain itu, pelabuhan dan pasar juga disediakan untuk pedagang-pedagang dari Arab, China dan India. Penduduk Di Kedah, penduduknya terdiri daripada Melayu, China dan India tetapi yang majoriti ialah kaum Melayu. Kaum China dan India ini pula merupakan pedagang-pedagang. Tidak Ada Perpaduan Di Kedah, selalunya berlaku perebutan kuasa antara putera sulung dan petera bongsu selepas kemangkata Sultan Kedah yang tua. Sebagai contoh, pada tahun 1724, perebutan kuasa yang sedemikian telah berlaku. Putera sulung telah mendapat bantuan Bugis manakala putera bongsu dibantu oleh Raja Kecil dan orang Minangkabau. Peperangan ini berlangsung selama 2 tahun dan ia telah memusnahkan perdagangan Kedah. TAKRIF EMPAYAR Empayar boleh ditakrifkan sebagai satu sempadan politik yang terletak di bawah pemerintahan seorang pemerintah atau sebuah negara yang berdaulat. Ia juga diertikan sebagai kumpulan negara atau gagasan tanah jajahan yang diperintah oleh sebuah kerajaan yang berdaulat atau diketuai oleh seorang Maharaja atau Emperor. Mengikut Encyclopedia Britanica, empayar diaplikasikan kepada kawasan politik yang luas dan ada pengaruh dominan terhadap yang lain sama ada dengan kerelaan atau tidak. Biasanya, empayar tersebut pemusatan kuasa dan dikuasai oleh emperor. Sebagai contoh, di India terdapat Empayar Maurya, di China terdapat Empayar Han, di Alam Melayu terdapat Empayar Melaka dan sebagainya. CIRI-CIRI EMPAYAR Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah Empayar Maurya di bawah pemerintahan Chandra Gupta telah meluaskan kuasanya sehingga merangkumi seluruh India Utara hingga ke Dataran Deccan dan di Baratnya hingga ke Saurashtra dan di Timurnya ke Mysore Utara. Empayar Han di China meluaskan empayarnya hingga ke Kansu, Asia Tengah, Manchuria, Korea Utara, Annam dan Pulau Hainan. Empayar Yunani pula telah meluaskan jajahannya hingga ke Mesir, Syria, Palestin dan Phoenicia. Empayar Rom berjaya meluaskan kawasannya hingga meliputi 3 buah benua, iaitu benua Asia, Eropah, dan Afrika. Empayar Melaka berjaya meluaskan kawasannya hingga ke beberapa negeri di tanah Melayu dan Sumatera. Pemerintah yang Cekap Di India, terdapat Chandra Gupta, Bindusara dan Asoka. Di China, terdapat Shih Huang Ti dan Wu Ti. Di Yunani, terdapat Iskandar Zulkarnain. Di Rom pula, Augustus dan Julius Caesar merupakan pemerintah yang cekap. Sultan Iskandar Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan pemerintah bagi Empayar Melaka, makala Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam merupakan pemerintah yang cekap bagi Acheh. Kedudukan Ekonomi yang Kukuh India menggalakkan kegiatan pertanian dan perdagangan. Perdagangan dijalankan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sistem percukaian yang teratur diwujudkan bagi mengatasi bencana alam seperti banjir dan kemarau. Di Rom pula, perdagangan bebas antara Laut Hitam dan Sepanyol amat menggalakkan. Perdagangan luar juga diadakan dengan Afrika, Rusia, Jerman, Asia Kecil dan lainlain. Infrastruktur telah dibina di Rom termasuk jalan raya bagi meningkatkan kegiatan perdagangan. Bidang industri dan pertanian juga digalakkan. Melaka pula menjadi pelabuhan entreport yang terkenal pada abad ke-15 M. Begitu juga dengan Acheh, pada abad ke-16 dan ke-17 M. Angkatan Tentera yang Kuat Empayar Rom di bawah pemerintahan Augustus telah mengambil beribu-ribu tentera untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh. Tenteranya dianggarkan berjumlah kira-kira 400 ribu orang. Mereka diletakkan di kawasan yang strategik. Empayar Srivijaya pula mempunyai pasukan tentera yang kuat sehingga berjaya menguasai 3 laluan laut kegugusan pulau-pulau Melayu iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda. Pasukan tenteranya berjumlah kira-kira 20,000 orang.

23
Undang-undang yang Teratur Rom membahagikan undang-undangnya kepada 3, iaitu undang-undang sivil untuk semua warganegaranya, undang-undang rakyat untuk rakyat tanpa mengira kewarganegaraan dan "natural law" (undang-undang yang menegaskan bahawa semua adalah sama dari segi undang-undang dan kerajaan tidak berkuasa untuk menindas). Di Melaka, terdapat undang-undang adat Kesultanan Melaka yang terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Di India pula, Asoka mengenakan hukuman yang keras seperti hukuman mati ke atas orang yang melakukan kesalahan tertentu. Acheh pula memiliki Kanun Mahkota Alam. Pentadbiran yang Kemas/Sistematik Di India, sistem pentadbirannya begitu cekap dan teratur. Kerajaannya mempunyai 2 komponen yang penting iaitu raja dan menteri. Raja menjadi pemerintah yang berkuasa mutlak manakala menteri akan membantu raja dalam pemerintahan. Empayarnya dibahagikan kepada beberapa provinsi dan ditadbir oleh Wizurai. Beberapa jabatan diwujudkan seperti kewangan, percukaian, pertanian, polis dan kehakiman. Majapahit pula memperkenalkan sistem pentadbiran yang cekap dan teratur di bawah pemerintahan Hayam Wuruk. Majapahit juga memperkenalkan sistem pungutan cukai yang teratur dan adil. Penduduk Pelbagai Ras Di bawah Empayar Rom, Eropah telah disatukan di bawah satu pemerintahan walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Di Alam Melayu, di bawah Empayar Melaka dan Acheh, penduduk di negeri-negeri di Tanah Melayu dan negeri-negeri di Sumatera telah diletakkan di bawah satu pentadbiran. Walaupun mereka terdiri daripada satu rumpun bangsa, tetapi mereka mengamalkan kebudayaan yang berbeza. Wujudnya Hubungan di antara Jajahan Takluk Biasanya, hubungan baik akan wujud di kalangan negeri-negeri yang ditakluk sama ada hubungan politik atau ekonomi. Melalui perhubungan ini, kegiatan perdagangan di antara negeri-negeri tersebut telah wujud. Contohnya, hubungan perdagangan antara negeri-negeri Melayu dan Sumatera telah wujud dengan adanya hubungan politik. Mereka akan saling bantu-membantu, misalnya Empayar Acheh turut membantu Melaka bagi menghadapi ancaman Kristian. EMPAYAR CHIN Latar Belakang Kerajaan Chin ini pada asalnya merupakan sebuah wilayah Dinasti Chou yang terletak di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Ia dipercayai diasaskan sebalum tahun 770 SM. Pada permulaannya, kawasan ini merupakan sebuah kawasan pedalaman yang agak mundur tetapi selepas pembaharuan yang dilakukan oleh Shangyang, Kerajaan Chin ini mula berkembang dan menawan ibu kota Kerajaan Chou pada 256 SM. Pada tahun 230 SM - 221 SM, raja Chin menyerang dan menawan kerajaan-kerajaan kecil yang lain dan membentuk Empayar Chin. Empayar Chin ini akhirnya mengalami keruntuhan pada tahun 206 SM disebabkan pemerintah Maharaja Chin yang zalim. Ciri-ciri Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah Pada awalnya, Kerajaan Chin ini bertempat di kawasan yang agak terpencil di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Pada masa ini, Kerajaan Chin merupakan kerajaan yang mundur sekali di antara kerajaan-kerajaan lain di China. Pada tahun 361 SM, raja Chin membuat keputusan untuk memperkuatkan negara dan memperluaskan wilayahnya memandangkan kerajaan jirannya masing-masing begitu giat melaksanakan dasar perluasan kuasa. Baginda melantik Shangyang yang berfahaman legalisme sebagai Perdana Menteri untuk melaksanakan dasar memperkuatkan negara. Pada tahun 359 SM, Shangyang mula memperkenalkan dasar kerajaan yang baru, begitu juga pada tahun 350 SM. Beliau berjaya melaksanakan dasarnya walaupun mendapat tentangan yang kuat daripada golongan konservatif. Kerajaan Chin terus berkembang menjadi sebuah kerajaan yang kuat. Pada masa ini, Kerajaan Chin mulai memperluaskan wilayahnya. Pada tahun 256 SM, Kerajaan Chin menyerang ibu kota Dinasti Chou dan menawan kota tersebut. Pada masa yang sama, tindakan Chin ini ditentang kuat oleh bangsawan yang lain kerana raja Chou dianggap sebagai ketua mereka. Raja Chin pun mengambil tindakan untuk menghapuskan negeri-negeri yang menentangnya. Pada tahun 246 SM, Ying Zheng (kemudian memakai gelaran Shih Huang Ti) menaiki takhta. Pada masa itu, Chin telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan merupakan kerajaan yang paling kuat. Baginda melantik Li Shi untuk membentuk dasar kerajaan baru untuk menjadi perintis bagi menyerang keenam-enam kerajaan yang lain selepas kerajaan kecil telah disatukan. Mulai tahun 230 SM, Kerajaan Chin telah menawan Kerajaan Han yang terletak di tengah Honan dan Tenggara Shensi. Seterusnya, pada tahun 226 SM, Kerajaan Ch'i yang terletak di Utara Shantung dan Tenggara Hopeh telah ditakluk. Pada tahun 225 SM, Kerajaan Wei yang terletak di Utara Honan, Timur Shensi, Barat Daya Shansi dan Selatan Hopeh dikalahkan. Pada tahun yang seterusnya, iaitu 223 SM, Chin menyerang dan menawan Kerajaan Chu yang terletak di Hupeh dan Utara Hunan. Kerajaan Yen yang terletak di Utara Hopeh dan Selatan Liao Ning dan Kerajaan Chao yang terletak di Shansi dan Barat Hopeh ditawan oleh Chin pada tahun 222 SM. Pada masa ini, Empayar Chin pun terbentuk. Negeri China yang telah berpecah belah selama 800 tahun telah disatukan dan baginda memakai gelaran Shih Huang Ti. Pemerintah yang Cekap Shih Huang Ti merupakan seorang pemerintah yang cekap walaupun baginda zalim. Baginda menaiki takhta pada tahun 240 SM. Baginda merupakan Maharaja China yang pertama yang berjaya menyatukan negara China yang pada masa itu berada dalam keadaan yang berpecah belah sehingga pada tahun 221 SM, Empayar Chin dibentuk. Baginda juga merupakan orang yang pertama menggunakan gelaran Maharaja. Mengikut baginda, pemerintahan sesebuah negara haruslah bercorak autokratik iaitu berdasarkan unsur-unsur legalisme yang percaya bahawa rakyat mesti diperintah dengan tegas. Baginda juga menekankan pemerintahan berpusat, iaitu meletakkan semua kuasa negara di bawah kerajaan pusat dan menghapuskan sistem feudal. Oleh itu, baginda membakar bukubuku Confucius yang menentang dasar dan pemerintahannya. Selain itu, baginda juga mengebumikan 460 orang yang berfahaman Confucius di ibu kota Sien Yang. Bagi mengelakkan serangan orang nomad, baginda mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.

24
Baginda juga berjaya mewujudkan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan mengalami perkembangan ekonomi dan kebudayaan yang pesat. Baginda menyatukan sistem kewangan, ukuran dan bahasa yang digunakan dalam negara. Pada tahun 210 SM, baginda mangkat. Kemangkatannya menyebabkan negara China mengalami kemerosotan yang drastik dan digulingkan oleh pemberontak pada tahun 206 SM. Kedudukan Ekonomi yang Kukuh Empayar Chin lebih mementingkan aktiviti pertanian daripada aktiviti perdagangan. Antara tahun 219 SM - 211 SM, Shih Huang Ti telah memindahkan lebih daripada 100 ribu orang penduduk ke kawasan Utara China untuk mengusahakan tanah terbiar. Jumlah penduduk di sana pada asalnya amat sikti dan keadaannya juga mundur, tetapi dengan kehadiran mereka telag merangsangkan perkembangan bidang ekonomi yang pesat. Baginda juga mengambil langkah untuk menghapuskan sistem kewangan yang digunakan oleh kerajaan lama dan digantikan dengan sistem yang berasaskan amalan orang Chin. Selain itu, sistem ukuran yang diubahsuai dan disatukan di seluruh Empayar. Kesemuanya ini telah membantu perkembangan ekonomi. Jalan raya dibina di sekitar empayarnya bagi memudahkan pemerintahan dan kewujudannya merangsangkan lagi perkembangan ekonomi dalam negara. Angkatan Tentera yang Kuat Empayar Chin mempunyai angkatan tentera yang kuat. Hal ini dapat dibuktikan apabila Chin hanya menggunakan masa yang singkat untuk menyatukan negeri China yang berpecah belah sejak 230 SM, iaitu lebih kurang 8 tahun. Selain itu, serangan orang nomad juga dapat dipatahkan oleh tentera Chin. Empayar Chin juga dapat mengekalkan keamanan dan stabiliti dalam empayarnya dan ini adalah hasil daripada memiliki angkatan tentera yang kuat di mana semua pemberontakan dapat dihapuskan dengan senang. Undang-undang yang Teratur Pemerintahan yang diamalkan oleh Empayar Chin adalah bercorak autokratik, iaitu rakyat mesti diperintah dengan tegas dan mutlak. Undang-undang yang ketat telah diperkenalkan oleh Han Fei Tsu, seorang pendukung falsafah legalisme. Beliau berpendapat bahawa pemerintah yang berteraskan undang-undang lebih baik daripada pemerintahan melalui teladan. Mengikut beliau lagi, manusia hanya dapat dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang kuat. Undang-undang ini lebih memihak terhadap tuan tanah dan ini telah menyebabkan rakyat yang terdiri daripada golongan petani memberontak selepas Shih Huang Ti mangkat. Walau bagaimanapun, undang-undang ini berjaya mengekalkan keamanan dan stabiliti Empayar Chin sebelum Shih Huang Ti mangkat. Pentadbiran yang Kemas/Sistematik Shih Huang Ti menjalankan pemerintahan berpusat iaitu meletakkan semua kusa negeri di bawah kerajaan pusat. Baginda membahagikan empayarnya kepada 36 wilayah yang dikenali sebagai "Jiunn". Di bawah wilayah ini, terdapat daerah. Semua wilayah dan daerah ini ditadbir secara langsung oleh kerajaan pusat dan kerajaan pusat sahaja yang berkuasa melantik atau melucutkan pegawai yang memerintah kawasan ini. Di dalam kerajaan pusat pula, baginda melantik 3 orang pegawai tertinggi dan selepasnya ialah 9 orang pegawai utama. Terdapat juga pegawai-pegawai yang lain selepasnya. Dasar pemerintahan ini ditentang kuat oleh golongan konservatif yang menyokong pemerintahan secara sistem feudal dan mengugut akan berlaku pemberontakan. Shih Huang Ti pun mengambl tindakan memindahkan semua golongan konservatif ini dari seluruh wilayahnya dan dikumpulkan di ibu kota untuk menyenangkan pengawalan terhadap mereka. Bilangannya adalah seramai 120 ribu orang. Baginda melarang mereka memiliki senjata. Bagi memudahkan lagi pemerintahan, sistem kewangan, ukuran dan bahasa juga disusun semula. Sistem yang baru adalah berasaskan sistem yang diamalkan oleh Chin selama ini. Wujudnya Hubungan antara Jajahan Setelah Shih Huang Ti menyatukan negeri China yang berpecah-belah, baginda telah membahagikan empayarnya kepada 36 wilayah. Bagi menyenangkan pemerintahan berpusat, baginda mengarahkan pembinaan jalan raja dalam empayar dan ini telah mewujudkan hubungan antara jajahan takluk dengan jajahan takluk dan antara jajahan takluk dengan kerajaan pusat. Jalan raya ini dibina bermula dari Sien Yang berhala ke Timur sehingga ke kawasan Hopeh, Liao Ning dan Shantung; ke Selatan pula sehingga ke Chekiang dan Kiangsi. Lebar jalan raya ini adalah 50 kaki dan ia dibina dengan sebaik-baiknya. Selain itu, pembukaan sistem saliran juga memudahkan lagi hubungan antara jajahan takluk dengan jajahan takluk dan jajagan takluk dengan kerajaan pusat. Hubungan yang wujud adalah bersifat ketenteraan, perdagangan dan kebudayaan. EMPAYAR HAN Latar Belakang Empayar Han diasaskan pada tahun 206 SM oleh Liu Pang. Empayar Han ini berlangsung sehingga 220 SM. Empayar Han ini boleh dibahagikan kepada 2 tahap iaitu Empayar Han Barat yang beribu kota di chang An (206 SM - 25 M) dan Empayar Han Timur yang beribu kota di Loyang (25-220). Empayar Han telah mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Maharaja Wu Ti. Pada zaman ini, Empayar Han meliputi Kansu, Asia Tengah, Manchuria, Korea Utara, Nan Yueh dan Pulau Hainan. Ciri-ciri Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah Pada zaman akhir Dinasti Chin, rakyat jelata tidak sanggup hidup di bawah pemerintahan Maharaja Chin yang zalim. Pada tahun 206 SM, mereka memberontak tetapi gagal. Usaha ini tidak bermakna sudah tamat tetapi diteruskan oleh Liu Pang. Dengan bekerjasama dengan kuasa pemberontak yang satu lagi, Dinasti Chin digulingkan pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun, Liu Pang berasa tidak senang hati dengan kuasa tersebut kemudian melancarkan peperangan terhadapnya tetapi pada permulaannya gagal. Pada tahun 202 SM, baginda berjaya menewaskan kuasa tersebut dan memerintah seluruh negeri China. Maharaja Wu Ti menaiki takhta pada tahun 140 SM, baginda menerukan usaha perluasan kuasa. Dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara di Asia Barat, pada tahun 121 SM, Han berjaya menewaskan orang nomad dan menawan kawasan Kansu. Seterusnya, negara-negara di Asia Tengah

25
terus tunduk terhadap kekuasaan dan keagungan Empayar Han. Selain itu, baginda juga menawan Manchuria, Korea Utara, Annam, Nan Yueh dan Pulau Hainan sehinggalah mencapai kegemilangan. Pemerintah yang Cekap Maharaja Wu Ti merupakan antara pemerintah Empayar Han yang cekap. Baginda merupakan Maharaja ke-5. Baginda memerintah Empayar Han antara tahun 140 SM sehingga 87 SM. Semasa pemerintah baginda, Empayar Han telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai aspek termasuk ketenteraan, ekonomi, kesusasteraan dan sebagainya. Dalam bidang ketenteraan, Empayar Han membentuk angkatan tentera yang kuat dan berjaya meluaskan wilayahnya sehingga ke Asia Tengah di sebelah Barat, Annam di sebelah Selatan, Korea Utara di selelah Timur dan Monggol di sebelah Utara. Dalam ekonomi, Empayar Han telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan dunia luar melalui jalan laut dan jalan darat sehingga mewujudkan "Jalan Sutera". Dalam bidang kesusasteraan, Sejarah China telah dihasilkan oleh Ssu-Machien dan Kamus Cina yang pertama telah dihasilkan pada tahun 100 M. Sistem perkamusan yang digunakan masih kekal sehingga hari ini. Ekonomi yang Kukuh Seperti empayar yang lain, Empayar Han mempunyai ekonomi yang kukuh. Empayar Han telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Rom, India dan Parsi melalui jalan darat dan jalan laut. Jalan perdagangan darat ini merentasi Asia Tengah antara India dengan China dan ia lebih dikenali sebagai "Jalan Sutera". Seterusnya, jalan ini bukanlah sengaja diwujudkan tetapi adalah secara tidak langsung. Maharaja Wu Ti yang ingin menyerang orang nomad di Utara China berasa dia haruslah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Asia Barat. Untuk berbuat demikian, dia harua mencari satu jalan untuk ke Asia Barat. Baginda mengarahkan Chang Qian untuk mencari jalan tersebut. Hasilnya, beliau berjaya mengadakan jalan tersebut dan orang nomad juga dapat ditewaskan walaupun negara Asia Barat ini tidak bersetuju untuk membantu Empayar Han kerana mereka sudah bosan dengan peperangan. Namun begitu, hubungan diplomatik telah dijalin. Penemuan jalan ini seterusnya digunakan oleh pedagang untuk berdagang dengan pedagang yang tinggal di sebelah Barat terutamanya Eropah. China telah mengeksport kain sutera, kain bulu, rhubarb dan kayu manis ke negara tersebut dan mengmport gelas, batu permata, mutiara, kain linen dan permaidani dari dunia luar. Hubungan perdagangan ini juga mewujudkan pertukaran kebudayaan yang kesannya dapat dilihat pada masa sekarang. Penemuan artifak yang berasal dari Yunani, Rom, Babylon dan Assyria telah membuktikan wujudnya hubungan perdagangan dengan dunia luar. Angkatan Tentera yang Kuat Empayar Han mempunyai angkatan tentera yang kuat. Hal ini dapat dibuktikan apabila Liu Pang yang hanya mempunyai 100 ribu orang tentera telah berjaya menewaskan kuasa pemberontak yang mempunyai 400 ribu orang tentera yang pernah bersama baginda menggulingkan Dinasti Chin. Selain itu, baginda juga telah berjaya mematahkan pemberontakan yang berlaku dalam negara yang melibatkan 6 orang bangsawan yang pernah berjasa terhadap negara. Empayar Han mempunyai angkatan tentera yang kuat juga dapat dibuktikan apabila ia berjaya mematahkan pencerobohan orang nomad di Utara China di mana orang nomad ini memang terkenal sebagai orang yang handal berperang. Dengan memiliki angkatan tentera yang kuat juga, Empayar Han dapat meluaskan wilayahnya sehingga banyak kerajaan kecil di Asia Tengah tunduk terhadap kehebatan dan keagungan Empayar Han. Undang-undang yang Teratur Pada mulanya, Liu Pang amat tidak mempersetujui ajaran Confucius yang mencadangkan pemerintahan secara teladan. Baginda telah bersetuju dengan fahaman legalisme yang menekankan pemerintahan secara undang-undang. Dengan itu, baginda mengarahkan Xiao He (Perdana Menteri masa itu) untuk menyusun semula undang-undang Dinasti Chin. Hasilnya, Xiao He telah menghasilkan undangundang Han (Han Lui) yang mengadungi 9 bab. Undang-undang ini telah membantu kepada perkembangan ekonomi Empayar Han. Selain itu, terdapat juga undang-undang tentera yang membolehkan Maharaja menganugerahkan tanah dan bangunan kepada tentera yang memberikan sumbangan terhadap negara. Undang-undang juga menetapkan golongan hamba yang menjualkan diri disebabkan kelaparan dipulih menjadi petani. Terhadap saudagar pula, undang-undang melarang mereka berpakaian sutera, menaiki kereta atau kuda, membawa senjata dan menjadi menteri, malah mereka akan dikenakan cukai kepala yang berlipat ganda. Mereka juga dipaksa melepaskan hamba yang dibeli tanpa diberi ganjaran. Kewujudan undang-undang seperti ini telah memberi hentaman yang kuat terhadap orang yang mengagung-agungkan sistem perhambaan. Pentadbiran yang Kemas/Sistematik Seperti Empayar Chin, Empayar Han mengamalkan sistem pemusatan kuasa. Empayarnya dibahagikan kepada beberapa wilayah dan setiap wilayah mengandungi daerah. Semua pegawai yang mentadbir kawasan ini dilantik atau dilucutkan secara langsung oleh kerajaan pusat. Wilayah ini diketuai oleh Ketua Wilayah (Jiunn Shou) dan daerah diketuai oleh pegawai daerah (Xian Ling). Di kerajaan pusat, Maharaja dianggap sebagai ketua dan mempunyai kuasa mutlak. Di bawah baginda, terdapat 3 orang pegawai tertinggi iaitu Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal pentadbiran, Jeneral yang menguruskan hal ehwal ketenteraan dan Setiausaha Diraja yang bertanggungjawab mengawal perjalanan persidangan yang diadakan antara pegawai kerajaan dengan maharaja dalam istana. Selepas 3 orang pegawai tertinggi ini terdapat 9 orang pegawai utama yang masing-masing mempunyai tanggungjawabnya. Sebagai contoh, menteri kewangan yang bertanggungjawab mengutip cukai, mengadakan akaun negara dan mengendalikan segala hal ehwal yang melibatkan wang; menteri perundangan bertanggungjawab mengawal keadilan dalam negara; menteri hal ehwal luar negeri dan kaum minoriti yang bertanggungjawab melaksanakan dasar hubungan luar kerajaan pusat dan menjaga kepentingan kaum minoriti. Di luar jentera pentadbiran kerajaan, terdapat golongan bangsawan yang dianugerahkan kawasan tadbiran oleh Maharaja Han. Mereka memerintah kawasan tersebut dengan melaksanakan arahan yang diberi oleh kerajaan pusat. Kuasa mereka adalah terhad. Penasihat dan Perdana Menteri beliau dilantik oleh kerajaan pusat. Selain itu, mereka tidak berkuasa mengarahkan angkatan tentera untuk membuat sesuatu tanpa kebenaran kerajaan pusat. Liu Pang juga memindahkan golongan bangsawan lama ke sekitar ibu kota Chang An bagi memudahkan kerja pengawalan terhadap mereka. Adalah perlu ditekankan bahawa pegawai kerajaan adalah dilantik melalui peperiksaan awam. Di sini mereka tidak dibenarkan meniru dan mereka akan membuat peperiksaannya dan seseorang yang mencapai kecemerlangan akan dilantik menjadi pegawai kerajaan.

26
Penduduk Pelbagai Ras Oleh sebab Empayar Han ini meliputi kawasan yang luas, maka penduduknya terdiri daripada pelbagai ras. Yang utama ialah kaum Han (Cina) yang tinggal di bahagian Timur China; orang Monggol yang tinggal di Utara China; orang Manchu yag tinggal berdekatan dengan Korea. Selain itu, terdapat kaum-kaum minoriti yang lain yang tinggal di kawasan Selatan China. Keadaan Empayar Han yang terdiri daripada pelbagai ras juga dapat dilihat apabila Maharaja Han yang telah mewujudkan satu jawatan kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal yang meluaskan kepentingan kaum minoriti. Wujudnya Hubungan antara Jajahan Taklukan Selepas Dinasti Chin, Han meneruskan pemerintahan di negeri China. Jalan raya yang dibina semasa pemerintahan Shih Huang Ti dikekalkan dan masih digunakan. Kewujudan jalan raya telah memudahkan pemerintahan kerajaan pusat terhadap jajahan taklukan. Hubungan antara jajahan taklukan juga diwujudkan akibat pembinaan jalan raya ini dan telah meliputi pelbagai bidang termasuk perdagangan dan kebudayaan. Kewujudan hubungan ini adalah penting bagi mewujudkan satu keadaan yang aman dan stabil dalam empayar yang seterusnya akan membantu Empayar Han mencapai kegemilangannya. EMPAYAR MAURYA Latar Belakang Dinasti Maurya dan Gupta merupakan dua empayar yang terkenal dalam sejarah India purba. Dinasti Maurya merupakan dinasti yang unik dan empayar yang pertama dalam sejarah India. Manakala, Gupta merupakan satu zaman keemasan dalam sejarah India. Dinasti Maurya wujud antara tahun 324-185 SM. Empayar ini diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 322 SM dan telah memilih Palatiputra sebagai ibu kotanya. Kedua-dua dinasti wujud pada masa yang berbeza tetapi penyumbang yang paling besar dalam sejarah Tamadun India, yang meliputi aspek politik dan pentadbiran, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Ciri-ciri Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa dan Wilayah Empayar Maurya di India meluaskan kuasa hingga merangkumi seluruh India Utara hingga ke dataran Deccan di Barat hingga ke Sauras-Atra di Timur hingga ke Mysara. Empayar Maurya bermula selepas beliau berjaya mengusir orang Handa yang pernah merampas kerajaan daripada bapanya dahulu. Selepas menabalkan dirinya menjadi raja, Chandragupta Maurya memilih Pataliputra sebagai pusat pemerintahannya. Empayar Maurya kemudiannya berkembang ke seluruh Utara India termasuk Afghanistan. Hal ini terjadi selepas beliau berjaya mengusir tentera-tentera Greek di bawah pimpinan Seleukos Hikator, Jeneral Iskandar Zulkarnain. Selepas itu, beliau menyerang Selatan India dan berjaya menawan wilayah Mysore. Pada masa pemerintahan Asoka, Empayar Maurya bertambah luas apabila beliau berjaya menawan wilayah Kalinga. Dengan tertawannya wilayah Kalinga, maka Empayar Maurya sekarang meliputi seluruh benua kecil India hingga ke Afghanistan. Perluasan Empayar Maurya sedemikian rupa adalah disebabkan oleh kecekapan Chandragupta Maurya dan Asoka memilih dan mengambil tentera-tenteranya. Pemerintah yang Cekap Empayar Maurya diperintah oleh seorang raja dengan bantuan sebuah majlis penasihat. Empayar Maurya tersebut dibahagikan kepada beberapa wilayah yang diperintah oleh seorang wizurai dan sebilangan pegawai. Maharaja Asoka (kira-kira 272-237 SM) menjalankan pemerintahan berdasarkan dikri atau titah perintah dan kepimpinan beliau melalui teladan. Pegawai-pegawai dilantik untuk memajukan kebajikan masyarakat dan memupuk kerajaan yang adil dan bermoral tinggi. Kerajaan Maurya diasaskan dan dipimpin oleh Chandragupta Maurya. Dinasti Maurya mencapai puncak kuasanya dibawah Asoka, iaitu cucu kepada Chandragupta. Kedudukan Ekonomi yang Kukuh Maurya mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh kerana banyak terlibat dalam bidang pertanian, perlombongan, perdagangan dan perhubungan. Dalam kegiatan pertanian, orang tawanan perang digunakan untuk membuka tanah-tanah baru dan dijadikan kawasan pertanian. Chandragupta Maurya membenarkan petani-petani mengerjakan 1/3 daripada hasil pertanian kepada kerajaan. Sistem pengairan yang diperkenalkan membolehkan petani-petani menggunakan tali air untuk mengairi tanah pertanian. Dengan itu, penanaman 2 kali setahun dapat dijalankan. Pegawai-pegawai dilantik untuk mengendalikan kerja-kerja membekalkan air kepada petani. Sistem ekonomi diperkemaskan lagi ketika pentadbiran Asoka. Orang Sundra telah disuruh untuk membersihkan tanah baru dan dijadikan kawasan pertanian. Asoka memperkenalkan cukai tanah dan cukai ke atas hasil, seperti cukai pengeluaran pertanian dan cukai jalan. Cukai-cukai biasanya ditetapkan dengan kadar yang tertentu. Misalnya, cukai hasil pengeluaran ditetapkan 1/6 daripada jumlah pengeluaran. Hasil-hasil cukai digunakan untuk pembinaan sistem pengairan, jalan raya, bangunan-bangunan dan juga merupakan sumber kepada raja. Perdagangan juga sangat aktif dalam atau luar negeri. Ramai pedagang asing berdagang di India. Antara barang-barang dagangan adalah seperti emas, perak, rempah, permata dan berlian. Perlombongan juga dimajukan oleh Maurya. Terdapat 2 jenis lombong, iaitu lombong di daratan dan lombong di lautan. Pegawai-pegawai di lautan ditugaskan menjaga kutipan mutiara, berlian dan garam. Manakala pegawai di daratan melindungi lombong lama di samping mencari lombong baru. Mempunyai Angkatan Tentera yang Kuat Dalam bidang pentadbiran ketenteraan, Chandragupta Maurya dikatakan raja yang mula-mula sekali mempunyai organisasi ketenteraan yang tersusun dan berkesan. Plini menggambarkan bahawa Chandragupta Maurya mempunyai jumlah angkatan tentera yang terdiri daripada 600,000 orang askar berjalan kaki, 30,000 orang tentera berkereta kuda. Pegawai tertinggi dalam angkatan tentera dipegang oleh raja. Untuk mengendalikan tenterannya yang begitu ramai, Chandragupta membahagikan kepada 30 badan pentadbir dan diagihkan kepada 6 lembaga. Setiap lembaga mengandungi 3 orang ahli. Badan-badan tersebut meliputi tentera laut, tentera darat berjalan kaki, tentera berkuda, tentera bergajah, tentera berkenderaan yang membekalkan alat-alat senjata. Tenteranya juga terdiri daripada pelbagai kelas masyarakat dan bertugas semasa berlaku peperangan sahaja. Tentera-tenteranya dibayar gaji tetap. Arthasastra pula menggambarkan bahawa terdapat juga jururawat-jururawat dan doktor-doktor yang ikut serta dalam peperangan

27
untuk membantu tentera yang cedera. Jelaslah disini sistem pentadbiran yang begitu teratur dan bersistematik di bawah Chandragupta Maurya dan Asoka merupakan sumbangan yang besar kepada Tamadun India. Undang-undang yang Teratur Salah satu ciri empayar yang amat penting ialah mempunyai undang-undang yang teratur. Undang-undang ini penting untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara, menjaga ketertiban masyarakat India dan menjamin kedudukan raja untuk memastikan pentadbiran kehakiman dilaksanakan dengan betul. Pada masa pemerintahan untuk memastikan yang semua reformasi yang diarahkan oleh kerajaan pusat dijalankan. Hukuman keras seperti hukuman mati akan dikenakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan. Selain itu, Asoka telah menjalankan konsep Dharma dalam pemerintahannya di mana beliau telah menggubal undang-undang negara dengan dasar Dharma. Dengan itu, sebuah jabatan yang bertindak sebagai penyebar prinsip-prinsip Dharma atau undang-undang kesagihan telah ditubuhkan. Sistem Pentadbiran yang Kemas Oleh sebab tanah jajahan Dinasti Maurya sangat luas, maka Chandragupta Maurya telah cuba mewujudkan satu sistem pentadbiran yang kemas dan teratur. Chandragupta Maurya dan penasihatnya iaitu Kautilia telah melantik pegawai-pegawai yang berkebolehan untuk mentadbir kawasan Dinasti Maurya. Namun demikian, sistem pentadbiran diperkemas lagi di bawah pemerintahan Asoka. Dalam hal ini, Chandragupta telah membahagikan Empayar Maurya kepada empat wilayah penting iaitu Barat Laut, Barat Kalinga dan Selatan. Setiap wilayah diletakkan di bawah seorang wizurai yang biasa terdiri daripada putera-putera raja. Wilayah-wilayah tadi dipecahkan kepada beberapa kawasan tertentu. Pada peringkat ini, ia ditadbir oleh pihak gabenor (Mahatmatra). Kawasan itu kemudiannya dipecahkan kepada daerah-daerah yang lebih kecil. Kemudian daripada peringkat daerah tadi dipecahkan pula kepada unit-unit yang lebih kecil iaitu kepada peringkat kampung. Ketua bagi peringkat kampung ialah penghulu (gramini) yang dibantu oleh dua orang pegawai "accountant" dan "tax collector". Pegawai di peringkat atas dipanggil stanika, beliau mengawasi seperti daripada daerahnya. Samadharti pula merupakan pegawas kepada stanika. Di samping itu, ditubuhkan juga pasukan khidmat rahsia yang merupakan agen-agen kepada raja, ahli-ahlinya terdiri daripada askar-askar pelapor rahsia dan juga para hak yang bergerak di satu tempat ke satu tempat. Tujuannya ialah untuk melicinkan lagi jentera pentadbiran seperti para pegawai bekerja mengikut arahan dan memastikan rakyat setia kepada raja tanpa ada pemberontak. Penduduk Terdiri daripada Pelbagai Ras Semasa Dinasti Maurya, terdapat banyak negara disatukan di bawahnya. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai penduduk dalam Dinasti Maurya selain daripada ornag Hindu. Dalam Dinasti Maurya, terdapat orang Mohenjo-Daro yang tinggal di lembah Sungai Indua. Selain itu, terdapat juga orang Arya yang berkuasa dan memandang hina kepada penduduk asal yang berkulit hitam. Di Dinasti Maurya, terdapat juga orang Parsi, Greek, Han dan Monggol. Mereka semua diserap menjadi penduduk India kerana mereka mara ke Selatan sebagai tentera dan terpaksa melakukan kahwin campur dengan penduduk di situ. Terdapat juga orang Sundra yang disuruh semasa pemerintahan Asoka untuk membersihkan tanah baru untuk dijadikan kawasan pertanian. EMPAYAR SRIVIJAYA Latar Belakang Srivijaya ialah sebuah kerajaan Malaya yang berpusat di Palembang, Sumatera. Kerajaan ini diasaskan pada akhir kurun ke-7. Ia mula muncul sebagai empayar selepas kejatuhan Kerajaan Funan (Segenting Kra) pada abad ke-7 Masihi. Pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di Pantai Timur Sumatera, Selatan Palembang dan Jambi. Ia diasaskan oleh Dapunta Hyang pada tahun 683 Masihi. Srivijaya berada pada puncak kekuasaannya di antara kurun ke-8 hingga kurun ke-11. Pada zaman kegemilangannya, ia telah berjaya menakluk kerajaan-kerajaan lain sehingga membentuk sebuah empayar Melayu yang pertama di Gugusan Kepulauan Melayu. Antara kerajaankerajaan yang pernah ditakluk oleh Empayar Srivijaya ialah Kerajaan Ligor di Selatan Thai yang ditawan pada 775 Masihi, Semenanjung Melayu termasuk Kerajaan Kedah Tua, bahagian Timur Sumatera termasuk Jambi, Jawa Barat dan Borneo Barat. Seperti empayar lain, Empayar Srivijaya mempunyai beberapa ciri yang menunjukkan ia adalah sebuah empayar. Ciri-ciri Laksanakan Dasar Perluasan Kuasa dan Wilayah Srivijaya melaksanakan dasar perluasan kuasa dan wilayah untuk memperluaskan kuasa dan pengaruh serta menambah lagi sumber ekonomi. Empayar Srivijaya sangat luas. Jajahannya terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Borneo dan Ligor. Srivijaya dinamakan sebagai Tuan Kawasan Selat kerana berjaya menguasai kawasan selat. Srivijaya mempunyai kuasa thalasokrasi yang kuat. Jadi, ia menguasai daerah-daerah berhampiran melalui peperangan. Srivijaya telah meluaskan kuasanya ke Selatan Sumatera dan Barat Jawa untuk menguasai Selat Sunda. Tujuan Srivijaya menguasai Selat Sunda adalah demi pelabuhan. Kemudian, Srivijaya telah berjaya menawan Kerajaan Melayu-Jambi dan Kedah di Semenanjung Tanah Melayu. Seterusnya, Srivijaya menguasai kawasan lain seperti Banga, Tulang Bawang, Minanga, Tarimanaga dan Langkasuka untuk menguasai Selat Melaka. Menerusi perluasan kuasa ini, Srivijaya telah menguasai perdagangan di Asia Tenggara. Selain itu, Srivijaya adakan hubungan diplomatik dengan China (992 Masihi). Tujuan Srivijaya berbuat demikian adalah untuk mendapatkan perlindungan dan menjalin hubungan antarabangsa. Srivijaya dapat berkembang pesat dan kuat adalah kerana ia menguasai dan mengawal pintu masuk ke Selat Melaka, pelabuhan menjadi tempat persinggahan bagi kapal dari Timur dan Barat. Srivijaya juga mempunyai kekayaan barang dagangan dan angkatan laut yang kuat. Zaman keagungan Srivijaya adalah semasa menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Segenting Kra di Thai. Kesannya adalah menjejaskan kepentingan Kerajaan Chola di India. Pada tahun 1023-1024, Kerajaan Chola menyerang Srivijaya. Kedudukan Ekonomi yang Kukuh Srivijaya mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh. Kegiatan perdagangan merupakan aktiviti ekonomi yang terpenting. Dengan penguasaannya terhadap laluan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda, Srivijaya memperolehi sumber perdagangan dan pendapatan yang lumayan kerana laluan ini merupakan jalan perdagangan antarabangsa yang terpenting. Srivijaya menjadi pelabuhan

28
entreport dan juga menjadi tumpuan pedagang dari China, India dan Arab. Dengan itu, Srivijaya dapat mengutip hasil cukai daripada pedagang-pedagang itu. Selain itu, sumber ekonomi Srivijaya juga datang dari penerimaan ufti. Srivijaya yang wujud sebagai sebuah empayar yang kuat telah menerima ufti daripada negeri jajahan dan negeri naungannya. Di samping itu, Srivijaya juga menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman di Sumatera dan Tanah Melayu yang menjadi tanah jajahannya. Hasil utama Srivijaya adalah damar kayu gharu, cendana, gading gajah, getah perca, ubat-ubatan dan rempah-ratus. Pemerintah yang Cekap Empayar Srivijaya diasaskan pada tahun 683 Masihi oleh Raja Dapunta Hyang. Bawah pemerintahan Raja Dapunta Hyang, Srivijaya mempunyai angkatan laut yang sangat kuat dan besar sehingga dapat menyerang dan menguasai Kerajaan Kedah Tua di Tanah Melayu yang ketika itu meningkat maju sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara dan Kerajaan Melayu-Jambi. Mempunyai Angkatan Tentera yang Kuat Kerajaan Srivijaya mempunyai angkatan tentera yang kuat. Penemuan batu bersurat yang bertarikh 682 Masihi di Kedukan Bukit yang menceritakan bahawa Kerajaan Srivijaya pada masa itu mempunyai angkatan tentera sebanyak 20,000 orang. Keadaan semulajadi yang strategik telah menambah keutuhan benteng pertahanan Srivijaya. Kerajaan ini menggunakan taktik peperangan untuk memperluaskan kuasanya. Sebagai contoh, Srivijaya telah menakluki Jawa untuk menguasai Selat Sunda yang menjadi laluan perdagangan rempah yang utama. Selain itu, Srivijaya dapat menguasai kerajaan-kerajaan kecil kerana kekuatan tentera dan kebolehan raja-rajanya. Pentadbiran tentera adalah diketuai oleh panglima yang bergelar Pratisava. Beliau bertanggungjawab membina pasukan tentera dan mengadakan latihan yang berkaitan. Sistem Pentadbiran yang Kemas Pusat pemerintahan Kerajaan Srivijaya terletak di kawasan antara Palembang dengan Jambi di Sumatera. Terdapat tiga bahagian pentadbiran di Srivijaya iaitu pentadbiran diraja tertumpu kepada hal-ehwal raja, bidang kehakiman dan mengutip cukai. Kedua ialah pentadbiran ketenteraan yang diketuai oleh seorang panglima (pratisara) yang menguruskan hal ketenteraan. Bahagian ketiga adalah terdiri daripada pentadbiran daerah yang diketuai oleh ketua wilayah atau Datu yang bertanggungjawab atas hal-ehwal tanah dan kebajikan serta kesetiaan rakyat. EMPAYAR GRAECO-ROMAN Latar Belakang Empayar Graeco-Roman juga dikenali sebagai Empayar Hellenistik. Perkataan Hellenistik berasal daripada perkataan Greek iaitu hellenizein yang bermaksud to speak or act Greek. Selepas Iskandar Zulkarnain mangkat di Babylon (323 SM), tiada pengganti yang handal. Akibatnya, Yunani (Greek) berpecah-belah kepada 3 bahagian dan setiap bahagian mewakili satu dinasti dari keturunan seorang daripada marsyal, menjalankan pengaruhnya. Zaman ini tamat apabila Rom menguasai negara-negara Hellenistik pada tahun 30 SM. Ciri-ciri Dasar Perluasan Kuasa Penubuhan sesebuah tanah jajahan Greek bukanlah dibuat tanpa rancangan. Kumpulan orang lelaki dan perempuan dihantar di bawah pimpinan seorang warganegara yang terkemuka sebagai "pengawas" tanah jajahan ke seberang laut untuk menduduki satu tempat yang telah dipilih secara berhati-hati. Tanah jajahan yang diasaskan oleh mereka itu dirancang menyerupai kota induk. Tanah jajahan: Naucratis di Delta Sungai Nil dan Cyrene di sebelah Barat Laut. Corinth menubuhkan sebuah tanah jajahan yang kuat di Corcyra. Di Barat terdapat Torentum (dibuka oleh orang Sparta) serta Sybaris Croton, Paestum, Naples dan Cumae. Keseluruhannya dikenali sebagai Greek Besar. Daya usaha yang bersungguh-sungguh dijalankan olehnegara-negara kota Greek untuk berkembang menjadi Mediterranean seperti Laut Greek. Pemerintah yang Cekap Ptolemis merupakan pemerintah yang bercorak monarki Hellenistik. Ptolemy dan 14 orang penggantinya menggunakan gelaran yang sama. Seleucids juga merupakan pemerintah yang cekap. Antiochus III The Great menaiki takhta selepas kematian Selecus I, Nicator Chekhek pada 280 SM. Beliau telah menyatukan semula wilayah beliau dan menambahkan empayarnya sehingga ke India. Macadonia pula membentuk negara di Asia Minor. Eumanes I dan penggantinya Attalus I memerintah di pengamun yang berkuasa atas hampir kesemua pantai Barat Asia Minor termasuk beberpaa negara kota Greek. Ekonomi Rhodes menggantikan Athens sebagai pusat pelabuhan di Aegean. Dalam bidang pertanian, mereka menjalankan rancangan tali air dan terusan di kawasan Fayum. Fayum menjadi kawasan penempatan orang Greek. Keperluan ketenteraan (menunggang dan industri tekstil) menyebabkan penternakan juga dimajukan.Di Fayum, banyak kawasan ternakan dan padang ragut diwujudkan. Mereka turut memberi perhatian kepada penanaman anggur dan zaitun dengan memberikan lesen wain dan menjatuhkan cukai kepada penduduk yang mempunyai dusun. Industri tekstil, sutera dan pakaian dicos juga diberi perhatian. Perkembangan pendidikan menggalakkan pengeluaran buku dan papyrus (daun lontar). Kuari industri juga berkembang. Pengamum menjadi pusat barang tekstil menggantikan Miletus. Kawasan paling sibuk sebagai pusat pelabuhan ialah di Alexandria dan ia mempunyai ramai penduduk. Rhodes dan Cindus menghasilkan jar untuk menjadi pengeksport wain. Kerajaan memonopoli perusahaan seperti garam, minyak, zaitun, wain dan bijirin serta papyrus, juga berjak memiliki tanah. Dua jenis mata wang digunakan iaitu Attic sejak zaman Alexander yang digunakan oleh Macadonia dan negeri Asia; Phonician oleh Ptolemy.

29
Undang-undang yang Teratur Kemajuan pesat dibuat dalam bidang kehakiman dengan adanya juru damai yang profesional menggantikan juri yang besar bilangan itu. Atas kemajuan dalam bidang kehakiman, satu gerakan dibuat untuk membebaskan hamba abdi yang ramai dan wanita mendapat lebih banyak kebebasan. Tentera yang Kuat Raja tidak pernah mengalami kekalahan di tangan musuhnya. Keberanian Laksamana Nearaus mengepalai kapal-kapalnya melalui lautan yang dashyat dan tidak pernah ditempuhi adalah satu tindakan mengagumkan. Iskandar Zulkarnain adalah jeneral yang terkenal, paling baik dalam hal strategi, taktik dan penyusunan perang. Baginda cekap dan yakin apabila menyerang. Penduduk Pelbagai Ras Empayar ini terdiri daripada orang Greek dan orang Sparta. Orang Greek hidup menetap. Mereka tinggal di kampung yang bersebaran. Lama-kelamaan, penduduk setiap lembah/dataran bergabung menjadi sebuah komuniti politik. Orang Sparta pula memberi latihan tentera kepada lelaki. Perempuan pula diberi kesedaran bahawa tugas utama mereka adalah melahirkan perajurit yang berdarah tulen Sparta. EMPAYAR MELAKA Latar Belakang Melaka diasakan oleh Parameswara pada tahun 1400. Parameswara merupakan putera Raja Pelambang yang berketurunan Sailendra yang memerintah Kerajaan Srivijaya. Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya selepas kejatuhan Majapahit iaitu kira-kira tahun 1414 Masihi. Ketika itu, Melaka diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda telah berjaya meluaskan kuasanya di negeri sekitar Melaka. Ekspedisi perluasan kuasa ini telah membantu menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara pada abad ke-15. Sejak pengasasannya, Melaka telah mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun, faktor ini menyebabkan Melaka muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal. Namun begitu, kegemilangannya hanya bertahan untuk beberapa tempoh sahaja. Hal ini adalah disebabkan pada tahun 1511, Melaka telah mengalami kejatuhan akibat serangan daripada Portugis. Ciri-ciri Pemerintah yang Cekap Negeri Melaka telah diterajui oleh sultan-sultan yang cekap dan berwibawa. Antaranya yang terkenal ialah Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Syah. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, baginda berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan pembesar Melaka. Sebagai contoh, menyatukan Tun Perak dengan Tun Ali untuk jawatan Bendahara. Ketika Sultan Mansur Syah, baginda telah berjaya meluaskan kawasan taklukan Melaka. Antaranya ialah Bernam, Perak, Siak, Rupat dan Rokan. Baginda juga berjaya mematahkan usaha Inderagiri, Kampar dan Pahang yang cuba melepaskan diri daripada kekuasaan Melaka. Pemerintahan yang paling cekap ialah ketika pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah antara tahun 1477 hingga 1488. Baginda merupakan seorang sultan yang mementingkan keamanan. Baginda juga telah dikatakan menyamar dan meronda pada waktu malam untuk menjalankan penyiasatan agar keamanan Melaka sentiasa terpelihara. Ketegasan baginda juga telah berjaya melahirkan pembesar yang bertanggungjawab. Kedudukan Ekonomi yang Kukuh Usaha menjalankan kegiatan perdagangan sebagai sumber ekonomi utama. Pedagang-pedagang yang berdagang akan dikenakan cukai yang berpatutan. Selain itu, Melaka juga mempunyai pelabuhan yang menjalankan aktiviti entreport yang terkenal pada abad ke-15. Terdapat 2 jenis cukai iaitu duti import dan hadiah kepada sultan. Melalui cukai ini, ekonomi Melaka akan semakin kukuh. Selain itu, terdapat juga urusniaga yang dijalankan melalui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang. Pada mata wang tersebut terpahat nama Sultan yang memerintah. Mempunyai Angkatan Tentera yang Kuat Sesebuah empayar perlu mempunyai angkatan tentera yang kuat untuk mempertahankan empayarnya daripada dicerobohi oleh musuh. Melaka memiliki angkatan laut yang besar. Orang laut menjadi tenaga penting dalam angkatan laut Melaka. Selain itu, Melaka turut mempunyai pahlawan-pahlawan yang gagah perkasa, berani dan setia kepada sultan. Antara pahlawan-pahlawan yang terkenal ialah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Sebahagian besar kelengkapan tentera Melaka terdiri daripada kapal, bahtera, ghali, ghalias, jong dan lancara. Peralatan senjatanya pula terdiri daripada panah, keris, lembing, meriam, lela, rentakal, istinggar dan pemuras. Kekuatan tentera Melaka terbukti semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah apabila Melaka dapat mematahkan serangan Siam sebanyak 2 kali tanpa bantuan China. Mempunyai Undang-undang yang Teratur Melaka menjadi sebuah negeri yang kuat kerana mempunyai undang-undang yang teratur. Terdapat 2 undang-undang yang dilaksanakan di Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Kedua-duanya digubal untuk melicinkan pentadbiran dan mewujudkan keamanan. Hukum Kanun Melaka menyentuh tentang tanggungjawab pemerintah dan pembasar, larangan rakyat menggunakan bahasa dalaman serta undang-undang Islam dan hukum adat. Namun begitu, Undang-undang Laut Melaka pula menyentih perkara yang berkaitan dengan laut seperti kedudukan pengawai atas kapal, kuasa pegawai-pegawai dan hukum pembahagian hak perniagaan. Selain itu, larangan dalam pelayaran juga dinyatakan. Sistem Pentadbirna yang Cekap, Kemas dan Jujur Sejak awal pengasasan Melaka lagi, telah wujud pentadbiran yang tegas dan teratur. Kerajaan Melaka telah diketuai oleh seorang sultan yang akan dibantu oleh para pembesar. Para pembesar mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Bendahara merupakan penolong sultan dan penasihat baginda. Penghulu Bendahari bertanggungjawab menjaga semua harta kerajaan.

30
Temenggung pula ditugaskan menjaga keamanan di darat dan turut menjadi pengawal peribadi sultan. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, baginda telah memperkenalkan jawatan Laksamana. Tugas utama Laksamana ialah menjadi ketua angkatan laut. Selain itu, pembesar-pembesar berempat ini dibantu oleh pembesar delapan dan seterusnya. Hubungan dengan Jajahan Taklukan Melaka telah menjalankan hubungan yang baik dengan jajahan taklukan yang ditakluknya seperti Pasai, Siak dan Kampar. Hubungan dengan Pasai wujud sejak xaman Megat Iskandar Syah apabila baginda memeluk agama Islam dan berkahwin dengan puteri Pasai. Melaka menjalankan hubungan dengan tanah jajahan taklukannya adalah kerana kerajaan-kerajaan ini menyediakan barang-barang untuk diperdagangkan, antaranya ialah Pasai yang membekalkan lada hitam, beras dan emas. Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa dan Wilayah Melaka menjalankan hubungan persahabatan dengan kerajaan luar sejak pemerintahan Parameswara lagi. Pemerintah Melaka berjaya meluaskan empayarnya hingga ke beberapa buah negeri di Tanah Melayu dan Sumatera. Di antaranya termasuklah Pahang, Kedah dan Perak. Di Sumatera pula seperti Aru, Kampar, Siak, Inderagiri, Rokan dan Pasai. Penguasaan Melaka terhadap Siak membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emas dari Siak untuk dibawa ke Melaka. Hubungan Melaka dengan Kampar terjalin selepas Kampar ditakluki oleh Melaka. Penaklukan ini membolehkan Melaka mengawal eksport lada hitam dan emas yang dihasilkan di daerah pedalaman seperti Minagkabau. Melaka turut mengukuhkan kuasa di kawasan taklukan dengan menyerahkan wilayahwilayah taklukan di bawah pentadbiran pembesar-pembesar Melaka. Sebagai contoh, negeri Pahang ditadbir oleh seorang pembesar iaitu Seri Bija Diraja. Hubungan Melaka dengan negeri-negeri taklukannya menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang terkuat pada ketika itu. EMPAYAR ACHEH Latar Belakang Empayar Acheh merupakan sebuah kerajaan Islam di hujung Pulau Sumatera. Ia juga dikenali dengan nama Kesultanan Acheh atau Acheh Darulsalam. Sebelum tahun 1514, Kerajaan Acheh terdiri daripada beberapa buah kerajaan. Pada tahun 1514, Raja Ibrahim (Pedir) telah menyatukan seluruh empayar Acheh dan menjadi Sultan Acheh pertama dengan gelaran Sultan Ali Mughayat syah (1514-1530). Pusat Kesultanan Acheh ialah Bandar Acheh Darulsalam. Acheh mula menjadi empayar selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511 sebab ketika usahanya menentang ancaman Portugis pada tahun 1512 dan mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Ciri-ciri Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah Dasar ini mula dilaksanakan pada zaman pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah dimana apabila Portugis mengawal perdagangan lada hitam di Pasai dan menyerang Acheh tetapi gagal pada tahun 1512. Akibatnya, Kerajaan Acheh menguasai Pedir pada tahun 1521 dan menjajah Pasai pada tahun 1523. Seterusnya, melalui Perang Tiga Segi, Acheh berjaya menguasai Aru, Perlis dan Perak. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu, Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. Pemerintah yang Cekap Antara pemimpin-pemimpin yang cekap ialah Sultan Ali Mughayat Syah, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani. Kewibawaan mereka terbukti dengan menyekat ancaman orang asing seperti Portugis dan memperluaskan Empayar Acheh. Mereka juga membangunkan ekonomi melalui sistem monopoli perdagangan. Ekonomi yang Kukuh Acheh mula menjadi pelabuhan yang penting setelah kejatuhan Melaka pada abad ke-16 dan ke-17. Portugis ketika itu melaksanakan dasar anti-Islam di Melaka telah menyebabkan pedagang muslim pindah ke Acheh. Pada tahun 1519, Acheh mula terkenal sebagai pusat perdagangan yang penting dalam pengeluaran rempah. Kemakmuran ekonomi Acheh dapat lihat apabila umat Islam berjaya menguasai perdagangan di pesisiran Sumatera Barat hingga ke Indrapira. Angkatan Tentera yang Kuat Undang-undang tersusun mula terbentuk di Acheh semasa zaman kemuncaknya, iaitu ketika pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang disebut Kanun Mahkota Alam atau Adat Mahkota Alam. Kanun Mahkota Alam dipertekankan hukum Islam dengan tegas, sehingga puteranya sendiri dihukum rejam dan baginda kerana berzina dengan isteri seorang perwira. Undang-undang dilaksanakan dengan penuh keadilan dan tegas tanpa mengira darjat/keturunan. Penduduk Pelbagai Ras Penduduk di Acheh terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Arab, Turki dan Monggul. Walaupun majoriti masyarakat Acheh terdiri daripada orang Melayu, namun mereka mengamalkan kebudayaan yang berbeza. Penggunaan berpuluh-puluh jenis bahasa membuktikan masyarakat Acheh merupakan satu masyarakat yang majmuk dan berbilang bangsa. Sistem Pentadbiran yang Kemas Sistem pentadbiran disusun dengan cekap dan sistematik semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Baginda melaksanakan dasar Islam sepenuhnya, dimana setiap kampung didirikan masjid/surau, loggar atau madrosan. Ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran Kerajaan Acheh. Setiap kampung diketuai oleh seorang ketua yang juga bertanggungjawab sebagai Imam. Kampung-kampung digabungkan dan menjadi mukim yang diketuai oleh seorang hulubalang kecil. Tugasnya ialah sebagai wakil Sultan, pentadbiran awam dan sebagai pengawai polis.

31
Hubungan dengan Jajahan Taklukan Acheh mempunyai hubungan yang baik dengan jajahan taklukannya sama ada dari segi perdagangan atau politik. Empayar Acheh menyebabkan hubungan perdagangan antara Sumatera dengan Tanah Melayu menjadi semakin rancak. Dari segi politik, Sultan Iskandar Muda telah mengahwinkan puterinya dengan putera Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Syah. EMPAYAR MAJAPAHIT Latar Belakang Kerajaan ini muncul sebagai kuasa yang kuat selepas kemerosotan Kerajaan Singhasari pada tahun 1292. Pengasas kerajaan ini ialah Raden Vijaya. Kerajaan ini mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Hayam Wuruk (1350-1389). Kerajaan ini runtuh pada tahun 1478. Ciri-ciri Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Empayar Majapahit dibentuk menerusi hubungan khas dengan kerajaan di sekitarnya. Sebelum Srivijaya, Singhasari merupakan kerajaan yang kuat di Jawa. Rajanya yang bernama Kertanegara berjaya menyatukan daerah-daerah kecil di sekitarnya. Pada tahun 1275, Kertanegara mengalahkan Srivijaya. Seterusnya, Singhasari telah runtuh pada tahun 1292 kerana diserang oleh Kerajaan Kediri. Raden Wijaya (menantu Kertanegara) mendirikan Kerajaan Majapahit dengan pertolongan tentera Monggol dari China. Pada kurun ke-14, Majapahit berjaya menyatukan seluruh Asia Tenggara dengan menggunakan kekuatan tentera laut di bawah pimpinan Panglima Nala. Penyatuan ini dilakukan dengan cara: bersahabat dengan Melayu-Jambi pada tahun 1377 (Raja Muda Adityawarman sebagai ketuanya), bersahabat dengan Kerajaan Tanjungpura di Kalimantan Barat, bersahabat dengan negara di Indo-China seperti Syangka, Martaban, Rajapura, Dharmanagari, Singanagari, Kemboja, Yuwana, Langkasuka dan Tambralinga. Pemerintah yang Cekap Hayam Wuruk merupakan pemerintah Majapahit yang terkenal. Baginda memerintah Empayar Majapahit antara tahun 1350 hingga 1398. Baginda juga dikenali sebagai Raja Sanagara. Baginda dengan bantuan Patih Gajah Mada, Perdana Menteri Majapahit, berjaya menguasai wilayah yang hampir sama dengan Republik Indonesia pada hari ini. Hayam Wuruk ialah seorang pemerintah yang berjiwa rakyat, sentiasa melakukan lawatan ke daerah-daerah naungannya, mengadakan kemudahan-kemudahan perdagangan, mengadakan projek pertanian, membahagikan kawasan dan daerah ditadbir oleh pembesar (bupati), bersifat adil dan bercita-cita besar. Selepas kemangkatan baginda pada tahun 1398, baginda diganti oleh pengganti yang bukan berkaliber dan inilah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Empayar Majapahit merosot. Ekonomi yang Kukuh Selepas menguasai Srivijaya pada tahun 1377, Majapahit menjadi pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara. Majapahit menguasai Selat Melaka dan Selat Sunda yang begitu penting dalam perdagangan. Kerajaan ini dikunjungi oleh saudagar dari Asia Tenggara, China, India dan Asia Barat. Selain itu, Majapahit juga menjalin hubungan perdagangan dengan Thai, Burma, Kemboja, Champa dan sebagainya. Tentera yang Kuat Angkatan tentera yang dimiliki oleh Kerajaan Majapahit adalah besar dan ramai. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan perluasan kuasa, Majapahit kurang menggunakan kuasa tenteranya. Sebaliknya, mereka meluaskan kuasanya melalui mitos atau perkahwinan. Angkatan Tentera ini diwujudkan semata-mata untuk mempertahankan kedaulatan kerajaannya. Undang-undang yang Teratur Undang-undang di Majapahit disusun oleh Patih Gajah Mada (1331-1364) iaitu Perdana Menteri Kerajaan Majapahit. Beliau telah mengarang sebuah kitab yang berjudul Kutaramanawa yang telah menjadi buku rujukan perundangan Kerajaan Majapahit. Dalam kitab ini, ia menceritakan pemberian kepada pegawai-pegawai, yayasan agama, penyelenggaraan pasukan tentera, perlindungan pengusahaan, pemilikan tanah, pembayaran hasil-hasil diraja, penaksiran cukai dan sebagainya. Dalam bidang kehakiman, segala hukuman yang hendak dijatuhkan perlu rujuk kepada buku pedoman adat-istiadat tempatan. Buktinya, kewujudan sektor kehakiman ialah pengukiran di atas sekeping tembaga yang menunjukkan bagaimana hakim diperintah menguruskan kes awam. Pentadbiran Sistematik/Kemas Dalam pentadbiran, Prapancha memberikan penerangan yang selanjutnya berkenaan jawatan dan tugas kerabat diraja. Bapa raja bertanggungjawab menguruskan hal-hal keadilan, cukai dan pengelasan penduduk. Bapa saudara raja pula bertanggungjawab menjaga hal-hal tanah dan jalan raya serta jambatan. Tanah kampung dan tanah suci telah diukur untuk membezakannya. Kerja-kerja lain akan diserahkan kepada pelbagai lapisan masyarakat tertentu. EMPAYAR ROM Latar Belakang Kerajaan Rom diasaskan pada tahun 753 SM oleh Romulus. Rom terletak di Lembah Latium yang luas, bersama-sama dengan beberapa buah negara kota lain yang bebas. Mereka ini berbangsa Latin dan menggunakan Bahasa Latin. Sejarah Rom boleh dibahagikan kepada 3 tahap iaitu zaman beraja (753-509 SM), zaman republik (509-27 SM) dan zaman empayar (27 SM - 476 M). Ciri-ciri Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Permulaan era "Imperial Rome" ialah pada 27 SM. Sebenarnya, zaman perluasan empayar ini telah mula sejak zaman republik. Zaman pemerintahan empayar dimulai oleh Augustus (27 SM - 14 M). Pada zaman pemerintahan baginda, Rom mencapai zaman

32
kegemilangan dan digelar sebagai keamanan Rom (Pax Roman). Zaman ini berlangsung selama 200 tahun iaitu dari 27 SM - 180 M. Dalam jangka waktu ini, Kerajaan Rom berkembang sebagai sebuah empayar meliputi 3 benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah. Zaman ini merupakan satu zaman dimana empayarnya terbentang luas dan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan. Empayar Rom terbentang seluas lebih kurang 2,000 batu dari Utara ke Selatan dan 3,000 batu dari Timur ke Barat dan keluasannya dianggarkan seluas 2.5 juta batu persegi. Jajahan taklukannya menganjur dari Tembok Besar Britain dan dari bahagian Rhine, Danube, Laut Hitam ke Pergunungan Atlas, Gurun Sahara sehinggalah ke Sudan dari Utara ke Selatan. Di bahagian Barat, menganjur dari kawasan Atlantik, Timur gurun Arab dan Mesopotamia, sebahagian Sepanyol, Afrika Utara, Jerman, Macadonia dan Timur Jauh. Pemerintah yang Cekap Julius Caesar memerintah Rom pada zaman akhir republik. Beliau telah menjadi Konsul pada tahun 59 SM. Beliau merupakan tentera yang handal dan negarawan yang pintar. Pemerintahannya telah membolehkan terbentuknya pemerintahan mutlak semasa Maharaja Augustus. Beliau memerintah sebagai diktator sejak 49 SM. Kata-katanya yang terkenal ialah veni, vidi, vici yang bermaksud aku datang, aku lihat, aku takluk. Semasa pemerintahan beliau, undang-undang telah diperkenalkan untuk memperbaiki kehidupan rakyat miskin di Rom, kalendar Rom diubahsuai menjadi Kalendar Gregoria. Caesar telah dibunuh pada tahun 44 SM kerana perasaan iri hati di kalangan ahli senat. Octavius yang memakai gelaran Augustus merupakan Maharaja Rom yang pertama. Semasa pemerintahannya, Rom mencapai zaman kegemilangan iaitu zaman Pax Romana. Beliau juga merupakan orang yang memulakan pemerintahan warisan atau dinasti di Rom. Undang-undang yang Teratur Sumbangan Rom dalam bidang perundangan sangat penting. Undang-undang mereka yang pertama dipahat pada 12 permukaan kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas. Papan Dua Belas ini dipamerkan di tempat awam supaya semua rakyat dapat membaca dan mematuhinya. Ciri-ciri undang-undang Rom ini adalah: seseorang yang didakwa bersalah tidak dianggap bersalah sehingga terbukti kesalahannya, hak individu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dihormati, hukuman hanya akan dijatuhakn oleh hakim berdasarkan bukti yang cukup dan sahih dan semua undang-undang disusun dalam sebuah buku yang dikenali sebagai Kanun Undang-undang. Walau bagaimanapun, undang-undang mereka dapat dibahagikan kepada 3 kategori: undang-undang sivil untuk warganegara Rom dalam bentuk bertulis dan tidak bertulis termasuk peraturan senat dan dikri-dikri prinsip, undang-undang rakyat untuk semua rakyat tanpa mengambil kira warganegara yang meliputi pemilikan harta persendirian, prinsip membeli dan menjual kontrak dan rakan kongsi serta natural law yang merupakan undang-undang yang paling penting untuk semua manusia di sisi undangundang yang menyentuh hak asasi dan kerajaan tidak berkuasa menindas. Maharaja Justinian (527-567) telah menyusun semula sistem undang-undang yang pertama di Rom. Undang-undang ini dikenali sebagai Undang-undang Justinian. Undang-undang ini telah menjadi asas undang-undang di banyak negara moden pada hari ini. Ekonomi yang Kukuh Di Rom, perdagangan bertambah maju di bawah pemerintahan Maharaja Augustus. Keadaan politik yang stabil telah menggalakkan perniagaan bebas antara Laut Hitam dengan Sepanyol. Barang-barang niaga dibawa masuk ke dalam empayar melalui jalan raya yang dibina. Bandar-bandar telah menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Syria, Greek, Sepanyol dan Afrika. Laut Mediterranean menjadi lebuh raya penting menghubungkan kawasan tengah Empayar Rom. Rom telah mengeksport gelas, kain linen dan emas ke luar negara. Di sebaliknya, Rom mengimport sutera dan lada hitam dari China, mutiara, minyak wangi dan tekstil dari India. Bagi bidang perindustrian, ia dijalankan oleh beberapa orang artisan tempatan. Mereka ini biasanya merupakan pedagang dan pengusaha yang membuat dan menjual di kedainya sendiri. Majoriti penduduk di Rom menguasahakan tanah dan pertanian. Antara mereka yang kaya-raya telah mengusahakan estet-estet besar dengan menggunakan kaedah moden dan buruh murah. Akibatnya, ramai petani yang miskin terpaksa menjual tanah dan menyewa tanah daripada bangsawan. Angkatan Tentera yang Kuat Rom terbukti mempunyai angkatan tentera yang kuat apabila Maharaja Augustus menggunakan beribu-ribu tentera untuk mempertahankan negara. Tentera-tentera di Rom bertugas untuk mengembangkan kebudayaan Rom. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menjadi jurutera, pembina jalan, petani dan hakim di daerah tempatan. Di Rom, tenteranya yang mengawal kubu pertahanan dibahagikan kepada legion dengan satu legion 6,000 orang anggota termasuk 120 orang askar berkuda. Legion ini diperintah oleh kaum bangsawan dan Centurior menjadi tulang belakang. Ia terdiri daripada warganegara Rom yang sebahagian besarnya orang Itali. Legion merupakan tentera simpanan. Semasa berperang, pasukan pembantu digunakan. Maharaja Augustus juga menempatkan tentera pengawal di luar Itali dan mengadakan pengawalan untuk diri sendiri di Rom. Di sempadan, tentera bukan warganegara digunakan. Ia dibahagikan kepada cohort yang mengandungi tentera berjalan kaki atau berkuda dengan setiap cohort 500 orang. Tentera bukan warganegara ini akan diberi warganegara selepas berkhidmat selama 25 tahun. Pengiring rasmi baginda ialah Praetona yang mengandungi 9,000 orang. Mereka dikehendaki berperang apabila maharaja hendka berperang di medan peperangan. Jumlah anggota angkatan tentera mereka adalah sebanyak 400 ribu orang. Tempoh perkhidmatan mereka adalah di antara 20-25 tahun. Penduduk Pelbagai Ras Penduduk di Rom terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Greek, Sepanyol, Britain dan Afrika. Antara mereka ini ada yang menjadi tentera, ahli senat atau pedagang. Mereka ini disatukan di bawah satu parlimen. EMPAYAR YUNANI (GREEK) Latar Belakang Di antara tahun 800-500 SM, negara kota Greek telah dibina dalam proses kolonisasi (penjajahan) dengan rancak. Sementara kotakota di Greek asyik bercakaran, satu kuasa besar telah muncul di kawasan pergunungan Utara Semenanjung Balkan. Di sebalik Thessely terbentang Kerajaan Purba Makedonia, di mana petani-petani tahan lasak menjalankan kehidupan yang tidak langsung

33
disentuh oleh peradaban Grek. Dalam 359 SM, Philip mengisytiharkan dirinya sebagai raja di Makedonia dan memulakan dasar perluasan wilayah. Empayar ini kemudian mengalami perpecahan akibat Iskandar Zulkarnain mangkat dan zaman Yunani beralih ke zaman Hellenistik pada 323 SM. Ciri-ciri Memperluaskan Dasar Perluasan Kuasa Pada tahun 359 SM, Philip mengisytiharkan dirinya sebagai raja di Makedonia. Dia bercadang hendak menguasai seluruh wilayah Greek yang berpecah-belah itu. Dia menubuhkan angkatan tentera yang tertetap dan bergaji, terdiri dari petani Makedonia dan melatih askar ini mengikut cara latihan askar di Thebes. Dengan tentera yang terbaik, dia mula menakluk puak-puak liar yang terdapat di antara Makedonia dan Danube. Kemudian, dengan satu dasar bijak menggunakan diplomasi dan kekerasan, dia menguasai bahagian Utara Aegean, kemudian melalui Thermopylae untuk menubuhkan suprimasinya di tengah Greek dengan menghancurkan tentangan orang Phocia. Pada tahun 338 SM, Athens dan Thebes dikalahkan. Malangnya, baginda telah mangkat dalam satu kesibukan menyambut perkahwinan anak perempuannya dan anaknya Iskandar Zulkarnain menaiki takhta pada tahun 336 SM. Dalam 334 SM, baginda menyeberangi Dardanelles dan memasuki Asia Kecil dan menyerang Parsi, kemudian Syria dan Mesir. Pada tahun 331 SM, baginda sekali lagi menyerang Parsi dan menaklukinya. Kemudian, pada tahun 326 SM, baginda menawan Raja India yang bernama Porus dalam pertempuran Hydaspeas. Baginda mangkat pada tahun 323 SM ketika baginda berumur 32 tahun kerana penyakit Malaria. Pemerintah yang Cekap Iskandar Zulkarnain merupakan pemerintah Yunani yang cekap. Baginda menaiki takhta pada tahun 326 SM semasa baginda berusia 20 tahun. Dia mewarisi sikap sombong, penuh emosi dan berani dari ibunya; fikiran yang praktikal, kepintaran dalam politik dan kemahiran dalam peperangan dari ayahnya. Baginda merupakan ketua tentera dan perancang strategi yang handal. Semasa pemerintahan baginda, kebudayaan Hellenistik telah berkembang ke seluruh empayarnya. Kebudayaan Hellenistik merupakan gabungan kebudayaan Yunani dan kebudayaan Parsi. Baginda merupakan pengasas bandar Iskandariah, sebuah pusat pembelajaran yang penting dalam bidang sains dan matematik. Iskandar Zulkarnain tidak pernah kalah dalam peperangan dengan musuhnya. Semasa pemerintahannya, Empayar Yunani telah mencapai kegemilangan sehingga meliputi 3 benua iaitu Asia, Eropah dan Afrika. Tentera yang Kuat Yunani mempunyai tentera yang kuat sehinggalah membolehkannya membentuk Empayar Yunani yang begitu luas. Philip telah menubuhkan angkatan tentera yang tetap dan bergaji, terdiri daripada petani Makedonia dan melatih askar ini mengikut latihan askar di Thebes. Angkatan tentera ini telah dilengkapkan dengan tombak yang lebih panjang. Phalaux Makedon dan Sekuadron besar tentera berkuda yang berdisiplin kuat di sayapnya membuat tentera ini susah hendak dikalahkan. Angkatannya mara dalam barisan yang serong, tentera berjalan kaki dan berkuda bergerak bersama mengikut rancangan yang telah disediakan. Kesemuanya sekali menjadi satu jentera ketenteraan yang belum pernah disaksikan di dunia. Kekuatan angkatan juga dapat dilihat apabila dari 330-324 SM, Iskandar Zulkarnain memimpin angkatannya melalui gunung-ganang dan padang pasir yang penuh bahaya, salji dan banjir, berjuang dengan semangat berkobar-kobar menghadapi bermacam jenis musuh, mereka mara beribu-ribu batu ke tengah Asia, masuk Timur sampai ke Bactria, ke Utara menyeberangi Sungai Oxus dan Jaxartes ke Turkestan, ke Selatan menyeberangi Indua dan masuk ke Punjab tanpa berhenti-henti. EMPAYAR SARGON Latar Belakang Empayar Sargon diasaskan oleh seorang ketua Semitik yang bernama Sargon yang memerintah di Akad. Empayar ini dipercayai dimulakan pada 2750 SM dan tamat pada tahun 2200 SM. Ciri-ciri Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Sargon merupakan seorang perwira yang agung. Beliau berjaya menjadi orang yang berkuasa di seluruh Akkad termasuk kotakotanya. Selepas itu, beliau pun menyerang penduduk di Sumeria. Beliau berjaya mengalahkan mereka dan menjadi raja di kawasan itu. Kemudian, beliau menumpukan serangan ke atas orang Amorite. Setelah menakluki orang Amorite, baginda pun menyerang Elam. Akhirnya, baginda berjaya menjadi pemerintah sebuah empayar yang terbentang luas, dari Elam di sebelah Timur hingga ke Laut Mediterranean dan ke Utara sampai ke Sungai Tigris dan Sungai Eupharates. Baginda belayar ke Cyprus tetapi beliau menganggap dia tidak dapat melanggarnya. Ekonomi yang Kukuh Perdagangan negeri itu agak banyak. Di darat, jalan raya digunakan oleh kafilah untuk pergi ke negeri-negeri jauh seperti India dan Mesir manakala sungai pula merupakan jalan yang dilalui untuk pergi ke negeri-negeri di sebelah Utara. Mereka menjual barang dagangan mereka kepada orang padang pasir yang berpindah-randah dan menjadi orang tengah. Barang dagangan mereka adalah lebih terkenal dan lebih baik mutunya dari barang-barang negeri lain yang sezaman dengannya. Keadaan ini juga menyebabkan kegiatan perdagangan di kawasan itu semakin giat. Penduduk Pelbagai Ras Di Empayar Sargon, penduduknya terdiri daripada 2 jenis orang iaitu orang Semitik dan orang Sumeria. Kedua-dua ras ini hidup aman damai di bawah satu pemerintahan pusat. Setelah beberapa lama tinggal bersama, orang Semitik menjadi lebih berpengaruh dan orang Sumeria dalam bidang politik. Hal ini mungkin disebabkan bilangan orang Semitik yang sentiasa bertambah dengan kedatangan puak atau keluarga bangsa mereka dari padang pasir dan menetap di sana, sementara bilangan orang Sumeria yang tidak bertambah.

EMPAYAR BABYLON Latar Belakang Lebih kurang dalam tahun 2200 SM, orang Amorite telah menghilir Sungai Eupharates dan menetap di sekeliling Kampung Babylon. Lama-kelamaan, kekuasaan mereka bertambah dan membentuk satu empayar yang besar. Kerajaan ini telah mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Hammurabi. Selepas kemangkatan baginda, kerajaannya merosot dan akhirnya diserang oleh Kerajaan Assyria pada tahun 1250 SM.

34

Ciri-ciri Melaksanakan Dasar Peluasan Kuasa Lebih kurang dalam tahun 2200 SM, orang Amorites telah datang ke Sungai Eupharates dan menetap di sekeliling Kampung Babylon. Lama-kelamaan, kekuasaan mereka bertambah. Raja mereka yang bernama Hammurabi telah berazam hendak menyerang kota-kota yang berjiran dan menubuhkan sebuah empayar yang kuat seperti yang ditubuhkan oleh Sargon. Baginda memulakan serangan terhadap kota-kota di sebelah Selatan. Mereka berperang secara beransur-ansur setiap kota yang ditakluknya didirikan kubu yang dikawal oleh angkatan tentera. Sehingga akhirnya, baginda berjaya menubuhkan empayar yang luas. Pemerintah yang Cekap Hammurabi merupakan pemerintah Dinasti Babylon yang agung dalam keadaan aman dari zaman peperangan. Baginda sangat mengambil berat tentang pemeliharaan kambing biri-biri dan penanaman jagung yang telah lama menjadi pekerjaan utama bagi rakyatnya. Baginda membina satu terusan yang luas, menyusun semula sistem pengairan dan memperbaiki pengurusan sistem itu. Raja ini terkenal, terutama sekali kerana kanun undang-undngnya yang dipanggil Kod Hammurabi. Babylon telah menjadi masyhur, indah dan kuat dalam zaman pemerintahannya iaitu dari 1709 SM - 1669 SM. Selepas kemangkatan baginda, Dinasti Babylon mulai merosot. Ekonomi yang Kukuh Sebahagian besar daripada hasil negerinya ialah hasil pertanian. Selain menanam jagung dan memelihara kambing, mereka juga menanam pohon-pohon khurma. Buahnya selain dimakan sebagai buah-buahan, dijadikan juga kuih, manisan dan cuka. Bijinya dijadikan arang ataupun digunakan sebagai bahan makanan lembu. Pokok-pokok lain ditebang dan kayunya digunakan untuk membuat jambatan manakala pucuknya dibuat ulam. Semasa musim memetik hasil pertanian, hamba abdi dan kanak-kanak akan diupah oleh tuan tanah untuk bekerja di ladang. Rumah berhala dijadikan pusat perniagaan dan pusat agama negeri. Dalam bangunan ini juga dijalankan urusan-urusan bank. Mereka tidak menggunakan mata wang tetapi mereka menggunakan ketul-ketul perak yang dinilaikan mengikut beratnya. Emas juga digunakan tetapi sangat berkurangan. Bunga yang ditetapkan bagi pinjaman ialah 20% dan semua cukai kerajaan dibayar ke rumah berhala. Undang-undang yang Teratur Hammurabi telah mengumpul dan menyusun semula undang-undang lama negerinya serta meluluskan undang-undangnya sendiri. Kanun undang-undang yang diperkenalkan oleh baginda dikenali sebagai Kod Hammurabi. Baginda telah menulis undang-undangnya pada kepingan-kepingan batu besar supaya rakyat berpeluang membaca dan memahami undang-undangnya. Dalam Kod Hammurabi, terdapat 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan. Prinsip utama undang-undang ini ialah hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Kod ini menjanjikan keadilan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira taraf kedudukannya. Menerusi kod ini, terdapat satu sistem kehakiman yang merangkumi mahkamah majistret, mahkamah hakim dan mahkamah rayuan. Undang-undang dalam kod ini berkaitan dengan banyak perkara seperti jenayah, perniagaan, perkahwinan, hutang dan sebagainya. Selain itu, kod ini juga menetapkan bayaran bagi semua jenis pekerjaan. EMPAYAR CHALDEA Latar Belakang Nabopolassar benci tinggal di bawah belenggu Assyria. Dia telah memimpin puak Chaldea menyerang dan menghancurkan Nineveh. Dia mengisytiharkan diri sebagai raja Babylon dalam tahun 625 SM dan mengasaskan dinasti yang akhir sekali memerintah di zaman keagungan Mesopotamia. Dinasti ini mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Nebuchadnezzar dan 200 tahun kemudian seorang penakluk yang lebih kuat dari Cyprus telah datang dan menawan empayar ini. Ciri-ciri Melaksanakan Dasar Peluasan Kuasa Pada tahun 625 SM, Nabopolassar mengisytiharkan dirinya sebagai raja Babylon. Negerinya diambil nama Chaldea. Baginda telah memimpin puaknya menyerang Nineveh. Pada tahun yang sama, anaknya Nebuchadnezzar telah menaiki takhta. Baginda mempertahankan sempadan Utaranya dengan membuat pertikaian dengan orang Mede. Keadaan ini membolehkan baginda menumpukan perhantiannya terhadap negeri-negeri kecil di sebelah Barat. Baginda telah menghancurkan angkatan Mesir di Carchemish. Kemudian, baginda telah menakluk kota-kota di Phonesia, melainkan Tyre, yang tidak tertawan setelah dikepung selama 13 tahun. Selepas itu, Nebuchadnezzar mengepung Baitul Mukaddis dan menawannya. Akhirnya, baginda menguasai seluruh Lembah Eupharates dan seluruh negeri Syam dan Palestine sampai ke sempadan Kerajaan Mesir yang dibangunkan semula itu. Pemerintah yang Cekap Nebuchadnezzar merupakan pemerintah Empayar Chaldea yang cekap. Baginda menjadi raja Babylon pada tahun 625 SM. Baginda memerintah selama 40 tahun. Di bawah pemerintahan baginda, Babylon dibina semula menjadi sebuah negara kota yang kuat dan pusat empayar yang baru. Selain itu, baginda juga membina sebuah taman yang indah di sekeliling istananya di Babylon yang dipanggil Taman Tergantung Babylon untuk isterinya dan sebuah jambatan merentasi Sungai Eupharates yang merupakan jambatan

35
terawal yang pernah dibina di dunia. Di bawah pemerintahan baginda juga, Empayar Chaldea mencapai kegemilangan dalam sektor sains dan teknologi, perubatan dan perdagangan. Ekonomi yang Kukuh Babylon menjadi pusat perdagangan yang penting. Jalan-jalan kafilah dari India dan negeri-negeri di Utara bertemu di sana. Di sini, para pedagang akan melaksanakan urusniaga mereka iaitu menjual dan membeli barang-barangan. Selain aktiviti perdagangan, pertanian masih dijalankan juga. Di kawasan tinggi, ditanam bijirin seperti jagung, kurma dan sebagainya. Ternakan seperti kambing biri-biri, lembu dan kerbau turut diusahakan. TAKRIF NEGARA BANGSA Negara bangsa terbentuk apabila manusia berkongsi sejarah, kebudayaan serta bahasa yang sama dan seterusnya menghasilkan satu identiti. Hal ini jelas dapat dilihat di negara bangsa England, Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat negara bangsa yang tidak mempunyai persamaan ras, kebudayaan, dan bahasa. Negara bangsa boleh ditakrifkan sebagai negara yang ditubuhkan berasaskan kepada bangsa yang serumpun, serta mempunyai tradisi yang sama. Ia sepatutnya sebuah negara yang merdeka dan daulat. Kepentingannya diutamakan dari segala kepentingan yang lain di kalangan warganegaranya. Penubuhan negara bangsa dianggap sebagai kemuncak kepada perkembangan peribadi sesebuah negara. Negara bangsa juga boleh ditakrifkan sebagai sebuah negara yang bebas daripada konsep empayar dan berada di bawah kedaulatan raja mutlak. Setiap negara bangsa mempunyai penduduk yang berteraskan satu bangsa, bahasa, kesusasteraan dan satu kesedaran kebangsaan. Raja mempunyai hak untuk mengisytiharkan perang, mengenakan cukai, mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang. Negara bangsa juga boleh disebut sebagai monarki kebangsaan. SEJARAH KEMUNCULAN NEGARA BANGSA England Negara bangsa di England terbentuk dengan kemunculan Dinasti Tudor (1458-1603) iaitu apabila Henry VII berjaya menamatkan kekacauan yang berlaku akibat Perang Bunga Ros. Peperangan ini berlaku selama 30 tahun. Ia menyebabkan kedudukan golongan bangsawan lemah dan membuka ruang untuk raja dan rakyat merampas kuasa. Henry VII telah mengambilalih kuasa dari Richard III (raja terakhir keluarga White Rose). Beliau telah meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas, pengekalan tentera persendirian dan pemakaian lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan bangsawan. Beliau juga menggunakan Majlis Dirajanya sebagai mahkamah baru untuk berurusan dengan hal-hal harta benda dan keadaan yang mengganggu ketenteraman awam. Majlis ini pada mulanya dianggap sebagai alat untuk mengukur kedudukan raja dan berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan. Ia juga memperlihatkan Henry VII sebagai pemimpin yang mulia walaupun beliau mempunyai peribadi yang tidak baik. Perancis Negara bangsa Perancis dimulakan oleh Louis XI yang memerintah antara tahun 1461 hingga 1483 dan diteruskan oleh penggantpenggantinya. Beliau telah membina pasukan tentera diraja bagi menumpaskan pencerobohan yang menggunakan golongan bangsawan untuk memberontak. Pada tahun 1519, Perancis berjaya memperluaskan kekuasaannya ke atas gereja melalui perundingan dengan Pope Lee X. Beliau juga bersetuju menerima pendapatan gereja Perancis dan raja-raja Perancis akan mengawal gereja kebangsaan. Sepanyol Negara bangsa di Sepanyol terbentuk ekoran daripada penyatuan 2 kerajaan iaitu Kerajaan Aragon dan Castrie. Penyatuan ini dilakukan melalui perkahwinan Ferdinand dan Esabella pada tahun 1479. Pada tahun 1480, atas desakan kedua-duanya, Dewan Parlimen Sepanyol telah mengarahkan golongan feudal menyerahkan tanah yang dahulunya dirampas daripada raja. Golongan bangsawan tidak dibenarkan membina istana untuk kepentingan sendiri. Ferdinand dan Esabella menggunakan gereja untuk kepentingan mereka sendiri, mereka melantik Bishop, Paderi Besar dan Biara sedangkan kuasa tersebut berada di tangan Pope di Rom sebelum itu. Kerajaan Aragon dan Castile mengiktiraf kedua-dua raja tetapi tidak ada institusi politik, kehakiman dan pentadbiran yang sama di antara kerajaan tersebut. Dalam keadaan ini, negara bangsa di Sepanyol telah menerima pengaruh agama dan penyatuannya juga hanya berlaku di sekitar gereja dan mereka seterusnya mendesak kepada penyatuan agama dan semangat kebangsaan. Penyatuan Sepanyol menjadi lengkap apabila orang-orang Moors yang beragama Islam dipaksa meninggalkan Sepanyol. Pada tahun 1502, bermulalah sejarah negara Sepanyol dengan raja kebangsaan yang beragama Katolik. KESAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA Pembentukan negara bangsa di Eropah menamatkan konsep dunia empayar. Ia juga turut memungkinkan pelayaran ke seberang laut dan penemuan negara-negara baru. Pembentukan negara bangsa juga merintis jalan kepada kemunculan pemerintahan mutlak pada abad ke-16 dan ke-17. Kemunculan negara bangsa semacam ini amat ketara di Perancis dan England. Kebanyakan rakyat Eropah cenderung untuk menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak tuhan. Walau bagaimanapun, rakyat harus mempunyai suara dalam aspek-aspek tertentu. Oleh itu, raja tidak boleh menggubal undang-undang atau menaikan cukai tanpa kebenaran. Segala keputusan yang hendak diambil haruslah mendapat kebenaran daripada dewan parlimen. CIRI-CIRI NEGARA BANGSA Negara bangsa mempunyai kuasa dan tidak bergantung kepada orang lain. Hal ini disebut sebagai independent. Kuasa ini menyebabkan penduduk dalam teritori (kawasan pemerintahan yang lebih luas daripada wilayah) memberikan ketaatan yang sepenuhnya dari aspek politik. Terdapat perbezaan dari segi sains dan bilangan penduduk. Ada negara bangsa yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan ada pula yang terlalu sedikit. Negara bangsa akan diminta kawasan gabungan dalam sempadannya untuk mengagungkannya.

36
Sebagai sebuah negara gabungan, negara bangsa jelas di dalam beberapa perkara diantaranya ialah keahlian negara bangsa adalah wajib kepada semua warganegara. Terdapat monopoli penggunaan tentera dalam kawasan sempadannya dan pegawai-pegawai kerajaan negara bangsa berhak untuk bertindak atas nama tanah dan orangnya. Kesatuan negara bangsa adalah salah satu daripada bentuk negara bangsa secara keseluruhannya. Negara bangsa dunia adalah dalam bentuk kesatuan, contohnya, Sepanyol dan Perancis. Ada yang memberi kuasa desentralisasi, antara kerajaan dengan sub negara bangsa sehingga nampak seperti sistem persekutuan. Ada juga yang memberi kuasa kepada pegawai yang dilantik untuk mentadbir dalam teritorinya. Di Perancis, desentralisasinya dilakukan secara terkawal iaitu secara pengawalan pusat. Di bawah sistem pentadbiran Perancis, terdapat 95 department dan setiap satunya diketuai oleh prefect. Di bawah department ini, terdapat 322 cawangan department yang dikenali sebagai arrondisment yang setiap satunya diketuai oleh sous prefect dna sous prefest dilantik oleh kerajaan untuk bertindak sebagai agen daripada kerajaan pusat dan juga bertindak sebagai pegawai eksekutif. Dalam sistem persekutuan pula, pemerintahnya dibahagikan antara 2 set kerajaan autonomi. Satu secara kebangsaan dan satu lagi secara sub kerajaan. Kedua-duanya dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat. Biasanya kuasa sepenuhnya dijalankan oleh kerajaan kebangsaan yang menguasai keseluruhan teritori kebangsaan dan pentadbiran wilayah sendiri. Bagi negara bangsa yang berbentuk persekutuan, terdapat perbezaan dalam struktur pemerintahan dan proses politik ini dilakukan disebabkan perbezaan kebudayaan. Wujudnya perdagangan antarabangsa, perdagangan antarabangsa dijalankan secara sistem barter: barangan atau perkhidmatan. Ia muncul bersama dengan kemunculan negara bangsa ketika zaman pertengahan di Eropah. Ia merupakan ciri terpenting bangsa dan orang yang terlibat ialah saudagar, merchant atau mercantile. Sistem perdagangan ini muncul pada abad ke-18 dan 17 dan ia lebih menekankan kebajikan negara bangsa. Ia juga mementingkan keupayaan atau kemewahan terutamanya dalam bentuk emas. Emas adalah perkara terpenting dalam polisi kebangsaan dan saudagar menganggap emas seolah-oleh keimanan. Falsafah perdagangan negara bangsa adalah menggalakkan eksport dan mengurangkan imprt. Lebihan eksport adalah dalam bentuk emas. Menurut Encyclopedia Britanica, polisi ini memusnah diri sendiri. PENTADBIRAN PUSAT—Tamadun Mesopotamia Pada zaman Empayar Ur Ketiga, sistem pemerintahan berpusat adalah kukuh. Raja merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh sistem birokrasi yang amat cekap. Di samping itu, urusan dan komunikasi yang melibatkan pelbagai unit pentadbiran dikendali dengan lancar oleh satu rangkaran messengers. Semasa pemerintahan Assyria, sistem pentadbiran pusat menjadi kompleks dan birokratik. Raja merupakan pemerintah mutlak dan mempunyai tanggungjawab dalam bidang keagamaan dan pentadbiran. Baginda dibantu oleh gabenor di peringkat provinsi dan juga ambassador yang membantu menyampaikan maklumat. Raja adalah ketua kerajaan dan dilantik melalui divine election. Walaupun raja merupakan ketua kerajaan, baginda masih memerlukan pengiktirafan daripada golongan bangsawan yang dikenali sebagai mar banuti (sons of creation). Tanpa sokongan golongan ini, raja tidak dapat mentadbir negara dengan berkesan. Selepas raja, terdapat sekumpulan pegawai tinggi seperti ketua komander, chief cup-bearer, pengawas istana, abarakku dan shaknu yang bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan pusat. Selain itu, terdapat ummane yang merupakan kumpulan profesional seperti pemilik bank, pedagang, doktor dan sebagainya. TAMADUN MESIR Sistem pemerintahan pusat di Mesir diketuai oleh Firaun. Selepas Firaun, terdapat pegawai tinggi seperti Wazir, Canselor dan Wizurai. Terdapat juga jabatan-jabatan yang mempunyai fungsi yang khas di peringkat pusat. Wazir Wazir merupakan pegawai yang paling berpengaruh. Pada zaman Thinite dan Kerajaan Lama, beliau dilantik di kalangan raja. Selepas itu, jawatan ini dilantik dari kalangan bangsawan dan paderi. Menjelang zaman Kerajaan Baru, dua orang Wazir dilantik bagi mentadbir Mesir Utara (kawasan menganjur dari Elephantine hingga Cusae) dan Mesir Selatan (kawasan menganjur dari Delta hingga Cusae). Jawatan Wazir ini boleh diwarisi. Tugas seorang Wazir adalah berat, iaitu: a. Memeriksa laporan perangkaan binatang ternakan, mencatatkan pembekalan barang makanan dan memeriksa tangki air. b. Mengawasi kerja menebang pokok. c. d. e. f. g. Membina terusan bagi tujuan pengairan. Menyimpan rekod terperinci mengenai hujan dan banjir di Sungai Nil. Menyelia ekspedisi raja, bengkel dan projek pembinaan. Memilih dan melantik kaki tangan yang berkhidmat untuk keluarga di raja. Memeriksa akaun mengenai cukai.

h. Merekrut pengawal keselamatan bagi raja. Selain tugasan di atas, Wazir juga menjadi hakim. Dalam menjalankan tugas, Wazir dibantu oleh Canselor. Canselor Tugas utama seorang Canselor ialah:

37
a. Menguruskan hal-ehwal ekonomi negara yang kompleks. Urusniaga di Mesir dijalankan secara sistem barter. Canselor perlu menetapkan cukai yang perlu dibayar. Oleh sebab cukai dibayar secara barangan seperti tepung, ikan dan sebagainya, Canselor harus memastikan barang ini disimpan dengan baik dan barang yang mudah rosak harus diedarkan dengan segera. Menentukan gaji yang dibayar kepada pekerja di estet-estet raja. Menjadi pengerusi hal-ehwal ekonomi rumah berhala. Menentukan gaji yang dibayar kepada anggota tentera laut dan darat.

b. c. d.

Wizurai Jawatan ini diwujudkan semasa Dinasti ke-18 ekoran daripada kolonisasi Nubia yang menganjur hingga ke Napata. Wizurai Nubia dikenali sebagai royal son of Kush. Beliau adalah ketua bagi satu organisasi yang dibentuk berdasarkan jentera politik di ibu kota. Bidang kuasanya tertumpu pada aspek polisi awam. Jabatan-jabatan Dalam pentadbiran pusat, Mesir dipercayai menubuhkan 6 jabatan kerajaan yang dikenali sebagai six great houses. Di antara jabatanjabatan ini, jabatan perbendaharaan merupakan jabatan yang paling penting. Ia ditadbir oleh 2 orang penyelia yang merupakan ejen kepada Wizurai. Dalam menguruskan perbendaharaan di raja, terdapat hubungan dan kerjasama yang erat dengan pentadbir wilayah atau provinsi. Mahkamah Dalam perundangan Mesir, mahkamah yang paling tinggi adalah mahkamah Wazir. Dalam melaksanakan tugasan, Wazir dibantu oleh golongan eksekutif, pengarah kabinet dan kerani-kerani (scribes). Dalam membuat keputusan penghakiman, Wazir bertindak sebagai medium untuk menyampaikan idea firaun. Perlu ditekankan di sini ialah Firaun merupakan ketua hakim yang sebenar. Dalam sistem perundangan Mesir, terdapat satu majlis yang dikenali sebagai Kenbet yang merupakan badan penasihat yang mengawasi dasar dan hukuman yang diamalkan oleh sebuah tribunal perundangan yang dikenali sebagai Zazat. TAMADUN INDIA Zaman Klasik Raja menjadi ketua kerajaan. Di bawah raja, terdapat Majlis Menteri-menteri, Mantri Parishad dan jabatan-jabatan. Raja Raja merupakan ketua kerajaan. Baginda bertindak sebagai ketua dalam bidang eksekutif, kehakiman dan ketenteraan. Lazimnya, jabatan ini diwarisi secara turun-temurun. Raja ini dianggap suci dan bersifat ketuhanan tetapi baginda masih tidak terlepas daripada hukuman sekiranya tidak menjalankan tugas dengan sempurna. Raja dikehendaki menjalankan tugas dalam masa yang ditetapkan, di mana waktu siang dan malam dibahagikan kepada 8 bahagian. Sebagai contoh, pada waktu siang ke-3, raja dikehendaki mandi, makan dan belajar dan pada waktu malam bahagian ke-8, baginda dikehendaki menjalankan tugas dalam negeri dan upacara keagamaan. Tugas utama raja ialah melindungi rakyat jelata dan kebajikan mereka. Dalam melaksanakan tugasnya, baginda dibantu oleh menteri-menteri. Menteri-menteri ini pula dilantik berdasarkan kebolehan dan kelayakan mereka. Majlis Menteri-menteri Bilangan anggota berubah mengikut keadaan iaitu 3 hingga 12 orang. Salah seorang menteri menjadi Perdana Menteri. Setiap menteri yang lain pula mengetuai sesebuah kementerian seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Peperangan dan Perdamaian dan sebagainya. Raja akan membandingkan pendapat para menteri dan pendapat sendiri, biasanya baginda akan mempersetujui pandangan majlis ini. Mantri Parishad Majlis ini ditubuhkan untuk membantu raja dalam pentadbiran. Ia terdiri daripada 2 majlis iaitu Majlis Negeri dan Majlis Eksekutif. Anggota Majlis Negeri berubah mengikut keperluan negara. Mengikut petikan dan Mahabaratha, majlis ini mengandungi 37 orang ahli, iaitu 4 Brahman, 3 Khastriya, 21 Vaisya, 3 Sundra dan 1 Sutta. Majlis ini sangat penting. Raja harus mendapatkan pandangan daripada anggota yang tidak hadir sebelum membuat keputusan. Mengikut petikan Mahabaratha juga, 8 orang dari majlis ini akan dipilih menjadi menteri. Jabatan-jabatan Mengikut Kautilnya, terdapat 28 jabatan kerajaan seperti perlombongan, akaun, emas, perbendaharaan, gudang dan sebagainya. Setiap jabatan diketuai oleh seorang penguasa. Mereka dibantu oleh sebilangan kakitangan sokongan. Penguasa ini diwarisi oleh Komisioner yang dilantik oleh Collector General (Ketua Pemungut Cukai). Penguasa-penguasa ini boleh ditukar antara jabatan ke jabatan. Zaman Kesultanan Delhi Sultan adalah ketua pentadbir dan juga ketua hakim. Sultan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang sivil dan politik demi kepentingan rakyat tetapi tidak boleh bercanggah dengan Hukum Syariah.

38
Wazir Wazir merupakan pegawai tertinggi. Beliau bertanggungjawab terhadap jabatan yang dikenali sebagai Diwan-i-wizarat. Jabatan ini adalah untuk mengawasi pejatan kewangan dan pejabat lain di kerajaan pusat. Naib Wazir Naib Wazir ialah pembantu Wazir. Beliau dibantu oleh pegawai penting iaitu Mushrif-i-mumalik (akauntan jeneral) dan Mustaufi-imumalik (auditor jeneral). Jabatan Terdapat 3 jabatan utama iaitu: 1. Diwan-i-risalat 2. 3. Diwan-i-arz Diwan-i-insha

Bertanggungjawab terhadap hal ehwal keagamaan. Berhubung dengan jabatan ketenteraan. Menguruskan surat-menyurat.

Keadilan Urusan keadilan dijalankan oleh Kadi dengan bantuan Mufti. Kes-kes orang Hindu pula diuruskan oleh Panchayat. Kotwal pula merupakan penaung keadilan dan keamanan dalam negara. Muhtasib mengawasi tingkah laku rakyat, mengawal pasar-pasar dan menetapkan ukuran dan timbangan. Zaman Moghul Maharaja adalah ketua bagi pentadbiran sivil dan ketenteraan. Baginda bertindak sebagai komander angkatan tentera, penaung keadilan dan ketua perundangan. Maharaja Moghul bersifat autokrat. Walau bagaimanapun, mereka sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyatnya. Vakil Vakil merupakan timbalan kepada Maharaja. Beliau merupakan orang perantaraan antara raja dan pengawai kerajaan yang lain. Menteri-menteri 1. Diwan Diwan bertanggungjawab terhadap urusan kewangan dan percukaian. Beliau dibantu oleh pegawaipegawai seperti Diwan-i-khalisah yang bertanggungjawab terdapat pendapatan dari tanah, Diwan-i-tan yang bertanggungjawab terhadap pembayaran gaji dan perlantikan Jagir, Mushrif-i-mumalik sebagai akauntan umum dan Mushtaufi-i-mumalik sebagai auditor umum. 2. Mir Bakshi Beliau bertanggungjawab terhadap hal ehwal ketenteraan. Beliau juga bertanggungjawab melantik Mansab, iaitu pemerintah pasukan tentera diraja, menguatkuasakan peraturan diraja dalam tentera dan bertindak sebagai Pay-master yang bertugas meluluskan gaji Mansabdar. Juga dikenali sebagai Khan-i-saman. Beliau merupakan menteri pembekalan dan perindustrian dan bertanggungjawab menyediakan dan mengedarkan keperluan kerajaan. Menteri ini bertanggungjawab dalam hal-ehwal keagamaan dan menguruskan pemberian bantuan kerajaan untuk tujuan keagamaan. Beliau juga bertindak sebagai Ketua Kadi.

3. 4.

Mir Saman Sadr-us-sudur

Keadilan Tugasan keadilan diketuai oleh Quaziul-Quzat dengan bantuan Mufti, Kadi dan Mir'Adl. Mufti bertanggungjawab mentafsir undangundang dan Kadi pula membuat keputusan kes yang dibicarakan. Mir'adl pula bertanggungjawab membawa kedua-dua pihak ke mahkamah dan menguatkuasakan undang-undang. TAMADUN CHINA Maharaja Maharaja China mempunyai kuasa tertinggi seperti kuasa perundangan dan kehakiman. Baginda juga bertindak sebagai ketua paderi. San Kung (Three Lord) 1. Canselor Beliau merupakan orang kanan Maharaja. Beliau mempunyai kuasa tertinggi selepas Maharaja dan bertugas untuk mengetuai semua pegawai kerajaan. Peranan dan fungsi Canselor ialah: (a) menyokong / melantik calon bagi jawatan penting kerajaan, (b) mengawasi prilaku dan menghukum pegawai yang bersalah, (c) bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan negara, (d) membuat persediaan ketika melancarkan kempen ketenteraan, (e) mengetuai mesyuarat dalam istana dan menghantar laporan kepada Maharaja, dan (f) bertindak mengarahkan serta memeriksa pegawai pentadbir di peringkat Provinsi. 2. Setiausaha Diraja (Vice Setiausaha Diraja membantu Canselor dalam bidang pentadbiran negara. Tugas utama beliau Canselor) ialah: (a) menyelia dan mengawasi pegawai kerajaan, (b) memastikan tidak berlaku penyelewengan di kalangan pegawai, (c) mengawal disiplin pegawai dan pekerja di istana, dan (d) menyimpan peta, buku pendaftaran, buku-buku suci dan menyimpan rekod tentang aktiviti

39
Maharaja. 3. Grand Commandant Pegawai ini bertanggungjawab dalam hal ehwal ketenteraan. Jawatan ini tidak tetap. Qiu Qing 1. Menteri Upacara dan Adat-istiadat Menteri ini menjalankan upacara perayaan tokong-tokong kerabat diraja dan upacara (Minister of Ceremonies) penyembahan syurga dan bumi. Beliau juga bertanggungjawab menyelia akademi diraja. Anggota akademi terdiri daripada golongan cendekiawan yang akan mengajar bakal pemegang jawatan penting dalam kerajaan. Menteri ini turut mengendalikan peperiksaan kerajaan dan melaporkan kepada Maharaja sama ada pelajar ini layak memegang jawatan atau tidak. 2. Penyelia Pembantu Diraja (Supervisor of Attendants) Pegawai ini bertanggungjawab terhadap pengawal keselamatan istana yang menjaga pintu masuk dewan dan istana.

3. Komandan Tentera (Commandant Menteri ini bertanggungjawab mengawasi anggota tentera yang mengawal pintu masuk istana. of Guards) Beliau boleh juga dianggap sebagai Ketua Pengawal Diraja - pengawal diraja dipilih daripada kalangan orang awam. 4. Pambantu Kanan (Grant Servant) Pembantu Kanan bertanggungjawab terhadap kereta kuda dan kuda. Beliau memastikan persiapan yang dilakukan memuaskan. Beliau juga bertanggungjawab memerhatikan kawasan padang rumput dan kuda-kuda dipelihara.

5. Komandan Keadilan (Commandant Menteri ini pula bertanggungjawab dalam bidang undang-undang negara. Beliau menerima of Justice) dan menyelesaikan kes-kes rumit yang tidak dapat diselesaikan oleh Gabenor di Provinsi. 6. Bentara Agung (Grand Herald) Pemegang jawatan ini bertanggungjawab terhadap orang gasar yang menyerah diri. Beliau merupakan pengarah ritual semasa upacara pengorbanan bagi syurga. Beliau turut mempengerusikan majlis dalam majlis jamuan yang diadakan oleh Maharaja untuk tetamutetamunya.

7. Pengarah Kerabat Diraja (Director Pengarah ini bertanggungjawab terhadap anggota keluarga diraja. Beliau turut menyimpan of Imperial Clan) rekod mereka dan menerima rekod saudara-mara mereka yang disediakan oleh pihak berkuasa Provinsi. 8. Menteri Pertanian (Grand Minister Menteri Pertanian bertanggungjawab membayar gaji kakitangan kerajaan dan mengumpulkan of Agriculture) cukai. Cukai kepala, cukai tanah, hasil garam dan besi serta jualan arak dimasukkan dalam perbendaharaan negara. Cukai gunung, cukai laut dan tasik menjadi milik Maharaja. 9. Bendahari (Small Treasurer) Bendahari menjadi pengurus kewangan anggota kerabat diraja.

TAMADUN ALAM MELAYU Empayar Melaka Raja atau Sultan menjadi ketua menteri. Baginda merupakan pemimpin dalam hal peperangan, mengadakan hubungan luar dan menjadi lambang kesatuan dan kebesaran negeri. Dari segi keturunan, Raja Melayu sering kali dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain untuk meninggikan kedudukan raja. Majlis Tertinggi Majlis ini terdiri daripada 4 orang pembesar, iaitu: 1. Bendahara Bendahara merupakan orang yang paling kanan kepada raja. Beliau memangku tugas raja ketika ketiadaan baginda. Beliau juga bertindak sebagai ketua angkatan tentera darat dan laut. Beliau menjadi ketua hakim ketika mengadili kes-kes awam dan jenayah di peringkat negeri. 2. Penghulu Bendahari Penghulu Bendahari merupakan ketua kepada bendahari raja. Beliau mengetuai pengawal yang menguruskan hasil kerajaan. Beliau turut mengetuai semua Syahbandar dan menjadi ketua adatistiadat dan upacara di raja. Pembesar ini merupakan ketua angkatan laut. Beliau mengiring raja semasa mengadakan lawatan ke luar negeri. Beliau turut menjadi duta, pembawa berita atau utusan diraja. Temenggung bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri.

3. 4.

Laksamana Temenggung

PENTADBIRAN WILAYAH: TAMADUN MESIR Normach Terdapat lebih kurang 20 Nomes di Mesir Utara dan 22 Nomes di Mesir Selatan. Nomes tersebut ditadbir oleh Normach. Mereka berasal dari keturunan ketua suku kaum yang memerintah Lembah Nil pada zaman pra-dinasti. Peranan mereka ialah: pemimpin material dan spiritual bagi sesebuah provinsi; pentadbir, hakim dan paderi bagi provinsi. Normach menjadi berpengaruh pada zaman Dinasti ke-6 tetapi pada Zaman Kerajaan Pertengahan, pengaruhnya luntur. Mayor (Datuk Bandar) Tugas penting bagi Mayor ialah mentaksir cukai, mengumpul dan menyimpan hasil cukai serta menghantar laporan kepada Wazir. Beliau juga bertanggungjawab menyelesaikan masalah kecil dan mewujudkan keamanan di bandar.

40
Medjay Medjay bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Mereka terdiri daripada suku nomad dari Nubia yang pernah berkhidmat sebagai tentera dan membantu Ahmosis menentang Hyksos. Kapten Kapten mengetuai pasukan polis dan tentera di sesebuah bandar. Mereka bertanggungjawab meronda dan mengawal kubur-kubur diraja dan kawasan sempadan negara. TAMADUN INDIA Zaman Klasik Daerah Terdapat seorang pegawai daerah yang dikenali sebagai Sthanika. Tugasnya ialah mengawasi kerja-kerja yang dijalankan oleh Gapa (juru akaun di kampung). Kampung Ketua kampung dilantik oleh raja atau dipilih oleh penduduk kampung. Beliau dibantu oleh assembly yang terdiri daripada penduduk kampung dalam menguruskan hal ehwal dan memelihara keamanan kampung. Setiap kampung mesti menyediakan bantuan ketenteraan dan tenaga buruh kepada raja dan membayar cukai dalam bentuk ternakan, bijirin, emas atau bahan mentah. Gopa ialah juru akaun. Beliau menyimpan akaun dan statistik bagi kampung. Beliau turut menyimpan rekod mengenai tanah (sama ada diusahakan atau tidak), kebun, hutan, kuil-kuil, kerja pengairan, tanah perkuburan dan jalan. Beliau menetapkan sempadan kampung, tanah pertanian, hutan dan jalan. Beliau mendaftar penjualan hasil, pemberian hadiah, sumbangan darma dan pengecualian dari membayar cukai. Tanggungjawabnya turut meliputi menyimpan rekod mengenai bilangan petani, gembala lembu, pedagang, tukang kraf tangan, buruh, hamba dan binatang. Akhir sekali, Gopa menyimpan maklumat tentang bilangan anggota di rumah, sejarah mereka, pekerjaan, pendapatan dan perbelanjaan. Bandar Pengawal tingginya ialah Nagaraka atau Penguasa Bandar. Bandar dibahagikan kepada wad dan setiap wad didiami oleh beberapa keluarga. Terdapat majlis perbandaran, contohnya: Bandar Pataliputra (Empayar Maurya) mempunyai majlis perbandaran yang terdiri daripada 30 orang ahli. Tugas majlis perbandaran ialah: (1) memelihara dan memperbaiki bangunan awam, (2) menetapkan peraturan harga barangan, menyelia pasar, pelabuhan dan rumah ibadat, dan (3) menyediakan kemudahan untuk memelihara kebersihan dan mengelakkan bencana seperti kebakaran. Di bandar, terdapat pengintip atau ejen rahsia yang berkhidmat kepada raja dan pengawai penting untuk mengawasi tindak-tanduk para pegawai. Kesultanan Delhi Pada zaman Kesultanan Delhi, empayarnya dibahagikan kepada beberapa provinsi. Sebagai contoh, terdapat 12 provinsi pada pemerintahan Muhammad Bin Tughluq. Gabenor Gabenor juga dikenali sebagai Wali. Tugasnya ialah bertanggungjawab kepada hal-hal sivil dan ketenteraan dan menyediakan bantuan ketenteraan kepada Sultan. Jawatan ini tidak boleh diwarisi dan ia dilantik oleh Sultan. Sultan berkuasa menamatkan perkhidmatan Gabenor atau memindahnya ke provinsi-provinsi yang lain. Zaman Moghul Empayar Moghul dibahagikan kepada beberapa wilayah (Subas) dan setiap wilayah pula dibahagikan kepada daerah (Sarkar) dan seterusnya mukim (Pargana, kampung. Wilayah (Subas) Ketua wilayah dikenali sebagai Gabenor. Pada zaman Akbar, ia dikenali sebagai Sipah-Salar. Manakala, di bawah penggantipenggantinya, ia dikenali sebagai Subedar atau Nizam. Tugasnya ialah (1) memelihara keamanan wilayah, (2) menguatkuasakan undang-undang, dan (3) membantu memungut cukai. Beliau dibantu oleh menteri-menteri yang mengawasi jabatan kerajaan di wilayah. Daerah (Sarkar) Daerah ditadbir oleh Faujdar (Pegawai Daerah). Faujdar dilantik oleh Subedar. Tugasnya ialah mengawasi kerja pentadbiran dan membantu mengutip cukai. Mukim (Pargana) Mukim diketuai oleh Amir atau Shiqdar (Ketua Hakim). Kampung (Mahal) Kampung merupakan unit pentadbiran yang paling kecil. TAMADUN CHINA Unit pentadbiran yang paling utama ialah Chun (Provinsi). Chun dibahagikan kepada Hsien (Council), Hsiung (Districts) dan Li.

41
Chun (Provinsi) Wizurai Lazimnya dilantik untuk mentadbir 2 Provinsi, terdapat juga yang mentadbir 3 Provinsi. Ia tertakluk kepada Maharaja. Kuasanya seperti seorang raja di dalam kawasan takluknya. Gabenor Jeneral / Gabenor / Gabenor Leftenan Beliau terletak di bawah Wizurai. Beliau mempunyai fungsi dan tugas yang sama dengan Wizurai. Di Shantung, Honan dan Shansi, mereka terletak di bawah Wizurai. Hsien (Counties), Hsiung (Districts) dan Li Pegawai bagi unit pentadbiran ini berperanan sebagai hakim, polis dan mengetuai upacara keagamaan dan mengumpul cukai. Sebahagian besar pegawai ini dilantik oleh kerajaan pusat selama tempoh 3 tahun. Biasanya, pegawai ini tidak dapat memegang jawatan di tempat kelahirannya untuk mengelakkan pemberontakan. Pengintip atau wakil-wakil khas juga dihantar ke sini untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan yang berlaku di sini. TAMADUN MELAYU Empayar Melaka Pentadbir jajahan takluk terdiri daripada raja-raja tempatan yang menerima ketuanan Melaka dan ada pula merupakan anak raja yang dihantar dari Melaka. Bagi kawasan seperti Klang, Selangor, Bernam, Jugra dan sebagainya, ia ditadbir oleh Mandelika. Beliau bertanggungjawab terus kepada Sultan Melaka. Jajahan takluk ini dikehendaki: a. Menghantar ufti ke Melaka. b. c. Mengerahkan tenaga manusia untuk menjalankan tugas awam dan ketenteraan. Menghadap Sultan Melaka ketika sambutan hari kebesaran diraja, sambutan adat dan perayaan agama.

TAKRIF RAJA Mengikut Kamus Dewan, raja bermaksud orang yang mengetuai dan memerintah sesebuah negara atau bangsa, menjadi kepala negara, kepala negeri atau kepala suku. Mengikut Encyclopedia Britanica, raja lelaki dan ratu bagi perempuan adalah pemerintah tertinggi dalam negeri, lebih tinggi kedudukannya daripada mana-mana pentadbir. Pemerintahan beraja adalah fenomena seluruh dunia secara keturunan sempurna atau raja berperlembagaan. Biasanya dalam bentuk monarki dan raja juga dianggap sebagai penghubung antara rakyat dengan tuhan. CIRI-CIRI PEMERINTAHAN BERAJA Institusi Tertinggi Raja merupakan institusi yang tertinggi. Raja mempunyai kuasa pengurus dalam segala tindakan penggubalan dan perlaksanaan dasar. Raja juga mempunyai kuasa mutlak. Raja Sebagai Tuhan Raja dianggap sebagai tuhan. Rakyat hendaklah mentaati dan menghormati raja sepenuhnya. Raja menganggap rakyat sebagai hambanya. Buktinya: apabila rakyat mengadap raja, mereka akan menyembah dan menyebut perkataan terakhir seperti patik yang hina dan sebagainya. Secara Warisan Institusi raja adalah berterusan secara warisan. Ada juga yang berjaya menjadi raja setelah berjaya menggulingkan raja yang sedia ada. Mereka menggunakan kekuatan ketenteraan dan pengaruh yang dimiliki untuk menggulingkannya. Undang-undang di Tangan Raja Raja melebihi undang-undang dan hukuman di tangannya. Raja boleh mengampun kesalahan walaupun yang melakukan kesalahan itu dirinya sendiri. Hal ini bermakna raja kekal daripada sebarang hukuman. Rakyat tidak boleh dipersoalkan tindakan atau peraturan yang digubal oleh raja. Rakyat mesti menurut apa sahaja perintah raja. Keistimewaan Raja Raja sentiasa istimewa daripada orang lain. Keistimewaan ini dapat dilihat dari cara berpakaian, bertutur, majlis-majlis tertentu, mempunyai daulat, ada lambang kekuasaan seperti cop mohor, pedang, keris, mahkota, cokmar, pending dan sebagainya. Cara Pemerintahan Raja akan dibantu oleh pembesar-pembesar yang menjalankan tugas. Hal ini bermakna pemerintahan adalah secara berpusat. Pemerintahan berpusat di ibu kota negeri untuk seluruh jajahan takluk. Berkuasa Penuh Raja berkuasa penuh dalam hal ehwal kewangan dan ekonomi juga. Segala sumber yang mendatangkan keuntungan dikuasai oleh baginda seperti pungutan cukai, hasil, pertanian, perniagaan dan semua perkhidmatan. Raja dianggap sebagai tuan punya tanah di mana segala penggunaan terhadap tanah hendaklah dalam pengetahuan raja.

42
Agama Dalam bidang agama, raja bertindak sebagai ketua agama dan dinasihati oleh tokoh agama yang bertindak sebagai penasihat. Pertahanan Dalam bidang pertahanan, raja mempunyai kuasa kerahan ke atas rakyat. Rakyat hendaklah sentiasa bersedia untuk berperang jika diperintahkan. Hal ini kerana raja tidak mempunyai tentera yang khas. Tentera raja hanya pengawal istana sahaja. Oleh itu, rakyatlah yang bertindak sebagai tentera. Perbelanjaan Perbelanjaan istana dan peribadi adalah dibiayai dengan menggunakan pendapatan negara atau sumbangan pembesar. ALAM MELAYU Kerajaan-kerajaan awal mengamalkan pemerintahan beraja. Raja mempunyai kuasa mutlak. Sistem beraja adalah gabungan sistem tempatan dan pengaruh agama Hindu dan Buddha. Raja berkuasa memberikan undang-undang untuk mengukuhkan kedudukannya, menjatuhi hukuman mati, memegang jawatan penting dan bertindak menurut keperluannya. Rakyat mesti mematuhi undang-undang yang ditentukan oleh raja dan tidak boleh mempersoalkannya. Raja juga berperanan menguasai sumber ekonomi seperti pungutan cukai, penggunaan tenaga buruh, perkhidmatan, hasil pertanian, hasil bumi dan perdagangan. Sumber pendapatan baginda ialah cukai, ufti dan barangan yang diperolehi dari kawasan pedalaman. Ibu kota diraja berperanan sebagai pusat pemerintahan dan pusat kegiatan ekonomi. Raja mempunyai hubungan baik dengan kawasan yang membekalkan barangan untuk perkembangan ekonomi bagi menjamin penguasaannya terhadap kawasan itu. Hubungan raja dengan kuasa-kuasa kecil terjalin melalui kepercayaan dan amalan. Hal ini membolehkan raja meluaskan pengaruhnya. Raja bertanggungjawab menjaga keamanan dan kemakmuran negara. Golongan Brahmin digunakan untuk mendapatkan penghormatan rakyat. Golongan ini akan menyebarkan cerita dongeng, mitos dan lagenda mengenai kesaktian raja bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Raja diberi keistimewaan dari segi penggunaan bahasa, wajah, kehidupan, kedudukan, kekuasaan dan sebagainya melalui cerita kesaktian. Rakyat menganggap raja sebagai tuhan dan tidak mempersoalkan tindakan raja. Raja bertanggungjawab menyelesaikan masalah tanah dan buruh apabila pembesar gagal mengendalikannya. Kerajaan Angkor Pentadbirannya adalah berdasarkan kelas sosial atau hierarki sosial. Raja dianggap sebagai dewaraja atau raja tuhan. Baginda mempunyai kuasa veto (kata pemutus) dalam semua hal kenegaraan dan kehidupan rakyat. Raja ini juga menjadi penggubal undangundang dan ketua tentera, menjaga ketenteraman dan keselamatan rakyat dan kerajaan. Dalam pentadbiran, terdapat pegawai kerajaan pusat di peringkat tertinggi, gabenor di wilayah dan ketua di kampung-kampung. Di peringkat pusat, terdapat satu majlis menteri atau kebinet. Majlis menteri ini berfungsi untuk membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran. Selain itu, terdapat juga pegawai yang bertanggungjawab berkenaan dengan perundangan dan pegawai-pegawai kebajikan. Para pegawai dilantik menerusi sistem peperiksaan untuk menentukan kecekapan dan tahap keilmuannya, di samping untuk menentukan kesetiaan mereka kepada raja. Dengan itu, mereka dapat bertugas secara teratur dan sistematik serta penuh taat kepada raja kerana percaya berbakti kepada raja bererti menjalankan perintah dewa. Kerajaan Srivijaya Sistem pemerintahan dan pentadbiran adalah mencontohi kerajaan yang terdapat di India. Raja-rajanya mempunyai hubungan erat dengan India. Raja di Srivijaya berkuasa mutlak dan bersifat ketuhanan. Raja dianggap sebagai "raja di gunung", suci dan istimewa. Dalam pemerintahan negara, terdapat satu jemaah menteri yang menasihati raja dalam perkara yang berkaitan dengan masalahmasalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Pentadbirannya juga mengikut hierarki yang dibahagikan kepada pentadbiran diraja, hal ehwal diraja, perdagangan, hukuman/denda dan kutipan cukai. Pentadbiran tentera pula diketuai oleh panglima yang bergelar Pratisava yang bertanggungjawab untuk membina pasukan tentera dan mengadakan latihan yang berkaitan. Di peringkat daerah, ketua wilayah yang bergelar "Datu" bertanggungjawab dalam hal-ehwal tanah dan kebajikan rakyat. Beliau menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang menentang kerajaan. Beliau juga bertanggungjawab menanamkan dan memupuk rasa setia terhadap pemerintah di kalangan rakyat. Kerajaan Melaka Orang yang menduduki tempat yang tertinggi ialah raja. Baginda merupakan ketua dalam pemerintahan dan pentadbiran. Konsep raja di Melaka dipengaruhi oleh unsur agama Hindu seperti istilah devaraja. Pemerintahannya dianggap luhur dan suci. Baginda dianggap sebagai wakil dewa di bumi dan berkuasa mutlak. Dengan kedatangan Islam, raja menggunakan gelaran sultan dan dianggap Amirul Mukminin. Baginda juga mempunyai kuasa kehakiman dan kuasa menggubal undang-undang. Baginda dibantu oleh sekumpulan pembesar yang bertugas sebagai pegawai pentadbir dalam Empayar Melaka. Di peringkat pusat, terdapat satu Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh 4 orang pembesar utama iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Bendahara merupakan ketua pentadbiran negeri, Temenggung bertugas sebagai ketua polis negara yang ada seperti hari ini, Laksamana menjadi ketua angkatan laut dan Penghulu Bendahari menguruskan hal-ehwal kewangan

43
kerajaan. Selepas Majlis Tertinggi terdapat 8 orang pembesar yang bergelar Sri dengan salah satu daripadanya ialah Syahbandar. Seterusnya, terdapat 16 orang pembesar rendah yang bergelar raja dan 32 orang pegawai kerajaan yang menduduki tangga terakhir. Di peringkat kampung, ketuanya ialah Penghulu dan Penggawa. Beliau menjadi orang perantaraan antara pembesar-pembesar daerah dengan rakyat. Tugasnya adalah untuk memungut cukai, menjaga keamanan dalam kampung, menjaga keadilan dengan menjatuhkan hukuman ringan, mendapatkan tenaga buruh untuk sultan, membekalkan tenaga tentera semasa peperangan dan memastikan rakyat kampungnya taat setia kepada sultan. Mereka tidak diberi gaji tetapi memperoleh pendapatan daripada hasil cukai yang dikutip daripada anak kampungnya. Kerajaan Majapahit Raja menduduki tempat yang tertinggi dalam hierarki organisasi sosial. Baginda mempunyai kuasa mutlak. Baginda bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab menggubal undang-undang dan segala undang-undang yang digubal mesti dipatuhi oleh rakyat. Semasa Patih Gajah Mada menjadi Perdana Menteri, beliau telah membentuk sebuah kabinet. Beliau sendiri menjadi ketua kabinet dan ahli-ahlinya terdiri daripada Demung, Kahuruhan, Rangga dan Temenggung. MESIR Mesir juga mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja Mesir telah berjaya menyatukan Mesir Utara dan Mesir Selatan menjadikan Memphis sebagai ibu kotanya. Beliau telah mewujudkan sistem beraja dan dinasti. Dalam sistem dinasti, raja-raja yang memerintah Mesir berasal dari satu keluarga. Mesir telah diperintah oleh 30 dinasti di antara tahun 3500 hingga 1000 SM. Raja Mesir dikenali sebagai Firaun yang mempunyai kuasa mutlak dan berkuasa penuh ke atas tanah dan air di Mesir. Rakyat mesti patuh kepada Firaun dan mesti membayar cukai dan Firaun memerintah dengan dasar kuku besi. Firaun dianggap sebagai tuhan dan anak tuhan atau disebut sebagai Amon Re. Di bawah sistem pemerintahannya, Mesir dibahagikan kepada beberapa daerah yang ditadbir oleh pegawai-pegawai kerajaan. Pegawai-pegawai ini terdiri daripada golongan bangsawan dan kuasa meraka diwarisi secara turun-temurun. Orang Mesir membina piramid sebagai lambang kekuasaan dan kebesaran Firaun dan ia menjadi tempat bersemadi seorang Firaun apabila ia meninggal dunia. Piramid juga dibina untuk golongan bangsawan. CHINA Pada zaman pemerintahan Shang, satu sistem pemerintahan beraja yang berwibawa dan berkuasa mutlak telah wujud di China. Raja mempunyai kuasa tertinggi memerintah satu golongan tentera yang besar. Beliau juga dapat menguruskan tenaga buruh supaya menjalankan projek-projek umum dan menyumbangkan bijirin kepada negara. Pemerintahan beraja ini dikuasai oleh golongan bangsawan mengikut sistem turun-temurun dan berjaya pula memerintah kawasan masing-masing. Mereka memusatkan kuasa kepada sesebuah bandar. Semua pembesar menjadi tuan tanah. Oleh itu, mereka dikehendaki taat setia kepada raja dan kerajaan. Mereka mesti mengikut raja pergi berperang, menjaga sempadan, membayar cukai, mengurus tenaga buruh supaya dapat menjadi askar dalam masa perang dan bekerja dalam projek-projek umum dalam masa aman. Raja juga bertugas mengawal dan menokong pembesar dalam pusat pemerintahannya dan pembesar-pembesar akan menjadi pelindung bagi raja. Hal ini bermakna raja harus menolong wakil-wakil atau pembesar dalam kes-kes yang mana mereka dilanggar oleh musuh. Kuasa politik raja berdasarkan kuasa agamanya. Raja Shang menjadikan dirinya pawang tertinggi dan pemimpin untuk menukar atau memilih kalendar dan takwim. Rakyat menghormati raja dengan membayar ufti dan memberi khidmat dalam angkatan tentera secara sukarela. Pemerintahan Shang kemudiannya telah digulingkan oleh Dinasti Chou melalui rampasan kuasa. Rakyat percaya bahawa dinasti baru telah mendapat mandat daripada tuhan. Menurut konsep tersebut, kuasa pemerintah yang diperolehi daripada tuhan, pemerintah yang adil akan mendapat mandat daripada tuhan manakala pemerintah yang zalim akan kehilangan mandat. Kehilangan mandat akan menyebabkan bencana alam seperti banjir, kemarau, wabak penyakit. Apabila raja hilang mandat maka rakyat berhak merampas kuasa. Pemerintah Dinasti Chou mengamalkan sistem feudal secara berleluasa. Golongan bangsawan merupakan pembesar kedua selepas raja dan mereka berkuasa mutlak mentadbir wilayah masing-masing malah sesetengahnya mentadbir dengan menubuhkan beberapa jabatan untuk mengawasi hal-hal seperti kewangan, pasukan bersenjata, undang-undang dan menyimpan rekod. Lama-kelamaan, golongan pembesar ini menjadi pentadbir yang berwibawa dan bercita-cita tinggi. Sikap tamak ini telah menimbulkan persaingan untuk menguasai wilayah lain. Akibatnya, Dinasti Chou mulai lemah dan berada dalam keadaan huru-hara dari abad ke-8 hingga ke-2 SM. Selepas tamadun awal, China mengamalkan pemerintahan monarki di mana raja mempunyai kuasa mutlak. Kedudukan rajanya juga meningkat apabila kerajaannya berjaya meluaskan kuasa dan membentuk empayar. Gelaran Maharaja mula digunakan. Maharaja China dibantu oleh golongan birokrasi untuk memerintah empayar. Golongan birokrasi terdiri dari pegawai kerajaan yang dilantik oleh Maharaja. Pada zaman Dinasti Han, satu sistem perkhidmatan awam dibentuk untuk melantik pegawai kerajaan. Pemerintah Han juga memperkenalkan Peperiksaan Awam China. Rakyat yang berpendidikan dan lulus peperiksaan awam boleh dilantik sebagai pegawai kerajaan. Undang-undang dan sistem pemerintahan pada zaman ini adalah berasaskan kepada falsafah Confucius (pemerintahan melalui teladan).

44
Pada zaman Dinasti Chin, undang-undang yang ketat telah diperkenalkan oleh Han Fei Tsu iaitu seorang pendokong falsafah Legalisme (pemerintahan melalui undang-undang lebih berkesan daripada pemerintahan teladan). Beliau berpendapat tingkah laku manusia dapat dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang ketat. Falsafah Legalisme berbeza daripada falsafah Confucius yang mengatakan pemerintahan melalui teladan adalah lebih baik. INDIA Pada peringkat awal India ditadbir oleh seorang pemimpin daripada golongan pendita. Pemerintahannya adalah berkuasa mutlak dan sangat dihormati oleh rakyat. Tugas-tugas pemerintahan ialah mengawal pembinaan baru menetapkan piawai timbangan dan ukuran dan mengawasi sistem tulisan, bentuk bangunan, pelan jalan dan sebagainya. Selepas tamadun awal, India mengamalkan sistem pemerintahan monarki dan pemerintahan mutlak. Kedudukan raja di India semakin meningkat apabila kerajaannya berjaya meluaskan kuasa dan membentuk empayar. Raja menggelarkan dirinya sebagai Maharaja. Empayar Maurya di India merupakan sebuah empayar yang cekap dan tersusun. Raja merupakan ketua pentadbir kepada kerajaan. Raja juga sebagai ketua hakim, penasihat dan penggubal undang-undang dan juga ketua tertinggi dalam angkatan tentera di mana kuasa raja adalah tidak terhad. Raja akan melantik penasihat-penasihat untuk dijadikan pembantu dalam urusan pentadbiran misalnya untuk menjatuhkan hukuman raja akan berbincang dengan penasihat beliau. Terdapat juga majlis menteri sebagai tambahan kepada penasihat-penasihat raja. Jumlah menteri adalah tidak ditentukan dan ia bergantung kepada keadaan. Raja akan menghadiri mesyuarat jemaah menteri. Di dalam pentadbiran harian, terdapat 13 jabatan yang mengendalikan urusan yang berkaitan. Setiap jabatan mempunyai seorang pengawas. Terdapat juga kelas-kelas pegawai yang akan membantu raja di dalam kecemasan. Kelas-kelas ini dikenali sebagai Mantri dan Mantri Parishad. Di samping itu, terdapat juga jawatan seperti Pegawai Daerah, Pesuruhjaya Bandaran dan badan-badan yang mengendalikan hal-ehwal ketenteraan. Pegawai Daerah bertanggungjawab dalam urusan memungut cukai, mengukur tanah, mengawasi kerja-kerja pengairan, mengawal paras air, mendaftar kelahiran dan kematian, mengawasi pengeluaran barang perdagangan, penipuan perdagangan, denda dan hal-ehwal orang asing. Asoka memerintah Empayar Maurya berdasarkan pemerintahan melalui teladan. Perintah atau Dikri Maharaja Asoka diukir pada tiang-tiang batu di tepi jalan untuk dibaca dan dipatuhi oleh rakyat. TAKRIF REPUBLIK Republik adalah negara yang diketuai oleh seorang Presiden yang dipilih oleh rakyat. Republik juga bermaksud negara yang tidak diperintah oleh raja. Dalam kerajaan republik, kuasa tidak sepenuhnya di tangan rakyat. Pemerintahan republik mengamalkan prinsip demokrasi, serta tidak ada sesiapapun yang boleh mewarisi hak memegang jawatan politik. Bagi Kerajaan Rom di Rom dan Athens di Yunani, kedua-duanya merupakan contah kerajaan yang mengamalkan pemerintahan repbulik. ATHENS Athens adalah sebuah negara kota yang mengamalkan sistem pemerintahan republik. Pentadbirannya dikendalikan oleh tiga buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis dan Majistret dan Juri. Dewan Perhimpunan Dewan Perhimpunan adalah institusi yang diwakili oleh semua warganegara lelaki dewasa Athens. Setiap warganegara berpeluang memegang jawatan selama 6 bulan hingga setahun sahaja. Dewan Perhimpunan ini bersidang 40 kali setiap tahun dan selama 3 kali sebulan. Dalam persidangan, warganegara boleh mengemukakan pandangan mereka tentang dasar-dasar kerajaan. Dalam setiap persidangan, 40 ribu warganegara Athens dibenarkan menghadiri perhimpunan. Sesungguhnya badan ini berperanan sebagai badan legislatif/perundangan. Badan ini mempunyai kawalan penuh ke atas pentadbiran dan kehakiman. Di samping tugas-tugas di atas, Dewan Perhimpunan juga berperanan dalam melantik ahli-ahli Majlis, menggubal undang-undang dan dasar bagi polis; membahas dan membuat keputusan tentang deklarasi peperangan, membuat perjanjian dengan negara-negara lain dan membincangkan hal-hal kewangan, percukaian dan berperanan dalam menerima wakil duta dari negara-negara asing. Golongan hamba tidak mewakili Dewan Perhimpunan. Hanya di zaman Solon (negarawan Athens 638-558 SM), golongan tidak bertanah dibenarkan menghadiri Dewan Perhimpunan melalui pindaan perlembagaan. Pindaan perlembagaan Solon menetapkan 9 orang Archon (pentadbir utama yang terdiri daripada golongan bangsawan) yang dilantik dalam Dewan Perhimpunan dan tidak lagi diambil secara warisan. Antara Archon ialah Chief Argon atau Regent, Raja untuk mengurus hal-hal agama, Ketua Perang dan 6 orang Junior Judicial Archons. Solon juga menetapkan bahawa selepas tempoh perkhidmatan Archon, mereka perlu dihadapkan ke Dewan Perhimpunan dan menjawab tuduhan-tuduhan sewaktu memegang jawatan dan hanya bebas setelah mereka didapati menjalankan perkhidmatan yang bersih. Setiap warganegara pula berpeluang menjadi salah seorang daripada 9 Archon. Dewan Perhimpunan juga berfungsi sebagai Mahkamah Orang Ramai (Peoples Court); mendengar aduan orang ramai dan bukan hanya orang berada; menghadapkan pesalah ke muka pengadilan. Sistem keadilan seperti ini melindungi dan memelihara hak-hak masyarakat miskin dan yang tidak bermaya khususnya yang yatim piatu dan golongan janda.

45
Majlis Sebuah dewan perhimpunan yang besar memerlukan sebuah jawatankuasa untuk mengendalikan urusannya dan juga untuk berbincang tentang hal-hal yang penting. Maka dengan itu muncul Majlis yang melaksanakan keputusan-keputusan Dewan Perhimpunan. Badan ini dianggotai oleh 500 ahli yang tidak dilantik tetapi dipilih melalui pengundian dan 50 orang mewakili setiap suku. Oleh kerana Majlis ini diwakili oleh penduduk yang berlainan setiap tahun, ia tidak dapat melahirkan semangat bekerjasama. Sesungguhnya inilah tujuan Majlis, supaya kuasanya tidak mengatasi Dewan Perhimpunan. Kebanyakan jabatan kerajaan dikendalikan oleh ahli-ahli Majlis dan setiap tahun ahli-ahlinya diganti dengan muka-muka baru. Oleh kerana 500 orang lelaki tidak boleh bersidang berterusan dan terlalu ramai untuk menjadi jawatankuasa eksekutif yang efisyen, maka dibentuk sebuah Majlis dalaman yang dikenali sebagai Prytany yang terdiri daripada 50 orang yang diambil daripada setiap 10 suku kaum yang bersidang untuk 1/10 daripada setahun. Pemilihan pengerusi Majlis pula dilakukan setiap hari melalui pengundian. Hal ini bererti setiap hari ada pengerusi baru. Walaupun Majlis memberi peluang kepada setiap warganegara menganggotinya, rata-rata mereka yang menguasai badan ialah Archon yang kaya dan sering bertelingkah antara satu sama lain. Hal ini membuka jalan kepada kemunculan tyrant (pemerintah mutlak). Wujudnya institusi Dewan Perhimpunan, Majlis dan Majistret tidak menghalang kemunculan pemerintah mutlak di Athens. Persaingan tetap berlaku antara golongan aristokrat yang merebutkan jawatan Archon. Salah seorang tyrant ialah Pisistratus, seorang bangsawan dan jeneral yang membentuk pakatan di kalangan golongan miskin dan petani. Dia berjaya berkuasa mulai 546 SM hingga 528 SM. Setelah mati, kedua anaknya menjadi tyrant Athens. Tetapi anak-anaknya tidak terkenal seperti Pisistratus yang memerintah dengan adil dan disukai oleh masyarakat tani. Hal ini kerana beliau membahagikan estet-estet milik orang kaya di kalangan penduduk miskin. Malangnya dasar ayah tidak diteruskan oleh anak dan ini menyebabkan rakyat bosan dengan pemerintahan tyrant dan mereka bersatu (golongan miskin dan kaya) menentang tyrant. Pemimpin pemberontak ini ialah seorang pemilik tanah yang bernama Cleisthenes. Dia membentuk satu sistem pemerintahan yang tidak lagi memungkinkan muncul para pemerintah tyrant. Salah satu sebab yang memudahkan kemunculan tyrant adalah kerana adanya fahaman kesukuan yang kuat di kalangan penduduk wilayah kekuasaan Athens. Hal ini menyebabkan seseorang pemerintah menguatkan pengaruh mereka di kawasan berkenaan. Cleisthenes bertindak dengan menyatukan satu daerah dengan daerah yang lain untuk menamatkan semangat kepuakan dan kedaerahan. Keadaan ini sudah pastinya akan menyukarkan salah satu fahaman perkauman manjadi dominan. Cleisthenes membahagikan penduduk Greek kepada wilayah-wilayah yang bertentangan dengan unit-unit lama. Sepuluh suku kaum baru dicipta dengan perwakilan yang sama dalam Majlis 500. Keahlian dalam Majlis terbuka kepada semua warganegara yang melebihi umur 30 tahun. Untuk memastikan ia menjadi badan kewarganegaraan yang adil, keahliannya dipilih daripada orang ramai. Orang lelaki yang telah memegang jawatan sebanyak dua kali tidak layak. Majlis tidak membuat keputusan muktamad dalam perundangan tetapi menyediakan bil untuk dibawa ke Dewan Perhimpunan, mengeluarkan dikri untuk membantu perlaksanaan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Dewan Perhimpunan dan merundingkan dengan perwakilan kuasa-kuasa asing. Majlis ini juga bekerjasama dengan Majistret dalam kerja-kerja pentadbiran. Cleithenes mengekalkan hakim-hakim lama tetapi sebahagian besar daripada kuasa politik mereka berpindah ke tangan sebuah badan 10 orang strategoi (jeneral) yang dilantik setiap tahun. Strategoi yang pada asalnya dicipta untuk mengetuai tentera, kemudian menjadi ketua eksekutif para pegawai negara dan boleh dilantik semula setiap tahun. Sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh Cleithenes memulakan era kerajaan berperwakilan. Majistret dan Juri Majistret pula terdiri daripada para pegawai kerajaan. Merekalah yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang diputuskan oleh Majlis. Peranan majistret adalah sama dengan peranan Perkhidmatan Awam. Ahli-ahli majistret pula terdiri daripada pembanci, pengutip cukai, pendidik dan beberapa orang dalam jawatan lain. Para pegawai ini dipilih daripada kesemua warganegara. Terdapat juga 10 orang jeneral yang dipilih daripada warganegara untuk menjaga keselamatan negara. Semua pegawai akan melalui proses penapisan (soal siasat di akhir tempoh perkhidmatan) di hadapan juri yang terdiri daripada beratus warganegara. Jika ahli-ahli juri mengundi memutuskan pegawai terbabit sebagai bersalah. maka dia akan dibuang negeri selam 10 tahun. Dari segi pengadilan pula, pada zaman itu kuasa pengadilan terletak di tangan warganegara. Si pesalah akan merayu secara terus kepada rakan-rakan warganegara lain untuk keadilan. Kebiasaannya untuk hal-hal kecil ia akan diselesaikan dalam mahkamah tempatan tetapi jika kes besar, jenayah atau sivil ia akan diselesaikan di mahkamah Athens. Juri adalah sebahagian daripada Dewan Perhimpunan. Jumlah mereka berbeza-beza. Ada keahlian juri yang terdiri daripada 101 orang sehingga kepada 1,001 orang mengikut keseriusan kes. Dalam persidangan ini tidak ada hakim, hanya terdapat seorang pengerusi dan mereka yang terlibat akan mengendalikan kes sendiri. Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan tidak ada peluang bagi yang tertuduh untuk merayu. Jika kesalahan yang mereka lakukan tiada hukuman dalam kanun hukuman Greek dan juri juga tidak dapat menetapkan hukuman, maka pendakwaraya akan mengemukakan hukuman dan pesalah akan memilih hukumannya sendiri. Satu hal yang nyata, setiap warganegara Athens berpeluang bertugas sebagai tentera, hakim, pentadbir atau ahli Dewan Perhimpunan. Susun lapis masyarakatnya pula terbahagi kepada aristokrasi, rakyat biasa dan hamba.

ROM Raja Rom terakhir dikenali sebagai Tarquin the Proud. Pada tahun 509 SM, dia diusir dan sejak itu bangsa Rom memutuskan mereka tidak akan memiliki raja lagi. Sebaliknya mereka memilih dua orang dari kalangan penduduknya untuk memerintah selama setahun. Mereka ini dipanggil Majlis. Dua orang ini dipilih agar dapat mengawasi antara satu sama lain. Majlis mempunyai kuasa yang banyak. Majlis mengetuai tentera, mengetuai hal-hal berkaitan dengan agama dan bertindak sebagai hakim. Tetapi seorang Majlis tidak boleh mengambil tindakan tanpa persetujuan yang seorang lagi. Untuk membantu mereka memerintah, ditubuhkan sebuah Majlis yang digelar Senat (Senate). Senat ini terdiri daripada 300 orang yang mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan dan nasihat mereka sering berharga. Senat memutuskan semua persoalan yang berkaitan peperangan, keamanan dan mencadangkan undang-undang baru. Sistem kerajaan tanpa raja ini dikenali sebagai republik. Rakyat Rom menganggap bentuk kerajaan republik ini sebagai sesuatu yang baik berbanding dengan pemerintahan beraja. Sistem Pemerintahan Republik Rom Dalam kerajaan republik, golongan aristokrat mewakili kelas bangsawan (Patrician), manakala rakyat terbanyak mewakili kelas rakyat biasa (Plebian). Golongan Plebian dinafikan hak politik yang penuh, khususnya peluang untuk menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Di zaman awal kerajaan republik, golongan bangsawan menguasai dua institusi kerajaan yang penting, iaitu Majlis dan Senat. Dua majlis yang dipilih dari kelas bangsawan berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha untuk jangka waktu selama setahun. Majlis ini biasanya mengetuai tentera, tetapi di zaman perang atas nasihat Senat, mereka biasanya menyerahkan kuasa kepada seorang selama enam bulan. Ahli-ahli senat dipilih daripada golongan bangsawan. Dari segi teori, peranan senat adalah semata-mata untuk menasihati, tetapi pada hakikatnya ia mempunyai pengaruh yang luas ke atas republik. Golongan rakyat biasa (Plebian) pula menyampaikan pandangan mereka kepada suatu badan lain, iaitu Centuriate Assembly. Menjelang akhir zaman pemerintahan republik, beberapa jawatan baru diwujudkan untuk mengambilalih tugas Majlis. Antaranya ialah Quaster untuk mengurus kewangan negara; hakim yang dikenali sebagai Praetors mengambilalih tugas mendengar dan memutuskan kes-kes di mahkamah; Censors dilantik untuk menjalankan banci penduduk, mengenalpasti mereka yang layak menjadi tentera serta menyelia tanah-tanah awam.

46

Kesan Pemerintahan Republik Sistem pemerintahan republik telah membuka jalan kepada kemunculan para pemerintah diktator. Hal ini menyebabkan sering berlaku perkelahian, pembunuhan, perebutan kuasa antara beberapa orang diktator. Golongan bawahan Rom seperti kaum petani telah mengadakan pemberontakan. Mereka mahukan pembaharuan sari segi ekonomi, terutamanya tentang tanah. Mereka telah dipimpin oleh dua orang adik-beradik, iaitu Tiberius dan Cains Gracchus, tetapi kedua-duanya terkorban dalam perjuangan mereka kerana telah ditindas oleh ahli-ahli Senat yang kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan yang kaya. Untuk mengubah corak pemerintahan dan membawakan pembaharuan kepada negara, kepimpinan seorang tyrant dengan sokongan tentera yang kuat diperlukan. Hal ini menyebabkan bermula pertelagahan antara tokoh-tokoh yang mahu memimpin negara. Antaranya Marius, Wsulla, Pompey dan Caesar. Setelah Caesar berjaya mengalahkan musuhnya, Pompey, dia telah memaksa Senat meluluskan segala kehendaknya. Pada 49 SM, dia menjadi diktator dan sekali gus menamatkan sistem pemerintahan republik Rom. Orang Rom menjadikan Caesar seorang diktator seumur hidup. Dia adalah pemerintah seluruh angkatan tentera sehingga digelar maharaja. Caesar memerintah Rom hanya selama 5 tahun. Tetapi dalam jangka waktu itu dia telah menghasilkan pelbagai pembaharuan yang membanggakan rakyat jelata. Caesar dibunuh pada 44 SM oleh sekumpulan ahli Senat. Pembunuhan ini dilakukan beralasankan Caesar menjadi terlampau kuat. Sebaliknya, keadaan menjadi kelam-kabut dan mula tercetus peperangan. Dalam waktu keributan inilah muncul Octavian (Augustus) yang menjadi Maharaja Rom yang pertama dengan memerintah tanah-tanah luas di bawah penguasaan Rom. SEJARAH KEMUNCULAN REPUBLIK ROM DAN CIRI-CIRINYA Republik bermaksud negara yang tidak mempunyai raja. Republik juga bermaksud sebuah negara yang diperintah oleh seorang Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Selain itu, Republik juga bermaksud kuasa tidak sepenuhnya terletak di tangan rakyat. Tidak ada sesiapapun yang boleh mewarisi jawatan politiknya kepada orang lain mengikut sistem warisan. Terdapat dua buah kerajaan yang mengamalkan republik dalam sistem pemerintahan iaitu Rom di Rom dan Athens di Yunani. Rom pada asalnya mengamalkan pemerintahan beraja. Rajanya berkuasa mutlak. Raja Rom bersifat zalim menyebabkan rakyatnya berasa tertekan dengan tindakan raja. Rakyat tidak mahu lagi ditindas oleh raja. Sikap raja yang zalim menyebabkan golongan rakyat memberontak. Raja Tarquin adalah raja Rom terakhir. Raja Tarquin disebabkan kezalimannya telah diusir keluar dari Rom pada tahun 509 SM. Dengan itu, tamatnya pemerintahan beraja dan munculnya republik di Rom. Rakyat biasa yakin akan memerintah dengan lebih baik mengikut sistem republik daripada sistem beraja.

47
Rom tidak lagi mempunyai raja semasa mengamalkan republik. Rakyat yakin mereka boleh tadbir sendiri dengan baik tanpa raja. Rakyat telah memilih 2 orang dari kalangan penduduk untuk mentadbir Rom. Dua orang itu membentuk majlis. Rakyat memilih 2 orang wakil supaya mereka boleh sering mengawal kuasa masing-masing supaya tidak mempunyai kuasa yang lebih dan mutlak seperti pemerintahan Raja Tarquin. Dua orang yang dilantik akan memegang jawatan selama satu tahun. Ciri yang kedua Republik Rom ialah mempunyai 3 badan utama dalam pemerintahan. Ia ialah Dewan Perhimpunan, Majlis dan Majistret. Majlis dianggotai oleh 2 orang Konsul. Majlis mempunyai kuasa politik yang banyak. Walau bagaimanapun, Majlis tidak boleh ambil sebarang tindakan tanpa persetujuan daripada seorang lagi. Hal ini akan lebih menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Majlis akan mengetuai angkatan tentera semasa berperang dan menguruskan hal keagamaan. Senat terdiri daripada golongan Patrician yang mempunyai pengalaman banyak dalam kerajaan. Mereka menguruskan hal perundangan, cukai dan hal-hal lain. Nasihat mereka adalah amat berharga. Republik Rom mengamalkan sistem yang berunsur demokrasi. Semua rakyat diberi hak untuk menyampai pandangan. Mereka juga berhak untuk memilih. Walaupun rakyat biasa tidak dapat jawat jawatan penting dalam kerajaan, mereka boleh menyampai pandangan mereka melalui badan tertentu. Ia adalah Centuriate Assembly. Rakyat juga berhak untuk memilih wakil mereka di Majlis, semasa pemilihan Konsul diadakan. Selain itu, rakyat biasa di Rom tidak mempunyai kuasa politik yang sepenuhnya. Rakyat biasa hanya boleh menjadi ahli Dewan Perhimpunan. Mereka tidak boleh menjadi anggota senat dan majlis. Mereka tidak boleh jawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Golongan Patrician memonopolikan 2 institusi yang penting. Ia ialah senat dan majlis. Jadi, kuasa rakyat biasa adalah lebih kurang daripada golongan Patrician. Ciri seterusnya di Republik Rom ialah hak rakyat. Di Rom, golongan Patrician mempunyai kuasa dan hak yang lebih luas. Mereka boleh menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Mereka mempunyai hak yang lebih luas. Golongan Plebian pula mempunyai hak dan kuasa yang lebih kurang. Mereka tidak boleh menjadi anggota Senat dan Majlis. Mereka mempunyai hak rakyat yang terhad sahaja. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh mengemukakan pandangan mereka melalui badan tertentu. Badan itu ialah Centuriate Assembly. Dalam Republik Rom, golongan Patrician yang akan mendominasikan kuasa politik. Oleh sebab Senat dianggotai oleh golongan bangsawan, maka pertelingkahan, pergaduhan akan sering berlaku di kalangan mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak bersatu padu. Seterusnya ia telah membuka jalan kepada kemunculan diktator. Golongan petani dan bawahan telah bergabung memberontak golongan Patrician. Mereka inginkan pembaharuan dari segi ekonomi terutamanya mengenai isu tanah. Hal ini menyebabkan kemunculan diktator yang terkenal iaitu Julius Caesar yang mempunyai angkatan tentera yang kuat dan teratur. Selain itu, pada akhir pemerintahan Republik Rom, beberapa jawatan baru telah diadakan. Jawatan itu diwujud untuk mengambilalih tugas Majlis. Jawatan itu seperti Quasters, hakim, Cansor dan sebagainya. Quasters bertanggungjawab mengenai hal kewangan dalam Republik Rom. Hakim atau dikenali sebagai Praetors akan ambilalih tugas Majlis. Hakim mendengar kes-kes kesalahan di mahkamah kemudian hakim akan memutuskan sama ada pesalah itu bersalah ataupun tidak. Cansors pula bertindak seperti pegawai tanah atau daerah. Dia bertanggungjawab menyeliakan tanah-tanah, memastikan ketaatan rakyat serta memungut cukai. Jawatan baru ini telah mengurangkan kuasa dan tugas Majlis. Di Republik Rom, jawatan politik tidak boleh diwarisi. Tidak ada seorang pun yang berhak untuk mewarisi hak politiknya kepada orang lain. Sistem ini berbeza dengan sistem beraja. Orang yang memegang jawatan politik dalam kerajaan adalah dipilih oleh rakyat. Sebagai contoh, Konsul yang telah meninggal dunia tidak boleh mewarisi hak politiknya kepada anaknya. Anaknya tidak semesti menjadi Konsul. Jawatan kosong akan diisi melalui pilihanraya. Semasa peperangan, salah seorang Konsul harus mengetuai tentera. Jadi hanya akan tinggal seorang Konsul di kerajaan. Orang yang telah pergi berperang itu boleh menyerahkan kuasanya kepada seorang itu lagi yang mentadbir kerajaan. Jadi, seoranag Konsul lagi itu boleh mentadbir kerajaan Rom seorang diri dalam tempoh tertentu. Konsul yang pergi berperang menyerah kuasa selama 6 bulan sahaja. Jadi, pemerintahan seorang Konsul hanya boleh dijalankan dalam tempoh 6 bulan. Dia tidak boleh mentadbir lebih daripada 6 bulan. Secara kesimpulannya, pemerintahan berbentuk republik adalah jauh lebih baik daripada pemerintahan beraja. Rakyat boleh hidup dengan lebih aman. Republik mempunyai faedahnya sehingga corak pemerintahan ini telah diamalkan hingga sekarang, contohnya Republik Jerman. TAKRIF EKONOMI Pengenalan Istilah ekonomi berasal dari istilah Greek oikos dan oikonomia. Oikos memenuhi kehendak ahli-ahlinya dengan membekalkan makanan dan pakaian, tempat tinggal dalam lindungannya sendiri tanpa sebarang pertukaran barang dengan orang lain. Oikos dan oikonomia merujuk kepada perurusan rumah kerana rumah adalah asas unit ekonomi yang meliputi kegiatan mencucuk tanam dan kegiatan pengeluaran. Perkataan Economistes pertama kali digunakan di Kancis pada tahun 1760-an dan pada abad tersebut, Adam Smith menghasilkan suatu teori yang komprehansif tentang pertumbuhan nilai distribusi dan percukaian. Robbins mengatakan ekonomi adalah sains yang mengkaji tentang perangin manusia sebagai hubungan antara matlamat akhir dan barang-barangan terhad yang mempunyai kegunaan alternatif. Adam Smith menganggap ekonomi sebagai kajian tentang sifat dan sebab-sebab kekayaan negara. Bill menganggap ekonomi sebagai sains praktikal mengenai pengeluaran dan pengagihan kekayaan. Ada juga ahli ekonomi

48
lain menganggap ekonomi dalam bentuk kebajikan dengan menekankan aspek manusia dan kebendaan. Secara kesimpulannya, ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan, pertukaran dan penggunaan bahan-bahan atau barang-barang yang bersifat kekurangan serta beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana kajian ekonomi melibatkan aspek perilaku manusia. Sistem Ekonomi Sara Diri Sara diri merupakan sistem ekonomi yang paling awal digunakan. Dalam sistem ini, anggota masyarakat mengeluarkan barang untuk keperluan diri dan masyarakat sahaja. Pada peringkat awal, ekonomi sara diri adalah berasaskan kagiatan memburu binatang dan mengutip hasil hutan serta menangkap ikan. Pada peringkat seterusnya, kegiatan ekonomi sara diri tertumpu pada kegiatan pertanian dan penternakan. Dalam keadaan ekonomi ini, manusia dapat mengubah keadaan keliling supaya sesuai dengan keperluan mereka. Jika terdapat hasil berlebihan ia disimpan untuk kegunaan sebenar. Kegiatan ekonomi ini sukar berkembang kerana dibatasi oleh sistem feudal. Sistem Ekonomi Komersil Komersil berlaku apabila penduduk yang menjalankan ekonomi sara diri mempunyai hasil berlebihan dan menjualkannya. Pada permulaannya, ia merupakan sejenis kegiatan pertukaran barang iaitu sistem barter. Sistem Ekonomi Perdagangan Sistem perdagangan ialah mengagihkan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perdagangan ini terbahagi kepada dua iaitu perdagangan dalam negeri dan luar negeri. Kegiatan perdagangan melibatkan sistem barter dan kegunaan mata wang. Sistem Ekonomi Kapitalisme Dalam sistem ekonomi kapitalisme tidak ada campur tangan kerajaan. Ada tangan yang tidak nampak mengatur ekonomi. Terdapat mekanisme pasar atau mekanisme harga dalam sistem ekonomi. Ada interaksi permintaan dan penawaran yang akan mengatur ekonomi, contohnya dalam penentuan barga keseimbangan jika permintaan melebihi penawaran harga akan meningkat; jika penawaran melebihi permintaan, harga akan jatuh. Dalam sistem ekonomi kapitalisme, individu bebas memiliki harta. Firma atau pengeluar bebas menggunakan sumber bermaksud mereka boleh mengeluarkan barang yang dikehendaki. Individu bebas memilih pekerjaan. Motif pengeluar adalah untuk mendapat untung maksima dan dalam sistem ekonomi kapitalisme dibenarkan menindas orang. TAMADUN MESOPOTAMIA Sistem Ekonomi Sara Diri Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi masyarakat Sumeria. Terdapat petani yang telah menyewa tanah daripada raja, paderi dan pengawal-pengawal tentera bagi mengeluarkan hasil pertanian demi menampung keperluan sendiri. Terdapat juga tanaman diusahakan di tanah-tanah persendirian yang dimiliki oleh golongan bangsawan yang kaya dan juga di kebun-kebun yang dimiliki oleh petani-petani miskin dan orang-orang nomad. Sistem Ekonomi Komersil Pertanian Sumeria mempunyai pengetahuan tinggi dalam pengairan dan pengeluaran hasil bijirin dan buah-buahan dapat diusahakan secara besar-besaran. Sebahagian besar daripada tanah telah dibahagikan kepada ladang-ladang besar yang dimiliki oleh raja, paderi dan pengawai tentera. Penanaman bijirin dan kurma telah diusahakan di tanah tersebut secara besar-besaran. Ia ditanam serta diusahakan secara ekstensif di ladang-ladang yang dimiliki oleh rumah berhala atau istana. Ladang-ladang ini disewakan kepada petani juga dan ia ditadbir secara langsung dan pengurusan dan kakitangan organisasi tersebut. Sistem Ekonomi Perdagangan Bidang perdagangan di Mesopotamia berkembang dengan pesat pada zaman Babylon Lama. Pemerintah Mesopotamia tidak menggalakkan perdagangan bebas, maka semua kegiatan perdagangan, perindustrian dan perbankan dikawal dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan, sebagai contoh, undnag-undang perkongsian, pergudangan dan agensi-agensi perniagaan. Menjelang zaman Chaldea, rumah berhala yang bebas dari kongkongan kerajaan pusat memiliki sebahagian besar tanah dan menjalankan kegiatan perdagangan secara besar-besaran di dalam dan di luar Mesopotamia. Kegiatan ekonomi rumah berhala ditadbir oleh Shatammu dan beliau dibantu oleh qipu (penyelia) dan jurutulis. Di bawah golongan pentadbir ini terdapat sebilangan pekerja yang terdiri daripada orang bebas (free man), kelas pertengahan (shirke) dan hamba (hired man). Orang bebas berkhidmat dalam bidang-bidang yang beraneka jenis, manakala hamba membajak, menuai hasil tanaman, menggali dan menyelenggarakan terusan, ternakan binatang dan mengendalikan pengangkutan dan penyimpanan barangan. Golongan shirke pula bekerja tanpa menerima gaji tetapi diberi makanan dan tempat tinggal (secara sukarela). Hasil pendapatan rumah berhala terdiri daripada sewa tanah, sewa rumah, cukai dan keuntungan daripada perdagangan. Terdapat 2 bentuk perdagangan luar negara di Mesopotamia. Pertama, eksport barang-barang perindustrian seperti tekstil bagi mendapatkan benda lain; kedua, perdagangan antara bandar di negara asing, pusat-pusat perdagangan dan di antara suku-suku nomad. Pedagang-pedagang dikenali sebagai tamkaru. Mereka bertanggungjawab mengimport barang mewah dan bahan mentah untuk kegunaan istana dan rumah berhala. Daripada teks bandar Kanis, pedagang dikatakan bertanggungjawab mengeksport tekstil, menjalankan perdagangan melalui bandar Assur di samping menjadi orang tengah serta melebur barang logam. Mereka mempunyai

49
hubungan dengan raja tempatan dan memperolehi perlindungan daripada raja. Mereka menikmati kelas sosial yang tinggi. Sementara itu, teks dan mari mengatakan, mari adalah stesen yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan timah. Penduduk Babylon mempunyai banyak keistimewaan dalam menjalankan kegiatan perdagangan dengan dunia luar. TAMADUN MESIR Sistem Ekonomi Sara Diri Di bawah sistem ekonomi sara diri, bidang pertanian merupakan kegiatan yang paling penting. Pelbagai jenis tanaman telah diusahakan seperti gandum, barli, millet, sayur-sayuran dan sebagainya. Mereka menghasilkan kegiatan ini adalah bertujuan menampung keperluan mereka seharian terutamanya dari segi makanan. Sistem Ekonomi Komersil Di bawah sistem ekonomi sara diri, tanaman seperti gandum, barli, millet, sayur-sayuran, buah-buahan, flex dan kapas telah diusahakan. Akibat tanah di Lembah Sungai Nil amat subur dan terdapat sistem pengairan yang baik, maka usaha pertanian sara diri telah menghasilkan pengeluaran yang berlebihan. Lebihan hasil ini telah digunakan oleh para petani memperolehi barang keperluan yang lain dengan menukar dengan orang lain. Maka, dapat dikatakan sistem ekonomi berbentuk komersil telah wujud di Mesir. Sistem Ekonomi Perdagangan Kegiatan perdagangan di Mesir dimonopoli oleh Firaun. Penglibatan pihak swasta amat terhad. Kebanyakan ekspedisi perdagangan dihantar oleh raja. Umpamanya Snefru (raja Pertama Dinasti Keempat) menghantar ekspedisi perdagangan ke Nubia dan Libya. Sebenarnya ekspedisi ini bertujuan ketenteraan, di samping mendapatkan barang-barang seperti batu untuk tujuan pembinaan dan permata serta mineral. Pada zaman kerajaan lama, pusat perdagangan yang paling penting adalah Byblos. Byblos dianggap penting kerana ia menghubungkan Mesir dengan laluan perdagangan utama. Byblos merupakan pelabuhan entreport Mesir yang penting. Ia juga merupakan pembekal kayu balak yang utama. Menjelang tahun 2000 SM, kegiatan perdagangan di Mesir berkembang dengan pesat. Mesir berdagang dengan Crete, Phoenicia, Palestine, Syria dan Cyprus. Mesir mengeksport gandum, linen, fabrik, kertas, ikan masin, tembikar dan jagung. Di sebaliknya, Mesir mengimport emas, perak, gading gajah, wain, minyak zaitun dan kayu balak. Di Mesir, ekspedisi-ekspedisi perdagangan dianggap sebagai duta dan barang-barang yang diterima dianggap sebagai ufti. Biasanya, ekspedisi ini diketuai oleh seorang pesuruhjaya diraja Mesir. Secara umumnya, terdapat 3 kaedah digunakan oleh pemerintah Mesir untuk memperolehi barang dagangan dari luar negeri: Kaedah Pertama: menghantar ekspedisi diraja untuk mendapatkan bahan galian (tembaga, firus dari Sinai). Ekspedisi ini diketuai oleh pegawai raja dan dibantu oleh tentera. Tentera dihantar untuk menundukkan orang nomad dan melindungi pelombong. Kaedah Kedua: memperolehi barang dagangan dari pedagang asing. Segala urusan perdagangan dikendali oleh pegawai kerajaan yang dilantik oleh Firaun. Pegawai ini akan menukar barang dengan pedagang asing ini di sempadan Mesir (contoh Elephantine, Kerma berhampiran dengan Katarak-3) bagi memperolahi barang seperti ebony, gading gajah, damar wangi dan sebagainya. Kaedah Ketiga: menghantar tentera laut ke negara asing untuk mengadakan rundingan dengan pemerintah asing. Kapal yang dihantar amat besar dan dibina dengan kayu cedar dan dimiliki oleh Firaun. Sebagai contoh, Permaisuri Hapshepsut menghantar ekspedisi ke Punt untuk mendapat barang dagangan seperti ebony, gading gajah, emas dan kera. TAMADUN INDIA Sistem Ekonomi Sara Diri Menjelang zaman Vedik, orang Aryan memainkan peranan penting dalam perkembangan kegiatan pertanian dan penternakan. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang musim. Mereka juga tahu cara untuk membajak, menyemai, menuai menerusi Rig Veda. Di samping bercucuk tanam, mereka juga terlibat dalam penternakan binatang. Mereka menternak lembu, kambing, biri-biri dan kuda (untuk mengangkut bijirin). Menjelang akhir zaman Vedik (1000-600 SM), pertanian dan penternakan menjadi sumber makanan yang penting. Antara tanaman yang ditanam ialah barli, gandum, padi dan tebu. Barli dan gandum merupakan makanan utama manakala padi adalah makanan sekunder. Sistem Ekonomi Komersil Pada zaman Pra-Maurya (600-322 SM), perkembangan yang signifikan dalam bidang ekonomi telah berlaku. Padi, tebu dan kapas telah ditanam secara meluas. Walaupun peralatan yang digunakan adalah primitif, namun petani-petani berjaya mengeluarkan hasil pertanian yang berlebihan. Hasil pertanian yang lebih disimpan dan digunakan untuk memenuhi keperluan penduduk bandar yang melibatkan diri dalam perdagangan dan perniagaan. Selain itu, hasil yang berlebihan juga dijual kepada orang lain atau ditukar dengan orang lain untuk memperolehi barang keperluan yang lain.

TAMADUN CHINA Sistem Ekonomi Sara Diri Pada zaman Dinasti Shang, ekonomi secara keseluruhan masih primitif. Alat pertanian seperti cangkul, penukul dan bajak digunakan. Pengairan diadakan tetapi skalanya kecil. Sekoi merupakan tanaman utama. Masyarakat Shang juga terlibat dalam penternakan. Hal ini terbukti dalam amalan pengorbanan lembu secara besar-besaran dalam upacara pengebumian. Pada zaman Dinasti Chou, satu sistem yang dipanggil well-field system dilaksanakan. Di bawah sistem ini, tanah dipecahkan kepada 9 bahagian. 8 bahagian diusahakan oleh petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan diserahkan kepada pemerintah. Penternakan masih diamalkan pada zaman Dinasti Chou. Dari segi alat pertanian, ia masih bersifat primitif dan dibuat daripada batu dan kayu. Selepas Dinasti Chou, ekonomi sara diri masih diamalkan oleh penduduk tetapi pertanian secara ekstensif telah mula diusahakan. Sistem Ekonomi Komersil Pada abad ke-7, alat pertanian yang dibuat daripada besi mula diperkenalkan. Penggunaannya dalam pertanian bertanggungjawab dalam penghasilan tanaman yang banyak. Selain itu, sistem pembajakan yang menggunakan binatang juga dimulakan. Penggunaan alat besi juga telah memperluaskan sistem pengairan dan kawalan air boleh dilakukan dengan berkesan. Salah satu contoh projek pengairan ialah projek pengairan Chengtu di Szechuan. Selain pertanian, barang kraftangan seperti sutera juga dihasilkan dengan banyak.

50

Pada zaman Dinasti Chin, China yang berpecah-belah telah disatukan dan satu kerajaan pusat ditubuhkan. Pemilikan tanah persendirian telah diperluaskan. Matlamat ekonomi kerajaan zaman ini adalah memaksimakan pengeluaran melalui pertanian, penternakan dan pengeluaran kain. Mereka yang tidak terlibat dalam pekerjaan berguna, malas bekerja akan menjadi hamba. Kerajaan Chin menggalakkan kemasukan imigran dan Timur untuk memberi peluang kepada mereka membuka lebih banyak tanah pertanian bagi meningkatkan keluaran negara. Pada zaman Dinasti Han, pengeluaran pertanian terus meningkat dengan pesat. Alat pertanian besi telah digunakan, sistem pengairan dan terusan diperluaskan. Tekstil terus menjadi hasil utama negara dan ia mempunyai kualiti yang tinggi. Pada zaman Tiga Kerajaan, Kerajaan Wei yang terletak di Utara China berusaha untuk memulihkan ekonomi yang musnah. Kerajaan Shu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Chengtu yang diairi dengan baik dan subur, manakala Kerajaan Wu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Yangtze yang subur yang sesuai bagi pertanian. Pada zaman Dinasti Tang, banyak tanah terbiar telah diusahakan dan ini menyebabkan pertambahan pengeluaran hasil pertanian malah kawasan pertanian baru telah dibuka khususnya di Lembah Yangtze. Akibatnya, pertanian telah diusahakan secara besarbesaran. Kemajuan dalam bidang pertanian turut mempengaruhi kemajuan dalam industri kraftangan seperti sutera, kertas dan porselin. Pada zaman Dinasti Ming, telah disaksi revolusi pertanian di kawasan luar bandar negara China. Kaedah pertanian baru dan permulaan tanaman padi 2 musim yang dipinjam dan Vietnam Selatan dimulakan. Tanaman baru seperti jagung India, ubi kentang manis dan kekacang telah diperkenalkan. Kerajaan Ming juga memperkenalkan tanaman bergilir dalam skala yang besar begitu juga dengan penggunaan baju. Ksemuanya ini membawa kepada peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan menggalakkan lagi penanaman secara komersil. Pada zaman Ching, pemulihan ekonomi di seluruh negara dapat dilihat pada zaman pemerintahan Maharaja Kang-hsi. Pengeluaran pertanian dengan peningkatan dalam kawasan pertanian diperlihatkan. Pertanian secara komersil menjadi salah satu ciri ekonomi yang penting pada zaman ini. Sebagai kesimpulan, dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan pada pelbagai zaman berjaya merangsangkan ekonomi sara diri berkembang menjadi ekonomi komersil dimana tingkat pengeluaran telah meningkat berlipat-ganda dan hasil yang berlebihan dapat dijual kepada orang lain. Hal ini kemudian telah mewujudkan kegiatan perdagangan di negara China. Sistem Ekonomi Perdagangan Kegiatan perdagangan telah mula wujud sejak Dinasti Shang dengan menggunakan kulit siput sebagaimana mata wang. Kegiatan ini kemudian terus berkembang pada zaman Dinasti Chou. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan pedagang-pedagang prominen yang melabur keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip cukai. Tetapi golongan ini didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka menduduki tempat paling rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih (bangsawan), nung (petani), gong (tukang) dan shang (pedagang). Selepas zaman Chou, kemajuan pesat dalam perdagangan juga dapat dilihat pada zaman Dinasti Chin. Kemunculan kelas pedagang dalam zaman ini adalah banyak sekali. Pada zaman Dinasti Han pula, peningkatan dalam pengeluaran perlombongan dan garam telah membawa kepada kemajuan perdagangan tempatan dan asing. Selepas Dinasti Han, negara China sekali lagi menjadi huru-hara. Peperangan sering berlaku dan ini tidak menggalakkan kegiatan perdagangan. Sehinggalah Dinasti Tang, negara China mulai menjadi aman damai. Keadaan politik menjadi stabil kembali.

51
Peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan kraftangan telah membawa kepada kemajuan perdagangan domestik yang dirangsangkan oleh komunikasi yang diperbaiki termasuk sistem pos baru dan jalan utama yang menghubungkan ibu kota. Perdagangan dengan orang asing juga berkembang pesat tetapi berada di bawah pengawasan orang asing. Terdapat banyak koloni pedagang asing bukan sahaja di pusat tetapi juga di kawasan lain. Selepas kejatuhan Dinasti Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai zaman 5 dinasti dan sepuluh kerajaan. Zaman ini menyaksikan kemajuan dalam perindustrian dan perdagangan. Menjelang abad ke-11 M, banyak tembaga dan besi dihasilkan. Selain itu, banyak bandar baru dan pusat perdagangan telah muncul. Pada zaman pemerintahan Monggol, perdagangan terus mencapai kemajuan, tetapi perdagangan asing ini tetap terletak di bawh penguasaan pedagang asing khususnya orang Islam dari Timur Tengah. Pedagang asing membawa keluar keuntungan cari China dan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara yang memburukan lagi keadaan ekonomi. Pada zaman Dinasti Ming pula, pusat perkembangan ekonomi adalah Lembah Yangtze. Kemajuan industri seperti industri tekstil di Soochow dan Sungkiang telah memajukan lagi kegiatan perdagangan. TAMADUN ARAB Sistem Ekonomi Perdagangan Sebelum kelahiran Islam, ekonomi bangsa Arab berasaskan perdagangan. Mereka muncul sebagai bangsa yang handal, mempunyai pengalaman, kemahiran dalam perdagangan. Semenanjung Tanah Arab telah muncul sebagai pusat perdagangan dunia yang dikunjungi oleh pedagang dari seluruh pelosok dunia. Tanah Arab menghasilkan rempah, arak, madu dan buah-buahan seperti anggur. Rempah ini memanglah terkenal dan diperlukan di Eropah. Hal ini telah dinyatakan oleh Bernard Lewis dalam bukunya The Arabs in History. Untuk menjalankan kegiatan perdagangan, banyak pasar telah diwujudkan. Antaranya ialah Ukadz yang terletak di Pekan Majad yang dibuka mulai 15 Zulkaedah selama sebulan, Zul Majaz yang terletak berhampiran Pekan Ukadz yang dibuka selama seminggu dari awal bulan hingga 7 Zulhijah, Nazat yang terletak di Khaibar yang dibuka selama 20 hari dari 10 hingga akhir bulan Muharam dan sebagainya. TAMADUN GRAECO-ROMAN Sistem Ekonomi Kapitalisme Sistem ekonomi di Tamadun Graeco-Roman bersifat laissez-faire. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem ekonomi bebas atau kapitalisme. Dalam sistem ekonomi kapitalisme ini, tumpuan yang lebih telah diberi dalam bidang perdagangan, perbankan, insurans dan mata wang. Kini, institusi perhambaan mulai merosot. Individu-individu bebas untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini, tetapi rajinya mungkin rendah. TAMADUN YUNANI Sistem Ekonomi Sara Diri Kerajaan Sparta menggalakkan penduduknya bertani. Hal ini adalah disebabkan untuk menggalakkan Kerajaan Sparta dari masalah kekurangan bekalan makanan. Dengan menjalankan kegiatan pertanian sara diri, permintaan untuk bahan makanan setiap keluarga akan dapat dipenuhi dan tidak perlu lagi untuk mengimport makanan dari dunia luar. Sistem Ekonomi Perdagangan Athens merupakan negara kota yang mengutamakan kegiatan perdagangan dan perindustrian dan mengabaikan sektor pertanian. Athens mengimport 75% daripada gandum yang digunakannya. Gandum dan ternakan tiba di Athens dan Thrace dan kawasan Laut Hitam. Selain itu, Athens juga mengimport ikan, daging, garam, buah-buahan dan sebagainya. Di sebaliknya, Athens mengeksport minyak zaitun, perak, batu marmar, bahan buatan dan lukisan. Perdagangan berbentuk eksport dan import di Athens ini dapat berkembang pesat adalah disebabkan dasar kerajaan yang mengenakan cukai yang rendah. Secara umumnya, perdagangan melalui laut adalah berkembang secara semula jadi. Hal ini adalah disebabkan keadaan sepanjang pantai di Yunani adalah berteluk-teluk. Mereka berdagang dengan koloni di Selatan, di sekitar Laut Hitam, Mesir, Syria dan Phoenicia. TAMADUN ROM Sistem Ekonomi Sara Diri Penduduk awal Republik Rom mengusahakan tanaman demi keperluan sendiri. Mengikut Kirchner, pertanian mendominasikan kegiatan hidup penduduk Rom waktu ini. Sistem Ekonomi Komersil Penduduk Republik Rom telah berusaha untuk mengusahakan tanaman keperluan diri. Bersama dengan peredaran masa, hasil tanaman mereka telah meningkat dan mengalami kelebihan. Mereka mengambil hasil lebihan ini untuk menukar barang lain seperti besi, zaitun dan sebagainya dengan negara jiran mereka. Selain itu, sistem ekonomi komersil terbentuk. Sistem Ekonomi Perdagangan Pada zaman Republik Rom, perdagangan tidak begitu penting. Hanya selepas tamatnya peperangan dan negara yang bertamadun disatukan di bawah satu pentadbiran pusat yang berkesan iaitu zaman Augustus, kegiatan perdagangan bebas di antara Laut Hitam dan Sepanyol baru digalakkan. Selain itu, mata wang yang sama, undang-undang yang sama juga menggalakkan lagi perdagangan. Sistem pengangkutan yang baik pula membolehkan barangan dibawa dengan senang.

52
Perdagangan dengan negara luar juga diwujudkan. Daripada Afrika, gading, emas, bulu kambing, batu ambar dan lilin diimport. Hamba pula diimport dari Rusia dan Jerman. Daerah Asia Kecil, Itali dan Gaul menghasilkan barangan berbulu. Dari India, mutiara, batu permata, kain kapas, rempah ratus, pokok jati, ebony, lada hitam dan sutera China dibawa balik oleh pedagang Rom. Dari Britain, timah hitam, besi, tiram dan anjing pemburuan dibawa masuk manakala dari Sepanyol, logam, emas, perak, bahan pencelup, linen dan minyak zaitun diimport. Sistem Ekonomi Kapitalisme Dasar ekonomi di Rom bersifat laissez-faire atau memberi kebebasan untuk saudagar menjalankan kegiatan perdagangan. Dasar ini membolehkan ekonomi negara bertambah baik. Kerajaan hanya mengambil langkah menyusun semula sistem mata wang kepada emas, perak dan logam. Selain itu, cukai juga dikenakan dengan tujuan membiayai perbelanjaan penubuhan angkatan tentera bagi melawan lanun. TAMADUN BARAT Sistem Ekonomi Sara Diri Pada zaman pertengahan awal (500-1050 M), sistem ekonominya adalah bercorak sara diri. Sebahagian besar daripada keperluan petani seperti makanan, pakaian dan peralatan dihasilkan daripada institusi manor. Hasil-hail ini kemudian diedarkan dalam lingkungan kawasan manor. Di bawah sistem manor ini, petani tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar. Pendek kata, sistem ekonomi sara diri di bawah sistem manor merupakan suatu dunia kecil di mana di dalamnya terangkum sistem ekonomi dan politik yang mudah dan primitif. Sistem Ekonomi Komersil Pada abad ke-18 M, Revolusi Perindustrian melanda di Eropah. Revolusi perindustrian ini telah juga membawa perubahan yang nyata dalam bidang pertanian. Dalam bidang perindustrian, kaedah pengeluaran barangan secara mesin dan proses kimia diperkenalkan. Kaedah baru ini membolehkan pengeluaran kilang meningkat berlipat ganda. Pengeluaran secara besar-besaran ini membolehkan barangan yang dihasilkan dengan banyak itu kemudian dijual kepada orang lain atau dipasarkan ke tempat lain. Dalam ekonomi pertanian pula, beberapa teknologi baru telah diperkenalkan. Sebagai contoh, alat penggali yang dicipta oleh Jethro Tull membolehkan lubang digali dan benih ditabur pada jarak tertentu. Ini memudahkan kerja menggembur dan membersihkan tanah. Sistem penanaman lama juga dihapuskan. Kini petani dikehendaki menanam tanaman yang sama sepanjang tahun dan kegiatan membajak dan menuai dijalankan secara serentak. Penggunaan teknologi baru ini berjaya menambahkan hasil pengeluaran. Kini, terdapat golongan tertentu yang bertindak untuk mengusahakan pertanian secara komersil. Institusi manor mulai menjadi lemah dan akhirnya lenyap. Manusia kini hidup secara saling bergantungan untuk memperolehi barangan keperluan yang dikehendaki dan bukan lagi menghasilkan barangan yang cukup untuk kegunaan sendiri sahaja. Pengkhususan kerja adalah semakin nyata pada zaman ini. Sistem Ekonomi Perdagangan Pada zaman kemuncak pertengahan (1050-1270 M), perdagangan antara Eropah dan Timur Tengah dipulihkan. Pemulihan perdagangan menghidupkan lagi bandar lama dan mewujudkan yang baru. Penggunaan mata wang mulai berkembang. Menjelang abad ke-11 M, Venice menjadi pusat perdagangan penting Eropah Selatan. Ia membekalkan Constantinople bahan mentah dan membawa barang mewah Timur untuk diagihkan di Eropah. Ia juga mengasaskan hubungan dagangan dengan masyarakat Islam. Perkembangan perdagangan juga berlaku di Itali, Pisa dan Genoa. Di Eropah Utara pula, pemulihan perdagangan bermula dari Flanders. Ia memainkan peranan seperti yang dimainkan oleh Venice. Pedagang dari Norway dan Denmark belayar ke Flanders dengan kapal dipenuhi kulit binatang, madu dan kembali dengan kain bulu. Pedagang dari Eropah Selatan pula datang ke Flanders untuk memperolehi barang keluaran Eropah Urtara. Menjelang pertengahan abad ke-14 M, Itali telah mendahului daerah lain dalam pemulihan perdagangan. Bandar-bandar Milan, Venice, Florence, Genoa dan Pisa dikunjungi oleh pedagang dari semua bahagian dunia Barat. Keadaan ini menyebabkan masyarakat Itali terdedah kepada pelbagai gaya hidup. Kemudian, Gerakan Renaissance (abad ke-16) dan Reformasi (abad ke-17) yang bermula di Itali telah menjadi asas kepada Revolusi Perindustrian dna Revolusi Pertanian (abad ke-18). Revolusi ini telah menyebabkan kemajuan dalam bidang pertanian dan perindustrian dan meninggalkan kesan yang besar ke atas perdagangan luar terutamanya di England. Penghasilan barangan yang berlebihan membolehkan ia dieksport ke luar negeri. Menjelang pertengahan abad ke-19 M, perdagangan antarabangsa telah meningkat 20 kali ganda. Sistem Ekonomi Kapitalisme Pada zaman pertengahan awal, terdapat kapitalisme yang tidak menyeluruh. Walaupun semua penduduk di bawah institusi manor diberi kebebasan untuk mencari pekerjaan atau menjalankan suatu perusahaan, tetapi kesemuanya ini hanya terhad dalam lingkungan institusi manor sahaja. Selepas gerakan Renaissance dan Reformasi, sistem kapitalisme menjadi lebih sempurna. Individu diberi kebebasan yang sepenuhnya dalam mengerja kekayaan. Bukti yang menunjukkan bahawa sistem kapitalisme menjadi asas ekonomi di Barat selepas abad ke-17 ialah: a. Parlimen England telah memansuhkan monopoli perdagangan SHTI dengan negara China pada tahun 1833; b. c. Parlimen England juga mengurangkan senarai barang yang dikenakan duti import dan eksport; dan Melonggarkan Undang-undang Jagung yang mengharamkan import jagung melainkan harga dalam negeri mencapai 8 syiling satu suku oleh Parlimen England. Pemansuhan penyekatan ini membolehkan perdagangan dijalankan dengan bebas di Barat tanpa gangguan dan sekatan kerajaan.

TAMADUN ALAM MELAYU Sistem Ekonomi Sara Diri Sistem Ekonomi tradisional masyarakat Melayu bergantung kepada pertanian. Konsep pertanian ini meliputi bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, memburu dan memungut hasil hutan. Kegiatan pertanian ini berasaskan kepada sistem ekonomi sara diri. Para petani menjalankan kagiatan pertanian untuk keperluan keluarga mereka. Mereka menanam padi, ubi, keladi, sayursayuran dan buah-buahan. Antara tanaman ini, padilah yang terpenting kerana ia merupakan makanan utama. Mereka juga memungut hasil hutan seperti damar, rotan dan gading. Sistem Ekonomi Komersil Pertambahan penduduk di Alam Melayu merupakan faktor yang menggalakkan sistem ekonomi komersil. Apabila bilangan penduduk meningkat, sudah pasti permintaan makanan meningkat dan kekurangan makanan mungkin berlaku. Hal ini menyebabkan terdapat penduduk yang mulai mengusahakan pertanian secara besar-besaran terutamanya penanaman padi. Akibat sistem pengairan yang baik, padi dapat dihasilkan 2 kali setahun. Pengusaha sawah padi ini kemudian mengumpul hasil keluarannya dan mengeksport lebihan berasnya ke kawasan lain. Antara pengeksport padi yang terkenal ialah Jawa khususnya sekitar Surabaya, Majapahit dan Dataran Tinggi Malang. Sistem Ekonomi Perdagangan Kegiatan perdagangan di Gugusan Tanah Melayu telah berkembang pesat sebelum awal abad ke-15 M. Perkembangan perdagangan telah menyebabkan kemunculan beberapa politi perdagangan di Alam Melayu. Sebagai contoh, Tun-Sun, Tou-Chu-Li, Tan-Tan, PanPan, Lang-Ya-Hsiu, Chih-Tu, Lo-Yueh, Ko-Lo dan sebagainya. Mengikut sumber-sumber negeri China seperti Liang-shu, Chui-chu dan sebagainya, politi perdagangan ini mempunyai hubungan pedagangan yang formal dengan China. Sebagai contoh, Lang-Ya-Hsiu menukar barangan mereka yang terdiri daripada gading gajah, tanduk badak sumbu, kayu gaharu dan kapur barus dengan pedagang China yang mempunyai barang seperti beras, sutera dan porselin. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pelabuhan Melaka terus menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Pedagang dari seluruh dunia telah datang ke sini dan bertemu dengan pedagang tempatan atau pedagang lain untuk berurusniaga. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, Acheh dan Johor pula mengambilalih peranan pelabuhan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting. PEMBANGUNAN EKONOMI Perhubungan Perhubungan merupakan salah satu prasarana penting bagi membangunkan sesebuah ekonomi, contoh jalan raya dibina di seluruh empayar China. Lebarnya 50 langkah, tepi jalan di tanam pokok, di tepi jalan ditambak menghalang banjir. Selain itu, jalan sungai China digunakan. Ada Jalan Sutera yang merentasi Asia Tengah antara China dan India. Di India, jalan raya dibina secara teratur dan banyak di bina semasa perkembangan Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa. Di Mesopotamia, jalan sungai digunakan. Di Mesir, perhubungan adalah secara jalan sungai. Di Rom, jalan raya sebagai perhubungan. Di Alam Melayu, sungai dan laut digunakan untuk perhubungan. Pengangkutan Pengangkutan juga penting sebagai prasarana ekonomi. Di China, terdapat penggunaan pedati secara meluas, kapal laut dan tongkang. Di India, pengangkutan ialah kereta lembu dan kapal. Di Mesopotamia, pengangkutan beroda ada digunakan. Di Mesir, terdapat kapal-kapal laut yang besar. Kapal laut pertama dibina oleh orang Mesir awal dibuat daripada kayu bermutu tinggi digunakan untuk tujuan perdagangan dan peperangan. Di Alam Melayu, sampan, kapal, kereta lembu adalah pengangkutan. Institusi Kewangan Institusi kewangan adalah badan yang mengendalikan hal-hal kewangan. Pada tahun 1019-1086, Maharaja Dinasti Sung yang bernama Wang An Shih menubuhkan Bank Pertanian. Fungsinya memberi pinjaman dengan kadar bunga atau faedah yang rendah. Petani akan membayar pinjaman bila hasil tanaman dapat dituai. Kaedah ini menguntungkan Kerajaan China kerana dapat mengutip cukai daripada petani. Sebelum itu, petani terpaksa meminjam daripada tuan-tuan tanah yang merupakan golongan bangsawan. Petani terpaksa mencagarkan tanah mereka dan dikenakan kadar bunga atau faedah yang tinggi. Di India, semasa Kesultanan Delhi iaitu semasa pemerintahan Muhammad Tughluq, baginda menggunakan wang kerajaan dan menubuhkan sebuah badan kewangan untuk membantu petani-petani dalam rancangan bumi hijaunya. Di Mesopotamia, ada urusan bank seperti pinjaman dijalankan di rumah berhala yang menjadi pusat perniagaan. Bank tersebut mengendalikan penggunaan mata wang seperti mata wang emas dan tetapkan kadar nilai 15 kali ganda daripada mata wang perak. Pinjaman rumah berhala di Mesopotamia dikenakan kadar bunga 20%. Gudang Gudang adalah tempat menyimpan barang hasil pertanian dan perkilangan kecil. Setor besar di Mesopotamia disediakan untuk menyimpan hasil-hasil kutipan cukai dalam bentuk bijirin serta hasil pertanian. Di India, ada gudang yang mengutip cukai dan menyimpan dalam bentuk bijirin. Semasa kemarau, bijirin ini dikeluarkan tujuannya adalah supaya harga barang makanan boleh dikurangkan ketika negara mengalami kemarau, bencana alam contohnya banjir dan juga ketika wabak penyakit. Di China juga ada gudang untuk menyimpan padi dan lain-lain. Limbungan Limbungan maksudnya dermaga iaitu membuat dan membaiki kapal. Di Arab, Kerajaan Sabak terdapat limbungan di Aman. Orang Sabak pandai membuat kapal dan menjadi pelayar-pelayar. Di Mesir, perusahaan pembinaan kapal laut iaitu kapal yang digunakan untuk perdagangan serta kapal perang.

53

54
Kemudahan Pelabuhan Pelabuhan menjadi prasarana penting dan menjadi kemudahan berbeza bagi tamadun berbeza. Di Melaka, terdapat gudang menyimpan barang untuk pedagang luar Melaka di pelabuhannya. Terdapat pentadbiran 4 Syahbandar untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan perdagangan seperti cukai, tempat berniaga, tempat penginapan, keselamatan dan lain-lain lagi. Di Arab, terdapat banyak pelabuhan, antaranya Adana. Bazar Bazar adalah tempat untuk berniaga. Di Mesopotamia, rumah kediaman dijadikan kedai mengikut jenis perniagaan. Di India, kedaikedai khas dibina terutama di Mohenjo-Daro dan Harappa. Di Arab, contohnya Mekah, terdapat banyak pasar yang disediakan antaranya Ukadz, Zulmajaz, Zul Majinnah. TAMADUN MESOPOTAMIA Prasarana Institusi Kewangan Pada akhir abad ke-6 SM, sistem perbankan persendirian mula berkembang. Perkembangan ini menyebabkan lahirnya beberapa bank seperti bank yang dimiliki oleh keluarga Egibi di Babylon. Mereka meminjam kepada orang dengan kadar faedah 20-30%. Pusat Komersil/Bazar Setiap bandar di Mesopotamia mempunyai satu pusat komersil atau bazar yang dikenali sebagai Karu. Pedagang-pedagang asing boleh menjalankan urusniaga di situ. Pedagang asing juga akan tinggal di sini. Gudang Di setiap pusat komersil atau Karu, terdapat gudang yang membolehkan pedagang menyimpan barang dagangan mereka. Sistem Kewangan Mata wang perak telah digunakan sebagai medium pertukaran dan juga dalam urusan pembayaran untuk tujuan pembayaran, ketulan perak ini akan ditimbang. Sebab yang menyebabkan penggunaan wang perak ialah syiling perak mudah disimpan dan digunakan. Selain wang perak, wang emas juga digunakan. Nilai emas ini telah ditetapkan sebagai 15 kali ganda nilai perak. TAMADUN MESIR Prasarana Perhubungan Jalan sungai merupakan sistem perhubungan yang penting di Mesir. Pengangkutan Pengangkutan yang digunakan oleh orang Mesir terdiri daripada kapal-kapal. Kapal laut yang pertama digunakan oleh orang Mesir dibina daripada kayu bermutu tinggi untuk tujuan perdagangan dan peperangan. Gudang Gudang-gudang besar di Mesir dimiliki oleh raja. Ia digunakan untuk menyimpan cukai-cukai yang dikutip dalam bentuk barangan seperti gandum, wain, linen, ikan dan sebagainya. Sistem Kewangan Tidak terdapat sebarang sistem mata wang di Mesir. Penggunaan mata wang hanya bermula apabila orang Parsi memperkenalkan wang perak Shekel. Menjelang zaman Remesside, sistem mata wang diamalkan secara meluas. Gelang-gelang yang dibuat daripada emas, perak, dan tembaga dijadikan media pertukaran. Sistem Percukaian Cukai telah dikenakan terhadap institusi yang memiliki tanah pertanian, khususnya rumah berhala. Individu-individu terutamanya tentera juga dikehendaki membayar cukai. Selain itu, para pedagang dan juga tukang-tukang juga perlu membayar cukai. Cukai-cukai dibayar dalam bentuk barangan seperti padi, barli, lilin, ikan, gandum, wain dan sebagainya dan disimpan dalam gudang besar. Sistem Pengukuran Sistem ukuran yang standard bagi bijirin diperolehi daripada mitos mata Horus. Menurut mitos ini, mata Horus dipecahkan kepada 6 bahagian semasa berperang dengan Seth, iaitu 1/2, 1/4, 1/8, 1/16, 1/32, dan 1/64. Mata Horus ini kemudian dilukis dan digunakan untuk mengukur bijirin. Ukuran panjang di Mesir pula terdiri daripada jari, tapak tangan dan kubit (20.6 inci). Ukuran linear yang panjang ialah ukuran panjang sungai iaitu 4,000 kubit. Ukuran ini digunakan bagi tujuan geografi. Ukuran yang standard bagi keluasan ialah khet persegi, 100 kubit persegi / 2/3 ekar. Sementara ukuran jar yang berasingan digunakan bagi bir, susu, madu dan wain.

TAMADUN CHINA Prasarana Perhubungan Jalan raya telah dibina di seluruh Empayar China. Lebarnya ialah 50 kaki, tepi jalan ditanam pokok, dan tambak dibina untuk menghalang banjir. Selain itu, jalan sungai di China seperti Sungai Hwang-Ho, Sungai Yang-Tze juga digunakan. Terdapat juga Jalan Sutera yang merentasi Asia Tengah antara China dan India yang dibuka oleh Chang-Qian pada zaman Dinasti Han. Pengangkutan Di darat, kereta kuda telah digunakan untuk mengangkut barangan. Di laut pula, kapal-kapal telah digunakan. Terdapat juga tongkang, sampan kecil dan perahu. Institusi Kewangan Pada zaman Dinasti Sung, Perdana Menteri yang bernama Wang An Shih telah menubuhkan bank pertanian. Fungsinya ialah memberi pinjaman dengan kadar bunga dan faedah yang rendah. Petani akan membayar pinjamannya apabila hasil pertanian dapat dituai. Kaedah ini menguntungkan kerajaan kerana memperolehi hasil sampingan. Gudang Di setiap bandar di negeri China, terdapat sebuah atau lebih gudang yang dibina untuk menyimpan cukai yang dikutip dalam bentuk bijirin dari penduduk bandar tersebut. Kadang-kala, pihak pemerintah juga akan membeli bahan makanan seperti padi dan gandum dari petani untuk kegunaan tentera dan ia disimpan dalam gudang ini. Terdapat juga gudang yang dibina bagi menyimpan ketulan emas dan perak yang dikutip sebagai cukai dari rakyat. Gudang ini akan dilindungi oleh askar-askar raja. Bazar Di setiap bandar di negeri China, terdapat sekurang-kurangnya satu pasar yang merupakan tempat para pedagang bertemu dan menjual-beli barangan. Sebagai contoh, pada zaman Dinasti Tang, kota Chang-An mempunyai 2 pasar iaitu pasar Timur dan pasar Barat dimana semua urusan perniagaan dijalankan di sini.

55

Sistem Kewangan Pada tahap awal, kulit siput dijadikan sebagai mata wang khususnya pada zaman Dinasti Shang. Pada zaman Dinasti Chou pula, terdapat mata wang tembaga dalam pelbagai rupa dan saiz. Emas dan perak juga telah muncul tetapi bukan dalam bentuk syiling. Wang kertas pula diperkenalkan pada zaman Dinasti Sung (907-1279 M). TAMADUN INDIA Prasarana Institusi Kewangan Persatuan-persatuan pedagang berperanan sebagai bank, deposit dan memberi pinjaman kepada para pedagang dan orang lain. Mengikut Rig Veda dan Dharma Sutra, kadar faedah dan peraturan yang berhubung dengan hutang dan gadai janji telah ditetapkan, iaitu 1 1/4% sebulan ataupun 15% setahun. Tetapi dari segi praktiknya, kadar faedah yang dikenakan lebih tinggi. Manu telah menetapkan kadar faedah yang berlainanbagi pinjaman tidak terjamin mengikut kelas penghutang iaitu Brahman 24%, Khastriya 36%, Vaisya 48% dan Sundra 60% setahun. Bagi pinjaman jangka pendek untuk tujuan perdagangan, Arthasastra menyenaraikan pedagang biasa 5%, pedagang yang mengembara melalui hutan 10% dan pedagang di seberang laut 20% sebulan. Selain persatuan pedagang, raja juga bertindak memberi pinjaman kepada petani bagi menggalakkan kegiatan pertanian. Terdapat juga peminjam wang berprofesional seperti ceti. Gudang Sesetengah syarikat pedagang di India mempunyai cawangan di semua bandar utama. Mereka mendirikan gudang di merata tempat bagi menyimpan barang dagangan mereka. Semua gudang ini dilindungi oleh askar persendirian. Pelabuhan Menjelang abad pertama masihi, perdagangan maritim telah berkembang pesat. Di bahagian Timur, pelabuhan seperti Lampa dan Tamralipti telah berkembang pesat. Raja-raja di Selatan India pula menggalakkan perdagangan maritim dengan membina rumah api, bagan dan pelabuhan. Kavirippattinam merupakan pelabuhan utama Kerajaan Chola. Pelabuhan ini mempunyai kemudahan untuk kapal berlabuh dan semua barang dagangan akan diperiksa oleh pegawai kastam dan dicap dengan mohor diraja dan disimpan di dalam gudang. Sistem Kewangan Kemungkinan besar orang India mempelajari mata wang daripada orang Parsi. Mata wang yang awal dibuat daripada gangsa ataupun perak dan bentuknya tidak sekata. Mata wang itu mempunyai lambang diraja dan tanda kawalan pegawai dan pedagang tempatan. Mata wang emas dan plumbum juga digunakan. Kulit kowri (varataka) pula digunakan oleh golongan miskin sebagai mata wang. Pada zaman pemerintahan Maurya, mata wang Rom digunakan secara meluas. Mata wang ini dibuat daripada emas. Dalam urusan jual beli, wang perak dan emas ini telah digunakan secara meluas. Wang tembaga pula digunakan pada zaman pemerintaan Naga, iaitu Ganapati Naga dan dinasti tempatan seperti Yaudheya dan Mathura.

56
Sistem Percukaian Cukai yang paling utama ialah levi yang dikenakan terhadap para petani. Mereka dikehendaki menyerahkan 1/6 daripada hasil pertanian kepada raja. Cukai ini dikenali sebagai Bhaga. Di samping itu, petani juga perlu membayar cukai taksiran yang dikenakan terhadap beberapa kampung. Terdapat juga cukai-cukai seperti berikut: a. b. c. Bali Kara Senabhakta Cukai keagamaan zaman Maurya. Penyerahan sebahagian hasil buah-buahan dan bunga kepada kerajaan. Tanggungjawab rakyat membekalkan makanan kepada tentera yang melalui wilayah mereka.

d. Hiranya Cukai dalam bentuk tunai. Kerajaan juga mengenakan cukai pengairan dan cukai persatuan pedagang. Kadang-kala, cukai darurat untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan. TAMADUN ARAB Prasarana Bazar Terdapat pasar yang berperanan sebagai pusat petemuan pedagang untuk menukarkan barangan dari bahagian Arab yang lain. Antara pasar-pasar yang terkenal ialah Ukaz, Zulmajaz, Zul Majinnah dan sebagainya. TAMADUN GRAECO-ROMAN Sistem Kewangan Dua jenis mata wang telah digunakan iaitu Attic sejak zaman Alexander yang digunakan oleh Macedonia dan negeri Asia dan Phoenician oleh Ptolemy. TAMADUN BARAT Prasarana Perhubungan John Macadam telah memperkenalkan pembinaan jalan raya dengan batu dan minyak tar pada tahun 1815. Pembinaan jalan melalui cara ini telah membolehkan jalan yang dibina mempunyai permukaan yang baik dan licin yang membolehkan pengangkutan barang menjadi lebih cepat. Pada tahun 1761, Terusan Bridgewater telah dibina oleh James Bridley. Terusan ini menghubungkan tapak perlombongan dengan bandar perusahaan di Manchester. Pengangkutan Seperti dengan tamadun yang lain, kereta kuda digunakan di darat, kapal digunakan di kawasan perairan. Institusi Kewangan Institusi perbankan telah berkembang pesat pada zaman kemuncak pertengahan khususnya di Genoa dan Tuscany, Itali. Sistem Kewangan Mata wang telah diperkenalkan pada zaman kemuncak pertengahan dan telah menjadi alat pertukaran. Menjelang penghujung abad ke-13, urusan perniagaan secara tunai menjadi ketara. Venice telah membuat mata wangnya sendiri pada tahun 1200 M. TAMADUN MELAYU Prasarana Gudang Gudang bawah tanah telah dibina di Melaka untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan mereka. Gudang ini diberi perlindungan daripada api, kerosakan atau kecurian. Gudang ini dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu terkunci. Ia dikawal rapi oleh penjaga yang bertindak membunyikan loceng sekiranya berlaku kekecohan ataupun kecemasan. Pelabuhan Alam Melayu memanglah dikelilingi air. Hal ini menyebabkan kegiatan yang mereka lakukan biasanya bercorak maritim. Kepulauan Melayu yang berteluk-teluk ini seterusnya membolehkan pelabuhan didirikan. Antaranya ialah pelabuhan Oc-Eo dan pelabuhan Melaka. Menurut Tom Pires, pelabuhan Melaka dikatakan begitu besar sehingga boleh menampung hampir 2,000 buah kapal yang berbagai saiz pada satu masa. Sistem Kewangan Mata wang logam dibuat daripada celains digunakan dalam urusan jual beli. Di mata wang tersebut, nama Sultan yang memerintah diukir (Melaka). Sistem Pengukuran Di Melaka, timbangan diukur dengan unit kati dan tahil. Satu kati bersamaan dengan 20 tahil. Satu tahil bersamaan dengan 16 mas. Satu mas bersamaan dengan 20 cumduryns atau 4 cupoes. Empat mas pula bersamaan dengan satu pau dan satu pau bersamaan dengan 4 cumdryns. Satu tahil pula bersamaan dengan 11.5 drams. Alat timbang yang digunakan dikenali sebagai dacing.

57
TAKRIF KETAHANAN DAN PERTAHANAN Berdasarkan Kamus Dewan, ketahanan bererti sesuatu yang menahan, menghalang, rintangan dan keupayaan menanggung sesuatu. Dalam konteks ini, ketahanan merujuk kepada daya juang dan sifat tahan lasak seseorang dalam menghadapi ancaman di medan peperangan. Pertahanan pula bermaksud hal mempertahankan kubu dan benteng yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan. Secara keseluruhannya, ketahanan dan pertahanan merujuk kepada semua usaha yang diambil oleh pemerintah dalam mempertahankan negara mereka daripada serangan musuh. TAMADUN MESOPOTAMIA Kekuatan Fizikal dan Peralatan Senjata Semasa pemerintahan Sargon, tenteranya menggunakan lembing dan anak panah. Mereka tidak menggunakan perisai untuk melindungi diri mereka. Mereka berperang secara terbuka. Sargon dikatakan mempunyai 5,400 tentera yang mungkin merupakan pengawal diraja. Setiap wilayah juga mempunyai tenteranya misalnya wilayah Mari mempunyai 10,000 anggota tentera. Menjelang abad pertama Masihi, pasukan tentera Assyria menunjukkan kehebatan mereka dalam bidang ketenteraan. Senjata mereka lebih superior kalau dibandingkan dengan masa lepas. Kini, tenteranya dilengkapi dengan busar khasnya bagi tentera berkuda. Terdapat juga tentera kuda yang memakai tombak dan ada yang menggunakan pemanah. Bagi tentera yang lain, pedang kecil, pisau belah dan cokmar digunakan. Mereka merupakan masyarakat yang paling awal menggunakan besi dan gangsa untuk membuat senjata. Dalam pada itu, mereka bolehlah dikatakan sebagai masyarakat yang handal dalam bidang ketenteraan. Jenis Tentera Tentera Infantri (Tentera Berjalan Kaki) Semasa zaman Assyria, ia terdiri daripada pemanah yang handal. Tentera Kereta Kuda Tentera kereta kuda merupakan ciri utama dalam tentera Assyria. Ia digunakan dalam kempen-kempen peperangan di kawasan pergunungan. Kereta kuda ini mempunyai 3 roda dan digerakkan dengan menggunakan tenaga 2 atau 3 kuda. Setiap kereta kuda digunakan untuk mengangkut 3 hingga 5 orang (seorang pemandu, dua orang pemanah dan dua orang pembawa perisai). Tentera Berkuda Tentera berkuda ditubuhkan menjelang abad pertama Masihi. Ia dilengkapkan dengan busar. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu yang membawa tombak dan yang terdiri daripada pemanah. Tentera berkuda juga memilik pedang kecil, pisau dan cokmar. Ia memakai kasut boot bertali dan pakaian seragam. TAMADUN MESIR Kekuatan Fizikal dan Peralatan Senjata Menjelang Kerajaan Pertengahan, terdapat askar yang menggunakan busur dan anak panah yang dibuat daripada rumput buluh halus. Askar ini juga dilengkapi dengan lembing. Selain itu, kapak juga digunakan semasa peperangan. Jenis Tentera Terdapat tiga jenis tentera iaitu tentera berjalan kaki, tentera berkereta kuda dan tentera laut. Tentera laut ini bertujuan mempertahankannya dari serangan dari laut. Perahu dan kapal biasa digunakan untuk mengangkut tentera ke medan peperangan. Bukti kewujudan tentera laut: Ramses III telah berjaya dalam pertempuran laut di muara Sungai Nil pada abad ke-12 SM. Kekuatan Mental Pada zaman sebelum kedatangan Islam, angkatan tenteranya mempunyai satu objektif yang utama iaitu untuk mencari nama dan kemegahan. Motif peperangan pula berdasarkan semangat asabiyah atau perasaan kesukuan.

58

Jawap semua soalan.

Zon Nama Tamadun
A B C D E F Tamadun Yunani-Rom Mesir Arab Mesopotamia Indus Huang He

Agama
Kristian Animanisme dan Islam Islam Islam Hinduisme dan Buddhisme Konfucianisme, Taoisme dan Buddhisme

Periode
Ketiga Pertama Keenam Kedua Keempat Kelima

59 Tamadun Islam
KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN Pengenalan Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja. Manusia Menurut al-Quran Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi. Fungsi Manusia Menurut al-Quran Beribadat kepada Allah Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syaratsyarat yang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya. Memelihara Alam Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang. Mengenali di Antara Satu Sama Lain Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka. Memakmurkan Muka Bumi Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain. Mentauhidkan Allah Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia. Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini. Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

60
Kesimpulan Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan. MASYARAKAT JAHILIAH Pengertian Jahiliah Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti dalam bukunya "History of the Arab's", jahiliah bermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana pada ketika itu, tidak ada nadi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan sebagai petunjuk. Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka telah mempunyai tamadun yang tinggi. Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunya al-Quran. Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah seperti berikut: a. Tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk. b. c. Tidak mempunyai tamadun / peradaban. Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkah.

d. Masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca atau menulis. Jika salah satu dari tersebut terdapat pada sesebuah masyarakat, maka masyarakat itu boleh dianggap sebagai masyarakat jahiliah. Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Sabak. Agama dan Kepercayaan Agama Berhala Agama berhala merupakan agama yang mempunyai pengikut terbesar di Semenanjung Tanah Arab. Berhala tersebut diperbuat daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamal (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala masing-masing. Antara berhala yang terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah Arab tidak menganggap berhala Tuhan tetapi hanya sebagai perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan percaya berhala. Mereka ini dikenali sebagai golongan musyirikin, iaitu orang yang menyekutu Allah. Agama Majusi Agama ini tidak diamalkan seluas oleh orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agama ini yang terkenal ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang sememangnya mempunyai hubungan dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Agama Yahudi Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab taurat. Agama ini tersebar luas terutamanya di kawasan-kawasan Osis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib. Orangorang Yahudi berasal dari Palestine. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama Masihi. Mereka telah menjadi kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzarr sebagai anak tuhan. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas. Agama Nasrani Agama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah jajahan mereka. Agama ini dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini termasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin Huwairith. Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam. Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz. Agama Hanif Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama ini mempercayai konsep keesaan Allah ataupun monoteisme. Di antara mereka yang menganut agama ini termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibu bapa nabi sendiri. Walau bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-golongan tertentu seperti juga agama Yahudi dan Nasrani, misalnya mereka menyembelih binatang korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah. Kepercayaan Animisme Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu objek yang ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.

61
Kepercayaan Adat (Sunah) Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan yang diamalkan ialah menilik nasib. Apabila memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan sekeliling bagi mengjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah burung terbang. Jika burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya. Politik Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya lebih berbentuk negara naungan, misalnya Kerajaan Anbat, Tadmur, Hirah dan Ghassan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi. Kerajaan Anbat dan Tadmur pula pernah dijajah oleh Rom. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom atau Parsi. Kerajaan di bahagian Selatan seperti Himyar, Ma'in dan Qatban mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Pemerintahanya menggunakan pelbagai gelaran seperti Malek, Zu, Makrab dan sebagainya. Kerajaan di bahagian tengah pula terdiri daripada kerajaan kota, misalnya Kerajaan Kota Mekah, Yathrib dan Taif yang terletak di Hijaz. Sistem pemerintahannya dipegang oleh keluarga / keturunan tertentu, misalnya kota Mekah pada mulanya dikuasai oleh puak Jurham, diikuti ileh puak Khuzaah dan akhirnya ke tangan Quraisy. Taif pula diperintah oleh Bani Thaqif. Pemerintahan begini dikatakan berbentuk aristokrasi. Mereka tidak mempunyai institusi diraja, tidak ada pasukan tentera dan tidak mengamalkan dasar perluasan wilayah. Di pihak lain, orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain. Ekonomi Sistem ekonomi orang-orang Hadari lebih maju berbanding dengan orang Badwi. Mereka kebanyakannya ialah pedagang yang bergerak dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor unta. Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialah sistem perdagangan dua musim, iaitu musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara, iaitu Syam dan pada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di samping itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung Tanah Arab khususnya pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu Ukaz, Zulmajaz dan Zulmajinman. Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa. Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan orang-orang India, China dan Nusantara. Kegiatan perdagangan orang Arab melibatkan riba. Mereka juga sering melakukan penipuan terutamanya dari segi sukatan dan timbangan. Sistem barter masih diamalkan secara meluas terutamanya oleh golongan Badwi. Selain dari kegiatan perdagangan, mereka juga melibatkan diri dalam kegiatan pertanian dan kawasan pertanian yang paling subur ialah bahagian Selatan Semenanjung Tanah Arab, iaitu Yaman. Yaman sememangnya mempunyai tanah yang subur di samping mendapat hujan tahunan yang agak seragam. Tambahan pula, penduduk Yaman mempunyai kepakaran dari segi teknologi sehingga membolehkan mereka mewujudkan sistem saliran untuk kawasan pertanian. Orang-orang Arab Jahiliah juga menternak binatang seperti unta, kuda, biri-biri, keldai dan lain-lain lagi. Dari binatang ini, mereka memperolehi susu, daging dan kulit yang boleh dijadikan pakaian atau khemah. Sekiranya terdesak, mereka makan apa sahaja. Ada kalanya, mereka merampas atau menyerang suku-suku kaum yang mereka musuhi. Hal ini menyebabkan peperangan yang tidak berkesudahan. Sosial Orang-orang Arab Jahiliah boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu orang-orang Arab Badwi dan Hadari. Arab Badwi ialah orang-orang Arab yang tinggal di kawasan pedalaman. Mereka tidak banyak bercampur dengan masyarakat luar. Oleh itu, ciri-ciri asli budaya Arab masih kekal pada mereka. Mereka sering berpindah untuk mencari padang rumput / kawasan yang mempunyai air. Ia juga bertujuan untuk menjaga keselamatan diri. Orang-orang Hadari pula menetap di bandar-bandar tertentu dan cara hidup mereka lebih maju serta mempunyai fikiran yang matang. Hal ini disebabkan mereka banyak terdedah kepada dunia luar khususnya melalui perdagangan. Mereka mengamalkan cara hidup berkabilah. Kabilah adalah satu kelompok besar yang wujud berdasarkan keturunan, kepercayaan, adat tradisi, agama dan nilai-nilai kemasyarakatan yang sama. Setiap kabilah akan diketuai oleh seorang Sheikh. Dia berperanan menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kabilahnya, membuat perjanjian dengan kabilah lain, melayan tetamu, memberi perlindungan kepada anggota kabilah dan lain-lain.

62
Mereka mengamalkan semangat abasiyah. Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyah yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain. Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi. Mereka juga mengamalkan sistem perhambaan. Oleh itu, di dalam sistem sosial mereka, terdapat golongan hamba dan merdeka. Golongan hamba langsung tidak diberi hak untuk hidup bebas atau memiliki harta. Seseorang itu boleh menjadi hamba melalui beberapa cara sama ada sebagai tawanan perang, melalui jual beli atau kerana keturunan. Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, al-Nahl dan Surah. Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup. Orang-orang Arab Jahiliah mengamalkan empat cara perkahwinan, iaitu perkahwinan biasa, kahwin mencari anak pintar, mewarisi isteri bapa atau wanita menentukan siapa bapa kepada anaknya. Mereka menyamalkan nilai-nilai baik dan buruk dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai baik yang mereka miliki ialah menghormati tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, sabar, serta memberi penghargaan terutamanya kepada golongan penyair. Nilai-nilai buruk yang agak ketara ialah suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak, mengamalkan semangat asabiyah dan lain-lain. Ilmu Pengetahuan Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya hubungan perdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib yang telah runtuh. Dikatakan hampir semua orang Arab buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang kaum Quraysi yang tahu membaca dan menulis sahaja. Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah. Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah. Mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya bermutu yang disebut "al-Mu'allaqat-al-Sab" yang pernah digantung di Kaabah. Syair-syair akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Karya-karya ini kebanyakannya berbentuk sajak cinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan berseronok. Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau pengalaman atau khayalan. Semua karya ini dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan. QURAISY Asal-usul Quraisy Perkataan Quraisy berasal dari kata dasar "taqarrasya" yang bermaksud penyatuan. Hal ini disebabkan kejayaan Qusai bin Kilab menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Qusai bin Kilab adalah datuk keempat Nabi Muhammad. Beliau adalah dari keturunan Kinanah yang berasal dari keturunan Nabi Allah Ismail. Qusai bin Kilab telah berpindah bersama ibunya dan dibesarkan di Syam. Setelah dewasa, beliau kembali ke Mekah dan berkahwin dengan seorang gadis dari Bani Khuzaah yang memegang pemerintahan kota Mekah. Pada tahun 440 M, Qusai bin Kilab berjaya mengalahkan Bani Khuzaah dan mengambilalih pemerintahan Mekah. Daripada kalangan Quraisy, muncul ramai tokoh terkemuka seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiyah dan lain-lain. Di dalam kabilah Quraisy, terdapat beberapa bani yang terkenal seperti Bani Hasyim, Bani Umayyah, Bani Adi, Bani Taym dan sebagainya. Struktur Sosial Quraisy Struktur sosial Quraisy boleh dibahagi dua, iaitu Quraisy al-Bittah dan Quraisy al-Zuwahir. Istilah ini diperolehi semasa orang-orang Quraisy memasuki Mekah pada tahun 440 M. Mereka memasukinya melalui Lembah al-Bittah. Terdapat satu golongan Quraisy yang tidak masuk kota Mekah dan mereka inilah dipanggil al-Zuwahir (pinggiran). Mereka masih mengamalkan cara hisup Badwi tetapi mereka berperanan menjaga keselamatan kota Mekah. Orang-orang Quraisy telah menyusun pentadbiran kota Mekah dengan sistematik bagi menjaga kepentingan penduduk dan pengunjungnya. Para pengunjung dikehendaki membayar cukai perlindungan yang disebut "Muhajarah" atau "Harim". Beberapa jabatan juga telah diwujudkan seperti Hijabah, Rifadah, Siqayah, Sirafah dan lain-lain. Dengan ini, suasana aman dan kerjasama dapat diwujudkan di Mekah. Mereka juga telah menubuhkan sebuah badan tertinggi yang dikenali sebagai Mala' (Majlis Ketua-ketua Suku) yang akhirnya telah dikuasai oleh ketua-ketua suku yang berpengaruh sahaja. Oleh itu, golongan yang kurang berpengaruh telah menubuhkan satu lagi badan yang dikenali sebagai Half-al-Fudhul. Ia berfungsi untuk mengimbangi pertubuhan Mala' di samping untuk menjaga kepentingan suku-suku yang lemah. Satu fakta yang nyata bahawa masyarakat Arab Quraisy mengenal dan mengamalkan sistem kelas suku dan kabilah. Kelas tertinggi dipegang oleh golongan aristokrat dari keturunan Quraisy. Golongan Quraisy merupakan kelas pemerintah bukan disebabkan oleh keturunan tetapi oleh kekayaan. Sebagai satu sistem sosial feudalisme, terdapat kelas hamba yang besar bilangannya dan mereka tidak mempunyai apa-apa hak, walaupun ke atas diri mereka sendiri hingga mereka boleh dijual beli.

63
Kedudukan wanita pada umumnya nilai mereka sangat rendah. Di dalam pembentukan keluarga, terdapat empat cara perkahwinan yang diamalkan. Di dalam kehidupan keluarga, yang menjadi ketua ialah lelaki. Orang-orang Quraisy mengamalkan nilai-nilai negatif. Mereka juga mengamalkan nilai-nilai positif seperti memuliakan tetamu, setia pada janji dan sebagainya. Ekonomi Masyarakat Quraisy Kebanyakan mereka adalah kaum peniaga dan pedagang sama ada secara berkafilah, tahunan atau bermusim. Quraisy adalah bangsa yang berada dan mereka menguasai ekonomi kota Mekah. Sistem ekonomi mereka melibatkan amalan riba dan mereka mengamalkan sistem tukar barang. AUS DAN KHAZRAJ Asal-usul Kaum Arab Asal-usul kaum Arab tidak jelas. Terdapat sumber yang mengatakan mereka berasal dari Arab Utara dan telah berasimilasi dengan agama Yahudi. Bagi puak Arab yang baru, mereka terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Aus dan Khazraj yang dikenali sebagai Bani Qailah. Mereka berasal dari kawasan Selatan Semenanjung Arab. Ketibaan mereka dikatakan bermula sejak runtuhnya Empangan Maarib di Yaman. Sesampai di Madinah, mereka menjalankan aktiviti pertanian di pinggir kota. Apabila mereka menjadi kuat, mereka telah menguasai Madinah dengan bantuan tentera Kristian Syam yang memihak Kerajaan Rom Timur. Kenaikan mereka menyebabkan kaum Yahudi tidak senang. Mereka merancang memecahbelahkan puak Arab baru ini. Akhirnya, peperangan berlaku dan suku Aus mencapai kemenangan kerana adanya sokongan Yahudi. Suku Aus Jumlah suku Aus adalah lebih kecil dari Khazraj. Pengaruh mereka juga kurang. Sebelum Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala. Mereka mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi dibanding dengan Quraisy. Suku Khazraj Jumlah suku Khazraj adalah besar dan pengaruhnya juga besar kalau dibandingkan dengan suku Aus. Seperti suku Aus juga, sebelum kedatangan Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala dan mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kaum Quraisy. YAHUDI Asal-usul Yahudi di Madinah Terdapat sarjana yang mengatakan, kaum Yahudi di Madinah berasal dari Palestin. Kedatangan mereka dianggarkan selepas tersebarnya agama Nasrani di Selatan Palestin. Jumlah suku Yahudi yang tinggal di Madinah dianggarkan sebanyak 20 suku. Yang paling terkenal ialah Bani Qainuqa', Bani Nadir dan Bani Quraizah. Bani Qainuqa' Bani Qainuqa' ialah puak Yahudi yang paling ramai dan berpengaruh di Madinah. Setalah tiba di Madinah, mereka mendirikan rumah kediaman mereka di kawasan Barat Daya berhampiran Musalla, tidak jauh dari Wadi Buthan. Mereka melakukan aktiviti perdagangan, pertukangan tetapi tidak melakukan kegiatan pertanian. Mereka mempunyai angkatan tentera yang kuat. Bani Nadir Bani Nadir ialah kumpulan kedua kaum Yahudi. Mereka berpindah ke Madinah kerana tekanan tentera Rom yang menganut agama Kristian di Palestin. Mereka menetap di Bukit al-Nadir. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi tulen. Sewaktu di Madinah, mereka menjadi petukang, petani dan peniaga. Kawasan pertanian mereka terletak di wadi yang mengarah ke Selatan kota Madinah. Bani Quraizah Ia juga digelar sebagai Darih. Mereka terdiri daripada Bani Ka'b dan Bani Amru. Mereka tinggal di Wadi Mahzur (luar kota Madinah). Mereka bergiat dalam kegiatan pertanian. Mereka memiliki senjata dan makanan yang mencukupi. NABI MUHAMMAD S.A.W. Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun. Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalib dan beliau meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan. Nabi dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib yang kemudiannya meninggal dunia ketika nabi berumur 8 tahun. Semasa berumur 12 tahun, nabi mengikut bapa saudaranya Abu Talib ke Syam untuk berniaga. Seorang paderi bernama Bahirah / Buhairah menasihatkan Abu Talib membawa Muhammad balik kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi. Ketika berusia 25 tahun, beliau telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun. Baginda mempunyai 6 orang anak, iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Yang lelaki telah meninggal nudia semasa mereka kecil. Sewaktu 35 tahun, beliau diberi gelaran al-Amin kerana berjaya menyelesaikan perbalahan di kalangan pembesar Arab berhubung dengan perletakan batu Hajar al-Aswad.

64
Perlantikan Sebagai Nabi dan Rasul Nabi ialah seorang manusia lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah untuk dirinya. Rasul juga sama dengan nabi tetapi Rasul mesti menyampaikan wahyu yang diterimanya kepada orang lain. Telah menjadi kebiasaan, Muhammad mengasingkan diri di Gua Hira untuk beribadat di samping memikirkan kejadian alam. Akhirnya pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 611 Masihi sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. Wahyu ini bermaksud: bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan kau dan segumpal darah dan bacalah dengan nama Tuhanmu yang mulia yang mengajar manusia yang tidak mengetahui apa-apa. Selepas menerima wahyu pertama, nabi terus ke rumah menceritakan apa yang berlaku kepadanya dan Khadijah telah membawa baginda berjumpa dengan sepupunya, Waraqah bin Naufal, seorang pendeta yang menghafal kitab suci. Waraqah mengakui yang datang itu ialah Jibril dan ini bermakna baginda dilantik sebagai nabi. Selepas menerima wahyu pertama, baginda terus ke gua dan pada suatu hari, ketika baginda keluar dari rumah, baginda terdengar satu suara dan apabila baginda mendongak, terlihatlah Jibril. Kerana takut, baginda masuk semula ke rumah dan meminta Khadijah menyelimutkannya. Ketika inilah turunlah wahyu kedua, iaitu surah al-Mudduthir, ayat 1-7 yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut, bangun dan berilah peringatan, hendaklah engkau menggesakan tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatan dosa, janganlah engkau memberi kerana hendakkan balasan yang banyak dan hendaklah engkau bersabar kerana tuhanmu. Dengan wahyu kedua ini, bermakna Allah telah melantik baginda sebagai Rasul kerana ayat tersebut dengan jelas memerintahkan Muhammad untuk mengingatkan manusia. SERUAN ISLAM DI MEKAH Pengenalan Segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad adalah dari wahyu Allah yang diturunkan kepada baginda melalui malaikat Jibril. Ia diturunkan secara beransur-ansur dalam jangka masa 23 tahun bermula dari wahyu yang pertama di Gua Hira sehinggalah baginda wafat. Segala wahyu ini telah ditulis dan dihafal oleh umat Islam. Penurunan ayat terbahagi kepada dua, iaitu: a. Zaman Makkiyah Zaman semasa baginda di Mekah sehinggalah berhijrah ke Madinah. Ia memakan masa selama 13 tahun. b. Zaman Madinah Zaman selepas baginda berhijrah ke Madinah. Ia berlangsung selama 10 tahun.

Peringkat Seruan Peringkat Sirriah (tersembunyi) Seruan peringkat ini bermula setelah Nabi Muhammad menerima wahyu kedua iaitu dari Surah al-Muddatthir ayat 1-7. Penurunan ayat ini dianggap telah merasmikan perlantikan Nabi daripada seorang "Nabi" kepada seorang "Rasul". Baginda menjalankan dakwahnya secara sulit dan bersembunyi kepada keluarga dan sahabatnya yang terdekat. Mereka ialah Khadijah al-Kubra, Ali Bin Abu Talib, Zaid Bin Harithah dan Abu Bakar as-Siddiq. Melalui Abu Bakar, Islam disebar kepada Abdul Rahman Bin Auf, Uthman bin Affan, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam, Abu Ubaidah al-Jarrah, Amman Bin Yasser dan sebagainya. Mereka digelar sebagai as-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terawal memeluk Islam). Seruan ini dijalankan selama 3 tahun dan seramai 55 orang penduduk Mekah memeluk Islam. Arqam Abil al-Arqam telah menyerahkan rumahnya sebagai markas gerakan umat Islam. Peringkat Jahriah (terbuka) Seruan kepada Ali Bin Abu Talib dan keluarganya. Seruan ini bermula setalah baginda menerim awahyu dari Surah Asy-Syu'ara'. Baginda mengadakan majlis ceramah di rumah Ali Bin Abu Talib di Bukit Safa dan semua kerabat dijemput termasuk Abu Lahab, bapa saudaranya. Baginda menerangkan dasar-dasar Islam yang telah ditugaskan oleh Allah untuk baginda sampaikan. Ramai yang menyatakan kesanggupan untuk mengikut baginda, tidak kurang yang mencemuhnya. Abu Lahab ialah tokoh pertama yang menghina dan mencerca baginda. Seruan kepada orang ramai dimulakan setelah baginda menerima wahyu dari Surah al-Hijr. Baginda mula menyeru kepada segenap lapisan masyarakat Mekah di mana-mana sahaja. Seruan secara terbuka ini berlangsung selama 10 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Bentuk Ajaran Islam Akidah Nabi memperkenalkan tauhid, iaitu mengesakan Allah dengan segala sifat kesempurnaan iaitu sifat-sifat 20. Sehubungan itu, segala bentuk syirik adalah dilarang termasuklah penyembahan berhala. Nabi menerangkan tentang adanya hari kebangkitan serta perkaraperkara yang berhubung denganya seperti syurga, neraka, titian, neraca dan lain-lain. Baginda turut menerangkan perkara yang berhubung dengan rukun Iman seperti percaya kepada Rasul, kitab-kitab serta percaya kepada Qadak dan Qadar. Seterusnya, Nabi menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab manusia sama ada terhadap tuhan, diri, keluarga dan masyarakat. Setiap individu akan dipertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan sama ada baik atau buruk. Akhlak Selama 13 tahun, Nabi di Mekah telah berusaha membentuk peribadi muslim di samping berusaha mengikis sifat-sifat yang tercela seperti iri hati, takbur, dendam dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut perlu diganti dengan sifat tinggi seperti jujur, ikhlas, amanah dan sebagainya. Nabi juga berusaha mengangkat darjat wanita ke tempat yang sewajarnya sama ada di dunia atau di akhirat. Nabi cuba

65
banyak menekankan kepada cerita Nabi dan Rasul yang terdahulu khususnya tentang perjuangan nabi-nabi, balasan yang diterima oleh orang yang ingkar. Hampir 1/3 daripada kandungan al-Quran adalah mengenai sejarah nabi-nabi dan umat terdahulu. Ibadat Di Mekah, hanya satu sahaja iaitu ibadat khusus yang difardukan kepada umat Islam. Ibadat ini mula diwajib selepas berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Ibadat ini ialah sembahyang 5 waktu sehari semalam. Rumusan Cara-cara penyebaran Islam yang dilakukan secara berperingkat jelas menggambarkan kebijaksanaan Nabi dalam soal berdakwah. Baginda mengukuhkan dahulu pengikut-pengikut Islam sebelum mencabar seluruh masyarakat Mekah. Ajaran-ajaran yang baginda bawakan jelas bertujuan untuk menyelamatkan manusia seluruhnya daripada kesesatan kehidupan dunia dan akhirat. PENENTANGAN KAUM QURAISY DI MEKAH Pengenalan Semasa Nabi Muhammad menyampaikan seruannya secara sulit, tidak terdapat sebarang bentuk penentangan yang ketara dari kaum Quraisy. Semasa seruan mula dijalankan kepada keluarga Abdul Mutalib, penentangan hanya timbul daripada kalangan kaum kerabat baginda sendiri. Kaum Quraisy yang lain pula menganggapnya sebagai masalah dalaman keluarga Bani Hasyim yang boleh diselesaikan sesama mereka sendiri. Namun setelah seruan secara terbuka dijalankan dan ia mendapat sambutan di luar dugaan dan setelah Nabi Muhammad mula menyentuh soal-soal penyembahan dan ajaran nenek moyang mereka, maka kaum Quraisy mula bimbang lantas mengadakan pelbagai usaha untuk mebendung perkembangan Islam. Sebab Penentangan Politik Dalam politik orang Arab khususnya politik kota Mekah, perebutan kuasa sudah menjadi teras politik mereka. Hal ini dapat dibuktikan dan pentadbiran kota Mekah yang pada mulanya dikuasai oleh Puak Amaliqah, kemudian oleh puak Jurhum, diikuti oleh puak Khuzaah dan akhirnya puak Quraisy. Muhammad adalah dari kaum Quraisy yang berketurunan Bani Hasyim. Bani-bani lain dari kaum Quraisy terutamanya Bami Umayyah mahu kuasa pentadbiran Mekah berada di tangan mereka. Menerima ajaran Islam seolah-olah mereka tunduk di bawah Bani Hasyim. Keunggulan peribadi Muhammad yang terkenal sebagai seorang yang amanah dan mempunyai budi pekerti yang tinggi membimbangkan bani-bani lain. Sekiranya Muhammad berjaya menjadi pemimpin, mereka bimbang kuasa kepimpinan tersebut akan dipegangnya dan ini menyebabkan bani lain tidak lagi berpeluang meletakkan diri mereka sebagai pemimpin. Tanggapan ini timbul akibat dari kekeliruan orang Musyirikin tentang konsep kenabian dan kepimpinan. Ekonomi Pengharaman berhala akan menyebabkan kedudukan musyirikin Mekah terjejas. Agama Islam menentang penyembahan berhala kerana ia dianggap syirik. Pengharaman ini akan menyebabkan pengukir patung, peniaga berhala dan juga penjaga Kaabah kehilangan sumber pendapatan. Penentangan orang musyirikin juga disebabkan agama Islam yang dibawa oleh Nabi menentang penjualan hamba abdi. Orang musyirikin yang menpunyai kedudukan tinggi biasanya memiliki hamba yang ramai, malah bilangan hamba dikatakan melambangkan status seseorang. Mereka menggunakan tenaga hamba dengan percuma bagi membantu dalam kegiatan ekonomi. Pengharaman hamba sudah pasti akan menjejaskan kedudukan ekonomi mereka. Orang musyirikin juga bimbang kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan, pusat ibadat dan pusat kebudayaan akan terjejas dengan kedatangan Islam. Mereka percaya Mekah maju disebabkan adanya patung-patung berhala yang diletakkan di sekeliling Kaabah. Sekiranya patung-patung itu dibuang, mereka bimbang orang ramai tidak lagi mengunjungi Mekah. Sosial Menurut Islam, manusia akan dibangkitkan semula untuk diberi pembalasan terhadap perbuatan baik dan buruk yang dilakukan di dunia. Orang musyirikin yang sememangnya sentiasa melakukan perbuatan buruk seperti berzina, membunuh anak dan sebagainya takut akan pembalasan yang akan diterima nanti. Hal ini disebabkan mereka tidak faham tentang konsep taubat dalam ajaran Islam. Ajaran Islam mengganggap semua manusia adalah sama tanpa mengira bangsa atau pangkat. Yang berbeza hanya dari segi ketaqwaannya. Menerima Islam bererti mereka akan meletakkan taraf mereka sama dengan golongan hamba. Golongan musyirikin juga menentang konsep persaudaraan Islam. Mereka turut menentang segala amalan sosial yang dianjurkan oleh Islam seharian kerana ia bertentangan dengan kehidupan biasa mereka. Agama Islam sangat bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka. Orang musyirikin sangat kuat berpegang kepada tradisi nenek moyang atau sunnah. Mereka bimbang jika mereka menerima Islam, mereka akan melanggar adat tradisi mereka dan akan dimakan sumpah. Golongan musyirikin menentang Islam kerana perbezaan dasar agama dan ketuhanan. Islam ialah agama monteisme. Sebaliknya, kaum Quraisy menyembah tuhan-tuahn berhala daripada pelbagai jenis dan bentuk. Malah mereka menganggap lagi bahawa penyembahan berala ialah mendekatkan lagi diri kepada Allah.

66
Cara Penentangan Perang Saraf Orang musyirikin melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nabi dengan harapan masyarakat Arab tidak terpengaruh dengan dakwah yang disampaikan. Mereka mengatakan Nabi gila, penipu, ahli sihir dan tamak. Sungguhpun begitu, semua tuduhan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada Nabi, malah telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan masyarakat Arab. Mereka datang berjumpa dengan Nabi bagi memastikan dakwaan itu benar atau tidak dan ini menguntungkan Nabi. Menyeksa Nabi dan Orang Islam Pada peringkat awal, seksaan hanya ditujukan kepada pengikut Nabi, terutamanya golongan lemah seperti golongan miskin dan hamba. Antara yang paling teruk menerima seksaan ialah Bilal Bin Rabbah. Beliau telah dijemur di tengah panas tanpa diberi makan atau minum. Seksaan ini sedikit pun tidak mengubah pendirian beliau. Oleh sebab seksaan ini tidak memberi kesan, mereka pun mulai menyeksa Nabi dengan meletak najis di rumah Nabi, di sujut Nabi dan meletakkan duri di tempat yang dilalui Nabi. Menawarkan Kekayaan Orang musyirikin telah mengemukakan pelbagai tawaran bagi memujuk Nabi supaya meninggalkan tugas-tugas dakwah. Antaranya termasuklah harta kekayaan, pangkat dan wanita-wanita cantik. Nabi bukan sahaja menolak tawaran tersebut tetapi telah menjawab dengan tegas sambil mengatakan,"Sekiranya orang musyirikin berjaya meletakkan matahari di sebelah kiri dan bulan di sebelah kanan, tetapi Nabi tetap tidak akan berganjak." Meminta Kerjasama Abu Talib Apabila semua tindakan yang diambil tidak berkesan, orang musyirikin menemui Abu Talib dan meminta beliau menasihati Nabi. Permintaan tersebut tidak dipedulikan. Mereka juga pernah meminta untuk menukarkan Muhammad dengan seorang pemuda lain yang setanding dengannya. Memulaukan Bani Hasyim Orang musyirikin akhirnya mengadakan pakatan untuk memulau Bani Hasyim dan semua umat Islam. Pemulauan ini dilakukan dalam tempoh 10 tahun. Dalam tempoh tersebut, mereka enggan mengadakan sebarang perhubungan termasuklah jual beli, bercakap, ziarahmenziarahi dan sebagainya. Orang-orang Islam telah mengalami penderitaan yang teruk dan ketika inilah 2 orang pendokong kuat Nabi iaitu Khadijah dan Abu Talib telah meninggal dunia. Pemulauan ini hanya dilakukan dalam tempoh 3 tahun kerana tidak semua orang musyirikin bersetuju dengan tindakan tersebut. Merancang Pembunuhan Nabi Apabila orang musyirikin gagal menyekat usaha Nabi, mereka akhirnya bersepakat untuk membunuh Nabi. Beberapa orang pemuda telah dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut. Rancangan ini telah diberitahu oleh Allah kepada Nabi melalui wahyu. Oleh itu, pada malam rumah dikepung, Nabi ditemani oleh Abu Bakar telah keluar tanpa disedari oleh orang musyirikin. Sebelum bertolak ke Mekah, Nabi dan Abu Bakar telah bersembunyi di Gua Ihur selama 3 hari. Memerangi Orang Islam Setelah Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah, orang musyirikin telah berasa tidak puas hati. Oleh itu, mereka telah melancarkan serangan ke atas orang Islam. Terdapat 3 peperangan penting yang berlaku iaitu Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khadak (Ahzab). Cara Nabi Menghadapinya Bersabar Pada peringkat awal, Nabi meminta orang Islam supaya bersabar menghadapi tindakan dari orang musyirikin. Mereka diminta jangan bertindak balas bagi mengelakkan pertelingkahan yang lebih besar. Lagipun belum ada wahyu yang membenarkan orang-orang Islam bertindak balas. Membebaskan Hamba Nabi menggalakkan orang Islam yang berharta untuk membebaskan hamba yang telah diseksa dengan teruk oleh tuan-tuan mereka. Antara sahabat yang menyahut seruan ini termasuklah Abu Bakar yang telah menebus dan seterusnya membebaskan Bilal Bin Rabah dari tuannya Umayyah Bin Khalaf. Berlindung di Bawah Orang yang Berpengaruh Bagi mengelakkan peyeksaan orang musyirikin Mekah, Nabi dan orang-orang Islam telah mendapatkan perlindungan dari orang yang berpengaruh dalam masyarakat Quraisy. Nabi sendiri misalnya telah diberikan perlindungan oleh bapa saudaranya Abu Talib. Berhijrah ke Habsyah Apabila orang musyirikin menunjukkan penentangan yang semakin hebat, maka Nabi mengarahkan orang-orang Islam supaya berhijrah ke Habsyah. Al-Najasyi yang memerintah Habsyah ialah seorang pemerintah yang baik dan sanggup melindungi orng Islam. Penghijrahan ke Habsyah dilakukan sebanyak 2 kali. Kali pertama berlaku pada tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi. Ia diketuai oleh Uthman Bin Affan. Seramai 10 lelaki dan 5 perempuan terlibat. Pada tahun berikutnya, seramai 83 lelaki dan 18 perempuan yang diketuai oleh Jaafar Abu Talib telah berhijrah ke Habsyah.

67
Berundur ke Taif Sebelum berlakunya Bai'at Aqabah, Nabi dan anak angkatnya Zald Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif tetapi penduduk Taif mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Oleh itu, mereka menolak mentahmentah dakwah yang disampaikan. Malah mereka mengupah kanak-kanak untuk mencederakan Nabi. Bai'at Aqabah Setalah Nabi gagal menyampaikan dakwah di Taif dan kepada penduduk Mekah, Nabi berusaha menemui orang-orang luar yang datang ke Mekah pada musim Haji. Hasilnya, pada tahun 11 selepas kerasulan Nabi, Bai'at Aqabah I telah berjaya diadakan. Hal ini diikuti pada tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II. Melalui Bai'at Aqabah II, Nabi dan orang Islam dijemput ke Yathrib (Madinah). Hijrah ke Yathrib Pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, Nabi bersama orang Islam telah berhijrah ke Yathrib bagi mengelakkan tindakan yang lebih keras dilakukan oleh orang musyirikin Mekah. Hijrah ini dilakukan secara bersembunyi. Dengan hijrah ini, peluang bagi orang musyirikin untuk menghalang usaha penyebaran Islam gagal. Perang Setelah 2 tahun Nabi berhijrah, turun wahyu yang membenarkan orang Islam berperang bagi mempertahankan diri dan agama. Oleh itu, di dalam Perang Badar yang berlaku pada tahun 2 Hijrah, orang Islam telah mencapai kemenangan yang besar. Kemenangan ini kemudiannya telah menyebabkan orang musyirikin melancarkan serang kedua pada 3 Hijrah yang berakhir dengan kekalahan tentera Islam. Pada 5 Hijrah, orang musyirikin sekali lagi membentuk pasukan tentera bersekutu yang bukan sahaja melibatkan orang musyirikin Mekah, tetapi juga golongan Yahudi, Munafik, kabilah-kabilah Arab kecil seperti Bani Asad, Bani Salim, Bani Yasyjab dan sebagainya. Rumusan Nabi Muhammad menghadapi perjuangan yang sukat untuk mengembangkan Islam di sesetengah masyarakat Quraisy yang mengagung-agungkan patung-patung berhala mereka. Namun dalam tempoh hampir 13 tahun itu juga kaum Quraisy berasa amat sukar untuk membendung perkembangan Islam walaupun mereka telah melakukan pelbagai tindakan. Perjuangan Nabi Muhammad tidak pernah mengenal erti kejayaan. BAI'AT AQABAH Latar Belakang Bai'at ialah persetiaan, ikrar atau sumpah setia. Bai'at aqabah telah diadakan di antara Nabi dengan penduduk Yathrib di sebuah tempat yang dikenali sebagai Aqabah. Aqabah adalah nama sebuah bukit yang terletak antara Mekah dan Madinah. Bai'at ini diadakan sebanyak dua kali. Bai'at yang pertama dikenali sebagai Bai'at Wanita / Bai'at al-Nisak kerana ia merupakan perjanjian keamanan. Seramai 12 orang penduduk Madinah yang terdiri daripada 10 Khazraj dan 2 Aus terlibat dalam bai'at ini. Mereka berjanji tidak akan menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak membunuh anak, tidak berbohong, tidak fitnah-menitnah dan lain-lain. Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, seramai 73 orang penduduk Madinah datang menemui Nabi bagi mengukuhkan kesetiaan mereka dalam Bai'at Aqabah I. Mereka memeluk Islam sejak dari Yathrib lagi. Bai'at kedua ini disebut sebagai Bai'at al-Haub. Di samping mengulangi ikrar yang pertama, mereka berjanji akan melindungi dan mempertahankan Nabi serta umat Islam seperti mereka melindungi keluarga mereka sendiri. Mereka juga mengajak Nabi untuk berhijrah ke Yathrib. Hubungan Aqabah dan Hijrah Bai'at Aqabah mempunyi hubungan yang rapat dengan Hijrah. Kedua-dua Bai'at tersebut menandakan bahawa akan berlaku Hijrah Nabi dan umat Islam ke Madinah. Hal ini adalah berdasarkan kepada fakta berikut:1. Kedatangan puak Aus dan Khazraj ke Mekah adalah untuk mendapatkan sokongan dari Nabi dan orang Islam bagi menentang orang Yahudi di Madinah. Orang-orang Yahudi walaupun golongan pendatang, tetapi mereka telah berjaya menguasai ekonomi di Madinah sehingga penduduk asal di Madinah yang terdiri daripada orang Arab tertekan. 2. Penduduk Madinah sedar tentang perlunya mereka mempunyai seseorang pemimpin seperti Nabi Muhammad. Nabi bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah mereka dengan orang Yahudi, malah menyelesaikan masalah perebutan kuasa yang berlaku antara orang Aus dan Khazraj. Orang Madinah yakin dengan kebolehan Nabi dan keadilan agama Islam, dengan ini mereka berharap pentadbiran kota Madinah yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan kaum dapat ditadbir dengan sebaik-baiknya. Usaha berterusan yang dilakukan oleh penduduk Madinah selama 3 tahun berturut-turut merupakan satu usaha yang gigih bagi merangka strategi Hijrah. Ia bermula dari kedatangan Suwaid Bin Samit diikuti oleh Iyas Bin Muazth dan seterusnya kedatangan 6 orang penduduk Madinah. Hasilnya, Bai'at Aqabah I telah diadakan pada tahun ke-12 selepas kerasulan Nabi diikuti pada tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II. Selepas Bai'at Aqabah II diadakan, Nabi telah melantik 12 orang Naqib (ketua) yang terdiri daripada 9 Khazraj dan 3 Aus bagi mengetuai gerakan dakwah di Madinah. Ia juga menjadi bukti bahawa Hijrah akan berlaku. Persetujuan yang telah dicapai antara Nabi dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj menandakan bahawa peristiwa penting ini akan berlaku. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk sama-sama mempertahankan Islam dan ancaman musuh malah penduduk Madinah sanggup menjamin keselamatan orang Islam jika mereka berhijrah ke Madinah.

3. 4.

5. 6.

68
7. Hijrah telah berlaku sebaik sahaja Bai'at Aqabah II diadakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Bai'at inilah yang menyebabkan Nabi berhijrah ke Madinah. Setibanya Nabi di Madinah, mereka disambut dengan gembiranya oleh penduduk Madinah.

Rumusan Bai'at Aqabah berlaku di antara seorang pemimpin yang sedang mencari umat untuk diserukan ajaran Islam dengan sekumpulan masyarakat yang mencari seorang pemimpin yang dapat menyatupadukan mereka. Ia memainkan peranan besar dalam sejarah perkembangan Islam. Ia membawakan sinar baru terhadap perkembangan Islam. Ada sejarahwan yang menganggap peristiwa Ikrar Aqabah sebagai "penyelamat nyawa terancam". Ia merupakan anak kunci peristiwa Hijrah yang bersejarah yang dapat mengubah perjalanan sejarah perkembangan Islam. PERISTIWA PENTING DI ANTARA 2 HIJRAH Pengenalan Dalam sejarah perkembangan awal Islam terdapat 2 peristiwa penting iaitu Hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah. Namun dalam 2 peristiwa ini, Nabi Muhammad hanya melibatkan diri dalam hijrah ke Madinah. Kerana itu jugalah peristiwa Hijrah tersebut digelarkan Hijratul-Rasul dan disambut oleh umat Islam pada setiap tahun sehingga kini. Dalam perjanjian Hijrah ke Habsyah, hanya sebahagian daripada pengikut Nabi yang terlibat. Hijrah ke Habsyah lebih bersifat sementara dan bertujuan mencari perlindungan. Kebanyakan daripada mereka kembali ke Arab apabila mendengar berita pengislaman Saidina Umat al-Khattab. Ada yang kembali semula selepas mendengar berita Hijrah ke Madinah. Peristiwa Penting Bantuan Perlindungan di Habsyah Pada tahun ke-5 kerasulan, sebahagian daripada umat Islam telah berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan di sana. Nabi Muhammad sendiri menyarankan agar berhijrah ke Habsyah kerana ia dianggap sebagai Bumi Kebenaran dan penganiayaan tidak berlaku di sana. Terdapat 2 rombongan umat Islam berhijrah ke sana. Rombongan ini telah mendapat perlindungan di Habsyah walaupun Maharaja Najashy menganut agama Nasrani. Kejadian ini telah memberikan perangsang dan menguatkan azam Nabi Muhammad untuk terus berjuang menyebarkan Islam. Pemulauan Islam (Moqato'ah) Orang musyirikin telah melakukan pemulauan ke atas Nabi, orang Islam dan Bani Hasyim sebagai salah satu cara untuk menyekat perkembangan Islam. Pada mulanya, pemulauan ini hendak dilakukan selama 10 ahun tetapi setelah 3 tahun berlangsung, ia telah ditamatkan. Pemulauan ini telah menyebabkan umat Islam menghadapi penderitaan yang teruk. Pada tahun akhir pemulauan, 2 orang penyokong kuat Nabi iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib meninggal dunia. Walaupun orang Islam menghadapi penderitaan tetapi peristiwa ini tetap memberi kesan positif terhadap perkembangan Islam. Penderitaan yang dialami telah melahirkan rasa simpati masyarakat umum terhadap Nabi sehingga ada antara mereka yang mendesak orang musyirikin untuk menamatkan pemulauan itu. Peristiwa ini tidak melemahkan semangat perjuangan orang Islam, malah orang-orang kaya di antara mereka telah mengorbankan kekayaan mereka bagi membantu saudara lain. Hal ini menyebabkan hubungan antara mereka bertambah rapat. Kegagalan orang musyirikin meneruskan rancangan ini telah menjatuhkan imej mereka pada pandangan kabilah-kabilah lain. Pengislaman Umar Umar Bin al-Khattab adalah antara sahabat Nabi yang agak lewat menerima Islam. Ketika orang Islam berhijrah ke Habsyah mereka menerima berita bahawa beliau telah memeluk Islam. Sebelum menerima Islam, Umar ialah seorang penentang kuat Nabi tetapi selepas menerima Islam, beliau menjadi sahabat Nabi yang kuat. Pengislaman beliau sangat besar ertinya terhadap perkembangan Islam. Nabi sendiri pernah berdoa supaya Allah membuka hati Umar untuk menerima Islam. Sebelum Islam, Umar mempunyai penyokong yang ramai. Dengan islamnya Umar, kedudukan Islam menjadi kuat dan orang Islam berani melakukan ibadat secara terbuka. Pengislaman Umar juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada musyirikin Mekah kerana sebelum ini Umar bersungguh-sungguh menunjukkan penentangannya terhadap Islam. Pengislaman Hamzah Hamzah ialah seorang pemuda gagah Quraisy. Beliau ialah bapa saudara Nabi. Beliau tidak menyahut seruan Islam tetapi tidak terlibat dalam gerakan menentang Islam. Pengislamannya mungkin berlaku secara spontan. Hal ini kerana pada suatu hari semasa beliau balik dari berburu, beliau terlihat orang yang sedang menghina Nabi. Sebagai tokoh Bani Hasyim, beliau memarahi orang itu dan menyatakan pengislamannya. Beliau merupakan panglima Quraisy yang ulung dan disegani. Pengislamannya memantapkan lagi perjuangan Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Israk ialah perjalanan pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke langit dan seterusnya hingga ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini, Nabi telah diperlihatkan dengan pelbagai tanda kekuasaan Allah. Peristiwa ini menjadi ujian kepada orang Islam. Bagi yang beriman, iman mereka semakin mantap tetapi bagi yang kurang beriman, maka menjauhkan diri kerana menganggap Nabi mereka cerita. Peristiwa inilah ibadat sembahyang mula diwajibkan. Peristiwa ini memberi keterangan kepada Nabi walaupun orang musyirikin semakin kuat menentang.

69
Dakwah di Taif Selepas tamatnya pemulauan, Nabi dengan ditemani oleh Zaid Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif. Pemergian Nabi disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk Mekah di samping Abu Talib dan Khadijah. Di Taif, sekali lagi Nabi dikecewakan. Mereka bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah yang disampaikan, malah telah mengupah kanak-kanak melontar Nabi dengan batu sehingga Nabi cedera. Ternyata dakwah di Taif gagal kerana Bani Thaqif mempunyai hubungan rapat dengan puak Quraisy. Sungguhpun Nabi kecewa, tetapi semangat untuk terus berdakwah tetap kukuh. Dari segi jangka panjang, dakwah ke Taif tidak gagal kerana sekurang-kurangnya Nabi telah berjaya mengislamkan seorang penganut Kristian, iaitu Addas. Peristiwa ini telah membuka jalan kepada pengislaman penduduk Taif pada 9 Hijrah. Kegagalan dakwah di Taif juga dianggap sebagai Muqaddinah (permulaan) kepada peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini menggembirakan Nabi dan menambahkan keyakinan untuk terus berdakwah. Bai'at Aqabah Apabila Nabi sedar penduduk Mekah tidak mahu menerima Islam, Nabi mengalihkan perhatian kepada orang luar Mekah. Pada tahun ke-11 selepas kerasulan Nabi, 6 orang penduduk Yathrib telah datang menemui Nabi dan menyatakan keislaman mereka. Pada tahun berikutnya, 12 orang lagi datang dan mengadakan ikrar yang dikenali sebagai Bai'at Aqabah I. Apabila mereka pulang ke Madinah, Nabi menghantar Mus'ab Bin Umair untuk menjadi guru dan imam mereka. Pada musim Haji tahun berikutnya, seramai 73 orang lagi mengadakan ikrar Aqabah II. Dengan adanya ikrar ini, bilangan penganut Islam telah bertambah bilangannya. Secara tidak langsung, tenaga pendakwah bertambah. Penduduk Yathrib berjanji akan menyebarkan Islam di sana. Ikrar ini dianggap sebagai Muqaddinah kepada peristiwa Hijrah yang berlaku pada 622 Masihi. Rumusan Jangkamasa di antara Hijrah ke Habsyah dengan Hijrah ke Madinah mengandungi banyak peristiwa penting yang memantapkan lagi perjuangan Nabi Muhammad. Setiap peristiwa yang berlaku sama ada yang mendatangkan kesedihan atau kegembiraan kepada baginda ternyata mempunyai signifikasinya yang tersendiri. Sebagai seorang pejuang yang memandang jauh ke hadapan, baginda menggunakan setiap pengajaran daripada kegagalan atau kegembiraan daripada setiap kejayaan untuk mengatur langkah yang lebih padu dan teratur. HIJRAH Pengenalan Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam hidup Nabi dan juga perkembangan agama Islam. Penghijrahan ini dilakukan secara diam-diam bagi mengelakkan diketahui oleh musyirikin Mekah. Mereka berpindah dalam kumpulan yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar sebelum bertolak ke Madinah. Mereka bersembunyi di Gua Thur untuk beberapa hari. Faktor Berlakunya Hijrah Bai'at Aqabah Termeterainya Bai'at Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui Bai'at ini, Nabi telah dapat menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik. Dalam Bai'at Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'at Aqabah kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang Islam. Tekanan Musyirikin Mekah Tekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas. Kegagalan Dakwah di Taif Kegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Kematian Abu Talib dan Khadijah Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman. Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.

70
Persediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah. Kedudukan Madinah yang Strategik Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi. Penduduk Madinah Hampir dengan Agama Samawi Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding penduduk Mekah. Wahyu Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30, Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah. Kepentingan Hijrah Perubahan Pusat Gerakan Islam Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Penyebaran Islam mula dapat dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy. Ajaran-ajaran Islam diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja bahagian kota Mekah. Penyebaran Islam Semakin Meluas Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu meluas sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir, Bani Bakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada agama Allah. Di antara yang menerima utusan tersebut ialah Heraclius (Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di Mesir), Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi. Perubahan Kedudukan Nabi Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah, baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama, pemimpin umat dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di Mekah. Pertambahan Umat Islam Umat Islam semakin bertambah dan terdiri dari 2 golongan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya ialah kaum Aus dan Khazraj. Golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikut Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Muhajirin bermakna "penghijrah". Pertumbuhan masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka. Penubuhan Negara Islam Kota Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat. Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah Sebelum Nabi Muhammad berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah tanpa sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan. Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang teratur diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan. Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar Konflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang Bu'ath pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Permulaan Kalendar Hijrah Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada 634 M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun mengandungi 12 bulan atau 354 hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.

71
Perubahan Dasar Politik Umat Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive iaitu menentang apa sahaja penentangan Quraisy secara kekerasannya. Perubahan dasar ini dilakukan setelah turunnya Suruh al-Hajj. Sebelum itu, mereka hanya bertahan dan bersabar. Rumusan Hijratul-Rasul adalah suatu peristiwa yang mempunyai signifikasi yang sangat besar dalam sejarah perjuangan Islam. Ia jelas telah membawa banyak perubahan dalam corak perkembangan Islam. Ia merupakan titik peralihan yang amat penting bagi Nabi Muhammad sendiri dan perkambangan Islam di seluruh dunia. Penghijrahannya ini membawa kepada kemenangan umat Islam dalam hampir setiap bidang seperti ekonomi, sosial dan politik. UMMAH Pengenalan Sebelum terbentuknya ummah di Madinah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal ini disebabkan Madinah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Secara keseluruhannya, penduduk Madinah terdiri daripada 2 bangsa utama iaitu Arab dan Yahudi. Orang-orang Arab pula terdiri daripada 2 puak iaitu Aus dan Khazraj. Kedua-dua puak ini sering bermusnahan antara satu sama lain terutamanya kerana perebutan kuasa. Orang Yahudi pula terdiri daripada beberapa puak, yang paling terkenal ialah Bani Nadhir, Quraizah dan Qainuqak. Hubungan di antara puak Yahudi dan Arab sentiasa di dalam keadaan tegang sehinggalah Nabi berhjrah ke Madinah. Definisi Ummah Ummah menurut Sahifah Madinah adalah di dalam pengertian yang luas. Istilah tersebut adalah merujuk kepada semua penduduk Madinah pada masa kedatangan Nabi ke Madinah. Ia termasuklah orang-orang Islam yang berhijrah bersama Nabi atau lebih dikenali sebagai orang-orang Muhajirin, penduduk Madinah yang telah membantu Nabi atau yang lebih dikenali sebagai golongan Ansar serta orang-orang Yahudi yang telah menjadi sebahagian daripada sebahagian daripada penduduk Madinah. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama tetapi masih lagi dianggap sebagai satu ummah. Oleh itu, Sahifah Madinah telah menyebutkan nama mereka satu persatu dan mereka masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara Islam Madinah. Sejarah Pembentukan Ummah Pembentukan ummah di Madinah bermula sebaik sahaja Nabi sampai ke Madinah iaitu pada tahun 1 Hijrah bersamaan 622 M. Suasana di Madinah tidak aman menyebabkan Nabi mengambil beberapa langkah untuk membentuk ummha. Nabi sedar negara Islam Madinah mungkin dapat ditegakkan jika penduduk Madinah tidak bersatu terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, Nabi telah bertindak mempersaudarakan golongan Aus dan Khazraj dan mereka diberi nama baru iaitu golongan Ansar, golongan ini kemudiannya telah dipersaudarakan pula dengan golongan Muhajirin dan seterusnya mengadakan perjanjian damai dengan golongan Yahudi. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan ini, Sahifah Madinah telah digubal, Nabi juga membina masjid sebagai tempat untuk menyatukan umat Islam. Dengan usaha-usaha yang dilakukan ini maka terbentuklah satu ummah di Madinah. Kaitan Ummah dengan Politik Islam di Madinah 1. Pembentukan ummah mempunyai kaitan yang rapat dengan politik Islam di Madinah. Dengan terbentuknya ummah, Madinah telah muncul sebagai sebuah negara Islam yang pertama. Ia kemudiannya menjadi sebuah kuasa yang besar dan disegani. Di bawah konsep ummah, penduduk Madinah telah bekerjasama untuk membangunkan Madinah sama ada dari segi politik, ekonomi ataupun sosial. Kejayaan Nabi menyatukan penduduk Madinah di bawah konsep ummah telah membuktikan bahasa Islam adalah agama yang lengkap dan ia tidak memisahkan di antara politik dan agama. 2. Pembentukan ummah Madinah juga telah menjamin keselamatan Madinah dari ancaman luar dan dalam. Sebagai satu ummah semua penduduk Madinah perlu bekerjasama untuk mempertahankan Madinah dan sebarang ancaman. Di samping itu, mereka juga tidak boleh bermusuhan di antara satu sama lain. Nabi dengan jelas menyebutkan bahawa sesiapa atau mana-mana golongan yang mengingkari perjanjian yang telah dibuat akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hal ini terbukti apabila orangorang Yahudi telah dihalau dari Madinah apabila mereka sering mempersendakan kemenangan tentara Islam. Malah telah bekerjasama dengan pihak musuh iaitu orang-orang Quraisy. 3. Pembentukan ummah juga telah berjaya menyelesaikan krisis pemimpin yang wujud di Madinah sebelum ini. Semua penduduk Madinah termasuklah orang-orang Yahudi bersetuju untuk menerima Nabi sebagai pemimpin Madinah. Sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Nabi telah menyebabkan mereka berpuas hati dan bersetuju untuk bernaung di bawah pemerintahan Islam. Sebelum ini, penduduk Madinah sering bertelagah bagi menentukan kepimpinan di Madinah. Puak Aus dan Khazraj misalnya telah berperang sejak sekian lama dan peperangan yang paling hebat ialah peperangan Buath. Orang-orang Yahudi juga sering mengintai peluang untuk mengambilalih pentadbiran Madinah, oleh itu, mereka sering melagak-lagakan di antara kedua-dua puak tersebut. Pembentukan ummah juga berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah membuka peluang kepada penyebaran agama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan menyebarkan agama Islam. Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islam bertambah dengan banyaknya. Dalam tempoh 10 tahun Nabi di Madinah, penganut Islam telah meningkat lebih daripada 100,000 orang. Hal ini terbukti semasa Nabi mengerjakan ibadat haji yang terakhir, seramai 100,000 orang telah mendengar khutbah baginda yang terakhir. Bilangan ini sangat besar berbanding dengan bilangan yang berjaya diislamkan dalam tempoh 13 tahun Nabi di Mekah.

4.

72
Kesimpulan Sesungguhnya pembentukan ummah di Madinah telah memberi kesan yang besar terhadap usaha-usaha penyebaran Islam. Ia juga sekaligus menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang pemimpin yang unggul. Oleh itu, tidaklah menghairankan jika baginda juga digelar sebagai seorang negarawan. PENYATUAN UMMAH Pengenalan Nabi Muhammad tiba di Madinah pada bulan September 622 M. Dengan penghijrahan ini, pusat gerakan umat Islam telah bertukar dari kota Mekah ke kota Madinah. Nabi Muhammad telah diterima sebagai pemimpin Madinah kerana Madinah pada waktu tersebut belum mempunyai seorang pemimpin tunggal. Madinah adalah sebuah kota di Utara Mekah yang diduduki oleh pelarian Yahudi dari Palestine dan bangsa Arab dari Yaman. Oleh sebab ia lebih merupakan kota tumpuan pelbagai bangsa yang belum pernah dipimpin oleh mana-mana pemerintah, maka Nabi Muhammad terpaksa menghadapi pelbagai masalah yang timbul oleh pelbagai golongan. Golongan yang Dihadapi Golongan Muhajirin Muhajirin ialah orang Islam yang berhijrah bersama-sama Nabi dari Mekah ke Madinah berjumlah 150 orang. Mereka datang sehelai sepinggang meninggalkan kampung halaman semata-mata kerana Allah. Sewaktu di Madinah, mereka diberi pertolongan oleh golongan Ansar. Muhajirin kesemuanya adalah dari keturunan Quraisy tetapi dari pelbagai suku termasuklah Bani Hasyim, Bani Taym, Bani Adi dan Bani Umayyah. Tokoh-tokoh Muhajirin termasuklah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Muhajirin adalah golongan orang Islam yang pertama memeluk Islam dan diletakkan sebagai orang yang paling mulia di sisi Allah dan diberikan keutamaan untuk memimpin. Golongan Ansar Mereka adalah penduduk Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Mereka adalah kumpulan pertama yang mendiami Madinah. Mereka berasal dari Arab Selatan berpindah ke Madinah selepas pecahnya Empangan Maarib. Antara Aus dan Khazraj sering berlaku pertelegahan. Dalam pertelegahan ini, suku Aus disokong oleh Yahudi. Daripada golongan inilah, lahirnya golongan munafik. Mereka memeluk Islam Ba'at Aqabah. Jumlah mereka lebih kurang 500 orang berdasarkan jumlah yang menyambut Nabi apabila Nabi sampai ke Madinah. Mereka digelar Ansar kerana membantu menyebarkan Islam serta memberikan pertolongan kepada Muhajirin. Mereka juga banyak berkorban sama ada harta atau nyawa bagi menegakkan Syi'ar Islam. Mereka diletakkan setaraf dengan Muhajirin dan disebutkan juga sebagai as-Sabiquna al-Awwalun. Golongan Yahudi Kaum Yahudi berasal dari Palestine. Mereka datang ke Madinah apabila Nabi Isa menyebarkan agama Nasrani. Kerajaan Rom yang memerintah Palestine menganut agama Nasrani. Hal ini menyebabkan golongan Yahudi lari ke Semenanjung Tanah Arab termasuklah ke Khaibar, Wadi al-Qura dan Madinah. Jumlah suku Yahudi yang tinggal di Madinah ialah sebanyak 20. Yang terkenal hanyalah 3 iaitu Quraizah, Nadhir dan Qainuqak. Walaupun terdapat percampuran darah antara Yahudi dan Arab tetapi Yahudi tetap dengan Yahudinya sama ada dari segi kepercayaan atau kebudayaan. Kaum Yahudi mempunyai angkatan tentera yang kuat serta ekonomi yang kukuh. Bani Qainuqak adalah Yahudi yang paling berpengaruh. Mereka juga dikatakan Yhudi yang mula-mula sampai ke Madinah. Mereka tinggal di Barat Daya Madinah berhampiran Wadi Buhtan. Mereka bekerja sebagai pedagang di samping petukang dan mempunyai pasukan tentera yang ramai. Mereka pernah membekalkan sejumlah 700 tentera termasuk 200 tentera berperisai bagi membantu kaum Khazraj menentang Aus dalam Perang Bua'th. Bani Nadhir merupakan golongan kedua berpengaruh. Mereka tinggal di kawasan bukit yang namanya al-Nadhir di Selatan Kota Madinah. Mereka berniaga dan bertani. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang Bua'th. Sokongan yang diberi kerana tujuan tertentu, iaitu untuk memecahbelahkan orang Arab dan ini membolehkan mereka berkuasa di Madinah. Bani Qainuzah pula dikenali sebagai Darih. Mereka tiba di Madinah agak lewat. Mereka tinggal di Wadi Mahzur, Selatan kota Madinah. Pekerjaan mereka adalah bertani. Kebanyakan mereka kaya, mempunyai bekalan makanan dan senjata yang banyak. Jumlah tentera mereka dianggarkan 750 orang. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang Bua'th sehingga menyebabkan suku Khazraj tertewas. Mereka sedar suku Khazraj adalah kuat. Dengan kekalahan Khazraj, pentadbiran kota Madinah akan terlepas ke tangan Yahudi. Yahudi Madinah mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi di luar Madinah. Golongan Munafik Munafik adalah orang yang perpura-pura masuk Islam tetapi pada hakikatnya mereka memusuhi Islam. Sejarah kaum munafik bermula apabila Nabi sampai ke Madinah. Mereka telah menimbulkan pelbagai masalah, misalnya dalam Perang Uhud, mereka telah menarik diri sebelum berlakunya peperangan sehingga menyebabkan barisan tentera Islam kucar-kacir dan seterusnya menyebabkan tentera Islam kalah. Pemimpin mereka yang terkenal ialah Abdullah Bin Ubay dari suku Khazraj. Allah menyifatkan munafik sebagai orang yang bercakap bohong seperti yang disebutkan dalam surah al-Imran ayat 167, surah al-Taubat ayat 64-69, al-Ahzab ayat 1, 12, 24, 60 dan 73. Mereka menyokong Nabi kerana kepentingan sendiri; jika didapati musuh lebih kuat, mereka akan menyokong musuh. Mereka mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi. Secara umumnya, mereka tidak mempunyai pendirian yang tetap. Oleh itu, mereka tertewas dalam perjuangan mereka.

73
Usaha yang Dijalankan dalam Penyatuan Ummah Membina Masjid Sebaik sahaja Nabi tiba di Madinah, Nabi telah berusaha membina masjid yang akan dijadikan sebagai tempat ibadat. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang Islam bertemu serta berbincang / bermesyuarat bagi menyelesaikan sebarang masalah. Pada peringkat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat berniaga. Masjid pertama yang dibina di Madinah ialah Masjid Nabi / Nabawi. Ia dibina atas tanah milik 2 orang yatim, Sahl dan Suhail. Ia dibeli hanya dengan 10 dinar. Menyatukan Aus dan Khazraj Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah. Sebelum kedatangan Nabi, mereka sentiasa bermusuhan antara satu sama lain sehingga mengorbankan banyak nyawa. Peperangan Bua'th merupakan perang yang berlarutan di antara kedua-dua puak tersebut. Ia berpunca dari masalah kepimpinan kerana kedua-duanya ingin menerajui pentadbiran kota Madinah. Nabi sedar jika masalah ini tidak diselesaikan, keadaan ini tidak akan aman. Oleh itu, Nabi berusaha menyatukan kedua-dua pihak tersebut dan menamakan mereka sebagai orang Ansar. Nabi menanamkan sifat-sifat Iman kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan permusuhan yang berlaku antara mereka. Mewujudkan Persaudaraan Islam Setelah Nabi berjaya menyatukan Aus dan Khazraj, Nabi berusaha pula mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Tujuan Nabi adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi dan juga kepentingan umum, termasuklah sosial dan politik Islam di Madinah. Sekiranya masalah ekonomi tidak diselesaikan terlebih dahulu adalah sukar bagi Nabi membangunkan sebuah negara yang benar-benar kukuh. Contohnya, Nabi telah mempersaudarakan Hamzah Bin Abdul Muttalib dengan 'Ithban Bin Malik, Abdul Rahman Bin Auf dengan Said Bin Rabi' dan lain-lain. Dengan adanya ikatan ini, golongan Ansar tanpa ragu-ragu sanggup memberikan harta benda mereka untuk dijadikan modal sehingga akhirnya ekonomi orang Muhajirin berjaya dipulihkan. Menggubal Perlembagaan Sebuah perlembagaan untuk negara Islam Madinah telah diwujudkan oleh Nabi demi untuk menjamin perpaduan di kalangan penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti / ummah. Ia diwujudkan hasil dari persetujuan bersama antara orang Islam dan juga orang Islam dan Yahudi. Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan penekanan oleh Nabi seperti tanggungjawab bersama untuk mempertahankan Madinah, Kebebasan beragama, al-Quran sebagai asas peraturan perlembagaan dan kedudukan Nabi sebagai ketua negara. Pada dasarnya kesemua penduduk Madinah menerima perlembagaan ini secara terbuka. Memperkenalkan Dasar-dasar Ekonomi Nabi menggalakkan orang-orang Islam supaya bekerja keras terutamanya dalam bidang pertanian dan perniagaan. Nabi menggalakkan orang Islam menebus semula tanah mereka yang tergadai di tangan orang Yahudi. Mereka juga diminta berusaha mengatasi masalah monopoli perdagangan yang dilakukan oleh peniaga Quraisy antara Yaman, Mekah dan Syam. Setalah semua langkah yang perlu dilaksanakan, maka kedudukan ekonomi orang Islam telah dipulihkan sehingga membimbangkan orang Yahudi dan Quraisy Mekah sendiri. Melaksanakan Syura Sistem Syura atau mesyuarat telah dilaksanakan oleh Nabi di semua peringkat. Ia bertujuan untuk menjamin keadilan dan mengelakkan kezaliman. Sebarang masalah yang timbul sama ada dalam bidang ekonomi, politik dan sosial akan dibincang dan diselesaikan bersama. Setiap anggota masyarkat diberi peluang untuk memberi / mengemukakan pendapat selagi ia tidak bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh al-Quran. Membangunkan Masyarakat Islam yang Bermoral Pembentukan masyarakat Islam yang bermoral adalah penting kerana ia akan memberi contoh kepada masyarakat lain. Nabi berusaha membangunkan mereka dari segi fizikal dan spiritual. Dengan panduan wahyu, Nabi telah memperluaskan lagi kehidupan beragama di Madinah dengan menekankan kepada konsep beribadat, bermuamalat, bermunakahat, jenayah dan kenegaraan. Hasilnya Nabi berjaya melahirkan ramai tokoh yang mempunyai ciri-ciri keperibadian yang tinggi. Menubuhkan Pasukan Tentera Pasukan tentera adalah penting bagi sesebuah negara. Bagi Islam, ia adalah untuk mempertahankan kesucian serta kedaulatan agama dan negara. Nabi telah berjaya menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan mempunyai semangat jihad yang tinggi. Tentera Islam telah memperoleh beberapa kejayaan termasuklah dalam Perang Badar, Khandak, Mu'tah dan sebagainya. Dakwah dan Diplomatik Usaha-usaha dakwah juga dipergiatkan. Ia tidak lagi tertumpu di Madinah. Beberapa utusan telah dihantar untuk menjalin hubungan diplomatik di samping berdakwah. Antaranya termasuklah menghantar utusan ke Habsyah, Yamamah, Mesir dan lain-lain. Ada di antara utusan tersebut diterima baik dan ada juga yang ditolak. Rumusan Nabi Muhammad terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah setelah baginda berhijrah ke Madinah, sama ada masalah yang dihadapi oleh umat Islam sendiri mahupun masalah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Baginda telah membuktikan ketokohannya sebagai seorang negarawan ulung yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Tanah Arab. Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditegakkan.

GERAKAN AL-RIDDAH Pengenalan Gerakan al-Riddah ialah gerakan ahli kerajaan Islam atau gerakan mengingkari Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad, perjalanan sejarah Semenanjung Arab seolah-olah kembali surut ke belakang. Masyarakat Islam menghadapi krisis yang hebat yang hampir-hampir mengalami kehancuran. Terdapat golongan yang mengaku menjadi Nabi, keluar terus daripada Islam (murtad) dan tidak mahu membayar zakat yang merupakan satu daripada rukun asas Islam. Gejala ini muncul di Mekah, Madinah dan Taif. Menurut Profesor Philip K. Hitti, hanya 1/2 daripada penduduk Tanah Arab yang benar-benar beriman dengan agama Islam dan mengakui kekuasaan Nabi Muhammad.

74

Golongan al-Riddah Nabi Palsu a. Tulaihah al-Khuwailid daripada Bani Asad di Najed atau Tengah Arab. Di antara ajarannya ialah menghapuskan amalan sujud dalam sembahyang. Beliau juga menghapuskan amalan zakat. Beliau pernah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar untuk menuntut supaya diakui kenabiannya tetapi gagal. b. c. d. Al-Aswad al-Ansi dari Yaman yang gemar memakai purdah. Nama sebenarnya ialah Ailat Bin Ka'ab Bin Auff al-Ansi. Ajarannya ialah membebaskan setiap pengikutnya dari amalan sembahyang dan zakat dan menghalalkan perzinaan. Sajjah Binti al-Harith Bin Suwaid Bin Aqfan daripada Bani Tamim di Yamamah. Musailamah al-Khazzab dari Bani Hanifah di Yamamah. Beliau telah bergabung dengan Sajjah al-Harith.

Golongan Murtad Golongan yang terus keluar dari Islam banyak terdapat di Bahrain seperti Bani Bakar dan Bani Abdul Qais, di Oman dipeloroti oleh Laqit Bin MAlik Azadi, di Mahrah terdapat dua golongan iaitu yang menyokong syakrit dan yang mengyokong al-Musabbah, di Yaman Selatan oleh Bani Kindah dan sebagainya. Enggan Membayar Zakat Golongan ini timbul di Yaman, Yamamah dan Oman. Ia dipelopori oleh Malek Bin Nuwairah. Beliau menyatakan sokongannya terhadap Sajjah Harith. Sebab Berlakunya Gerakan al-Riddah 1. Islam hanya mula tersebar luas selepas peristiwa Sulhul Hudaibiyah (6 H) dan penaklukan Kota Mekah (8 H). Selepas Nabi Muhammad wafat, kefahaman agama Islam belumlah begitu meresap dengan mendalam di kalangan orang Arab yang jauh dari Hijaz. Keadaan kefahaman tersebut semakin cetek di kalangan kabilah Badwi yang tinggal di pedalaman dan hidup dalam keadaan berpindah-randah. 2. Ramai juga di antara mereka yang memeluk Islam tanpa keimanan yang kukuh. Mereka mengaku memeluk Islam tetapi tidak mempelajari segala tuntutan dan larangannya. Kebanyakan mereka memeluk Islam kerana ingin menghindari dan mendapat hak istimewa daripada tentera dan pemerintahan Islam. Mereka juga memeluk agama Islam kerana inginkan harta rampasan perang, sanjungan dan kedudukan apabila mencapai kejayaan bersama-sama tentera Islam. Golongan yang lemah imannya itu sentiasa memperlihatkan ketidakpuasan mereka terhadap peraturan-peraturan Islam. Mereka menganggap Islam satu agama yang mengongkong mereka dari keseronokan kehidupan jahiliah yang menjadi amalan mereka sebelum ini. Kewafatan Nabi Muhammad merupakan peluang yang paling baik bagi mereka untuk keluar dari Islam. Penentangan ini juga timbul kerana mereka masih kekal dengan sifat kesukuan dan berkabilahan yang tebal. Semangat assabiyah terhadap suku masing-masing belum terkikis. Terdapat golongan yang mahu mempunyai Nabi dari kaumnya sendiri dan tidak mahu mengikut Nabi dari golongan Quraisy. Hal inilah kesan daripada sifat assabiyah membutatuli mereka. Gerakan golongan Nasrani dan Yahudi yang memainkan peranan yang penting dalam menimbulkan gerakan al-Riddah. Mereka sentiasa menjalankan propaganda dan dakyah untuk menyesat dan menyelewengkan umat Islam dari landasan yang sebenarnya. Golongan Nabi palsu pula muncul kerana mengkagumi kejayaan yang dicapai oleh Nabi Muhammad. Di antaranya yang dikagumi ialah menguasai masyarakat Arab, mempunyai pengikut yang ramai dan sanggup berjuang bermati-matian untuknya dan sebagainya. Mereka juga mengkagumi kejayaan Nabi Muhammad yang telah menyatupadukan penduduk Arab di bawah satu kesatuan ummah Islamiyah. Oleh hal yang demikian, mereka inginkan kedudukan seperti yang dicapai oleh Nabi Muhammad. Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka mengakui diri mereka sebagai "Nabi" dan mengumpulkan pengikutnya.

3.

4.

5.

6.

Langkah untuk Mengatasi Gerakan al-Riddah Menghantar Utusan Khalifah Abu Bakar telah menghantar utusan kepada kabilah-kabilah berkenaan untuk menyeru mereka supaya kembali ke pangkuan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, hanya Bani Abdul Qais di Bahrain sahaja yang berjaya dipujuk. Memerangi Mereka Bagi golongan yang degil, Khalifah Abu Bakar telah memerangi mereka. Sebanyak 11 buah pasukan tentera baru dibentuk. Ketuaketua pasukan ini terdiri daripada Khalid al-Walid, Akramah Bin Abu Jahal, Amru Bin al-Ass dan sebagainya. Pasukan ini telah dikerah untuk menentang golongan Nabi palsu, murtad dan enggan membayar zakat. Antaranya Kahlid al-Walid memerangi Tulaihah al-Khuwailid dan Malek Bin Nuwairah, Amru Bin al-Ass ke negeri Qudhaah, Akramah Bin Abu Jahal memerangi Musailamah al-

75
Khazzab dan sebagainya. Setiap pasukan ini dipesan untuk memberi utusan dahulu kepada golongan al-Riddah. Sekiranya mereka masih enggan kembali ke pangkal, barulah diperangi secara habis-habisan. Kesimpulan Pembanterasan gerakan al-Riddah merupakan titik tolak dalam usaha meneruskan syiar Islam supaya satu kesinambungan sejarah yang dibentuk oleh Nabi Muhammad akan berkekalan. Dengan pasukan tentera Islam yang dipimpin oleh panglima Islam yang gagah itu, gerakan al-Riddah dapat disekat. Islam telah menjadi agama yang unggul di Semenanjung Tanah Arab. MASYARAKAT ISLAM DI IRAQ Pengenalan Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, berlakunya beberapa peristiwa pembukaan wilayah di Utara Semenanjung Arab secara meluas seperti di Iraq, Syam dan Mesir. Mereka yang terlibat dalam pembukaan wilayah tersebut digelar ahl-al-ayyam. Kebanyakan mereka terdiri daripada suku kecil dan suku Syaiban adalah yang majoriti. Semasa Khalifah Umar al-Khattab, bilangan ahl al-ayyam dikatakan sebanyak 12,000 orang. Golongan di Iraq Terdapat 3 golongan utama. 1. Mereka yang pernah murtad dan menentang Kerajaan Madinah 2. Muhajirin dan Ansar 3. Golongan ahl al-ayyam (peneroka) Golongan Pertama Dikecualikan daripada menjawat jawatan penting oleh Khalifah Umar al-Khattab. • • • • • Golongan Kedua Bilangannya tidak ramai. Kebanyakannya balik ke Hijaz, Mekah, Madinah dan Taif selepas selesainya pembukaan Iraq.

Golongan Ketiga Menjadi penting setelah golongan di atas keluar. Digelar sebagai trustee. Mengelolakan tanah yang dikuasai oleh orang Islam di Iraq dan menganggap sebagai hak milik mereka yang tidak boleh ditukar milik. • Menikmati kekuasaan yang penuh terhadap tanah-tanah yang ditakluki di Iraq. • Ada di antara mereka berkongsi tugas menerima cukai yang dikutip oleh pegawai dan ketua tempatan, dahaqin dan menukar mata wang kepada perbendaharaan negara. • Boleh juga menjadi penyelia kerja-kerja dan pemungut cukai kepada (jizyah). Pentadbiran Ketenteraan Islam di Kufah Projek Perumahan dan Pentadbiran Sosial • Tentera Islam telah disusun secara Sistem 'ashar (10 kelompok) kemudian ditukar menjadi asba' (7 kelompok) dan 'arafah (unit). • Perubahan ini diperlukan kerana ramai ahl al-ayyam tidak beada di Kufah kerana sibuk dengan peperangan di perbatasan dan menjalankan tugas di bahagian lain di Iraq. • Selain itu, sistem 'ashar yang dibentuk itu juga bertujuan ketenteraan tetapi kini kempen ketenteraan berkurang, maka sistem ini perlu diubah. Pentadbiran Kewangan Semua pembayaran elaun atau gaji dibuat oleh pemegang amanah (ahl al-ayyam), kelompok 7 dan pemimpin kumpulan, kemudian dipindah kepada ketua-ketua unit ('urafa), naqib-naqib dan umana'. • Setiap 'arafah mengagihkan 100,000 dirham kepada anggotanya: a. Unit ahl al-ayyam 20 lelaki - 3,000 seorang 20 perempuan - 340 seorang 340 kanak-kanak - 100 seorang • b. Unit ahl al-Qadisiyah 43 lelaki - 2,000 seorang 45 perempuan - 200 seorang 500 kanak-kanak - 100 seorang Unit ahl al-rawadif (pendatang baru) 60 lelaki - 1,500 seorang 60 perempuan - 100 seorang 40 kanak-kanak - 100 seorang

c.

• a. b. c. d.

76
Bagi pewira yang layak menerima elaun, jumlahnya adalah seperti berikut: Muhajirin / Ansar - 3,000-5,000 dirham setahun Ahl al-ayyam - 3,000 setahun Orang yang menyertai perang Yarmuk dan Qadisiyah, pernah murtad dan bukan murtad - 2,000 setahun Rawadif - 1,500-2,000 setahun

Pembukaan Kota Basrah Penubuhan Kota Basrah yang sebenar bermula pada 17 H / 638 M. Tujuan: untuk mengurangkan tekanan penghijrahan yang tidak berhenti-henti di Iraq. Komposisi anggota tentera Islam di Basrah pada mulanya terdiri daripada suku-suku yang berasal dari kawasan Timur Semenanjung Tanah Arab seperti Tamim, Bakar dan sebagainya. • Mereka merupakan pendatang baru, tidak memainkan peranan utama dalam perang al-Riddah dan penaklukan awal negeri Iraq. • Dikatakan pendatang di kawasan ini lebih kurang 300 orang (pada perawalan). • • • Pentadbiran Ketenteraan Islam di Basrah Pentadbiran Sosial • Pada awalnya masyarakat di susun secara sistem genealogi (salasilah). • Kemudian digantikan dengan sistem 'arafah (unit) disebabkan ketibaan pendatang baru yang tidak berhenti-henti menyebabkan kelompok suku Basrah berbeza-beza dari segi saiz. Pentadbiran Kewangan • Dalam pengagihan elaun di bawah sistem 'arafah, hanya pemimpin yang diiktiraf sahaja layak menerima elaun. • Jumlah yang diterima ialah 2,500 dirham, sementara yang lain ialah 250-300 dirham. • Bagi pendatang baru, elaunnya rendah. • Pendatang baru tidak puas hati - menimbulkan kekacauan. • Khalifah Umar menaikkan alaun kepada 2,000 dirham untuk menyelesaikan kekacauan dengan alasan mereka berani dalam Perang Nihavan. Kemunculan Golongan Baru di Iraq Golongan al-Qurra • Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, sebilangan ahl al-ayyam memberontak kerana pengambilan kuasa pentadbiran wilayah Iraq oleh kaum Quraisy dan penyokong Uthman. • Mereka disingkir dari Kufah dan digelar al-Qurra. • Istilah ini merujuk kepada kata dasar qaf ra ya yang bermaksud orang kampung. Golongan Khawarij Kaum al-Qurra di Iraq memberi sokongan kepada Khalifah Ali ketika menentang Aisyah, Talhah dan al-Zubayr dalam Perang Jamal dan menentang Muawiyah dalam Perang Siffin. • Selepasnya kaum al-Qurra berpaling tadah dengan Khalifah Ali dan keluar dari barisan tentera Khalifah Ali dan digelar Khawarij. • Khawarij berasal dari kata dasar kharaja bererti keluar. • • • • Mawali atau Orang Ajam Orang bukan Arab. Terdiri dari kaum Parsi. Bilangannya tidak ramai kalau dibandingkan dengan zaman Bani Umayyah.

MASYARAKAT ISLAM DI SYAM Pengenalan Syam merupakan sebuah wilayah di Utara Semenanjung Tanah Arab yang penting merangkumi Palestine, Jordan dan Syria. Ia diduduki oleh bangsa Arab dan bukan Arab. Pengaruh Kristian juga kuat. Sebelum Islam, ia terletak di bawah Kerajaan Rom (Byzantine). Sejak dahulu lagi, orang Arab Badwi telah membuka beberapa petempatan dan kerajaan seperti Hims, Petra dan Palmyra di kawasan Syam. Kaum Arab di Syam terdiri daripada suku Kalb, suku Lakham dan suku Jurham. Selain itu, terdapat juga bangsa asing seperti Syrian, Yahudi dan Rom. Masyarakat Selepas Kedatangan Islam • Kebanyakan mereka mula memeluk Islam • Merupakan peyokong Khalifah Uthman dan Muawiyah yang selepasnya menjadi Gabenor Syam. • Di Jazirah (Mesopotamia) terdapat masalah - perbalahan antara kaum Qays dan Rabi'ah sejak zaman Khalifah Uthman. • Kaum Qais - pendatang lama • Kaum Rabi'ah - pendatang baru • Muawiyah menyelesaikan masalah ini secara muafakat • Tetapi selepas Muawiyah meninggal dunia - masalah perbalahan berlaku lagi

MASYARAKAT ISLAM DI MESIR Pengenalan Mesir adalah sebuah negeri tua yang diperintah oleh 30 buah Dinasti Firaun. Setelah itu diperintah oleh Iskandar Zulkarnain, setelah itu Ptolemys, Rom dan Islam. • • • • • • • • • Zaman Sebelum Islam Majoriti terdiri daripada kaum Qibti beragama Kristian Agama Kristian menjadi agama rasmi di Mesir pada 381 M Sebelum itu, penduduk Mesir menganut agama Buddha Agama Kristian terbahagi 2: Katolik dan Protestant Dua mazhab ini saling bergaduh sehingga akhirnya Rom mengambilalih Mesir (30 SM) Cukai tinggi - penduduk marah - membuka jalan kepada penguasaan Islam

77

Zaman Selepas Islam Bermula pada zaman Khalifah Umar al-Khattab Sejak itu, ramai bangsa Arab berhijrah ke situ Akhirnya, bangsa Arab menjadi majoriti dan bahasa Arab menjadi bahasa rasmi MASYARAKAT ISLAM ZAMAN BANI UMAYYAH Pengenalan Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufian pada tahun 661 M. Beliau daripada keturunan Bani Umayyah, bekas Gabenor Syam dan seorang pemimpin yang pintar dan mempunyai fikiran yang tajam. Penubuhan Kerajaan Bani Umayyah menyebabkan sistem pemerintahan demokrasi dan pemilihan Khalifah Islam berdasarkan Sistem Syura lenyap dan mewujudkan sistem pemerintahan monarki dan pemilihan Khalifah Umayyah berdasarkan sistem warisan. Kerajaan Bani Umayyah dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap kelahiran (661-705 M), zaman kemajuan dan pembangunan (705-724 M) dan zaman kehancuran (724-750 M). Pada zaman ini, masyarakat Islam terbahagi kepada golongan pemerintah, kaum Mawali, golongan Zimmi dan golongan hamba. Golongan Pemerintah Golongan pemerintah diterajui oleh keluarga dari Bani Umayyah. Nama ini diambil sempena nama ketua keluarga Umayyah Bin Abd Syams Bin Abdul Manaf Bin Qusay Bin Kilab dari keturunan Quraisy. Kerajaan ini diperintah oleh dua keluarga besar iaitu keluarga Abu Sufian (23 tahun) dan keluarga Marwan (68 tahun). Terdapat 3 orang Khalifah dari keluarga Abu Sufian iaitu Muawiyah Bin Abu Sufian (661-680), Yazid Bin Muawiyah (680-683) dan Muawiyah Bin Yazid (683). Bagi keluarga Marwan, terdapat 11 orang Khalifah dimana kumpulan pertama dimulakan oleh Marwan I Bin alHakam (684-685) dan diakhiri oleh Hisham Bin Abdul Malik (724-743). Khalifah bagi kumpulan kedua ialah al-Walid II bin Yazid, Yazid III Bin al-Walid, Ibrahim Bin al-Walid dan Marwan Bin Muhammad. Semasa keluarga Abu Sufian, masyarakat Islam aman dan stabil. Ketika keluarga Marwan mengambilalih pemerintahan, negara Islam tidak stabil dan kucar-kacir. Keadaan ini diselamatkan oleh Abdul Malik Bin Marwan. Dengan itu, Kerajaan Bani Umayyah mulai mengalami zaman kegemilangan. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah menegakkan semula sebuah komuniti Islam yang teguh tetapi penggantinya tidak berhati-hati, cuai dengan tanggungjawab menyebabkan usaha Umar disia-siakan. Sebahagian besar corak kehidupan Khalifah Kerajaan Bani Umayyah terikut dengan corak pemerintahan Kerajaan Byzantine dengan dikelilingi kemewahan dan hiburan. Perpecahan masyarakat ketara. Antara gerakan penentangan yang terkenal ialah gerakan Azariqah dan Najdiyah. Golongan Mawali Terdapat dua pandangan. Pandangan pertama - negatif. Ia disokong oleh J. Wellhausen, Goldziher dan Belyaev. Mereka berpendapat bahawa Mawali tidak mempunyai tempat dalam pemerintahan dan pentadbiran. Ia disebabkan pemerintahan Bani Umayyah berlandaskan semngat Asabiyah keturunan Arab. Oleh itu, orang Arab diberi keutamaan dalam semua perkara manakala kaum Mawali tidak dapat memegang jawatan penting dan tidka bebas bergerak. Dari segi ekonomi, mereka merupakan golongan berpendapatan rendah dan tidak menerima ganjaran atau sara hidup yang tetap dalam perkhidmatan ketenteraan. Dari segi sosial, golongan Mawali tidak boleh berkahwin dengan perempuan Arab. Pernah dikatakan bahawa golongan Mawali ini diperintah untuk balik ke Kufah bagi mengusahakan pertanian. Tangan dan kaki mereka dicop dengan nama kampung supaya dapat dikesan. Dari segi Agama, kaum Mawali tidka boleh solat bersama-sama kaum Arab sehinggalah beberapa buah masjid dibina khusus untuk Mawali. Mereka dikehendaki membayar jizyah (cukai perlindungan) walaupun beragama Islam. Pandangan kedua menghala ke positif. Dari segi pemerintahan dan pentadbiran, mereka dikatakan memainkan peranan penting. Mereka telah menjadi pegawai Jabatan Kewangan (Diwan al-Kharaj). Sebagai contoh, Maymun Bin Mihran menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Jazirah oleh Umar dan Ubaidullah Bin Barray menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Iraq oleh Muawiyah. Selain itu, mereka juga menjadi pegawai Jabatan Urusetia (Diwan al-Khattam) yang bertanggungjawab mengecap surat rasmi kerajaan. Kerja ini merupakan kerja yang sulit dan rahsia dan memerlukan orang ikhlas dan jujur serta amanah. Sebagai contoh, Junah (oleh Khalifah Abdul Malik), Syu'aib al-Sabi (oleh Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik), Amir Binal-Harith dan Qatan (oleh Khalifah Yazid Bin alWalid). Mereka juga pernah menjadi pegawai Jabatan Perhubungan Awam (Diwan al-Rasa'il) seperti al-Laith Abi Ruqayyah, Rusydayn dan Salim. Mereka juga berkhidmat sebagai pengawal dan penjaga istana. Tuganya ialah menjaga keselamatan istana dan

78
dibayar gaji setimpal dengan kerja yang dilakukan. Contohnya Abu Mukhriq dan Khalid Bin Dayyan. Rabah, Khalid, Safwan dan Jubayr pula menjadi Hajib yang bertugas menyoal siasat pengunjung istana sebelum masuk bertemu dengan Khalifah. Di Afrika Utara dan Maghribi, Abu al-Muhajir Dinar dan Yazid Bin Abu Muslim menjadi Gabenor wilayah. Dari segi ekonomi, mereka hidup kaya raya seperti Fairuz Husayn. Hal ini membuktikan bahawa bukan semua kaum Mawali hidup dalam kemiskinan. Dari segi ketenteraan, ia dimonopoli oleh orang Arab dan tiada jawatan yang diberi kepada kaum Mawali. Angkatan tenteranya diketuai oleh orang Arab Syria sama ada keturunan Yaman atau Qais. Bani tentera pembantu, ia terdiri daripada kaum Arab dan Mawali. Tentera Arab didaftar dan dibayar gaji manakala tentera Mawali berkhidmat sebagai tentera infanteri, tidak didaftar dan dibayar gaji. Gerakan Penentangan Bani Umayyah Gerakan Azariqah Gerakan ini dipimpin oleh Azraq Bin Nafi. Is muncul di Basrah pada 683 M berikutan dengan penyingkiran Ubaidullah Bin Ziyad dan kematian Khalifah Yazid I. Kemudiannya, gerakan ini berpindah ke Ahwaz dan Kirman dan berjaya memberi tentangan hebat kepada Ibn al-Zubayr. Jumlah tenteranya ialah 20,000 orang. Mereka berjaya menguasai Ahwaz, Fars, Kirman, Isfahan dan Tabaristan. Pemimpin yang lain bagi gerakan ini ialah Qatari Bin Fuja'ah. Doktrin kaum Azariqah ialah (1) orang yang berzina, derhaka kepada ibu bapa, membunuh dianggap kafir dan kekal dalam neraka; (2) menghukum kafir ke atas orang yang tidak menyertai Azariqah; dan (3) mengharuskan rampasan harta benda orang yang mengingkari mereka. Najaiyah Gerakan ini diasaskan oleh Najdah Bin Amir al-Hanafi. Ia muncul serentak dengan Gerakan Azariqah. Dari segi matlamatnya, ia sama dengan Azariqah iaitu menjatuhkan Bani Umayyah dan kuasa Ibn al-Zubayr. Pada permulaannya, gerakan ini bekerjasama dengan Azariqah tetapi disebabkan perbezaan ideologi, akhirnya berpecah. Perbezaan ini berlaku dimana Azariqah mengamalkan konsep isti'rad (menghalalkan darah sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka) dan Najdiyah menganggap ia terlampau. Golongan Najdiyah berpendapat bahawa mereka yang tidak sokong hanya boleh dikenakan kafir apabila mereka menentang. Najdiyah menubuhkan komuniti sendiri, mengamalkan al-Quran mengikut tafsiran mereka. Mereka tidak mewajibkan adanya Khalifah tetapi perlu mematuhi al-Quran. Mereka terdiri daripada kaum Badwi dan lebih bergiat dalam politik dan ketenteraan berbanding dengan teologi. Penentangan Kaum Syi'ah Penentangan bermula sejak zaman Muawiyah Bin Abu Sufian. Pembunuhan Husayn di Karbala menaikkan semangat mereka untuk menentang Muawiyah. Berikutan peristiwa karbala, wujud golongan al-Tawwabun pimpinan Sulayman Bin Surad al-Khuza'i (pengikut Khalifah Ali yang setia). Golongan ini berasa berdosa dan bertaubat kerana tidak mempertahankan Husayn dan bagi menebus dosa, mereka mesti berjuang dan berkorban bagi menentang Bani Umayyah. Perjuangan Syi'ah disambung baik oleh Mukhtar. Perjuangan al-Mukhtar berbeza dengan kaum Syi'ah kerana (a) orang pertama memperjuangkan hak dan kedudukan Muhamamd al-Hanafiyah. Sebelum itu, kaum Syi'ah memperjuangkan hak dan kedudukan Husayn; (b) orang pertama menonjolkan jawatan Wazir yang tidak pernah dilakukan oleh Syi'ah; (c) tindakannya tidak direstui oleh Muhammad al-Hanafiyah; dan (d) cuba memihak kaum Mawali menyebabkan kaum Syi'ah kecewa. Kaum Mawali menyokong al-Mukhtar kerana perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Bani Umayyah yang bersifat perkauman Arab. Al-Mukhtar telah mengambil kesempatan ini untuk memperkukuhkan kedudukannya. MASYARAKAT ISLAM ZAMAN ABBASIYAH Pengenalan Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. Pusat pemerintahannya di Kota Baghdad. Khalifah pertama Kerajaan Abbasiyah ialah al-Abbas al-Saffah. Kerajaan ini mengamalkan sistem berdasarkan sistem warisan. Kerajaan ini diperintah oleh 37 orang Khalifah dari tahun 750-1258 M. Kerajaan mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmum. Ciri-ciri Masyarakat Abbasiyah Semangat Fanatik Orang Arab Makin Luntur • Sebab: tampuk pemerintahan dipengaruhi oleh bangsa asing. • Ramai Khalifah beristeri berketurunan Parsi dan Turki. • Begitu juga bagi orang Arab yang lain - beristeri bangsa asing melalui sistem poligami, gundik atau hamba abdi. Kedudukan Kaum Wanita Dikawal ketat pada awalnya. Zaman berikutnya - mulai terlibat dalam urusan pentadbiran, contoh isteri Khalifah al-Mahdi, al-Khayzurum dan isteri Harun al-Rasyid, Zubaidah. • Adanya yang menyertai peperangan, mengetuai golongan penyair, terlibat dalam bidang intelektual dan kesenian. • Zaman akhir - kedudukan jatuh ke paras yang rendah - sebab: merebaknya sistem gundik yang berlebihan serta kealpaan yang mengikut hawa nafsu dan hidup yang lebih materialistik. • • • • • • Sistem Perhambaan Semakin meluas. Kebanyakan digunakan oleh Khalifah, Wazir dan pembesar bukan Islam. Diperolehi melalui paksaan atau tawaran perang atau dibeli. Kebanyakan keturunan Negro, Turki, Yunani, Slav, Armania dan Barbar.

• •

79
Hamba perempuan yang masih perawan dijadikan penyanyi, penari atau gundik.

Golongan Masyarakat 2 golongan utama: (a) golongan atasan - bangsawan, pembesar, panglima, sasterawan, sarjana, pelukis, saudagar, pemahat dan golongan pemahat yang lain; (b) golongan bawahan - petani, pengembala, penduduk Zimmi. • Orang Kristin diberi layanan baik - ada yang dilantik menjadi Wazir dan pegawai tinggi - dibenarkan menghantar pengembang agama ke China dan India. Sukan Berkembang pesat. Permainan catur diperkenalkan semasa Khalifah Harun al-Rasyid. Permainan lain: memanah, memburu, berlumba kuda, polo, melontar lembing. MASYARAKAT ISLAM DI CHINA Pengenalan Agama Islam disebarkan ke negeri China sejak abad ke-7 M. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap agama bangsa lain.

• • •

Cara Kemasukan Islam ke China Versi Pertama • Dibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib). • Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo. Versi Kedua • Semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei. • Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san. • • • • • Versi Ketiga Pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd. 630 M, beliau tiba di Canton. Menjalankan aktiviti dakwah di Chuan Chow, Chong Chow dan Canton. Sebuah masjid dibina di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se.

Hubungan Awal Arab-China Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung membantu Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi) melancarkan serangan balas terhadap tentera Islam di Khurasan - tetapi gagal. • Khalifah Uthman mengirim perwakilan - menyebutkan bantahan - Lalu, hubungan diplomatik diadakan. • Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke sebelah Barat negeri China, memasuki Sinkiang dan Kansu. • Utusan dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah disebarkan secara meluas di China. Perkembangan Islam di China Peringkat Awal • Terdiri daripada pendatang Arab dan Parsi. • Berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan. • Petempatan orang Arab: Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton). • • • • • Dinasti Tang (618 - 905 M) Mengikut catatan, sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam. 878 M, terdapat 120,000 orang asing - kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam. Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China.

Dinasti Sung (960 - 1279 M) Aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas. Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas - manarik ramai pedagang Islam. • Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China. Dinasti Yuan (1127 - 1368 M) Para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya. • Semasa Kublai Khan - 12 orang panglima beragama Islam. •

• • • • •

80
Abdul Rahman - pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara. Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya). Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam. Alauddin menjadi Wakil Panglima dan Ismail menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam. Jamaludin - tokoh sains dan astronomi Islam. Telah mencipta Wan-nien-li. Mengikut Ibn Battutah - setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton, jumlah orang Islam besar, terdiri daripada Arab, India, Parsi - disini terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di pinggir Canton dan Chang-an. Ulama besar: Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.

Dinasti Ming (1368 - 1644 M) Merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam. Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism. Maharaja pertama - Chu Yuan Chang - Maharaja Huang Chu. Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking. • Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya. • Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao. • Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini - Bukti: Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. • Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho dan sebagainya. • Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan - mereka dipanggil Han Hui. • Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan. • • • • Dinasti Ching (1644 - 1911 M) • Kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan China. • Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su, Yunnan dan Shensi menyebabkan 11 juta orang Islam terkorban. MASYARAKAT ISLAM DI INDIA Pengenalan Di kalangan masyarakat Arab, India dikenali sebagai Sind atau Hind. Sebelum kedatangan Islam, India telah pun mempunyai hubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Apabila Islam hadir, hubungan perdagangan antara India dan Arab masih diteruskan. Kawasan-kawasan pantai termasuk Lautan Hindi telah menjadi sasaran para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam. Perkembangan Awal Agama Islam di India Islam mula tiba di India pada kurun ke-7 M. 636-637 M, tentera Islam cuba menawan Thana - gagal. 634 M, tentera Islam menyerang India - dipimpin oleh Abdullah Bin Amir - berjaya menawan sebahagian besar Lembah Hind. • Zaman Muawiyah Bin Abu Sufian - menawan Kabul dan Lahore. • Zaman Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik - menembusi benteng pertahanan India. • 712 M, Muhammad Bin al-Qasim menawan Daibul dan meruntuhkan beberapa buah kuil Hindu dan Buddha dan mendirikan sebuah masjid. • Kemudian, beliau dilantik menjadi Gabenor wilayah Multan. • Ramai orang menyambut ketibaan tentera Islam seperti puak Jat dan Med. • Beliau (a) membebaskan orang yang tidak menentang atau tidak terlibat dalam perang; (b) menjamin keselamatan harta benda dan nyawa penduduk; (c) mengenakan jizyah terhadap bukan Islam; dan (d) menjamin tidak meruntuhkan kuil dan gereja kalau mematuhi pemerintahan Islam. • Ramai rakyat dari golongan Brahmin telah dilantik untuk menjawat jawatan tinggi. • Perkembangan Islam terbantut apabila Muhammad Bin al-Qasim diperintah pulang oleh Khalifah Bani Umayyah. • • • Kerajaan Ghaznawi Zaman Mahmud Ghaznawi, Punjab menjadi daerah Islam. Penaklukan Punjab menamatkan ancaman lanun terhadap pedagang Islam, menamatkan ancaman raja Hindu terhadap Kerajaan Bani Umayyah. • Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula kepada penduduk tempatan untuk meneruskan pemerintahan mereka. • Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan penting. Misalnya, Tilak seorang jeneral beragama Hindu dilantik sebagai pemerintah wilayah Punjab. • • • Kerajaan Ghori Muhammad al-Ghori menakluk semula wilayah yang membebaskan diri semasa Kerajaan Ghaznawi.

• • • •

81
Setiap wilayah ditinggalkan seorang wakil untuk memerintah mangikut lunas Islam. Pembesar Hindu tidak dibenarkan mengendalikan pentadbiran daerah. Setelah kemangkatan Muhammad al-Ghori - Kerajaan Ghori mulai berpecah-belah.

Kesultanan Delhi Terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Tughluq, Dinasti Khalji, Dinasti Lodi, Dinasti Suri, Dinasti Syeid - Delhi menjadi pusat pemerintahan. • Dinasti Mamluk diasaskan oleh Qutbuddin Aibek (bekas hamba Muhammad al-Ghori) - seorang yang tegas dan adil seorang pemurah (sehingga digelar Laksh-Baksh). • Dinasti Mamluk berakhir pada zaman Ghiyasuddin Balban - beliau berjaya membentuk dan membangunkan masyarakat bertamadun. • Alauddin Khilji - pemerintah terkenal Dinasti Khilji. • Baginda bercita-cita menakluki dunia seperti Iskandar Zulkarnain. • Mengenai projek ini - baginda memerintah agar perkataan Iskandar kedua ditulis pada mata wang negara. • Atas nasihat Allu Muluk, niatnya dihentikan - baginda dinasihati supaya memberi perhatian dalam pentadbiran negara, meneruskan usaha menewaskan raja Hindu yang belum tunduk kepada Delhi. • Atas nasihat ini, baginda mula (a) mengharamkan penjualan minuman keras; (b) mengawal perkahwinan antara pembesar; (c) mengharamkan perhimpunan pembesar tanpa kebenaran Wazir; dan (d) memaksa memulangkan cukai yang dikutip kepada penduduk terhadap Zamindar. • Pada zaman ini, kegiatan perdagangan dijalankan di kawasan Teluk Benggala sehingga Pergunungan Kabul dan dari Tulingana ke Kashmir. Kerajaan Moghul Akbar • Pemerintah ke-3 Kerajaan Moghul. • Seorang yang mengamalkan dasar liberal. • Beliau (a) mengasingkan hal ehwal pentadbiran dengan agama; (b) menghapuskan perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa; (c) semua rakyat diberi hak sama rata sama ada menganut Islam atau tidak; dan (d) amalan perhambaan dihapuskan mendapat sokongan politik daripada semua rakyat. • Beliau menggalakkan perkahwinan politik di antara kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu, misalnya baginda sendiri mengahwini puteri Raja Rajputna - mereka masing-masing boleh mengamalkan agama asal setelah berkahwin. • Semua rakyat dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan, misalnya Todal Mal menjadi panglima dan bendahari; Man Singh menjadi panglima juga dan gabenor. • Baginda berusaha segera menghapuskan pemerontakan yang boleh mengapikan isu perkauman dan keagamaan. • Bahasa Arab - bahasa agama. • Bahasa Turki - untuk bangsawan • Bahasa Parsi - bahasa istana dan kesusasteraan • Bahasa lain seperti Urdu (gabungan Arab, Parsi dan Hindi) dipopularkan. • Kolej dan sekolah ditubuhkan - kurikulum pendidikan digubal. • Rakyat miskin diberi pendidikan percuma. • Undang-undang digubal bagi membolehkan orang bukan Islam memasuki sekolah khas untuk orang Islam. • Pendidikan wanita juga diberi perhatian. • Undang-undang perkahwinan diperkenalkan (a) umur berkahwin - lelaki 16 keatas dan perempuan 14 keatas; (b) perkahwinan mesti dilangsungkan atas persetujuan kedua-dua mempelai; (c) mahar yang tinggi dilarang; dan (d) perkahwinan poligami dilarang (berkahwin campur digalakkan dalam masyarakat majmuk). • Baginda melarang adat sati, tidak menggalakkan para janda berkahwin lagi dan melarang berkhatan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. • Dari segi agama, semua rakyat bebas beragama, agama bukan ukuran kedudukan. • Baginda juga memperkenalkan agama baru - Din Illahi (1581 M). • Din Illahi - gabungan Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster. Melakukan pemujaan Tuhan dari semua agama utama di India. Ciri-ciri: (a) sebutkan Allahu-akbar dan jalla jalaluh ketika bertemu dengan rakan; (b) jamuan mengingati arwah yang mati sekali seumur hidup; (c) menahan diri memakan daging; (d) tidak menaiki kenderaan sesama tukang sembelih, nelayan atau penangkap burung; (e) tidak boleh mengadakan hubungan jenis dengan wanita hamil, tua, mandul, gadis bawah umur; (f) tidak boleh berkelakuan mengikut hawa nafsu; dan (g) dilarang menyalahguna kuasa, tipu, mengumpat, berlaku zalim, memeras ugut, bermegah diri. • Usaha Akbar mempopularkan agama Din Illahi telah menjejaskan perkembangan Islam. Contoh: hari beribadat ditetapkan pada hari Ahab sahaja, jizyah terhadap orang bulan Islam turut dihapuskan. • Akbar turut menghapuskan kira-kira 80 jenis cukai bagi meringankan golongan miskin, antaranya cukai pasar, cukai tanah dan sebagainya. • Baginda telah memberi bantuan kepada mangsa kemarau. • Bagi mengatasi pengemis, pusat orang miskin didirikan di Khaipura (Islam) dan Pharmapura (Hindu). • Kalendar Islam turut dihapuskan.

82
Aurangzeb • Baginda cuba mengembalikan kedaulatan umat Islam. • Dari segi sosial, banyak surau dan masjid dibina bagi menggalakkan solat berjemaah, orang Islam dibenarkan berkahwin secara poligami, orang Islam dibenar menyembelih lembu dan orang bukan Islam dikenakan jizyah. • Dari segi politik, orang bukan Islam dihadkan memegang jawatan penting. • Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian digalakkan. MASYARAKAT ISAM DI EROPAH Pengenalan Masyarakat Islam Sepanyol (Andalus) mewakili masyarakat Islam Eropah kerana di situlah terdapatnya Masyarakat Islam di benua Eropah. Terdapat pelbagai kaum di sini seperti Barbar, Arab, Muwalladun dan Mozarab. Selain masyarakat Islam Sepanyol, masyarakat Islam Sicily juga penting peranannya di benua Eropah. Kaum di Masyarakat Islam Sepanyol Barbar • Kebanyakan beragama Islam dan bukan kaum berpindah-randah • Majoritinya tinggal di desa bekerja sebagai buruh dan petani • Hanya sedikit yang tinggal di bandar bekerja sebagai tukang tangan • Nenek moyang mereka merupakan pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol • Mereka datang ke Sepanyol kerana mencari penghidupan baru • Mereka bergabung dengan orang Arab bagi menghadapi penentangan orang Kristian Arab • Bilangannya kecil tetapi berpengaruh kerana merupakan golongan pemerintah • Pengaruhnya tersebar dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban • Memiliki ladang-ladang besar dengan hasil yang lumayan • Pada mulanya, kaum Mawali bertuankan Arab • Selepas itu, puak Mawali telah berasimilasi dengan orang Arab dan bersemangat Arab Muwalladun Kaum Muslimin dari keturunan bangsa Sepanyol Lebih ramai daripada kaum Arab Dengan perkahwinan dengan kaum Arab, permisahan antara mereka lama makin lenyap sehingga ada yang mengaku keturunan Arab • Faktor mendorong bangsa Sepanyol memeluk Islam ialah perasaan bangga terhadap agama baru yang dianuti • • • Mozarab Orang Kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam Tinggal di luar bandar dan bandar Bertutur mengikut loghat Rom Bagi yang terpelajar: boleh menulis dan bertutur Bahasa Arab dengan baik Ada di antara mereka sangat terpesona dengan kebudayaan Islam manakala ada yang begitu fanatik terhadap bangsa dan agama mereka • Bagi golongan yang bergitu fanatik terhadap bangsanya, mereka menyokong gerakan yang dilancarkan oleh Ibn Hafsun yang dikatakan beragama Islam dan cuba memperjuangkan kepentingan bangsa Sepanyol. Ada juga yang berhijrah ke negeri Kristian di Utara Sepanyol. • • • • • • • • Yahudi dan Hamba Puak Yahudi tidak ramai - mempunyai sumbangan dalam bidang intelektual Hamba terdiri daripada dua iaitu puak Negro dan puak Saqalibah (Slav) termasuk puak Frank dan Utara Sepanyol Puak Saqalibah sangat berpengaruh dan bilangannya ramai - berkhidmat di istana dan menjadi tentera upahan - menjad berpengaruh dalam politik selepas memeluk Islam

Perkembangan Masyarakat Islam di Sepanyol Pemerintahan Muluk al-Tawa'if (raja-raja puak) terbahagi kepada 3 puak besar - Barbar, Saqalibah dan lain-lain (bangsa Arab dan Sepanyol) • Setiap puak mementingkan kepentingan sendiri sahaja • Mereka mengamalkan dasar agresif yang mengorbankan jiran tetangga • Matlamat mereka: mencapai kemenangan walaupun dibantu oleh puak Kristian • Perpecahan ini memberi peluang kepada orang Kristian di Utara untuk mengukuhkan kedudukan mereka • Kini, Kerajaan Muluk al-Tawa'if yang membayar ufti kepada orang Kristian • Semasa Alfonso IV, baginda menerima ufti dari pemimpin Muluk al-Tawa'if seperti Seville. • 1085 M, Toledo jatuh ke tangan Alfonso IV - kemudian menjadi tapak kuat tentera Kristian bagi melancarkan gerakan Reconquista, penawanan semula Sepanyol oleh orang Kristian •

83
Kaum di Masyarakat Islam Sicily Arab Golongan elit - mereka menganggap golongan lain sebagai masyarakat kelas kedua • • • Barbar Kaum majoriti - berasal dari keturunan Barbar yang tinggal di Afrika Utara Sering diperalatkan oleh Kaum Arab Kebanyakan menganut Mazhab Maliki Penduduk Tempatan Menyamai golongan Muwalladun di Sepanyol • Perkembangan Masyarakat Islam di Sicily Semasa zaman Fatimiyah, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val di Mazara manakala orang Kristian tertumpu ke kawasan Val Demone • Semasa zaman pemerintahan Bani Kalb, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val Demone yang majoriti penduduknya beragama Kristian • Pihak pemerintah Bani Kalb cuba menyebarkan agama Islam di Val Demone tetapi kurang berjaya • Penduduk Islam pada zaman Bani Kalb semakin bertambah dengan penghijrahan penduduk Islam dari Afrika Utara • Sebab penghijrhan: kedudukan ekonomi, wabak penyakit pada tahun 1004-1005 M yang merebak di Tunisia (Ifriqiya) • Pada zaman Bani Kalb, pengaruh Mazhab Sunni lebih menonjol - banyak kitab teologi mazhab Sunni dihasilkan • Bagi pemerintah Bani Kalb, mereka dikatakan menganut Mazhab Syi'ah MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA Pengenalan Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kepercayaan mereka diselaputi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha. Selepas kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat meninggalkan amalan awal mereka. Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan seharian mereka yang membawa unsur HinduBuddha.

Masyarakat Islam di Melaka Terdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya. Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka - memainkan peranan penting dalam politik, ekonomi dan sosial. • Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa lingua franca. • • Pengelasan Masyarakat Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan. Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada. Kelas pemerintah: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai gelaran Sultan atau Yang Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat - bergantung kepada kekuatan rohaniyah dan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'. • Kelas diperintah: Rakyat dan hamba. • Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang. • • • • • • • • • • • • Hukuman Setiap golongn itu adalah berbeza. Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka. Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undang-undang untuk golongan merdeka. Demografi Penduduk Raja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi keselamatan dan pertahanan. Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan. Rakyat - kaki bukit. Orang laut - tepi pantai atau sungai.

Sistem Masyarakat Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung. Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin luas bidang kuasa dan boleh juga terlepas dari hukuman. • Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. Sebagai contoh, dalam istana menjunjung duli, menteri dan pembesar didahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan seterusnya. Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku oleh pembesar dan rakyat. • Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka.

• • •

84
Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan kata-kata raja menjadi undang-undang tanpa banyak budi bicara. Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan akan menerima padah seperti hukuman bunuh. Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya - semakin tinggi kedudukannya, semakin besar peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.

• • •

Adat-istiadat dan Peraturan Bercanggah dengan ajaran Islam. Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan oleh ketakwaan dan amal salihnya dan bukannya keturunan. Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, hukuman rejam kerana berzina, potong tangan kerana mencuri. • Adat-istiadat yang berunsur Islam juga dipraktiskan, contohnya menyambut bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan sebagainya.

Masyarakat Islam di Filipina Masyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai masyarakat Moro. Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu. (abad ke-13, Tuan Mashaika dan Tuan Maqbalu; 1380 - Karim al Makhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu didirikan - raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja Baguinda mangkat, Abu Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini, Islam tersebar ke Maguindanao (Mindanao) pada 1460 M hasil dakwahan Sharif Awliya dan Sharif Maraja. • 1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor) berkahwin dengan Tonina, Puteri Cotabato - bermulanya sejarah kesultanan Islam di Filipina. • Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan. • Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan Sepanyol - kerajaan ini runtuh. • Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat. • Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan dibuat ke atas Mindanao. Sejak itu, peperangan sering berlaku antara orang Islam dan Sepanyol. • • Masyarakat Islam di Pattani Islam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11 M. Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan memeluk Islam. 1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran Sultan Ismail Syah - sejak itu, agama Islam tersebar luas. Pattani yang dimaksudkan termasuk Naratiwath, Yala dan sebahagian Songkhla - namanya diambil daripada nama Pak Tani. • Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu. • • • • Masyarakat Islam di Jawa Tarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan. Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam datang ke Jawa melalui pedagang-pedagang - mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan dan mengembangkan agama ini melalui perkahwinan. • Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa oleh Maulana Malik Ibrahim. • Beliau datang ke Jawa pada 1416 M. • Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan. • Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan kesaktian yang tiada tandingan. • Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam. • Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk dalam wayang kulit, gamelan dan sebagainya. • •

85

Sejarah Malaysia
Sistem Beraja Pengenalan Institusi beraja di Tanah Melayu di kesan seawall abad ke-15 iaitu semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka. Pada masa ini, mereka mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Sistem ini menerima pengaruh yang amat kuat dari India dan agama HinduBuddha. Mengikut sistem ini, raja merupakan seorang ketua negara dan baginda dibantu oleh golongan pembesar. Sistem pemerintahan beraja Kerajaan Melayu Melaka ini kemudian diwarisi oleh negeri-negeri Malayu yang lain seperti Johor, Perak, Pahang dan Terengganu. Konsep Raja Melayu 1. Dewa raja Dalam sistem beraja, raja itu dianggap sebagai dewa raja. Baginda disifatkan sebagai seorang yang mulia dan berkebolehan dalam pelbagai bidang. Menurut Sejarah Melayu, raja dianggap sebagai wakil Tuhan di bumi atau Zul-Illahi fil-alam. Menurut Adat Raja-raja Melayu dan Undang-undang Melaka pula, raja dianggap sebagai “Khalifah Allah di Dunia”. Raja juga dianggap sebagai seseorang yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan rakyat dan Tuhan. Kepercayaan ini menyebabkan raja itu wajib disembah. 2. Mulia Raja dianggap sebagai seorang yang mulia. Keadaan ini dapat dilihat dari segi pentadbiran. Raja dianggap sebagai ketua kerajaan di mana semua keputusan yang hendak diambil perlu disahkan oleh baginda. Baginda berkuasa untuk melakukan apa sahaja mengikut budi bicaranya. Kekuasaannya bukan sahaja meliputi bidang pentadbiran tetapi juga soal ekonomi, agama dan peradatan orang Melayu. Kata-kata baginda adalah muktamat dan menjadi undang-undang. Di sini dapat kita membuat kesimpulan bahawa raja sebagai seorang ketua kerajaan, merupakan kuasa tertinggi dengan budi pekerti yang mulia. 3. Kuasa mutlak Dalam pemerintahan, raja itu berkuasa mutlak. Raja berkuasa mutlak bermakna bahawa semua undang-undang yang dibuat bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya, rakyat tidak dibenarkan mempersoalkan segala undang-undang yang dibuat oleh baginda. Baginda juga berkuasa penuh ke atas semua aspek dalam kerajaan seperti memegang jawatan penting dan menjatuhkan hukuman mati. Selain itu, baginda juga boleh melantik sesiapa sahaja yang akan menjadi pembesar. Walaupun baginda berkuasa mutlak tetapi baginda masih tidak boleh memerintah sesuka hati. Dalam Sejarah Melayu menasihatkan : “Raja-raja itu jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun, jikalau tiada muafakat dengan segala pegawai, tiada akan sentosa kerajaannya; kerana raja-raja itu umpama api, segala menteri itu umpamanya kayu, kerana api itu tidak akan nyala, jikaalau tiada kayu…” 4. Daulat Daulat dikatakan berasal daripada perkataan Arab, “daulah” yang bermaksud “negeri”. Walau bagaimanapun, daulat bermaksud kesucian seseorang raja dan bagi masyarakat melayu, konsep ini menjadi batas pemisah antara raja dengan rakyat biasa. Konsep ini juga merupakan unsur asas kepada kekuasaan dan keagungan seseorang raja dan kerajaannya. Di Tanah Melayu, telah banyak berlaku kes yang membabitkan persoalan daulat ini. 5. Derhaka Konsep derhaka ini seiring dengan konsep daulat. Dalam konsep ini, seseorang yang melanggar konsep daulat didapati menderhaka kepada sultan atau raja dan akan ditimpa tulah. Kepercayaan yang begini terus diperturun sejak zaman berzaman. Sebenarnya, konsep ini dibiuat semata-mata untuk meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Golongan ini akan dipandang mulia dan disanjung sebagai seorang yang sakral. 6. Hak istimewa Raja-raja Melayu ini mempunyai hak-hak istimewa dan hak ini tidak boleh digunakan oleh rakyat. Contohnya, warna kuning merupakan warna diraja dan hanya boleh digunakan oleh raja dan keluarga raja. Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepi tabir dan tilam. Rakyat adalah dilarang menggunakan kain berwarna kuning kecuali untuk baju dan destar. Selain itu, paying putih adalah khas untuk sultan yang memerintah dan paying kuning adalah khas bagi anak raja. Penggunaan bahasa dalaman seperti santap, gering dan beta juga dilarang sekali terhadap rakyat jelata. Hanya golongan diraja sahaja berhak menggunakannya. 7. Lambang kebesaran Sejak dahulukala, sultan adalah lambang kebesaran tetapi baginda merasakan kedudukan sultan sebagai pucuk kerajaan bergantung kepada alat-alat kebesaran yang dimilikinya. Alat-alat kebesaran ini ialah cop mohor, keris, payung, kendi, lembing, tombak dan sebagainya. Alat kebesaran ini yang akan membezakan hak istimewa sultan daripada pembesarnya. Contohnya, cop mohor yang melambangkan kuasa sultan yang memerintah digunakan dalam surat-menyurat rasmi untuk menunjukkan pengesahan kuasa dan arahan daripada kerajaan. Nama raja yang memerintah terukir dalam cop mohor ini. Dengan cop mohor ini, baginda dapat melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran. Struktur sultan dan raja 1. Perak Di negeri Perak, raja yang memerintah dipanggil sultan. Pengganti yang akan menaiki takhta adalah secara bergilir-gilir di antara 3 ketua keluarga iaitu apabila sultan mangkat, Raja Muda menjadi Sultan, Raja Bendahara pula menjadi Raja Muda, Raja Dihilir menjadi Raja Bendahara dan putera sulung sultan menjadi Raja Dihilir. 2. Negeri Sembilan Di Negeri Sembilan, raja yang memerintah dipanggil Yang Dipertuan Besar. Sistem politik yang diamalkan dipengaruhi oleh adat perpatih. Baginda dilantik oleh 4 orang Undang atau Penghulu yang menjadi ketua Luak, iaitu Undang Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu.

86
Negeri-negeri Melayu yang lain Sistem pemerintahan yang diamalkan dipengaruhi oleh adat temegung. Raja yang memerintah digelar sultan kecuali negeri Perlis dimana dikenali sebagai Raja. Apabila sultan yang memerintah mangkat, baginda akan diganti oleh putera baginda yang sulung yang masih hidup. Peranan sultan dan raja 1. Sebelum kehadiran British, Sultan bertanggungjawab sebagai : a. Ketua kerajaan dan bertanggungjawab terhadap aspek pentadbiran. b. Wajib mengekalkan keamanan dan kesejahteraan wilayah. c. Merupakan seorang ketua tentera danpenjaga undang-undang dalam negeri. d. Mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang banyak. e. Melantik sesiapa sahaja untuk menyandang jawatan Bendahara, Menteri atau Orang-orang Besar. f. Menjatuhkan hukuman bunuh terhadap orang-orang yang didapati menderhaka. g. Melantik penggantinya sendiri iaitu di kalangan putera-putera. 2. Selepas kehadiran British, kuasa seseorang sultan dikurangkan. Peranan baginda diambil alih oleh Residen. a. Di bawah sistem Residen, Residen merupakan kuasa tertinggi dalam pemerintahan. Sultan kehilangan kuasa pentadbirannya. Majlis Sultan diganti dengan Majlis Negeri tetapi semua keputusan dalam majlis itu dibuat oleh Residen. b. Menjadi ketua agama Islam atau mengenai adat-istiadat orang Melayu. c. Melantik waris-waris, Permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja. d. Membuat peraturan mengenai balai diraja dan istana. e. Merupakan pihak yang penting bagi menyatupadukan rakyat. Sistem Pembesar Pengenalan Sistem pembesar merupakan sebahagian daripada struktur pemerintahan Tanah Melayu pada abad ke-19. Seperti juga sistem beraja, sistem ini berasaskan kepada sistem pembesar Kesultanan Melayu Melaka. Pembesar Empat Lipatan yang terdapat di Kesultanan Melayu Melaka diamalkan di hampir semua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan, tetapi gelaran pembesarnya berbeza-beza di antara satu sama lain. Selepas kedatangan British, sistem pembesar ini mengalami penjejasan. Struktur sistem pembesar Pada dasarnya, struktur pembesar yang utama di Tanah Melayu ialah seperti berikut : Bendahara → Laksamana → Temanggung → Penghulu Bendahari. Walau bagaimanapun, terdapat juga pembesar yang bertugas sebagai penguasa sesuatu kawasan jika kawasan pentadbiran sesebuah negeri itu luas. Seseorang pembesar itu boleh jadi menguasai sesuatu kawasan yang luas yang mungkin terdiri daripada beberapa buah kampung atau lembah. Perlantikan beliau dilakukan olah Sultan melalui sepucuk surat tauliah dan sebilah pedang sebagai lambing jawatannya. Dan ketua-ketua kampung ini adalah bertanggungjawab kepada pembesar itu. 1. Kedah Di negeri Kedah terdapat seorang pembesar Raja Bendahara yang lebih tinggi tarafnya daripada Menteri Berempat dan gelarannya ialah Seri Paduka Maharaja Sura. Menteri Berempat pula terdiri daripada Seri Paduka Raja Laksamana, Seri Maharaja Anggota Desa dan Seri Maharaja Putera Dewa. Selain itu, terdapat seorang Syahbandar yang tergolong dalam pembesar enam belas. 2. Pahang Di Pahang, Orang Besar Berempat ialah Orang Kaya Maharaja Indera Perba, Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Indera Pahlawan dan Orang Kaya Indera Syahbandar. Orang Besar Berempat ini diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir. Pembesar pertama berkuasa di Tanjung Lindung, pembesar kedua di Temerloh, pembesar ketiga di Bera ke Kuala Luit dan pembesar keempat di Luit ke Bebar. 3. Perak Orang Besar Berempat juga dikenal sebagai Orang Empat di Balai. Mereka ialah Bendahara, Orang Kaya Besar Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Orang Besar Delapan pula terdiri daripada Maharajalela, Syahbandar, Laksamana, Imam Paduka Tuan, Sri Amar Diraja, Sri Adika Raja, Panglima Kinta dan Panglima Bukit Gantang. Orang Besar Enambelas memakai gelaran Maharaja, Paduka dan Sri. 4. Negeri Sembilan Ketua pemerintah memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Di bawahnya ialah 4 orang Undang yang merupakan ketua daerah yang dipanggil Luak. Terdapat 4 Luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Di bawah Undang, Lembaga merupakan ketua bagi setiap suku anggota masyarakat. Di bawah Lembaga ialah Buapak, iaitu gabungan perkataan ibu dan bapak. 5. Kelantan Terdapat 7 orang di peringkat pusat, iaitu Raja Bendahara Banggol, Raja Kampung Laut, Raja Bukit Panar, Tengku Kota, Tengku Aria Pahlawan, Dato’ Kaya Hulubalang Kaduk dan Dato’ Panglima Perang Londang. Peranan pembesar 1. Menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran Pada zaman ini, pembesar berempat akan diberi kawasan tadbiran. Pembesar ini bertanggungjawab menjaga kawasan yang diberi oleh sultan dan berusaha mengekalkan keamanan kawasan ini. Beliau juga bertanggungjawab menasihati anak buahnya supaya sentiasa taat setia terhadap sultan. 2. Memastikan jentera pentadbiran negeri dijalankan dengan berkesan Tugas seseorang pembesar adalah untuk membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri. Keadaan ini dapat dibuktikan malalui Kelantan di mana Sultan Muhammad I telah melantik 7 orang pembesar untuk membantu baginda dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri. Pembesar-pembesar ini akan membentuk satu Jemaah Menteri. Setiap pembesar 3.

87
bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Secara tidak langsung, jentera pentadbiran negeri akan dapat dijalankan dengan berkesan kerana kerja pemerintahan telah dibahagikan kepada setiap pembesar dan bukan terkumpul dalam tangan seseorang raja atau sultan. 3. Mengerah tenaga tentera Mengikut sistem serah dan kerah, rakyat jelata bekerja untuk raja atau kerajaan merupakan suatu kewajipan khasnya dalam menjaga keselamatan negeri, memperbaiki istana dan sebagainya tanpa menerima bayaran. Dari sini, pembesar akan menolong sultan untuk mengerah tenaga tentera ketika menghadapi ancaman dari luar atau dalam dan menyerahkannya kepada sultan. Sebahagian daripada tentera itu akan digunakan oleh para pembesar untuk menjaga kawasan pentadbirannya supaya keamanan dapat dikekalkan selalu. 4. Melaksanakan istiadat menjunjung duli Mengikut Kamus Dewan, menjunjung duli bermaksud memberi khidmat kepada raja. Ini bermaksud, seseorang pembesar haruslah sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada raja. Contohnya, semasa sultan hendak berangkat daripada suatu tempat ke tempat lain, Temenggung akan duduk di hadapan gajah dan Laksamana pula akan duduk di belakang gajah. Ini merupakan sebahagian daripada istiadat menjunjung duli yang harus dilakukan oleh seseorang pembesar. 5. Menasihati sultan dalam segala hal Para pembesar telah membentuk Majlis Penasihat Sultan bagi membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sultan akan mengemukakan pendapat baginda dan pembesar akan menasihati baginda sekiranya pendapat sultan mempunyai kelemahan. Cadangan juga akan dikemukakan oleh para pembesar terhadap sultan supaya suatu keputusan yang sempurna dapat dicapai dan diperolehi. 6. Menyelaraskan semua istiadat dalam istana Dalam istana, setiap pembesar mempunyai tugasan tertentu dalam menyelaraskan istiadat dalam istana. Contohnya, semasa Kerajaan Melayu Melaka, Bendahara akan menjadi ketua adat-istiadat serta penjaga alat kebesaran raja. Penghulu Bendahari pula bertanggungjawab menyediakan balai rong seri serta hidangan makanan dan memastikan segala upacara rasmi berjalan lancar. Selain itu, Temenggung akan bertugas dalam urusan jamuan di raja termasuk mengatur dan menentukan orang yang bertugas ketika upacara rasmi. 7. Memungut cukai Setiap orang pembesar akan diberikan kawasan tertentu yang menjadi kawasan pentadbiran, misalnya di Kerajaan Pahang, Orang Kaya Maharaja Indera Perba bertanggungjawab mentadbir kawasan Tanjung Lindung. Pembesar ini akan memungut cukai daripada anak buahnya selain daripada menjaga keamanan kawasan tersebut. Pembesar ini akan melantik penghulu atau penggawa di setiap kampung. Penghulu inilah yang bertanggungjawab mengutip cukai dari kalangan anak buahnya. Penghulu ini tidak diberi gaji tetapi sebahagian daripada hasil cukai akan diberi kepadanya. 8. Serah ufti/cukai Sudah diketahui bahawa pembesar utama akan diberi kawasan pentadbiran dan pembesar berhak memungut cukai daripada anak buahnya. Ini tidak bermaksud semua cukai yang dikutip merupakan kepunyaannya, tetapi disebaliknya, sebahagian daripada cukai yang dikutip ini akan diserah kepada sultan bagi menunjukkan kesetiaannya terhadap sultan yang memerintah. 9. Menyediakan tenaga buruh Bagi masyarakat Melayu lama, adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap rakyat untuk bekerja bagi pihak sultan untuk membina istana atau bangunan lain tanpa menerima apa-apa ganjaran. Di sini, pembesar akan mengerah tenaga buruh daripada kawasan pentadbirannya dan diserahkan kepada sultan. Sistem ini juga dipanggil sistem kerah dan serah. Tanpa pembesar, sultan tidak akan dapat memperolehi tenaga buruh untuk bekerja bagi pihaknya. 10. Menjaga keadilan Pembesar bertanggungjawab menjatuhkan hukuman terhadap orang yang melakukan kesalahan. Hukuman yang boleh diambil oleh beliau tidak termasuk hukuman mati. Hukuman mati hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat keizinan daripada sultan. Dari sini, jelaslah kita lihat pembesar ini bertangguyngjawab menjaga keadilan sosial melalui undang-undang bertulis, undangundang tidak bertulis, contohnya hokum syarak. 11. Menjadi perantaraan antara raja dengan rakyat Pembesar mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan rakyat jelata khasnya di kawasan pentadbirannya. Beliaulah yang menjadi perantaraan di antara raja dan rakyat dimana semua titah perintah sultan akan disampaikan oleh pembesar kepada rakyat jelata. Di sebaliknya, pembesar akan menyampaikan ketidakpuasan rakyat jelata terhadap sesuatu kepada sultan supaya langkah yang berkaitan dapat diambil. Pembesar dan peranannya di Sabah dan Sarawak 1. Pada abad ke-18 dan ke-19, Sarawak dan kawasan barat Sabah telah dikuasai oleh Kerajaan Brunei. Sultan Brunei telah melantik pembesar-pembesar tempatan untuk mentadbir Sarawak. Mereka ialah Datu Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar. 2. Setiap pembesar mempunyai tugasannya yang tertentu : a. Datu Patinggi – mengutip dan menyerahkan hasil kepada Kerajaan Brunei sebagai ufti. b. Datu Temenggung – mengawal keselamatan. c. Datu Bandar – menyelenggarakan hal-ehwal perdagangan seluruh kawasan. 3. Di bawah Pemerintahan Brooke (1841-1941) : a. Pembesar tempatan dilantik sebagai penasihat kanan dalam pentadbirannya digelar Pegawai Anak Negeri. b. Berperanan membantu Residen Inggeris apabila Sarawak dibahagikan kepada 5 bahagian. c. Pembesar ini bertugas untuk menasihati residen, mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi ketenteraan d. Di peringkat kempung, ketua penduduk tradisi mengekalkan peranturan, menyelesaikan pergaduhan dan memungut cukai. 4. Di Sabah, sehingga tahun 1881, bahagian utara dan timur Sabah dikuasai oleh Kesultanan Sulu dan ditadbir oleh pembesar Sulu yang digelar Datu. 5. Jawatan Ketua Anak Negeri diperkenalkan di peringkat Daerah untuk membantu Pegawai Daerah berbangsa Eropah, hasilnya : a. Peranan pembesar diperluaskan dengan penubuhan Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri pada tahun 1915.

88
b. Di peringkat kampung, ketua kampung yang bergelar Orang Tua dilantik untuk menjaga hal pentadbiran kampung. c. Mahkamah Anak Negeri yang wujud secara tradisional di kalangan penduduk pribumi Sabah dikekalkan. Mahkamah ini diketuai oleh seorang Ketua Anak Negeri yang berfungsi sebagai hakim tempatan. Hukum Adat Pengenalan Adat secara umumnya merupakan kebiasaan yang diamalkan oleh satu-satu masyarakat dan sesiapa yang keluar daripada norma tersebut akan dianggap sebagai melanggar adat. Kebanyakan aspek peradatan ini adalh diwarisi secara turun-temurun. Di Tanah Melayu, sebenarnya tidak banyak bezanya. Apa yang jelas dilihat hanya dua sistem iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Selain itu, terdapat juga adat-adat khusus lain seperti adat perkahwinan, adat pertabalan raja, adat bersalin dan sebagainya. Adat Perpatih 1. Latar belakang Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning oleh orang Minangkabau. Adat Perpatih dibawa oleh orang Minangkabau dari Tanah Tinggi Padang, Sumatera ke Negeri Sembilan pada abad ke-17. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Sumatera dengan nyanyian “Asal Usul Adat Perpatih”. Semua undang-undang Adat Perpatih kecuali undang-undang Sungai Ujong diwarisi secara turun-temurun. 2. Ciri-ciri a. Lebih mengutamakan golongan perempuan Adat Perpatih lebih mengutamakan golongan perempuan. Hal ini dapat dilihat dalam soal-soal pembahagian harta benda dan jurai keturunan. Ini bukan bermakna lelaki lebih rendah tarafnya daripada perempuan tetapi mereka lebih suka mengembara atau merantau untuk mencari penghidupan baru yang lebih baik. Maka, golongan wanita mesti dibekalkan dengan harta benda sebagai nafkah. Selain itu, selepas berkahwin, orang lelaki mesti meninggalkan kaumnya dan mengikut kaum isterinya. Walaupun adat ini mengutamakan golongan perempuan, tetapi dari segi pentadbiran, lelaki merupakan pemegang tampuk pemerintah tertinggi seperti jawatan Yamtuan Besar. b. Undang-undang bersifat pemulihan Undang-undang tidak disimpan atau dimaktubkan dalam bentuk rekod bertulis tetapi berbentuk bidalan, peribahasa, pantun dan sebagainya. Dari segi sifatnya, undang-undang jenayah adalah lebihbertimbang rasa, berperikemanusiaan dan bersifat pemulihan. Seorang yang membuat kesalahan akan didenda mengikut kesalahannya. Mangsa akan diberi ganti rugi. Contohnya, jika seseorang itu dilukakan dia akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada besarnya luka itu. Adat ini percaya bahawa orang yang melakukan jenayah boleh mengubah perangai mereka. c. Mempunyai unsur-unsur demokrasi Adat Perpatih adalah bercorak demokrasi, iaitu orang ramai dilindungi oleh undang-undang dan pemerintah sendiri juga mesti mengikut undang-undang dan tidak boleh berbuat sesuka hati. Dalam bidang pentadbiran, kuasa pemerintah dibahagikan di antara pemerintah, Undang, Lembaga, Buapak dan orang ramai. Ini bermaksud, orang ramai memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar. Adat Temenggung 1. Latar belakang Adat Temenggung diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat Temenggung disusun oleh Datuk Ketemenggungan, iaitu abang tiri Datuk Perpatih Nan Sebatang di Palembang. Adat ini dibawa masuk ke Melaka pada awal abad ke15. Dari Melaka, Adat Temenggung disebar ke negeri-negeri Melayu yang lain dengan perkembangan Empayar Melaka. 2. Ciri-ciri a. Lebih mementingkan lelaki Adat Temenggung mengiktirafkan lelaki menjadi ketua keluarga. Maka, adat ini dikatakan lebih mementingkan pihak lelaki. Dalam hal perwarisan harta, lelaki yang mewarisi harta iaitu dari ayah kepada anak lelaki. Adat Temenggung juga mengkehendaki seseorang isteri tinggal bersama dengan keluarga suaminya. Selain itu, Adat Temenggung menganggap kedua-dua pihak keluarga sama penting. Perkahwinan di antara dua orang sepupu dibenarkan asalkan kedua-dua orang tua tidak mempunyai pertalian darah. b. Undang-undang bersifat kekerasan Sama seperti Adat Perpatih, undang-undang Adat Temenggung berbentuk peribahasa, bidalan dan sebagainya. Tetapi undangundangnya bersifat kekerasan. Setiap orang yang melakukan kesalahan, dia akan di hokum dengan hukuman berat. Sebagai contoh, seseorang yang membunuh akan dijatuhkan hukuman mati. Mereka percaya bahawa hanya menggunakan kekerasan sahaja dapat mengurangkan niat seseorang untuk melakukan kesalahan. c. Mempunyai unsur autokratik Adat Temenggung mengutamakan kedudukan istimewa dan kebesaran pemerintah. Ia bukan sahaja memberi kuasa kepada pemerintah tetapi juga kepada para pembesar. Oleh itu, golongan pemerintah mempunyai kuasa berlebihan. Dengan itu, adat ini dikatakan bersifat autokrasi dimana semua kuasa adalah terletak dalam tangan pemerintah dan pembesar. Adat lain/khusus 1. Adat melenggan perut Adat ini dilakukan oleh seseorang ibu yang sedang mengandung dan biasanya dibantu oleh mereka yang mahir dalam perbidanan. Adat ini bertujuan untuk membuang bencana yang mungkin menimpa ibu yang bakal melahirkan anak. 2. Adat mengadap raja Seseorang yang diperkenan mengadap raja harus membuat persiapan-persiapan tertentu termasuklah peraturan pakaian, cara duduk dan sebagainya. Selain itu, bahasa yang digunakan sewaktu bertutur dengan raja adalah berbeza dengan bahasa yang dituturkan semasa bercakap dengan orang kebanyakan. Seseorang itu haruslah berpakaian tertib dan sopan dengan bertanjak, berpancung dan berkeris di hadapan.

89
3. Adat menjunjung duli Adat menjunjung duli dilaksanakan oleh pembesar untuk menunjukkan kedaulatan sultan dan taat setia pembesar terhadap sultan. Semasa upacara dijalankan, terdapat paluan nobat dan bedilan meriam. Antara lagu nobat yang dimain ialah Raja Berangkat, Nobat Talal dan Nobat Raja. Adat berserumah tangga Adat ini menyentuh tentang kelakuan kanak-kanak di rumah. Sebagai seorang anak, ia dikehendaki sentiasa menghormati ibu bapa mereka dan bersopan-santun apabila bercakap dengan orang tua. Kita juga harus berbaik-baik dengan jiran kita dan melayan tetamu dengan baik-baik. Adat kampung Adat ini menentukan tingkah laku seseorang dalam masyarakat dan kampung. Kita haruslah mengadakan hubungan baik dengan penghulu dan sering melawatnya. Kita haruslah mengamalkan semangat bergotong-royong agar perpaduan dapat dicapai.

4.

5.

Hukum Adat di Sabah dan Sarawak 1. Di Sarawak, masyarakat di situ mengamalkan a. Adat Dusun Tunggu b. Undang-undang Mahkamah Melayu Undang-undang Mahkamah Melayu merupakan campuran adat Melayu dengan undang-undang Islam. Ia mempunyai 3 orang hakim iaitu Pengeran Temenggung (wakil Sultan Brunei) dan 2 orang ketua yang mewakili suku-suku yang terlibat. Di peringkat kampung, ia diketuai oleh ketua kampung. 2. Di Sabah, masyarakat di situ mengamalkan a. Adat Dusun b. Adat Timogun c. Adat Tenom Susun lapis masyarakat Pengenalan Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakat. Setiap lapisan masyarakat mempunyai kedudukan dan fungsinya yang tersendiri. Secara umum, masyarakat Meleyu tradisional dapat dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Biasanya golongan yang memerintah ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan istimewa daripada golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah 1. Raja atau sultan Raja atau sultan merupakan asas terpenting dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Baginda mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam piramid organisasi sosial. Baginda mempunyai kuasa dan wibawa yang paling tinggi bagi memerintah seluruh negeri dan jajahan taklukannya. Baginda dianggap sebagai dewa raja dan baginda merupakan tunggak menyatupadukan rakyat dan merupakan orang yang bertanggungjawab memelihara keamanan dan memajukan negeri. Seseorang raja dilantik melalui pertabalan di atas persetujuan semua pembesar dan biasanya putera sulong atau adik lelaki raja yang akan menggantikan raja yang mangkat. 2. Kerabat raja Raja sebagai seorang pemimpin, maka dirinya serta keluarganya akan dihormati oleh masyarakat malah kadang-kala rasa penghormatan ini diseliputi oleh perasaan sakral yang tinggi. Mereka dianggap sebagai suci dan amat berbeza dengan golongan rakyat biasa. Mereka juga mempunyai hak-hak istimewa, namum hak mereka adalah tidak boleh melebihi hak istimewa seseorang sultan yang memerintah. Antara keistimewaan yang dinikmati oleh kerabat raja ialah mengguna payung berwarna kuning dan penggunaan bahasa dalaman. 3. Bangsawan dan pembesar Bangsawan juga dikenali sebagai anak baik-baik. Mereka menggunakan bahasa dalaman untuk mengekalkan identiti mereka. Golongan bangsawan ini terdiri daripada kerabat diraja dan bukan kerabat raja. Mereka adalah berpengaruh di kalangan pemerintah dan pentadbir. Mereka bertanggungjawab mengandalikan jentera pemerintahan dan pentadbiran negeri. Pembesar pula merupakan golongan yang mempunyai kedudukan yang hampir sekali dengan sultan. Biasanya, golongan ini terdiri daripada bukan kerabat raja. Golongan ini akan dianugerahkan suatu kawasan yang menjadi pegangannya dan sumber pendapatannya di mana seseorang pembesar itu dibenarkan mengutip cukai dan mengawal tenaga manusianya. Biasanya mereka dilantik secara turun-temurun. 4. Golongan pemimpin agama Pemimpin agama dan pendeta juga termasuk dalam golongan bangsawan. Mereka merupakan golongan cerdik pandai yang memegang jawatan mufti dan kadi. Terdapat juga pemimpin agama yang dianugerahkan gelaran kebesaran seeperti Maharaja Kadi, Dato’ Mufti Seri Utama dan Dato’ Mufti Imam Maharaja. Mereka menjadi penasihat raja dan kerajaan dalam hal-hal tentang hukum syarak dan selok-belok agama termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu agama. Golongan ini merupakan pakar dalam hal-hal kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, adat-istiadat dan salasilah raja-raja. Mereka juga menjadi pakar perjuk kepada raja serta menjadi penulis dan perawi diraja. Biasanya, golongan ini berketurunan Arab. Di negeri-negeri Melayu lain, mereka memakai panggilan yang berlain-lain, contohnya di Terengganu, mereka dikenali sebagai Tokku dan memakai gelaran Engku atau Tuan. Golongan yang diperintah 1. Rakyat biasa Rakyat biasa terdiri daripada masyarakat pribumi yang bermastautin tetap dan bilangannya adalah ramai. Mereka selalu menjadi pengikut pembesar di peringkat pusat dan penyokong pentadbir di peringkat jajahan takluk. Mereka terdiri daripada pedagang dan peniaga. Mereka menjalankan perdagangan di pelabuhan. Selain itu, terdapat juga mereka yang menjadi buruh kasar dan

90
tukang mahir dalam pembuatan alat perhiasan dan senjata. Rakyat biasa ini juga terlibat dalam kegiatan pertanian dan penangkapan ikan untuk sara diri. 2. Orang asing Orang asing selalunya adalah orang bukan Melayu yang hanya mengunjungi Tanah Melayu untuk tujuan tertentu. Mereka terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh atau santeri. Secara amnya, orang asing ini dapat digolongkan kepada dua kumpulan iaitu orang yang menetap terus dan orang yang mengunjung sekali-sekala. Selain itu, terdapat juga masyarakat Tamil-Islam yang berdagang dan bergaul bebas dengan orang pribumi. Keadaan ini telah mendorong kepada kewujudan masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk ini dapat digolongkan kepada dua iaitu masyarakat asing yang menyerapkan diri ke dalam masyarakat pribumi dan masyarakat asing yang masih mengekalkan cara hidup dan identiti masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka tidak terlepas daripada undang-undang tempatan. 3. Hamba Dalam masyarakat Melayu, golongan hamba menduduki susun lapis masyarakat yang paling bawah. Golongan ini dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu : a. Hamba raja Hamba raja terdiri daripada mereka yang menawarkan diri untuk menjadi hamba di istana. Mereka melakukan semua jenis pekerjaan dan taraf mereka juga lebih tinggi kalau dibandingkan dengan hamba yang lain. Terdapat juga bekas tahanan perang atau banduan yang menjadi hamba raja. b. Hamba berhutang Hamba berhutang ini terdiri daripada rakyat biasa yang gagal membayar hutang kepada pemiutang dalam jangka masa yang ditetapkan. Hamba ini juga disebut sebagai masuk hulun. Mereka yang menjadi hamba berhutang terpaksa bersama isteri dan anak-anaknya tinggal bersama si pemiutang dan bekerja sehingga hutang dibayar. Mereka boleh dijual kepada pembesarpembesar lain. Walau bagaimanapun, mereka boleh menjadi rakyat biasa semula apabila ia setelah selesai berkhidmat kepada si pemiutang dalam tempoh yang dijanjikan. c. Hamba biasa Hamba biasa menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya secara turun-temurun. Mereka dapat digolongkan kepada tiga jenis iaitu hamba abdi yang membuat kerja yang berat dan kasar. Dengan merupakan hamba yang dibeli dan biduanda yang merupakan orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja. Sistem perhambaan ini membawa makna bahawa pemilik hamba ini mempunyai taraf sosial yang tinggi dan secara langsung ia menyediakan bekalan sumber tenaga manusia bagi melaksanakan segala kerja. Mobiliti sosial Perbezaan antara kelas pemerintah dengan kelas diperintah adalah ditandai dengan aturan-aturan tertentu. Perkahwinan antara dua kelas ini adalah dilarang dan sesuatu yang hampir mustahil berlaku dalam masyarakat Melayu. Perumpamaan Melayu yang mengatakan “enggan sama enggan, pipit sama pipit” memperlihatkan bahawa terdapat dua jurang besar yang memisahkan mereka. Selain itu, adalah mustahil juga bagi seseorang dari rakyat biasa hendak mengangkat dirinya dalam kelas diperintah. Walau bagaimanapun, terdapat juga orang yang dapat mengangkat diri dari kelas diperintah kepada kelas pemerintah. Kesimpulannya, mobility sosial bagi masyarakat Melayu adalah terhad. Kepercayaan Animisme Pengenalan Sistem kepercayaan orang Melayu dan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak adalah terlalu banyak. Namun begitu, apa yang jelas dilihat ialah segala jenis kepercayaan ini merupakan rentetan daripada kepercayaan asal orang Melayu iaitu kepercayaan terhadap animisme. Kewujudan kepercayaan ini telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan mereka dan akhirnya mereka menyembah pelbagai unsur alam semesta supaya mereka tidak terlibat dalam kemalangan. Apa itu animisme ? Mengikut encyclopedia, kepercayaan animisme merupakan peringkat awal manusia mulai mempunyai agama. Perkataan animisme berasal daripada perkataan Latin “Animis” yang membawa makna nyawa atau roh. Mengikut kepercayaan ini, mereka percaya bahawa alam ini mempunyai pelbagai kuasa yang menunggu atau mendiami di gunung, bukit, busut, sungai, laut, pokok dan tanaman. Kepercayaan ini pasif kepada alam sekitar atau dengan kata lain alam sekitar mempengaruhi manusia. Dalam usaha mencari makanan seperti memburu, mengutip hasil hutan, mereka telah mewujudkan interaksi dengan alam sekitar. Dalam perinteraksian ini, mereka telah melihat pelbagai keanehan alam seperti bintang-bintang yang bertaburan telah mengeluarkan cahaya pada waktu malam dan sinaran matahari pada waktu siang. Mereka menganggap semua benda ini berkuasa dan menyembah benda alam semula jadi ini supaya dapat memperolehi pertolongan daripadanya. Apabila mereka membuat permintaan pertolongan, mereka akan memuja benda ini. Sebagai contoh, masyarakat Melayu memuja padi supaya dapat memperolehi hasil pertanian yang lumayan. Aktiviti pemujaan ini dilakukan melalui penggunaan khidmat orang tengah yang mempunyai keahlian ilmu ghaib seperti pawing, dukun dan bomoh. Aktiviti ini juga disertai dengan pelbagai upacara. Ciri yang paling utama bagi kepercayaan animisme ialah percaya kepada kewujudan roh atau semangat. a. Masyarakat ini percaya bahawa roh seseorang yang mati akan merayau ibarat tanpa tuan. b. Mereka juga percaya roh orang mati akan menganggu mereka. c. Mereka percaya setiap roh orang mati akan kembali datang melawat mereka juga. d. Maka, mereka akan selalu mengadakan arwah seperti pada hari ke-3, 7, 100 dan sebagainya. e. Mereka percaya kepada semangat-semangat iaitu satu kuasa ghaib terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan binatang, maka pemujaan telah diadakan oleh pawang untuk kebaikan seperti pagi menjadi, hindari bencara alam. f. Selain itu, pantang larang juga diamalkan seperti hormat kepada laut dan sungai. Setelah kehadiran Islam, segala kepercayaan ini perlahan-lahan hilang atau diubahsuai, contohnya semangat atau roh itu dikaitkan dengan syaitan, iblis dan jin.

91
Kemasukan yang Agama Islam Pengenalan Agama Islam mula tersebar di Asia Tenggara pada awal abad ke-7. walau bagaimanapun, kenyataan ini tidak mempunyai bukti yang sah. Menurut Sejarah Melayu, negeri Champa menerima Islam pada abad ke-15 dan Sejarah China mencatatkan Islam wujud di Sumatera pada abad ke-13. Namun begitu, Islam mula dibawa masuk ke negeri Melaka hanya selepas hujung abad ke-14. Pemerintah yang memeluk Islam di Melaka ialah Sultan Mahkota Iskandar Syah. Agama Islam ini telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu. Latar belakang agama Islam Agama Islam diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Hira pada tahun 610 Masihi. Wahyu yang pertama ini berbunyi “Surah al-alaq” (ayat 1-5). Selepas beberapa bulan, baginda menerima wahyu kedua iaitu “Surah al-Mydassir” (ayat 1-5) dan baginda dilantik menjadi Rasul. Dengan itu, baginda pun mula menyebarkan agama Islam. Ajaran ini mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy di Mekah. Hanya selepas beberapa perjuangan dan peperangan, agama Islam ini baru dapat bertapak di Tanah Arab dan berkembang dengan pesat sehingga membentuk masyarakat Islam yang berilmu, insaf dan bertakwa. Apakah itu agama Islam ? Agama Islam merupakan kepercayaan manusia yang percaya kepada adanya tokoh ghaib yang maha berkuasa yang dapat mendatangkan manfaat atau mudarat. Oleh itu, manusia memuja-Nya supaya tokoh ghaib itu menurunkan manfaat kepadanya atau menjauhkan mudarat daripadanya. Agama Islam di Tanah Melayu tidak sepenuhnya sama dengan pengertian “al-din” sebagaimana yang dikehendaki dalam agama Islam. Agama Islam percaya kepada wujudnya Allah yang maha esa dan umat Islam mesti menundukkan diri sepenuhnya ke hadrat-Nya. Umat Islam dikehendaki memastikan hidupnya mengikut “way of life” dan “way of thinking” mengikut tuntutan illahi. Agama Islam juga termasuk dalam agama Samiah iaitu agama monoteisme yang mempercayai keesaan Tuhan. Islam ini bermaksud “faat” dan “patuh” sepenuhnya ke hadrat Ta’ala. Islam ialah satu-satunya agama yang namanya diberikan oleh-Nya dan bukan oleh orang luar. Islam percaya kemahaesaan Allah iaitu mahaesa zat-Nya, mahaesa sifat-Nya dan mahaesa dalam perbuata-Nya. Kewujudan-Nya tiada didahului dan tiada disudahi oleh tiada. Ia maha berkuasa, maha berkehandak. “Tiada daya dan tiada kuasa melainkan Allah”. Kuasanya tiada dikembali dan tiada disaingi. Dalam Islam, manusia ialah hamba kepada Allah dan Allah itu pemilik segala-galanya. Dia pencipta, pengubah dan pulalah yang membinasakan sesuatu. Islam menetapkan tuntutan hidup manusia dalam Kitab Allah (al-Quran) dan di dalam al-Hadis atau Sunnah. Setiap orang muslim dikehendaki mempercayai Rukun Imam yang mempunyai 6 perkara iaitu: a. Percaya kepada Allah s.w.t. b. Percaya kepada Malaikat c. Percaya kepada kitab-kitab Allah d. Percaya kepada Nabi dan Rasul e. Percaya kepada Hari Kiamat f. Percaya kepada qadak dan qadar Orang Islam percaya “orang baik masuk Jannah, orang busuk masuk api neraka”. Ketetapan Tuhan akan segala yang berlaku di dunia yang sentiasa tiada berubah. Orang akan menjadi kafil kalau mengingkari salah satu Rukun Imam ini. Orang Islam juga dikehendaki patuh kepada Rukun Islam, iaitu : a. Syahadah – mengucap dua kalimah syahadah, iaitu “ Tiada Tuhan melainkan Allah” dan “Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah” b. Solat – menunaikan sembah 5 waktu sehari semalam. c. Zakat – orang Islam diwajib memberi zakat kepada orang miskin. d. Puasa – mewajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. e. Menunaikan fardu haji ke Mekah bagi orang yang mampu. Agama Islam juga merupakan agama yang universal iaitu agama untuk seluruh umat manusia. Buktinya “wahai manusia” atau “wahai mereka yang beriman” yang disebutkan dalam Kitab al-Quran. Umat Islam di Malaysia menganut mazhab al-Asy’an dan mengikut figh (undang-undang) ialah mazhab Shafie. Pengaruh agama Islam dalam masyarakat Melayu Penerimaan agama Islam oleh masyarakat Melayu bukan sahaja mempengaruhi akidah tetapi juga membawa pengaruh dari segi pentadbiran, undang-undang, adat dan pendidikan. 1. Dari segi pentadbiran Unsur-unsur Islam banyak mempengaruhi pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu. Cirri-ciri kerajaan ini sama seperti kerajaan di Timur Tengah seperti Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Perubahan konsep sultan yang dianggap zul-illahi-fil-alam iaitu pegangan bahawa sultan itu adalah amanah Allah s.w.t.. di muka bumi. Sultan dianggap sebagai Amirul Mukminin iaitu ketua kepada umat Islam. Sultan menjadi ketua agama Islam dan bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjaga kebajikan rakyat jelata. Ahli-ahli sufi dan ulama-ulama menjadi penasihat kepada raja. Islam menjadi agama rasmi. 2. Dari segi undang-undang Undang-undang Islam telah memainkan peranan yang penting dalam kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Para ulama memainkan peranan penting dalam perundangan Islam. Perundangan Islam menjadi tunjang kepada undang-undang bertulis. Undang-undang Syariah yang meliputi pelbagai perkara seperti hukum kesalahan jenayah (mencuri, membunuh dan sebagainya), jual beli, halhal perkahwinan dan pembahagian harta pusaka diperkenalkan. Tokoh-tokoh yang memelihara undang-undang ini terdiri daripada hakim dan kadi. Namun demikian, hukuman dijatukan oleh raja ikut adat dan bukan hokum Islam. 3. Dari segi kehidupan masyarakat Cara hidup telah diubah. Kepercayaan telah berubah dari animisme kepada agama Islam. Islam mengubah cara pemikiran orang Melayu. Islam menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran masyarakat. Unsurunsur metafizik dalam ajaran Islam telah terterap ke dalam nilai hidup masyarakat tempatan. Pandangan dan falsafah hidup

92
sentiasa berkait dengan unsur-unsur Islam seperti mencari rezeki yang halal, kewajipan mencari ilmu pengetahuan dan sebagainya. 4. Dari segi adat resam Islam juga membawa pengaruh dalam adat resam. Islam membawa sistem nilai sosial yang berbeza dengan sebelumnya. Penyesuaian unsur-unsur Hindu dengan Islam dilakukan untuk menyelakan amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Islam menghapuskan sistem nilai sosial yang berasaskan perbezaan taraf (sistem kasta). Gagasan bahawa semua umat Islam yang beriman, bersaudara menjadi prinsip ke arah perpaduan masyarakat. Orang asing yang beragama Islam adalah bersaudara dengan orang tempatan yang beragama Islam. Adat resam dalam masyarakat banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Islam seperti adat bercukur, adat perkahwinan dan sebagainya. Banyak aspek Islam diamalkan seperti membayar zakat, bekerjasama, bergotongroyong dan kekeluargaan. 5. Dari segi pendidikan Pendidikan formal mula kedatangan para pendakwah dan alim ulama. Istana merupakan pusat pendidikan terawal, pusat kegiatan intelektual dan menjadi tumpuan alim ulama dari negara-negara Arab, India, Parsi. Mereka berbincang dan berdebat tentang halhal yang berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Misalnya, mereka pernah membahaskan Kitab Darul Manzum yang menjadi panduan pendidikan agama. Terdapat juga tokoh-tokoh tempatan seperti Tun Muhammad yang merupakan ulama Melayu yang pakar dalam nahu Arab, ilmu sarf dan pengetahuan fikah yang mendalam. Istana menjadi khazanah hikayat yang memberi pengajaran agama bertemakan kisah para nabi. Sebagai contoh, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Yusuf, Hikayat Jumjumah, Hikayat Abu Samah, Hikayat Tamin-ad-Dari dan sebagainya. Tujuan pendidikan Islam ialah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang tahu tentang ajaran-ajaran Islam, memupuk akhlak mulia, sentiasa beribadat dengan betul. Pendidikan ini diutamakan oleh ibu bapa. Kanak-kanak dihantar ke rumah guru agama untuk menerima pelajaran agama. Mereka belajar pada masa selepas waktu Zohor atau Maghrib di rumah tok guru. Murid lelaki dikehendaki duduk berasingan dengan murid perempuan. Pelajar-pelajar diwajib berpakaian yang menutup aurat. Pada peringkat pertama, mereka membaca Muqaddam dan al-Quran mengikut tajwid yang betul. Setelah tamatnya upacara Khatam Quran yang dijalankan oleh tok guru, peringkat pertama habis. Pendidikan mengenai fardu ain dan akhlak mulia akan diberi bagi melahirkan umat Islam yang sempurna bagi peringkat kesua. Pelajar-pelajar tidak dikenakan bayaran tetapi ibu bapa akan memberi penghargaan dengan menghantarkan padi, beras, ubi dan sebagainya kepada tok guru sebagai membalas budinya. Selepas peringkat ini, mereka akan masuk ke masjid atau surau untuk melanjutkan pelajaran tentang ilmu agama. Kadi, bilal dan sebagainya akan memberikan pelajaran tentang al-Quran, mendalami fardu ain pada siang pagi. Sukatan pelajaran termasuk ilmu tajwid, lagu dan bacaan. Di samping itu, kanak-kanak akan diajar qasidah lagi yang bercorak agama yang memuji-muji nabi. Kitab-kitab seperti fikah, usuluddin, tasawuf, hadis, tafsir dan sebagainya digunakan bagi menerangkan pengertian yang berkaitan dengan agama Islam. Kitab yang terkenal ialah Riazah as-Salihim. Kaedah hafalan digunakan dalam pembelajaran sekiranya terdapat kesulitan untuk memahami isi kitab tersebut. Di sebelah malam, masjid menjadi pusat pengajian orang dewasa. Seseorang guru akan membaca kitab-kitab tertentu dan menerangkan maksudnya kepada penuntut yang duduk di sekelilingnya dalam bulatan yang dipanggil halaqah. Walaupun pelajaran ini berbentuk formal tetapi kurang teratur kerana bilangan muridnya tidak terhad dan gurunya berkhidmat secara sukarela. Sistem pengajian Madrasah nerupakan satu sistem pendidikan formal, ia merupakan lanjutan daripada sistem pendidikan di masjid atau surau. Di Madrasah, kitab bahasa Arabatau kitab bahasa Melayu yang ditulis ikut struktur bahasa Melayu digunakan. Kitab dipegang atau diletakkan di lantai dan kemudian tok guru menjelaskan pengertian kandungannya yang disebut kaedah menadah kitab. Sehingga 1850, sekolah pondok merupakan pusat pengajian yang tertinggi di Tanah Melayu. Tidak ramai yang mampu menghantar anak mereka ke sekolah pondok kerana kesempitan wang. Pondok telah melahirkan penulis-penulis yang terkemuka dan ulama-ulama yang terkenal seperti Syeikh Muhammad Idris al-Mabawi dan Haji Hassan bin Yunus dari Johor. Kelantan merupakan negeri pertama di Tanah Melayu yang terkenal dalam sekolah pondok, maka Kelantan digelar sebagai “Serambi Mekah”. Pondok yang tertua ialah “Pondok Tok Kenali” di Kelantan dan “Pondok Pokok Sena” di Seberang Perai. Selain Kalantan dan Seberang Perai, kebanyakan sekolah pondok terletak di Kedah, Perlis, Perak, Terengganu, Melaka dan sejumlah kecil di Negeri Sembilan. Sekolah pondok didirikan apabila terdapat seorang guru atau ulama yang mempunyai kepakaran dalam ilmu agama yang dipelajari dari Mekah atau pondok-pondok lain seperti di Patani dan Sumatera. Penduduk tempat itu akan mendirikan sebuah Madrasah dan memberikan kawasan tanah wakaf. Pondok-pondok kecil didirikan oleh murid-murid di sekitar Madrasah dan didiami oleh pelajar secara berkongsi. Guru besarnya digelar Mudir dan ketokohannya amat dihormati oleh masyarakat Melayu pada masa itu. Sukatan pelajaran menekankan aspek pengajaran agama dan sistem menghafal hokum fekah, nahu Arab, al-Quran dan Hadis nabi. Mata pelajaran saraf, tafsir, wujudiyyah, pendidikan akhlak san sejarah Islam diajar. Pelajar yang lulus akan berkhidmat sebagai guru dipondoknya juga atau yang belajar lebih 10 tahun boleh melanjutkan pelajaran di Mekah. Guru tidak dibayar bayaran tetap kecuali bayaran zakat atau sedekah daripada orang ramai. Sistem Ekonomi Pengenalan Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 dan sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan telah menerima pengaruh daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya. Sara Diri Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. 1. Pertanian

93
Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional yang sangat penting. Merujuk kepadanya, padi pula merupakan tanaman utama memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini. Di Tanah Melayu, dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma (bukit). Padi sawah ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur dengan tanah alluvium. Penanaman padi sawah dipercayai diperkenalkan oleh orang Thai di negeri-negeri Melayu Utara dan orang Minangkabau di negeri-negeri Selatan. Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang terkenal sebagai jelapang padi negara kita. Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan Seberang Perai juga turut menjadi kawasan penanaman padi yang utama. Penanaman padi sawah ini berkembang dengan pesat adalah dipengaruhi oleh sistem pengairan yang digunakan sejak abad ke-19. Air telah dibawa masuk ke sawah padi melalui tali air dan terusan. Antara terusan yang terkenal ialah Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada tahun 1885 di Kedah. Di Negeri Sembilan pula, kincir telah dibina untuk membawa air masuk ke sawah padi. Berbanding dengan penanaman padi sawah, padi huma ditanam secara berpindah-randah setiap kali penanaman dijalankan kerana kesuburan tanah telah hilang atau berkurangan. Biasanya, padi huma ditanam di kawasan yang bergunungganang. Sebagai contoh, suku kaum Dusun dari Murut di Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman melakukan kegiatan penanaman padi huma. Walau bagaimanapun, terdapat juga tanaman-tanaman lain sebagai pelengkap kepada hasil padi seperti ubi, sayursayuran dan sebagainya. Penanaman tanaman ini menjadi penting kerana ia merupakan “makanan selang”. Selain itu, ubi juga dapat dijadikan sebahagian makanan utama sewaktu bekalan beras tidak mencukupi. 2. Perikanan Ikan merupakan sumber makanan kepada masyarakat Melayu tradisional. Kegiatan perikanan merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayu yang tinggal di tepi laut dan sungai. Hasil tangkapan akan dijadikan keperluan diri sendiri dan lebihan hasil akan dijual. Kegiatan perikanan dapat dilihat khasnya di negeri Terengganu dan Pahang. Mereka menjalankan aktiviti mereka di antara bulan Mac hingga bulan Oktober dan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana masa itu merupakan musim tengkujuh. Pada musim tengkujuh, nelayan-nelayan di negeri ikan akan menangkap ikan di kolam, sungai dan sawah padi. Selain itu, mereka juga cuba memperbaiki alat-alat penangkapan mereka pada masa ini. Di laut, nelayan menggunakan pukat, jala, jaring, bubu, kelong dan rawai untuk menangkap ikan. Di sungai pula, pancing, jala, tangguk, kai, lukah, tomak dan serampang digunakan untuk menangkap ikan. Komersil Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mempunyai teknologi yang lebih maju. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sector perdagangan dan perlombongan. 1. Perdagangan Kegiatan perdagangan di Tanah Melayu merupakan lanjutan daripada kegiatan perlombongan memandangkan bahan-bahan perdagangan itu sendiri lebih berasaskan kepada bahan-bahan mentah. Walau bagaimanapun, terdapat juga bahan-bahan dagangan yang berorientasikan kepada hasil-hasil pertanian. Dalam soal perkembangan perdagangan, beberapa aspek yang berkaitan seperti sistem pengangkutan, perkapalan dan sebagainya telah dibincangkan. Dalam tahun 1879, pendapatan cukai terhadap perlombongan bijih timah dari Perak dan Selangor masing-masing berjumlah $281823 dan $107558. Dalam tahun 1895, eksport bijih timah mencapai paras 127714498 (89% daripada nilai jumlah eksport Negeri-negeri Melayu Bersekutu) bagi negeri Perak dan Selangor. Hasil yang banyak membolehkan British menjalankan rancangan pembinaan jalan keretapi dan sebagainya. Pembinaan infrastruktur ini membolehkan bijih timah dieksport dengan mudah. Tetapi pengeluaran bijih timah yang banyak menyebabkan lebihan penawaran di pasaran dunia. Dengan itu, harga bijih timah telah menyusut dari 99.7 pound setan (1870-an) kepada 96.7 pound setan (1880-an). Beberapa langkah telah diambil oleh British untuk menyekat dan mengawal pengeluaran bijih timah agar harganya tidak turun. Selain bijih timah, lada hitam, rempah, gambir dan tebu juga merupakan barang dagangan yang penting. Kegiatan penanaman tumbuhan ini dapat dilihat di Johor dimana orang Cina yang berhijrah dari Singapura mengusahakan penanaman gambir; di Pulau Pinang dan Perak usaha penanaman tebu dijalankan oleh orang Eropah dan orang Cina. Bermula, abad ke-20, getah pula menjadi tanaman eksport atau hasil dagangan yang penting kerana ia sangat menguntungkan. Perkembangannya berhubung rapat dengan sistem pengangkutan, sebab itulah banyak kemudahan infrastruktur dibina. Perkembangan yang pesat dalam penanaman getah telah menambahkan lagi hasil perdagangan Tanah Melayu. Antara tahun 1906-1929, purata keluasan penanaman getah di Tanah Melayu telah meningkat dari 129809 hektar kepada 2971000 hektar dan eksport getah telah bertambah dari 6500 tan dalam tahun 1910 kepada 456000 tan pada tahun 1929. Harga getah juga meningkat daripada 1s3d sepaun kepada 2s6d sepaun antara tahun 1830-1900. Harganya terus menaik sehingga 8s9d sepaun pada tahun 1910. Walau bagaimanapun, pengeluaran yang tidak terkawal menyebabkan kelebihan penawaran dan harga getah telah merosot daripada 8s9d (1910) kepada 1s10d sepaun (1920-an). Fenomena ini menyebabkan British mengambil langkah untuk menyusun semula program perusahaan getah dan beberapa pendekatan telah dibuat seperti Rancangan Sekatan Stevenson (1922-1928). Sejak 1917, kelapa sawit telah ditanam secara komersil di Selangor. Akibat kemelesetan harga getah, kawasan penanaman kelapa sawit telah meningkat dari 4900 hektar (1926) kepada 25777 hektar (1933). Hasil kelapa sawit seterusnya menjadi bahan dagangan yang penting di Tanah Melayu. 2. Perlombongan Perlombongan di Tanah Melayu selalunya merujuk kepada perlombongan bijih timah memandangkan hasil perlombongan logam lain seperti emas adalah terlalu sedikit. Secara amnya, aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan terutama oleh pembesarpembesar Melayu. Dalam tempoh yang lebih lewat, penggunaan pam kelikir dan sebagainya telah merangsangkan hasil pengeluaran terus meningkat.

94
a. Bijih timah Industri bijih timah merupakan satu industri yang tertua di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bijih timah telah menarik minat pedagang-pedagang asing dari Mediterranean, Arab, India dan China. Timah yang dilombong daripada kawasan pedalaman telah dilebur dan dijadikan timah jongkong lalu dibawa ke hilir sungai untuk diperniagakan. Kekayaan bijih timah di Tanah Melayu dapat dibuktikan melalui seorang pengembara Arab yang bernama Abu Dulaf (abad ke-10). Beliau berkata “di seluruh dunia tidak ada lombong bijih timah seperti di Tanah Melayu”. Pada abad ke-12 pula, seorang penulis Itali mengulas bahawa bijih timah di Tanah Melayu sangat tulen dan bercahaya. Menurut sumber China pula, Melaka dan Pahang ada mengeksport bijih timah. Catatan J.F.A. McNair pula menunjukkan, bijih timah mula dilombong di Perak pada tahun 1616 di Manjung dan Beruas. Sehingga tahun 1820-an, perlombongan bijin timah merupakan perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong ini dikuasai oleh raja dan pembesar. Mereka menggunakan cara melampan dan mendulang untuk melombong. Hasilnya adalah terhad. Selain itu, sikap orang Melayu yang menganggap perlombongan itu hanya merupakan pekerjaan sambilan menyebabkan perkembangannya tidak pesat. Atas inisiatif pembesar, mereka telah menggalakkan kemasukan orang Cina sebagai buruh. Keadaan ini jelas dilihat mulai tahun 1820-an, apabila orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Selain itu, akibat perubahan radikal di Eropah dari segi penggunaan bijih timah, permintaan terhadapnya telah meningkat. Pengambilan buruh Cina juga dipergiatkan lagi. Pada tahun 1840-an, perusahaan ini mula bertukar corak dengan penemuan kawasan baru, kemasukan modal Cina dan pengenalan cara-cara perlombongan yang lebih efektif oleh orang Cina. Keadaan ini telah membawa perubahan kekuasaan dan kaitan politik orang Cina di Tanah Melayu secara keseluruhan. Keadaan ini telah memberi peluang kepada British untuk campur tangan dalam hal-hal pentadbiran Tanah Melayu Selain itu, kerajaan British juga berusaha untuk mewujudkan suasana yang menyenangkan kepada perkembangan perusahaan bijih timah swasta kepunyaan orang Eropah. Mereka menggunakan kapal korek untuk melombong. Penggunaan kapal korek dapat melombong dengan banyak tetapi kaedah ini memerlukan belanja yang tinggi. Dengan itu, perusahaan bijih timah oleh orang Cina mulai diambil alih oleh syarikat Eropah kerana modal orang Cina adalah kecil dan tidak mampu memperolehi kapal korek menyebabkan mereka sentiasa mengalami kerugian dan akhirnya menjual perusahaan lombong bijih timah mereka kepada syarikat British. Emas Menurut J. Kennedy, perlombongan emas mungkin telah dijalankan berhampiran dengan Melaka pada zaman Neolitik lagi dan kenyataan ini mungkin benar kerana semenjak dahulu, emas merupakan dagangan yang penting di Tanah Melayu sehinggakan Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas atau Semenanjung Kencana. Dinyatakan bahawa di Pahang terutamanya di Kuala Lipis, perlombongan emas telah dijalankan selewat-lewatnya semenjak abad ke16 lagi. Perusahaan ini pada umumnya merupakan perusahaan orang Melayu dan jumlah pengeluarannya adalah kecil. Pada tahun 1889, Raub Australian Gold Mining Company (oleh orang Australia) telah ditubuhkan. Ia merupakan syarikat perlombongan emas yang terpenting di Tanah Melayu dan ditutup pada tahun 1960-an. Arang batu Perlombongan arang batu dijalankan di Batu Arang (Selangor) dan Enggor (Perak). Kegiatan ini dijalankan oleh Syarikat Malayan Collieries semenjak tahun 1915. Arang batu yang diperolehi telah dijual dalam pasaran tempatan kepada Keretapi Tanah Melayu, stesen-stesen kuasa dan lombong bijih timah. Dalam tahun 1950-an, pengeluaran arang batu mula merosot sebagai akibat persaingan dengan bahan api minyak. Dengan itu, lombong arang batu di Batu Arang telah ditutup pada tahun 1960. Bijih besi Perlombongan bijih besi hanya dijalankan oleh syarikat-syarikat Jepun hanya selepas Perang Dunia Pertama di Johor dan Terengganu serta Kelantan. Bijih besi ini kemudian dieksport ke negara Jepun dan menjelang tahun 1938, kira-kira setengah daripada jumlah import bijih besi Jepun datangnya dari Tanah Melayu. Bauksit Bauksit hanya mula dikenali dan dijalankan perlombongannya pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu Pahat. Sebelum Perang Dunia Kedua, dua lombong bauksit telah dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan. Namun kedua-dua lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila meletusnya Perang Dunia Kedua. Kebanyakan hasil bauksit Tanah Melayu dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian kecil sahaja dieksport ke Australia dan Taiwan. Konsep Peluasan Kuasa Asing

b.

c.

d.

e.

Pengenalan Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat dua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiran atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasa ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan. Latar belakang peluasan kuasa asing 1. Tanah Melayu Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadiran kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjianperjanjian yang ditandatangani. Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawanan ini bermakna penguasaan kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu di samping pengenalan beberapa unsur asing yang sedikit sebanyak telah meresap ke dalam budaya orang Melayu. Kehadiran kuasa Belanda juga memberi kesan terhadap Tanah Melayu. Kuasa ini menggantikan kuasa Portugis di Melaka tetapi tidak seperti Portugis, mereka hanya menumpukan perhatian dalam hal-hal ekonomi.

95
British merupakan kuasa asing yang memberi pengaruh yang paling kuat dalam hal pentadbiran dan segala aspek yang lain. Pada awalnya, mereka hanya bertujuan untuk menjalankan kegiatan ekonomi, namun atas dasar keutamaan dengan China, maka mereka pun mula menukar dasar mereka daripada tidak campur tangan kepada campur tangan. Sarawak Peluasan kuasa asing di Sarawak lebih merujuk kepada pihak British di mana seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), James Brooke telah dilantik oleh Pangeran Muda Hashim sebagai “Raja Sarawak”. Kedudukannya ini kemudian diperturunkan kepada anaknya. Apabila sampai ke tangan Vyner Brooke, baginda telah menyerahkan kuasanya kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri dengan pengisytiharaan Perlembagaan Sarawak pada tahun 1941. Kemudian, Sarawak manjadi tanah jajahan British pada tahun 1946. Sabah Pada mulanya, Amerika berdagang dengan Sabah melalui perjanjian yang dibuat pada tahun 1850. Melalui perjanjian, C. Lee Moses mendapat tanah pajakan daripada Sultan Brunei. Moses telah memberikan tanah tersebut kepada William Torrey. Beliau mengusahakan tanaman kopi tetapi tidak berjaya dan kawasan itu dijual kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent. Kompeni Overbeck and Dent kemudian membentuk kompeni British untuk menarik palabur British. Overbeck tidak dapat menyertai kompeni ini kerana dia bukan rakyat British. Dent mendapat piagam daripada British dan sebuah kompeni yang bernama Kompeni Berpiagam Borneo Utara ditubuhkan pada tahun 1881. Kompeni memerintah Sabah sehingga tahun 1946 kemudian diserahkan kepada Kerajaan British.

2.

3.

Mekantilisme Mekantilisme merupakan satu dasar di mana kekayaan diukur dengan wang emas dan perak dan objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kuantiti wang dan galian berharga dalam sesebuah negara. Mengikut pengertian Thomas, mekantilisme ialah konsep di mana hendak menjadikan sesebuah negara itu kaya dan kuat; menjadi semakin kaya setiap tahun disebabkan oleh negara lain. Kemakmuran yang dimaksudkan oleh golongen mekantilisme ialah berdasar kepada penduduk yang ramai, pekerjaan yang menguntungkan bagi seluruh penduduk semata-mata. Secara ringkas, mekantilisme merupakan dasar yang mementingkan 3K iaitu kekuasaan, kekayaan dan kebajikan. Kekayaan diperolehi dengan mengusai koloni dan mengadakan imbangan perdagangan yang memihak kepada negara induk. Kekuasaan pula diperolehi dengan membesarkan angkatan tentera, memajukan industri perkapalan dan mengadakan akta perkapalan yang menafikan hak berdagang di koloni untuk kuasa-kuasa asing. Kebajikan rakyat dalam negara induk pula diperolehi dengan meluluskan akta-akta yang dapat meningkatkan produktiviti negara antaranya Apprentice Act 1563 dan Poor Law 1600 di England. Imperialisme Imperialisme ialah dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain. Seperti dasar mekantilisme, imperialisme juga merupakan satu bentuk penjajahan malah ia lebih jelas kerana ia melibatkan kuasa politik dan pemerintahan yang secara langsung meragut kedaulatan sesebuah negara atau kerajaan. Dalam erti kata yang lain, hak untuk mentadbir dan menguasai sesuatu kumpulan masyarakat telah diambil alih oleh satu lagi kuasa baru iaitu kuasa imperialis. Kita juga boleh mengatakan bahawa dasar imperialis itu bermula atau berasaskan kepada konsep mekantilisme. Kolonialisme Kolonialisme merupakan satu dasar menguatkuasakan atau mengekalkan kekuasaan atau pemerintahan atas negeri jajahannya. Dengan kata lain, kolonialisme bermaksud tindakan menjajah negara lain. Kalau imperialis hanyalah meletakkan kekuasaannya terhadap sesebuah negara atau kerajaan itu, kolonialisme pula adalah tindakan yang mencampuri hal-hal dalaman negara atau kerajaan yang telah dijajah itu. Maknanya konsep kolonialisme itu merupakan lanjutan kepada usaha imperialisme dalam erti kata pengukuhan kepada usaha penjajahan. Kemunculan Kuasa Asing Pengenalan Kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kuasa-kuasa barat seperti Belanda, Portugis dan British. Kemunculan kuasa asing di Tanah Melayu merupakan hasil daripada penjelajahan dan penerokaan kawasan-kawasan baru di dunia oleh negara-negara itu sejak kurun ke-15 dan ke-16. Faktor yang mendorong mereka ke sini adalah disebabkan oleh keperluan dari segi bahan mentah, kemjuan dalam pengangkutan dan perhubungan dan sebagainya. Belanda Negara Belanda menjadi sebuah negara yang maju dan mekmur akibat kegiatan perdagangan di Eropah. Orang Portugis yang telah berdagang dengan Timur membenarkan Belanda menyebarkan barang-barang Timur di Eropah. Dengan cara ini, Belanda menjadi orang tengah bagi barang-barang Timur di Eropah dan mendapat keuntungan yang amat besar. Peranan Belanda dalam penyebaran barang-barang Timur di Eropah membolehkannya muncul sebagai sebuah negara mekantile yang mekmur. Disebabkan persengketaan politik dan agama yang tercetus di antara Sepanyol dan Belanda, Portugis menjadi musuh ketat orang Belanda di Eropah dan di Timur. Maka, orang Belanda berniat mencari jalan laut yang baru ke Timur dan berazam merebut monopoli perdagangan di situ. Tujuan ini telah membawa kepada persaingan di antara pedagang-pedagang Belanda dan Portugis di Asia Tenggara. Pada tahun 1595, ekspedisi pertama yang diketuai oleh Cornelius de Houtman belayar ke Timur melalui Lautan Hindi dan melalui Selat Sunda ke Bantam. Antara tahun 1595 dan tahun 1601, banyak ekspedisi dibiayai oleh syarikat-syarikat Belanda ke Asia Tenggara. Banyak loji Belanda didirikan di Asia Tenggara terutamanya di Bantam, Banda, Pulau Ambon, Acheh, Ternate, Grisek, Johor dan Patani. Pada 20 Mac 1602, semua syarikat di Belanda disatukan menjadi sebuah Syarikat Hindia Timur Bersatu atau Vereenidge Oostandische Compagnie (VOC). VOC ini menjalankan perdagangan di Timur dan juga mendirikan kubu-kubu di jalan perairan penting untuk menguasai perdagangan di pelabuhan-pelabuhan tempatan. Malah VOC juga bertujuan melancarkan peperangan ke atas raja-raja tempatan atau kuasa-kuasa asing untuk memperoleh hak-hak perdagangan.

96
Menjelang tahun 1660-an, Belanda dapat memonopoli perdagangan di Hindia Timur. Hakikat ini terbukti apabila Belanda menawan Melaka daripada Portugis pada tahun 1641 dan memaksa orang Inggeris menutup semua loji mereka di Kepulauan Melayu kecuali Bangkahulu selepas peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Ambon” pada tahun 1623. British British muncul sebagai sebuah negara mekantile pada permulaan abad ke-17. Hakikat ini jelas kelihatan apabila kerajaan Inggeris menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur pada akhir abad ke-16 dan pada awal abad ke-17. Pada tahun 1600, SHTI ditubuhkan untuk berniaga di Timur. Syarikat ini telah menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur di bawah pimpinan James Lancaster (1602), Henry Middleton (1605) dan David Middleton (1610) dan mendirikan loji-loji perdagangan di Bantam, Maluku, Sulawesi, Borneo, Siam, Kepulauan Banda, Sumatera dan Jawa. Penubuhan-penubuhan loji ini menimbulkan persaingan antara British dengan Belanda. Persaingan ini bertambah buruk dan memuncak apabila berlakunya peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada 23 Februsri 1623 dimana orang Belanda menyerang pangkalan Ambon secara mengejut dan membunuh beberapa orang Inggeris di situ. Peristiwa ini menyebabkan SHTI menutup loji-loji mereka di Hindia Timur dna berundur ke India. Hanya Bangkahulu dikekalkan sebagai ibu pejabat SHTI. Namun, menjelang pertengahan abad ke-18, SHTI kembali semula ke Hindia Timur kerana ia memerlukan sebuah pelabuhan serta pusat perdagangan terutamanya di sepanjang Selat Melaka untuk menjalankan perdagangan dengan negara China. Pada tahun 1751, kerajaan China membenarkan SHTI berdagang di pelabuhan Canton. Akibat tindakan ini, perdagangan the di antara British dengan China semakin bertambah. Langkah British (1784) untuk mengurangkan cukai import ke atas teh dari kadar 100% ke 12½% telah meningkatkan lagi kepentingan perdagangan teh dengan Canton. Walau bagaimanapun, SHTI tidak mempunyai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan yang sesuai si antara India dengan China yang boleh memberi kemudahan berlabuh semasa penukaran angin-angin monsun, untuk memperlengkapkan dan mengisi bekalan serta membaiki kapal dalam pelayaran mereka ke India atau China apabila tibanya angin monsun yang sesuai. Kehendak ini akhirnya menyebabkan SHTI membuka satu petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786. Penubuhan Pusat-pusat Perdagangan oleh Inggeris di Tanah Melayu Pengenalan Hasil daripada kegiatan perdagangan teh di antara China dengan British yang semakin maju, British ingin mencari sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan yang sesuai di Alam Melayu untuk membolehkannya berlabuh semasa angin monsun dan memperlengkapkan dan mengisi bekalan mereka serta membaiki kapal sementara menunggu masa yang sesuai untuk berlayar ke China lagi. Pembukaan Pulau Pinang, 1786 Pada tahun 1780-an, sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778-1798) telah meminta bantuan SHTI untuk menentang serangan Siam. Baginda telah menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI untuk dijadikan pangkalan perdagangan dan pelabuhan persinggahan. SHTI bersetuju menerima Pulau Pinang tetapi berasa keberatan untuk memberikan jaminan perlindungan tentara bagi menentang musuh Kedah. Namun, Francis Light, seorang pegawai SHTI telah menyakinkan Sultan Abdullah bahawa permintaan baginda sedang dipertimbangkan walaupun beliau sedar bahawa SHTI tidak akan memberi naungan kepada Kedah. Bagi mencapai matlamatnya, Francis Light telah menipu Sultan Abdullah dengan memberikan janji-janji kosong. Atas janji-janji ini, Sultan Abdullah membenarkan Light menduduki Pulau Pinang tetapi dengan syarat Light akan berundur jika naungan tidak diberi oleh SHTI. Pada 11 Ogos 1786, British telah menduduki Pulau Pinang dengan rasminya. Hubungan antara Sultan Abdullah dan SHTI mula tegang apabila Francis Light tidak menghiraukan syarat yang dikemukakan oleh baginda pada bulan Ogos 1785. Antara syaratsyarat utama baginda ialah: 1. SHTI dibenarkan menduduki Pulau Pinang dengan syarat ia mengawal kawasan perairan Kedah daripada musuh. 2. Segala perbelanjaan perang hendaklah ditanggung oleh SHTI. 3. SHTI akan membantu Kedah sekiranya Kedah diserang dari darat oleh musuhnya dan segala perbelanjaan akan ditanggung oleh Kedah. Baginda tidak puas hati apabila SHTI enggan membayar ganti rugi dan bantuan tentera untuk melindungi Kedah daripada musuhnya iaitu Bugis dan Siam. Hubungan antara Francis Light dan Sultan Abdullah bertambah buruk apabila Light tidak mengambil sebarang langkah untuk memastikan SHTI mematuhi syarat-syarat tersebut. Sultan Abdullah berasa kecewa atas sikap Light dan membuat rancangan untuk mengambil semula Pulau Pinang. Rancangan itu dapat diketahui oleh Light. Beliau telah bertindak dahulu dengan menyerang dan memusnahkan angkatan tentara Kedah yang berhimpun di Seberang Perai pada bulan April 1791. Sultan Abdullah mengalami kekalahan yang teruk dan terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan SHTI pada bulan Mei 1791. Syarat-syarat perjanjian 1791 ialah: 1. Kedah mengakui kedudukan SHTI di Pulau Pinang. 2. Kedah akan menerima elaun tahunan sebanyak Sp$6000 selagi SHTI menduduki Pulau Pinang. 3. British akan membeli bekalan makanan di Kedah tanpa sebarang sekatan atas cukai. Walau bagaimanapun, perjanjian damai ini tidak menjanjikan sebarang bantuan kepada Kedah untuk menentang musuhnya. Pengambilan Seberang Perai, 1800 Di bawah pentadbiran Francis Light dan penggantinya, Pulau Pinang telah mengalami kemajuan yang pesat dan membawa kepada pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk ini telah menyebabkan Pulau Pinang terpaksa bergantung kepada Kedah untuk mendapatkan bekalan makanan. Akan tetapi, permusuhan masih berterusan di antara SHTI dengan Kedah walaupun selepas Perjanjian Damai 1791. Ini telah menyebabkan Kedah menghalang bekalan makanan ke Pulau Pinang. Oleh itu, SHTI berasa perlu untuk mengambil Seberang Perai, sebuah wilayah yang bertentangan dengan Pulau Pinang untuk dijadikan kawasan pertanian. Pihak syarikat telah berunding dengan sultan Kedah dan berjaya menandatangani satu perjanjian pada tahun 1800. Syarat-syarat perjanjian 1800 ialah: 1. Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI. 2. SHTI bersetuju menambahkan ganti rugi daripada Sp$6000 kepada Sp$10000 setahun selagi syarikat menduduki Pulau Pinang. Perjanjian ini tidak menjanjikan perlindungan kepada sultan Kedah tetapi berjanji akan melindungi pantai Kedah daripada serangan musuh.

97
Pembukaan Singapura, 1819 Minat untuk membuka Singapura sebagai pusat perdagangan pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal dagangan antara India dan China berlaku selepas Perang Napoleon yang tamat pada tahun 1815. Selepas tamatnya Perang Napoleon, Jawa dipulangkan semula kepada Belanda pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818. Apabila Belanda kembali ke Jawa, mereka mula melaksanakan dasar monopoli perdagangan dan menyekat perdagangan Inggeris di rantau Kepulauan Melayu. Oleh itu, SHTI telah mengambil langkah untuk memenuhi keperluan-keperluan berikut: 1. Melindung perdagangan Inggeris di Gugusan Kepulauan Melayu. 2. Mencegah perluasan pengaruh Belanda di rantau kepulauan Melayu dan memecahkan monopoli perdagangannya. 3. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi kapal-kapal British yang belayar di antara India dan China berlabuh, membaiki dan melengkapi bekalannya. 4. Mempunyai kedudukan yang sesuai untuk mengumpul hasil-hasil selat untuk ditukar dengan barangan China. Pada tahun 1818, Gabenor Jeneral India, Lord Hastings, telah menghantar Stamford Raffles untuk mencari pangkalan di Acheh dan Riau. Raffles mendapati kedudukan Singapura yang strategik di pintu masuk Selat Melaka dan Selat Sunda amat sesuai untuk mengawal monopoli perdagangan Belanda. Pada masa itu, Singapura merupakan sebahagian daripda Empayar Johor dan ditadbir oleh Temanggung Abdul Rahman. Pada bulan Januari 1819, Raffles telah menandatangani satu perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman. Menurut perjanjian ini, SHTI dibenarkan membina loji di Singapura. Sebagai balasan, syarikat berjanji akan melindungi Temenggung dan akan memberi bayaran tahunan sebanyak Sp$3000 kepada Temenggung. Walau bagaimanapun, Raffles masih perlukan kebenaran Sultan Johor. Sultan Johor pada masa itu ialah Sultan Abdul Rahman yang berada di Riau di bawah pengaruh Belanda. Oleh itu, Raffles yakin Sultan Abdul Rahman tidak akan melayan permintaannya untuk membuka sebuah loji perdagangan di Singapura. Seterusnya, Raffles telah memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya melantik Tengku Hussein, putera sulung Sultan Mahmud III sebagai Sultan Johor. Tengku Hussein menerima tawaran itu dan menaiki takhta Kerajaan Johor dengan Sultan Hussein Muhammad Syah. Pada 6 Februsri 1819, Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman telah menandatangani perjanjian rasmi dengan Raffles. Menurut perjanjian ini, Singpura diserahkan kepada SHTI. British akan membayar Sp$5000 setahun kepada sultan dan Sp$3000 kepada Temenggung. Selain itu, British juga akan melindungi baginda dan temenggung. Perdagangan Singapura Pengenalan Singapura dibuka oleh Stamford Raffles pada tahun 1819. Dalam masa yang singkat, ia telah muncul sebagai pusat perdagangan yang maju dan terpenting di Asia Tenggara. Nilai perdagangan Singapura telah bertambah daripada $8568151 pada tahun 1822 kepada kira-kira $18 juta pada tahun 1833. Nilai perdagangan tersebut seterusnya bertambah sehingga melebihi $88 juta pada tahun 1873. Sebab-sebab pertumbuhan perdagangan Singapura yang pesat 1. Kedudukan geografi Singapura Seperti yang dinyatakan oleh N.J. Ryan, kedudukan alam Singapura merupakan faktor penting bagi pertumbuhan perdagangannya. Singapura menempati kedudukan yang strategic di tengah-tengah jalan perdagangan yang utama antara timur barat. Barangan perdagangan dari Eropah (tekstil dan barangan logam) dan India (candu) dibawa ke Singapura untuk dihantar ke negara China atau diedarkan ke seluruh Asia Tenggara. Singapura juga terletak di pertengahan Asia Tenggara. Keadaan ini menyebabkan Singapura menjadi pusat pengumpulan bagi hasil Asia Tenggara. Singapura terlindung dari tiupan angin monsun oleh Pulau Sumatera. Dengan itu, pelabuhan Singapura mempunyai air yang tenang. Perairan yang tenang telah membolehkan Singapura menjadi pusat utama bagi perdagangan melalui perahu dan tongkang. Singapura juga merupakan tempat persinggahan yang sesuai bagi pedagang-pedagang Asia Tenggara, China dan Eropah. Sebelum pembukaan Hong Kong pada tahun 1842, Singapura merupakan pusat pengumpulan yang penting bagi barang-barang dari negara China seperti sutera dan teh. 2. Dasar-dasar Inggeris a. Dasar pelabuhan bebas Dasar Inggeris menjadikan Singapura sebuah pelabuhan bebas telah mendorongkan perkembangan perdagangan Singapura. Pedagang-pedagang tidak dikenakan bayaran cukai import dan eksport. Bagi sepuluh tahun yang pertama, Singapura merupakan pelabuhan bebas yang tunggal di Gugusan Kepulauan Melayu. L.A. Mills berpendapat bahawa polisi pelabuhan bebas ini merupakan faktor bagi perkembangan pesat perdagangan Singapura. b. Sistem pentadbiran Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda (1824), Inggeris telah menubuhkan sistem pentadbiran yang menjamin keselamatan nyawa dan harta. Keamanan telah menggalakkan perkembangan perdagangan Singapura. c. Dasar penghijrahan Dasar Inggeris tidak menyekat penghijrahan telah menyebabkan kemasukan ramai orang Cina yang telah mendorong memajukan perdagangan Singapura. Bilangan penduduk Cina di Singapura telah meningkat daripada 3000 orang pada tahun 1820 kepada 50043 pada tahun 1860. d. Kemudahan-kemudahan perkapalan Inggeris telah membekalkan kemudahan-kemudahan seperti membaiki kapal, limbungan kapal dan gudang arang batu yang mendorong sebilangan besar kapal-kapal untuk singgah di Singapura. e. Pemansuhan monopoli perdagangan dengan negara China SHTI telah memansuhkan monopoli perdagangan dengan negara China pada tahun 1833. Pemansuhan ini menggalakkan ramai pedagang berdagang dengan negara China melalui Singapura. 3. Pembukaan pasaran-pasaran baru di sekitar Singapura Perluasan kuasa dan pengaruh Inggeris di Asia Tenggara telah mengakibatkan pembukaan pasaran-pasaran baru bagi hasil perdagangan Singapura yang mendorong perkembangan perdagangan Singapura. Perlantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841 telah menambahkan perdagangan Singapura. Kejayaan James Brooke menghapuskan kegiatan lanun di sekitar Borneo telah merintis jalan bagi perkembangan perdagangan antara Sarawak dengan Singapura. Pada tahun 1833,

98
tidak terdapat perdagangan antara Sarawak dengan Singapura. Menjelang tahun 1873, nilai perdagangan tersebut melebihi setengah juta ringgit. Pada tahun 1855, Siam (Raja Mongkut) telah membuka pintu kepada pedagang-pedagang Inggeris melalui Perjanjian Bowring. Perkembangan ini telah memberi peluang kepada Singapura menjalankan perdagangan yang maju dengan Siam. Perluasan kuasa dan pengaruh Belanda di Indonesia telah juga membuka pasaran-pasaran baru bagi hasil-hasil perdagangan Singapura. Antara tahun 1826-1858, Belanda membuka lebih daripada 30 buah pelabuhan bagi perdagangan di Jawa, Sumatera, Bali dan lain-lain tempat. 4. Pembukaan Terusan Suez Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah menambahkan perdagangan Singapura dengan memendekkan perjalanan laut di antara Eropah dan Asia dan mengurangkan kos pengangkutan. Pembukaan Terusan Suez membolehkan pemasaran lebih banyak jenis dan kuantiti barangan perdagangan. Terusan baru ini memungkinkan penghantaran barangan yang memerlukan ruang yang luas seperti beras dan gula. Pembukaan Terusan Suez merupakan faktor penting bagi perkembangan perdagangan Singapura. Sesungguhnya seorang ahli sejarah, G. Bogaars, berpendapat bahawa pembukaan Terusan Suez telah memulihkan perdagangan Singapura dan menghasilkan satu zaman kemewahan. 5. Pengenalan kapal-kapal stim Perubahan daripada kapal layar kepada kapal stim telah menyenangkan perdagangan dan mengurangkan kegiatan-kegiatan lanun. Perkembangan teknologi ini telah menyebabkan bertambahnya bilangan kapal dan pedagang asing yang datang berdagang di Singapura. 6. Perkhidmatan telegraf di antara Singapura dan London Perkhidmatan telegraf di antara Singapura dan London yang dimulakan pada tahun 1870 telah mempercepatkan urusan perniagaan kerana laporan-laporan mengenai kedudukan pasaran dapat dihantar dalam masa yang singkat. Menurut C.D. Cowan, perkembangan teknologi ini telah melicinkan dan menambahkan perdagangan Singapura. Imperialisme Britishdi Sabah dan Sarawak Pengenalan Sementara melihat penubuhan pusat perdagangan di Tanah Melayu oleh British, di Sabah dan Sarawak juga berlakunya keadaan yang sama. Apa yang tidak sama ialah di Borneo, penguasaan sesuatu kawasan adalah bercorak imperialis khasnya di Sarawak. Keluarga Brooke telah menduduki Sarawak dan menjadi raja putih; manakala Kompeni Berpiagam Borneo Utara hanya memainkan peranannya dalam sector ekonomi di Sabah. Sarawak Pada tahun 1841, James Brooke, seorang bekas tentera SHTI, telah dilantik sebagai Gabenor Sarawak oleh Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan Brooke adalah untuk membalas jasa beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pangeran Indera Mahkota. Pada 24 Januari 1841, James Brooke dilantik sebagai “Raja Sarawak” oleh Pangeran Muda Hashim. Dengan itu, James Brooke telah memulakan pemerintahan Raja Putih di Sarawak. Pada tahun 1842, James Brooke telah melawat Brunei untuk mendesak Sultan Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak. Dalam usaha mengukuhkan kuasanya di Sarawak, James Brooke mendapat tentangan daripada pribumi Sarawak seperti orang Iban di kawasan Saribas dan Skrang serta Sharif Sahap, seorang ketua lanun di Sadung. Antara tahun 1843 hingga 1846, James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British. James Brooke kemudian meluaskan kuasanya ke atas Mukah yang kaya dengan sagu. Selepas mendapatkan kebenaran Sultan Brunei untuk meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alasan untuk menjaga keamanan di situ. Antara tahun 1853-1861, Sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan kepasa James Brooke. Antaranya ialah Sungai Sadong, Saribas, Rajang, Semarahan, Krian, Sekrang dan kawasan dari Rajang hingga Tanjung Kindurong. Pada tahun 1890, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang kepada Raja Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di wilayah tersebut. Sabah Sebelum British bertapak, Sabah dikuasai oleh 2 pihak iaitu bahagian barat Sabah yang terletak di bawah Kesultanan Brunei dan bahagian Timur Sabah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu. British mula berdagang dengan Sabah apabila seorang pegawai British yang bernama Alexander Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada tahun 1761. Menurut perjanjian tersebut, pihak British diberi kebenaran untuk mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sulu, iaitu wilayah-wilayah di Timur Kimanis. Pada tahun 1763, Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan tetapi telah dimusnahkan oleh Datu Tating, saudara Sultan Israel Sulu pada tahun 1775. Kemudian, John Herbert, seorang pegawai British yang mentadbir Pulau Balambangan, terpaksa membuka petempatan baru di Pulau Labuan. Walaupun beliau memajukan Pulau Labuan tetapi petempatan ini terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan SHTI. Walau bagaimanapun, pada tahun 1846, British dengan arahan James Brooke telah berjaya mendapatkan Labuan daripada Sultan Brunei dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British. Namun, British tidak dapat menjajah Sabah sehingga penubuha Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) pada tahun 1881. Sebelum pentadbiran KBBU, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika Syarikat bernama Charles Lee Moses. Pada tahun 1865, C.L. Moses telah mendapat konsesi ke atas beberapa kawasan di pantai barat Sabah selama 10 tahun dengan bayaran $9500 daripada Sultan Brunei – Sultan Abdul Mumin (1852-1885). C.L. Moses tidak berniat memajukan konsesi ini lalu dijual kepada The American Trading Company yang diketuai oleh William Torrey, seorang pedagang Amerika Syarikat di Hong Kong.

99
William Torrey telah datang ke Sabah untuk memajukan kawasan yang dibelinya dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan. Pada tahun 1875, William Torrey telah menjual secara konsesinya kepada 2 orang ahli perniagaan iaitu Baron Von Overbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong Kong) dan Alfred Dent (seorang peniaga British). Pada masa pembelian konsesi itu, tempoh konsesi selama 10 tahun itu telah tamat. Oleh itu, Overbeck dan Dent pergi ke Brunei memperbaharui perjanjian dengan Sultan Brunei pada tahun 1877. Syaratsyarat perjanjian 1877 ialah: a. Sultan Brunei menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent. b. Sultan dibayar $15000 setahun sebagai ganjaran. Seterusnya pada tahun 1878, Sultan Sulu di Jolo telah menandatangani perjanjian dengan Overneck dan Dent. Baginda bersetuju menyerahkan haknya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent. Kemudian, Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuah syarikat British supaya rakyat British boleh melabur dalam syarikat itu. Overbeck terpaksa menjual segala bahagian konsesinya kepada Alfred Dent kerana syarikat yang akan dibentuk itu ialah syarikat British dan Overbeck bukan bangsa British. Kini, Alfred Dent menjadi pemilik tunggal konsesi di Sabah dan memohon piagam daripada kerajaan British dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) ditubuhkan untuk mentadbir Sabah. Dengan menganugerahkan piagam kepada syarikat itu, Kerajaan British dapat meluaskan pengaruhnya secara tidak langsung ke atas Sabah. KBBU telah memerintah Sabah dari tahun 1881 hingga tahun 1946. Pelanunan Pengenalan Asal-usul pelanunan tidak diketahui dengan jelas. Kegiatan lanun di Perairan Tanah Melayu dan Borneo telah meluas menjelang awal abad yang ke-19. Menjelang tahun 1825, pelanunan merupakan ancaman besar kepada perdagangan di Gugusan Kepulauan Melayu. L.A. Mills menyifatkan sebagai “a great ang blighting curse”. Kumpulan lanun yang paling kuat ialah lanun-lanun dari Mindanao (Filipina). Lain-lain lanun yang penting ialah Balanini dari Kepulauan Sulu, lanun Melayu dari Kepulauan Riau-Lingga, Dayak Laut dari Borneo Utara dan lanun-lanun Cina yang berleluasa selepas tahun 1840. Perahu-perahu tempatan merupakan sasaran serangan lanun. Kapal-kapal Eropah jarang sekali diserang oleh lanun. Ini adalah kerana kapal-kapal tersebut bukan mudah ditawan dan lengkap dengan senjata. Sebab-sebab kewujudan lanun 1. Pekerjaan turun-temurun Pelanunan merupakan cara hidup tradisional orang-orang di Gugusan Kepulauan Melayu. Pelanunan dianggap sebagai pekerjaan yang mulia dan memandangkan seorang lanun mestilah berani dalam perjuangan dan mahir dalam ilmu pelayaran. Menurut L.A. Mills, pelanunan bukan sahaja dijalankan oleh rakyat biasa tetapi juga oleh golongan bangsawan, raja dan pedagang. 2. Kedatangan orang Eropah L.A. Mills berpendapat bahawa kedatangan orang Eropah telah mendorong pelanunan. Orang Portugis dan Belanda telah menghancurkan sistem perdagangan tempatan. Dasar perdagangan monopoli Belanda menyebabkan kehilangan serta mata pencarian sebilangan besar pedagang. Mereka dilarang menjalankan sebarang kegiatan perdagangan di kebanyakan pulau yang berada di bawah pengaruh Belanda. Kehilangan mata pencarian ini memaksa pedagang-pedagang beralih kepada lanun. Sebagai contoh yang paling baik ialah orang Bugis di Makasar. 3. Bentuk muka bumi Gugusan Kepulauan Melayu Bentuk muka bumi Gugusan Kepulauan Melayu yang berteluk, berpaya dan mengandungi banyak sungai memudahkan lanunlanun menyembunyikan diri semasa menanti mangsanya atau selepas mengalami kekalahan. Sungai-sungai kecil dijadikan pangkalan memandangkan bahawa kapal besar Eropah tidak dapat mengejar kapal layar kecil lanun kerana airnya cetek. D.G.E. Hall berpendapat bahawa tiada tempat lain di dunia yang mempunyai keadaan geografi sebegitu sesuai bagi pelanunan. 4. Ketidakstabilan politik Ketidakstabilan politik di Semenanjung Tanah Melayu (terutama sekali di Selangor dan Perak) dan Borneo telah menggalakkan kegiatan lanun. L.A. Mills berpendapat bahawa keruntuhan kerajaan-kerajaan Melayu telah mendorong pelanunan. Seorang pemerintah biasanya terlalu lemah untuk mengawal kegiatan lanun. 5. Desakan ekonomi Desakan ekonomi juga telah mendorong sebilangan orang tempatan untuk menjadi lanun. Sebagai contoh, penduduk Sambas menjadi lanun apabila perdagangan mereka diambil alih oleh negara jiran, Pontianak di Borneo Barat. 6. Perdagangan Jenis perdagangan melalui perahu dan tongkang di pesisiran pantai dan sungai memudahkan lagi kegiatan pelanunan. Perkembangan perdagangan Negeri-negeri Selat yang pesat dalam pertengahan abad ke-19 juga mendorong kegiatan pelanunan. 7. Sokongan dari ketua-ketua tempatan Kegiatan melanin bertambah luas kerana mendapat sokongan dari ketua-ketua tempatan. Ketua-ketua tempatan memberi senjata dan perlindungan kepada lanun-lanun sebagai balasan untuk sebahagian daripada hasil rompakan mereka. Langkah-langkah untuk mengawal pelanunan sebelum tahun 1835 Sebelum tahun 1835, Kerajaan British tidak mengambil tindakan yang tegas atau berkesan untuk mengawal kegiatan lanun. Negerinegeri Selat tidak mempunyai bilangan kapal dan angkatan laut yang mencukupi untuk mengawal pelanunan. Pada tahun 1831, Negeri-negeri Selat hanya mempunyai 3 buah kapal kecil bagi melindungi perdagangan. Mahkamah Negeri-negeri Selat tidak mempunyai kuasa untuk membicara atau menghukum lanun-lanun. Sebaliknya, lanun-lanun dihantar ke Calcutta untuk dibicarakan dan selalunya mereka dibebaskan kerana kekurangan bukti. Keadaan ini disebabkan oleh keengganan Kerajaan British terutama sekali selepas tahun 1833, untuk membelanjakan wang ke atas Negeri-negeri Selat yang tidak mendatangkan sebarang hasil baginya. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 memperuntukkan bahawa Inggeris dan Belanda akan bekerjasama untuk menghapuskan pelanunan. Namu demikian, kerjasama tersebut tidak diamalkan. Kerajaan British hanya mengambil dua langkah yang positif sebelum tahun 1835 untuk mengawal pelanunan:

100
Kapal HMS Southampton bersama dengan kapal perang Diamond pada tahun 1830 berjaya menewaskan sebuah angkatan lanun yang terdiri daripada 30 buah perahu di Selat Melaka. b. Kapal HMS Harrier pada tahun 1833 telah memusnahkan sebuah petempatan lanun di Pulau Durian yang terletak di selatan Selat Singapura. Langkah-langkah untuk mengawal pelanunan selapas tahun 1835 Pada tahun 1835, pedagang-pedagang British dan Cina di Singapura menghantar surat-surat rayuan kepada Kerajaan India dan Parlimen British yang menggesa mereka mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menghapuskan pelanunan. 1. Penghantaran kapal-kapal perang Hasil daripada surat-surat rayuan yang dihantar pada tahun 1835, kerajaan British menghantar kapal perang HMS Andromache di bawah pimpinan Kapten Chads ke Selat Melaka dalam tahun yang sama untuk mengawal kegiatan pelanunan. Pada tahun 1836, dua buah lagi kapal perang iaitu HMS Wolf dan Raleigh dihantar ke Negeri-negeri Selat. Kapal-kapal ini meronda Selat Melaka dan sepanjang pantai timur Semenanjung Tanah Melayu dan berjaya memusnahkan beberapa petempatan lanun termasuk petempatan di Pulau Galang. Pada tahun 1837, kerajaan British menempatkan secara tetap 2 buah kapal Angkatan Laut Diraja dan 5 buah bot bersenjata di Negeri-negeri Selat. 2. Penghantaran kapal-kapal stim Kapal-kapal stim memainkan peranan penting dalam menghapuskan pelanunan. Pada tahun 1837, Kerajaan British menempatkan kapal stim yang pertama, iaitu Diana di Negeri-negeri Selat untuk mengawal pelanunan. Kedatangan kapal stim Diana merupakan titik peralihan dalam sejarah penghapusan pelanunan. Kapal Diana mempunyai kelajuan sebanyak 5 knot sejam dan tidak perlu bergantung kepada angin bagi pelayaran. Faktor-faktor ini memudahkan operasi-operasi menentang lanun. Dalam pertempuran yang pertama (1837), kapal Diana telah memusnahkan 6 buah perahu lanun di sekitar perairan pantai Terengganu. Pada tahun 1862, Kerajaan India menempatkan 2 buah kapal stim, iaitu Pluto dan Avon di Negeri-negeri Selat. 3. Kuasa membicarakan kes pelanunan Pada tahun 1837, Negeri-negeri Selat diberi kuasa untuk membicara dan menghukum lanun-lanun. Langkah ini dapat mengawal kegiatan lanun pada setakat yang tertentu. 4. Peranan James Brooke dan Angkatan Laut British di Borneo James Brooke dengan bantuan Angkatan Laut British (Skuadron Timur Jauh) bertanggungjawab bagi penghapusan kegiatan lanun di Borneo. Pada tahun 1843-1844, James Brooke dengan bantuan kapal HMS Dido yang dipimpin oleh Kapten Keppel memusnahkan kubu-kubu lanun Saribas dan Sikarna (Dayak Laut). Pada tahun 1845, Laksamana Cochrane dan skuadronnya memusnahkan petempatan-petempatan lanun di Teluk Marudu, Barat Laut Borneo. Tugas menghapuskan petempatan lanun di barat laut Borneo diselesaikan oleh Captain Mundy yang memimpin kapal HMS Iris pada tahun 1846. Pada tahun 1847, kapal Nemesis menewaskan satu skuadron Balanini berhampiran dengan Labuan. Pada tahun 1849, James Brooke dengan bantuan kapal-kapal Angkatan Laut British (HMS Albatross dan HMS Royalist) dan kapal-kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris (Nemesis dan Semiramis) menewaskan lanun-lanun Dayak Laut dengan teruknya di Batang Maru. Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874 telah mengurangkan dengan banyaknya kegiatan pelanunan di Semenanjung Tanah Melayu. Menjelang akhir abad ke-19, pelanunan di perairan Tanah Melayu dan Borneo telah luput sama sekali. Kongsi-kongsi Gelap Cina Pengenalan Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina. Sebab-sebab penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina 1. Kewujudan kongsi-kongsi gelap di China Selatan Kebanyakan orang Cina yang berhijrah secara ramai-ramai ke Negeri-negeri Selat dalam abad ke-19 merupakan bekas ahli kongsi-kongsi gelap di negara China. Tradisi kongsi-kongsi gelap ini telah diteruskan oleh orang Cina di Negeri-negeri Selat. 2. Keperluan organisasi bagi perlindungan dan bantuan bersama Orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di negara China dan terdiri daripada berbagai-bagai suku. Mereka juga mempunyai bahasa pertuturan dan adat yang berlainan. Faktor-faktor ini dan keadaan sekeliling yang baru telah menyebabkan orang Cina memasuki kongsi gelap yang seketurunan bagi tujuan perlindungan diri dan bantuan bersama. Selain daripada menjalankan kegiatan-kegiatan jenayah, kongsi-kongsi gelap ini merupakan persatuan kebajikan dan sosial. Mereka membantu ahli-ahli yang berada dalam kesusahan, menguruskan pengebumian ahli-ahli yang meninggal dunia dan membantu ahli-ahli mencari pekerjaan. 3. Kewujudan peluang-peluang kekayaan dan kuasa Kongsi-kongsi gelap juga ditubuhkan dengan tujuan menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran. 4. Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat telah menggalakkan penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina. Pegawai-pegawai awam dan pasukan polis tidak mencukupi untuk mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap. Pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan, tiada terdapat seorang pegawai pun sebelum tahun 1867 yang boleh bertutur dalam bahasa Cina atau memahami adat orang Cina. Tiada terdapat jentera kerajaan sebelum tahun 1877 bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kaum Cina di Negeri-negeri Selat. Malahan tiada terdapat a.

101
kakitangan kehakiman yang mencukupi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina. Langkah-langkah mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap Cina 1. Sebelum tahun 1867 Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Pentadbiran Negerinegeri Selat sehingga tahun tersebut adalah di bawah kawalan Kerajaan India yang telah mengamalkan sikap tidak peduli dalam hal ehwal tempatan. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman. 2. Selepas tahun 1867 a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867 Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan. b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869 Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.1 c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877 Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina. d. Kelulusan Undang-undang Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889 Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain. Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerjaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Pengenalan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini ditandatangani untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan keduanya sentiasa dalam keadaan tegang di samping adanya kepentingankepentingan mereka sendiri. Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah Tanah Melayu dan juga Indonesia. Faktor-faktor membawa kepada perjanjian 1. Persaingan perdagangan di Timur Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggara pada awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai perhubungan baik. VOC yang bertapak di Betawi (1619) telah menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja tempatan. Kemudian, Belanda berjaya meluaskan empayarnya ke Melak (1641). Pada ketika itu, SHTI sedang mencari pangkalan perdagangan dan pangkalan tentera di rantau Asia Tenggara. Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap Belanda yang menjalankan dasat ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara; manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini. Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris. Contoh yang baik bagi pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris ialah Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan, keduaduanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pula yang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain. Oleh sebab sifatnya yang anti-Inggeris menyebabkan Jan Peterzoon Coen menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau Jawa (1619). Kota Jakarta telah dibakar hangus, lalu didirikan kota yang baru dan diberi nama “Betawi”. Keadaan menjadi semakin serius apabila berlaku peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada tahun 1623. dalam kejadian ini, beberapa orang Inggeris dan Portugis telah dihukum bunuh kerana ditubuh mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintah Belanda di Ambon. Akibat dari kejadian ini, hubungan di antara mereka menjadi tegang dan pihak British hampir menutup hampir semua lojinya kecuali di Bangkahulu di selatan pantai barat Sumatera dan berundur dari Kepulauan Hindia Timur. Kegiatan perdagangan mereka kemudian bertumpu di India. 2. Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi “pertahanan/keselamatan”. Ini disebabkan kedudukan antara Negeri Belanda dengan British adalah berdekatan. Negeri Belanda ialah tempat yang paling sesuai untuk digunakan oleh pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British. Peristiwa ini telah pun terjadi pada tahun 1795, apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat gerakan tenteranya untuk menyerang British. Dalam peristiwa ini, British sedar bahawa Belanda dapat menentukan masa depan Btitish. Oleh itu, pihak British benarbenar mengharapkan bantuan dan persahabatan dari Belanda untuk menentang musuh. Malahan, British terpaksa membantu Belanda menguatkan pasukan tenteranya supaya negeri itu dapat mempertahankan diri dari serangan musuh. Ini membuktikan bahawa British berharap agar Belanda menjadi barisan hadapan jika terjadi sebarang peperangan.

102
British juga sedar bahawa kedudukannya di Eropah mulai terancam. Ini disebabkan perhubungannya dengan negara-negara Barat yang lain telah pudar. Selepas Perang Napoleon (1795-1815), British terpencil dari rakan-rakan sekutunya yang pada satu ketika dahulu sama-sama menentang Napoleon. Prusia, Austria dan Rusia mulai mengasingkan diri dari England kerana perbezaan idea dan juga disebabkan perbezaan mazhab agama. Oleh itu, British mengharapkan Belanda dapat menjadi penyokongnnya di Eropah. Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatan dalam Konvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon. Inggeris telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818 kepada Belanda yang diperolehi melalui Surat-surat Kew 1795. Kerajaan British berbuat demikian sungguhpun mendapat tentangan hebat daripada SHTI memandangkan Pulau Jawa merupakan sebuah pelabuhan perdagangan yang berpotensi. 3. Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkan Pulau Jawa kepada Belanda. Raffles berpendapat bahawa Pulau Jawa amat penting bagi strategi British sama ada dari segi perdagangan mahupun ketenteraan. Tambahan pula, Pulau Pinang yang dibuka pada tahun 1786 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan SHTI di rantau ini kerana kedudukannya yang jauh di utara dan di luar laluan perdagangan. Selain itu, Bengkahulu juga kurang strategik memandangkan kedudukannya di pantai barat Sumatera terpisah daripada laluan perdagangan di Selat Melaka. Oleh itu, Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukan strategik untuk bersaing dengan pelabuhan Betawi dan menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur. Akhirnya, beliau telah berjaya membuka Singapura pada tahun 1819. Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapura telah dibantah oleh Belanda. Pihak Belanda mendakwa bahawa Singapura adalah wilayah di bawah naungannya. Belanda mengatakan Raffles mencerobohi wilayah mereka dan mengugut akan menggunakan kekerasan sekiranya British enggan berundur dari Singapura. Dengan itu, masalah ini telah menimbulkan perang dingin antara British dan Belanda. Bantahan juga dibuat oleh Gabenor Jeneral Betawi iaitu Baron Van der Capellan kepada Gabenor Jeneral India, iaitu Lord Hastings. Ini telah mencetuskan sati “peperangan kertas” di antara mereka antara tahun 1819 hingga 1824. 4. Kemajuan Singapura Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan Singapura merupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa keuntungan kepada pihak Inggeris. Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai perdagangan melebihi $4 juta. Pada tahun 1823, nilai perdagangan Singapura bertambah kepada $13.2 juta. Selain itu, penduduk di Singapura juga meningkat kepada 10000 orang. Dalam keadaan ini, saudagar-saudagar SHTI di Calcutta mendesak petempatan Singapura dikekalkan. Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur. Perdagangan pelabuhanpelabuhan Belanda di Hindia Timur seperti Betawi mulai mengalami kemerosotan. Untuk mengelakkan pertempuran yang terbuka, pihak British mengambil langkah untuk berunding dengan Belanda. 5. Masalah kewangan Belanda Negara Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon. Belanda telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya yang diambil alih oleh Britain. Kini VOC hampir dengan garis kebankrapan. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, VOC telah berhutang kepada pihak British. Bantuan dan pinjaman telah diberikan oleh British. Menurut J.S. Furnival, hutang Belanda pada tahun 1815 ialah 600 juta Florin dimana hutang terhadap British adalah sebanyak £144 juta. Apabila VOC dibubarkan pada tahun 1799, Kerajaan Belanda bertanggungjawab memikul beban hutang yang ditinggalkannya. Untuk menyelesaikan masalah hutang piutang ini, Belanda telah mengambil langkah untuk berunding dengan British bagi mencapai suatu persefahaman melalui perjanjian selain mengelakkan pertempuran daripada berlaku. Syarat-syarat Perjanjian Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London. Pihak British diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda pula diwakili oleh Charles W. Wymn. Kandungan perjanjiannya ialah: 1. Syarat-syarat kewilayahan a. Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura. British bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulai Karimon, Bantam, Bintang, Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura. British juga bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut. b. British menarik semula bantahannya terhadap pendudukan Belanda di Pulau Belitong dan lain-lain kawasan. c. Bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah jajahannya diserahkan kepada British. Belanda bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian atau pelabuhan di kawasan tersebut. d. Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. British bersetuju tidak akan membuat tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera. e. Belanda menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya yang ada kepada British. Belanda juga akan membayar sebanyak £100000 kepada Britsh sebagai penyelesaian hutang-piutangnya. f. Wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberikan kepada kuasa-kuasa lain. Jika salah satu kuasa itu meninggalkannya, wilayah itu mestilah diserahkan kepada kuasa yang satu lagi. g. Semua penduduk di wilayah jajahan yang telah ditukarkan diberi tempoh selama 6 bulan untuk menguruskan harta mereka sekiranya mereka hendak berpindah ke negeri-negeri yang mereka pilih. h. Perpindahan hak-hak kedua-dua pihak hendaklah mula dijalankan pada 1 Mac 1825. 2. Syarat-syarat perdagangan a. Kedua-dua pihak bersetuju membenarkan saudagar mereka menjalankan perniagaan di Kepulauan Timur, India dan Ceylon dengan hak masing-masing. Kedua-dua pihak hendaklah mengikuti peraturan-peraturan perdagangan di tiap-tiap kawasan. b. Rakyat dari satu negeri mestilah membayar cukai tidak lebih daripada bayaran yang dikenakan kepada rakyat dari negeri yang mempunyai pelabuhan.

103
Kedua-dua pihak mestilah mengarahkan rakyat, pihak yang berkuasa tentera dan awam supaya menghormati kebebasan perdagangan. d. Kedua-dua pihak mestilah menghapuskan lanun-lanun di laut sebelah timur dan jangan membenarkan lanun-lanun menjual barang-barang dagangan mereka di kawasan atau daerah kepunyaan mereka. e. Pelabuhan-pelabuhan yang baru tidak dibenarkan ditubuhkan di Kepulauan Timur tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu dari kerajaan mereka di Eropah. f. British mengakui monopoli Belanda terhadap perdagangan rempah di Kepulauan Maluku. Kesan-kesan Perjanjian 1. Pembahagian Kepulauan Melayu kepada 2 lingkungan pengaruh Kesan yang nyata hasil daripada perjanjian ini ialah terbentuknya 2 kawasan pengaruh. Belanda ingin menguasai kawasankawasan meliputi Pulau Jawa, Sulawesi atau dengan kata-kata lain semua gugusan Kepulauan Melayu ke selatan Selat Singapura; manakala British menguasai kawasan-kawasan yang meliputi Singapura, Melaka dan daerah-daerah lain di Tanah Melayu. Perjanjian ini merupakan satu titik peralihan dalam perkembangan politik di Kepulauan Melayu. British dan Belanda kini dapat meluaskan pengaruh perdagangan dan politik mereka di kawasan masing-masing tanpa gangguan daripada pihak lain. 2. Perpecahan Empayar Johor Dengan pembahagian 2 kawasan pengaruh itu, secara tidak langsung telah membawa kepada runtuhnya Empayar Johor. Kini Singapura dan Tanah Besar Johor dikuasai oleh British dan Riau-Lingga jatuh ke bawah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga menyelesaikan masalah perebutan takhta Johor kerana Sultan Hussein menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan Abdul Rahman menjadi sultan di Kepulauan Riau-Lingga. Bendahara Ali di Pahang juga mengambil kesempatan untuk cuba membebaskan diri dari kekuasaan Johor. Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengisytiharkan kemerdekaan Pahang dan Empayar Johor dikatakan runtuh sejak saat ini. 3. Perhubungan Inggeris-Belanda di Timur Perhubungan mereka masih tegang. Rasa benci orang Inggeris terhadap Belanda disuarakan dalam laporan-laporan pegawaipegawai Negeri-negeri Selat dan dalam akhbar-akhbar Singapura. Persaingan perdagangan terus menjadi sengit. British menuduh Belanda melanggar syarat-syarat perjanjian, tetapi, British terpaksa menelan hakikat ini dan terus memberi bantuan kepada Belanda dan memastikan bahawa Belanda benar-benar menjadi sekutu yang dapat mengimbangkan kekuatan British terutama di Eropah. 4. Pertelingkahan mengenai Borneo Perbalahan antara pihak British dan Belanda di Kepulauan Melayu tersetus akibat salah faham terhadap syarat-syarat kewilayahan. Perbalahan mengenai syarat “sebarang pulau lain ke selatan Singapura” tercetus apabila Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak British pada tahun 1846. Belanda menganggap bahawa Labuan terletak di selatan Selat Singapura dan berada di lingkungan pengaruhnya. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan apabila pihak British dapat membuktikan kedudukan geografi Labuan yang sebenarnya. 5. Pelanunan Belanda tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang berkenaan dengan penghapusan lanun di perairan Kepulauan Melayu. Pihak Belanda hanya mengambil tindakan terhadap kegiatan pelanunan di kawasan perairan di bawah pengaruhnya iaitu Kepulauan Hindia Timur. Akibatnya, British terpaksa mengambil langkah-langkah sendiri untuk menghapuskan pelanunan dan ini memakan masa serta menelan banyak perbelanjaan. Negeri-negeri Selat Pengenalan Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu Pulau Pinang yang telah ditubuhkan pada 1786; Singapura yang diperolehi daripada Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819 dan Melaka yang diterima selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Ketiga-tiga kawasan ini kemudian disatukan dan dipanggil sebagai Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Penubuhan Negeri-negeri Selat, 1826-1890 Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan. Pertama, Pulau Pinang yang telah ditubuhkan sejak tahun 1786. Pada tahun 1805, Kerajaan India telah mengangkat Pulau Pinang menjadi “Presidency” ke-4 selepas Madras, Bombay dan Benggala di India. Pulau Pinang mempunyai seorang gabenor sebagai ketua negara. Kedua, Singapura yang ditubuhkan pada 1819 dengan seorang Residen yang bertanggungjawab kepada Kerajaan India. Sebelumnya iaitu di antara 1819-1823, semua arahannya datang secara langsung dari Raffles di Bengkahulu dan bukan dari Pulau Pinang, tetapi selepas Raffles pulang ke England (1824), Singapura terus diletakkan di bawah pentadbiran India. Ketiga, Melaka yang diperolehi melalui pertukaran dengan Bengkahulu yang diserahkan kepada Belanda berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda diletakkan secara langsung di bawah pentadbiran Kerajaan India. Pada tahun 1826, Kerajaan India mengambil kesempatan untuk menyatupadukan ketiga-tiga negeri menjadi satu bentuk pemerintahan dengan tujuan untuk mengurangkan bilangan pegawai-pegawai. Pernyataan ini kemudian dipanggil Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat ini terus menjadi Presidency ke-4 dan Pulau Pinang dijadikan ibu negerinya. Seorang gabenor dilantik dan ianya tertakluk kepada arahan-arahan dari Kerajaan India. Pada tahun 1832, pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Singapura. Pada tahun 1830, taraf Presidency Negeri-negeri Selat telah diturunkan ke taraf Residency. Dengan itu, jawatan gabenor telah dijadikan Residen. Kemudian 2 orang Timbalan Residen telah dilantik di Pulau Pinang dan Melaka. Tetapi selepas tahun 1832, jawatan gabenor digunakan semula di Negeri-negeri Selat. Perpindahan pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India ia telah diletakkan di bawah kawalan 3 bentuk pentadbiran, antaranya: a. 1831-1851 – ditadbir oleh Kerajaan Benggala b. 1851-1858 – diletakkan secara langsung kepada Pejabat Gabenor Jeneral c. 1858-1867 – diserahkan kepada Pejabat India c.

104
Rayuan untuk perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Pejabat India ke Pejabat Tanah Jajahan telah bertambah kuat selepas pengenalan Akta Mata Wang dan cukai pelabuhan. Malah, rayuan dibuat kepada Kerajaan India pada masa itu terlibat dalam satu pemberontakan sepoi (Dahagi India, 1857) di mana sepoi-sepoi India bangkit menentang SHTI. Peristiwa Dahagi itu jelas memperlihatkan kelemahan Pejabat India untuk memerintah India sendiri dan membuktikan ketidakmampuan untuk mentadbir Negeri-negeri Selat yang jauh. Dalam rayuan itu, saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat telah meminta Pejabat Tanah Jajahan di London supaya mengambil alih kuasa pentadbiran Negeri-negeri Selat daripada Pejabat India. Selepas tamatnya peristiwa Dahagi, iaitu 1858, SHTI telah dibubarkan dan kuasa pentadbiran India diletakkan di bawah Kerajaan British di London. Pada 10 Ogos 1866, Parlimen meluluskan Akta Perpindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat dari India ke Pejabat Tanah Jajahan. Pada 1 April 1867, Akta tersebut dikuatkuasakan dan pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Dengan ini, Negeri-negeri Selat mencapai taraf Tanah Jajahan Mahkota. Sebab-sebab perpindahan 1. Kedudukan India yang jauh dari Negeri-negeri Selat Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India, telah timbul beberapa masalah dan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai terutama golongan saudagar yang merupakan golongan terpenting. Mereka menuduh Kerajaan India tidak cuba menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan mereka. Dengan lain perkataan, Kerajaan India cuai menjalankan tugasnya. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh Kerajaan India dan mungkin tidak dapat dielakkan kerana kedudukan India yang begitu jauh daripada Negeri-negeri Selat. Keadaan ini menyebabkan satu-satu arahan penting yang hendak disampaikan ke Negeri-negeri Selat mengambil masa yang lama untuk diterima. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila tidak ada pegawaipegawai India yang mengetahui benar-benar akan kedudukan Negeri-negeri Selat. Yang penting, antara India dan Negeri-negeri Selat mempunyai perbezaan yang besar sama ada dari segi politik mahupun dari segi sosial. Oleh itu, segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan India sering-kali bertentangan dengan kehendak-kehendak atau tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat Negeri-negeri Selat. 2. Sikap kecuaian Kerajaan India dalam masalah Negeri-negeri Selat a. Masalah lanun Sikap cuai Kerajaan India jelas dilihat dalam usaha mereka membasmi lanun yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Kejadian rompakan berlaku berleluasa di Selat Melaka dan perairan Singapura. Kegiatan lanun dilakukan oleh beberapa puak seperti Ilkanon, Sikarna, Melayu, Dayak dan lain-lain. Kadang-kala, mereka tidak sahaja merompak malah membakar kapal-kapal perdagangan serta membunuh anak-anak kapal atau ditawan lalu dijadikan hamba abdi. Peristiwa rompakan oleh lanun sudah pasti menjejaskan perdagangan Negeri-negeri Selat. Dalam tahun-tahun 1850, orang Cina turut terlibat dalam peristiwa lanun. b. Mengawal kegiatan kongsi gelap Seperti masalah lanun, Kerjaan India juga dituduh tidak berjaya dalam usahanya mengawal kegiatan kongsi gelap cina. Dalam hubungan dengan kongsi gelap cina, Kerajaan India menggunakan sistem “indirect rule” iaitu memberi kebebasan kepada kongsi gelap itu menjalankan kegiatan mereka. Oleh sebab kongsi gelap cina di Negeri-negeri Selat ditubuhkan berdasarkan puak-puak, menyebabkan sering terjadi pergaduhan antara mereka yang kemudiannya diikuti oleh peristiwa pembunuhan. Keadaan ini semua memberi kesan buruk kepada saudagar. Bagi golongan saudagar Negeri-negeri Selat pula, usaha-usaha yang lebih giat hendaklah dijalankan lebih-lebih lagi memandangkan hilangnya monopoli perdagangan Inggeris di Negeri China pada tahun 1833. Dengan kehilangan monopoli perdagangan itu sudah tentu tumpuan hendaklah dibuat ke Negeri-negeri Selat. Tetapi, jika kegiatan lanun dan kongsi gelap tidak dapat dikawal, bermakna cita-cita hendak menjadikan Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan Inggeris yang penting di bahagian timur tidak akan tercapai. 3. Sikap kecuaian Kerajaan India terhadap pentadbiran Negeri-negeri Selat Dasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran Negeri-negeri Selat menyebabkan kecekapan pentadbirannya merosot. Ini adalah kerana Negeri-negeri Selat semakin maju tetapi bilangan pegawai tidak mencukupi untuk menguruskan kerja tambahan. Selain itu, pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri Selat juga tidak terlatih dalam pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka adalah muda dan tidak faham tentang bahasa dan adat resam orang tempatan. Oleh itu, mereka menghadapi masalah untuk menjalankan tugas dengan cekap. Pegawai-pegawai ini juga diberi gaji yang rendah dan kenaikan pangkat tidak terjamin. Jadi, mereka tidak berminat dalam tugas mereka. Justeru itu, mereka mengamalkan rasuah. Kerajaan India juga tidak mengambil tindakan tegas untuk mengekalkan keamanan di Negeri-negeri Selat. Bilangan anggota polis tidak mencukupi untuk menjaga ketenteraman, misalnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis untuk menjaga penduduk seramai 16000 di Singapura. Sistem keadilan di Negeri-negeri Selat juga tidak cekap kerana tidak ada hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlatih dan kekurangan mahkamah untuk membicarakan serta mengadili kes-kes jenayah dan awam. Hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini menyebabkan banyak kes tertangguh. 4. Ketiadaan perwakilan tempatan Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak mempunyai majlis perundangan untuk memilih wakil-wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat rakyat tempatan berkenaan pentadbiran Negeri-negeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan diluluskan di majlis perundangan di Calcutta atau Parlimen oleh ahli-ahli dan pegawai-pegawai yang jahil mengenai keadaan Negeri-negeri Selat. Undang-undang yang digubal tidak secocok dengan keadaan di Negeri-negeri Selat kerana keadaan sosioekonomi di Negerinegeri Selat jauh berbeza daripada India dan Britain. Malah, undang-undang ini digubal tanpa menghiraukan pandangan pegawai-pegawai tempatan. Oleh itu, pedagang-pedagang tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan India dan menuntut supaya sebuah majlis perundangan ditubuhkan dan diwakili oleh wakil tempatan. 5. Penempatan banduan di Negeri-negeri Selat

105
Kerajaan India mengambil keputusan untuk menghantar banduan dari India ke Negeri-negeri Selat, misalnya menjelang tahun 1857, seramai 4000 orang banduan telah dihantar ke Negeri-negeri Selat. Tindakan ini dibantah keras oleh saudagarsaudagar yang diketuai oleh W.H. Read. Mereka menganggap kehadiran banduan akan menjejaskan imej Negeri-negeri Selat dan mengancam nyawa mereka. Besar kemungkinan perdagangan Negeri-negeri Selat akan merosot kerana saudagar asing akan merasa bimbang untuk melakukan aktiviti perdagangan. Selain itu, Negeri-negeri Selat juga terpaksa membiayai perbelanjaan untuk menanggung banduan-banduan itu dan seterusnya menambahkan beban kewangan dan sosial mereka. 6. Dasar tidak campur tangan Kerajaan India Faktor ini adalah berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi pendapat mereka, polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu akan merugikan perdagangan dan mengurangkan pengaruh British. Mereka inginkan Kerajaan India untuk campur tangan dan menamatkan keadaan huru-hara di Negeri-negeri Melayu yang semakin berleluasa. Mereka mengharapkan agar keamanan di Negeri-negeri Melayu dapat dipulihkan untuk kemajuan perdagangan dan pelaburan. Namun, Kerajaan India enggan berbuat demikian. Di sebaliknya, mereka mengamalkan dasar pro-Siam di mana dasar ini telah merugikan kegiatan perdagangan saudagar British. 7. Akta Mata Wang, 1855 Pada tahun 1855, Akta Mata Wang telah diluluskan di mana akta ini menjadikan mata wang rupee dan paisa sebagai mata wang yang sah di Negeri-negeri Selat bagi menggantikan mata wang ringgit perak dan sen. Akibatnya, bantahan-bantahan telah timbul disebabkan saudagar-saudagar telah biasa dengan penggunaan wang ringgit dan juga disebabkan nilai wang rupee adalah tidak stabil berbanding dengan nilai wang ringgit. Masalah ini menjadi kemuncak kemarahan dan rasa tidak puas hati golongan saudagar terhadap pentadbiran India. Akhirnya, Kerajaan India terpaksa menarik balik pelaksanaan mata wang rupee. 8. Pengenaan cukai pelabuhan, 1856 Pada awal tahun 1830-an, Kerajaan India telah mengalami kemelesetan ekonomi. Untuk mengatasinya, maka pada tahun 1833 telah dicadangkan untuk mengenakan cukai pelabuhan. Kemudian dalam tahun 1856, ketetapan telah diambil oleh Kerajaan Indiauntuk mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat. Kutipan cukai tersebut akan digunakan untuk membiayai pembinaan rumah-rumah api, pelampung-pelampung dan beberapa pangkalan. Ketetapan ini dibantah keras oleh para saudagar kerana mereka merasa kemakmuran yang dirasai dan keuntungan yang diperolehi adalah bergantung kepada taraf pelabuhan bebasnya, terutama pelabuhan Singapura. Mereka bimbang jika cukai pelabuhan dilaksanakan kemungkinan kapal-kapal asing akan berkurangan. Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti kedudukan ekonomi saudagar di Negeri-negeri Selat akan terjejas. Pentadbiran Negeri-negeri Selat, 1867 Kerajaan Negeri-negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor. Gabenor yang pertama ialah Sir Harry Ord. Gabenor dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan dan Majlis Perundangan. Majlis Kerja Kerajaan terdiri daripada ahli-ahli rasmi. Majlis Perundangan terdiri daripada 9 orang ahli rasmi dan 5 orang ahli tidak rasmi. Majlis Perundangan ini membuat undang-undang bagi Negeri-negeri Selat tetapi mesti mendapat persetujuan daripada Parlimen Brirish terlebih dahulu. Gabenor Negeri-negeri Selat diberi kuasa penuh untuk memerintah Negeri-negeri Selat. Hubungan Inggeris dengan Negeri-negeri Melayu Naungan Siam 1826-1863 Pengenalan Walaupun Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 memberi peluang kepada Inggeris untuk meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu, tetapi Inggeris di India tidak berbuat demikian. Dalam perjanjian tersebut, ternyatalah bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah di dalam lingkungan pengaruh British. Tetapi, Siam telah berusaha untuk menjadikan dirinya sebagai “tuan” ke atas negerinegeri Melayu. Keadaan ini telah menimbulkan huru-hara dan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat telah mengambil tindakan tanpa restu dari India untuk mengatasinya. Hubungan British dengan Siam dan Kedah sebelum 1824 Pada awal abad ke-19, negeri Siam menjadi kuat semula di bawah pemerintahan Dinasti Chakri. Raja Chakri, iaitu Raja Rama I telah memindahkan ibu negerinya dari Ayuthia ke Bangkok (1783) dan ingin menegakkan semula kuasanya ke atas negeri-negeri Melayu seperti Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Negeri-negeri tersebut tidak menghantar bunga emas ke Siam sejak Siam berperang dengan Burma pada tahun 1760-an. Selepas kemusnahan ibu negerinya, iaitu Ayuthia oleh Burma pada tahun 1767, Siam telah dapat mengawal jajahan takluknya di Negeri-negeri Melayu Utara. Pada tahun 1816, Kedah diarah oleh Kerajaan Siam supaya menyerang negeri Perak kerana gagal menghantar bunga emas kepadanya. Sultan Ahmad Tajuddin dengan berat hati telah menyerang Perak. Sultan Perak disingkirkan dan sebagai ganti, dilantik pula Raja Muda manjadi sultan yang disifatkan sebagai wakil pemerintah Siam di Perak. Sungguhpun Sultan Ahmad telah memenuhi kehendak Siam, namun Siam masih curiga dan tidak puas hati terhadap baginda. Ini disebabkan sultan telah berusaha untuk membebaskan Kedah dari cengkaman Siam. Dalam hal ini, Siam menuduh sultan telah bersuhabat dengan Burma. Sebelum itu, kecurigaan Siam terhadap Kedah telah pun wujud apabila bekas sultan (Sultan Abdullah Muharam Syah) menyerahkan Pulau Pinang kepada pihak British tanpa pengetahuan Siam. Berhubung dengan perkara-perkara di atas, Sultan Ahmad telah diarahkan ke Bangkok tetapi baginda enggan berbuat demikian kerana dapat menjangkakan hukuman yang akan di terima. Keengganan Sultan Ahmad itu telah menimbulkan kemarahan Siam. Oleh itu, pada tahun 1821, Kerajaan Siam mengarahkan Gabenor Ligor iaitu Nakhon Si Thammarat menyerang Kedah. Sultan meminta bantuan dari Inggeris. Malangnya, pihak Inggeris di Pulau Pinang atas arahan dari Kerajaan India tidak dapat memberi bantuan ketenteraan kepada baginda. Pihak British berusaha mengelakkan terjadinya perselisihan dengan Siam walaupun pendudukan Siam ke atas negeri Kedah menimbulkan kebimbangan kepadanya. British bimbang, bekalan makanan yang diperlukan dari Kedah akan terjejas di samping perdagangan British di Pulau Pinang terganggu. British benar-benar dalam keadaan yang serba salah. Di satu pihak, British inginkan persahabatan dengan Siam dan di pihak yang lain, British tidak mahu merosakkan hubungannya dengan sultan Kedah kerana ia sedikit sebanyak akan menjatuhkan imej British di mata Negeri-negeri Melayu yang lain. Oleh itu, dari segi jangka panjang, British harus meneruskan hubungan baik dengan sultan Kedah.

106
Oleh itu, pihak British menghantar perwakilan John Crowford ke Bangkok pada tahun 1822 bagi mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan. Dalam rundingan ini, John Crowford meminta Kerajaan Siam melantik semula sultan Kedah yang telah diturunkan takhta. Cadangan beliau ditolak. Walau bagaimanapun, John Crowford berjaya memperolehi maklumat penting mengenai Siam dan juga kelemahan-kelemahan tentera Siam. Persetiaan Awal dengan Raja Ligor, 1825 Pada tahun 1825, Kerajaan India atas desakan Gabenor Fullerton bersetuju menghantar satu perwakilan ke Bangkok untuk memulihkan hubungan perdagangan dengan Siam. Kapten Henry Burney dilantik untuk mengetuai perwakilan tersebut. Akan tetapi, Gabenor Fullerton mengarahkan Kapten Burney untuk menemui Raja Ligor bagi mewujudkan hubungan damai dan untuk merintis jalan bagi perwakilan Inggeris ke Bangkok. Apabila Kapten Burney tiba di Ligor, beliau mendapati bahawa tentera laut Raja Ligor sudah bersiap sedia untuk menyerang Selangor dan Perak. Burney memberi amaran kepada Raja Ligor bahawa sekiranya beliau menyerang Perak atau Selangor, maka British akan campur tangan. Oleh sebab Raja Ligor menyedari bahawa pihak British tidak lagi mengikuti dasar pro-Siam, maka beliau bersetuju menandatangani perjanjian sementara pada 31 Julai 1825 dengan Kapten Burney untuk mengelakkan tindakan perang ke atas Siam. Syarat-syarat Perjanjian Awal ini ialah: a. Raja Ligor tidak akan menyerang Perak dan Selangor. b. Raja Ligor memberi peluang kepada Perak dan Selangor untuk membuat keputusan sama ada hendak menghantar bunga emas atau tidak. c. Raja Ligor bersetuju menemani Kapten Burney mengadap Raja Siam di Bangkok. d. Inggeris bersetuju tidak akan campur tangan dalam negeri Kedah. e. Sultan Kedah dibenarkan kembali ke Kedah. Sultan hendaklah menghantar “bunga emas” setiap tiga tahun dan membayar sebanyak $4000 tiap-tiap tahun sebagai jajahan takluk Siam. Setelah perjanjian itu dihantar ke India untuk mendapatkan pengesahan, Gabenor Fullerton menghantar John Anderson ke Perak dan Selangor untuk memulihkan hubungan kedua-dua negeri ini dan Sungai Bernam dijadikan sempadan. Perjanjian Burney, 1826 Perjanjian sementara yang ditandatangani oleh Burney dengan Raja Ligor mendapat pengesahan dari Kerajaan India. Dengan itu, Kapten Burney sekali lagi dihantar (pada bulan Disember 1825) ke Siam lagi bagi mendapatkan pengiktirafan perjanjian tersebut. Sesungguhnya, Kapten Burney dihantar ke Bangkok dengan tujuan berikut: a. Untuk menjamin bahawa British tidak berniat buruk terhadap Siam dan ingin mengukuhkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengannya. b. Beliau dikehendaki merundingkan pemulihan takhta Kerajaan Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin. c. Memastikan Perak dan Selangor serta negeri-negeri Melayu yang lain terpelihara. Sungguhpun keadaan ini agak sulit tetapi dengan kebijaksanaan dan diplomasi, akhirnya Burney berjaya mendapat tolak ansur dari pidak Siam setalah rundingan-rundingan berjalan selama 6 bulan. Kejayaan ini juga adalah atas kerjasama yang diberikan oleh Raja Ligor dan pegawai-pegawai Siam yang besifat sederhana. Akhirnya, pada 20 Jun 1826, satu perjanjian telah ditandatangani iaitu Perjanjian Burney. Perjanjian Sulit Inggeris Siam 1897 Pengenalan Selepas berjaya menyekat pengaruh Siam dari mara ke selatan, pihak British mula memikirkan rancangan untuk mengambil 4 buah negeri Melayu di utara dari kekuasaan Siam. Matlamat British ialah untuk menyatukan negeri-negeri itu dalam suatu gabungan iaitu Tanah Melayu. Ketika ini, British sudah berjaya meletakkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah pentadbiran mereka. Satu perjanjian sulit antara Inggeris dengan Siam telah diadakan pada tahun 1897 sebagai perintis untuk mengambil keempatempat buah negeri Melayu di utara dari Siam. Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian 1. British berasa bimbang selepas mendapat berita bahawa kuasa Perancis berminat meluaskan pengaruhnya ke Lembah Menam Chao Phraya dan merancang untuk membina “Terusan Kra” pada tahun 1880. 2. British juga bimbang akan peluasan pengaruh Jerman apabila mendapat berita bahawa negara Jerman sedang berusaha untuk membina sebuah pangkalan di kawasan Siam selatan terutama di Pulau Langkawi. Syarat-syarat perjanjian 1. Kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa barat tersebut mendesak British untuk menandatangani Perjanjian Sulit dengan Siam pada 6 April 1897. Menurut perjanjian ini: 2. Raja Siam bersetuju tidak akan memindahkan sebarang kawasan di Selatan Muang Bang Tapan dekat Tenasserim. 3. British mengakui hak Siam di Selatan Muang Bang Tapan berhampiran pantai Tenasserim hingga ke negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. 4. British akan membantu Siam jika ia diserang. 5. Jika Raja Siam memutuskan hendak membuat sebarang pemberian tanah kepada kuasa asing, ia mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari British. Kesan-kesan perjanjian 1. Dengan perjanjian ini, permintaan Jerman untuk dibenarkan bertapak di Langkawi ditolak oleh pihak Siam. 2. British berjaya menyekat Negeri-negeri Melayu dan wilayah Siam di utara Semenanjung Tanah Melayu dari jatuh ke tangan kuasa-kuasa asing. 3. Oleh sebab perjanjian ini ditandantangani secara sulit, tidak ada pihak lain yang mengetahuinya. Sesetengah sultan telah berasa hampa berada di bawah naungan Siam dan cuba bertindak secara bebas. Keadaan ini memaksa British dan Siam menandatangani satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Sempadan (1899) untuk menentukan sempadan antara negeri-negeri Siam, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. Di bawah perjanjian ini, Reman menjadi wilayah Siam sementara Kedah, Kelantan dan Terengganu hanya sebagai wilayah jajahan Siam.

107
Ekoran daripada perjanjian ini, timbul pula isu Duff yang mendorong Siam dan British menandatangani satu pengisytiharaan pada 1902. British mengakui secara rasmi hak Siam ke atas Negeri-negeri Melayu Utara. Ini adalah disebabkan keinginan British untuk mengekalkan kemerdekaan Siam supaya Siam dapat dijadikan negara penampan yang memisahkan British dengan Perancis kerana sempadan bersama boleh menimbulkan peperangan di antar kedua-dua pihak itu. Pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902 Pengenalan Antara tahun 1899 dan 1900, Jerman telah beberapa kali cuba mendapatkan Pulau Langkawi walaupun ditolak oleh Siam. Dalam tahun 1900, timbul pula isu Duff di Kelantan menyebabkan hubungan Inggeris-Siam terjejas. Memandangkan keadaan yang demikian British berasa satu rundingan harus diadakan dengan Siam bagi menyelesaikan masalah ini. Hubungan Siam dengan British bertambah runcing apabila Siam mengambil tindakan ke atas Pattani yang cuba melepaskan diri dari kekuasaan Siam. Pada bulan Disember 1901, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan iaitu Joseph Chamberlin telah mengarahkan Menteri Inggeris di Bangkok mendesak Siam supaya mengadakan rundingan dengan Inggeris. Hasil daripada peranan Frank Swettenham, satu pengisytiharaan telah diadakan pada bulan Oktober 1902. Sebab-sebab yang membawa kepada pengisytiharaan 1. Kebimbangan campur tangan kuasa asing Kebimbangan Inggeris terhadap penguasaan kuasa di Negeri-negeri Melayu Utara semakin bertambah. Pada tahun 1901, Inggeris mendengar khabar angin yang ada pihak-pihak tertentu di Pattani dan Kelantan yang cuba mendapat sokongan Jerman untuk membebaskan negeri-negeri itu daripada cengkaman Siam. Antara tahun 1899-1901 kuasa Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat pula berusaha untuk mendapatkan hak-hak kewilayahan di Negeri-negeri Melayu Utara. Jerman telah mempergiatkan usahanya pada tahun 1899-1900 untuk memperoleh Pulau Langkawi untuk digunakan sebagai pangkalan laut di Asia Tenggara. Rusia juga berikhtiar memperoleh Ujong Salang (Pulau Phuket) untuk dijadikan sebagai pangkalan arang batu. Amerika Syarikat berusaha untuk mendapatkan konsesi kewilayahan di Terengganu dan pulau-pulau di sekitarnya. Dengan itu, Inggeris berasa bimbang kalau-kalau Siam tunduk kepada tekanan kuasa-kuasa asing ini. 2. Kegiatan R.W. Duff di Kelantan Dengan keadaan ini, pada tahun 1900, Sultan Kelantan telah bertindak seolah-olah merdeka. Baginda telah memajakkan tanah seluas 2000 batu persegi atau hampir satu pertiga daripada keluasan Kelantan kepada R.W. Duff, seorang saudagar Inggeris tanpa kebenaran daripada Raja Siam. Tindakan Sultan Kelantan ini telah menimbulkan kebimbangan dan kerumitan Inggeris kerana kemungkinan penyerahan serupa akan dibuat kepada kuasa-kuasa asing yang lain. Justeru itu, Siam pula membantah kepada Inggeris tentang perbuatan Duff itu. Pada tahun 1902, Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk melombong di Pulau Redang. Dalam keadaan ini, Duff meminta sokongan pihak Inggeris bagi menentang bantahan Siam terhadap pajakan tanah itu. Beliau mengancam mendapatkan sokongan Perancis atau Jerman jika Kerajaan Inggeris enggan menyokong hak pajakannya di Kelantan. 3. Rusuhan dalam negeri Rusuhan dalam negeri akibat daripada dasar Siam untuk mengetatkan kekuasaannya ke atas Negeri-negeri Melayu Utara juga merupakan faktor yang membawa kepada Pengisytiharaan Inggeris-Siam. Raja Abdul Kadir dari Pattani dan Sultan Mahmud IV dari Kelantan telah meminta bantuan Inggeris untuk mengelakkan ancaman dari Siam. Hal ini kerana Raja Abdul Kadir telah dipenjarakan oleh Siam dalam bulan Februari 1902, manakala Sultan Mahmud IV berasa bimbang akan kedudukannya. Kalau Inggeris tidak memberi bantuan, kemungkinan besar mereka akan meminta bantuan daripada kuasa Eropah yang lain. 4. Peranan Swettenham Pada masa itu, Frank Swettenham ialah Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Swettenham menyokong kuat tuntutan Duff sebagai alasan untuk meluaskan pengaruh Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara naungan Siam khususnya ke atas Kelantan dan Terengganu. Beliau mencadangkan kepada Kerajaan Inggeris supaya melantik pegawai-pegawai Inggeris yang berkhidmat di Bangkok sebagai penasihat untuk menguruskan hal-ehwal negeri-negeri Kelantan dan Terengganu. Cadangan ini dibuat atas pendapat bahawa Siam tidak berupaya menguruskan hal-ehwal tempatan negerinegeri Melayu berkenaan dan berkemungkinan besar Siam akan mendapatkan bantuan daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain. Sistem penasihat ini diharap akan memelihara kepentingan Inggeris di negeri-negeri tersebut dan juga melindungi negeri-negeri itu daripada ancaman kuasa-kuasa asing yang lain. Cadangan Swettenham mendapat bantahan kuat daripada Siam tetapi beliau telah menggugut akan mengiktiraf Kelantan dan Terengganu sebagai negeri yang bebas jika sekiranya Siam enggan berunding dengan Inggeris untuk menerima cadangan tersebut sebelum bulan September 1902. Siam berasa terancam dengan ugutan ini dan bersetuju menandatangani satu perjanjian baru pada 6 Oktober 1902. Syarat-syarat Pengisytiharaan 1. Siam akan menguasai hubungan luar negeri-negeri Kelantan dan Terengganu. 2. Siam tidak akan campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri Kelantan dan Terengganu. 3. Penasihat-penasihat berbangsa Inggeris akan dilantik oleh Siam untuk menasihati Sultan Kelantan dan Terengganu dalam semua hal pentadbiran kecuali perkara-perkara yang berkenaan agama dan adat resam orang Melayu. 4. Kelantan dan Terengganu tidak berhak memberi sebarang konsesi kepada orang asing tanpa perakuan Siam. 5. Siam akan menerima 10% daripada pendapatan jika pendapatan Negeri-negeri Melayu Utara naungan Siam melebihi $100000. Kesan-kesan Pengisytiharaan 1. Pada tahun 1903, Kelantan menerima W.A. Graham sebagai Penasihat Siam dan pada tahun 1905 Kedah menerima Meadows Frost sebagai Penasihat Kewangan. 2. Terengganu enggan mengesahkan perjanjian tersebut dan enggan menerima penasihat Siam. 3. Mengernai Kedah pula, Inggeris cuba menguatkan kedudukannya dengan memulihkan kewangan Kedah melalui pinjaman tambahan kepda Siam. Pihak Siam pula bersetuju berbuat demikian dengan syarat seorang Penasihat Kewangan bangsa Inggeris dilantik untuk menguruskannya. Dengan itu, J.F. Williamson dilantik sebagai Penasihat Kewangan Kedah untuk memulihkan kewangannya. 4.

108
Walaupun persetiaan ini telah menjelaskan kedudukan Kelantan dan Terengganu sebagai negeri naungan Siam tetapi tidak menenangkan fikiran pihak Inggeris. Hal ini kerana pihak Jerman ingin membantu Siam membina jalan keretapi di Siam Selatan. 5. Peringkat akhir yang membawa kepada penguasaan sepenuhnya Inggeris ke atas Negeri-negeri Melayu Utara ialah melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada 9 Julai 1909. Perjanjian Bangkok 1909 Pengenalan Inggeris semakin bertekad untuk mengambil alih pentadbiran ke atas keempat-empat Negeri-negeri Melayu Utara itu. Bagi Inggeris, masanya telah tiba untuk berbuat demikian apabila Jerman menawarkan tawaran Siam untuk membina jalan keretapi di Siam Selatan. Matlamat Inggeris ini semakin menyakinkan apabila satu Pakatan Inggeris-Perancis ditandatangani. Untuk mempengaruhi Siam agar bersetuju untuk berunding, Inggeris dan Perancis telah bersedia menamatkan hak wilayah asing yang diperolehi sejak tahun 1855 dan 1856. Siam sedar bahawa Inggeris begitu serius terhadap perkara mengenai Negeri-negeri Melayu Utara lalu bersetuju untuk mengadakan perundingan. Rundingan telah diadakan dan akhirnya Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada 9 Julai 1909. Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian 1. Pakatan Inggeris-Perancis 1904 Selepas ditandatangani Pengisytiharaan Inggeris-Siam, sikap Inggeris terhadap Siam mulai berubah. Hal ini adalah disebabkan Inggeris dan Perancis telah menamatkan permusuhan mereka di Eropah dengan termeterainya Pakatan Inggeris-Perancis pada 8 April 1904. Pakatan ini telah manamatkan ancaman peluasan kuasa Perancis di Siam dan dasar kemaraan di Negeri-negeri Melayu Utara. Perjanjian ini meletakkan Siam dalam bahaya. Kemungkinan besar Inggeris tidak akan menolong Siam sekiranya Perancis melanggarnya dari Indo-China. Kebimbangan Siam menjadi nyata apabila Perancis merampas Battambang dan Siem Reap, iaitu jajahan-jajahan takluk Siam di sempadan Siam-Kampuchea. Inggeris tidak membantu Siam malah ia bersikap berkecuali. Hal ini merugikan Siam. 2. Kebimbangan campur tangan kuasa asing yang lain Perancis, Rusia dan Jerman berminat untuk membina terusan di Segenting Kra sebab tertarik dengan kepesatan perdagangan Asia-Eropah kesan daripada pembukaan Terusan Suez. Pada tahun 1906, Jerman pula mendapat persetujuan Siam untuk membina jalan keretapi di Negeri-negeri Melayu Utara. Tindakan ini dianggap oleh Inggeris sebagai satu helah untuk menguasai Negeri-negeri Melayu Utara. Siam cuba mendapatkan bantuan modal dan buruh dari Jerman untuk membina jalan keretapi yang akan menghubungkan Bangkok dengan sempadannya di Kedah. Inggeris berasa bimbang bahawa langkah Siam akan membawa kepada kemungkinan besar Jerman campur tangan di Kedah dan mengancam kepentingan Inggeris di situ. 3. Pembatalan hak-hak wilayah asing Siam tidak senang hati dengan pemberian hak-hak istimewa kepada Inggeris sejak tahun 1855. Siam kini ingin membatalkan perjanjian-perjanjian berat sebelah seperti Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Sulit (1897). Sudah tentu Inggeris tidak akan memansuhkan hak-hak tersebut dengan rela tanpa sebarang ganti rugi. Oleh itu, Siam mengambil keputusan untuk menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara yang sebenarnya tidak menguntungkan kepada Inggeris. Sebagai balasan, Inggeris akan memansuhkan segala-gala hak wilayah asing di Siam. 4. Masalah kewangan Siam Sementara itu, Kelantan dan Terengganu menaruh dendam dan tidak pernah mengakui pertuanan Siam. Kedah pula menghadapi masalah kewangan yang teruk selepas tahun 1904 kerana sikap Sultan Kedah yang boros. Siam terpaksa memberikan pinjaman sejumlah $2 juta kepada Kedah. Syarat-syarat perjanjian 1. Siam memindahkan segala haknya ke atas keempat-empat buah Negeri-negeri Melayu Utara di bawah pemerintahannya iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, termasuk semua pulau yang dimiliki oleh negeri-negeri itu kepada Inggeris. 2. Siam bersetuju tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya kepada kuasa-kuasa asing tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Inggeris. 3. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menanggung segala hutang keempat-empat buah negeri yang diperolehinya. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga akan memberi pinjaman wang sebanyak £4 juta kepada Siam untuk membina jalan keretapi di Selatan Siam. 4. Inggeris menyerahkan hak wilayah asing yang diperolehinya dari Persetiaan Persahabatan dan Perdagangan pada tahun 1855. 5. Inggeris berjanji tidak akan campur tangan di wilayah-wilayah Siam yang lain. 6. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan. Kesan-kesan perjanjian 1. Negeri-negeri Melayu Utara berpindah tangan dari Siam kepada Inggeris dan negeri-negeri itu menerima seorang Penasihat British yang tugasnya seperti Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 2. Selanjutnya Penasihat British dilantik untuk berkhidmat di Perlis, Kelantan dan Kedah. Terengganu menerima Penasihat Inggeris pada tahun 1919. 3. Perjanjian ini telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu. 4. Perjanjian ini menjamin Inggeris agar dapat menjalankan dasar monopoli perdagangannya di Semenanjung Tanah Melayu. Dasar Tidak Campur Tangan Pengenalan Sehingga bulan September 1873, Kerajaan British pada keseluruhannya mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal-ehwal Negeri-negeri Melayu. Pertambahan dalam tanah jajahan British adalah dilarang sama sekali. Segala percubaan untuk mengadakan perjanjian-perjanjian politik telah dikecam oleh Kerajaan British di India. British khuatir bahawa perikatan-perikatan akan mengakibatkan penglibatan dalam perang-perang tempatan (terutamanya dengan Siam) yang akan menelan perbelanjaan besar. Siam dalam abad kesembilan belas ingin menegakkan semula kuasanya ke atas Negeri-negeri Melayu. British ingin mengekalkan persahabatan dengan Siam memandangkan SHTI mempunyai perdagangan yang semakin maju dengan Siam. Sebab lagi dasar tidak campur tangan tersebut ialah kepentingan-kepentingan British di Semenanjung Tanah Melayu adalah bersifat perniagaan. Negerinegeri Selat tidaklah dianggap sebagai batu loncatan bagi penubuhan satu Empayar British di Semenajung Tanag Melayu tetapi hanya 4.

109
sebagai pusat-pusat perdagangan. Namun demikian, terdapat beberapa peristiwa di mana British telah campur tangan dalam halehwal Negeri-negeri Melayu sama ada untuk melindungi kepentingan-kepentingan mereka atau kerana menepati ikatan-ikatan perjanjian. Penawanan Kedah oleh Siam 1821 Pada tahun 1821 Siam menawan Kedah. Sultan Kedah (Ahmad Tajuddin) memohon bantuan tentera British di Pulau Pinang untuk mendapatkan semula takhta kerajaannya. British enggan memberi bantuan tentera kepada Sultan Ahmad Tajuddin. British hanya memberi perlindungan politik dan rela membantu baginda melalui cara perundingan dengan Siam. Persetiaan Low 1826 Kapten James Low menandatangani satu persetiaan dengan Sultan Perak pada 18 Oktober 1826. Antara lain, SHTI bersetuju memberi perlindungan kepada Perak sekiranya diancam oleh Siam, Selangor atau Negeri-negeri Melayu yang lain. Kapten Low seterusnya memusnahkan pusat lanun di Sungai Kurau dan menawan Nakhoda Udin yang merupakan ejen Siam. Tindakan-tindakan Kapten Low tersebut dikecam oleh Kerajaan British di India. Beliau tidak dibenarkan menjalankan pekerjaan politik untuk sementara waktu. Penentuan sempadan antara Melaka dan Johol Semasa penentuan sempadan antara Melaka dan Johol pada tahun 1833, Gabenor Ibbetson tidak membuat tuntutan ke atas sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan emas. Kawasan tersebut tidak pula dituntut oleh Penghulu Johol. Gabenor Ibbetson dengan kelulusan Kerajaan India menjadikannya sebagai sebahagian dari Daerah Johol. Perang Linggi 1833 Perang Linggi meletus pada tahun 1833 apabila Saiyid Shaaban (Yamtuan Muda Rembau) ingin menawan Encik Katas (Pembesar Linggi) yang menguasai beberapa lombong bijih timah. Perang tersebut mengancam perdagangan saudagar-saudagar Cina Melaka. Mereka juga mengadu bahawa Saiyid Shaaban mengenakan cukai yang tinggi ke atas bijih timah yang dibawa melalui Sungai Linggi. Gabenor Ibbetson enggan camour tangan dan tindakan beliau ini disokong oleh Kerajaan India. Perebutan kuasa di Perak 1853 Pada tahun 1853 Sultan Perak digulingkan oleh musuhnya. Kedua-duanya meminta bantuan British. Kerajaan British di India mengarahkan Gabenor Butterworth supaya jangan memberi sebarang bantuan. Beliau hanya dibenarkan menjadi pengantara. Permintaan Raja Yusof 1869 Pada tahun 1869, Raja Yusof dari Perak meminta bantuan British bagi mendapatkan takhta kerajaan tetapi permintaan Raja Yusof ditolak. Pertikaian antara Tengku Ali dan Temenggung Ibrahim Sebelum pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles pada tahun 1819, Temenggung Abdul Rahman mentadbirkan Singapura dan Johor bagi pihak Sultan Johor yang menetap di Riau. Sultan Johor ketika itu ialah Abdul Rahman yang di bawah pengaruh Belanda. Beliau merupakan adik kepada Tengku Hussein yang sepatutnya ditabalkan sebagai Sultan Johor. Raffles membawa Tengku Hussein ke Singapura dan mengiktiraf beliau sebagai sultan. Perjanjian-perjanjian tahun 1819 dan 1824 yang menyerahkan Singapura kepada British telah ditandatangani bersama oleh Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Kuasa sebenar di Johor berada di tangan Temenggung Abdul Rahman. Sultan Hussein merupakan pemerintah Johor pada teori sahaja. Beliau tidak diiktiraf sebagai Sultan Johor oleh Negeri-negeri Melayu yang lain. Pada pertengahan abad ke-19, satu pertikaian atas hasil negeri Johor meletus antara Ali (anak Sultan Hussein) dan Temenggung Ibrahim (anak Temenggung Abdul Rahman). Pada tahun 1847 Ali telah menuntut pengakuan sebagai Sultan Johor daripada Kerajaan British di India. Tuntutan beliau ditolak apabila ianya tidak disokong oleh Gabenor Butterworth. Namun demikian melalui satu perjanjian pada tahun 1855, Kerajaan British membenarkan Ali menggunakan gelaran Sultan. Beliau diberi pencen sebanyak $500 sebulan dan kuasa mentadbirkan daerah Muar di Johor. Perjanjian tahun 1855 tersebut mengesahkan hak Temenggung Ibrahim dan waris-warisnya memerintah negeri Johor kecuali daerah Muar. Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862 dan digantikan oelh anaknya, Temenggung Abu Bakar. Dengan kebenaran British, beliau menggunakan gelaran Maharaja. Semasa kematian Sultan Ali pada tahun 1877, British telah membenarkan Maharaja Abu Bakar menguasai daerah Muar. Jumlah pencen bagi anaknya telah ditambahkan kepada $1250 sebulan. Gelaran Sultan ditarik balik dan beliau dikenali sebagai “Tunku”. Pada tahun 1855 Kerajaan British mengiktiraf Maharaja Abu Bakar sebagai Sultan Johor. Perang Naning 1831-1832 Lewis (penguasa Tanah di Melaka) dan Gabenor Fullerton berpendapat bahawa penduduk Naning perlu membayar satu persepuluh daripada hasil mereka kepada pentadbiran Melaka. Mereka juga bercadang untuk melantik pembesar-pembesar Naning sebagai pengutip cukai atau membayar mereka pencen melalui cara pampasan. Cadangan-cadangan tersebut ditentang oleh Dol Said, Penghulu Naning. Perang Naning meletus apabila British menghantar sebuah pasukan tentera untuk memaksa Dol Said menerima cadangan-cadangan British. British memenangi Perang Naning yang melibatkan 1400 orang tentera dan perbelanjaan sebanyak £100000. Naning digabungkan dengan Melaka dan diletakkan di bawah kawalan seorang Penguasa. Dol Said diberi pencen dan sebuah rumah di Melaka. Perjanjian Anderson dengan Selangor dan Perak 1825 Pada tahun 1825, Gabanor Fullerton mengarah Anderson untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian antara Selangor dan Perak. Anderson seterusnya menandatangani perjanjian-perjanjian dengan Selangor pada 20 Ogos 1825 dan dengan Perak pada 6 September 1825. Melalui perjanjian-perjanjian ini, Perak dan Selangor bersetuju untuk tidak menyerang satu sama lain. Sungai Bernam ditetapkan sebagai sempadan antara Perak dan Selangor.

110
Persetiaan Awal Kapten Burney 1825 Melalui persetiaan ini, Raja Ligor memberi jaminan untuk tidak menyerang Perak dan Selangor atau menentang pemulihan takhta Kerajaan Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Raja Ligor juga tidak akan memaksa Perak untuk menghantar bunga emas ke Siam. Pembedilan kubu pertahanan di Terengganu 1862 Pada tahun 1862 Gabenor Negeri-negeri Selat, Cavenagh menghantar sebuah kapal perang untuk menyerang kubu pertahanan di Terengganu. Dasar Campur Tangan British Pengenalan Sebelum tahun 1874, British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Pegawai-pegawai British diarahkan supaya hanya menumpukan perhatian di Negeri-negeri Selat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negeri-negeri Melayu, khususnya Negeri-negeri Melayu Utara yang diakui sebagai negeri-negeri naungan Siam. Selain itu, pengalaman British akan penglibatan mereka dalam Perang Naning (1831-1832) di mana British mengalami kerugian 100 ribu ringgit telah menyedarkan mereka supaya tidak campur tangan dalam negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, sebelum 1874, terdapat beberapa peristiwa penglibatan British dalam hal-ehwal negeri Melayu seperti Perjanjian Burney, pembedilan kubu di Terengganu dan Kuala Selangor dan sebagainya. Penglibatan tersebut dianggap sebagai campur tangan tidfak langsung dan tidak mempunyai tujuan penjajahan. Akibat dari beberapa faktor, pada tahun 1874, British telah mengubah polisinya terhadap negeri-negeri Melayu dari dasat tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. Faktor-faktor campur tangan 1. Faktor ekonomi a. Keperluan bahan mentah dan pasaran baru Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim, Margaret Kuowler menegaskan tujuan ekonomi adalah faktor yang penting menyebabkan British campur tangan di Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874. Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan serta pasaran barang-barang industri mereka. Perkembangan industri mengetin terutamanya selepas terciptanya teknologi mengetin oleh Peter Durar & Nicholas Appot pada tahun 1810 telah menyebabkan permintaan bijih timah meningkat. Akibat permintaan yang tinggi, harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 penn bagi 1 tan pada tahun 1872. Negeri-negeri Melayu terutamanya Perak, Selangor dan Sungai Ujong memang diketahui oleh British kaya dengan bijih timah. British menganggap penguasaan ke atas negeri-negeri tersebut akan menguntungkan British kerana mereka akan mendapat bijih timah negeri-negeri berkenaan. Campur tangan British kerana faktor ekonomi terbukti kerana British memulakan campur tangannya di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong. b. Kepentingan pelaburan British Walaupun sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi sudah terdapat ramai pedagang British yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Kebanyakan dari mereka melabur secara langsung dalam lombong bijih timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong, Kuantan dan sebagainya. Malah, terdapat beberapa syarikat British yang telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mendapatkan konsesi (pajakan) perlombongan di negerinegeri Melayu. Sebagai contoh, Syarikat Patterson & Simons pada tahun 1861 mengeluarkan 33 ribu ringgit untuk mendapatkan konsesi perdagangan di Kuantan dan Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar kepada Dato’ Kelana sebanyak $30 ribu untuk mendapatkan konsesi perlombongan di Sungai Ujong manakala W. Mansfield & Rakan-rakan mempunyai kepentingan perkapalan di Singapura, khususnya untuk mengangkut bijih timah ke Eropah. Pada tahun 1870-an, dianggarkan perdagangan bernilai $2.5 juta setahun yang dijalankan oleh pedagang-pedagang British dan orang-orang Cina di negeri-negeri Melayu dibiayai oleh modal Eropah. Walau bagaimanapun, perdagangan dan pelaburan mereka di negeri-negeri Melayu terganggu akibat kekacauan yang berlaku seperti perebutan takhta, pergaduhan antara kongsi gelap Cina, pembesar-pembesar dan sebagainya. Pedagang-pedagang Eropah dan Cina telah mendesak Kerajaan British supaya campur tangan di negeri-negeri Melayu bagi melindungi pelaburan dan perdagangan mereka. Sebagai contoh, pada Mac 1873, seramai 248 orang pedagang Cina telah menandatangani surat rayuan mendesak British campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Bagi menamatkan kekacauan-kekacauan supaya kegiatan perdagangan mereka dapat dijalankan tanpa gangguan, surat tersebut telah diterima oleh Lord Kimberley, Setiausaha Jabatan Pejabat Tanah Jajahan pada 31 Ogos 1873. Pada September 1873, Lord Kimberley telah mengarahkan Andrew Clarke supaya mengkaji dan melaporkan langkahlangkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-negeri Melayu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktorfaktor ekonomi kerana dasar tersebut dijalankan selepas Lord Kimberley menerima laporan dari Andrew Clarke pada tahun 1873. Walau bagaimanapun, ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan, J.E. Cady dan K.G. Tregonning menganggap tujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi British di negeri-negeri Melayu kurang penting jika dibandingkan dengan perlindungan ke atas jalan perdagangan ke negeri China. 2. Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain Ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan dan K.G. Tregonning, Hanny Miller, Emily, Kennedy dan Gullick menegaskan kebimbangan terhadap bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu menjadi faktor yang mempercepat campur tangan British. Pada pertengahan abad ke-19, terutamanya pada tahun 1870-an merupakan zaman imperialisme di mana kuasa-kuasa Barat berlumbalumba untuk mendapatkan tanah jajahan bagi kepentingan bahan mentah dan pasaran. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-kuasa Barat untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asia. Pada tahun 1870-an, kebanyakan negeri di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, contohnya British di Burma, Perancis di Indo-China, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia. Hanya Siam dan negeri-negeri Melayu yang masih belum dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. British tidak dapat menjajah Siam kerana tindakan tersebut akan mendapat tentangan kuasa-kuasa lain yang juga mempunyai kepentingan di Siam. British sedar bahawa jika mereka tidak menjajah negeri-negeri Melayu, kuasa-kuasa asing akan menjajahnya. Kuasa-kuasa lain mungkin akan menjadikan kekacauan-kekacauan sebagai alasan untuk campur tangan. Kuasa asing yang paling dibimbangi oleh British ialah Jerman yang telah muncul sebagai kuasa yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Bismarck pada tahun 1871. Kejayaan Jerman mengalahkan Perancis pada tahun 1871 telah menyebabkan Jerman muncul sebagai kuasa yang kuat di Eropah.

111
Pada tahun 1870-an, Jerman berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia dan Afrika supaya dianggap setanding dengan kuasa-kuasa lain. Minat Jerman terhadap negeri-negeri Melayu terbukti apabila terdapat pedagang-pedagang Jerman di Singapura pada tahun 1870-an. Kebimbangan British terhadap tapaknya kuasa asing di negeri-negeri Melayu bertambah selepas Lord Kimberley menerima sepucuk surat dari Saymore Clark, iaitu pengarah Syarikat Bijih Timah Selangor pada 18 Julai 1873. Dalam surat tersebut, Saymore Clark menegaskan Tengku Kudin sebagai wizurai Selangor telah memohon bantuan British bagi menamatkan Perang Kelang. Tengku Kudin telah mengugut sekiranya British enggan membantunya, beliau akan dapat bantuan daripada kuasa-kuasa lain, terutamanya Jerman. Kebimbangan British terhadap kuasa lain terbukti dari laporan Lord Kimberley pada 22 Julai 1873 yang menegaskan British tidak sanggup melihat kuasa-kuasa lain bertapak di mana-mana negeri Melayu kerana ia akan menjejaskan kepentingan British. Kebimbangan terhadap campur tangan asing telah mempercepat campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Sekiranya kuasa-kuasa asing bertapak di negeri Melayu, bukan sahaja jalan perdagangan ke China terancam tetapi kedudukan British di Negeri-negeri Selat dan kepentingan ekonomi dan politik British di negeri-negeri Melayu akan terancam. 3. Keselamatan Negeri-negeri Selat Pada 1860-an dan 1870-an, berlakunya kekacauan di negeri-negeri Melayu akibat daripada perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan pelombong-pelombong, pelanunan dan sebagainya. Antara kekacauan-kekacauan tersebut ialah Perang Kelang (18671873), Perang Larut (1861-1863), Perang Saudara Pahang (1857-1863). Kekacauan-kekacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu, terutamanya antara pelombong Cina telah menjejaskan Negeri-negeri Selat kerana kekacauan-kekacauan tersebut berlarutan ke Negeri-negeri Selat. Kennedy pada bukunya “History of Malaya” menegaskan faktor keselamatan Negeri-negeri Selat yang terjejas akibat kekacauan-kekacauan di negeri-negeri Melayu menjadi faktor paling penting menyebabkan British campur tangan di negerinegeri Melayu. Pendapat ini disokong oleh C.D. Cowan dalam bukunya “Nineteen Century Malaya”. Faktor ini dapat dibuktikan dalam kenyataan Lord Kimberley pada 7 Julai 1873 yang mendesak supaya dicari jalan penyelesaian British dapat menamatkan Perang Larut supaya keselamatan Negeri-negeri Selat tidak terjejas. 4. Faktor kemanusiaan Frank Swettenham menegaskan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan. Beliau menganggap tanggungjawab orang-orang putih ialah untuk menamatkan kekacauan dan wujudkan peraturan serta keamanan bagi menjamin keselamatan harta benda dan nyawa. Walau bagaimanapun, faktor ini kurang penting jika dibandingkan dengan faktor ekonomi dan politik. Malah terdapat ahli-ahli sejarah yang menegaskan faktor kemanusiaan ini sengaja ditonjolkan dengan tujuan untuk melindungi sebab sebenar campur tangan British, iaitu sebab ekonomi dan politik. 5. Perubahan pegawai Sebelum tahun 1870, pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan kerajaan liberal di bawah Glodstone bersikap anti-imperialisme. Mereka menganggap campur tangan British di Negeri-negeri Melayu akan membebankan mereka dari segi kewangan. Mereka tidak bersimpati dengan rayuan pedagang-pedagang dan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat supaya British campur tangan di Negerinegeri Melayu. Sejak tahun 1870, berlaku perubahan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan Kabinet British yang membawa kepada sentimen imperialisme. Golongan ini mahukan British campur tangan untuk melindungi kepentingan British. Pada tahun 1870, Lord Kimberley dilantik sebagai Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan. Pada tahun 1871, Edward Knatchbull Hugessen telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen dan Robert Herbert sebagai Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan. Sekiranya kepentingankepentingan British terjejas maka mereka perlu campur tangan. Malah campur tangan setelah Lord Kimberley mengarahkan Andrew Clarke untuk mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan di Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873, Parti Konservatif di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan konservatif menguasai kerajaan pada Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Negeri-negeri Melayu. Selain itu, pada tahun 1870-an juga berlaku perubahan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat. Pegawai-pegawai tersebut juga menganut fahaman imperialisme seperti Andrew Clarke, Frank Swettenham, Kapten Speedy dan Kapten Tathan. 6. Tindakan Andrew Clarke Tindakan Andrew Clarke yang melampaui arahan juga bertanggungjawab terhadap perubahan dasar British di Negeri-negeri Melayu. Andrew Clarke hanya diarahkan oleh Lord Kimberley untuk menkaji dan melaporkan langkah-langkah bagi melindungi kepentingan British di Negeri-negeri Melayu tetapi Andrew Clarke dengan inisiatifnya sendiri telah campur tangan di Perak (Januari 1974), Selangor (Februari 1874) dan Sungai Ujong (April 1874). Campur Tangan British di Perak 1874 Pengenalan Seperti Negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan-kekacauan di Perak juga berlaku pada tahun 1860-an dan 1870-an. Kekacauankekacauan tersebut ialah lanjutan dari kekacauan yang berlaku sebelumnya. Di antara kekacauan-kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan di antara pembesar dan pergaduhan di antara pelombong Cina. Pada mulanya, British tidak mengambil langkah untuk menamatkan kekacauan-kekacauan tersebut kerana sebelum tahun 1874, British tidak mengamalkan dasar campur tangan dalam hal-hal Negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, kekacauan-kekacauan berikut dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan di Perak selepas tahun 1874. Selepas tahun 1874, berlaku lagi satu kekacauan iaitu Perang Perak 1875. Perebutan takhta kerajaan di Perak 1871-1874 Sistem mewarisi takhta di Perak adalah berbeza dari negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Sebelum dilantik menjadi Sultan, seseorang itu perlu menjadi Raja di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda. Selepas kemangkatan Sultan, Raja Muda dilantik sebagai Sultan, Raja Bendahara sebagai Raja Muda, Raja di Hilir sebagai Raja Bendahara dan putera Sultan yang sedang memerintah akan dilantik sebagai Raja di Hilir. Sejak tahun 1850-an, sistem ini mula tidak diikuti sepenuhnya sehingga melemahkan kesultanan dan hampir-hampir mencetuskan Perang Saudara. Terdapat juga pembesar-pembesar yang amat berpengaruh kerana kekayaan mereka akibat penglibatan mereka dalam perlombongan bijih timah. Sebagai contoh, Ngah Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Larut. Kedudukan dalam pemerintahan Perak 1850-an adalah seperti berikut: · Sultan Abdullah Muhammad Syah sebagai Sultan · Raja Jaafar sebagai Raja Muda · Raja Ali sebagai Raja Bendahara · Raja Yusof sebagai Raja di Hilir

112
Selepas kemangkatan Sultan Abdullah Muhammad Syah pada tahun 1857, Raja Jaafar dilantik sebagai Sultan dan Raja Ali sebagai Raja Muda. Raja Yusof dikekalkan sebagai Raja di Hilir kerana Sultan Jaafar telah melantik Raja Ismail sebagai Raja Bendahara. Perlantikan Raja Ismail bukan sahaja mendapat tentangan Raja Yusof, tetapi juga pembesar-pembesar Perak kerana Raja Ismail berasal dari keturunan Siak (Sumatera). Untuk mengelakkan berlakunya kekacauan, Raja Jaafar berjanji bahawa kedudukan Raja Ismail akan dikekalkan sebagai Raja Bendahara. Baginda tidak akan dilantik sebagai Raja Muda atau Sultan. Selepas kemangkatan Sultan Jaafar pada tahun 1865, Raja Ali dilantik sebagai Sultan. Baginda telah melantik putera Sultan Jaafar, iaitu Raja Abdullah sebagai Raja Muda dengan mengekalkan Raja Ismail sebagai Raja Bendahara dan Raja Yusof sebagai Raja di Hilir. Perlantikan Raja Abdullah sebagai Raja Muda telah mendapat tentangan Raja Yusof, Raja Ismail dan pembesar-pembesar Perak. Keadaan di Perak semakin runcing apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871 kerana Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusof menuntut takhta Perak dan masing-masing menganggap berhak ke atas takhta tersebut. Dalam upacara pengebumian Sultan Ali di Sayong pada tahun 1871, pembesar-pembesar Perak telah melantik Raja Ismail sebagai Sultan kerana Raja Abdullah (Raja Muda) tidak menghadiri upacara tersebut. Di antara pembesar yang memainkan peranan penting di atas perlantikan Raja Ismail sebagai Sultan ialah Ngah Ibrahim kerana beliau mengharapkan Raja Ismail akan melantiknya sebagai Raja Bendahara, sebagai anak tangga ke arah takhta Perak. Perlantikan Raja Ismail sebagai Sultan telah mendapat tentangan dari Raja Abdullah, Raja Yusof dan pembesar-pembesar Hilir Perak. Raja Abdullah telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dan melantik Raja Yusof sebagai Raja Muda dalam usaha mendapatkan sokongan. Setelah usahanya untuk mendapatkan takhta Perak gagal, Raja Abdullah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Sir Andrew Clarke pada 31 Disember 1873 dan 9 Januari 1974 memohon bantuan British dalam usaha mendapatkan takhta Perak. Pertelingkahan antara kongsi-kongsi gelap Larut ialah daerah yang terpencil. Ia tidak mempunyai ketua daerah, hanya seorang pemimpin bernama Panglima Bukit Gantang. Pada tahun 1848, bijih timah dijumpai di Larut. Long Jaafar, seorang pemimpin kecil keturunan Panglima Bukit Gantang telah menguruskan sendiri perusahaan bijih timah. Lombong bijih timah telah dibuka. Untuk menguruskan lombong bijih timah itu, maka Long Jaafar telah mengambil orang-orang Cina untuk bekerja sebagai buruh. Akhirnya, Long Jaafar menjadi kaya raya hasil dari cukai bijih timah. Dengan adanya pembukaan lombong bijih timah dan galakan dari Long Jaafar, ramai orang Cina dari Pulau Pinang telah datang ke Larut. Orang-orang Cina yang datang ke Larut terdiri daripada suku Khek dan kemudiannya diikuti oleh suku Kongfu. Kehadiran mereka menyebabkan munculnya kongsi gelap Cina seperti suku Khek yang tinggal di Kelian Pauh membentuk kumpulan Go Kwan (5 daerah) sementara suku Kongfu yang tinggal di Kelian Baharu (Kamunting) membentuk kumpulan Si Kwan (4 daerah). Kumpulan Go Kwan telah bergabung dengan Kongsi Hai San sementara Si Kwan bergabung dengan Ghee Hin. Keduadua kumpulan ini sering melakukan pertempuran kerana ingin menguasai kawasan-kawasan penting dari segi ekonomi seperti kawasan lombong bijih. 1. Perang Larut Pertama 1861 Pertempuran yang pertama ini berpunca atas perkara pengaliran air ke kawasan lombong kepunyaan kongsi Ghee Hin. Mereka telah berjumpa dengan kawasan tanah yang kaya dengan bijih timah dan telah mengusahakannya. Keadaan ini telah menimbulkan rasa iri hati kepada kongsi Hai San. Akibatnya, mereka menyekat pengaliran air yang diperlukan oleh Ghee Hin untuk kawasan perlombongan bijih timah itu. Ghee Hin telah membantah terhadap Hai San dan akhirnya telah mencetuskan satu pertempuran yang hebat. Puak Hai San yang bilangannya lebih ramai menyerang Ghee Hin di Kelian Bharu. Kongsi Ghee Hin telah dikalahkan dengan mengalami kehilangan nyawa dan harta benda yang besar. Mereka telah berundur ke Permatang dan setengahnya ke Pulau Pinang. Memandangkan kejayaan Hai San, Ngah Ibrahim telah menyebelah mereka. Kongsi Ghee Hin yang kebanyakannya adalah rakyat Inggeris telah membuat aduan kepada Gabenor. Seterusnya, Gabenor telah campur tangan. Hasil dari kajian yang dibuat, Gabenor menyalahkan Sultan Jaafar. Sebab itulah baginda dikehendaki membayar kembali semua ganti rugi sebanyak $17000. Malangnya, Sultan tidak berupaya untuk membayarnya. Setelah diadakan perundingan, Ngah Ibrahim sanggup menyelesaikannya. Sebagai membalah jasa Ngah Ibrahim, maka beliau telah diberi gelaran “Orang Kaya Menteri Seri Paduka Tuan” pada tahun 1863. 2. Perang Larut Kedua 1865 Pertempuran yang kedua berpunca daripada perselisihan akibat judi yang terjadi di Kelian Pauh pada bulan Jun 1865. Akibatnya kongsi Hai San telah merampas kedai-kedai kepunyaan Ghee Hin dan membunuh beberapa orang tahanan Ghee Hin. Peristiwa ini menyebabkan Ghee Hin ingin membalas dendam. Pada mulanya mereka berjaya mengalahkan Hai San tetapi selepas menerima bantuan dari Ngah Ibrahim, Hai San telah berjaya menyerang balas. Beberapa orang anggota Ghee Hin telah melarikan diri ke Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan. Ketua Ghee Hin iaitu So Ah Chiang telah ditangkap dan dibunuh dalam percubaan melarikan diri itu. Dikatakan hanya 1000 orang dari 2000 orang anggota Ghee Hin telah cuba melarikan diri. Hai San juga telah meminta bantuan dari Pulau Pinang dan ini menyebabkan pertempuran merebak ke sana. Pertempuran telah menjadi selama 10 hari dalam bulan Ogos. Di Pulau Pinang, Hai San telah mendapat bantuan dari kongsi Toh Poh Kong yang menjadi musuh Ghee Hin. Oleh sebab pertempuran telah menjadi semakin serius kerana penglibatan orang-orang Melayu, Gabenor terpaksa campur tangan. Kedua-dua pihak dikenakan denda sebanyak $5000. 3. Perang Larut Ketiga 1872-1873 Sungguhpun pertempuran telah reda, namun sikap permusuhan kedua-duanya masih terus menjadi. Kongsi Ghee Hin secara bersembunyi telah melakukan persiapan untuk menentang kongsi Hai San. Akhirnya pertempuran tidak dapat dielakkan. Perselisihan telah terjadi berpunca adanya hubungan sulit antara ketua Ghee Hin dengan isteri kepada ketua Hai San. Kedua-duanya ditangkap oleh anggota Hai San lalu dibunuh. Menggunakan peluang ini, Ghee Hin yang telah mempersiapkan diri ingin menuntut bela. Ghee Hin telah melakukan serangan mengejut ke atas Hai San menyebabkan Hai San dapat dikalahkan. Tetapi selepas melengkapkan diri mereka maka dalam bulan September 1872, Hai San telah melakukan serangan balas. Hai San telah mendapat bantuan dari Ngah Ibrahim. Pertempuran yang berlaku telah menyebabkan kira-kira 3000 orang Cina mati terbunuh dan ramai lagi yang cedera.

113
Anggota Ghee Hin yang telah dikalahkan telah berazam untuk menebus kembali malu mereka. Mereka telah membina kubu pertahanan di Simpang yang dianggap penting untuk mengepung Larut. Dengan menggunakan bot-bot ronda, Ghee Hin telah melakukan serangan dan rompakan sesuka hati. Tujuan mereka adalah untuk menjejaskan kedudukan Hai San. Tindakan Ghee Hin itu telah menimbulkan kebimbangan kepada Inggeris. Pihak Inggeris telah menghantar 2 kapal perang ke Sungai Larut iaitu H.M.S. Thalia dan Midge. Gabenor Sir Harry Ord telah mengambil keputusan membantu Ngah Ibrahim untuk mengatasi kekacauan di Larut. Raja Ismail gagal untuk berbuat demikian. Ketika kapal perang Thalia dan Midge menjalankan rondaan, kedua-duanya telah dibedil. Akibatnya, Thalia dan Midge bertindak balas tetapi Ghee Hin masih terus mengadakan pertempuran. Oleh sebab ingin membalas dendam terhadap Ngah Ibrahim, Ghee Hin telah menyerang rumah beliau di Pulau Pinang. Untuk menentang Ghee Hin selanjutnya, maka Kapten Speedy bersama-sama dengan kira-kira 100 askar sepoi tiba di Larut. Kapten Speedy telah diambil bertugas di Larut oleh Ngah Ibrahim. Pada penghujung bulan November 1873, Speedy memulakan serangan ke atas Matang, kubu pertahanan Ghee Hin. Tetapi Ghee Hin telah mempertahankannya dengan berani sehingga di akhir peperangan. Perang Larut ini telah menjejaskan kegiatan melombong bijih timah dan perdagangan timah dengan Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah mendorong British campur tangan bagi menyelesaikan kekacauan ini. Peranan Sir Andrew Clarke Pada 4 November 1873, Sir Andrew Clarke telah mengambil alih jawatan Gabenor Negeri-negeri Selat dari Sir Harry Ord. Dari segi umur, beliau lebih muda dari Ord tetapi beliau mempunyai pandangan dan bersikap agresif. Dengan lain perkataan, beliau suka bertindak segera dari membuat kajian dan tinjauan yang berlarut-larutan. Mengenai peristiwa di Larut, Clarke tidak setuju sikap pegawai-pegawai Inggeris yang lebih menyokong kongsi Hai San. Bagi beliau, sikap ini hendaklah diubah memandangkan pertempuran yang terjadi adalah melibatkan kedua-dua kumpulan dan juga pembesar-pembesar Melayu. Oleh itu, penyelesaian hendaklah dibuat dengan melibatkan semua pihak. Tindakan Clarke tanpa berunding dengan Pejabat Tanah Jajahan mengenai dasar untuk campur tangan di Perak dan Negerinegeri Melayu lainnya memandangkan adanya berita-berita yang mengatakan kedua-dua kumpulan yang terlibat sanggup menamatkan pergaduhan mereka. Selain itu, Clarke memang sedar adanya perubahan sikap Kerajaan Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu disebabkan adanya ancaman dari Jerman. Keyakinan Clarke bahawa pertempuran Ghee Hin dan Hai San akan dapat diselesaikan adalah berdasarkan keterangan yang diperolehi dari W.A. Pickering. Pada 2 atau 3 Januati 1874, Pickering yang fasih dalam pelbagai loghat Cina pergi ke Pulau Pinang untuk mencari jalan penyelesaian. Dua hari kemudian, Pickering mendapat persetujuan dari kedua-dua pihak untuk menamatkan pertempuran. Di samping itu, Frank Swettenham juga diamanahkan dengan tugas mendapatkan pembesar-pembesar Melayu Perak supaya menghadiri persidangan di Pangkor pada 14 Januari 1874. Pada 7 Januari 1874, Clarke mengarahkan pula Kapten Dunlop supaya mengaturkan pertemuan pembesar-pembesar Melayu yang terlibat. Dalam pertemuan tersebut, Raja Ismail dan Raja Yusof tidak hadir. Yang hadir ialah Raja Abdullah, pembesar Hilir Perak, pemimpin Ghee Hin dan Hai San. Persidangan ini berada di kapal Clarke yang bernama H.M.S. Pluto. Dengan ini, persidangan ini menghasilkan 2 dokumen yang berlainan dengan pemimpin Cina dan pembesar Melayu, iaitu Perjanjian Pangkor dam Perjanjian Orang Cina pada 20 Januari 1874. Perjanjian Pangkor 1874 Perjanjian Pangkor telah ditandatangani pada 20 Januari 1874. Isi kandunagn perjanjian ini ini dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu mengenai takhta Kerajaan Perak dan mengenai orang Cina. 1. Mengenai takhta Kerajaan Perak a. Raja Abdullah diakui sebagai Sultan Perak. b. Raja Ismail dilantik menjadi Raja Muda. Beliau diberi sebuah wilayah dan wang bersara sebanyak $1000 sebulan. c. Segala perlantikan yang disertai dengan alat-alat kerajaan yang dibuat semasa Bendahara Ismail menjadi Pemangku Sultan yang sah. d. Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam setiap perkara kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang-orang Melayu. e. Semua pungutan dan kawalan cukai serta pertandingan am mestilah dijalankan di atas nama Sultan. f. Pungutan dan pengawalan terhadap semua cukai-cukai dan pentadbiran negeri dijalankan dengan berpandukan kepada nasihat-nasihat Residen dan penolongnya. g. Menteri akan terus berkuasa tetapi beliau tidaklah diakui sebagai pemerintah yang merdeka di Larut. h. Menteri Larut ini juga dikehendaki menerima seorang Penolong Residen untuk menasihati beliau dalam urusan pentadbiran Larut. i. Gaji Residen dan penolongnya ditentukan oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat dan dibayar oleh Sultan. j. Gaji-gaji Residen, Penolong Residen, Sultan, Bendahara, Menteri Larut dan pembesar-pembesar atau pegawai-pegawai lain ditetapkan oleh satu senarai awam (civil test). k. Perjanjian mengenai penyerahan wilayah Dinding dan Pulau Pangkor kepada Inggeris yang telah menimbulkan kekeliruan itu diperbetulkan. l. Apabila keamanan dapat dipulihkan semula di Perak, kegiatan-kegiatan melombong hendaklah dimulakan semula. Ganti rugi mengenai kerosakan jentera dan lain-lain akan dibayar dan tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh pegawai-pegawai Inggeris adalah muktamad. 2. Mengenai orang Cina a. Bahawa kedua-dua pihak hendaklah meletakkan senjata dan memusnahkan kubu-kubu mereka. b. Bahawa satu suruhanjaya yang terdiri daripada pegawai-pegawai British dan 2 orang wakil Cina, akan menyelesaikan semua tuntutan terhadap lombong-lombong itu dan urusan-urusan di Larut pada masa akan datang akan dijaga oleh seorang Residen Inggeris. c. Bahawa mereka hendaklah mengikut janji sebanyak $50000 untuk menjaga keamanan dan menuruti syarat-syarat perjanjian itu.

114
Kesimpulan Berdasarkan Perjanjian Pangkor, Clarke telah mencadangkan supaya J.W.W. Birch dilantik sebagai Residen Inggeris di Perak. Birch memulakan tugasnya sebagai Residen agak lambat iaitu dalam bulan November 1874 sedangkan Kapten Speedy yang dilantik sebagai penolongnya telah memulakan tugasnya di Larut sejak bulan Januari. Kelewatan Birch menjalankan tugasnya kerana menunggu persetujuan dari Pejabat Tanah Jajahan London. Campur Tangan British di Selangor 1874 Pengenalan Seperti negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan juga berlaku di Selangor pada 1860-an dan 1870-an. Punca berlakunya kekacauan tersebut ialah kerana tidak adanya pentadbiran yang stabil selepas kemangkatan Sultan Ibrahim pada tahun 1826. Penggantipenggantinya, iaitu Sultan Muhammad yang manaiki takhta pada 1826 dan Sultan Samad yang manaiki takhta pada tahun 1857 adalah pemerintah yang lemah. Mereka menyerahkan pentadbiran daerah kepada putera-putera raja. Dalam menjalankan pentadbiran daerah, putera-putera raja telah menindas rakyat untuk kepentingan mereka. Kelemahan sultan terbukti apabila Sultan Muhammad tidak dapat mengambil tindakan selepas seorang pembesar raja, iaitu Tengku Busu dibunuh oleh orang-orang Cina di Lukut pada tahun 1834. Kekacauan utama yang berlaku di Selangor ialah Perang Kelang yang meletus di antara 1867-1873. Perang Kelang 1867-1873 Kekacauan di Selangor berlaku kerana pergaduhan antara pembesar-pembesar dan pergaduhan pelombong-pelombong Cina. Antara 1867 hingga 1873 berlaku Perang Kelang antara Raja Mahdi dan Raja Abdullah (1867-1870) dan selepas 1873, di antara Raja Mahdi dengan putera Raja Abdullah iaitu Raja Ismail kerana merebut kawasan Kelang yang kaya dengan bijih timah. Pada 1853, pemerintah Kelang iaitu Raja Sulaiman meninggal dunia. Sultan Muhammad yang memerintah Selangor ketika itu menganugerahkan Kelang kepada menantunya, Raja Abdullah dengan mengenepikan putera Raja Sulaiman, Raja Mahdi. Alasan Sultan Muhammad ialah kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang. Selepas dianugerahkan Kelang, Raja Abdullah telah menjemput orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah sehinggan Kelang muncul sebagai kawasan perlombongan yang maju. Tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah telah mendapat tentangan dari Raja Mahdi. Walaupun dibayar sagu hati tahunan, Raja Mahdi tidak puas hati dan masih menuntut hak Kelang, lebihlebih lagi selepas melibat kemajuan Kelang. Raja Mahdi mendakwa tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah bukan kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang, tetapi mengenang jasa Raja Abdullah menyelesaikan hutang Sultan Muhammad kepada seorang saudagar Cina. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat. Dalam perebutan takhta yang berlaku, anak saudara dan menantunya, iaitu Raja Abdul Samad telah dilantik sebagai sultan dengan mengusir Raja Muda Mahmud. Perlantikan Sultan Abdul Samad telah mendapat bantahan pembesar-pembesar Selangor, terutamanya Raja Mahdi, lebih-lebih lagi Sultan Abdul Samad memutuskan pertunangan Raja Mahdi dengan puterinya Raja Arfah yang dikahwinkan dengan Tengku Kudin, anak Sultan Muhammad Tajuddin (Kedah). Pada tahun 1868, Tengku Kudin dilantik sebagai wizurai atau wakil Sultan Selangor. Perlantikan Tengku Kudin telah mendapat bantahan pembesar-pembesar Selangor seperti Raja Musa (Kuala Selangor), Raja Hitam (Bernam), Raja Ali (Jeram) dan Raja Mahdi (Kelang). Perkembangan Kelang bukan sahaja menyebabkan kedatangan orang-orang Cina, tetapi juga orang-orang Indonesia. Persaingan berlaku antara orang-orang Bugis dan orang-orang Mendeling. Pembunuhan seorang Mendeling oleh beberapa orang Bugis telah memperhebatkan lagi Perang Kelang. Apabila pemerintah Kelang (Raja Abdullah) yang berasal dari keturunan Bugis tidak mengambil tindakan ke atas orang-orang Bugis yang terlibat dalam pembunuhan menyebabkan orang-orang Mendeling menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Raja Abdullah. Dengan bantuan orang-orang Mendeling, pengikut-pengikutnya serta seorang saudagar Cina di Melaka, iaitu Tan Teck Chiang, Raja Mahdi telah menyerang dan menawan Kelang pada tahun 1867. Raja Abdullah dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Melaka. Beliau telah beberapa kali melancarkan serangan untuk menawan semula Kelang sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1870. Pada tahun 1870, putera Raja Abdullah, iaitu Raja Ismail dengan bantuan Tengku Kudin dan seorang saudagar Cina di Melaka, iaitu Lim Teik Yee telah berjaya menawan semula Kelang dari Raja Mahdi. Raja Mahdi melarikan diri ke Kuala Selangor. Dengan bantuan Raja Hitam dan Raja Ali, Raja Mahdi berjaya menawan Kuala Selangor dari Raja Musa pada tahun 1871. Pada Jun 1871, berlaku peristiwa rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang ke Larut yang membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. British telah menghantar 2 buah kapal perangnya, iaitu H.M.S. Pluto dan H.M.S. Renaldo ke Kuala Selangor. Ketibaan angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun lari diri dari Kuala Selangor. Oleh sebab ketika itu Kuala Selangor diperintah oleh Raja Mahdi, maka British mengarahkan beliau menaiki kapal H.M.S. Renaldo bagi mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah lanun di Kuala Selangor. Keengganan Raja Mahdi telah menyebabkan Kuala Selangor dibedil oleh British lalu ditawan. Oleh sebab ketika itu British masih mengamalkan dasar tidak campur tangan, maka Kuala Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor. Raja Musa kembali ke Kuala Selangor dan menuntut haknya. Keengganan Tengku Kudin untuk menyerahkan Kualan Selangor menyebabkan Raja Musa menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Tengku Kudin. Akibatnya kekacauan di Selangor masoh berterusan. Kekacauan di Selangor semakin hebat akibat pergaduhan pelombong-pelombong Cina di Kanching, iaitu Kah Yeng Chew yang merupakan ahli kongsi Ghee Hin dengan pelombong-pelombong Cina di Kuala Lumpur, iaitu puak Fei Chew yang merupakan ahli kongsi Hai San. Kekacauan bertambah hebat kerana pelombong-pelombong Cina menyebelahi pembesar-pembesar yang bertentangan. Puak Kah Yeng Chew menyebelahi Raja Mahdi dan puak Fei Chew menyebelahi Tengku Kudin. Pada tahun 1868, Yap Ah Loy dilantik sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur. Pada tahun 1869, orang kanan Yap Ah Loy, iaitu Yap Ah Sze telah dibunuh di Kanching oleh puak Kah Yeng Chew di bawah Chong Chong. Yap Ah Loy dan pengikut-pengikutnya menyerang puak Kah Yeng Chew di Kanching. Chong Chong dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Rawang dan menyebelahi Raja Mahdi kerana puak Fei Chew mendapat bantuan Tengku Kudin. Pada tahun 1872, Raja Mahdi kembali ke Selangor. Dengan bantuan tentera Johor dan puak Kah Yeng Chew, beliau berjaya menawan Kuala Lumpur, Ulu Kelang, Petaling dan Kuala Selangor dengan mengalahkan tentera Tengku Kudin dan Yap Ah Loy. Tengku Kudin kemudiannya mendapatkan bantuan Negeri-negeri Selat untuk menentang Raja Mahdi.

115
Walau bagaimanapun, Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Harry Ord enggan memberi bantuan kerana ketika itu British tidak mengamalkan dasar campur tangan. Tengku Kudin kemudiannya memohon bantuan dari Kedah dan Bendahara Wan Ahmad (Pahang). Dengan bantuan tentera Pahang, Kedah dan pengikut Yap Ah Loy, Tengku Kudin berjaya menawan semula Kuala Lumpur, Ulu Kelang, Petaling dan Kuala Selangor dari Raja Mahdi. Kejayaan Tengku Kudin telah berjaya menamatkan kekacauan Selangor pada bulan Mac 1873. Kegiatan lanun Selepas tamatnya Perang Kelang, lanun-lanun di pantai Selangor tetap meneruskan keganasan mereka. Kegiatan pelanunan ini memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke yang baru menyelesaikan campur tangan di Perak untuk bertindak di Selangor. Pada 16 November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh. Sir Andrew Clarke mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang Melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul Samad mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari 1874. Lanun-lanun itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati. Namun demikian, kejadian-kejadian pelanunan masih diteruskan lagi. Pada bulan Ogos 1874, satu kejadian pelanunan telah berlaku dekat Sungai Langat. Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai ejen tidak rasmi Inggeris. Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Frank Swettenham dan meminta supaya British melantik seorang residen untuk menasihati baginda. Pada bulan Oktober 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen. Campur Tangan British di Negeri Sembilan 1874 Pengenalan Seperti negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan di Negeri Sembilan berlaku di antara tahun 1860-an dan 1870-an. Sebab utama yang menyebabkan kekacauan di Negeri Sembilan ialah peperangan yang berlaku di antara Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar di Sungai Ujong atas kepentingan lombong bijih timah. Selain itu, kekacauan juga berlaku di Sri Menanti, Rembau dan Jelebu. Kekacauan ini seterusnya mendorong British campur tangan sehingga akhirnya Negeri Sembilan diwujudkan atas penyatuan wilayah-wilayah tersebut. Sungai Ujong Sungai Ujong adalah salah sebuah daerah daripada sembilan buah daerah di Negeri Sembilan. Ia sangat kaya dengan bijih timah. Bijih timah menjadi punca pertelingkahan antara pembesar-pembesar Melayu. Mereka cuba mengenakan cukai ke atas bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Ujong. Peperangan telah berlaku di antara 2 orang pembesar iaitu Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar. Punca perbalahan antara mereka ialah ke atas hak memungut cukai di kawasan perlombongan bijih timah. Kedua-dua pembesar itu telah mendirikan rumah tol untuk memungut cukai di sepanjang Sungai Linggi. Tindakan mereka menyebabkan saudagar-saudagar yang membawa bijih timah dari Sungai Linggi ke Melaka terpaksa membayar cukai kepada setiap rumah tol. Permusuhan di antara Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar seterusnya menyebabkan perlombongan bijih timah terhenti dan perdagangan Negeri-negeri Selat dengan Sungai Ujong terancam. Malahan, kedudukan Dato’ Kelana terancam oleh Dato’ Bandar yang lebih berpengaruh di Sungai Ujong. Oleh itu, Dato’ Kelana meminta bantuan Inggeris untuk mengukuhkan kedudukannya di Sungai Ujong. Sementara itu, saudagar-saudagar selat telah mengadu kepada Gabenor Sir Andrew Clarke tentang pengenaan cukai secara haram yang tidak menguntungkan mereka dan mendesak British supaya campur tangan di Sungai Ujong untuk melindungi kepentingan perdagangan mereka. Pada bulan April 1874, Sir Andrew Clarke telah mengambil keputusan untuk memihak Dato’ Kelana. Beliau mengadakan satu mesyuarat dengan pembesar-pembesar di Singapura untuk mewujudkan pengaruh British dan menamatkan kekacauan di Sungai Ujong. Mesyuarat itu hanya dihadiri oleh Dato’ Kelana Abdul Rahman dan Dato’ Muda Linggi. Hasilnya, perjanjian ditandatangani di antara Dato’ Kelana dan Inggeris pada 21 April 1874. Melalui perjanjian ini: a. Dato’ Kelana diisytiharkan sebagai pemerintah yang sah di Sungai Ujong. Beliau berjanji memerintah Sungai Ujong dengan adil. b. Dato’ Kelana bersetuju memberi perlindungan kepada saudagar-saudagar British dan mengenakan cukai yang berpatutan. c. Dato’ Kelana bersetuju juga menjaga kepentingan British di Sungai Ujong. Dato’ Bandar membantah keras terhadap campur tangan British di Sungai Ujong dan enggan menerima perjanjian tersebut kerana beliau disisihkan daripada sebarang kuasa di Sungai Ujong. Seterusnya, Dato’ Bandar mencabar kekuasaan British. Dato’ Kelana Abdul Rahman berasa bimbang akan keselamatan dan meminta perlindungan daripada Kerajaan British. Pada bulan Ogos 1874, Sir Andrew Clarke menghantar W.A. Pickering bersama satu pasukan tentera untuk melindungi Dato’ Kelana dan menjaga kepentingan perdagangan British di sana. Dalam pertempuran yang meletus di antara Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar pada bulan November 1874, Dato’ Kelana berjaya menewaskan Dato’ Bandar dengan bantuan angkatan tentera British. Dato’ Bandar terpaksa berundur ke Kepayang. Kedudukan Dato’ Kelana sebagai ketua Sungai Ujong terjamin dan British berpeluang meluaskan kuasanya dengan melantik seorang Penolong Residen, iaitu Kapten W.I. Thatham. Dato’ Bandar menandatangani satu perjanjian pada 16 Disember 1874 dan berjanji tidak akan campur tangan dalam hal-ehwal Sungai Ujong. Sri Menanti Pertelingkahan di antara Yamtuan Antah Seri Menanti dan pembesar-pembesar terutama Sungai Ujong memberi kesempatan untuk Inggeris campur tangan di Sri Menanti. Pemerintah Sungai Ujong enggan mengakui Yamtuan Antah Sri Menanti sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Sir Frederick Weld telah mengadakan satu mesyuarat dengan Yamtuan Antah dan pembesar-pembesar Sri Menanti yang

116
menentangnya. Walaupun Antah meminta perlantikan seorang Residen British tetapi permintaan itu tidak diterima oleh Sir Frederick Weld kerana beliau tidak mendapat sokongan semua pembesar Sri Menanti. Oleh itu, Weld hanya melantik Martin Lister sebagai Pemungut dan Majistret di Kuala Pilah, Sri Menanti pada tahun 1885. Pada bulan April 1886, Yamtuan Antah dan pembesar-pembesar telah bersetuju menyerahkan hal-ehwal hubungan luar kepada Martin Lister. Rembau Sir Frederick Weld campur tangan di Rembau untuk menamatkan persengketaan di antara Haji Sahil iaitu Penghulu Rembau dan Syed Hamid atas perebutan gelaran Yamtuan Muda Tampin. Sir Frederick Weld mengadakan satu mesyuarat dengan pembesar-pembesar Rembau di Melaka pada bulan Mac 1883. Dalam mesyuarat itu, pembesar-pembesar bersetuju melantik Serun Bin Sidin sebagai penghulu yang baru bagi Rembau kerana Haji Sahil gagal mentadbir Rembau dengan baik. Serun Bin Sidin dan pembesar-pembesar juga menandatangani satu persetiaan dengan pihak Inggeris dan bersetuju menerima dan mematuhi timbang-tara Inggeris dalam semua pergaduhan di antara mereka. Pertelingkahan telah meletus antara Penghulu Serun dan pembesar-pembesar atas soal pungutan hasil. British campur tangan untuk menyelesaikan masalah itu pada 17 September 1887, Penghulu Serun dan pembesar-pembesar Rembau telah menantangani satu perjanjian menyerahkan kuasa memungut cukai kepada seorang pegawai British yang dikenali sebagai Pemungut Hasil dan Majistret. Jelebu British berpeluang campur tangan di Jelebu apabila tercetus satu pertelingkahan antara Yamtuan Muda dengan Penghulu Jelebu. Kedua-dua pihak meminta timbang-tara British untuk menyelesaikan persengketaan antara mereka. Sir Frederick Weld telah menguruskan satu mesyuarat dengan kedua-dua pihak pada bulan Ogos 1883 untuk menentukan hak dan kuasa mereka. Residen Sungai Ujong dilantik untuk membantu mereka dalam hal-ehwal pentadbiran Jelebu. Pada bulan Disember 1884, Yamtuan Muda Jelebu mangkat. Penghulu Jelebu meminta bantuan British untuk menghapuskan jawatan Yamtuan Muda. Sebagai balasan, beliau menandatangani satu perjanjian dengan British pada bulan September 1886. Menurut perjanjian itu, Penghulu Jelebu menerima seorang pegawai British untuk mentadbir hasil dan keadilan di Jelebu. Kesimpulan Menjelang tahun 1888, kesemua negeri kecuali daerah Tampin telah menerima timbang-tara dan perlindungan Inggeris. Pada tahun 1889, menerusi usaha Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Sir Cecil Clementi Smith, daerah Tampin dan Rembau bersetuju menyertai pergabungan Sri Menantidan menerima seorang Residen Inggeris. Martin Lister dilantik menjadi Residen Pertama. Pada tahun 1885, Sungai Ujong dan Jelebu menyertai penggabungan tersebut. Dengan ini, pergabungan Sri Menanti yang meliputi semua negeri dikenali sebagai Negeri Sembilan. Yamtuan Antah Sri Menanti diakui sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Baginda dibantu dalam hal pentadbiran oleh Martin Lister. Campur Tangan British di Pahang 1888 Pengenalan Pahang merupakan sebahagian dari Melaka semasa keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, Kerajaan Melayu Melaka berpindah ke Johor dan Pahang turut bernaung di bawah Johor. Seorang Bendahara telah dilantik untuk memerintah Pahang sebagai wakil Sultan Johor. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah melemahkan Kesultanan Johor kerana ianya terbahagi dua. Kesempatan ini telah digunakan oleh Bendahara Ali untuk membebaskan Pahang dari Johor pada tahun 1853. Pada tahun 1857, Bendahara Ali meninggal dunia dan pentadbiran di Pahang diserahkan kepada Wan Mutahir dan Wan Ahmad pula dianugerahkan Endau dan Kuantan tetapi Wan Mutahir tidak menunaikan wasiat Bendahara Ali. Keadaan ini telah menyebabkan Perang Saudara (1857-1863) sehinggalah British berkesempatan campur tangan. Perang Saudara 1857-1863 Pada tahun 1853, Bendahara Ali mengambil kesempatan untuk membebaskan Pahang dari Johor apabila Johor menjadi lemah. Sebelum dia meninggal dunia, Bendahara Ali berundur ke Lami di Sungai Pahang Tua. Mengikut wasiatnya yang bertarikh 25 Mei 1856, pentadbiran Pahang akan diserahkan kepada putera Wan Mutahir dan Wan Ahmad pula dianugerahkan kawasan Endau dan Kuantan. Pada tahun 1857, Bendahara Ali meninggal dunia. Wan Mutahir yang dilantik sebagai Bendahara dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja enggan menyerahkan Endau dan Kuantan kepada Wan Ahmad sebagaimana yang diwasiatkan. Wan Ahmad yang diusir dari Pahang telah pergi ke Singapura untuk memohon bantuan British bagi mendapat kembali haknya. Gabenor Negeri-negeri Selat, Blandell enggan membantunya kerana ketika itu British mengamal dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Wan Ahmad kemudiannya ke Terengganu dan membuat serangan ke atas Pahang melalui Kemaman. Perang saudara Pahang bertambah hebat kerana Wan Ahmad dan Wan Mutahir mempunyai penyokong-penyokong yang menyokong mereka kerana sesuatu kepentingan. Sultan Mahmud Lingga yang diturunkan takhta oleh Belanda mendakwa beliau berasal dari keturunan raja-raja yang memerintah Johor (termasuk Pahang) pada abad ke-18. Beliau mahu membantu Wan Ahamd dengan tujuan mengembalikan pertuanannya ke atas Pahang. Apabila bapa saudaranya, Sultan Omar (Terengganu) enggan membantunya untuk membantu Wan Ahmad, beliau memohon bantuan Siam. Permohonannya dipersetujui oleh Siam kerana Siam bercita-cita untuk memperkuatkan pengaruhnya di Terengganu dan mengembangkan pengaruhnya ke Pahang. Pada tahun 1861, Sultan Mahmud Lingga berangkat ke Bangkok untuk memohon bantuan Siam. Pada Oktober 1862, Sultan Mahmud Lingga tiba di Terengganu dengan angkatan Siam untuk membantu Wan Ahmad menyerang Pahang. Kehadiran angkatan Siam membimbangkan British kerana menyedari Siam memang bercita-cita untuk mengembangkan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu. Kebimbangan British bertambah apabila tersebar khabar angin mengatakan bahawa angkatan Siam bukan sahaja membantu Wan Ahmad tetapi juga membantu Sultan Mahmud Lingga merampas takhta Terengganu dari bapa saudaranya, Sultan Omar. Siam mahu menggulingkan Sultan Omar kerana Sultan Omar tidak menerima pertuanan Siam ke atas Terengganu. British menghantar bantahan kepada Raja Mongkut di Siam menegaskan tindakan Siam bertentangan dengan Perjanjian Burney 1826. Gabenor Negeri-negeri Selat Cavenagh telah mengarahkan Sultan Mahmud Lingga dan Siam berundur dari Terengganu dan tidak melibatkan diri dalam Perang Saudara Pahang kerana bimbang penglibatan mereka akan memperhebatkan lagi Perang Saudara Pahang. Apabila arahannya tidak mendapat layanan, Cavenagh telah menghantar kapal perang ke Kuala Terengganu dan membedil Kuala Terengganu pada 4 November 1862.

117
Akibatnya, Sultan Mahmud Lingga dan Siam kembali ke Bangkok. Tindakan British telah berjaya menghalang Sultan Mahmud Lingga dan Siam membabitkan diri dalam Perang Saudara Pahang. Pada mulanya British tidak mahu melibatkan diri dalam Perang Saudara Pahang dan menganggapnya sebagai masalah dalam negeri Pahang. Selain itu, British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, British campur tangan dalam Perang Saudara Pahang untuk melindungi kepentingan British. Tujuan utamanya ialah untuk menyekat pengaruh Siam daripada merebak ke Pahang. Selain itu, ialah untuk menamatkan Perang Saudara supaya perhubungan antara Singapura dengan Pahang tidak terganggu. Walaupun British tidak mengamalkan polisi campur tangan di Negeri-negeri Melayu tetapi telah terdapat pedagang-pedagang British terlibat dalam perdagangan di Pahang. Mereka mendesak British supaya campur tangan bagi melindungi pelaburan dan kepentingan mereka. Desakan diterima kuat oleh British, Syarikat Patterson F. Simons yang menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di Kuantan. Mereka mendesak Perang Saudara Pahang telah menjejaskan pelaburan mereka. Permohonan Wan Ahmad untuk mendapat bantuan Terengganu telah dipersetujui oleh Sultan Omar. Sultan Omar telah membenarkan Wan Ahmad menggunakan Kemaman sebagai pangkalan untuk menyerang Pahang. Selain itu, Wan Ahmad juda mendapat bantuan-bantuan lain dari Terengganu seperti senjata, makanan, tentera dan sebagainya. Semasa bermulanya serangan Wan Ahmad ke atas Pahang pada Disember 1857, Wan Mutahir telah memohon bantuan Johor. Permohonan Wan Mutahir dipersetujui oleh Temenggung Ibrahim kerana beliau bercita-cita untuk mengembalikan ketuanan Johor ke atas Pahang disebabkan sebelum 1853, Pahang merupakan sebahagian daripada Johor. Keinginan Temenggung Ibrahim untuk membantu Wan Mutahir juga kerana adanya hubungan kekeluargaan antara mereka di mana putera Wan Mutahir iaitu Tengku Koris telah berkahwin dengan puteri Temenggung Ibrahim, iaitu Cik Engku Besar. Hasrat Temenggung Ibrahim untuk membantu Wan Mutahir di haling oleh British yang bimbang penglibatan Johor memperhebtkan lagi Perang Saudara Pahang. Selepas Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862, Temenggung Abu Bakar yang menggantikannya dengan sokongan British telah menghantar bantuan Johor kepada Wan Mutahir. Walau bagaimanapun, ketibaan tentera Johor terlewat kerana ketika itu hampir seluruh Pahang telah ditawan oleh Wan Ahmad. Wan Ahmad berjaya menguasai Pahang pada Mei 1863 dan ditabalkan sebagai Bendahara dengan gelaran Bendahara Seri Wak Raja pada Pktober 1863. Antara tahun 1866-1868, terdapat beberapa percubaan menyerang Pahang oleh putera-putera Wan Mutahir, Wan Aman, Wan Da dan Wan Abdullah. Walau bagaimanapun, percubaan tersebut berjaya dihancurkan oleh Wan Ahmad. Pada tahun 1875, Gabenor Negeri-negeri Selat, William Jervois, telah melawat Pahang dan mendesak Wan Ahmad menerima seorang Residen British. Permintaan tersebut tidak dipersetujui oleh Wan Ahmad yang bimbang sistem Residen akan menjejaskan kewibawaan dan kekuasaannya. Pada tahun 1882, Wan Ahmad menggunakan gelaran Sultan. Peristiwa selepas Perang Saudara 1857-1863 Walaupun Wan Ahmad menguasai seluruh Pahang tetapi masih mempunyai musuh di kalangan pembesar-pembesar yang enggan membayar cukai kepadanya. Hal ini menyebabkan Sultan Ahmad bercadang untuk menjual kawasan-kawasan di Hulu Pahang kepada saudagar-saudagar Jerman yang berada di Pahang. Tindakan Sultan Ahmad itu amat membimbangkan British kerana mereka tidak mahu kuasa-kuasa Eropah yang lain bertapak di Negeri-negeri Melayu. Oleh itu, British cuba campur tangan secara langsung untuk mengekalkan pengaruh dan kepentingan mereka di Pahang. Hasilnya, Sir Frederick Weld, Gabenor Negeri-negeri Selat, telah menghantar Frank Swettenham ke Pahang pada tahun 1885. Beliau melaporkan tentang pentingnya untuk melantik seorang ejen British untuk menjaga kepentingan ekonomi British di Pahang. Pada bulan Oktober 1887, Sir Frederick Weld berjaya memujuk Sultan Ahmad supaya menerima seorang ejen British. Hugh Clifford dilantik sebagai ejen British di Pahang. Pada bulan Februari 1888, seorang warganegara Inggeris yang berbangsa Cina, Go Hui, telah terbunuh dekat Istana Pekan. Sultan Ahmad enggan bekerjasama dengan British untuk menyelesaikan perkara itu. Oleh itu, Sir Cecil Clementi Smith telah menggunakan kekerasan untuk memaksa Sultan Ahmad menerima seorang Residen untuk menasihati Sultan dan menjaga kepentingan ekonomi British di Pahang. Dengan itu, J.P. Rodger dilantik sebagai Residen Inggeris yang pertama di Pahang pada bulan Ogos 1888. Cara Keluarga Temenggung Memperolehi Kuasa di Johor Pengenalan Sehingga tahun 1819, Temenggung memerintah Johor dan Singapura bagi pihak Sultan Johor yang bersemayam di Riau. British memperolehi hak ke atas Singapura hasil dari persetujuan Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman dan Tengku Hussein yang diiktiraf oleh Raffles sebagai Sultan walaupun Belanda mengiktirsf Tengku Abdul Rahman (adik Tengku Hussein) sebagai Sultan. Keturunan Temenggung iaitu Ibrahim dan Abu Bakar merupakan pemerintah yang berkebolehan. Di antara tahun 1855-1885, keluarga Temenggung menjalankan usaha untuk berkuasa di Johor. Dalam usaha ini, keluarga Temenggung berjaya mengenepikan kuasa keluarga Sultan ke atas Johor. Cara-cara 1. Perjanjian 10 Mac 1855 Perselisihan berlaku di antara Sultan Ali (putera Sultan Hussein) dan Temenggung Ibrahim mengenai hasil Johor selepas Johor maju dan makmur. Sultan Ali telah merayu kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Butterworth. Temenggung Ibrahim mendapat sokongan dari British dalam persaingannya dengan Sultan Ali. Dalam usaha itu, termeterai perjanjian 10 Mac 1855 di antara Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim. Mengikut Perjanjian 1855, kedaulatan Johor diserahkan kepada Temenggung Ibrahim dan keturunannya. Sultan Ali dibenarkan mengguna gelaran Sultan. Daerah Muar-Kesang menjadi hak Sultan Ali dan keturunannya. Daerah-daerah Johor yang lain diletakkan di bawah kuasa penuh Temenggung Ibrahim dan keturunannya. 2. Temenggung Abu Bakar Daeng Abu Bakar menggantikan ayahandanya Temenggung Ibrahim sebagai Temenggung pada tahun 1862. Pada tahun 1868, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja dengan keizinan serta persetujuan British. Tindakan ini memperlihatkan cita-citanya untuk mendapat gelaran Sultan, sedangkan pada masa itu Sultan Ali masih hidup. Kalau pada masa Temenggung Ibrahim, beliau mendapat kedaulatan ke atas Johor, kini Maharaja Abu Bakar ingin meluaskan lagi kekuasaannya ke atas Muar-Kesang. Pada tahun 1877, Sultan Ali mangkat di Umbai, Melaka. Gabenor Negeri-negeri Selat telah menawarkan buat sementara Muar di bawah pentadbiran

118
Maharaja Abu Bakar. Tawaran ini mendapat persetujuan pembesar-pembesar di Muar. Maharaja Abu Bakar menerima tawaran tersebut. Dengan itu, sejak tahun 1877, seluruh Johor terletak di bawah kuasa Maharaja Abu Bakar. Dengan bantuan British, usaha diambil lagi bagi memastikan tidak ada pengganti dibuat pada hari pengebumian Sultan Ali. Pada hal Sultan Ali mempunyai putera bernama Tengku Alam. Akhirnya, pihak British mengambil keputusan masalah pemerintahan diselesaikan melalui undian. Sebelum upacara mengundi dijalankan di Kuala Kesang pada tahun 1877 oleh Temenggung dan Penghulu-penghulu Muar, dilaporkan Maharaja Abu Bakar membawa Temenggung dan Penghulu-penghulu Muar ke Johor Bharu dan ke Singapura bagi memastikan mereka menyokong Maharaja. Dalam upacara mengundi ke Kesang, mereka yang berhak mengundi menyokong Maharaja Abu Bakar. Dengan itu, Maharaja Abu Bakar menjadi pemerintah seluruh Johor termasuk Muar-Kesang. Putera Sultan Ali mendapat pencen yang besar tetapi terpaksa melucutkan gelaran Sultan. Pada tahun-tahun 1879-1880, Maharaja Abu Bakar berjaya mematahkan percubaan Tengku Alam, putera Sultan Ali untuk menegakkan semula kuasanya di Johor. Maharaja Abu Bakar mempunyai hubungan yang rapat dengan saudagar-saudagar British di Singapura, pegawai-pegawai kerajaan Negeri Selat, Pejabat Tanah Jajahan di London dan juga Queen Victoria. Akibat dari faktor-faktor ini, British menyokong Maharaja Abu Bakar. 3. Perjanjian British Johor 1885 Maharaja Abu Bakar bercita-cita untuk diiktiraf sebagai Sultan. Beliau mengadakan rundingan dengan British semasa lawatannya ke England yang membawa kepada termeterainya Perjanjian British Johor 1885. Mengikut perjanjian itu, Maharaja Abu Bakar diiktiraf oleh Kerajaan British sebagai Sultan seluruh Johor dan gelaran ini boleh diwarisi oleh keturunannya. Perjanjian ini merupakan langkah terakhir bagi mencapai martabat di raja yang diambil oleh Maharaja Abu Bakar. Maharaja Abu Bakar bersetuju Johor diletakkan di bawah naungan British. Hal-ehwal luar Johor akan diuruskan oleh British dan Johor bersetuju menerima seorang penasihat British bagi membantu Sultan dalam hal ehwal pentadbiran kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam Melayu. Kesimpulan Setelah menjalankan beberapa langkah dan mendapat sokongan dari British, keluarga Temenggung berjaya mendapat kuasa dan menegakkan kekuasaan mereka di Johor. Punca utama kejayaan ini ialah kerana adanya sokongan dan perancangan British. Sokongan British kerana ketokohan keluarga Temenggung sebagai pemerintah Melayu yang tidak dapat ditandingi oleh Sultan-sultan di negerinegeri Melayu lain pada zamannya. Pengiktirafannya ini merupakan sesuatu yang amat berharga kepada keluarga Temenggung. Kerana ketokohannya Sultan Abu Bakar digelar sebagai Bapa Pemodenan Johor. Sebab Johor Lebih Stabil dari Negeri Perak dan Selangor Pengenalan Sejak pertengahan abad ke-19, orang Cina telah bermastautin di Johor. Mereka datang ke Johor dari Singapura dan membuka ladang gambir serta ladah hitam. Pemerintah Johor telah menggalakkan orang-orang Cina membuka perusahaan gambir dan lada hitam. Kekurangan tanah di Singapura dan galakan Temenggung merupakan dua faktor yang mendorong orang-orang Cina berpindah ke Johor. Sebab-sebab 1. Sistem pentadbiran Sultan Abu Bakar Semasa menjadi Temenggung, Abu Bakar melaksanakan sistem pentadbiran yang lebih kemas jika dibandingkan dengan sistem yang berkuatkuasa di Selangor dan Perak. Pengusaha ladang gambir dan lada hitam diberi kawasan tanaman yang khusus serta disahkan dengan “surat sungai”. Pengusaha ladang yang memegang “surat sungai” dilantik menjadi “Kangchu” (ketua) di sesebuah “Kangkar” (tapak ladang). Perselisihan di antara Kangchu tidak timbul dan tidak menjadi masalah pentadbiran kerana sempadan di antara kawasan telah ditetapkan. Pada dasarnya, sistem pentadbiran di Johor yang mencontohi sistem British lebih sesuai dengan kehendak zaman. 2. Tidak timbul masalah orang-orang Cina Temenggung hanya memberi pengiktirafan kepada hanya satu kongsi gelap iaitu Ghee Hin. Pengiktirafan ini bukan sahaja menguatkan kongsi gelap Ghee Hin tetapi menghalang pertumbuhan kongsi gelap lain. Sehingga penghujung abad ke-19, penduduk Cina di Johor yang menjadi peladang gambir dan lada hitam terdiri dari puak Teochew yang homogeneous. Mereka mempunyai perpaduan yang erat kerana sama-sama menetap di Riau pada lewat abad ke-18, kemudian Singapura dan akhirnya Johor. Masa itu memberi kesempatan kepada puak Teochew untuk mewujudkan organisasi sosial yang lebih kemas tidak seperti pekerja-pekerja lombong di Perak dan Selangor yang terdiri dari dua puak yang bermusuhan. Di Johor, tidak ada perlombongan bijih timah yang menjadi rebutan di antara orang-orang Cina. Kegiatan pertanian boleh dijalankan di mana sahaja. Kerana faktor di atas masyarakat peladang di Johor lebih stabil. Rusuhan dan pertempuran tidak berlaku sebagaimana di Perak dan Selangor. Kegagalan British Campur Tangan di Johor Sehingga Tahun 1914 Pengenalan Johor merupakan sebuah Negeri Melayu yang paling lama dan rapat hubungan dengan British. Penglibatan British di Johor bermula sejak kedatangan Raffles dan pembukaan Singapura pada tahun 1819. Walau bagaimanapun, Johor merupakan negeri yang paling akhir menerima Penasihat British. Dengan ini, Johor dianggap sebagai negeri yang paling lama mengekalkan kemerdekaannya berbanding dengan Negeri-negeri Melayu yang lain, terutamanya Negeri-negeri Melayu yang menerima campur tangan British mulai 1874. mengikut Rupert Emerson dan K.G. Tregonning, kemerdekaan Johor pada umumnya adalah disebabkan dua faktor, iaitu hubungan berbaik-baik dengan British dan kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor terutama Tememggung Daeng Ibrahim dan Maharaja Abu Bakar. Sebab Johor mengekalkan kemerdekaannya 1. Hubungan berbaik-baik dengan British Sejak pembukaan Singapura 1819, pemerintah Johor dari keluarga Temenggung mengadakan hubungan berbaik-baik dengan pegawai-pegawai British di Negeri-negeri Selat dan Kerajaan British di London. Hubungan yang dimulakan oleh Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819 dengan Raffles telah diteruskan oleh pengganti-penggantinya seperti Temenggung Ibrahim, Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim sehingga tahun 1914. Di samping mengekalkan kebebasan Johor, hubungan berbaik-baik dengan British amat menguntungkan Johor. Dengan usaha British, Temenggung Ibrahim dapat mengukuhkan kekuasaannya ke atas Johor menerusi

119
satu perjanjian pada tahun 1855 dengan Tengku Ali, putera Sultan Hussein yang menuntut takhta Kerajaan Johor dan kekuasaan penuh ke atas Johor. Tuntutan takhta Johor oleh Tengku Ali tidak menjejaskan kestabilan politik Johor kerana tuntutan itu dapat dielakkan oleh pihak British dengan sokongan pihak British terhadap keluarga Temenggung. Sultan Abu Bakar (1862-1895) telag mengeratkan hubungan mesra Johor dengan British. Gelaran Maharaja dan gelaran Sultan telah diiktirafkan oleh pihak British. British juga mengakui kebebasan Johor melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1885 dengan Sultan Johor. Perjanjian tahun 1885 telah mengukuhkan kedudukan Sultan Abu Bakar sebagai Sultan berdaulat. 2. Kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor Pemerintah-pemerintah Johor telah melaksanakan sistem pentadbiran yang lebih cekap dan sistematik berbanding dengan sistem pemerintah di Negeri-negeri Melayu yang lain terutamanya di Perak dan Selangor. Pada tahun 1895, Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan sebuah perlembagaan baru bagi Johor. Perlembagaan bertulis yang berdasarkan sistem perlembagaan di Britain menjamin sistem pentadbiran yang teratur. Dengan adanya perlembagaan ini, kuasa Sultan dapat diperkukuhkan. Perlembagaan ini merupakan perlembagaan yang bertulis yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dapat dilihat dengan jelas apabila baginda menandatangani perjanjian 1885 dengan British dan bersetuju membenarkan British melantik seorang wakilnya, seorang Konsul untuk kepentingan British di Johor. Kebijaksanaan baginda turut terserlah dalam mengadakan pembaharuan-pembaharuan berdasarkan Barat di Johor. Di samping memperkenalkan beberapa pembaharuan sosial, jentera pentadbiran yang lebih kemas dan sistematik diperkenalkan dengan menerap nilai-nilai pentadbiran Barat. Baginda mengupah beberapa penasihat Eropah tetapi pentadbiran dijalankan oleh Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri. Perlembagaan memperuntukkan sebuah Jemaah Menteri yang terdiri daripada orang Melayu. Mereka ditugaskan untuk menasihati Sultan. Majlis Negeri yang didirikan terdiri daripada rakyat Johor yang meliputi semua kaum dan dilantik oleh Sultan untuk membuat undang-undang. Dalam keadaan ini, pihak British merasa tidak perlu untuk mengambilalih pentadbiran Negeri Johor kerana satu sistem pentadbiran yang kemas telah wujud di Johor. 3. Tidak berlaku kekacauan di Johor Temenggung-temenggung Johor seperti Daeng Ibrahim dan puteranya menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menangani penghijrahan masuk orang Cina ke Johor dalam pertengahan abad ke-19. Temenggung Daeng Ibrahim menggunakan sistem Kangcu sebagai satu kaedah yang tersusun untuk mengawal peneroka-peneroka yang rajin berusaha itu. Melalui sistem Kangcu, orang Cina digalakkan berpindah, menetap kekal di Johor dan membuka ladang-ladang lada hitam dan gambir. Temenggung memberikan satu surat tauliah yang disebut surat sungai kepada setiap Kangcu atau ketua puak-puak orang Cina. Surat ini menentukan hak-hak dan tanggungjawab mengawal dan membayar sewa bagi kawasan-kawasan yang dibuka. Sistem Kangcu ini membolehkan kemasukan orang Cina secara beramai-ramai ke Johor. Pada awal tahun 1860-an lebih kurang 10000 orang Cina telah masuk ke Johor. Mereka menjadi buruh-buruh di ladang-ladang lada hitam dan gambir yang dibuka pada pertengahan abad ke-19. Berbeza dengan Negerinegeri Melayu yang lain seperti di Perak dan Selangor, tidak terdapat kekacauan yang diakibatkan oleh kongsi gelap di Negeri Johor. Keadaan terkawal kerana baginda membenarkan hanya satu kongsi gelap sahaja iaitu Ghee Hin untuk masuk ke Johor. Malah baginda menggalakkan hanya orang Teochew memasuki Johor. Dengan cara pentadbiran yang agak sistematik, pergaduhan di antara orang Cina terkawal. Mereka hidup aman damai. Keadaan perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar seperti yang berlaku di Negerinegeri Melayu yang lain juga tidak berlaku di Johor. Pemindahan kuasa dari keluarga Sultan kepada keluarga Temenggung terutamanya selepas kemangkatan Sultan Hussein telah berlaku secara lancar dan tanpa sebarang peristiwa yang tidak diingini. Oleh sebab tidak ada kekacauan sama ada dari segi perebutan kuasa di kalangan pembesar atau permusuhan kongsi-kongsi gelap di kalangan orang Cina, maka British tidak mempunyai alasan untuk campur tangan di Johor sehingaa tahun 1914. 4. Kurang potensi ekonomi Walaupun Johor terletak berhampiran dengan Singapura, British tidak memberi tumpuan yang tegas untuk mengawal Johor kerana negeri itu tidak mempunyai sumber alam yang kaya seperti bijih timah. Kekurangan kepentingan ekonomi British di Johor mengurangkan kecenderungannya untuk mengawal negeri tersebut. Pengenalan sistem penasihat di Johor 1914 Hubungan Johor dengan British mulai regang pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1895-1959). Baginda tidak mengekalkan hubungan baik dengan Pejabat Tanah Jajahan. Sebaliknya baginda menentang kuasa pihak British. Baginda memerintah secara bebas dan sering mengabaikan nasihat British. Malah baginda mengambil beberapa tindakan yang mengecewakan pihak British. Pada tahun 1899, Sultan Ibrahim enggan membenarkan British membina sebuah landasan keretapi dari Negeri Sembilan ke Johor Bahru. Baginda mahu membina jalan keretapi mengikut syarat-syarat sendiri dengan mendapatkan pinjaman dan jurutera-jurutera sendiri. Tindakan ini tidak disenangi oleh pihak British. Namun demikian, pada 11 Julai 1904, Sultan Ibrahim bersetuju menandatangani Konvensyen Keretapi Johor setelah A. Lyttleton, Setiausaha Tanah Jajahan mengancam akan mengambil tindakan yang tegas ke atas baginda. Tindakan-tindakan Sultan Ibrahim terus mengancam kepentingan-kepentingan British di Johor. Pada tahun 1905, baginda memebrikan satu konsesi yang luas kepada Perbadanan Negeri Johor yang disokong oleh usahawan-usahawan Belanda. Perbadanan ini diberi hak monopoli selama 20 tahun. Sultan Ibrahim juga mengambil langkah untuk memajukan Johor Bharu sebagai sebuah pelabuhan supaya negeri Johor tidak perlu bergantung dari segi ekonomi kepada Singapura dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tindakan baginda mengamcam kedudukan Singapura sebagai pelabuhan dan pusat perdagangan. Tindakan-tindakan Sultan Ibrahim yang radikal dan pengabaian nasihat British menyebabkan Gabenor Anderson menggunakan alasan pentadbiran negeri Johor untuk memaksa baginda supaya menerima seorang Penasihat British. Akhirnya pada tahun 1914, Sultan Ibrahim menandatangani satu perjanjian dan bersetuju menerima seorang pegawai British yang nasihatnya mesti diminta dan dijalankan dalam semua perkara yang ada hubungan dengan pentadbiran umum negeri dan mengenai semua perkara selain daripada yang menyentuh agama dan adat resam orang Melayu. Dengan ini, British dapat meluaskan kuasanya ke Johor.

120
Penentangan di Perak Pengenalan Kekacauan yang berlaku di Perak membimbangkan British terhadap campur tangan asing. Akibatnya, Gabenor Negeri-negeri Selat, Andrew Clarke telah mengambil langkah campur tangan di Perak. Hasil usaha beliau, satu rundingan telah diadakan sejak 17 Januari 1874 dan hasil rundingan tersebut, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874. Mengikut Perjanjian Pangkor, Sultan Abdullah diiktiraf sebagai Sultan. Baginda bersetuju menerima seorang Residen sebagai penasihat dalam semua hal pentadbiran kecuali adat resam orang Melayu dan hal ehwal agama Islam. Lebih kurang 10 bulan kemudian, J.W.W. Birch telah dihantar sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874. Kehadiran Birch telah menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Akibatnya, Birch telah dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875 selepas berada di Perak hanya selama 12 bulan. Sebab-sebab berlaku Penentangan di Perak 1. Kelemahan Perjanjian Pangkor Ahli-ahli Sejarah seperti Kennedy, Tregonning dan C.D. Cowan menganggap kelemahan Perjanjian Pangkor adalah sebab utama membawa kepada pembunuhan Birch pada tahun 1875. Perjanjian Pangkor tidak menyelesaikan masalah tentang perebutan takhta Perak antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raj Yusof. Pembesar Perak dan ramai rakyat Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan kerana baginda tidak dilantik mengikut adat resam. Di samping itu, Raja Abdullah tidak mempunyai alat-alat kebesaran yang diperlukan dalam perlantikan Sultan. Ramai pembesar dan rakyat Perak masih menganggap Raja Ismail sebagai Sultan kerana baginda dilantik sebagai Sultan Perak pada tahun 1871 selepas kemangkatan Sultan Ali. Selain itu, Raja Ismail masih lagi menyimpan alat-alat kebesaran diraja yang diterima semasa perlantikannya pada tahun 1871. Walaupun Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi Birch dilantik sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874, iaitu 10 bulan kemudian. Dalam tempoh tersebut, Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran Perak. Kehadiran Birch dirasai oleh Sultan dan pembesar-pembesar yang British cuba mengambil alih semua kuasa pentadbiran Perak. Perlaksanaan sistem Residen juga mendapat tentangan dari Menteri Larut (Ngah Ibrahim). Beliau tidak lagi bebas mentadbir Larut seperti sebelumnya. Semua urusan pentadbiran terpaksa merujuk kepada Kapten Speedy yang dilantik sebagai Penolong Residen. Bagi British, perlantikan Raja Abdullah sebagai Sultan dianggap sebagai satu kesilapan kerana Raja Abdullah dikatakan tidak mengetahui hal pentadbiran moden. Raja Abdullah dianggap tidak menerima pembaharuan yang cuba dilaksanakan di Perak. Kelemahan Perjanjian Pangkor juga terbukti kerana perjanjian ini tidak mengiktiraf Sultan Ismail kerana beliau amat berpengaruh ketika itu. 2. Kelemahan Birch Kelemahan Birch juga merupakan faktor yang penting yang membawa kepada berlakunya Perang Perak pada 1874-1875. British menganggap perlantikan Birch sebagai Residen lebih-lebih lagi sebagai Residen Pertama sebagai satu kesilapan. Birch tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak memahami dan menghormati adat resam orang Melayu. Birch merupakan seorang yang degil dan tidak berganjak dari kemahuannya. Beliau tidak berdiplomasi dan tidak bertolak-ansur. Birch mahu melaksanakan pembaharuan secara tergesa-gesa tanpa memikirkan kepentingan Sultan dan pembesar. Kelemahan peribadi Birch ternyata dari peristiwa Ogos 1875 bila Sultan Abdullah serta pembesar-pembesar mengunjungi tempat kediaman dengan tujuan untuk mendapat ganti rugi akibat penghapusan beberapa keistimewaan. Birch dengan biadap menegaskan ganti rugi akan dibayar sekiranya Sultan dan pembesar berhenti memungut cukai di kawasan masing-masing. Kelemahan peribadi Birch lebih ternyata pada Disember 1874 bila beliau membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar kerana mereka terus memungut cukai walaupun ditegah oleh Birch. Kennedy dalam bukunya: History of Malaya menganggap Birch sebagai “an idealist in a hurry” kerana mahu melaksanakan pembaharuan secara terburu-buru tanpa memikirkan itu dianggap radikal oleh Sultan dan para pembesar. 3. Pembaharuan-pembaharuan Birch Pembaharuan-pembaharuan yang cuba dilaksanakan oleh Birch telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. a. Politik Dari segi politik, Sultan dan pembesar kehilangan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Birch. Keadaan ini menunjukkan Residen lebih berkuasa dari Sultan. Sultan Abdullah yang menganggap kehadiran Birch sebagai Penasihat mendapati Birch bukan menasihatinya tetapi mengeluarkan arahan-arahan yang perlu dipatuhi oleh Sultan dan pembesar-pembesar. Sultan Abdullah yang tidak berpuas hati dengan tindakan Birch telah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir Andrew Clarke meminta kuasa Residen dihadkan ataupun ditukar. Jawapan yang diterima amat mengecewakan Sultan Abdullah kerana bukan sahaja suratnya tidak mendapat layanan, malah Andrew Clarke telah arahkan bahawa hubungan antara Sultan dan pembesar dengan Gabenor mesti dibuat melalui Residen. Keadaan ini menunjukkan bahawa Residen lebih berkuasa dari Sultan. Kehadiran Birch menjejaskan kuasa-kuasa pembesar daerah kerana Birch telah melantik pegawai-pegawai British untuk menjalankan pentadbiran daerah. Selain itu, Sultan dan pembesar dilarang menjatuhkan hukuman, lebih-lebih lagi hukuman mati, lebih-lebih lagi kepada orangorang Melayu. Arahan ini mendapat bantahan Sultan dan pembesar-pembesar kerana ini menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan mereka serta kuasa tradisional. Kerajaan British telah mengarahkan bahawa hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh hakim-hakim yang dilantik oleh British. b. Ekonomi Dari segi ekonomi, pembaharuan British juga telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar. Sultan dan pembesar dilarang memungut cukai seperti sebelumnya. Arahan ini menjejaskan pendapatan Sultan dan pembesar kerana Birch tidak membayar ganti rugi akibat penghapusan keistimewaan tersebut. Dalam masyarakat tradisional Melayu, cukai adalah penting bagi Sultan dan pembesar-pembesar. Birch telah mengarahkan bahawa kutipan cukai hanya boleh dijalankan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh Residen. Kemarahan Sultan Abdullah bertambah apabila Birch membatalkan pajakan memungut cukai kastam bernilai $26 ribu setahun yang diberikan oleh Sultan Abdullah kepada seorang saudagar Cina dari Singapura iaitu Lee Cheng Tee. Sebaliknya, Birch telah memberikan pajakan baru ke atas minuman keras dan candu bernilai $6 ribu sebulan kepada Lee Cheng Tee dan rakan-rakannya kerana salah seorang rakannya telah memberi hutang dengan jumlah yang besar kepada Birch. Tindakan Birch bukan sahaja mendapat

121
tentangan Sultan dan pembesar, tetapi juga gabenor dan pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat kerana ia bertentangan dengan arahan. c. Sosial Dari segi sosial, Birch telah campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Apabila beliau cuba menghapuskan perhambaan yang merupakan adat tradisional orang Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, perhambaan merupakan lambing status yang menentukan kekuasaan dn kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Birch hanya membebaskan hambahamba perempuan sahaja. Tindakan beliau melindungi hamba-hamba perempuan di kemudiannya yang terdapat ramai tentera telah mencurigakan Sultan dan para pembesar. Perasaan curiga mereka bertambah apabila Birch menyeludup 2 orang hamba perempuan berketurunan Melayu, berpakaian Cina ke Pulau Pangkor. Hubungan Sultan Abdullah dan Birch bertambah runcing apabila Birch enggan memulangkan 2 orang hamba perempuan Sultan Abdullah yang malarikan diri ke kediaman Birch pada Oktober 1875. Kemarahan Sultan terhadap tindakan Birch bukan sahaja kerana mereka menjadi tuan kepada hamba tetapi kerana tindakan Birch bertentangan dengan syarat Perjanjian Pangkor yang berkaiatan dengan adat resam orang Melayu. 4. Tindakan Sir William Jervais Tindakan Sir William Jervais yang menggantikan Andrew Clarke sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat pada Mei 1875 juga membawa kepada berlakunya Perang Perak 1875. Selepas melawat Perak, William Jervois tidak puas hati terhadap pentadbiran Birch secara tidak langsung di Perak. Beliau mahukan pentadbiran British dijalankan secara langsung di Perak di mana pentadbiran dijalankan oleh pegawai-pegawai British. Beliau mahukan Sultan dan pembesar dibayar wang persaraan supaya menyerahkan kekuasaan kepada British. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian menyerahkan pentadbiran kepada British. Beliau telah mengugut sekiranya beliau enggan menandatangani perjanjian tersebut, Sultan Abdullah akan disingkirkan dan Raja Yusof akan dilantik sebagai Sultan. Akibatnya, Sultan Abdullah terpaksa menandatangani persetujuan tersebut. Peristiwa Pembunuhan J.WW. Birch Kemarahan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar sampai kemuncaknya menjelang akhir tahun 1875 dan keputusan diambil untuk membunuh Birch. Pada 20 Julai 1875, satu perjumpaan telah diadakan di Durian Sebatang yang dihadiri oleh pembesar-pembesar Perak atau wakilnya kecuali Raja Yusof. Dalam pertemuan itu, Dato’ Maharaja Lela dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut. Raja Ismail menyatakan persetujuannya untuk membantu Dato’ Maharaja Lela. Sebagai persiapan, Raja Abdullah dan Raja Ismail telah menyediakan alat-alat senjata yang dibeli dari Pulau Pinang. Selepas beberapa hari dari peristiwa perjumpaan di Durian Sebatang, hubungan Sultan Abdullah dengan British menjadi genting. Pada 24 Julai 1875, pihak British mengugut Raja Abdullah jika baginda tidak mengikut arahan mereka. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah dipaksa untuk menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British. Birch ditugaskan untuk mengumumkan perubahan sistem pentadbiran tersebut. Beberapa hari selepas persetujuan itu, Sultan Abdullah memerintah Dato’ Maharaja Lela membunuh Birch. Sungguhpun telah diketahui adanya komplot membunuh Birch, namun rancangan tetap dilaksanakan. Swettenham ditugaskan untuk membantu Birch dan beliau bertolak dari Singapura pada 23 Oktober 1875. Swettenham ditugaskan di bahagian Hulu Perak sementara Birch di Hilir Perak. Mereka bertolak dari Bandar Bahru dan akan bertemu di Pasir Salak pada 30 November 1875. Pada 27 Oktober 1875, Birch telah menampal pengisytiharaan itu di rumah dan kemudian belayar ke Pasir Salak. Pada 1 November 1875, Birch bersama keraninya Mat Arshad telah tiba di Pasir Salak. Ketibaan beliau mendapat tentangan hebat daripada Dato’ Maharaja Lela. Pada 2 November 1875, Birch ditikam oleh orang suruhan Dato’ Maharaja Lela, iaitu Pandak Induk dan Seputum ketika Birch mandi di Sungai Pasir Salak. 4 November 1875, Swenttenham di Blanja menerima peristiwa pembunuhan. Dengan pertolongan beberapa orang Melayu, beliau berjaya menyelamatkan diri. Perang Perak 1875-1876 Pembunuhan Birch telah mengemparkan pihak British. 15 November 1875, tentera British dari Pulau Pinang menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela mengundurkan diri ke Blanja. Kemudian, tentera tambahan British dari Hong Kong di bawah perintah Major Jeneral Calalborne menawan Pasir Salak. Dari India, tentera di bawah Brig. Jeneral J. Rose menawan Kuala Kangsar. Sebelum tentera British menawan Blanja, Dato’ Maharaja Lela dan Raja Ismail berundur ke Kinta. Dari Kinta mereka bergerak menuju Kota Lama. British menawarkan hadiah kepada sesiapa yang menangkap orang yang dikehendaki iaitu $6 ribu untuk Maharaja Lela dan $3 ribu untuk Dato’ Sagor dan Pandak Induk. Pada pertengahan Januari 1876, Raja Ismail meminta bantuan dari Kedah. Pada akhir bulan Mac, baginda menyerah diri dan dihantar ke Singapura kemudian Johor. Dalam bulan yang sama, Dato’ Sagor ditawan di Bandar Bahru sementara pada Julai 1876, Dato’ Maharaja Lela menyerah diri. Dengan ini semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch ditangkap. Dengan itu, suatu perbicaraan diadakan dan keputusannya ialah: a. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Induk dan Seputum dihukum gantung sampai mati di Matang pada 20 Januari 1877. b. Cik Gondoh, Ngah Ahmad Ngah Jabbar, Panjang Nur dan Cik Ali dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. c. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Laksamana dan Dato’ Syahbandar dibuang ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. d. Raja Ismail dipindah ke Johor. e. Raja Yusof dilantik sebagai Sultan. Perang Perak ini akhirnya berkesudahan dengan kemenangan British. Kemenangan ini membolehkan British meneruskan sistem Residen dan memajukan ekonomi Perak tanpa halangan. Penentangan di Pahang Pengenalan J.P. Rodger memegang jawatan Residen British di Pahang pada bulan Oktober 1888. Seperti di Perak, pengenalan sistem Residen di Pahang ditentang oleh pembesar-pembesar Melayu yang kehilangan kuasa dan keistimewaan mereka. Penentangan sistem Residen oleh orang Melayu di Pahang berkesudahan dengan satu pemberontakan yang meletus pada tahun 1891 di bawah pimpinan Dato’ Bahaman dari Semantan, Tok Gajah dan anaknya Mat kilau.

122
Sebab-sebab berlaku penentangan di Pahang 1. Perasaan tidak puas hati Sultan Hubungan Sultan Ahmad dengan British sememangnya tidak memuaskan sejak lama lagi. Hal ini disebabkan Sultan Ahmad masih menyimpan perasaan benci terhadap British kerana memberi bantuan ketika menentang saudaranya Wan Mutahir dalam Perang Saudara di Pahang. Oleh sebab itu, Wan Ahmad enggan menerima Residen British, tetapi dengan adanya tekanan dari British, Wan Ahmad terpaksa mengalah dan menerima Residen pada bulan Oktober 1888 iaitu J.P. Rodger. Sultan Ahmad berasa kecewa apabila baginda sedar bahawa kekuasaannya semakin berkurangan. Kedudukan baginda dalam Majlis Mesyuarat Negeri tidak berfungsi kerana keputusan adalah diputuskan oleh Residen. Kekuasaannya semakin tercabar apabila pihak British menunjukkan sikap lebih mempercayai putera baginda iaitu Tengku Mahmud. Akibatnya, Sultan Ahmad mengambil keputusan meninggalkan Pekan dalam bulan Disember 1889 dan berangkat ke Pulau Tawar. Tengku Mahmud telah dilantik sebagai wakil Raja. Walaupun penglibatan Sultan Ahmad dalam penentangan tidak dapat ditentukan dengan jelas, namun sikap anti-Inggeris baginda sudah menjadi pendorong kepada golongan yang menentang British. Oleh sebab itu, tidaklah menghairankan jika terdapat berita yang mengatakan Wan Ahamd mempunyai hubungan sulit dengan golongan penentang. 2. Perasaan tidak puas hati pembesar-pembesar Langkah-langkah yang diambil oleh J.P. Rodger untuk memperkenalkan peraturan-peraturan baru telah membangkitkan perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar Pahang. Para pembesar telah kehilangan hak mereka untuk mengutip cukai, menyimpan hamba abdi, pentadbir keadilan dan sebagainya. Daerah-daerah diwujudkan dan diletak di bawah pengawal British yang dipanggil pemungut cukai dan majistret, misalnya Daerah Pekan oleh F. Belfield, Kuantan oleh A.H. Wall. Residen pula mengambilalih peranan pembesar sebagai penasihat Sultan. Mereka juga tidak mempunyai kuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Walaupun para pembesar dibayar elaun sebagai ganti rugi tetapi jumlahnya adalah kecil, misalnya, Orang Besar Berempat menerima $100 sebulan, Orang Kaya Semantan $70 sebulan dan orang Kaya Berlapan $20 sebulan. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar. Pada tahun 1891, mereka bangkit menentang pentadbiran British. 3. Perasaan tidak puas hati Dato’ Bahaman Dato’ Bahaman menentang pihak British kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan tidak diberi elaun yang setanding dengan elaun Orang Besar Berempat, iaitu sebanyak $100 sebulan. Beliau ditawarkan elaun sebanyak $70 sebulan sahaja. Dato’ Bahaman juga berasa marah apabila British membina sebuah balai polis di Lubuk Trua di daerah Semantan, aiitu daerah di bawah jagaanya tanpa kebenaran daripada beliau. Beliau telah menulis sepucuk surat bantahan kepada majistret di Temerloh, iaitu E.A. Wise tetapi beliau gagal mendapat keadilan daripada majistret Temerloh. Sebaliknya, Dato’ Bahaman diberi amaran kerana tindakannya itu. 4. Perasaan tidak puas hati Tok Gajah Tok Gajah ialah seorang pembesar dari Pulau Tawar. Atas jasanya kepada Sultan Ahmad dalam Perang Saudara (1857-1863), beliau dianugerahi gelaran Orang Besar Raja. Tok Gajah pula berperasaan anti-Inggeris apabila rayuannya untuk pertambahan elaun ditolak oleh pihak British pada Januari 1890. permintaan Tok Gajah untuk menangguhkan pembayaran cukai tanah ke atas orang Melayu juga ditolak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada bulan Disember 1890. Beliau disokong oleh anaknya dalam penentangannya terhadap British. 5. Perasaan tidak puas hati rakyat Pahang Pengenalan beberapa perubahan oleh British seperti sistem lesen dan permit telah mengakibatkan ketidakpuasan hati rakyat Pahang. Sebagai contoh, mereka terpaksa memperolehi lesen atau permit bagi mendapatkan hasil hutan seperti kayu dan daun rembia. Rakyat juga tidak dibenarkan memakai keris yang selama ini merupakan sebahagian daripada pakaian tradisional mereka. Mulai 1 Januari 1891, British mengenakan cukai ke atas tanah yang diperolehi (kecuali tanah warisan). Kadar cukai adalah tertakluk kepada kategori tanah. Rakyat juga membantah terhadap sistem kerah yang dilaksanakan oleh British bagi projek-projek awam. 6. Perasaan banci orang asing Mengikut Jang Aisjah, perasaan benci orang asing (Xenophobia) juga bertanggungjawab bagi peletusan pemberontakan Pahang. Rakyat Pahang tidak puas hati dengan kehadiran orang asing, terutamanya pasukan polis yang terdiri daripada orang Sikh. Di Pahang, terdapat juga ramai orang Eropah dan Cina yang terlibat dalam perusahaan perlombongan. Sikap kesombongan serta kejahilan mereka terhadap adat resam tempatan telah menyinggung perasaan orang Melayu. Perasaan anti-orang asing jelas kelihatan apabila Dato’ Bahaman dan Mat Kilau Seringkali menyerang pedagang-pedagang Cina di Pahang. Proses pemberontakan Peristiwa yang membawa kepada meletusnya pemberontakan ialah tindakan tidak wajar British di Lubuk Trua. Ketika melakukan penyiasatan di tempat itu, Pemangku Pemungut Hasil dari Semantan telah menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana dituduh mengambil hasil-hasil hutan tanpa kebenaran. Ketiga-tiga orang yang tertuduh telah dibicarakan di Lubuk Trua. Tindakan ini merupakan satu penyelewengan kerana kebiasaannya perbicaraan dijalankan di Ibu Pejabat Daerah di Temerloh. Hal ini juga menunjukkan pihak British merasa mereka lebih berkuasa. Dato’ Bahaman bertindak untuk membebaskan orang-orang tawanan itu dengan menyerang hendap ke atas pasukan kerajaan dan kemudian menyerang balai polis Lubuk Trua. Pada 21 Disember 1891, Temerloh pula diserang dan ditawan. Pihak British telah bertindak balas beberapa hari selepas peristiwa itu berlaku. Satu pasukan yang dipimpin oleh Hugh Clifford telah mara ke Semantan tetapi terpaksa berundur ke Temerloh kerana banjir. Pihak British mendesak Sultan Ahmad supaya memberi kerjasama kepada pemerintah dalam menhadapi ancaman Dato’ Bahaman. Oleh sebab adanya desakan dan secara kebetulan hubungannya dengan Dato’ Bahaman tidak begitu baik, Sultan Ahmad telah bersetuju. Sultan Ahmad dan puteranya keduanya iaitu Tengku Ali telah menyerang Semantan pada 14 Januari 1892 tetapi Dato’ Bahaman telah mengundurkan diri terlebih dahulu. Sultan Ahmad telah mengumumkan pengampunan dan meminta golongan penentang pulang ke rumah masing-masing. Tengku Ali telah diarahkan mengawal tempat itu tetapi tidak berupaya untuk menyekat kemaraan Dato’ Bahaman kerana orang-orang Melayu menyokongnya. Dato’ Bahaman telah menawan semula Lubuk Trua pada awal bulan Mac 1892. Peristiwa itu menyebabkan Clifford dan wakil Raja menyerang Semantan dan sekali lagi Dato’ Bahaman telah berundur. Bolo dan Cempaka

123
dimusnahkan. Clifford telah cuba meneruskan tindakan ke atas golongan penentang tetapi Sultan Ahmad mencegahnya memandangkan bermulanya bulan puasa iaitu pada akhir bulan Mac 1892. Keberanian Dato’ Bahaman telah memberi semangat kepada pembesar-pembesar Melayu yang lain untuk turut menentang British. Atas usaha Tok Gajah, pertemuan telah diadakan dan dalam pertemuan itu, semua pembesar telah bersumpah menyatakan taat setia kepada Sultan Ahmad. Selanjutnya, atas cadangan Tok Gajah, keputusan telah diambil untuk menentang British secara besarbesaran. Mengikut cadangan Tok Gajah, serangan akan dilaksanakan secara serentak. Dato’ Bahaman akan mengambil Semantan, Sultan Ahmad dikehendaki mempertahankan Chenor, Panglima Muda dari Jempul menawan Pekan, Mat Kilau dan Tok Raja akan menawan Kuala Lipis dan Raub sementara Tok Gajah sendiri akan ke Tembeling. Rancangan tersebut dimulakan dengan serangan oleh Panglima Muda pada 5 April 1892. Dua orang bangsa British daripada Syarikat Penyelidikan Pahang telah dibunuh dan kemudian pasukan Panglima Muda mara ke Pekan. Orang-orang Melayu telah memberi sokongan kepadanya dan ini menyulitkan pihak British. Gerakan penentang British ternyata telah terjejas kerana di medan perjuangan yang lain, keadaan telah berubah. Wan Ahmad yang berada di Pulau Tawar telah mengubah fikiran dan memujuk Tok Raja yang datang mengadapnya supaya tidak menyertai penentangan itu. Tok Gajah juga telah menyertai Sultan Ahmad dan yang menyedihkan, kedua-duanya bertindak ke atas Dato’ Bahaman kemudiannya. Dato’ Bahaman telah berjaya menawan Semantan. Sekali lagi pihak British meminta Wan Ahmad menyertai pemerintah untuk menentang Dato’ Bahaman. Pasukan Sultan Ahmad dan Tok Gajah telah berjaya mengusir Dato’ Bahaman. Pasukan Sultan Ahmad dan Tok Gajah telah berjaya mengusir Dato’ Bahaman pada 8 Mei 1892. Sementara itu, pasukan Clifford dan Leftenan Kolonel Walker, terus bertindak menyerang Budu pada 21 Mei 1892 tetapi Mat Kilau berjaya melepaskan diri lalu bersatu dengan Dato’ Bahaman yang berada di Cheka. Dalam bulan Jun 1892, British menyerang Jempul dan menawannya. Keadaan ini menyebabkan Sultan Ahmad menasihatkan Tok Gajah supaya melarikan diri kerana bimbang British akan mengambil tindakan ke atasnya. Oleh itu, dalam bulan Ogos 1892, Tok Gajah melarikan diri untuk menyertai Mat Kilau dan Dato’ Bahaman yang berada di Tembeling. Oleh sebab tekanan-tekanan seterusnya, mereka terpaksa berundur ke Sempadan Kelantan dalam bulan September 1892. Malangnya, Panglima telah terbunuh dalam bulan Oktober 1892. Melalui Tok Raja yang bertugas sebagai orang perantaraan, usaha telah diambil untuk menghentikan penentangan. Perundingan telah dimulakan dalam bulan Disember 1893 tetapi Mat Kilau dan Mat Lela, putera Dato’ Bahaman, enggan mengambil bahagian. Perundingan yang berjalan sehingga bulan April 1894 tidak memberi sebarang hasil. Selepas perundingan mengalami kegagalan, perjuangan orang-orang Melayu semakin bersemangat. Hal ini disebabkan peranan yang dimainkan oleh Engku Syed dari Paloh. Ketika ini Dato’ Bahaman telah berjaya mengumpulkan pengikut-pengikutnya dari Besut dan Ulu Lebir. Pada 12 Jun 1894, penentangan meletus kembali apabila golongan penentang menyerang Kuala Tembeling. Seorang anggota polis iaitu Ram Singh yang mendapat luka parah akibat ditikam telah dapat melepaskan diri menaiki sampan ke Pulau Tawar. Golongan penentang telah cuba mendapatkan bantuan dari Tok Raja dari Pulau Tawar tetapi gagal. Hal ini menyebabkan penentang telah cuba membina kubu pertahanan di Jeram Ampai. Satu angkatan tentera British yang besar telah menyerang Jeram Ampai dan menawannya pada 29 Jun 1894. Akhirnya golongan penentang telah berundur ke Kelantan dan Terengganu. Pihak British telah meminta Kerajaan Siam supaya campur tangan. Akhirnya, dalam bulan November 1895, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau serta 4 orang pengikutnya telah menyerah diri kepada pihak Siam dan kemudian dihantar ke Siam. Sementara Tok Gajah dan Mat Kilau terus menetap di Terengganu dan dikatakan meninggal dunia di sana. Penentangan di Negeri Sembilan Pengenalan Campur tangan British di Sungai Ujong telah ditentang oleh Syahbandar Kulup Tunggal. Tindakan Sir Andrew Clarke mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong menyebabkan Dato’ Bandar menentang British. Dato’ Bandar mendapat sokongan daripada Raja Mahdi dan Raja Mahmud dari Selangor dan melancarkan serangan terhadap Dato’ Kelana. Dato’ Kelana takut terancam keselamatannya dan meminta perlindungan British. Beliau bersetuju menerima seorang Residen British. Pada bulan November 1874, pertempuran meletus di antara mereka dan Dato’ Bandar dikalahkan dan kemudian beliau berundur ke Selangor. Beliau menandatangani surat mengaku salah pada Disember 1874 dan kemudian menetap di Singapura. Perlantikan Residen di Sungai Ujong telah ditentang kuat oleh Tengku Antah di Seri Menanti. Proses penentangan Tengku Antah ialah Yamtuan Besar atau pembesar yang berkuasa di Seri Menanti. Beliau telah mentang perlantikan Penolong Residen, Kapten Thatham di Sungai Ujong pada tahun 1874. Pada tahun 1875, beliau dilantik sebagai Yamtuan Besar oleh penduduk di kawasan sekitar Seri Menanti – Terachi, Gunung Pasir, Hulu Muar dan Jempol. Perlantikan Tengku Antah sebagai Yamtuan Besar tidak diiktiraf oleh Dato’ Kelana di Sungai Ujong. Tengku Antah juga tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Pada tahun 1875 juga, perselisihan meletus antara Tengku Antah dan Dato’ Kelana apabila Dato’ Kelana menuntut kekuasaannya ke atas Terachi. Dato’ Kelana mendapat sokongan British untuk menentang Tengku Antah. Askar British berjaya menawan Parol dan ini menyebabkan Tengku Antah berundur ke Bukit Putus. Pada bulan Disember 1875, British seterusnya menawan Bukit Putus dan kemudian menguasai Kuala Jempol dan Terachi. Pada tahun 1876, Tengku Antah mendapat bantuan daripada Maharaja Abu Bakar untuk menamatkan pertempuran dengan British. Atas usaha Maharaja Abu Bakar, pada bulan November 1876, Tengku Antah telah menandatangani satu perjanjian dengan British di Singpura. Menurut perjanjian itu: 1. British mengiktiraf Tengku Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. 2. Kawasan Johol, Hulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir dan Inas diiktiraf sebagai jajahan takhluk Seri Menanti. Perjanjian damai ini telah membuka kesempatan kepada British untuk memperluaskan pengaruhnya di seluruh Negeri Sembilan.

124
Penentangan di Kelantan Pengenalan Melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909, kuasa Kelantan telah dipindahkan oleh Siam kepada Kerajaan British. James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang pertama di Kelantan pada Julai 1909. Pada tahun 1910, British secara rasmi menguasai hubungan luar negeri Kelantan melalui Perjanjain Inggeris-Kelantan. Perjanjian ini juga menegakkan hak British untuk melantik seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV. Baginda mesti mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam orang Melayu. Perubahan sosio ekonomi yang dibawa oleh British telah mengakibatkan pemberontakan di daerah Pasir Putih pada 29 April 1915. British di Kelantan sebelum 1909 Kebangkitan menentang bermula sejak termeterainya Pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902. Menurutnya, seorang Penasihat berbangsa Inggeris bernama William Amstrong Graham dilantik sebagai Penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada Julai 1903. Pada tahun 1904, W.A. Graham telah memperkenalkan beberapa perkara baru dalam pentadbiran Kelantan. Pengenalan peraturan-peraturan baru ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Kelantan. Antaranya ialah: a. Penubuhan beberapa jajahan baru seperti Kota Bahru, Hulu Kelantan dan Pasir Putih. Tiap-tiap jajahan ini ditadbir oleh seorang Ketua Jajahan. Sebuah balai polis juga didirikan di setiap jajahan. Sebagai contohnya, Encik Ibrahim menjadi Ketua Jajahan dan Sarjan Che Wan menjadi Ketua Balai Polis di jajahan Pasir Putih. Ketua Jajahan dibantu oleh 2 orang yang bergelar Tok Kweng atau Penggawa dan Tok Nebeng atau Penghulu. Tok Nebeng bertugas menjaga keamanan dan memungut hasil dalam kampung masing-masing. b. Pada tahun 1905, Undang-undang Hasil Padi diluluskan. Menurutnya, semua pemilik tanah perlu memberi maklumat yang tepat tentang kawasan tanah, hasil dan kedudukan tanah kepada Tok Kweng. Perubahan-perubahan ini menjejaskan hak kuasa pembesar ke atas daerah masing-masing. Malah, kuasa Engku Besar Jeram dan Pasir Putih semakin berkurangan. Kebangkitan menentang British di Kelantan semakin hebat selepas tahun 1909. Pada tahun 1909, Kelantan dipindahkan daripada pemerintahan Siam kepada Inggeris menurut Perjanjian Inggeris-Siam (Bangkok) 1909. Ekoran ini, British melantik seorang penasihat di Kelantan untuk menasihati Sultan Muhammad IV dalam semua perkara, kecuali adat-istiadat dan agama Islam. Penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa tidak puas hati. Mulai tahun 1910, perubahan yang agak radikal telah diperkenalkan oleh Penasihat British kepada sistem pentadbiran Kelantan. Malah pihak British menggunakan pegawaipegawai Melayu dari luar negeri Kelantan untuk melaksanakan peraturan-peraturan tersebut. Tindakan ini telah mencetuskan kebangkitan di daerah Pasir Putih, Kelantan pada tahun 1915 semasa pemerintahan Sultan Muhammad IV. Kebangkitan ini dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas, lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Pembesar-pembesar lain yang menyertai pemberontakan ini ialah Engku Besar Tun Ahmad Jeram, Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol. Sebab-sebab penentangan di Kelantan 1. Ketidakpuas hati Engku Besar Jeram Engku Besar Tun Ahmad dan penduduk kawasan Jeram tidak puas hati dengan campur tangan British di jajahan Pasir Putih. Engku Besar adalah pembesar di daerah Jeram. British campur tangan dalam pentadbiran Jeram dengan menasihati Sultan Muhammad IV supaya membina sebuah pondok polis di Pasir Putih. Kerajaan British juga campur tangan dengan melantik seorang Pegawai Daerah untuk mentadbir jajahan Pasir Putih yang dahulunya diletakkan di bawah Engku Besar Jeram. Perlantikan pegawai daerah ini menyebabkan Engku Besar Jeram kehilangan hak yang diwarisi turun-temurun sejak abad ke-18. Engku Besar Jeram seterusnya kehilangan kuasa, wibawa dan keistimewaan. Engku Besar Tun Ahmad hanya berkuasa sebagai Tok Kweng Muda, iaitu kedudukannya lebih rendah daripada Tok Kweng (penggawa). Sebelum perubahan ini, Tok Kweng adalah di bawah kuasa Engku Besar Jeram. Engku Besar juga telah kehilangan hak memungut cukai’ sebaliknya, beliau terpaksa membayar cukai ke atas tanah yang menjadi hak miliknya seperti rakyat biasa. Engku Besar Jeram yang tidak puas hati dengan sistem pentadbiran British lalu menghasut pengikutnya Tok Janggut atau Haji Mat Hassan supaya bangun menentang dan mengusir British dari Pasir Putih. Tok Janggut dikatakan lebih lama menyimpan dendam dalam hati kerana ayahnya, iaitu Panglima Munas dan abangnya Mat Tahir sebelum itu telah dibunuh atas perintah Sultan. 2. Pengenalan sistem cukai baru Pentadbiran British telah memperkenalkan sistem pentadbiran dan peraturan baru yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Sebelum pengenalan peraturan baru, cukai atau hasil di Pasir Putih berdasarkan kepada jumlah hasil tahunan. Sekiranya jumlah hasil adalah sangat sedikit, dikecualikan daripada cukai. Tanah yang tidak dikerjakan atau diusahakan tidak dikenakan cukai, misalnya pokok pinang kurang daripada 10 batang dikecualikan daripada cukai. Peraturan baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran British tidak ada pengecualian. Pokok buah-buahan dikenakan cukai 12 ½ sen setahun, sirih dikenakan 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau dikenakan 20 sen seekor, pokok-pokok kayu seperti temberu, mendung dan kapur yang hendak ditebang dikenakan cukai $1 sebatang, tanah pula 60 sen seekar. Menurut undang-undang baru itu, cukai dikenakan ke atas tanah dan bukannya ke atas hasil tanah seperti dahulu. Sebelum itu, peraturan tanah padi tahun 1905 amat longgar, iaitu hanya mewajibkan satu penjuru bersamaan 400 depa tanah padi dikenakan cukai 30 sen setahun. Kurang daripada 200 depa dikecualikan cukai. Selain itu, penduduk Pasir Putih dikehendaki melaporkan keluasan dan tempat tanah yang mereka miliki kepada Tok Kweng. Dengan demikian, rakyat telah dibebankan dengan bermacam-macam jenis cukai yang diperkenalkan melalui sistem pentadbiran baru. Cukai tanah yang diperkenalkan oleh pihak British merupakan suatu yang baru bagi penduduk Kelantan. Cukai tanah yang dikuatkuasakan oleh pihak British adalah tetap. Cukai harus dibayar walaupun tanah tidak dikerjakan. Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan didenda. Penduduk menghadapi kerumitan dalam pembayaran cukai kerana pejabat bayaran cukai hanya diwujudkan di daerah tertentu dan pejabat itu terletak agak jauh. Bayaran hanya boleh dibuat dalam waktu tertentu. Rakyat menghadapi masalah untuk membayar dalam masa yang ditentukan. Pegawai-pegawai yang bertugas tidak cekap. Rakyat terpaksa datang ke pejabat beberapa kali untuk membayar cukai, misalnya, Tok Janggut telah datang beberapa kali untuk membayar cukai tetapi gagal membayar dalam masa yang ditetapkan. Pegawai yang bertugas kadang-kala bersikap kasar kepada penduduk.

125
Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana mereka berasakan perlaksanaan undnag-undang baru membebankan mereka berbanding dengan peraturan sebelum ini. Engku Besar kemudiannya mengarahkan Tok Janggut menjalankan kempen agar penduduk Jeram dan seluruh jajahan Pasir Putih jangan membayar cukai. Dalam kempen ini, Tok Janggut mendapat bantuan dan kerjasama daripada Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol. 3. Sikap pegawai British Daerah Jajahan Pasir Putih Pada tahun 1912, British menggantikan Encik Salleh, seorang Melayu tempatan dengan Encik Latiff yang berasal dari Singapura sebagai Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih. Beliau telah melaksanakan pelbagai cukai baru yang membebankan rakyat seperti cukai kepala, cukai buah kelapa dan cukai pokok buah-buahan. Encik Latiff merupakan seorang pegawai yang jujur dalam tugasnya. Beliau telah bertindak dengan tegas untuk melaksanakan undang-undang cukai yang baru diperkenalkan oleh British. Pegawai Daerah dan kakitangannya bersikap kasar terhadap penduduk di Pasir Putih. Mereka yang enggan atau lewat membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Ada kalanya, rakyat yang lewat membayar cukai dimaki dan dicaci oleh pegawai-pegawai. Perbuatan yang kurang ajar ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Perasaan tidak puas hati semakin bertambah apabila Encik Latiff telah menawarkan kontrak bagi mengutip telur penyu dan kercut. Langkah ini mendapat tentangan hebat daripada orang ramai yang sebelumnya boleh mendapatnya secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran. 4. Pengaruh luar Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British. Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya. Proses penentangan Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan sokongan oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman telah menjalankan kempen mempengaruhi penduduk Pasir Putih menentang peraturan baru dan British. Pada 28 April 1915, Encik Latiff, Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih mendapat berita Tok Janggut dan pengikutnya di Kampung Jeram. Pada 29 April 1915, beliau menghantar Sarjan Che Wan dan beberapa orang anggota polis untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan tidak membayar cukai. Dalam pertengkaran yang berlaku, Sarjan Che Wan ditikam oleh Tok Janggut dan anggota polis yang lain dapat menyelamatkan diri dan membuat laporan kepada Encik Latiff. Encik Latiff cuba mengambil tindak balas dengan menghantar 7 orang polis untuk menangkap Tok Janggut. Apabila pasukan polis ini tiba di Kampung Kelubi, mereka diberitahu bahawa Tok Janggut dan pengikutnya sedang mara hendak menyerang Pasir Putih. Dengan itu, Encik Latiff bersama kakitangannya berundur ke Kota Bahru dengan bot melalui Kuala Semerak. Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol melancarkan serangan 3 penjuru ke atas Pasir Putih kira-kira 4 petang pada 29 April 1915 dan mendudukinya selama 3 hari. Mereka membakar pejabat kerajaan, menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan. Mereka kemudian menubuhkan kerajaan sementara di Pasir Putih. Engku Besar dilantik sebagai Raja Jeram dan Tok Janggut menjadi Perdana Menteri kerajaan sementara. Penasihat Inggeris, W. Longham-Carter menerima berita serangan ke atas Pasir Putih pada 30 April 1915. Beliau menasihati Sultan Muhammad IV supaya menguatkan pertahanan Kota Bahru. Penasihat British meminta bantuan dari Singapura. Pada 5 Mei 1915, bantuan dari Singapura tiba di Tumpat dengan kapal H.M.S. Cadmus yang terdiri daripada 239 orang di bawah pimpinan Kolonel C.W. Brownlow. Pada 9 Mei 1915, pasukan Inggeris tiba di Pasir Putih tetapi gagal menangkap pemimpin yang terlibat. Kebanyakan pemimpin telah melarikan diri ke dalam hutan dan juga ke Besut. Hadiah $500 ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut atau Engku Besar. Penghulu Adam telah menyerah diri. Rumah Tok Janggut, Che Ishak Merbol dan Haji Said dibakar. Pada 23 Mei 1915, Tok Janggut sekali lagi melancarkan serangan ke atas Pasir Putih. Hal ini memaksa Major Borton bersama 50 orang anggota polis Sikh dan 7 orang Eropah datang ke Jeram pada 24 Mei 1915 untuk menjejaki kedudukan Tok Janggut dan pengikutnya. Tok Janggut dan pengikutnya yang berkubu di Kampung Pupuh akhirnya bertempur dengan pasukan British. Dalam pertempuran ini, beberapa orang terbunuh, termasuklah Tok Janggut. Engku Besar Jeram Tun Ahmad yang cedera diselamatkan oleh Awang Deraman ke Reman, Thai. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bahru. Setelah diarak, mayat beliau digantungkan dengan kepala ke bawah di Padang Bank atau Padang Merdeka, Kota Bahru selama satu jam sebelum dimakamkan di Pasir Putih. Kebangkitan di Pasir Putih di bawah pimpinan Tok Janggut berjaya buat sementara mengundurkan kakitangan kerajaan yang bertugas di Kota Bahru. Namun, kebangkitan ini telah gagal untuk mempertahankan kejayaannya. Pasukan British bertindak bebas dengan cepat dan berjaya mematahkan kebangkitan dan Tok Janggut sendiri terkorban dalam pertempuran. Penentangan di Terengganu Pengenalan Usaha British meluaskan kuasanya di Terengganu menyebabkan rakyat bangkit menentang British antara tahun 1922-1928. Kebangkitan itu berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Punca kebangkitan rakyat Terengganu adalah pelaksanaan sistem pentadbiran dan undang-undang bercorak Barat dan cukai-cukai baru yang membebankan rakyat seperti cukai tanah dan pas kerajaan untuk membuka tanah dan mengambil hasil hutan. Pemimpin ulama penentangan ini ialah seorang ulama yang bernama Haji Abdul Rahman Limbong. Penentangan ini bertumpu di Hulu Telemong, Kuala Telemong, Kuala Berang, Alor Limbat dan Tersat. Kebangkitan tahun 1922 dan 1925 Penentangan terhadap British yang pertama berlaku pada tahun 1922 di Hulu Telemong. Penentangan ini bermula apabila 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membersihkan tanah dan bercucuk tanam tanpa mendapatkan pas kebenaran daripada Kerajaan British. Mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berjaya membebaskan mereka dari tuduhan dengan menitikberatkan undang-undang Islam.

126
Pada tahun 1925, satu lagi kebangkitan menentang undang-undang British berlaku di Kuala Telemong. Kebangkitan ini disebabkan oleh beberapa orang telah membersihkan tanah kawasan Kuala Telemong untuk bercucuk tanam. Tanah itu adalah kepunyaan Tengku Haji Nik (200 ekar) dan tanah kerajaan yang terbiar (400 ekar). Mereka membersihkan tanah itu tanpa meminta pas kebenaran daripada kerajaan kerana Tengku Haji Nik sendiri yang meminta mereka mengerjakan tanah itu. Kebangkitan ini mendapat sokongan yang kuat daripada ramai rakyat Terengganu. Walau bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam kebangkitan tersebut. Kebangkitan tahun 1928 Peristiwa-peristiwa kebangkitan rakyat Terengganu di Hulu Telemong dan Kuala Telemong pada tahun 1922 dan 1925 telah menambahkan kebencian rakyat terhadap British. Semangat kebangkitan rakyat Terengganu sampai ke kemuncaknya pada tahun 1928 di Kuala Berang. Penduduk Kuala Berang, Kampung Pelam (Telemong), Tersat dan Dungun telah membuka tanah untuk bercucuk tanam tanpa mengambil pas kebenaran dari pihak British. British mengancam hendak mengambil tindakan ke atas penduduk yang terlibat. Berikutan dengan ancaman itu, penduduk dari kawasan-kawasan tersebut telah berhimpun beramai-ramai untuk bangkit menentang British. Menurut buku “Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu”, karangan Timah Hamzah, kira-kira 1000 orang penduduk berkumpul di Tersat, Hulu Telemong pada 21 Mei 1928 dengan tujuan untuk memulakan peperangan terhadap orang kafir. Pada 23 Mei 1928, penduduk yang berhimpun di Kuala Berang telah menduduki pejabat kerajaan dan memusnahkan balai polis di situ. Pegawai-pegawai British di Kuala Berang terpaksa berundur ke Kuala Terengganu. Setelah kemenangan awal itu, pejuang-pejuang itu telah menuju ke arah Kuala Terengganu untuk mengadu masalah mereka kepada Sultan Sulaiman. Pada masa itu, Kerajaan British telah menghantar sepasukan polis di bawah pimpinan Dato’ Seri Lela Diraja dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang untuk mengawal keadaan. Pasukan polis itu telah bertempur dengan rakyat yang sedang mara di Padang Kachong. Di situ, Dato’ Seri Lela Diraja telah memberi amaran kepada rakyat supaya berhenti dan tidak meneruskan pergerakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan tidak menghiraukan amaran tersebut. Akibatnya, pasukan polis telah melepaskan tembakan. Dengan bantuan polis tambahan dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British dapat memadamkan kebangkitan rakyat Terengganu. Semua pemimpin yang terlibat ditangkap dan dipenjarakan iaitu Haji Zakaria 7 tahun; Abu Bakar Chinting 10 tahun; Abdullah Jurukka 10 tahun; Mat Tok Pitas 5 tahun dan Lebai Hassan 5 tahun. Penghulu Salleh Pasir Nyior pula telah dibebaskan. Haji Abdul Rahman Limbong juga didapati bersalah tetapi beliau tidak dihukum penjara. Beliau dibuang negeri ke Makkah. Sebab Haji Abdul Rahman Limbong tidak dipenjarakan ialah beliau dianggap sebagai pemimpin yang sangat berpengaruh dan kehadirannya akan meningkatkan lagi semangat kebangkitan terhadap British. Selain itu, British juga tidak mahu menimbulkan lagi kemarahan penyokong-penyokong beliau sekiranya beliau dihukum penjara. Beliau dihantar ke Makkah juga disebabkan beliau berhasrat pergi ke tanah suci untuk mendalami dan mengajar agama Islam. Haji Abdul Rahman Limbong meninggal dunia di Makkah pada 16 November 1929. Penentangan di Sabah Pengenalan Seperti Negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu, Sabah juga dijajahi oleh British melalui Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Di bawah pemerintahan kompeni, rakyat Sabah telah bangkit menentang kerana tindakan pegawai kompeni yang melanggar adat mereka. Antara penentangan yang terkenal ialah penentangan oleh Mat Salleh dan penentangan oleh Antanum. Penentangan oleh Mat Salleh Mat Salleh atau Mohammad Salleh ialah seorang pahlawan di Sabah yang bangkit menentang pemerintahan Kompeni Berpiagam Borneo Utara di Sabah. Mat Salleh dilahirkan di Inanam dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau berkahwin dengan seorang puteri Sulu yang bernama Dayang Bandung. Beliau merupakan pembesar di hulu Sungai Sungut dan memerintah kawasannya dengan bebas. Pada tahun 1894, Mat Salleh telah bangkit menentang Kompeni Berpiagam kerana kompeni campur tangan di kawasannya. Kompeni telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh di Sungai Sugut apabila beliau membuat aduan tentang pergaduhan di antara pegawai British dengan Iban. Kompeni juga telah membina jalan raya dari jalan keretapi merentasi kawasan Ranau yang dikuasai oleh Mat Salleh. Selain itu, kompeni juga mengenakan pelbagai cukai ke atas rakyat dan mengerah buruh paksa. Pada tahun 1897, Mat Salleh menyerang dan memusnahkan pelabuhan kompeni di Pulau Gaya. Beliau kemudiannya membina sebuah kubu di Ranau untuk meneruskan serangannya. Kompeni membalas dengan menyerang dan memusnahkan kubu Mat Salleh di Ranau. Mat Salleh tidak dapat ditewaskan tetapi beliau terpaksa beundur ke kawasan pedalaman. Kompeni khuatir Mat Salleh akan menyerangnya lagi. Oleh itu, Pengarah Urusan Kompeni iaitu William Cowie mengesyorkan supaya diadakan perdamaian di antara kompeni dan Mat Salleh. Satu rundingan damai telah diadakan di antara Cowie dengan Mat Salleh. Menurut rundingan damai ini: a. Mat Salleh dibenarkan mentadbir kawasan Tambunan dengan bebas. b. Kompeni berjanji memberi pengampunan kepada pengikut Mat Salleh Kompeni telah memungkiri janjinya. Pada tahun 1897, Kompeni telah membuat keputusan untuk mengambilalih kawasan Tambunan. Mat Salleh sangat marah dan membina sebuah kubu di Tambunan untuk mempertahankan diri. Pada tahun 1900, pasukan kompeni telah menyerang kubu Mat Salleh di Tambunan. Mat Salleh terbunuh dalam serangan tersebut pada bulan Februari 1900. Penentangan oleh Antanum Pada tahun 1915, seorang Murut dari kawasan pedalaman Sabah telah bangkit menentang Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Orang Murut bangkit menentang kompeni kerana: a. Mereka dilarang menebas hutan rimba untuk membuka tanah pertanian. b. Mereka terpaksa membina jalan raya di kawasan pedalaman tanpa dibayar gaji. c. Mereka percaya bahawa pembinaan jalan raya itu telah mengusir roh nenek moyang dan menimbulkan kemarahan yang akan mengakibatkan kemarau selama 4 tahun.

127
Kebangkitan orang Murut dipimpin oleh pemimpin murut yang bernama Antanum. Pemberontakan tercetus pada tahun 1915 apabila orang Murut menyerang dan membakar Pensiangan. Kemudian mereka menyerang Rundum tetapi Rundum dapat diselamatkan oleh Kompeni. Oleh itu, pemberontakan ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Rundum. Selepas itu, Antanum dan pengikutnya (seramai 900 orang) telah membina sebuah kubu di Sungai Selangit. Kubu itu diserang oleh askar kompeni. Antanum serta 400 orang pengikutnya telah terkorban. Pemberontakan Rundum tamat selepas kematian Antanum tetapi orang Murut di kawasan pedalaman telah berpindah ke Kalimantan kerana tidak lagi takin terhadap pemerintahan Kompeni. Penentangan di Sarawak Pengenalan Sarawak di bawah pemerintahan Brooke telah berlaku banyak perubahan dari segi politik, ekonomi dan social. Perubahan ini telah menyebabkan penduduk pribumi bangun untuk menentangnya kerana perubahan ini telah melanggar adat dan kepercayaan mereka. Antaranya ialah penentangan oleh Syarif Masahor, Rentap dan Banting. Penentangan oleh Syarif Masahor Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau adalah pembesar yang sangat dihormati dan disegani oleh orang Melanau dan Iban. Walau bagaimanapun, kuasa Syarif Masahor telah tergugat apabila James Brooke mengambilalih kawasan Sungai Rajang daripada Sultan Brunei pada tahun 1853. James Brooke kemudian membina sebuah kubu di Kanowit di Sungai Rajang. Tindakan Brooke telah mencabar kewibawaan Syarif Masahor sebagai pembesar di Sungai Rajang. Syarif Masahor telah berpakat dengan Dato’ Patinggi Abdul Gapur di Kuching untuk menyerang kubu Brooke di Kanowit dan mengusirnya keluar dari Sarawak. Tentera bersekutu Syarif Masahor dan Dato’ Patinggi Abdul Gapur telah menyerang kubu Kanowit dan membunuh 2 orang pegawai Inggeris, iaitu Charles Fox dan Henry Steel. Pada tahun 1860, angkatan perang Syarif Masahor telah menyerang Kuching tetapi dapat dipatahkan oleh pasukan tentera Brooke di bawah pimpinan Charles Brooke. Syarif Masahor dapat menyelamatkan diri dan berlindung di Brunei. Namun James Brooke telah memaksa Sultan Brunei supaya Syarif Masahor dibuang negeri ke Singapura. Dengan itu, Syarif Masahor dihantar ke Singapura dan meninggal dunia di situ pada tahun 1890. Dato’ Patinggi Abdul Gapur cuba menyerang Kuching dari Pontianak tetapi beliau ditahan oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi. Penentangan oleh Rentap Rentap ialah seorang pahlawan Iban yang bangkit menentang pemerintahan James Brooke di Sarawak. Rentap ialah ketua orang Iban yang sangat berpengaruh di hulu Sungai Sekrang. Beliau digelar “Raja Darat”. Nama sebenar beliau ialah Libau. Rentap tidak suka kemaraan kuasa Brooke ke kawasan orang Iban. Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Sungai Sekrang dan membunuh seorang pegawai Brooke yang bernama Alan Lee. Kemudian Rentap meminta sebuah kubu yang kuat di Bukit Sadok di hulu Sekrang. Kubu itu dilengkapkan dengan meriam besi yang besar yang telah dirampas dari Pontianak, Kalimantan. Kubu di Bukit Sadok sangat kuat sehingga serangan Charles Brooke sebanyak 2 kali pada tahun 1854 gagal menawan kubu tersebut. Pada tahun 1861, Charles Brooke telah menyerang Bukit Sadok dengan sebuah meriam tembaga bernama Bujang Sadok yang dibuat di Kuching. Kali ini, kubu Rentap di Bukit Sadok dapat ditawan oleh Charles Brooke. Rentap berjaya melepaskan diri ke kawasan pedalaman. Penentangan oleh Banting Pada tahun 1893, orang Iban di bawah pimpinan Banting bangkit menentang pemerintahan kerajaan Brooke di Sarawak. Banting ialah penghulu Iban di hulu Sungai Batang Lupar di kawasan Hulu Air. Banting menentang Charles Brooke yang cuba menghapuskan adat dan upacara yang diamalkan oleh orang Iban. Pada tahun 1902, Charles Brooke telagh menghantar satu pasukan tentera untuk menawan Banting tetapi beliau dapat mempertahankan dirinya dan memerintah dengan bebas sehingga tahun 1908. Pada tahun itu, tentera Brooke berjaya menewaskan Banting tetapi gagal menangkapnya. Selepas itu, kuasa Banting semakin lemah dan beliau menamatkan penentangannya terhadap Kerajaan Brooke. Kedatangan Imigran Pengenalan Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia. Orang Indonesia 1. Pengenalan Sebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka adalah orang Minangkabau, orang Bugis dan orang Jawa. Orang Minangkabau dari Sumatera Barat telah berhijrah secara beramai-ramai ke Negeri Sembilan pada abad ke-14. Orang Bugis dari Sulawesi Selatan telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di Selangor, Perak dan Johor. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di lading kopi, lading getah dan juga di lombong-lombong bijih timah. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia semakin meningkat. Hal ini disebabkan keperluan buruh dalam sektor penanaman padi dan kopi diikuti oleh perkembangan perusahaan bijih timah dan getah. 2. Sebab kedatangan a. Faktor politik Tekanan politik oleh pihak penjajah (Belanda) telah mendorong kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, orang Jawa telah dikenakan Sistem Kultur (1830-1870) atau Sistem Tanaman Paksa. Sistem ini telah menyebabkan rasa kurang senang orang-orang Jawa terhadap pemerintahan Belanda. Pertambahan penduduk Indonesia yang tinggi juga menyebabkan tanah pertanian di Jawa tidak cukup.

128
b. Faktor sosial Penduduk di Indonesia terutamanya dari Pulau Jawa dan Sumatera telah bertambah dengan pesat. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pertambahan keluasan tanah pertanian ataupun pengeluaran tanaman makanan telah menyebabkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup para petani. c. Faktor ekonomi Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain adalah pendorong utama kepada kemasukan orangorang Indonesia ke Tanah Melayu. Kestabilan politik di Tanah Melayu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan Indonesia juga merupakan faktor pendorong bagi kemasukan orang Indonesia. Galakan pembesar-pembesar tempatan untuk mengerjakan kawasan pertanian juga telah mendorong kepada lebih ramai kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan tenaga orang Indonesia untuk mengerjakan dusun buah-buahannya. Persamaan dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari segi bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu. 3. Sumbangan Orang Indonesia turut menyumbangkan tenaga dalam perusahaan getah dan bijih timah di samping dalam pertania seperti padi, kelapa, dusun buah-buahan dan sebagainya. Kecenderungan dalam mengusahakan pertanian yang sama dengan tempat asal mereka adalah pendorong kepada kedatangan orang Indonesia ke Tanah Melayu. 4. Cara kemasukan Tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui oleh orang Indonesia untuk datang ke Tanah Melayu di mana mereka berusaha sendiri untuk datang ke sini. 5. Komposisi penduduk orang Indonesia a. Orang Jawa Orang Jawa merupakan orang Melayu yang paling banyak berhijrah ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1930, terdapat 17000 orang Jawa di Tanah Melayu dan Singapura. Mereka bekerja sebagai buruh di lading kopi dan getah atau lombong bijih timah. Kebanyakan orang Jawa terdapat di negeri Johor, selangor dan Perak. b. Orang Banjar Orang Banjar berasal dari Daerah Banjarmasin. Mereka mengusahakan penanaman padi. Kebanyakan mereka mendiami kawasan-kawasan pinggir pantai dan lembah-lembah sungai di Perak, Selangor dan Johor. Pada tahun 1931, bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45382 orang. c. Orang Bugis Orang Bugis berasal dari Pulau Sulawesi membuka petempatan di Selangor, Johor dan Perak. Mereka menjalankan kegiatan pertanian. d. Orang Boyan Orang Boyan berasal dari Pulau Boyan telah menetap di Bandar-bandar seperti Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka mahir dalam pemeliharaan kuda lumba. e. Orang Minangkabau Orang Minangkabau dari Sumatera menetap di Negeri Sembilan. Kebanayakan mereka terlibat dalam kegiatan perniagaan dan pertanian. 6. Bilangan penduduk orang Indonesia Pada tahun 1947, bilangan penduduk Indonesia di Tanah Melayu adalah lebih kurang 307150 orang. Daripada jumlah ini, 60% terdiri daripada orang Jawa. Pada tahun 1957 bilangan penduduk Melayu (termasuk orang Indonesia) ialah 2427834 orang iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Orang Cina 1. Pengenalan Sejak abad ke-15, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatangan orang Cina. Penghijrahan orang Cina semakin bertambah menjelang awal abad ke19. Orang Cina telah berhijrah ke Negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka lading gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang lada hitam. 2. Sebab kedatangan a. Faktor penolak i. Sebab sosial dan ekonomi Bencana alam seperti yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainya menyebabkan penderitaan yang teruk ke atas penduduknya. Pertanian yang menjadi nadi ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan akibat bencana alam dan ini akhirnya berlaku kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi. Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak dengan itu, Kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani kehilangan tanah. ii. Kekacauan dan korupsi politik di negara China Keadaan politik di China yang tidak stabil telah menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi gagal menggulingkan Kerajaan

129
Manchu. Oleh itu, kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontakan. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu. b. Faktor penarik i. Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah satu faktor di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan Bandar terutamanya. Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor) menggalakkan lagi kedatangan orangorang Cina. Di bawah sistem ini, mereka diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam. ii. Kestabilan politik Kestabilan politik hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu faktor penarik. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu. 3. Sumbangan Kedatangan orang Cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport: pada 1850 – 6500 tan, 1890 – 15101 tan, 1900 – 43000 tan, 1905 – 57733 tan, 1937 – 77000 tan. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di Bandar-bandar yang terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga telah berkembang terutamanya melalui sistem Kangcu. 4. Cara kemasukan a. Melalui sistem tiket kredit Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka. b. Melalui cara persendirian Orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897. c. Melalui Sistem Kangcu Sistem Kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih. 5. Komposisi penduduk orang Cina a. Orang Hokkien Orang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga dan menetap di oelabuhan-pelabuhan yang penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. b. Orang Kantonis dan Hakka Orang Kantonis dan Hakka merupakan pelombong dan bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah. c. Orang Teochew Orang Teochew menumpukan perhatian pada pertanian dan perdagangan. Mereka bekerja di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor dan Seberang Perai serta di kawasan Pantai Perak. d. Orang Hailam Orang Hailam bekerja sebagai orang gaji di rumah orang Barat sebelum Perang Dunia Pertama dan menjadi buruh di ladang getah serta membuka kedai-kedai minuman. 6. Bilangan penduduk orang Cina Di antara kelompok-kelompok Cina tersebut, kelompok yang terbesar ialah Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu (1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang kedua besar ialah Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh Hakka (18.6%), Teochew (11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%). Kemasukan orang Cina bertambah dengan pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Tanah Melayu, mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu yang merupakan 41% pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Mereka membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Orang India 1. Pengenalan Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas. Orang India hanya berhijrah secara beramai-ramai pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai. Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), pihak British membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Keperluan buruh India meningkat berikutan perkembangan perusahaan getah. Hampir semua orang yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab. 2. Sebab kedatangan a. Faktor penolak – keadaan sosioekonomi di India

130
Bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada penduduk akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman. Hal ini mengakibatkan kira-kira 30 peristiwa kebuluran pada pertengahan abad ke-19. Penindasan oleh tuan tanah juga menyebabkan orang India semakin menderita. Walaupun India sebuah negara yang luas, namun bukan semua rakyatnya mempunyai tanah. Jika dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, walaupun miskin, mereka masih mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Kebanyakan petani di India terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuan-tuan tanah yang mengenakan cukai yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang mengalami 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk, contohnya pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk di India juga mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah dari kasta-kasta rendah. Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra. b. Faktor penarik i. Perkembangan perusahaan getah Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian telah menggalakkan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah faktor utama kemasukan orang India. ii. Galakan daripada Kerajaan British Dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Di samping itu, peluang pekerjaan bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India. 3. Sumbangan Kemasukan orang-orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan getah. Buktinya pada 1897 – 345 ekar, 1900 – 46 ribu ekar, 1905 – 48 ribu ekar, 1906 – 85 ribu ekar, 1909 – 200 ribu ekar, 1911 – 1 juta ekar, 1914 – 1.5 juta ekar, 1918 – 2.5 juta ekar dan 1940 – 3.5 juta ekar. Di samping dalam perusahaan getah orang India juga telah menyumbangkan tenaga professional seperti guru, doctor, kerana dan lain-lain lagi. 4. Kemasukan a. Sistem buruh kontrak Sistem buruh kontrak telah diperkenalkan sejak tahun 1820 bagi mengambil buruh-buruh India untuk bekerja di ladang tebu dan kopi. Di bawah sistem ini, pemilik sesebuah ladang getah akan membuat pesanan bagi buruh-buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampung-kampung dan mengumpulkan buruh-buruh India yang ingin datang ke Tanah Melayu. Tambang pelayaran buruh-buruh itu akan dibiayai oleh majikan-majikan yang membuat pesanan tersebut. Setibanya di Tanah Melayu, buruh-buruh itu diserahkan kepada majikan. Mereka perlu menandatangani satu kontrak untuk bekerja dengan majikan itu selama 5 tahun dengan suatu gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya dilayani dengan teruk. Mereka dipaksa bekerja selama 9-10 jam sehari dan 6 hari seminggu. Gaji mereka rendah dan jika pekerja jatuh sakit, dia tidak mendapat gaji. Di samping itu, mereka juga terpaksa membayar sebahagian daripada gaji mereka untuk menjelaskan tambang perjalanan. Pada tahun 1910, sistem ini dihapuskan. b. Sistem Kangani Sistem ini diperkenalkan pada tahun 1898. Sistem ini, majikan yang ingin mendapat buruh dari India akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke India. Kangani ini akan balik ke kampung halamannya di India dan mengumpulkan saudara mara, sahabat ataupun penduduk sekampungnya yang ingin berhijrahke Tanah Melayu. Kangani ini akan membayar tambang dan lain-lain perbelanjaan bagi buruh-buruh sehingga ketibaan mereka di ladang majikan. Di ladang, buruh-buruh bekerja di bawah jagaan Kangani yang mereka kenal dan dilayan dengan baik. Pada tahun 1907, Tabung Imigrasi diwujudkan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk membiayai kos pengambilan buruh India. Melalui tabung ini, majikan dikehendaki membayar kos pelayaran serta $5 setahun bagi setiap buruh India. Sistem Kangani juga mempunyai kelemahannya. Tiap-tiap kangani dibiayai mengikut bilangan pekerja yang diambil. Oleh itu, sesetengah daripada mereka cuba memperoleh seberapa ramai pekerja yang boleh dari India. Lamakelamaan, mereka juga menjadi ejen sistem kontrak. Pada tahun 1938, sistem ini diberhentikan akibat zaman kemelesetan ekonomi yang menyebabkan permintaan buruh dikurangkan. 5. Komposisi penduduk orang India a. Orang Tamil Golongan Tamil membentuk 82% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh di estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebilangan kecil orang Tamil juga berkhidmat dalam jabatanjabatan kerajaan. b. Orang Malayali Orang Malayali membentuk kira-kira 6% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja di estet getah dan dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kerani dan profesional. c. Orang Telugu Orang Telugu merupakan kira-kira 5% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931 dan bekerja sebagai buruh di estet. d. Orang India Utara Kumpulan etnik ini terdiri daripada Punjabi (Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerati, Parsis dan Marwaris. Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan. Orang Sikh berkhidmat sebagai pegawai keselamatan dan pasukan polis. 6. Bilangan penduduk orang India

131
Jumlah orang India di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911 ialah 172465 orang dan di seluruh Tanah Melayu ialah 267159 orang. Pada tahun 1921, jumlah ini meningkat kepada 305219 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan 470099 di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 621847. Pada tahun 1921, 12% daripada penduduk India dilahirkan di Tanah Melayu dan pada tahun 1957, 62.1% yang lahir di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 juga, bilangan orang India di Tanah Melayu ialah 695985 orang (11% daripada penduduk Tanah Melayu). Sistem Residen Pengenalan Pada 1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan. Hasil usaha Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula dari Perak, kemudian Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Berikutan dasar campur tangan, sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Di bawah sistem Residen, Sultan menerima seorang residen sebagai penasihat bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam Melayu. Tugas Residen 1. Menasihati Sultan dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang Melayu. 2. Mengekalkan ketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang-undang di wilayah pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan menggunakan paksaan. 3. Membentuk sebuah sistem cukai yang berkesan. 4. Merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar. 5. Membaiki alat-alat perhubungan Corak pentadbiran 1. Peringkat negeri Pemerintahan secara tidak langsung dan nasihat Residen kepada Sultan dijalankan melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri. Tujuan utama majlis ini ialah untuk membolehkan para pegawai British berunding dengan para pembesar tempatan tentang segala hal yang berhubung dengan kepentingan masyarakat Melayu. Majlis ini mula-mulanya ditubuhkan sebagai badan penasihat sahaja. Kemudian, tugas-tugasnya termasuk juga membuat segala undang-undang, menjadi mahkamah rayuan tertinggi dan menjadi badan kerajaan utama yang menguruskan perubahan dalam struktur cukai, pencen kepada orang Melayu dan perlantikan ketua tempatan, pegawai kerajaan dan kadi. Pada amnya, semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan tempatan diuruskan oleh majlis ini kecuali urusan mengawal hasil-hasil yang berada di bawah Residen. Seluruh Mesyuarat Majlis dijalankan dalam Bahasa Melayu dan segala perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi dan sosial dibincangkan dalam majlis ini. Semua cadangan dan usul Residen harus dibahaskan dan diundi sebelum diluluskan menjadi undang-undang. Semua rang undang-undang harus mempunyai tandatangan Sultan tetapi mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal. Sungguhpun majlis ini amat berguna untuk membincangkan pendapat mengenai perkara-perkara yang menyentuh orang Melayu tetapi sebenarnya, majlis ini tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Lagipun, apabila pentadbiran menjadi semakin rumit, fungsi perundangan majlis ini diabaikan. Lama-kelamaan, majlis ini hanya meluluskan keputusan yang sudah dibuat. 2. Peringkat daerah Setiap negeri dibahagikan kepada beberapa daerah. Pentadbiran daerah di bawah jagaan seorang Pegawai Daerah British. Di peringkat awal, pegawai daerah dikenali sebagai “Pemungut Cukai dan Majlistret” kerana beliau bertugas untuk memungut hasil dan menjadi majistret di peringkat daerah. Pegawai Daerah juga bertanggungjawab menjaga perbendaharaan daerah dan memungut cukai. Beberapa cawangan jabatan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan ditubuhkan di bawah Ketua Pegawai Eropah dan Pegawai Daerah bertugas untuk mengawasi Kerja Ketua Jabatan tersebut. 3. Peringkat mukim Setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim. Seorang pembesar dilantik untuk menjadi Ketua Mukim dengan gelaran Penghulu. Anak raja dilantik menjadi Penghulu kerana a. Mempunyai pengaruh yang kuat b. Melibatkan mereka dalam pentadbiran British c. Mereka lebih memahami sikap dan perasaan rakyat jelata d. Mereka mempunyai pendidikan yang diperlukan untuk menjalankan tugas Tugas mereka ialah: a. Memungut hasil tanah b. Mentadbir undang-undang tempatan c. Menjaga keamanan dan keselamatan d. Mengadakan hubungan erat dengan rakyat jelata e. Menyampaikan dasar dan usaha kerajaan kepada rakyat jelata f. Menyampaikan maklumat balas rakyat kepada kerajaan g. Menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis 4. Peringkat kampung Pentadbiran kampung diketuai oleh Ketua Kampung. Biasanya, mereka terdiri daripada orang tua yang dihormati oleh penduduk sesebuah kampung. Ketua Kampung bekerjasama dengan Penghulu di mukim dan mendapat pengiktirafan daripada Sultan negeri masing-masing. Selain Penghulu dan Ketua Kampung, terdapat lagi Kapitan Cina dan Penghulu Dagang. 5. Peringkat bandar Pada awal tahun 1890-an, sebuah lembaga kesihatan telah ditubuhkan untuk mentadbir Bandar Kuala Lumpur. Tugasnya adalah untuk a. Mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja b. Meluluskan pelan bangunan

132
c. Menjaga kebersihan bandar Ahli-ahlinya terdiri daripada: a. Jurutera di Jabatan Kerja Raya b. Ketua Polis Daerah c. Individu yang dilantik oleh Residen Masalah yang dihadapi oleh Residen 1. Tidak terdapat sistem pemerintahan pusat di Negeri-negeri Melayu. Ada sesetengah wilayah dan ketua-ketua wilayah tidak tertakluk di bawah kekuasaan Sultan. Mereka bebas menjalankan urusan pentadbiran sendiri. 2. Dalam kehidupan sehari-hari Sultan dan pembesar-pembesar Melayu telah mengikut cara hidup mereka sendiri sebagai warisan sejarah turun-temurun. Oleh itu, amatlah sukar untuk mempengaruhi dan mendesak mereka agar dapat mengubah dan mengikut sistem pentadbiran baru seperti mana sistem Barat. 3. Adalah sukar bagi Residen mengelakkan diri dari campur tangan dalam adat ketika menjalankan tugas kerana adar merupakan kehidupan orang-orang Melayu. Sebagai contoh, sudah menjadi corak pemerintahan di Negeri-negeri Melayu bahawa Sultan dan pembesar-pembesar termasuk ketua-ketua wilayah mempunyai kuasa untuk memungut cukai di wilayah masing-masing. Sultan akan mendapat pembayaran pula dari mereka. Bukti yang jelas ialah Ngah Ibrahim (Menteri Larut) berkuasa dan bebas memungut cukai di Daerah Larut, Perak. Dato’ Bahaman (Orang Kaya Semantan) di Pahang mempunyai hak memungut cukai di Daerah Semantan terutamanya Sungai Semantan yang menjadi alat perhubungan penting bagi kapal-kapal. Perkara ini yang harus dihadapi oleh Residen kerana sudah menjadi tugas mereka membentuk sistem tersebut untuk pembangunan negeri bukan untuk kepentingan individu seperti yang telah berlaku. 4. Masalah yang tidak kurang pentingnya ialah masalah kewangan. Hal ini disebabkan Kerajaan British tidak memberi bantuan yang cukup kepada mereka. Malah, segala perbelanjaan termasuk gaji Residen ditanggung oleh Sultan atau kerajaan negeri. Masalah kewangan menjadi semakin serius apabila Residen terpaksa menyelesaikan hutang-hutang negeri kepada Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat telah membiayai kira-kira £15000 di Perak dan dalam tahun 1877 hutang negeri Perak telah berjumlah £160000. Selain itu, ramai pembesar-pembesar negeri juga telah berhutang, misalnya Ngah Ibrahim telah berhutang kira-kira £50000. 5. Banyak masalah dihadapi untuk mengawal ketenteraman. Hal ini juga disebabkan Residen tidak mempunyai anggota keselamatan yang cukup untuk membantunya di setiap wilayah. Hanya sesetengah Residen sahaja yang mempunyai pasukan polis dan askar seperti Kapten Speedy di Larut. Itupun pemberian dari Ngah Ibrahim kepadanya. Kapten Tatham di Sungai Ujong hanya dibantu oleh kira-kira 50 orang anggota polis. Perubahan-perubahan yang berlaku 1. Pentadbiran a. Pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (State Council) Perubahan yang nyata dalam pemerintahan ialah pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN). Suktan dilantik menjadi Presiden dan ahli-ahli yang lain terdiri daripada Residen, Penolong Residen, pembesar Melayu dan ketua-ketua puak Cina. MMN merupakan satu institusi yang mengendalikan urusan-urusan pentadbiran. Di Perak, MMN ditubuhkan pada tahun 1877 yang mengandungi 7 ahli iaitu 3 Melayu, 2 Inggeris dan 2 Cina. Pada tahun 1895, keahliannya bertambah menjadi 12 orang iaitu 7 Melayu, 2 Inggeris dan 3 Cina. Di Selangor, MMN ditubuhkan pada tahun 1878. MMN mempunyai kuasa meluluskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan negeri seperti membincangkan hal-hal dalam negeri seperti cukai, perbelanjaan, perlantikan serta gaji pembesar. MMN juga boleh menimbangkan sama ada hukuman mati patut dijalankan atau ubah. Namun demikian, perkara-perkara penting seperti belanjawan negeri tetap dirangka oleh Residen yang kemudiannya mendapat persetujuan daripada Gebenor Negeri-negeri Selat. b. Penubuhan sistem cukai yang efektif Adalah menjadi tugas Residen untuk menubuhkan satu sistem cukai yang berkesan. Hasil cukai yang diperolehi itu hendaklah digunakan untuk pembangunan negeri seperti membiayai pembinaan jalan raya, keretapi serta alat-alat perhubungan yang lain. Dengan adanya jabatan cukai dan penghasilan dalam negeri, beban Kerajaan Inggeris untuk membiayai pembangunan-pembangunan dalam negeri berkurangan. Yang nyata kerajaan negeri dapat membayar gaji Residen dan pembesar Melayu. Kerajaan negeri akan dapat menyelesaikan sendiri masalah mereka seperti masalah hutang-piutang, misalnya ketika Hugh Low menjadi Residen Perak, dalam masa 6 tahun sahaja, Perak berjaya membayar kembali hutang-hutang terutama kepada Negeri-negeri Selat di samping telah menambahkan pendapatan negeri tersebut. c. Terbentuknya satu pentabiran yang stabil Sungguhpun pada peringkat awalnya pemerintahan Residen tidak berjaya seperti peristiwa Birch di Perak, namun kemudiannya Residen Inggeris telah berjaya mengadakan satu pentadbiran yang stabil di Negeri-negeri Melayu. Satu pentadbiran yang stabil hanya dapat diadakan jika mereka dapat menjamin ketenteraman dalam negeri. Oleh itu, perkara ketenteraman dan mengadakan peraturan dalam negeri mendapat perhatian yang utama. Kejayaan sistem Residen dapat dibuktikan dalam zaman Hugh Low (1877-1889) di Perak dan zaman Frank Swettenham (1882-1889) di Selangor. Untuk menjamin adanya satu pentadbiran yang stabil, Residen perlu mendapat sokongan dan kerjasama dari pembesar-pembesar dan orang-ornag Melayu. Kelemahan-kelemahan Birch dalam tahuntahun 1870-an telah memberi satu pengajaran yang besar. d. Mengadakan undang-undang Memandangkan adanya rancangan-rancangan dan kemajuan-kemajuan dalam bidang pertanian, maka dibentuk undang-undang mengenai penggunaan tanah, misalnya di Perak telah diadakan Undang-undang Tanah yang dibuat oleh Hugh Low. Dalam undangundang tersebut dinyatakan peraturan-peraturan pengawalan penggunaan tanah, meletakkan projek-projek dan pendaftaran bagi tanah. Sistem yang serupa telah dibuat di Selangor oleh Frank Swettenham yang diberi nama Land Regulation. e. Penubuhan badan perancang bandar Dalam tahun 1890, telah ditubuhkan sebuah badan perancang bandar di Negeri-negeri Melayu yang diberi nama Town Sanitary Board. Badan tersebut bertanggungjawab terhadap pembangunan peraturan-peraturan pembangunan, membina parit-parit, bekalan air dan elektrik serta kesihatan.

133
Ekonomi a. Pelancaran aktiviti ekonomi Memandangkan Negeri-negeri Melayu sangat kaya dengan bahan-bahan mentah seperti Perak dan Selangor, maka melalui sistem Residen, pihak British akan mengadakan satu polisi menggunakan sepenuhnya bahan-bahan mentah tersebut untuk memajukan ekonomi yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada Negeri-negeri Melayu, malah juga kepada pihak British. Semua aktiviti ekonomi di Negeri-negeri Melayu akan diserahkan kepada kapitalis-kapitalis Barat. b. Pembinaan alat perhubungan Untuk menjayakan rancangan-rancangan pembangunan ekonomi, beberapa rancangan perlu dijalankan seperti membina alat-alat perhubungan, kemudian mendapatkan tanah dan kemudahan pinjaman wang. Kerajaan juga hendaklah memastikan tidak akan timbul pertikaian mengenai penggunaan tanah terutama di kawasan-kawasan perlombongan khasnya bijih timah. Jika perkara-perkara di atas dilakukan sudah pasti akan dapat menggalakkan kemasukan palabur-pelabur asing. c. Kemajuan pertanian Selain perkembangan perusahaan bijih timah, dalam pemerintahan Residen juga telah dicapai kemajuan pertanian. Beberapa jabatan tanaman diperkenalkan. Dalam tahun-tahun 1880-an dan awak 1890-an telah ditanam lada, tebu, tembakau, gambir dan kopi. Di Selangor penanaman kopi dan tembakau diperkenalkan oleh Frank Swettenham. Pada tahun 1885, terdapat kira-kira 20000 ekar kawasan tanah untuk jenis tanaman tersebut di Selangor. Di Perak, penanaman kopi dan gula diperkenalkan oleh Hugh Low dan sejak tahun 1883, negeri itu telah berjaya mengeksport kopi dan gula. Dengan adanya kemajuan perusahaan bijih timah dan dibantu pula oleh pembinaan jalan raya dan keretapi, nilai perdagangan Negeri-negeri Melayu telah bertambah, misalnya, nilai perdagangan negeri Selangor pada tahun 1887 ialah $11 juta sementara negeri Perak dalam tahun yang sama ialah $19 juta. 3. Sosial a. Kemasukan orang Cina dan India Dasar imigrasi yang longgar telah membawa kepada kedatangan orang-orang India dan Cina ke Selangor. Kedatangan mereka telah menyebabkan orang-orang Melayu tidak lagi menjadi penduduk majority di Perak dan Selangor. Malah bilangan orang-orang Cina di kawasan perlombongan melebihi orang Melayu. Kedatangan mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di mana orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan yang tidak dapat mengasimilasikan di dalam masyarakat Melayu kerana beberapa perbezaan. b. Perbandaran Kemajuan ekonomi dan pentadbiran telah membawa kepada berlakunya proses urbanisasi perbandaran di mana kawasan-kawasan perlombongan telah muncul sebagai bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Klang. Kemudahan sosial seperti kesihatan, perhubungan, pelajaran dan sebagainya juga diwujudkan. Kelemahan-kelemahan sistem Residen 1. Kuasa-kuasa Raja-raja Melayu semakin berkurangan Sungguhpun dengan pentadbiran Residen turut dapat membantu melicinkan perjalanan pentadbiran dan menambahkan ekonomi Negeri-negeri Melayu, tetapi nyata raja-raja Melayu telah kehilangan kuasa yang ada padanya. Walaupun pada teorinya. Residen hanya bertugas memberi nasihat tetapi pada praktiknya ia tidak terlepas dari amalan campur tangan. Raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu hanya mendengar apa yang akan diperkatakan dan dibincangkan oleh Residen tanpa diberi peluang mengambil bahagian. Hanya perkara-perkara yang tidak penting terutamnya mengenai hal-ehwal kampung yang akan dibincangkan secara mendalam dengan Raja-raja dan pembesar-pembesar termasuk ketua-ketua kampung. Dalam membincangkan perkara-perkara penting seperti kewangan, belanjawan dan sebagainya, mereka telah dikecualikan. Kehilangan kuasa Raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu jelas kelihatan dalam Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) kerana MMN tidak lagi berfungsi. Sungguhpun Raja-raja dan para pembesar Melayu mempunyai hak untuk memberi pendapat ataupun sebarang usul, jika ia bertentangan dengan polisi pemerintahan Inggeris maka usul itu ditolak. Kadang-kala, keputusan yang dibuat oleh MMN tidak diterima oleh British misalnya pernah MMN di Selangor menyingkirkan salah seorang anggotanya iaitu Tengku Panglima Raja tetapi sebaliknya beliau tetap menjadi anggota MMN. Di Perak, Residen telah menolak usul yang dikemukakan oleh Raja Muda Yusuf yang menentang pengambilan orang Cina menjadi anggota MMN. Kehilangan kuasa tersebut telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan Raja-raja Melayu termasuk pembesar-pembesar. Hal ini telah menimbulkan rasa bimbang kepada pihak Inggeris dan tindakan telah diambil untuk mengkaji semula polisi Inggeris ke atas Negeri-negeri Melayu. Pihak Inggeris tidak mahu peristiwa pembunuhan Residen Birch di Perak dan diikuti oleh Perang Perak pada 1875 berulang lagi. 2. Sistem Residen tidak sama Ketidakseragaman dalam pentadbiran di kalangan Residen-residen British telah terjadi. Hal ini disebabkan setiap Residen tidak menerima arahan-arahan tertentu dan Gabenor Negeri-negeri Selat. Residen hanya diberitahu bahawa mereka bertanggungjawab atas keselamatan dan kepentingan rakyat Inggeris di Negeri-negeri Selat. Oleh sebab itu kelicinan pentadbiran dan kemajuan negeri adalah bergantung kepada peribadi Residen itu sendiri. Tugasnya bergantung kepada kecekapan dan kebijaksanaan individu. Misalnya kecekapan Hugh Low dan Frank Swettenham telah membawa kepada kejayaan negeri Perak dan Selangor. 3. Tekanan ekonomi Sungguhpun kemajuan dan perkembangan ekonomi telah dicapai hasil perlaksanaan Sistem Residen, namun sebenarnya orang-orang Melayu tidak merasai kenikmatan itu. Sebaliknya orang-orang asing terutama pengusaha Eropah dan Cina telah menguasai sektor ekonomi dan perdagangan orang-orang Melayu kekal dengan corak tradisionalnya iaitu bertani dan menjadi nelayan. Sikap pemerintahan Inggeris menyebabkan perbezaan ekonomi antara orang Melayu dengan kaum-kaum lain terutama orang Cina semakin jauh. Inggeris tidak cuba membantu dan menggalakkan orang-orang Melayu menceburkan diri dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 Pengenalan Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri 2.

134
daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat. Faktor-faktor penubuhan 1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza. Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran. Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial. 2. Menghadkan kuasa Residen Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak. Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri. 3. Masalah kewangan Pahang Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapat bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang. Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan dikemukakan oleh British untuk mengatasi masalah ini. Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah British. Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan British. Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia tidak dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat juga menghadapi masalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belum diselesaikan. Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan Selangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik berasingan. Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negerinegeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung. 4. Keselamatan A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. 5. Dasar British Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya “Federation Decision of 1895” dan Jagjit Singh dalam bukunya “Administration of the Federation Malay States 1896-1920”. Syarat-syarat perjanjian persekutuan 1. Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan yang dikenali sebagai “Ngeri-negeri Melayu Bersekutu”. Persekutuan menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.

135
2. 3. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara keempat-empat negeri itu. Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British. 4. Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral. 5. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan. 6. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat. 7. Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan. 8. Kuala Lumpur menjadi ibu negeri. 9. Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan. 10. Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial. 11. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. 12. Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan. 13. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan ditubuhkan. 14. Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan kewibawaan Sultan. Kesan-kesan 1. Politik Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan negeri mengikut arahan jabatan pusat. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909. Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909. 2. Ekonomi Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas perlombonganperlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

136
3. Sosial Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di Negerinegeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi). Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi. DURBAR 1. Pada tahun 1897, DURBAR (Persidangan Rajaja Melayu) yang pertama diadakan di Kuala Kangsar kerana British menghormati Sultan Idris Syah. 2. DURBAR ialah persidangan di antara Pesurahjaya Tinggi, Residen Jeneral, Residen dan Raja-raja Melayu. 3. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan kepentingan bersama. 4. DURBAR ialah permulaan kepada institusi yang kini dikenali sebagai Majlis Raja-raja Melayu. 5. Fungsi utama DURBAR: a. Mewujudkan kerjasama dan perpaduan di antara keempat-empat negeri Melayu. b. Membolehkan Raja-raja Melayu menasihati kerajaan persekutuan. 6. DURBAR tidak ada kuasa untuk menggubal undang-undang. 7. DURBAR yang kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903. 8. DURBAR dimansuhkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan tetapi wujud semula pada tahun 1927. 9. 1930, DURBAR diadakan di Singapura dan dihadiri oleh 9 orang Raja. Desentralisasi Pengenalan 1 Julai 1896, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang digabungkan sebagai persekutuan yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pertubuhan persekutuan telah menyebabkan berlakunya pemusatan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan khasnya, Residen Jeneral. Pemusatan kuasa telah menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Berpunca daripada beberapa faktor, British mengamalkan desentralisasi dalam usaha mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Desentralisasi merupakan satu proses pemulangan kuasa pentadbiran secara berperingkat dari segi pentadbiran dan kewangan kepada kerajaan negeri di samping pada masa yang sama, kerajaan pusat mengekalkan kuasa yang cukup bagi menjaga keselesaan pentadbiran. Densentralisasi dilaksanakan semasa John Anderson (19041920), Lawrence Guillemard (1920-1927) dan Sir Cecil Smith (1930-1935) yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sebab-sebab perlaksanaan desentralisasi 1. Bantahan Sultan Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menyebabkan berlakunya pemusatan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya Residen Jeneral. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya Sultan Idris (Perak) dalam Persidangan Raja-raja Kedua mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah-langkah dalam melaksanakan desentralisasi bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan dan Residen telah kehilangan kuasa kerana mereka tertakluk kepada arahan Residen Jeneral dalam melaksanakan pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri telah kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana semua urusan pentadbiran persekutuan dijalankan oleh kerajaan pusat. Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa untuk meluluskan undang-undang tetapi undang-undang ini digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai kuasa pembatalan dan terpaksa menerima undang-undang yang ditetapkan. Sultan juga tidak bersetuju dengan tindakan British tidak menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan sebagaimana yang terdapat dalam Perjanjian Persekutuan 1895. Walaupun Majlis Mesyuarat Persekutuan kemudiannya ditubuhkan pada tahun 1909, tetapi ianya masih gagal mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Iskandar masih tidak puas hati dengan langkah-langkah tersebut telah berangkat ke England pada tahun 1924 dengan tujuan untuk mendesak Pejabat Tanah Jajahan mengambil langkah yang lebih tegas dalam melaksanakan desentralisasi. 2. Mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan Selepas Perjanjian Bangkok ditandatangani pada 9 Julai 1909, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan dari Siam kepada British. Johor juga diletakkan di bawah pengaruh British pada tahun 1914. Rancangan British ketika itu ialah untuk menubuhkan persekutuan yang lebih besar yang merangkumi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negerinegeri Selat. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan kepada ekonomi, politik dan sosial kepada British. Dalam usaha untuk mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British telah melaksanakan desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tanpa melaksanakan desentralisasi, sudah tentu pemerintah Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak akan menyertai persekutuan kerana takut kehilangan kuasa seperti Sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 3. Menghadkan kuasa Residen Jeneral Penubuhan persekutuan telah menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang yang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen Jeneral. Beliau mempunyai kuasa penuh dalam semua hal-ehwal Negeri-

137
negeri Melayu Bersekutu. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen Jeneral. Malah, Gabenor Negeri-negeri Selat yang menjadi Pesuruhjaya tinggi juga tidak dapat mengawal Resdien Jeneral. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral untuk menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharapkan tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral sehingga ianya ditubuhkan pada tahun 1909. Akibatnya British melaksanakan desentralisasi dalam usaha untuk menyekat kuasa Residen Jeneral. 4. Sokongan orang Melayu Desentralisasi juga dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapat sokongan orang Melayu, terutamanya Sultan-sultan Melayu. British mendapati sokongan orang Melayu amat penting bagi mengekal dan mengukuhkan kedudukan British di Tanah Melayu. Tanpa sokongan orang Melayu, pentadbiran British di Tanah Melayu akan menghadapi masalah. Pada tahun 1920-an, sokongan orang Melayu amat diperlukan bagi mengimbangi tekanan politik orang Cina. Pada tahun 1930-an, majority orang Cina menjadi ahli Parti Kuomintang atau PKM yang sedang menjalankan usaha anti-British di Tanah Melayu. Mereka telah melakukan rusuhan, mogok dan lain-lain untuk melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu kerana matlamat utama mereka ialah untuk menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. 5. Kesan kemelesatan ekonomi Kemelesetan ekonomi 1920-an dan 1930-an telah menyebabkan kejatuhan harga getah dan bijih timah. Kejatuha harga getah dan bijih timah telah menjejaskan pendapatan Negeri-negeri Melayu yang bergantung kepada kedua-dua perusahaan tersebut. Pendapatan yang berkurangan sudah tentu menyebabkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dianggap “Top Heavy”. Telah dikritik kerana ianya telah membebankan kewangan. Sekiranya jabatan-jabatan ini dipindahkan pada pentadbiran kerajaan pusat kepada kerajaan negeri, sudah tentu bebanan pentadbiran kerajaan pusat dapat dikurangkan. Cadangan tersebut telah mendapat persetujuan Jabatan Kuasa Penggunaan Wang pada 1923. 6. Pergelutan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi Pada 1920-an, berlaku pergelutan kuasa antara Resdien Jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi khususnya antara George Maxwell dengan Lawrence Guillemard. Mereka telah mengemukakan cadangan-cadangan yang bertujuan untuk menonjolkan pengaruh masingmasing. Akibatnya, Lawrence Guillemard selaku Pesuruhjaya Tinggi telah merangka cadangan-cadangan desentralisasi dalam usaha untuk menyekat pengaruh Residen Jeneral. 7. Kebimbangan terhadap kuasa asing Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 berlaku beberapa peristiwa yang membuka peluang kepada bertapaknya kuasa-kuasa asing di Tanah Melayu yang sangat membimbangkan British. Sekiranya kuasa asing bertapak di Tanah Melayu, sudah tentu kedudukan dan kepentingan British di Tanah Melayu terancam. Contohnya, pada tahun 1899-1900, Jerman berusaha untuk mendapatkan Langkawi dari Sultan Kedah untuk dijadikan perhentian angkatan laut Jerman. Pada tahun 1900, Rusia berusaha mendapatkan Ujong Salang dari Siam. Pada tahun 1902, Sultan Zainal Abidin (Terengganu) telah meluluskan permohonan Amerika untuk mengerjakan perlombongan di Terengganu. Akibatnya British melakukan desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu agar Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan yang dicadangkan olah British, seterusnya dapat mengelakkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa lain. 8. Desakan Cecil Clementi Cecil Clementi Smith yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi (1930-1935) telah mendesak British melaksanakan desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu ke arah mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan. Akibat desakan Cecil Clementi, Kerajaan British menghantar Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan iaitu Samuel Wilson untuk mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil ke arah melaksanakan desentralisasi. 9. Kegagalan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) Walaupun Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan pada tahun 1896, MMP hanya ditubuhkan 13 tahun kemudian iaitu pada tahun 1909. Penubuhan MMP gagal mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. MMP berkuasa penuh dalam semua hal ehwal Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan MMP. Sultan-sultan dan Residen-residen tetap kehilangan kuasa kerana mereka tertakluk di bawah MMP dalam menjalankan pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri telah kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana tertakluk di bawah MMP. Dalam MMP kedudukan Sultan hanya sebagai ahli biada tanpa kuasa pembatal. Akibatnya, cadangan-cadangan Sultan kerap kali ditolak oleh ahli-ahli lain. Malah persidangan dapat dijalankan walaupun tanpa kehadiran Sultan. Kegagalan MMP dalam usaha untuk mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Neegri menyebabkan British meneruskan usaha ke arah melaksanakan desentralisasi. Langkah-langkah ke arah desentralisasi 1. John Anderson Langkah pertama dalam melaksanakan desentralisasi dijalankan oleh John Anderson yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan (1904-1920). Beliau amat bersimpati terhadap bantahan Sultan mengenai pemusatan kuasa. Beliau telah mengkaji bantahan Sultan Idris dan Persidangan Raja-raja Kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Dalam usaha untuk melaksanakan desentralisasi John Anderson menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909. Majlis Mesyuarat Persekutuan dianggotai oleh Pesuruhjaya Tinggi sebagai pengerusi, Residen Jeneral, 4 orang Residen, 4 orang Sultan dan 4 orang ahli tidak rasmi (3 British dan 1 Cina). Persidangan pertama diadakan pada 11 Disember 1909. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan menjadi badan pentadbir Persekutuan Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Majlis Mesyuarat Persekutuan. Majlis Mesyuarat Persekutuan juga diberi kuasa penggubal undang-undang tetapi undang-undang mestilah diuruskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri. Persidangan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya setahun sekali. Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan telah membolehkan Sultan dan golongan peniaga berbincang dengan British mengenai masalah-masalah yang dihadapi. John Anderson juga memindahkan beberapa jabatan yang tidak penting kepada kerajaan negeri. Pada tahun 1910, jawatan Residen Jeneral ditukar menjadi Setiausaha. Langkah yang dijalankan oleh John Anderson dianggap tidak berkesan ke arah melaksanakan desentralisasi kerana ianya gagal mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Walaupun kuasa Residen Jeneral dikurangkan tetapi kuasa tersebut diambil alih oleh Pesuruhjaya Tinggi. Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan hanya mengukuhkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi kerana semua undang-undang yang diluluskan mesti ditandatangani oleh beliau. Sultan dan Residen tetap kehilangan kuasa

138
kerana mereka tertakluk di bawah arahan Majlis Mesyuarat Persekutuan dalam menjalankan pentadbiran Majlis Mesyuarat Negeri telah kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Majlis Mesyuarat Persekutuan. Walaupun Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang, tetapi undang-undang tersebut digubal oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan. Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai kuasa pembatal dan terpaksa menerima semua undang-undang yang dipersetujui. Dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, kedudukan Sultan hanya sebagai ahli biasa tanpa kuasa pembatal. Akibatnya, cadangan Sultan kerap kali ditolak oleh ahli-ahli yang lain. Malah persidangan dapat dijalankan walaupun tanpa kehadiran Sultan. Keadaan ini menyebabkan bantahan terhadap pemusatan kuasa semakin lantang disuarakan terutama oleh Sultan-sultan kerana mereka menganggap langkah John Anderson tidak berkesan ke arah mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Antara tahun 1911-1920, tidak banyak langkah yang dijalankan ke arah melaksanakan desentralisasi kecuali beberapa jabatan yang tidak penting dipindahkan kepada pentadbiran negeri. Kemakmuran ekonomi ketika itu menimbulkan rasa puas hati kepada semua pihak. Selain itu, ketika itu juga British terlibat dalam Perang Dunia Pertama di Eropah. 2. Lawrence Guillemard (1920-an) Langkah kedua ke arah desentralisasi dijalankan oleh Lawrence Guillemard yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat selaku Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan pada tahun 1920-1927. Pada tahun 1920-an, bantahan terhadap pemusatan kuasa semakin lantang disuarakan, terutamanya oleh Sultan-sultan kerana mereka menganggap langkah John Anderson tidak berkesan ke arah melaksanakan desentralisasi. Pada tahun 1924, Sultan Iskandar berangkat ke England untuk mendesak Pegawai Pejabat Tanah Jajahan mengkaji langkah yang lebih tegas ke arah desentralisasi. Selepas menerima arahan dari Pejabat Tanah Jajahan, Lawrence Guillemard telah merangka cadangan-cadangannya pada tahun 1925 dan dikemukakan pada tahun 1927. cadangan-cadangannya ialah: a. Jawatan Ketua Setiausaha (Residen Jeneral) dibubarkan dan kuasa diserahkan semula kepada Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. b. Bilangan ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan ditambah kepada 13 ahli rasmi dan 11 ahli tidak rasmi. c. Semua jabatan dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri kecuali jabatan pos, kastam, telegram dan keretapi. d. Hal-hal kewangan dibahagi dua iaitu berkaitan dengan kerajaan persekutuan diuruskan oleh kerajaan pusat dan yang berkaitan dengan kerajaan negeri diuruskan oleh kerajaan negeri. Pada tahun 1926, pentadbiran kerajaan negeri disusun semula terutamanya yang berkaitan dengan kewangan. Pada tahun 1927, kedudukan ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan telah dipindah di mana Sultan-sultan tidak lagi menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan tetapi 4 orang pembesar Melayu dilantik sebagai wakil Sultan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Selain daripada cadangan Lawrence Guillemard, George Maxwell yang menjadi Ketua Setiausaha ketika itu juga telah mengemukakan beberapa cadangan ke arah melaksanakan desentralisasi. Pada tahun 1923, beliau menubuhkan 2 jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa pengagihan kuasa pusat dan jawatankuasa kewangan. Jawatankuasa pengagihan kuasa pusat bertujuanmengkaji ke arah melaksanakan desentralisasi. Jawatankuasa kewangan pula bertujuan mengkaji hal-hal kewangan yang berkaitan dengan persekutuan dan negeri. George Maxwell juga mencadangkan semua jabatan dipindahkan ke kerajaan negeri kecuali jabatan pertanian, pertahanan, polis, pos dan perubatan. Cadangan Lawrence Guillemard dan George Maxwell mendapat sokongan Sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu tetapi ditentang oleh golongan peniaga. Golongan peniaga menganggap langkaj tersebut akan melemahkan kerajaan pusat yang sudah tentu menjejaskan pelaburan mereka. Golongan ini mahupun sebuah kerajaan pusat yang kukuh bagi menjamin pelaburan mereka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka juga tidak yakin dengan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai oleh orang Melayu. 3. Cecil Clementi Smith (1930-an) Langkah seterusnya diambil oleh Cecil Clementi Smith semasa menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat selaku Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan (1930-1935). Pada tahun 1930-an, selain dari masalah politik, masalah ekonomi juga telah disuarakan. Kedudukan ekonomi orang Melayu jauh ketinggalan berbanding orang Cina. Cecil Clementi Smith amat bersimpati dengan nasib orang Melayu. Beliau telah mengambil langkah-langkah untuk menyekat kepentingan orang asing terutamanya orang Cina. Sejak tahun 1932, kemasukan orang Cina dan India dihadkan. Parti-parti yang dianggotai oleh orang Cina iaitu Parti Kuomintang dan PKM diharamkan. Dalam persidangan Raja-raja di Seri Menanti pada tahun 1931, Cecil Clementi mengemukakan cadangan-cadangan ke arah melaksanakan desentralisasi. Cadangannya ialah: a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibubarkan dan ditubuhkan sebuah Kesatuan Tanah Melayu yang merangkumi Negerinegeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. b. Semua jabatan dipindahkan kepada pentadbiran negeri, kecuali jabatan kastam, pertahanan, kewangan, pos, telegraf, polis dan keretapi. c. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar menjadi Setiausaha Persekutuan yang tarafnya lebih rendah dari Residen. Cadangan Cecil Clementi bertujuan untuk mengurangkan kuasa kerajaan pusat. Selain itu, ialah untuk mewujudkan satu gabungan politik yang lebih besar merangkumi semua negeri di Tanah Melayu. Cadangan Cecil Clementi disokong oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu tetapi ditentang oleh Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan golongan peniaga serta Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak mahu menyertai kesatuan politik kerana bimbang akan kehilangan kuasa seperti Sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Golongan peniaga dan Negeri-negeri Selat menetang kerana langkah tersebut menjejaskan taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat. Akibat bantahan Negeri-negeri Selat, Kerajaan British telah menghantar Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan iaitu Samuel Wilson untuk mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil ke arah melaksanakan desentralisasi. Beliau tiba di Tanah Melayu pada 1932 dan mengemukakan cadangannya pada tahun 1933. Cadangan-cadangannya ialah: a. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar menjadi Setiausaha Persekutuan yang tarafnya lebih rendah dari Residen. b. Gabenor Negeri-negeri Selat menjadi Pesuruhjaya Tinggi 9 buah negeri Tanah Melayu. c. Ketua jabatan negeri akan diwujudkan. d. Jabatan negeri tertakluk di bawah arahan jabatan persekutuan. e. Semua jabatan dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri kecuali jabatan kastam, kewangan, pertahanan, polis, pos, telegram dan keretapi.

139
f. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa menggubal undang-undang negeri tersebut. g. Fungsi Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Selat diteruskan bagi menguruskan hal-ehwal Negeri-negeri Selat. h. Fungsi Majlis Mesyuarat Persekutuan diteruskan dengan beberapa pindaan. i. Kenaikan pangkat bagi orang Melayu dipercepatkan. j. Wakil orang bukan Melayu akan dilantik. Kesimpulan Cadangan Samuel Wilson mula dilaksanakan pada tahun 1934. Pada tahun 1934, jawatan Ketua Setiausaha ditukar menjadi Setiausaha Persekutuan. Menjelang tahun 1939, beberapa jabatan telah dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, usaha untuk melaksanakan desentralisasi terganggu akibat dari serangan Jepun ke atas Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941. Perubahan Pentadbiran di Sabah dan Sarawak Sarawak 1. 1841-1946 Dalam tempoh masa ini, Sarawak adalah dibawah pemerintahan Raja Putih yang mengamalkan pemerintahan monarki. Raja adalah berkuasa mutlak (absolutisme). Walau bagaimanapun, sistem pemerintahan tradisional masih diteruskan. Raja Putih bekerja rapat dan mempunyai hubungan baik dengan pembesar tempatan. James Brooke melantik pembesar tempatan menjadi penasihat kanan dalam pentadbirannya, contohnya Dato’ Patinggi, Dato’ Temenggung, Dato’ Bandar dan Dato’ Imam. James Brooke telah menubuhkan Majlis Tertinggi pada tahun 1855. Tujuan Majlis ini adalah untuk membuat semua dasar pentadbiran Sarawak. Ia dianggotai oleh pembesar tempatan yang terkemuka. Pada tahun 1868, Charles Brooke telah menubuhkan Majlis Negeri. Majlis ini meberi peluang kepada pegawai dan pembesar dari kawasan baru untuk menyuarakan masalah mereka. Ahlinya terdiri daripada anggota Majlis Tertinggi, pegawai kanan Eropah dan Melayu serta ketua-ketua kaum Iban. Mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya 3 tahun sekali. Majlis ini akan membincangkan perkara penting dan dasar kerajaan. Ia juga berhak membuat undang-undang, manasihati raja dan kerajaannya. Majlis ini mengadakan sidang pertamanya di Sibu pada tahun 1867. Pada tahun 1868, Sarawak telah dibahagikan kepada 5 bahagian. Setiap bahagian ini diketuai oleh seorang Residen dan dibantu oleh seorang Penolong Residen yang berbangsa Eropah serta pegawai tempatan yang bergelar Pegawai Anak Negeri (dilantik dari kalangan pembesar). Pegawai Anak Negeri bertugas untuk menasihati Residen, mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi tentera. Setiap bahagian juga mempunyai majlisnya yang sendiri yang dipengerusikan oleh Residen dan ketua-ketua pribumi serta pegawai Eropah. Di peringkat kampung, ketua penduduk mengekalkan peraturan, menyelesaikan pergaduhan dan memungut cukai. Pada tahun 1941, Vyner Brooke membentuk satu perlembagaan bagi Sarawak dan berjanji memberi kemerdekaan kepada Sarawak. Mengikut perlembagaan ini, kuasa mutlak Vyner Brooke diserah kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri. Majlis Tertinggi terdiri daripada 5 orang ahli manakala Majlis Negeri terdiri daripada 25 orang ahli iaitu 14 orang ahli rasmi dilantik daripada pegawai perkhidmatan awam Sarawak dan 11 orang ahli tidak rasmi dilantik oleh Raja Brooke bagi menjaga kepentingan penduduk Sarawak. 2. 1946-1963 Pada 1 Julai 1946, Sarawak menjadi tanah jajahan British. Perlembagaan 1941 dikekalkan selama 10 tahun yang pertama. Pada tahun 1948, Majlis Tempatan ditubuhkan untuk memberi latihan kepada penduduk pribumi dalam pemerintahan. Majlis Tempatan berkuasa menguruskan pelajaran, kesihatan, bekalan air/elektrik, jalan raya dan pungutan cukai. Pada tahun 1956, perlembagaan baru diluluskan. Pada 1 April 1957, perlembagaan baru dikuatkuasakan. Mengikut perlembagaan 1956, Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri terus wujud untuk membantu Gabenor Sarawak. Ahli Majlis Tertinggi sebanyak 10 orang dan Majlis Negeri 44 orang yang terdiri daripada 22 dipilih oleh rakyat secara tidak langsung dari Majlis Daerah ke Majlis Penasihat Bahagian dan akhirnya ke Majlis Negeri. Majlis Tempatan pula diubah menjadi Majlis Daerah. Sabah 1. 1881-1946 Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) menggabungkan institusi pentadbiran British dengan institusi-institusi tempatan dalam pentadbiran awam Sabah. Pentadbiran Sabah diketuai oleh seorang Gabenor (dilantik oleh KBBU atas persetujuan British). W.H. Treacher Gabenor pertama. Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kompeni (Setiausaha Kerajaan, Bendahari, Ketua Pasukan Keselamatan). Sabah dibahagikan kepada 4 Residensi iaitu Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman yang diketuai oleh Residen. Setiap Residensi dibahagikan kepada 7 daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah (orang Eropah) dan dibantu oleh Ketua Anak Negeri. Tugas Pegawai Daerah ialah menjalankan tugas-tugas menjaga keamanan, mengendalikan keadilan, mengutip cukai, membahagi tanah dan menguruskan hal pertanian. Pada tahun 1915, Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri ditubuhkan. Ia berfungsi sebagai orang tengah di antara kerajaan dengan rakyat tempatan. Di peringkat kampung, ketua kampung digelar orang Tua dan tugasnya ialah menjaga hal pentadbiran kampung. Mahkamah Anak Negeri pula diwujudkan secara tradisional di kalangan penduduk pribumi Sabah. Ia diketuai oleh Ketua Anak Negeri yang berfungsi sebagai hakim tempatan. Mahkamah ini membicarakan kes-kes yang berhubung dengan hokum adat dan syariah. Pada tahun 1912, Majlis Mesyuarat Undangan menggantikan Majlis Penasihat. Majlis ini ditubuhkan bagi memperoleh pandangan berbagai-bagai kaum dalam penggubalan undang-undang. Majlis ini mempunyai 7 orang ahli rasmi, 4 orang ahli tak rasmi (wakil kaum Cina, kaum peladang di Pantai Timur dan Pantai Barat). 2. 1946-1963 Pada 15 Julai 1946, Sabah diserahkan kepada Kerajaan British. Sebab penyerahan ini ialah KBBU tidak mempunyai keupayaan dan sumber kewangan yang mencukupi untuk membina semula Sabah yang mengalami kerosakan teruk semasa Perang Dunia Kedua. Sabah dieprintah oleh Gabenor dengan bantuan sebush Majlis Penasihat. Pada 17 Oktober 1950, perlembagaan baru diperkenalkan. Mengikut perlembagaan ini, Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Undangan. Majlis Eksekutif mempunyai 9 orang ahli yang bertugas untuk menasihatkan Gabenor atas hal-hal pentadbiran dan dasar kerajaan yang penting. Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai 22 orang ahli di mana 4 orang ahli terdiri daripada penduduk tempatan. Ahli-ahlinya mesti dilantik oleh

140
Gabenor. Pada tahun 1952, Majlis Tempatan yang pertama diasaskan di Daerah Kota Belud, kemudian Sipitang (Januari 1955) dan Papar (1956). Tujuan Majlis Tempatan ialah memberi peluang kepada penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pemtadbiran kawasan masing-masing. Majlis Tempatan juga bertanggungjawab dalam hal-ehwal kewangan, pendidikan, kesihatan, bekalan air/elektrik, pertanian dan penternakan. Majlis Tempatan ditukar nama kepada Majlis Daerah kemudian. Pada tahun 1960, perlembagaan digubal semula. Ahli Majlis Eksekutif menjadi 12 orang ahli dan Majlis Mesyuarat Undangan menjadi 25 orang ahli. Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu Pengenalan Perusahaan bijih timah dijalankan oleh orang-orang Melayu berabad-abad lamanya sebelum abad ke-19 dan dipercayai sejak abad ke9, perusahaan ini dijalankan secara kecil-kecilan sebagai pekerjaan sambilan dengan menggunakan teknologi kuno terutamanya mendulang. Orang-orang Melayu menguasai perusahaan bijih timah sehingga tahun 1830. Sejak tahun 1840, pembesar-pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim (Larut), Dato’ Kelana (Sungai Ujong), Raja Abdullah (Kelang) dan lain-lain telah membawa masuk orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah mereka. Sejak itu, perusahaan bijih timah dikuasai oleh orang-orang Cina. Serentak dengan penglibatan orang-orang Cina, berlaku perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Faktor-faktor perkembangan perusahaan bijih timah 1. Revolusi perusahaan Perkembangan Revolusi Perusahaan sejak awal abad ke-19 telah menyebabkan permintaan bijih timah oleh industri-industri di Eropah dan Amerika Syarikat meningkat lebih-lebih lagi selepas terciptanya teknologi mengetin makanan oleh Peter Durar dan Nicholas Appot pada tahun 1810. Permintaan bijih timah juga meningkat akibat dari berlakunya Perang Saudara Amerika pada tahun 1860-an di mana bijih timah diperlukan untuk mengetin makanan tentera yang terlibat dalam peperangan. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 pence pada tahun 1872. Harga yang meningkat telah menggalakkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Permintaan terhadap bijih timah juga meningkat kerana bijih timah mempunyai kualiti-kualiti tertentu yang tidak terdapat pada logam-logam lain. Apabila bijih timah dicampurkan dengan logam lain, ianya akan menambahkan kegunaan logam tersebut. 2. Campur tangan British Campur tangn British dan perlaksanaan Sistem Residen sejak tahun 1874 di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti Perak dan Selangor telah menamatkan kekacauan seperti pergaduhan di antara pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina, lanun dan sebagainya. Keamanan dan peraturan yang wujud serta kestabilan politik telah membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dijalankan tanpa gangguan. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur sama ada dari Tanah Melayu atau seberang laut untuk menambah modal dalam perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. 3. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dalam Undang-undang Tanah, cukai dan sebagainya di negeri-negeri tersebut. Keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran, keamanan serta kestabilan akibat penubuhan persekutuan telah membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan dengan lebih giat. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah menarik ramai pelabur terutama dari Eropah untuk menanam modal di Tanah Melayu. 4. Sistem perhubungan Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan keretapi telah memudahkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan utama untuk dieksport. Jalan keretapi pertama dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Port Dickson – Seremban, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang 1903, terdapat jalan keretapi menghubungkan Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909. Pada tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singpura. 5. Penubuhan bandar Penubuhan bandar-bandar di kawasan perlombongan bijih timah telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti pejabat kerajaan, klinik, sekolah dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini telah memberi kebaikan kepada penduduk di kawasan yang terlibat/terdiri dari perlombongan. Sebagai contoh, kemudahan kesihatan yang disediakan dapat menjamin kesihatan pekerja-pekerja dan membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan tanpa gangguan. 6. Kilang pelebur Pada tahun 1890-an, kilang pelebur telah didirikan di Pulau Pinang dan Singapura. Pembinaan kilang pelebur ini menyebabkan bijih timah tidak perlu dihantar ke Eropah untuk dileburkan. Bijih timah dapat dilebur di Tanah Melayu dan dieksport ke Eropah dan Amerika dalam bentuk jongkong. 7. Kapal korek Pengenalan kapal korek sejak 1912 telah memberi sumbangan dalam perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Penggunaan kapal korek telah menambahkan pengeluaran bijih timah kerana kapal korek dapat digunakan di kawasan di mana teknik-teknik lain tidak dapat digunakan terutama kawasan berpaya. Oleh sebab harganya mahal, pada peringkat awal, hanya mempu dimiliki oleh pemodal Eropah. Kapal korek yang pertama digunakan dengan jayanya pada tahun 1912 oleh Malayan Tin Trading, Batu Gajah (Perak). Menjelang tahun 1929 terdapat 105 buah kapal korek di Tanah Melayu. 8. Dasar British yang liberal Dasar British yang liberal terhadap kemasukan imigran-imigran juga memberi sumbangan terhadap perusahaan bijih timah. British bukan sahaja tidak menyekat kemasukan imigran malah menggalakkan lagi kedatangan mereka. Buktinya, British telah menandatangani perjanjian dengan pemilik kapal dan saudagar-saudagar Cina di mana British akan memberi subsidi sebanyak $5 terhadap tiap-tiap imigran Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. Untuk menggalakkan kedatangan orang Cina, British menyediakan pelbagai kemudahan. Pada tahun 1877, Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina telah ditubuhkan bagi mengurus hal-ehwal orang Cina terutamanya yang berkaitan dengan kemasukan, pekerjaan, perlindungan dan sebagainya. Untuk mendapat

141
keyakinan orang Cina, Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina diketuai oleh W.A. Pickering yang dapat bertutur dalam 4 jenis dialek Cina. 9. Bantuan modal Pelombong-pelombong Cina bukan sahaja mendapat bantuan modal daripada saudagar Negeri-negeri Selat, tetapi juga dari pihak British. Sebagai contoh, pada tahun 1883, Frank Swettenham telah memberi pinjaman sebanyak $52 ribu kepada pelombong Cina di Selangor dan pada tahun 1890, Maxwell telah memberi pinjaman sebanyak $57 ribu kepada pelombong Cina di Perak. 10. Sistem ekonomi orang Cina Perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu berkait rapat dengan kejayaan orang Cina yang berpunca dengan sistem ekonomi mereka. Dalam sistem ekonomi orang Cina terdapat 4 aspek penting yang memberi sumbangan kepada perkembangan perusahaan bijih timah, iaitu tenaga buruh, teknik peleburan, modal dan pengusaha. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil daripada usaha-usaha mereka untuk membawa imigran-imigran Cina dari Selatan Cina terutama dari Kwantung, Kwangsi, Fukkien. Terdapat di antara buruh-buruh ini yang sudah mempunyai pengalaman dalam kegiatan perlombongan di negeri mereka. Merekalah yang kemudiannya menjadi tenaga mahir dan separuh mahir dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan teknik-teknik melombong yang lebih baik dari orang Melayu. Antara teknik-teknik tersebut ialah lombong dedah, enjin wap, pam berantai dan lain-lain. Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan teknik roda air yang dapat mengelakkan banjir di kawasan perlombongan. Saudagar-saudagar Cina di Negerinegeri Selat pula telah memberi sumbangan modal bagi menjalankan perusahaan bijih timah di Negeri-negeri Melayu. Selain itu, terdapat pengusaha-pengusaha yang berkebolehan dalam menjalankan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. 11. Kanun Galian 1896 Kanun Galian 1896 meletakkan hal ehwal perlombingan bijih timah di bawah 2 orang penguasa galian persekutuan. Di bawah mereka terdapat merinyu-merinyu yang ditugaskan untuk melicinkan kegiatan perlombongan bijih timah seperti mengeluarkan lesen/menentukan kawasan perlombongan. Pada tahun 1893, seorang ahli kaji bumi telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja saintifik yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah terutamanya bagi menentukan kawasan-kawasan yang kaya dengan bijih timah. 12. Perang Dunia Pertama Perang Dunia Pertama yang meletus di Eropah pada tahun 1914 hingga 1918 juga memberi sumbangan kepada perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Peperangan tersebut menyebabkan permintaan bijih timah meningkat kerana ianya diperlukan untuk menetin makanan tentera yang terlibat dalam peperangan dan membuat senjata. 13. Undang-undang Tanah Undang-undang Tanah yang liberal telah mebolehkan pengusaha-pengusaha asing memiliki tanah untuk menjalankan perlombongan bijih timah. British juga berjaya menghapuskan hak permilikan tanah oleh pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja dibenarkan memohon untuk mendapatkan tanah terutamanya bagi menjalankan perusahaan bijih timah. 14. Sistem pengukuran Sistem pengukuran tanah yang tepat dan hak milik yang jelas telah menamatkan pertikaian merebut tanah terutamanya tanah perlombongan. Keadaan ini sudah tentu membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan tanpa gangguan. 15. Terusan Suez 1869 Pembukaan Terusan Suez 1869 telah memendekkan perjalanan laut dari Eropah ke Tanah Melayu. Keadaan ini sudah tentu menarik ramai pelabur Eropah untuk datang ke Tanah Melayu dan melabur dalam perusahaan bijih timah. 16. Firma Eropah Penglibatan firma-firma Eropah telah memajukan lagi perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak lombong bijih timah dibuka. Antara-antara firma-firma itu ialah Syarikat Peterson and Simons, Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong dan Syarikat Bijih Timah Selangor, Syarikat Tin Trading dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga firma kuasa Barat lain yang menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Sebagai contoh, firma Perancis yang menjalankan perlombongan bijih timah di Tapah – Do Societe des Mines d’Etains. 17. Dasar Kerajaan British Dasar Kerajaan British di Tanah Melayu dan di England memberi sumbangan terhadap perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Untuk menggalakkan eksport, Kerajaan British di Tanah Melayu telah mengurangkan cukai eksport ke atas bijih timah. Kerajaan British juga berjaya menghalang pembesar-pembesar mengenakan cukai ke atas bijih timah yang dibawa melalui kawasan mereka. Kerajaan British di England pula menghapuskan cukai import ke atas bijih timah pada tahun 1823. Kesimpulan Mulai pertengahan abad ke-19, perusahaan bijih timah di Tanah Melayu telah berkembang dengan pesat. Menjelang tahun 1883, Semenanjung Tanah Melayu merupakan pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia. Hasil daripada perusahaan bijih timah membolehkan British memodenkan Tanah Melayu. Kemelesetan Ekonomi 1920-an-1930-an ke Atas Perlombongan Bijih Timah Pengenalan Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1820, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong bijih timah dikuasai oleh raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu. Perlombongan bijih timah dianggap sebagai kerja sambilan oleh orang Melayu. Mulai 1820-an, orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Mulai pertengahan abad ke-19, pelombong Cina telah mengambil alih perusahaan ini daripada orang Melayu dan perusahaan ini telah berkembang dengan pesat. Selaras dengan Revolusi perusahaan di Barat, permintaan terhadap bijih timah amat tinggi. Pada 1920-an, berlaku kemelesetan ekonomi di seluruh dunia. Akibatnya perkembangan perusahaan ini mulai menjadi lembap dan harga bijih timah telah jatuh dengan teruk.

142
Kemelesetan perusahaan bijih timah semasa 1929-1932 Pada zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929-1932, perusahaan bijih timah telah terjejas. Harga bijih timah telah menjunam ke paras yang rendah akibat kekurangan permintaan di pasaran Eropah. Harganya merosot dari $2414 setan pada tahun 1926 kepada $1020 setan pada tahun 1931. Kemerosotan harga telah mengakibatkan pengangguran di kalangan pelombong-pelombong. Akibatnya, kerajaan telah menghantar pulang ramai pekerja ke negeri Cina. Misalnya, pada tahun 1931, kira-kira 10000 orang pekerja lombong dari Perak dihantar pulang ke negara China. Ramai lagi pulang secara sukarela. Banyak lombong bijih timah terpaksa ditutup. Oleh sebab itu, Kerajaan Tanah Melayu telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal pengeluaran bijih timah. Sebagai contoh, pada tahun 1929, kerajaan tidak melayan permohonan baru bagi membuka lombong bijih timah baru dan menghadkan pengeluaran bijih timah atas dasar sukarela. Walau bagaimanapun, langkah-langkah tersebut tidak berkesan. Sebagai pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia, Kerajaan Inggeris mencadangkan satu skim untuk mengawal harga dan pengeluaran bijih timah. Skim ini dipersetujui oleh negaranegara pengeluar bijih timah termasuk Bolivia, Nigeria dan Indonesia dan dilaksanakan menerusi Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa yang ditandatangani buat pertama kali pada tahun 1931 dan kemudian pada tahun-tahun 1934 dan 1937. Menurut perjanjian ini negara pengeluar ditetapkan kuota pengeluarannya. Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ini telah berjaya mengukuhkan harga bijih timah. Perusahaan bijih timah semasa dan selepas Perang Dunia Kedua Perusahaan bijih timah semakin merosot pada zaman pendudukan Jepun (1942-1945). Perusahaan ini merosot adalah disebabkan oleh: a. Inggeris memusnahkan lombong bijih timah dan peralatan lain seperti kapal korek sebelum berundur ke Singapura. b. Eksport bijih timah ke pasaran dunia telah terganggu kerana hubungan dengan dunia luar telah putus. c. Permintaan bijih timah juga telah merosot kerana negara-negara perindustrian terlibat dalam Perang Dunia Kedua. d. Jepun telah menyekat pengeluaran dan pengeksportan bijih timah dengan memusnahkan lombong-lombong dan peralatan melombong. Peristiwa kemerosotan pengeluaran bijih timah amat ketara pada tahun 1945. Pengeluaran bijih timah pada tahun 1941 ialah 79000 tan tetapi telah merosot kepada 3000 tan pada tahun 1945. Keadaan perusahaan bijih timah telah berubah selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Sejak tahun 1946, harga bijih timah turun naik akibat permintaan yang tetap di seluruh dunia. Oleh itu, pengeluar-pengeluar bijih timah utama telah menandatangani Perjanjian Timah Antarabangsa pada tahun 1956. Perjanjian ini bertujuan menghadkan pengeluaran dan menstabilkan harga bijih timah. Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu Pengenalan Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya, tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876, Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu: Tahun Keluasan Tanah (ekar) 1897 345 1900 46000 1905 48000 1906 85000 1909 200000 1911 1000000 1914 1500000 1918 2500000 1940 3500000 Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah 1. Permintaan Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah. 2. Kejatuhan harga kopi Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu “Beehawk”. Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899. Kejatuhan harga

143
kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah. 3. Tenaga buruh Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi. 4. Campur tangan British Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelaburpelabur untuk menanam modal. 5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan ini. 6. Sistem perhubungan Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura. 7. Sistem pengukuran tanah Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguhsungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku. 8. Iklim dan tanah Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu. 9. Undang-undang Tanah Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal. 10. Peranan H.N. Ridley H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar “Ridley Getah” atau “Ridley Gila”. Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai “Tulang Ikan Herring” yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh. 11. Penyelidikan Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lain-lain. 12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 13. Dasar ekonomi bebas Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah.

144
Firma Eropah Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya. Sumbangan perusahaan getah 1. Ekonomi Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu. Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk. 2. Sosial a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah dengan pelabuhan. b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan getah telah didirikan. c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat. Kesimpulan Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918, tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun pada tahun 1937. Kemelesetan Ekonomi 1920-an-1930-an ke Atas Perusahaan Getah Pengenalan Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan menjadi tanaman yang popular sejak awal abad ke-20. Getah melalui zaman mewah antara tahun 1906 hingga tahun 1918 apabila harga meningkat kepada $5 sepaun. Pada tahun 1920-1930, berlaku kejatuhan harga getah di mana pada tahun 1920 harga getah hanya 20 sen sepaun dan 1931-1932 herganya hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Kenaikan harga getah antara tahun 1906-1918 telah menggalakkan penanaman getah bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi juga di negeri-negeri lain seperti Indonesia, Thailand, Indo-China dan sebagainya. Perang Dunia Pertama antara tahun 1914 hingga 1918 menyebabkan getah tidak dapat dieksport ke Eropah dan Amerika kerana kekurangan kapal dan masalah peperangan. Akibatnya terdapat banyak simpanan getah di negara-negara pengeluar getah. Keadaan semakin runcing apabila Amerika yang menjadi pengimport utama telah mengurangkan pengeluaran kereta sejak tahun 1920 lagi bagi menumpukan perhatian dalam industri mengeluarkan perkakas perang. Kemelesetan ekonomi 1920-1930 telah memberi kesan ke atas perusahaan getah di Tanah Melayu. Kemelesetan perusahaan getah semasa 1920-an-1930-an Tahun-tahun 1920-an Pada tahun 1920-an, peladang dan pekebun getah menghadapi kehidupan perit terutamanya semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan beberapa tahun selepas tamatnya peperangan itu. Hal ini kerana harga getah telah jatuh ke paras yang paling rendah. Sebab-sebab harga getah merosot: a. Amerika yang menggunakan kira-kira 77% daripada pengeluaran getah dunia telah mengurangkan penggunaan getah kerana perusahaan keretanya dihadkan demi menumpukan perhatian kepada pengeluaran alat-alat kelengkapan perang. b. Kekurangan pengangkutan perkapalan semasa peperangan telah menjejaskan eksport getah ke Amerika Syarikat dan Eropah. c. Walaupun begitu, pengeluaran getah di Tanah Melayu tidak berhenti. Pokok-pokok getah yang ditanam sebelum Perang Dunia Pertama mulai mengeluarkan hasil. d. Apabila peperangan tamat, pengeluaran getah menjadi terlalu banyak, manakala permintaan bagi getah amat terhad. e. Ini menyebabkan harga getah jatuh dengan teruknya sedangkan kos pengeluarannya masih tinggi. Harga getah menjunam jatuh dari $5.50 sepaun kepada 85 sen pada tahun 1918 dan seterusnya kepada 20 sen pada tahun 1922. Pada masa itu, kos pengeluaran getah adalah 40-50sen sepaun. Kemelesetan perusahaan getah membimbangkan Kerajaan Inggeris kerana masalah ini memburukan lagi masalah kewangan kerajaan yang terpaksa membayar balik hutang peperangan kepada Amerika Syarikat yang telah membantunya dalam peperangan itu. Oleh itu, Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah yang tegas untuk mengawal kemerosotan harga dan lebihan pengeluaran getah. Tahun-tahun 1930-an Zaman kemelesetan ekonomi dunia berlaku sekali lagi pada awal tahun 1930-an. Keadaan perusahaan getah di Tanah Melayu ibarat “sudah jatuh ditimpa tangga”. Pada awal tahun 1932, harga getah jatuh kepada 7 sen sepaun dan pada bulan Jun 1932 pula, getah mencatatkan harga yang paling rendah iaitu 5 sen sepaun. Kemelesetan ekonomi dunia telah mengurangkan permintaan terhadap getah di kalangan negaranegara pengimport getah sementara pengeluaran getah yang semakin bertambah dan simpanan yang bertimbun di kalangan negaranegara pengeluar. Punca utama pengurangan permintaan dunia terhadap getah ialah berkurangnya penggunaan getah di Amerika Syarikat akibat kemerosotan perusahaan keretanya. Amerika Syarikat mengeluarkan hampir 90% daripada jumlah keluaran kereta dunia dan menggunakan 75-80% daripada pengeluaran getah dunia. Akibat kemelesetan ekonomi dunia, keluaran keretanya telah merosot 14.

145
daripada 5 juta unit kepada 1 juta unit pada tahun 1929. Oleh itu, perusahaan tayar kereta turut menurun dari 77 juta unit pada tahun 1928 kepada 4 juta unit pada tahun 1932. Kejatuhan harga getah telah membimbangkan negara-negara pengeluar terutamanya Kerajaan Inggeris. Hal ini menyebabkan negara-negara pengeluar dunia bersetuju untuk mengadakan perundingan bagi mengatasi masalah tersebut. Hasil daripada perundingan itu, negara-negara pengeluar getah dunia menandatangani Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada bulan Mei 1934. Rancangan ini dianggotai oleh hampir semua pengeluar getah dunia termasuk Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Thailand, Myanmar, Indonesia, Indo-China Sri Lanka dan India. Negara-negara tersebut mengeluarkan kira-kira 98.7% daripada jumlah pengeluaran getah dunia pada tahun 1934. Rancangan Sekatan Stevenson (1922-1928) Pada tahun 1921, jawatankuasa Stevenson telah ditubuhkan oleh Kerajaan British untuk mengkaji langkah-langkah mengawal kemerosotan perusahaan getah. Pada tahun 1922, Rancangan Sekatan Stevenson dimulakan hasil daripada kaji selidik jawatankuasa ini. Mengikut rancangan ini, pengeluaran getah dihadkan kepada lebih kurang 60% sahaja daripada jumlah pengeluaran tahun 1920. Bagi menjayakan rancangan ini, Tanah Melayu mengurangkan pengeluarannya daripada 50% kepada 38%. Hasilnya pada tahun 1925, harga getah meningkat kepada $2 sepaun. Sungguhpun begitu, rancangan ini tetap gagal kerana pengeluaran getah dari negara lain tidak dapat dikawal. Indonesia telah menambahkan pengeluarannya dari 24% kepada 38%. Syarikat-syarikat Amerika telah membuka ladang getah baru seperti Syarikat Ford di Brazil dan Syarikat Firestone di Liberia. Rancangan ini ditamatkan pada tahun 1928. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa (1934-1943) Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa telah dimulakan pada tahun 1934 yang bertujuan mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah. Negara-negara yang menjadi anggota ialah Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indo-China, Indonesia dan Thailand. Negara-negara ini mengeluarkan 98.7% daripada jumlah pengeluaran getah sedunia. Kuota eksport telah ditetapkan untuk setiap anggota tersebut. Penanaman baru dan penanaman semula tidak digalakkan. Atas usaha ini, harga getah telah meningkat daripada 30 sen sepaun pada tahun 1935 kepada 43 sen sepaun pada tahun 1937 dan seterusnya menjadi stabil. Rancangan ini berjaya menstabilkan harga getah kerana: a. Hampir semua negara pengeluar getah sedunia telah menganggotai dan mematuhi peraturan-peraturan rancangan tersebut. b. Kemelesetan ekonomi dunia telah berakhir menjelang pertengahan tahun-tahun 1930-an dan permintaan getah dunia semakin bertambah. c. Ekonomi Amerika Syarikat berkembang dengan pesat dan kemajuan dalam industri automibil menambahkan penggunaan getah kepada 80% daripada pengeluaran getah dunia. Perusahaan getah semasa dan selepas Perang Dunia Kedua Semasa pendudukan Jepun (1942-1945) di Tanah Melayu, pengeluaran getah hampir terhanti sama sekali. Hubungan perdagangan Tanah Melayu dengan pasarannya di Amerika Syarikat dan Eropah terputus. Banyak ladang getah telah dimusnahkan oleh pihak British semasa mereka berundur supaya orang Jepun tidak mendapat hasil getah. Ada di antara ladang-ladang yang telah terbiar. Pihak Jepun pula telah melancarkan gerakan memusnahkan pokok getah dan menggantikannya dengan tanaman makanan. Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menghadapi masalah kekurangan getah apabila Asia Tenggara diserang oleh Jepun. Untuk mengatasi masalah ini, Amerika Syarikat telah mengeluarkan getah tiruan. Selepas peperangan, getah tiruan memberi persaingan kepada getah asli sebab penggunaannya telah diperkenalkan ke semua negeri perindustrian. Pada tahun 1955, penggunaan getah tiruan telah menjadi 1/3 penggunaan getah di dunia. Getah asli dari Tanah Melayu masih diperlukan kerana ia mempunyai keistimewaan sendiri yang tidak boleh diatasi oleh getah tiruan. Kesan kemelesetan perusahaan getah 1920-an-1930-an 1. Kesan umum Kejatuhan harga getah bukan sahaja dirasai oleh pemilik ladang getah tetapi juga orang ramai. Ramai pekerja ladang telah diberhentikan dan menyebabkan berlakunya pengangguran. Sebahagian daripada mereka terutamanya orang India telah dihantar pulang ke India atas perbelanjaan kerajaan. Kejatuhan harga getah telah menyebabkan pemilik ladang tidak dapat menjelaskan hutang mereka kepada ceti. Akibatnya banyak ladang getah jatuh ke tangan ceti. Sebagai contoh, pada tahun 1922, berpuluh-puluh ekar ladang getah telah dirampas oleh ceti kerana kegagalan pemilik-pemilik menjelaskan hutang. Sebelum itu, British juga terpaksa menjelaskan hutangnya kepada Amerika yang telah membantu British dalam Perang Dunia Pertama. Keadaan ini juga tentu akan membahayakan kedudukan mata wang sterling. Tindakan memberhentikan pekerja ladang menyebabkan berlakunya pengangguran dan kerajaan tidak mampu untuk menghantar pulang semua pekerja ladang yang diberhentikan. Akibatnya, berlaku pelbagai kegiatan jenayah kerana penglibatan mereka dalam kegiatan merompak, mencuri, pecah rumah dan sebagainya. Pada tahun 1930, terdapat 9000 kes yang dilaporkan tetapi pada tahun 1931, terdapat 10500 kes yang dilaporkan. Kejatuhan harga getah telah menyebabkan pekebun kecil mengambil sikap yang negatif. Mereka tidak sanggup menanam semula getah kerana mengambil masa 7-8 tahun untuk mendapatkan hasil dan pada masa yang sama, harga getah masih rendah. Akibatnya, ramai pekebun kecil telah beralik kepada kegiatan ekonomi lain seperti menanam padi, nelayan dan sebagainya. Tindakan pekebun kecil ini telah menyebabkan kemerosotan pengeluaran getah pekebun-pekebun kecil. Sebagai contoh, pada tahun 1934, pekebun kecil mengeluarkan 48% getah Tanah Melayu dan ladang mengeluarkan 52%. Tetapi pada tahun 1942, keluaran pekebun kecil menjadi 39% dan ladang 61% 2. Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Kejatuhan harga getah menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk menjalankan penyelidikan bagi membaiki mutu getah. Untuk tujuan tersebut, Pusat Penyelidikan Getah (RRI) telah ditubuhkan pada tahun 1926 di Sungai Buloh, Selangor dan Kota Tinggi, Johor. RRI bertujuan untuk menjalankan penyelidikan bagi mencari cara-cara yang lebih baik bagi menanam getah, penggunaan getah, cara memproses susu getah dan sebagainya. RRI kemudiannya memberi sumbangan penting dalam perusahaan getah di Tanah Melayu. 3. Langkah berjimat-cermat

146
Kejatuhan harga getah menyebabkan pendapatan kerajaan melalui cukai eksport ke atas getah berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa mengurangkan perbelanjaan pada Oktober 1931. Laporan Jawatankuasa tersebut menetapkan bilangan kakitangan kerajaan serta gaji mereka dikurangkan 13%. Antara jabatan yang terlibat ialah Jabatan Polis, Kesihatan dan Pelajaran. Tindakan mengurangkan kakitangan kerajaan menyebabkan berlakunya pengangguran antara mereka manakala tindakan mengurangkan gaji membebankan ekonomi mereka. Selain itu, pembangunan awam diberhentikan 2 tahun. 4. Rang undang-undang imigran Pada tahun 1930, kerajaan telah mengeluarkan rang undang-undang imigran bagi menyekat imigran ke Tanah Melayu. Pada tahun 1933, rang undang-undang orang dagang dilaksanakan bagi menyekat kemasukan mereka serta kebolehan mereka. Rang undang-undang ini bertujuan untuk menyekat kemasukan imigran supaya tidak berlaku pengangguran yang berleluasa di Tanah Melayu. 5. Mempelbagaikan tanaman Kejatuhan harga getah menyebabkan kerajaan sedar bahayanya pergantungan kepada satu jenis tanaman sahaja. Akibatnya penduduk Tanah Melayu mula menanam tanaman seperti koko, nenas dan sebagainya selain dari menanam getah. Selain itu, penduduk Tanah Melayu juga digalakkan menceburi bidang ekonomi lain selain dari bertani. 6. Menambahkan pengeluaran makanan Sejak 1920-an, terutamanya pada tahun 1930-an, kerajaan mula mengambil langkah-langkah bagi menambahkan pengeluaran makanan, terutamanya padi. Buat pertama kali, kerajaan mula mengambil langkah-langkah bagi membina sistem pengairan, membuka tanah pertanian baru dan menggalakkan penanaman padi 2 kali setahun. Tujuannya supaya penduduk Tanah Melayu tidak akan mengalami kekurangan makanan sekiranya berlaku lagi kemelesetan ekonomi seperti pada tahun 1920-an dan 1930an. 7. Menyusun semula pentadbiran ladang Kejatuhan harga getah menyebabkan pengusaha-pengusaha ladang terutamanya ladang Eropah mengambil langkah menyusun semula pentadbiran yang dianggap “Top Heavy” bagi menjimatkan perbelanjaan. Pegawai-pegawai Eropah digantikan dengan penyelia-penyelia berbangsa Asia dan bilangan kakitangan serta gaji mereka dikurangkan. Sebagai contoh, pada tahun 1918 terdapat 4 orang pegawai Eropah di setiap ladang, 1928 hanya tinggal 2 orang pegawai Eropah di setiap ladang dan 1932 hanya tinggal seorang pegawai Eropah di setiap ladang. 8. Mengurangkan gaji dan pekerja Kerugian yang dialami akibat dari kejatuhan harga getah telah menyebabkan pihak pengurusan ladang mengambil langkahlangkah mengurangkan pekerja ladang. Tindakan memberhentikan mereka menyebabkan berlakunya pengangguran. Pada tahun 1929, terdapat 258 ribu orang pekerja tetapi pada tahun 1932, hanya tertinggal 145 ribu orang pekerja ladang. Sebahagian daripada mereka telah dihantar pulang ke India atas perbelanjaan kerajaan. Antara tahun 1930-1933, 370 ribu orang telah dihantar pulang ke India. Selain itu, gaji mereka juga dikurangkan. Pada tahun 1932, gaji pekerja ladang ditetapkan 20 sen sehari sedangkan sebelumnya iaitu pada tahun 1929, gaji pekerja ladang adalah antara 50-55 sen sehari. 9. Rancangan Sekatan Stevenson 10. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa Kesimpulan Menjelang tahun 1930-an, perusahaan getah telah berkembang sehingga menjadi perusahaan dan sumber pendapatan eksport yang utama di Semenanjung Tanah Melayu. Namun, perusahaan ini telah terbantut semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (19421945). Selepas Perang Dunia Kedua pula, getah tiruan yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat telah menyaingi pasaran getah asli. Namun masih terdapat pasaran bagi getah asli memandangkan mutunya yang lebih tinggi. Perubahan Penduduk Akibat dari Perkembangan Perusahaan Bijih Timah dan Getah Pengenalan Pada abad ke-19, Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik tetapi juga perubahan ekonomi yang membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan perkembangan perusahaan getah membawa kepada kedatangan orang India. Kemudahan yang disediakan seperti Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina 1871, Tabung Imigran Orang India 1907 dan sebagainya telah menggalakkan lagi kedatangan imigran-imigran yang berpunca daripada kesusahan yang dialami di negara mereka seperti bencana alam, pertambahan penduduk, takanan sosial, politik dan sebagainya. Mereka dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Buruh Bebas, Sistem Buruh Kontrak, Sistem Kangani dan sebagainya. Perubahan-perubahan penduduk Sebelum 1848, hampir seluruh penduduk Tanah Melayu terutamanya penduduk Negeri-negeri Melayu terdiri daripada orang Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petempatan kecil orang Cina di Negeri-negeri Selat, muara Seberang Perai, Johor, muara Sungai Pahang, Kuala Terengganu manakala sebilangan orang India lebih kecil dan mereka terdapat di Negeri-negeri Selat sebagai buruh di ladang-ladang kopi, tebu dan sebagainya. Mengikut bancian 1839, penduduk Tanah Melayu berjumlah 250 ribu orang. Akibat dari perkembangan perusahaan bijih timah dan getah, telah berlaku perubahan penduduk Tanah Melayu. Penduduk Tanah Melayu yang berjumlah 0.5 juta orang pada tahun 1870 telah meningkat kepada 3 juta orang pada tahun 1921. Pertambahan penduduk berpunca daripada kedatangan imigran-imigran yang kebanyakannya terdiri daripada buruh-buruh dari Selatan China terutamanya dari wilayah Kwantung, Kwangsi dan Fukkien serta dari Selatan India terutamanya Madras. Kedatangan orang-orang Cina secara beramai-ramai berlaku antara tahun 1840-1914 semasa perkembangan perusahaan bijih timah, manakala kedatangan orang-orang India berlaku antara tahun 1906-1921 semasa perkembangan perusahaan getah. Akibat dari perkembangan perusahaan bijih timah dan getah, bilangan orang Melayu telah bertambah akibat dari kedatangan imigran Indonesia dari Sumatera, Jawa, Kalimantan, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia. Selain itu, bilangan orang Eropah meningkat kerana

147
mereka terlibat dalam kedua-dua perusahaan tersebut. Menjelang tahun 1921, 50% daripada kegiatan perlombongan bijih timah dikuasai oleh orang-orang Eropah dan kebanyakan ladang adalah kepunyaan mereka. Akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah juga komposisi penduduk mengalami perubahan. Walaupun sebelum 1848, orang Melayu menjadi majoriti penduduk Tanah Melayu tetapi menjelang tahun 1921 bilangan imigran hampir sama ramai dengan orang Melayu. Pada tahun 1911, 1/3 daripada penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang Cina. Mengikut bancian 1921, pecahan penduduk Tanah Melayu adalah seperti berikut: a. Melayu: 3,338,545 b. Cina: 1,170,551 c. India: 472,000 d. Lain-lain: 46,000 Sebelum tahun 1870, penduduk Tanah Melayu adalah penduduk yang menetap di Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Melayu yang dilahirkan di Tanah Melayu dan nisbah antara lelaki dan perempuan seimbang. Menjelang tahun 1921, kira-kira ½ dari penduduk Tanah Melayu merupakan penduduk yang tinggal tidak menetap di tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Cina dan India yang dilahirkan sama ada di China atau India dan nisbah antara lelaki dan perempuan tidak seimbang kerana majoriti imigran adalah lelaki. Pada tahun 1921, hanya 21% orang Cina dan 12% orang India yang dilahirkan di Tanah Melayu. Imigranimigran Cina dan India masih menumpukan taat setia kepada negara asal mereka. Bilangan penduduk Tanah Melayu juga bergantung kepada keadaan ekonomi Tanah Melayu. Pada zaman ekonomi mewah, penduduk Tanah Melayu telah bertambah kerana keadaan ini menarik kedatangan imigran-imigran. Pada zaman ekonomi meleset, penduduk Tanah Melayu berkurangan kerana kecenderungan imigran terutama imigran India untuk pulang ke negara asal mereka. Sebelum 1870, penduduk Tanah Melayu adalah penduduk desa kerana petempatan orang Melayu adalah di tepi pantai, kuala sungai dan pinggir sungai. Akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah kawasan tempat tinggal orang Melayu telah mengalami perubahan penduduk orang Cina tinggal di pelabuhan dan kawasan perlombongan yang kemudiaannya berkembang sebagai bandar. Akibatnya, orang Cina menjadi penduduk bandar hingga hari ini. Manakala orang-orang India pula tinggal di ladang getah dan sebahagian mereka tinggal di bandar selain daripada kawasan ladang. Pekerjaan penduduk di Tanah Melayu juga mengalami perubahan. Orang India menjadi penoreh getah, pekerja ladang dan buruh di jabatan kerjaan terutamanya Jabatan Kerja Raya, Keretapi; orang Cina menjadi pelombong dan peniaga; orang Melayu menjadi penanam padi, nelayan dan sebagainya. Kesimpulan Selepas tahun 1921, terdapat tanda-tanda bahawa imigran Cina dan India mahu menetap di Tanah Melayu. Buktinya mereka mula membawa keluarga mereka ke Tanah Melayu. Tindakan mereka untuk menetap di Tanah Melayu telah membawa kepada wujudnya masyarakat majmuk di mana orang India dan Cina merupakan masyarakat yang tidak dapat mengasimilasikan diri mereka ke dalam masyarakat Melayu kerana beberapa perbezaan dari segi agama, adat resam, bahasa dan cara hidup. Berdasarkan pernyataan di atas, memang tidak dinafikan bahawa perkembangan perusahaan bijih timah dan getah membawa kepada perubahan penduduk di Tanah Melayu. Perkembangan Sosial di Tanah Melayu Pengenalan Campur tangan British di Tanah Melayu sejak tahun 1874 bukan sahaja membawa kepada perubahan dari segi politik dan ekonomi, bahkan campur tangan mereka juga menyebabkan perubahan dari segi sosial. Sebelum British memperluaskan kuasanya di Tanah Melayu, sistem perhubungan yang wujud amat mundur. Begitu juga dalam bidang kesihatan. Selepas British campur tangan semuanya ini telah mengalami perkembangan yang pesat. British telah memperkenalkan cara membina jalan raya Barat, cara membina landasan keretapi dan amalan perubatan yang diamalkan oleh Barat. Kesemuanya ini telah berjaya meningkatkan tingkat taraf hidup penduduk di Semenanjung Tanah Melayu. Perhubungan 1. Jalan keretapi Keretapi merupakan cara pengangkutan moden yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Jalan-jalan keretapi telah dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport. Jalan keretapi yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu telah dibina pada tahun 1855 oleh Sir Hugh Low bagi menghubungkan Taiping dengan Port-Weld. Jalan keretapi sepanjang 12.8 kilometer ini dibuka kepada lalulintas pada bulan Jun 1885. Beberapa lagi jalan keretapi telah dibina oleh British di Perak. Jalan keretapi di antara Tapah dengan Teluk Anson telah dibina pada tahun 1893 manakala di antara Tapah dengan Ipoh pada tahun 1895. Sir Frank Swettenham telah membina beberapa jalan keretapi di Selangor. Jalan keretapi yang pertama telah dibina antara Kuala Lumpur dengan Bukit Kuda pada tahun 1886. Menjelang tahun 1889 jalan keretapi ini dipanjangkan ke Port Swettenham. Pada tahun-tahun 1892 dan 1893 British telah membina jalan-jalan keretapi yang pendek bagi menghubungkan Kuala Lumpur dengan kawasan-kawasan perlombongan bijih timah di Rawang, Kuala Kubu dan Sungai Besi. Perhentian keretapi tetap yang pertama dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1892. Jalan keretapi yang pertama di Negeri Sembilan, iaitu di antara Port Dickson dengan Seremban telah siap dibina pada tahun 1891. Jalan Keretapi sepanjang kira-kira 38 km ini dibina oleh Syarikat Keretapi Sungai Ujong. Pada tahun 1908 Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah membelinya daripada syarikat tersebut. Selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, jalan-jalan keretapi yang sedia wujud mula disambungkan atas initiatif Sir Frank Swettenham. Menjelang tahun 1903, terdapat jalan keretapi yang menghubungkan Seremban dengan Perai. Jalan keretapi ini telah dipanjangkan ke Johor Bahru pada tahun 1909 dan ke Singapura pada tahun 1923. Jalan keretapi di bahagian Utara Semenanjung Tanah Melayu yang menghubungkan Perai, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar dan Padang Besar di sempadan Siam telah siap dibina pada tahun 1918. Jalan keretapi di bahagian Timur yang menghubungkan Gemas dengan Bahau, Mentakab, Kuala Lipis, Gua Musang, Tumpat dan Sungai Golok disiapkan pada tahun 1931. 2. Jalan raya

148
Jalan-jalan raya yang pertama dibina untuk meghubungkan kawasan-kawasan bijih timah dan getah dengan pelabuhanpelabuhan. Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902. Menjelang tahun 1906, Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kira-kira 2560 km jalan raya bertar (metal led roads). Mulai dekad pertama abad ke-20, jalan-jalan raya yang lebih lebar dan kukuh telah dibina bagi memenuhi keperluan kenderaan bermotor yang kian bertambah. Jalan raya utama ke Perai siap dibina pada tahun 1911. Jalan raya utama dari Kuala Lumpur ke Kuantan telah siap pada tahun 1899. Menjelang tahun 1928 terdapat jalan raya yang menghubungkan Singapura di Selatan dengan Perlis di Utara. Jalan raya utama yang menghubungkan Terengganu dan Pahang dengan pantai Barat telah dibina hanya selepas tahun 1945. Semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, terdapat kira-kira 9600 km jalan raya motor yang baik. Perkhidmatan udara Syarikat perkhidmatan udara yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1937 oleh Wearne Brothers. Ia dikenali sebagai Wearne’s Air Service. Syarikat tersebut telah memulakan perkhidmatan udara antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Perkhidmatan udara ini telah dihentikan apabila Perang Dunia Kedua meletus. Pada tahun 1920-an, lapan buah lapangan terbang telah dibina di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Taiping, Butterworth dan Alor Setar. Dalam pada itu terdapat sebuah lapangan terbang antarabangsa yang kian maju di Singapura. Pada tahun 1947, Malayan Airways Limited telah ditubuhkan. Pada tahun 1956, sebuah lapangan terbang antarabangsa dibina di Kuala Lumpur. Perkhidmatan perkapalan Menjelang tahun 1870-an, terdapat beberapa syarikat perkapalan yang menggunakan kapal-kapal stim untuk membawa hasilhasil Tanah Melayu ke Singapura. Dalam perjalanan balik ke pelabuhan-pelabuhan Tanah Melayu, kapal-kapal tersebut membawa bekalan-bekalan dan alat-alat jentera. Pada tahun 1890, Theodore Cornelius Bogaardt (seorang Belanda) mengasaskan Straits Steamship Company yang muncul sebagai syarikat perkapalan yang terpenting. Selepas tahun 1896, Straits Steamship Company memulakan perkhidmatan penumpang kelas pertama. Perkhidmatan ini menjadi penting selepas Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan tidak dihubungi oleh jalan keretapi persekutuan. Pelabuhan-pelabuhan yang penting ialah Port Swettenham, Port Dickson, Teluk Anson dan Port Weld. Port Swettenham merupakan pelabuhan yang terpenting sekali. Dalam tahun 1930-an, syarikat-syarikat perkapalan menghadapi persaingan hebat dari sistem pengangkutan jalan raya dan keretapi.

3.

4.

Kesihatan Tanah Melayu menghadapi beberapa masalah kesihatan pada abad ke-19. Penyakit-penyakit seperti malaria, disenteri, demam cacar dan kolera biasa terdapat. Penyakit-penyakit tersebut telah mengakibatkan kematian ramai orang. Sebagai contoh, kira-kira 65 orang telah menjadi mangsa kolera di Larut pada tahun 1874. Jumlah kes beri-beri yang dirawat di Selangor pada tahun 1894 ialah sebanyak 2817 di mana kadar kematian ialah 24%. Selepas tahun 1900, taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu telah bertambah baik. Penyakit-penyakit beri-beri dan malaria dapat dikawal. Antara tahun-tahun 1900-50 kadar kematian bagi orang dewasa dan kanak-kanak telah dikurangkan sebanyak 50%. Kerajaan British telah menubuhkan hospital-hospital, pusat-pusat perubatan dan menjalankan penyelidikan perubatan. Hospital kerajaan yang pertama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibuka di Taiping pada tahun 1878. Pada kira-kira masa yang sama, sebuah hospital telah didirikan di Selangor. Selepas tahun 1884, pusat-pusat perubatan telah dibuka di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian, Kuala Kangsar. Hospital Besar di Kuala Lumpur telah didirikan manakala sebuah hospital baru di Kelang dibina. Masyarakat Cina juga membina beberapa hospital seperti Hospital Tai Wah (1895) dan Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur. Menjelang tahun 1896, Perak mempunyai 15 buah hospital, Selangor 14, Negeri Sembilan 3 dan Pahang 2. Menjelang tahun 1908, terdapat 52 buah hospital di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Penyelidikan perubatan memainkan peranan penting dalam mengawal penyakit-penyakit malaria dan beri-beri. Institusi Penyelidikan Perubatan telah didirikan di Kuala Lumpur pada tahun 1901. Maktab Perubatan King Edward VII telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1905. Maktab tersebut telah menghasilkan beberapa orang doktor tempatan yang dapat berkhidmat di hospitalhospital kerajaan. Selepas tahun 1909, pusat-pusat spesialis bagi kesihatan mental dan penyakit kusta telah didirikan. Menjelang tahun 1941, kira-kira satu pertiga daripada hospital-hospital di Tanah Melayu merupakan institusi-institusi kerajaan. Hospital-hospital lain dikendalikan oleh estet-estet (melalui undang-undang), persatuan-persatuan mubaligh dan pertubuhan-pertubuhan Cina. Kebanyakan daripada kemudahan perubatan ini terdapat di bandar. Pendidikan Pengenalan Sehingga Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak), tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah 4 sistem sekolah yang berlainan di Tanah Melayu, iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris. Seperti yang dinyatakan oleh Paul Chang Ming Phang, sistem sekolah berbilang bahasa di Tanah Melayu disebabkan oleh 3 faktor iaitu struktur penduduk yang berbilang bangsa, usaha individu-individu dan badan-badan mubaligh dan ketiadaan satu dasar pendidikan yang sejajar dengan matlamat-matlamat yang tetap. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses nation-building selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pendidikan Melayu 1. Pengenalan Pendidikan Melayu secular telah diperkenalkan oleh British pada abad ke-19. Sebelum itu, pendidikan Melayu umumnya berbentuk agama. Murid-murid diajar mengaji dan membaca al-Quran serta cara-cara bersembahyang. Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Arab dan guru-guru biasanya terdiri daripada imam-imam masjid. Bahasa Melayu tidak dititikberatkan. Hal ini adalah kerana ibu bapa mementingkan pendidikan agama Islam. Pada tahun 1821, sebuah Sekolah Melayu dibuka di Gelugor sebagai cawangan Penang Free School (sekolah aliran Inggeris) yang diasaskan oleh R.S. Hutchings pada tahun 1816. 2. Pertumbuhan Sekolah-sekolah Melayu a. Negeri-negeri Selat

149
Akibat dari usaha mubaligh-mubaligh beberapa Sekolah Melayu telah dibuka di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Pada tahun 1855, sebuah Sekolah Melayu telah dibuka di Bayan Lepas (Pulau Pinang). Pada tahun 1856, 2 buah sekolah Melayu telah dibuka di Singapura, satu di Teluk Belanga dan satu lagi di Kampung Gelam. Di Melaka terdapat 9 buah Sekolah Melayu yang dibuka antara tahun-tahun 1858-63. Pada tahun 1871, A.M. Skinner, Pemangku Majistret di Butterworth telah menyusun semula sistem pendidikan Melayu di Province Wellesley. Beliau mencantumkan sistem persekolahan moden dengan sistem pelajaran Quran. Murid-murid mengikuti pelajaran sekular di sebelah pagi dan mereka mengaji Quran di sebelah petang. Gaji guru-guru yang mengajar pelajaran sekular dibayar oleh kerajaan manakala gaji guru-guru agama dibayar oleh ibu bapa dan murid-murid. Percubaan Skinner telah berjaya dan beliau dilantik sebagai Nazir sekolah-sekolah pada tahun 1872. Bilangan Sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat telah meningkat daripada 16 buah pada tahun 1872 (jumlah murid 596 orang) kepada 189 buah pada tahun 1892 (jumlah murid 7218 orang). Pada tahun 1884, Kerajaan British telah membuka sekolah pertama untuk murid-murid perempuan di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1889 pula, sebuah lagi sekolah sedemikian telah dibuka di Pulau Pinang. b. Negeri-negeri Melayu Bersekutu Nazir Sekolah-sekolah Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu hanya dilantik pada tahun 1897. Bilangan Sekolah Melayu di negeri-negeri tersebut telah meningkat daripada 168 buah (157 bagi murid lelaki dan 11 bagi murid perempuan) pada tahun 1898 kepada 266 buah pada tahun 1907 (232 bagi murid lelaki dan 34 bagi murid perempuan). c. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Sekolah Melayu yang pertama di Kedah telah ditubuhkan pada kira-kira tahun 1897. Sekolah ini mula-mulanya dikhaskan untuk anak-anak lelaki orang-orang besar sahaja. Pada tahun 1910 telah ada 20 buah Sekolah Melayu di Kedah. Jawatan Nazir Pelajar diadakan pada tahun 1911. Kelantan mempunyai Sekolah Melayu yang pertama pada tahun 1903. Terengganu tidak mempunyai sebuah pun Sekolah Melayu sebelum tahun 1915 sedangkan Perlis telah mempunyai 5 buah pada tahun 1913. Sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan pesatnya di Johor yang berhampiran dengan Singapura. Pada tahun 1913, negeri Johor mempunyai 56 buah sekolah. Tujuan pendidikan Melayu Mengikut Dr. Awang Had Salleh, pendidikan sekular Melayu anjuran British mempunyai 4 tujuan besar iaitu: a. Mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi pelajaran yang berlebihan. b. Mengekalkan status quo dengan memastikan orang Melayu tinggal terus di kampung-kampung sebagai penanam padi. c. Menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, penanam padi, nelayan, pekedai-pekedai kecil dan kerani-kerani rendah. d. Menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat berbilang bangsa. Pada hakikatnya, pendidikan bahasa Melayu sebelum tahun 1942 kurang memberi peluang kepada orang Melayu mencapai kemajuan dalam bidang sosial dan ekonomi. Pendidikan Melayu hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup tradisional orang Melayu. Sukatan pendidikan Melayu Pada amnya, pendidikan Melayu hanyalah untuk empat tahun. Sekolah-sekolah Melayu yang lebih besar menyediakan pelajaran hingga ke darjah 6. Taraf pengajaran umumnya adalah rendah. Sebelum tahun 1917, pengajaran yang diberi di sekolah-sekolah Melayu ialah membaca, menulis, mengira dan ilmu alam serta karangan. Sejak tahun 1917 secara beransur-ansuran, tumpuan juga diberi kepada perkebunan dan pertukangan tangan. Bangunan dan alat kelengkapan sangatlah rendah mutunya berbanding dengan sekolah-sekolah bahasa Inggeris. Kebanyakan sekolah tidak mempunyai bilik darjah yang sesuai. Perkembangan pendidikan Melayu Perkembangan pendidikan Melayu (terutamanya bagi kanak-kanak perempuan) pada peringkat awal adalah lembap oleh sebab perkara berikut: a. Ibu bapa cemburukan kehilangan tenaga kanak-kanak mereka yang diperlukan bagi kerja di rumah. b. Mempunyai syak wasangka terhadap pendidikan sekular yang tidak menitikberatkan pengajaran Quran. c. Lebih suka anak-anak perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan. Mulai abad ke-20 pendidikan Melayu mula berkembang maju. Antara tahun-tahun 1900-23, Kerajaan British di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan beberapa enakmen yang mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur antara 7-14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal dalam lingkungan 2 batu dari sekolah. Enakmen-enakmen tersebut telah menggalakkan perkembangan pendidikan sekular Melayu di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Berbagai-bagai usaha diambil untuk memperbaiki nilai pendidikan Bahasa Melayu selepas perlantikan R.J. Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan pada tahun 1903. Beliau telah memperkenalkan tulisan rumi yang sistematik serta menyusun kamus Melayu yang pertama. Wilkinson juga bertanggungjawab menerbitkan buku-buku klasik Melayu yang membangkitkan minat orang Melayu terhadap bahasa dan kesusasteraannya sendiri. Kerajaan British telah menubuhkan beberapa maktab latihan perguruan Melayu bagi meninggikan mutu pengajaran di sekolah-sekolah Melayu. Pada tahun 1878, Maktab Melayu Singapura telah ditubuhkan untuk melatih guru-guru. Maktab ini ditutup pada tahun 1895. Pada tahun 1900 sebuah maktab latihan perguruan dibuka di Melaka. Kemudian pada tahun 1913, sebuah lagi maktab perguruan dibina di Matang, Perak. Maktab Perguruan Melayu yang paling terkemuka ialah Maktab Perguruan Sultan Idris yang telah dibuka pada tahun 1922 di Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1924, sebuah Biro Terjemahan telah ditubuhkan di maktab ini untuk menterjemahkan buku-buku Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Pada tahun 1935, Maktab Perguruan Perempuan Melayu dibuka di Melaka. Pelajar-pelajar maktab ini diambil dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

3.

4.

5.

Pendidikan Cina Pendidijan Cina di Tanah Melayu dipelopori oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Persatuan Mubaligh London telah menubuhkan sebuah sekolah Cina di Melaka pada bulan Ogos 1815. Namun demikian, kebanyakan sekolah Cina telah dibuka dan diselenggarakan oleh masyarakat Cina sendiri. Pada tahun 1854, sebuah sekolah Cina telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin Hokkien di Singapura.

150
Di antara tahun 1854-84, lebih daripada 100 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Sekolah-sekolah ini menggunakan berbagai-bagai loghat sebagai bahasa pengantar. Murid-murid ini mempelajari klasik-klasik Cina secara hafal dan bagaimana menggunakan capua. Pendidikan Cina telah berkembang pesat mulai abad ke-20 akibat pengaruh pemimpin-pemimpin politik negara China seperti Kung Yu Wei dan Sun Yat Sen. Tujuan mereka ialah untuk memupuk kesedaran politik dan perasaan kebangsaan di kalangan orang Cina seberang laut. Sekolah-sekolah yang berasaskan pengajaran Confucius dan sains moden mula dibuka di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Di antara tahun 1911-19 lebih daripada 50 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Guru-guru dan buku teks dibawa dari negara China. Di sesetengah sekolah, perkembangan politik di negara China dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran. Mulai tahun 1920, bahasa Mandarin (Kuo Yu) digunakan sebagai bahasa pengantar di kebanyakan sekolah Cina. Hal ini adalah selaras dengan perkembangan di negara China di mana Mandarin dijadikan bahasa kebangsaan. Pada tahap awal, Kerajaan British membenarkan sekolah-sekolah Cina berkembang dengan pesat dan bebas. British tidak membantu atau mengawal sekolahsekolah Cina. Namun demikian, pada tahun 1920, Kerajaan British telah meluluskan enakmen pendaftaran sekolah untuk mengawasi sekolah Cina. Hal ini adalah kerana sekolah Cina telah mula dipengaruhi oleh politik negara China. Di bawah Enakmen Pendaftaran Sekolah, semua guru dan sekolah dikehendaki mendaftar dengan kerajaan. Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Cina pada tahun 1923. Kerajaan British melantik seorang Nazir sekolah-sekolah Cina untuk mengawasi sekolah Cina. Sekolah Cina mempunyai pelajaran rendah 6 tahun, menengah rendah 3 tahun dan menengah atas 3 tahun. Sekolah-sekolah menengah menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di China. Mutu pelajaran sekolah Cina lebih tinggi daripada mutu pelajaran sekolah Melayu dan sekolah Tamil. Menurut Abu Zahari, peruntukan persekutuan bagi sekolah Cina telah bertambah berlipat ganda menjelang tahun 1938. Pendidikan Tamil Pada tahun 1821, sebuah sekolah Tamil dibuka di perkarangan Penang Free School. Pada tahun 1850, terdapat sebuah sekolah AngloTamil yang dibantu oleh kerajaan di mana Inggeris dan juga Tamil diajar. Namun demikian, seperti dinyatakan oleh Paul Chang Ming Phang, sejarah sebenar pendidikan Tamil di Tanah Melayu bermula dengan perkembangan ladang kopi, gula, kelapa dan akhirnya getah. Mulai tahun 1870, sekolah-sekolah kecil telah dibuka di ladang-ladang di mana penduduk India memerlukan pendidikan bagi anak-anak mereka. Kebanyakan sekolah ini merupakan hasil usaha persendirian. Kerajaan pada masa itu tidak menganggapnya perlu bagi memberi pendidikan kepada anak-anak buruh Tamil yang berhijrah masuk. Pada tahun 1905, terdapat 13 buah sekolah Tamil (kerajaan) dan 4 buah sekolah Tamil persendirian di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Menjelang tahun 1920, jumlah murid sekolah Tamil di negeri-negeri tersebut ialah lebih kurang 4000 orang. Pada tahun 1923, Kerajaan British memperkenalkan satu undang-undang yang memaksa pihak pengurusan ladang untuk mendirikan sebuah sekolah sekiranya terdapat lebih daripada 10 orang anak buruh yang berumur di antara 7-14 tahun. Sekolahsekolah ini hendaklah dibiayai oleh pihak pengurusan ladang. Satu masalah utama yang dihadapi oleh sekolah Tamil ialah kekurangan guru-guru yang terlatih. Mutu pelajaran Tamil adalah rendah. Sekolah Tamil di ladang hanya memberikan pelajaran rendah selama 4-5 tahun. Buku-buku dibawa dari India. Persatuan-persatuan orang India ada menubuhkan sekolah Tamil di bandar. Mutu sekolah ini lebih tinggi dari sekolah ladang. Pada tahun 1920-an, Kerajaan British mula mengawal sekolah Tamil. Seorang Nazir sekolah Tamil berbangsa Eropah telah dilantik pada tahun 1930. Pada tahun 1932, Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Tamil. Pendidikan Inggeris 1. Pengenalan Kebanyakan sekolah Inggeris dibuka oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan benda-benda awam. Kerajaan British pada mulanya tidak berminat untuk mengembangkan pendidikan Inggeris bagi faedah rakyat Tanah Melayu. Sekolah Inggeris boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu Sekolah Free dan Sekolah Inggeris Separa Bantuan (Grant-in-aid English School). Sekolahsekolah Free dibuka dengan sumbangan wang dari orang ramai dan kerajaan. Sekolah ini seterusnya telah diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan. Sekolah Inggeris Separa Bantuan dibuka dan dibiayai oleh persatuan mubaligh. Apabila telah mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan, sekolah ini mula berkembang. Sekolah ini juga dikenali sebagai sekolah mubaligh. 2. Sekolah Free Sekolah Inggeris yang awal ditubuhkan di Negeri-negeri Selat oleh mubaligh-mubaligh. Sekolah ini dinamakan Sekolah Free kerana ia menerima murid-murid dari pelbagai bangsa dan agama. Sekolah Free yang pertama (dan juga di Tanah Melayu) ialah Penang Free School yang diasaskan oleh Rev. R.S. Hutchins pada tahun 1816. Sekolah Free yang lain ialah Singapore Free School dan Malacca Free School. Semenjak ditubuhkan, Sekolah Free berada di bawah naungan kerajaan. Terdapat wakil kerajaan dalam Jawatankuasa Pengurusan sekolah tersebut. Sekolah Free telah diambil alih oleh kerajaan sepenuhnya akibat kegagalan Jawatankuasa Pengurusan untuk membiayai penyelenggaraannya. Sekolah pertama yang diambil alih oleh kerajaan ialah Malacca Free School. Penang Free School telah diambil alih kuasanya oleh kerajaan pada tahun 1920. Mulai tahun 1928, sekolah tersebut menjadi sekolah menengah pada keseluruhannya. 3. Sekolah Mubaligh Kebanyakan dari sekolah mubaligh (mission schools) telah ditubuhkan dan dibiayai oleh Persatuan Mubaligh London, Kumpulan Mubaligh Roman Catholic, Kumpulan Mubaligh Methodist dan Gereja England (Church of England). Sekolah mubaligh terbuka kepada kanak-kanak terdiri daripada semua bangsa dan agama. Tujuan sekolah tersebut ialah untuk memberi pendidikan am serta memperbaiki akhlak berdasarkan ajaran agama Kristian. Sebelum Perang Dunia Pertama, lebih daripada 75% murid-murid lelaki memasuki sekolah Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura adalah di sekolah mubaligh. Persatuan mubaligh telah membuka sekolah bagi murid lelaki dan perempuan. Mubaligh-mubaligh Kristian adalah bertanggungjawab bagi

151
perkembangan dan kepopularan pendidikan Inggeris di kalangan murid perempuan. Antara sekolah perempuan yang ditubuhkan ialah Sekolah Perempuan Bukit Bintang (Kuala Lumpur-1893), Sekolah Convent (Kuala Lumpur-1899), Sekolah Perempuan Inggeris Pudu (Kuala Lumpur-1914) dan Sekolah Perempuan St. George (Pulau Pinang). Menjelang tahun 1947, terdapat 33 buah sekolah perempuan yang ditubuhkan oleh persatuan-persatuan mubaligh di Tanah Melayu. Pada tahun yang sama hanya terdapat 6 buah sekolah perempuan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Antara sekolah mubaligh yang ditubuhkan bagi murid lelaki ialah Sekolah Anglo-Chinese (Pulau Pinang-1891), Sekolah Lelaki Methodist (Kuala Lumpur-1897) dan Sekolah St. John (1904). 4. Sekolah Inggeris Kerajaan Sekolah Inggeris Kerajaan yang pertama di Perak ialah Government Central School yang ditubuhkan pada tahun 1883. Namanya telah ditukar kepada Sekolah King Edward VII pada tahun 1901. Victoria Institution telah diasaskan pada tahun 1893 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1905, Kerajaan British telah menubuhkan Maktab Melayu di Kuala Kangsa yang pada mulanya dibuka hanya kepada anak-anak raja dan pembesar-pembesar Melayu. Tujuan utama Maktab Melayu ialah untuk memberi pendidikan Inggeris kepada golongan atasan Melayu bagi membolehkan mereka menjadi pegawai-pegawai tadbir dalam perkhidmatan awam British di Tanah Melayu. Pada tahun 1919, terdapat 17 buah sekolah Inggeris kerajaan di Tanah Melayu. Sekolah ini bertujuan mendidik anak-anak kelas pertengahan untuk menjadi guru-guru dan kerani-kerani. Kebanyakan murid sekolah tersebut terdiri daripada bangsa Cina dan India. 5. Sukatan pelajaran Pada peringkat awal tiada terdapat sukatan pelajaran yang seragam bagi sekolah Inggeris. Sukatan Pelajaran yang seragam hanya wujud selepas adanya peperiksaan bagi memperoleh Biasiswa Queen (1885) dan Sijil Cambridge (1891). Sekolah Inggeris dapat dibahagikan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah meliputi pendidikan selama 7 tahun, iaitu sampai darjah V. Sekolah menengah pula meliputi selama 4 tahun sehingga murid-murid mencapai Sijil Persekolahan Cambridge. Mata pelajaran utama yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, Ilmu Alam, Matematik Asas, Ilmu Kesihatan dan Latihan Jasmani. Kelas-kelas sains hanya terdapat di sekolah menengah yang besar di kawasan bandar. Sukatan pelajaran sekolah Inggeris di Tanah Melayu adalah berasaskan kepada sekolah menengah di Britain. Justeru itu, murid-murid sekolah Inggeris telah mempelajari ilmu alam dan sejarah Britain. 6. Latihan Perguruan Inggeris Satu sistem yang dinamakan Normal Class telah dimulakan pada tahun 1905 di Kuala Lumpur untuk melatih guru-guru sekolah Inggeris. Guru-guru yang diberi latihan adalah mereka yang sedang berkhidmat. Latihan diadakan 5 jam seminggu di luar jadual waktu pengajaran selama 2 tahun. Tempoh latihan telah dilanjutkan kepada 3 tahun mulai tahun 1925. Selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Normal Class telah digantikan dengan maktab pergurusan berasrama. Maktab Perguruan Kirkby telah ditubuhkan berhampiran dengan Liverpool. Maktab Perguruan Brinsford Lodge di Wolverhampton telah ditubuhkan pada tahun 1955. 7. Pendidikan Tinggi dan Universiti Maktab Perguruan King Edward VII telah diasaskan di Singapura pada tahun 1905. Maktab ini menjadi sebuah universiti pada tahun 1947. Maktab Raffles telah dibuka pada tahun 1929 di Singapura bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi dalam aliran sains dan sastera. Institusi pengajian tinggi yang lain ialah Maktab Pertanian Serdang (1931). Maktab Pertanian Serdang dinaikkan ke taraf universiti pada tahun 1972. Pada tahun 1949, Universiti Malaya (gabungan Maktab Raffles dan Maktab Perubatan King Edward VII) telah dibuka di Singapura. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya dibuka di Kuala Lumpur. Cawangan tersebut merupakan nucleus Universiti Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1962. Universiti asal di Singapura mula dikenali dengan nama Universiti Singapura. Gerakan Nasionalisme Pengenalan Secara umum, dalam konteks Tanah Melayu, nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada pengusaan dan cengkaman kuasa asing. Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identity bangsa yang berbudaya tinggi. Menjelang awal abad ke-20, kebangkitan nasionalisme semakin meluas di kalangan orang Melayu. Menurut W.R. Roff, proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada 3 tahap yang dipimpin oleh 3 golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berlainan, iaitu: Tahun Pendidikan Tahap Agama 1906 – 1926 Arab Sosioekonomi 1926 – 1937 Inggeris Politik 1937 – 1941 Melayu Faktor yang mendorong kepada nasionalisme 1. Agama Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab adanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh yang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial. Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Antara ketiga-tiga golongan ini, golongan yang berpendidikan Arab memainkan peranan penting dalam gerakan Pemulihan Islam di kalangan masyarakat Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yang mula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan

152
ekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan ini hampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan ini menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dan gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani. Di antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dari Timur Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-Kalali. Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air pada awal abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam jabatan agama di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka berkenaan ajaran agama Islam baru dan agak berlainan dengan fahaman seperti kepercayaan bidaah dan khurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu, mereka mendapat tentangan daripada golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golongan ortodoks ini memusuhi bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi juga memusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan dirancang oleh revolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat. 2. Bahasa dan kesusasteraan Akhbar-akhbar tempatan telah memuatkan puisi, cerpen dan novel untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, terdapat juga puisi lain seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) yang menggesa orang Melayu mencari ilmu dan Serunai Pujangga oleh Anum (1940) yang menggesa orang Melayu bersikap berani dan sanggup berkorban. Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Antaranya ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi (1925) yang mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurashid (1930), Putera Gunung Tahan oleh Haji Muhammad yang mengecam British melalui kisah lucu dengan tujuan memupuk semangat cinta akan negara, hidup maju dan bebas daripada penjajahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang mencapai kemajuan. Cerpen merupakan cerita pendek yang mempunyai masihat. Kebanyakan cerpen menyeru rakyat bekerja untuk kemajuan dan kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang terkenal ialah Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai yang menyeru orang Melayu supaya rajin bekerja; Anak Dibuat Demal, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayu menbenci dan menentang penjajahan British. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan. 3. Kewartawanan Akhbar dan majalah memainkan peranan penting menyedarkan penduduk di Tanah Melayu. Akhbar berperanan menyalurkan pendapat tokoh-tokoh perjuangan kepada masyarakat. Tulisan dalam akhbar dan majalah memberikan kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu mengenai kemajuan. Pengaruh dari akhbar dan majalah dapat menyebarkan semangat kebangsaan di kalangan pembacanya. a. Al-Imam Akhbar al-Imam diterbitkan pada 23 Julai 1906 di Singapura. Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Muhammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha. Matlamat kaum muda ialah menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai Islam untuk kemajuan masyarakat. Al-Imam bertujuan membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan menggesa mereka berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi. Matlamat al-Imam ialah: Membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran. Menggesa orang Melayu berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi. Menyeru umat Islam mengubah sikap dan kembali kepada ajaran Islam yang berasaskan Hadith dan Al-Quran. Menggesa umat Islam supaya jangan mencampurkan ajaran Islam dengan adat resam, kepercayaan dan amalan kolot. Menyeru umat Islam bersatu memelihara negara daripada dijajah oleh musuh. Menyeru umat Islam mengkaji sejarah Islam dan sejarah negara untuk mendapat pengajaran. Mengharapkan umat Islam mengkaji sejarah perkembangan Islam dan sejarah negara yang maju supaya mendapat kesedaran untuk mencapai kemajuan. Walaupun al-Imam telah membangkitkan kesedaran masyarakat Melayu tentang pentingnya kemajuan sosial dan ekonomi tetapi ia tidak dapat mencapai kemajuan yang cemerlang. Hal ini adalah disebabkan kegiatan mereka mendapat tentangan hebat daripada majalah keluaran kaum tua seperti Pengasoh (1918-1937). Hasilnya, al-Imam telah menamatkan penerbitannya pada bulan Disember 1908 selepas diterbitkan sebanyak 31 keluaran. Perjuangan al-Imam diteruskan oleh Neracha (1910), Tunas Melayu (1913), al-Islam (1914), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928). b. Saudara Akhbar Saudara diterbitkan pada bulan Julai 1928 oleh Syed Syeikh al-Hadi. Akhbar ini meneruskan perjuangan kaum muda untuk memajukan masyarakat Islam melalui pembaharuan. Akhbar ini disokong oleh akhbar al-Ikhwan, Idaran Zaman dan Semangat Islam. Akhbar ini ditentang pula oleh Lidah Benar dan Suara Benar yang diterbitkan oleh kaum tua. Pada tahun 1930-an, akhbar Saudara membangkitkan kesedaran politik. Saudara menyeru umat Islam mempertahankan kebebasan negara. Orang Melayu digesa berusaha dan menjaga negara daripada dikuasai oleh orang asing. Saudara memulakan ruangan Sahabat Pena pada 29 September 1934. Ruangan ini kemudian ditukarkan kepada ruangan Persaudaraan Sahabat Pena. Tujuan ruangan ini ialah untuk menimbulkan minat membaca dan mengeratkan persaudaraan di kalangan masyarakat Melayu. Ruangan ini mendapat sambutan yang memuaskan hingga kegiatannya disiasat oleh polis cawangan khas. c. Idaran Zaman Idaran Zaman merupakan suratkhabar kaum muda yang pertama. Ia diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1925 dan berlanjutan sehingga tahun 1930. Idaran Zaman diasaskan dan dikarangkan oleh Mohammad Yunus bin Abdul Hamid, kawan karib Syed Syeikh

153
al-Hadi. Idaran Zaman ialah suratkhabar mingguan yang menitikberatkan pembaharuan-pembaharuan agama Islam. Sebarannya agak luas di seluruh Tanah Melayu terutamanya di negeri-negeri Melayu di Utara dan Barat. d. Al-Ikhwan Al-Ikhwan pula diterbitkan dan dikarang oleh Syed Syeikh al-Hadi sendiri. Ia diterbitkan dari tahun 1926 hingga tahun 1931. AlIkhwan benar-benar menyarankan pembaharuan agama Islam. Ia telah meneruskan perjuangan al-Imam. Al-Ikhwan mempunyai banyak persamaan dengan al-Imam bukan sahaja dalam cara penulisan dan isi kandungannya malah hingga menyiarkan beberapa rencana yang pernah tersiar dalam al-Imam, seperti taksiran al-Quran dan sejarah Islam. e. Utusan Melayu Utusan Melayu diterbitkan pada tahun 1939. Pengarangnya yang pertama ialah Rahim Kajai. Pengarangnya yang terkenal ialah Ishak Haji Muhammad atau dkenali sebagai Pak Sako. Beliau banyak menulis mengenai orang Melayu di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Beliau menyeru orang Melayu supaya bersatu-padu dan menguatkan semangat kebangsaan. Akhbar ini menjadi lambing perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Pendidikan diutamakan demi mencapai kemajuan. Penerbitan akhbar ini diusahakan sepenuhnya oleh orang Melayu. Orang Melayu diseru menyertai pertubuhan politik untuk memperjuangkan hak mereka. Ruangan istimewanya melapurkan kegiatan pertubuhan politik orang Melayu. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan 2 akhbar yang lain iaitu Utusan Zaman dan Mastika. 4. Sistem pendidikan Sistem pendidikan pada zaman ini juga mendorong kepada perkembangan gerakan nasionalisme. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu, sekolah agama didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu dan Muar (Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan di Pulau Pinang ialah Madrasah al-Masyor. Sistem persekolahan sekolah ini mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat seperti yang dijalankan di Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah di Singapura. Di samping itu, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar juga bertanggungjawab membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penuntut-penuntut. MPSI ditubuhkan pada tahun 1922. Ia merupakan institusi latihan guru-guru Melayu bagi sekolah-sekolah Melayu. MPSI telah menerbitkan majalah-majalah seperti Cendera Mata (1923) dan majalah Guru (1924) untuk menyalurkan pendapat penuntut maktab ini. 5. Golongan intelektual Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu telah melahirkan satu golongan intelektual terpelajar. Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah-falsafah politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta nasionalisme. Golongan terpelajar yang dimaksudkan ialah Raja Chulan, Eunos bin Abdullah dan Dato’ Onn bin Jaafar. Mereka diberi peluang berkhidmat dengan kerajaan. Raja Chulan (Raja Dihilir Perak) yang menjadi ahli Majlis Pusat memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Dato’ Onn bin Jaafar dari Johor menerbitkan akhbar Warta Malaya dan Lembaga Melayu. Akhbarakhbar ini menyalurkan bidasan dan kritikan yang pedas terhadap pentadbiran Inggeris. Beliau mengadakan rapat umum untuk menyelar pentadbiran Inggeris. Selain itu, graduan-graduan dari MPSI telah menubuhkan Persatuan Sastera Melayu (1923) untuk menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu. Karya-karya yang diterbitkan oleh ahli-ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Novel berjudul Melor Kuala Lumpur, hasil karya Harun bin Mohammad Amin menunjukkan bagaimana orang Melayu boleh maju. Karya-karya sastera ini menumbulkan perasaan nasionalisme. Pada tahun 1929 dan 1930, Ibrahim Yaacob semasa di MPSI menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak politik. Pertubuhan-pertubuhan ini ialah “Ikatan Semenanjung Borneo” dan “Ikatan Pemuda Pelajar”. Ikatan Pemuda Pelajar khususnya mempunyai tujuan untuk menyebarkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu supaya mereka sedar akan nasib buruk bangsa mereka. 6. Pengaruh luar a. Gerakan Pemulihan Islam di Mesir Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905. Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah: Memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang sebenar. Memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith. Mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith. Membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat. Konsep Gerakan Pemulihan Islam telah memberi ilham kepada pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam. Tokoh-tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim alKalali dan Haji Abbass bin Mohammad Taha. Mereka menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-Imam. b. Gerakan di Turki Gerakan Pan-Islam Perkembangan di Turki mempengaruhi umat Islam di Tanah Melayu. Sultan Turki dianggap sebagai Khalifah (pemimpin Islam). Gerakan Pan-Islam ialah gerakan untuk menyatukan umat Islam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyah. Gerakan Pan-Islam mahu menentang penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaan kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar Turki ditubuhkan oleh Usman pada tahun 1300. Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani ingin menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang Siam dan menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahang mendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal. Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi gagal. Semasa Perang Dunia Pertama, Turki dan Jerman berpakat menentang kuasa Berikat. Umat Islam di Tanah Melayu sangat menghormati Empayar Turki dan segala perkembangan di Turki mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkan peperangan jihad terhadap kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain dan Perancis). British cuba menyekat berita dari luar tetapi gagal.

154
Masih ada berita yang sampai ke Tanah Melayu melalui suratkhabar dan surat peribadi pejuang-pejuang Pan-Islam. Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur dan Nur Alam Syah mempengaruhi dasar India yang beragama Islam melancarkan dahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa pakatan Jerman-Turki akan menang dalam Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari, askar India melancarkan dahagi di Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh askar British. Askar-askar India berjaya membunuh lebih 40 orang British dan hampir berjaya menakluki Singapura. Gerakan Khilafat Pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama. British cuba menguasai Turki. Orang Islam di India membentuk Gerakan Khilafat untuk mengekalkan kuasa Turki dan sistem Khilafat. Gerakan Khilafat yang ditubuhkan di Singapura dikawal rapi oleh British. Gerakan Turki Muda Golongan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attaturk bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan Turki Muda menyebarkan semangat kebangsaan di Turki. Turki diisytiharkan sebagai Republik pada tahun 1923 dan sistem Khilafat dimansuhkan. Abdul Kadir Adabi mengecam gerakan Turki Muda kerana memasuhkan sistem Khilafat. Golongan Turki Muda dikatakan tidak mementingkan agama dan undang-undang Islam dalam perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau Abdul Kadir bin Ahmad adalah seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh, al-Ikhwan dan Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda. Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda, iaitu mereka membangkitkan semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turki dikuasai semula oleh orang Turki dan bukan oleh orang Yahudi dan Kerajaan Turki memberikan peluang yang luas kepada rakyat untuk menguasai bidang ekonomi. Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada golongan Kaum Muda di Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum Muda di Tanah Melayu telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 untuk bergiat dalam politik. c. Pengaruh dari Jepun Sejak tahun 1868, Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya menewaskan negara China dalam Perang China-Jepun pada 1894-1895. Pada tahun 1905, Jepun menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun. Kejayaan Jepun menjadikannya kuasa baru yang kuat di dunia. Kejayaan tersebut membuktikan bahawa orang Barat dapat ditewaskan oleh orang Asia. Kejayaan Jepun menjadi pendorong kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan. d. Pengaruh di Indonesia Sarekat Islam Sarekat Dagang Islam diasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islam ialah parti politik yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat Islam yang terkenal ialah Omar Said Tjokroaminoto dan Agus Salim. Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesia supaya menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johor ditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura. Cawangan Sarekat Islam di Johor tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Penentangan terhadap British di Terengganu (1928) dimulakan oleh Syarikatul Islam yang diketuai oleh Sayid Muhammad dari Johor. Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserah hingga ke Kemaman. Sayid Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan Sarekat Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah Melayu pada 1920-an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agama dari Sumatera. Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadi mengambil Mohammad Yunus bin Abdul Hamid menjadi pengarang di akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat Islam dan penerbit akhbar Sinaran Zaman di Sumatera. Parti Komunis Indonesia (PKI) PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada tahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran komunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak berhasil. Tan Malaka berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi kerana mereka berfahaman konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapat mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. Parti Nasional Indonesia (PNI) PNI diasaskan oleh Sukarno dan Sartono pada tahun 1927. Pemuda-pemuda Indonesia memperjuangkan kebebasan mereka melalui tulisan, pergerakan sosial dan kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak bekerjasama ini telah diamalkan oleh pejuang nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi. PNI mengamalkan ideology yang menganjurkan revolusi untuk menggulingkan kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar melalui majalah dan akhbar dapat membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Mereka berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu. Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk melepaskan diri daripada kuasa penjajah. Tahap-tahap gerakan nasionalisme 1. Agama (1906-1926) Pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada dasarnya dipengaruhi oleh perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam Islam. Perubahan besar tentang pandangan dan fikiran telah bermula di Mesir dan Turki iaitu pusat pengajian tinggi Islam yang utama ketika itu. Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang lebih moden dan sesuai dengan keadaan zaman telah dilahirkan di Mesir oleh Sheikh Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Mereka telah melahirkan gerakan Pan-Islamism. Di Turki pula muncul Mustapha Kamal Attaturk (1880-1936) dan dibawah pimpinannya, negara Turki sedang mengalami proses pemodenan. Mereka sedar bahawa Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat. Di peringkat permulaan, pelajar-pelajar Islam yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran di kalangan orang-orang Melayu. Pengaruh Pan-Islamism di Mesir dan penodenan negara Turki telah memberi kesan yang mendalam dalam jiwa pelajar-pelajar Islam dari Tanah Melayu dan juga Indonesia yang telah menubuhkan

155
persatuan yang diberi nama Perkumpulan Indonesia-Malaya (Perpindom). Mereka bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Malaya-Indonesia yang merdeka dan berdaulat. Antara pelajar-pelajar Islam terkenal ialah Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Salim. Sheikh Mohammad Tahir dan Ahmad al-Hadi pulang ke Tanah Melayu dalam tahun 1904. Mereka terkenal sebagai golongan terpengaruh dengan ajaran Mohammad Abduh. Mereka yang digelar “Golongan Muda (Kaum Muda)” telah ditentang oleh “Golongan Tua (Kaum Tua)” yang tidak mahu menerima pendapat mereka. Kaum Tua telah menuduh Kaum Muda sebagai golongan yang telah menyeleweng. Pertentangan antara keduanya sampai kemuncaknya hinggakan beberapa orang pegawai dari Kaum Muda di Negerinegeri Melayu terpaksa meletak jawatan lalu berpindah ke Negeri Selat. Ketika ini Kaum Tua mempunyai kedudukan yang kuat kerana ramai dari mereka telah menjadi mufti dan kadi kerajaan. Dengan menggunakan pengaruh mereka, tulisan dari Kaum Muda telah dilarang bawa masuk ke negeri-negeri Melayu seperti yang terjadi kepada majalah al-Manar. Di Negeri Selat, mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan mereka dengan mendirikan sekolah agama dan menerbitkan majalah serta akhbar. Antara majalah dan akhbar yang memuatkan tulisan Kaum Muda ialah al-Imam (1906), Neracha (1911), al-Manar (1914), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928). Melalui majalah dan akhbar tersebut terutamanya al-Imam dimasukkan tidak sahaja soal-soal agama malah disentuh perkara mengenai kemunduran orang Melayu dan pentingnya pelajaran termasuk ilmu pengetahuan baru. Perjuangan Kaum Muda ternyata mendapat sokongan kuat dari pelajar Islam yang masih menuntut di Timur Tengah. Mereka telah menulis dalam majalah Seruan Azhar (1925-1928) dan Pilihan Timur (1927-1929) termasuk semangat Islam. Tujuan mereka yang utama ialah mengadakan satu gerakan Pan-Islamism yang bersifat anti penjajah dan penyatuan Tanah Melayu-Indonesia. 2. Sosioekonomi (1926-1936) Sungguhpun golongan agama menjadi pendorong kepada gerakan kebangsaan di peringkat awalnya tetapi pengaruhnya mulai mesorot terutama dalam tahun-tahun 1920-an disebabkan munculnya pemimpin-pemimpin yang mendapat didikan Melayu dan Inggeris. Mereka adalah lepasan dari Maktab Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan dalam tahun 1905 dan dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim yang ditubuhkan dalam tahun 1922. Selain maktab ini, banyak sekolah lain telah didirikan seperti Penang Free School (1816), Singapore Free School yang kemudian dikenal sebagai Raffles Institution (1823), Malacca Free School (1826), St. John Institution di Kuala Lumpur (1905), King Edward VII Medical College di Singapura (1905) dan Raffles College (1928). Pemimpin-pemimpin Melayu lulusan MPSI merupakan golongan yang radikal. Mereka mendapat pengaruh dari perjuangan pemimpin Indonesia dalam meninggikan taraf ekonomi dan penguasaan politik. Di Indonesia telah didirikan Budi Utomo dalam tahun 1908, Parti Sarekat Islam dalam tahun 1912, Parti Komunis Indonesia dalam tahun 1921 dan Parti Nasional Indonesia dalam tahun 1927. Selain itu, pemimpin Melayu mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku dalam negeri iaitu pergolakan di kalangan orang Cina. Pada tahun 1927 telah berlaku perpecahan antara Kuomintang dengan Parti Komunis China. Perpecahan ini telah menimbulkan pertentangan di kalangan orang Cina termasuk di Tanah Melayu sendiri. Keadaan ini menyebabkan ramai orang Cina mengubah fikiran untuk menetap di sini dan menjadikan Tanah Melayu sebagai tanahair mereka. Mereka mula menuntut supaya mereka diberi hak dan keistimewaan. Peristiwa tersebut telah menyedarkan orang Melayu untuk mempertahankan kedudukan dan kepentingan mereka. Kegiatan pemimpin Melayu terutama pelajar MPSI bertambah giat apabila mereka mempunyai hubungan dengan pemimpin Indonesia dari Parti Komunis Indonesia yang telah melarikan diri ke Tanah Melayu selepas parti itu gagal melancarkan revolusi bersenjata dalam tahun 1926-1927. Di antara mereka yang melarikan diri ke Tanah Melayu ialah Tan Malaka, Alimin, Musso, Semaun, Darsono, Sutan Jenin, Mukhtar Lufti dan lain-lain lagi. Pengaruh mereka sangat besar kepada perjuangan pemimpin-pemimpin di Tanah Melayu seperti Ibrahim Yaacob. MPSI telah meluaskan kegiatannya dengan menubuhkan Ikatan Pemuda Pelajar (IPP) dalam tahun 1929 dan Ikatan SemenanjungBorneo (ISB) dalam tahun 1930. Tujuan penubuhan IPP ialah menyebarkan semangat di kalangan orang Melayu agar mereka sedar dan insaf akan nasib bangsa. Sementara ISB telah memperjuangkan konsep yang menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam “Indonesia Raya”. Konsep ini telah diperjuangkan oleh Ibrahim Yaacob, Hassan Haji Manan dan Yaacob Muhammad Amin. Gerakan pelajar MPSI telah menimbulkan kebimbangan kepada pemerintah Inggeris. Kegiatan mereka telah diawasi dan akhirnya pemerintah Inggeris mengambil langkah-langkah untuk melumpuhkan kegiatan mereka. Pensyarah-pensyarah MPSI yang terlibat dengan gerakan politik telah ditukarkan ke tempat-tempat lain supaya ia tidak dapat mempengaruhi pelajar-pelajar baru. Selepas tahun 1931, kegiatan politik di MPSI menjadi lumpuh. Berbeza dengan pemimpin yang mendapat didikan Barat, mereka lebih bersifat sederhana dan bekerjasama dengan pemerintah Inggeris. Mereka memperjuangkan kedudukan orang Melayu dengan menuntut supaya pemerintah Inggeris membaiki taraf ekonomi orang Melayu, memberi peluang kepada orang Melayu dalam perkhidmatan awam dan mengikuti pelajaran tinggi di universiti seperti di England. Di antara mereka ialah Raja Chulan, Dato’ Abdullah Haji Dahah dan Dato’ Onn bin Jaafar. Raja Chulan dan Dato’ Abdullah adalah anggota Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) dan muncul sebagai pejuang kebajian orang Melayu. Dalam MMP, mereka telah membantah kemasukan orang asing. Dato’ Onn pula dilantik menjadi anggota Dewan Perundangan Negeri Johor dan telah mendesak supaya diberi jaminan bahawa beliau diberi kebebasan bersuara dan bertindak demi kebajikan orang Melayu. Di Singapura usaha-usaha untuk membela nasib orang Melayu telah diperjuangkan oleh Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Abdullah Kadir dan Embuh Suluh. Dalam bulan Mei 1926, mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS). KMS memperjuangkan kedudukan orang Melayu yang masih mundur dalam semua bidang. Mohammad Eunos Abdullah menuntut agar kedudukan orang Melayu yang sedikit bilangannya dilindungi. Perjuangan beliau telah mendapat perhatian dan akhirnya dalam tahun 1929, pemerintah Inggeris telah menyediakan satu kawasan khas bagi orang Melayu. Kawasan itu dikenal dengan nama Kampung Melayu. Penubuhan KMS telah memberi ilham kepada beberapa pemimpin di Negeri-negeri Melayu dan hasilnya beberapa kesatuan telah ditubuhkan. Di Selangor telah ditubuhkan Kesatuan Melayu Selangor oleh Raja Sir Iuda, di Pahang ditubuhkan Kesatuan Melayu Pahang oleh Tengku Muhammad Ibn Sultan Ahmad dan Dato’ Hussein bin Mohammad Taib, di Negeri Sembilan pula ditubuhkan Kesatuan Melayu Negeri Sembilan oleh Tengku Mohammad Nasir.

156
Pengaruh KMS begitu luas sehinggakan cawangannya telah ditubuhkan di Melaka dan Pulau Pinang dalam tahun 1937. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 1937, perjuangan golongan sederhana itu tidak berasaskan kepada mana-mana pertubuhan politik. Kegiatan yang bersifat sederhana itu telah mendapat perhatian dari pemerintah Inggeris. Kesan perjuangan mereka telah terbukti dalam tahun-tahun 1930-an apabila Gabenor Cecil Clementi Smith merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, melaksanakan rancangan desentralisasi yang menunjukkan sikap menyebelahi Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu. 3. Politik (1937-1941) Pergolakan politik di Indonesia telah memberi perangsang kepada pemimpin-pemimpin Melayu terutama yang bersifat radikal untuk bergiat lebih aktif. Oleh sebab itu, pada awal tahun 1938, Ibrahim Yaacub dan Ishak Haji Muhammad dengan bantuan Onan Haji Siraj, pensyarah Maktab Teknik Kuala Lumpur, serta Mustaffa Haji Hessein, pensyarah Pertanian Serdang, telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang merupakan parti politik Melayu yang radikal. Perjuangan KMM ialah mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan bersatu dengan Indonesia dalam lengkungan Indonesia-Raya. Ternyata perjuangan KMM yang terlalu radikal tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin KMM sendiri seperti Ishak Haji Muhammad. Beliau berpendapat KMM hendaklah lebih memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dalam pentadbiran, pelajaran dan ekonomi supaya orang Melayu tidak tertindas oleh orang mendatang. Pada 6 Ogos 1939, semua kesatuan Melayu telah mengadakan satu kongres di Kuala Lumpur dan hasil dari kongres itu telah ditubuhkan sebuah persatuan kebangsaan yang diberi nama Persatuan Melayu Se-Malaya. Pengerusinya ialah Tengku Ismail bin Tengku Mohammad Yasin, pemimpin yang terkenal ketika itu. Walau bagaimanapun, persatuan itu masih bersifat bekerjasama dengan Inggeris dan konservatif. Dalam bulan Disember 1940, sekali lagi kongres diadakan di Singapura dan turut hadir sekali ialah wakil-wakil dari Sarawak dan Brunei. Telah diputuskan persatuan akan mengadakan kongresnya yang ketiga di Ipoh, Perak, tetapi ia tidak dapat diadakan disebabkan meletusnya peperangan. Pergerakan KMM telah meluas dan ia mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat Melayu. Pada tahun 1940, beberapa cawangan KMM telah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Di Selangor, ia dipimpin oleh Ahmad Boestamam, di Perak oleh Raja Shariman, di Pulau Pinang oleh Puteh Badri, di Kedah oleh Muhammad Arif, di Negeri Sembilan oleh Jaafar Sidek, di Melaka oleh Muhammad Isa, di Muar oleh Haji Abdul Hamid Fadzil, di Batu Pahat oleh Illias Karim, di Singapura oleh Ishak Haji Muhammad, di Pahang oleh Muhammad Yassin Salleh, di Terengganu oleh Ibrahim Fikri, di Kelantan oleh Abdul Kadir Adabi dan di Petani oleh Abdul Rasihd. Pergerakan KMM yang bersifat anti penjajah dan tidak mahu bekerjasama telah menimbulkan kebimbangan kepada pihak Inggeris. Pemerintahan Inggeris bertambah curiga apabila melihatkan adanya hubungan rapat antara KMM dengan pemimpin Indonesia terutama pemimpin komunis. Oleh sebab kegiatan KMM dianggap telah membahayakan kedudukan Inggeris, maka pada 1940, kirakira 150 anggota KMM telah ditangkap. Antaranya ialah Ibrahim Yaacub, Ishak Haji Muhammad, Hassan Manan, Idrus Hakim, Sutan Jenin dan Ahmad Boestmam. Mereka ditahan sehingga kedatangan tentera Jepun. Persatuan, kesatuan dan kelab 1. Kesatuan Melayu Singapura (KMS) KMS ditubuhkan oleh Mohammad Eunos bin Abdullah dengan dibantu oleh Embok Salleh dan Tengku Abdul Kadir pada tahun 1926. Tujuan penubuhan KMS ialah: a. Menggalakkan orang Melayu menumpukan perhatian terhadap negeri dan hak-hak mereka. b. Memajukan orang Melayu dalam bidang siasah (politik) dan pelajaran. c. Menggalakkan orang Melayu mendapat pelajaran tinggi fan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. d. Menjadi perantaraan bagi orang Melayu menyuarakan kehendak mereka kepada Kerajaan Negeri-negeri Selat. e. Menjaga kepentingan orang Melayu di Singapura. KMS menggesa orang Melayu bersatu-padu dan bekerjasama demi kepentingan orang Melayu. KMS berjaya mendesak Kerajaan Selat memberikan sebuah kawasan untuk orang Melayu. Tanah kawasan itu seluas 251 hektar. Kawasan itu telah didirikan Kampung Melayu. Selain itu, KMS juga mendesak Kerajaan Negeri Selat menubuhkan Sekolah Pertukangan bagi orang Melayu pada tahun 1929. Kejayaan KMS di Singapura adalah besar sehingga cawangan-cawangannya ditubuhkan di Pulau Pinang dan Melaka dalam tahun 1937. Keseluruhannya, penubuhan KMS telah memberi ilham kepada beberapa orang Melayu untuk memperjuangkan kebebasan dan kepentingan orang Melayu. 2. PASPAM Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) telah ditubuhkan pada 7 April 1934. PASPAM merupakan pertubuhan Melayu yang pertama meliputi seluruh Tanah Melayu. Pertubuhan ini membolehkan kaum Melayu dari seluruh negara bertemu dan mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum Melayu. Sebagai satu cara untuk menegaskan kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya, persatuan ini menganjurkan cogan kata “Hidup Bahasa, Hiduplah Bangsa”. Pada bulan November 1934, PASPAM telah mengadakan persidangan kebangsaannya yang pertama di Taiping. Persidangan ini merupakan mesyuarat pertama di peringkat kebangsaan yang diadakan di kalangan orang Melayu. Sungguhpun tiada sebarang keputusan tetap diambil dalam persidangan tersebut tetapi ia merupakan pendorong yang membawa kepada pertambahan anggotanya. Menjelang bulan Mei 1935, PASPAM mempunyai keahlian lebih daripada 1000 orang di seluruh Tanah Melayu dan ini meningkat kepada hampir 10000 orang ahli menjelang pertengahan tahun 1937 dan seterusnya meningkat lagi menjadi 12000 orang. Pemimpin-pemimpin utama PASPAM ialah Syed Alwi, S.M. Zainal Abidin, Syeikh Abdullah al-Maghribi dan Hamidun bin Mohammad Hashim. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1940 perpecahan telah berlaku di kalangan pemimpin PASPAM kerana kebanyakan mereka tidak puas hati terhadap pemimpin pusat Pulau Pinang yang terdiri daripada mereka yang berketurunan Arab dan India Islam. Namun demikian, PASPAM telah memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme Melayu. 3. Persatuan Melayu Perak Persatuan Melayu Perak ditubuhkan pada 18 September 1939 di Ipoh oleh 104 orang yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan kerajaan. Pemimpin-pemimpin yang utama ialah Wan Mohammad Nur bin Wan Nasir dan Dr. S. Kassim. Persatuan Melayu Perak merupakan sebuah pertubuhan yang bersifat sederhana. Ia tidak mahu terlibat dalam bidang politik tetapi menumpukan perhatian terhadap kegiatan untuk membaiki taraf sosial dan ekonomi orang Melayu di Perak. Tujuan-tujuan utama persatuan ini ialah: a. Menggalakkan kerjasama antara ahli-ahli.

157
b. Meninggikan taraf pendidikan dan ekonomi orang Melayu. c. Menggalakkan ahli-ahli melahirkan taat setia kepada kerajaan dan raja. d. Mengadakan kerjasama dengan kerajaan untuk memajukan kepentingan orang Melayu. Sikap sederhana, dasar kerjasama serta sikap tidak mahu terlibat dalam hal politik yang didukung oleh Persatuan Melayu Perak dikecam oleh akhbar Majlis. Akhbar Majlis menyatakan bahawa Persatuan Melayu Perak yang tidak berbau politik tidak dapat memperbaiki keadaan orang Melayu. 4. Persatuan Melayu Selangor Persatuan Melayu Selangor ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kuala Lumpur. Pemimpin-pemimpin utamanya berasal daripada golongan pemerintah yang kebanyakannya berpengetahuan Inggeris. Antaranya ialah Tengku Ismail bin Tengku Mohammad Yassin, Raja Bon bin Raja Yahya, Raja Yaacob bin Raja Alang dan Raja Uda bin Raja Mohammad. Pertubuhan ini bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik. Tujuan-tujuannya ialah: a. Mendesak Kerajaan Inggeris supaya menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor. b. Memperuntukkan jawatan-jawatan penting seperti Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah tinggi untuk orang Melayu. c. Memperluaskan peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi bagi orang Melayu. Persatuan ini telah membuat beberapa bantahan dan permintaan terhadap Kerajaan Inggeris. Antaranya ialah: a. Membantah cadangan Inggeris untuk menubuhkan sebuah universiti pada tahun 1938 kerana orang Melayu yang layak memasuki universiti masih belum mencukupi. b. Membantah Undang-undang Simpanan Tanah Melayu yang dianggap sebagai satu cara Kerajaan Inggeris untuk menyekat kegiatan ekonomi orang Melayu. c. Mendesak Kerajaan Inggeris supaya bilangan askar Melayu diperbesarkan lagi sehingga menjadi 10 batalion dan sebuah angkatan udara dan laut Melayu ditubuhkan. Dalam usaha menjalankan aktiviti-aktiviti ini, Persatuan Melayu Selangor telah menumpukan taat setia kepada Raja-raja Melayu dan kepada pemerintahan Inggeris. 5. Persatuan Melayu Pahang Persatuan ini ditubuhkan pada bulan Mac 1938 di bawah pimpinan Tengku Muhammad bin Sultan Ahmad, seorang kerabat raja. Tujuan persatuan ini ialah untuk memperjuangkan kemajuan sosioekonomi orang Melayu dan menyampaikan masalah orang Melayu kepada Kerajaan Inggeris. 6. Persatuan Melayu Negeri Sembilan Persatuan ini ditubuhkan pada 9 September 1938. Pemimpin utamanya ialah Tengku Mohammad Nasir dan Raja Nordin bin Haji Mohammad Tahir. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menjaga dan memajukan kepentingan orang Melayu di Singapura. 7. Persatuan Melayu Kelantan Persatuan ini ditubuhkan pada 20 April 1939. Pemimpin utamanya ialah Nik Yahya bin Nik Daud, Haji Othman bin Tahir dan Ahmad Ismail. Anggota-anggotanya terdiri daripada golongan kelas atasan yang berpendidikan Inggeris. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menyatukan orang Melayu dan berikhtiar memajukan keadaan ekonomi dan sosialnya. 8. Kesatuan Melayu Muda Kesatuan Melayu Muda (KMM) diasaskan oleh Ibrahim Yaacob di Kuala Lumpur pada tahun 1938. Pemimpinnya yang lain ialah Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestaman, Abdul Karim Rashid, Hassan Maran, Onan Haji Siraj dan Haji Othman bin Abdullah. Pemimpin-pemimpin ini adalah bekas penuntut MPSI. Terdapat juga pemimpin yang lain terdiri daripada Sekolah Teknik Kuala Lumpur dan Sekolah Pertanian Serdang. Tujuan utama KMM ialah: a. Melindungi hak-hak orang Melayu. b. Mendapatkan kemerdekaan penuh daripada penjajah baik dari segi ekonomi, sosial dan politik. c. Menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia (konsep Melayu Raya). KMM bersifat radikal dan berani menentang British secara terbuka. KMM menerbitkan akhbar-akhbar seperti Warta Malaya, Majlis untuk menyalurkan serta menyebarkan dasar tidak bekerjasama sebagai matlamat perjuangannya. KMM juga mendapat sambutan baik dari bekas pelajar Melayu yang menjadi guru sekolah Melayu dan guru dan penuntut sekolah agama dari Madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dan dari Ilhaya Assyariff di Gunung Semanggul, Perak selain mendapat sambutan baik bekas penuntut MPSI. Hasil dari sokongan mereka. KMM telah membuka cawangannya di Tanah Melayu, misalnya cawangan Selangor yang dipimpin oleh Ahmad Boestaman dan cawangan Singapura yang dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad. Sungguhpun demikian, KMM tetap mendapat bantahan daripada golongan yang berpendidikan Inggeris dan golongan bawahan. Golongan berpendidikan Inggeris membantah KMM kerana KMM bersikap anti birokrasi. Golongan bawahan membantah KMM pula disebabkan mereka masih mengharapkan kepimpinan daripada sultan-sultan dan golongan aristokrat yang dianggap sebagai pelindung masyarakat Melayu dan rakyat jelata tidak tertarik dengan idea penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia. Semasa Perang Dunia Kedua, Jepun menyokong KMM kerana hendak membangkitkan perasaan anti-Inggeris di kalangan orang Melayu. Jepun telah membebaskan mereka apabila British menyerah kalah setelah mereka dipenjarakan oleh pihak British pada penghujung tahun 1941. Gerakan nasionalisme zaman Jepun (1941-1945) Kejayaan tentera Jepun menakluki Tanah Melayu dan Singapura telah menambahkan lagi semangat dan kekuatan pemimpinpemimpin Melayu terutama dari KMM memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Kekalalahan tentera Inggeris di tangan tentera Jepun telah menjatuhkan imej keagungan tentera Inggeris. Begitu juga kekalahan tentera Inggeris di Eropah telah menjejaskan kedudukan Inggeris di Tanah Melayu. Peristiwa itu telah melenyapkan kepercayaan rakyat bahawa Inggeris adalah pelindung Tanah Melayu. Kepercayaan ini hilang lebih-lebih lagi kemenangan tentera Jepun dicapai dalam masa yang singkat iaitu hanya dalam masa 70 hari sahaja. Hal ini juga telah menghancurkan tanggapan bahawa kuasa Barat tidak boleh dikalahkan oleh orang-orang Asia.

158
Keadaan ini menyebabkan orang Melayu terutama golongan sayap kiri yang anti British tidak lagi yakin terhadap pemerintahan British. Pemerintahan Jepun sedar untuk menyatakan kedudukannya di Tanah Melayu terutama untuk menentang British, mereka hendaklah mndapat sokongan dari orang Melayu. Untuk tujuan tersebut, pemerintah Jepun telah membebaskan pemimpin Melayu yang dipenjarakan oleh British dan mengambil langkah-langkah yang boleh mendapat kerjasama dari orang Melayu. Antara pemimpin-pemimpin Melayu yang dibebaskan ialah Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestaman. Kegiatan KMM telah menimbulkan rasa curiga pemerintah Jepun. Pemerintah Jepun merasa kecewa kerana KMM lebih memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu dari menyebarkan propaganda menyokong perjuangan Jepun. Pemerintah Jepun merasa perjuangan KMM tidak menguntungkan maka KMM dibubarkan pada akhir bulan April 1942. Sungguhpun demikian, anggota KMM tetap meneruskan kegiatan mereka. Pada tahun 1943, dengan sokongan pemerintah Jepun telah ditubuhkan Pasukan Pembela Tanahair (PETA) yang diketuai oleh Ibrahim Yaacob. Anggota KMM telah memberi sokongan terhadap PETA dengan tujuan untuk meneruskan kegiatan mereka. Tetapi tujuan pemerintah Jepun ialah untuk menggunakan PETA sebagai alat untuk menentang gerakan anti Jepun seperti Parti Komunis Malaya dan MPAJA yang mana kedua-duanya telah mendapat bantuan dari tentera Inggeris melalui Pasukan Force 136. Selanjutnya pemerintah Jepun telah menunjukkan minatnya untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Untuk tujuan itu maka digalakkan penubuhan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KERIS) yang dikuasai oleh Dr. Burhanuddin dan Ibrahim Yaacob. KERIS memperjuangkan idea untuk mencantumkan Indonesia dengan Tanah Melayu dalam konsep yang dikenali sebagai “Indonesia Raya”. Pemimpin KERIS sering mengadakan rundingan dengan pemimpin Indonesia seperti Sukarno dan Hatta. Perundingan telah diadakan di Singapura pada 8 Ogos 1945 ketika Perwakilan Kemerdekaan Indonesia berada di Singapura dalam perjalanan mereka ke Saigon. Perundingan selanjutnya diadakan sekali lagi antara Sukarno dan Hatta dengan pemimpin KERIS di Taiping pada 12 Ogos ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Indonesia. Dalam pertemuan itu, Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin berjanji akan menghantar 8 orang dari Tanah Melayu ke Jakarta dalam upacara pengisytiharaan kemerdekaan Indonesia. Tanah Melayu akan menjadi sebahagian dari Indonesia. Malangnya, cita-cita Ibrahim Yaacob dan pemimpin KMM yang lain telah musnah disebabkan Jepun telah menyerah kalah dengan pihak Berikat secara tiba-tiba iaitu pada 15 Ogos 1945. Sukarno atas desakan pemimpin Indonesia yang lain dengan segera telah mengumumkan kemerdekaan Indonesia. Pemimpin di Tanah Melayu belum bersedia berbuat demikian hinggalah tentera Inggeris kembali ke Tanah Melayu pada September 1945. Ibrahim Yaacob berasa kecewa dan mengambil keputusan berpindah ke Indonesia. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Pengenalan Sejak campur tangan British di Negeri-negeri Melayu (NNM) tahun 1824, keamanan, peraturan serta kestabilan politik telah dapat diwujudkan di Tanah Melayu. Walaupun terdapat kekacauan seperti Perang Perak (1875), Kebangkitan Pahang (1891-1895), Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan (1911) dan Kebangkitan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu (1928) tetapi kekacauan tersebut dianggap peristiwa kecil yang tidak menjejaskan keamanan dan peraturan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1940-an, keamanan dan peraturan di Tanah Melayu telah tergugat akibat daripada serangan Jepun sejak 8 Disember 1941. Mengapa Jepun menyerang Tanah Melayu 1. Pertambahan penduduk Sejak awal abad ke-20, berlaku pertambahan penduduk di Jepun yang tidak seimbang dengan pertambahan tanah pertanian. Pada tahun 1932, penduduk Jepun telah meningkat sebanyak 70 juta orang. Akibatnya Jepun memerlukan tanah jajahan bagi menampung penduduk yang berlebihan. 2. Bentuk fizikal negeri Jepun Bentuk fizikal negeri Jepun yang bergunung-ganang menyebabkan mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pertanian. Akibatnya, Jepun beralih kepada bidang perisdustrian. Perindustrian memerlukan bahan mentah dna pasaran. Bagi menjamin bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun perlu mempunyai tanah jajahan. 3. Kejayaan Rancangan Perindustrian Meiji Rancangan Perindustrian yang dilaksanakan semenjak pemerintahan Meiji pada tahun 1868 telah mencapai kejayaan. Kejayaan ini mendorong Jepun untuk memperluaskan rancangan perindustriannya. Bagi menjayakan cita-cita ini, Jepun perlu mempunyai tanah jajahan bagi menjamin bekalan bahan mentah dan pasaran yang tetap. 4. Fahaman militerisme Fahaman militerisme telah merebak di kalangan pemimpin Jepun sejak akhir abad ke-19. Sejak tahun 1932, politik Jepun telah dikuasai oleh golongan tentera apabila mereka menguasai Diet (parlimen). Fahaman militerisme telah membawa kepada perkembangan imperialisme. Fahaman militerisme semakin kuat apabila Jeneral Tojo Hideki menjadi Perdana Menteri Jepun sejak 18 Oktober 1941. Pembesaran angkatan tentera telah mendorong Jepun untuk menyerang negara-negara Asia terutamanya Asia Tenggara. Kejayaan Jepun dalam peperangan China-Jepun (1894-1895) dan peperangan Rusia-Jepun (1904-1905) telah memperlihatkan kebangkitan kuasa Jepun. Kebangkitan ini telah membimbangkan Kuasa-kuasa Barat (KKB) kerana mereka takut tentera Jepun akan muncul sebagai kuasa terkuat di Asia dan mencabar kepentingan mereka. Untuk menyekat kebangkitan Jepun KKB telah mengenakan beberapa sekatan ke atas Jepun. Pada Julai 1940, Amerika Syarikat mengharamkan eksport petroleum dan logam untuk gred I. Beberapa bulan kemudian, eksport semua jenis logam ke Jepun turut diharamkan. Sekatan ekonomi ini menjejaskan Rancangan Pembaharuan Jepun khususnya Rancangan Pembesaran Angkatan Tentera. Pada Julai 1941, asset Jepun di Amerika Syarikat dibekukan. Dalam Persidangan Washington 21 November 1921, nisbah angkatan laut British, Amerika dan Jepun ditetapkan sebagai 5:5:3. 5. Kejayaan awal Kejayaan awal yang dicapai oleh Jepun telah mendorong mereka untuk menjalankan dasar imperislisme. Di antara kejayaan tersebut ialah kemenangan Jepun dalam Pernag China-Jepun (1894-1895) dan Perang Rusia-Jepun (1904-1905). 6. Cita-cita Jepun

159
7. Kerajaan dan penduduk Jepun bercita-cita supaya mereka mendapat pengiktirafan dunia dan dianggap setanding dengan kuasa-kuasa Barat. Untuk mencapai matlamat ini, Jepun perlu mempunyai tanah jajahan seperti yang dimiliki oleh KKB. Alihkan perhatian Pada tahun 1930-an, berlaku kekacauan politik di Jepun akibat daripada perbalahan di antara golongan awam dengan tentera. Keadaan ini mendorong pemimpin Jepun untuk melaksanakan dasar imperialisme bagi mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah-masalah dalam negeri. Perang Dunia Kedua Perang Dunia Kedua di Eropah sejak September 1939 akibat daripada serangan Jerman dan Itali ke atas negara Eropah seperti Perancis, Belanda, Rusia dan sebagainya. Keadaan ini mendorong Jepun untuk menyerang negara-negara Asia terutamanya Asia Tenggara kerana ia yakin KKB tidak mampu untuk mempertahankan tanah jajahan mereka di Asia. Kebangkitan nasionalisme Sejak awal abad ke-20 berlaku kebangkitan nasionalisme di Asia yang bertujuan untuk membebaskan negara mereka dari penjajahan Barat. Jepun yakin bahawa kedatangannya akan mendapat sokongan penduduk tempatan lebih-lebih lagi mereka telah diyakinkan yang Jepun merupakan pembebas yang akan menyingkirkan KKB dari negara Asia. Peranan Zaibatsu Kejayaan Rancangan Pembaharuan Meiji telah melahirkan gergasi ekonomi yang dikenali sebagai zaibatsu. Golongan ini berpengaruh kerana kekayaan mereka dan menjadi penyokong kuat parti-parti politik. Golongan zaibatsu telah mempengaruhi pemimpin Jepun untuk melaksanakan dasar imperislisme supaya Jepun akan mempunyai tanah jajahan dan menjamin bekalan bahan mentah serta pasaran bagi barangan mereka. Perjanjian kerjasama Perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani oleh Jepun mendorong ia untuk melaksanakan dasar imperialisme. Pada September 1940, Jepun menandatangani perjanjian kerjasama dengan Jerman dan Itali. Mengikut perjanjian tersebut Jerman dan Itali akan menyerang negara Eropah dan Afrika manakala Jepun negara Asia. Pada Disember 1940, Perjanjian Kerjasama dengan Siam ditandatangani. Dalam perjanjian ini, Siam membenarkan Jepun membenarkan negaranya sebagai pengkalan untuk menyerang Indo-China, Tanah Melayu dan Burma. Pada April 1911, Jepun menandatangani Perjanjian Berkecuali dengan Rusia. Balas dendam Jepun menyerang Tanah Melayu dengan tujuan untuk membalas dendam terhadap British dan orang Cina di Tanah Melayu kerana membantu negeri China menentang Jepun semasa perang China-Jepun 1937. Orang Cina di Tanah Melayu telah menjalankan kutipan derma untuk membantu negeri Chian. Dalam tempoh 1937-1941, sebanyak $146 juta telah dikumpul oleh orang Cina di Tanah Melayu membantu negeri China menentang Jepun. Selain itu, terdapat ramai pemuda Cina dihantar ke China dalam usaha untuk menentang Jepun. Tanah Melayu kaya Jepun menyerang Tanah Melayu kerana Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah yang diperlukan oleh industrinya seperti bijih timah dan getah. Selain itu, Tanah Melayu boleh dijadikan pasaran kepada keluaran industri Jepun. Daerah Kemakmuran Bersama Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada rancangan Jepun untuk mewujudkan “Daerah Kemakmuran Bersama” yang berpusat di Jepun. Negeri-negeri yang akan digabungkan dalam rancangan ini termasuklah Korea, Manchuria, China, Indo-China, Siam, Burma, Tanah Melayu, Filipina, India, Indonesia, Australia dan New Zealand.

8.

9.

10.

11.

12.

13. 14.

Kemaraan tentera Jepun 8 Disember 1941 -Kota Bahru 10 Disember 1941-Jitra 13 Disember 1941-Alor Setar,Kuala Terengganu 17 Disember 1941-Pulau Pinang 21 Disember 1941 -Taiping 24 Disember 1941 - Kuala Kangsar 28 Disember 1941 -Ipoh 31 Disember 1941 -Kuantan 7 Januari 1942 -Slim River 11 Januari 1942-Kuala Lumpur 15 Januari 1942 -Gemas 21 Januari 1942 -Segamat 24 Januari 1942 -Keluang 26 Januari 1942 -Mersing 31 Januari 1942 -Johor Bahru 7-15 Februari 1942 -Singapura Mengapa Jepun mudah menguasai Tanah Melayu 1. Kesilapan strategi British menjangka Jepun akan menyerang Tanah Melayu melalui Singapura. Akibat daripada jangkaan ini, maka kekuatan pertahanan British di Tanah Melayu tertumpu di Singapura, sedangkan pertahanan belakangnya lemah. Tindakan Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Utara di mana pertahanan British amat lemah menjadi faktor Jepun mudah menguasai Tanah Melayu. 2. British tidak bersedia British di Tanah Melayu memang tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun. Dalam masa yang sama ia terlibat dalam Perang Dunia Kedua di Eropah menentang Jerman. Akibatnya kekuatan tentera British terbahagi dua iaitu untuk peperangan di Eropah dan

160
untuk mempertahankan Tanah Melayu serta tanah jajahan lain seperti Burma dan sebagainya. Pertahanan Tanah Melayu berdasarkan andaian bantuan dari British akan diperolehi jika Tanah Melayu diserang. Walau bagaimanapun semasa serangan Jepun, bantuan dari British tidak diperolehi kerana British sedang menghadapi kesulitan di Eropah. Ia baru sahaja pulih daripada kekalahan di Perancis dan sedang membantu Rusia menghadapi Jerman. 3. Sokongan tempatan Sokongan penduduk tempatan juga menjadi faktor memudahkan Jepun menguasai Tanah Melayu. Kedatangan Jepun mendapat sokongan penduduk tempatan kerana ia dianggap pembebas yang akan membebaskan Tanah Melayu dari British. Golongan kiri khususnya Kesatuan Melayu Muda di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob telah bekerjasama dengan Jepun. 4. Kelebihan tentera Jepun Tentera Jepun lebih terlatih terutamanya dalam peperangan di hutan kerana mendapat latihan di Indo-China dan Taiwan. Mereka dilatih untuk menghadapi masalah-masalah tropika seperti cuaca, penyakit dan lain-lain lagi. Malah terdapat di antara mereka yang sudah berpengalaman dalam perang di negeri Chian. Selain itu, tentera Jepun dipimpin oleh pegawai-pegawai yang berkebolehan seperti Jeneral Yamashita dan Leftenan Jeneral Tsuji. Tentera Jepun lebih bersemangat berbanding dengan tentera British. Mereka sanggup berkorban untuk kepentingan bangsa, negara dan maharaja disamping amat patuh kepada arahan ketua. Kejayaan-kejayaan awal yang mudah telah menaikkan lagi semangat tentera Jepun. Akibat daripada semangat yang tinggi inilah, tentera Jepun berjaya mengalahkan British walaupun bilangan tentera mereka hanya 60000 orang sedangkan tentera British seramai 130000 orang. Taktik peperangan Jepun dianggap lebih baik dan paktis. Contohnya penggunaan basikal memudahkan gerakan mereka dari Utara ke Selatan Tanah Melayu. Kelengkapan perang Jepun dianggap setanding dengan kelengkapan perang British malah kapal terbang Jepun yang dikenali sebagai “zero fighter” dianggap dua kali ganda lebih baik dan lebih banyak daripada kapal terbang British. 5. Persediaan Jepun Walaupun rancangan untuk menyerang Tanah Melayu dibuat pada 1940 tetapi dalam masa 6 bulan sahaja Jepun berjaya memperolehi segala maklumat mengenai pertahanan British di Tanah Melayu seperti kedudukan pengkalan, bilangan tentera, kelengkapan peralatan dan sebagainya. Jepun mempunyai rangkaian pengintipan terbaik di Asia ketika itu. Ia mengetahui kekuatan pertahanan British di Tanah Melayu bertumpu di Singapura manakala pertahanan belakangnya lemah. Oleh itu, Jepun mengambil keputusan untuk menyerang Tanah Melayu dari Utara dimana British amat lemah. Jepun juga telah mengetahui lapangan terbang British yang strategik seperti Alor Setar, Taiping dan Kota Bahru. Langkah awal yang dijalankan oleh Jepun adalah menguasai lapangan terbang tersebut bagi melumpuhkan pertahanan udara British. Selain itu, Jepun juga mengetahui 2 barisan tentera yang terkuat di Tanah Melayu iaitu Jitra dan Slim River. 6. Strategi peperangan Strategi peperangan Jepun juga menjadi faktor yang memudahkan ia menguasai Tanah Melayu. Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Utara di mana pertahanan British amat lemah. Ia juga telah menyerang Tanah Melayu pada musim tengkujuh dan British tidak menyangka Jepun akan menyerang pada masa itu. Dalam usaha melumpuhkan angkatan laut British, Jepun telah menenggelamkan 2 buha kapal British iaitu Repulse dan Prince of Wales berhampiran Pulau Tioman pada 10 Disember 1941. Akibatnya British tidak mempunyai pertahanan laut bagi mempertahankan pantai-pantai Tanah Melayu. Keadaan ini memudahkan Jepun menyerang dan menguasai pantai-pantai Tanah Melayu. Dalam usaha untuk melumpuhkan pertahanan udara British, Jepun telah menyerang kapal terbang dan menguasai lapangan terbang tentera British. Lapangan terbang Alor Setar dikuasai pada 12 Disember 1941, Kota Bahru 8 Disember 1941 dan Taiping pada 21 Disember 1941. Keadaan ini membolehkan Jepun menguasai ruang udara Tanah Melayu. 7. Perjanjian dengan Siam Perjanjian dengan Siam pada 11 Disember 1940 juga menjadi faktor yang memudahkan Jepun menguasai Tanah Melayu. Akibat daripada perjanjian ini, Siam membenarkan Jepun menggunakan negerinya sebagai pengkalan untuk menyerang Tanah Melayu. Oleh itu kita dapati Jepun mula menyerang Tanah Melayu melalui Siam. 8. Semangat tentera British Semangat tentera British amat lemah jika dibandingkan dengan tentera Jepun. Kekalahan-kekalahan awal yang begitu mudah melemahkan lagi semangat tentera British. Tentera British yang kebanyakan terdiri daripada tentera India bukan sahaja muda tetapi berpengalaman dalam peperangan. Semangat tentera India kian luntur akibat daripada peperangan Jepun “Asia untuk Asia” yang menyeru orang India untuk bekerjasama dengan Jepun bagi membebaskan negeri India dari penjajahan British. Untuk menjayakan propaganda ini, Jepun telah menggunakan pemimpin buangan India iaitu Subhas Chandra Boes. 9. Kuasa-kuasa lain Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, British tidak mendapat bantuan kuasa-kuasa Barat yang lain kerana mereka terlibat dalam peperangan menentang Jerman dan Itali di Eropah dan Afrika. Selain itu, KKB lain juga terpaksa mempertahankan tanah jajahan mereka daripada serangan Jepun. Sebagai contoh, Perancis di Indo-China, Amerika di Filipina dan Belanda di Indonesia. 10. Penyelarasan Kejayaan Jepun menguasai Tanah Melayu dengan mudah kerana adanya penyelarasan di antara angkatan darat, laut dan udara. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu Kerajaan Jepun menubuhkan pentadbiran tentera di Tanah Melayu. Pentadbiran Tanah Melayu dibahagikan dua: 1. Negeri-negeri Selat Negeri-negeri Selat diperintah oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di Singapura. Nama Singapura diubah kepada “Syonan” yang bermaksud “Cahaya Selatan”. 2. Negeri-negeri Melayu Pada bulan Ogos 1943, Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Siam sebagai balasan kepada Siam yang memberikan laluan untuk memasuki Tanah Melayu. Negeri-negeri Melayu yang lain dan Sumatera (sehingga April 1943) disatukan. Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai “Malai Baru”. Kawasan ini dibahagikan kepada 8 wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Jepun. Gabenor ini menerima arahan dari Presiden (Gunseikan) yang beribu pejabat di Singapura. Gabenor ini dibantu oleh Majlis Penasihat Melayu dan Majlis Perundangan. Gabenor menjadi pengerusi majlis-majlis ini dan

161
Sultan menjadi naib pengerusinya. Majlis Mesyuarat Negeri menjadi sebuah badan penasihat. Sultan-sultan kekal sebagai ketua negeri masing-masing dan hanya dibenarkan melaksanakan kuasanya dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Jepun juga menubuhkan 3 jenis pasukan perisikan tentera: a. Kempeitai Perisik di kalangan masyarakat untuk mengawal keamanan. Kempeitai sangat kejam dan telah membunuh ramai orang. b. Teitikan Pasukan mata-mata gelap yang bertugas mencari orang yang menentang Jepun. c. Toko Merisik di seluruh Tanah Melayu. Dasar Jepun di Tanah Melayu 1. Dasar pemerintahan Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 apabila Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah secara rasmi kepada Jepun. Seterusnya Tanah Melayu dijadikan sebagai Tanah Jajahan Jepun. Sejak permulaannya, Tanah Melayu telah disatukan dengan Sumatera atas sebab strategi ketenteraan dan politik. Jepun menganggap Tanah Melayu dan Sumatera sebagai pusat pergerakan tentera bagi laut-laut di Selatan. Selain itu, penyatuan ini juga bertujuan untuk mendapat sokongan orang Melayu serta untuk membangkitkan semangat Pan-Malayan. Sungguhpun begitu, Jepun gagal dalam usahanya ini kerana ketaatan orang Melayu pada dasarnya adalah terhadap negeri-negeri mereka dan bukannya terhadap Pan-Malayan. Oleh itu, pada bulan April 1943, Sumatera dipisahkan dari Tanah Melayu. 2. Dasar perkauman Dasar Jepun terhadap kaum di Tanah Melayu berbeza-beza kerana setiap kaum mempunyai kepentingannya sendiri. a. Orang Melayu Pihak Jepun ingin mendapat sokongan orang Melayu. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan orang Melayu terutama golongan elit. Ramai orang Melayu dilantik menjadi Pegawai Daerah. Lebih ramai orang Melayu diambil bekerja dalam perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam bidang pentadbiran awam, polis dan tentera. Sikap pro-Melayu ini juga bertujuan memastikan orang Melayu tidak bersatu dengan penduduk Cina menentang pemerintahan Jepun. Dasar pro-Melayu ini diperhebatkan lagi dengan menggalakkan orang Melayu menubuhkan pertubuhan seperti KERIS untuk memperjuangkan kemerdekaan. Akan tetapi, orang Melayu tetap membenci Jepun kerana mengalami penderitaan, kebuluran dan ketakutan. b. Orang Cina Layanan orang Jepun terhadap orang Cina sungguh buruk sekali. Hal ini adalah kerana Jepun mengetahui yang orang Cina membantu perjuangan Kerajaan Nasionalis China menentang Jepun sejak tahun 1937. Dasar anti-Cina bertambah lagi disebabkan oleh penglibatan orang Cina dalam MPAJA dan Parti Komunis Malaya yang begitu giat menentang Jepun. Justeru itu, Jepun telah bersikap kasar dan keras serta melakukan kezaliman ke atas orang Cina di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, dasar anti-Cina ini terpaksa diubah dan Jepun bersikap lebih lembut kerana mengalami kekurangan makanan dan kekalahan dalam peperangan dengan Amerika Syarikat. Pihak Jepun memerlukan bantuan makanan daripada golongan pedagang Cina dan kerjasama orang Cina dalam ekonomi. Perubahan dasar itu juga tidak berjaya mengukuhkan pemerintahan Jepun. c. Orang India Jepun berbaik-baik dengan orang India kerana ingin mendapatkan sokongan orang India dalam usahanya menawan India. Dalam hal ini, Jepun membantu penubuhan Liga Kemerdekaan India dan Tentera Nasional India serta Kerajaan Buangan India iaitu Azad Hind di Singapura yang di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Sungguhpun demikian, orang India juga tidak terlepas daripada kerahan buruh paksa serta penyeksaan, penderitaan dan kebuluran, pengangguran dan ketakutan sepertimana yang dialami oleh orang Melayu dan Cina. 3. Dasar ekonomi Ekonomi urusniaga bebas ditukar kepada ekonomi kawalan. Penanaman padi diutamakan supaya pengeluaran makanan mencukupi. Rancangan 3 tahun sara diri dijalankan. Padi Taiwan diperkanalkan untuk penanaman dua kali setahun. Tanaman ubi kayu, sagu dan lada hitam giat ditanam. Rancangan Jepun untuk menghasilkan tanaman sara diri tidak berjaya. Pengeluaran barang makanan seperti beras tidak mencukupi. Ekonomi Tanah Melayu merosot dan menjadi lumpuh kerana: a. Rancangan ekonomi tidak dapat dijalankan kerana serangan pihak Berikat. b. Banyak kapal kargo yang menghantar keperluan pertanian diserang oleh pihak Berikat. c. Perdagangan menjadi lumpuh kerana sekatan ekonomi. d. Barang keperluan yang diimport berkurangan. e. Perusahaan timah dan getah telah diabaikan. Walau bagaimanapun, perusahaan besi dan bauksit menjadi maju sebab ia penting bagi pembinaan kelengkapan perang. Dari segi matawang, nilai mata wang adalah rendah kerana pengeluaran wang pokok pisang yang tidak dikawal. Selain itu, pengeluaran barang utama juga dikawal rapi. Permit juga dikenakan terhadap semua jenis pengangkutan dan perdagangan. Pihak Jepun juga memaksa nelayan menjual ikan kepada wakil-wakil Jepun. Pemerintah Jepun juga melaksanakan catuan pembelian beras dimana: a. Setiap keluarga dihadkan kepada 2 gantang beras sebulan. b. Pembelian beras mesti menggunakan kupon yang diperolehi daripada Pejabat Kawalan Makanan di bandar. Kekurangan makanan dan kadar inflasi yang tinggi menyebabkan penduduk terpaksa menanam bahan makanan sendiri seperti ubi kayu. Selain itu, penduduk juga membuat gula daripada nila kelapa, garam dari air laut dan baju dari kulit kayu dan guni. 4. Dasar pendidikan Jepun berusaha menghapuskan pengaruh Barat dengan melaksanakan rancangan “Penjepunan”. Kerajaan Jepun mahu mewujudkan sikap taat setia penduduk di Tanah Melayu terhadap Maharaja Jepun. Langkah-langkah yang dilaksanakan melalui rancangan “Penjepunan” ialah: a. Pendidikan Barat dihapuskan dengan mengharamkan penggunaan Bahasa Inggeris dan mata pelajaran Inggeris. b. Bahasa Cina diharamkan di sekolah-sekolah Cina.

162
c. d. e. f. g. h. i. j. Bahasa Jepun (Nippon-Go) menjadi bahasa pengantar di semua sekolah. Tiap-tiap hari pelajar mesti menyanyi lagi kebangsaan Jepun. Guru, pelajar dan belia diajar bahasa dan kebudayaan Jepun. Kursus bahasa dan minggu bahasa Jepun diadakan. Kelulusan bahasa Jepun penting bagi kenaikan pangkat. Perpustakaan sekolah dilengkapi dengan buku-buku Jepun. Bahasa Jepun digunakan dalam perkhidmatan pos dan telegraf. Pelajaran percuma, cuti perayaan agama dan budaya Jepun diberikan.

Kesan-kesan Pendudukan Jepun Pengenalan Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dan dalam tempoh kira-kira 70 hari ia berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu apabila Ketua Turus Tentera Berikat iaitu Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah kepada Panglima Tentera Jepun iaitu Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura pada 15 Februari 1942. Sejak itu, Tanah Melayu ditadbir oleh pihak tentera Jepun sehingga 15 Ogos 1945. Walaupun pendudukan Jepun hanya selama 3 tahun 6 bulan tetapi ia telah meninggalkan beberapa kesan sama ada politik, ekonomi mahupun sosial. Kesan-kesan 1. Politik Selepas menguasai Tanah Melayu, Jepun menyusun semula pentadbiran dengan meletakkan Tanah Melayu di bawah pentadbiran tentera yang dikenali sebagai Malaya Military Administration (MMA) sesuai dengan keadaan peperangan ketika itu. Matlamat utama MMA ialah untuk memulihkan ketertiban awam, mengeksploitasikan sumber-sumber penting untuk menampung ekonomi perang dan menjamin bekalan yang cukup bagi keperluan tenteranya di Tanah Melayu. Dalam menjalankan pentadbiran, MMA dibantu oleh Polis Rahsia Jepun dan Badan Perisikan Jepun yang dikenali sebagai Kempeitai Tekkikan dan Toko. Negeri-negeri Selat (NNS) ditadbir secara langsung oleh Jepun manakala sistem kerajaan di negeri-negeri lain diteruskan dan diletakkan di bawah kawalan langsung seorang Gabenor Jepun. Majlis Mesyuarat Negeri ditukarkan menjadi Majlis Penasihat. Majoriti ahlinya adalah orang Jepun dan orang Melayu. Walau bagaimanapun, kuasa sebenar berada di tangan Jepun. Untuk mendapat sokongan orang Melayu, Jepun mengekalkan institusi Sultan sebagai pentadbir bersama-sama dengan pihak Jepun. Pada peringkat awal pendudukan Jepun, Sumatera digabungkan dengan Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran yang berpusat di Singapura yang dikenali sebagai Shonan. Walau bagaimanapun, penyatuan ini gagal dan Sumatera dipisahkan dari NNM daripada segi pentadbiran pada tahun 1944. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kesedaran politik yang mendalam di kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Melayu. Hal ini dijelaskan oleh Yoji Akashi dalam bukunya “The Japanese Military Administration in Malaya”. Anthony Hill dalam bukunya “Division in Malaya” menegaskan “The Japanese regime and its aftermath awakened for the first time the political consciousness among the Malay People. They certainly developed it, leading its solidarity and direction”. Manakala John Fustons dalam bukunya “Malay Politic in Malaysia” menegaskan yang pendudukan Jepun telah “politicize the Malay Peasantry to the extent that they were available for mass mobilization immediately after the war”. Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun “Asia untuk Asia” telah membangkitkan kesedaran penduduk tempatan untuk berjuang menuntut kebebasan politik dan kemerdekaan. Dalam menjalankan pentadbiran Jepun lebih mengutamakan orang Melayu kerana ia menganggap Tanah Melayu sebagai hak orang Melayu. Dalam buku yang sama Yoji Akashi menjelaskan “In the early stage of accupation, the MMA was obliged to regard the Malays as the rightful owner of Malaya while the Chinese and Indian as subordinate races”. Orang Melayu diberi peluang memegang jawatan-jawatan pentadbiran seperti Pegawai Daerah dan sebagainya. Dalam Majlis Penasihat bilangan ahli Melayu melebihi bilangan bangsa-bangsa lain. Sebagai contoh, di Perak 14/20, di Negeri Sembilan 7/12 dan di Pahang 5/9. Pengalaman dalam pentadbiran yang diterima oleh orang Melayu telah memberi keyakinan diri dan menyedarkan mereka bahawa orang Melayu mampu mentadbir negeri mereka sendiri. Dasar Jepun terhadap orang India agak memuaskan kerana ia mengharapkan sokongan mereka dalam usaha untuk menjayakan rancangan Jepun untuk menguasai India. Orang India digalakkan bekerjasama dengan Jepun bagi membebaskan India daripada British. Mereka diminta menganggotai Tentera Kebangsaan India (MIA) yang ditubuhkan oleh Jepun di Tanah Melayu. Dengan tujuan mendapatkan sokongan orang India juga, Jepun menubuhkan Kerajaan India Buangan yang dikenali sebagai Azad Hind di Singapura di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Dasar Jepun terhadap orang India telah menimbulkan masalah dalam usaha untuk mewujudkan semangat kenegaraan di kalangan orang India di Tanah Melayu. Dasar orang Jepun terhadap orang Cina amat berbeza daripada dasar mereka terhadap orang Melayu dan India. Selepas menguasai Tanah Melayu mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain kezaliman ke atas orang Cina. Keadaan ini berlaku kerana permusuhan di antara Negeri Jepun dan Negeri China. Selain itu, Jepun marah kepada orang Cina di Tanah Melayu yang telah membantu Negeri China semasa Jepun menyerang China 1937. Akibat daripada tindakan Jepun, ramai orang Cina melarikan diri ke dalam hutan bagi mengelakkan penindasan Jepun dan seterusnya menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM). Dasar Jepun terhadap orang Cina dan India telah menebalkan lagi semangat kecinaan dan keindiaan di kalangan orang Cina dan India di Tanah Melayu. Kekalahan British dengan begitu mudah telah menjatuhkan maruah British dan telah melenyapkan “mitos superioriti” yang menganggap kuasa Barat tidak boleh dikalahkan oleh kuasa Timur. Cara mereka diusir oleh Jepun serta cara tawanan dilayan telah menjatuhkan lagi maruah British. Kekalahan British menyedarkan penduduk tempatan bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada British untuk mempertahankan Tanah Melayu. Keadaan ini menyedarkan penduduk tempatan supaya berusaha sendiri bagi mempertahankan hak-hak dan kepentingan serta tanah air mereka. Tindakan Jepun menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Siam pada Ogos 1943 menyedarkan penduduk tempatan bahawa Jepun tidak berminat untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Jepun yang dianggap sebagai pembebas yang akan membebaskan Tanah Melayu juga merupakan kuasa penjajah. Apa yang berlaku sebenarnya ialah penjajahan British digantikan dengan penjajahan Jepun malah penjajahan Jepun lebih kejam daripada penjajahan British.

163
Permusuhan yang timbul dengan orang Cina akibat pendudukan Jepun telah menyedarkan orang Melayu untuk bangun memperjuangkan hak-hak kepentingan mereka sebagai bumiputera Tanah Melayu. Jepun dengan nasionalis-nasionalis Melayu telah menimbulkan lagi semangat nasionalisme. Jepun memberi sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaacob. Ia juga telah menubuhkan Pasukan Tentera Sukarela (PETA) atau Pembela Tanah Air yang lebih dikenali sebagai Giyu Gun di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Selepas menduduki Tanah Melayu, Jepun membebaskan nasionalis-nasionalis yang dipenjarakan oleh British seperti Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Pembebasan telah membolehkan perjuangan nasionalisme diteruskan. Pendudukan Jepun telah memberi peluang kepada PKM untuk berkembang. Ia mula mendapat sokongan ramai terutamanya daripada orang Cina dan dianggap sebagai pelindung mereka daripada penindasan Jepun. Apabila Tanah Melayu dikuasai Jepun, anggotaanggota PKM lari ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka telah menyertai Malayan Anti-Japanese Union (MAJU) yang ditubuhkan oleh British. PKM seterusnya menubuhkan Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya atau Malayan People anti-Japanese Army (MPAJA). MPAJA mendapat bantuan seperti senjata, makanan, ubat-ubatan dan latihan daripada pihak Berikat terutamanya Pasukan 136. Pengalaman dalam peperangan di hutan dan senjata yang diperolehi semasa pendudukan Jepun amat menguntungkan PKM terutamanya dalam usaha untuk menjayakan matlamat mereka. Semasa pendudukan Jepun, mereka menyerang hendap tentera Jepun dan menjalankan pengintipan bagi pihak British. Selepas pendudukan Jepun, PKM muncul sebagai parti yang kuat dan teratur. Mengenangkan jasa PKM membantu British menentang Jepun, ia diterima sebagai parti yang sah sejak tahun 1945. Kegagalan untuk mencapai matlamat melalui perlembagaan telah mendorong PKM melakukan pemberontakan bersenjata sejak 16 Jun 1948 bagi menjayakan matlamat mereka menguasai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan munculnya kesedaran politik secara berparti dan berpersatuan di kalangan penduduk Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun. Di antara parti-parti yang wujud ialah UMNO, MCA, MIC, API, AWAS, PKMM, Hizbul Muslimin dan sebagainya. Idea kemerdekaan juga didapati akibat daripada pendudukan Jepun. Ia telah berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu di bawah lingkungan “Indonesia Raya”. Untuk tujuan tersebut, Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah ditubuhkan pada Julai 1945. Rundingan telah diadakan di antara pemimpin Tanah Melayu iaitu Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin dengan pemimpin Indonesia iaitu Sukarno dan Hatta untuk menjayakan matlamat kemerdekaan bersama. Rundingan diadakan di Singapura pada 8 Ogos 1945 dan Taiping pada 12 Ogos 1945. Walau bagaimanapun, KRIS gagal memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu akibat daripada kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945. 2. Ekonomi Ekonomi dan taraf hidup rakyat Tanah Melayu mengalami kemerosotan semasa pendudukan Jepun. Ekonomi Tanah Melayu yang bergantung kepada eksport bijih timah dan getah mengalami kemerosotan kerana pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan juga kerana dasar “Bumi Hangus” yang diamalkan oleh British dimana mereka telah merosakkan pokok-pokok getah, kilang-kilang, lombong-lombong dan jentera perlombongan sebelum beundur dari Tanah Melayu bagi mengekalkannya daripada jatuh ke tangan Jepun. Tanah Melayu juga telah putus daripada pasaran antarabangsa bijih timah dan getah kerana Jepun mengharamkan eksport keduanya kecuali Jepun. Selain itu, Jepun juga mengeksploitasikan sumber-sumber yang diperlukan di negeri Jepun terutamanya besi dan bauksit. Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu mengalami kekurangan barang pengguna khususnya tekstil dan makanan. Pada tahun 1943, Tanah Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras penduduknya. Walaupun Burma yang banyak menghasilkan beras juga dikuasai oleh Jepun tetapi import beras dari Burma tergendala kerana masalah peperangan. Beberapa langkah telah dijalankan atas arahan Jepun bagi menambahkan pengeluaran beras Tanah Melayu. Di antara langkah-langkah tersebut ialah menggalakkan penanaman padi 2 kali setahun, memperkenalkan benih padi daripada Taiwan, membuka tanah pertanian baru dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pengeluaran beras Tanah Melayu tetap tidak mencukupi untuk keperluan penduduknya. Akibatnya penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung kepada tanaman lain seperti jagung, pisang, ubi kayu dan sebagainya. Semasa Jepun, Tanah Melayu mengalami inflasi kerana pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan barang pengguna terutamanya makanan. Pada tahun 1945, pengedaran wang kertas di Tanah Melayu berjumlah $4000 juta sedangkan sebelum pendudukan Jepun pengedaran wang kertas hanya $200 juta. Kemusnahan sistem perhubungan dan lain-lain infrastruktur yang tidak dibaiki oleh Jepun telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi Tanah Melayu. Walapun Jepun melaksanakan beberapa industri seperti kilang kasut, tayar dan sebagainya, tetapi ia tidak mencapai kejayaan. 3. Sosial Pendudukan Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan pada rakyat Tanah Melayu. Kekejaman polis rahsia Jepun khususnya Kempeitai telah menambahkan lagi penderitaan rakyat Tanah Melayu terutamanya mereka yang anti-Jepun seperti orang Cina. Ramai orang Cina telah dibunuh dan dizalimi oleh Jepun menyebabkan mereka lari ke dalam hutan. Mereka tinggal di dalam hutan dan menanam tanaman makanan untuk keperluan sendiri. Tidakan orang Cina telah membawa kepada permulaan wujudnya masalah setinggan selepas Perang Dunia Kedua. Semasa Jepun, terutamanya orang India telah dijadikan buruh paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk membina jalan keretapi. Kekurangan makanan dan penyakit menyebabkan ramai meninggal dunia sehingga jalan keretapi itu dikenali sebagai “Jalan Keretapi Maut”. Kekurangan makanan terutamanya beras telah menimbulkan pelbagai penyakit. Di antara penyakit yang banyak membawa maut ialah malaria dan beri-beri. Masalah penyakit semakin serius kerana kekurangan ubat lebih-lebih lagi bila ubat-ubat telah dirampas oleh tentera Jepun bagi keperluan mereka di Tanah Melayu. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan wujudnya permusuhan kaum di antara orang Melayu dengan orang Cina akibat daripada dasar Jepun yang berbeza kepada kaum-kaum tersebut. Layanan baik Jepun kepada orang Melayu telah menimbulkan kemarahan orang Cina. Malah Jepun telah mengambil orang Melayu untuk dijadikan polis dan tentera dimana mereka digunakan oleh Jepun untuk menentang MPAJA yang terdiri daripada orang Cina. Tindakan orang Melayu menjadi pengintip Jepun telah menambah lagi kemarahan orang Cina. Akibatnya selepas pendudukan Jepun, berlaku pergaduhan kaum di antara orang Melayu dengan orang Cina terutamanya di Perak dan Johor. Pendudukan Jepun telah menimbulkan semangat rajin dan berdikari di kalangan orang Melayu seperti menghasilkan barang daripada daun nanas dan gula dari nira kelapa. Pendudukan Jepun turut menimbulkan kesedaran orang Melayu terhadap pentingnya pengajaran, dimana selepas perang sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan pesatnya di seluruh negara.

164
Malayan Union Pengenalan Kekalahan British di Tanah Melayu atas tangan Jepun dalam tempoh yang singkat menyedarkan British terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang. Akibat pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah ditubuhkan di London untuk merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu selepas tamat perang nanti. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU. Pada 10 Oktober 1945, Setiauaha Pejabat Tanah Jajahan British, George Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union (MU). Pada 11 Oktober 1945, Harold MacMichael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan Sultan-sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember 1945. Parlimen British telah mengeluarkan “kertas putih” yang mengandungi cadangan-cadangan MU. Cadangan-cadangan MU Cadangan Perlembagaan MU mengandungi 2 fasal utama, iaitu yang berkaitan dengan pentadbiran dan kerakyatan. 1. Pentadbiran a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu) dan 2 buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai MU. b. Singapura diasingkan dari MU kerana jumlah penduduk Cinanya yang ramai, kedudukan yang strategik dan taraf pelabuhan bebas. Singapura menjadi wilayah yang berasingan dan ditadbir oleh seorang Gabenor. c. Kedudukan Sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu di mana mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masing-masing. d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang menguruskan hal-ehwal tempatan tetapi diletakkan di bawah kawalan langsung kerajaan pusat. e. MU akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dengan pemusatan pentadbiran yang diketuai oleh Gabenor di Kuala Lumpur. f. Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan. g. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran MU, Singapura dan wilayah Borneo. 2. Kerakyatan Perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat kerakyatan: a. Lahir di Tanah Melayu atau Singapura. b. Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang terdahulu sebelum 15 Februari 1942. c. Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya warganegara MU. d. Mereka yang tidka layak mengikut syarat atas boleh memohon menjadi warganegara selepas tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun. Sebab penubuhan MU 1. Mewujudkan keseragaman dan kecekapan MU dilaksanakan supaya dapat mewujudkan keseragaman atau kecekapan dalam pentadbiran di seluruh Tanah Melayu. Sebelum perang, terdapat 3 bentuk pentadbiran yang tidak seragam, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union” menegaskan bahawa sistem pentadbiran tersebut bukan sahaja janggal tetapi mahal. Sistem pentadbiran sebelum perang perlu dihapuskan kerana ianya mempunyai banyak kelemahan. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya bukan sahaja dapat mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran, tetapi juga menjimatkan belanja pentadbiran. 2. Melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu Penubuhan MU bertujuan untuk melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu terutamanya di kalangan orang-orang Cina dan India. Taat setia orang Cina dan India masih lagi ke negara asal mereka. Diharapkan dengan pemberian kerakyatan yang longgar, orang Cina dan India akan menumpukan taat setia kepada Tanah Melayu apabila mereka menjadi warganegara MU. 3. Mengimbangi perkembangan ekonomi MU juga bertujuan untuk mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu. Sebelum perang, perkembangan ekonomi antara negeri tidak seimbang. Secara umunya, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu lebih maju daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya akan mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu. 4. Persiapan ke arah berkerajaan sendiri Mengikut British, MU merupakan persiapan Tanah Melayu menuju ke arah berkerajaan sendiri. Sebelum hasrat ini tercapai pentadbiran yang stabil perlu diwujudkan. Selain itu, kesedaran nasional perlu ditanam di kalangan penduduk seluruh Tanah Melayu. 5. Meneruskan usaha British MU juga dilaksanakan bagi meneruskan usaha British untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu sebagai satu unit politik seperti yang dijalankan sebelum Perang Dunia Kedua. Buktinya: desentralisasi dilaksanakan dengan tujuan mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan. 6. Meneruskan penguasaan politik dan ekonomi Penubuhan MU akan membolehkan British meneruskan penguasaannya ke atas politik dan ekonomi Tanah Melayu kerana Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.

165
Membalas dendam MU juga dilaksanakan dengan tujuan untuk membalas dendam terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union” menegaskan sejak kekalahan British di tangan Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti-Melayu kerana mereka kecewa dengan tindakan orang Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak keistimewaan dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan. 8. Mengenang jasa James V. Allen juga mendakwa penubuhan MU bertujuan mengenang jasa orang Cina yang telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Majoriti orang Cina menjadi anggota Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan bersamasama British dalam usaha mengusir Jepun dari Tanah Melayu. Akibatnya, perlembagaan MU dirangka sebegitu rupa yang menguntungkan orang Cina yang berkaitan dengan kerakyatan. 9. Menghalang usaha ke arah kemerdekaan MU dilaksanakan bagi menghalang usaha ke arah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh penduduk Tanah Melayu, terutamanya orang Melayu. Sejak pendudukan Jepun, orang Melayu telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Usaha mereka akan terhalang kerana MU akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British. 10. Menyusun strategi pertahanan Penubuhan MU bertujuan memudahkan British menyusun strategi pertahanan. Sebelum Perang Dunia Kedua, British mendapati sukar untuk menyusun strategi pertahanan Tanah Melayu kerana bukan semua negeri ditadbir secara langsung oleh British. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya akan memudahkan British menyusun strategi pertahanan yang berkesan. Penentangan MU oleh orang Melayu Pengenalan dan penubuhan MU telah menimbulkan penentangan hebat dari orang Melayu. Sebabnya: 1. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan-sultan Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukan MU. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan Harold MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana Sultan enggan menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Badlishah yang diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan MU atau turun dari takhta. 2. Kekuasaan dan kewibawaan Sultan Penubuhan MU akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan. Walaupun kedudukan Sultan dikekalkan, tetapi kekuasaan dan kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam halehwal Islam dan adat resam Melayu. Malah kuasa Sultan dalam hal-ehwal Islam juga terjejas apabila British mencadangkan penubuhan Majlis Mesyuarat Agama yang dipengerusikan oleh Gabenor. Sultan-sultan dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemerosotan kuasa Sultan bererti kehilangan kuasa orang Melayu. 3. Hak istimewa Penubuhan MU akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang Melayu tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina. 4. Hak kerakyatan Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana merek masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. 5. Balas dendam Orang Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union” mendakwa sejak kekalahan British di tangan Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang Melayu bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan. 6. Masa cemas MU dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dan Cina akibat pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini dilaksanakan dalam suasana anti Melayu dan pro Cina kerana MU merugikan orang Melayu dan menguntungkan orang Cina. 7. Orang Melayu tidak terlibat Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan itu dirancang oleh Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu langsung tidak diminta oleh British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut. Bentuk penentangan 1. Akhbar 7.

166
Akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap MU. Akhbarakhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika MU dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang MU. Orang Melayu juga diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap MU. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya. 2. Kerjasama Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu dan bekerjasama dalam usaha menentang MU. Mereka telah menulis surat kepada Raja British dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak Kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan MU dan merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi kepentingan orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di Britain, terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Antara bekas pegawai British tersebut ialah Frank Swettenham, Authur Richard, Cecil Clementi, Rolland Braddle dan Winstreadt. Orang-orang Melayu telah mengadakan perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di Tanah Melayu untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap MU. Sebagai contoh: pada 15 Disember 1945, 10 ribu orang telah berkumpul di hadapan istana di Kota Bahru semasa Harold MacMichael menemui Sultan untuk mendapatkan tandatangan. Pada 25 Januari 1946, hampir 5000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang Mahkamah, Alor Setar. Pada 10 Februari 1946, perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang diadakan di Johor Bahru. Satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang diadakan di Kuala Kangsar pada 10 Mac 1946. 3. Kongres Hasil dari daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Kongres tersebut dihadiri 107 perwakilan dan 56 pemerhati dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supaya bersatu dan berusaha untuk menentang MU. Kongres tersebut juga mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akibatnya lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato’ Onn bin Jaafar dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama. 4. Pemulauan Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, British tetap mahu melaksanakan MU. Akibatnya, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah memulaukan upacara panubuhan MU dan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama pada 1 April 1946. 5. Perkabungan Selama seminggu sejak penubuhan MU, orang Melayu telah mengadakan perkabungan untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan MU. Dalam perkabungan tersebut, lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih manakal wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju. Perkabungan orang Melayu mendapat simpati orang asli. Diberitakan dalam akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang-orang Sakai di Ulu Langat telah keluar ke Pekan dengan memakai bunga-bunga kabung. 6. Ahli Melayu Ahli-ahli Melayu dalam Majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap MU. Kesimpulan Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan. Persekutuan Tanah Melayu Pengenalan Akibat tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union (MU) dan perakuan Edward Gent dan Malcolm MacDonald, maka Kerajaan British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU. Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan. Ia terdiri daripada 6 pegawai Eropah, 4 wakil Sultan dan 2 wakil UMNO untuk merangka satu perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu, khususnya yang dapat diterima oleh orang Melayu dan British. Pada dasarnya, matlamat mereka ialah untuk menubuhkan kerajaan pusat yang kukuh, memajukan ekonomi Tanah Melayu dan menyelesaikan hak istimewa orang Melayu, kekuasaan serta kewibawaan Sultan dan syarat kerakyatan. Orang-orang bukan Melayu tidak bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja kerana mereka bimbang Jawatankuasa Kerja yang tidak diwakili oleh orang bukan Melayu akan merangka perlembagaan yang hanya menguntungkan orang Melayu dan merugikan orang bukan Melayu. Mereka telah mengadakan beberapa halangan bagi mengagalkan tugas Jawatankuasa Kerja. Walaupun mendapat halangan, Jawatankuasa Kerja telah berjaya mengemukakan laporan mereka pada 11 Disember 1946 yang mengandungi draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Perkembangan 1946-1948 Penentangan PTM berbeza dari MU terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu, kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan syarat kerakyatan. Pad 15 Disember 1946, Jawatan Perunding yang terdiri daripada 5 pegawai Eropah, 2 wakil Cina dan 2 wakil India telah ditubuhkan untuk meninjaukan pandangan orang bukan Melayu terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Perunding telah mengemukakan laporan mereka pada 21 Mac 1947 yang mengandungi beberapa pindaan ke atas draf

167
perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Dalam usaha untuk menentang draf perlembagaan tersebut, mereka telah menubuhkan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada 22 Disember 1946. AMCJA dipimpin oleh Dato’ Tan Cheng Lock sebagai Presiden dan John Eber sebagai Setiausaha. Antara pertubuhan yang menyertai AMCJA ialah Malayan Democratic Union, Malayan Indian Congress, Pan-Malayan Federation of Trade Union, Malayan People Anti-Japanese Ex-Services Comrades Association dan Parti Komunis Malaya. Mereka telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru di Tanah Melayu. Antara cadangan itu ialah: a. Pernyatuan Tanah Melayu dengan Singapura sebagai satu unit politik. b. Pemerintahan sendiri akan dijalankan melalui badan perundangan pusat yang ahlinya dipilih. c. Kerakyatan yang sama yang memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. AMCJA telah mendesak supaya British membatalkan semua persetujuan yang telah dicapai antara British dengan Raja-raja Melayu dan UMNO. Mereka juga mahu AMCJA diterima sebagai wakil bukan Melayu. Pada 22 Disember 1947, golongan kiri orang Melayu telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) untuk menentang draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. PUTERA dianggotai oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhannuddin, Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh. PUTERA juga mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah Melayu. Antaranya ialah: a. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu. b. Pemerintahan sendiri akan dijalankan di mana hal-ehwal luar dn pertahanan menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan British dengan Kerajaan Tanah Melayu. c. Perkataan “Melayu” mesti digunakan sebagai rupa bangsa warganegara Tanah Melayu. d. Bendera Tanah Melayu mesti mengandungi warna-warna kebangsaan Tanah Melayu. Pada 16 Mac 1947, PUTERA telah bergabung dengan AMCJA yang menguatkan penentangan mereka terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Mereka telah mengemukakan “perlembagaan rakyat” yang merupakan gabungan cadangan PUTERA dan AMCJA untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah Melayu. Mereka juga telah melaksanakan “hartal” di seluruh Tanah Melayu pada 19 Oktober dan 20 Oktober 1947 untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja serta menunjukkan kekuatan mereka. Walau bagaimanapun, British tidak berminat untuk menerima cadangan PUTERA-AMCJA. British menerima draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja yang dijadikan asas perlembagaan PTM. Pada 21 Januari 1948, Raja-raja Melayu dan wakil Kerajaan British menandatangani persetujuan penubuhan PTM. Pada 1 Februari 1948, lahirlah PTM secara rasminya. Cadangan PTM 1948 1. Sembilan negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu dan dua Negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang disatukan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai PTM. 2. Singapura diasingkan dari PTM. 3. PTM menjadi negeri lindungan British. 4. Pentadbiran PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi (PJT). 5. PJT akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan (MMKP). 6. MPP terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 9 Menteri Besar, 2 wakil Melaka dan Pulau Pinang, 11 ahli rasmi dan 50 ahli tak rasmi yang terdiri daripada 22 Melayu, 14 Cina, 7 Eropah, 5 India, 1 Ceylon dan 1 Serani. 7. MMKP pula terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 4 ahli rasmi dan sekurang-kurangnya 5 atau selebih-lebihnya 7 ahli tak rasmi. 8. Majlis Mesyuarat Raja-raja ditubuhkan dan dianggotai oleh 9 orang Raja Melayu. Persidangan yang dijalankan akan dipengerusikan oleh salah seorang dari mereka. 9. Kekuasaan dan kewibawaan Sultan ke atas negeri mereka dikekalkan. Sultan-sultan akan menjalankan pentadbiran mereka dengan bantuan MMN dan MMK negeri. 10. Kerajaan negeri bertanggungjawab dalam kerajaan tempatan, kesihatan, pelajaran, tanah dan pertanian. 11. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan. 12. Hak kerakyatan: a. Mereka yang lahir di Tanah Melayu mesti bermastautin selama 8 tahun dari tempoh 12 tahun yang terdahulu. b. Mereka yang lahir di luar Tanah Melayu mesti bermastautin selama 15 tahun dari tempoh 20 tahun yang terdahulu. c. Umur minimum menjadi warganegara ialah 18 tahun. d. Mereka mesti boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. e. Mereka diminta bersumpah untuk menentukan taat setia kepada Tanah Melayu. Perkembangan 1948-1957 Mengikut perlembagaan PTM 1948, Kerajaan British bersetuju untuk memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan akan dijalankan beransur-ansur. British juga bersetuju untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli MPP. Walau bagaimanapun, usaha ke arah tersebut terhalang akibat pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) sejak 16 Jun 1948. Apabila keadaan mulai reda, usaha ke arah tersebut diteruskan. Pada tahun 1951, Sistem Ahli diperkenalkan di mana 9 rakyat tempatan yang menjadi MPP dilantik untuk mengetuai 9 jabatan kerajaan. Jabatan-jabatan tersebut ialah Hal-ehwal Ekonomi, Hal-ehwal Dalam Negeri, Kesihatan, Pelajaran, Pertanian dan Perhutanan, Tanah, Galian dan Perhubungan, Industri dan Hubungan Sosial, Kerja Raya dan Perumahan, Keretapi dan Pos. Antara mereka ialah Dato’ Onn bin Jaafar mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam Negeri, Hau Sek Lee mengetuai Jabatan Kesihatan dan Thuraisingam mengetuai Jabatan Pelajaran.

168
Mulai 1951, pilihanraya perbandaran mulai diadakan bagi memilih ahli majlis perbandaran. Pada 1 Disember 1951, Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih 9 orang ahli. Dalam pilihanraya tersebut Parti Radikal Pulau Pinang memenangi 6 kerusi, Parti Buruh 2 kerusi dan UMNO satu kerusi. Pada 16 Februari 1952, Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan untuk memilih12 ahli. Untuk menghadapi pilihanraya tersebut UMNO dan MCA telah bergabung sebagai Parti Perikatan untuk menghadapi Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar yang telah keluar dari UMNO akibat perselisihan dasar. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA memenangi 9 kerusi, IMP 2 kerusi dan bebas 1 kerusi. Akibat kemenangan Parti Perikatan, 2 orang anggotanya iaitu H.S. Lee dan Dr. Ismail dilantik sebagai Ketua Jabatan Kerajaan dalam Sistem Ahli. Pada tahun 1953, seorang rakyat tempatan yang menjadi ahli MPP dilantik menjadi “speaker” menggantikan PJT yang tidak lagi menjadi ahli MPP. Pada tahun 1953 juga, Parti Perikatan UMNO-MCA telah mendesak supaya British mengadakan pilihanraya umum bagi memilih ahli-ahli MPP. Pada tahun 1954, Gerald Templer selaku wakil Kerajaan British telah mengumumkan MPP akan mempunyai 98 ahli, iaitu 52 dipilih dan 46 dilantik. Pilihanraya Umum yang pertama akan diadakan pada 27 Julai 1955. Berikutan dengan pengumuman itu, UMNO dan MCA bergabung pula dengan MIC menjadi Parti Perikatan yang lebih besar. Antara parti yang bertanding dalam Pilihanraya Umum Pertama ialah Parti Buruh, Parti Sosialis, Parti Negara, Parti Progresif Rakyat, Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS), Parti Perikatan Melayu Perak dan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC telah memenangi 51 kerusi dan PAS 1 kerusi. Hasil dari kemenangan besar Parti Perikatan, Tanah Melayu telah diberi berkerajaan sendiri di mana Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri. Sebuah Jemaah Menteri yang terdiri daripada 6 Melayu, 3 Cina dan 1 India telah dibentuk. Bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu, usaha-usaha telah dijalankan untuk menamatkan pemberontakan PKM. Hasilnya Rudningan Baling diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall. PKM pula diwakili oleh Chin Peng, Cheng Tien dan Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman tidak dapat menerima kehendak Chin Peng yang mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah dan Chin Peng pula tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahman yang mahukan PKM dibubarkan. Pada 6 Januari 1956, rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh Parti Perikatan dan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke England untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan Kerajaan British. Rundingan yang diadakan dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956 dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd. Hasil dari rundingan tersebut, British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bagi merangka perlembagaan PTM yang merdeka, Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid telah dibentuk. Anggota-anggotanya terdiri daripada hakim-hakim negara Komanwel, iaitu Ivor Jenning (Britain), William Mackell (Australia), B. Malik (India) dan Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan mendapatkan pandangan daripada orang tempatan, pelbagai parti politik, persatuan dan pertubuhan. Sejumlah 131 memorandum telah diterima. Hasil dari memorandum ini, Suruhanjaya Reid telah menyusun dan merangka perlembagaan dan siap pada bulan Mac 1957. Pada 31 Ogos 1957, lahirlah PTM yang merdeka. Perlembagaan PTM 1957 1. PTM yang merdeka mempunyai seorang Raja sebagai ketua negara. Baginda dikenali sebagai Yang Dipertuan Agong. Baginda akan dipilih di kalangan Raja-raja Melayu untuk tempoh 5 tahun. Baginda menjadi Raja Berperlembagaan dengan mengikut nasihat Jemmah Menteri Persekutuan serta Majlis Raja-raja. 2. Majlis Raja-raja dianggotai oleh 9 orang Raja Melayu dan 2 orang Yang Dipertua dari Melaka dan Pulau Pinang. 3. Nasihat Majlis Raja-raja dikehendaki dalam perlantikan hakim, suruhanjaya pengundi dan perkhidmatan, kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. 4. Kuasa kerajaan terletak atas tangan Parlimen yang mempunyai 2 dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat akan dipilih pada setiap 5 tahun. Manakala bagi Dewan Negara, ia terdiri daripada 22 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dan 16 ahli yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. 5. Di setiap negeri, Sultan atau Gabenor memilih Menteri Besar atau Ketua Menteri dari parti yang mendapat suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri. 6. Bidang kuasa bagi kerajaan persekutuan dan negeri akan diselesaikan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. 7. Perdana Menteri menjadi ketua pentadbir Negara. 8. Taraf kewarganegaraan: a. Orang yang lahir dalam PTM pada atau selepas Hari Kemerdekaan. b. Orang yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di PTM dan telah bermastautin di situ selama 5 dari 7 tahun serta boleh bertutur Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia. c. Orang yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di PTM dan telah bermastautin di situ selama 8 dari 12 tahun boleh memohon dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia. d. Dwi kewarganegaraan tidak dibenarkan kecuali kewarganegaraan Komanwel. 9. Hak asasi dijamin. 10. Hak istimewa orang Melayu terjamin. 11. Islam menjadi agama rasmi tetapi semua orang bebas beragama. 12. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi. Parti Komunis Malaya Pengenalan Ideologi komunis tiba di Tanah Melayu pada tahun1920-an terutamanya di sekitar tahun 1925. Imigran Cina telah membawa bukubuku dan risalah-risalah mengenai ajaran komunis dan disebarkan di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Hasil dari kegiatan mereka, guru-guru dan murid-murid sekolah Cina telah menubuhkan Liga Belia Komunis di Singapura pada tahun 1926. Sehingga 1927, komunis di Tanah Melayu bergerak di sebalik Parti Kuomintang (KMT) kerana wujudnya kerjasama antara Parti Komunis

169
China (PKC) dan KMT di China. Perpecahan KMT-PKC pada tahun 1927 telah menyebabkan PKC menghantar 5 orang wakilnya ke Tanah Melayu. Mereka telah berjaya menubuhkan Parti Komunis Nanyang di Singapura pada tahun 1927. Agen-agen komintern yang tiba di Tanah Melayu pada tahun 1928 telah mencadangkan supaya Parti Komunis Nanyang disusun semula. Pada 6 April 1930, satu persidangan komunis telah diadakan di Singapura dan hasilnya lahirlah Parti Komunis Malaya (PKM) yang beribu pejabat di Singapura. 1930-1941 PKM telah diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia selain menjalankan kegiatannya di Tanah Melayu. PKM telah diletakkan di bawah Biro Komunis Antarabangsa Timur Jauh yang berpusat di Shanghai. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan kegiatan mereka secara sulit kerana parti ini diharamkan disebabkan kegiatan anti-British yang dijalankan dianggap mengganggu ketenteraman awam. Sejak 1930 agen-agen komintern mula dihantar ke Tanah Melayu untuk membantu kegiatan PKM. Pada Jun 1931, seorang agen kanan komintern dari Parsi iaitu Joseph Dacroux telah tiba di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, beliau telah ditangkap tidak lama selepas ketibaannya di Singapura. Penangkapan dan pengakuannya telah mendedahkan maklumat penting mengenai PKM sehingga menyebabkan ramai anggota dan pemimpin termasuk 14 ahli jawatankuasa PKM ditangkap. Peristiwa ini telah melemahkan PKM. Sejak tahun 1932, kegiatan PKM mulai pulih apabila mereka diarah untuk melatih pemimpin dan anggota baru. Pada 6 Mac 1933 satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura untuk merangka perlembagaan PKM. Mesyuarat tersebut telah membuat ketetapan bahawa matlamat utama perjuangan PKM ialah menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Sejak itu, mereka menjalankan gerakan aktif, mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah-sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Mereka telah berjaya menimbulkan kegelisahan di kalangan pekerja semasa berlakunya kemelesetan ekonomi 1930an. Bagi melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu supaya PKM mudah merampas kuasa, mereka telah mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya banyak permogokan berlaku di Tanah Melayu termasuk Singapura pada 1936-1937. Sebagai contoh, satu permogokan besar berlaku di lombong bijih timah Batu Arang, Selangor pada 1937 di mana 6000 pekerja telah berjaya merampas lombong tersebut dari pihak majikan. Berikutan dengan peristiwa permogokan, kerajaan telah mengisytiharkan Banishment Ordinance pada tahun 1937 yang mengharamkan permogokan. Akibatnya ramai pemimpin dan anggota PKM ditangkap kerana melanggar undang-undang tersebut. Mereka ini sama ada dipenjarakan atau dihantar pulang ke China. Peristiwa ini sekali lagi melemahkan PKM. Apabia Jepun menyerang China pada tahun 1937, PKM memainkan peranan penting dalam membangkitkan perasaan antiJepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. PKM telah menjalankan kutipan derma dan menggalakkan pemuda Cina di Tanah Melayu kembali ke China untuk menentang Jepun. Akibat dari kegiatan mereka, PKM mula mendapat sokongan ramai terutamanya daripada orang-ornag Cina. Buktinya pada tahun 1939, PKM sudah mempunyai anggota berdaftar seramai 37 ribu orang. Semasa Peperangan China-Jepun, PKC telah mengarahkan PKM menghentikan kegiatan anti-British dan bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Arahan ini telah menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin dan anggota PKM kerana golongan radikal mahu mengambil kesempatan ini mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Akibatnya, komintern telah mengarahkan Setiausaha Agong Lai Teik menyatupadukan anggota PKM. Lai Teik telah berjaya meyakinkan mereka bahawa kerjasama dengan British hanya sebagai muslihat dalam usaha untuk mencapai matlamat PKM. 1941-1945 Apabila Jepun menyerang Tanah Melayu sikap orang ramai terutamanya orang Cina terhadap PKM telah berubah. PKM mula mendapat sanjungan dan pengikut yang ramai kerana PKM dianggap sebagai pelindung orang Cina daripada penindasan Jepun. Semasa Jepun menguasai Tanah Melayu, anggota PKM telah melarikan diri ke dalam hutan dan bekerjasama dengan British dengan menyertai Malayan Anti-Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Sebelum Tanah Melayu dikuasai oleh Jepun, anggota-anggota PKM yang dipenjarakan oleh British telah dibebaskan oleh British dengan harapan PKM yang anti-Jepun akan bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. PKM telah menubuhkan pasukan tentera anti-Jepun yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Mereka mendapat latihan dan bantuan seperti makanan, senjata dan perubatan dari Pasukan Berikat. MPAJA juga mengadakan hubungan baik dengan pasukan 136 yang ditubuhkan oleh British. Henry Miller dalam bukunya “The Jungle War in Malaya” menegaskan terdapat kira-kira 200 anggota PKM mendapat latihan dari British sebelum jatuhnya Singapura pada 15 Februari 1942. Semasa pendudukan Jepun, PKM melakukan serangan hendap ke atas tentera Jepun dan menjalankan pengintipan untuk British. Pengalaman yang diterima semasa pendudukan Jepun amat menguntungkan PKM terutamanya ke arah menjayakan matlamat perjuangan mereka. Apabila Jepun menyerah kalah, anggota PKM keluar dari hutan dan mengambil alih pentadbiran sebelum ketibaan pihak British. Pemerintahan PKM berlangsung selama 2 minggu dan dikenali sebagai “Bintang Tiga”. Mereka telah merayakan kekalahan Jepun sebagai kemenangan mereka dan mendakwa merekalah bertanggungjawab mengalahkan Jepun di Tanah Melayu. Mereka telah merampas senjata tentera Jepun untuk digunakan dalam perjuangan mereka. Seterusnya, mereka telah melakukan kekejaman ke atas orang yang enggan bekerjasama dengan mereka lebih-lebih lagi yang menjadi “tali barut” Jepun. Akibat tindakan PKM, berlakulah pergaduhan di antara kaum Melayu dengan Cina terutamanya di Perak dan Johor selepas pemerintahan Jepun. Apabila British kembali ke Tanah Melayu, mereka telah mengambil alih pentadbiran dari Bintang Tiga dan MPAJA dibubarkan. Anggota-anggota MPAJA diminta menyerahkan senjata mereka kepada British. Pada 1 Disember 1945, 6800 anggota MPAJA telah menyerahkan senjata mereka dan dibayar sagu hati sebanyak $350 seorang. Walau bagaimanapun, dipercayai masih ramai anggota MPAJA yang tidak menyerahkan senjata kerana mereka tidak yakin dengan dasar British terhadap PKM. 1945-1948 PKM telah menuntut supaya merek diberi hak dalam pentadbiran. Kerana mengenangkan jasa PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun, PKM telah diterima sebagai parti yang sah. Sejak itu, PKM mula menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu untuk menambahkan anggotanya. Sejak tahun 1945, PKM berusaha mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan

170
menubuhkan Republik Komunis Malaya melalui perlembagaan. PKM akan menganjurkan “Gerakan Massa” untuk memaksa British memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. PKM juga menjalankan gerakan secara aktif mempengaruhi parti-parti politik, kesatuan-kesatuan sekerja, pertubuhan Cina dan sekolah Cina. Untuk mendapat sokongan pekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am dan untuk mendapat sokongan belia, PKM menubuhkan Liga Belia Demokratik Baru pada tahun 1946. Bagi menguasai kesatuan sekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Sekerja Pusat, contohnya, PKM yang menubuhkan PanMalayan Federation of Trade Union (PMFTU) telah menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah PMFTU. Bagi melumpuhkan ekonomi supaya memudahkan PKM merampas kuasa, mereka telah mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya 300 permogokan telah dipengaruhi oleh PKM telah berlaku di Tanah Melayu dan Singapura pada 1946-1947. Bagi menghadapi permogokan tersebut, British telah melaksanakan undang-undang kesatuan sekerja yang mendorong pemimpin parti politik supaya tidak menjadi pemimpin kesatuan sekerja. Tindakan tersebut telah menghancurkan PMFTU yang dikuasai oleh PKM. Pada 15 Februari 1946, PKM telah menganjurkan satu perarakan besardi Singapura bagi memperingati kekalahan British di tangan Jepun pada 15 Februari 1942. Tujuannya ialah menjatuhkan maruah British serta menunjukkan kekuatan PKM. Pada 22 Disember 1946, PKM telah menyertai AMCJA bagi menggagalkan penubuhan PTM. Pada 6 Mac 1947, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura bagi mengkaji semula dasar dan taktik PKM. Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teiktidak menghadirinya dan beliau telah hilang diri bersama-sama wang parti. Akibatnya, pimpinan PKM jatuh ke tangan golongan radikal pimpinan Ong Boon Hua yang lebih dikenali sebagai Chin Peng. Pada 18 dan 19 Februari 1948, satu persidangan komunis telah diadakan di Calcutta, India dan dihadiri oleh perwakilan komunis dari Asia serta Australia. PKM diwakili oleh Lee Soong. Persidangan Calcutta telah membuat ketetapan bahawa pemberontakan bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat perjuangan komunis. 1948-1954 Berikutan dengan keputusan Calcutta, PKM mula mengubah dasar dan taktiknya sejak tahun 1948. Sejak itu, PKM berusaha untuk mencapai matlamat melalui pemberontakan bersenjata. Langkah ini juga diambil akibat kegagalan PKM untuk mencapai matlamat melalui perlembagaan yang dijalankans sejak tahun 1945. PKM menubuhkan pasukan tentera antu-British yang dikenali sebagai Malayan People Anti British Army (MPABA) yang di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu Law Yew. Antara pemimpin lain ialah Law Lee dan Yeng Kuow. Kebanyakan anggota MPABA terdiri daripada bekas anggota MPAJA. Bagi menjayakan matlamatnya, PKM akan menggunakan strategi Mao Tze Tung. Mengikut strategi ini, PKM akan menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan kerajaan amat lemah. Kawasan ini akan diwujudkan sebagai kawasan bebas daripada kawalan kerajaan. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai bandar-bandar di sekitarnya dan seterusnya menyerang dan menguasai seluruh Tanah Melayu. Bagi melumpuhkan ekonomi, PKM mempengaruhi kesatuan sekerja mengadakan permogokan. Akibatnya banyak permogokan berlaku di Tanah Melayu termasuk Singapura pada bulan Mei dan Jun 1948. PKM meneruskan usaha meresapi parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Dalam keganasan tersebut, PKM telah berjaya membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948. Berikutan dengan peristiwa itu, kerajaan mengisytiharkan Darurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948 dan Undang-undang Darurat dikeluarkan pada 23 Julai 1948 di mana PKM diharamkan. Akibat pengisytiharaan Darurat, anggota PKM melarikan diri ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang pasukan keselamatan dan juga orang awam terutamanya peladang-peladang dan pelombong-pelombong Eropah. Pejabat-pejabat kerajaan terutamanya Balai Polis menjadi sasaran PKM. Mereka memusnahkan sistem hubungan jalan raya dan jalan keretapi. PKM juga menyerang ladang-ladang bijih timah di mana pokok getah dan jentera perlombongan dimusnahkan untuk menyekat pengeluaran bagi melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha untuk mendapat bantuan, PKM menubuhkan pasukan propaganda “Min Yuan” yang terdiri daripada setinggan-setinggan Cina yang tinggal di pinggir hutan. Edger O. Balance dalam bukunya “The Communist Insurgent War 1948-1964” menegaskan terdapat antara 30-40 ribu anggota “Min Yuan” pada peringkat awal pemberontakan PKM. Dalam usaha untuk menakutkan orang ramai dan menjejaskan pasukan keselamatan, PKM menjalankan kempen membunuh pegawai tinggi kerajaan. Akibat dari kempen itu, mereka telah berjaya membunuh Pesuruhjaya Tinggi British, Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 semasa beliau dalam perjalanan ke Bukit Fraser. Pada September 1951, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Pahang untuk mengkaji semula taktik PKM. Apabila menyedari keganasan mereka lakukan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap PKM menyebabkan mereka berusaha untuk mengelakkan serangan ke atas orang awam. Sejak September 1951, serangan hanya dilakukan ke atas pasukan keselamatan, orang Eropah, pengintip kerajaan dan bekas anggota PKM yang berpaling tadah. Pada 1950-an, mereka meneruskan usaha meresapi parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Menjelang tahun 1954, ternyata perjuangan PKM menemui kegagalan kerana ramai anggotanya dibunuh, ditangkap atau menyerah diri. Terbunuh: 16 Jun 1953 6304 (1948-1953) Jun 1954 9581 (1948-1954) Tertangkap: 1948 5097 1951 11000 1954 2000 Dihantar pulang: 1950 7000 1954 10000 Dasar dan Taktik PKM (1945-1954) Pengenalan Ideologi komunis tiba di Tanah Melayu pada tahun 1920-an terutamanya di sekitar tahun 1925. Ideologi ini telah tersebar luas di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu. Hasilnya Liga Belia Komunis telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1926. Pada tahun 1927, Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dan parti ini telah dicadangkan supaya disusun semula pada tahun berikutnya. Akibatnya satu persidangan Komunis telah diadakan di Singapura pada 6 April 1930 dan hasilnya lahirlah PKM yang beribu pejabat di Singapura. Matlamat PKM ialah menggulingkan Kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu. Selain itu, PKM juga diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan kegiatan secara sulit kerana parti ini diharamkan disebabkan kegiatan anti-British dianggap mengganggu ketenteraman

171
awam. Kegiatan anti-British telah diberhentikan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sebaliknya, PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun di Tanah Melayu. Anggota PKM telah melarikan diri ke dalam hutan untuk menubuhkan MPAJA. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu, PKM menuntut supaya mereka diberi hak dalam pentadbiran. Oleh sebab mengenang jasa PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun, PKM akhirnya diterima sebagai parti yang sah. Dasar PKM 1. 1945-1948 Setelah PKM mula diterima sebagai parti yang sah, PKM telah menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu bagi menambahkan keanggotaannya. Sejak tahun 1945, PKM berusaha mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya melalui perlembagaan. Oleh itu, PKM telah menganjurkan “Gerakan Massa” untuk memaksa British memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. PKM juga menjalankan gerakan secara aktif untuk mempengaruhi parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina. 2. 1948-1954 Dalam tahun 1948, PKM memasuki zaman baru kerana ia telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu melalui satu revolusi bersenjata. Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dasar ini ialah: a. Kegagalan mencapai matlamat melalui perlembagaan Beberapa ahli Sejarah berpendapat bahawa pemberontakan PKM meletus akibat kegagalan polisi perdamaian bersatu. PKM telah gagal untuk mencapai cita-citanya melalui cara-cara perlembagaan antara tahun 1945-1948. Justeru itu, PKM terpaksa menggunakan cara-cara lain seperti kekerasan untuk menggulingkan Kerajaan British di Tanah Melayu. b. Perubahan pucuk pimpinan Ahli-ahli Sejarah seperti Noel Barber berpendapat bahawa krisis dalam PKM sendiri telah mengakibatkan pemberontakan komunis 1948. Pada bulan Mac 1947, Setiausaha Agung PKM, Lai Teik, telah menghilangkan diri dengan wang parti. Peristiwa ini telah menyebabkan pucuk pimpinan PKM jatuh ke tangan golongan radikal pimpinan Chin Peng. Mengikut pendapat Chin Peng, dasar yang lebih aktif perlu dilaksanakan bagi memulihkan semangat perjuangan komunis. c. Persidangan di Calcutta Ahli-ahli Sejarah seperti Harny Miller pula berpendapat keputusan PKM untuk memberontak adalah dipengaruhi oleh keputusan Kongres Pemuda Komunis Asia yang diadakan di Calcutta pada 18 dan 19 Februari 1946. Kongres tersebut telah mengarah parti-parti komunis untuk mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat mereka. Taktik PKM 1. 1945-1948 Untuk mencapai matlamat, PKM telah menubuhkan cawangan di seluruh Tanah Melayu, misalnya PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am untuk mendapat sokongan pekerja dan Liga Belia Demokratik Baru untuk mendapat sokongan belia. Untuk menguasai kesatuan sekerja, PKM telah menubuhkan Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) yang berjaya menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah PMFTU. Bagi melumpuhkan ekonomi dan memudahkan PKM merampas kuasa, PKM telah mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya, 300 permogokan yang dipengaruhi PKM telah berlaku di Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1946-1947. PKM juga menceburkan diri dalam kegiatan dan pergerakan politik misalnya PKM telah menentang rancanagn pembentukan PTM pada tahun 1948. Pada pendapat mereka, pembentukan PTM sudah pasti menggagalkan rancangan PKM untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya, maka pada 22 Disember 1946, PKM telah menyertai All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) bagi menentang rancangan pembentukan PTM. 2. 1948-1954 Bagi mencapai matlamat, PKM telah menubuhkan pasukan tentera anti-British yang dikenali sebagai Malayan People Anti British Army (MPABA) di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu Law Yew. Antara pemimpin lain ialah Law Lee dan Yeng Kuow. Kebanyakan anggota MPABA terdiri daripada bekas anggota MPAJA. PKM juga menggunakan strategi Mao Tze Tung dalam perjuangan mereka. Mengikut strategi ini, PKM akan menyerang dan menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan Kerajaan British amat lemah. Kawasan ini akan diwujudkan sebagai kawasan bebas daripada kawalan kerajaan. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai bandar-bandar di sekitarnya dan seterusnya menguasai seluruh Tanah Melayu. Bagi melumpuhkan ekonomi, PKM mempengaruhi kesatuan sekerja mengadakan permogokan. Akibatnya permogokan berlaku di Tanah Melayu termasuk di Singapura pada bulan Mei dan Jun 1948. PKM juga meneruskan usaha meresapi partiparti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Dalam keganasan tersebut, PKM telah berjaya membunuh 3 peladang Eropah di Sungai Siput, Perak. Peristiwa ini telah menyebabkan Darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948. Pada 23 Julai 1948, Undang-undang Darurat dikeluarkan. Undang-undang ini telah mengharamkan PKM. Akibatnya anggota PKM lari ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka telah menyerang pasukan keselamatan dan orang awam terutamanya peladang-peladang dan pelombong-pelombong. Mereka juga memusnahkan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi. Dalam usaha mendapat bantuan, PKM menubuhkan pasukan propaganda “Min Yuan” yang terdiri daripada setinggan-setinggan Cina yang tinggal di pinggir hutan. Pada September 1951, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Pahang. Apabila menyedari bahawa keganasan yang mereka lakukan menimbulkan kebencian orang ramai, PKM telah mengubah taktik perjuangan mereka, iaitu hanya menyerang pasukan keselamatan, orang Eropah, pengintip dan bekas anggota PKM yang berpaling tadah. Menjelang tahun 1954, perjuangan PKM mengalami kegagalan.

172
Sebab PKM Memberontak Pengenalan PKM ditubuhkan pada 6 April 1930. Matlamat penubuhannya ialah untuk menguasai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarah menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan kegiatannya secara sulit kerana kegiatan anti-Britishnya dianggap mengganggu ketenteraman awam. Sebelum tahun 1941, pertubuhan ini mendapat sambutan dari orang ramai. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah memberhentikan kegiatan anti-British. Di sebaliknya, PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Selain itu, PKM juga menubuhkan pasukan tentera anti-Jepun yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1945, PKM telah diterima sebagai parti yang sah. Akibatnya, antara tahun 1945-1948, PKM berusaha mencapai matlamat mereka melalui perlembagaan. Namun usaha PKM tersebut gagal dan kegagalan tersebut telah menyebabkan PKM melaksanakan pemberontakan bersenjata pada tahun 1948. Sebab-sebab PKM memberontak 1. Persidangan di Calcutta Pada 18 dan 19 Februari 1948, satu persidangan komunis telah diadakan di Calcutta, India. Persidangan tersebut telah dihadiri oleh perwakilan komunis dari Asia dan Australia. Pihak PKM telah diwakili oleh Lee Soong. Persidangan tersebut telah membuat ketetapan bahawa pemberontakan bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat perjuangan komunis. Akibatnya PKM mula mengubah dasar mereka dan melakukan pemberontakan bersenjata di seluruh Tanah Melayu. 2. Kegagalan mencapai matlamat melalui perlembagaan Sejak tahun 1945, PKM telah diterima sebagai parti yang sah di Tanah Melayu. Sejak itu, PKM mula berusaha untuk mencapai matlamat mereka melalui perlembagaan. PKM telah menganjurkan beberapa rancangan dan salah satu daripada rancangan tersebut ialah rancangan “Barisan Bersatu”. Di bawah rancangan ini, PKM akan bekerjasama dengan semua pihak. Selain itu, PKM juga menubuhkan cawangan-cawangan di seluruh Tanah Melayu untuk mendapat sokongan orang ramai, misalnya PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am dan Liga Belia Demokratik Baru untuk mendapat sokongan pekerja dan belia. Walaupun PKM telah diterima sebagai parti yang sah, tetapi ia masih menghadapi tekanan dari British, misalnya pada tahun 1937, British telah mengisytiharkan Undang-undang Kesatuan Sekerja yang melarang pemimpin parti politik menjadi pemimpin kesatuan sekerja. Akibatnya, PKM gagal mencapai matlamat melalui perlembagaan. Justeru itu, PKM mula melakukan pemberontakan di seluruh Tanah Melayu. 3. Perubahan pucuk pimpinan Perubahan pucuk pimpinan PKM telah membawa kepada pemberontakan bersenjata. Secara amnya, anggota PKM dapat dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu yang bersifat sederhana dan radikal. Golongan sederhana dipimpin oleh Lai Teik manakala golongan radikal dipimpin oleh Chin Peng. Pada 6 Mei 1947, suatu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat itu, Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teik tidak menghadirkan dirinya dan hilangkan diri bersama-sama dengan wang parti. Peristiwa ini menyebabkan pucuk pimpinan jatuh ke tangan Chin Peng. Chin Peng berpendapat bahawa dasar pemberontakan bersenjata adalah penting untuk mencapai matlamat PKM. Akibatnya tidak berapa lama selepas itu, PKM mula memberontak. 4. Pengalaman yang menguntungkan PKM juga mempunyai pengalaman yang menguntungkan mereka ke arah pemberontakan. Pengalaman tersebut telah diperolehi semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan pasukan ini telah mendapat latihan dan bantuan seperti makanan, pakaian, senjata dan perubatan dari pasukan Berikat. Henry Miller dalam bukunya “The Jungle War In Malaya” menegaskan bahawa terdapat kira-kira 200 anggota PKM yang mendapat latihan dari British sebelum jatuhnya Singapura pada 15 Februari 1942. Selain itu, PKM juga melakukan serangan hendap ke atas Jepun dan hal ini membolehkan PKM memperolehi pengalaman dalam perang hutan. Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, anggota PKM telah keluar dari hutan dan mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, mereka juga merampas senjata Jepun. Walaupun senjata tersebut kemudiannya diminta serah balik oleh British, tetapi dipercayai ramai anggota PKM yang tidak berbuat demikian. Dengan itu, PKM bukan sahaja mempunyai pengalaman, tetapi juga mempunyai senjata yang mencukupi untuk membolehkan mereka memberontak. 5. Kejayaan parti komunis di negara-negara lain Kejayaan parti-parti komunis di negara-negara lain telah mendorong PKM melakukan pemberontakan. Parti-parti komunis tersebut yang mengamalkan dasar pemberontakan telah berjaya menguasai beberapa kawasan, misalnya Parti Komunis China (PKC) di China telah berjaya menguasai sebahagian China. Parti Komunis Korea telah berjaya menguasai sebahagian Korea dan Parti Komunis Vietnam berjaya menguasai sebahagian Vietnam. 6. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) Penubuhan PTM pada 1 Februari 1948, telah mempercepatkan lagi proses pemberontakan. Pada dasarnya, PKM menyokong Malayan Union. Maka penubuhan jawatankuasa kerja pada 25 Julai 1946 telah menimbulkan penentangan PKM. Apabila jawatankuasa kerja mengemukakan laporan mereka yang mempunyai draf perlembagaan PTM pada 11 Disember 1946, PKM turut menentang draf perlembagaan tersebut. Dalam usaha penentangan tersebut, PKM telah menyertai All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada 22 Disember 1946. Mereka telah melaksanakan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 19 Oktober dan 20 Oktober 1947 untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap draf perlembagaan PTM dan menunjukkan kekuatan mereka. Namun bantahan tersebut tidak dipedulikan oleh British dan PTM telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Februari 1948. Dengan penubuhan PTM, PKM sedar rancangan mereka untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya telah gagal. Dengan itu, PKM mengubah dasar perjuangan mereka dengan melakukan pemberontakan. 7. Keputusan Sidang Dleno IV Pada 17-21 Mac 1948, satu persidangan Dleno IV telah diadakan di Singapura. Persidangan tersebut telah diwakili oleh Lawrence Sarkey dari Australia. Persidangan tersebut telah membuat 3 resolusi iaitu:

173
Perjuangan kemerdekaan mesti dijalankan melalui Revolusi Rakyat dan bagi Tanah Melayu, ia mesti dipimpin oleh PKM. b. Cara perlembagaan merupakan cara menyerah yang tidak akan berjaya menjayakan matlamat PKM. Cara pemberontakan mesti dijalankan. c. Disiplin dalam PKM perlu diperketatkan dan imej PKM perlu dipulihkan berikutan dengan peristiwa Lai Teik yang menghilangkan diri bersama wang parti. Langkah-langkah Kerajaan Menghadapi Pemberontakan PKM Pengenalan Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk menguasai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan gerakannya secara sulit kerana kegiatan anti Britishnya dianggap mengganggu ketenteraman awam. Sebelum 1941, pertubuhan ini kurang mendapat sambutan orang ramai. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah memberhentikan kegiatan anti British. Sebaliknya, PKM telah bekerjasama dengan British bagi menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu, PKM telah diterima sebagai parti yang sah. Sejak itu, PKM berusaha untuk mencapai matlamat mereka melalui perlembagaan. Kegagalan usaha tersebut menyebabkan PKM mengubah dasar mereka kepada pemberontakan pada tahun 1948. akibat dari pemberontakan yang berlaku, keadaan kucar-kacir telah timbul di Tanah Melayu. Dengan itu, British telah mengambil beberapa langkah bagi menamatkan pemberontakan PKM. Langkah-langkah 1. Undang-undang Darurat Berikutan dengan pembunuhan 3 peladang Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948, kerajaan telah mengisytiharkan drurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948. Undang-undang Darurat telah dikeluarkan pada 23 Julai 1948 dan diperkemaskan pada Julai 1949. Mengikut Undang-undang Darurat, kerajaan diberi kuasa untuk menangkap dan menahan tanpa perbicaraan, mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan PKM. Kerajaan juga diberi kuasa untuk membuang negeri mereka yang dianggap kehadirannya membahayakan keselamatan Tanah Melayu. Berikutan dengan pengisytiharaan Darurat, PKM diharamkan dan diikuti dengan pengharaman ke atas parti-parti kiri yang merupakan penyokong kuat PKM seperti Malayan Democratic Union, API dan AWAS. Sekatan kebebasan juga diperkenalkan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan kegiatan PKM. Penduduk-penduduk di kawasan ini dikawal oleh pasukan keselamatan dan dikenakan perintah kurung serta catuan makanan. Akta Pendaftaran mula dilaksanakan yang mewajibkan mereka yang berumur 12 tahun keatas, memiliki kad pengenalan. Tujuannya ialah memudahkan usaha mengesan anggota PKM. Perlaksanaan Undang-undang Darurat telah memberi tamparan terhadap pejuang PKM. Pada tahun 1949, 6000 orang telah ditangkap dan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan PKM. Pada tahun 1950, 70000 orang telah dihantar balik ke negeri China. Pengharaman PKM telah menghalang usaha mereka ke arah mencapai matlamat mengusai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pengharaman ke atas parti-parti kiri menyebabkan PKM kehilangan punca sokongan dan bantuan. Sekatan kebebasan yang dikenakan menyulitkan kegiatan PKM. 2. Rancangan Briggs Apabila Harold Briggs menjadi pengarah gerakan menentang PKM sejak 3 April 1950, beliau menjalankan rancangan penempatan semula. Di bawah rancangan ini, penduduk yang tinggal di pinggir-pinggir hutan dan dianggap sebagai punca sokongan PKM telah dipindahkan ke kampung-kampung baru. Kampung-kampung baru ini telah dipagar dan dikawal rapi oleh pasukan keselamatan. Menjelang tahun 1954, 550000 orang dipindah ke 550 kampung baru. Antara mereka, 86% terdiri daripada orang Cina, 9% orang Melayu, 4% orang India dan 1% bangsa lain. 84% daripada kampung-kampung baru terletak di Pantai Barat Semenanjung. Pendudukpenduduk kampung baru juga dikenakan sekatan kebebasan seperti perintah kurung dan catuan makanan. Perlaksanaan Rancangan Briggs menyulitkan lagi kegiatan PKM. Mereka yang dipaksa menyokong PKM telah diberi perlindungan dan yang secara sukarela menyokong PKM dapat dihalang berbuat demikian. Rancangan Briggs telah melumphkan kegiatan “Min Yuan”. Akibatnya PKM terputus bekalan makanan, ubat, senjata, pakaian dan sebagainya menyebabkan mereka terpaksa keluar untuk mendapatkan bekalan. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menghadapi pasukan keselamatan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kampung-kampung baru yang gagal mencapai matlamatnya kerana kawalan yang tidak rapi membolehkan anggota PKM memasuki kampung baru dan orang ramai membantu PKM. Oleh sebab kampung baru diwujudkan untuk kepentingan keselamatan dan bukannya untuk kepentingan ekonomi, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, kemudahan kesihatan, bekalan api dan air dan sebagainya. 3. Pembesaran pasukan keselamatan Bagi menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan mengambil langkah untuk menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan terutamanya semasa Gerald Templer menjadi Pesuruhjaya Tinggi sejak Februari 1952. Pemuda-pemuda Tanah Melayu telah digalakkan untuk mnyertai pasukan keselamatan dan mereka diberi latihan singkat dan dihantar untuk mengawal tempat-tempat strategic seperti pejabat kerajaan, lombong bijih dan ladang getah. Menjelang 1954, Tanah Melayu sudah mempunyai 40 ribu tentera, 70 ribu polis dan 200 ribu pengawal kampung. Bilangan tentera yang ramai dapat digunakan untuk menyerang sarang-sarang persembunyian PKM. Serangan ke atas PKM dibuat melalui darat dan udara. Pada masa itu, majoriti anggota pasukan keselamatan terdiri daripada orang Melayu, British dan Gurkha. Semasa Gerald Templer, bantuan ketenteraan juga diperolehi dari negara-negara Komanwel seperti Rhodesia, Britain, India, Australia dan New Zealand. Kerajaan Tanah Melayu juga telah menandatangani perjanjian dengan Thailand untuk membolehkan pasukan keselamatan melintasi sempadan dalam usaha memburu PKM. 4. Jawatankuasa Perhubungan Kaum Pesuruhjaya Tinggi British bagi Asia Tenggara iaitu Malcolm MacDonald telah mencadangkan supaya diambil langkah-langkah bagi mewujudkan hubungan baik antara kaum terutamanya antara orang Melayu dan Cina. Beliau menegaskan usaha menetang PKM tidak akan berjaya selagi hubungan antara kaum runcing. Akibat dari saranan tersebut, pada 1949, pemimpin-pemimpin kaum iaitu Dato’ a.

174
Onn Bin Jaafar, Tan Cheng Lock dan Thuraisingam telah menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Kerjasama antara kaum lebih terbukti dengan terbentuknya parti perikatan UMNO-MCA (1952) dan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC (1954). 5. Malayan Chinese Association (MCA) Malcolm MacDonald juga mencadangkan supaya ditubuhkan satu pertubuhan sederhana yang anti komunis untuk orang-orang Cina supaya mereka tidak menaganggap PKM sebagai parti orang Cina. Akibatnya, MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949 di bawah pimpinan Tan Cheng Lock sebagai presiden pertama. Orang-orang Cina telah digalakkan untuk menyertai MCA dan menganggap MCA sebagai parti orang Cina yang akan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan orang Cina. 6. Tolak ansur Walaupun parti-parti kiri diharamkan, tetapi kerajaan British bertolak ansur dengan membenarkan parti-parti sederhana yang anti komunis seperti UMNO, MCA dan MIC. British juga bertolak-ansur dengan menerima tuntutan parti-parti sederhana tersebut. Buktinya: Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang pada 1 Disember 1951, Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Pilihanraya Umum yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955. Selepas pilihanraya tersebut, Tanah Melayu diberi berkerajaan sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tolak ansur kerajaan British memenuhi tuntutan rakyat Melayu telah menyebabkan orang ramai menyokong kerajaan untuk menentang PKM. 7. Rancangan Gerald Templer Semasa Gerald Templer menjadi Pesuruhjaya Tinggi, beliau menjalankan rancangan “kawasan hitam” dan “kawasan putih”. Kawasan hitam ialah kawasan yang terlibat dengan kegiatan PKM. Penduduk di kawasan ini dikawal rapi oleh pasukan keselmatan dan dikenakan sekatan kebebasan seperti perintah kurung dan catuan makanan. Kawasan putih ialah kawasan yang tidak terlibat dengan kegiatan PKM dan penduduk kawasan ini diberi kebebasan. Akibatnya penduduk di kawasan hitam telah bekerjasama dengan kerajaan untuk menghapuskan kegiatan PKM di kawasan mereka supaya kawasan mereka akan diisytiharkan sebagai kawasan putih di mana penduduknya akan diberi kebebasan. Templer juga melawat kawasan hitam untuk meyakinkan orang ramai terhapap kemampuan kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan PKM. Orang ramai juga digesa supaya tidak bekerjasama dengan PKM. 8. Kelonggaran syarat kerakyatan Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina bagi menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah mengambil langkah melonggarkan syarat kerakyatan sejak Februari 1952. Akibatnya seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi warganegara antara Februari 1952 sehingga 31 Ogos 1957. Tindakan kerajaan menyebabkan orang Cina dan India bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang PKM. 9. Majlis Perang Mengikut arahan nombor 1 yang dikeluarkan oleh Harold Briggs bertarikh 16 April 1950, Majlis Perang Persekutuan (MPP) dan Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri dan daerah akan ditubuhkan dalam usaha untuk membanteras pemberontakan PKM. MPP diketuai oleh Harold Briggs. Anggotanya terdiri daripada Ketua Setiausaha Kerajaan, komander-komander angkatan darat, laut dan udara serta pesuruhjaya Polis. Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri diketuai oleh Menteri Besar dan di peringkat daerah diketuai oleh pegawai daerah. Anggota-anggota terdiri daripada polis, tentera dan pegawai tadbir. Tujuannya ialah untuk mewujudkan koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam usaha menentang PKM. 10. Tawaran pengampunan Tawaran pengampunan telah dikeluarkan sejak 1949. Anggota-anggota PKM yang menyerah diri dimaafkan dan dibenarkan kembali ke dalam masyarakat. Tawaran hadiah juga dikeluarkan kepada mereka yang dapat menunjukkan sarang PKM atau menangkap anggota PKM. Pada tahun 1954, tawaran hadiah kepada mereka yang dapat menangkap Chin Peng telah dinaikkan dari $150000 kepada $250000 dan ahli Jawatankuasa Pusat PKM sebanyak $100 ribu. Semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri, tawaran hadiah yang lebih berkesan telah dikeluarkan. Anggota-anggota PKM yang menyerah diri bukan sahaja dimaafkan dan dibenarkan kembali ke masyarakat, tetapi juga diberi ganjaran berupa tanah dan wang. Tawaran ini telah menarik perhatian ramai anggota dan pemimpin PKM menyerah diri, contohnya Hor Lung, pemimpin komunis kawasan selatan telah dibayar sagu hati $247 ribu apabila beliau keluar menyerah diri bersama-sama 160 orang pengikut. Seorang lagi ialah Kim Cheng, pemimpin komunis kawasan Yong Peng telah dibayar $150 ribu bila beliau menyerah diri bersama pengikutnya. Pembayaran sagu hati ini bergantung kepada kedudukan seseorang dalam PKM dan juga anggota yang menyerah diri bersamanya. 11. Rundingan Baling Dalam usaha untuk menamatkan pemberontakan PKM, Rundingan Baling telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall dan PKM pula diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana Chin Peng tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahman yang mahukan PKM dibubarkan dan Tunku Abdul Raham tidak dapat menerima kehendak Chin Peng yang mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah. Sebab Pemberontakan PKM Gagal Pengenalan Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk mengusai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sebelum 1941, PKM kurang mendapat sokongan orang ramai. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah memberhentikan gerakan anti-British. Sebaliknya PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Sejak 1945, PKM telah diterima sebagai parti yang sah dan berusaha mencapai matlamat melalui perlembagaan. Namun usaha ini gagal menyebabkan sejak Jun 1948, PKM melakukan pemberontakan bersenjata di seluruh Tanah Melayu. Pemberontakan tersebut juga menemui kegagalan. Sebab-sebab kegagalan 1. Keganasan Kegagalan pemberontakan PKM berpunca daripada taktik keganasanya. Sejak Jun 1948, PKM mulai melakukan pemberontakan bersenjata di seluruh Tanah Melayu. Dalam tempoh itu, PKM telah melancarkan serangan-serangan ke atas ladang-ladang getah dan

175
lombong-lombong bijih timah. Serangan-serangan tersebut menyebabkan kehilangan mata pencarian orang ramai. Oleh itu, PKM bukan sahaja tidak mendapat sokongan ramai, malah menimbulkan kebencian orang ramai. 2. Tidak mendapat sokongan Majoriti penduduk di Tanah Melayu tidak menyokong PKM. Hanya sebilangan kecil orang cina sahaja yang menyokong PKM. Orang Melayu tidak menyokong PKM kerana menganggap PKM sebagai parti orang cina, lebih-lebih lagi majoriti pemimpin dan anggota PKM ialah orang cina. Selain itu, orang Melayu juga menganggap pemberontakan PKM sebagai satu percubaan orang cina untuk merampas kuasa Tanah Melayu. Orang Melayu juga tidak dapat menerima dasar anti-agama yang diperjuangkan oleh PKM sedangkan mereka berpegang teguh kepada agama Islam. Pengalaman orang Melayu di bawah pemerintahan “Bintang Tiga” telah menyebabkan mereka enggan menyokong PKM. Dalam tempoh pemerintahan tersebut, anggota PKM telah melakukan kekejaman dan tindakan tersebut telah menimbulkan pergaduhan kaum di Johor dan Perak. Orang cina tidak menyokong PKM kerana tidak dapat menerima dasar anti agama yang diperjuangkan. Selain itu, mereka juga tidak menyokong dasar anti kapitalisme kerana mereka ingin jadi kaya-raya. Pada masa yang sama, kebanyakan orang cina pada masa itu lebih menumpukan perhatian dalam ekonomi. Mereka tidak begitu berminat terlibat dalam politik. Di samping itu, kebanyakan cina adalah buta huruf. Ini menyebabkan mereka tidak memaham ideologi komunis. Akibatnya mereka tidak sokong PKM. Orang India turut tidak menyokong PKM kerana dasar anti agama. Selain itu, mereka juga menganggap PKM sebagai parti orang cina. Pada masa itu juga, orang India lebih menumpukan perhatian mereka terhadap politik di India. Ini menyebabkan mereka tidak menyokong PKM. 3. Keadaan ekonomi dan politik stabil PKM juga gagal mendapat sokongan yang luas kerana wujudnya keadaan yang stabil di Tanah Melayu. Keadaan tersebut telah menimbulkan rasa puas hati rakyat terhadap pemerintahan British. Dengan itu, mereka tidak sokong PKM. Sememangnya komunisme hanya boleh berkembang dengan pesat sekiranya terdapat kemiskinan dan penderitaan. 4. Kegagalan PKM mendaftar matlamat dan perlembagaan secara publik PKM gagal mendapat sokongan orang ramai kerana tidak mendaftarkan matlamat dan perlembagaannya secara publik. Ini menyebabkan orang ramai tidak mengetahui matlamat dan perlembagaan sebenar PKM. Sebaliknya, PKM dianggap sebuah kongsi gelap kerana ia telah diharamkan oleh British. 5. Tekanan awal Sejak ditubuhkan, PKM telah ditekan oleh British. PKM tidakdiberi peluang untuk berkembang dan diharamkan sejak pertubuhan. Pada 1937, British telah mengisytiharkan Banishment Ordinance yang mengharamkan permogokan. Akibatnya ramai pemimpin dan anggota PKM ditangkap. Mereka ini sama ada dipenjarakan atau dihantar pulang ke China. Pada tahun 1940, kerajaan British memperkenalkan undang-undang kesatuan sekerja. Undang-undang ini telah melarang pemimpin parti politik menjadi pemimpin kesatuan sekerja. Ini telah melemahkan PKM kerana pada masa itu, kebanyakan pemimpin kesatuan sekerja ialah pemimpin PKM. Pada 23 Julai 1948, undang-undang Darurat diisytiharkan. Sehubungan itu, sekali lagi PKM diharamkan. Akibatnya, pemberontakan PKM menemui kegagalan. 6. Persaingan dengan Kuomintang (KMT) Dalam usaha untuk mendapat sokongan orang ramai, PKM menghadapi persaingan yang hebat dari KMT. PKM ditubuhkan pada tahun 1930. Pada ketika itum cawangan KMT telah lama wujud di Tanah Melayu. Cawangan KMT yang pertama ditubuhkan pada 18 Disember 1912 di Singapura. Sejak 1913, sudah terdapat banyak cawangan KMT di Tanah Melayu seperti di Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, Pulau Pinang dan sebagainya. Ini menyebabkan orang ramai menyokong KMT. Selain itu, dasar yang diperjuangkan oleh KMT juga disokong oleh orang ramai. Kerajaan KMT di China menganggap orang cina di seberang laut sebagai warganegara China. 7. Strategi Mao Tze Tung Dalam pemberontakan yang dilakukan, strategi Mao Tze Tung telah digunakan. Di bawah strategi ini, PKM akan menerang dan menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan kerajaan pusat amat lemah. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai seluruh Tanah Melayu. Strategi ini telah berjaya di China. Walau bagaimanapun, ia gagal mencapai matlamatnya di Tanah Melayu kerana ia tidak sesuai. 8. Perpecahan PKM Kegagalan PKM juga disebabkan oleh perpecahan yang berlaku dalam PKM. Dalam PKM sendiri, keanggotaannya dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu golongan radikal di bawah pimpinan Chin Peng dan golongan sederhana di bawah Lai Teik. Golongan sederhana mengamalkan dasar bekerjasama dengan British manakala golongan radikal lebih bersifat anti-British. Pada 6 Mac 1947, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat itu, Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teik tidak menghadirinya dan menghilangkan dirinya bersama-sama wang parti. Ini menyebabkan pucuk pimpinan PKM jatuh ke tangan Chin Peng. 9. Kelemahan pemimpin PKM Kelemahan pemimpin PKM sendiri menggagalkan pemberontakan yang dilakukan. Berikutan dengan peristiwa Lai Teik, orang ramai mulai tidak yakin terhadap PKM. Selain itu, pemimpin PKM mungkin mahir tetapi mereka tidak dapat menyesuaikan ideologi tersebut dengan keadaan tempatan. Misalnya, dasar anti agama yang diperjuangkan tidak dapat diterima oleh orang ramai. Akibatnya, pemberontakan PKM gagal. 10. Bantuan luar Pemberontakan dianjurkan oleh Comintern dan telah disokong oleh PKC dan Parti Komunis Rusia (PKR). Dengan itu, PKM mulai melakukan pemberontakan bersenjata sejak Jun 1948. Sepanjang tempoh pemberontakan, PKM tidak mendapat bantuan langsung dari Comintern, PKC ataupun PKR. Akibatnya, PKM menghadapi kegagalan dalam pemberontakannya. 11. Langkah kerajaan Langkah-langkah kerajaan yang diambil untuk mengatasi pemberontakan di Tanah Melayu telah menggagalkan PKM. Sebab satu langkah yang diambil ialah mengisytiharkan Undang-undang Darurat pada 23 Julai 1948. Akibatnya, PKM diharamkan dan diikuti parti-parti kiri.

176
Selain itu, British juga melaksanakan Rancangan Briggs. Di bawah rancangan ini, penduduk yang tinggal di pinggir hutan dan dianggap sebagai punca penyokong PKM akan dipindahkan ke kampung baru yang dikawal rapi. Akibatnya, PKM terpaksa keluar dari hutan untuk mendapat bantuan/bekalan. British juga membesarkan pasukan tentera di Tanah Melayu. Dengan bilangan tentera yang ramai tersebut, British dapat menyerang sarang PKM. Penubuhan MCA pada 27 Februari 1949 telah menyebabkan orang Cina tidak lagi menganggap PKM sebagai parti orang Cina. Pada masa yang sama, British juga mula bertolak-ansur dengan penduduk tempatan, misalnya menerima tuntutan parti sederhana mengadakan pilihanraya. Akibatnya, orang ramai sokong kerajaan dan menentang PKM. British turut menubuhkan Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa Kerja Perang di peringkat negeri dan daerah. Kedua-dua pertubuhan ini bertujuan untuk mewujudkan kordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam usaha menentang PKM. British juga memberi tawaran pengampunan kepada anggota PKM yang menyerah diri sejak 1949. Di samping itu, tawaran hadiah juga diberi kepada mereka yang berjaya menangkap Chin Peng. Langkah-langkah tersebut telah menyebabkan PKM gagal dalam pemberontakan mereka. Kesan Pemberontakan PKM Pengenalan Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. matlamat utama penubuhannya ialah untuk mengusai Tanah Melayu, seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sebelum 1941, PKM kurang mendapat sokongan orang ramai. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah menghentikan kegiatan anti British. Sebaliknya PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Sejak 1945, PKM telah mulai berusaha mencapai matlamatnya melalui perlembagaan. Usaha ini gagal dan menyebabkan PKM melancarkan pemberontakan di seluruh Tanah Melayu sejak Jun 1948. Namun, usaha ini juga gagal. Pemberontakan PKM telah membawa kesan kepada perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu Kesan-kesan politik 1. Penubuhan MCA Atas cadangan Malcolm MacDonald, Malayan Chinese Association (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Tan Cheng Lock menjadi presiden pertama. Orang-orang cina telah digalakkan untuk menyertai MCA dan menganggap MCA sebagai parti orang cina yang akan memperjuangkan hak dan kepentingan orang cina. 2. Penubuhan Parti Perikatan Untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum, Parti Perikatan telah ditubuhkan pada 1952 di mana UMNO telah bergabung dengan MCA. Parti Perikatan UMNO-MCA kemudiannya bergabung dengan MIC pada 1954 untuk membentuk Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC yang lebih besar. 3. Mempercepatkan kemerdekaan Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai, British telah bertolak-ansur dengan menerima tuntutan parti-parti sederhana, misalnya Pilihanraya Pulau Pinang telah diadakan pada 1 Disember 1951 dan Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada 16 Februari 1952. Pilihanraya umum yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955. Selepas pilihanraya itu, Tanah Melayu diberi berkerajaan sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 4. Pembesaran pasukan keselamatan Dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan. Pemudapemuda Tanah Melayu telah digalakkan untuk menyertai pasukan keselamatan dan mereka diberi latihan singkat. Menjelang 1954, Tanah Melayu sudah mempunyai 40 ribu tentera, 70 ribu polis dan 200 ribu pengawal kampung. 5. Pemimpin sederhana Dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, lahirlah parti-parti politik sederhana. Daripada parti-parti ini, lahirlah pemimpin sederhana seperti Tan Cheng Lock, Thuraisingam, Tunku Abdul Rahman dan sebagainya. Mereka memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran Tanah Melayu. 6. Undang-undang Darurat Semasa pemberontakan PKM, Undang-undang Darurat telah diisytiharkan pada 23 Julai 1948 dan diperkenalkan pada Julai 1949. Undang-undang ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Keselamatan ISA (terutamanya yang berkaitan dengan penangkapan tanpa bicara). 7. Melumpuhkan parti kiri Undang-undang Darurat bukan sahaja mengharamkan PKM, telah juga mengharamkan parti-parti kiri yang merupakan penyokong PKM seperti Malayan Democratic Union, AWAS, API dan sebagainya. Akibatnya, ini telah melumpuhkan partiparti kiri di Tanah Melayu. 8. PKM diharamkan Undang-undang Darurat pada 23 Julai 1948 telah mengharamkan PKM. Mengikut undang-undang ini, kerajaan diberi kuasa untuk menangkap dan menahan tanpa perbicaraan bagi mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan PKM. Kerajaan juga diberi kuasa untuk membuang negeri mereka yang dianggap kehadirannya membahayakan keselamatan Tanah Melayu. 9. Kegiatan politik terbantut Semasa pemberontakan PKM di Tanah Melayu, parti-parti kiri telah diharamkan. Walaupun kerajaan membenarkan penubuhan parti-parti sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC tetapi parti-parti ini diawasi oleh kerajaan dan tidak mempunyai kebebasan untuk berkembang. Akibatnya, kegiatan politik Tanah Melayu terbantut. 10. Kerjasama dengan Siam Pemberontakan PKM di Tanah Melayu juga membuka jalan kepada Tanah Melayu untuk mengadakan kerjasama dengan Siam. Pada ketika itu, kerajaan Tanah Melayu telah menantangani perjanjian dengan Siam untuk membolehkan pasukan keselamatan Tanah Melayu melintasi sempadan dalam usaha memburu PKM.

177
11. Dasar luar Tanah Melayu selepas merdeka Pemberontakan PKM juga mempengaruhi dasar luar Tanah Melayu selepas kemerdekaan. Selepas merdeka, Tanah Melayu langsung tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara komunis. Keadaan ini berterusan sehinggalah tahun 1974 dimana Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu telah mengubah dasar tersebut. Perkembangan parti sederhana Dalam pemberontakan PKM, PKM telah diharamkan oleh British dan ini diikuti dengan pengharaman parti-parti kiri. Pada masa yang sama penubuhan parti sederhana dibenarkan. Akibatnya ini telah memberi peluang kepada parti sederhana berkembang tanpa saingan parti-parti kiri. Rundingan Baling Dalam usaha menamatkan pemberontakan PKM, Rundingan Baling telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall. Pihak PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan ini gagal kerana Chin Peng tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahamn iaitu membubarkan PKM dan Tunku Abdul Rahman pula tidak dapat menerima kehendak Chin Peng iaitu mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah. Perubahan pucuk pimpinan UMNO Pemberontakan PKM turut merintis jalan kepada perubahan pucuk pimpinan UMNO. Sebelum itu, Dato’ Onn Bin Jaafar ingin membuka UMNO kepada orang bukan Melayu supaya mereka dapat menyertainya. Namun, cadangan ini ditentang oleh ahliahli dalam UMNO. Akibatnya, Dato’ Onn Bin Jaafar keluar dari UMNO dan menubuhkan parti politik baru, iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Sementara di UMNO, pucuk pimpinan diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman. Hubungan rakyat dengan kerajaan Dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah menangkap rakyat yang disyaki. Tindakan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan hubungan rakyat dengan kerajaan.

12.

13.

14.

15.

Kesan-kesan ekonomi 1. Perbelanjaan yang banyak Dalam usaha menghadapi pemberontakan, kerajaan terpaksa membelanjakan satu jumlah wang yang banyak. Pada masa itu, perbelanjaan harian dianggarkan $150 ribu hingga $1 juta setiap hari. Menjelang 1954, kerajaan Tanah Melayu telah membelanjakan $100-200 juta. Pada masa yang sama, kerajaan British telah membelanjakan $500 juta bagi tujuan yang sama. 2. Pembangunan negara diabaikan Semasa berlakunya pemberontakan, kerajaan hanya berupaya menumpukan perhatian mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Pada masa yang sama, kerajaan juga terpaksa memperuntukkan satu jumlah wang yang besar untuk masalah ini. Ini menyebabkan pembangunan negeri diabaikan kerana tiada perhatian dan peruntukan wang dari kerajaan pusat. 3. Ekonomi di Tanah Melayu merosot Pemberontakan PKM telah mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu merosot. Sememangnya ekonomi Tanah Melayu amat bergantung kepada bijih timah dan getah. Namun, semasa berlakunya pemberontakan PKM sejak Jun 1948, ladang-ladang getah dan lombong bijih timah dimusnahkan oleh PKM. Akibatnya perusahaan bijih timah dan getah terjejas. Walaupun terdapat ladang-ladang dan lombong-lombong yang tidak dimusnahkan, tetapi pekerja-pekerja tidak berani keluar untuk bekerja. Bukti: pada tahun 1948, jumlah sawah padi yang diusahakan ialah 95 ribu ekar dan pada tahun 1954, hanya 65 ribu ekar sawah sahaja diusahakan. 4. Hutang negara Sebelum berlakunya pemberontakan, Tanah Melayu merupakan satu kerajaan yang kaya. Namun, pemberontakan PKM menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan satun jumlah wang yang banyak. Akibatnya, kerajaan Tanah Melayu terpaksa mendapat sumber wang dari luar melalui pinjaman. Ini telah menyebabkan hutang negara bertambah. Pada tahun 1954, hutang Tanah Melayu telah mencapai $146 juta. Kesan-kesan sosial 1. Penubuhan kampung-kampung baru Akibat pemberontakan yang dilakukan oleh PKM, telah wujudnya banyak kampung baru. Pada 1954, terdapat 550 buah kampung baru yang menempatkan 550 ribu orang. Pada tahun 1964, terdapat lebih 600 buah kampung bagi menempatkan 660 ribu penduduk. Penduduk-penduduk kampung baru ini terdiri daripada 86% orang Cina, 9% orang Melayu, 4% orang India dan 1% bangsa-bangsa lain. Kampung-kampung baru ini kemudiannya mengalami proses urbanisasi sehingga berkembang menjadi bandar-bandar. 2. Syarat kewarganegaraan Semasa pemberontakan PKM, kerajaan juga berusaha untuk mendapat sokongan orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina. Akibatnya kerajaan telah mengambil langkah melonggarkan syarat kerakyatan sejak Februari 1952. Sejak Februari 1952 sehingga 31 Ogos 1957, seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India telah menjadi warganegara Tanah Melayu. 3. Perpecahan kaum Pemberontakan PKM telah menyebabkan perpecahan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Orang Melayu menganggap pemberontakan dan keganasan PKM merupakan percubaan orang Cina untuk merampas Tanah Melayu. Pertempuran yang berlaku antara pasukan keselamatan yang majoriti terdiri daripada orang Melayu dengan anggota PKM seolah-olah menggambarkan pertempuran di antara orang Melayu dan orang Cina. 4. Penderitaan Keganasan melalui pemberontakan yang dilakukan oleh PKM telah menimbulkan penderitaan kepada rakyat Tanah Melayu. Keganasan PKM menyerang ladang dan lombong bijih timah memberi penderitaan kepada rakyat dan juga negara. Undangundang Darurat menyebabkan ramai lagi yang tidak bersalah ditangkap kerana disyaki.

178
Usaha mengeratkan hubungan kaum Pada tahun 1949, Jawatankuasa Perhubungan Kaum telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipelopori oleh Dato’ Onn bin Jaafar, Tan Cheng Lock dan Thuraisingam. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan antara kaum yakni di kalangan penduduk Tanah Melayu 6. Sistem perhubungan Jalan raya dan jalan keretapi juga dimusnahkan akibat keganasan yang dilakukan oleh PKM dalam tempoh pemberontakan mereka. 7. Akta Pendaftaran 1948 Pada tahun 1948, Akta Pendaftaran telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Menurut akta ini, penduduk yang berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalan. Tujuannya untuk memudahkan usaha mengesan anggota PKM. 8. Kesatuan sekerja Kerajaan Tanah Melayu telah mengeluarkan arahan supaya pemimpin politik tidak diberi peluang memegang jawatan dalam kesatuan sekerja. Ini bagi mengelakkan pengaruh dan kawalan PKM di dalam kesatuan itu. Pada masa yang sama, kerajaan juga dapat mengawal secara langsung kesatuan-kesatuan sekerja ini. 9. Guru Guru-guru telah dihantar ke England untuk mendapat latihan. Langkah ini diambil bagi mengelakkan guru-guru ini dipengaruhi oleh fahaman serta ideology komunis. Pembentukan Malaysia Pengenalan Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawanwartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan. Sebab pembentukan Malaysia 1. Senario politik di Singapura Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka. 2. Senario politik di Sarawak Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis. 3. Mengimbangi penduduk Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera. 4. Kemajuan ekonomi bersama Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan. 5.

179
5. Mempercepatkan proses kemerdekaan Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.

Reaksi-reaksi negeri terlibat 1. Singapura Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia. 2. Sabah dan Sarawak Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato’ Mustapha bin Dato’ Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negeri menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato’ Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman. 3. Brunei Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia. Proses pembentukan Malaysia 1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato’ Mustapha Dato’ Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato’ Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah: a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia. b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia. c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia. JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah: a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia. b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan. c. Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama. d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan. e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak. f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.

180
Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan. Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu. 2. Suruhanjaya Cobbold Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahliahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah: a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. b. Membuat syor-syor perlembagaan. Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak: a. 1/3 menyokong kuat Malaysia b. 1/3 menyokong dengan syarat c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah: a. Nama persekutuan baru – Malaysia. b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia. c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin. d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri. e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin. f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing. g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan. Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. 3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah: a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah. b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah. d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan. e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk. Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah. 27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan 8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak 13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah. Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah: a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak. b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan. c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri. d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri keduadua negeri ini membuat pindaan. e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi. Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya. 4. Pengisytiharaan Malaysia Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963. Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Penentangan gagasan Malaysia 1. Filipina Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron g.

181
Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966. 2. Indonesia Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui. 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah: a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia. b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu. c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia. Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya: a. Dato’ Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan mengenai serangan Indonesia. b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan. c. Britain memberi bantuan tentera. d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata. e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan. f. Dato’ Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia. Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok. Dasar Pendidikan Negara Pengenalan Dasar pendidikan negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama. Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Kesedaran ini terbukti dalam Rancangan Cheessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan. Usaha-usaha telah dijalankan untuk menuju ke arah penyatuan sistem pendidikan. Selepas merdeka, usaha mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar pendidikan kini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu dasar pendidikan yang lebih baik adalah penting bagi membentuk negara yang stabil, bersatu-padu dan progresif. Penyata Barnes, 1950 Pada Ogos 1950, satu jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes ditubuhkan bagi mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah menjalankan kajian, satu penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada Kerajaan British pada tahun 1951. Panyata ini mengandungi syor-syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini. Antara syor-syor ini ialah: a. Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan. b. Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari pelbagai kaum dan keturunan. c. Sekolah rendah – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekolah menengah – Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar. d. Semua murid diberi pelajaran percuma di sekolah rendah selama 6 tahun. Penyata ini dibantah oleh kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu membantah kerana kedudukan Bahasa Melayu tidak diberi kedudukan yang wajar. Bagi Cina, sekolah kebangsaan dianggap seolah-olah mengancam kebudayaan dan Bahasa Cina yang mereka banggakan. Orang India menentang kerana permintaan mereka supaya kedudukan sekolah Tamil dikaj